Memaparkan catatan dengan label petua dan tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua dan tips. Papar semua catatan

30 Julai 2018

Julai 30, 2018

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan | Pernah tak masak sambal atau nasi goreng ke, bihun goreng ke tapi terlajak pedas pula.

Memang payah kalau dalam keluarga tak sama selera kan. Suami makan pedas, isteri tak pedas sangat. jadi, kena balance kan rasa pedas tu.

Sebenarnya ada cara nak kurangkan rasa pedas dalam masakan.

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan
Sumber: google images

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan

1. Gula atau Madu

Rasa pedas dapat dikurangkan dengan seimbangkan semula rasa masakan. Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan.


2. Lemon, Cuka, Asam Jawa, Air Limau Nipis

Perasa lain juga boleh digunakan untuk membetulkan rasa seperti perasa masam dari cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon. Hati-hati dan masukkan sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih sehingga merosakkan rasa lauk. Bahan berasid ni juga boleh mengelakkan masakkan kita cepat basi.


3. Kentang

Masukkan sebiji dua kentang dalam masakan dan masak bersama sehingga kentang empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa pada makanan yang disediakan. Kalau masakan terlebih masin pun boleh buat cara ni juga.

4. Santan atau Susu

Boleh juga gunakan santan atau bahan tenusu seperti susu sejat, susu pekat atau susu krim. Selain mengurangkan rasa pedas, santan juga boleh membuatkan lauk terasa lebih lemak dan pekat.

5. Bawang Besar

Hiris bawang besar dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih pedas. Agak-agak jumlah bawang yang sesuai bergantung kepada masakan anda.

Bawang besar mampu kurangkan rasa pedas dalam sambal.Rasa sambal jadi manis dan wangi. MF selalu buat camni kalau masak sambal.

6. Tomato

Pengunaan tomato sangat berguna untuk mengurangkan rasa pedas pada masakan yang menggunakan banyak cili padi seperti sambal belacan dan sambal goreng berlada. Boleh ganti beberapa batang cili pada kepada 2 ke 3 biji tomato untuk mengekalkan rasa pedas yang terkawal.

Kalau masak sambal, blend kan tomato dengan cili dan tumis macam biasa. Kalau masak lauk-pauk, belahkan kepada 4-6 bahagian. Kalau dah tak ada sangat, boleh juga gunakan sos tomato atau tomato puree. Rasa tomato yang masam-masam akan seimbangkan rasa pedas yang terlalu pedas.

7. Mentega Kacang atau Kacang Tanah

Cara nak gunakan mentega kacang, panaskan dahulu atau campur sikit dengan air panas, kacau hingga cair dan lembut supaya mudah sebati dalam masakan.  Kalau tak ada mentega kacang, boleh tukarkan dengan kacang tanah yang digoreng atau dibakar sebagai alternatif.

8. Lebihkan Sayur

Jika masakan yang terlebih pedas mengandungi sayuran seperti tomyam, lebihkan lagi sedikit sayuran di dalamnya seperti lobak merah, brokoli, atau kobis. Ni, untuk masakan seperti tom yam ok la kan.

Boleh juga letakkan buah-buahan segar seperti nanas sebagai pengimbang rasa. Kalau asam pedas, boleh juga tambah nenas. Sedap!

9. Pilih Cili Yang Tidak Pedas

Kalau tak tahan pedas, jangan pilih cili kering yang berbentuk lurus dan berkilat. Jenis ini biasanya banyak biji dan memang pedas. Cili kering mungkin nampak saja sama, tetapi ada rasa berbeza.


Jadi, jangan risau kalau terlebih pedas, ada caranya... paling mudah, letak air dan tambah gula... 

Semoga bermanfaat.

14 Mac 2018

Mac 14, 2018

Macam Ni Rupanya Orang Rabun Nampak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Macam Ni Rupanya Orang Rabun Nampak! | Penglihatan satu anugerah Allah... Alhamdulillah dan syukur jika kita dikurniakan penglihatan yang sempurna. Tapi ada juga Allah uji sesetengah orang yang terpilih dengan sedikit kekurangan penglihatan iaitu Rabun.

Rabun ni bukan sampai tahap buta... Tapi ianya menyebabkan penglihatan seseorang tu terhad. Kena guna bantuan kaca mata untuk melihat.

Punca Rabun

Ada banyak punca rabun. Antaranya:

  • Terlalu banyak melihat komputer atau gadjet.
  • Mata selalu terdedah dengan kemasukan cahaya yang tinggi terus ke dalam mata. Contohnya, orang yang welding tanpa pakai penghadang cahaya.
  • Faktor pemakanan dan gaya hidup juga menyebabkan seseorang itu mengalami rabun.


Suami MF pernah alami rabun teruk sebab welding besi tak guna penghadang cahaya tu. Memula pedih merah matanya. Dia ingat pedih biasa.  Dia beli ubat titik mata. Tapi makin teruk pula...

Dia kata rabun dan tak nampak... Tapi MF tak tahu nak faham macam mana tahap tak nampak dia tu... Tapi gambar-gambar ini menyebabkan MF mula faham maksud rabun dia tu..

Tips atasi rabun

Macam Ni Rupanya Orang Rabun Nampak!

