Memaparkan catatan dengan label petua dan tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua dan tips. Papar semua catatan

28 Januari 2016

Januari 28, 2016

PETUA MUDAH LEGAKAN KEMBUNG PERUT DAN SEMBELIT PADA BAYI!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Petua tradisional tanpa ubat yang berkesan dikongsi oleh orang lama...

MF printscreen je dari facebook...  Petua orang lama...


Sumber: Facebook Mizan As-Syatirie yang membahasakan dirinya atok

Klik gambar untuk lebih jelas. MF tak besarkan sebab nanti view via mobile terlebih pula... 

Moga bermanfaat... 
Petua berguna untuk mak-mak yang ada masalah anak kembung dan sembelit... 

Untuk elakkan bayi kembung, pastikan tutup ubun-ubunnya... Orang tua kata angin masuk kot situ sebab ubun-ubun bayi ni lembut dan tak tertutup habis lagi... 

16 Januari 2016

Januari 16, 2016

10 Manfaat Kaki Ayam Yang Mungkin Kita Tak Tahu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sebelum ni, MF tak makan tau kaki ayam. Mf mula makan kaki ayam ni masa kat KL... Kat kantin sekolah MF tu selalu buat sup kaki ayam.. makan dengan bihun... Dari situ MF suka kaki ayam. Rupanya, MF dapat tahu kaki ayam ni banyak khasiatnya...walaupun ianya hanya kaki... Jom lihat, apa manfaat disebalik kaki ayam ni...

1. Kaki Ayam Kaya Kolagen
Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sains Haiwan Universiti Chung-Hsing di Taiwan, terungkap bahawa kaki ayam mengandungi kolagen yang sangat tinggi. Walaupun kadar kolagen alami pada kaki ayam hampir sama dengan kolagen yang banyak dijumpai pada sayuran hijau dan buah-buahan yang banyak mengandung vitamin C. Kolagen adalah salah satu bahan khas yang diperlukan kulit tubuh untuk mengekalkan keanjalan kulit. Manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam sangat banyak, antara lain adalah:
  • Kolagen memelihara kesihatan kulit dan membentuk kulit yang anjal kerana menyokong pergantian sel-sel kulit mati dengan sel kulit baru yang lebih cepat.
  • Kolagen membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan protein sehingga membuat tubuh menjadi lebih sihat.
  • Kolagen dapat meningkatkan pengeluaran sel darah merah kerana bekerja dengan menguatkan struktur pembuluh darah.
  • Kolagen membantu tubuh dalam menurunkan berat badan kerana boleh meningkatkan metabolisme tubuh terhadap lemak.
  • Kolagen boleh membuat struktur tulang menjadi lebih kuat dan mencegah penyakit kerapuhan tulang.
  • Sumber kolagen lain

2. Memelihara Sendi dan Mengurangkan Risiko Tulang Rapuh
Penyakit sakit sendi dan tulang rapuh biasanya banyak terjadi pada orang lanjut usia. Penyebabnya adalah tubuh tidak boleh mendapatkan kalsium dan tulang sudah tidak boleh menyerap kalsium dengan baik. Tapi dengan pengambilan kaki ayam sejak masih muda maka akan memberikan kesan yang berbeza. Bahagian kaki ayam memang hanya terdiri dari kulit, tendon dan tulang. Kandungan kaki ayam yang kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kolagen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini sangat penting untuk mengukuhkan struktur tulang dan boleh mencegah kerapuhan tulang apabila sudah lanjut usia.

3. Menyembuhkan Cedera
Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia. Kajian yang sudah dilakukan oleh seorang penyelidik di Amerika mendedahkan bahawa potensi nutrisi tersebut boleh membantu menyembuhkan kecederaan. Walaupun keadaan kecederaan tulang belakang dipercayai boleh cepat sembuh dengan memakai makanan yang mengandungi kaki ayam.

4. Menyihatkan Saluran Pencernaan
Kaki ayam boleh dibuat menjadi kuah atau sup yang menyegarkan. Bahagian kaki ayam yang banyak mengandungi jaringan ikat dan tulang rawan yang sangat lazat. Bahkan semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine juga akan larut apabila dimasak menjadi sup. Khasiat dari pelbagai nutrisi ini juga sangat baik untuk membuat pencernaan menjadi lebih sihat. Kesan dari nutrisi ini juga sangat penting untuk membuat usus menjadi lebih lembut sehingga membuat saluran pencernaan anda menjadi lebih sihat.

