Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan

21 Disember 2018

Disember 21, 2018

Sinopsis dan Pengajaran Drama Selafaz Cinta

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sinopsis dan Pengajaran Drama Selafaz Cinta | Susah nak lekat dengan drama bersiri kalau drama tak betul-betul best.

Selepas tamat drama "Cinta Tiada Ganti", MF dan suami sekali lagi terjebak dengan drama bersiri.

Cinta Tiada Ganti tu pun tengok sebab mak mentua tengok... Pastu kami laki bini pun layan sampai habis.


Sinopsis dan Pengajaran Drama Selafaz Cinta

Tapi drama "Selafaz Cinta" ni, dari mula promo tu dah nampak best sebab papar kisah rumahtangga dan suami isteri, menjadikan kami laki bini mula tunggu kat TV setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 hingga 7 petang. Kalau terlepas, kami layan online je lah.

Kenapa kami boleh layan drama ni?

Sebab dalam drama ni banyak sangat ilmu rumahtangga yang kita boleh pelajari dan ambil pengajaran.

Sebelum tu... ini sinopsis ringkas drama ni..

Sinopsis Selafaz Cinta

Reza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.

Zahratul Jannah seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah.

Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza

Kalau baca sinopsis tu nampak macam biasa je... Tapi sebab ianya berkisarkan dengan rumahtangga dan suami isteri, jadi drama ni bagus jika ditonton oleh suami isteri untuk sama-sama ambil pengjaran. Tapi MF yakin, tak ramai para suami layan drama TV kan..

Drama ni belum habis lagi ditayang. Sebab ada 30 episod keseluruhannya. Lebih kurang ada 2 minggu tayangan lagi.

Namun, apa yang menarik... drama ni dari awal hingga sekarang, banyak konflik, main dengan perasaan dan penuh pengajaran buat suami isteri. Dari awal tengok rasa geram je.. sedih pun ada...

Apa pun MF cuba la kongsi sikit pengajaran dari drama ni... selebihnya korang boleh ajak suami/isteri layan drama ni sama-sama... untuk belajar macam mana nak jadi suami atau isteri yang baik. Macam mana nak pertahankan rumahtangga dan hadapi fitnah dalam rumahtangga.

Sinopsis dan Pengajaran Drama Selafaz Cinta
Sinopsis dan Pengajaran Drama Selafaz Cinta

Pengajaran dari drama "Selafaz Cinta"

1. Jangan terlalu exposed kisah cinta dan rumahtangga di media sosial

Seperti Jannah yang suka exposed pasal diri, keluarga dia yang bahagia hingga mengundang dengki dalam diri bekas kekasih Reza. 

2.  Jangan ada rahsia antara suami isteri kecuali aib sebelum kahwin.

Suami isteri jangan ada rahsia. Bila salah seorang berahsia, itu yang jadi punca.

3. Suami atau Isteri Jangan berkawan dengan berlainan jantina bila dah berkahwin.

Sikap Reza yang kembali berkawan dengan bekas kekasihnya mengundang padah.

4. Fitnah dalam rumahtangga

Jangan buka ruang untuk orang fitnah dalam rumahtangga kita. 

5. Setiap manusia boleh berubah



Itu antara 5 yang boleh MF senaraikan... selebihnya... korang kena tonton.. Memang banyak pengajaran. 

Lagipun, ni drama terbitan Suhan Movies kan.. memang pasti tak mengecewakan dan penuh pengajaran. 


P/S:
Menariknya... dalam drama ni... MF puji lah kat pengarah dan penerbit drama ni... tiada lakonan pegang atau sentuh tangan ke walaupun berlakon suami isteri.. masing-masing menjaga batas tu.. Walaupun tak menutup aurat sempurna kan.. sebab biasalah artis kan... apa pun bagus lah masih jaga batas sebagai isteri dan suami orang dalam berlakon. 

05 Disember 2018

Disember 05, 2018

Milk Peel Cream Mask Althea - Mask Susu Yang Pelik Tapi Buatkan Kulit Korang Jadi Macam Orang Korea

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Milk Peel Cream Mask - Mask Susu Yang Pelik Tapi Buatkan Kulit Korang Jadi Macam Orang Korea | Mask, yang MF tahu, itu adalah topeng…

Tapi topeng ni MF rasa ianya pelik sebab MF tak pernah pakai mask yang macam ni…

Biasa mask yang dok pakai, tarikh buang macam “The Mask” tu… Tapi yang ni lain.

Mask ni, macam old school mask…

Itulah Milk Peel Cream Mask dari Althea Korea.

Pelik aih…

Milk Peel Cream Mask Althea

Milk Peel Cream Mask Althea - Mask Susu Yang Pelik Tapi Buatkan Kulit Korang Jadi Macam Orang Korea



Pertama kali mencuba… rasa macam lain sebab cream mask ni melekit macam tanah liat gitu…

Milk Peel Cream Mask Althea

Tapi cuba gak sapu, dan ratakan kat tangan… eh… dah lembut pula..



Milk Peel Cream Mask Althea

Bila ratakan lagi… eh… dah berbuih pula…

Pastu bila biarkan kejap… eh… bubble tu mula pecah-pecah… rasa geli…

Milk Peel Cream Mask Althea

Lepas try kat tangan… MF try la kat muka.. haha..

Rasa macam pergi spa… sebab part cream tu dah bertukar ke bubble halus… biarkan kejap… akan rasa bubble tu meletup-letup lembut… best sangat… haha… tak tau nak citer macam mana.

Lepas dah pakai tu… biarlah kejap kan… lepas tu bilas dengan air suam.

Korang akan rasa perbezaan muka korang lepas tu…

Memang rasa licin semacam je… segar dan fresh… lembut dan halus…
Best giler mask ni…

Bau pun sedap.. macam susu segar gitu…

Memang best… setakat ni MF akan pakai mask ni kalau muka rasa macam kusam… rasa berat kan… MF pakai la.. lepas tu akan rasa segar seolah kulit muka dapat bernafas kembali.

Serius best

Memang korang kena try, kalau nak pakai mask yang senang nak apply kat muka.. Ini pilihan bijak… Botol pun sangat praktikal untuk dibawa ke mana-mana… Comel je…

Cubalah dapatkan Milk Peel Cream Mask Althea kat sini:

Harga Milk Peel Cream Mask ini ialah RM36.
Untuk matlumat lanjut tentang Milk Peel Cream Mask ini boleh layari:
Laman Sesawang
https://my.althea.kr/

Harga
https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask 

Instagram:
@altheakorea

28 November 2018

November 28, 2018

Belajar Tentang Hidup Dari Drama Mencari Qiblat di TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Belajar Tentang Hidup Dari Drama Mencari Qiblat di TV3 | Drama bersiri yang lain dari yang lain di Slot Zehra.

Slot Zehra bertemakan drama Islamik, tapi kali ni sungguh lain dramanya sebab kisah yang penuh pengajaran tentang kehidupan.

Drama bersiri MENCARI QIBLAT ada sedikit kelainan...


Mencari qiblat
Sumber: Google images 

SINOPSIS MENCARI QIBLAT


Menampilkan Aeril Zafrel sebagai teraju utama, drama Mencari Qiblat yang bertemakan kerohanian ini mengetengahkan penceritaan berbeza pada setiap episod.

Adam lakonan Aeril Zafrel ialah anak tunggal dalam keluarganya, dan dia sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan.

Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya.

Kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhirnya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?


