Memaparkan catatan dengan label review perkhidmatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review perkhidmatan. Papar semua catatan

04 Mac 2018

Mac 04, 2018

Jubah Dress RM16 di Nile.com.my

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jubah Dress RM16 di Nile.com.my | Nile.com.my, mungkin tak ramai yang tahu kewujudan webshop ini...

MF sendiri tau laman web ni untuk shopping pun sebab jadi blogger... Pernah join beberapa contest dari Nile beberapa tahu yang lepas.

Nile.com.my sama seperti Lazada dan Shopee.my juga... Cuma barangan di Nile.com.my ni tak banyak seperti dua mall online yang terkenal tu dan Nile ni takde applikasi...kena buka kat browser kalau nak membeli. Tapi seronok sebenarnya beli barang nile.com.my ni...

Yang MF suka beli barang di sini ialah pakaian... Harganya murah tapi berkualiti... Lama dah rasanya tak membeli di Nile.com.my ni. Tapi baru-baru ni boleh terjebak semula sebab dok lalu lalang beberapa kali iklannya di timeline Facebook.

Baru-baru ni Nile.com.my ada buat Flash Sale sempena Payday. Flash sale ni ada hari tertentu... Selama 3 hari yang Nile buat baru ni... 26 hingga 28 February. Ada barangan dengan harga rendah ikut hari yang tertentu.

Satu je yang betul membuat MF teruja sangat nak beli... Iaitu satu jubah dress jenama Haniya... Jubah ni mahal kalau harga biasa.. harga kat tempat lain cecah seratus lebih... Kat Nile.com.my dia jual RM79.90. Tapi, masa Flash Sale 28 February yang lalu, harga Jubah Dress Tu menjunam hingga ke RM16 Je sehelai...




Memang teruja habis la Kan... Mana nak dapat. Terus la Tanya suami... Dia pun bagi green light, kita pun apa lagi kan.. laju je tekan checkout...

Ni satu lagi MF suka dengan Nile.com.my ni... Kita boleh pilih jenis penghantaran yang kita nak dengan harga yang tertera... Untuk jubah yang MF beli ni, MF pilih delivery by GDex, sebab pos laju kat tempat MF problem... Tak laju dah... Cuma mahal sikit la... Apa pun harga juga tambah dengan kos pos tak cecah RM25 pun... Murah kan..

Jubah Dress RM16 di Nile.com.my


Jubah Dress RM16 di Nile.com.my

Alhamdulillah, lepas 2 hari order, terus terima barangnya dengan selamat. Apa lagi, kita try lah terus... Alhamdulillah.. memang terbaiklah... Memang betul .. ngam je ukuran yang diberi. . Kainnya pun sejuk je...



Jubah Dress RM16 di Nile.com.my

Senyum sampai telinga satu hari... Haha.. biasa kan orang perempuan... Bila dapat apa yang dia nak sangat tu, memang happy lah kan.. lagi happy bila suami belanja... Biarlah tak mahal mana pun kan...

Alhamdulillah, rezeki dapat grab jubah dengan harga murah.. inilah tips jimat untuk shopping online... Lepas dapat je beli,esok tengok semula, jubah dress haniya kembali ke harga asal RM79.90 dah.  Alhamdulillah... Memang nak jadi rezeki MF juga.. sebab kalau bukan rezeki kita, usaha macam mana pun tak kan dapat punya kan... Kalau nak jadi rezeki tu, Insha Allah dipermudahkan .. yang penting berserah kepada Dia.. kerana Dia Yang Maha Pemberi Rezeki... 

11 Februari 2018

Februari 11, 2018

Bateriku.com Penyelamat Bateri Kereta Kong Kat Tengah Jalan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bateriku.com Penyelamat Bateri Kereta Kong Kat Tengah Jalan | Hari Jumaat, hari minggu di Johor... Gaji awal weyhhh bulan ni bagi kakitangan kerajaan... Jadi, memandangkan gaji awal kena buat bajet dapur awal. Kang ada yang kebulur belum sampai gaji akan datang.

Awal-awal pagi lagi kami laki bini plan nak berbelanja kat AEON Mall, Kulaijaya... Selesa saja shopping di situ sebab kawasan yang lapang, senang parking dan amat sesuai bagi yang anak berderet macam MF ni...

Awal pagi kami sampai... elok sampai je dalam jam 10 pagi, AEON Mall baru je buka... Alhamdulillah dapat je parking depan pintu... Senang... Siap parking masuk AEON Mall dan terus la beli belah dan juga makan-makan kenyangkan perut. Siap segala, terus je balik sebab hari Jumaat kan... Suami nak ke masjid pula untuk solat Jumaat.

Elok sampai kat kereta, suami terus nak hidupkan enjin sebab cuaca panas kan semalam... Sekali.. eh, sudahhh... apasal pula dengan kereta nih... Tak boleh nak idupkan pula.. ah, sudah.. suami terus buka bonet depan, tengok apa yang patut... Biasa kalau tak boleh start ni masalah bateri la kan... Mungkin juga sebab bateri... sebab kereta Proton MF beli ni tak pernah tukar bateri sejak dari beli tahun 2015. Tahun ni dah masuk 3 tahun guna... Dengan dok travel jauh Utara-Selatan, memang kemungkinan bateri kong tu tinggi...

Aduhh... apa nak buat ni... Wayar jumper pula terlupa nak bawa... Nak minta tolong siapa ni... ligat memikir.. MF apa lagi.. Google la apa lagi... Sekali ha, teringat kengkawan blogger dok share pasal Bateriku.com, Perkhidmatan dikala Bateri Kereta Kong ditengah jalan. Apa lagi, terus la call kan...

Bateriku.com Penyelamat Bateri Kereta Kong Kat Tengah Jalan

Wahh... servis pantas beb! Call aje terus diorang tanya lokasi kat mana, lepas MF bagitau lokasi dan masalah, Yeah!!! Penyelamat datang menyelamat... Hah! Gaya macam superhero gitu... Dalam 30 minit juga la baru sampai sebab diorang datang dari Johor Bahru, orang Johor atau sesiapa pernah pergi Johor tau la kan, Johor Bahru ke Kulai tu jalannya macam mana kan...

Bateriku.com Penyelamat Bateri Kereta Kong Kat Tengah Jalan
Uncle Rauf dan rakannya dari Bateriku.com baru sampai bersama van Bateriku.com yang sememangnya cute dan menarik perhatian

Elok je sampai, terus diorang datang perkenalkan diri. Uncle Rauf, dari Bateriku.com datang untuk menyelamat kami. Lepas MF ceritakan masalah kereta kami yang tak boleh hidup tu, terus la keluarkan peralatan dia untuk check dulu, sama ada betul ke masalah bateri kereta yang bermasalah. Sekali check, aik! bateri kereta MF masih ok katanya... Hmmm... termenung pula, fikir apa pula lahai problem nya... Korang jangan expect yang kereta baru takde masalah ye... Sekali 'demam' dia datang pening fikir.

Bateriku.com Penyelamat Bateri Kereta Kong Kat Tengah Jalan
Check bacaan kapasiti bateri


Ok, takpe... dia check pula masalah alternator, alternator ni kira macam power untuk cas bateri. Kata Uncle Rauf, kalau bateri tak bermasalah, kemungkinan alternator pula yang bermasalah. Lepas check meter alternator, masih baik katanya... Hmm... menung juga memikir...