5. Menjaga Kesihatan Kuku
Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan beberapa nutrisi yang sangat penting untuk tubuh. Pati atau beberapa jenis masakan lain dari kaki ayam boleh menghasilkan asid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin, dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak biasanya akan mengeluarkan cecair atau gel khas yang banyak mengandungi gelatin. Nutrisi ini membantu tubuh dalam mengolah kalsium dan diserap oleh kuku.

6. Menyihatkan Gusi
Gusi adalah rangkaian kuat yang digunakan untuk menyokong gigi. Beberapa jenis penyakit gusi banyak disebabkan oleh masalah kesihatan gigi yang buruk. Namun boleh juga masalah ini ditimbulkan dari dalam tubuh. Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain juga akan membuat masalah pada gusi. Kaki ayam adalah makanan yang banyak mengandung nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak. Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino, dan beberapa zat pembentuk gelatin. Kerana itulah semua zat ini akan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.

7. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Kaki ayam memang terkenal dengan semua nutrisinya yang sangat penting seperti kolagen atau zat pembentuk gelatin. Selain itu ternyata kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus. Semua mineral ini diperlukan oleh organ tubuh untuk membina kesihatan dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Dengan pengambilan kaki ayam maka juga boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

8. Membentuk Probiotik Semulajadi
Kaki ayam yang banyak mengandungi kolagen dan pelbagai jenis mineral lain ternyata juga boleh membentuk probiotik semula jadi. Agen gelatin yang banyak didapati pada cecair dari rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semula jadi. Probiotik akan membuat tubuh mampu membentuk imuniti semula jadi, menyihatkan usus dan mengatasi masalah saluran pencernaan.

9. Menyeimbangkan Hormon Tubuh
Kaki ayam juga menghasilkan beberapa jenis asid amino yang sangat baik untuk tubuh. Salah satu jenis asid amino yang dilepaskan dari kaki adalah arginin. Ini adalah jenis asid amino yang bermanfaat untuk tubuh. Salah satunya adalah membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan dan stress. Bahkan arginina juga penting untuk menghasilkan hormon pembiakan baik untuk lelaki dan wanita.

10. Mencegah Kerosakan Rangkaian Tubuh
Manfaat kaki ayam yang terakhir adalah untuk menjaga kerosakan jaringan tubuh. Mempunyai rangkaian tubuh yang kuat memang sangat penting untuk kesihatan. Rangkaian ikat diperlukan untuk otot, tulang dan pelbagai jenis organ badan seperti hati, hempedu dan organ lain. Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan asid amino kumpulan glisin. Glisin mempunyai fungsi penting untuk mengukuhkan jaringan ikat tubuh, menjaga kesihatan organ tubuh, membantu tubuh dalam mengeluarkan racun-racun tubuh dan juga meningkatkan kualiti saraf sehingga dapat meningkatkan rasa selesa semasa tidur.


Tips Memasak Kaki Ayam
Kaki ayam memang terbukti mengandungi pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh. Kaki ayam juga boleh membantu memulihkan stamina kerana keletihan, masa pemulihan selepas sakit atau operasi, memulihkan keadaan usus yang bermasalah dan mengatasi alergi terhadap beberapa makanan. Namun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Berikut ini adalah beberapa tips untuk memasak kaki ayam dan menghilangkan semua potensi bakteria.
  • Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.
  • Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula.
  • Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menjijikkan.
  • Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.
  • Longkang dan hilangkan lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi bakteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam.
  • Rebus lagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda.
  • Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan memasak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam di dalam peti sejuk.
  • Manfaat kaki ayam memang cukup banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang benar. Kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.

NAK RESEPI SUP KAKI AYAM? KLIK SINI

15 Disember 2015

Disember 15, 2015

Cara Nak Tingkatkan Kelajuan Internet Di Kampung!

Balik kampung Internet selalu bermasalah.. Kadang laju kadang perlahan sangat...

