Memaparkan catatan dengan label Trend. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trend. Papar semua catatan

01 Disember 2018

Disember 01, 2018

Boleh Ke Pakai Maskara, Eyeliner dan Bulu Mata Palsu?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Boleh Ke Pakai Maskara, Eyeliner dan Bulu Mata Palsu? | Wanita, suka dengan kecantikan. Disebabkan nak kelihatan mukanya cantik, sanggup buat apa sahaja.

Ramai dalam kalangan wanita Islam sudah tahu tentang hukum berkaitan kening.

Haram cukur dan lukis kening.

Tapi dalam trend merias mata, masih ramai wanita pakai maskara, eyeliner dan bulu mata palsu.

Boleh ke pakai semua tu?

Kita tak buang dan ubah pun kan tapi cuma tambah dan cantikkan... Boleh ke?

hukum pakai Maskara, Eyeliner dan Bulu Mata Palsu

Persoalan ini dijawab oleh beberapa orang ahli yang pakar dalam agama berdasarkan dalil serta perbahasan ulama terdahulu.

Jawapanya:

Pemakaian bulu mata palsu adalah HARAM selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu:
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934) 
Apa-apa perbuatan berhias diri dengan melampau maka ia DIHARAMKAN dalam Islam. 
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk. 
Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan ZAMAN KAFIR JAHILIYYAH.

Jelas kan... Pakai bulu mata palsu haram... sebab kita tambah... macam kita pakai rambut palsu juga. Kalau dah pakai yang add on pun haram, apatah lagi trend zaman sekarang iaitu sambung dan tanam bulu mata palsu... lagilah haram kan... 

Apa pun dalam solekan kita kalau berlebihan, haram hukumnya... Apatah lagi solekan yang sampai merubah wajah asal seseorang.

Kenapa haram? sebab ada unsur penipuan...

Rupa sebenar lain... tapi ditutup dengan solekan jadi lain.

Muka asal berkerepot atau tak licin pun, tapi sebab solekan... nampak licin, muda je...

Kalau lelaki yang tengok.. nak kahwin.. lain jadinya.. dan memang pernah terjadi perkara ni,.. sampai bercerai akhirnya, sebab si lelaki rasa tertipu... 

Jadi, nak solek boleh... cukuplah bersederhana... jangan lebih-lebih sangat...
Natural tu lebih baik...

sebab ...

Allah jadikan kita cukup cantik...
Tambahkan akhlak yang cantik... akan bertambah cantik... insha Allah...

30 November 2018

November 30, 2018

Boleh Jadi Kaya, Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Boleh Jadi Kaya, Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan | Seram tengok zaman sekarang, orang berlumba nak jadi kaya raya.

Masa belum kaya... niat semua suci murni... Tapi bila dah kaya... orang miskin dipandang sipi...

Itulah realiti...

Islam tidak melarang kita jadi kaya... Tapi andai kekayaan kita tu menjadikan kita jadi hamba kepada kekayaan kita, lebih baik hidup sederhana.





عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ وَالْخَمِيصَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya; “Binasalah hamba wang: dinar dan dirham, hamba pakaian, dan dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira.” (HR Bukhari No: 5955) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang Islam dilarang menghambakan diri kepada harta benda dunia kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada seseorang di akhirat kelak.

2.  Harta benda dunia yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang berbentuk wang ringgit dan sebagainya adalah cubaan untuk mengukur imannya terhadap Allah SWT. Oleh itu, hendaklah menggunakannya kepada perkara-perkara yang diperintah oleh Allah SWT dan RasulNya.

3.  Orang Islam dilarang terlalu gembira apabila menerima sesuatu nikmat dan jangan berdukacita apabila ditimpa musibah.

4.  Harta yang tercela ialah harta yang lebih daripada keperluan dan mengganggu daripada mengingati Allah SWT serta tidak digunakan untuk taat kepada Allah SWT.

Jika kita menjadi hamba kepada harta dan wang ringgit, ia akan membinasakan masa depan kita di sisi Allah. Jadikan harta didunia sebagai jambatan untuk ke akhirat.


Boleh jadi kaya, tapi jangan terlalu mengejar kekayaan hingga lupa Allah...

Tanda kita ni dah jadi hamba duit:
1. Siang malam kejar duit, cari rezeki katanya hingga lupa anak bini.
2. Tidak bersosial dengan orang sebab kerja
3. Tak cukup gaji yang ada buat parttime pula.
4. Hati jadi keras bila bab duit.
5. Tak kisah halal haram asalkan duit.
6. Habiskan duit untuk dunia bukan untuk akhirat.
7. Bermegah dengan duit dan kekayaan untuk dapat nama dan pujian.

Check lah diri sendiri kot kita dah jadi hamba duit...

Tak salah kaya dan berduit, asalkan fikirkan sumber dan ke mana nak salurkan duit bila kita ada duit.

Nak sedekah tak perlu tunggu kaya...
sebab kalau nak kaya, bersedekahlah...

Dah kaya jangan lupa zakat;
kerana itulah punca rezeki kita jadi berkat.

18 November 2018

November 18, 2018

Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam | Bitcoin, dah lama dah muncul dalam system muamalat di dunia.

Kemunculan Bitcoin menimbulkan persoalan tentang hukum.

Bagi orang yang kisahkan pasal hukum, pasti akan kaji selidik, Tanya pakar ulama, cari dalil yang ada sebelum join Bitcoin.

Bitcoin ni apa?
Bitcoin ni mata wang digital. Tapi ada beberapa buah negara tak iktiraf pun Bitcoin ni sebagai matawang.

Tapi sehingga hari ni ramai yang join Bitcoin ni sebab nilainya yang sangat tinggi.

Orang Islam pun ramai dah join Bitcoin.

Tapi bagi yang memegang kepada hukum... Pasti nak tau hukum kan...

Setelah sekian lama tunggu, akhirnya Mufti Wilayah Persekutuan, keluarkan kenyataan rasmi tentang hukum Bitcoin.

Dalam artikel yang di tulis di web rasmi Mufti Wilayah memang panjang berjela lah... sebab siap dengan bukti, hadis dan segala pendapat dari pelbagai pihak.

Tapi, dalam entry ini MF akan cuba ringkas dan olah sebab bukan semua suka baca panjang-panjang kan.

Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam

hukum bitcoin

KEDUDUKAN BITCOIN SEBAGAI MATA WANG

Persoalan samada bitcoin adalah sejenis mata wang atau tidak masih lagi diperdebatkan. Menurut The Economist, Bitcoin menepati 3 ciri-ciri mata wang:

  • sukar diperoleh
  • bekalannya terhad
  • mudah untuk dipastikan (verify).


Setakat kajian ini dilakukan, Bitcoin masih kekal sebagai mata wang kripto yang paling mudah dicairkan dan terbesar di pasaran dari segi aktiviti pengguna dan aktiviti pemaju.

Ia mempunyai jumlah dagangan harian melebihi USD 10 bilion dan penilaian pasaran USD 135 bilion (setakat 18 April 2018).

Dalam Islam, para sarjana meletakkan pelbagai ciri mata wang sama ada ciri fizikal, teknikal dan seumpamanya.

Contoh ciri fizikal ialah senang dibawa, dikira, ketahanan dan seumpamanya.

hukum bitcoin
sumber: google images
Namun ciri penting yang perlu ada sebagai mata wang ialah dua sifat utama:

1. Diterima umum:

Wang hendaklah diterima umum tidak kira dalam sistem ekonomi apa sekali pun bagi berfungsi sebagai alat tukaran.

Imam Malik berkata, andainya kulit dijadikan wang oleh sesuatu masyarakat, maka aku akan haramkan ia ditukar dengan emas secara bertangguh.

Oleh itu, dapat difahami di sini bahawa apa sahaja yang diterima umum sebagai mata wang, maka ia boleh dijadikan wang. Walaupun kulit kambing, bitcoin, garam dan gula. Wang kertas yang ada ketika ini diterima umum, walaupun cuma kertas dan ia disahkan oleh kerajaan.

2. Kestabilan nilai:

Sifat ini sangat penting kepada wang untuk menjalankan fungsi wang. Secara umumnya, nilainya yang stabil dan tidak mudah naik dan turun secara mendadak. Jika mata wang nilainya tidak stabil, maka ia tidak boleh berfungsi sebagai penyimpan nilai.


Risiko Bitcoin

Bitcoin (dan juga mata wang kripto yang lain) merupakan satu produk inovasi moden yang masih baru dalam pasaran, dan sudah pasti ia mempunyai risiko dan masalah yang masih belum diselesaikan hingga sekarang. Antaranya ialah:

1. Naik turun nilai yang sukar dikawal dan dijangka akibat spekulasi berlebihan para pelabur (fluctuation/volatility)

Sewaktu Bitcoin mula-mula diperkenalkan, nilainya tidak melebihi USD1, namun sejak itu ia mula mendapat populariti diseluruh dunia dan nilainya terus meningkat naik.

Bitcoin memulakan tahun 2017 dengan nilai USD 966, dan naik mendadak hingga merekodkan harga tertinggi dalam sejarah pada USD19,850 pada pertengahan Disember, ia tiba-tiba mengalami penurunan mendadak kepada USD12,000 hanya dalam masa beberapa hari.

Namun demikian sejak awal 2018, harga bitcoin mula menunjukkan sedikit kestabilan, dengan konsisten mengekalkan paras USD6000 sejak pertengahan 2018. Sejak tiga bulan belakangan pula, ia berada dalam lingkungan USD 6,300 hingga USD 6,700, menunjukkan tahap kestabilan tertinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Namun ketidakstabilan ini tetap melahirkan kebimbangan bahawa fenomena Bitcoin ini tidak lain hanya seperti buih yang akan pecah pada bila-bila masa. Ketidakstabilan harga Bitcoin ini juga menumbuhkan minat kepada mata wang kripto alternatif yang lain seperti ethereum, litecoin dan XRP.

2. Risiko penggodaman terhadap sistem

Setakat kajian ini dilakukan, kes kecurian terbesar melibatkan bitcoin berlaku pada tahun 2014, apabila pusat dagangan terbesar ketika itu Mt. Gox telah kehilangan sejumlah 850000 bitcoin akibat penggodaman terhadap sistem komputer mereka, dengan nilai kerugian ketika itu berjumlah USD 480 Juta.

Sementara untuk kes terkini pula melibatkan Youbit, sebuah pusat dagangan bitcoin di Korea Selatan yang telah jatuh muflis pada Disember 2017 setelah hampir 4000 bitcoin milik para pelabur dicuri dalam satu siri serangan siber.

