22 September 2015

Tips Cari Sahabat Sejati!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hidup normal seorang manusia perlu ada kawan... Manusia yang tak berkawan orang panggil kera sumbang... Suka hidup menyendiri...

Seorang sahabat sejati amat bernilai dan berharga berbanding dengan seribu kawan yang baik. Kenapa??? Kerana sahabat ini istimewa dan kawan ini hanya sebagai teman... Tapi sahabat lebih dari itu.

Jangan tak tahu, MF tak pernah ada kawan baik. Tapi ada sahabat sejati... Jika dulu kawan baik MF si kembar, iaitu kawan satu Tingkatan Enam... Sehingga kini masih kawan baik walaupun masing-masing sudah ada kehidupan sendiri... Tapi sahabat sejati MF dunia akhirat ialah keluarga MF... Jika dulu ibu bapa MF, tapi sekarang suami MF...

Tapi sahabat sejati dalam kalangan orang yang tiada hubungan saudara ni, MF takde... Kat mana-mana MF pergi, MF kawan dengan semua orang... Sama saja.. Kat universiti dulu, MF kawan dengan semua kawan lain... Di tempat kerja pun sama juga... Takde kawan rapat...

Bagaimana kita nak cari sahabat sejati???

Ini caranya...

Carilah kawan yang dapat bimbing kita ke syurga.. Selalu nasihati kita ke arah kebaikan dan ingatkan kita kepada Allah.

Sebab tu, walaupun rakan alam maya, MF titik beratkan ciri-ciri ini... Kawan yang selalu luah perasaan, tak jaga tutur kata.. Rakan yang beri aura negatif, MF unfriend atau hide je dari pandangan MF. MF tak nak aura negatif menyerap kepada MF... MF pun tak kisah, kalau orang hide atau unfriend MF jika MF tak dapat beri manfaat kepada orang lain.

Moga kita dapat jadi sahabat sejati untuk diri sendiri... Sentiasa mencari kebaikan dan memberi manfaat lepada orang lain.

20 Ogos 2015

10 TIPS MENEMANI WANITA KETIKA BERSHOPPING!

10 TIPS MENEMANI WANITA KETIKA BERSHOPPING!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sumber: Google images


1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala".  

2. Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.  

3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.  

4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke komplek membeli belah..eloklah tanyakan kepada isteri ... apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan.. (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.  

5. Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.  

6. Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelek tak abang kain ni untuk saya"... ?berilah pandangan dengan kata- kata, "Pada pandangan abang ... .." Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian senyap.  

7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.  

8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya  mendapatkan barangan kehendaknya.  

9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.  

10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.

Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami yang romantis lorong- lorong komplek membeli belah...    

Sumber: pembacaan internet

Shopping sinonim dengan wanita... Orang lelaki shopping barang yang penting je... Tapi kalau dia ke kedai yang berkaitan dengan hobi dia memang lama la kan... Tapi tips di atas sesuai bagi yang dah anak besar atau takde anak lagi.... Kalau ada anak kecil-kecil dua tiga orang... Huhu... Rela lagi shopping online... Sorang lari, sorang terpekik sana sini... Riuh rendah jadinya... Jadi, shopping online je la. Tak kuasa nak belek lelama dah... Sebab tu, kalau window shopping pun beli apa yang ada dalam list je... Mencabar shopping bila ada anak... Tapi hikmahnya, tak buang masa lama la bila shopping tu kan... 

20 April 2015

Kisah Peluk Memeluk!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tajuk:  Pelukan Menambah Kasih Sayang Suami Isteri

 Untuk mengikat kasih sayang suami isteri seorang penceramah motivasi mencadangkan agar suami atau isteri sebelum pergi kerja dan balik kerja hendaklah memberikan pelukan.

Seorg peserta wanita bertanya, "Berapa lama nak berpeluk?"

"Lagi lama lagi bertambah kasih sayang" jawab penceramah.

"Saya peluk suami saya satu jam gi kerja dan satu jam balik kerja," kata wanita tersebut.

" Woww....lamanya....akak buat mcm mana tu? " tanya penceramah.

Wanita tu menjawab,

"Saya dan suami setiap hari pergi dan balik kerja naik motosikal........!!!
😂😂😂😜😜😜


Jadi... Naik motosikal boleh mengeratkan kasih sayang suami isteri disamping dapat jimat dan elak jam... Hehe... Nak lebih erat..suami rajin2 la buat brek mengejut kan... Hehe... Sat g ada yg ke kutey kat pinggang... Hehe... Opss..suami isteri je tau!!! Yang tak kahwin jangan gatai dok nek moto sekali... HARAM!!! 

26 Februari 2015

Uji Lipstik Bebas Plumbum!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pertama kali dalam sejarah... MF guna lipstik sampai habis... Gara-gara lepas ada anak dara dua orang... Cepat je habis lipstik... Tapi tak risau... Sebab kat tempat keje MF ada tauke jual produk kesihatan dan kecantikan... Hehe... Jadi, lipstik memang dah total zero dalam handbag, terus je pergi tanya kawan MF...

Ada tiga jenama dia jual...dan dalam stok dia... Jenama Avon, lipstik jenama D'herbs dan juga lipstik jenama Nutrimetic...

Jenama D'herbs memang pernah guna dah... Best juga...sebab ikut darah kan... Kita oles dan warna tu berubah la ikut jenis kulit dan darah kita... Tapi tak pernah pula guna jenama Nutrimetic... Magic Lipstik namanya... Kawan MF kata warnanya ikut suhu badan...


Tertarik pula nak beli... Kawan MF jual pun murah je... Pastu teringat pula cara uji lipstik untuk lihat, ada plumbum atau tak...yang pernah MF baca kat internet... Terus la MF uji kat magic lipstik Nutrimetic tu...

Hasilnya... Warnanya tak berubah pun selepas ditenyeh dengan cincin emas 916... Jadi, takde la tu kan... Owh...ya.. MF tak minat jenama Avon... Jadi, terus la beli jenama Avon...

Ada anak kecil..pompuan pula tu kan.. Cepat je habis segala alat solek... Bedak pun ada yg pecah tu... Dok pikir nak beli lain juga.. Lipstik ni dah enam ke tujuh batang dalam masa 3 tahun... Padahal sebatang lipstik tu boleh je tahan setahun lebih... Aduhai anak...

