18 Mac 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lazada Birthday Blogger Contest | Lazada menganjurkan satu peraduan mudah untuk blogger iaitu Lazada Birthday Blogger Contest (Peraduan Ulang Tahun Lazada)  sempena ulang tahun Lazada ke 5. Baru 5 tahun rupanya Lazada ni... baru tahap budak tadika tapi popularnya Lazada ni macam dah 50 tahun dah... Sebut sahaja Lazada siapa tak kenalkan, hatta budak sekolah rendah boleh kenal tau... Lazada ni boleh dikatakan tempat shopping online utama pilihan ramai kaki shopping online di Malaysia dan beberapa buah negara sekitarnya, termasuk Filipina dan Thailand juga kerana banyak pilihan jenama, harga yang murah, dan juga banyak cara pembayaran untuk pembeli pilih. 



Contest yang terbuka untuk para blogger ini sedang berlangsung 1 March sehingga 23 March 2017. Semakin ramai blogger yang join, semakin banyak dan lumayan hadiah Lazada tawarkan. Jom kita tengok, apa hadiah hebat Lazada nak bagi blogger yang join contest ni...

Kurang 50 Peserta (10 Pemenang) 
1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 

Lebih dari 50 dan Kurang dari 100 Peserta (20 Pemenang) 
1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 

Lebih dari 100 Peserta (30 Pemenang) 
1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 

Lumayan kan. Jadi jom kita memeriahkan contest blogger ni sebab makin ramai join, makin tinggi peluang nak menang hadiah. Mana tau kan... rezeki... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.


Bagi yang tak jadi blogger jangan sedih, sebab birthday sales Lazada (http://www.lazada.com.my/birthday-sale/) pun ada dimana kita akan dapat sehingga 90% diskaun. bukan 9% ye, 90% peratus diskaun... Fuhhh... berpeluh tau... mana nak dapat tawaran diskaun hebat camni, melainkan Lazada je berani dok bagi ni.. Jadi, jangan lepaskan peluang tu!


Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?

Apa yang saya suka??? Hmmmm.... Panjang berjela pula kalau nak terangkan... tapi saya cuba ringkaskan mana yang boleh. Sebenanrnya, saya suka shopping kat Lazada ni sebab banyak pilihan produk. Kalau kita pergi satu Shopping Mall, belum tentu kita akan dapat seperti mana barang yang terdapat di Lazada, silap hari bulan, 3 barang kita nak beli, tapi banyak tempat nak kena beli... sebab tak semua barang ada kat satu tempat. Tapi di Lazada, hanya satu klik "Search", terus akan keluar senarai barang yang kita nak tu... Mudah dan cepat sangat...

Selain tu, MF suka beli kat Lazada ni, sebab mudah nak bayar... boleh pilih nak bayar pakai apa, kad kredit, kad debit, Online atau ATM transfer... Paling best Cash On Delivery... Tapi tak berapa meluas perkhidmatan Cash On Delivery ni.. bergantung pada tempat dan barangan tertentu sahaja. 

Dan, bestnya, MF suka Lazada ni, sebab selalu sahaja ada diskaun tak masuk akal... Produk beratus ringgit boleh jadi belasan ringgit... Ini bukan cobaan, tapi betul-betul punya.. Itu yang best... 

Jadi, tak hairanlah MF dan suami merupakan pembeli tegar di Lazada Malaysia, boleh dikatakan saban minggu ada sahaja produk kami beli. Penghantaran pun cepat tau, dulu ada yang complain lambat, tapi tahun ni pantas betul perkhidmatan diorang ni... Email hantar tracking tak sampai lagi, tapi barang dah sampai dah... Good Job Lazada.. I love it!!!


Top tiga produk pilihan dari Lazada Malaysia (tiga produk kegemaran anda)

Soalan ni mencabar bila nak pilih barang kesukaan di Lazada... Haha.. Kalau boleh nak beli semua.. apa sahaja barang yang tak ada, saya nak adakan kalau boleh la... Antara kategori yang biasa dibelek ialah, barangan electik, kelengkapan rumah, tak terkecuali barangan untuk anak juga. Tapi takpe.. saya akan pilih 3 produk yang memang nak minat buat masa sekarang ni... 


