15 April 2017

Rankin Alexa 15.4.2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lama tak semak rank alexa... memang agak merundum sebenarnya... Tapi ranking hari lebih baik sikit dari minggu lepas...




Dari 5 ribu lebih kepada 4 ribu lebih... kena lebih gigih lagi...
Moga dapat kecilkan lagi angka ini...

22 Mac 2017

AKHIRNYA BERJAYA JUGA TUKAR TEMPLATE BLOG!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah, akhirnya terlaksana juga impian nak tukar template baru... lebih setahun guna template biru sebelum ni... Responsive SEO template., tapi kali nak ubah juga, nak cari template yang lebih simple...

Bila niat nak ubah template dipersetujui oleh En. Somi, terus MF mula mencari dan download beberapa template yang sesuai untuk blog ini...

Tapi tu lah... try and error... semuanya tak berkenan.. AKhirnya hujung minggu baru ni, google lagi the latest responsive template...dan jumpa yang berkenan... sekali try dan nampak cun dan sesuai dengan yang MF kehendaki.. ALhamdulillah... Harapnya takde lah yang tiru template ni.. cukuplah sebelum ni MF mempunyai 7 blog klon template yang sama...Harap jangan ada la yang nak tiru lagi... Carilah identiti sendiri ya... Tak payah tiru MF lagi... huhu...



MF settle set up semula dua blog dalam masa 2 hari, ALhamdulillah... selesai... puas bermain coding... BUkan tak boleh tempah, tapi takde kepuasan tu yang cari masa buat sendiri juga tu... Alhamdulillah... semalam betul-betul lengkap siap header baru... Alhamdulillah..

Harap, pengunjung setia blog ni suka dengan wajah baru blog ni... Dan kelebihannya, dah ada Facebook plugin untuk komen, jadi sesiapa sahaja boleh komen blog MF lepas ni... Tak payah guna cik anony lagi la kan.. 

12 November 2016

STATISTIK BLOG BULAN OKTOBER 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lewat keluar entry ni... Sibuk dengan entry lain... Tapi entry ni sebagai pembakar semangat dan juga rujukan buat pengiklan jika nak lihat sejauh mana tahap blog ni...

Bulan Oktober sebenarnya sedikit penurun dalam semua segi... Tapi, masih mampu maintain dari segi Pageview, Unique dan guna Bounce Rate...



Pageview masih maintain 200k untuk tempoh sebulan ini melalui Google Analytic
Dalam dalam sehari boleh dapat 15k ke atas tu pun ikut hari...



Alhamdulillah.. ranking walaupun naik sikit dari 2 minggu lepas tapi ranking malaysia menurun.

Dulu tak pernah terfikir blog ni akan sampai ke tahap ni... Tapi sungguh tak sangka, ianya mampu sampai tahap ni... Jika MF boleh blogger lain pun boleh.. asalkan teruskan berblog tanpa jemu dan putus asa... paling penting, nawaitu.. dan tetapkan matlamat.,.

Terima kasih buat pembaca setia serta silent reader yang memang banyak menyumbang kepada trafik blog ini... terima kasih juga kepada rakan blogger.. Tak lupa juga kepada suami yang terus bagi sokongan dan izin untuk MF terus berblog. 

05 Oktober 2016

Cara Lain Untuk Follow Blog Jika Button Follow Error

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF dah lama hadapi masalah ni... Dah try klik banyak kali... Perkara ni berlaku sejak blogspot upgrade button follow dia tu la.. 


Dah refresh, clean history dan cache sama juga... Akhirnya ada terbaca cara follow lain kat blog siapa tak ingat plak... Tapi cara ni agak leceh la.. tapi ada kelebihannya juga...

Caranya: guna butang ADD kat dashboard blogger... seperti yang MF tunjukkan step di bawah ni.. 


Klik je button Add tu.. 