Sehingga kajian ini dilakukan, dianggarkan kira-kira 980 000 Bitcoin telah dicuri daripada bursa, dengan kerugian dianggarkan USD 15 Bilion menurut nilai semasa.

3. Dieksploitasi oleh penjenayah untuk kegiatan penggubahan wang haram dan mendanai aktiviti keganasan

Pada Januari 2017, Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Keuangan (PPATK) yang merupakan satu agensi anti penggubahan wang haram Indonesia melaporkan bahawa Bahrun Naim, salah seorang penyokong Daesh menggunakan bitcoin untuk mendanai aktiviti keganasan kumpulan militan itu di Syria.

Sementara itu pada Disember 2017, sebuah mahkamah persekutuan di New York, Amerika Syarikat (AS) telah mendakwa Zoobia Shahnaz, seorang wanita warga AS kelahiran Pakistan atas tuduhan mendanai aktiviti pengganas Daesh menggunakan saluran bitcoin dan lain-lain mata wang kripto melibatkan dana berjumlah USD 85000.

Jabatan Keadilan (Department of Justice) (AS) dalam kenyataan sama menambah bahawa pertuduhan tersebut masih lagi di peringkat siasatan dan tertuduh belum bersalah selagi belum terbukti.

Namun disebalik kes-kes yang dilaporkan, beberapa pakar masih enggan membuat kesimpulan bahawa mata wang kripto sememangnya satu ancaman secara mutlak dari sudut membantu aktiviti keganasan.

Sebagai contoh, David Carlisle, seorang konsultan bagi Royal United Services Institute (RUSI) yang merupakan badan pemikir bebas tertua dunia dalam bidang pertahanan dan keselamatan antarabangsa menyebut bahawa masih belum jelas samada mata wang kripto akan menjadi sumber dana utama bagi aktiviti pengganas. Bahkan tanpa mata wang kripto sekalipun, mereka telahpun mempunyai banyak sumber kewangan lain yang tidak putus-putus.

Tambah beliau lagi, tanggapan bahawa mata wang kripto adalah satu ancaman besar dari sudut keselamatan memberi gambaran seolah-olah sistem kewangan konvensional sedia ada tidak mempunyai risiko dieksploit ke arah mendanai aktiviti keganasan.

4.  Kemunculan skim-skim pelaburan palsu berasaskan bitcoin dan mata wang kripto

Terdapat banyak skim pelaburan palsu yang menggunakan bitcoin sebagai tarikan kepada pelabur yang telah muncul selaras dengan perkembangan mata wang kripto tersebut sama ada di peringkat nasional mahupun global.

Antara contoh syarikat tersebut ialah Bitkingdom, Ethtrade Malaysia dan Ethtrade Limited, yang berdaftar di Hong Kong, dan syarikat-starikat ini telah tersenarai di dalam Bank Negara Financial Consumer Alert pada 23 Jun 2017.

Pandangan Badan Fatwa dan Sarjana Islam Berkenaan Bitcoin

Secara umumnya, para cendekiawan Islam telah berbeza kepada 3 pandangan dalam menentukan hukum bagi bitcoin ini sepertimana yang berikut:

1.  Pandangan Yang Mengharamkan

Terdapat badan fatwa dan sarjana Islam yang mengharamkan penggunaan bitcoin ini antaranya ialah:

i.  Darul Iftaa’ Misriyyah (Majlis Fatwa Mesir) [66]

Keterlibatan dalam urusan bitcoin adalah tidak dibolehkan dari sudut syarak kerana risikonya yang terlalu besar terhadap individu dan negara. Menurut Mufti Republik Mesir Syeikh Shauqi ‘Allam, bitcoin diharamkan berdasarkan kepada alasan-alasan yang berikut:

(a) Bitcoin tidak menepati syarat untuk diiktiraf sebagai mata wang.

(b) Ia mempunyai unsur jahalah, gharar dan manipulasi yang amat sukar dikawal.

(c) Ia tidak mempunyai nilai sandaran dan tidak dikawal selia mana-mana pihak berautoriti.

(d) Pengeluaran mata wang adalah hak mutlak pemerintah dan institusi kewangan rasmi sesebuah negara.

(e) Ia juga boleh menjadi saluran untuk kegiatan-kegiatan haram dan melanggar undang-undang seperti mendanai aktiviti pengganas (Daesh), penggubahan wang haram dan mengelak daripada membayar cukai (tax evasion).

(f) Ia adalah pelaburan yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kerugian menyeluruh terhadap pelabur, serta pelabur juga tidak disediakan sebarang ganti rugi atas kerugian tersebut.

ii.  Syeikh Ali Qaradaghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia)

Dalam satu temu bual dengan Aljazeera Mubasher Channel yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Aljazeera Mubasher Channel pada 4 Januari 2018, beliau menyatakan bahawa beliau masih belum berbuat sebarang ketetapan akan hukum bitcoin kerana faktor kesamaran yang masih menyelubungi isu ini dan keperluan untuk meneliti lebih lanjut sudut positif dan negatif mata wang digital ini. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang mengharuskan atau mengharamkan Bitcoin secara mutlak, dan beliau menggesa agar para ulama dan pakar ekonomi mengadakan satu pertemuan khas bagi mencapai satu kata sepakat berkenaan isu ini.

Sistem pengeluaran dan transaksi bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’ie, kerana ia amat terdedah kepada kegiatan-kegiatan haram dan salah guna oleh pihak tertentu, seperti penggubahan wang haram serta menggugat integriti sistem kewangan negara.

Tambah beliau lagi, kebanyakan mata wang kripto yang ada pada masa sekarang tidak menepati syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk sesuatu itu diiktiraf sebagai mata wang:

  • Medium pertukaran (medium of exchange)
  • Penyimpanan nilai (mahkzunan lil tsarwah atau store of value)
  • Ukuran kestabilan (Miqyas lil Qiyam)
  • Ukuran penerimaan umum (Mi’yar li Tadawul)


Menurutnya lagi, bitcoin boleh menjadi harus jika sekiranya penambahbaikan dilakukan terhadapnya dan ditetapkan beberapa dhawabit (parameter) dalam pelaksanaannya. Antara cadangan beliau adalah supaya kerajaan mengiktirafnya dan menjadikannya sebagai mata wang alternatif kepada mata wang sedia ada bagi melindungi para pelabur daripada sebarang kerugian, dan agar kerajaan boleh mengawal selia segala aktiviti berkaitan.

Beliau juga menasihatkan agar umat Islam mengelakkan penglibatan dengan bitcoin buat masa sekarang kerana risikonya yang terlalu besar. Bagi umat Islam yang telah terlibat dengan urusan bitcoin, mereka diminta agar segera menjualkannya, dan mereka berhak menyimpan nilai modal sewaktu membeli bitcoin dan menyedekahkan hasil keuntungan pelaburan bitcoin tersebut (capital gain) kepada mana-mana pihak yang memerlukan.

iii.  Wifaq al-‘Ulama (United Kingdom)

Menurut badan ini, bitcoin adalah tidak dibenarkan atas beberapa faktor, iaitu harganya di pasaran yang sangat tidak stabil, serta kaedah penempaan bitcoin (mining) yang mempunyai unsur perjudian.

iv.  Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah

Beliau secara peribadi menyatakan bitcoin dilihat satu alat baru yang tidak dapat dipastikan identitinya secara khusus sama ada ia berbentuk mata wang atau sebaliknya. Namun, dalam masa yang sama tidak dinafikan terdapat beberapa isu syariah terhadap mata wang ini seperti kadar spekulasi yang tinggi, mudah berlaku penyelewangan dan penipuan, tiada sandaran, tiada kawalan daripada pihak berautoriti dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan faktor-faktor tersebut, beliau berpandangan bitcoin tidak diharuskan bagi menjaga kepentingan masyarakat awam.

2. Pandangan Yang Mengharuskan

Sebahagian sarjana lain pula mengharuskan penggunaan mata wang ini antaranya:

a. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (Pengerusi Eksekufti Amanie Advisors) dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah BNM dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah SC)

Dalam satu pembentangan dalam program ‘Cryptocurrency, Blockchain & Distributed Ledger Technology: Synergizing Technology & Shariah’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 29 November 2017, beliau menyimpulkan bahawa Bitcoin adalah patuh syariah, namun depan mata wang kripto tersebut masih lagi tidak jelas. Beliau berpandangan pelaburan dalam Bitcoin adalah harus, dan keuntungan yang diperoleh dikenakan zakat. (yang main bitcoin wajib bayar zakat jika korang kata bitcoin itu harus dengan berpegang kepada pandangan ini)

Beliau telah menolak hujah kalangan yang tidak bersetuju dengan Bitcoin bahawa ia mempunyai elemen gharar (ketidakpastian / ketidakjelasan) kerana nilai yang sangat tidak stabil dan kemungkinan sistem mata wang digital itu sendiri akan runtuh (collapse) pada bila-bila masa.

Beliau berkata risiko (khatar), tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia harus dibezakan dengan gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara yang normal dalam setiap perkara sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.

Volatility bitcoin pula tidak boleh dijadikan ‘illah kepada pengharaman bitcoin dan ia tidak memainkan peranan dalam menentukan status Sharia-compliancy sesuatu perkara. Beliau memberi contoh emas, yang mana nilainya adalah sangat tidak stabil, namun ia tidak bermakna jual belinya perlu diharamkan. Langkah yang perlu diambil adalah memperkenalkan peraturan dan regulasi untuk mengawal kestabilan nilai dan mengurus transaksinya. Hal yang sama juga harus diperkenalkan untuk bitcoin.

Dalam satu artikelnya yang lain, beliau sekali lagi menegaskan bahawa mata wang kripto adalah patuh syariah dan memenuhi semua syarat mata wang yang digariskan, serta menyatakan naik turunnya nilai mata wang adalah perkara biasa yang ditentukan oleh aspek pasaran dan kepercayaan pengguna. Selain itu, beliau juga menulis bahawa mata wang ini sekurang-kurangnya boleh menjadi mata wang yang sah kepada mereka yang percaya kepada nilaiannya. Berkenaan risiko penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan bitcoin pula, beliau menjawab bahawa wang kertas juga terdedah kepada aktiviti pelanggaran undang-undang sebelum beberapa peraturan dan regulasi diperkenalkan bagi menangani masalah tersebut. Beliau percaya minda manusia akan mampu mengawal selia urusan kewangan berasaskan teknologi ini.[71]

b.  Dr. Zaharuddin Abd Rahman (CEO Elzar Shariah Advisory Sdn Bhd)

Dalam rancangan Bismillah Ad-Duha yang disiarkan Astro Oasis pada 23 Disember 2017 lalu, Dr. Zaharuddin telah menyebut beberapa perkara penting berkenaan isu ini. Beliau mengakui telah mencuba sendiri bitcoin ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang mata wang kripto ini.

