Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan

13 November 2014

November 13, 2014

Tutorial: Backup Artikel Blog

Pernah terfikir, bagaimana jika satu hari nanti, blog kita di delete atau tetiba hilang... siapa sangka la kan... mesti kita tension kan.. beribu, beratus artikel penulisan kita lenyap begitu sahaja... Owh... jangan risau... sebenarnya, ada cara untuk kita selamatkan artikel-artikel penulisan kita andai kata blog kita di delete, terdelete ataupun hilang secara tetiba... Caranya mudah sahaja:

1. Buka Dashboard blog kita, kemudian pergi ke Setting:

2. Kemudian, klik Other dan klik pada Export Blog.

3. Bila dah klik Export Blog akan keluar popup macam kat bawah ni:


4. Kemudian klik je download... Kalau buka melalui Google Chroome browser, automatik di download... tapi jika browser lain, akan keluarlah popup save file... Jadi, segala artikel yang ditulis diblog anda selamat disimpan dalam PC/Laptop anda... 

Jika nak buat semula blog baru, dan nak guna semula artikel tersebut, cuma ulang step 1, 2 tetapi klik pada Import Blog... Cari semula dimana kita simpan blog yang download tadi dan klik import blog... 

Mudah bukan.. jadi, tak perlu risau lagi artikel kita tu.. selamat dah disimpan... 

Kredit dari sini

18 September 2014

September 18, 2014

Tukar Warna Tema dan Background Facebook!

Sesaja gatal tangan, tukar theme dan warna tema facebook... 
Asyik tengok warna biru tu je.. bosan pula.. best juga dapat tukar ke warna purple.. best tu.. 
Siap boleh tukar wallpaper dan background yang kita suka.. 

Tanpa beratkan laptop pun..sebab tak perlu install... 
Cuma syaratnya ada google chroome...

Caranya mudah je... 
Pegi ke link kat bawah ni:

Kemudian KLIK Button [+ FREE].. 

Nanti automatik dia akan install ke Google Chroome web browser korang..


Bila dah install tu nanti korang akan nampak simbol FB dalam warna pink kat sebelah FB korang...


Klik situ dan ubah lah ikut cita rasa..

Sebenarnya, banyak add onn atau extension untuk Google Chroome dan FB Color Changer ni.. tapi aku try yang ni je yang best.. boleh tukar background belakang tu yang best.. jadi lepas ni FB korang nak letak gambar family pun boleh la ea.. 

Tapi, FB ni berwajah macam tu bila guna PC atau laptop yanga da extension tu je ea.. yang xde tak kan jadi la... jadi sesuai untuk laptop atau PC sendiri je la ea...


entry autopublish

19 Mei 2014

Mei 19, 2014

Tutorial: Popup Hide Shoutbox Comel


Semalam jenjalan, dan seperti biasa aku akan semak link atau pesanan di Shoutbox.. Tak sangka ada orang berminat cara shoutbox macam ni.. iaitu Popup Hide Shoutbox... Sebenarnya ada tujuan aku guna shoutbox macam ni... Tujuan utama, untuk mengurangkan ruang di widget sidebar... Sebab bila kurangnya widget tu, lebih cepat blog kita loading... Aku tak nak buang shoutbox sebab masih ada kepentingannya di situ...


Fini tak meninggalkan link entry atau URL blog... Jadi aku kongsikan kat sini aje lah... mungkin ada yang mencari tutorial ni.. Aku memang tak pandai nak buat sendiri.. Segala ilmu tutorial blog aku guna enjin carian google aje... memang banyak, tapi cuba lah yang mana menjadi dan sesuai untuk blog kita ea...

Ni aku sediakan coding untuk sesiapa yang berminat nak mencuba... 

Caranya mudah...
Buka LAYOUT > ADD WIDGET > HTML

Copy coding ni:
Credit tutor dari Mia Liana

Cari Perkataan ISIKAN CODING SHOUTBOX ANDA DI SINI dalam coding yang aku sediakan dan tukarkan perkataan tu dengan coding shoutbox korang sendiri. Copy dan paste aje kat ruangan tu..

