23 Disember 2016

20 TANDA ISTERI SAYANG SUAMI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biasa tengok suami sayang isteri je kan.. Meh kita tengok pula.. tanda isteri yang sayang suami dia macam mana..



1.  Jaga aurat dan maruah
Satu-satunya paling utama kalau isteri tu sayang suami dia... dia akan usaha untuk pelihara auratnya dari tontonan lelaki lain... Dia tak nak kongsikan body dia dengan mata lelaki lain... hanya suami dia sahaja layak tatap kecantikan body dia. Isteri berusaha menghias diri supaya 
kelihatan sopan dan cantik di mata suami dia... Sepatutnya baju kita di hadapan suami lebih mahal dari baju kita g jenjalan atau majlis kenduri kahwin.

2. Isteri tidak mengungkit atau memburukkan kekurangan suami di hadapan suami atau orang lain.
Ni ada isteri zaman lo ni... suami salah beli barang dapur pun post kat Facebook... tak ke itu mengaibkan suami sendiri???

3.   Isteri tidak merungut sekiranya tidak dapat apa yang dihajati.
Nak beli pape, tag nama suami kat Facebook... hmm... suami tak mampu beli mula dicanang sana sini... Nauzubillah.

4. Isteri marah dan berleter sekiranya suami tidak memberitahu atau merahsiakan perkara buruk yang terjadi terhadap suaminya. Marah la kan... risau kan apa-apa jadi... tapi marah-marah sayang..

5. Isteri bersabar dengan karenah suami

6. Isteri berusaha menjalankan kewajipannya dengan baik

7. Isteri tidak membantah teguran suami yang tidak melanggar syariat. 
Suami suruh kurangkan selfie... kurangkan aktiviti bersosial, wajib ikut... 

8.   Isteri sering mengajak suami ke arah kebaikan
Sentiasa musyawarah dan tegur suami jika suami buat salah dengan penuh hikmah, lemah lembut dan kasih sayang.

9.  Isteri sering memasak makan kesukaan suami.
Yang ni takde masalah la kan... sebab tu kebanyakan suami ni asyik tukar saiz seluar tiap-tiap tahun.. hehe

10. Isteri sering membuat kejutan kepada suami melalui hadiah dan perkara dan peristiwa yang istimewa pada suami
Belilah hadiah online dan suprisekan suami sesekali kan.. mesti dia suka dan bertambah sayangkan isteri dia. 

11. Isteri berusaha melayani suami dengan baik di ranjang walau dalam keadaan agak penat
Yang ni pepaham la kan... sebab tu wanita kena sentiasa bertenaga dan sihat luar dalam... bukan senang nak layan suami... 

12. Isteri tidak mengungkit hal-hal tanggungjawab suami yang tidak mampu suami lakukan.
Kalau dah suami tak reti menukang... tak payah nak ungkit.. suami kita tak reti jaga anak.. tak payah canang kat Facebook... ajarlah dia..insha Allah lama-lama boleh punya.

13. Isteri berusaha menjaga anak-anak dengan baik
Jaga makan pakai dan kebajikan anak dengan baik..

14. Isteri melayani keluarga suaminya dengan baik
Layan mak mentua dan adik beradik suami macam keluarga sendiri

15.  Isteri sering membantu suami menguruskan rumah tangga yang merupakan tanggungjawab suami
Kalau ikutkan tanggungjawab isteri hanya layan suami... dan segala urusan rumahtangga tu tanggungjawab suami... tapi takde salahnya isteri tolong suami buat tanggungjawab dia cuma jangan ambil alih terus tanggungjawab tu... sesekali suami kena buat... contohnya basuh kain, sidai kain, basuh pinggan dan sebagainya.. 

16. Isteri sering mengucapkan atau melafazkan isi hatinya kepada suami seperti ‘I love u’ , ‘honey sayang ayg’, syg sayangkan abg’ kepada suaminya. 
Romantik dalam ucapan.. tak payah hari-hari... sesekali barulah best... kalau hari-hari nanti jemu plak dengar dan mungkin tak ikhlas kan.. 

17. Isteri manja dan buat perangai keanak-anakan, mudah merajuk dengan suami dan cepat tersentuh sekiranya suami berkasar dengannya tetapi cepat baik apabila dipujuk.

18. Isteri cemburu apabila suami mempunyai hubungan lain dengan perempuan bukan mahram secara akrab
Cemburu biar berpada... kawal cemburu dengan iman dan akal bukan nafsu... 

19. Isteri tidak sanggup berjauhan dengan suaminya walau sehari.
Cukuplah sekali PJJ masa baru-baru kahwin dulu... huhu... 