Bateriku.com Penyelamat Bateri Kereta Kong Kat Tengah Jalan
Semak meter alternator pula selepas check bateri tapi takde masalah

Jadi, suami MF dan Uncle Rauf, sama-sama cari punca apa masalah kereta tak boleh nak hidup ni... Puas la juga mencari sebab, sekali... korang nak tau sebab apa... Sebab Gear bukan pada simbol 'P'...sebaliknya, pada simbol 'D'... hahaha...hadoi... macam mana boleh tak perasan ek.. haha...kesian pula pada Uncle Rauf dan kawan dia ni... datang jauh-jauh sebab kecuaian kami... Tapi Uncle Rauf, very understanding ok!, dia kata ini bukan kejadian pertama pun sepanjang pengalaman dia berkhidmat dengan Bateriku.com... Perkara biasa je ni...

Lepas dah tahu punca, dia pun terangkan sikit pasal bateriku.com kat kami... dan masalah bab bateri kereta. Dia terangkanlah tentang perkhidmatan bateriku.com dan servis yang ditawarkan.

Perkhidmatan Bateriku.com

Selain di Johor, Bateriku.com jugak menawarkan perkhidmatan di beberapa buah negeri lain, antaranya Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis. Tempat lain jangan susah hati sebab Bateriku.com dalam perancangan meluaskan kawasan liputan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Yang menariknya Bateriku.com ini beroperasi bermula seawal jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam.

Bagi negeri Johor, cover area Bateriku.com under Uncle Rauf ni, meliputi kawasan Bandaraya JB, Pasir Gudang, Masai, Plentong, Skudai, Kota Tinggi hingga Taman Saujana dan sekitar Bandar Kulai. Lain-lain daripada tu, ada dealer yang akan incharge. Jadi, jangan risau bagi yang dok di pedalaman tu, Bateriku.com ada perkhidmatannya. Korang call aje

Apa Kelebihan Bateriku.com

1. Murah

Harga yang ditawarkan memang lebih murah daripada tempat lain. MF dah survey dah kat tempat lain termasuk kat kedai jual bateri kereta. Lagipun dengan khidmat yang ditawarkan, sangatlah berbaloi sebab ada jaminan warranty, servis datang secara percuma seluruh Malaysia. Mana nak dapat kan kat tempat lain? Lagi satu, semua jenis bateri untuk semua jenis kenderaan ada, jangan risau.


2. Syarikat yang kukuh dan dipercayai

Syarikat Bateriku.com ni bukan syarikat cikai punya ye.. Memang syarikat bumiputera Melayu yang kukuh dan sangat boleh dipercayai. Jadi, jangan risau takut kena tipu. Dijamin selamat punya.


3. Perkhidmatan PERCUMA  untuk penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan

Sebut benda FREE semua orang suka kan... Itulah kelebihan Bateriku.com ni... Perkhidmatan yang ditawarkan memang percuma. Dia datang hantar bateri, check bateri dan pasang bateri semua percuma. Takde cas tersembunyi... Kalau ada cas lain, bukan bateriku.com la tu. Sebab Bateriku.com hanya kenakan cas Bateri yang korang beli sahaja.



4. Khidmat Nasihat dan Claim PERCUMA

Khidmat nasihat dan perkongsian penjagaan kereta atau bab kereta juga secara percuma. Lagi satu yang bestnya, andai kata korang beli bateri dengan Bateriku.com ni di Johor, lepas tu korang pergi jenjalan balik kampung di Melaka, tetiba bateri korang problem dan masih dalam warranty, korang call je bateriku.com cawangan Melaka, diorang akan datang servis secara PERCUMA. Korang hanya perlu bagi nombor plat kereta ataupun nombor phone yang korang register masa beli bateri tu. Ini perkhidmatan yang MF rasa takde dapat kat mana-mana, hanya dengan Bateriku.com.

 Bateriku.com Penyelamat Bateri Kereta Kong Kat Tengah Jalan
Untuk pembelian, ini borang yang pelanggan perlu isi untuk dimasukkan dalam sistem Bateriku.com. Rekod ini penting untuk data pelanggan, sebab tu rosak di Selangor pun boleh claim di Johor.

5. Bayar guna debit atau kredit kad

Kita mana bawa duit banyak sebab risau pegang cash banyak-banyak zaman sekarang ni.. Jangan risau sebab Bateriku.com menyediakan perkhidmatan pembayaran guna kad kredit atau kad debit. Jadi, kalau takde cash pun jangan risau. Boleh je bayar guna kad bank aje.

Lepas dah sembang-sembang dengan Uncle Rauf, MF tanya lagi berapa dia cas sebab jauh dia datang sekali kereta takde masalah pun... Sekali dia cakap lagi, kan dah kata percuma tadi.. owh... adudu.. kesiannya depa tapi diorang kata itu tak menjadi masalah kerana mereka berkhidmat dan beramal untuk semua... Wahh... memang terbaik la perkhidmatan Bateriku.com ni...

Download Apps Bateriku.com di Apps Store dan Play Store untuk servis yang lebih pantas.

Sebelum mereka beredar, dia juga bagi info kat kami.. Nak tau lebih lanjut download je applikasi Bateriku.com... Senang... ada hotline kat situ. Ingat bateri kong, ingat Bateriku.com.


Uncle Rauf sedang beri penerangan kepada 2 orang lelaki India yang tertarik tengok van Bateriku.com... 

Bateriku.com ni jadi perhatian la kejap kat AEON Mall sebab van dia memang tertarik menarik... Uncle Rauf pun bijak mempromosi perkhidmatannya... hinggakan masa dok servis ada yang datang tanya dan nak nombor phone lagi... Uncle Rauf memang ramah tamah, perkhidmatan pun terbaik. Highly Recommended!

 Bateriku.com Penyelamat Bateri Kereta Kong Kat Tengah Jalan
Dah selesai dah servis yang mereka berikan... Masa untuk pulang. Servis yang memang terbaik dari Bateriku.com

MF pernah alami Bateri Kong masa bercuti di Bentong, Pahang. Jumper pun tak boleh... Rugi rasa masa tu tak kenal lagi Bateriku.com ni... Kalau tak, mesti senang dan tak pening kepala bila Bateri kong tetiba. Lepas ni, memang simpan je nombor bateriku.com... Penyelamat Bateri Kong di saat tak terduga..

Maklumat lanjut, hubungi:

Alamat:
No. 17, Block G, Jalan Saujana Indah 10 Taman Perindustrian Saujana Indah TTDI Jaya, Seksyen U2 40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Telefon: 1-300-22-2324

Facebook: https://www.facebook.com/bateriku/

Instagram: https://www.instagram.com/baterikudotcom/

e-Mail: customersupport@bateriku.com

Laman web: www.bateriku.com

Bateriku Kereta Kong? Ingat Bateriku.com dimana jua anda berada!

29 Oktober 2017

Oktober 29, 2017

Hotel Bajet di Bandaraya Melaka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hotel Bajet di Bandaraya Melaka | Percutian keluarga kecil MF semuanya tak pernah dirancang. Rasa bosan dirumah atau lama tak keluar bercuti... Kemas beg, masuk kereta terus jalan...

Macam tu juga percutian singkat kami anak beranak baru-baru ni... Cuti sekolah sempena Cuti Umum Deepavali baru-baru ni pun tak dirancang. Dah lepas Asar, suami ajak keluar jenjalan... Sebelum tu ada juga hint kata bosan dok kat rumah. Kononnya tak nak la keluar jenjalan sebab duit gaji awal tu tak nak diusik dulu... Tapi apa guna duit ada, tapi keluarga tak happy...

