Memaparkan catatan dengan label drama tv. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label drama tv. Papar semua catatan

28 Julai 2018

Julai 28, 2018

Angkara Husna?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Angkara Husna? | Sejak seminggu lepas ramai geng mak-mak dok meroyan pasal nama Husna.

MF sendiri pun tak tau apa ke benda sebab tak kisah sangat la pasal trending ni.. Tapi agak dah.. Tak lain tak bukan mesti pasal drama.

Angkara Husna?

Rupanya dahsyat juga kesan drama tu... Hingga semua media sosial kecoh pasal si Husna ni.

Ada yang fobia betul pasal nama nih... Aduhai... Terbawa betul depa ni kan kalau tengok drama.. Relax la kak...

Bukan apa... Sebab kes poligami dan kes orang ketiga dalam hubungan suami isteri memang la perempuan akan meroyan lebih...

Angkara Husna?

Buktinya... Tengok komen kat bawah yang melekat kat blog den ni hah...

http://www.mariafirdz.com/2017/05/Hukum-Minta-Cerai-Sebab-Suami-Poligami.html

Kan... Marah betul cik kak anonymous ni...

Hmm... Itu hukum kot.. Takpe lah... Mungkin terbawa dek drama atau angkara husna?

Atau pun memang dia jadi mangsa poligami yang tak adil...

Tapi memang betul la apa dia katakan... Lelaki yang berpoligami tanpa patuh syariah  memang akan menyebabkan rumahtangga huru hara...

Tapi kalau ikut hukum betul. . Boleh je bahagia..  Ramai kawan dan sedara MF sendiri berpoligami dan bahagia. . Jadi... Poligami tak salah asalkan ikut hukum yang Allah tetapkan iaitu.. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” [An-Nisaa’/4: 3].

Jangan Terbawa-bawa Emosi Dek Drama TV 

Apa pun.. Pesan MF, dalam poligami MF tak mau komen... Cuma kita sebagai wanita yang terlalu menentang dan jangan terlalu menyokong... Suam-suam je..

Doa yang baik-baik untuk rumahtangga kita...

Jangan terbawa ke alam realiti bila tonton drama sebab nanti jadi satu fikiran yang buatkan kita rasa takut ianya terjadi dalam rumahtangga kita.

Kadang drama Melayu ni kuat juga pengaruh dia...sebab aura lakonan dari pelakon tu menjadi.

Tengok drama biasa dah la.. Tak payah nak fikir atau emosional sangat...

Tengok dari mata, tak payah simpan di hati atau di minda...

Ok... Jangan salahkan Husna ye.. Husna tu satu waktu je..

Maksud husna tu pun baik, indah... Jadi, tak payah fobia sangat dengan nama husna... Nama dan sikap takde kena mengena sangat pun... Ramai je nama sebaik nama syurga tapi perangai macam neraka... Ada juga sebaliknya..

Walaupun orang kata nama tu doa kan.. Tapi, setakat doa dari panggilan nama ni, tak terkesan mana kalau tak datang dari hati yang ikhlas.

Ok.. Done bebel pasal husna..

Sebab trending betul nama ni 2 3 hari ni... Penuh Wall pasal husna...

Mujur tak layan... Dan memang tak minat nak layan drama TV3 kalau tak betul-betul best...

OK, sekian... Angkara Husna...
Jangan benci Husna ya.. Husna di alam realiti insha Allah.. Baik-baik belaka... 

13 Jun 2018

Jun 13, 2018

Sinopsis Andainya Takdir 2 di TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sinopsis Andainya Takdir 2 | Bila terjebak kembali dengan  drama bersiri payah nak tinggal... Hehe..
Siang tadi, tengok ulangan drama Andainya Takdir.

Insha Allah malam ni... 13 Jun 2018, bermula episod 1 drama bersiri Andainya Takdir 2. Drama ni kesinambungan dari drama bersiri Andainya Takdir pada tahun lepas.

Drama ni memang trending di media sosial sebab menyentuh emosi semua orang terutama kaum hawa.

Kisah suami yang psiko selalu memukul dan membelasah isteri kerana cemburu yang keterlaluan.
Haishhh.. Geram kan...

Kali ni di sambung lagi dengan watak dan pelakon yang sama...

Kisah yang lebih dramatik katanya.

Sinopsis Andainya Takdir 2 di TV3
Sinopsis Andainya Takdir 2 di TV3
-Sumber: google images-

Sinopsis drama Andainya Takdir 2 di TV3

Setelah tiga bulan bercerai, Airil masih lagi tidak putus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula. Airil menyesal atas segala kesilapannya. bagi Airil, hidupnya tidak sempurna tanpa isteri dan anak disisi. 
Fatihah pula turut berdepan kesukaran, dia mula berasa kepayahan hidup tanpa suami. Lebih-lebih lagi Aleeya yang sering bermasam muka kerana rindu akan ayahnya. 
Fatihah terpaksa kerja keras untuk menyara kehidupan mereka berdua sehingga mengabaikan Aleeya. Airil menyedari kesulitan Fatihah dan cuba untuk membantu. Tetapi adakah Airil sudah berubah sepenuhnya dan sudah tidak baran seperti dahulu lagi?

Wwaaa... Tertanya-tanya tu...

Kalau korang, sanggup tak nak terima lelaki tu lagi... Kalau MF, tak sanggup... Rela cari laki lain kot... Tapi semua orang perlu dapat peluang kedua. Dan manusia boleh berubah.. Eh, delima lah...

Tak payah fikir, malam ni kita layan... Sambil-sambil anyam ketupat... Hehe...

Senarai pelakon

Antara pelakon yang terlibat ialah Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Idris Khan, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, dan Neera Azizi.

OST/Lagu tema: Sabhi Sadhi - Setia Menunggumu

Andainya Takdir 2 akan ditayangkan mulai 13 Jun 2018, setiap Rabu hingga Jumaat, di TV3. Drama ni menggantikan drama Teratai Kemboja yang dah tamat minggu lepas.

11 Mac 2017

Mac 11, 2017

Suamiku Paling Sweet!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Suamiku Paling Sweet | Suamiku memang sweet. Tak mampu nak cerita betapa sweetnya dia... Kalau cerita nanti... Takut ada yang kena kencing manis pula kan...

Sekali lagi terjebak dengan drama pukul 7... Lepas 7 Hari Mencintaiku, dah tak tengok la drama pukul 7.. Sekali drama suamiku paling sweet ni buatkan MF kembali layan drama TV.

Bab sweet suami isteri layan gak la.. Tapi sebab pelakonnya pun Best... Tu yang layan...


Sumber: google images

Sedikit Sinopsis drama Suamiku Paling Sweet

Suamiku Paling Sweet memaparkan kisah Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah).

Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey.

Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin.

Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya.

Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.

Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin.

Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?


Apa pun boleh agak la sebenarnya.. Cuma nak tahu juga jalan ceritanya... Lagi pun MF tak layan novel... Tak dan dah...

Walaupun drama ni tak se'sweet' suami MF.. Haha... Tapi boleh la tengok adegan sweet tu... Bagi yang dah kahwin bagus tengok... Sebab boleh belajar macam mana nak jadi sweet.. Yang belum kahwin tak digalakkan sebab nanti dok angau nak cari lelaki sweet macam tu pula... Jenuh la kan...

Apa pun boleh la sekadar nak layan... Lagipun dah takde drama best untuk dilayan sekarang ni.. Ini je la satu-satu drama yang MF layan tv... Sesekali kan.. Asalkan tak abaikan yang wajib sudah...

03 Februari 2017

Februari 03, 2017

DRAMA SUMPAH IBU KISAH ANAK PUNGUT YANG DERHAKA KEPADA IBU SUSUAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tamat sudah satu lagi siri drama yang akhirnya terlayan tanpa sengaja.. hajat hati malas nak layan drama TV kat TV9.. entah macam mana boleh terjebak... ini mungkin gara-gara cuti sekolah la ni.. kalau waktu kerja memang tak dan nak layan drama nye.. dok berdrama dengan anak-anak je gayanya.. 

Memula baca sinopsis Drama Sumpah Ibu.. mesti drama biasa-biasa je ni.. tengok tajuk tahu dah kisah anak derhaka la ni.. tapi entah macam mana boleh layan ntah.. mungkin sebab watak Intan dan mak dia tu buatkan nak tengok je.. 



Apa pun kisah ini memang banyak juga pengajarannya.. terutama bab anak dengan mak kan... walaupun mak susuan tapi tetap mak kita... tetap sama je.. sebab air susu bukan boleh diganti semula dengan sesuatu benda pun...

Sinopsis Drama Sumpah Ibu
Drama Sumpah Ibu mengisahkan tentang seorang gadis yang bijak bernama Intan. Dia berasal dari keluarga yang miskin dan nekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi untuk membantu keluarganya. Ibu Intan terpaksa bertanggungjawab menyara mereka sekeluarga selepas ayahnya lumpuh. Intan juga mempunyai seorang abang yang cacat dan juga seorang adik. 
Haris yang merupakan kekasih kepada Intan sentiasa menjadi pendorong buatnya. Malah Haris juga banyak membantu keluarga Intan. Kasmah, ibu kepada Intan begitu menyayanginya. Namun Intan kerap memarahi ibunya kerana terasa terbeban dengan kemiskinan keluarga mereka. Demi mengutamakan masa depan Intan, Kamsah sanggup menjual semua barang kemasnya. Dia mengharapkan Intan dapat melanjutkan pelajaran dan membantu keluarga bila dia dah berkerjaya kelak. 
Namun setelah berjaya, Intan mula lupa diri. Dia memilih kemewahan dan melupakan pengorbanan ibunya. Malah Intan juga sanggup curang terhadap kekasihnya Haris yang selama ini banyak membantunya. 
Hendak dijadikan cerita, kekasih baru Intan yang bernama Nasir terlibat dalam projek pembinaan di kampung Intan. Intan sanggup mencadangkan kepada Nasir untuk memberi wang pampasan dan menghalau penduduk kampung termasuk keluarganya. 
Ketika ayahnya sakit tenat dan pada saat ayahnya meninggal dunia, Intan langsung tidak pulang. Malah Intan sanggup membiarkan adiknya dipukul ketika adiknya datang untuk memujuknya pulang. Sikap Intan itu membuatkan ibunya menjadi murung dan sedih. Kamsah kecewa dengan sikap Intan yang seolah telah melupakan sumpahnya untuk berjasa kepada keluarga bila dah berjaya.

Tapi watak Intan yang lupa diri tu memang menjadi..Sebenarnya dalam drama ni watak Ibu tu buatkan MF geram juga.. sebab watak mak pilih kasih.. 

Memang bagi pengajaran kat ibu-ibu diluar sana juga sebenarnya... jangan sesekali pilih kasih.. jangan sanjung sangat anak.. kot anak yang kita sanjung tu la buat kat kita... 

Dan akhirnya, dosa anak yang derhaka mestilah balasan di dunia dia akan dapat... hebatnya kuasa ibu... kat dunia lagi akan dibalas... di akhirat lagi lah.. 


Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.'” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

Tapi tu la kan.. hati ibu kan... mudah terasa... MF sendiri jadi ibu kadang-kadang terasa gak dengan anak sendiri.. tapi fikir balik anak tu kecil lagi.. kdang apa dia buat sebab dia ikut... atau mungkin khilaf kita masa kita bersama ibu kita dulu kan.. Allah tunjukkan semula bila kita ada anak... 

SAYANGI ANAK KECIL KERANA ITU MASA SILAMMU
HORMATI ORANG TUA KERANA ITU MASA DEPANMU


23 Disember 2016

Disember 23, 2016

15 PENGAJARAN PENTING DARI DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam berakhir sudah drama yang menjadi trending hebat tahun 2016. MF rasa, drama ini lah satu-satunya drama yang memang hangat diperkatakan orang pada tahun ni... Yang bestnya drama ni juga menjadi perbualan hangat kaum Adam. Orang lelaki ni payah nak layan drama adaptasi novel ni.. Tapi MF tengok ramai lelaki join tengok drama ni... 

Suami MF pun layan drama ni.. memula MF tengok gitu-gitu je... tengok online.. tapi lama-lama seronok dan suami pun terjebak sekali.. jadi setiap hari kami tengok bersama la... 

Drama ni bukan drama cinta biasa, sebab tu kaum Adam ni boleh layan drama ni.. plot ceritanya menarik, lakonan yang mantap dan pembawakan watak tu menjadi... 

Dalam drama ni sangat banyak pengajaran sebab ianya berkisar tentang kisah kekeluargaan. 


Antara pengajaran yang boleh diambil dari drama ni:

#1. Jangan sombong
Itu point utama drama ni... hidup kita jangan sombong... ke mana pun kita pergi, sekaya mana pun kita jangan rasa bangga dan sombong sebab akhir sombong kita tu makan diri sendiri.. Tengoklah Mia Adriana yang sombong sebab dia orang bandar dan kaya... pandang lekeh kepada Khuzairi orang kampung yang nampak selekeh dan miskin.

#2. Jangan benci sangat, sebab lama-lama nanti sayang
Hati kita ni Allah pegang... dalam hati jangan nak benci orang tu sangat-sangat, sebab lama-lama nanti kita akan sayang... sama lah jangan sayang sangat dengan seseorang tu, takut lama-lama jadi benci.. 
Bagaimana dari bencinya Mia Adriana kepada Khuzairi, akhirnya dia betul-betul sayang. Sedangkan hati dia sayang sangat dengan Khalil akhirnya orang tu dia benci. 