20.Isteri susah hati dan menjaga suaminya sepenuh hati ketika sakit.
Siapa yang tak susah hati kan... pengalaman pahit MF ni ialah ketika suami hilang ingatan sekejap sebab jatuh masa main bola takraw... huhu... tak tau nak cerita macam mana.. mujur ada anak penguat masa tu.. Alhamdulillah.. Allah pelihara lagi suami MF... mujur orang pertama dia ingat semula ialah isteri dia... 

Tengok list ni.. betui ka wahai isteri hangpa sayang laki hangpa??? suami pun checklist tengok ni... ada tak bini-bini hangpa sayang hangpa... kalau kurang salah satu, maka kena dan wajib perbaiki... barulah capai rukun dalam rumahtangga.. 

05 Oktober 2016

WW | KETEPIKAN KEKURANGAN, CARILAH KELEBIHAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada suami tak pandai uruskan rumahtangga; tapi pandai berjenaka memeriahkan suasana.
Ada suami yang jarang hadiahkan isterinya bunga, tapi selalu membelanjakan anak dan isteri dengan makanan istimewa.
Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata, tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sana dan sini.

Jadi,
ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihannya... pasti akan rasa bertuah beroleh suami!

29 Mei 2016

Posisi Tidur Suami Isteri Yang Bersesuaian Mengikut Sunnah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Seperti yang kita tahu, posisi tidur terbaik yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ialah tidur dengan berwuduk dan baring sebelah kanan. 

Sebagaimana disebut dalam hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim:

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَأْ وُضُوءَكَ للصَلاةِ، ثُمَّ اضْطَّجِعْ على شِقِّكَ الأَيْمَنِ

“Jika engkau hendak menuju pembaringanmu, maka berwudhulah seperti engkau berwudhu untuk solat, kemudian berbaringlahlah di rusukmu sebelah kanan…” (HR. Al Bukhari dan Muslim)


Jadi, jika para isteri nak amalkan sunnah ini dan dalam masa yang sama nak eratkan hubungan suami isteri ialah berpelukan semasa tidur... dan dalam masa yang sama amalkan sunnah..

-Gambar Hiasan-
Sumber: google images

Jadi, posisi tidur suami isteri yang bersesuaian dengan kedua-dua sunnah tersebut ialah:

“Suami isteri tetap miring ke kanan. Isteri ada di depan, suami ada di belakang sambil memeluk isterinya. Jadi keduanya dapat sunnah posisi tidur miring ke kanan"

Hal ini memang tak de jumpa dalam hadis pun.. yang dalam hadis ialah tidur miring ke kanan. cuma yang nak diterangkan posisi tidur suami isteri yang bersesuaian dengan sunnah... faham ye.. "Yang sesuai dengan sunnah" bukan "mengikut sunnah". 

Yang ikut sunnah ialah miring ke kanan... Jadi, kalau suami isteri nak dapat sunnah tidur tu.. sama-sama lah miring ke kanan, dan peluk isteri juga satu sunnah... Jadi, ianya bersesuaian kan dengan sunnah.. jadi, dua pahala sunnah kita dapat iaitu sunnah tidur miring ke kanan dan sunnah bermesraan/berpelukan antara suami/isteri.

01 Mei 2016

[TIPS] 10 Cara Mendapatkan Cinta Sejati!

[TIPS] 10 Cara Mendapatkan Cinta Sejati!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cinta itu fitrah manusia.. tanpa rasa cinta hidup manusia suram dan tidak ceria... Cinta, perlu disalurkan kepada fitrah. Untuk mendapat cinta sejati, perlu ada rasa cinta utama iaitu cinta sejati kepada Pencipta Cinta. 
Sumber: google images

Tips untuk memperoleh cinta sejati iaitu cinta Allah:

1. Membaca al-Quran, merenungi dan memahami maknanya. Bukan sekadar membaca tanpa tahu makna dan mendalami maksudnya serta hayati pengajarannya. Mengamalkan perintah yang terdapat di dalam al-Quran. 

2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib. Perbanyakkan amalan sunat setelah istiqamah dan kukuh melakukan segala amalan wajib.

3. Terus-menerus mengingati Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati, lisan atau amalan tubuh badan. Sentiasa mengingati Allah, setiap masa,susah atau senang tanpa kira masa dan keadaaan. Bukan ingat Allah bila rasa susah je, bila senang lupa Allah. Ucap Alhamdulillah waktu dapat nikmat je, tapi lupa untuk ucap Astghfirullah bila dapat musibah.