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Jadi, faham dah la... Macam ni rupanya orang rabun nampak... Dia nampak tapi samar-samar... Berbintik dan berbelang gitu... Jadi jangan marah kat orang rabun. Sebab itu juga rezeki dia... ada kelebihan dia... Dia kurang nampak bab-bab maksiat  dan aurat orang  kalau dia tak ambil spek pakai...

Bagi yang dikurniakan penglihatan yang baik, jagalah anugerah itu sebaiknya... Caranya dengan tidak melihat perkara yang Allah larang dan makan makanan yang sihat untuk mata seperti lobak merah dan makanan yang kaya vitamin A.

Boleh juga amalkan doa ini:

Doa Sembuhkan Rabun Mata:

Tips rabun

Boleh juga amalkan petua mudah dengan membasuh muka dalam mata sedikit terbuka dengan air ramasan daun sirih... Ini petua mak MF ni... Alhamdulillah... umur dia 65 tahun lebih pun mampu lagi masukkan benang dalam jarum tanpa bantuan kaca mata.

Sekian, semoga bermanfaat.


Sumber gambar: Facebook

03 Januari 2018

Januari 03, 2018

7 Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata (Eye Bag)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata (Eye Bag) | Lepas bersalin, rasa seram nak tengok wajah sendiri kat cermin.. Bukan apa... Biasalah lepas bersalin.. Mana ada yang boleh tidur nyenyak kan.. Setiap 2 jam mesti bangun.. Kalau anak tak bangun mak tetap kena bangun kejutkan anak bangun untuk menyusu. 

Disebabkan 2 jam sekali bangun di tengah malam,menyebabkan mata kembali menjadi mata panda... Seram tengok. Mata panda ni menyebabkan muka nampak kusam habis walaupun tempek bedak 3 inci. 

Jadi, penyelesaiannya kena hilangkan dulu lingkaran gelap bawah mata tu dulu... Barulah nampak serinya.

Kalau ikutkan produk banyak je produk eye mask untuk mata.. Tapi kalau guna produk semula jadi lagi bagus. Kurang belanja. 


7 Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata (Eye Bag)

7 Cara Mudah Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata (Eye Bag)

Antara beberapa petua dan cara untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata ialah:

1. Hirisan Timun 

Ni teknik yang paling terkenal nenek-nenek kita dulu-dulu. Satu ianya senang didapati, kedua, murah pulak tu. Cuma kena rajin dan istiqamah je. MF pernah buat.. Memang best... Sejuk mata.. Mata pun jadi segar.. 

Caranya, keluarkan timun dari dalam peti sejuk, hiriskan 2-3 keping. Kemudian letakkan di atas mata. Biarkan 5 ke 10 minit dan boleh tanggal. Amalkan selalu untuk kesan yang lebih mujarab. Senangkan. 

2. Ubi Kentang 

Nak hasil yang lebih ketara, simpan ubi kentang didalam peti sejuk semalaman. Kemudian esoknya, keluarkan dan potong macam petua guna timun tu. Lepas tu, letakkan di atas mata. Biarkan selama 5-10 minit.

Ubi kentang mengurangkan keadaan bengkak dan lingkaran hitam bawah mata. Ini disebabkan oleh kandungan enzim yang tinggi didalam ubi kentang tu.

3. Susu Segar 

Rendamkan kapas didalam susu. Kemudian angkat kapas tersebut dan perahkan susu yang berlebihan. 

Kemudian, letakkan kapas lembap tersebut di atas mata, dan biarkan selama 20-30 minit. Amalkan petua ini sehari sekali untuk hasil yang cepat dan berkesan. 

4. Uncang Teh 

Uncang teh yang dah digunakan jangan dibuang kerana ada manfaatnya. 

Simpan uncang teh yang telah digunakan di dalam peti sejuk. Letakkan uncang teh yang dah disejukkan dalam peti sejuk atas mata selama 20-30 minit. Uncang teh yang bagus teh hijau tapi kalau takde teh biasa pun boleh. Amalkan selalu. Selain untuk hilangkan eyes bag, teh ni juga boleh guna untuk Lembutkan tangan. 

5. Putih Telur 

Ambil putih telur dan sapukan pada bahagian bawah mata. Biarkan kering lebih kurang 20 minit sebelum bilas dengan air biasa. 

6. Kiub Ais

Gosokkan kiub ais pada bawah mata. Cara ni lebih cepat untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata tapi tak digalakkan sebab nanti ada kesan tak baik pada bahagian bawah mata dan pangkal hidung. 

7. Gaya hidup sihat 

Amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Minum cukup air dan amalkan makanan yang seimbang untuk kesan yang berpanjangan. Kurangkan mengadap skrin TV, smartphone dan juga komputer. Banyakkan tengok tumbuhan hijau untuk kesegaran mata. Bagi yang merokok, hentikan aktiviti tak sihat tu kalau nak mata sihat dan cantik. 

Untuk kekalkan kecantikan mata, boleh amalkan gosokkan dengan aloe vera gel atau minyak badam. 

Selamat mencuba...
Semoga bermanfaat... 

10 Mei 2017

Mei 10, 2017

Cara Mudah Kupas Bawang Putih!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Antara bawang merah dan bawang putih, paling leceh nak bawang putih... Sebab kecil dan satu-satu kan... Tambah lagi leceh tu bila lapisan kulit yang dalam dan nipis tu agak melekat... 

