Memaparkan catatan dengan label kisah blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah blog. Papar semua catatan

13 Julai 2018

Julai 13, 2018

Pencapaian Blog Januari 2018 Hingga Jun 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pencapaian Blog Januari 2018 Hingga Jun 2018 | Jika dulu, MF selalu tengok pencapaian setiap bulan dan terus up entry... Tapi sejak dua tiga tahun ni, jarang dapat up entry mengenai statistik blog ni... sibuk dan jarang dapat ngadap PC.

Statistik blog ni penting... untuk marketing bagi blogger yang jana income dan sebagai penaik semangat dan motivasi diri sendiri... Bukan untuk menunjuk blog kita bagus dan baik... Terpulanglah kalau ada yang fikir gitu.

MF, suka up entry ini, sebab pemangkin semangat untuk terus berblog dan mencurah idea dan berikan ilmu pada semua pembaca.

Pencapaian Blog Januari 2018 Hingga Jun 2018


Ini hasil blog www.mariafirdz.com sepanjang bulan Januari 2018 hingga bulan Jun 2018. 

Pencapaian Blog Januari 2018 Hingga Jun 2018
STATISTIK BULAN JANUARI 2018

Pencapaian Blog Januari 2018 Hingga Jun 2018
STATISTIK BULAN FEBRUARI 2018


Pencapaian Blog Januari 2018 Hingga Jun 2018
STATISTIK BULAN MAC 2018


Pencapaian Blog Januari 2018 Hingga Jun 2018
STATISTIK BULAN APRIL 2018

Pencapaian Blog Januari 2018 Hingga Jun 2018
STATISTIK BULAN MEI 2018


Pencapaian Blog Januari 2018 Hingga Jun 2018
STATISTIK BULAN JUN 2018

Memang turun naik-turun naik la Pageview dan User tuh... 

Cuma bulan Mei dan Jun nampak stabil sikit peningkatan... 

Tak sangka la juga sebab dalam kelam kabut up entry... dapat juga kekalkan Pageview tinggi macam tu... 


Pencapaian Blog Januari 2018 Hingga Jun 2018

Pencapaian Blog Januari 2018 Hingga Jun 2018
PERBEZAAN STATISTIK JAN-JUN 2017 DAN JAN-JUN 2018

Ini pula perbezaan statistik tengah tahun bagi tahun lepas dan tahun ni... Alhamdulillah, nampak ada peningkatan... kecuali Exit tu... nampaknya kena pulun sikit up entry best dan buat lebih banyak link... Maknanya kena rajinkan diri blogwalking... huhu...

Pencapaian Blog Januari 2018 Hingga Jun 2018
RANKING ALEXA 13 JUN 2018

Pencapaian Alexa dah lama tak check... Alhamdulillah... ada peningkatan yang agak banyak... Harap bertahan... 

Entry pula tak banyak sangat... 
Sekarang ni dua entry je paling banyak... Ada masa lebih baru 3 entry sehari... 
Kadang takde entry langsung sehari... 

Pencapaian hari ni adalah usaha gigih MF masa lalu... Masa anak dua dulu, MF gigih up entry, buat itu ini untuk blog ni... Sanggup bersengkang mata pepagi, buat blog, edit coding dan up entry... Alhamdulillah... hasilnya, kini tak perlu nak bersusah payah dah... hanya up entry sehari je paling kurang, untuk terus maintainkan blog ni... 

Itulah... bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian... 

Terima kasih  buat suami, serta pengunjung serta blogger yang sentiasa support blog ni...

03 Januari 2018

Januari 03, 2018

Pencapaian Blog mariafirdzdotcom 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pencapaian Blog mariafirdzdotcom 2017 | Alhamdulillah.... bertambah lagi setahun pencapaian blog mariafirdzdotcom ini...

Bila masuk tahun baru, masa untuk lihat semula apa yang telah dicapai sepanjang berblog tahun 2017.

MF akan rujuk Google Analytic untuk lihat perkembangan blog. Ini antara view yang dapat dilihat pencapaian blog selama setahun sepanjang 2017. MF bandingkan pencapaian ini dengan tahun lepas.




Pencapaian Blog mariafirdzdotcom 2017

Alhamdulillah, dari GA ini blog mariafirdzdotcom menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan MF kira sangat baik berbanding tahun lepas. Jumlah pageview setahun meningkat 63.85% iaitu dari 1.6 juta kepada 2.6 juta pengunjung tahun 2017. Uniq PV juga meningkat dari 1.06 juta kepada 1.4 juta tahun 2017. Bounce Rate juga makin mengecil angkanya... Tahun 2016 51.41% menurun kepada 24.47%. Banyak juga tu pengecilan angka tu... dan semestinya Adsense 100% la sebab tahun 2016 Adsense tak lulus pun.