Lepas tu korang cari coding ni:
"http://4.bp.blogspot.com/-gX2CCqnaQAU/T8po_BxRekI/AAAAAAAAAi0/7IGpTLO2QIA/s1600/pink10.gif".

Coding ni ialah icon comel yang bergerak-gerak tu... Korang boleh tukar dengan icon sendiri atau cuba cari kat google "Freebies icon Shoutbox". Ni ada beberapa Blogger yang siap-siap buat dan kongsikan... Boleh tengok dan ambil di SINI, SINI, SINI, SINI.

Dah siap setting, save dan preview... 

Tutorial ni bukan ciptaan sendiri tapi aku cari juga di google... aku sendiri tak ingat dah aku amik dari blogger mana... tapi korang boleh cari juga di google tutorial ni di google... insha Allah.. akan membantu... Itu aje lah yang boleh aku bantu bagi menjawab pertanyaan si penanya soalan... 

06 April 2014

April 06, 2014

D. I.Y: Penanda Buku Comel ^_^

Salam berhujung minggu... Cecuti ni buat apa??? Bagi yang tak gi jenjalan... Pe kata jom manfaatkan cuti tu dengan aktiviti bersama anak-anak... 

Aku nak kongsikan cara buat penanda buku yang comel dan cute... Tak payah taip atau print bagai... Just gunting-gunting dan tampal... Bebudak suka buat aktiviti gini...


Bahan-bahannya tak susah... Cuma sediakan:
# Kertas warna
# Gam
# Gunting
# Pen atau pensil
# Pembaris

Mula-mula, korang potong kertas warna bagi jadi segi empat tepat.

Kemudian, lipat sama tengah dan gariskan macam dalam gambar tu... Yang aku lorekkan tu kena buangkan/gunting.

Lepas dah gunting...jadi bentuk macam kat atas tu... 

Lepas tu lipat ikut garisan tu... Macam gambar kat atas tu... Dan gamkan kuat-kuat.

Lepas dah gam... Akan jadi macam gambar kat atas tu...

Dah siap.. Korang hiaskan penanda buku ikut kreativiti korang... 
Yang kat atas tu adalah hasil cubaan aku yang pertama... Hihi... Burukkan

Yang kecik sikit... Kertas wrna A4 aku jadikan saiz A5... Lepas siap dan hiaskan jadi macam tu... Hihi... Satu untuk aku, dan satu untuk suamiku... Hihi...

Tengok cara gunanya.. Selit dibucu buku atau novel.. Comelkan...

Selamat beraktiviti dan selamat mencuba!
(^_^)


P/s: DIY ni aku belajar dari satu group cikgu2 di FB... Thanks cikgu2 yg kreatif dr KCA... :-) berkongsi ilmu... 

04 April 2014

April 04, 2014

Tutorial: Widget Pengomen Tegar Berubah Setiap Bulan

Mimpi apakah tetiba nak buat tutorial ni??? Tiada mimpi... sekadar berkongsi ilmu yang ada.. ilmu ni pun aku dapat dari blogger Mizz Aiza... Terima kasih Aiza... kongsi tutorial ni.. jadi aku hanya panjangkan tutorial ni... 

Ramai yang dah pasang widget Pengomen Tegar di blog masing-masing kan... aku dulu pun pasang gak.. tapi yang statik, hinggalah terjumpa kat blog aiza tutorial widget pengomen tegar yang boleh diubah setiap bulan... Jadi takde lah statik je blogger yang sama... adil kan untuk semua yg datang komen sini... 

Mudah je caranya... Buka DASHBORD >>> LAYOUT >> ADD A GADJET >> HTML 
Kemudian copy coding kat bawah ni dan paste dalam HTML tadi... 