Menurutnya lagi, elemen gharar tidak ditemui pada peringkat penciptaan dan penghasilan bitcoin itu sendiri, tapi ditemui sewaktu peringkat transaksi di bursa (exchange) di mana kita tidak boleh benar-benar memastikan transaksi itu benar-benar telah berlaku tanpa sebarang penipuan.

Seteleh melakukan penelitian, beliau mengatakan bitcoin boleh digunakan dalam urusan jual beli kerana ia menepati ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, namun ia bukanlah satu legal tender iaitu mata wang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara.

Beliau juga mengharuskan menyimpan Bitcoin sekadar untuk menyimpan nilai dan melawan inflasi, dan untuk dijual semula apabila memerlukan wang tunai pada masa hadapan, dan tidak harus disimpan sebagai satu bentuk pelaburan.

Beliau mengingatkan bagi sesiapa yang telah melibatkan diri dengan Bitcoin untuk membayar zakat simpanan apabila cukup haul, selain larangan daripada memperdagangkan Bitcoin kerana ia adalah satu bentuk mata wang yang dilarang daripada diperdagangkan dalam Islam.

Beliau turut menambah kepentingan kajian yang mendalam bagi sesiapa yang ingin melibatkan diri dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto agar tidak terjebak dengan skim penipuan yang banyak muncul sejak akhir-akhir ini. Akhirnya beliau juga menjangkakan bitcoin akan menjadi lebih stabil pada masa akan datang.

c.  Mufti Muhammad Abu-Bakar

Berdasarkan kajian yang beliau lakukan bertajuk Shariah Analysis of Bitcoin, Cryptocurrency, and Blockchain, beliau cenderung untuk mengharuskan bitcoin dengan beberapa syarat:

Bitcoin hanya diharuskan di negara-negara yang tidak melarang transaksi bitcoin. Adapun jika undang-undang negara tersebut melarang, maka ia turut dilarang daripada sudut syariah.
Bitcoin haruslah dijual beli / digunakan sebagai satu mata wang menurut tujuan asal ia dicipta, dan bukannya sebagai satu aset pelaburan.
Beliau turut menasihatkan pengguna agar berhati-hati dengan sebarang skim penipuan yang cuba memperdaya pengguna dengan menjanjikan keuntungan berlipat ganda atas nama pelaburan bitcoin, serta risiko kerugian yang bakal dihadapi memandangkan ketidakstabilan nilainya di pasaran.

3.  Tawaqquf (belum memberi pandangan secara rasmi)

Terdapat juga pandangan ulama yang bersifat tawaqquf iaitu masih lagi belum memberikan ketetapan pada permasalahan kerana ingin mendapat gambaran yang lebih luas dan menyeluruh antaranya:

International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
Dalam satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Marjan Muhammad [75] di Persidangan Meja Bulat Mata Wang Kripto dan Sistem Kewangan Digital di Dewan Besar IKIM (28 Februari 2018), dikemukakan beberapa pandangan badan fatwa dan sarjana berkenaan isu bitcoin ini. Namun ISRA tidak melakukan sebarang pentarjihan ke atas mana-mana pendapat.[76]


Kesimpulan:


hukum bitcoin
sumber : google images


Mufti Wilayah menyimpulkan bahawa ada beberapa sebab Bitcoin ini haram buat masa ini:

1. Nilai yang tidak stabil.

Didapati mata wang ini tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten. Meskipun masyarakat umum boleh menerimanya sebagai mata wang namun ketidakstabilan nilai pada mata wang ini boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.

2. Tidak diselia oleh badan yang berautoriti

Ketiadaan badan berautoriti yang mengawal selia mata wang ini juga boleh mengundang pelbagai perkara negatif seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.

3. Bitcoin sebagai aset pelaburan bukan mata wang alternatif

Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan, dan ia tidak menepati tujuan asal penciptaan bitcoin itu sendiri, iaitu sebagai mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat yang sedia ada.

4. Perlu ada sekatan kerana ada kemudharatan

Justeru, tindakan menyekat penggunaan mata wang ini adalah wajar berdasarkan kepada kaedah Sadd al-Zarai’ (menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan) agar ia tidak berlegar di kalangan masyarakat umum. Sesuatu yang asalnya harus boleh dicegah apabila ia ternyata boleh membawa kemudaratan yang lebih besar.

Pemerintah dan badan berautoriti juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin ini demi memelihara maslahah masyarakat umum. Perkara ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut:

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

Maksudnya: Tindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah.

Tidak patuh syariah

Maka mata wang bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’iy kerana ia tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, dan ia mampu memberikan pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum.

Hukum Boleh Berubah dari Haram kepada Harus Jika...

Namun begitu, hukum ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin samada dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan regulasi untuk mengelakkannya daripada diekploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan hujahan ini juga, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam, diputuskan bahawa Bitcoin mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh kerana itu, penggunaan Bitcoin yang ada pada masakini sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.

Secara ringkas je ni... Bacaan Penuh dengan penjelasan yang padat dan teliti.. boleh baca di link ini:

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2773-bayan-linnas-153-hukum-penggunaan-mata-wang-bitcoin

Jangan malas baca.

Bagi yang hentam mufti... mohon istighfar bebanyak ye... sebab punya lama buat kajian dan selidik nak cari bukti dan dalil sebelum keluarkan artikel ni.

Tapi ada yang mengharuskan... Korang nak ikut yang tu... silakan... Tapi macam dalam artikel di atas... hasilnya wajib bayar zakat bila cukup haul dan nisab.

Jadi, jelas dan terjawab lah persoalan sebelum ni...

Jadi, korang nak join ke tidak...

Tepuk dada tanya iman...

Nak jadi kaya memang mudah... tapi fikirkan juga halal haramnya... sebab akan jadi darah daging kita... dan kesannya turut kena pada ibadah kita...

Fikir-fikirkan... 

16 November 2018

November 16, 2018

Kenapa dalam neraka ramai wanita?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kenapa dalam neraka ramai wanita? | Ini bukan tuduhan tapi fakta berdasarkan Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w:

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim)


Bukan takde kaum lelaki masuk neraka, tapi masalahnya lagi ramai wanita dari lelaki di neraka.

Ustaz kata, orang perempuan ni, nak masuk syurga pun senang, tapi nak masuk neraka pun senang juga.

Kenapa dalam neraka ramai wanita? 

Kenapa dalam neraka ramai wanita?
Kenapa dalam neraka ramai wanita? 


Kenapakah Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa ramai ahli neraka adalah terdiri daripada golongan wanita?


Apakah kesalahan golongan ini yang menjadikan penghuni Neraka majoritinya adalah wanita? Berikut merupakan beberapa sebab kesalahan wanita tersebut;


#1 – Tidak Mentaati Suami

Seorang isteri yang mengingkari segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya.

Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri adalah bersyukur dengan nikmat setiap rezeki yang dibawa balik oleh suaminya.

Allah s.w.t juga tidak akan memandang golongan isteri seumpama ini, seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w;

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (Hadis Riwayat Nasaie)

Bahkan golongan wanita seperti ni adalah mereka yang sangat gemarkan kemewahan dan perhiasan yang yang berharga, berjenama dan cantik-cantik.

#2 – Derhaka Kepada Suami

Derhaka yang dimaksudkan terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu;

#1- Derhaka dengan ucapan.


  • Derhaka dalam bentuk ucapan adalah dengan berkata-kata yang menyakitkan dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya.

#2- Derhaka dengan perbuatan.


  • Memenuhi permintaan suami tapi dengan wajah yang tidak senang atau lambat mendatangi suaminya.


  • Isteri tidak mahu melayani keperluan batin suaminya, bermasam muka ketika melayani suami, menghindari suami ketika hendak disentuh, mengalang suami daripada mendatanginya dan perkara-perkara lain seumpamanya.


  • Isteri keluar rumah tanpa izin suaminya walaupun mengunjungi orang tuanya.
  • Isteri enggan untuk bersafar (melakukan perjalanan) bersama suaminya, mengkhianati suami dan hartanya, menerima tetamu tanpa izin suaminya menunjukkan aurat selain daripada suaminya.


  • Isteri enggan mencantikkan diri untuk suaminya sedangkan suaminya menginginkan hal itu.


  • Berjalan di tempat umum tanpa mahram, berbicara dengan lemah lembut dengan lelaki yang bukan mahramnya, puasa sunat tanpa kebenaran suaminya dan lain-lain lagi.


#3- Derhaka dengan ucapan dan perbuatan.


  • Seorang isteri juga menceritakan perihal suami yang tidak disukai oleh suami kepada rakan atau keluarganya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak, sehingga menjatuhkan pandangan buruk terhadap suaminya itu.


  • Meminta cerai tanpa sebab syarie atau mendakwa dirinya telah dianiaya atau dizalimi suaminya.




#3 – Mengingkari Suami

Daripada Abdullah bin Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakanlah istighfar iaitu memohon ampun kepada Allah s.w.t. Ini kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menghuni neraka.”


Lalu seorang wanita di antara mereka bangkit bertanya kepada Nabi;
“Wahai Rasulullah s.a.w, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”


Baginda s.a.w bersabda;
“Ini kerana kamu banyak mengingkari perintah suami. Maka aku tidak pernah melihat mereka yang kekurangan akal dan agama melainkan daripada golongan kamu.”

Wanita itu bertanya lagi;
“Wahai Rasulullah s.a.w, Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita adalah sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Adapun yang dimaksudkan dengan kekurangan agama adalah wanita yang tidak mendirikan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan disebabkan kedatangan haid.”


Selain itu, wanita sering derhaka pada suaminya juga suka membantah dan hanya mahu menegakkan pendapatnya tanpa memikirkan perasaan suaminya.


#4 – Bertabarruj


Tabarruj ialah seorang wanita yang  suka menampakkan keindahan perhiasannya serta batasan yang wajib ditutupnya dari pandangan lelaki bukan mahramnya.