Internet ni penting juga walaupun kat kampung dan tengah bercuti... Waktu tertentu kita perlukan juga Internet...

Jadi, ni cara MF untuk tingkatkan kelajuan Internet bila berada di kampung.

Ubah setting pada Mobile Network... Biasa guna WCDMA/GSM.. Tapi bila di kampung MF akan set kepada WCDMA sahaja... Supaya line tak berebut dengan 3G... Set HSPDA sahaja... Jadi, line Internet tak mudah terputus-putus...

Jadi dapat la buat autopublish entry di kampung... Sebab tu juga MF bercuti untuk blogwalking selama seminggu... Insya Allah..  Lepas habis cuti... MF akan jenjalan ke blog kengkawan ya...

Happy blogging..


09 Disember 2015

Disember 09, 2015

7 Cara Untuk Cerahkan Kulit Secara Semulajadi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Zaman sekarang, banyak betul produk nak cerahkan kulit. Orang sekarang pula memang terlalu obses nak putih. Tak perlu buang duit dan masa nak beli produk dan pergi spa untuk putih. Amalkan 7 petua mudah ni hanya guna bahan semulajadi.



1. Scrub Tomato
Selepas cuci wajah dengan dengan pencuci, lap wajah sehingga kering. Belah tomato kepada dua bahagian, kemudian gosokkan tomato pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas bersih. Kulit akan nampak cerah dalam masa yang singkat. Nakkan kesan yang lebih ketara, amalkan cara ini setiap hari sebelum tidur.

2. Minum air putih secukupnya.
Tubuh badan kita memerlukan air putih secukupnya untuk membantu menggantikan sel-sel mati. Minum air kosong/air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ia memastikan sistem dalaman tubuh berfungsi dengan baik. Apabila tubuh mendapat air yang mencukupi, kulit juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi. Amalan ini juga berkesan untuk menurunkan berat badan.

3. Air Beras
Air cucian beras jangan dibuang. Asingkan dalam bekas atau dalam baldi. Ia membantu menghalus dan mencerahkan kulit secara semulajadi. Amalkan berendam di dalam air beras selama 15 hingga 20 minit setiap hari.

4. Air Rendaman Limau Nipis
Limau nipis dikatakan dapat menghilangkan bau badan dan berfungsi mencerahkan kulit yang tak sekata. Potong limau nipis, letakkan di dalam bekas air. Biarkan selama 40 minit, kemudian mandi dengan air rendaman ini. Lakukan sekerap mungkin.

5. Masker Beras Pulut
Goreng beras pulut tanpa minyak hingga kekuningan. Kemudian, kisar dengan pengisar kering sehingga lumat. Simpan serbuk ini di dalam bekas khas. Setiap hari, bancuh serbuk beras pulut ini dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.

6. Yogurt Asli
Yogurt membantu mencerahkan dan melembutkan kulit secara semulajadi. Lumur yogurt asli pada wajah dan leher, boleh juga kalau nak sapu pada badan. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu dan lihat sendiri hasilnya.

7. Betik Haluskan Kulit
Kisar atau lenyekkan buah betik dan sapu pada muka dan leher. Biarkan sehingga kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari untuk kesan yang cepat dan ketara.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita Bil. 1661

Menarik betul tengok tujuh petua ni... Petua yang mudah sangat nak buat... Insha Allah boleh cuba... Paling best petua guna betik dan beras pulut tuh... Senang nak buat. Air limau nipis pun menarik untuk dicuba... Tak perlu nak beli produk ratusan ringgit semata-mata nak putih kan... Petua sebegini sememangnya tiada kesan sampingan. 

04 Disember 2015

Disember 04, 2015

Madu Wrap: Cara Mudah Redakan Batuk dan Kahak Anak Hanya Satu Malam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Info terbaru MF terbaca di sini. Cara mudah untuk sembuhkan kahak dan lendir dari paru-paru kanak-kanak hanya dengan satu malam. Tanpa buat wap atau sedut kahak.. Kaedahnya lebih kurang macam tampal detox pada kaki... Tapi kali ni, buat sendiri di rumah hanya menggunakan madu dan bahan-bahan mudah.