#3. Jadilah orang yang amanah
Menunaikan wasiat dan amanah, itu yang utama. Bagaimana kita lihat Khuzairi dan Pak Samad memegang amanah ayah Mia. dan juga lihat bagaimana Pak Cik Rahim pegang amanah ayah Mia untuk bantu keluarga Mia. 

#4. Jadilah ketua keluarga yang tegas
Watak Pak Samad yang menyerlah sebagai ketua keluarga yang tegas. Walaupun Mak Leha begitu lantang berkata-kata, tapi ketegasan Pak Samad sebagai ketua keluarga buatkan Mak Leha tunduk. Sebab itu Mia mampu tinggal di rumah kampung tu 7 hari kerana Pak Samad tegas dengan keputusannya.

#5. Jangan ukur kebaikan seseorang dari pakaiannya
Ini watak Syakila... Walaupun nampak macam perlekehkan orang bertudung. Tapi realitinya ada... sebab tudung tak mencerminkan akhlak yang baik... tapi tudung tu wajib pakai sebagai cara menutup aurat. Tapi itulah nak kata.. dan sebenarnya orang bertudung tapi perangai buruk ni sebenarnya dia mempermainkan agama serta menjatuhkan maruah agama Islam tanpa dia sedar. Jadi, ingat! Tudung di kepala bukan sekadar buat tutup kepala, tapi membawa imej agama. 

#6. Sabar melayan karenah isteri
Bagaimana watak Pak Samad dan Khuzairi yang sabar melayan karenah isteri. Pak Samad memang lelaki penyabar... dia tak pernah naik tangan ke Mak Leha walaupun Mak Leha tu lantang suaranya. Khuzairi pun begitu juga bila dia sabar sungguh bila mana waktu Mia masih tak dapat terima Khuzairi. 

#7. Kasih ibu kepada anak
Naluri ibu kepada anak sampai ke mati... itulah babak yang banyak dimainkan.. iaitu watak Mia dan Alisa... Mak Leha kepada Helmi dan Khuzairi dan juga akhir sekali babak Hayati dan Mia... Kasih ibu dan anak jangan sesekali pisahkan. Anak ni penguat kepada seorang ibu... walau badai melanda, ibu jadi kuat kerana anaknya. 

#8. Berhak dapat peluang kedua
Sedangkan setinggi gunung dan sebanyak buih di lautan dosa kita Allah akan ampunkan... begitulah kita... kenapa perlu nak berdendam kan.. kemaafan itu indah sebenarnya... lihat sahaja ending drama ni... akhirnya semua insaf dan bertaubat...serta mohon maaf. Itulah sebaiknya... bila kita berdosa dengan Allah, bertaubatlah.. tetapi bila berdosa dengan manusia, mohon maaf dan tebus kesilapan yang kita buat. Macam Mia kan.. dia pernah hina orang kampung, pernah bencikan mak tiri dia., pernah benci Buntat tapi akhirnya dia insaf dan tebus silap dia dengan jaga kebajikan mak bapak buntat, tubuh Yayasan Roziah dan ambil mak cik yang pernah dihina kerja dengan dia. 

#9. Berpantang
Ini mesej penting juga.. berpantang itu penting bagi wanita lepas bersalin. Semoden mana pun zaman, berpantang secara betul dan lama itu penting untuk kesihatan diri jangka panjang.. Macam Mak Leha kata... Moden moden juga, tapi pantang tetap kena pantang sebab badan kita nak pakai lama. 

#10. Menantu vs Mentua
Bab ini penting juga ni.. sebab realitinya ada... Khuzairi yang tersepit antara mak dan isteri... memang hebat... dan konflik berlaku bila Khuzairi terlalu dengar cakap mak dia.. sedangkan dia tak melindungi isteri dia. Memang babak tu rasa geram.. memang emosi betul masa babak tu... hehe.. dan sebaiknya sebagai suami... sepatutnya sediakan rumah lain untuk isteri... biarlah dekat pun asalkan tinggal asing... bab menantu dan mentua ni.. bukan mudah menantu dan mentua nak serasi tau.. 

#11. Dendam
Dendam memusnahkan. Dendam juga boleh makan diri sendiri... Begitulah yang terjadi... kerana dendamkan Hayati, rumahtangga anaknya sendiri musnah... dan mujur juga semuanya berakhir dan mak leha insaf dengan perbuatannya. 

#12. Siapa kita nak menidakkan jodoh?
Jodoh itu indah... Kadang dengan orang kita tak suka boleh jadi suka... itulah jodoh.. sejauh mana pun kita lari... tapi jika itu jodoh kita.. akhirnya akan bersama juga... selain itu... sebagai suami jangan mudah lafazkan talak.. kerana takut makan diri... Khuzairi tak pernah ceraikan Mia.. tapi biarkan Mia buat keputusan dan tenangkan diri dia... 

#13. Berdoalah
Doa itu senjata mukmin.. banyak dalam babak ini, sebut pasal doa.. walaupun doa tu macam dimohon waktu diuji je... tapi tak kisahlah.. berdoalah... kerana doa itu senjata paling tajam untuk merubah segala keadaan dengan izin dan kehendak Allah. insha Allah. 

#14. Setiakawan
Bagaimana watak Zaidi dan Sophie adalah dua watak sahabat yang boleh dijadikan contoh... Susah senang bersama... sentiasa tegur jika kawan dia salah dan beri semangat waktu kawan dia jatuh.. Inilah sahabat sejati namanya. 

#15. Duit bukanlah segala-galanya
Kekayaan tak membawa kebahagiaan. Lihat sahaja kerana duit bapa Sophie jadi gila... Khalil mati bunuh diri dan mak Mia di simbah asid... Terlalu kejar kekayaan akan membawa kepada kemusnahan. 

Itulah antara pengajaran penting dalam drama ni... Sebab tu MF kata, drama ni bukan drama cinta biasa... garapan dan plot dari drama ni sangat cantik dan ada terjadi dalam masyarakat kita hari ni... drama ni lebih kepada kisah kekeluargaan...kasih ibu kepada anak, kasih suami kepada isteri dan kisah sahabat sejati... 

Tahniah kepada Penerbit, Pengarah, Pelakon dan yang utama sekali penulis novel 7 Hari Mencintaiku... Satu drama lain dari yang lain dan menjadi bualan dan trending hangat hujung tahun 2016. 