Jadi, lepas suami ajak MF terus siap dan terus ambil sepersalinan baju masuk dalam beg. Elok dalam perjalanan MF tanya suami... Nak ke mana kita? Sebab kalau nak buat solat Qasar dan Jamak kena ada hala tujuan, kalau tak tidak sah solat tu... Akhirnya, keputusan dicapai kami ke Melaka.

Gerak dari rumah dah jam 6 petang dah... Singgah di Kluang cari makan, kemudian solat dan terus masuk ke Lebuhraya PLUS menuju ke Melaka.

Dalam perjalanan, konon nak tidur dalam kereta aje... Haha... verangan.. kereta viva nak tidur 5 beranak... Akhirnya kena juga cari hotel bajet buat luruskan pinggang.

Sambil suami drive, MF mencari hotel di Bandaraya Melaka. Cari yang betul-betul bajet bawah RM100 je untuk semalam.


Terus saja ke Bandaraya Melaka dan banyak hotel bajet dalam maps. Antara yang dipilih nak ke Hotel Sentral... Tapi dalam perjalanan ke Hotel tu ternampak Hotel M ditepi jalan. Tertarik dengan hotel tu sebab huruf M... hehe...



Suami terus singgah sebab parking hotel tu banyak kosong, masuk tanya... RM100 semalam.. terus aje Check In... waktu tu jam dah 10.30 malam dah... Kejutkan anak-anak masuk ke hotel... Malas juga rasa nak survey hotel lain.. Lagipun under bajet juga tu kan...

Nama pun hotel bajet kan... Jadi, padan dengan saiz bilik dan harga... Apa pun yang penting selesa untuk luruskan pinggang...


Bilik dengan katil saiz Queen, muat aje untuk kami 5 beranak. Bilik hotel lengkap dengan lif, air-cond, parking, table coffee, cermin besar, dan tandas dan bilik mandi yang besar dan bersih...dan tak lupa WiFi Free yang laju...  rasanya sangat berbaloi dengan harga tu...

Sebelah dengan hotel tu adalah RTM, depannya ada Madrasah... sebelahnya ada stesen minyak.... Dan area tu ada gerai jual nasi lemak. Pepagi lagi suami keluar untuk beli sarapan pagi...

Jadi, selesa juga walaupun harga bajet... Kalau nak lebih selesa mungkin banyak hotel lain juga... Tapi alang dah jumpa yang senang dan selesa... Lagipun ditepi jalan... dan tak terlalu sesak... Hotel M adalah hotel bajet yang boleh MF recommen untuk anda untuk percutian tak dirancang macam MF sekeluarga ni. Kalau rancang cuti, mungkin hotel lain lebih bagus lah...

05 September 2016

September 05, 2016

AWAS!!! JANGAN PERCAYA PAGE BISNES YANG BERIBU LIKE DI FACEBOOK!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Review kali ni bukan niat nak burukkan perniagaan orang lain... Jauh sekali nak jatuhkan perniagaan orang lain... Sebab memikirkan pengajaran untuk yang lain... Jadi, pengalaman dan review ini sebagai pedoman kepada yang berniaga... dan bagi peniaga yang saya sebutkan ini, mohon perbaiki perkhidmatan yang kami lalui... Jangan ulangi kepada pelanggan lain... Laksanakanlah tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah dengan sebaiknya... Lagipun korang orang Islam kan... Jadi, mohon yang membaca review ini, berpandangan terbuka dan berlapang dada... sebab kita berniaga nak cari redha Allah, bukan semata-mata nak kaya di dunia.

Panjang tu muqaddimahnya...

Kisahnya, bila MF terpandang satu page yang punyai ratusan ribuan like... Maknanya femes la page ni... mesti dipercayai ramai... itu firasat dalam hati... Iaitu satu page yang menjual cadar patchwork... bahkan ada syarikat sendiri yang bertapak di Ipoh, Perak. Kiranya ni perniagaan yang besar... MF share page tu di Facebook dan tag nama suami... kot la dia nak membeli... Sekali dia berkenan, dan dia tag pula mak dia (mak mentua MF), terus mak berkenan dan berniat nak belanja anak-anak dia dengan cadar baru... Alhamdulillah... Selepas membelek dan berbincang.. suami dan mak pun pilih la cadar yang nak dibeli...

Memula tu, suami call terus nombor yang diberi sebab whatsapp tak dibalas, MF PM kat Facebook pun lambat juga balas... Takpe la faham.. pelanggan dia ramai kan... sebab page ribuan like biasa macam tu la kan... Jadi, takpe la.. MF belek page tu, dan nampak ada website... bila belek website nampak boleh beli terus dari situ.. lagi mudah... Tapi dalam masa yang sama suami MF dah pun berurusan terus melalui whatsapp... lebih cepat katanya... Jadi, MF ikut je lah kata suami... Jadi, suamilah yang buat urusan jual beli.


Lepas deal dengan penjual tu, dengan harga yang dipersetujui, pada 25hb Ogos lepas terus kami bank in... takpe la.. kami bank in malam kan... jadi, order tu kira diterima esoknya la kan... lepas bagi detail semua, seperti biasa kami minta tracking... Whatsapp tak dibalas, dan terus follow up seller tu... akhirnya, dia kata budak stor dia akan pos hari Isnin 29hb Ogos... ok, takpe la.. kami pun tunggu dia bagi tracking lagi... Biasa dah kami ni, kalau orang bagi tracking kami tak semak terus... kami tunggu sehari selepas tu baru semak... sebab kadang tak masuk sistem kan...



Diorang guna perkhidmatan Nationwide... perkhidmatan penghantaran barang yang jarang orang guna.. tak semua tempat ada... Hari Rabu baru dia bagi tracking nombor... tu pun selepas suami follow up lagi dengan whatsapp dan call... Lepas semak, ada dalam sistem... dan sampai ke Kulai... Jadi, tunggu syarikat penghantaran tu la pula... ada dua barang yang guna perkhidmatan ni... Review pasal perkhidmatan yang teruk korang boleh baca entry INI. Tak nak ulang citer dua kali...

Lepas suami pergi ambil sendiri barang tu kat HQ, barulah terbongkar... Kami order 3 set cadar... tapi yang dipos hanya 1 set... Apa perasaan korang kalau kena macam ni????  Dah la barang kena pergi ambil sendiri... tengah2 panas pula tu kan... mau tak hangin en.somi... rasa tertipu kot... dah la seminggu menunggu... terus dia whatsapp dan call... Lepas call baru dia bagi tahu, dia buat dua packaging... yang lagi 2 cadar tu dia bungkus lain... terus la suami minta tracking nombor masa tu juga... sebab nak semak terus kat Nationwide, ada ke takde barangnya kan... sekali tunggu punya tunggu dia bagi tracking number, sampai ke sudah, dan Nationwide tu pun tutup...tak juga dibagi... Balik lah en.somi dengan barang yang ada, dengan rasa bengang dan kecewa...



Balik rumah, masih juga terus follow up... sebab harga cadar tu ratusan ringgit, bukan dua tiga ringgit... kalau dua tiga ringgit sekalipun ianya tetap duit ianya tetap hak kita sebagai pengguna. Dah petang, baru dia whatsapp pula bagi tracking number ... katanya dah pos... kali ni guna perkhidmatan KTMD pula... sekali baca pula review kak Farah Waheeda pasal perkhidmatan ni... pun sama juga... teruk dan jenis peram barang orang... lagilah en.somi bengang... masih guna bahasa yang sopan... tapi agak tegang... kalau nak suruh kami bayar pos lebih pun takpe.. asalkan barangnya sampai... ni bayar kos pos tapi barang lambat sampai...dah tu perkhidmatan yang jenis peram barang orang...