Alhamdulillah, bulan April AdSense diluluskan tapi bulan Ogos baru dapat ternak jumlahnya kerana masalah teknikal. Ikutkan hujung tahun 2017 dah boleh dah cashout tapi sebabkan 4 bulan delay takpe lah kan... Insha Allah akan boleh cashout sikit masa lagi.

Dan tahun 2017, dengan rasminya MF jadi salah seorang ahli dari group AFBdotmy... Seronok dalam group AFB sebab banyak ilmu pasal blog dan rasa macam satu family.. Moga ukhwah ini terjalin hingga akhir hayat... insha Allah.. dan dari group AFB kami sama-sama kongsi ilmu dan rezeki.


Tahun 2017 juga MF tukar template sebanyak 2 kali.. Pertama pada bulan Mac, tapi sebab template tu kurang mesra dan nampak tak menarik.. bulan September MF tukar lagi... dan harap kekallah template ni untuk setahun dua... Bukan mudah nak cari template berkenan di hati serta responsive ni.

Tahun 2017, tak banyak entry MF tulis dan terbitkan... hanya 951 entry berjaya dipublish.. tahun-tahun sebelum tu seribu lebih juga... mungkin sebab tahun 2017 MF tak banyak join segmen dan giveaway kot... Entry 2017 lebih kepada menjaga kepentingan Google Adsense... Adsense ni dia nak entry yang panjang dan berkualiti... sebab entry kurang... Tapi mujur PV dan UV naik... Alhamdulillah...

2017, agak kurang berblogwalking... mungkin kekangan masa.. tapi alhamdulillah... masih ada sahabat blogger datang jenguk dan komen dengan setianya.. terima kasih MF ucapkan.

Harapan Berblog Tahun 2018

Tiada harapan yang menggunung... Cuma moga tahun 2018 diberikan kesihatan, idea dan kekuatan untuk terus berkongsi pengalaman dan ilmu yang bermanfaat untuk pembaca mariafirdzdotcom. Dan semoga tahun ni lebih banyak rezeki datang dari blog ini.. sayang sangat blog ni... Selain berkongsi ilmu, blog ni juga jadi rezeki sampingan untuk MF sekeluarga... Moga dia terus berbakti untuk MF dan semua warga pembaca diluar sana. Inilah harta dan bekalan akhirat untuk MF ... Insha Allah... 

04 November 2017

November 04, 2017

9 Ciri Blog Yang SEO Responsive

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Ciri Blog Yang SEO Responsive | Seiring dengan perkembangan terkini blog, ramai dah blogger sekarang bertukar kepada blog yang simple dan trendy mengikut perkembangan blog. Blog yang mesra SEO dan Responsive menjadi pilihan.

Jika dilihat template blog masa kini, tak kira yang disediakan secara percuma ataupun berbayar, semuanya menyatakan template mesra SEO dan Responsive... Tapi sebenarnya jangan terpedaya. Pengalaman MF dalam download, tukar dan edit template blog di blog sendiri... ada template hanya responsive pada nama, tapi bila diaplikasikan pada blog kita, tak menjadi, bahkan kesannya blog makin merudum dan hingga dari data google... Sedihkan... Apa pun, itu bukan masalah, masalah itu dapat diatasi dengan main coding... Tambah beberapa coding untuk jadikan ianya betul-betul responsive.

Apa pun secara asasnya.. MF nak kongsikan beberapa tips dan semakan untuk anda kenal pasti adakah blog anda menepati ciri blog yang SEO dan Responsive sebenar.

Jom Semak...

9 Ciri Blog Yang SEO Responsive

Ciri Blog Yang SEO Responsive

1. Memiliki score SEO 100 %.

Score SEO sebuah blog atau template blog ini dapat kita analisa dengan  bantuan chkme.com, sebuah site khusus yang sangat baik digunakan untuk menganalisa score SEO sebuah template blog.

Caranya mudah sahaja. Buka website chkme.com. Kemudian masukkan URL Blog anda.. dan klik Check SEO Score... Akan terpampang hasil dari semakan itu. Tahniah jika blog anda dapat markah 100%.

Ini hasil semakan bagi blog MF:



2. Mobile Friendly

Salah satu ciri blog yang responsive ialah, ianya sesuai dilihat dengan semua peranti... sama ada melalui PC, tablet, mobile dengan semua jenis bentuk paparan. Maknanya kita tak perlu nak scroll kecil dan besarkan sesuatu blog bila buka sesuatu blog.