Bahan-bahannya:

  • Madu
  • Tepung
  • Minyak Sayuran
  • Kain kasa
  • Napkin
  • Bandage


Caranya:
Campurkan tepung dengan sedikit madu supaya dapat campuran yang tidak melekat pada jari anda. Ini adalah campuran yang akan anda gunakan untuk compress. Tambah sedikit minyak sayuran ke dalam adunan dan kemudian gaul dalam tepung sekali lagi. Sekarang campuran siap, letakkan ia pada napkin dan balut napkin dalam kain kasa.

Gunakan bandage atau plaster untuk lekatkan wrap madu ini ke dada atau belakang, dan kemudian pakai baju tidur.

Jangan letakkan pada kawasan di sekeliling hati, ia perlu di atas sikit dari jantung.

Masa terbaik untuk letakkan wrap ini adalah sebelum  tidur. Bagi kanak-kanak, ia adalah disyorkan letak wrap madu selama 2-3 jam dan kemudian mengeluarkannya. Tetapi untuk orang dewasa, ia adalah disyorkan ditampal sepanjang malam. Untuk hasil yang lebih baik, orang dewasa juga boleh menambah beberapa serbuk mustard di atasnya.

Pada waktu ni, kita akan aktif berpeluh, dan tilam mungkin boleh basah. Jadi, lapik la dengan kain untuk lebih selesa. 

Ini kerana wrap madu mempunyai kesan-kesan anti-radang dan pemanasan. Hasil yang terbaik dapat dilihat pada peringkat awal penyakit, yang lega tanpa apa-apa komplikasi.

Rawatan ini boleh diulangi beberapa hari berturut-turut, tetapi walaupun selepas kali pertama, boleh nampak kesannya.

Wrap madu ini terutamanya digunakan untuk merawat batuk. Bagi had umur, ia boleh digunakan pada kanak-kanak yang berumur 6 bulan ke atas.

Nota: Sebaiknya, rujuk doktor jika nak cuba buat terutama bagi bayi..
Diterjemah oleh: Google translate

Menarik kaedah ni... Boleh cuba juga... sebab tak menyakitkan... Namun bagi anak-anak MF yang suka madu, memang takde masalah la.. Si kakak pantang demam selesema atau batuk, dia akan minta nak minum madu atau VCO tanpa perlu disuruh. Itu memang natural remedy yang tersedia di rumah. Tapi cara ni mungkin boleh guna untuk bayi atau orang dewasa yang susah nak minum madu. 

MF yakin, madu antara remedy semulajadi yang terbaik dan berkhasiat untuk seluruh manusia. 

KIta hanya usaha, Allah yang mengizinkan kesembuhannya. Tawakallah... 

Apa pun, untuk bayi ada petua untuk elak batuk dan selesema yang memang MF amalkan sejak dari dulu... ikut mak MF amalkan dulu-dulu... kira petua turun temurun... Alhamdulillah... anak terutama dalam pantang atau bawah setahun jarang kena demam, selesema dan batuk kecuali atas izin Allah nak diuji dengan sakit. Apapun kena usaha untuk mencegah kan... Petuanya... next entry MF akan kongsikan... insha Allah.

03 September 2015

September 03, 2015

8 Cara Untuk Kekalkan Khasiat Sayur!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Google images

Sayur kaya nutrisi dan mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C yang berfungsi menguatkan sistem imunisasi badan, awet muda dan melawan kanser. Sayangnya, vitamin B dan C mudah rosak apabila terdedah kepada oksigen, air, haba dan cahaya matahari. Jadi, cara penyimpanan dan pengendalian ketika memasak sayur yang betul mampu mengekalkan nutrisi dan khasiat sayur.

1. Makan sayur segar

Kandungan nutrisi pada sayur akan mula berkurang apabila dipetik. Jangan simpan sayur terlalu lama dalam peti sejuk. Jika boleh, masak terus selepas dibeli. Jika ingin menyimpan sayur dalam peti sejuk jangan dibasuh atau dipotong. Jika sudah dipotong, simpan dalam bekas yang tertutup rapat dalam peti sejuk. Jika zaman dulu takde peti sejuk, sayur dibalut dengan kertas surat khabar untuk tahan lama...lama pun dalam dua atau tiga hari... Jika sekarang, boleh guna plastik wraping tu untuk simpan sayur dalam peti sejuk.