Jadi, inisiatif nya.. kena ada cara mudah untuk kupas bawang putih ni dengan mudah untuk cepatkan proses nak memasak. 

Antara petua mudah... 



Rendam bawang putih dalam air biasa... Air paip... 
Rendam dalam 10-15 minit... 
Lepas tu kupas macam biasa... 
Guna tangan je... Boleh kupas dengan mudah tanpa pisau... 

Ada juga ahli group MAHN, kongsikan.... Cara ni boleh diguna-pakai juga untuk kupas kulit bawang merah... Mengurangkan pedih mata ketika kupas bawang merah... 

Cara lain yang pernah MF Cuba... Masukkan dalam bekas bertutup kemudian goncang hingga kulitnya terlerai Sendiri... 
Cara ni berkesan cuma, bawang putih akan jadi lebam... Jadi kalau nak kisar sesuai guna cara goncang ni.. kalau nak simpan .. cara rendaman tu lebih sesuai.. 

Jadi, kedua petua ni berkesan cuma ikut kesesuaian... 
Semoga dengan petua mudah ni akan memudahkan lagi kerja-kerja di dapur... 

Semoga bermanfaat... 

23 Disember 2016

Disember 23, 2016

CARA POTONG BAWANG MEMPENGARUHI KEENAKAN MASAKAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF suka layan program masakan... antara yang suka sangat layan , kalau dulu Chef Wan... kalau buat kek dan kuih Chef Ismail... tapi sekarang ni suka tengok cara Chef Ammar... 

Sebenarnya, bukan belajar resepi je... tapi teknik memasak tu yang penting.. sebab kesedapan makanan tu bergantung kepada teknik memasak... Resepi yang sama tapi rasa yang berlainan kerana masing-masing ada teknik memasak yang lain. 

Salah satu yang MF perhatikan... bila memasak.. kebanyakan chef suka potong bawang cara potong dadu... MF tak tahu kenapa... pada awalnya hanya sekadar tengok.. kemudian MF cuba praktikkan potong bawang bentuk dadu.. terutama bawang merah atau bawang besar untuk menumis. 



Ini kaedah ni, kalau waktu MF malas nak menumbuk la ni.. Bawang besar atau bawang merah potong dadu dan bawang putih pula MF ketuk dulu kemudian baru racikkan halus-halus.. 

Rupanya, memang mempengaruhi walaupun sekadar cara potong bawang dalam masakan kita... memang rasa lain.. masak tumis sayur air pun boleh rasa lain sedap dia tu... 

Baru MF tahu kenapa chef suka guna teknik potong dadu tu kalau nak tumis bawang... dan satu lagi teknik... panaskan minyak menumis, jangan terlalu panas.. dan tumis hingga naik bau sahaja bukan sehingga garing.. ini teknik dan petua MF banyak belajar dari rancangan masakan. 

Selain tu, kalau Chef Ammar dia selalu pesan apa... amalkan zikir dan selawat ketika memasak... ikhlas memasak dari hati dan dari iman.. insha Allah masakan kita jadi sedap.. walaupun sekadar telur dadar je.. 

Kalau nak rasa kelainan boleh la mencuba.. 

12 November 2016

November 12, 2016

CARA MUDAH CUCI WHITEBOARD LAMA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Whiteboard atau papan putih bila lama-lama kita selalu tulis dengan marker pen akan kotor juga nanti... Nampak tak bersih dan nak tulis pun tak lut...

Kes ni sama la kat pejabat ke, atau kat sekolah ke, atau kat hospital yang memang selalu guna dan tulis padam whiteboard ni...

Tak susah pun sebenarnya nak cuci whiteboard ni... Guna bahan sedia ada je...


Yang pertama, perlukan ubat gigi, yang kedua kain buruk atau apa-apa kain untuk lap.

Caranya,
Basahkan kain buruk, kemudian picit ubat gigi pada kain buruk dan tenyeh pada papan putih... Gosok aje sampai licin dan putih...



 Tak payah nak beli tinner atau cecair khas untuk cuci papan putih tu..

Lepas ni MF nak kempen satu bilik darjah satu ubat gigi... khas untuk cuci whiteboard... mudah dan jimat... memang senang nak sental walaupun guna permanent marker..

Cikgu-cikgu patut cuba ni.. mudah dah nak cuci whiteboard lepas ni.. 

19 September 2016

September 19, 2016

11 Zikir Amalan Ketika Memasak Untuk Bentuk Keluarga Bahagia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Masakan sedap bukan sahaja terletak kepada teknik dan bahan serta cara memasak. Tetapi unsur kerohaniaan yang diterapkan ketika memasak boleh menjadikan satu-satu masakan itu sedap. Ini sekaligus dapat membentuk peribadi ahli keluarga, 


Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu atau bapa yang suka memasak untuk keluarganya. Jangan tak tahu, ada lelaki/suami yang hobinya memasak. memang untuk isterinya... 



  1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak. Solat sunat apa pun tak kisah, asalkan yang bersesuaian la... seperti solat sunat hajat, solat sunat Dhuha, atau paling kurang solat sunat wuduk.

  2. Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

  3. Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl  ayat 96  yang bermaksud “Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

  4. Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya."

  5. Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya". Mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

  6. Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3  yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus."