4. Lebih mendahulukan kecintaan kepada Allah daripada kecintaan kepada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya. Didik diri mencintai Allah lebih dari cintakan diri dan dunia. Contoh, jika kita nakkan sesuatu, renungkan dan fikir guna akal yang Allah bagi tu, "hati aku nak, tapi adakah Allah suka dengan apa yang aku nak ni?"

5. Merenungi, memerhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah. Selalukan diri untuk melihat dan merenung ciptaan Allah... Bagi orang yang suka travel, inilah peluang untuk meraih cinta Allah.. bukan sekadar travel untuk rasa kepuasan, seronok, bagi tau orang je. 

6. Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin. Syukur dengan apa yang Allah beri kepada kita. Setiap hari ada nikmat Allah bagi.. Paling utama waktu pagi, kita bangun, Allah masih hidupkan dengan nikmat Islam dan nikmat iman... 

7. Menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya.

8. Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir untuk beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca al-Quran. Ambil peluang untuk "dating" dengan Allah... Saat Allah turun ke langit dunia... inilah peluangnya untuk "dating"dengan Dia.

9. Duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan orang-orang yang benar, mengambil hikmah daripada mereka dan tidak pula mengeluarkan kata-kata kecuali yang akan menambah kemanfaatkan baginya dan juga bagi orang lain.

Orang sebegini kita tak boleh lepaskan: BACA SINI!!!

10. Menjauhi segala sebab yang dapat menjadi penghalang di antara dirinya dan Allah Ta’ala. Elakkan perbuatan maksiat dan perkara yang boleh menyebabkan kita lupa kepada Allah.

-Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah-

12 April 2016

Doa Agar Suami Isteri Saling Mengasihi

Doa Agar Suami Isteri Saling Mengasihi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Keyword doa supaya suami tak pandang wanita lain selalu je singgah kat blog ni... Takut sangat tu nampaknya.. Apa kata, kita ubah pula doa kita... supaya hati suami isteri saling bertaut kasih sayangnya hingga ke syurga... Bila hati dan bertaut, insya Allah juga tak kan berpaling kepada yang lain.. 

Jom amalkan doa ini..

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: 
“Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam.

Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”.

Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Sekadar renungan:

"Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu..."

Sumber: Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru.
Sumber: Facebook

03 Mac 2016

20 SOALAN MENDUGA PERKAHWINAN UNTUK BAKAL PENGANTIN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak".

Sediakan pen dan kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda ( / ), kalau "Tidak" tanda ( x ).

Soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama? Maknanya, komunikasi, jika anda sahaja yang banyak bercakap dan si dia banyak diam, maknanya komunikasi bermasalah.

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat-menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing? Walaupun sama jenis pekerjaannya, jangan ingat boleh serasi...

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya? Matang dari segi pemikiran, percakapan dan tingkah laku.

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?  Siasat si dia melalui rakan sekerja, kawan rapat serta adik beradiknya...

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan? Ini tak menjamin kebahagiaan, kerana ada yang lama kenal, bercinta bagai nak rak tapi masih tak kenal satu sama lain.

(7) Selama perkenalan anda dengannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua? Jika pernah, cari punca dan belajar dari kesilapan.

(8) Adakah si dia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya? Inilah ciri utama dalam mencari pasangan.

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak? Restu keluarga sangat penting.

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers? 

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya? Pasangan yang jaga silaturrahim dengan ahli keluarganya, insha Allah baik juga akhlaknya dan akan menjaga keluarganya.

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus? 

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan? 

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti? 

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda? 

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya"  itu  tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.


Soalan-soalan ni seingat MF pernah ambil dari internet dan MF simpan sebagai koleksi bacaan MF sebelum berumahtangga... MF jawab soalan selidik ni sendiri untuk buat pilihan dalam mencari Jodoh. Jadi, ini soalan panduan untuk anda yang bakal kahwin... Moga dapat buat pilihan yang tepat dalam mencari pasangan hidup. 

Apa pun, ini hanya asas... selebihnya, kerukunan rumahtangga perlu diusahakan untuk mencari cinta dan kebahagiaan berteraskan redha Ilahi. 

31 Januari 2016

Seri Seorang Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Inilah isteri yang cintakan Allah
yang rela bersabar hadapi kesusahan
yang minta ditegur jika ia bersalah
yang mampu tersenyum bila saja bertemu
yang masih malu menghias seri diri

Tak mengapa seorang isteri itu
Hanya mempunyai wajah yang sederhana
Asalkan akhlak dan juga budi
Jadi perhiasan dalam hidup

Kalau kita nak tahu isteri yang sejati
Bila dan berusia pun masih disayangi
Oleh anak dan juga suami

Biasanya isteri yang solehah itu
Ia terkendali
Ada kawalannya di hati
Ada tarikan semulajadi
Teguran berhias
Keras tidak terasa
Bukti keikhlasannya

Nyanyian: Saff One


Terharu bila sidia kirimkan lagu ini.... Hmmm...
Alhamdulillah sahaja yang mampu ku ucapkan dan zahirkan kepada Ilahi...

