Memaparkan catatan dengan label Tips Kurus Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Kurus Sihat. Papar semua catatan

15 November 2018

November 15, 2018

5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan! | Dah diet macam-macam, tapi tak turun berat badan.

Orang kata, diet kena makan nasi juga... Tapi kenapa makin bertambah berat?

Ok, cuba check balik, menu yang kita makan.

Apa jenis masakan yang kita makan..

Adakah menu yang sihat?

5 Teknik Masakan yang berkesan untuk jaga kesihatan dan sekaligus membantu menurunkan berat badan.


5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan!

resepi diet
5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan!

1. Celur

Biasanya, kalau celur ni ialah sayur-sayuran seperti bendi, asparagus, carrot, dan brokoli. Kacang boleh di celur dalam 30 saat hingga1 minit.

Jangan celur terlalu lama nanti khasiat sayur akan larut dalam air celur tadi.


2. Kukus

Memasak dengan teknik kukus juga sangat baik untuk kesihatan sebab kita tak guna minyak langsung Banyak resepi mudah dengan teknik kukus ni.

Contoh resepi, ikan siakap kukus halia sangat mudah dan di tambah dengan herba halia yang menyihatkan.


3. Rebus

Teknik Rebusan ini boleh kita buat masakan asam pedas ikan atau ayam, Asam pedas atau masak singgang antara resepi yang boleh kita aplikasikan.


4. Sup

Sup ini lebih kurang dengan teknik rebusan cuma sup ada herba-herba seperti kulit kayu manis , bunga cengkih dan herba lain.

Teknik sup ini juga tak memerlukan minyak dan sangat sihat. Letak pula rempah ... sedapnya hirup panas-panas di musim hujan...


5. Bakar

Teknik bakar, salah satu teknik yang sangat mudah, kalau nak pilih makanan kat luar pun boleh ambil ikan bakar atau ayam bakar.

Jadi, menu jenis grill sangat sesuai untuk orang diet.


Bagi yang nak diet, kurangkan makan makanan bergoreng dan berminyak.

Kalau nak makan daging, pilih part dada dan yang kurang lemak. 

08 September 2018

September 08, 2018

Tips Makan Sikit Tapi Kenyang Macam Makan Sepinggan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tips Makan Sikit Tapi Kenyang Macam Makan Sepinggan | Makan sikit, tapi mudah kenyang... Best kan..

Sebab ada orang dia makan sikit tapi naik berat macam makan berpinggan nasi... Stress kan...

Cuba buat tips ni... Makan sikit, tapi kenyang dan tak naik berat badan.

Tak susah pun nak buat asalkan boleh disiplin amalkan tips ni...

Tips Makan Sikit Tapi Kenyang Macam Makan Sepinggan


1. Minum 1 gelas air kosong sebelum makan... Atau 500ml air sebelum dan selepas makan.

2. Amalkan konsep #sukusukuseparuh.
1/4 nasi
1/4 lauk pauk
1/2 Sayur dan buah

Tips Makan Sikit Tapi Kenyang Macam Makan Sepinggan

3. Kurangkan ambil lauk yang berminyak dan berlemak

4. Makan secara perlahan-lahan, tidak tergopoh gapah.

5. Sediakan snek sihat seperti kekacang tanpa garam, buah-buahan segar sebagai kudapan diselang masa waktu makan.

Amalkan konsep yang Rasulullah SAW ajar.. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang...


Makan sikit tapi kerap.. Insha Allah.. Kita tak kan terlebih makan...

Selain tu, lauk pauk tu penting tu. Menu yang sihat seperti ikan bakar cicah air asam, sup ayam, stim ikan pun sedap tapi sihat... Simple Tapi mudah dan menyihatkan..

Insha Allah.. Kalau boleh tukar menu ni, boleh aje amalkan makan sikit tapi kenyang sepinggan kan...

MF dah dapat berat idaman.. Sekarang kena maintain... Supaya tak naik lagi... Dan tak turun lagi...

Cuma kena senam lebih untuk buang lebihan lemak degil di Part tertentu... Barulah nampak cantik molek kan.. Bukan untuk siapa untuk diri sendiri dan untuk suami... 😊

Badan sihat, untuk Allah kerana kita mudah laksanakan ibadah dengan lebih sempurna... Insha Allah...