Kebanyakan Responsive Template memang dah tersedia setting untuk Mobile Friendly ni... Cuma sedikit teknikal dan setting untuk menjadikan blog kita Mobile Friendly.

Cara untuk setting:

Pergi ke Dashboard blog >>> Theme >>> Klik pada simbol setting Mobile >>> Tick pada "No. Show desktop theme on mobile devices." dan tekan Save. Rujuk gambar di bawah ni..



Kemudian, anda juga boleh semak adakah blog anda betul-betul mobile friendly di Mobile Friendly Test.

Klik link di atas, masukkan URL blog dan semak.

Jika blog MF ini hasilnya.


Ya, blog MF memang mesra mobile... sebab itu boleh dilihat oleh semua jenis gadjet dan teknologi yang ada.

3. Cepat Loading (Blog Ringan)

Blog yang responsive ialah blog yang ringan. Mudah loading walaupun banyak iklan, banyak widget... Ini kelebihan blog yang responsive. Ciri ini juga menyebabkan lebih ramai pembaca baru melekat di blog tersebut.

Jadi, penting untuk timbang berat blog untuk lihat sejauh mana blog kita ambil masa untuk loading.

Timbang berat blog boleh buat di Timbang Berat Blog

Caranya:
Klik link Timbang Berat Blog, masukkan URL Blog dan semak.

Ini hasilnya bagi blog MF:


Blog MF peroleh 4.66 seconds untuk loading keseluruhan blog. Maknanya ringan... JIka boleh kena jaga berat ni jangan lebih dari 10 atau 15 second ke atas...


Itu 3 ciri utama blog yang SEO dan Responsive.

ada beberapa ciri tambahan lain untuk menjadikan blog itu Responsive.. antaranya:

4. Heading H1 setiap artikel pada tiap halaman boleh membaca kata kunci dengan tepat.

5. Tajuk blog cepat terbaca oleh mesin pencari (search engine).

6. Iframe dihilangkan atau hidden

Cukup dengan warna yang lembut, pilihan jatuh pada warna polos seperti warna putih, penggunaan iframe yang merwarna-warni boleh menjadikan loading berat. Biasanya blog yang responsive tiada bunga, kerawang dan hiasan-hiasan untuk mencantikkan blog. Hanya warna yang lembut dan reka bentuk yang simple.

7. Seboleh mungkin Template Blog SEO Friendly harus mengaitkan 20 kata kunci.

8. Di kotak komentar bersifat nofollow.

9. Ada Breadcrumbs

Breadcrumbs disisipkan kerana membantu pengunjung untuk mengenali dan boleh membantu robot mengetahui kelengkapan struktur blog. Apa itu breadcrumbs? Ok, rujuk gamabr di bawah.



Jadi, bagi blog yang takde breadcrumbs tu boleh buat bagi ada.. Jika tak reti main coding, boleh request dengan mana-mana blog designer untuk setupkan. Tapi jika template itu memang dah sedia responsive, tak perlu dah ubah atau tambah coding... kerana dah siap tersedia.

Cukuplah 9 ciri ini MF perkenalkan untuk rujukan blogger baru... juga blogger yang sedang mencari blog yang responsive untuk dijadikan template... Jadi, ikuti ciri-ciri ini, Insha Allah, blog anda pasti meletop PV dan UV nya setiap bulan... Apa yang penting selepas pasang blog yang responsive ialah update entry secara konsisten dengan entry yang melebih 300 patah perkataan ke atas...

Ini antara ilmu dan pengalaman MF dalam berblog ya... MF takde rahsia.. sesiapa nak belajar pasal blog, boleh aje terus tanya MF di kotak komen atau email ye... Insha Allah apa yang MF tahu, akan MF kongsikan... sebab MF belajar bab blog ni pun sendiri.. Jadi tak salah MF kongsikan untuk kita sama-sama berjaya... Insha Allah... 

02 September 2017

September 02, 2017

Akhirnya Jumpa Juga Template Yang Berkenan di Hati

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah.. Akhirnya berakhir juga setup template blog... Cukuplah sampai di sini... Akhirnya jumpa juga template yang senang di mata dan di hati..

Keputusan untuk ubah template blog sejak awal tahun dulu... Template yang paling lama MF guna ialah Responsive Template Maxxis... 2 tahun lebih guna template tu...

Selepas tu mula nak tukar selera... Nak up to date sikit... Ikut perkembangan gaya template blog terkini... Mula cuba macam-macam template...