Masukkan URL blog yang kita nak follow.. 
boleh masukkan lebih dari satu URL.. 
Lepas tekan follow tu.. akan keluar popup macam kat bawah ni:

v
v

Klik je reload ... lepas tu korang refresh semula blog yang korang copy URL untuk follow tadi.. 
akan nampak kat button follow tu bertukar kepada unfollow... maknanya korang dah berjaya follow blog tu... 

Itu je la caranya MF dok buat sekarang ni.. terutama waktu nak join segmen atau give away.. 

02 Oktober 2016

STATISTIK BLOG BULAN SEPTEMBER 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rutin bulanan... Lihat perkembangan blog sendiri.. sebagai penaik semangat dan motivasi diri sendiri untuk berblog...

Alhamdulillah, statistik bulan September buatkan MF tersenyum lebarr... Alhamdulillah.. peningkatan berganda-ganda.. Alhamdulillah..


Statistik blog bulan September meningkatn berganda berbanding bulan Ogos.. 

Lihat sahaja nilai Pageview... lebih 70% peningkatan... bulan Ogos 135,091 pageview, bulan September meningkat kepada 231,242 pageview.. Alhamdulillah... Tak pernah terjangkau dek akal nak capai PV sampai ratus ribu ni.. Tapi tak mustahil rupanya nak capai, asalkan usaha yang berterusan serta ikhlas menulis. 

Unique Pageview juga meningkatn..dari 89,886 kepada 112,960 untuk bulan September... Alhamdulillah.. 

Bounce rate juga dah makin rendah dah... dari 54 kepada 10 sahaja.. Nak tahu pasal Bounce Rate dan kepentingannya kepada SEO Blog, boleh baca >>>SINI<<< . Cuma Peratus Exit menurun pula.. nak kena buat sesuatu ni supaya dapat maintainkan peratus Exit.. Supaya balance dengan bounce rate.



Ranking Alexa juga dah makin mengecil angkanya.. 
Bulan lepas 6k lebih... Alhamdulillah.. bulan ni dah turun kepada 5k. 

Terima kasih buat pembaca setia serta silent reader yang memang banyak menyumbang kepada trafik blog ini... terima kasih juga kepada rakan blogger.. Tak lupa juga kepada suami yang terus bagi sokongan dan izin untuk MF terus berblog. 

07 September 2016

WW | Statistik Blog Bulan Ogos 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)






Tersenyum lebooor tengok statistik blog bulan Ogos ni... 

Pageview meningkat hingga 64%... Alhamdulillah... 
Bounce rate pun dah makin turun... Kena usaha lebih lagi... 

Alhamdulillah... kalau tengok PV setiap hari pun... kalau dulu 12-13k je sehari... sekarang dah hampir cecah 20k sehari.. Alhamdulillah... 

22 Ogos 2016

Bounce Rate dan Kepentingannya Kepada SEO Blog

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nak kongsi sikit pasal ilmu blog ni... Tak ramai blogger ambil berat dengan bounce Rate ni.. ada yang fikir.. tak penting sangat pun.. tapi bagi blog yang mementingkan rating dalam blog serta kepentingannya kepada blog yang menjana pendapatan seperti advertorial atau review produk... Bounce Rate ni satu aspek yang tak boleh dipandang remeh.

Beberapa persoalan yang perlu dirungkaikan:
  • Apa itu bounce rate?
  • Apa pengaruh bounce rate pada blog?
  • Dan apa juga faktor yang menyebabkan tinggi rendahnya bounce rate?


Apa itu bounce rate?

Bounce rate adalah rasio jumlah pengunjung yang hanya membuka satu halaman saja pada blog kita. Bounce rate dihitung menggunakan rumus berikut.

Bounce rate = (Jumlah pengunjung yang hanya membuka satu halaman blog/Jumlah kunjungan keseluruhan) x 100%.

