09 Januari 2017

WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

*WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI*

🕔 5.00 - 7.00 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dlm waktu ini. Jika tidak, penyakit akan berkumpul.

🕖 7.00 - 9.00 pagi
Wajibkan diri utk bersarapan. Jika tidak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab itu kadang-kadang orang bersarapan lewat selepas pukul 9.00 pagi, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari.

🕘 9.00 - 11.00 pagi
Organ limpa bekerja. Elakkan makan dlm waktu ini.

🕚 11.00 pagi - 1.00 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐 1.00 - 3.00 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dlm waktu ini.

🕒 3.00 - 5.00 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dlm waktu ini.

🕔 5.00 petang - 7.00 malam
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu hidrat. Banyakkan minum air dlm waktu ini.

🕖 7.00 - 9.00 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yg berat pada waktu ini.

🕘 9.00 - 11.00 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur.

🕚 11.00 malam - 1.00 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.

🕐 1.00 - 3.00 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk tidur yg nyenyak.

🕒 3.00 - 5.00 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dlm kuantiti yg tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan pada waktu ini.
Sumber: Group Whatsapp



Sumber: google images

Kalau kita teliti, inilah jadual seharian yang anjurkan dalam Islam... sungguh cantik waktu-waktu ni kalau kita betul-betul jaga dalam kehidupan seharian kita... tak payah nak pening pilih supplemen itu ini sebab nak sihat cantik... Tapi sebab kita susah nak jaga semua ni... tu yang susah tu... Tapi MF sendiri amalkan supplement untuk sihat dan cantik... nak tahu... meh kita sembang tepi... hihi

3 Tips Membuat Kata Laluan Yang Kukuh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Zaman teknologi yang canggih, buatkan orang pun makin canggih untuk nak stalk dan hack orang lain... Jadi, setiap akaun yang kita perlukan login password perlu pastikan ianya susah diceroboh oleh orang lain...

Sumber: Google images 


Antara Tips untuk membina kata laluan yang kukuh ialah:

1.Gabungkan huruf besar, huruf kecil, nombor serta simbol.
Contohnya: cZ@8

2. Panjang kata laluan melebihi 8 karakter

3. Gunakan frasa yang kompleks
Contoh: 1aTu_H@r1

Moga tips ni membantu akaun peribadi kita supaya lebih selamat dari orang yang tidak bertanggungjawab.

Cara Pelupusan al-Qur'an Rosak Akibat Banjir

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Banjir dah mula reda...di Kelantan dan Terengganu... Tahun ni agak teruk juga, sebab nampaknya kebanyakkan tempat ditelenggami air.

Kebanyakan surau dan masjid juga tak terkecuali kena banjir... Jadi, sudah pasti buku-buku agama dan al-Qur'an juga terkena banjir... 

Kertas bila dah kena air... sudah pasti rosak... tambah lagi dengan lumpur yang tebal... memang susah nak dikembalikan seperti asal.. Jadi, kaedah selamat lupuskan saja... Tapi al-Qur'an bukanlah kitab biasa... bukan buku... tapi kitab yang mengandungi kalam Allah secara tulisan... jadi, wajib hormat dengan penuh beradab... 


Sumber: google images

Para ulama’ telah khilaf bagaimana cara melupuskannya kepada dua pendapat.

Pertama : Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat hendaklah digali tanah dan ditanam di  dalamnya.

Seperti ulama’ Hanafi antaranya al-Haskafi berkata : “Mushaf apabila berada pada keadaan yang mana kita tidak mampu membacanya lagi hendaklah ditanam sebagaimana keadaan orang Islam yang mati”. Lihat al-Durr al-Mukhtar 1/191. Sahib al-Hasyiah memberi komentar dengan berkata : “Diletakkan perca kain yang bersih yang diletakkan di dalamnya (al-Qur’an yang rosak) kemudian ditanam di tempat yang tidak dihina dan dipijak.”