Adam merantau dari satu tempat ke satu tempat... Menjadi musafir yang menumpang teduh di sebuah rumah atau keluarga yang agak susah.

Setiap keluarga yang dia singgah ada cerita dan pengajaran tentang kehidupan yang kita boleh jadikan tauladan.

Setiap episod ada jalan cerita yang berbeza...

Dan memang seronok serta sangat bermotivasi drama ni...

Bagus untuk segenap lapisan umur... Terutama dalam kalangan remaja... Sebab banyak kisahnya berkisar tentang remaja..

Kisah anak kepada ibu bapa... Ibu bapa kepada anak...

Menyentuh tentang kasih sayang, solat dan kewajipan berkeluarga.

Ajaklah anak-anak tonton drama sebegini... Banyak sangat pengajarannya. 

21 Oktober 2018

Oktober 21, 2018

Dosa Perempuan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dosa Perempuan | Rasulullah SAW. pernah diperlihatkan oleh Allah, gambaran di neraka semasa peristiwa Isra' Mikraj.


Dan dari peristiwa itu.. Rasulullah SAW bersabda... 

 “Aku diperlihatkan di syurga. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum fakir. Lalu aku diperlihatkan neraka. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.” (HR. Bukhari, 3241 dan Muslim, 2737)

Dosa Perempuan
Sumber : Google images 

Dosa Perempuan 

Dalam hadis ni memang menunjukkan bahawa ramai di neraka adalah wanita. 

Kenapa?

Sedangkan Nabi s.a.w juga kata, wanita sebenarnya senang masuk syurga. 

“Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya.” (HR. Ahmad , Ibnu Hibban dan Thabrani) 

Tapi kenapa ramai wanita dan perempuan berdosa dan masuk neraka?

Kerana inilah... Telemovie Dosa Perempuan ingin beri pengajarannya... 


Telemovie Dosa Perempuan... Bagus untuk tontonan wanita... Sama ada yang belum berkahwin atau dah kahwin. 

Banyak pengajarannya. Antaranya :

1. Nafsu wanita

Dikatakan wanita ini ada 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu. 

Peranan lelaki membimbing wanita bukan mengikut dan mendorong wanita mengikut nafsu. 

Wanita sanggup lakukan apa sahaja bila mula tergoda dan jatuh sayang. 

Begitulah yang digambarkan dalam Telemovie ini...

Watak Tasha yang terlalu mengikut hawa nafsu... Tapi malangnya, hawa nafsunya dihimpit dan didorong oleh lelaki yang sepatutnya membimbing dia...bukan merosakkan dia. 

Kerana nafsu juga dia sanggup membunuh... Kerana nafsu juga dia jadi pendendam dan penjenayah. 

Lelaki seperti Daud sepatutnya membimbing Tasha. Bukan merosakkannya. 


2. Patuh Perintah Suami

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain, tentu aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Patuh kepada suami satu kewajipan seorang isteri selagi perintah itu tak bertentangan dengan ajaran Islam. 

Inilah dosa yang telah dilakukan oleh isteri Nik. 

Kerana tak patuh kepada perintah suami, bahaya menimpa dia dan anaknya. 

Selain tu, dosa isteri menipu suami dan tidak minta izin suami ketika keluar rumah. 

3. Cara beri nasihat kepada perempuan 

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Berilah nasihat kepada perempuan wasiat yang baik-baik. Sesungguhnya mereka itu diciptakan dari tulang rusuk (sesungguhnya tulang rusuk itu bengkok di bahagian atasnya), jika engkau cuba untuk meluruskannya maka dia akan patah namun jika engkau biarkan maka dia akan tetap bengkok. Oleh itu berilah nasihat dan wasiat yang baik kepada perempuan.  (HR Bukhari No: 3084) 

Nik sepatutnya menasihati isterinya dengan hikmah. Bukan dengan marah. 

Seperti yang dinasihatkan oleh kawan sekerja Nik. Tegur isteri baik-baik. Mesti dia dengar... Bukan marah. 


Itu antara 3 intipati penting dalam Telemovie Dosa Perempuan. 

Banyak pengajaran lain boleh diambil juga. Macam... Jangan cuai... Jangan biarkan anak keluar dari rumah waktu malam. Jangan mudah percaya dengan orang baru dikenali. 

Dan antara pengajaran penting juga.. Ibu bapa jangan terlalu memaksa anak bab jodoh... 

Tengok lah apa yang terjadi pada Tasha... 

Dalam pada cerita ni buatkan MF seram juga.. Mencabar betul nak didik anak perempuan sebab perempuan ni penuh emosinya. 

Jadi, cara MF.. MF biarkan anak perempuan MF rapat dengan bapak dia.. Dan MF cuba jadi kawan rapat  dengan anak dara MF... 

Semoga kita beroleh manfaat dari Telemovie ini... Kita ambil yang bermanfaat... Insha Allah... 

23 Disember 2016

Disember 23, 2016

15 PENGAJARAN PENTING DARI DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam berakhir sudah drama yang menjadi trending hebat tahun 2016. MF rasa, drama ini lah satu-satunya drama yang memang hangat diperkatakan orang pada tahun ni... Yang bestnya drama ni juga menjadi perbualan hangat kaum Adam. Orang lelaki ni payah nak layan drama adaptasi novel ni.. Tapi MF tengok ramai lelaki join tengok drama ni... 

Suami MF pun layan drama ni.. memula MF tengok gitu-gitu je... tengok online.. tapi lama-lama seronok dan suami pun terjebak sekali.. jadi setiap hari kami tengok bersama la... 

Drama ni bukan drama cinta biasa, sebab tu kaum Adam ni boleh layan drama ni.. plot ceritanya menarik, lakonan yang mantap dan pembawakan watak tu menjadi... 

Dalam drama ni sangat banyak pengajaran sebab ianya berkisar tentang kisah kekeluargaan. 


Antara pengajaran yang boleh diambil dari drama ni:

#1. Jangan sombong
Itu point utama drama ni... hidup kita jangan sombong... ke mana pun kita pergi, sekaya mana pun kita jangan rasa bangga dan sombong sebab akhir sombong kita tu makan diri sendiri.. Tengoklah Mia Adriana yang sombong sebab dia orang bandar dan kaya... pandang lekeh kepada Khuzairi orang kampung yang nampak selekeh dan miskin.

#2. Jangan benci sangat, sebab lama-lama nanti sayang
Hati kita ni Allah pegang... dalam hati jangan nak benci orang tu sangat-sangat, sebab lama-lama nanti kita akan sayang... sama lah jangan sayang sangat dengan seseorang tu, takut lama-lama jadi benci.. 
Bagaimana dari bencinya Mia Adriana kepada Khuzairi, akhirnya dia betul-betul sayang. Sedangkan hati dia sayang sangat dengan Khalil akhirnya orang tu dia benci. 

#3. Jadilah orang yang amanah
Menunaikan wasiat dan amanah, itu yang utama. Bagaimana kita lihat Khuzairi dan Pak Samad memegang amanah ayah Mia. dan juga lihat bagaimana Pak Cik Rahim pegang amanah ayah Mia untuk bantu keluarga Mia. 

#4. Jadilah ketua keluarga yang tegas
Watak Pak Samad yang menyerlah sebagai ketua keluarga yang tegas. Walaupun Mak Leha begitu lantang berkata-kata, tapi ketegasan Pak Samad sebagai ketua keluarga buatkan Mak Leha tunduk. Sebab itu Mia mampu tinggal di rumah kampung tu 7 hari kerana Pak Samad tegas dengan keputusannya.