Sehingga artikel ni ditulis, kami kena la tunggu lagi cadar yang dipos tu dengan sabar... Tapi dari rasa excited dah jadi kecewa dah...

Yang kami nak marah, kecewa sangat tu, ialah apa-apa masalah tak diberitahu kepada pelanggan.... kita kena follow up, tanya... memang la bengang... itu amanah dan tanggungjawab diorang kot... kalau kami diam kan aje... agaknya memang berbulan la tak sampai agaknya barang tu... fuhh...

Kami pun berniaga juga... kalau masalah pos ke hape pun kami akan bagitau pembeli... kita tak nak sampai pembeli yang tanya... pernah kami pos, pos laju return semula... konon berat terlebih pula... kami pos semula ,... kos  pos kami tanggung la... walaupun tu masalah pos laju... tapi, itu amanah dan tanggungjawab kita sebagai peniaga... kena la tanggung risiko tu...

Pengajaran buat peniaga online... jangan tangguh-tangguh order pelanggan... tambah kalau barang ready made... buatlah sistem macam mana pun... asalkan cepat follow up pelanggan... jangan salahkan pelanggan kalau anda kena viral dan review teruk... Pelanggan ada hak dia... Jangan berjanji kalau tak mampu nak tepati.. itu tanda orang munafik...

Pengajaran buat pembeli online... selalu lah follow up jika apa-apa secara online... zaman sekarang ni banyak penipuan... ramai orang munafik dan tak amanah... Jangan anggap remeh hal begini...

Jika nak bisnes kita bertahan lama... 
jaga perkhidmatan kita sebaiknya...

MF bukan nak mengata orang Melayu berniaga... tapi MF dan suami banyak berurusan dengan bangsa lain juga bila berniaga... supplier kami pun dari pelbagai bangsa dan agama... tapi orang kita ni, kalau dah berjaya sikit... dah jadi boss... jarang dah nak turun padang tengok anak buah buat kerja... harap sangat sampai 200% kepada pekerja... akhirnya, macam ni lah...

Kami pernah beli barang yang lebih besar dan berat dari  3 set cadar ni... Suami MF pernah beli 4 tayar siap dengan sport rim dari KL, pos ke JB... Cina tu guna perkhidmatan bas, bayar kos pos RM80... dan kami ambil dari bas... cepat... dalam masa 12 jam kami dapat barangnya... Kali kedua kami beli Set Mesin jahit tepi jenama JUKI, besar dan berat... Pos dari Kulim, Kedah ke rumah... sampai depan rumah guna City Link... kos pos pun kami tanggung... Maknanya, bukan masalah barang berat ke besar ke... tapi penjual boleh rujuk pembeli bab pos barang... perkhidmatan apa yang sesuai untuk pos... sebab memang banyak syarikat penghantaran barang... tapi tak semua sesuai dengan semua tempat. Selain tu, follow up la pelanggan selalu... Jangan sampai pelanggan pula nak kena tanya itu ini... Bila kita banyak tanya, mula la kata kita ni cerewet... padahal diorang sendiri tak mainkan peranan sebagai peniaga...

Jadi, sekali lagi... MF minta maaf... MF review ni sebagai pengajaran... peringatan kepada yang lain juga... juga sebagai reminder kepada diri sendiri dalam berniaga. Harap perbaiki perkhidmatan anda...

P/S: Semalam, seller tu dah takut nak angkat call dari suami MF.... Memang takut la nak menjawab... whatsapp pun tak balas dah... sekarang ni kena tunggu je la bila barang tu akan sampai... huhu... seminggu lagi agaknya... 

Ni kali kedua, review pasal perkhidmatan dari page yang ribuan like, tapi perkhidmatan macam hampehhh... review sebelum ni, ada kat ENTRY NI... Bahkan entry review tu juga, akhirnya owner tu minta saya delete entry tu...tapi atas nasihat blogger lain, jangan delete...jadikan itu sebagai pengajaran. 

03 September 2016

September 03, 2016

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BARANG PALING TERUK DI ABAD INI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jika sebelum ni, pernah MF review perkhidmatan 3 syarikat penghantaran yang popular di Malaysia iaitu Pos Laju, Gdex dan Skynet... Dan memang antara ranking betul entry ni dalam carian Google... Boleh baca review tu DI SINI.

Tapi review tu MF buat masa MF tinggal di Gombak, KL.. Sekarang MF dah pindah ke Johor... Alhamdulillah, ketiga-tiga syarikat penghantaran ini, sangat bagus sejak MF pindah ke Johor. MF puji habis la perkhidmatan Pos Laju, GDex dan Skynet kat sini... Paling cepat Skynet la... Pos petang dari KL, insha Allah pagi keesokan harinya akan sampai ke Johor depan rumah... pos laju, paling lambat 3 atau 4 hari..

Tapi kali ni nak bagitau ada perkhidmatan yang paling lambat dari yang terlambat... Lebih dari 7 hari tak sesampai lagi... Nak tahu... perkhidmatan curier apa... itulah Nationwide... Mungkin tak popular tapi masih ada yang guna perkhidmatan Nationwide ni...


MF pun tahu perkhidmatan curier ni selepas beli online baru-baru ni... Siap bank in kepada penjual hari Khamis... dan dikhabarkan pos hari Isnin. Jadi menunggulah dengan sabar... dah la ada masalah dengan penjual..tambah pula dengan perkhidmatan curier yang macam ni, memang menguji  kesabaran betul...

Semak tracking nombor hari Rabu, sebab penjual pun baru bagi tracking number... Semak dah ada kat HQ di Kulai... Jadi, kami menunggu dengan sabar... Tunggu punya tunggu sampai la hari Jumaat.. tak juga ada barang... terngiang-ngiang lori kat luar rumah... asyik jenguh je... hampa betul... Dah geram punya pasal, hari ni en.somi Call terus kat pihak HQ Nationwide di Kulai tu... nak tahu apa  dia kata...

"Barang encik memang ada, tapi kami tak dapat nak hantar sebab rumah kami di luar kawasan penghantaran..." Kami akan hantar, cuma lambat.... tunggu ada barang satu lori dia agaknya baru boleh hantar kat kami... perghhhh... menyirap ko... Dah tu, sepatutnya telefon la kita bagitau... ni kita pula kena telefon dia tanya... nak peram barang orang sampai bila.. Pastu suami pun apa lagi... terus je start motor, pergi ambil sebab katanya pejabat diorang buka separuh hari je hari Sabtu...

Memang hangin satu badan betul syarikat penghantaran macam ni... Tak marah kalau barang kita sampai diorang call bagitau suruh ambil..bagitau diorang tak hantar sebab luar kawasan... Kita tak kisah sangat... Tapi masalah bila dok peram tu yang geram.. Kita pula nak kena tanya... Bukan free kot... Kita bayar kos penghantaran tu...

Sebab MF tahu, kalau kawasan Johor ni... Ada yang jauh-jauh... Jadi sesetengah perkhidmatan penghantaran ni tak masuk... Macam Skynet atau City link akan call suruh ambil kat bandar untuk sesetengah tempat..  Ok la.. Dia bagitau..  Kita akan pergi ambil... Tapi ni peram.. Tak bagitau... Nak tunggu kumpul barang lain... Baru nak hantar sekali...  Mau tak marah kan... Itu kan amanah dan tanggungjawab... Laksanakanlah...