Al-Buhuti, seorang ulama’ dalam mazhab Hanbali berkata : “Jika sekiranya mushaf telah basah atau lupus, hendaklah ditanamnya secara nas. Imam Ahmad menyebut bahawa Abu al-Jawza’ telah basah mushafnya lantas digali lubang pada masjidnya dan ditanamnya.” Lihat Kasyaf al-Qina’ 1/137.

Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh (mantan Mufti Besar Arab Saudi) berpendapat, cara yang paling sahih ketika luput sebahagian kertas mushaf ialah dengan menanamnya di masjid. Jika tidak boleh maka ditanamnya di tempat yang bersih lagi suci dan harus juga membakarnya. Lihat al-Fatawa 13/84

Kedua : Mazhab Maliki dan Syafi’i berpendapat, hendaklah dibakar.

Hujah bagi pendapat yang kedua ini adalah berdasarkan tindakan Saidina Uthman yang memerintahkan untuk membakar mushaf yang lain yang berbeza dengan mushaf yang ditulis, dan perbuatan tersebut telah disaksikan oleh ramai Sahabat. Kisah ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya no. 4988. Mus’ab bin Sa’d berkata : “Aku mendapati ramai orang yang mana menyaksikan peristiwa arahan Saidina Uthman supaya mushaf-mushaf yang lain dibakar. Perbuatan tersebut menjadi kehairanan bagi mereka tetapi tidak seorang pun dari kalangan mereka mengingkarinya.” Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Abi Daud dalam bukunya Kitab al-Masahif halaman 41.

Ibn Battal berkata : “Perintah Saidina Uthman supaya membakar semua mashaf ketika dihimpunkan al-Quran menandakan keharusan membakar kitab-kitab yang terpada padanya Asma’ullah (nama-nama Allah). Yang demikian, sebagai kemuliaan baginya dan pemeliharaan daripada dipijak dengan kaki serta dicampakkannya pada mana-mana tempat.” Lihat Syarah Sahih al-Bukhari 10/226.

Imam al-Suyuti berkata : “Apabila perlu kepada melupuskan sebagian kertas mushaf dengan sebab basah atau rosak, maka tidak harus diletakkannya pada mana-mana tempat sekalipun tinggi kerana boleh jadi akan jatuh dan dipijak. Begitu juga tidak harus mengoyaknya kerana memisahkan huruf-huruf dan kalam tersebut. Justeru, kalau dibakarnya dengan api, maka tidak mengapa. Ini kerana perbuatan Saidina Uthman yang membakar semua mushaf dan tiada seorangpun yang mengingkarinya.” Lihat al-Itqan fi Ulum al-Qur’an 2/1187
Tarjih

Selepas meneliti dua pandangan di atas samada menanamnya atau membakarnya, adalah diharuskan kedua-duanya kerana ia bermatlamat untuk memuliakan al-Qur’an atau mushaf.

Walaupun begitu, menurut Mufti Wilayan Persekutuan... beliau lebih cenderung kepada hujahan mazhab Syafi’i dan Maliki yang memilih dengan cara membakar. Perbuatan sahabat seperti Saidina Uthman yang merupakan ijtihad daripadanya dan juga selepas itu tidak diingkari oleh mana-mana sahabat menjadi hujah yang kuat kepada perbuatan tersebut untuk mengharuskan pembakarannya. Ini kerana ianya memang rosak disebabkan banjir dan alangkah baiknya selepas itu, debu yang berbaki, ditanam kerana mengambil pendapat yang pertama dari mazhab Hanafi dan juga Hanbali.

Alhamdulillah, mutakhir ini telah wujud alat yang moden dalam menghancurkan kertas sehingga menjadi seperti debu atau serpihan halus dan tidak kekal lagi walaupun kalimah dan huruf secara zahir. Kemudian ianya dibakar pula dan kemudian ditanam, maka sudah tentu lebih selamat dalam memuliakan al-Qur’an daripada dihina atau dipijak.

Begitu juga terpakai dalam isu ini berkenaan dengan nama-nama Allah, kitab-kitab hadith atau kitab-kitab agama yang mengandungi nama Allah yang hendaklah kita muliakan di mana cara pelupusannya dibuat sebagaimana dilupuskan mushaf seperti di atas.