#5. Jangan ukur kebaikan seseorang dari pakaiannya
Ini watak Syakila... Walaupun nampak macam perlekehkan orang bertudung. Tapi realitinya ada... sebab tudung tak mencerminkan akhlak yang baik... tapi tudung tu wajib pakai sebagai cara menutup aurat. Tapi itulah nak kata.. dan sebenarnya orang bertudung tapi perangai buruk ni sebenarnya dia mempermainkan agama serta menjatuhkan maruah agama Islam tanpa dia sedar. Jadi, ingat! Tudung di kepala bukan sekadar buat tutup kepala, tapi membawa imej agama. 

#6. Sabar melayan karenah isteri
Bagaimana watak Pak Samad dan Khuzairi yang sabar melayan karenah isteri. Pak Samad memang lelaki penyabar... dia tak pernah naik tangan ke Mak Leha walaupun Mak Leha tu lantang suaranya. Khuzairi pun begitu juga bila dia sabar sungguh bila mana waktu Mia masih tak dapat terima Khuzairi. 

#7. Kasih ibu kepada anak
Naluri ibu kepada anak sampai ke mati... itulah babak yang banyak dimainkan.. iaitu watak Mia dan Alisa... Mak Leha kepada Helmi dan Khuzairi dan juga akhir sekali babak Hayati dan Mia... Kasih ibu dan anak jangan sesekali pisahkan. Anak ni penguat kepada seorang ibu... walau badai melanda, ibu jadi kuat kerana anaknya. 

#8. Berhak dapat peluang kedua
Sedangkan setinggi gunung dan sebanyak buih di lautan dosa kita Allah akan ampunkan... begitulah kita... kenapa perlu nak berdendam kan.. kemaafan itu indah sebenarnya... lihat sahaja ending drama ni... akhirnya semua insaf dan bertaubat...serta mohon maaf. Itulah sebaiknya... bila kita berdosa dengan Allah, bertaubatlah.. tetapi bila berdosa dengan manusia, mohon maaf dan tebus kesilapan yang kita buat. Macam Mia kan.. dia pernah hina orang kampung, pernah bencikan mak tiri dia., pernah benci Buntat tapi akhirnya dia insaf dan tebus silap dia dengan jaga kebajikan mak bapak buntat, tubuh Yayasan Roziah dan ambil mak cik yang pernah dihina kerja dengan dia. 

#9. Berpantang
Ini mesej penting juga.. berpantang itu penting bagi wanita lepas bersalin. Semoden mana pun zaman, berpantang secara betul dan lama itu penting untuk kesihatan diri jangka panjang.. Macam Mak Leha kata... Moden moden juga, tapi pantang tetap kena pantang sebab badan kita nak pakai lama. 

#10. Menantu vs Mentua
Bab ini penting juga ni.. sebab realitinya ada... Khuzairi yang tersepit antara mak dan isteri... memang hebat... dan konflik berlaku bila Khuzairi terlalu dengar cakap mak dia.. sedangkan dia tak melindungi isteri dia. Memang babak tu rasa geram.. memang emosi betul masa babak tu... hehe.. dan sebaiknya sebagai suami... sepatutnya sediakan rumah lain untuk isteri... biarlah dekat pun asalkan tinggal asing... bab menantu dan mentua ni.. bukan mudah menantu dan mentua nak serasi tau.. 

#11. Dendam
Dendam memusnahkan. Dendam juga boleh makan diri sendiri... Begitulah yang terjadi... kerana dendamkan Hayati, rumahtangga anaknya sendiri musnah... dan mujur juga semuanya berakhir dan mak leha insaf dengan perbuatannya. 

#12. Siapa kita nak menidakkan jodoh?
Jodoh itu indah... Kadang dengan orang kita tak suka boleh jadi suka... itulah jodoh.. sejauh mana pun kita lari... tapi jika itu jodoh kita.. akhirnya akan bersama juga... selain itu... sebagai suami jangan mudah lafazkan talak.. kerana takut makan diri... Khuzairi tak pernah ceraikan Mia.. tapi biarkan Mia buat keputusan dan tenangkan diri dia... 

#13. Berdoalah
Doa itu senjata mukmin.. banyak dalam babak ini, sebut pasal doa.. walaupun doa tu macam dimohon waktu diuji je... tapi tak kisahlah.. berdoalah... kerana doa itu senjata paling tajam untuk merubah segala keadaan dengan izin dan kehendak Allah. insha Allah. 

#14. Setiakawan
Bagaimana watak Zaidi dan Sophie adalah dua watak sahabat yang boleh dijadikan contoh... Susah senang bersama... sentiasa tegur jika kawan dia salah dan beri semangat waktu kawan dia jatuh.. Inilah sahabat sejati namanya. 

#15. Duit bukanlah segala-galanya
Kekayaan tak membawa kebahagiaan. Lihat sahaja kerana duit bapa Sophie jadi gila... Khalil mati bunuh diri dan mak Mia di simbah asid... Terlalu kejar kekayaan akan membawa kepada kemusnahan. 

Itulah antara pengajaran penting dalam drama ni... Sebab tu MF kata, drama ni bukan drama cinta biasa... garapan dan plot dari drama ni sangat cantik dan ada terjadi dalam masyarakat kita hari ni... drama ni lebih kepada kisah kekeluargaan...kasih ibu kepada anak, kasih suami kepada isteri dan kisah sahabat sejati... 

Tahniah kepada Penerbit, Pengarah, Pelakon dan yang utama sekali penulis novel 7 Hari Mencintaiku... Satu drama lain dari yang lain dan menjadi bualan dan trending hangat hujung tahun 2016. 

Ada yang tak layan drama begini... mungkin sebab pelakonnya tak best... tapi MF layan drama bukan atas faktor pelakon... tapi pengajaran dan penceritaannya... pelakon tu memainkan watak dan peranan untuk menjayakan jalan cerita tu... Kalau pelakon hensem dan cantik je.. drama kisah cinta manusia semata-mata...memang tak layan... 

20 Disember 2016

Disember 20, 2016

INTEEMOR JAMU MODEN UNTUK KESIHATAN RAHIM WANITA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lepas bersalin anak ketiga, mula fikir badan.. memang fikir sangat... ye la badan kita kan.. nak guna lama... Tambah nak hadapi alam pekerjaan ni... faham-faham je la cikgu camne.. mana boleh dok setempat kan.. Jadi, kena prepare something yang boleh jadi booster untuk badan luaran dan dalaman... 

Mula mencari, baca testimonial jamu-jamu yang ada dipasaran... Entah mengapa, tergerak hati nak cuba produk jamu moden dari Ephyra yang diberi nama Inteemor... Masa Inteemor ni dilancarkan, MF tengah pregnant... jadi tak boleh ambil jamu moden ni... jadi kita baca je la testimonial dari blogger-blogger yang tulis. 
Jadi, lepas bersalin tergerak hati nak cuba... Faktor utama nak cuba tu sebab MF yakin dengan produk yang berkualiti dan berkesan dari Ephyra... MF pernah ambil Ephyra ni setahun... jadi, tahu sangat la dan yakin sangat dengan produk EPhyra ni... Boleh baca review MF >>>DI SINI<<<

Jadi, terus beli produk ni.. dan bestnya, rupanya tengah promo hebat Inteemor ni.. Beli 1 Percuma 1 satu harga siap pos.. terus la beli kan.. 