Dan satu lagi, dapat info pula dari blogger kak Farah Waheeda sebab MF ada buat status pasal ni kat Facebook... iaitu syarikat penghantaran KTM.. pun buat hal yang sama... jenis peram barang orang lama-lama tak hantar.... Hadoiii...


Memang lepas ni kalau beli barang online kena tanya penjual la, nak pos barang guna syarikat apa... Nak kata kos penghantaran murah, sama je kot... Memang letih la camni...

Ini bukan pertama kali kami beli barang yang besar-besar... boleh aje penjual pos... pernah suami beli tayar siap dengan rim empat biji, pos dari KL, guna bas aje... kita tanggung kos pos... apa masalahnya kan... Penjual pun, gunalah perkhidmatan yang popular dipercayai orang ramai.. banyak cawangan dan negeri guna... guna yang ntah pape camni la risikonya... barang kena peram... tak ke sakit hati macam tu.. kalau kena kat korang, apa korang buat???

Lepas ni tunggu review pasal penjual yang banyak main-main pula... sebab ada kaitan la dengan syarikat penghantaran ni... tu masalah menjadi rumit dan menyakitkan hati...

Lebih sakit hati, kita ni pun peniaga juga... tapi sebolehnya perkhidmatan pelanggan tu kita jaga... sebab itu periuk nasi yang utama kita kan... 

14 Julai 2016

Julai 14, 2016

[Review] Baju Melayu Kanak-kanak Cotton Tshirt dari CBE!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kisah baju raya yang kami dapat tempahan last minit raya..

Alhamdulilah dapat siapkan dalam masa satu hari... sebab nak kejar duedate pos laju... pulunlah en.somi dan mak mentua siapkan baju Melayu ni.


Dan Alhamdulillah ... tempahan dapat feedback positif dari pelanggan... 


Istimewanya baju Melayu ini...

100% cotton tshirt
 Dijamin anak anda akan selesa dan serap peluh.. sesuai dengan anak-anak yang tak tahan panas, kuat berpeluh dan aktif.

Custom made, baju ini bukan readymade 
Kami buat, potong dan jahit serta ikut design pelanggan mengikut saiz dan ukuran yang diberi pelanggan... jadi tak kan ada isu terbesar terkecil terpendek dan sebagainya...sebab kami buat ikut ukuran yang diberikan. Macam kita tempah baju kat tailor gitu.. itulah konsep baju buatan CETAK BAJU EKSPRESS.

Cepat dan murah
Kami jamin, tempahan kami siap dalam masa sehari (ikut kuantiti) dan lebih murah dari harga pasaran... tapi kami tak mampu nak nyatakan harganya di sini... sebab ianya Custom made dan bergantung kepada design dan saiz yang dikehendaki oleh pelanggan.


Menarik kan????

Jadi, kalau ada yang nak tempah... baju Custom made untuk anak-anak... nak design lain dari yang lain... boleh roger2 kami ya...

WHATSAPP sahaja di:
0192732794

Atau PM di page kami...
www.facebook.com/cetakbajuekspress

21 Mei 2016

Mei 21, 2016

Akhirnya, Terpikat Dengan Cosmoderm!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cosmoderm... salah satu lagi produk yang MF kenal melalui blog dan baca review melalui blogger... dari tahun lepas dok kata nak cuba... tapi tak tercapai hajat tu.. Alhamdulillah, tahun ni dapat rezeki nak mencuba produk ni... Pertama kali tunjuk kat suami... dia pun teruja.. tambah masa MF tunjuk review dan blogger Abang Ben yang merupakan duta produk ni...

Memula nak order tu agak susah nak register sebagai member... MF adukan kat Facebook Cosmoderm.. Alhamdulillah, cepat juga admin dia balas...

MF cuba lagi register, alhamdulillah berjaya..
Dah berjaya register, bermulalah episod memilih produk yang berkenan.

Kali pertama, MF cuma order krim untuk ruam dan gatal-gatal, krim mandian susu kambing dan mandian tea tree serta satu pencuci muka oil control tea tree untuk suami, sama macam Abang Ben guna tu... dan losyen badan dengan Vitamin E, sebab memang dah lama lotion dah habis.

Alhamdulillah, servis Cosmoderm memang cepat, satu hari sahaja order.. bergantung kepada Pos Laju, kalau kat tempat MF ni dua hari la baru sampai... sebab jauh di ceruk sikit kan.. tapi kira cepat juga la tu...

Alhamdulillah, terus guna..
Paling best, anak-anak la terus teruja nak mandi... krim mandian susu kambing yang lembut pada kulit dan wangi... nak mandi je kerjanya.. ahh sudah...


Lepas mandi, sapu pula krim talcum tea tree sebab si adik tu kulit sensitif, Alhamdulillah dengan izin Allah, lega gatal-gatalnya..

Dan dalam minggu lepas, MF order lagi produk Cosmoderm.. cuma MF tambah produk BB Cream. Saja nak cuba...

Alhamdulillah... servisnya memang terbaik..

Salah satu buatkan MF nak cuba produknya ialah sebabnya ianya dijamin HALAL!!!
Memang berbaloi.. 

01 Mei 2016

Mei 01, 2016

[REVIEW] Beli Mesin Liminate di LAZADA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dua minDua minggu lepas, Alhamdulillah kewangan keluarga makin stabil... tak seperti awal-awal pindah dulu... Alhamdulillah rezeki Allah sentiasa ada... Atas sebab itu, hilang sudah 'puasa' dari shopping online... Memang rezeki yang ada digunakan reward untuk diri sendiri dan keluarga.

Dah lama tak membeli di Lazada Malaysia... Sekali teringat, sejak tahun lepas mengidam nak membeli mesin liminate. Nak mencari kat pasaraya memang tak lah... sebab pasaraya dah makin jauh, tambah dengan masa yang terhad. Jadi, shopping online sahaja. Jadi, MF mula meng'google' aje... Sekali keluarlah beberapa senarai website yang menjual mesin liminate... Termasuk juga Lazada. MF mula buat perbandingan harga serta penilaian dari segi kualiti dan kebolehgunaan.


Setelah puas membelek.. Akhirnya tertarik untuk membeli mesin liminate di Lazada. Kat Lazada tu pun banyak sangat jenis mesin liminate... Pelbagai saiz dan harga. Jadi, akhirnya MF pilih untuk beli mesin liminate saiz A3 6 in 1... Sekali dengan tu juga, MF beli siap-siap kertas liminate dan juga ink printer HP yang memang dah lama habis. Sekali harung je kan..

Masa buat pembayaran online, ada sedikit masalah, terus hubungi Lazada dan maklumkan melalui email. Mulanya, dia balas akan ambil tindakan dalam masa 4 hari bekerja.. MF tak puas hati, MF balas email tu semula, agar mereka ambil tindakan cepat, barulah MF boleh review kat blog. Bila sebut je blogger, petang tu juga MF dapat call dari Lazada... Tindakan segera 24jam.. Nampak tak??? Itulah Kuasa Seorang Blogger... hehe..

Alhamdulillah, mereka segera bertindak, esoknya satu persatu barang sampai.. walaupun 3 barang dari Lazada, tapi dari penjual yang berbeza, jadi penghantaran tak sama...

Setelah seminggu, baru berkesempatan nak mencuba... kebetulan cuti kan semalam... Jadi, MF mula guna.. sebab dah niat lama nak buatkan flash card suku kata bahasa Melayu untuk si kakak. Salah satu langkah awal untuk mudahkan anak membaca. Jadi, gigih la juga mencari di internet flash card yang telah siap, cuma tinggal print je...