Ajak orang sihat dan kurus juga dakwah... 😉

05 Julai 2018

Julai 05, 2018

5 Sebab Berat Badan Mudah Naik Lepas Raya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Sebab Berat Badan Mudah Naik Lepas Raya | Raya seronok ke main kan... lepas raya menangis... itulah yang terjadi bagi yang mudah sangat naik berat badan.

Tapi biasalah, alasan setahun sekali raya kan...

Sementara nak habis Syawal tu, dengan pasrahnya biarlah kan naik, nanti kita diet lah kan...

Kalau MF, berat badan naik takpe lagi, jangan ada part tertentu yang naik... Itu yang tak best...

Sebenarnya, kalau kita tahun punca berat badan naik, senang kita kawal supaya dia tak naik mendadak... Setakat sekilo dua tu ok lah kan... Tak kan terusan menurun je kan...

Tahu tak apa punca berat badan mudah naik?

Ada 5 Sebab Kenapa Berat Badan Kita Mudah Sangat Naik... Terutama lepas raya ni...

5 Sebab Berat Badan Mudah Naik Lepas Raya

Berat badan naik
5 Sebab Berat Badan Mudah Naik Lepas Raya

-Sumber: Google images-

1. Overeating

Terlebih makan... Itu biasa, sebab dah raya kan... makan dan mengunyah tak kira masa. Macam balas dendam sebab puasa, siang tak boleh makan. Bila raya, dari Subuh sampai Isyak makan je... hehe... jadinya overeating... 

Jadi, kawal makan... dan makan ikut masa... Pagi, tengahari, petang dan malam. Jangan lebih makan dari pukul 10 malam.

Ambil kuantiti yang sedikit....

Tu belum kira open house sana sini kan... Sampai ke malam kengkadang kan... Makan tak hingat.. semua menu makan...

Kita boleh kawal makan kita, insha Allah takdelah mendadak naik berat lepas raya.

2. Terlebih Gula, Kalori dan Lemak

Menu raya memang tinggi kalori, lemak dan gula...
Kuih raya semua manis, mana ada yang masam pahit

Lemang tu dah tentu tinggi kalori dan lemak... Setakat sepotong tak sedap kan... Mestilah lebih tambah pula rendang dia sedap... hehe... sebatang boleh habis...

Ketupat memang ketupat nasi, tapi kuah lemak lontong dan kacang tu pun tinggi kalori... Kalau boleh makan ketupat nasi dengan sup baru sihat... hehe...

Jangan salahkan makan, tapi salahkan diri tak dapat kontrol nafsu.

5 Sebab Berat Badan Mudah Naik Lepas Raya

3. Minuman Bergula

Ini pasti sangat, mana ada lagi rumah hidang air kosong waktu raya... Kalau ada pun, kita pilih manis berais juga kan...

Gula putih ni membuatkan berat kita susah nak turun tapi senang nak naik...

Jadi, kita kawal dengan bawa bekal air kosong bila pergi beraya...

4. Stress dan Tidur Tak Cukup

Stress buatkan tidur tak cukup... Kadang tak stress tapi tidur tak cukup sebab bebanan kerja, layan movie dan sebagainya.

Kalau raya ni, maklumlah cerita raya sampai pagi...
Kalau kaum Adam, World Cup pula kan... tu yang tidur tak cukup.
Bila berjaga malam, kita berpotensi lapar... dan lapar kita makan malam... itu yang mempercepatkan proses lemak dalam badan...

5. Malas Bersenam

Bersenam bukan lama.. Tapi kadang takde masa...
Kalau kerja pejabat, lagilah... Jam 8 pagi masuk kerja, 5 petang baru bangun dari kerusi... Makan bawa bekal atau orang bekalkan , lagilah menyebabkan badan kita tak bergerak dan kurang gerak melainkan jari dan mulut je... Jadi, jangan tanya kenapa berat badan naik.

Dah tau kan punca kenapa berat naik lepas raya... nak turun balik ada gayanya...
Jangan risau, tapi cuba elakkan 5 punca ini... Jangan bagi berat naik lagi... walaupun rasa masih berbaki seminggu lagi...

Kena kawal berat badan...badan yang berat menyukarkan pergerakan, susah nak beribadah dan ziarah... dan menyebabkan pelbagai sakit dalaman dan sakit fizikal.. sebab itu kenapa kita kena dapatkan berat badan ideal bukannya kurus kering....

Sekian...