Dan MF pun mula ambil produk ni setiap malam sebelum tidur... Seminggu lepas tu baru rasa kelainan pada badan sendiri... Alhamdulillah dengan izin Allah... 

Rasa badan macam anak dara dah... bukan tipu serius betul... rasa badan bertenaga dan sihat... selain tu rasa rahim ni lain.. orang perempuan lepas bersalin boleh tahu la macam mana rahim kita sihat ke tak... Kalau tak tahu boleh baca >>> 9 Tanda Rahim Tidak Sihat<<<

Memang betul lah.. produk dari Oceanlife ni memang tak mengecewakan... sebab tulah tak mustahil produk Ephyra ni sendiri pernah menang Anugerah Supplement Terbaik di Asia Tenggara... Itu buatkan MF bertambah yakin dengan produk dari Oceanlife ni... memang bukan sekadar testimonial kosong... Lagipun produk ni MF review bukan berbayar, tapi produk MF beli dan guna sendiri... jadi sangat berbaloi dengan harganya... Apa lah sangat kan harga jika dibandingkan dengan kesihatan yang kita ada kan... 

Ok.. sebelum tu MF nak share juga sikit pasal Inteemor ni:

Ephyra Inteemor
Inteemor ~ Formulasi terbaik dengan adunan lengkap 16 herba semulajadi khusus utk penjagaan dalaman wanita.

Kesannya, ia sangat cepat menyerap kedalam tubuh kerana INTEEMOR adalah dari sumber padat yang diambil dari patinya sahaja. Hasilnya dapat dirasai selepas 3 hari dan jika diamalkan secara berterusan mampu mengembalikan kecantikan, kesuburan dan kesihatan seperti wanita muda.

Rahsia Jamu Moden Jus Premium Inteemor 
🔸kacip fatimah 
🔸manjakani 
🔸pueraria mirifica 
🔸kunyit 
🔸collagen 
🔸dong qui 
🔸serapat 
🔸habbatusauda 
🔸buah tin 
🔸aprikot seed 
🔸acai berry 
🔸delima 
🔸aloevera
🔸durian belanda 
🔸sireh 
🔸madu


KELEBIHAN INTEEMOR 
======================== .
❣Membuang toksin dengan cepat
❣Mengempiskan perut anak dara/wanita berkahwin/ibu dalam pantang 
❣100% kandungan semulajadi dan makanan sunnah
❣Boleh diminum sebelum atau selepas makan
❣Menyelesaikan masalah haid tak teratur dan keputihan yang kronik dengan kandungan herbal khas untuk wanita
❣Badan lebih bertenaga
❣Tidur yang lebih nyenyak
=======================
RAHSIA KEHEBATAN INTEEMOR YANG WANITA MESTI TAHU
 =======================.
🔹Membakar lemak degil yang tersimpan dalam badan anda tanpa diet melampau
🔹Menghilangkan GEMUK AIR utk mereka yang berat badan mcm YOYO
🔹Tak perlu bancuh atau shake, boleh terus minum!
🔹Mengurangkan selera makan, sekali minum memang boleh rasa
🔹Meningkatkan metabolisma anda 
🔹Membaiki sistem pelawasan anda supaya senang lawas tanpa julap
🔹Rasa jus yang sangat sedap!
🔹Detox sistem perkumuhan anda, buang semua toksin dalam badan supaya lebih.

Bagi MF memang jamu yang terbaik untuk memastikan rahim kita sentiasa sihat... Bila rahim sihat, badan pun bertenaga... Rahim wanita ibarat enjin tau... faham-faham lah kalau enjin tak sihat camne kan... 

Jika ada yang nak tanya pape pasal inteemor dan ephyra jangan segan silu... PM MF di Facebook atau email je ke: myfirdaussy@gmail.com

15 Oktober 2016

Oktober 15, 2016

Penuh Emosi Layan Drama Samudera Rindu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak berpantang ni, rasanya rajin pula layan drama.. dulu pernah insaf kejap tak nak layan drama.. sekarang ni dah ketagih pula.. haha...

Layan tv petang-petang je.. mula jam 6 petang tu tengok Cinta Ilmu di TV al-Hijrah dulu, lepas tu baru layan slot Akasia dan Dahlia di TV3, layan Berita TV9, sambung terus kepada drama TV9... Ntah kenapa rajin benor layan drama.. apa pun.. jadi best tu sebab en.somi layan sekali... hehe.. 

Drama TV9 memang rajin layan.. Sebelum cerita Nek Mis tu layan juga.. cuma Rintihan Nek Mis  tak layan sangat, pastu baca sinopsis Samudera Rindu ni, mula la layan drama TV9 balik... 



Samudera Rindu mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya. 
Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Kehidupan Atirah tidaklah mewah seperti rakan karibnya, Eliza. Zainal (Azhan Rani), ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia. 
Atirah dilahirkan dengan harapan dapat mengurangkan kemurungan Nadia, tetapi harapan itu hanya menjadi angan-angan sahaja. Nadia tetap berada di dalam dunianya sendiri sahaja, sehinggakan lupa untuk menjaga Atirah. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah. 
Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakan seperti Atirah. Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital. 
Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril, seorang pemuda yang baik hati. 
Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti (Watie Sadali) yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi. 
Adakah Nadia berjaya dirawat dengan sepenuhnya? Apakah bahagia akan tiba setelah Zainal, Nadia dan Atirah hidup menderita sekian lama? - Sumber: kepalabergetar -

Kisah ni berkisar pasal penyakit meroyan.. sakit orang yang alami tekanan selepas bersalin. Memang penyakit ni susah nak sembuh... walaupun makan ubat, tapi nak sembuh kepada normal semula tu, agak susah...kecuali dengan izin Allah... MF sendiri ada sedara yang sampai meninggal dia sakit ni... 

Drama terbitan Suhan Movies, memang tak pernah mis sebenarnya... Rosyam Nor punya cerita la katakan.. Sebab garapan cerita berkisarkan isu kekeluargaan... Memang penuh emosi layan drama ni.. Kesian ada, sedih, geram semua ada... Sekarang ni, si Nadia tu macam ingat tak ingat siapa diri dia... kesian sangat kat anak dia... Kalau kita diletakkan pada tempat watak tu.. memang mencabarkan.. 

Apa pun.. lakonan dari pelakon-pelakon lama memang tak menghampakan... Tapi macam nak habis dah drama ni... Kalau drama unsur-unsur cinta remaja tak layan sangat...  
Oktober 15, 2016

Macam Mana Boleh Terlayan Drama Cinta Masam Manis Pula Ni???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Drama pukul 7, ramai orang tak suka kan.. siap kutuk-kutuk lagi TV3 buat drama waktu maghrib... MF takde lah nak kutuk.. rasa tak suka tak payah tengok... kalau nak tengok-tengok je la, asalkan jangan abaikan dan lengahkan solat.



Macam mana boleh terlayan drama pukul 7 slot Akasia TV3 ni ntah la... Sebab lakonan Zamarul Hisyam agaknya.. haha.. memang suka tengok dia berlakon.. digandingkan dengan Izara Aisyah yang comel tu.. memang nampak kelakar dan sweet..

Drama ni kisah cinta dua pangkat umur yang jauh berbeza.. katanya dah habis tayang...tapi tengok kat TV macam belum.. tapi kat online dah ada sampai episod terakhir.. apa pun.. dah siap save link kot.. nak layan dengan en.somi nanti.. sebab en.somi pun terlayan sekali... haha...