Misalnya dalam satu bulan blog kita memiliki jumlah kunjungan total sebanyak 50,000, sedangkan kunjungan pembaca yang hanya membuka satu halaman saja sebanyak 2,000. Dengan demikian, bounce rate dari blog kita sebesar (2.000/50.000)x100%= 4%.

Semakin besar bounce rate yang dimiliki sebuah blog maka blog tersebut akan semakin buruk, sedangkan semakin kecil bounce rate pada sebuah blog maka blog tersebut akan semakin baik.

Kadar peratusan bounce rate pada blog dapat dilihat pada  Google Analytics.

Penyebab bounce rate

Tinggi rendahnya bounce rate pada sebuah blog dipegaruhi oleh beberapa faktor, antara lain seperti berikut ini.

1. Kecepatan loading blog.
Blog dengan kecepatan loading yang baik dapat mencegah pembaca untuk membatalkan kunjungannya ke blog tersebut. Sehingga, semakin cepat loading sebuah blog maka bounce rate yang dimilikinya pun akan semakin kecil.

2. Reka Bentuk dan Design Blog
Untuk mendapatkan bounce rate yang baik maka sebuah blog juga harus memiliki design yang baik. Blog yang memiliki reka bentuk dan serabut akan membuat pembacanya malas menjelajah isi blog dan memilih untuk segera meninggalkannya.

3. Kualiti Isi Kandungan Blog.
Isu kandungan blog yang kurang menarik juga akan membuat pembaca tidak suka nak berlama-lama kat blog kita. Pembaca tentu tidak ingin membuang waktunya dengan percuma kerana tidak menemukan informasi yang menarik dan bermanfaat bagi dirinya. Oleh itu, rajinlah menerbitkan isi yang bermanfaat pada blog secara teratur dengan tetap menjaga kualitinya agar selalu baik dan bermanfaat.

4. Internal link.
Semakin banyak internal link pada blog maka boleh dipastikan bounce rate pada blog tersebut akan semakin kecil. Hal ini disebabkan pembaca diberikan kemudahan untuk mengunjungi halaman lain dalam blog tersebut sehingga setiap halaman dalam sebuah blog dapat terhubung dengan baik. Misalnya pembaca sedang membaca entry blog yang bertajuk cara merawat kucing. Pada entry tersebut disisipkan link yang mengarah pada halaman ciri kucing yang sihat. Jika pembaca tertarik dengan topik pada halaman ciri kucing yang sihat dan kemudian mengunjunginya maka bounce rate dari blog tersebut akan semakin kecil. Kita dapat menggunakan link pada post entry, related post, recent post, dan popular post untuk membangun internal link.

5. Eksternal link.
Semakin banyak eksternal link atau link keluar yang mengarah pada blog lain terpasang di halaman blog  maka kemungkinan jumlah pembaca yang meninggalkan blog untuk pergi ke halaman blog lain menurut link yang terpasang tersebut akan semakin besar, sehingga bounce ratenya menjadi tinggi. Eksternal link banyak ditemukan pada blogroll, gambar, dan iklan yang tampil pada halaman blog. Ini juga pentingnya bloglist..dan bertukar-tukar link dengan blogger lain.

Kesan Bounce Rate Pada SEO

Bayangkan kita pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barang. Kita dapati pasar raya itu tidak menyediakan barang yang kita perlukan, mempunyai servis yang teruk dan susunan barangan di dalamnya tidak kemas.

Sudah pasti kita tidak akan datang lagi dan cepat-cepat beredar dari situ kan?

Sama seperti kes pada Bounce Rate. Apabila seseorang pelawat mendapati kandungan blog kita tidak relevan ataupun tidak menepati apa yang mereka mahukan (baca: tidak berkualiti), mereka akan bertindak untuk keluar serta merta dari laman web dan blog kita.