  7. Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah  137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

  8. Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

  9. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

  10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

  11. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Sumber rujukan: Karangkraf.com


Memasak dengan keikhlasan insha Allah pasti sedap... Nak mudah amalkan zikir ni.. print dan tampal di dapur. Ataupun masa memasak, pasanglah zikir-zikir lazim atau zikir munajat.. insha Allah, jika telinga sentiasa mendengar zikir, lama-kelamaan lidah akan terbiasa mengikut.. Jom... kita amalkan bersama dalam usaha membentuk keluarga bahagia. 

17 Ogos 2016

Ogos 17, 2016

WW | Cara Mudah Potong Buah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)








Tips dan trick ni untuk memudahkan kita makan dan lebih cepat berbanding tak ikut tips dan trik ni.. Terutama buah tembikai tu kan... Lebih mudah nak makan kalau potong macam gambar kat aatas tu kan...

15 Ogos 2016

Ogos 15, 2016

10 Cara Atasi Anak Susah Makan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Anak tak selera makan.. Susah nak makan nasi.. itu memang perkara normal yang memang dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Bila anak tak nak makan.. risaunya bukan main.. bertambah risau dan pening kepala..bila ke klinik..timbang tak naik dan kena bebel dengan nurse kan... 

MF sendiri pernah hadapi perkara ni... Anak tak selera nak makan nasi... Puas dipujuk... Tapi tak nak makan... Yang dia nak susu aje... Ok la tu... Kalau susu pun tak nak... Lagi serabut kepala jawabnya. 



Jadi ada beberapa tips yang boleh kita aplikasikan supaya dapat buka selera anak kita untuk makan.

1. Makan bersama-sama
Makan bersama... walaupun kecoh dan riuh tapi itulah yang membangkitkan selera anak-anak. Makan beramai-ramai boleh menimbulkan rasa lebih seronok.

2. Sedikit tapi kerap
Anak-anak ni makan tak banyak sebab perut mereka kecil... Tapi diorang kerap makan... Jadi tak hairanlah kalau waktu cuti MF ni banyak dok dapur je... Sebab tak sampai 15 minit adalah menu lain diminta nak makan... Tapi yang pasti bukan nasi dah la... 

3. Sajikan makanan dengan menarik
Tips ni untuk anak yang memilih makanan. Tapi anak-anak MF tak memilih sangat... Ada kicap, telur atau ikan goreng dah memadai..  si kakak pula kalau ada sayur campur...memang dah tak pandang nasi dah... 

4. Air putih
Waktu makan, memang biasakan dengan air kosong sahaja... Sesekali je air sirap atau air oren. Si adik memang tak risau..sebab dia memang tak minum air manis dan air sejuk ais... Air masak je dah cukup untuk dia... 

5. Pelbagaikan Jenis Makanan Setiap Hari
Makanan dipelbagaikan... Bihun goreng, spegati, kentang, ayam goreng dan hidangan yang pelbagai setiap hari.. mujur juga dah besar ni tak memilih makanan. 

6. Cipta suasana gembira
Berbual di meja makan... Bergurau dan mengusik untuk tambah ceria dan keriuhan... 

7. Ajak anak masak bersama
Yang ni tak pernah praktikkan lagi... Sebab serabut pula rasa ramai-ramai kat dapur tu.. 

8. Makan bersuap
Anak-anak kecil ni biasanya akan makan jika ibu atau bapa suapkan.. jadi jangan culas untuk suap anak-anak... Jika anak lebih dari seorang, suap dalam satu bekas yang sama..ajar rasa kongsi dan kasih sayang.

9. Sesekali Ubah Suasana
Ubah suasana... Ciptakan kelainan... Masak dan bawa bekal.. makanlah di tepi tasik ke, di taman rekreasi atau taman permainan... 

10. Petua untuk buka selera anak-anak
Petua yang pernah MF cuba ialah.. mandikan anak dengan air ramasan daun kucai... Mandi macam biasa, mandian terakhir jirus dengan air ramasan daun kucai sambil selawat tiga kali dan niat untuk buka selera makan anak-anak. 

Anak tak nak makan itu satu fasa biasa sebenarnya... Ada waktu akan lepas juga fasa tu... Macam satu musim gitu... Jadi, jangan panik jika waktu anak tak berselera tu... Beri dan pujuklah dengan baik supaya dia makan apa yang dia suka... Paling utama jangan sesekali ajar anak makan makanan segera atau jajan... Itu menyebabkan anak lebih tak nak makan lagi lepas habis fasa takde selera dia tu. 

13 Ogos 2016

Ogos 13, 2016

13 TIP MUDAH MENCARI JODOH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jodoh memang ketentuan Allah, namun sebagai hamba-Nya kita kena juga usaha untuk mencari jodoh. Jodoh juga seperti rezeki, tak kan datang bergolek tanpa usaha dan juga doa. 

Jadi, beberapa Tips MF nak kongsikan untuk mencari Jodoh dan peluang mudah untuk mendapat jodoh. 