Apa pun, nak layan drama boleh.. tapi jangan sampai lengahkan solat... sekadar hiburan dunia kan.. jangan nak salahkan tv, tapi salahkan diri...

Nak tonton Online??? Boleh klik >>>SINI<<<.. Semua drama ada kat situ...

29 Ogos 2016

Ogos 29, 2016

Review Cerekarama TV3 : KABUS HATI LAILA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak dua menjak ni.. rajin pula layan drama tv... Maklumlah... Anak-anak bukan lagi jenis nak tidur awal.. jadi, sambil tengokkan diorang main..layan tv la kan.. lagipun kalau drama yang takde unsur keganasan.. memang MF tengok la.. kalau tak memang sanggup tak tengok..sebab tak nak anak terikut.

Hari Sabtu lepas Cerekarama TV3, tajuk biasa saja...tapi dari iklan nampak macam best je... Tengok info kat astro nampak best.. jadi layankan aje... Memula layan je sengsorang... Sekali En.somi pun join sekali sebab drama yang berunsur kemasyarakatan ni dia boleh la layan.. kalau cinta cintun memang tak layan dia.

Kisah semalam menarik walaupun agak slow.. biasalah ini drama hasil Sabri Yunus.. MF tahu dah.. kalau drama dia..memang takde unsur cinta cintun muda Mudi.. kebanyakan mesti isu semasa, dan hal kemasyarakatan.

sumber: google image

Kisah "Kabus Hati Laila"  mengisahkan tentang Kassim Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Kassim, baru sahaja meninggal dunia. Arwah Abang Kassim meninggalkan isterinya Laila, dan dua orang anaknya yang bernama Ayim dan Yuni. Pada suatu hari, seorang wanita bernama Anita dengan seorang budak kecil telah muncul. Laila baru mendapat tahu yang rupa-rupanya, abang Kassim mempunyai dua keluarga selama ini. Dia terpaksa menerima Anita dan membenarkan Anita tinggal di rumahnya selama tiga hari. Laila meluahkan perasaan kecewanya kepada Hambali, kawan baik Kassim. Sejak kematian arwah abang Kassim, barulah Laila sedar yang kehidupan mereka dikelilingi hutang dunia.

Plot dan susun atur kisah ni menarik... Walaupun slow... Yang bestnya, kita tak boleh nak agak bagaimana pengakhiran kisah ni.. tu yang tunggu juga hingga habis...

Yang buatkan MF tertanya... Kenapa dia kahwin dengan Anita sedangkan dia tahu dia bukanlah suami yang mampu untuk berkahwin dua... Lagipun dari flashback, Kassim ni seorang yang bertanggungjawab dan penyayang kepada anak-anak dan isterinya.

Apa pun banyak pengajaran yang dapat diambil dari kisah ni...

Suami jangan terlalu berahsia dengan isteri.
Kassim ni perahsia sangat orangnya terutamanya dengan isteri dia.. dia tak nak isteri dia risau dan fikirkan masalah rumahtangga... Tapi untungnya dia tak berahsia dengan kawan baik dia..iaitu Hambali... Jadi, segalanya terbongkar selepas Hambali menceritakan segalanya kepada Laila.

Jasa yang baik pasti dikenang walaupun selepas mati
Kassim ni selalu dipuji oleh orang sekeliling kerana kejujuran dia... Terutamanya, selepas dia pulangkan duit pelanggan yang tertinggal dalam teksinya... Disebabkan itu, pelanggan dia ni lah selalu membantu Laila selepas Kassim meninggal.

Belajarlah hidup berdikari selepas berkahwin
Di akhir kisah ni baru tahu, rupanya Laila dan Kassim kahwin satu kampung.. tapi Kassim ni selalu diperlekehkan oleh bapa mentuanya kerana dia tak minat nak buat kerja sawah... Dia minat buat hulu parang dan keris sebagai mata pencarian. Kerana itulah, Kassim bertekad bawa anak dan isterinya berpindah ke Kuala Lumpur bina hidup sendiri. Inilah sepatutnya yang kita patut ambil pengajaran.. tujuannya supaya tiada campur tangan orang tua dalam mencorak hal rumahtangga kita... Susah senang biar kita bina dan selesaikan sendiri.

Isteri, Belajarlah berdikari
Pentingnya isteri belajar hidup berdikari.. paling kurang tahu cari wang sendiri... Buat simpanan sendiri... Sebagai bekalan dan hari-hari tak terduga. Macam Laila yang macam orang hilang arah bila suaminya meninggal... Anak terpaksa berhenti belajar kerana tiada pendapatan...

Anak-anak Berilah Sokongan Moral Kepada Ibu
Anak-anak Kassim ni ikut emosi .. biasalah remaja kan... tapi sangat tak patut melemahkan lagi moral mak dia yang cuba nak berniaga dan berdikari sendiri. 

Kita susah, tapi ada lagi yang lebih susah
Begitulah selingan dalam kisah ini... Bila mana, anak lelaki Laila yang tengah mencari kotak untuk dijual, tetiba ada dua orang kanak-kanak gelandangan memerlukan kotak tu untuk tidur... Hidup mereka lagilah merempat selepas kematian ayah mereka. Perkara ini menginsafkan dia dan juga penonton. Itulah realiti, bila kita rasa kita susah, sebenarnya ada lagi yang lebih susah dari kita. 

Ini antara pengajaran yang dapat MF dapat tuliskan di sini... Drama ni memang slow sikit, tapi seronok sebab pelbagai persoalan akan kita tertanya-tanya... 


Apa pun endingnya best... Bila mana, akhirnya Laila barulah tahu, kenapa suaminya kesempitan wang... Suami Laila menanggung beban hutang bank sebanyak RM1000 setiap bulan kerana menjadi penjamin kepada adiknya yang lari masa beli tanah. Dia juga berkahwin dengan Anita kerana ingin menyelamatkan maruah dan nyawa Anita iaitu janda beranak satu yang mahu bunuh diri terjun jambatan kerana ditipu lelaki yang bakal kahwininya semasa hari pernikahan mereka. Atas sebab itulah, dia kahwin... dan anita tu adalah adik kepada hambali... sebab tu juga Hambali sentiasa tolong Anita...

Hobi arwah Kassim, iaitu membeli keris dan parang dengan hulu parang yang unik sebagai koleksi rupanya ada nilai dan pelaburan yang sangat berharga. Selepas arwah meninggal, anaknya pulangkan semula keris dan parang tu kepada Hambali..dan Hambali jual ke semua barang tersebut dan duitnya diserahkan kepada Anita. Maknanya kat sini, hobi dan minat kita sebenarnya, jika kita pandai manfaatkan akan jadi satu pelaburan yang berguna untuk zuriat keturunan kita. 

Drama sebegini bagus ditayangkan selalu berbanding drama cintan cintun remaja... Moga drama kisah kemasyarakatan dan isu semasa, lebih diperbanyakan oleh penerbit filem dan drama tempatan..untuk mendidik jiwa masyarakat kita hari ini.. 

31 Julai 2016

Julai 31, 2016

Terjebak Lagi Dengan Go Shop | Set Strom Color Diamond Pan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Go Shop... Siapa la yang tak kenal kan... Bagi yang ada Astro dan biasa shopping online sangat mengetahui kan... 

MF pernah ada pengalaman beli barang di Go Shop... dan pengalaman pertama tu, buatkan MF rasa insaf nak membeli di Go Shop... Tapi rupanya hanya insaf sekejap... Dapat bertahan tak tengok Go Shop sebulan dua je... Lepas tu tengok balik... 