Ada yang tak layan drama begini... mungkin sebab pelakonnya tak best... tapi MF layan drama bukan atas faktor pelakon... tapi pengajaran dan penceritaannya... pelakon tu memainkan watak dan peranan untuk menjayakan jalan cerita tu... Kalau pelakon hensem dan cantik je.. drama kisah cinta manusia semata-mata...memang tak layan... 

19 Disember 2016

Disember 19, 2016

BIAR AKU JADI PENUNGGU Pengganti Drama 7 HARI MENCINTAIKU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Minggu ni minggu akhir bagi drama Adaptasi Novel yang memenuhi slot Akasia di TV3... Drama yang betul menjadi trending dan hangat diperkatakan di media sosial... 7 Hari Mencintaiku.. 

Dan minggu depan drama baru akan menyusul... dah mula ada scene drama ni kat TV3... Drama yang bakal mengganti drama 7 Hari Mencintaiku ialah Biar Aku Jadi Penunggu


Sinopsis:
Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang. 
Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka. 
Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada. 
Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat. 
Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini. 
Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati. 
Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka. 
“Di mana janji kerana hati, andai ada hati yang disakiti?” -Sumber: Kakinovel-


Senarai Pelakon:
Janna nick (Iffat), Ashraf muslim (Afeef), Octovia Menrose (Damia hani), Shah iskandar (Fazree), Miera lyana (Hayati), Azah azmi (Afia), Lan siro (Lokman), Mahmod Ali bashah (Dato Azman), Wilma Mohamad (Datin Maimon). 

Terbitan Saphire Screen dan diarahkan oleh Michael Ang.

Drama Biar Aku Jadi Penunggu adaptasi dari novel hasil nukilan Arsha ini pada 26 Disember 2016 di Slot Akasia TV3.

Komen MF:
Baca sinopsis drama ni nampak kisah cinta biasa.. tapi tak tau la kan... sebab apa yang nampak zaman sekarang, kalau drama cinta semata-mata orang tak layan... tapi kalau ada kisah pasal kekeluargaan memang orang tonton... Tengok saja drama Cinta Masam Manis dan drama 7 Hari Mencintaiku... semua orang tonton tak kira lelaki atau perempuan... 

Jadi, pengarah dan penerbit drama perlu ikut kehendak penonton gak kalau nak dramanya meletop macam drama sebelum ni... kalau cinta je...memang tak makna sangat la... kecuali orang tonton sebab minat pelakonnya... 

MF??? Rasa cukup lah kot drama 7 Hari Mencintaiku ni.. malas dah kot nak layan drama lagipun dah nak buka sekolah.. fokus dah kelain dah... harap tak terjebak lagi... haha... tapi tak tau la kan... haha... 

29 Oktober 2016

Oktober 29, 2016

Drama Amsyar Kisah Anak Yatim Menderita Tanpa Pembelaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Selesai sudah drama Samudera Rindu dalan slot Azalea di TV9... Semalam bermula drama baru menggantikan drama Samudera Rindu yang bertajuk "Amsyar". 

Nampak menarik drama ni... Dan semalam, MF dah layan episod 1... Tengok episod 1 dah buatkan air mata ni mengalir dan hati ni tersentuh... Bagaimanalah emosi kalau layan drama Amsyar ni sampai habis agaknya... 
Sumber : Google images 

Drama Amsyar ni mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Amsyar yang hidup senang dan bahagia bersama ibu bapanya...  
Tapi kebahagiaan tu berubah sekelip mata apabila dia kehilangan kedua orang tuanya dalam satu kemalangan jalan raya. Sebagai seorang anak tunggal Amsyar tinggal sebatang kara dan dijaga oleh pak ngahnya bernama Shahrul. Namun isteri Shahrul tidak menyukai Amsyar dan menganggapnya sebagai bebanan pada keluarga mereka. 
Selepas tu Amsyar tinggal bersama seorang lagi bapa saudaranya bernama Azhar. Tetapi ramai pula yang tidak menyukainya di situ sehinggakan dia sering dimarahi, dipukul dan didera. 
Kerana tidak mahu menjadi bebanan pada orang lain, Amsyar redha tinggal di Teratak Kasih sebuah rumah anak-anak yatim yang menempatkan budak-budak yang senasib dengannya. Pemilik rumah anak yatim itu bernama Waheeda.

Drama Amsyar dibintangi oleh Ben Ladin, Elly Mazlein dan Redza Rosli. Drama arahan Murali Abdullah ini akan bersiaran selama 20 episod bermula pada 27 Oktober ini. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama Amsyar adalah Hairi Safwan, Nafiz Muaz, Faralyna Idris, Sabhi Saddi dan ramai lagi.

Walaupun takde pelakon lama...sebab tak kenal sangat pelakon baru-baru ni... Tapi disebabkan MF kenal dengan penerbit iaitu Zeel Production dan pengarah hebat iaitu Murali Abdullah... Dan MF tahu dah... Kalau kisah kekeluargaan diarah oleh pengarah yang hebat ni... Pasti tak mengecewakan... 

Nak tahu kisah lanjut pasal anak yatim bernama Amsyar ni kena la tonton sampai habis kan... Drama ni ditayang setiap hari Selasa hingga Ahad bermula jam 8.30 malam. 

Semalam tengok episod 1 pun buatkan hati ni dah terdetik dan akal berfikir... Ya Allah, apalah nasib anak-anak ku andai Allah jemput aku dan suami... Huhu... Sampai situ fikirnya... Ye lah... Kadang kita tak fikir... Tapi bila tonton drama sebegini buatkan kita terbuka akal dan berfikir sejenak...  

29 Ogos 2016

Ogos 29, 2016

Review Cerekarama TV3 : KABUS HATI LAILA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak dua menjak ni.. rajin pula layan drama tv... Maklumlah... Anak-anak bukan lagi jenis nak tidur awal.. jadi, sambil tengokkan diorang main..layan tv la kan.. lagipun kalau drama yang takde unsur keganasan.. memang MF tengok la.. kalau tak memang sanggup tak tengok..sebab tak nak anak terikut.

Hari Sabtu lepas Cerekarama TV3, tajuk biasa saja...tapi dari iklan nampak macam best je... Tengok info kat astro nampak best.. jadi layankan aje... Memula layan je sengsorang... Sekali En.somi pun join sekali sebab drama yang berunsur kemasyarakatan ni dia boleh la layan.. kalau cinta cintun memang tak layan dia.