Dah jumpa, MF download dan print serta potong... susun dalam liminated paper dan sedia untuk mencuba mesin liminate yang dibeli.


Memang tersangat puas hati...seperti yang dinyatakan dalam website Lazada tu, memang betullah...

Apa kelebihan mesin liminate jenama Soon ye ni...
> 6 in 1
> Maksimum saiz A3
> Siap ada cutter di bahagian atas dengan 3 jenis potongan, serta boleh potong serong di hujung kertas liminate
> Cepat panas, ambil masa 3-5 minit je untuk panaskan.
> Cepat liminate.

HASIL FLASH CARD YANG DILIMINATED

Pendek kata memang puas hati la dengan mesin liminate ni...

Berbaloi sangat dengan harganya... Tak mahal mana, MF beli masa offer di Lazada jadi dari harga asal RM3++ jadi RM1++ je... Jadi, puas hati sangat la... berbaloi beli...

Rasa bersemangat nak buat ABM untuk anak dan anak murid...

Kesimpulan, rate yang MF boleh bagi:
Perkhidmatan: 4/5
Kualiti barang: 4.5/5
Khidmat pelanggan 4/5





01 April 2016

April 01, 2016

Tempah Sambal Ikan Bilis dari Blogger Sya Mimie!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Selepas kehabisan stok ikan bilis segar yang kami beli di Tanjung Dawai masa balik kampung di Kedah bulan 12 tahun lalu.. buntu fikir mana nak dapatkan stok baru di Johor ni... Yang ada sekitar sini, ikan bilis yang tak elok sangat...

Dok sembang-sembang dengan suami, camne ntah boleh teringatkan Sambal Ikan Bilis blogger +sya mimie . Lalu MF ceritakan pada suami... Laju je dia minta MF belikan...

Selepas PM dan berurusan dengan Mimie... Alhamdulillah, selamat MF terima ikan bilis yang ditempah.


Untuk percubaan rasa kali pertama, satu balang je dulu... 
Tak sabar tunggu ikan bilis nak sampai ke Johor... Hari Sabtu Mimie pos, hari Rabu baru dapat... elok la dah berminyak terperap dalam balang tuh... 

Komen MF dan suami (harap Mimie terima dengan hati terbuka la ye...komen jujur ni..)
Pertama kali rasa... Hmmm... sedap.. ranggup dan cukup rasa... cuma komen dari en.somi, sambal kurang tapi dah ada rasa pedasnya. Bagi MF ok je.. sedap diratah begitu atau dimakan dengan nasi... cuma sambal ni sedikit berminyak la... tapi semut suka sambal mimie nih..walaupun tak manis, tapi cukup rasa... 

Keseluruhannya, 8/10 markah MF boleh bagi untuk sambal ikan bilis ni... Siapa tak pernah rasa, boleh sangat nak cuba rasa. Tak rugi membeli... Bestnya tang ranggup tu... macam keropok ikan dah gayanya... hehe... kruuppp...kraapppp bila dimakan....

Jadi, bagi yang nak membeli boleh hubungi blogger +sya mimie ye... 
ada maklumat di blog beliau di http://hanyadihatiku.blogspot.my atau e-mail: mimie_najib83@yahoo.com.my Or WhatsApp : 011-2418 1178

09 Februari 2016

Februari 09, 2016

Tebus Voucher dari Zalora!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Entry Tertangguh


Dah sebulan lebih, baru nak up entry... Mencari mood berblog yang hilang ditelan cuti...

Awal tahun lalu, kecoh di Facebook pasal Zalora... Ramai blogger dapat offer review produk di Zalora. MF juga tak terkecuali... Alhamdulillah... Sekian lama tak dapat, tahun ni tak sangka dapat pula reviewnya... Jadi, kali ni dah masuk kali ketiga MF bekerjasama dengan Zalora. Pengalaman lalu, buatkan MF tak susah nak bekerjasama...

Dalam kesibukan kerjaya utama, MF dapat juga siapkan entry tu dalam masa yang diberikan.. dan alhamdulillah, selesai publish dapatlah voucher code dari Zalora RM100. Rata-rata blogger yang buat kerja-kerja review iklan memang dapat job ni...

Ramai dah tebus lepas dapat tu, MF tertangguh seminggu lebih juga... Puas fikir, nak beli apa... Akhirnya MF berkenan kasut untuk suami... Memang dah niat nak beli... sebab dia antara penyokong dan penasihat utama MF berblog. Jadi, mestilah dia kena merasai rezeki berblog ni bersama. MF pula berkenan dengan baju yang pernah MF review dalam entry yang MF publish tu.. Jadi, belilah juga dua barang tersebut. Voucher tu memang tak cukup... Jadi, MF tambah sikit dengan duit sendiri.




Barang baik biasanya lambat kan... Memang lambat.. Kasut tu dari Zalora, jadi kasut tu sampai dulu... selepas sehari order, terus diterima. Tapi, baju MF tu lambat sikit sebab dari butik lain.. Dia tumpang iklan di Zalora... Jadi, jurujual butik tu whatsapp MF katanya baju MF order tu patern dalam gambar tu dah takde, ada patern baru... Lepas berbincang, MF proceed je yang mana ada... Malas dah nak buat order lain.

Tunggu sehari selepas tu, ingat dapat la... sekali GDEX hantar notis je... kami takde kat rumah masa diorang hantar. Hmm... nampaknya lambat la nak pergi ambil. Jauh pula tu nak kena tuntut... Dah plan hari Khamis nanti lepas sekolah nak pergi ambil... Sekali tengah hari Khamis tu, pihak GDEX hantar semula lagi sekali... Alhamdulillah... tak payah nak tuntut dah... terima kasih GDEX. Sebab hantar lagi sekali. Good service.

Selepas dipakai, alhamdulillah kedua-duanya selesa dipakai... dan kualiti sepadan harga.

Terima kasih Zalora Malaysia atas peluang kerjasama ini... Moga dapat bekerjasama lagi dilain kali. 

12 Disember 2015

Disember 12, 2015

Selamat Renew Domain Untuk Setahun Lagi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... Dipermudahkan juga urusan dalam berblog... Sebelum pindah, selamat dah renew domain untuk setahun lagi... Masih setia dengan Net Kl... Malas nak pikir yang lain... Sebab setakat ni senang je berurusan dengan NetKL. Takde masa nak cari yang lain.. Jadi kita terus je sambung dengan yang sedia ada...



Selesai bayar untuk kedua-dua blog... 
Blog peribadi MF... Iaitu www.mariafirdz.com dan juga blog bisnes kami www.homemadesticker.com

Alhamdulillah... Dipermudahkan segalanya... 
NetKL ni sebulan dah bagi reminder tarikh tamat tu.. Tapi biar je dulu... Lepas dia keluarkan invois, baru cakap kat suami.. Nak teruskan ke tak.. Dia suruh bayar... Jadi, selamatlah bayar untuk renew domain kedua-dua blog ini... 

Alhamdulillah... 
Servis dari NetKL memang puas hati setakat ni... Nak setup pun mudah.. MF setup domain sendiri je... Ikut tutorial dari blogger juga... Alhamdulillah.. Mudah nak ikut.. Kalau malas nak setup.. Bayar la kat NetKL... Diorang boleh tolong setup kan... Tapi MF suka cari pengalaman... Jadi, buat juga sendiri... Puas hati... Boleh baca review MF tentang NetKL DI SINI

Terima kasih NetKL atas servis yang baik... 

11 Disember 2015

Disember 11, 2015

SETAHUN BERSAMA YES 4G!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Terjumpa status ni dekat Facebook On The Day.. Entry review DI SINI.