Itulah anak pompuan... Bapaknye saboorrr je la kan... Tunggu la dah besar nanti... Gamaknya bapanya sempat tidur la dulu tunggu maknye dan anak2 bersiap.... Hehe

Eh.. Melalut dah... Ok lah.. Tu la.. Lipstil nutrimetic takde plumbum.. Warnanya pun cantik... Kena pada kulit MF dan sentiasa lembapkan bibir... Best juga guna...

MF takde produk specific untuk alat solek... Asal berkualiti... Murah ok lah.. Takdelah yang berjenama mahal... Murah-murah aje...

Sekian,bebelan untuk entry autopublish petang ini... Hehe

18 November 2014

Cara Hilangkan Kahak Bayi!

sumber: google images
Rimas jika lihat anak selesema dan batuk panjangkan.. tidur malam pun berbunyi... terdapat punca kenapa anak berkahak dan batuk berterusan:

1. Faktor Cuaca: cuaca yang jerebu, sejuk atau panas sangat menyebabkan batuk dan selesema berterusan.

2. Faktor Persekitaran: orang sekeliling yang ada batuk dan selesema, menyebabkan bayi dan kanak-kanak berisiko untuk dijangkiti dan sukar sembuh.. 

3. Faktor Pemakanan: beberapa jenis makanan yang menyebabkan selesema dan batuk bertambah buruk... :
sumber: google images

Petua dan Rawatan

1) Air kelapa
Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula. Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.

2) Madu
Guna madu asli.
Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air
Kalau baby, madu + air
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa

3) Teknik tepuk @ percussion
teknik tepuk
sumber: google images

4) Gas nebulizer
Untuk cairkan kahak.
Kahak akan keluar melalui najis atau muntah

5) Rawatan makanan tambahan yang mengandungi Omega - ia membantu mencairkan kahak

6) 2 ulas bawang putih + minyak masak/minyak zaitun
Cara :
-bawang putih dibakar hingga lembut
-lenyekkan + cikit minyak masak
-lulur ke leher, dada, belakang baby

7) Daun kaduk + kapur + air
Cara :
- daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas
- lulur ke dada, leher, belakang baby

8) Kunyit hidup
Cara:
- bakar kunyit hidup
- gesek pada lesung batu
- ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada baby

Thermal steam therapy - duduk dekat air humidifier beberapa minit atau letak muka over mangkuk air panas

** Jika bayi hidung tersumbat boleh ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak.
ELAKKAN BAGI UBAT BATUK DAN SELESEMA BAGI ANAK UMUR 2 TAHUN KE BAWAH KECUALI SETELAH USAHA DI ATAS DILAKUKAN, TAK BERHASIL... 

KITA USAHA DAN ALLAH YANG MAHA BERKEHENDAK UNTUK MENYEMBUHKANNYA... 

23 Oktober 2014

Cara Atasi Lapar Waktu Malam!

Jam dah pukul 10 lebih, mata dah terlelap dah masa tidur kan anak-anak, tapi terjaga sebab perut berdondang sayang...
Laparnya aduhai... Macam orang tak pernah makan... Menyucuk-nyucuk... Kepala dah start pening sebab dah masuk angin... Memang parah kalau lapar waktu malam ni...

Pernah jam 2-3 pagi aku bangun cari makan sebab lapar... Sindrom lapar tengah malam ni normal lah bagi ibu menyusu dan mengandung sebenarnya tapi tak tahannya, lapar tu sampai menganggu tidur... Tu yang parahnya...

Apa cara nak atasi lapar tengah malam nih??? Kalau ikut cara aku, lewatkan sikit waktu makan nasi... Makan awal malam... Tapi kadang lapar juga...

Cara lain, standby buah dan biskut... Minum susu coklat...sebab susu coklat buatkan perut kenyang... Banyakkan minum air... Tapi kalau dah tak tahan lapar... Memang no diet... Bantai juga makan nasi... Lapar punya pasal... Sebab ibu menyusu nih, pembakaran kalori cepat kot... Kejap je rasa kenyangnya tu...
Lapar... Lapar... Lapar... Kadang suamiku pun pening... Hehe.. Asyik lapar je... Hehe... Kuat makan, tapi makin kurus... Hehe.. Standart la kan... Itulah untungnya menyusu badan dan metabolisme tinggi... Tak gemuk-gemuk... Layankan je lah lapar tengah malam tu... Dah lapar, makan je lah ea... Tak payah nak control sangat... Nanti menggigil badan, diri sendiri yang susah... Makan je...

P/s: nak taip sikit je, apasal panjang pula???


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

22 September 2014

Merangsang Otak Anak Dengan Teknik Shichida

Merangsang Otak Anak Dengan Teknik Shichida

Sumber: google images

Teknik shichida diamalkan oleh masyarakat jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri,tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangkannya. Sebelum melakukan teknik ini ,tarik nafas sedalam-dalamnya dan relaks.
  1. Sewaktu anak dalam keadaan tidur-tidur ayam, bisikan di telinganya dengan jujur kata-kata positif seperti kita sayang padanya, anak yang soleh,kuat, rajin pergi sekolah dan bijak. Ini kerana ketika itu, otak kanak sedang berfungsi manakala otak kiri pula sedang tidur. Bagaimanapun anda perlu lakukannya dengan seikhlas hati,elakkan ketika sedang marah. Selepas anak mula pejamkan mata, ramas-ramaslah jari atau tangannya supaya dia kembali dalam keadaaan tidur-tidur ayam. Islam juga menggalakan ibubapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka sedang dalam proses hendak tidur, sebabnya pada ketika itulah antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

  2. Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak. Contohnya ABC atau 123 dalam tempoh seminggu dan lihat kesannya.Pasti dia dapat menghafal huruf-huruf yang ditunjukkan.Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat.Ini kerana apabila kad itu bergerak laju,otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

  3. Galakkan anak melakukan kraftangan .Ia adalah hasil daripada kerahan otak kanan,oleh itu ajaklah anak anda bermain tanah liat,mewarna,melukis,gunting kertas ,origami dan sebagainya.Memanglah selepas itu terpaksa mengemas,tetapi banyak manfaatnya.

  4. Satu lagi aktiviti menarik ialah melukis gambar,contohnya rama-rama.Anda hanya perlu melukis sebahgian sahaja dan suruh anak anda menyudahkannya.Ini dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

  5. Usah marah-marah atau tengking anak dengan nada yang kuat,sebabnya mereka akan simpan semuanya dalam otak kiri.Andainya anda termarah anak anda,pujuklah dengan langkah pertama tadi.Jangan malu ucapkan perkataan maaf kepada anak anda.