30 Januari 2016

Cara Gemukkan Hati Pasangan!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Istilah baru nih...
Gemukkan hati... Hehe...

Tapi tak mustahil...
Maksudnya, gembirakan pasangan la... Tu maknanya gemukkan hati..

Macam mana caranya...
Ok.. Ini caranya...

Caranya, BERTOLAK ANSUR 
Give and take... 

Terima kasih dan minta maaf amalkan selalu... Dua perkataan keramat ni kalau selalu sebut tanpa dipinta pun boleh gemukkan hati juga tau... 

27 Januari 2016

PERFUME NIH MAMPU BERI KETENANGAN PADA ISTERI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Yang tak kahwin, tunggu hangpa kahwin nanti hangpa tau la sendiri... 

Tempat paling tenang bagi si anak adalah ketiak mak, tapi bagi seorang isteri adalah ketiak suami... 

No komen, tapi hanya suami isteri sahaja yang tau... Hehe

18 Januari 2016

Doa Pengasih Untuk Mengerat Kasih Suami Isteri!

DOA PENGASIH UTK KEKASIH
=========================

Perkongsian hari ini adalah tentang cinta suami. 
Mahukah anda mejadi isteri yang sentiasa dikasihi? 
Tentu mahukan? Sapa lah.... yang tidak ingin cinta dari suami. 
Tahukah anda bahawa cinta antara suami isteri adalah tunjang utama sebuah keluarga. 

Doa ini adalah yang terbaik, selain dapat cinta suami, pahala baca Quran pun dapat!! 

Caranya;
1. Al-Fatihah
2. Al-Insyirah
3. Hembus ke ruang tengah kening sambil usap perlahan.
4. Pastikan ketika itu, suami sudah tutup mata dan tidur lena
5. Niatkan - Ya Allah, lebarkanlah cinta suamiku padaku.

ok! Selamat mencuba.. ! 
Amalkan selama seminggu.. dan lihatlah hasilnya!


Sumber: Ustazah Cinta


Suami juga boleh amalkan kepada Isteri...

AMARAN!!!!
Hanya untuk yang telah sah bernikah dan suami isteri yang halal sahaja!!! Yang tengok mabuk cinta, bertunang dilarang sama sekali... Sebab tak boleh tidur sekali pun lagi kan... Jangan dan jangan haram ye...

Kalau belum kahwin camne nak pula kan.. Ok... Sila amalkan istikharah cinta ye... Dan kedua... Teguhkan cinta kepada Ilahi...insya Allah... Cinta sejati anda akan hadir nanti..


13 Januari 2016

WW | Cinta Doraemon!

Rasa cute sangat kata cinta nih... Sebab MF suka kartun Doraemon...

Zaman kanak-kanak layan dengan adik, sekarang ni layan dengan anak-anak... Suami pun join sekali... Bahkan kami ada koleksi filem pendek dan filem panjang citer Doraemon... Cuma tak fanatik nak kumpul barangan dia je... Hehe..

Jadikanlah cinta kita seperti cinta Doraemon... 


11 Januari 2016

10 Tanda Suami Terlebih Sayang Pada Isteri!

10 Tanda Suami Terlebih Sayang Pada Isteri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Wanita mana tak suka, suami sayang dan tatang isteri bagai minyak yang penuh kan... Memang berbunga-bungalah hati isteri jika isteri dilayan bak permaisuri kan... Tapi, kalau terlebih sayang, macam mana pula??? Apa pula tanda suami yang terlebih sayangkan isteri ni??? Meh baca nih...

1. Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejap isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.

2. Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.

3. Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.


4. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.


5. Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.

6. Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada “outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.

7. Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan” isterinya seketika.

8. Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.

9. Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.


10. Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.


“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). An Nisa:19.
Sumber: Majalah Mingguan Wanita


Macam mana??? semak balik, jika ada salah satu tanda tu, kira suami sayang la tu, kalau ada lebih dari satu atau ada semua sekali, memang suami terlebih sayangkan isteri dan keluarganya... Biasanya suami jenis ini digelar "Family Men"... Mementingkan keluarga dari segalanya. 