1. BERDOA
➡Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan berulang-ulang kali.

2. LUASKAN PERGAULAN
➡Hadiri majlis ilmu dan keramaian. 

3. GUNAKAN PORTAL UNTUK CARI JODOH 
➡Pilih portal cari jodoh islamik yang bersesuaian. 
➡Antara portal mencari Jodoh ialah: http://www.tilljannah.my/

*** MF juga berikhtiar meluaskan pergaulan dengan harapan berjumpa jodoh yang sesuai melalui internet. Alhamdulillah... 8 tahun yang lalu usaha MF berhasil...berjumpa jodoh melalui internet. Yang penting usaha, doa dan istikharah yang berterusan.

4. BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
➡Manfaatkan sepenuh masa bujang untuk berbakti semaksimum mungkin kepada ibu bapa. Mohon mereka doakan jodoh kita juga.

5. MOHON BANTUAN KAWAN
➡Nyatakan hasrat kepada mereka. 

6. KENALPASTI LUBUK SUMBER CALON
➡Tidak ada istilah “calon semuanya telah diambil orang”. 
➡Kenalpasti di mana mereka selalu berkumpul dan atur strategi untuk mendapatkan akses kepadanya.

7. CINTAKAN ILMU
➡Google atau beli buku yang bersesuaian.

8. NIAT YANG BETUL
➡Dirikanlah rumah tangga kerana kita ingin menyempurnakan agama, ingin mendidik dan dididik serta banyak lagi niat baik yang lain. 
➡Jangalah kita mendirikan rumah tangga semata-mata kerana tekanan daripada individu di sekeliling kita. 

9. PERHATIKAN SEKELILING DENGAN TELITI
➡Cuba perhatikan di sekeliling kita dengan teliti, satu persatu dengan deria yang terbuka luas. 
➡Mungkin si dia yang dicari-cari sebenarnya berada amatlah hampir dengan kita. 

10. JANGAN TERLAMPAU CEPAT MEMBUAT KESIMPULAN
➡Cubalah untuk tidak membuat kesimpulan sendiri yang terlampau awal tentang calon yang ada tanpa mengkaji dengan lebih mendalam. 
➡Orang lain boleh memilih apa yang perkara yang mereka ingin tunjukkan dan apa yang mereka ingin simpan agar tidak diketahui.

11. FLEKSIBEL TENTANG CIRI-CIRI CALON YANG DIINGINI
➡Jangan telampau mengejar kesempurnaan kerana diri kita juga tidak begitu. Utamakan nilai-nilai agama. Bertolak ansur dengan ciri yang lain.
➡Ini bukan bermakna anda perlu menerima calon yang tidak berkualiti.

12. BERANIKAN DIRI
➡Tidak salah anda meluahkan hasrat anda. Gunakanlah saluran yang sesuai seperti mewakilkan ahli keluarga yang terdekat. 
➡Tiada istilah "perigi mencari timba"
➡Jangan menyesal di kemudian hari kerana ada yang lebih pantas daripada anda.

13. AMBIL TINDAKAN
➡Pilih mana-mana tip di atas dan laksanakan segera sekarang juga. Buat satu demi satu. Jangan sesekali berputus asa.
Sumber: Facebook

Jangan menolak jodoh.. Bahkan jangan anggap.. "buat apa berkahwin, sedangkan kalau hidup menderita." atau pun "segalanya dah ada, buat apa nak kahwin." 

Ramai wanita sekarang tak kisah membujang kerana fikirkan harta dunia... Ingat, Islam syariatkan perkahwinan kerana untuk menyambung zuriat dan silaturahim... Menolak jodoh atau keinginan untuk berkahwin, seperti menolak ketentuan Allah yang menciptakan kita fitrah berpasangan. 

Jangan menolak... Tapi kalau dah usaha dah seperti 13 tips di atas, berserah dan bertawakallah kepada ALlah... Allah lebih tahu apa yang terbaik... asalkan jangan menolak jodoh walaupun hati pernah terluka... Peraturan Allah itu yang terbaik... kita usaha, kita doa dan kita bertawakal...tapi jangan terlalu memikirkan soal jodoh...sebaiknya, perbaiki diri dan amalan untuk kejar cinta Ilahi... Kejarlah cinta Ilahi, pasti akan temui cinta sejati.. insha Allah... 

12 Ogos 2016

Ogos 12, 2016

Teknik Yang Betul Angkat Barang Berat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

TEKNIK MENGANGKAT BARANG

PERNAHKAH anda berasa sakit belakang setelah selesai mengangkat barang berat?  Jika pernah, ini bermakna cara yang dilakukan tidak betul hingga menyebabkan kesakitan pada pinggang dan lekakang.

Wanita perlu menjaga kesihatan terutama tulang belakang ketika mengangkat benda berat.

 CARA YANG BETUL MENGANGKAT BARANG:

#-Pakai kasut yang stabil dan selesa, bukannya sandal, selipar atau kasut tumit tinggi.

#-Pastikan kaki anda dalam keadaan teguh dan selesa, dalam kedudukan 90 darjah dan rapatkan kaki kepada barang yang hendak diangkat.
Bengkokkan lutut dan rendahkan badan.

#-Pastikan belakang anda tegak.
Angkat barang tadi ke paras abdomen anda dan angkat barang perlahan-lahan.

#-Jika barang agak berat, tampan dengan otot kaki.

#-Pastikan lutut anda bengkok ketika mengangkat barang tadi.

#-Dapatkan bantuan jika barang terlalu berat untuk diangkat seorang.

#-Gunakan troli atau peralatan lain untuk mengalihkan barang yang berat.