Setahun dah pakai Yes, so far ok dan serasi...kalau awal review MF dulu, YES ni macam tak best.. tapi sekarang ok je... dah serasi dah... sekarang ni dah ada 2 hundle Yes satu lagi dapat free... paling best... data zero tapi mampu download 3 atau 4 full english movie yang setiap satunya berkapasiti 1GB ke atas... Ok la tu kan.. Dah balik Johor rasa macam nak teruskan guna YES je... sebab Unifi takde coverage, sreamyx pun semput area rumah kat Johor ni... Area Johor memang kebanyakan ada coverage Yes 4GLTE ni...seronok jenjalan semalam, dalam kereta pun masih boleh guna YES dalam kereta.. Line 4G je sepanjang jalan kecuali area Felda tertentu... Jimat mobile data celcom... 

Bestnya YES ni tu lah.. data habis masih boleh guna... masih mampu download movie... tapi tak lah selalu... waktu pagi biasanya line laju... memang syok la layan... 

Data Yes Cepat Habis.
Pernah sekali, data YES cepat habis, jadi pernah adukan hal ni kepada YES.
Antara sebab data cepat habis walaupun hanya buka whatsapp dan facebook, ialah penggunaan data bagi kedua-dua aplikasi atau laman sosial ni adalah dalam senyap. Whatsapp, kadang kita download gambar yang dihantar, dah makan data tu setiap satu gambar yang dihantar. 

Facebook pula sekarang ni banyak iklan... Aplikasi Massenger tu pun boleh guna data yang banyak... Buka blog atau sesuatu link website yang ada iklan pun guna data... Sekarang ni video kat facebook tu, tak play pun boleh jalan kan.. tu pun guna data. Kalau guna laptop lagilah.. Kadang kita biarkan internet tu bersambung je dengan laptop atau PC, walaupun tak guna tetap data berjalan sebab aplikasi seperti update antivirus dan sebagainya makan data juga tu... 

Jadi, MF cuba kawal penggunaan internet YES, tutup bila tak guna... Alhamdulillah, jimat je... agak leceh la.. tak macam unifi, tapi dah itu yang kita ada guna je lah kan.. Syukur dengan apa yang ada, dan tak perlu nak kondem pilihan orang lain.

Apa pun MF review apa yang MF guna, ok la setakat ni.. Alhamdulillah.. Antara pilihan internet yang ok yang sama level dengannya... Tapi tengah fikir juga 

10 Disember 2015

Disember 10, 2015

Pindahkan Barang Dengan Lori Sewa Murah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah, selamat sudah pindahkan barang dan berhijrah ke Johor. MF jadi warga JDT la sekarang ni... Ramai tanya kenapa tak balik ke Kedah??? Aik??? MF kan dah ada suami wajib ikut suamilah kan.. bukan suami yang ikut isteri... kena ingat tu... Kalau lupa rujuk SINI.

Selepas tahu permohonan pindah MF diluluskan... Suami mula mencari lori sewa untuk pindahkan barang. Mulanya, kawan MF ada bagitau saudaranya ada juga buat lori sewa... dan dia dah tanya harga untuk pindah barang dari Kuala Lumpur ke Johor dalam lingkungan RM1000 ++... Jadi dari situ kami buat bajet.

Terus suami cari Facebook.. Terjumpa la Facebook Lori Sewa Murah di Shah Alam... dan satu lagi Lori Sewa juga tapi di Batu Caves. Whatsapp tanyakan harga... Keduanya ada perbezaan harga sikit.. Jadi kami pilih yang Lori Sewa Murah. 



Lepas tentukan tarikh, tempat dan beritahu barang-barang utama yang ada untuk dipindahkan, diorang bagi qoutation harga... Untuk tawaran harga kami pindah... Dari Gombak, KL ke Bandar Tenggara, Johor RM1250 dengan lori 3.5 tan, seorang driver dan 2 orang pembantu serta percuma perkhidmatan Wraping Peti sejuk, mesin basuh dan tilam. MF kira murah harga ni.. sebab dah puas survey juga... urusan pun mudah... whatsapp pun cepat je balas. Alhamdulillah.

Alhamdulillah... selesai berurusan, booking dengan harga RM100 sahaja.




Hari kejadian, driver lori whatsapp suami minta location... dari Shah Alam ke sini agak ambik masa juga la... Jadi, dalam jam 8.30 pagi lori sampai... lepas driver dan pembantunya sarapan.. mula loading barang masuk lori... Alhamdulillah dalam satu jam setengah siap semua... 

Mula ingat nak konvoi, tapi macam susah juga kan.. sekali kami gerak asing-asing.. Tapi kat highway berselisih juga... Tapi lori sampai dulu... tapi tunggu kami sebab nak konvoi sampai ke rumah... Jam 3.45 petang sampai di Johor.. Dalam 35 minit siap turunkan barang... dan bayar baki bayaran penuh. 

Alhamdulillah... mudah berurusan dengan Lori Sewa Murah. Driver dan pembantunya pun beri kerjasama sepenuhnya.. Mudah urusan... Alhamdulillah... 

Lori Sewa Murah menyediakan perkhidmatan pindah barang malam atau siang... di sekitar Semenanjung Malaysia. Sangat mudah berurusan... Alhamdulillah...

Sesiapa yang nak pindahkan barang, MF memang rekemen untuk guna perkhidmatan Lori Sewa Murah ni... Jika tak tahu nak agak barang, boleh bagitau mereka ni.. Nanti diorang akan cadangan saiz lori dan sebagainya. Lori Sewa Murah juga ada perkhidmatan wrap barang dan kotak. Jadi tak perlu nak pening kepala nak cari kotak, nak wrap barang. Semua perkhidmatan nak pindah diorang ada. 

Pengurus: Lori Sewa Murah
Website (Tempah online): http://www.lorisewamurah.com.my/
HP (Whatsapp) : 016-220 1586

10 November 2015

November 10, 2015

Pengalaman Beli Set Komputer Dell di www.11street.my

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... Rezeki bisnes cetak baju kami mendapat sambutan... Sambutan menggalakkan dari saudara terdekat dan rakan-rakan... Jadi, lepas tiga bulan ada sedikit keuntungan kami plan nak beli sesuatu untuk nampakkan hasilnya tuh kan..

Jadi, lepas berbincang suami isteri, kami putuskan nak beli komputer desktop untuk mudahkan lagi kerja-kerja design dan mencetak untuk buat baju dan design cutting sticker.

Memula survey juga kat kedai komputer, tapi agak mahal... Satu hari, MF belek la komputer kat webshop baru yang lebih kurang macam Lazada tu... Namanya 11street.my.


Lepas belek-belek... Ada jenama yang kami minat nak beli yang sesuai untuk kerja design ni... Iaitu jenama Dell.

Harga asalnya RM15++.++ tapi lepas diskaun tinggal RM7++ je... Bila tengok detailnya... Dikira murah la... Desktop ni kira yang recond...bukan baru.... Tapi diperbaharui semula... Diinstall semula window, processor dan RAM nya...

Berkenan tu sebab dia guna Processor Intel iCore3 3.3GHz, memang laju dan bagus untuk kerja design nih... RAM tak besar mana la... 2GB sahaja... Tapi ok la kan.. Lepas bincang-bincang terus la order online...

Kami order hari Sabtu... Kiranya kedai tutup la kan waktu tu... So, hari Isnin tunggu... Dah petang baru pihak 11street email dan SMS tracking nombor iaitu mereka guna perkhidmatan GDEX.