28 November 2015

6 Pesanan Orang Tua Untuk Kekalkan Kasih Sayang Suami Isteri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

ORANG TUA-TUA PESAN…kalau nak kasih sayang suami isteri berkekalan

Mesti kena ikut petua orang dulu-dulu…

1) Orang-orang tua pesan…

kalau nak suruh suami kasihkan isteri & isteri hormatkan suami…isteri mestilah tidur atas lengan suami…

Sebabnya:

orang tua-tua kata… Pelukan suami…terbitkan kasih sayang….dan kedudukan isteri di bawah bahu suami…menerbitkan rasa hormat pada suami

2) Orang tua-tua pesan…

isteri kena selalu cium tangan suami & suami kenalah kucup dahi isteri sebagai balasan…

Sebabnya:

Orang tua-tua kata, bila isteri cium tangan suami, akan gugurlah dosa-dosa kecil sebab restu suami adalah sangat berharga ..di samping dapat pahala….dan bila suami kucup dahi isteri…hati yang panas akan jadi sejuk…kan ke juga dapat pahala tue…

3) Orang tua-tua pesan…

suami kena selalu peluk isteri…sama ada secara spontan/disengajakan

Sebabnya:

Isteri akan merasa lebih dihargai bila dipeluk suami…dan bila isteri rasa dihargai, dengan sendirinya kasih sayang itu akan terbit dari hati yang ikhlas…bila bila kasih sayang terbit dari hati yang ikhlas, dengan sendirinya hubungan akan selalu mekar mewangi…

4) Orang tua-tua pesan…

bila peluk suami/isteri…eloklah dibaca bersama doa ini…

"Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah."

Sebabnya:

Apa-apa pun kita mesti bersandarkan pada Allah…mohon kepadanya supaya kekalkan kasih sayang yang dibina..sebabnya Allah juga bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.. Insya Allah..kalau diizinkan olehNYA…akan berkekalanlah kasih sayang yg telah dibina…

5) Orang tua-tua pesan…

Sentiasa amalkan mandi bersama..

Sebabnya:

Masa mandi adalah saat untuk kita bersihkan diri kita… mandi bersama erat kasih sayang sebab adanya sentuhan kasih sayang... Dan sama-sama bersihkan badan. Akhiri mandi dengan wuduk... Dan jika masuk waktu solat terus boleh berjemaah.. Mandi bersama juga sunnah Rasulullah s.a.w dalam memelihara kerukunan rumahtangga.

6) Orang tua-tua pesan…

Hidup kena selalu ceria…selalu bergurau antara pasangan…selalu berinteraksi…

Sebabnya:

Kalau kita selalu bergurau…hidup kita akan sentiasa ceria…akan ada warna…xde lah Nampak muka seyes jerk…so, dengan bergurau hati yang gusar..akan jadi lapang…hati yg gundah…akan jadi tenang…tul dak??

Sumber: Facebook

15 November 2015

Apa Suami Patut Buat Bila Isteri Marah???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Orang perempuan ni boleh jadi singa bila badan dia super duper penat... Nak merajuk, melenting emosional tak tentu pasal mula lah kan...

Bila orang perempuan marah apa en.somi buat ya?!! Jom lihat tips mudah... Apa perlu suami buat bila isteri marah....


Itulah antara tindakan suami apabila isteri marah... Marah orang perempuan ni sekejap je... Pandai pujuk dan amik hati... Cepatlah redanya... Nak lagi mudah... Cuba la pujuk ajak dia shopping...  Haha... Mesti terus reda marah... Kan... Kan... Kan...

15 Fakta Cinta Suami Isteri Itu Menyihatkan Badan!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cinta adalah anugerah.. Cinta itu juga fitrah... Tak sempurna iman seseorang jika tiada rasa cinta. Cinta yang paling agung, ialah cinta sejati kepada Ilahi...

Cinta dunia, manusia boleh leka.. Cinta tanpa iman bawa sengsara.. Tapi cinta manusia kerana Allah bawa bahagia.. Bahkan.. Kajian juga menemukan cinta suami isteri yang membahagiakan dapat menjadkan suami isteri lebih sihat.



1. Kajian yang dilakukan oleh University of Pittsburg pada tahun lepas mendapati bahawa wanita yang mempunyai hubungan perkahwinan yang baik, boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang mempunyai hubungan  yang retak.

2. Kajian oleh National Longitudinal Mortality yang dijalankan ke atas lebih sejuta orang sejak 1979, menunjukkan bahawa mereka yang berkahwin hidup lebih lama, kurang diserang penyakit jantung, risiko kanser yang rendah dan kurang  diserang pneumonia berbanding mereka yang masih bujang.