Kisah semalam menarik walaupun agak slow.. biasalah ini drama hasil Sabri Yunus.. MF tahu dah.. kalau drama dia..memang takde unsur cinta cintun muda Mudi.. kebanyakan mesti isu semasa, dan hal kemasyarakatan.

sumber: google image

Kisah "Kabus Hati Laila"  mengisahkan tentang Kassim Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Kassim, baru sahaja meninggal dunia. Arwah Abang Kassim meninggalkan isterinya Laila, dan dua orang anaknya yang bernama Ayim dan Yuni. Pada suatu hari, seorang wanita bernama Anita dengan seorang budak kecil telah muncul. Laila baru mendapat tahu yang rupa-rupanya, abang Kassim mempunyai dua keluarga selama ini. Dia terpaksa menerima Anita dan membenarkan Anita tinggal di rumahnya selama tiga hari. Laila meluahkan perasaan kecewanya kepada Hambali, kawan baik Kassim. Sejak kematian arwah abang Kassim, barulah Laila sedar yang kehidupan mereka dikelilingi hutang dunia.

Plot dan susun atur kisah ni menarik... Walaupun slow... Yang bestnya, kita tak boleh nak agak bagaimana pengakhiran kisah ni.. tu yang tunggu juga hingga habis...

Yang buatkan MF tertanya... Kenapa dia kahwin dengan Anita sedangkan dia tahu dia bukanlah suami yang mampu untuk berkahwin dua... Lagipun dari flashback, Kassim ni seorang yang bertanggungjawab dan penyayang kepada anak-anak dan isterinya.

Apa pun banyak pengajaran yang dapat diambil dari kisah ni...

Suami jangan terlalu berahsia dengan isteri.
Kassim ni perahsia sangat orangnya terutamanya dengan isteri dia.. dia tak nak isteri dia risau dan fikirkan masalah rumahtangga... Tapi untungnya dia tak berahsia dengan kawan baik dia..iaitu Hambali... Jadi, segalanya terbongkar selepas Hambali menceritakan segalanya kepada Laila.

Jasa yang baik pasti dikenang walaupun selepas mati
Kassim ni selalu dipuji oleh orang sekeliling kerana kejujuran dia... Terutamanya, selepas dia pulangkan duit pelanggan yang tertinggal dalam teksinya... Disebabkan itu, pelanggan dia ni lah selalu membantu Laila selepas Kassim meninggal.

Belajarlah hidup berdikari selepas berkahwin
Di akhir kisah ni baru tahu, rupanya Laila dan Kassim kahwin satu kampung.. tapi Kassim ni selalu diperlekehkan oleh bapa mentuanya kerana dia tak minat nak buat kerja sawah... Dia minat buat hulu parang dan keris sebagai mata pencarian. Kerana itulah, Kassim bertekad bawa anak dan isterinya berpindah ke Kuala Lumpur bina hidup sendiri. Inilah sepatutnya yang kita patut ambil pengajaran.. tujuannya supaya tiada campur tangan orang tua dalam mencorak hal rumahtangga kita... Susah senang biar kita bina dan selesaikan sendiri.

Isteri, Belajarlah berdikari
Pentingnya isteri belajar hidup berdikari.. paling kurang tahu cari wang sendiri... Buat simpanan sendiri... Sebagai bekalan dan hari-hari tak terduga. Macam Laila yang macam orang hilang arah bila suaminya meninggal... Anak terpaksa berhenti belajar kerana tiada pendapatan...

Anak-anak Berilah Sokongan Moral Kepada Ibu
Anak-anak Kassim ni ikut emosi .. biasalah remaja kan... tapi sangat tak patut melemahkan lagi moral mak dia yang cuba nak berniaga dan berdikari sendiri. 

Kita susah, tapi ada lagi yang lebih susah
Begitulah selingan dalam kisah ini... Bila mana, anak lelaki Laila yang tengah mencari kotak untuk dijual, tetiba ada dua orang kanak-kanak gelandangan memerlukan kotak tu untuk tidur... Hidup mereka lagilah merempat selepas kematian ayah mereka. Perkara ini menginsafkan dia dan juga penonton. Itulah realiti, bila kita rasa kita susah, sebenarnya ada lagi yang lebih susah dari kita. 

Ini antara pengajaran yang dapat MF dapat tuliskan di sini... Drama ni memang slow sikit, tapi seronok sebab pelbagai persoalan akan kita tertanya-tanya... 


Apa pun endingnya best... Bila mana, akhirnya Laila barulah tahu, kenapa suaminya kesempitan wang... Suami Laila menanggung beban hutang bank sebanyak RM1000 setiap bulan kerana menjadi penjamin kepada adiknya yang lari masa beli tanah. Dia juga berkahwin dengan Anita kerana ingin menyelamatkan maruah dan nyawa Anita iaitu janda beranak satu yang mahu bunuh diri terjun jambatan kerana ditipu lelaki yang bakal kahwininya semasa hari pernikahan mereka. Atas sebab itulah, dia kahwin... dan anita tu adalah adik kepada hambali... sebab tu juga Hambali sentiasa tolong Anita...

Hobi arwah Kassim, iaitu membeli keris dan parang dengan hulu parang yang unik sebagai koleksi rupanya ada nilai dan pelaburan yang sangat berharga. Selepas arwah meninggal, anaknya pulangkan semula keris dan parang tu kepada Hambali..dan Hambali jual ke semua barang tersebut dan duitnya diserahkan kepada Anita. Maknanya kat sini, hobi dan minat kita sebenarnya, jika kita pandai manfaatkan akan jadi satu pelaburan yang berguna untuk zuriat keturunan kita. 

Drama sebegini bagus ditayangkan selalu berbanding drama cintan cintun remaja... Moga drama kisah kemasyarakatan dan isu semasa, lebih diperbanyakan oleh penerbit filem dan drama tempatan..untuk mendidik jiwa masyarakat kita hari ini.. 

23 Disember 2015

Disember 23, 2015

LUMRAH DRAMA MELAYU...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Betul kan...
Tu yang tak layan drama Melayu tuh.. Tambah-tambah adaptasi novel... Boleh jangka akhirnya...

Bila ada drama lain seperti drama mistik macam telemovie Cik Siti atau telemovie Skrin di9... Memang layan la juga... Tapi kalau drama bersiri memang tak layan dan tak dak masa nak layan... 

16 Jun 2015

Jun 16, 2015

Review Drama: Runtuhnya Sebuah Dosa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Berkurun lamanya tak melayan drama... sekali malam ni teringat malam Isnin... ada masa sikit layan tv sambil melayan si adik dan kakak main... Isnin malam Selasa, TV9 tak lokek sediakan drama telemovie terbaik untuk tontonan sekeluarga... Sementara si suami menyiapkan Baju T-Shirt Heat Press tempahan pelanggan, MF melayan anak-anak sambil melipat baju bajan... Azam tak nak biarkan baju tinggi menggunng... tak tahu la berapa lama tahan azam tu kan.. hehe.. tapi sementara ada mood kena lipat...