Allah s.w.t telah melarang hal ini dalam firman-Nya yang bermaksud;

“Dan tinggallah kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu bertabarruj dengan tabarrujnya orang-orang jahiliyyah pertama dahulu.” (Surah al-Ahzab:33)


Terdapat sabda Rasulullah s.a.w tentang golongan wanita yang berpakaian tapi hakikatnya bertelanjang dengan pakaian mereka yang nipis, ketat dan tidak menutup aurat.

Mereka adalah golongan wanita yang suka dan gembira dengan menampakkan perhiasan mereka itu.

Padahal perbuatan seperti ini secara tidak langsung turut menyeret kaum lelaki ke dalam Neraka. Rasulullah sendiri menyatakan di dalam hadis yang sahih bahawa;

“Fitnah yang paling besar yang paling ditakutkan atas kaum lelaki adalah fitnahnya wanita.”

Oleh itu, hanya wanita yang bijaksana yang sentiasa mahu bertaubat kepada Allah s.w.t akan sentiasa memohon maaf dan keredaan daripada suaminya atas segala kesalahan yang dilakukannya.

Bahkan, akan sentiasa berusaha dan berazam untuk mencintai dan mentaati suaminya itu. Rasulullah s.a.w pernah menerangkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka.


Cara Untuk Menyelamatkan Dari Azab Neraka buat Kaum Wanita

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya, Baginda pun bangkit dan mendatangi kaum wanita lalu mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda;

“Bersedekahlah kamu semua, kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Jahanam!”

Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya dan dia pun bertanya;

“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab;
“Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu kufur terhadap suami!” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, bersedekahlah sebagai salah satu jalan untuk menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka.

Saling bermaafanlah antara suami isteri dan tutuplah aurat dengan sempurna. Semoga Allah s.w.t menyelamatkan kita semua dari azab api neraka, Amin.

Wahai kaum lelaki, sayangi dan selamatkanlah wanita-wanita kita dari api neraka Allah swt yang ramai penghuninya adalah wanita.

Semoga bermanfaat.

05 November 2018

November 05, 2018

20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung | Ada orang kata. . Susah la jaga rambut kalau bertudung. MF pernah statement macam ni orang seorang yang bertudung kemudian dah tak bertudung.. Moga dia kembali bertudung.

Sebenarnya, bertudung lagi senang nak jaga rambut daripada rosak akibat terkena cahaya matahari atau pencemaran.

Melakukan 20 rutin ni lagi lah memudahkan kita jaga rambut kita daripada rosak dan rapuh serta gugur.


20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

1. Cuci rambut secara berkala. 

Disarankan selang sehari untuk cuci rambut. Tapi kalau rasa kulit kepala berminyak atau tak selesa... Boleh saja cuci setiap hari. Sambil cuci tu urut kulit kepala. Pasti rasa fuhh..  Me Time dalam bilik mandi gitu..


2. Pilihlah syampu dan perapi yang betul

Pilih syampu dan perapi yang betul dan tepat ikut jenis rambut. Nak bagus pergi salon rambut.. Nanti dia akan cadangkan syampu dan perapi jenis apa yang sesuai dengan rambut kita.


3. Elakkan cuci rambut dengan air hangat/suam

kerana ia menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Bilas dengan air sejuk untuk melembutkan kutikel rambut.


4. Jangan pakai tudung ketika rambut masih basah. 

Pastikan rambut betul-betulkering sebelum pakai tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelemumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering menyebabkannya berminyak.

MF tak kan basahkan rambut kalau nak pergi kerja. Balik kerja baru basahkan rambut.


5. Sikat rambut sebelum cuci rambut.

Lepas buka tudung dan nak cuci rambut tu, sikat dahulu rambut dengan sikat bergigi lebar. Teknik ni bagus untuk elak rambut gugur begitu banyak ketika mandi.



6. Jangan terus cuci rambut lepas buka tudung.

Lepas balik rumah... Penat-penat tu.. jangan terus cuci rambut. Buka tudung dan lepaskan rambut. Biarkan dahulu peluh pada liang kulit kepala kering sebelum dicuci.



7. Pilih anak tudung yang betul

Sebaiknya anak tudung yang diperbuat daripada kapas. Dan elakkan anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala.


8. Jangan pakai anak tudung yang sama sebelum dicuci. 

Ye lah.. Kuman ke bakteria ke yang terperangkap pada rambut dan anak tudung tu... Tu yang buatkan rambut kita pun tak sihat.


9. Pilih gaya tudung yang tak terlalu tebal.

Sekarang ni banyak fesyen tudung berlapis-lapis, tapi kalau nak jaga rambut, sebaiknya pilihlah gaya tudung yang tak tebal sangat lapisannya. Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang bernafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak.



10. Ambil supplemen.

Untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat, diet yang baik juga sangat penting. Penjagaan dalaman! Ambillah makanan tambahan seperti biotin, silica, Vitamin B, C dan E, besi dan Omega-3.

20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung
20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung


11. Lepaskan rambut bila tidak bertudung.

Sepanjang memakai tudung, biasanya rambut diikat ketat. Justeru, apabila berada di rumah, lepaskannya selama yang boleh. Rambut yang kerap diikat menjadikannya mudah gugur dan mengubah tekstur halusnya.



12. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat. 

Longgarkan ikatan getah rambut agar rambut mampu ‘bernafas’.


13. Trim hujung rambut sebulan sekali.

Sebulan sekali, lakukan trim di hujung rambut untuk membuang bahagian yang bercabang atau merekah.


14. Gunakan pewangi rambut.

Gunakan pewangi rambut untuk disembur ke serata rambut sebelum dan selepas memakai tudung sekirangnya ada bau yang kurang enak.


15. Serum rambut.

Guna lah serum rambut, sebaiknya oleskan beberapa jam sebelum memakai tudung atau pakai sahaja pada waktu malam sebelum tidur.


16. Beri ruang dan peluang untuk rambut bernafas.

Dalam masa bertudung itu, kalau ada peluang tanggalkan tudung (macam kat surau atau ketika ke tandas), bolehlah dilakukan urut ringan ke kepala untuk memberi kelegaan dan rasa relaks.


17. Rawatan di salon rambut.

Sebulan sekali kunjungi salun rambut untuk mendapatkan rawatan rambut dan kulit kepala. Mengurut kulit kepala membantu melancarkan aliran darah agar rambut dapat tumbuh dengan sihat dan mengurangkan stres setelah seharian dipekup.


18. Pilih tudung yang berwarna cerah.

Tahu tak, memilih tudung yang berwarna lembut mampu memberikan kesan sejuk kepada kulit kepala, seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut? Jadi, elakkanlah memakai tudung berwarna gelap.

20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

19. Buat scrub rambut.

Seperti juga kulit wajah, kulit kepala pun perlu sentalan atau eksfoliasi untuk singkirkan sel kulit mati.

Cara mudah, campurkan beberapa camca gula bersama syampu dan gosokkan ke kulit kepala. Gosok dengan hujung jari dengan lembut. Lakukannya seminggu sekali.


20. Pakai perapi selepas syampu.

Selepas bersyampu, jangan culas memakai perapi rambut. Sapukan perapi hanya pada bahagian helaian rambut. Jangan terkena pada kulit kepala untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.


Nak cantik kena lah usaha ye dak... Harap anak kecik dah lepas setahun dapatlah manjakan diri pula lepas ni...

DAh berusia kena bertambah cantik... bukan untuk siapa.. untuk diri sendiri dan untuk suami juga kan.. 

12 Oktober 2018

Oktober 12, 2018

5 Panduan Beli dan Guna Produk Kecantikan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Panduan Beli dan Guna Produk Kecantikan | Beberapa hari lepas, MF ke kedai serbaneka... macam kedai DIY, macam-macam ada... Masa nak bayar, tertarik tengok rak produk kosmetik... Pelbagai warna... menarik...

Terus MF tengok ... macam menarik.. tengok lipstik pelbagai warna.. tapi... eh... jenama ni... halal ke... selamat ke... tak jadilah nak beli...

Balik rumah, cari maklumat dulu dengan produk tu... Hmm... rupanya ada yang tiruan...

Nasib tak beli... harga memang murah dan sebijik macam ori.. jenama pun tak ubah... tapi ianya tiruan... sebab apa.. harganya murah... kalau original.. beratus harganya...

Kalau pakaian atau produk lain... boleh lagi... tapi kalau barang make up ni janganlah beli yang tiruan... kot kang, elok putih mulus cantik... terus berkarat... jenuh nak sental dik...

Di sini MF nak kongsikan panduan untuk beli dan guna produk kecantikan dan kosmetik...

5 Panduan Beli dan Guna Produk Kecantikan

Daripada segi keperluan regulatori, setiap produk kosmetik yang berada di pasaran perlu mempunyai notifikasi dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk kosmetik bernotifikasi adalah tertakluk kepada pematuhan berterusan terhadap keperluan undang-undang yang ditetapkan ke atas pihak syarikat yang bertanggungjawab khususnya dalam aspek kualiti, keselamatan serta kesahihan tuntutan yang dibuat pada label atau iklan produk kosmetik.

Semakan bagi status notifikasi sesuatu produk kosmetik boleh dilakukan pada bila-bila masa menerusi laman sesawang rasmi BPFK iaitu di www.bpfk.gov.my.

sumber: google images

Sebagai salah satu usaha untuk melahirkan pengguna bijak dan lebih berinformasi, berikut adalah panduan-panduan yang boleh diikuti sebelum membeli atau semasa menggunakan produk kosmetik:

1. Membaca maklumat pada label dan sisip bungkusan (jika ada) produk kosmetik

Setiap pengguna hendaklah membaca maklumat yang tertera pada label produk kosmetik termasuk pada sisip bungkusan, jika ada sebelum membeli atau menggunakan sesuatu produk kosmetik. Label yang lengkap perlu mempunyai maklumat seperti gambar rajah di bawah:



Lazimnya, kesemua maklumat tersebut dinyatakan pada label terdekat atau pada bekas produk. Namun, terdapat juga produk yang dikepilkan bersama sisip bungkusan yang mengandungi maklumat yang diperlukan untuk rujukan pengguna.

Pengguna hendaklah menggunakan produk mengikut saranan, syarat atau cara-cara penggunaan yang telah dikhususkan seperti yang tertera pada label/sisip bungkusan produk tersebut.

Antara contoh yang perlu diambil perhatian adalah ‘Sunburn Alert’ susulan daripada penggunaan produk yang mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHA) dalam kepekatan tertentu.