  6. Kembangkan imaginasi anak anda dengan sesi bercerita. Anda mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya.

  7. Bermain teka-teki bersama anak. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apakah benda itu. Mulakan dengan memberi klu seperti warna atau bunyi. Ini adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Bagaimanapun lakukannya sekitar setengah jam sehari, tak perlu terlalu lama.

  8. Jika boleh elakkan menggunakan perkataan jangan kepada anak-anak.Jikalau terlalu kerap menggunakan perkataan itu, itulah yang anak lakukan. Gantikan dengan perkataan lain seperti, tolong atau marilah kita sama-sama.

Berguna teknik ni untuk latih kakak ni... banyak juga aku kena perbaiki diri... moga dipermudahkan untuk aku didik sebaik mungkin...

20 September 2014

5 Cara Atasi Tidur Berdengkur!

Sumber: google images

Berdengkur, memang mengganggu kadang-kadang, tapi kalau dapat pasangan atau saudara mara yang ada masalah ni, memang redha je la kan... Tapi, bagi pesakit asma memang kadang-kadang tidur berdengkur... Waktu keletihan yang teramat pun boleh sebabkan berdengkur yang kuat... Ada lima tips,untuk atasi tidur berdengkur... Jom cuba lakukan mana tahu berkesan... 

# GANDAKAN BANTAL
Posisi kepala yang lebih tinggi dapat membantu melancarkan serta memudahkan sistem penafasan. Ini kerana, posisi seperti ini akan mendorong lidah serta rahang bergerak ke depan. Malah ia juga melancarkan aliran oksigen yang melalui kawasan leher.

Jangan tak tahu, kini bantal khusus untuk mencegah dengkur juga boleh didapati di pasaran. Jadi, selain daripada mengandakan bantal, kamu juga boleh gunakan bantal khas untuk anti-dengkur.

# POSISI MENGIRING
Tidur dalam keadaan mengiring mampu melancarkan aliran darah. Ia juga meminimakan tekanan pada organ penafasan. Cara ini juga akan membuatkan kamu bernafas dengan lebih sempurna.

# HINDARI ROKOK
Girls, rokok mampu menyebabkan saluran penafasan kamu menjadi sempit dan akhirnya akan menyukarkan kamu bernafas. Menurut beberapa kajian di luar negara mengatakan kebanyakan individu yang menghisap rokok berpotensi mengalami masalah berdengkur yang teruk kerana wujudnya selaput yang melekat di paru-paru akibat asap rokok.

So, dengan mengatakan tidak pada rokok ia mampu menyelamatkan nyawa kamu ketika tidur!

# TIDUR TERATUR
Tubuh yang lemah dan tidak bermaya boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur dengan kuat. Keadaan ini terjadi kerana otot di tubuh badan menjadi lemah dan gagal berfungsi dengan sempurna. Maka tidak hairanlah mengapa individu yang benar-benar sedang keletihan selalunya akan berdengkur lebih teruk berbanding hari biasa. Untuk mengelakkan diri dari terus berdengkur, rancang dan atur waktu tidur dengan lebih awal dan teratur. Pastikan tubuh mendapat waktu rehat yang secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

# JAGA BERAT BADAN
Walaupun ada sesetengah individu yang bertubuh kecil juga berdengkur itu tidak bermaksud ia tiada kena mengena dengan berat badan. Sebenarnya, apabila berat badan bertambah lapisan lemak dalam tubuh juga semakin menebal. Apabila ia semakin menebal, ia akan menyebabkan segala saluran semakin sempit terutamanya di bahagian leher. Kerana inilah individu lebih cenderung berbunyik ketika tidur.

Dua tips di atas tu paling mudah dan berkesan.. elakkan tidur terlentang dan bantal rendah... Pastikan tidur dengan mendongak sedikit bukan terkulup ke bawah... untuk memudahkan penafasan lancar ketika tidur.. Kadang rasa gerun juga bila dengar orang berdengkur kuat... huhu... 

12 September 2014

Cara Terbaik Simpan Susu!

Cara Terbaik Simpan Susu!

Sumber: google images

Berikut adalah beberapa tips penting mengenai tata cara penyimpanan susu, agar susu awet dan tetap selamat untuk diminum.
  • Untuk susu kemasan yang masih tertutup, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk. Pastikan susu tersimpan dengan baik pada suhu 1-4 darjah celcius. Sebaiknya, tempatkan susu pada bahagian tengah peti sejuk. Elakkan menyimpan susu pada bahagian pintu peti sejuk kerana ini akan membuatkan kualiti susu akan berkurangan disebabkan suhu yang berubah-rubah ketika membuka dan menutup peti sejuk.

  • Bagi anda yang kerap menyimpan susu tepung di dalam jumlah yang banyak, simpan susu di dalam bekas yang tertutup rapat. Atau, anda boleh simpan di dalam bekas kedap udara yang juga tertutup. Kemudian, letakkan di dalam peti sejuk dengan suhu 10-15 darjah celcius.

  • Sebaiknya, minum susu cair di dalam kemasan yang telah dibuka pada hari yang sama. Kebiasaannya menuang susu dan kemudiannya memasukkannya semula di dalam peti sejuk selama berhari-hari akan menyebabkan susu rosak serta mudah dicemari bakteria.

  • Untuk susu pekat manis yang telah dibuka kemasannya, simpanlah di dalam peti sejuk. Pastikan anda tidak mengambilnya lagi selepas 20 hari.

  • Jangan lupa untuk selalu memerhatikan tarikh luput susu setiap kali anda membelinya atau setelah beberapa hari menyimpan. 

Kalau tengok balik cara nih, selalu kita salah kan... sekarang dah tahu.. maka boleh la praktikkan... Salah cara simpan, boleh kurangkan khasiat susu dan mungkin boleh sebabkan keracunan... 

11 September 2014

10 Tip Keselamatan WiFi Hotspot

10 Tip Keselamatan WiFi Hotspot

sumber: google images

Pernah satu ketika, kami suami isteri memang selalu guna WIFI Hotspot, sebab jimatkan.. guna internet mobile, lepas tu terus je guna yang tu untuk mobile dan laptop di rumah.. Tak payah bayar banyak-banyak bil... Tapi, terperasan sejak dua bulan lalu, data 3GB yang kami langgan untuk sebulan cepat je habis, padahal aku dan suami jarang bukan youtube atau download apa-apa aplikasi, video atau lagu... Rasanya, pasti ada pencuri Wifi nih... biasalah dok rumah flat dan rumah dekat-dekat nih.. memang bahaya... Jadi, perlukan titik beratkan keselamatan bagi yang guna Wifi Hotspot atau Wifi lain dalam rumah. 

