Memaparkan catatan dengan label ~Doa Seorang Isteri~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ~Doa Seorang Isteri~. Papar semua catatan

07 Disember 2018

Disember 07, 2018

Doa Mohon Kesihatan dan Kelapangan Rezeki

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Doa Mohon Kesihatan dan Kelapangan Rezeki 


Di hari Jumaat kena banyak kan doa...

Salah satu doa yang patut kita minta ialah diberikan kesihatan yang baik...

Kerana...

Jika rezeki banyak tapi tak sihat pun tak de guna juga kan...


Jom kita doa...
Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, berikanlah petunjuk kepadaku, dan selamatkan lah aku (dari pelbagai penyakit) dan berikanlah rezeki kepada ku...

Ameen... Ya Rabbal 'alamin.... 

10 Jun 2017

Jun 10, 2017

Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan! | Sebut ikan Siakap resepi apa yang tertangkap kat kepala mestilah siakap stim, siakap tiga rasa ataupun siakap masak masam manis... 

Rasa bosan nak makan resepi yang sama.. jadi, ubah selera... Apa kata buat kari pula.. apa rasanya... 

Bila sebut kari, MF suka kari tanpa santan ... Kalau letak santan rasanya agak muak dan cepat basi... 

Jadi, dengan bahan yang ringkas dan mudah.. 

Kari Ikan Siakap Tanpa Santan adalah menu Ramadhan kami yang ke-14:

Kari ikan siakap

Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan:


Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap sederhana besar
5 ulas bawang putih (potong halus atau tumbuk)
1 biji bawang besar (hiris mayang atau tumbuk)
1 inci halia (hiris nipis)
1 sudu kecil Halba
1 sudu kecil Jintan
75 gram serbuk kari (MF suka guna serbuk kari BABA'S pedas, ni pun tak pedas sangat nak lagi pedas tambah serbuk cili BABA'S)
1 biji tomato
3 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula sebagai perasa

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, halba dan jintan hingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air suam. Kemudian tambahkan air untuk jadikan lebih kuah. 

3. Bila dah mendidih, masukkan ikan siakap dan juga air asam jawa. Biarkan ikan dan semuanya sebati. 

4. Akhir sekali, masukkan tomato, dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mereneh dalam 5 minit. 

5. Siap untuk dihidang. 

Mudah je kan... Tak sampai 20 minit masak kari ni.. semalam pun MF Masak dah dekat waktu berbuka sebab anak buat perangai ... Jadi terlambat sikit masak... Tapi resepi ni sebab tak guna santan, sekejap aje masaknya. 

Rasanya, boleh tahan sedap.. macam makan kari kepala ikan kat kedai mamak pula... No bad ikan siakap masak kari.. isinya tetap manis dna takde pun bau hanyir... 

Selamat​ mencuba!

10 Oktober 2014

Oktober 10, 2014

Doa Seorang Isteri

Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku...

Sumber: Rahsia Perkahwinan


Posted via Blogaway: Entry Autopublish