Glycolic acid dan lactic acid adalah merupakan jenis AHA yang paling kerap digunakan dalam sediaan kosmetik dan pengguna produk sedemikian perlu mematuhi arahan agar tidak mendedahkan diri kepada sinaran matahari secara langsung serta sentiasa memakai pakaian perlindungan seperti cermin mata hitam, topi serta memakai produk penabir suria (sunscreen) semasa dan seminggu selepas menggunakan produk tersebut.

2. Sentiasa menyimpan produk kosmetik di tempat yang sesuai

Penyimpanan produk kosmetik dengan cara dan di tempat yang sesuai boleh memelihara kualiti produk kosmetik. Sebagai contoh, suhu persekitaran yang sangat panas boleh menyebabkan tekstur dan aroma sesetengah produk kosmetik seperti gincu bibir, krim pelembap dan pewangi (perfume) berubah dan boleh menyebabkan produk tersebut tidak sesuai untuk digunakan lagi.

Selain itu, pengguna tidak digalakkan untuk memindahkan produk kosmetik daripada bekas yang asal kepada bekas yang lain kerana kestabilan produk kosmetik dikhuatiri akan terjejas sekiranya ia disimpan dalam bekas selain daripada yang telah dikhaskan untuk produk tersebut.

Sekiranya terdapat perubahan fizikal yang tidak diingini terhadap produk yang sedang digunakan walaupun telah disimpan dan digunakan mengikut arahan yang dinyatakan pada label, pengguna dinasihatkan untuk menghentikan penggunaan produk tersebut dan melaporkan kepada BPFK agar siasatan lanjut dapat dibuat ke atas produk yang terlibat.

3. Membeli produk kosmetik daripada sumber yang boleh dipercayai

Kebanyakan produk kosmetik dapat diperoleh dan dibeli dengan mudah termasuklah dengan hanya membeli melalui kaedah pesanan atas talian. Produk kosmetik turut dijual di pasar malam dan kaki lima bangunan atau kedai yang mana sumber, kualiti serta tahap kestabilan produk tersebut diragui.

Oleh itu, pengguna perlulah lebih berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya membeli produk kosmetik daripada sumber yang meragukan walaupun produk-produk tersebut dijual dengan harga yang murah atau dijanjikan kesan yang kononnya sangat mujarab dalam tempoh yang singkat.

4. Merujuk kepada yang profesional kesihatan yang sesuai dan diiktiraf, jika perlu

Perbezaan antara individu menyebabkan keputusan yang berbeza terhadap produk kosmetik yang pelbagai di pasaran. Sekiranya menghadapi masalah kulit yang serius, pengguna sepatutnya merujuk kepada profesional kesihatan yang bertauliah atau pakar kulit.

Menurut Naib Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia, Dr. Mardziah Alias dalam artikel terbitan Utusan Malaysia pada 8 April 2008 berkata, pengetahuan yang kurang dan salah tanggapan bahawa masalah jerawat di muka boleh diatasi dengan hanya merujuk kepada pakar kecantikan telah menjerumuskan mereka kepada masalah kulit yang lebih serius.

Katanya lagi, jerawat merupakan sejenis penyakit kulit yang perlu dirawat oleh profesional kesihatan dan bukannya oleh pakar kecantikan yang tidak bertauliah menerusi penggunaan produk kosmetik yang mungkin ada kesan sampingan terhadap kulit manusia.

Justeru itu, orang ramai disarankan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai rawatan kulit dan produk-produk kecantikan menerusi pembacaan daripada sumber bacaan yang sahih atau pun merujuk terus kepada pakar kulit bagi mendapatkan nasihat serta kaedah penyelesaian yang lebih tepat dengan permasalahan yang dihadapi.

5. Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk kosmetik yang tidak beretika

Dengan peningkatan teknologi maklumat yang pesat, orang ramai lebih mudah terdedah dengan pelbagai maklumat yang sering kali didapati sukar untuk memastikan tahap kesahihannya. Iklan-iklan produk kosmetik tidak terkecuali daripada menjadi bahan yang disampaikan secara berantai di laman sosial atau pun diiklankan dengan meluas melalui laman blog tertentu.

Selain itu, media bercetak seperti majalah dan akhbar juga didapati turut disisipkan dengan iklan produk kosmetik.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih realistik terhadap kesan yang diingini hasil daripada penggunaan produk kosmetik dan tidak mudah terpedaya dengan sesetengah iklan produk kosmetik yang mengelirukan dan tidak munasabah.

Perlu diingatkan bahawa produk kosmetik tidak boleh diiklankan dengan tuntutan perubatan seperti untuk masalah ekzema, psoriasis, luka, menguruskan badan, mengurangkan kesakitan, mencegah jangkitan dan sebagainya.

Di samping itu juga, pengguna dikehendaki untuk berwaspada terhadap iklan yang menjanjikan kesan yang drastik seperti contoh kulit menjadi putih gebu dalam tempoh yang singkat kerana dikhuatiri produk sedemikian dicemari dengan bahan terlarang yang berbahaya dan boleh menyebabkan kesan buruk kepada pengguna.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my



Jadi, belilah produk kosmetik dari sumber yang sahih... Watson dan guardian adalah gedung yang dipercayai tempat jual kosmetik yang bermutu dan berkualiti... Jangan beli kat pasar malam ok... pesan kat anak perempuan yang sedang meningkat remaja untuk kelihatan cantik tu ok...

28 September 2018

September 28, 2018

Lagu Nasyid Agama Kedamaian Nyanyian Dato' Aliff Syukri dan Datin Nur Syahida

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lagu Nasyid Agama Kedamaian Nyanyian Dato' Aliff Syukri dan Datin Nur Syahida | Lepas dikecam akibat lagu Bobo di Mana, selepas minta maaf, akhirnya Dato' Aliff Syukri buat lagu nasyid...

Lagu ni berduet dengan isteri dia sendiri Datin Nur Syahida.

Lagu berjudul Agama Kedamaian adalah hasil idea dari Hafiz Hamidun...

Alhamdulillah... sedap juga lagi ni... lirik yang santai dan musik yang mendayu... sedap didengar...

Kan bagus begitu Dato', ada juga manfaat... orang yang dengar pun senang... dan Dato' pun dapat manfaatnya...

Kalau kita buat kebaikan kan dapat pahalanya...

Jom dengar lagu nasyid Agama Kedamaian...

Lagu Nasyid Agama Kedamaian Nyanyian Dato' Aliff Syukri dan Datin Nur Syahida
sumber: google

Lagu Nasyid Agama Kedamaian Nyanyian Dato' Aliff Syukri dan Datin Nur Syahida



Kalla hadzil ard mataqfii masahah
Lau na'isibila samahah
Wanta'ayasna bihab
Lau tadiqil ardi naskan kalla kolb
                 
Kalla hadzil ard mataqfii masahah
Lau na'isibila samahah
Wanta'ayasna bihab
Lau tadiqil ardi naskan kalla kolb
             
Abtahiyyat wabsalam
Ansyuru ahlal kalam jainuddin yahtirom
Abmahabbat wabtisam
Ansyuru bainil anam hadahu din assalam
               
Hadirlah kedamaian
Sebarkanlah ucapan
Yang penuh kemanisan
         
Kasih sayang
Dan senyuman
Sebarkan seluruh alam
Agama kedamaian

23 September 2018

September 23, 2018

5 Syarat Make Up Yang Wajib Wanita Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Syarat Make Up Yang Wajib Wanita Tahu | Make up, sinonim dengan kaum hawa. Adalah satu yang pelik dan dikatakan langgar fitrah bila lelaki yang bermake-up.

Make up, satu perkara yang harus dalam Islam... sebab Islam tu pentingkan kebersihan dan kecantikan. Tapi ada syaratnya semua wanita Islam wajib tahu dan wajib patuhi.

Jika langgar syarat ni, hukumnya haram dan berdosa.

5 Syarat Make Up Yang Wajib Wanita Tahu

5 Syarat Make Up Yang Wajib Wanita Tahu
sumber: google images

1. Bahan Make-up Mesra Wuduk

Bahan make up mestilah bahan yang mesra wuduk. Maknanya tidak kalis air dan mudah dicuci. Andai kata jika sukar dicuci, wajib gunakan bahan lain untuk cuci make up sebelum wuduk. Tak sah wuduk jika make up masih ada diwajah ketika wuduk..

Maskara, bulu kening dan lipstik antara make up yang sukar dicuci melainkan guna tisu basah atau memang bahan tu jenis yang mudah dicuci.

2. Tidak berlebihan/tabbaruj

Dalam bermake-up jangan berlebihan sehingga mencapai tabarruj. Sehingga menarik perhatian orang lain. Berpadalah dalam bersolek.

3. Tidak ubah rupa asal

Ada solekan yang boleh merubah bentuk asal. Sehingga tak kenal wajah sebenar. Contoh, pakai conceler untuk tutup kening asal dan lukis kening baru... pakai bulu mata palsu dan lebih parah lagi cukur kening dan cukur bulu mata.

Haram hukumnya, bersolek hingga merubah wajah asal dan apa yang ada pada wajah kita.

4. Bahan Make-up Wajib daripada Bahan dan sumber yang halal

Dalam Islam, sangat dititik beratkan bab halal. Dalam make up pun wajib cari bahan make up yang halal. Sebelum mencuba sesuatu produk pastikan halal. terutama produk dari luar negara.

Selain bahan make up halal, wajib juga dari sumber yang halal. Bukan hasil curi atau rampas barang make up orang lain...


5. Niat yang betul

Betulkan niat ketika bermake up... Kenapa kita bersolek...

Jika hanya sebagai motivasi dan menaikkan keyakinan diri. untuk keselesaan diri... harus hukumnya..

Tapi jika bersolek sebab nak pikat lelaki, mohon hentikan dan elakkan... berdosa hukumnya.

Sunat bermake up untuk suami dan berpahala berhias cantik dihadapan suami.


Itu serba sedikit MF kongsikan info tentang syarat Make up yang digariskan dalam Islam.

Tak salah nak bermake up.. asalkan patuh syariat dan hukum yang ditetapkan.

Niat yang betul akan beroleh pahala... dan jika niat tak betul .. fikirkanlah akibatnya.

Semoga bermanfaat...