2. Potong dan basuh sayur dengan betul

Vitamin B dan C mudah larut dalam air. Jadi, jangan merendam atau membasuh sayur terlalu lama, sebab nanti lagi banyak vitamin akan hilang. Sayur yang ada kulit seperti timun, petola dan peria tidak akan hilang vitaminnya apabila dibasuh sebelum dipotong kerana kulit melindungi bahagian dalam sayur yang kaya dengan khasiatnya.

Jadi, digalakkan membasuh sayur sebelum memotong kecil. Sayur yang dipotong kecil akan menyebabkan bahagian dalamnya terdedah. Apabila dibasuh dalam keadaan sudah dipotong kecil, vitamin pada bahagian dalam sayur akan terkena air dan larut serta hilang.

3. Jangan merebus sayur terlalu lama

Merebus sayur terlalu lama akan menyebabkan vitamin di dalam sayur hilang. Cara paling sesuai adalah dengan mencelur sayur dalam air mendidih selama beberapa saat dan angkat secepat mungkin. Tapi tak semua sayur sesuai untuk dicelur. Sawi batang hijau tu pahit kalau celur je kan... Kena masak betul juga, baru rasa. 

4. Kukus sayur

Cara terbaik masak sayur adalah dengan mengukus, tetapi jangan terlalu lama. Dengan mengukus, vitamin yang ada dalam sayuran tidak larut dalam air. Selain itu, ia juga tidak merosakkan rasa asli dan nutrisi sayuran itu. Untuk menumis, masukkan sayur apabila minyak sudah panas dan angkat sebaik sayur nampak layu. Jangan tunggu hingga sayur terlebih masak (lembik).

5. Kenali cara memasak sayuran dengan baik

Kena tahu cara memasak setiap sayur dengan baik sebab setiap jenis sayur memiliki cara memasak tersendiri untuk mengaktifkan nutrisinya. Contohnya tomato apabila dipanaskan atau direbus akan mengaktifkan aktioksidan. Tapi, brokoli dan bunga kobis akan hilang antioksidan jika direbus. Sedangkan apabila tomato dijadikan jus, akan dapat merosakkan nutrisinya.

6. Jangan panaskan sayur yang sudah dimasak

Jangan panaskan sayur yang sudah masak. Apabila terpaksa, panaskan sekali saja. Ini dilakukan untuk mencegah kandungan nutrisinya supaya tidak hilang. Tapi, sayur memang tak sedap kalau dipanaskan semula. Masak makan habis, tak habis ratah je la sampai habis. Memang tak sedap kalau simpan pastu nak panaskan semula kan.

7. Makan salad

Sayuran mentah yang sesuai juga boleh dijadikan salad dan dimakan bersama buah-buahan segar. Khasiatnya terutama vitamin akan terus diserap tubuh tanpa kehilangan seperti mana proses memasak. Salad antara ulaman moden... Sedap dimakan mentah kan... Tapi, biasa salad dibuat lapik ketika menghidang lauk sebagai hiasan hidangan, tu pun boleh mengurangkan nutrisinya.

8. Sayur yang kaya vitamin A perlu dimasak

Menurut kajian, karotenoid (vitamin A) lebih mudah diserap dalam badan apabila dimakan bersama sedikit lemak seperti minyak serta dimasak berbanding makan segar. Sayur seperti lobak, labu, ubi kayu, tomato atau apa saja sayur yang berwarna terang (oren, kuning, merah) lebih sesuai dimasak tumis bersama sedikit minyak jika ingin mendapatkan serapan karotenoid (Vitamin A) yang lebih berkesan.