Opss... melalut sudah... MF nak review drama yang MF tengok... Tajuknya buatkan MF tertarik nak tengok sampai ke penghujung... iaitu "Runtuhnya Sebuah Dosa"

Antara pelakon hebat yang membintangi telefilem arahan Erma Fatima ini antaranya Tiz Zaqyah, Puteri Fatin, Beto Kusyairy, Remy Ishak, Aziz Singah, Azizah Mahzan, Datuk Rahim Razali, Liza Zain.

Kisahnya berkisar tentang dua buah keluarga yang menjadi mangsa tragedi tanah runtuh yang meranapkan kediaman mereka... Dua keluarga yang sangat berbeza walaupun sama-sama kaya... Satu keluarga penuh hidup mewah tapi kemewahan mereka penuh dosa dan maksiat...dan satu lagi yang merupakan jiran mereka yang kaya tadi...hidup sederhana tetap taat dengan perintah Allah...

Plot cerita yang ringkas tapi banyak pengajarannya...
Antara yang dapat MF kupaskan tentang pengajaran disebalik drama ni...

1. Bencana alam adalah balasan Allah buat peringatan manusia, tapi Allah berikan kepada semua tak kira beriman atau tak.

2. Hidayah Allah tu banyak cara..dan dari Allah...cuma kena cari dan kena usaha.

3. Tawakal kepada Allah melebihi harapan kepada manusia.

4. Hidup tanpa agama, ibarat orang yang sesat tanpa arah tuju.

5. Didiklah anak dengan agama, kerana anak yang soleh dapat membantu ibu bapa di akhirat sana.

6. Dunia penuh noda hanya iman yang kuat mampu atasi nafsu dan noda.

Secara keseluruhan, memang banyak pengajarannya... di akhir cerita, semuanya dapat pengajaran...

Itulah hikmah Allah masih hidupkan mereka walaupun dilanda musibah sebab Allah nak beri hidayah dan peluang untuk taubat. Maknanya, setiap hari Allah hidupkan kita dari tidur, maknanya Allah beri peluang kepada kita untuk terus kumpul pahala dan peluang untuk taubat kepada Dia.

Telefilem ni pernah dah ditayangkan pada tahun 2012... tapi MF tak tengok... dan syukur berpeluang tengok semalam... alhamdulillah.., pengajaran dan peringatan untuk kita... tahniah buat pengaraha dan penerbit telefilem ini... sepatutnya kena banyak drama sebegini berbanding kisah cinta manusia yang melekakan remaja.

Bagi yang nak tengok boleh cari di tonton atau pun di youtube... tak rugi tengok.

03 Mac 2015

Mac 03, 2015

Drama Bersiri Adaptasi Novel | Isteri Separuh Masa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semalam sempat la layan Drama Bersiri, Suamiku Encik Sotong... Entah macam mana aku boleh terjebak dengan drama ni... hehe... Satu-satu nya drama bersiri yang sempat MF layan... Suami terpengaruh sekali plak tu... Owh... MF tengok mula episod kelima... Sebab terhibur dengan watak si sotong tu... Buatkan rasa nak tengok je... Haha...

Semalam episod kedua terakhir... Minggu depan episod akhir dah.. Dan kuar jugalah promo untuk Drama Bersiri baru... Juga adaptasi novel iaitu:

"ISTERI SEPARUH MASA"


MF tak tahu la nak tonton ke tak... Tak pun cari novel je la baca kan... Sebabnya Astro dah nak tamat kontrak dah.. Memang tak kan sambung dah... Jadinya...kalau nak tengok pun tengok online je la... 

Sinopsis Cerita Isteri Separuh Masa:

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Amacam??? Best tak sinopsis... Cite ni dilakonkan oleh Emma Maembong... Sekadar hiburan boleh la... Pengajaran MF sendiri pun tak tahu... Sebab tak layan lagi cite ni... Tapi rasanya drama kali ni ada relate dengan isu wanita bekerja juga kot... 

Tapi... Entah sempat ke tak layan tv lepas ni... Anak dah besar nih memang tak sempat nak layan novel dah...

Tapi... Tak sabar juga nak tunggu kisah akhir si sotong... Agak2 dia sotong lagi ke tak... Hehe... 

20 Jun 2013

Jun 20, 2013

Sentimental Value of Letters

Pernah dapat surat cinta??? Apa perasaan korang bila dapat surat cinta??? Beza tak rasa dapat surat cinta dgn SMS cinta??? Mesti bezakan...


Semalam aku layan satu drama sempena Hari Bapa tajuk "Surat Dari Bawah Pintu" di TV9. Best citernye.. Kisah seorg bapa yg sibuk meluahkan rasa kasih syg dan minta maaf melalui surat yg diselit dr bawah pintu.
Tabiat dan cara si bapa ni dari zaman bercinta hinggalah zaman dia ada anak... Begitulah cara dia tunjukkan kasih syg dia pd anak dia. Hinggalah satu hati kengkwn satu kolej si anak terjumpe surat2 ni dalam kotak di bilik si anak perempuan dia. Teruklah si anak diejek oleh kengkwn di kolej. Dari hari tu...dia marahkan bapa dia dan menyruh bapanya berhenti menulis "the stupid letters".

Bapanya mmg sedih... Dri berutus surat ke cara moden... Iaitu whatsapps, sms, chat, kakaotalk dan mcm2 aplikasi lagi... Memang janggal tapi dia belajar demi anak dia.. Tapi dari situ anak dia beljar sesuatu... Dia terasa kehilangan... Macam ada x kena. Bapa dia malas mesej macam nak tak nak je... Dri situ dia belajar menilai betapa surat bapa dia tu sgt bernilai...walaupun cara tu dianggap lapuk.

Hinggalah dia sendri nak minta maaf.. Tapi sebab satu insiden..bapa dia masuk hospital dan rupanya bapa dia hidap penyakit Alzimer...iaitu penyakit lupa... Dan sebb tu dia selalu je lupa apa2 janji dia sejak zaman dia bru khwin dulu... Tapi satu ayat buat aku tersentuh hati... "walaupun dia lupa janji temu, tapi dia tak pernah lupa tulis surat utk Nayla".. Nayla tu nama anknye..

Sejak tu lah dia menghargai surat2 yg bapa dia bagi. Memang menyentuh hati drama ni. Tapi moral of the story: nak citerkan.. Walaupun zaman sekarang moden ada macam2 cara komunikasi tapi cara lama seperti surat dan kad ucapan tetap ada nilai sentimental yg tak boleh digambarkan.

Sebab tu...antara cara nak mencuit hati suami atau isteri..cuba selitkan surat cinta pada baju ke...buku ke.. Beg kerja dia ke... Mesti akan ada satu perasaan yg indah.. Lebih berharga dari nilai emas dan wang ringgit nilai surat cinta yg ditulis dari hati dgn penuh kasih syg.