CARA SALAH atau perlu dielakkan:

❎ Jangan angkat barang yang terlalu berat.

❎ Jangan membengkokkan badan (pada pinggang) ketika memungut barang.

❎ Elakkan daripada memusingkan pinggang ketika membawa barang berat.

❎ Jangan angkat berat melebihi kepala.

❎ Elak daripada mengangkat barang secara cepat atau mendadak. Agihkan berat beban.  Pastikan anda mengangkatnya di tengah, dengan itu beban sekata di kiri dan kanan.

❎ Jangan sekali-kali angakat barang berat apabila memakai kasut tumit tinggi.

❎ Jangan angkat barang berat sekiranya anda pernah mengalami atau menghadapi masalah sakit belakang.

Sumber: HARIAN METRO


Bagi orang perempuan, elakkan angkat barang berat... Boleh menjadi punca Rahim jatuh. Bagi wanita yang dah berkahwin dan pernah mengandung dan beranak... Tulang menjadi semakin rapuh... Jadi, cara yang salah ketika angkat barang berat..boleh sebabkan sakit tulang belakang.

Bagi lelaki yang tak minum susu pun berisiko kena penyakit sakit tulang... Jadi, kalau tak minum susu, ambil makanan yang tinggi kalsium... Atau amalkan makan pil kalsium setiap hari...

Tulang takde sparepart.. jadi jaga sebaiknya...

06 Ogos 2016

Ogos 06, 2016

Berapa Lama Boleh Simpan Makanan di Dalam Peti Sejuk???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sayang nak buang makanan yang tak habis kan...
Jadi, solusinya, simpan dalam peti sejuk...
Tapi berapa lama boleh tahan???

Jadi ini jawapannya:



Tip Makanan Sihat dan Selamat : Jangan simpan makanan di dalam peti sejuk lebih pada 3 hari. Bahan mentah dan makanan yang mudah rosak seperti sayur, buah, daging dan lain-lain yang disimpan lebih tiga hari di dalam peti sejuk boleh menyebabkan kualiti dan nutrisi makanan merosot. Selain itu akan menggalakkan pertumbuhan kulat dan yis yang boleh mencemarkan makanan. -Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia-

MF pula kalau boleh memang elakkan makanan simpan dalam peti sejuk... Memang tak suka... Sebab tu cuba masak cukup-cukup je... Dan cara lain MF buat ialah, panaskan sebelum tidur dan insha Allah, esoknya masih elok dan tak basi.

MF memang tak suka nak makan makanan yang dipanaskan daripada peti sejuk... Dan disebabkan ini juga, MF tak suka dah nak buat stok puree untuk anak MF masa kecil-kecil dulu... MF masak segar setiap pagi.

Kita tahu kan khasiatnya pasti berkurang, dan berisiko tinggi kena keracunan makanan.

Jadi, masak je secukupnya... dan kalau nak simpan jangan lebih dari 3 hari. Jika dah lebih 3 hari buang saja. Jangan nak rasa sayang sangat. Sayangkan diri sendiri tu dulu. 

02 Ogos 2016

Ogos 02, 2016

Petua Hilangkan Kesan Teh dan Kopi Pada Bekas Minuman!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Petua menarik nak dikongsikan... 

Bagi penggemar minum kopi dan teh, pasti pernah alami perkara ni. Kesan karat pada bekas minuman plastik atau seramik yang susah nak dihilangkan. Tapi dengan petua ni, Insha Allah... kesan tu dapat dihilangkan dengan mudah dan bekas minuman kita seperti baharu. 


Bahan-bahannya:
1. Baking soda
2. Pencuci pinggan mangkuk
3. Cuka

Cara-caranya:
1. Ambil mug atau cawan yang terpalit kotoran degil itu ke dalam sinki.
2. Masukkan 1 sudu baking soda ke dalam bekas berkenaan.
3. Tambahkan satu hingga dua titik pencuci pinggan ke dalam bekas yang sama.
4. Isikan sedikit cuka
5. Tambahkan dengan air panas/air panas
6. Skrub atau sental cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan.
Sumber: Karangkraf.com

Mudah bukan... MF pun baru tahu petua ni... Nak cuba juga nanti... Tapi MF ni biasa guna mug kaca kalau bancuh air panas..terutama teh atau kopi.. Jarang guna bekas plastik... Bukan apa, untuk keselamatan dan kesihatan. Cawan plastik yang selamat ialah yang bebas BPA... Tapi kalau yang biasa beli dan jual kat kedai plastik biasa tu, kebanyakannya bukan bebas BPA... biasa kita cari yang BPA untuk botol susu anak je kan.. Tapi kita pun kena biasakan dengan bahan bebas BPA.

Kenapa pentingnya menggunakan bahan bebas BPA??? Baca >>>SINI<<< untuk maklumat lanjut.

03 Julai 2016

Julai 03, 2016

5 Cara Mudah Elakkan Ketupat Palas Cepat Basi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ketupat palas, mesti orang fikir ketupat yang tak tahan lama kan... sebab utama diperbuat daripada pulut dan campuran santan, keduanya proses memasaknya ialah dengan merebus... Jadi, orang fikir ketupat ni tak tahan lama... 

Tapi, jangan tak tahu, ketupat palas resepi Mak MF boleh tahan 5-7 hari... Haaa.. apa rahsianya??? 