Sebagai fakta tambahan, kandungan serat pada sayur tidak akan terjejas walaupun kita masak sayur hingga lembik. Kementerian Kesihatan menyarankan kita mengambil empat hingga lima hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari. Bukan saja untuk kekal sihat dengan sistem imun yang lebih kuat, memakan lebih banyak sayur juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Diolah dari: Artikel Harian Metro

Sayur banyak khasiatnya, tapi kalau pergi ke kedai makan, menu sayur sangat kurang kan... Anak-anak MF memang dididik makan sayur dari kecil... Alhamdulillah si kakak penggemar sayur terutama brokoli dan carrot... Sayur memang kena pandai dan tahu cara masaknya baru sedap dan berkhasiat. Jika kita amalkan pemakanan seimbang setiap hari, sebaiknya vitamin tambahan tak perlu lagi sebagai tambahan.... Tapi masyarakat Malaysia kebanyakannya tidak amalkan pemakanan seimbang sebab tu mereka bergantung kepada pengambilan vitamin tambahan. Apa-apa pun setiap yang Allah ciptakan baik untuk kita, cuma kita la kena bijak hargai apa yang ada... 

05 Ogos 2015

Ogos 05, 2015

Tips Nak Cukupkan Minum 3 Liter Air Setiap Hari!

Nak minum air bagi cukup 3 Liter setiap hari bukan sesuatu yang mudah...

Bagi yang dah biasa takde masalah... Tapi bagi yang baru nak mula... Nak istiqamah tu amatlah mencabar... 

MF blogwalking dan terbaca satu tips mudah dari seorang blogger ni... Tapi cari balik...dah tak ingat yang mana... Maaf ye sahabat tak dapat nak kreditkan link dia...

Tapi, MF cuba praktikkan ilmu dan tips yang dia coretkan di entry dia...

Cara mudah nak amalkan minum air cukup 3 Liter setiap hari... Alhamdulillah... MF rasa, dalam banyak tips yang MF cuba yang ni paling mudah dan berkesan... Serta boleh istiqamah.. Insha Allah...

Caranya...
Setkan satu bekas air yang cukup 300ml... Macam MF guna Mug yang saiz standard... Dapat dalam 300ml air...

Amalkan minum setiap kali sebelum dan selepas solat lima waktu sehari semalam...

Sifirnya:
3liter = 3000 ml...
3000ml / 10 = 300 ml...

5 waktu solat x 2 kali (sebelum dan selepas)...  Jadi, setiap waktu solat kita akan minum 600ml air kosong...

Lima waktu solat cukuplah 3000ml atau 3L air kosong...

Alhamdulillah..  MF mula buat... Dan nampak mudah nak konsisten tu... Sebab kita tak lupa waktu solat kan... Insha Allah... Akan terus dan istiqamah minum air bagi cukup...

Air cukup penting bagi badan kita... Air tak cukup... Badan pun cepat penat dan lesu... Kulit pun kecut... Nak kurus pun susah... Jadi, sangat penting air pada tubuh kita... Tak makan takpe sangat.... Asalkan ada air... Kan...


26 Julai 2015

Julai 26, 2015

Petua dan Penawar Penyakit Kencing Tikus!

Daun serai jadi penawar kencing tikus...
Hmm... Sejauh mana kebenarannya, tak pasti... Tapi boleh cuba...

Cuma yang MF tahu, cara nak halau tikus ialah dengan pokok serai wangi... Memang lari...dan tikus tak datang lagi...

Cubalah...  Insha Allah dengan izin Allah...


24 Julai 2015

Julai 24, 2015

Repair Je, Jangan Beli Baru!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Terkesan dengan kata-kata pak cik ni...
Begitu nasihat orang tua...
Kerana itu, perkahwinan orang dulu walaupun aturan orang tu...pilihan keluarga tapi mampu bertahan hingga ke akhir hayat...
Setia hingga hujung nyawa...

Dr. Fadhilah Kamsah pun pernah kata, cinta perlu dipupuk setiap hari...
Bukan bermakna kita dah bercinta dan lepas kahwin kita biarkan cinta tu kembang sendiri...
Ianya tak kan kembang kalau kita tak baja dan belai setiap hari...

Bercintalah setiap hari...
Suburkan rumahtangga dengan iman dan takwa...
Agar suami isteri berkekalan hingga ke syurga.. 

21 Julai 2015

Julai 21, 2015

Rawatan Nebulizer Semulajadi Untuk Pesakit Asma!

Balik dari kampung bawa balik Asma...
Biasalah cuaca kampung kan...
Sejuk semacam...

Balik ke KL asma bersisa...
Tapi, Alhamdulillah.. Anak-anak dan suami makin sihat dah...