1. Matikan penyesuai WiFi anda
Apabila anda tidak berada di rumah atau di tempat kerja, adalah tindakan bijak untuk mematikan sambungan WiFi. Jika tidak, komputer anda mungkin menyambung ke Hotspot berniat jahat secara automatik tanpa anda sedari.  
     
2. Pastikan firewall aktif
Firewallmembantu melindungi PC dengan menghalang pengguna lain mengakses komputer anda menerusi rangkaian WiFi. Ia bertindak menghalang maklumat atau membenarkan ia melaluinya.

3.Gunakan Virtual Private Network (VPN)
Apabila memilih untuk menggunakan sambungan WiFi, pastikan ia dilengkapi dengan bentuk kunci keselamatan. Maklumat yang dihantar melalui rangkaian ini lebih sulit dan salah satu alternatifnya menggunakan VPN.

*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet - Network and Share Center - Set up a new connection or network. Pilih Connect to a Workplace – Next - Use my internet connection (VPN). Taip alamat IP dan nama sambungan pada bahagian Destination.
Masukkan nama pengguna serta kata unik sebelum klik Connect.

4. Sulitkan data
Anda boleh melindungi fail dengan menjadikannya sulit. Membuka dan mengubah suainya memerlukan kata laluan. Laksanakan prosedur hanya ke atas satu fail pada satu masa. Pertimbangkan untuk lindungi fail yang hanya digunakan semasa bekerja di tempat awam.

5. Gunakan HTTPS dan SSL
Kini, banyak laman web menggunakan HTTPS dan SSL untuk menyedia sambungan selamat. Ia protokol perhubungan komunikasi sulit. Akses laman web atau e-mel dengan dimulai https://.

6. Melumpuhkan perkongsian fail dan pencetak
Perkongsian fail dan pencetak ialah ciri yang membolehkan komputer lain dalam rangkaian mengakses sumber pada komputer anda. Apabila anda menggunakan PC mudah alih anda di tempat Hotspot, lumpuhkan fail dan pencetak daripada perkongsian dan serangan penggodam.

*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet - Network and Sharing Center - Homegroup and sharing options - Change advanced sharing settings - File and printer sharing - Turn off file and printer sharing - Save changes.

 7. Pemantauan pintu akses
Jika terdapat kemudahan WiFi, anda pasti terdorong melakukan sambungan. Ia akan menyambung ke pusat akses dan menghubungkan anda ke sistem berwayar utama untuk Internet. Untuk memastikan sambungan betul, konfigurasi PC anda untuk membolehkan anda meluluskan pusat akses sebelum menyambung.

8. Privasi folder anda
Apabila folder pada PC mudah alih anda diprivasi, ia adalah lebih sukar bagi penggodam untuk mengakses fail anda.

*Pengguna Windows 7 - Start - Control Panel - Dalam kotak carian, taip Network - Network and Sharing Center - Change advanced sharing settings - Klik pada V untuk memperluaskan profil rangkaian semasa anda. Di bawah Public folder sharing - Turn off Public folder sharing (people logged on to this computer can still access these folders) - Save changes.

9. OS dan aplikasi ‘up to date’.
Hampir setiap minggu ada kemas kini keselamatan terbaru diumumkan dan tidak terhad di bahagian sistem OS Windows atau pun program Office sahaja. Kebanyakan virus dan worm berniat jahat telah merebak dan tersebar melalui e-mel, jadi berhati-hati terutamanya ketika membuka lampiran.

10. Gunakan Antivirus
Seharusnya tidak perlu diberitahu lagi, cuma mengingatkan. Pastikan peranti akses WiFi anda dipasang perisian antivirus. Ini untuk kawalan malware dan memastikan anda terlindung dari bahaya lain apabila mengakses WiFi secara terbuka.

Sekarang ni, kami pakai kabel je pula... sesiapa pun tak boleh curi lagi dah... Kalau nak buka internet, banyak guna mobile je... Memang tak halal la siapa yang curi tu ea... Moga Allah je membalasnya... Itulah kalau dah canggih dan salah guna pengetahuan yang ada kan.. hmmm... 

23 Ogos 2014

15 Cara Jimatkan Bajet Perkahwinan!

15 Cara Jimatkan Bajet Perkahwinan!

Sumber: google images

Zaman sekarang, orang nak kahwin pun pikir 10 kali kan... kos perkahwinan makin mahal, selaras dengan harga barang yang mahal... Emas pun mahal, sampaikan cili bawang pun mahal.. apatah lagi baju kahwin kan.. upah jahit pun mahal.. Ada 15 Cara untuk jimatkan kos perbelanjaan perkahwinan yang dikongsikan oleh Pakar Diari Hati kepada semua bakal pengantin dan yang merancang mendirikan rumah tangga.. Pakar Diari Hati kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.  

  1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
  2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.
  3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
  4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.
  5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan.
  6. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.
  7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.
  8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).
  9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
  10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah
  11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG. Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.
  12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?
  13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.
  14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!
  15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.

Semoga ini membantu, untuk perhatian bakal pengantin. ‪#‎PakarDiariHati‬

Sebenarnya, jika kahwin ikut cara Islam sangat mudah dan murah... Tanpa pelamin, tanpa hantaran yang tinggi dan kenduri ala kadar sahaja... Insha Allah, ikut syariat kita kan rasa terbeban... Pikirkan kehidupan selepas kahwin, sebab itu lagi banyak duit nak pakai berbanding selepas kahwin... :)

09 Julai 2014

Doa Supaya Suami Tak Memandang Perempuan Lain!


Keyword hot semalam...
Doa suami tak pandang perempuan lain...

Ada aku kongsikan petuanya DI SINI

Namun perlu ikut langkah-langkah ini:
1. Doa ni adalah perlu diamalkan secara istiqamah..
2. Amalkan juga petua serikan wajah.
3. Jaga dan hormati kebajikan suami.
4. Selalu solat hajat dan tahajjud.
5. Isteri juga perlu jaga pandangan (tundukkan pandangan)
6. Selalulah amalkan doa mohon ketetapan hati... 

Perkahwinan yang dibina asasnya adalah AGAMA... Teguhkan cinta suami isteri hanya kerana Allah!

Apa-apa pun diri sendiri juga perlu diubah... Baikkan diri kita,insha Allah yang baik-baik akan datang kepada kita... 