3. Hubungan asmara yang hebat, percutian romantik dan komunikasi yang baik antara pasangan, ditambah dengan diet rendah kolesterol serta waktu rehat yang lebih lama mampu mengubah kesihatan anda kini dan selamanya.

4. Ramai pakar berpendapat, sentuhan mesra yang dilakukan setiap hari bukan sahaja membantu merapatkan hubungan tetapi juga menyihatkan minda dan fizikal anda.

5. Para doktor dari University of North Carolina membuktikan bahawa pelukan yang diberikan mampu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar oksitosin (oxytocin), hormon yang memberikan kelegaan terutamanya semasa bersalin, menyusukan anak dan mencapai orgasme.

6. Kajian telah dijalankan ke atas pasangan yang diarahkan untuk duduk bersentuhan kulit sambil berbual selama 10 minit, kemudiannya berpelukan, setelah itu, para pengkaji mendapati bahawa perubahan positif dalam tekanan darah dan oksitosin. Namun, kuasa pelukan mesra yang kerap dilakukan lebih hebat.

7. Hormon oksitosin membantu wanita menjadi lebih mesra dengan persekitarannya. Namun, kebaikan paling besarnya lebih bersifat fizikal. Menyusukan bayi pastinya mempunyai kaitan dengan berkurangnya kadar kanser payudara dan melambatkan pertumbuhan sel kanser. Dalam erti kata lain, oksitosin berkaitan dengan kesihatan emosi, begitu juga dengan hubungan fizikal bersama pasangan.

8. Kajian yang dilakukan oleh Carl J.Chartneski, PhD, seorang profesor psikologi di Wilkes University dan penulis bersama buku Feeling Good is Good for You menyatakan bahawa melakukan hubungan seksual secara mingguan mungkin membantu tetapi melakukannya dengan kerap bukanlah sesuatu yang sihat.

9. Kajian dari University of Sheffield di England yang telah menemu bual 28 orang peserta yang telah berkahwin sekurang-kurangnya 20 tahun mendapati hubungan seksual yang konsisten terus memainkan peranan dalam sesebuah perkahwinan. Menurut Sharron Hinchliff, PhD, pakar psikiatri yang menjalankan kajian tersebut, majoriti daripada peserta merasakan bahawa hubungan seksual membantu dalam meluahkan rasa cinta, komitmen dan kepercayaan.

10. Walaupun hubungan seksual baik tetapi para pengkaji menyatakan bahawa hubungan seksual hanyalah salah satu aspek dalam perhubungan. Keajaiban sebenar dalam sesuatu hubungan ialah ikatan mesra yang erat.

11. Rasa ‘bersatu’ yang dialami semasa senang dan susah merupakan satu sifat yang dikenali sebagai ‘penyatuan mutlak’ oleh Brian Baker, pakar psikiatri dari University of Toronto.

12. Kajiannya membuktikan bahawa ikatan mesra ini lebih memainkan peranan terhadap kebahagiaan dan kesihatan berbanding kehidupan seksual yang baik. Kajian beliau melibatkan 229 orang dewasa yang mengalami stres kerja. Walaupun mereka menghidapi tekanan darah tinggi pada peringkat awal, tetapi pasangan yang mempunyai ikatan rumah tangga yang mesra menunjukkan penurunan dalam sistolik tekanan darah sebanyak 2.5mm/Hg dalam masa 12 bulan.

13. Sesebuah hubungan cinta tidak akan lengkap tanpa perselisihan faham. Kebanyakan wanita beranggapan boleh mengubah tabiat lelaki, namun itu tidak bermakna sesebuah hubungan cinta juga harus berubah.

14. Pasangan yang berselisih faham perlu belajar untuk menghangatkan interaksi dengan menggantikan pertengkaran mulut yang sinis dengan komen yang lebih membina.

15. Konflik dalam hubungan cinta adalah normal dan menyihatkan kerana ia merangsang sesuatu hubungan. Namun, ada perbezaan antara konflik yang sihat dengan konflik yang menurunkan imuniti anda. Pasangan yang tidak bahagia akan menghadapi konflik dengan bergaduh besar sehingga menyebabkan degupan jantung yang laju dan menghalang pasangan tersebut untuk mencapai persetujuan dan penyelesaian.
Sumber: Karangkraf

Mungkin ada benarnya... Ada orang sebelum kahwin asyik mudah sakit, demam dan sebagainya.. Tapi lepas kahwin dengan izin Allah.. Sihat seperti tiada penyakit. Ye benar, cinta menjadikan seseorang yang lemah jadi kuat... Dan berdasarkan fakta di atas, perkahwinan mesti dipupuk dengan cinta...bukan seks semata-mata.. begitulah hebatnya Allah menciptakan manusia hidup berpasang-pasangan.