Semalam... Semput teruk juga...
Inhaler sebagai teman...
Setiap 15 minit sedut je..
Dah fikir nak pergi Nebulizer kat hospital...  Tapi malas.. Haha..

Masa tu la terfikir nak buat Nebulizer sendiri, semulajadi kat rumah...

Lepas selesai solat Asar, terus jerang air satu periuk... Bila air mendidih... Ketuk 5 ulas bawang putih dan titiskan 7 titik minyak kelapa dara dan habbatus sauda.

Siap bahan-bahan.. Terus wapkan kat muka... Sedut dan hembus macam buat Nebulizer kat Hospital tu juga...

Lima minit buat.. Terasa lapang dada.. Rasa lain... Teruskan lagi lima minit seterusnya... MF ulang dalam setengah jam camtu...

Kalau dalam masa setengah jam tu, bau wap hilang, tambahlah lagi bawang putih dan minyak habbatus sauda tu...

Alhamdulillah... Lepas buat terus keluar segala lendir dari peparu... Rasa lega sikit... Nak lagi berkesan kena ulang banyak kali dan selalu buat...

Alhamdulillah... Rasa lega sikit.. Cuma batuk je bersisa semalam... Semput jadi, sebab batuk dan gatal tekak je... Kalau tak batuk, ok je...

MF hidap Asma dari bayi lagi... Jadi, sedikit sebanyak pengalaman tu MF tahu la.. Rawatan awal untuk pesakit asma bila diserang asma...yang biasa mak MF buat ialah tinggikan bantal... Kalau boleh tidur pun dalam keadaan separa baring... Sapu vick atau jelum air di dada...

Biasanya asma terjadi sebab cuaca panas dalam...tapi sejuk diluar... Selain tu, debu, habuk atau bulu kucing juga penyebab utama asma...

Sangat sikit penyebab asma dari aspek pemakanan... Tapi bagi pesakit asma tetap kena pantang makanan yang sejuk seperti ais, tembikai, air kelapa dan lain-lain. Makanan berangin pun kena pantang juga macam nangka, durian, pulut, tebu, kobis dan lain-lain ikut kesesuaian badan.

MF rela tak makan dari sakit... Macam durian, MF langsung tak makan sejak kena serang teruk masa tingkatan lima. Biarlah... Dari sakit kan... Memula dulu terasa la juga bila tengok orang makan, sekarang dah tak rasa nak makan...

Itulah pengalaman MF sebagai penghidap pesakit asma...  Moga berguna untuk yang ada asma atau anak-anak yang hidap asma.


Julai 21, 2015

Tip: Urutan Untuk Berhenti Merokok!

Petua ni MF printscreen dari facebook... 
Petua mudah bagi perokok yang dalam usaha nak berhenti merokok...

Yang utama sekali kena betulkan niat dan kuatkan semangat dan jangan beralasan!

Urutan tu nampak mudah... Isteri pun boleh tolong buatkan jika si suami dah berniat nak berhenti merokok tu kan... Cubalah...


12 Julai 2015

Julai 12, 2015

Cara Mudah Hilangkan Bintik Hitam Pada Wajah!

Captured from: Facebook

Petua yang memang nampak sangat mudah nak buang bintik hitam... Hanya perlukan madu dan lemon... 

MF tak cuba buat lagi... Tapi nak kongsi kat kengkawan kot ada yang nak mencuba... Dan juga sebagai reminder untuk MF buat nanti...sebab tu buat entry ni... Nanti bila nak buat cari je balik dalam blog sendiri...

Ada yang nak cuba buat...dipersilakan...  Mana tahu berkesan kan... Mudah sangat petua ni...


22 Jun 2015

Jun 22, 2015

Cara Cukupkan 8 Gelas Air Pada Bulan Ramadhan

Sumber: Facebook

Air sangat penting untuk kita...  Setiap hari kena cukupkan air... Kalau tak... Badan lesu... Dan buah pinggang pun boleh rosak...

Bagi ibu menyusu lagilah kena banyak minum air... 

Tips ni sangat berguna... Tak susah sebenarnya.. Cuma kena disiplin dan istiqamah...

Terima kasih orang yang create info grafik ni... Sangat bermanfaat...  Nak print dan tampal nanti...