Sebelum SAVE korang kena ubah dulu yang aku highlight warna merah tu...
ourBlogUrl= http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/ (GANTIKAN DENGAN URL BLOG KORANG)
&ExcludedNick1= Maria Firdz (NICK NAME BLOG KORANG)
&ShowHowMany=20 (BERAPA RAMAI BLOGGER YG NAK DISENARAIKAN)
&ExcludeCommentsBefore=01-04-2014 (TARIKH MULA SETIAP BULAN)
&IncludeCommentsBefore=30-04-2014 (TARIKH AKHIR)

Yang tarikh tu korang nak buat setahun buh la 1 Jan 2014 dan tarikh akhir 31 Disember... Jadi untuk komenter setiap bulan... korang adjust kat tarikh tu je setiap bulan... Mudah kan??

Lepas tu save.. dan preview... jadi tak jadi bgtau aku... nanti kita semak la kalau tak jadi tu ea... 
Sekian... Moga Bermanfaat ea... 

*Blog ni disable rightclick, jadi sila guna Keyboard Shortcut (ctrl + C)

12 Januari 2014

Januari 12, 2014

Tutorial Masukkan Lagu Mp3 Dalam Entry

Biasa orang masukkan lagu dalam blog aje kan... kali ni cara nak masukkan lagu mp3 ke dalam post atau entry pula..

Tak susah pun sebenarnya... cuma kena buka satu akaun untuk kita amik coding URL lagu tersebut... 

Caranya..
1. Pergi ke laman web ni: http://www.aimini.net/ 
2. Kemudian buat akaun atau Sign Up dulu... isi apa yang patut dan ikut je arahan dia ok... 
3. Bila dah ada akaun... baru boleh upload lagu yang korang nak masukkan ke dalam entry tu... (tengok pic di bawah)

1. Klik Upload File

2. Choose File.. Pilih lagu yang korang nak masukkan dalam entry
4. Dah siap upload korang klik View... dia akan buka ke new tab... 

5. Klik Embed [Copy to Clipboard] (yang aku highlight dalam kotak merah)... 


6. Paste kan coding tu ruangan HTML post/entry

7. Kemudian korang Klik semula pada "Compose" untuk nak setting alligment... nak dok tengah ke, kiri atau kanan... 
8. Dah siap setting tu, boleh la preview... dah menjadi boleh la dipublish... 

Selamat mencuba ea.. 
Daku ni tak pandai sangat nak buat tutorial secara bertulis... 
Apa-apa pun selamat mencuba ea... 
MOga berjaya...

P/S: Untuk nak download lagu boleh download DI SINI

13 Disember 2013

Disember 13, 2013

Cara Nak Pastikan Software Android Original atau Tiruan

Info baru dapat... en.somi la ajar ni... 
Cara nak pastikan smartphone yang kita beli tu guna software android original atau palsu/tiruan...

Ni untuk pengguna software android je la yang aku tahu...
Kalau pkai iPhone, atau Nokia rasanya dia pakai software lain...
Tapi bagi pengguna Samsung dan Sony memang boleh try... 

Caranya mudah je.. 

Buka <Setting> handphone...
Klik pada About Phone (biasa dok paling bawah sekali)


Kemudian Klik pada nama software tu...

Macam aku handphone guna Android 4.0...
Klik kat situ banyak kali dengan cepat.. 
Nanti akan keluar gambar macam kat bawah ni...

Contohnya, kalau Android versi Jelly Bean, akan keluar la gambar Jelly Bean... 
Kemudian, korang klik/tekan je gambar tu, banyak-banyak kali...

Kalau Original, gambar tu tak kan berpecah jadi banyak..
Tapi kalau tak original/palsu/tiruan lepas korang klik banyak-banyak kali tu, gambar tu akan berpecah jadi banyak... 

Itu aje lah aku boleh kongsi.. 
Cubalah.. tengok jadi ke tidak... 
Suami ku kata, orang kedai la ni bgtau cara nak tau ni... 