03 Julai 2014

5 Benda Penting Kena Bawa Walaupun Puasa


Berpuasa dalam cuaca yang panas memang satu cabaran buat kita rakyat Malaysia. Memang tidak dinafikan kulit kering, penat dan dehidrasi sering menjadi masalah utama di bulan Ramadhan.  Jadi, banyak pekara yang harus kamu lakukan sebagai persediaan. Baik dari segi mental hinggalah ke fizikal.

Jom ketahui 5 barangan yang mesti ada saat berpuasa.

1)    LIP BALM
Berpuasa mampu membuatkan bibir kamu kekeringan. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga bersahabat baiklah dengan lip balm. Agar bibir kamu terus lembap dan kulit bibir tidak terkoyak. (Aku suka dengan Lipstik D'Herbs, memang mengekalkan kelembapan hanya dengan secalit sapuan.)

2)    BEKALAN MAKANAN & MINUMAN
Ini tidak bermaksud kamu harus bawa nasi lemak atau sebagainya. Cukuplah sekadar gula-gula dan air mineral sebagai bekal untuk berbuka nanti. Maklumlah, selalunya di bulan puasa kesesakan lalu lintas luar biasa. Tidak mustahil semasa azan maghrib berkumandang kamu masih di atas jalan raya. (Standby ketika jem teruk, tak lah panik kalau tak sempat sampai rumah atau tak sempat singgah bazar)

3)    KRIM BADAN
Berpuasa dan tambah pula dengan cuaca yang panas, ia akan membuatkan segala cecair dalam tubuh badan hilang dan menyebabkan kulit kamu kekeringan. Jadi sebelum ia melarat dan menjadi lebih teruk, rajinkan diri menyapu krim badan di kawasan yang kekeringan.   (Aku gantikan krim dengan minyak zaitun, tapi standby juga losyen dalam handbag)

4)    MAKE UP
Berpuasa bukanlah alasan untuk kamu kelihatan polos dan kelihatan seperti zombi. Tiada salahnya jika kamu calitkan sedikit solekan di wajah agar nampak lebih segar dan bermaya. (Solekan tipis bukan make up tebal kerana solekan berlebihan selain untuk suami haram hukumnya sama ada bulan puasa ataupun tak)

5)    DUIT
Sungguh pun kamu tidak memerlukan pembelanjaan yang tinggi di bulan puasa, tetapi itu tidak bermaksud kamu tidak memerlukan duit. Jangan sesekali berani yakin untuk keluar tanpa membawa sedikit wang. Harus di ingat, malang tidak berbau. Mana tahu dalam perjalanan kamu perlu menggunakan wang.
Sumber: Karangkraf
Petua Rawat Ulser Mulut

Petua Rawat Ulser Mulut

Seksakan kena ulser mulut, tengok makanan sedap jadi tak sedap kan... nak sembuh memang amik masa juga kan... 
Sumber: google images

Punca berlakunya ulser mulut : 
  1. Kecederaan pada lapisan nipis mulut disebabkan tergigit bibir, termakan makanan yang tajam atau pun air yang terlalu panas smpai melecur mungkin. 
  2. Kekurangan zat dalam tubuh badan macam zat besi dan acid folic 
  3. Tekanan perasaan 
  4. Imuniti yang lemah 

Petua tradisional : 
  1. Berkumur dengan menggunakan air garam 
  2. Ambil secubit asam keping dan tekapkan di bahagian yang terkena ulser 
  3. Ambil sedikit bawang putih,tekapkan di bahagian yang mengalami ulser 


Petua moden : 
  • Banyak minum air suam 
  • Berehat dan tidur dengan cukup 
  • Amalkan tabiat menjaga kebersihan mulut dan gigi supaya ia berada dalam keadaan yang baik.
  • Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan vitamin B12 dan C cukup diambil.
Petua yang aku pernah buat:
  • Sapukan dengan celak serbuk yang biasa orang beli dari Makkah tu... sapu je kat tempat ulser tu, insha Allah dengan izin-Nya dua hari sembuh la...
  • Sapu dengan getah pokok sena. Memang dapat kat hutan je lah ek spesis pokok ni... tapi kat kampung aku ada pokok ni... getah dari kulit pokok sena boleh cepat smbuhkan.. insha Allah.
Sumber rujukan: Says.com

Dugaan sebelum Ramadhan berlarutan hingga masuk Ramadhan... Makin menjadi-jadi ulser kat mulut ni... Kali ni kena kat tengah dalam tepi lidah, nak tengok pun tak nampak... memang seksa nak makan... huhu... Sekali tengok ada tiga... Fuhh... Patut la... Redha je la... Tanda Allah sayang... Nak bercakap pun susaih juga... Tapi dah nama cikgu kan... Kena gak bercakap... Mana boleh tak bercakap. Redha... Inilah tanda Allah sayang... Ni dah reda sikit, aku amal je minum air sunquick suam hari-hari... Betuk lah tu gamaknya... Kurang vitamin C... Hehe

19 Jun 2014

Petua Bersihkan Seterika!

sumber: google images

Seterika yang biasa kita guna lama-lama akan jadi gelap dan kadang-kadang melekit dan melekat pada pakaian. Leceh kan camni.. Terutama kalau gosok baju putih, kesan kadang-kadang melekat... Dah tak cantik seterika kita... Jadi, ada beberapa petua mudah kita boleh cuba buat untuk hilangkan kesan hitam pada seterika. 

1. Daun Pisang
Ambil daun pisang tua, yang masih basah dan hijau. Buka seterika dengan kepanasan sederhan dan gosokkan permukaan seterika berulang kali hingga seterika terasa licin.

2. Garam
Bahan yang  diperlukan adalah beberapa sudu besar garam. Apa-apa jenis garam boleh digunakan. Caranya ialah dengan hidupkan seterika pada kepanasan sederhana. Apabila seterika mulai menjadi panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap. (sumber: karangkraf)

3. Kertas pasir halus
Gosok permukaan seterika menggunakan kertas pasir yang paling halus. Gosok tanpa panaskan seterika terlebih dahulu.

4. Daun mempelas
Ni kaedah orang dahulu bagi yang tiada kertas pasir. Boleh gunakan daun mempelas dan gosok permukaan seterika berulang kali secara perlahan-lahan dan sekata.

Mudah dan senang. Selamat mencuba. 