Dah tengok, boleh pula terjebak... Yang membuatkan diri ini lebih terjebak bila mendapat pengaruh kuat dari en.somi... dia pula yang beriya-iya kan... kita ni mengikut saja... Itulah akibatnya, jika suami pun kaki shopping online... hehe... 

Dalam banyak-banyak barang, barangan dan peralatan rumah dan dapur la yang menarik minat kami... sebab jarang ada jual di kedai biasa kan... 

Memula tertarik dengan Smart Proseccor, tapi sebab harganya masih belum mampu milik.. Jadi, biarkan sahaja jadi angan-angan... 

Lepas tu tengok pula demo dapur gas... berkira-kira dan hampir membeli juga... Tapi fikir punya fikir tak jadi beli... 

Tapi, akhirnya terjebak juga selepas tengok demo tentang Strom Color Diamond Pan. Pan anti lekat dan anti calar dari Korea... 3 Pan ni dengan harga RM149 rasa macam murah pula... itulah kan... Nafsu kot kan... kebetulan pula gaji kan... 


Bila lihat demo memasak tu buatkan kami laki bini ni tertarik nak membeli... 

Kelebihannya iaitu anti karat, anti calar, anti lekat...Tengok demo memasak sayur, goreng telur tanpa minyak. Paling best boleh guna senduk besi dan tak calar... tu yang best tu... sebab kebanyakan pan kena guna senduk plastik atau kayu kan...

Memikirkan kesihatan dan nak kurangkan penggunaan minyak, tu yang tak fikir panjang nak beli... Ye la, sebelum ni nak masak sayur campur pun kena guna minyak sikit. Tapi bila ada Pan ni tak perlu letak minyak... jimat dan lebih sihat. boleh kurangkan penggunaan minyak dah lepas ni... 

Pengalaman sepatutnya buatkan serik... Tapi tidakk... Tapi ianya mengajar erti tawakal dengan rezeki Allah... Kes belian di Go Shop yang lalu,iaitu order lambat sampai dan kualiti kurang... Masa tu MF pilih kaedah pembayaran Online... 

Disebabkan pengalaman tu, MF pilih pembayaran tunai atau "Cash on Delivery (COD)". Jadi, tawakal je la bila nak sampainya dan tak mengharap. 

Nak dijadikan rezeki, kaedah COD ni lagi cepat sampai... dalam 2 hari sahaja sampai menggunakan perkhidmatan GDex. Alhamdulillah... Itulah hikmah tawakal agaknya kan... 

Sesampai je... teruja nak cuba... tapi ada urusan keluarga, terpaksa batalkan hasrat tu.. Selesai je urusan, terus buat uji kaji... Pertama sekali MF goreng telur.. tanpa minyak... dan guna sudip besi... Dan ternyata tak tipu la... Memang betul tak melekat dan tak calar. Kali kedua, suami pula buat uji kaji... dia panaskan sambal ikan... tanpa masukkan minyak... terus je panaskan gitu... tak melekat pun walaupun kering... Ternyata produk kali ni puas hati... Moga bersemangat nak memasak yang sihat-sihat lepas ni... Insha Allah... 


Impian seterusnya, nak beli Smart Prosessor pula... hehe... Ntah bila nak tercapai agaknya ya... hehe... 

27 Disember 2015

Disember 27, 2015

Perkhidmatan Pasang Tinted Lampu Kereta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nak jaga mata, kita pakai cermin mata atau spek mata hitam.. Kereta pun camtu juga, nak bagi lampu tahan lama, kena pasang "cermin mata" atau "contect lens" pada lampu kereta.

Jadi, caranya, pasang tinted pada lampu kereta... Pernah pergi pasang kat kedai kena cas RM60 untuk kereta viva... Kenapa pasang tinted lampu??? bukan untuk aksesori, tapi untuk pastikan cover lampu tahan lama.. sebab biasanya cover tu plastik.. lama kelamaan akan pudar dan kelabu.. Jadi, kalau dah kelabu dan kabur tak nampak... kena la tukar lain.. Pernah dah tukarkan untuk Viva tu dulu RM300 ++ sepasang... kalau tak silap MF... suami beli kat Mudah.my... tu kira murah la tu.

Jadi, dari melabur lebih... baik tinted je.. sekali buat je.. Jadi suami beli material tinted tu... material ni beli sekali untuk bisnes la juga...

Semalam try la pasang kat satu kereta Proton ni.. Fuhh.. boleh tahan susah juga nak pasang.. Mula nak pasang warna pelangi.. tapi macam tak cantik, jadi pasang warna hitam...


Sebelum tinted

Proses Memasang Tinted

Dah siap sebelah... Nampak gelap kan...

Dah siap pasang...
Hampir dua jam baru siap pasang kedua-dua belah lampu depan sahaja... Patutlah mahal.. kat kedai mau beratus harganya ni... sebab pernah tanyakan nak buat kat kedai RM120 untuk tinted lampu proton Perdana... Alhamdulillah.. jimat duit bila buat sendiri..

Tapi bagi yang tiada alat nak buat tinted ni jangan risau...
Homemadesticker boleh bantu...
Hubungi je homemadesticker atau nombor ni 0192732794 untuk sebarang pertanyaan tentang sticker dan make up kereta..

Kereta pun kena cantik bergaya dan tahan lama... Barulah alah membeli menang memakai ye dak...

10 Disember 2015

Disember 10, 2015

Pindahkan Barang Dengan Lori Sewa Murah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah, selamat sudah pindahkan barang dan berhijrah ke Johor. MF jadi warga JDT la sekarang ni... Ramai tanya kenapa tak balik ke Kedah??? Aik??? MF kan dah ada suami wajib ikut suamilah kan.. bukan suami yang ikut isteri... kena ingat tu... Kalau lupa rujuk SINI.

Selepas tahu permohonan pindah MF diluluskan... Suami mula mencari lori sewa untuk pindahkan barang. Mulanya, kawan MF ada bagitau saudaranya ada juga buat lori sewa... dan dia dah tanya harga untuk pindah barang dari Kuala Lumpur ke Johor dalam lingkungan RM1000 ++... Jadi dari situ kami buat bajet.

Terus suami cari Facebook.. Terjumpa la Facebook Lori Sewa Murah di Shah Alam... dan satu lagi Lori Sewa juga tapi di Batu Caves. Whatsapp tanyakan harga... Keduanya ada perbezaan harga sikit.. Jadi kami pilih yang Lori Sewa Murah. 



Lepas tentukan tarikh, tempat dan beritahu barang-barang utama yang ada untuk dipindahkan, diorang bagi qoutation harga... Untuk tawaran harga kami pindah... Dari Gombak, KL ke Bandar Tenggara, Johor RM1250 dengan lori 3.5 tan, seorang driver dan 2 orang pembantu serta percuma perkhidmatan Wraping Peti sejuk, mesin basuh dan tilam. MF kira murah harga ni.. sebab dah puas survey juga... urusan pun mudah... whatsapp pun cepat je balas. Alhamdulillah.

Alhamdulillah... selesai berurusan, booking dengan harga RM100 sahaja.




Hari kejadian, driver lori whatsapp suami minta location... dari Shah Alam ke sini agak ambik masa juga la... Jadi, dalam jam 8.30 pagi lori sampai... lepas driver dan pembantunya sarapan.. mula loading barang masuk lori... Alhamdulillah dalam satu jam setengah siap semua... 