09 November 2015

5 Tip Untuk Menjadi Suami Hebat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tak susah nak jadi suami hebat.. Lakukan dan amalkan 5 perkara ini dalam rumah tangga anda.. Insha Allah, rumah tangga anda pasti akan jadi lagi hebat. 


1. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

2. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

3. Suami yang mampu urus diri sendiri
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri.

4. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

5. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.
(Sumber: Facebook)

Jika ada 5 isteri ni, anda memang seorang suami yang hebat... Insha Allah, isteri semakin sayang dan rumah tangga bertambah bahagia... 

26 Oktober 2015

Ciri-ciri Ketenangan Dalam Rumahtangga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Keluarga sakinah... Maknanya keluarga yang penuh ketenangan dan kedamaian dalam rumahtangga...  

Bukan bermakna rumah tangga tak bergolak... Tapi pergolakan itu dapat diatasi dengan tenang... 

Antara ciri rumahtangga yang tenang... Ialah... Pasangan suami isteri seronok berada di rumah... Habiskan masa di rumah... Tenang bersama di rumah... 

Ada orang tak tenang dok di rumah... Tapi pergi ke shopping complex atau panggung wayang rasa tenang pula... 

Nak cipta ketenangan dalam rumah tangga tak perlu nak habiskan duit sewa hotel mahal-mahal... 

Tips nya cukup mudah... Selalulah adakan aktiviti dalam rumahtangga secara berjemaah... Seperti makan bersama, solat bersama...berendam dalam pool sama-sama dengan anak-anak... Tak kisah dah pasal aurat sangat dah... Jaga mana yang wajib ditutup la... Bukan tak tutup aurat langsung kan... Main sama-sama..  Masak sama-sama...  

Macam-macam aktiviti boleh dilakukan di rumah bersama pasangan dan anak-anak. Insha Allah...  Pasti akan rasa tenang je... Tak kisah nak kena berkurung sebab jerebu pun...

Lakukan setiap aktiviti kerana ingin mencapai keredhaan Allah... Insha Allah...  Keluarga Sakinah akan terbentuk dengan penuh ketenangan dan rahmat.

Ketenangan membentuk keluarga bahagia. 

18 Oktober 2015

Ajaib Air Tangan Lelaki!

Hari ni kena sindrom penyakit 'M'...
Siap cakap kat en.somi... Malas nak masak... Haha... Kejam kan... Sesekali jerkk...

Sekali dia masakkan...
Ikutkan dia malas juga... Tapi perut berkeroncong...  Tak sanggup nak tahan telinga dengar dia merayu minta diisi...

Jadi, suami masak yang simple je...
Memula nak buat ikan bilis goreng sos...
Last minit dia ubah resepi...  Buat ikan bilis buh toyu... Toyu tu slang Baling... Maksudnya... Kicap... Hehe...

Aihh... Dia goreng...  Buh bawang besar pastu buh toyu cap lembu berlaga... Aih... Sedap pula.. Terus jadi rajin nak makan.

Ajaib betul tangan lelaki nih... Campak-campak pun jadi sedap.. Hehe...

Tapi memang kan... Kadang kita bosan makan makanan yang kita sendiri masak... Bila sesekali makan masakan dan air tangan orang lain... Jadi sedap dan berselera kan...

Jadi, suami-suami sekalian... Sesekali ambil tugas memasak dari isteri... Pasti, berselera sekeluarga makan... Kasih sayang pun bertambah erat... Insha Allah....


17 Oktober 2015

6 Sebab Isteri Wajib Mentaati Suami!

Sumber: Google images

Suami... Setinggi mana pun kedudukan isteri, wajib patuh dan taat suami...

Walaupun isteri anak orang kaya, suami hanya penarik beca, wajib taati..

Sebab WAJIB TAAT kepada suami:
1. Perintah daripada Allah.
2. Kedudukan suami sebagai pemimpin keluarga
3. Kewajipan isteri
4. Ganjaran pahala
5. Mendapatkan keredhaan Allah
6. Menjauhkan dari azab api neraka.

Hadis Nabi s.a.w tentang kepatuhan isteri:
Dari Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (riwayat Imam Tirmizi, hasan sahih, Ibnu Hibban, sahih)

Empat syarat wanita masuk syurga:
1. Taat kepada Allah
2. Puasa
3. Jaga maruah
4. Taat suami...