Tips:
  1. Jangan seterika jenis kain sintetik bergetah seperti kain lycra.
  2. Panaskan seterika dengan kepanasan sederhana sebelum laraskan ikut jenis kain semasa seterika.
  3. Cuba gosok pada permukaan papan seterika sebelum gosok terus pada pakaian. 


12 Jun 2014

Panduan Membuat Kek dan Biskut

Raya dah makin hampir kan... opss.. puasa pun belum kan.. apa citer raya lak nih.. hehe.. ok, sesekali la kan.. Ramadhan bulan untuk tingkatkan amal, itu sudah pasti kan... Ok, memandangkan aku ada hobi baru sekarang, sejak en.somi aku belikan oven, berkobar-kobar nak belajar buat biskut dan kek... Memula buat hanya guna tepung segera tu aje... Jenama NONA, mudah je kan.. tak perlu sukat-sukat tepung... Cuma tambah telur, mentega atau air je... Tapi dalam hati, teringin nak buat sendiri... Jadi mencari-cari tips dan panduan untuk buat kek dan biskut... Jadi aku jumpa kat SINI... Insha Allah, sebagai nota untuk aku dan perkongsian bersama.... 

Tips dan panduan untuk bahan asas kek dan biskut... Tapi tak semua kek dan biskut guna bahan asas yang sama... 

TELUR
  • Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaik-baiknya beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yg di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur di pasar berbanding kedai biasa.
  • Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji. Jangan menggunakan telur yg besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan lebihan cecair dlm sukatan dan menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik kita akan menambah tepung ke dlm adunan. Kalau tidak berhati2 doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.
  • Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur dan gula hendaklah di pukul hingga benar2 gebu sebelum di campur dgn bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu. Ujian yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.

Kelajuan memukul telur, mentega dan gula
  • Untuk membuat biskut memadai dgn memukul perlahan hingga sebati. Tak perlu menggunakan mesin, keculi dalam kuantiti yang banyak.
  • Untuk kek pula, pastikan ia di pukul perlahan hingga sebati kemudian di tahap sederhana selama 3-4 minit sebelum di putar ke tahap maxima selama 6-7 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa, tidak memerlukan masa yang lama.
  • Jika digunakan hand mixer, perlu pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan adunan di pukul rata setelah memasukkan setiap telur.
  • Bila masukkan tepung pukul dengan kadar perlahan sahaja dan berselang seli dengan bahan cecair seperti susu atau jus.

BUTTER
  • Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yg masih keras. Ini kerana mentega yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak.
  • Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.
  • Adunan mentega untuk biskut, jika di kacau berlebihan hingga menjadi berminyak akan menyebabkan biskut terbantut. 
  • Untuk kek, mentega yg di gunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi bukan terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras.
  • Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil apabila telur di masukkan.
  • Jika memukul mentega atau butter, pukullah hingga benar-benar lembut dan jauhkan dari tempat atau ruang yg panas agar mentega yang dipukul tidak mencair dan berminyak.
  • Cuba lihat panduan di bawah ni bagaimana cara melembutkan butter dan kaedah mencairkan butter.


Berapa lama masa yg sesuai memukul butter, gula, telur dan tepung
  • Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur. Ini bergantung pada kelajuan mesen yg digunakan. Selalunya mula memukul pada tahap perlahan. Berhenti dan pastikan bahan2an tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar pada kelajuan maxima selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi selama 3 minit. Bila adunan nampak ringan dan pucat warnanya. Baru dimasukkan telur sebijik demi sebijik dalam kadar 2 minit setiap biji telur.
  • Gunakan senduk kayu atau spatula untuk memasukkan tepung dan mengaul rata adunan.


Mengantikan butter dengan margerin 
  • Bezanya, kek yg menggunakan butter lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harus diingat jika dibiarkan mentega terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak dan gebu.
  • Kek yg menggunakan margerin tidak begitu wangi, seperti kek yg menggunakan mentega. Ia juga tidak selemak kek yang menggunakan mentega.
  • Jika menggunakan margerin timbang kilo pula, rasa kek juga tidak enak!.
  • Kebanyakkan margerin juga begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya , adunan tidak kembang dengan elok.


TIPS MEMBUAT KEK
  • Bila sudah mendapat resepi yang diinginkan cuba semak dengan teliti bahan2 yg diperlukan dan fahami kaedah cara membuatnya. Jika tidak faham tanyalah pada yg arif atau tuan empunya resepi.
  • Sediakan bahan2an yg diperlukan seperti alat penimbang, sukatan cawan dan sudu, mixer, dan bahan2an lain yg di perlukan untuk membuat kek.
  • Pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.
  • Bahan2an kering seperti tepung, baking powder, baking soda dan garam hendaklah di gaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu. Kek akan lebih gebu bila kita menggunakan bahan yg telah di ayak.
  • Masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balik adunan dgn satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu mengaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yg mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dgn adunan mentega.
  • ketika menunggu adunan di bakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis, jangan terlalu sering mengaul adunan kerana ia membuatkan adunan turun dan kek mampat. Adunan yg menunggu giliran untuk dibakar harus diletakkan di ruangan yg jauh dari suhu panas.
  • Jika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain seperti pewarna dan buah2an kering, lakukan dengan hanya menggunakan spatula dan dengan di kaup balik perlahan agar adunan tidak turun.
  • Loyang perlulah di leserkan dgn butter terlebih dahulu, alaskan dasar loyang dengan baking paper. 
  • Untuk kek lapis pula tidak perlu di leserkan pada tepi loyang, cukup sekadar leserkan pada dasar loyang dan alas dasar dgn baking paper juga. Ini untuk mengelakan kek rengang dari loyang, mengecut dan ini mengakibatkan susunan lapisan tidak rata.
  • Ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit lebih awal sebelum kek di masukkan ke dalam ketuhar. Membakar kek tampa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akak menyebabkan kek rosak.
  • Jangan keluarkan kek terus dari loyang selepas di bakar. Sebaiknya tunggu kek benar2 sejuk dan mantap baru lah boleh di keluarkan.
  • Kek yang di kukus pula, perlulah di panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek dan merosakkan rupa dan teksturnya. Atau boleh juga loyang kek di tutup permukaannya dgn kertas aluminium foil.
  • Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek.
  • Untuk menguji kek telah masak, cucuk tengah kek dgn lidi secara menyerong dan jika ia keluar licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.
  • Untuk biskut pula, sekiranya kita kuis atau tolak sedikit biskut dan ia tidak melekat bermakna biskut itu telah di bakar sempurna.