<Selamat Mencuba>

08 Oktober 2013

Oktober 08, 2013

[UPDATE] Mobile Tutor: Cara Setting Keyboard Arab/Jawi

Dapat sesuatu yang baru hari ni... Dah lama mencuba tapi tak menjadi..tapi Alhamdulillah... lepas digodek-godek Subuh tadi menjadi plak... Dah lama saya nak install kan setting kat smartphone saya tulisan Arab/Jawi sebab jika nak mobile blogging yang memerlukan saya menulis Arab/Jawi saya tak suka nak melayukan/rumikan... sebab takut lari maksudnya... 

Caranya mudah saja, bagi pengguna Android atau Smartphone atau Tablet boleh cuba... 


1. Pergi ke Play Store/Market > Search "Arabic Keyboard". Akan keluar beberapa senarai dan jenis... Saya download dua jenis je... Seperti dalam gambar, saya download "Ibrahim Arabic Keyboard" dan "IQQI Arabic Keyboard (Android)"

2. Dah klik untuk download dan install, pergi ke Setting dan klik bahagian "Languange and Input"

3. Kemudian tick keyboard yang kita nak guna...

4. Pada Defult, pilih keyboard yang kita nak guna.. 

Saya dah try dua-dua jenis yang didownload tu... sama je funtionnya, cuma yang lebih cun dan ialah "IQQI Arabic Keyboard (Android)" sebab keyboard dia boleh setting nak warna apa... 
Ibrahim Arabic Keyboard
IQQI Arabic Keyboard (Android)
* untuk setting tulisan rumi atau jawi
** untuk setting keyboard, boleh tukar interface warna keyboard juga.
Itu saja caranya... Selamat mencuba..

Untuk taip jawi.. install apps MultiLing Keyboard

klik sini untuk install:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.klye.ime.latin&hl=en


05 April 2013

April 05, 2013

Kenapa entry di blog saya tak boleh komen???

Sebelum g keje... terbaca komen2 si shout box blog aku... org tak dapat nak komen kat blog aku??? Kenapa??? Ishh??? pelik.. sebab aku tak pernah alami apa yg korang alami... 

Cuma pernah terjadi sekali iaitu bila lama aku tak godek blog.. haa.. org tak boleh komen.. aku pun tak boleh komen.. arghh.. sudah... sekali cek dekat rss feed... hmm.. pun sama.. x boleh komen... akhirnya aku klik CC Cleaner... cuci semua cache dan history yg ada... 

Lepas clean, terus takde masalah... boleh klik dan komen macam biasa... 

Caranya macam mana nak cuci... 

1. Download software CC Cleaner di SINI
Lepas dh siap download, install software tu dalam PC korang. 
Lepas tu korang rujuk screen capture kat bawah...
  1. Ikut langkah 1, 2, dan 3..
  2. Lepas siap clean semua tu, close cc cleaner dan cuba buka balik browser dan klik link komen... 
Jika Naik popup, tak boleh komen.. kemungkinan blogger tu guna setting popup utk kotak komen dia.. so, caranya:

1. Klik pada setting browser... 
2. Klik Show Advance Setting
3. Klik Content Setting
4. Tengok pada setting popup... Klik, jika macam kat bawah ni... korang tick dekat Allow all sites to show pop-ups

Kemudian.. siap... pastu refesh je browser korang... setakat ni je pengetahuan dan pengalaman aku ada yg boleh dikongsikan... moga bermanfaat... 



Nota Ungu: Cache menyebabkan komputer kadang2 jadi slow sebab terlalu byk memory cache yg tersimpan... Nak baca pasal computer cache.. KLIK SINI

11 Februari 2013

Februari 11, 2013

Cara Unfollow Bloglist yang tak best

Dalam dok terjah blogger2 yg aku follow.. terpandang satu blog ni.. haishhh... cmne leh masuk bloglist aku plak.. blog dari indonesia.. ok.. xpe la dari indon, yang tak best.. rupanya blog tu blog porn... korang faham kan... haisshhh.. memalukan kaum betullah.. camne aku boleh follow blog sebegitu plak... so.. cari dan mencari macam mana nk unfollow balik... 