24 Ogos 2018

Ogos 24, 2018

HORMATI BINATANG KORBAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


JAGA ADAB & HORMATI BINATANG KORBAN


Antara adab sebelum / sewaktu / selepas menyembelih binatang korban yang secara sengaja kita terlupa kerana sangat 'excited', elok-eloklah diberi perhatian...

📽1. Merakam dan memuatnaik gambar (selfie) dengan binatang korban

📽2. Merakam dan memuatnaik video keadaan binatang korban yang dalam keadaan 'nazak'

📽3. Merakam dan memuatnaik gambar (selfie) dengan kepala / bahagian2 tertentu binatang korban yang mungkin sensitif bagi sebahagian pihak / kaum lain

📽4. Merakam dan memuatnaik video keadaan2 yang mengaibkan semasa proses penyembelihan

📽5. Merakam dan memuatnaik gambar binatang korban yang telah disembelih dalam keadaan yang 'menyiksakan' ...dan lain2 lagi.

Jika ingin juga...
Rakam dan ambillah gambar-gambar yang bersopan & boleh menunjukkan keindahan Islam, bukan yang boleh menimbulkan salah faham dan persepsi negatif.

Kembalilah kepada tujuan dan matlamat korban itu sendiri.

#hormatibinatangsembelihan #hormatibinatangkorban #korbanadalahibadah

Sumber : Page Kisah Zakat Malaysia 

_________________________________
Kami ambil petikan dari mufti Pulau Pinang:

Jangan Viral Aksi Binatang Yang Hendak di Sembelih

Umat Islam sepatutnya tidak menjadikan haiwan korban sebagai bahan lawak jenaka, demikian tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata demikian setelah kesal melihat segelintir pengguna laman sosial ‘memviral’ gambar lembu korban sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati orang ramai.

“Saya menyeru umat Islam supaya tidak ‘memviral’ gambar gelagat haiwan korban kerana bimbang menimbulkan salah faham serta tanggapan negatif di kalangan masyarakat terutama individu yang ingin memburukkan imej Islam di mata dunia.

“Pada pandangan saya, tindakan ini amat mengecewakan dan jelas masyarakat kita suka berhibur sehingga berlebih-lebihan,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Salim berkata, tidak wajar mengambil gambar haiwan korban dengan pelbagai aksinya ketika disembelih.

“Walaupun tiada dalil yg melarang, namun tidak wajar dilakukan kerana mungkin ada yang menganggapnya sebagai perbuatan kejam.

“Di samping itu cara menyembelih yang tidak mengikut etika atau peraturan yang ditetapkan dalam syariat juga mungkin menambahkan lagi salah faham mengenai ibadat ini,” katanya.

Jelasnya lagi, antara etika penyembelihan haiwan menurut syariat hendaklah dilakukan dalam keadaan haiwan tenang dan tidak menimbulkan rasa takut atau resah.

“Justeru disarankan supaya diletakkan pengadang antara haiwan yang disembelih dengan yang menunggu giliran atau dengan cara menutup penglihatannya.

“Kita ingin menasihatkan juru sembelih supaya terlebih dahulu memahami etika sembelihan menurut syariat supaya dengan itu imej Islam sebagai agama rahmat dapat ditonjolkan kepada umum,” katanya.

Ibadat korban sepatutnya dilaksanakan secara serius dan menurut etika penyembelihan yang ditetapkan dalam syariat kerana tujuannya ialah untuk menghampirkan diri kepada ALLAH SWT.

Beliau berkata, individu yang menganjurkan ibadat berkenaan hendaklah menghayati hikmahnya daripada sudut sejarah dan sosial.

“Hikmah ibadat korban daripada sudut sejarah ialah penghayatan terhadap pengorbanan Nabi dua beranak iaitu Nabi Ibrahim yg sanggup menyembelih putera kesayangannya demi mematuhi perintah ALLAH SWT.

“Manakala hikmah ibadat korban daripada sudut sosial pula ialah memberi makan kepada golongan fakir miskin supaya mereka turut bergembira di hari raya yang mulia ini,” katanya.

Wan Salim mengulas isu berkenaan setelah beberapa pengguna laman sosial yang dilihat begitu seronok memaparkan pelbagai gaya lembu korban.

Menyedihkan apabila sesetengah gambar tersebut menimbulkan rasa lucu di kalangan pengguna laman sosial dan menjadikannya sebagai bahan lawak.

Kredit : Facebook Kisah Zakat Malaysia

18 Mei 2018

Mei 18, 2018

Kasut Jenama BATA Bakal Laku Keras Kerana Tun M

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kasut Jenama BATA Bakal Laku Keras Kerana Tun M | Sejak dua menjak ni. . Tun Dr. Mahathir kembali menjadi tumpuan dunia dan netizen.

Selepas menang PRU14 yang lepas dan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 Malaysia... Tun M semakin menjadi tumpuan semua.

Apa sahaja yang dibuat, dipakai dan apa sahaja pasal Tun M pasti akan menjadi tumpuan ramai mata... Hinggakan baru-baru ni kasut Tun M pun jadi tumpuan hingga jadi tular di media sosial.

Tujuannya cuma buat perbandingan dengan PM yang lepas... Gaya hidup Tun M kini jadi tumpuan ramai. Barulah orang nampak Tun M seorang pemimpin yang tidak mementingkan kebendaan sebenarnya.

Kasut Tun M pakai kini jadi tumpuan semua. Bahkan dulu, kasut atau selipar tu takde harga... Bahkan takde orang nak pandang. Tu selipar orang tua yang tinggal di ceruk kampung saja. Tapi kini, selipar itu kembali popular kerana Tun M.

Kasut yang Tun M pakai tu jenama Bata. Jenama yang biasa di Malaysia... Tiada gah mana.. Tapi dah lama bertapak di Malaysia.

Kasut Jenama BATA Bakal Laku Keras Kerana Tun M

Kasut Jenama BATA Bakal Laku Keras Kerana Tun M

Ikuti tulisan ini jika nak tau pasal Syarikat kasut BATA.. 

Tahu tak Bata ni berasal dari mana?

Oleh kerana harganya murah, ramai ingat ia syarikat tempatan. Hakikatnya Bata ni berasal dari Republik Czech. Saya baru tahu tentang hal itu semasa melawat negara itu pada tahun 2009. Itu pun sebab terbaca sebuah majalah di dalam keretapi dalam perjalanan menuju bandar Prague.

Syarikat Bata diasaskan pada tahun 1894 oleh keluarga Bata. Pada mulanya Bata hanya hasilkan kasut kulit, namun setelah masalah kewangan mereka terpaksa hasilkan kasut kanvas untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.

Kasut kanvas itu jadi sangat popular di kalangan masyarakat marhaen kerana harganya berpatutan. Mulai itu, Bata mula sinonim dengan kasut ekonomi. Ia juga mula dieksport ke luar negara. Perniagaan Bata melonjak naik lagi apabila Perang Dunia Pertama bermula. Mereka terima banyak tempahan kasut kulit daripada pihak tentera. Susulan itu, Bata jadi semakin gah.

Malangnya selepas Perang Dunia Pertama tamat, Eropah dilanda kegawatan ekonomi yang teruk. Tak ramai orang nak beli kasut. Orang semua nak beli makanan dan pakaian. Jadi, jualan kasut merundum.

Bagi menangani krisis itu, Tomas Bata, pemilik Bata telah lakukan sesuatu yang drastik tetapi berjaya memenangi hati rakyat dan pekerjanya. Harga kasut Bata diturunkan sebanyak 50% setelah para pekerja setuju gaji mereka dipotong sebanyak 40% dan memperkenalkan perkongsian untung dengan pekerja.

Bermakna, pekerja-pekerjanya jadi pemegang saham syarikat. Jika syarikat ada untung lebih, maka gaji akan meningkat setara dengan keuntungan syarikat. Selain itu, Bata juga membekalkan barang keperluan harian seperti makanan dan pakaian kepada pekerjanya pada separuh harga.

Berikutan langkah itu, produktiviti pekerja meningkat, dan Bata kembali membuang keuntungan. Melihat kesan positif daripada langkah itu, model perniagaan ini telah dibawa ke India. Kilang di India ada kantin vegetarian. Masyarakat di sana menyambut baik model ini, dan berebut-rebut orang nak bekerja di kilang Bata di sana.

Selain di Indian Bata mula juga mula bertapak ke seluruh pelusuk dunia. Seperti di India, kilang Bata di setiap negara yang ia bertapak, akan disesuaikan dengan masyarakat setempat. Ini termasuk aspek kemahuan pekerja dan pembeli.

Semasa Perang Dunia Kedua, pelbagai masalah dihadapi Bata. Ada asetnya di rampas oleh pihak tentera, di tuduh pengkhianat negara, dan ada usahawan mereka di penjarakan. Namun Bata berjaya harungi semua masalah ini kerana memiliki model perniagaan yang mengutamakan pekerja dan rakyat (baca: pembeli)

Hari ini, kasut dan selipar Bata ni, dipakai oleh berbillion-billion manusia seluruh dunia. Ini jenama-jenama di bawah naung Bata: North Star, Weinbrenner, Bubblegummers, Power, Bata Industrials (but keselamatan).

Siapa tak pernah pakai Bata? Atuk kita pakai, Ayah kita pakai, kita pakai, anak kita pakai, malah Perdana Menteri kita pun pakai Bata.

Kenapa dapat teruskan mandiri, dan menjadi pilihan?

Kerana Bata mengamalkan model perniagaan yang menurut citarasa dan kemampuan orang ramai, tanpa ketepikan kebajikan pekerja. Harapnya, kerajaan kita pun macam Bata jugalah. Hehe.

Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Selipar Tun M pakai ni pak MF pun pakai. Murah je harganya... Tak sampai RM15.



MF pernah sarung kat kaki... Berat kot... Tapi orang tua-tua majoriti suka selipar ni. Kalau MF pakai selalu terkeluar jari kot tepi... Hehe...

Disebabkan itu, Tun M menunjukkan beliau tak kisah pakai pakaian yang biasa-biasa... Insha Allah..  Moga ini juga jadi model dan teladan buat rakyat jelata agar bersederhana dalam kehidupan sebagai hamba biasa.

P/S: Sebelum ni tular juga cara Makan Tun M kan... Rahsia beliau kekal cergas walaupun berusia. 

22 Mac 2018

Mac 22, 2018

Dosa ScreenShots

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dosa Screen Capture | Di akhir zaman perkara dosa itu biasa. Bahkan orang tak tau sesuatu perkara yang dibuat itu adalah dosa, ini termasuklah dosa screen capture atau dosa screenshot.