Xiaomi Redmi 4A (Rose Gold)

Smartphone ni memang terbaik sebab memang mana-mana tengok review memang positif. Dah la harga murah, tapi fungsinya setanding smartphone harga ribu riban. Dengan harga mampu milik RM459.00, memang berbaloi untuk spec yang ditawarkan. Camera yang tinggi megapixels, bateri saiz besar, dua simcard + dua whatsapp dalam satu phone, dan internal storage 16gb, memang idam sangat nak ni... kebetulan smartphone tua saya dah tak berfungsi dengan baik.. Tu yang macam gila bayang... Setiap hari mesti tatap ini smartphone... hehe... Haaa, kalau nak cepat follow di Lazada kat http://www.lazada.com.my/redmi-4a-rose-gold-19016329.html



Philips HD2139 Pressure Cooker Electric 6.0L (Brown)  

Bagi mak yang bekerja dan sibuk memanjang macam saya memang satu keperluan ada periuk cepat masak seperti Philips HD2139 Pressure Cooker Electric 6.0L ni. Sebabnya, senang nak masak makanan yang sedap-sedap bila ada pressure cooker ni... Dah lama dok membelek periuk ni... Dengan review positif, buatkan tak sabar nak memiliki periuk jenama Philips. Lagipun, jenama Philips ni terkenal satu dunia sebagai jenama yang berkualiti dan terbaik di pasaran. 


Lenovo Ideapad 710s Plus 1.2KG Ultrabook -i7-7th gens 512GB SSD 

Produk piliha ketiga ialah Lenovo Ideapad 710s Plus 1.2KG Ultrabook -i7-7th gens 512GB SSD. Netbook MF bermasalah pula... Dah dua kali repair, kali pasrah nak beli baru... Nak beli yang lebih berkualiti.. Tak kisah tang harga, asalkan tahan lama...dan serba boleh. Jadi Lenovo Ideapad 710s Plus 1.2KG Ultrabook -i7-7th gens 512GB SSD   menarik minatsaya sebab spec tu buatkan ianya sangat berbaloi dengan harga... Dengan RAM dan prosessor yang besar, memang sesuai untuk saya yang sukakan design dan berblog serta bekerja menggunakan laptops setiap hari. 



Apakah pendapat anda untuk Lazada Malaysia boleh diperbaiki/dipertingkatkan?

Saya harapkan Lazada dapat pertingkatkan cara pembayaran. Perluaskan lagi lingkungan produk yang ada cash on delivery, sebab ramai pelanggan suka cara pembayaran begitu...memandangkan tak semua orang mampu nak bayar online ataupun debit dan kredit kad. 

Selain, harap Lazada lebih effesien memberitahu pelanggan tracking number secepat mungkin. Supaya pelanggan bersedia menerima barang yang dibeli pada masanya.

Apakah ucapan selamat hari lahir anda untuk Lazada Malaysia?

Selamat Ulangtahun ke-5 Lazada! Semoga Lazada Malaysia terus maju jaya dan kekal sebagai peneraju shopping mall online di Malaysia dengan harga terendah, selamat, berkualiti dan dipercayai ramai. Terima kasih Lazada kerana memudahkan rakyat Malaysia membeli belah dengan mudah dan cepat. 

All the best for the future!

===================================
Lazada birthday Blogger Contest

Bagaimana untuk Join Lazada Birthday Blogger Contest?

1. Peraduan bermula dari 1 Mac sehingga 23 Mac 2017 (11:59).

2. Setiap peserta (blogger) perlu menulis catatan dan menjawab soalan-soalan ini pada / pos blognya:

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 
c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

3. Perkara ini mesti mengandungi screenshot untuk ketiga-tiga produk tersebut dalam titik 2.b (yang "Pilihan Produk Top" pos).