Di mata Google, mereka mengesan situasi ini sebagai ‘penolakan’ oleh pelawat. Secara tidak langsung, mereka berpendapat bahawa kandungan kita tidak boleh membuatkan pengguna Internet gembira dan tidak berkualiti kerana mereka singgah terlalu singkat dan berlalu begitu pantas keluar dari laman web dan blog kita.

Kesannya, Bounce Rate kita akan meningkat dan jika mengikut resepi ini, ia akan memberi kesan buruk kepada SEO laman web dan blog kita.

***

Kesimpulannya, Bounce Rate merupakan satu metrik yang menjadi kayu ukur dalam melihat kepuasan pelawat laman web dan blog kita terhadap apa yang kita cuba sediakan kepada mereka. 

Konsep bounce rate yang rendah adalah, pembaca 'terus kekal' duduk dalam blog kita dalam tempoh yang lama.

Cara Mengatasi / Memperbaiki Bounce Rate:
  • Pertahankan Brand Anda atau Ranking site Anda
  • Buat entry yang berkualiti dan relevan
  • Buatlah navigasi / menu tab yang jelas dan mudah
  • Buatlah design blog (template web) supaya menjadi lebih ringan, sehingga cepat loading.
  • Lakukan timbang berat blog di google speedtest,
  • Hilangkan iklan jenis pop-up atau tergantung.
  • Kurangkan link external dalaman tetapi buatlah link external yang terbuka di tab baru (new tab).


Sumber: Pembacaan di internet

Statistik dan kadar bounce rate dalam masa seminggu...bandingan seminggu sebelum buat perubahan... Untuk bulanan kena tunggu cukup sebulan la buat perubahan... Baru nampak perbezaannya... 

Statistik dan perbezaan kadar bounce rate untuk sehari tapi minggu lain-lain...

Alhamdulillah MF dapat juga rasa rendahkan bounce rate ni setelah dapat tunjuk ajar dari sifu SEO Malaysia siapa lagi kalau bukan blogger Hasrul Hassan... Belajar, baca dan buat trick serta ubah coding apa yang patut... Alhamdulillah.. dalam masa 12 jam buat.. nampak perubahannya... Bounce rate menurun dan pageview meningkatkan dari biasa jika dibandingkan dengan hari sebelum buat perubahan tu.

Walaupun MF tak menjana ribuan ringgit atau tak selalu dapat review produk macam blogger lain... Tapi alhamdulillah, kesannya blog dan entry mudah masuk dalam Google search dan pageview pun meningkat setiap hari... dan lebih mudah nak capai matlamat utama iaitu menyampaikan ilmu yang bermanfaat, terutama perkongsian ilmu kerohanian.  Bab review produk tu... Itu atas rezeki juga... Apa pun syukur dengan rezeki yang ada.. yang penting kepuasan melihat blog kita lebih baik dari sebelumnya. Jadi, bagi blogger yang dah ubah template kepada template mesra SEO, rugilah jika abaikan aspek bounce rate ni.. kalau tak faham, boleh tanya pada Blogger Hasrul Hassan dan godeklah ilmu SEO dalam blognya... banyak sangat perkongsian ilmu blogger yang dia beri... tak rugi belajar.. 

13 Ogos 2016

Statistik Blog Julai 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Agak lewat update statistik blog bulan Julai... dah masuk pertengahan Ogos baru nak up entry ni..

Statistik bulan ni, agak menurun berbanding bulan lepas... tapi tak banyak mana la turunnya..





Untuk bulan Julai:
lebih 82K Pageview
dan lebih 75K Unique Pageview




Keyword popular sepanjang bulan Julai:
Mee kari
Ikan haruan
Biskut butter cookies
Apendik
Rawatan bayi sembelit
Ketuat
Homemade pregnant test
Pos laju/gdex/skynet
Doa daripada al-Quran...


Ranking Alexa juga semakin mengecil... Alhamdulillah... Tengok simbol menaik dan warna hijau tu sudah cukup buatkan hati berbunga-bunga dengan ranking alexa ni.. sebab susah nak kekalkan ranking ni..melainkan update blog tanpa jemu... 