MASALAH KEJADIAN KEK

MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH 
  • Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek.
  • Sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah di biarkan terlalu lama di luar dan ia mencair sedikit
  • Jika permukaan kek menjadi perang sedikit tutup loyang dgn aluminium foil sehingga kek masak.
  • Pastikan guna api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang oven. jika tiada kipas pada oven, memadai menggunakan api bawah sahaja pada suhu 190C.

KEK MENDAP DI TENGAH DAN TENGGELAM
  • Suhu ketuhar terlampau tinggi
  • Gula dan mentega di pukul tidak cukup gebu
  • Kekurangan tepung atau telebih gula
  • Masa membakar terlalu pendek
  • Kedudukan rak sewaktu membakar kek dalam loyang biasa hendaklah diletakkan di rak tengah ketuhar
  • Serbuk penaik berlebihan

KEK MEREKAH
  • Elemen pemanas di sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah dan hangus
  • Suhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggi
  • Kandungan serbuk penaik terlalu banyak
  • Sukatan tepung terlebih
  • Masa membakar terlalu lama

KEK CHIFFON PENYEK
  • Putih telur tidak dipukul dengan cukup kental dan kaku
  • Kek chiffon hendaklan terus dibakar sebaik sahaja selesai dibuat kerana jika dibiarkan di luar ketuhar selama 5 minit pun kek akak turun selepas di bakar
  • Bila telah masak terus terbalikkan loyang dan biarkan kek tertanggal sendiri.

TIPS MENYIMPAN KEK DAN BISKUT
  • Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum di simpan. Sebaik-baiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya 6 bahagian dan balut setiap bahagian dengan wraping plastick atau kertas timah. Simpan kek dalam bekas kedap udara dan letak pada ruangan beku dalam peti sejuk.
  • Apabila hendak menikmati kek keluarkan lebih awal dan nyahbekukannya untuk dihidangkan pada tetamu. Dengan cara ini kek akan tahan lebih lama.
  • Kek yang telah dipotong keping2 boleh juga di panaskan dlm gelombang macro sekadar beberapa saat sahaja. Kek yang lama di panaskan dlm gelombang macro akan menyebabkan kek kering dan keras.
  • Untuk biskut pula simpan biskut dalam bekas kedap udara. Taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing.
  • Apabila biskut telah lemau, panaskan semula dalam ketuhar selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Tapi bukan untuk biskut yg telah di salut coklat ye!

Lengkap betul panduannya kan... mudah untuk rujukan nak buat kek dan biskut nanti... Kalau korang nak resepi best-best jom la jengah blog NI, memang banyak resepi dia kongsikan... dan kalau tengok gambar pun dah rasa nak makan aje.. hehe

* Baca SINI juga untuk panduan buat kek.

10 Jun 2014

Makanan Yang Boleh Elakkan Mengantuk!

Haishhh,,, petang-petang macam ni, dok dalam bilik berhawa dingin dengan suasana suram da hujan renyai-renyai di luar, membuatkan mata kuyu dan terasa seolah-olah tilam dan bantal memanggil-manggil... Terbayang-bayang selimut tebal di rumah kan... haha... dah... cukup! jangan dok bayangkan ok... Sini aku nak kongsi beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh elakkan mengantuk... Lepas ni, standby makanan ni kat tempat kerja, tak pun buh je dalam beg tangan atau beg sandang... 
sumber: google images

Mengantuk boleh terjadi kerana badan kurang mendapat rehat yang secukupnya. Keadaan lain yang boleh menimbulkan seseorang itu mengantuk juga ialah kerana kekurangan oksigen di dalam darah untuk sampai ke otak. Sekaligus ini juga penyumbang anda sering rasa mengantuk. Berikut adalah pemakanan dan minuman yang anda boleh ambil sebagai langkah atau ubat untuk atasi mengantuk.

Makanan pedas
Makanan ini boleh mengurangkan rasa mengantuk tetapi pengambilannya perlulah dikawal kerana makanan ini boleh juga mendatangkan kesan lain terutama bagi anda yang tidak tahan pedas. Berikan sedikit rasa pedas di dalam makanan boleh merangsang perjalanan darah dan membuat kita tetap segar.

Air putih
Air putih mampu mengelakkan tubuh dari dehidrasi sehingga dalam sekejap waktu selepas meminumnya, rasa mengantuk akan hilang. Cubalah terus minum air putih sebaik bangun daripada tidur dan anda akan merasa kesegarannya.

Epal dan tembikai
Makan epal dan tembikai yang segar serta manis boleh menyegarkan diri, bermula dari mulut, kerongkong, otak dan sehinggalah se seluruh tubuh. Selain megandungi vitamin, buah-buahan ini enak dinikmati sebagai snek menyihatkan.

Asam atau makanan masam
Makanan masam seperti lemon, asam atau limau membantu memberikan Vitamin C.  Selain itu, sensasi rasanya yang masam akan membuatkan anda berasa segar.

Coklat hitam
Pilih coklat hitam untuk menghilangkan rasa mengantuk. Coklat hitam boleh meningkatkan semangat kerana coklat meningkatkan hormone yang boleh menenangkan diri. Namun, awas! Hindari coklat yang tinggi pemanis tambahan.

Normally makanan asam menjadi pilihan... Asam jeruk buah atau jeruk kering jadi pilihan... slurrppp... sedapnya kalau pekena jeruk Pak Ali deh... Menarik jeruk Pak Ali tu kan... Sedikit petua untuk kesihatan perut anda: Lepas makan jeruk atau buah masam seperti buah pelam, jangan terus minum air... nanti tak pasal-pasal berulang alik ke "bilik menung"... 

08 Jun 2014

Tips Tegur Kesalahan Orang Lain

Sumber: google images

Nak tegur salah orang bukan senang, tambahan jika itu kawan atau saudara kita... Kena bijak dan kena pandai amik hati supaya teguran tu buatkan dia terasa sebab manusia ada ego masing-masing. 

1)    TEGUR SECARA LEMBUT
Tak perlu berkasar, tegur sahaja dengan cara yang lembut. Jika tidak apalah maknanya teguran kamu itu. Mana tidaknya, jika hinaan lebih banyak dari teguran itu bukan nasihat tetapi itu lebih ke arah memalukan.

2)    DI TEMPAT YANG TERSOROK
Tempat awam, hadapan khayalak ramai, dan tempat-tempat yang boleh di lihat oleh orang lain selain dari kamu berdua adalah tempat yang paling tidak sesuai untuk kamu menegur. Sebaiknya pilihlah tempat yang lebih privasi dan tersorok. Ini kerana, mungkin niat kamu untuk menegur tetapi bila di lokasi yang salah ia bertukar seperti cuba menjatuhkan dan memalukan.