Sebab tu juga kad raya pun ada sentimental value nye.. Seronok dapat kad raya berbanding e-card atau SMS kan.. Kegembiraannya tu lain.. Sama gak dgn kad jadi atau kad ulangtahun... Sebab nilai sentimental tu ada dalam kad dan surat yg diutuskan.

Surat bukanlah kuno atau lapuk tapi ada nilai sentimental yg tersendiri. Kadang2 terlalu moden buatkan kita lupa yang surat adalah pengganti diri dikala rindu bertamu...

Jom kembali ke zaman persuratan...



Nota Ungu: sesekali ada juga aku kirimkan surat utk si suami walaupun satu rumah...saja utk naikkan sentimental value... Yang lama tetap bernilai dan tak lapuk dek zaman...
Published with Blogger-droid v2.0.10

03 November 2012

November 03, 2012

Sebak kerana Bhoothnath

Petang sabtu bertemankn faiqah.. sambil2 guling dan buat westling dgn faiqah atas toto dpn tv… melayan citer hidustan.. lpas mkn dan solat.. tak tau nk buat apa..

Mula2 mcam menarut je citernye..sebab kisah hantu leh cakp dgn sorg budak yg nakal.. budak tu baru je berpindah dok sebuag villa lma yg ditinggalkn… tuan punya rumah tu dok kt amerika… mula  aku tengok relax je.. tak la focus tengok sgt kn.. smbil dok gelak2 dgn faiqah yg dok main aci dgn aku.. tapi sampai kt part2 sedih aku pun xleh thn sebak wehhh.. 

Part yang dah sedih tu bila segala-galanya terbongkar… Rupanya, yang disangka hantu tapi dianggap malaikat oleh si budak yg nakal tu… adalah roh tuan punya rumah tu… Roh dia tak tenteram sebab dia mati sendirian kat rumah tu… 

Dia dulu, bahagia dgn isteri dan anak dia namanya Vijay.. Vijay ni bila besar berhijrah ke Amerika.. tapi menetap terus dan tak balik2 lagi ke India.. siap kahwin dan ada anak dah la. Dia tak pernah balik, smpaikan rindu mak dia kat Vijay ni dibawa mati.. (part ni aku dah sebak dah)… 

Bila balik, dia jumpe ayah dia. Ayah dia seronok la, ingat nak dok terus kat india dh, tapi rupanya tak.. kerana termakan dan sayangkan bini dia, dia sanggup nak jual rumah tu dan nak bawa ayah dia ke Amerika. Tapi ayah dia tak bagi… last2 bini dia bagi kata putus, nak balik amerika juga walaupun ayah dia tak nak ikut. Si Vijay ni saying bini, dia balik Amerika tanpa toleh ke belakang lepas jumpe ayah dia.. Ayah dia kejar dia tapi rumah nya tersadung anak tangga, jatuh dan meninggal. Roh dia la yg dok berkeliaran tu.. 

Roh dia tak tenang sebab anak dia tak balik jumpe dia, dan tak penah buat upacara kepercayaan org India iaitu pembebsan roh. Roh dia la dok dlm rumh tu dan usik org2 kt situ, tapi lpas kluarga bdk nkl tu dtg, budak nkl tu ubh dia.. dia tak mngusik lagi.. dan jdi kwn dgn budk tu.. 

Tapi akhirnya, buat juga upacara pembebasan roh sebab mak budak tu risau la.. lau ank dia rapat sgt, tkut apa2 plak terjadi nnt.. 

Mula2 memng klkr citer ni, tapi sad ending.. citer Hindustan kn.. biasa la kn.. aku sebak je.. tpi tak nangis lagi la.. hihi.. tapi pngajran utk ank2… jgn la sygkn bini, smpai lupakn org tua… jgn terpngaruh dgn brat hingga lupa adat resam dan budaya.. itu yg nk dismpaikn dlm citer ni… lakonan Shah rukh khan dan amitabh bachan

p/s: tengok citer hindustan tak sah tak nangis..hihi

01 November 2012

November 01, 2012

Review Drama: Bila Joyah Jadi Jutawan

Semalam hari Rabu, sudah pasti aku mengadap TV9, sebab drama Skrin TV9 la... aku tgh memasak, suamiku yg lyn citer tu mula2.. kisah "Bila Joyah Jadi Jutawan".. dgr tjuk mcm citer lawak je.. 


memang citer lawak, mula2 mcm bosan la..entah apa la motif citer ni.. sebab ada unsur2 cartun sikit kan.. sound effect dia pun mcm kartun,,, tapi dekat2 nak akhir2 tu best.. ada moral of the story yg tersirat..

Kisah si Joyah yang hidup di kampung, buat kerepek je, jadi jutawan sekelip mata sebab terjumpa harta karun di belakang rumahnya... terus berpindah ke KL, dan hidup serba mewah.. Joyah mula lupa diri, bangga diri, angkuh dan sombong.. tidak bekerja dan goyang kaki.. 

satu hari, hidupnya muflis, lepas masuk perlaburan palsu yg ditawarkn oleh org yg baru dikenali anaknya yang kononnya peguam.. joyah juga kedekut dan mula menghina org yg minta sedekah dirumahnya.. tidak berzakat walaupun disuruh suaminya.. joyah juga mula tidak solat sejak jadi kaya raya.. 

lepas muflis,joyah insaf dan memulakan kehidupan baru di rumahnya kat kampung.. 

moral of the story:
  • kalau kaya jgn lupa diri, 
  • hrta yg Allah bagi ialah pinjamn..
  • harta juga adalh ujian dari Allah..
Memang pengajaran utk org kaya citer ni.. walaupun ada sense of humour, tapi ada pengajaran tersirat.. citer yg ringkas, ringan mudah faham.. Pelakon2 pun best juga, Bell, Kaza, Yasmin Hamid.. pelakon2 yg berpengalamn semua ni kan... 

17 Oktober 2012

Oktober 17, 2012

Neraka Abah

Baru lepas satu drama sedih di TV9.. sapa tengok angkat tangan???hihi

Ku layan citer tu sama dgn hubby ku.. lepak2 main2 dgn Faiqah.. smbil layan drama TV.. setiap Rabu, mmg aku tak lepas tengok drama kat TV9... kebanyakkan dramanya mmg best2.. 

Citer malam ni, mmg menyedihkan.. 

Kisah dua beradik lelaki, yg kematian ibu, selepas ibunya sakit.. Mempunyai bapa yg merupakan seorang penagih, pemabuk dan kaki judi... Si abang yang sgt sayangkan adiknya.. 