Alhamdulillah... masih kekalkan pageview melebih 50k sebulan...
blog ini sangat mesra SEO dan mudah masuk dalam enjin carian google... Alhamdulillah..

Terima kasih atas sokongan pembaca dan blogger yang setia berkunjung ke sini...
Moga Allah merahmati..

31 Julai 2016

Entry Hari Ni Bukan Untuk Hari Ni!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kadang rasa down nak upadate entry, tapi bila lihat PV setiap hari, rasa teruja juga.. sebab entry lama sentiasa membantu meningkatkan dan mengekalkan PV setiap hari...

Inilah pentingnya Responsive Template untuk blog. 
Selain mudah masuk dalam Google Search... ianya responsive untuk enjin carian yang lain. 

INilah yang membantu, sesuatu blog bertahan...

Tulis yang bermanfaat, insha Allah ada orang yang akan baca... Post di atas adalah statistik harian... Alhamdulillah... 

Entry hari ni, bukan untuk hari ni... 
ianya berguna untuk masa akan datang... 

20 Julai 2016

Patut La, Follower Naik Turun Sejak Dua Tiga Hari Ni...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Buka blog via Laptop pagi tadi, terperasan satu button baru...

dan sebab button tu, barulah faham kenapa follower blog ni kejap 1844, kejap lagi 1845, pastu 1844 balik.. Dah faham dah kenapa...

Rupanya, blogspot upgrade lagi la ni..


MF perasan kat blog sendiri... tak pasti blog orang lain... 
Tapi dah ada button "Unfollow" ...

Mudah da la nak unfollow sesuatu blog jika tak suka blog tersebut...
Tak payah nak godek Google Connect Friend segala bagai step yang susah tu lagi... 

Hmm.. tapi tak kisah la kan... takde paksaan orang nak follow blog ni ke tak... MF faham, blog MF ni tiada apa yang menarik pun... sekadar blog perkongsian ilmu dan info biasa-biasa sahaja... Info gosip, berita, viral terkini jarang sekali la kan... 

Apa pun, yang penting terus menulis kerana Allah... ada yang nak baca, bacalah... itu yang utama... follower ramai tapi tak berkualiti tak guna juga kan... Baik follower sikit, tapi manfaatnya berpanjangan... 

Sekarang ni, follower ni orang tak tengok sangat, tapi impak terbesar ialah follower dari Google Plus... jika dari situ ramai, insha Allah PV boleh meningkat dan mudah masuk ke ruangan Google Search.. 

15 Julai 2016

Statistik Blog April, Mei dan Jun 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lama rupanya tak update statistik blog... Jadi, kali ni nak update 3 bulan sekali gus...

Statistik blog untuk bulan April, Mei dan Jun.

STATISTIK BLOG UNTUK BULAN APRIL 2016


STATISTIK BLOG BULAN MEI 2016

STATISTIK BLOG JUN 2016

Kalau tengok statistik ni, alhamdulillah setiap bulan ada peningkatan...
Alhamdulillah, berkat usaha dan idea yang tak putus serta bantuan teknikal seperti template yang responsive dan mesra SEO buatkan blog ni mudah masuk dalam ranking google search... 

Blog ni bertahan dengan adanya entry lama...
Kadang tak update blog, tapi PV tinggi sebab entry lama yang membantu dan masuk dalam google search... Tiada apa rahsia untuk kekalkan momentom berblog... melainkan banyak membaca, konsisten update blog setiap hari dan rajin ping entry di Google Plus dan Facebook... 

Apa pun masih gigih berusaha untuk kecilkan angka Bounce Rate tu... makin kecil angkanya, makin baik prestasi blog. 

Moga terus diberi ruang dan peluang untuk mencoret idea dan ilmu yang bermanfaat untuk perkongsian bersama.. insha Allah...