Kenapa dikatakan screen capture tu dosa?

Ya, ianya jadi dosa jika sesuatu yang kita screenshoot tu untuk sebarkan aib orang... untuk fitnah orang. Ada juga yang screenshot kesilapan seseorang dan sebarkan serta dijadikan bahan lawak.


Kata Dr. Zaharuddin:

Antara DOSA SIBER yang meriah hari ini adalah screen capture facebook orang yang sedang mengata, mengumpat dan mengutuk seorang yang lain, kemudian diberikan screen capture itu kepada yang dikutuk agar bertindak balas atau kononnya 'membantu' mangsa. Itu sebenarnya namanya 'Nammam' atau juga 'Qattaat' iaitu pengadu domba yang dosa. Nabi sebut ( لا يدخل الجنة نمام) ertinya "Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba". (Hadis sohih riwayat Muslim) 
Moral : Jika sekadar seorang umpat, kutuk dan mengata. JANGAN sebarkannya khususnya kepada mangsa. Nasihatlah pengumpat & pengutuk, itu cukup. Selanjutnya balasan kelak nanti di barzakh & akhirat. 
Namun jika seorang memfitnah atau mencipta cerita bohong terhadap seseorang, itu barulah boleh 'screen capture' dan diserahkan kepada mangsa untuk tindakan lanjut yang sesuai seperti saman.

Kita diberi akan oleh Allah, boleh fikir kot perkara tu baik atau buruk. Sebelum nak sebarkan sesuatu aib orang, fikirkan jika orang buat kita begitu juga, apa kita rasa?

Jadi, hati-hati nak screenshot atau nak sebarkan screenshot orang lain... sebab apa yang kita buat sentiasa di "screenshot" oleh Allah... Renungkan...

12 Mac 2018

Mac 12, 2018

Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung | Matching atau padankan tudung dan baju ni similar dengan orang perempuan. Lelaki jarang la matching-matching ni.. yang biasa perempuan.

Orang perempuan, kalau tudung banyak satu almari tapi takde yang matching dengan baju memang dia akan kata takde tudung nak pakai.

Jadi, MF nak kongsi kombinasi warna yang sepadan dalam pakaian khususnya..

Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung


Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung

Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung

Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung

Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung

Moga lepas ni tau dah nak matching warna... terutama trend sekarang, fesyen baju plain satu warna.. jadi perlu tudung yang sesuai Supaya tak nampak pelik... Tapi orang suka memang pakai warna pelik... Hehe...

Sumber pic: Facebook

07 Januari 2018

Januari 07, 2018

Kek Jelly 3D

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kek Jelly 3D | Benda makan kalau dihias cantik nak makan pun terasa sayang. Zaman sekarang, orang sangat kreatif termasuk kat benda makan. Makanan pun ikut trend. Termasuklah kek..

Jika dulu kek spesen je kan... Sekarang ni dah Macam2 rupa bentuk, rasa dan ikut perkembangan zaman dah..

Yang terbaru, MF tengok kat Facebook Kek Jelly 3D.

Sebut kek jelly, ishhh ada ke yang nak makan... Sebab jelly... Rupanya topping je jelly, bawahnya kek span biasa...

Tapi yang menariknya, jelly itu dihias dengan lukisan 3D iaitu corak bunga yang sangat menarik.. Nak Makan pun terasa sayang...

Ini ada beberapa gambar MF screen shot dari Facebook... Nak tempah tu ada nombor dan nama page Facebook kat situ... Boleh direct contact kat situ... Jangan pm pula.. MF tak buat ye..

Kek Jelly 3D






Ada baca juga beberapa komen, nampak senang tapi ada tekniknya... Ada la tengok video dia.. Dia suntik warna pakai penyuntik khas ke dalam jelly tu.. Tapi MF rasa memang payah gak nak buat.. Kena berguru kalau nak buat kek nih..

Apa pun, bila tengok memang rasa sayang nak makan kan.. Cantik sangat... Tak jemu pandang kek Jelly 3D ini...

Sumber gambar:Facebook 

22 Disember 2017

Disember 22, 2017

Hukum Lelaki Pakai Ketat dan Nipis

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Lelaki Pakai Ketat dan Nipis | Bab aurat, selalu orang nampak perempuan yang banyak kesalahan sebab perempuan ni banyak auratnya. Seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan saja. 

Tapi sekarang ni, trend lelaki pun ada yang pakai baju ketat untuk nampakkan badan sado dan seluar ketat dan fit dengan bentuk kaki... 

Jika perempuan pakai camtu mesti kena kecam kan, bagaimana pula kalau lelaki pakai dengan pakaian yang ketat dan nipis hingga nampak bentuk tubuh badan?

Hukum Lelaki Pakai Ketat dan Nipis

Hukum Lelaki Pakai Ketat dan Nipis


Assalamualaikum.

Apakah hukum seorang lelaki menggunakan pakaian nipis dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Keadaan itu perlu diteliti. Jika dia memakai pakaian, maksud pakaian itu ialah menutup tubuh. Kalau, berpakaian tetapi menampakkan tubuh, tidaklah dinamakan berpakaian. Contohnya, di dalam Islam tidak dikira menutup aurat mereka yang memakai pakaian lutsinar seperti plastik. Firman Allah Taala:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

(Surah al-A'raf, 7:26)

Ini kerana perkataan " يُوَارِي سَوْآتِكُمْ" jelas menunjukkan sifat pakaian mestilah menutup aurat.

Kedua, pakaian yang dalam Islam tidak benar ialah pakaian yang يُلفِتُ النَّظَر (yakni terlalu menarik perhatian). Justeru, apatahlagi baju yang menampakkan tubuh badan, mungkin orang lelaki dengan orang lelaki tidak berasa apa-apa, tetapi dengan wanita jadi lain, yang membawa kepada syahwat dan membawa kepada ghairah. Sekali pun, ada yang boleh menjawab, ‘Saya pakai seluar sempurna menutup aurat, dari pusat ke lutut’. Namun, sesuatu perkara yang membawa kepada haram boleh juga jatuh kepada haram. Kaedah menyatakan:

ما أَدَّى إلى حَرَامِ فَهُو حَرَامٌ

Maksudnya: Perkara yang membawa kepada perkara yang haram, juga haram hukumnya.

Rujuk Qawaid al-Ahkam (2/218) oleh Imam Izz bin Abd al-Salam

Justeru, pakailah pakaian taqwa seperti nas di atas yang mematuhi Syarak. Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita dalam mengikuti agama-Nya.

Wallahua’lam..

Sumber: http://www.muftiwp.gov.my

Jadi, sama je lelaki atau perempuan, kalau pakai ketat tetap dikira tak tutup aurat tapi balut urat... 

03 Oktober 2017

Oktober 03, 2017

Baju Kurung Melissa dari SweetMuslimah Bakal Dilancarkan Esok!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Baju Kurung Melissa dari SweetMuslimah Bakal Dilancarkan Esok! | Belum reda baju kurung terbaru yang pernah MF ceritakan di >>>Entry INI<<<, SweetMuslimah tampil lagi dengan koleksi baju kurung trendy dan terbaru yang semestinya sweet bila dipakai.

Baju kurung ini bakal dilancarkan pada hari Rabu 4 OKTOBER 2017...

Jom, cuci mata tengok apa yang best dengan baju kurung terkini yang digelar #MELLISA ini...








Ni sebahagian sahaja MF paparkan... Nak tengok koleksi warna dan size yang ada, klik https://goo.gl/Sccq2M

Ini sebab Kenapa Wanita Wajib Miliki Kurung #MELISSA dari SweetMuslimah

(+) KOREAN LYCRA. Quality very high recommended untuk wanita yang sukakan kain exklusif. Mellisa ini confirm membuatkan rakan-rakan korang pandang berkali-kali! En Suami? Pasti pandang tak berkelip mata.
.
(+) THE SLIMMY CUT. Effect “SLIMMY” cut di hadapan baju dan corak menarik di side baju korang.  Confirm En Suamy teringat korang setiap masa!
.
(+) THE TENTOPS. 10 pilihan warna segar yang paling meletops! Warna-warna ini bakal 'meltingkan' hati En Suami. Nak Mahogany? Fuschia? Zaffre? Semua top colour ada! Pilih aje nk tackle hati En Suami dengan warna apa..
.
(+) INSTANT KURONG. Menariknya! Mesti korang tercari-cari konsep baju kurung paling laju nak siap tapi yang simple but look EXCLUSIVE! Iye, tipulah kalau korg tak tergoda lepas ni. Sarung jer, tarraa..dah siap
.
(+) IRONLESS. Don't worry sis! Kurung MELLISA ni IRONLESS, maksudnya tak perlu iron. Dalam masa beberapa saat je sis dah kelihatan SUPER ANGGUN. Of course, En Suami sure suka sebab jimat masa nak bersiap!
.
SWEET MUSLIMAH nak bagi MELLISA OFFER ni.. Sangat LIMITED, hanya untuk yang betul-betul PANTAS & AWAL je... Maknanya, keluaran untuk baju kurung ni terhad ... Tak banyak stok... Jadi, yang terawal je dapat baju kurung ni...
.
#MELLISA akan officially launch pada:

Hari: RABU 4 OCTOBER 2017
Waktu: 10 pagi
Tempat: Website Sweet Muslimah

Sila buat tempahan segera di link ini:

https://goo.gl/Sccq2M
https://goo.gl/Sccq2M
https://goo.gl/Sccq2M

Offer harga termasuk kos pos laju...

+ Kelebihan lain baju kurung #MELLISA:

✔ Lembut & Sejuk di badan, material yg digunakan adalah Premium Grade Korean Lycra
✔ Wudhu Friendly, ada 1 butang kat hujung lengan
✔ Nursing Friendly, ada 3 butang di dada
✔ Bentuk Pungung terlindung sebab baju cutting kembang
✔ Jalan dan Duduk nampak gorjes jer dgn Skirt A Cut
✔ Skirt sangat selesa sebab getah sepenuhnya di pinggang, getah dijahit mantap dan kemas
✔ 7 hari Tempoh untuk penukaran Saiz (Jika tidak sepadan)
✔ Sangat-sangat selesa dan sedap dipakai, sesuai untuk ke office, wedding & event
✔ 100% Jaminan kepuasan

>> "Order Disini!" untuk buat pesanan.