Semoga jawapan ini menyelesaikan isu dan kemelut berkenaan dengan pelupusan mushaf yang rosak atau yang tidak mungkin dapat dibaca lagi dengan sebab ditenggelami air dalam tempoh masa yang tertentu. Wallahua’lam.
Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan

Kaedah ini juga MF guna untuk lupuskan kertas-kertas soalan dan buku Pendidikan Islam yang dah tak gunakan lagi... Biasalah, jadi ustazah ni banyak guna bahan yang mengandungi ayat al-Qur'an dan hadis... Walaupun ada kata tak mengapa kalau ayat tu sedikit sahaja... Tapi MF rasa bersalah... tetap akan simpan dan kumpul... kemudian satu masa bakar dalam bekas dan abunya dibuang dalam air yang mengalir...seperti sungai atau laut. 

Doa Agar Hati Tidak Berbolak-balik

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ قُلُوبَ بَنِي آدَمَ كُلَّهَا بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ كَقَلْبٍ وَاحِدٍ يُصَرِّفُهُ حَيْثُ يَشَاءُ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash berkata; bahwasanya ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya hati semua manusia itu berada di antara dua jari dari sekian jari Allah Yang Maha Pemurah. Allah Subhanahhu wa Ta'ala akan memalingkan hati manusia menurut kehendak-Nya." Setelah itu, Rasulullah SAW berdoa; 'Ya Allah, Engkau yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu! '(HR Muslim No: 4798) Status: Sahih


Sumber: google images

Pengajaran: 

1.  Hati manusia berada di antara dua jari dari sekian jari Allah yang Maha Pemurah. Allah memalingkan hati manusia tersebut  sesuai kehendak-Nya. An Nawawi menyebutkan : Allah membolak-balikkan hati seseorang sekehendak-Nya.

2.  Setiap kita perlu rajin memohon pada Allah agar diberi hidayah dan istiqamah berada di atas petunjuk.  Antara doa yang diajar oleh Rasulullah:

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Ya Allah, Engkau yang memalingkan hati, palingkan hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu.

3.  Jika seorang hamba bergantung dan bersandar pada dirinya sendiri, tentu ia akan binasa.

4.  Kita hendaklah menyerahkan segala usaha kepada Allah dan janganlah berpaling dari-Nya walaupun sebentar.

5.  Hendaklah setiap kita memohon kepada Allah agar terus menerus diteguhkan hati  dalam ketaatan dan tidak terjerumus dalam maksiat atau kesesatan.

Sumber : telegram.me/hadisharian_ikram

08 Januari 2017

Berdosakah Aku Dikurniakan Anak Sama Jantina???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berdosakah Aku Dikurniakan Anak Sama Jantina | Tajuk macam tajuk drama gitu... Tapi tajuk ni sekadar luahan atas persepsi orang kepada pengalaman MF sendiri...

Anak sama jantina... Salahkah??? Apa maksudnya???  Maknanya...  Anak 1 hingga yang seterusnya sama je jantina nya... Kalau lelaki, lelaki semuanya... Kalau perempuan, perempuan semuanya...

MF mula lihat fenomena ni makin kuat...  Jantina anak itu satu masalah bagi orang...hmmm... MF pun tak pasti mana hukum seakan satu kemestian bahawa sepasang suami isteri tu kalau ada anak mesti ada anak lain-lain jantina baru dikira lengkap...

MF dah ada dua anak... Bila mengandung anak ketiga mula orang tanya kan jantina... Kita jawab juga... Tapi dalam senyuman...



Alhamdulillah... Anak ketiga MF juga perempuan... Maknanya MF ada 3 anak perempuan...

Tapj bila bagitau orang... Macam-macam orang kata...

"Wah, kena mengandung lagi tu... Muda lagi kan."

"Takpe...usaha lagi..."

Yang paling tak tahan nurse boleh kata...
"Kalau tak nak, bagi je kat saya...". Ada ke... Walaupun sama jantina tetap anak aku... Jawab dalam hati...