4. Peserta dikehendaki menyerahkan pautan ke jawatan mereka melalui e-mel kepada contest@lazada.com.my dengan subjek bertajuk: Lazada Contest Birthday Blogger

7. Peserta adalah dialu-alukan untuk menghantar artikel dalam mana-mana bahasa.

6. Pemenang akan dipilih secara rawak.

17 Mac 2017

10 Perangai Anak-kecik Yang Buatkan Mak Bapak Geram, Tapi Bila Ingat Senyum Sendiri!

10 Perangai Anak-kecik Yang Buatkan Mak Bapak Geram, Tapi Bila Ingat Senyum Sendiri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Perjalanan membesarkan anak satu moment indah buat ibu bapa.. sebab tu mak bapak sekarang, kamera handphone tak lepas tangan bila ada anak.. sebab ada masa yang dijangka akan ada moment indah itu dicipta tanpa sengaja oleh anak-anak ini...

Ini, 10 perkara yang biasa anak-anak buat, yang buatkan mak bapak geram, tapi ingat-ingat balik buatkan kita senyum seorangan kan.. hehe..

1. Tiba-tiba berbogel sebab nak masuk bilik air
Mentang-mentang dia dah pandai buka baju dan seluar sendiri termasuk 'pampers', suka hati dia bogel sambil beritahu nak mandi. Alasan sebenar sebab nak main air.

2. Asyik nak tukar baju
Mama mesti nak naik 'angin' bila si kecil asyik nak tukar baju dan seluar. Baru pakaikan baju bersih, dia dah minta tukar baju lain.

3. Mengamuk dalam masa 2 saat
Tengah asyik bermain, tiba-tiba ada yang tak kena dan terus mengamuk, lepas tu tak sampai 5 saat dah 'ok' balik.

4. Melukis di mana-mana dia suka
Walaupun sudah dimarah dan dia sudah minta maaf serta berjanji tak buat lagi tapi anda masih akan terjumpa lukisan kecil di sudut-sudut rumah.

5. Tukar fikiran tentang sesuatu perkara tanpa amaran
Jangan ingat kalau hari ini si kecil gemar makanan yang anda masak, esok dia akan suka lagi. Mungkin esok hari dia mengamuk tak mahu makan.

6. Ingat semua perkara
Kalau ada sesuatu perkara yang dia sangat suka, si kecil akan ingat sampai bila-bila dan tak boleh 'move on'. Dia akan sebut perkara itu bila-bila masa sahaja.


7. Korek hidung
Sepanjang masa bila-bila masa dia suka.

8. Sangat 'drama queen'
Kadangkala mudah sangat sentap! Pantang tersilap sikit, cepat sahaja mengamuk walaupun anda cuma mematahkan sebiji pisang jadi separuh supaya dia senang makan!

9. Tertidur pada waktu yang tak kena
Bila suruh tidur, dia berkeras tak nak. Bila anda nak keluar rumah, elok masuk kereta si kecil pun terus tertidur. Sudahnya bila sampai ke destinasi, dia mengamuk sebab kena kejut.

10. Buat sepah
Ada sahaja idea dia untuk buat sepah di rumah walaupun tiada barang mainan depan mata. Memang kreatif sungguh!

Semestinya, kanak-kanak normal akan buat perkara ni kan.. memang kita geram.. tambah-tambah bab sepah dan conteng dinding... Peristiwa memalukan korek hidup depan cashier masa nak bayar barang ... huhu... malu kott... hehe... tapi itulah.. moment indah tu, akan jadi kenangan berharga bila anak-anak dah besar nanti kan..





 MF doakan mereka yang berusaha mendapatkan zuriat akan merasai moment ni satu hari nanti... Jangan putus asa okey.. Allah know the best for you...


Rujukan: karangkraf.com

16 Mac 2017

Debaran Keputusan SPM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Debaran Keputusan SPM

Hari ini, 16 Mac 2017 (Khamis) merupakan saat yg dinantikan oleh calon-calon SPM 2016. Tidak terkecuali guru-guru mata pelajaran khususnya Tingkatan 5. Debaran guru bagaikan satu hentakan kuat menantikan saat keputusan diumumkan. Hanya Allah swt saja yg tahu saat itu.