Mula ingat nak konvoi, tapi macam susah juga kan.. sekali kami gerak asing-asing.. Tapi kat highway berselisih juga... Tapi lori sampai dulu... tapi tunggu kami sebab nak konvoi sampai ke rumah... Jam 3.45 petang sampai di Johor.. Dalam 35 minit siap turunkan barang... dan bayar baki bayaran penuh. 

Alhamdulillah... mudah berurusan dengan Lori Sewa Murah. Driver dan pembantunya pun beri kerjasama sepenuhnya.. Mudah urusan... Alhamdulillah... 

Lori Sewa Murah menyediakan perkhidmatan pindah barang malam atau siang... di sekitar Semenanjung Malaysia. Sangat mudah berurusan... Alhamdulillah...

Sesiapa yang nak pindahkan barang, MF memang rekemen untuk guna perkhidmatan Lori Sewa Murah ni... Jika tak tahu nak agak barang, boleh bagitau mereka ni.. Nanti diorang akan cadangan saiz lori dan sebagainya. Lori Sewa Murah juga ada perkhidmatan wrap barang dan kotak. Jadi tak perlu nak pening kepala nak cari kotak, nak wrap barang. Semua perkhidmatan nak pindah diorang ada. 

Pengurus: Lori Sewa Murah
Website (Tempah online): http://www.lorisewamurah.com.my/
HP (Whatsapp) : 016-220 1586

10 November 2015

November 10, 2015

Pengalaman Beli Set Komputer Dell di www.11street.my

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... Rezeki bisnes cetak baju kami mendapat sambutan... Sambutan menggalakkan dari saudara terdekat dan rakan-rakan... Jadi, lepas tiga bulan ada sedikit keuntungan kami plan nak beli sesuatu untuk nampakkan hasilnya tuh kan..

Jadi, lepas berbincang suami isteri, kami putuskan nak beli komputer desktop untuk mudahkan lagi kerja-kerja design dan mencetak untuk buat baju dan design cutting sticker.

Memula survey juga kat kedai komputer, tapi agak mahal... Satu hari, MF belek la komputer kat webshop baru yang lebih kurang macam Lazada tu... Namanya 11street.my.


Lepas belek-belek... Ada jenama yang kami minat nak beli yang sesuai untuk kerja design ni... Iaitu jenama Dell.

Harga asalnya RM15++.++ tapi lepas diskaun tinggal RM7++ je... Bila tengok detailnya... Dikira murah la... Desktop ni kira yang recond...bukan baru.... Tapi diperbaharui semula... Diinstall semula window, processor dan RAM nya...

Berkenan tu sebab dia guna Processor Intel iCore3 3.3GHz, memang laju dan bagus untuk kerja design nih... RAM tak besar mana la... 2GB sahaja... Tapi ok la kan.. Lepas bincang-bincang terus la order online...

Kami order hari Sabtu... Kiranya kedai tutup la kan waktu tu... So, hari Isnin tunggu... Dah petang baru pihak 11street email dan SMS tracking nombor iaitu mereka guna perkhidmatan GDEX.

Ok la... MF tak semak pun.. Tunggu je sampai hari Selasa... Sampai ke hari Selasa... Tak juga terima barang... Malamnya MF semak tracking, tapi tiada dalam sistem... Hati mula risau... Maunya tak kan... Tak pernah pun beli barang kat 11street ni... Tapi yakin beli tu sebab syarikat ni kira anak syarikat Celcom ... Tu beli je tuh...


Disebabkan risau tuh, MF terus emailkan kat pihak GDEX, pihak 11street dan pihak penjual tentang status tracking nih la.. Dah email malam, mana la nak disemakkan ...

Esoknya, hari Rabu baru pihak GDEX balas email yang barang tu memang takde dalam sistem dan mereka tak terima... Memandangkan MF sibuk dan suami sibuk masa tu kami ignore je dulu walaupun risau... Tak call pun...

Malam Rabu tu pasrah je... Kalau ada rezeki ada la kan... Lagi pun tempoh penghantaran dia maklumkan dalam masa 3-7 hari bekerja.. Jadi, relax la dulu kan... Kalau lepas 7 hari tak sampai baru kita buat kecoh kan..

Tu pun kira kecoh gak... Sebab MF bagitau je MF ni blogger... Ada unsur macam ugutan la juga... Haha... Saja je gempak kan... Nak bagi diorang buat kerja cepat kan.. Bisnes online kena cepat baru orang percaya tau..

Sekali pagi hari Khamis tu, suami nak call pihak 11street... Dah call dah ni.. Sekali dalam masa yang sama MF pun dapat call dari pihak 11street... Dia bagitau barang tu dia akan hantar hari ni...oleh pihak GDEX... Tapi tak tahu jam berapa kan.. Ok la ... Lega dia bagitau tuh...

Lepas dia call tu, semak pula tracking tu sekali lagi dalam sistem GDEX... Alhamdulillah... Ada... Jadi, confirm la ada barang nya..

Jadi, kebetulan suami ada kat rumah... Petang Khamis baru sampai barang... Dan dia terus pasang.. Alhamdulillah... Selamat juga... Maknanya memang rezeki kami la kan....


Alhamdulillah... Terima kasih la pihak 11street atas komitmen je... Layan pelanggan yang cerewet nih... Siapa tak cerewet sebab beli mahal kan..

Alhamdulillah... Betullah seperti yang tertera pada websitenya... Alhamdulillah... Seronok je.. Laju... Tapi kami pergi upgrade lagi RAM ... Tambah lagi 4GB, jadi 6GB ... Puas hati la.. Laju je nak buat kerja... Tak de la sangkut dan loading lama lagi... Suka je en.somi buat kerja... Alhamdulillah...

Insha Allah, boleh beli lagi barang kat 11street lepas ni... Bagus juga perkhidmatan nya...  Selalu diskaun juga... Yang paling best selalu MF dapat voucher dan coupon dari 11street... Jadi, tak rugi daftar percuma... Ada duit boleh cuci mata... Haii.. Ikut duit dalam bank.. Tak lekat la.. Sebab banyak barang kat 11street ni... Rambang mata ... 

08 November 2015

November 08, 2015

Pulang Dengan Hampa Dari Restoran Me'nate!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Entry ni, sekadar berkongsi pengalaman sendiri ke Restoran yang pernah jadi viral suatu ketika dulu. iaitu Restoran Me'nate. Entry ni bukan nak jatuhkan sesiapa... bukan juga nak popular seperti Diva Azwan Ali, tapi sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat peribadi... Harap baca dengan hati yang terbuka la ye... 

Suatu hari, lalu di depan Festival City yang sekarang dah bertukar nama iaitu Setapak Central. Sekali terpandang kat deretan kedai di Star Park, ada Restoran Me'nate. Cakap kat suami, nanti kita cuba makan kat situ.. Nak juga rasa apa yang sedapnya... 

Sumber: google images

Pastu, semalam ada rezeki dan kesempatan masa, lepas balik beli barang dari Setapak Central, kami pun pergi lah ke Restoran Me'nate tuh... Dalam hujan renyai tu usung la anak-anak solehah tu.. Memang dah kelaziman, kami tak tinggal anak kat orang walau nak ke mana pun... Jadi, bawa la anak-anak kan.. lagipun tu la cara nak luangkan masa dengan anak-anak sebab dah banyak masa tak terluang untuk diorang kan... 