Selain tu, SweetMuslimah ada membuat Clearance Sales.
Rugi sangat jika tidak mendapatkannya.
Klik jer link ni dan buat pesanan >>>DI SINI<<<

14 April 2017

April 14, 2017

Saja Nak Tayang Body...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Zaman sekarang... Jalan tak larat nak tunduk, bahkan tak larat nak tutup mata.. kalau keluar rumah je memang tak lepas dari buat dosa... Sebab perempuan tambah isteri digalakkan sangat selfie cantik-cantik dan whatsapp kat suami suami suami tengok gambar yang berpahala bukan dosa... 

Bukan nak kata, tapi bab aurat ni... Auchhh... Susah betul nak kata... Rakan setugas pun kadang tak mampu nak tegur... Apatah lagi saudara... Mampu nasihatkan secara umum saja... Adoii.. lemahnya iman kita... 


Kadang tertanya... Orang perempuan yang suka pakai baju ketat, seksi ni sebab memang tak tau hukum atau buat tak tau.. atau memang saja nak tayang body.. Sebab dia rasa body dia cantik... Tapi tak juga kan... Tengok zaman sekarang... Badan tak cantik mana pun tetap pakai menonjol juga kan.. 

Tapi andai​ yang tak tau.. meh sini nak bagi tau..  baca sikit la hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan ni.

sumber: google images


HUKUM PEREMPUAN BERPAKAIAN MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH DAN HUKUM BAGI ORANG YANG SENGAJA MELIHAT AURAT ORANG LAIN

SOALAN

Apakah hukumnya di sisi Islam bagi orang perempuan berpakaian menampakkan bentuk tubuh dan apakah hukumnya bagi orang yang sengaja melihat aurat orang?



JAWAPAN

Dalam menjawab persoalan ini, saya kemukakan beberapa noktah:

Menampakkan tubuh dengan berpakaian seperti itu tidak dibolehkan dalam Islam kerana melanggar adab berpakaian yang yang sepatutunya longgar bagi perempuan.

Melihat aurat orang lain secara sengaja hukumnya adalah berdosa dengan nas al-Quran dan hadis. Mengikut pendapat yang rajah dan sahih suara perempuan bukanlah aurat. Ia hanya dikira sebagai aurat jika suara berkenaan digunakan untuk perkara yang boleh menarik perhatian kaum lelaki.

Kami menukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam berkenaan dengan ciri pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita, antara lain katanya:

 *-Pakaian wanita muslimah hendaklah bersopan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Manakala pakaian ala Islam ialah kesemua pakaian yang terkumpul padanya sifat-sifat ini:

  -Pakaian itu hendaklah menutup aurat semua badan wanita keuali apa yang dibolehkan oleh al-Quran dan anggotanya yang ternampak yang menurut qaul yang diberatkan, iaitu wajah dan kedua tapak tangan sahaja.

  -Pakaian itu bukan dari jenis yang jarang, sehingga dapat menampakkan apa yang dibelakangnya kerana Nabi SAW bersabda:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ، مَائِلاَتٌ رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ المَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا 

 Riwayat Muslim (2128).

Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang lenggok (seperti perjalanan seorang pelacur), yang kepalanya terhuyung-hayang laksana kelana unta yang bergoyang-goyang, wanita-wanita itu tidak akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.”

Ini kerana pakaian wanita itu tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana terlalu nipis sehingga ternampak badannya yang berkeadaan seperti dia tidak berpakaian sama sekali.

Satu peristiwa datang serombongan kaum wanita dari suku Bani Tamim untuk menziarahi Saidatina Aisyah RA dengan berpakaian nipis, maka Saidatina Aisyah RA secara terang-terangan berkata kepada mereka: “Jika kamu sekalian dari wanita mukmin iaitu beriman dengan sebebar-benar iman, maka pakaian-pakaian yang kamu pakai ini bukanlah dari pakaian orang yang beriman.”

Dalam peristiwa lain, datang beberapa orang wanita membawa seorang pengantin perempuan yang memakai tudung yang nipis, sehingga kelihatan perhiasan kepalanya, maka Saidatina Aisyah RA berkata: “Wanita yang memakai seperti ini, ialah wanita yang tidak beriman.”

 *-Pakaian itu tidak terlalu sempit sehingga melekat pada semua anggota badan, dan kerana itu ternampaklah susuk badan wanita itu, meskipun pakaian itu tidak nipis seperti pakaian moden masa kini. Maka pemakai pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini lebih mudah memberi fitnah kepada pemakainya.

 *-Pakaian itu bukan dibuat khusus untuk kaum lelaki seperti pakaian pantelon atau seluar ketat dan sebagainya yang sudah terkenal pada masa kini, kerana Rasulullah SAW pernah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki sebagaimana Baginda melaknat lelaki yang menyerupai wanita. Demikian Baginda melarang wanita memakai pakaian lelaki dan lelaki memakai pakaian wanita.

 *-Jangan sampai pakaian itu sudah terkenal sebagai
pakaian orang-orang kafir dari kaum Yahudi, kaum Nasrani dan kaum Wathani penyembah api dan berhala kerana keinginan hendak meniru atau menyerupai orang-orang ini sangat dilarang oleh Islam yang mahukan lelaki dan wanitanya berlainan dari mereka dan bebas dalam bentuk dan rupa. Kerana itulah Islam memerintahkan kita supaya bersikap berbeza daripada orang-orang kafir itu dalam banyak hal yang mana disimpulkan oleh Rasulullah SAW:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka samalah dia seperti mereka.”

Riwayat Ahmad (8/44), Abu Daud (4031) dan al-Tabarani (8/179)

 *-Wanita muslimah hendaklah bersopan santun dalam perjalanannya dan dalam bicaranya menjauhi minat orang dalam segala gerak geri badannya dan penonjolan wajahnya kerana sikapnya bergaya dan menggoda itu adalah tabiat perempuan lacur dan bukan dari tingkah laku wanita muslimah. Firman Allah SWT:

فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوفاً

Maksudnya: Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (sentiasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu). (Surah al-Ahzab: 32)

 *-Jangan sekali-kali wanita muslimah itu sengaja menarik perhatian lelaki kepada apa yang disembunyikan dari perhiasan dirinya dengan memakai wangian macam mana sekalipun atau memakai benda-benda yang berbunyi dalam rentak langkah kakinya atau seumpamanya. Allah SWT berfirman:

وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا

Maksudnya: Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. (Surah al-Nur: 31)

Pada zaman jahiliah, apabila seseorang wanita itu berjalan dengan menghentak-hentak kaki supaya menarik perhatian orang ramai agar mereka memperdengarkan gelang kakinya, maka perbuatan seperti itu boleh menghidupkan khayalan lelaki yang menyimpan gelora nafsu syahwat yang jahat terhadap wanita itu. Perbuatan seperti itu menunjukkan bahawa wanita itu menyimpan niat buruk untuk menarik dan minat golongan lelaki terhadapnya.

Dalam maksud ini juga, dari segi hukumnya apabila seorang wanita memakai wangian dan bau-bauan yang mengharumkan sesiapa sahaja yang menghidunya untuk membangkitkan nafsu dan menarik perhatian lelaki kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا اسْتَعْطَرَتِ المَرْاةُ فَمَرَّتْ عَلَى الْقَوْمِ لِيَجِدُوا رِيحَهَا فَهِيَ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya:  “Apabila seseorang wanita itu memakai wangian, lalu dia melintas tempat perkumpulan (lelaki), maka dia begini dan begini..” -Riwayat Abu Daud (4713)-

Dan riwayat yang lain menyebut:

كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ وَالمْرَاْةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا يَعْنِي زَانِيَةً

Maksudnya: “Setiap mata melakukan zina. Apabila wanita memakai wangian, lalu dia melintasi tempat duduk sekumpulan orang lelaki supaya mereka tercium baunya, maka dia samalah seperti wanita pelacur.” -Riwayat al-Tirmizi (2786)-

Kesimpulannya, kita tahu bahawa islam tidak memaksa kaum wanita supaya duduk di dalam rumah sahaja dan tidak keluar dari rumahnya melainkan kubur, sebagaimana yang didakwakan oleh sesetengah orang.

Bahkan wanita Islam membenarkan wanita keluar untuk menunaikan solat, mencari ilmu serta memenuhi keperluan dirinya serta kepentingan agama dan dunianya dibolehkan. Sebagaimana contoh, yang dilakukan oleh isteri-isteri para sahabat dan generasi yang akan datang selepas mereka dikira dari sebaik-baik zaman. Di antara mereka, ada yang keluar untuk menyertai kaum lelaki dalam peperangan dalam penaklukan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri berterusan kepada zaman para khalifah yang empat dan pemimpin-pemimpin Islam yang lain. Rasulullah SAW bersabda kepada isterinya Saudah RA:

قَدْ أَذِنَ الله لَكُنَّ أَنْ تَخْرُجْنَ لَحِوَائِجِكُنَّ

Maksudnya: “Sebenarnya Allah telah membenarkan kamu (kaum wanita) keluar untuk memenuhi urusan-urusan kamu.”
- Riwayat al-Bukhari (5237) -

Dan sabdanya lagi:

إِذَا اسْتأذَنَتْ اِمْرَأَةُ أَحَدِكُمْ إِلَى المَسْجِدِ فَلاَ يَمْنَعَهَا

Maksudnya: “Apabila salah seorang isteri kamu meminta izin pergi ke masjid, maka janganlah melarangnya.” -Riwayat al-Bukhari (5238) -

Dan sabdanya lagi:

لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ

Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah (iaitu kaum wanitanya) dari pergi ke rumah-rumah Allah (masjid).” -Riwayat Muslim (442)-

Akhukum fillah,

Sumber: 
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Moga kita lebih faham dan ambil berat bab aurat nih... Selain rukun Islam yang 5 ...Aurat juga wajib hukumnya... Nak tak nak kena ikut selagi kita hidup di dunia yang menumpang... Orang kata, kita ni menumpang di bumi Allah je.. jadi buatlah cara orang menumpang ye dak... 

Harap dapat faham dengan jelas... Islam suruh tutup aurat sebab nak jaga kita juga... Tapi itulah kita... Tak nak ikut hukum, tapi bila dah jadi salahkan orang lain... Sebelum nak salahkan orang, baik muhasabah diri dulu kan... 

Memanglah menutup aurat tu bukan bermakna orang itu baik... Tapi orang yang baik mesti menutup aurat kan... Sebab kalau kita baik dengan Allah kita mesti dengar perintah Dia kan... 

Moga bermanfaat...