29 Mei 2016

Rezeki Nuffnang di Bulan Mei

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah...masih ada rezeki dengan nuffnang walaupun tak banyak mana..
Earning pun lambat naik... 

Apapun syukur dengan rezeki ni.. 
rezeki anak-anak sampingan ummi dia berblog...

Takde apa-apa rahsia pun untuk kekalkan earning ni..
cuma rajinkan diri update blog sekurang-kurang satu entry setiap hari... 

Walaupun orang tak baca hari ni..
akan datang, orang akan baca.. tambahan bila lama entry tu dalam blog, pasti akan masuk dalam google search... jadi, takde yang sia-sia dengan entry yang kita buat. sebab tu kena tulis yang baik-baik..supaya kebaikan tu berkekalan dengan pahala... 

terima kasih nuffnang..
terima kasih juga para pengiklan...
terima kasih blogger...
atas doa dan sokongan.. 

terima kasih semua..

05 April 2016

Statistik Blog www.mariafirdz.com | Mac 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lambat juga bersiaran untuk statistik blog bulan Mac. Setiap bulan memang akan MF keluarkan entry ni.. Untuk tengok perkembangan blog... Untuk beri inspirasi dan motivasi kepada diri sendiri dalam berblog...

Bila tengok prestasi blog untuk bulan Mac, memang puas hati... Blog meningkat dari bulan Februari...

Kalau bukan lepas hanya 60k pageview... Meningkat lebih 20% kepada 80k... Alhamdulillah...

Rasa termotivasi betul lihat statistik bulan Mac ni..



Bilangan pengunjung pun bertambah... Bila dalam 45-50k sahaja... Meningkat juga kepada 65k... 

Keywordnya untuk bulan Mac tak banyak beza dengan bulan lain...  Masih juga keywordnya yang sama... Pasal resepi Mee Kari, pregnant test guna clorox, pati haruan dan juga tanda apendik... Semua entry ni ditulis adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri... Rupanya memberi impak yang besar pada pembaca lain juga. Setiap hari keyword inilah yang melekat di blog ni... Kerana tu, mampu raih pageview yang tinggi. 


Kesimpulannya... MF  boleh katakan... Nak raih pageview dan peningkatan berblog ni kena usaha... Ikhlas dalam berblog dan entry... Entry berbentuk ilmu berdasarkan pengalaman sendiri itu sangat berguna untuk dikongsikan bersama... 

Mungkin masa kita taip entry tu, tak ramai pun pembaca, tapi  entry terperangkap dan lama begini akan dicungkil balik oleh pembaca melalui Google search...dan seterusnya meraih pageview yang tinggi... 

Alhamdulillah.. Suka dengan peningkatan ni... Syukur sangat.. Rasa nak terus berblog bila lihat perkembangan positif macam ni... Moga MF  terus diberi ruang dan peluang untuk mencoret lebih ilmu dan idea untuk tatapan pembaca semua. Entry MF memang kebanyakan tak raih komen yang tinggi... Tapi pageview setiap entry sangat memberangsangkan... Setiap satu entry boleh cecah ratusan dan ribuan view... Maknanya ramai orang baca tapi tak komen.. Kerana yang baca tu mungkin bukan blogger tapi hanya rakan dan stalker... 

Mereka inilah penyumbang peningkatan blog kita... Terima kasih buat pembaca juga rakan blogger... Terima kasih atas sokongan semua.. Alhamdulillah... 

04 April 2016

Pageview Cecah 5 Juta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... Syukur atas pencapaian blog yang sangat memberangsangkan. Rasa bersemangat dan menaikkan motivasi untuk terus berblog.

Genap 1 April 2016,
Blog ini mencapai pageview sebanyak 5 juta.
Alhamdulillah...

MF rasa syukur ...walaupun blog ni tak popular, tambah dengan tuan blog berlindung identitinya disebalik kucing hitam... Namun, tak jemu dan tak putus pengunjungnya datang ke blog ini setiap hari.