Ok, sambung cerita... Kami pun menuju ke Restoran Me'nate... Sekali pandang... Mak aiihhh... ramai dan padatnya manusia kat Restoran ni.. hmm... restoran popular kan... memang ramai... penuh orang... tak pe.. cari tempat duduk.. dapat meja no.22 di bahagian luar je.. bahagian dalam dan atas dah penuh orang.. Satu lagi bahagian kedai yang belum siap, pun penuh orang... 

Lepas tak lama duduk, datang pelayan restoran letakkan menu. Tengok dengan blurrrnya... Tapi pernah terbaca la kat beberapa blog... Restoran ni lain sikit caranya... Tak pe lah.. lepas pilih dan tengok menu, panggil pelayannya dan dia datang... 

Kemudian, bila kata nak order je.. dia bagitau la, untuk steak kita kena pilih sendiri nak makan yang mana kat bahagian dalam... muka kami berdua dah berubah dah... ok.. takpe la.. lepas dia terangkan tu... kami pun pandang sesama sendiri... 

Lepas bincang, kami pun bangun dan terus pulang...tanpa buat tempahan pun... 
Kenapa??? sebab prosedur sebegitu sangat menyusahkan bagi kami nak buat pilihan makanan.. Sebab biasa kalau kami makan kami suka bincang suami isteri nak makan apa... jadi, sebab malasnya nak mengusung anak-anak di tengah sesak orang ramai macam tu, kami rela tak makan steak tuh... 

Sumber: google images

Harga tuh, kalau tengok kat menu tu, padan la kot... standart la bagi harga yang lain-lain tuh... sebab harga lain-lain berdasarkan part binatang tu sendiri... 

Pendapat peribadi, kalau nak buat pilihan menu, kena buat stail restoran shushi tuh.. ada meja gerak tuh... baru sesuai la untuk orang anak kecil macam kami yang teringin nak makan steak nih.. Tapi, disebabkan tu, tak pe la tak makan... Tunggu la, anak-anak dah besar baru pergi semula.. tu pun kalau ada rezeki la kan... 

Jadi, tak dapatlah nak review sedap ke tak menunya ye.. tapi majoriti kata sedap la... sampai sanggup makan ribu-ribu kan... Tapi setakat mana sedap tuh, tak dapat nak kongsi sebab tak rasa... Tapi, pengalaman pertama kali pergi dan first impression tuh, buatkan mak kendong anak macam MF ni, tak dapat nak merasa la... Lagipun kami jenis tak suka nak bersesak dengan orang ramai macam tuh... berebut-rebut, berlaga punggung, tersentuh bini laki orang... ohh... tidak la ye...semata-mata nak makan... Jadi, kita balik je la.. 

Masa balik, kami cadang nak makan steak juga kat Top Steak House di Sri Rampai... MF pernah review di sini. Tapi memandangkan hujan makin lebat, dengan anak mula mengantuk, suami kata beli bungkus je la nasi goreng dan balik makan kat rumah... lagi feeling... Jadi, makanlah kami di rumah je.. lagi nikmat... 

Kesimpulannya, konsep restoran Me'nate tu sesuai untuk orang dewasa atau keluarga yang punyai anak-anak dah besar la.. kalau anak kecil ni susah la sikit... melainkan orang tu memang jenis suka bersesak dengan orang ramai... Tapi, disebabkan orang ramai dan konsep restoran camtu, kami tak jadi nak makan... 

Ini pendapat peribadi berdasarkan pengalaman sendiri... terpulanglah nak terima ke tak ye... Insha Allah, ada rezeki nanti dapat la merasa... Lagipun bukan mengidam benar nak merasa, cuma nak tahu apa yang best sangat dengan restoran ni kan... Jadi, bila dah pergi tuh, ada la pengalaman baru kita dapat kan.. 



psst: Gambar pun ambil dari google images, tak sempat nak snap gambar apa-apa... hmm.. hampa.. 

03 Ogos 2015

Ogos 03, 2015

Antara Pos Laju, Gdex dan Skynet!

Antara Pos Laju, Gdex dan Skynet

Tiga syarikat penghantaran terbesar kat Malaysia...  DHL tak termasuk sebab dia penghantaran import eksport biasanya.. Tapi pos laju, gdex dan Skynet ni antara yang terbesar dan biasa digunakan orang ramai untuk hantar barang.

Bagi yang biasa guna bisnes online... Pasti pernah guna Ketiga-tiga ni...

Antara tiga tu... MF pilih Pos Laju... Kecewa dengan gdex dan Skynet...  Kedua-duanya memang mengecewakan... 

Bulan sebelum puasa pernah order barang dari supplier dari Kajang.. Fia guna perkhidmatan Skynet... Barang nak guna cepat... Sekali tiga hari baru sampai... Tu pun hari tiga kena hari Sabtu, tunggu juga pepagi sabtu tapi tak sampai pun... Dah tengah hari kami keluar ke Nilai 3, dalam perjalanan baru la dia call nak hantar barang... Fuhh.. Suami dah geram dah.. Hari Isnin terus je pergi tuntut kat pusat pengumpulan Skynet yang berdekatan.

Pengalaman dengan Gdex pula..
Gdex pengalaman guna alamat di tempat kerja cepat juga sampai... Mungkin pengurusan di kawasan tu cepat... Tapi pengurusan area gombak dan wangsa maju sangat mengecewakan.

Kami order barang dari supplier dan supplier pos barang hari Khamis... Target hari Jumaat atau Sabtu boleh sampai... Sekali..delay.. Suami call... Dia kata salah hantar ke pusat pengumpulan... Sepatutnya dari Cheras dia kena kumpul di Wangsa Maju, tapi pergi hantar ke Melawati... So, delay la sehari...

Suami minta nak ambil sendiri... Dia kata kena tunggu cawangan dia call semula. Tunggu punya tunggu la hari Jumaat tu, tak de call pun... Hari sabtu pun tak call. Hari ahad semak kat website gdex, ada kat Wangsa Maju...

Suami terus je nak pergi ambil kat sana... Jam 8.30 suami pergi... Tapi dekat 9.45 baru balik... Lama kemain... Padahal Gombak ke Wangsa Maju 10 minit je.. Balik, suami bagitau...lambat kat pusat pengumpulan di Wangsa Maju... Servis teruk katanya. Barang banyak tapi tak terurus... Tunggu dia cari barang tu pun lama... Alahai... Camtu pula...

Gdex oh Gdex perbaikilah mutu perkhidmatan kalau nak bertahan lama...

Dalam bisnes kami, untuk pelanggan kami, kami gunakan Pos Laju... Alhamdulillah... Tak pernah la mengecewakan setakat hari ini...  Servis laju...sesuai dengan namanya... Bahkan MF pernah terima barang yang dipos hari yang sama dari Baling Kedah... Terkejut...petang tu dah sampai...

Ini review berdasarkan pengalaman Mf dan suami sendiri... Mungkin pengalaman orang berbeza-beza kan... Apa pun... Harap pihak Gdex dan Skynet perbaiki mutu perkhidmatan... Tak kiralah di kawasan mana pun... Sebab kita manusia... Semuanya atas sikap kan...

Pos Laju pun...harap dapat kekalkan kualiti perkhidmatan di semua tempat macam ni juga... Walaupun mahal sikit, tapi kalau perkhidmatan bagus, orang akan suka dan berulang kali guna kan...

Impian kami.. Nak adakan satu bisnes perkhidmatan penghantaran satu hari nanti... Moga Allah permudahkan dan perkenankan...  Ameen...