Ok la... MF tak semak pun.. Tunggu je sampai hari Selasa... Sampai ke hari Selasa... Tak juga terima barang... Malamnya MF semak tracking, tapi tiada dalam sistem... Hati mula risau... Maunya tak kan... Tak pernah pun beli barang kat 11street ni... Tapi yakin beli tu sebab syarikat ni kira anak syarikat Celcom ... Tu beli je tuh...


Disebabkan risau tuh, MF terus emailkan kat pihak GDEX, pihak 11street dan pihak penjual tentang status tracking nih la.. Dah email malam, mana la nak disemakkan ...

Esoknya, hari Rabu baru pihak GDEX balas email yang barang tu memang takde dalam sistem dan mereka tak terima... Memandangkan MF sibuk dan suami sibuk masa tu kami ignore je dulu walaupun risau... Tak call pun...

Malam Rabu tu pasrah je... Kalau ada rezeki ada la kan... Lagi pun tempoh penghantaran dia maklumkan dalam masa 3-7 hari bekerja.. Jadi, relax la dulu kan... Kalau lepas 7 hari tak sampai baru kita buat kecoh kan..

Tu pun kira kecoh gak... Sebab MF bagitau je MF ni blogger... Ada unsur macam ugutan la juga... Haha... Saja je gempak kan... Nak bagi diorang buat kerja cepat kan.. Bisnes online kena cepat baru orang percaya tau..

Sekali pagi hari Khamis tu, suami nak call pihak 11street... Dah call dah ni.. Sekali dalam masa yang sama MF pun dapat call dari pihak 11street... Dia bagitau barang tu dia akan hantar hari ni...oleh pihak GDEX... Tapi tak tahu jam berapa kan.. Ok la ... Lega dia bagitau tuh...

Lepas dia call tu, semak pula tracking tu sekali lagi dalam sistem GDEX... Alhamdulillah... Ada... Jadi, confirm la ada barang nya..

Jadi, kebetulan suami ada kat rumah... Petang Khamis baru sampai barang... Dan dia terus pasang.. Alhamdulillah... Selamat juga... Maknanya memang rezeki kami la kan....


Alhamdulillah... Terima kasih la pihak 11street atas komitmen je... Layan pelanggan yang cerewet nih... Siapa tak cerewet sebab beli mahal kan..

Alhamdulillah... Betullah seperti yang tertera pada websitenya... Alhamdulillah... Seronok je.. Laju... Tapi kami pergi upgrade lagi RAM ... Tambah lagi 4GB, jadi 6GB ... Puas hati la.. Laju je nak buat kerja... Tak de la sangkut dan loading lama lagi... Suka je en.somi buat kerja... Alhamdulillah...

Insha Allah, boleh beli lagi barang kat 11street lepas ni... Bagus juga perkhidmatan nya...  Selalu diskaun juga... Yang paling best selalu MF dapat voucher dan coupon dari 11street... Jadi, tak rugi daftar percuma... Ada duit boleh cuci mata... Haii.. Ikut duit dalam bank.. Tak lekat la.. Sebab banyak barang kat 11street ni... Rambang mata ... 

26 Oktober 2015

Oktober 26, 2015

Review: Beli Dress Menyusu Murah di Color Blast Closet!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sebelum ini MF pernah keluarkan satu status... Susahnya nak cari dress menyusu yang cantik tapi murah. Yang ada kebanyakannya RM80 hingga ratusan ringgit... 

Tapi baru-baru ni... MF terjumpa satu page yang jual dress dengan harga RM60 hingga RM80 je sehelai... Harga yang murah bagi MF... Cantik warna dan designnya... 

Iaitu di page Color Blast Closet. Page ni terlintas kat wall MF... Tengok harga murah terus la klik... Ada beberapa warna dan design yang MF berkenan... Terus Private Message di Facebook... 

Alhamdulillah... Cepat pemiliknya respond... MF PM tu masa belum gaji... Tanya stok dress yang MF berkenan tu masih ada la.. Sekali waktu dah gaji... Dah dibeli.. Takde rezeki... MF pilih yang lain...  Alhamdulillah... Lepas berbalas-balas mesej... Terus jadi beli... Beli sehelai je dulu... MF beli hari Khamis... Petang Khamis MF bank in... Terus dia bagi tracking no. 

Alhamdulillah... Dipermudahkan rezeki... Dress tempahan MF tu sampai petang Jumaat... Cepat betul servisnya... Puas hati kata orang... 

Insha Allah... Ada rezeki, bulan depan boleh beli lagi.. Hehe... 

Dressnya kain biasa... Tapi jahitannya kemas dan kainnya sejuk... 

Nak cuci mata... Meh tengok koleksi dress menyusu murah ... Tengok bawah... Antara beberapa jenis dress yang menarik... Kena PM cepat sebab kebanyakan stok cepat habis... Maklumlah murah kan... 






Jadi, buat ibu menyusu yang nak bergaya cantik dengan bajet yang terhad... Boleh shopping sini... Tahniah buat pemiliknya... Teruskan kekalkan prestasi perkhidmatan dan layanan mesra untuk masa akan datang. 

01 Oktober 2015

Oktober 01, 2015

Aplikasi Waktu Solat Malaysia Yang Terbaik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dah berabad pakai baru nak review... Tak berapa nak kencang idea hari Khamis ni... Just nak kongsi aplikasi terbaik Waktu Solat Malaysia yang MF dan suami guna untuk gadjet kami.

Sebagai orang Islam wajib jaga waktu Solat.. Insha Allah silat akan jaga kita... Tapi manusia sering lupa... Perlu diingatkan, kerana itulah Allah peringatkan kita dengan azan.

Tapi azan ni tak semuanya didengari oleh kita kat semua tempat. Tempat yang dekat dengan masjid atau surau ok la kan.. Tapi yang jauh atau ketika musafir agak susah nak agak waktu solat. Nak tengok matahari pun susah, jika asyik jerebu je kan... Jadi, smartphone sebagai alternatif untuk kita set waktu solat tepat pada masanya.

Sebelum ni,MF pernah guna banyak aplikasi Waktu Solat tapi kurang berkesan.. Kadang waktunya lamnat, kadang tercepat. Sehingga MF cuba install aplikasi Waktu Solat Malaysia ni... Tak perlu dah nak ambil yang luar negara sekali sebab bukan kita dok travel pergi sana pun kan... Jadi, guna je yang Malaysia punya.

 

Lepas install, best rupanya...
Aplikasi ni tak berat... Dan mesra pengguna... Warna tema boleh tukar ikut kesukaan kita..


Ada widget untuk dipaparkan di skrin utama smartphone.  Selain tu ada reminder setiap waktu solat dan ada juga reminder untuk Solat Sunat Dhuha... Insha Allah...Bagus untuk yang nak amalkan Solat Sunat Dhuha.



Selain tu ada tool yang menarik lain untuk kemudahan kita seperti Yassin, tahlil, Solat Musafir, masjid terdekat dan sebagainya.

Memang mudah la.. Dan paling bagus ianya tepat dengan masjid seluruh Malaysia... Kalau MF balik kampung pun sama azannya... Jadi, tak keliru lagi... Sebab memang tepat waktu. Kalau rujuk kalendar pun sama. Sebab ada beberapa aplikasi waktunya berbeza terutama aplikasi waktu solat satu dunia.

Ini hanya perkongsian ringkas dari MF sebagai pengguna teknologi. Moga lapang rezeki orang yang bina aplikasi ni.

Nak cuba guna aplikasi ni, boleh download DI SINI (untuk pengguna Android)