Ini lah yang MF nak kongsikan... 

Sumber: google images

Cara untuk elakkan ketupat palas cepat basi:

1. Basuh beras pulut bersih sebersihnya... Basuh dengan air paip yang mengalir hingga air beras tu warna jernih... Tiada lagi warna keladak atau warna putih.

2. Perah santan kepala dengan air suam... lepas perah, terus guna dan jangan simpan... Guna santan segar lebih baik dari santan segera. Tapi MF pernah buat guna santan kotak jenama M&S, alhamdulillah, tahan juga ketupatnya dalam 2 hari gitu. 

3. Ikat atau simpulkan kepala ketupat palas sekuat yang mungkin untuk elakkan air masuk semasa merebus. 

4. Rebus hingga air betul-betul kering... sebab tu masa merebus dalam periuk, lapik periuk dengan daun-daun palas yang tak digunakan, untuk elakkan ketupat hangus...

5. Selepas rebus, terus angkat dan toskan hingga kering... Biarkan terdedah dengan udara dan kering sendiri... Tak perlu nak masukkan dalam microvawe pula. 

Inilah 5 petua/cara mudah untuk elakkan ketupat palas cepat basi... MF boleh kongsikan bab ketupat palas je la.. ketupat nasi MF tak expert sangat... tapi rasanya, sama je caranya, rebus lama dan toskan selepas direbus.

Ketupat palas boleh dipanaskan jika nak makan panas, iaitu panaskan dengan cara mengukus dalam periuk pengukus... Insha Allah, boleh tahan lama juga. 

26 Jun 2016

Jun 26, 2016

Tips Cegah Semut dan Lalat Hurung Juadah Hari Raya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dah nak raya, pasti berbagai juadah akan terhidang di meja... Tapi yang tak bestnya, masa ni juga semut dan lalat turut berpesta. Jadi, kalau tak cegah seronok la lalat dan semut berpesta.. Tapi kita la yang malu... Mesti tetamu tak selesa dan anggap rumah kita tak bersih...

Jadi, jom ikuti tips dan petua mudah untuk cegah lalat dan semut ketika jamuan hari raya:

Semut
1. Semburkan air limau nipis di kawasan yang dikenal pasti sebagai kubu semut. Limau nipis mengandungi asam yang boleh menghalang pergerakan semut
2. Tanam jenis beberapa pohon seperti Lavender atau tumbuhan Mint. Tumbuhan ini memiliki aroma yang tidak digemari serangga seperti semut. Sebaiknya tanamlah di halaman yang sering terjadi berkumpulnya semut.
3. Bahan - bahan seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, serbuk penaik, kulit limau dan kapur juga boleh ditaburkan di kubu semut. Kena kenal pasti kan di mana  rumah semut.
4. Gunakan silika gel di ruangan penstoran yang lembap, kelembapan biasanya memancing bau yang mengundang semut. Terutama rumah bermozek, memang dicelah-celah kawasan lembap seperti di dapur dan bilik air, menjadi punca utama tempat semut buat sarang.
5. Bersihkan ruang penstoran dan lain-lain secara rutin daripada sisa makanan. Kebersihan ialah kunci penting untuk menghindarkan semut datang dan menginap di rumah.


6. Gunakan penyembur serai wangi dan sembur di kawasan yang semut biasa ada. Boleh juga gunakan semburan serai wangi ni sebagai pengelap meja. Memang berkesan.

Lalat
1. Bersihkan dan mencuci permukaan meja dapur setiap hari dengan sabun dan air. Bersihkan sisa-sisa sos atau segala kekotoran yang ada dengan segera.
2. Pastikan sinki dan saluran air sentiasa dalam bersih. Jika kotor,  bau yang keluar akan menarik perhatian lalat. Oleh itu siramkan saluran tersebut dengan air suam setiap hari
3. Jangan biarkan sinki dipenuhi dengan pinggan tidak dibasuh. Ini juga antara punca mengundang lalat.
4. Jangan tinggalkan air botol atau gelas berisi jus, soda , anggur dan pelbagai lagi kerana ini juga akan menarik perhatian lalat.
5. Ketika cuaca panas, ikat dan pindahkan tong sampah dari dapur setiap hari. Kotoran dan sampah dapur akan berubah dengan cepat dan akan menarik perhatian lalat.
6.Pastikan juga tempat sampah sentiasa ditutup rapat.
7. Pastikan makanan dan buah-buahan dibungkus dengan plastik atau disimpan dalam peti ais. Lalat mudah menempatkan telur -telurnya pada makanan ini.

8. Langkah lain, kami gunakan penampar atau raket elektrik untuk membunuh lalat... Berkesan sebab lalat takut dah nak masuk rumah tengok kawan dia mati kena renjatan elektrik. Tak mahal pun .. ada jual di Mr. DIY dengan harga RM9.90 masa MF beli... Memang tak sia-sia beli. Cara lain, kami pasangkan jaring di semua tingkap rumah... Tak dapatlah lalat masuk dengan mudah... terutama pasang di bahagian dapur.