Bagi guru-guru yang pernah mengajar pelajar tersebut dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 hanya melihat dari jauh keadaan muridnya itu. Dengan harapan semoga anak-anak didiknya berjaya mengamalkan ilmu yg disampaikan walaupun tidak begitu cemerlang dalam akademik tapi itulah harapan seorang pendidik.

Walaupun selepas dapat keputusan, guru tingkatan 1 hingga 4 hanya mampu pandang sipi dari jauh... Yang nampak riak wajah gembira, sedih dan Macam-macam ragam ialah guru tingkatan 5. Itu yang pernah dirasakan dulu...

Tahun ni, tahun pertama MF merasa debaran itu... Sebab tahun lepas tahun pertama ajar tingkatan 5 di sekolah baru... Alhamdulillah... Jadi, memang rasa debaran tu dah seminggu yang lalu...

Tak sabar nak tunggu berita keputusan... Walaupun tak lama MF mengajar tahun lepas.. Tapi tetap letakkan harapan... Moga mereka cemerlang... Tak tahu nak cerita debar tu camne...

Jika cemerlang, para guru mampu menumpang gembira atas usahanya bertungkus lumus mengadakan kelas-kelas tambahan, mengorbankan cuti serta keterbatasan masa bersama keluarga.

Apa pun... MF selaku guru tapi juga ibu bapa..  Harapannya kepada ibu bapa yang merupakan pendidik di rumah yang sentiasa mengambil berat akan pembelajaran anak-anak agar menghargai guru dengan sekadar ucapan terima kasih.

Para guru tidak meminta untuk dihargai tetapi menghormati guru itulah akhlak terpuji terhadap perjalanan hidup generasi akan datang. Jika tidak cemerlang pun kata-kata dorongan seorang pendidik tidaklah melemahkan anak-anak didiknya. Yang penting tingkatkan usaha lagi, jangan sesekali berputus asa.

Kita mengharapkan anak-anak kita yang akan mewarisi negara ini supaya hidupnya cemerlang dan gemilang dengan cara menghormati ibu bapa, guru serta masyarakatnya. Ajarkan anak-anak kita supaya pandai menghargai dan berterima kasih. Sentiasalah mengucapkan syukur pada Allah swt atas nikmat yang telah diberikanNya kepada kita semua.

Terima kasih cikgu

Semoga semua calon SPM 2016 cemerlang dalam keputusan yang akan diterima hari ini... Buat yang berjaya.. Tahniah.. Buat yang kurang berjaya... Usaha lagi hingga berjaya...  Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.
DAH LA AIBKAN ORANG PASTU BAGI GELARAN MACAM-MACAM!!

DAH LA AIBKAN ORANG PASTU BAGI GELARAN MACAM-MACAM!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

JANGAN MENGAIBKAN ORANG LAIN DAN JANGAN PANGGIL ORANG LAIN DENGAN GELARAN BURUK.

Firman Allah SWT :

وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ

[Surat Al-Hujurat 11]
Terjemahan :
"dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk."

================================
Sumber: Google images

Tapi zaman sekarang ni kita suka gelarkan orang dengan gelaran yang buruk... Satu salah dia buat... Seumur hidup orang tu kita gelarkan dengan gelaran buruk...

Aibkan orang lain... Jangan... Jangan aibkan orang... Cuma jika ada kejahatan seseorang lakukan...  Kita sebarkan untuk elakkan orang lain terkena... Mencegah kejahatan... Jadi kena la dedahkan... Kalau kita sembunyikan... Makin parah kejahatan dia akan buat nanti... Jadi ada beza antara aibkan orang dengan elakkan kejahatan... Cuma kalau nak dedahkan biarlah dengan bukti kejahatan yang dibuat...bukan sekadar kata... Kalau kata je...sampaikan aje.. Takde bukti ikut umpat dan fitnah namanya..