Walaupun jarang update blog macam tahun lepas, akibat komitmen masa yang  begitu mencemburui MF, tapi pageview tetap tak menghampakan...

Entry-entry lama tetap jadi top search di carian  Google setiap minggu... Alhamdulillah...

Rasa makin bersemangat nak terus mencoret...
Walaupun... Kalau ikutkan setiap entry MF bukanlah dapat komen yang banyak tak seperti entry blog lain yang cecah puluhan komen setiap entry... Tapi setiap entry ada tarikan dan cecah ratusan orang baca setiap hari.

Alhamdulillah.. Matlamat utama pun bukan nak  raih j
Komen dan populariti..tapi nak sampaikan ilmu.. Orang baca, semat dalam hati, amalkan itu dah cukup dari tinggalkan komen tapi tiada tindakan apa-apa..

Semoga orang dapat manfaat dengan setiap entry yang disampaikan daripada blog yang tak seberapa ni...

Terima kasih buat pengomen setia..
Terima kasih buat semua rakan pembaca..
Tak lupa juga, Terima kasih atas sokongan suami tercinta.

Moga terus diberikan Allah..
Kekuatan idea dan tenaga untuk terus menyumbang sesuatu yang bermanfaat melalui blog ini.. Insha Allah....

05 Mac 2016

Statistik Blog www.mariafirdz.com Sepanjang Bulan Februari 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Baru berkesempatan nak update blog via PC... Seperti biasa setiap bulan MF akan tengok statistik blog... Nak tengok menaik atau menurun... Statistik ni penting sebagai pemangkin inspirasi untuk terus berblog, selain panduan untuk pengiklan mengetahui kekuatan sesuatu blog...

Statistik bulan februari 2016 melalui Google Analytic



Bulan Februari nampak menurun sikit dari bulan lepas... Memang mencabar betul tahun ni nak update blog... Masa terhad, badan penat, mood pun tak selancar tahun sebelumnya... 

Tapi mood tetap berupdate setiap hari.. 
Bahan untuk entry sentiasa ada, tapi masa dan mood buatkan blog seakan kurang menyengat.. 
Lagipun cabaran nak update blog ilmiah dan motivasi ni... 
Setiap bab benda baik ni orang tak berapa suka.. 

Tapi blog ni masih maintain PV setiap hari melalui entry lama yang sentiasa dicari pembaca melalui search engine. 

Apa pun, MF akan terus catatkan entry berilmiah dan motivasi serta info yang bermanfaat sahaja... Tak nak buat entry hiburan, peribadi melampau atau viral kontroversi semata-mata nak naikkan blog... Itu prinsip MF... MF percaya, masih ada yang suka perkara baik di alam maya ni kan... 

Terima kasih sokongan pembaca dan pengunjung setia blog ni... 
Tanpa anda tiada makna juga blog ni nak kekal sampai sekarang. 



02 Mac 2016

Ranking Alexa 2.3.2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ranking maintain.. suka bila ada tanda hijau tu lagi..
Bila merah tu yang rasa badmood juga..
Tapi walaupun turun tapi kalau warna hijau lagi, kira masih baik..


Bukan mudah nak maintainkan ranking blog dari alexa nih..
kena usaha dan usaha...

Ni pun dah menurun sikit,tapi ada part yang naik rasa lega sikit...

Kena usaha juga walau macam mana pun.. fuhhh

Ranking sebelum ni.. DI SINI

05 Februari 2016

Statistik Blog Januari 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lambat keluarkan statistik blog blan ni.. sibuk dengan urusan seharian tambah dengan pelbagai ujian dugaan sepanjang bulan Januari buatkan blog turut terkesan. Walaupun, blog sentiasa update setiap hari, pengunjung datang, tapi tak semeriah sebelum ni...


