12 Disember 2016

[TUTORIAL] CARA MENGATASI MASALAH TAK BOLEH CONNECT INTERNET AKIBAT DNS SERVER PROBLEM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Internet dengan blogger macam kawan karib tau... tak boleh kalau takde internet... MF ni ada internet tapi masalah baru-baru ni yang MF hadapi ialah laptop tak boleh connect internet... stress betul... kat smartphone atau tablet boleh pula...


Memula biar je.. tapi tak boleh jadi, kena cari jalan penyelesaiannya... sebab job review ada due date .. nak pinjam komputer suami.. dia pun ada kerjanya..

Akhirnya, MF cuba selesaikan sendiri berpandukan carian di google.. memang masalah betul... cari dan cuba ikut tutorial tapi dalam bahasa Indonesia... nak memahamkan dan menyelesaikan masalah dalam masa yang sama...

Setelah godek sana dan sini.. akhirnya berjaya MF selesaikannya.. rupanya masalah Internet Protokol atau singkatannya IP Address..

Baik.. MF cuba kongsikan cara penyelesaiannya tu kat sini.. kot boleh bantu orang lain yang ada masalah yang sama..

Langkah pertama..

Control Panel > Network and Sharing Center
Gambar 1
Kemudian, klik pada Change adapter settings (Rujuk Gambar 1)

Dah klik tu, carilah Internet Connection yang korang guna, sama ada WiFi ataupun kabel LAN.

Gambar 2
Macam MF guna Wireless Network Connection.. Right Click > Properties (Rujuk Gambar 2)

Kemudian, akan keluar popup window baru... seperti Gambar 3.

Gambar 3
Dah keluar seperti gambar 3 , Double Click yang MF Highlight tu iaitu Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4). Bila Double Click akan keluar lagi Popup Window lain... seperti Gambar 4:

Gambar 4

Bila keluar seperti Gambar 4. Korang pastikan yang MF highlight dengan kotak merah tu ditandakan (tick) "Obtain DNS Server address automatically" lepas tu tekan OK, OK...

Kemudian boleh cuba refresh semula laman web yang nak dibuka tu... Insha Allah boleh guna dah...

Tutorial ni untuk Window 7 Professional.. Untuk Window yang lain hampir sama je, cuma korang kena cari la di mana letaknya Internet Protokol tu.. Ubah yang tu je..

Selesai masalah.. ingatkan rosak benda apa kan.. sekali setting je.. Alhamdulillah..

05 Oktober 2016

Cara Lain Untuk Follow Blog Jika Button Follow Error

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF dah lama hadapi masalah ni... Dah try klik banyak kali... Perkara ni berlaku sejak blogspot upgrade button follow dia tu la.. 


Dah refresh, clean history dan cache sama juga... Akhirnya ada terbaca cara follow lain kat blog siapa tak ingat plak... Tapi cara ni agak leceh la.. tapi ada kelebihannya juga...

Caranya: guna butang ADD kat dashboard blogger... seperti yang MF tunjukkan step di bawah ni.. 


Klik je button Add tu.. 

Masukkan URL blog yang kita nak follow.. 
boleh masukkan lebih dari satu URL.. 
Lepas tekan follow tu.. akan keluar popup macam kat bawah ni:

v
v

Klik je reload ... lepas tu korang refresh semula blog yang korang copy URL untuk follow tadi.. 
akan nampak kat button follow tu bertukar kepada unfollow... maknanya korang dah berjaya follow blog tu... 

Itu je la caranya MF dok buat sekarang ni.. terutama waktu nak join segmen atau give away.. 

03 Januari 2016

[TUTORIAL] CARA INSTALL JAWI/ARAB PADA KOMPUTER ATAU LAPTOP dan FREE DOWNLOAD FONT JAWI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bagi seorang cikgu agama, memang perlu tahu cara nak taip jawi ni...jadi, kena la install jawi ke komputer dan laptor untuk bolehkan dapat menaip jawi... jadi, MF nak kasi tutorial kepada sesiapa yang nak belajar taip jawi... walaupun bukan cikgu.. ataupun kepada yang nak belajar design jawi ke kan...

Jika guna Windows XP kena ada driver Windows, tapi bagi Windows Vista, Windows 7 dan ke atas tak perlu lagi driver... semuanya boleh setting sendiri je... mudah dah...

Caranya..

1. Klik START dan terus klik CONTROL PANEL.


2. Kemudian klik REGION AND LANGUAGE (Rujuk gambar di atas)

Akan keluar satu window popup macam kat bawah ni kan..