Puas mencari ada sahaja yang tak berkenan... Ubah sana sini... Ada saja tak kena...

Lepas lulus adsense lagilah pening sebab tak semua template mesra adsense...

Dalam proses mencari tu, dalam masa yang sama cuba selesaikan masalah adsense sendiri... Tanya orang itu ini tiada kesudahan.. Akhirnya usaha sendiri... Dapat Juga tembus untuk hantar terus email kepada pihak adsense... Tak sampai 24jam akhirnya masalah selesai...

Bila selesai adsense, semangat nak cari template blog yang berkenan tu lagi membuak-buak...

Semuanya MF buat sendiri secara berperingkat... Tak pulun satu malam atau satu hari... Buat bila ada masa dan sambil layan anak-anak je...

Kenapa tak upah orang? Itulah masalah MF... Bila sesuatu benda tu MF reti buat sendiri.. MF akan cuba buat sendiri... Sebab mencari kepuasan diri tu.. Bila berjaya kita akan rasa happy lain macam...

Setelah selesai adsense... Mencari pelbagai jenis template.. Akhirnya buat keputusan untuk cari template jenis magazine.. Sebabnya magazine lebih sesuai dengan content blog MF yang pelbagai dan campur aduk pelbagai info... Tapi nak setup template jenis ni agak mencabar.. Nak cari yang ringan loading dan mudah setup tu memang payah... Namun, akhirnya MF jumpa juga...



Alhamdulillah.. Mudah setup... Dan MF ubah warna, template asal dan beberapa font dan warna asal template ni...

Biasa MF akan letak warna purple, biru atau hijau... Kali ni MF guna dua kombinasi warna untuk template kali ni.. Warna peach dan purple biji gemia... Pastu Google la purple biji gemia tu camne... Hehe...

Alhamdulillah..  Template ni juga mudah untuk setup iklan... Sebab ruang widget yang banyak dan mudah diubah... Semua iklan adsense, innity dan nuffnang kembali berlegar di ruang muka Blog tanpa menyusahkan pembaca... Siapa sudi, klik lah ye..

Template ni juga memang responsive sebab hari pertama setup template ni masuk... Mencanak pageview... Dari tak sampai 10k, terus ke 14k... Alhamdulillah.. Memang puas hati dah...

Bila dah puas hati.. Tak nak fikir dah pasal template... Lepas ni fikir untuk maintain kan update blog aje la...

Moga pembaca dan pengunjung blog ni puas hati dan juga selesa dengan template baru kali ni... Terima kasih sudi singgah baca dan tinggalkan komen di blog ini... Sokongan korang memang amat dihargai... 

29 Ogos 2017

Ogos 29, 2017

Blog Tak Siap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


sumber: google images

Bila bosan, mula gatal tangan godek blog... Sekali tengah godek si baby bangun kerana terdengar pekikan tarzan si kakak...

Merah padam menahan marah... Jadinya blog tak siap... Jadi, blog ni masih dalam proses tukar kulit dan baik pulih la ye... Jangan pening pula masuk blog ni... Segalanya masih dalam proses pembikinan...

Tunggu anak tidur sekali lagi... Baru boleh hadap laptop semula.... Kalau tak memang gitu lah gayanya.... 

09 Ogos 2017

Ogos 09, 2017

13 Juta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tempoh 5 tahun dapat capai 13 Juta.. 

Fuh... 13 x RM1.00 = RM13 juta...

Woww.. dah boleh gelaran jutawan... 


waaaa... berangan aje rupanya.. 

itulah angka 13 juta yang hanya ada pada pageview blog www.mariafirdz.com
Bukan duit pun.. 


Alhamdulillah... hari ni lebih 13 Juta pengunjung sudah singgah ke blog biasa-biasa +Maria Firdz  ini... 
Orang lain dah puluhan juta tak kecoh... Biarlah.. itu orang... Ini MF, blog aku kan.. (monolog sendiri)

Satu pencapaian yang memberangsangkan...
Bukan mudah nak capai tahap ini... 

Berblog yang niatnya pasang surut... 
Puas menepis syaitan yang menggoda...

Tetapkan matlamat utama...
Saat orang lain mencari populariti dunia...

Moga terus istiqamah...
Berkongsi ilmu dan idea...
Untuk agama dan ummah...
Berkongsi percuma di alam maya... 

Insha Allah...


Terima kasih pengunjung semua..
Tak jemu anda mencari dan membaca di sini...
Moga kalian beroleh ilmu berguna..
Untuk kebahagiaan Duniawi dan Ukhrawi... 


Entry back dated