Paling best... Ada yang kata...
"Untung tu 3 perempuan... Kahwin nanti kaya.." Perghhh...  Ingat aku jual anak???

Itulah persepsi orang bila anak sama jantina... Macam dosa besar je ada anak sama jantina ramai ni...

Jantina anak bukan kita yang tentukan...  Tapi Allah Yang Punya Kuasa...

Apa pun... Sangat bahagia dan HAPPY je bila lihat gelagat tiga anak puteri solehah ni.... Berseri rumahtangga...

Paling best bila masing-masing nak tolong buat kerja rumah walaupun masih kecil...

Walaupun orang kata Macam-macam... Tapi yang manisnya MF rasa.   Tak pernah rasa kecewa sikit pun walaupun anak kami semua sama jantina...

Alhamdulillah... Itu semua amanah dan kurniakan Allah... Moga dapat jaga dengan sebaiknya... Besar sangat tanggungjawab tu...

Bagi yang dapat anak sepasang ke.. Ada anak lain jantina ni... Jangan dok kecam orang yang ada anak sama jantina ni... Bukan kami dok rancang jantina anak...

Ada jua yang kata... Anak rapat sebab dok usaha nak dapatkan lelaki... Huh..  Kami rancang takde lah rapat... Selang 2 atau 3 tahun je... Sebab nanti dah tua tak larat nak beranak lagi... Jadi muda nilah nak ada anak kecik pun kan..

Itulah...ragam dunia... Tak tenang kalau ikut kata orang... Apa pun kami bahagia cuma tak kan nak canang satu dunia kan...

Alhamdulillah... 

Kisah Poligami dan Kehidupan Indah Bermadu dalam Drama Diari CInta Kita

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kisah Poligami dan Kehidupan Indah Bermadu dalam Drama  Diari CInta Kita

Salah satu slot drama bersiri yang MF suka tengok ialah slot Azalea di TV9. Tapi tak semua MF layan.. tengok juga kisah dan perjalanan kisah tu sendiri... Kalau kisah kekeluargaan dan kisah suami isteri tu ada la juga la layan. 

Semalam baru habis tengok drama slot ini.. Drama Diari Cinta Kita selama 20 episod habis dilayan... 

Memula macam bosan... tapi lama kelamaan macam best... 


Sumber: Google images

Drama kisah Dr. Aqilah yang jatuh hati dengan suami pesakitnya sendiri... Hakim dan Iman... dia boleh jatuh hati sebab selalu tengok Hakim dan Iman yang sangat sweet...sedangkan dia dah bertunang dengan Suffian yang kaki perempuan. 

Akhirnya diorang berkahwin juga.. dan Aqilah dibuang keluarga dan Iman mula memberontak.. Tapi akhirnya dia redha dan terima Aqilah selepas Aqilah benar-benar menyesal sebab buat Iman macam tu... tambahan pula Hakim buktikan yang walaupun dia kahwin lain tapi kasihnya kepada Iman tak berubah.. 

Memang seronok la kan... kehidupan poligami yang indah.. dan sebenarnya dalam drama ni nak paparkan mesej yang poligami tu indah sebenarnya. Tapi semuanya bergantung kepada suami sebagai ketua... 

Drama ni juga nak kisahkan kehidupan rumahtangga ni kena adanya tolak ansur... selain tu, ibu bapa berilah peluang kepada anak untuk mengemudikan hidup dan rumahtangga sendiri... 

Bagi MF seronok la juga drama ni... cuma suspennya dalam drama ni bila part akhir tu..ingatkan Iman meninggal... rupanya tak... dia masih hidup dan mereka hidup bahagia bertiga... 

Tak rugi tonton drama ni sebab ianya berkisar rumahtangga dan suami isteri... sedikit sebanyak memang boleh ambil pengajarannya. 

Drama ni ada Ulangan di TV3... Yang tak tengok boleh tonton... Fahami kisah poligami dan rencah suami isteri,,,