3. Klik KEYBOARD AND LANGUAGE. (Rujuk gambar di atas).

Akan keluar popup window lain... 


4. Klik ADD, kemudian akan keluar popup senarai bahasa yang ada... Cari Arabic (Saudi Arabia), tick dalam kotak kecil tu, dan klik OK. (Rujuk gambar di bawah)


Dah siap tu klik OK atau pun klik APPLY

Dah siap install la tu... 

Cara nak guna... Cuma tukarkan bahasa pada toolbar di bawah... (Rujuk gambar di bawah).



Dah ada AR, itulah bahasa Arab. Nak taip jawi, tukar je kat bawah tu kepada AR. Kalau bahasa Melayu atau English tukar kepada MS atau EN. 

Jika jawi atau arab mula dari kanan... Jadi set alligment dari kanan... Seperti yang MF bold dengan kotak merah seperti gambar kat atas, 

Dan font juga perlu tukar kepada jawi/arab, barulah fontnya yang lebih cantik..

Jadi, di sini MF nak share 108 font jawi/arab percuma khas kepada pembaca tutorial ini

Nak download, boleh klik sini: https://goo.gl/i7vjls

Dan MF share juga... Tips dan tricks nak taip simbol dalam kalimah tertentu:

sumber: JHDPicture

Semoga bermanfaat... Harap faham tutorial ringkas ni. Bagi yang dah tahu tutorial ni, kira sebagai ilmu Pengukuhan... Bagi yang baru tahu kira ilmu baru... Kalau tak faham boleh tinggalkan komen... 



11 Oktober 2015

Cara Login Akaun Nuffnang Yang Disekat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nuffnang semakin memperketatkan akaunnya..  Memang patut la kan.. sebab ada maklumat penting dalam setiap akaun pemilik Nuffnang ni...

Dari URL http kepada https...

Ramai juga blogger kata tak boleh nak login sebab sistem Nuffnang yang makin ketat ni... Tapi ada cara untuk loginnya... Cuma kita kena la tanggung risiko... Terutama jika kita login guna Wifi awam.  

Cara nak login akaun Nuffnang:

1. Buka URL Nuffnang seperti biasa dan Klik Advance seperti dalam gambar dibawah.

2. Kemudian akan keluar seperti di bawah dan klik "proceed to login nuffnang (unsafe)". 


 3. Kemudian keluarlah ruang untuk kita login seperti biasa.


Mudah je kan... 

Langkah keselamatan:
Tapi sebaiknya selepas kita login, logout semula. 
Jangan buat remember password pada browser. 
Clear history dan cache pada browser selepas selesai logout akaun Nuffnang... 

Terima kasih sudi baca Cara Login Akaun Nuffnang Yang Disekat! Semoga bermanfaat. Bagi yang dah tahu, anggaplah tutorial ni sebagai ilmu pengukuhan. 

01 Januari 2015

Tutorial: Letak Kalimah "Bismillah" atau "Assalamualaikum" Setiap Post Entry

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Alhamdulillah... akhirnya dah tahu cara nak buat sticky note dalam setiap entry..

Dulu pernah buat, tapi kalimah Assalamualaikum.. tapi bila kita membaca kita akan sebut kalimah tu.. kita jarang jawab salam..tu kepada penulis entry... jadi, MF nk gantikan Assalamualaikum tu dengan tulisan dan kalimah "Bismillah" sahaja.. tanpa gambar... mungkin ada yang dah tahu.. tapi MF buat untuk perkongsian ni untuk blogger baru dan yang nak tahu..

Mudah je caranya.. tutorial ni takde coding


Pergi kat Setting > Post and Comment > Post Template

Copy coding di bawah ni:



Pastekan pada Post Template

Kalau nak tukarkan perkataan "Bismilaah", korang, copy dan paste dalam notepad.. edit dulu tulisan yang korang nak tukar tu dan baru paste kn post template...

Kalau nak letak gambar... guna kod ini..



URL image boleh tukar ikut kehendak masing.. banyak freebies yang blogger lain sediakan.. contohnya di sini..

Simple je.. jadi tak perlu la lain setiap kali nak tulis entry.. sebab dah siap-siap ada...
Moga bermanfaat.. tujuan MF letak perkataan Bismilaah supaya kita dapat pahala.. membacanya dan membiasakan diri dengan bismillah sebelum memulakan sesuatu pekerjaan... insha Allah.. moga beroleh keberkatan...