Blog merudum jatuh sedikit berbanding bulan lepas... 
Memang agak dah akan jatuh sebab salah satu faktornya MF terhad masa untuk blogwalking. Kemudian, dalam masa yang sama, google hadkan juga bilangan blogwalking... Kalau blogwalking lebih je naik "robot" untuk sahkan... Ini buatkan mood blogwalking hilang. 

Bulan ni, MF tak tahu la dapat bertahan ke tak dengan statistik blog ni... Harap tak jatuh lagi... 
Cuba pertahankan statsistik blog sebaik mungkin, sebab berusaha, bertungkus lumus nak naikkan tetapi nak biar macam tu je kan.. rasa satu kerugian jika biarkan ianya terus jatuh... 

Moga diberi masa, ruang dan peluang untuk terus berblog..
Terima kasih buat semua pembaca dan pengunjung blog ni.. 
Tanpa anda, blog ni tak seperti hari ini.

02 Februari 2016

Ranking Alexa 02.02.2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Menjenguk ranking alexa...
Semak prestasi blog untuk fasa kedua bulan Januari...


Agak menuruk sedikit untuk ranking di Malaysia...  Tapi meningkat ranking Global...

Kena terus usaha untuk naikkan semula ranking alexa nih... 

Pencetus semangat berblog bila lihat prestasi blog semakin baik...

Ranking Sebelum Ini DI SINI

15 Januari 2016

Ranking Alexa 15.01.2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... Rasa seronok bila semak ranking alexa dan angkanya makin mengecil...


Ini ranking selepas 15 hari MF semak...
Ranking sebelum ni ialah...

Global: 484,003
Malaysia: 3,319

Alhamdulillah...  Peningkatan yang agak banyak...

Moga angka ni terus mengecil...
Bila lihat ranking blog semakin baik, mood dan semangat berblog pun semakin naik...

Insha Allah.. Moga terus diberi idea dan kekuatan untuk berblog dan berkongsi ilmu dengan semua pembaca... Insha Allah... 

01 Januari 2016

Statistik Blog Disember 2015!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah, bulan Disember 2015 dah berakhir menandakan berakhirlah tahun 2015. Sekejap je masa berlalu... tu-tup habis dah setahun...

Dan di bulan Disember ni, suka untuk MF up entry tentang statistik blog untuk sebulan bagi bulan Disember 2015.

Melalui Google Analytic, pencapaian blog agak menurun berbanding bulan November 2015.


Tapi MF faham sangat la kenapa menurun tu, sebab pola berblog MF agak kelaut tapi tetap ada entry... Tapi tak hairan, MF bukan blog gosip artis, bukan blog hiburan, bukan blog cerita isu panas dan politik dan MF tak kan update entry tentang tu semata-mata nak raih pageview tinggi... Apa pun, blog MF yang hanya update entry motivasi, teguran dan ilmiah masih maintain walaupun menurun dari bulan lepas... 


Alhamdulillah, terima kasih buat semua pengunjung yang sudi baca bahan-bahan dan entry dalam blog MF ni... semoga bermanfaat.

Namun, walaupun menurun, ranking Alexa MF kembali menunjukkan peningkatan ketara...


Bulan lepas : 
Global : 617,881
Malaysia : 6,018

Memang nampak peningkatan.. MF rasa peningkatan ni selepas blogspot buat pembersihan blogger yang tak aktif yang menyebabkan bilangan follower blog menurun mendadak. Namun, pageview tak berubah... Menunjukkan follower tu hanyalah kuantiti bukan semua kuantiti tu berkualiti.

Harapan Berblog 2016
Tiada apa yang MF harapkan, cuma harapkan dapat berikan lebih ilmu dan manfaat melalui blog di tahun 2016 ni... Moga diberi ruang dan peluang untuk terus berbakti dan berdakwah dalam dunia penulisan blog. Insha Allah dengan izin Allah.