Kalau view dashboard yg dulu... ada button "Add" dan "manage" kat tepi bloglist yg kita follow.. sekrang xde dah... kena tahu cara nya la.. sebab, cara mudah, klik balik button join site atau "follow" untuk kita unfollow tu.. pun boleh.. tapi masalahnya,, blog tu xde plak button "join this site" atau button "follow".. haisshh.. mcam mana aku boleh terjebak nih.. 

So, godek dan godek... haa... jumpe caranya... menggunakan " View in Google Reader"


lepas klik gmbar yg aku tunjuk kat atas tu... korang klik plak button yg ku paparkan mcm kat bawah tu..


Lepas tu clik kat subcripstions...  then ikut langkah seterusnya...


Akhirnya dapat juga delete blog yag tak berkenaan tu... haasiihhh.. moga xde lagi blog pelik yg ter'follow' pas ni.. 

Aku juga berguru dari sini

02 Disember 2012

Disember 02, 2012

Tutorial: Sharing is caring...

Haish.. gelak kat diri sendiri.. entah semangat apa la masuk dalam diri aku nih.. tetiba malam ni, rajin plak aku "make-up" blog aku sendiri.. dan aku buat eksperimen atas blog aku, dengan meletakkan icon "Sharing is caring"..


Nak tahu aku buat macam mana???

Jom ikuti tutorial ni...

Step 0 : Click 'Layout' ► 'Edit Html' ► 'Expand Widget Templates'. dan jangan lupa backup template sebelum ke step seterusnya.

Step seterusnya boleh klik SINI... hehe... sorry, aku tak penah wat tutorial...hehe.. tapi sharing is caring kan.. 

p/s: sharing is caring... ^_^

20 April 2012

April 20, 2012

Short Cut Pada Keyboard yg jarang kita guna...

Bila da mouse, kita dh tak guna short cut pada keyboard lagi.. sbb lagi cepat.. just guna hujung jari telunjuk je nk tekan apa2 yg kita nak kan... tapi sbnrnya short cut keyboard yg dicipta lagi cepat sbnarnya... short cut ni kbnyakkan kita blh gunakan utk cpatkan bila kita menaip.. jom tgk apa short cut yg jarang kita guna semasa menaip...

Ctrl + A = Select All
Ctrl + R = Aligment Right
Ctrl + L = Aligment Left
Ctrl + E = Aligment Center
Ctrl + N = New document
Ctrl + O = Open new
Ctrl + J = Justify
Home = Utk kembali ke hadapan text
Pg UP = Untuk tgk page yg di atas
Pg Dn = Untuk tgk page yg di bawah
Tab = utk gerak ke kotak yg lain... terutama bila isi borang atau apa2 form..
Ctrl + Alt +Delete = Utk buka task manager.. (bila cmputer hang, blh wat gini)
tekan Start (gmbr window pada keyboard), kmudian tekan huruf U dua kali (tekan dua kali dgn pntas) = utk shut down pc... ni utk window xp je.. lau vista n w7 x pnh try g...
Right click = tekan simbol list yg de kt keyboard (sblh ctrl blh kanan)

yg lain2 mungkin da lgi, t akn dishare akn dtg.. blh juga lau de sape2 nk share blh la comment ok..





April 20, 2012

Tutorial: Cara delete gambar2 lama dalam blog

salam...

Hari ni saya nak bagi satu tutorial.. mungkin ada org yg dah tahu, tapi xpe lah saya nk kongsi juga ilmu ni.. sbb mungkin ada blogger2 baru yg masih belum xplore hal2 blogger ni kan..

Sebenarnya saya sndiri tak tahu, takde sape ajar pun.. saya yg xplore sendiri, sbbnya salah satu gambar yg x sepatutnya telah diuploadkan kat blog saya,.. mmg saya dah delete entry tu dan gmbr tu saya dh delete, tapi bila saya search kat google image, gambar tu masih ada lagi.. 