Sumber asal dan diolah dari :Karangkraf.com
Sumber gambar: Google images

13 Jun 2016

Jun 13, 2016

5 Tip Elak Makan Berlebihan Semasa Berbuka Puasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bulan Puasa ni bulan kurangkan makan, tapi nak buat camne kan kat Malaysia ni, bulan puasa bulan terlebih makan... Tengok saja kat bazar Ramadhan... makanan yang tak pernah ada pada bulan-bulan biasa ada pula bila bulan Ramadhan kan... Jadi, kena kawal makan bila bulan puasa sebab antara hikmah Allah fardhukan puasa ialah nak suruh usus dan perut kita rehat daripada terlebih kerja macam biasa... Jadi, tips yang dikongsikan oleh Kevin Zahri berguna untuk kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Dan tips ni juga boleh kita amalkan walaupun bulan tak puasa. 

Sumber: google images

1. Berbuka dengan kurma …
Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) untuk bolehkan anda solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan betul2. Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus yang mana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.
Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. 
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. 
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma memberi tenaga serta-merta kepada si pemakannya dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan solat Maghrib atau tarawih. 
Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. -Dr Norzaidi Zakaria, PERDIM-

Ingat: Kurma tetap berkalori. Jangan 10 biji :D … 1-3 kurma saiz sederhana sudah cukup untuk bekalan tenaga dan alas perut bagi mereka yang ingin tunaikan solat maghrib terlebih dahulu.


2. The 20 minit Rule!
Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20minit. Kalau anda belasah makanan sepanjang 20minit, barangkali besar anda akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dan faham bahawa rasa kenyang datang selepas lebih-kurang 20minit)

Sunnah Nabi S.A.W pun menyatakan “berhenti lah makan sebelum kenyang”

3. Target Kalori: dalam 700kcal
Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal. Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermula lah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan, pilih:
  • Segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun, kentang, mee, roti dll.
  • Sumber protein yang berkualiti: seperti ayam, ikan, tofu, daging dll.
  • Sumber serat: seperti sayur, kekacang, buah-buahan dll
  • Last sekali baru makan sikit kuih & manis-manisan.


4. Tiga Jenis Air
Semasa berbuka, saya selalu ada tiga jenis air.
  • Air panas: Ini biasa untuk berbuka. Ini untuk bantu “panaskan” sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12jam.Tapi tak lah panas mendidih.
  • Air kosong: Ya untuk dahaga lah kan dan ia tidak berkalori.Apa-apa pun tak perlu terus belasah 3-4 gelas air - nanti buncit perut dan tak selesa. Take it slow and easy. 
  • Air manis: Untuk air manis, nasihat saya, minum last sekali. Ini untuk nafsu tapi kalau berlebihan, kalori pun berlebihan,


5. Buffet Tip: 
Sebelum berbuka, recce hidangan buffet terlebih dahulu dan cuba rancang nak makan apa. Bajet sikit ruang untuk manis-manisan dan ingat tip “20 minit". 

Buffet tips ni untuk blogger yang selalu dapat offer buffet review ketika bulan Ramadhan. Tapi bagi MF yang takde offer ni kan... memang elakkan makan buffet.. Pernah merasai dah... dah MF rasa sangat, buffet Ramadhan tak sesuai dengan kami suami isteri.. sebab kami jenis makan sikit... membazir je kan... lain lah kalau boleh bungkus... hehe... tapi tak banyak restoran ada perkhidmatan bungkus ni... hehe... 

Jom amalkan tips ni... moga puasa kita lebih berkualiti dan lebih diberkati serta lebih berpahala. Sebenarnya, kalau orang yang benar-benar puasa kerana mencapai redha Allah, memang tak rasa nak makan banyak... makan sikit pun dah kenyang... insha Allah... 

06 Mei 2016

Mei 06, 2016

Punca dan Petua Merawat Simpul Biawak/Tarik Bengkarung!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tengah sedap layan TV, tertiba ter'simpul urat" kata orang, simpul biawak, ada sesetengah tempat panggil tarik bengkarung... Pernah kena, dan boleh tahan la sakitnya tu kan... 
Google images

Apa puncanya??? 

Menurut Dr. Zubaidi Ahmad kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan. Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan. 

Sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat. Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

Keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.

Urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.

Kekejangan itu turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.

Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki. Wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. 

Cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur. Mereka juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah. Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.

Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot. Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.

Petua Melegakan Simpul Biawak/Tarik Bengkarung

1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (Pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda). 

2. Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang. 

3. Banyakkan minum susu, beras basmathi atau biskut bijan. 

4. Tekan tapak kaki dan picit-picitkan agar cepat lega. 

5. Picit ibu jari kaki sekuat hati untuk 60 saat. (pernah buat yang ni)

6. Picit bahagian pergelangan kaki. 

7. Tarik semua jari kaki. 

8. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang-tulang kaki). 

Sumber: Utusan Malaysia dan petua melayu lama

23 Mac 2016

Mac 23, 2016

WW | 19 Gambar Cadangan Menu Untuk Kuruskan Badan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada yang nak kurus, tapi tak nak makan apa, dan diet apa untuk kurus...
Ini MF kongsikan 19 Gambar Cadangan Menu untuk mereka yang sedang berusaha untuk kuruskan badan:




















Semua menu ni nampak sedap dan ada yang sesuai juga untuk ibu dalam pantang. 

Boleh la mencuba, sehari satu menu... Insha Allah, jika konsisten boleh kurus dengan sihat tanpa diet melampau. 


Sumber gambar: Facebook