Si abg terpksa berhnti sekolah kerana tiada duit... menjual gelang pusaka ibunya untuk meneruskan hidup.. Suatu hari, abangnya teringin nak pakai handphone.. tapi xde duit... Tapi dia bergurau dgn adiknya "nanti adik belikan abg handphone ni ek"

Hidup lebih malang dan menderita, pabila si adik sakit jantung... memerlukan kos utk pembedahan..membuatkan si abg terus mencari wang.. Adiknya tak dapat hidup lama...

Di hujung cerita...guru yg datang utk smpaikan biasiswa abgnya, tetapi adiknya je de kat rumah sbb abg kuar g beli ais kacang kat adiknya.. si bapa yg balik dan cuba nk merogol cikgu tu... adik dtg selamatkn, dan bapanya tertolak adik... 

Abg balik dan terkejut dgn semua tu.. cikgu lari.. adik terbaring lesu.. bapa yg keluar rumah dan kena tikm dgn org yg dia berhutang judi... babak akhir, bapa smpat minta maaf... tapi adik tak smpat diselamatkan.. mati dalam dukungan abgnya semasa nk g klinik... dan abgnya tahu, rupanya adik dia belikan betul handphone tu utk dia.. 

huhuhuuuu...sedih weyyyy citer ni.. mmg sedih... endingnye aku dan suamiku sama2 nangis.. hmmm.. kuatnya dugaan utk si abng tu.. AKhirnya... abgnya dapat juga msuk universiti...mcm yg adik dia nk tu.. 

cerita tamat.. tahniah buat Suhan Movies... penerbit Rosyam Noor.. berjaya kuarkan drama yg menarik dan menginsafkan ni.. dan tahniah juga utk semua pelakon yg berjaya membawa watak dgn jayanya...

p/s: tengok citer ni buatkan aku dan suami rasa syukur sangat2.. Terima kasih Allah...


14 Oktober 2012

Oktober 14, 2012

Salahkah Aku???

Baru lepas layan cerekarama TV3.. Salahkah Aku???

Ending yang buatkan ku rindu suamiku saat ni.. Lakonan yang mantap... banyak sangat pengajaran.. terutama pengorbanan suami isteri..

Lakonan dari hero dan heroin yang mantap... tapi banyak pengajaran... 
  • Cinta yang tulus dari hati.. 
  • kesetiaan suami dan syg suami buat isteri..
  • Isteri yang semula jadi cemburu
  • Dugaan dalam berhijrah kearah kebaikan
  • Orang yang jahat boleh berubah ke baik, dan yang baik boleh jadi jahat, kerana Allah berkuasa membolak balik kan hati manusia.. sbb tu kan doa dan usaha supaya hati kita tetap di jalan yang benar...
  • Kawan yang baik boleh membawa ke arah yang baik
  • Zuhud: memegang akhirt tetapi tidak meninggalkan dunia.
  • Wanita: ibarat tulang rusuk yang bengkok, berhati2 dalam membetulkannya kerana ianya mudah patah... jika terlalu  keras ia akan patah, jika terlalu lembut, ia akan terus bengkok.
  • Pedoman buat isteri: haram keluar rumah tanpa pengetahuan suami
  • Berbuat baiklah kepada ibu bapa, walaupun ibu bapa kita masih dalam kesesatan dan teruskan berdoa
Ni lah antara pengajaran yg dapat ku kupaskan dalam cerekarama kali ni.. best dan menarik.. cuma part2 yg perlu diteliti contohnya part bekas pakwe Alyssa (Farouk) yg keluar dgn Alyssa berdua shja.. mmg nmpk sgt2 tak elok tambh2 pakai mcm tu.. Alyssa lak bertudung.. kan nmpk tak elok kn... 

Tapi ending dia buat aku nangis .. huhu.. dah la mmg tgh rindu dgn hubby... huhu.. aduh.. sayu beb.. 
Ok lah.. dah ngantuk dh... nite.. 

~See u next entry~

16 Ogos 2012

Ogos 16, 2012

Ampun Untuk Mu

Semalam.. xde keje.. sambil mengemas layan drama Melayu.. lama tul aku tak tengok TV.. teringat ari ni hari Rabu ka.. ada drama melayu kat TV9.. Tengok tajuk macam best je.. pastu awal2 citer pun menarik.. pelakonnye pun yang popular dan aku suka tgk lakonannye.. Maimun Talib, Zamarul Hisham, Eira Syazira.. pastu dua tiga lagi pelakon yang tak famous sgt.. 

Tapi kisah drama ni memang menyentuh hati betullah.. memang nangis gak aku bila part klimaks citer ni.. Mula macam ok.. lama2, macam geram je dekat Eira tu yang maki2 laki dia.. Hui.. sabar tul Zamarul tu.. Lepas Zamarul kemalangan lumpuh kaki, lagi la dia maki hamun...

Pastu bila smpai part yang aku paling sedih bila kawan Zamarul penagih dadah tu dtang tuntut hutang... Adoyai.. sedih beb,... bila eira kena r***l.. memang tragis .. kesian tul tgk ank dia nangis2 tu.. memang sebak giler la.. Lepas adik eira tu datang, dan akhirnya bawa diorang balik kampung jumpe mak diorang untuk minta ampun.. 

Pengajaran memang banyak dalam drama ni.. Dalam drama ni, ada kisah sumbang mahram, iaitu eira jadi mangsa bapa dia sendiri.. aku tak sure la kn kot bapa tiri ke apa, sbb tgk part yg Zamarul belasah bapa dia tu.. Pastu kisah, kahwin tanpa restu, Eira kahwin lari dengan zamarul.. sampaikan mak dia marah dan tak nak mengaku anak.. 

Kemudian, pengajaran dendam dalam hati mak dia, mak dia tak leh tenang, sebab ikatan ibu dan anak kuat... Seorang ibu tak boleh dendam dengan anak... walaupun anak melukakan hati dia.. sebab Allah Maha Pengampun dan Dia yang berhak membalas segala perbuatan... Mak eira berdegil tak nak maafkan walaupun hakikatnya apa yang terjadi kat keluarga eira tu, adalah balasan Allah juga.. kwan zamarul yang penagih dadah tu mmg baik, tapi bila sampai satu tahap, dia jadi jahat juga akibat dadah. 

Tapi akhirnya, barulah mak dia tahu kes sumbang mahram tu.. Sebab tu lah zamarul marah benar dengan bapa dia, sampai nak bertetak parang.. Dan ending citer ni, bermaafan di malam raya.. Itulah... best citer ni, dan banyak pengajaran.. Drama2 gini memang aku layan, pasal kekeluargaan.. lau pasal cinta.. malas nak layan... tambah2 citer cinta remaja.. lagi lah malas... sebab aku pun dah dewasa kini kan.. 

ok.. pen off here... nak g sahur.. wssalam....