Saya mencari idea, macam mana nak buang gambar ni.. Caranya tak susah pun... meh sini saya ajar..

1. Buka google, dan taip "PICASA WEB ALBUM".. kmudian tekan search..
(album ni mmg akan ada bg sape2 yg buat blog, sbb semua gmbar yg diupload dlm blog akan tersimpan di picasa web album... )

2. pastu tekan ni:


3. klik aje gambar mana yg korang nk buang...

4. biasanya dlm masa 24 jam gmbar tu akan dibuang... 
5. Lepas 24 jam cuba korang search kat google image, masih ada ke tak lagi gambar yg korang nak buang tu... 

Selamat mencuba... 

P/S: lau x faham, comment ok.. ~sharing is caring~

12 Februari 2012

Februari 12, 2012

TUTORIAL : Cara Mudah Print Sijil

Salam semua... 

Memalam ni rajin plak nk buat tutorial.. ni la kali pertama aku wat tutorial kt blog ni.. bkn pe.. leceh sikit.. tapi memandangkan info berguna elok kita kongsi bersama... Tutorial yg berkaitan dgn kerja aku.. Baru2 ni kena buat sijil, so aku teringat masa aku sekolah tingkatan 6 dulu, pernah buatkan sijil utk Kelab Seni Khat yg aku join.. Aku tolong ustaz aku buatkan... So, dengan skill yg ada, aku apply balik skill tu bila dah kerja.. Terima kasih kat ustaz aku, sbb suruh aku buat, lau x mesti tercari2 aku ilmu tu kan... 

Jom kita tengok cara nak print sijil dengan mudah, tanpa perlu menukar nama setiap kali nak print.. Kalau setakat 20 orang saja xpe la kan... lau beratus org pelajar, beribu larat nak tukar satu2??? Pening cam tu je jap g kan... 

Jom tengok camne nak buat..

1. Mula2 buka dulu format sijil yang nak diprint dalam MS Word...

2. Kemudian buka MS Excel...dan buat senarai nama pelajar yang siap di taip dengan kad pengenalan...bila dh siap, save la kt mana.. Contohnya My document..

3. Kemudian, g ke MS Word balik, kemudian klik Mailing..

4. Dah klik tu, klik Step by Step Mailing Wizard..

5. Pastu akan keluar kt tepi belah kanan, wizard tu... pertama sekali korang klik kt Letters

6. Kemudian, Klik Next: Starting Document

7. Kemudian Klik, Use the Current Document

8. Kemudian Klik, Next: Select Recipient

9. Korang rujuk gambarajah di atas....
    Pertma Klik, yg aku tulis no.1< Use an existing list>, no.2<Browse>

10. Bila korng klik browse, akan keluar mcm ni...
So, korang pilih la kat mana korang simpan senarai nama pelajar yang buat kat dalam MS Excel tu tadi...

11. Bila dah pilih, tekan open: akan keluar mcam ni... So, pilih sheet mana yang korang buat senarai nama tu tadi.. dah pilih tekan OK.

12. Lepas tekan OK akan keluar mcm ni, dan klik OK.. 

13. Kemudian Klik Next: Write your Letter

14. Akan keluar mcm ni.. korg klik More Item, tapi sebelum tu, hightlight dulu, tempat yg korang letak Nama atau Kad Pengenalan tu...

15. Lepas dah klik more item, akn keluar gni.. korg highlight td, no kad pengenln kan.. so, select la kt NO KAD PENGENALAN.. kemudian klik CLOSE..

16. Pastu, akan keluar lah begini, then klik Next: Complete the merge

17. Pastu, blh la klik PRINT.. 

Haa,, sngkn.. x yah la nk kna tukar or taip nama setiap kali nk print... Saya print ni, jap je.. leh siapkn 50 helai sijil x smp 5 minit... kjp je kn... 

~cube lah... lau x fahm komen ea... maklumlah first time wat tutorial.. ..:)~