Jagalah aib orang... Kita ni pun nampak baik sebab Allah lindung dan pelihara aib kita.. Kalau tak.. Nauzubillah... Mungkin lagi teruk kan dari orang lain...

Moga kita dijauhkan dari perkara sebegini. Bersihkan hati... Perelokkan akhlak..

15 Mac 2017

Kisah Tudung Ustazah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kisah Tudung Ustazah

Santai petang.. 

kisah tudung ustazah... melayan karenah anak-anak didik yang pelbagai... Macam-macam... 

Saja minggu ni pelbagaikan jenis tudung... ada tudung instant, tudung labuh bulat ala tudung budak sekolah agama, ada juga shawl, ada juga bawal shawl minggu ni... 

Saja je.. nak tengok komen bebudak ni... haha.. 

Murid yang suka komen penampilan MF ni pelajar tingkatan 5 la.. Suka tengok, dan kata... .

Sumber: google images

Dua hari lepas, MF saja pakai tudung instant Awning keras style dulu-dulu tu... yang zaman sekarang, geng veteran la pakai kan... bebudak muda tak pakai... ntah kenapa, saja nak pakai... so, pakai la kan... sekali... budak komen... 

M: "Lainnya ustazah"
U: "Ha..a... lainkan, nampak muda ke tua?"
M: nampak tua.. 
U: "Agak-agak berapa umur saya?"
M: Mesti 30 atau 35 tahun ke ats..

Haha... ikhlas ko, komen diorang ni... sentap gak.. hehe... tapi tahu diorang ikhlas komen kan.. biar je.. 

Hari ni pakai tudung labuh bulat... kebetulan hari ni latihan rumah sukan .. pakai track suit dan tshirt muslimah ... tu yang saja pakai tudung labuh bulat tu... 

Sumber: google images

MF sendiri pakai, terus rasa macam budak sekolah agama plak... rasa muda 10 tahun.. hehe.. imbau zaman sekolah agama plak rasanya.. 

Seperti biasa bila nampak dek anak-anak didik ni.. terus diorang senyum dan komen.

M: Wa... lain lah ustazah... ,
U: apa yang lain?
M: Ustazah nampak muda la... nampak comeiiii... 
U:
M: berapa umur ustazah sebenarnya?
U: Awak agak?
M: Dalam 20-an... 25 kot.. 

dalam hati... haha... muda 10 tahun cheq dari 2 tahun yang lepas... 

Jadi, pengalamn sendiri ni kira betul juga la.. ada kajian kata, ponteng tu punca dari gaya cikgu yang tak menarik.. jadi, cikgu kena ada gaya... rias sikit muka bagi nampak seri.. pakai la bedak dan tatarias sikit dengan magic lipstik kan.. 

Pelajar sekarang ni nampak cikgu meanrik.. dia semangat lain macam dah... + keseronokan ketika mengajar jadi 1 bonus untuk tarik minat pelajar... beza sangat dengan kita dulu... tak kisah penampilan cikgu, janji cikgu ajar best kan.. 

Itulah kisah tudung ustazah... kadang pening juga nak gayakan tudung.. ye lah.. nak belit lebih-lebih, tak dan masa... sebab kena siap pagi-pagi kan... kelam kabut dengan anak-anak lagi.. tu kadang, tudung segera atau tudung bawal jadi pilihan... tapi dengar komen anak murid macam nak pakai tudung bulat labuh pulak lepas nih.. hehe... 

WW | JANGAN KELIRU ANTARA SIKAP DAN PERSONALITI SAYA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

 

Jangan keliru antara personaliti dan sikap saya...

Personaliti itu adalah siapa saya... Contoh...Saya seorang yang ceria, Pemurah dan peramah. 
Tapi sikap saya akan berubah bila saya berhadapan dengan orang yang berbeza... 
Jadi, jangan keliru..  Tak reti nak berlakon.. Dan saya juga pendosa bukan maksum...