Walaupun empat syarat... Tapi syarat keempat tu paling susah sebenarnya. Nak taat suami perlukan ilmu agama yang tinggi. Wanita yang tak berilmu tulah kebanyakan jadi isteri yang nusyuz dan derhaka...

Bukan mudah nak taat... Perlukan iman juga. Sebab wanita ada emosi dan pendek akalnya... Jadi suami sebagai nakhoda perlu bimbing dengan ilmu dan iman juga.

Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Berpesan baiklah terhadap para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas,. Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerananya berpesan baiklah terhadap para wanita”. ( Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Semoga kita dapat patuh dan taat kepada suami sebaiknya...
Suami pula jangan jadi detektor saja...
Jangan jadi suami gila kuasa...
Ingatlah isteri manusia bukan pula robot yang tiada rasa...
Layanlah sebaiknya agar kerukunan rumahtangga terpelihara...


12 Oktober 2015

10 Tips Elak Rasa Jemu Dengan Pasangan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Terkejut dan tak terkata bila ada satu pasangan baru, mengatakan bosan dengan pasangannya. Macam mana boleh ada perasaan macam tu... Hmm.. Tertanya sendiri.. 

MF nak kongsi beberapa tips dari pengalaman, pembacaan serta perkongsian dari orang lama dalam perkahwinan... Cara untuk elak rasa jemu dengan pasangan. 

1. Berkahwin kerana menggapai redha Allah.
Letakkan matlamat dan niat perkahwinan itu kerana Allah... Insha Allah.. Rumah tangga yang kita bina mendapat redha dan perlindungan Allah. 

2. Ilmu
Terus cari ilmu walaupun bertahun lamanya berkahwin.. Sentiasa belajar dan belajar untuk perbaiki diri sendiri.. Begitu juga dengan pasangan kita... 

3. Bercinta Selepas Nikah
Jika berkawan sebelum kahwin, jangan lama-lama... Letakkan perhubungan itu dan akhiri perhubungan itu secepat yang mungkin. Nikah ni mudah... Jangan susahkan dengan adat yang membebankan. Jika tak mampu atau ada kekangan, elakkan berjumpa dan berhubung selalu dengan pasangan yang belum sah. 

4. Bergurau
Bergurau itu penghibur dalam rumah tangga... Selalulah bergurau dan mengusik dengan pasangan.

BACA: Bukan Susah Nak Jadi Suami Romantik

5. Jaga hak pasangan
Jaga hak masing-masing..  Suami jaga hak isteri begitu juga hak suami. 

6. Komunikasi
Komunikasi penting dalam rumah tangga. Elakkan tidak bercakap dengan pasangan lebih dari tiga jam... 

BACA: Hormat

7. Elak pergaduhan
Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri kan.. Tapi boleh dielakkan. Nak merajuk pun tak payah sampai berhari-hari. Ingat! Syaitan akan seronok dan tepuk tangan setiap kali pasangan suami isteri bergaduh. Syaitan tu kan musuh kita sampai kiamat.. Jadi, jangan biarkan musuh kita suka dengan apa yang kita buat. Jadi, redhakan marah dan rajuk dengan ucap... اعذبالله من الشيطان الرجيم . insha Allah.   Marah dan rajuk cepat reda.

8. Cipta Kenangkan perkara yang indah-indah
Setiap hari cipta sesuatu yang indah di rumah. Jadikan rumah tempat yang paling indah kita cipta cinta. Pupuklah cinta setiap hari dengan pasangan dengan perkara yang indah seperti ucapan sayang, ciuman, pelukan, belaian dan kejutan. 


9. Selalu ucap terima kasih dan maaf setiap masa dan setiap hari. Lazimi ucapan terima kasih dan maaf. Suami luangkan masa di rumah, ucap terima kasih... Suami makan masakan isteri, ucap terima kasih... Tanda pasangan rasa dihargai... Insha Allah... Berseri rumah tangga.

10. Doa
Doa senjata mukmin. Berdoalah agar Allah jaga pandangan kita.  Jadikan mata dan hati kita tetap dengan jodoh kita yang satu... Supaya kita nampak kebaikan pasangan kita..  Kita nampak pasangan hidup kita sedap mata memandang. Doalah.  Insha Allah, Allah akan pelihara rumah tangga kita dan menjadikan kita tak jemu dengan pasangan bahkan semakin rindu. 

Banyak tips lain boleh diikuti antaranya:
































Terima kasih kerana sudi membaca 10 Tips Elak Rasa Jemu Dengan Pasangan. Semoga bermanfaat... Doakan agar rumah tangga kita sentiasa mendapat redha dan keberkatan Ilahi... Ameen.