3)    DOUBLE MEANING
Jika kamu ingin menegur individu yang agak sensitif, gunalah perkataan atau ayat yang mempunyai maksud tersirat. Contoh jika si dia pakai pakaian yang terlalu terdedah, jangan terus kata “kau pakai seksi ni kau tak takut mati ke ?”. sebaliknya cuba guna ayat seperti “Kan lebih bagus jika kamu pakai pakaian yang labuh sedikit... yelah tau jelah mata-mata orang zaman sekarang. Takut mengundang bahaya pula kan.” Walaupun tidak terlalu direct sekurang-kurang si dia tahu pakaiannya itu tidak patut di pakai. Bukankah begitu?

4)    JANGAN GUNA PERKATAAN YANG KASAR
Jangan jatuhkan standart kamu dengan melemparkan kata-kata yang kesat dan kasar. Ingat, jika kamu sebut sahaja perkataan-perkataan yang memalukan itu bukannya si dia yang malu tetapi kamu sendiri yang memalukan diri kerana berperilaku seperti orang tidak berpelajaran dan tidak di ajar untuk bersopan.

5)    JANGAN TERLALU JUJUR
Ya, jujur itu perlu dan sangat di sarankan. Tetapi bagaimana jika kejujuran kamu itu mampu membuatkan individu yang di tegur itu terluka dan berkecil hati ? Jadi, sebaiknya fikir sebelum bercakap. Jika ia boleh mengundang air mata baik kamu tukar perkataan kamu dengan sesuatu yang lebih sedap untuk di dengari tetapi mempunyai maksud yang sama.

6)    SERTAKAN CONTOH
Setiap yang ingin kamu sampaikan pastikan bercontoh. Contohnya kamu sedang menasihati adik beradik yang sedang bergaduh, pilihlah beberapa kisah tauladan seperti “kisah si adik yang derhaka”atau apa sahaja  yang boleh di jadikan contoh agar si dia lebih memahami apa yang ingin kamu sampaikan dan secara tidak langsung menyedarkan si dia. Jika cerita itu hanya rekaan pon tidak menjadi masalah asalkan mempunyai mesej yang tepat, jelas, mudah di fahami dan logik.

7)    DENGAR DUA PIHAK DAHULU & JANGAN BUAT KONKLUSI
Jika kamu sedang menasihati orang yang sedang bergaduh, elakkan daripada membuat konklusi sendiri. Malah jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Pekara ini akan menunjukan kamu seorang individu yang berat sebelah dan bukanlah pendengar yang baik. 

06 Jun 2014

Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan

Bulan puasa dah makin hampir. Bagi ibu yang menyusukan anak pasti risau bagaimana nak meneruskan puasa sebab ibu menyusu memang cepat letih dan lapar. Dan ada yang berfikir susu akan kurang jika berpuasa. Walaupun dalam Islam membenarkan ibu menyusu berbuka puasa, namun kita wajib berpuasa jika tak mampu barulah diharuskan berbuka. Berikut beberapa panduan untuk ibu menyusu ketika bulan Ramadhan.

1. Bersahur
Bagi ibu menyusu, jangan miss untuk bersahur setiap hari. Lewatkan sahur juga merupakan sunnah yang banyak fadhilatnya. Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w; “Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar.” [HR Abu Daud, Ibn Hibban & al-Baihaqi]. Dalam buah kurma/tamar banyak manfaat dan keberkatannya… Jika tak sempat nak makan nasi pun, selawat dan makan 3 biji kurma dan minum air kosong dua gelas, insha Allah cukup untuk membekalkan tenaga dan susu sepanjang hari. 

2. Solat dan Berdoa
Apa-apa yang kita buat, jangan lupa minta pertolongan dari Allah, moga Allah permudahkan urusan untuk kita menyusukan anak kita. Doalah moga Allah kurniakan rezeki untuk kita dan anak kita. Doa adalah senjata bagi orang mukmin… Doa…doa.. dan terus berdoa… 

3. Menyusukan anak
Susuilah anak secara kerap dan lebihkan diwaktu malam, sebab kita boleh recover balik denan minum air. Untuk mengumpul stok EBM, amalkan buat tendem nursing (menyusu dan mengepam serentak), kerana cara ini lebih meningkatkan produktiviti susu. 

4. Minum Air
Minum air secukupnya. Amalkan air kosong dan bukan air sejuk atau berais kerana air berperisa dan ais membuatkan badan kita lemah dan bukan untuk cover tenaga kita yang hilang. 

5. Jangan stress
Jangan tertekan dan memaksa diri. Jangan terlalu banyak berfikir. Kena tenang dan relax serta banyakkan doa dan zikir sebagai penenang diri. Stress akan menyebabkan susu 'malu' nak berhasil. Cuba dapatkan rehat yang mencukupi dan sentiasa tenangkan diri. 

Tips Menyusu Ketika Berpuasa
  • Minum air secukupnya. 3 liter atau 8 gelas sehari.
  • Minum susu, jika tidak minum susu gantikan dengan sumber kalsium yang lain seperti keju dan yogurt.
  • Bersahur, jangan terlepas sahur.
  • Makan kurma kerana di dalam kurma banyak fadhilat dan keberkatan. Insha Allah.
  • Makan buah dan sayur. 
  • Amalkan madu kerana madu lengkap dengan nutrisi dan pembekal tenaga sepanjang hari.
  • Elakkan minuman bikarbonat dan berkafein tinggi seperti the dan kopi. 
  • Mind set! Jangan fikir susu sikit. Yakin dan yakin serta berdoalah moga dipermudahkan urusan penyusuan. 

Moga dipermudahkan urusan ibu-ibu menyusu semua... Lets prepare for Ramadhan... Insha Allah, niat yang baik dan murni pasti Allah akan permudahkan... 

05 Jun 2014

Minyak Bawang Putih Penawar Selesema Bayi


Kakak dan adik mula selesema semalam. Si kakak asyik menangis je, jiwa terlebih sensitif, cakap sikit belum marah pun dah nangis... Pengasuh dia kata, air mata kakak macam air terjun, mudah sangat jatuh... 

Disebabkan tu, dia kena selesema dan batuk semalam, pastu dah jangkit pula dengan si adik... 
Maka mulalah membuat natural remedy... Penawar semulajadi lebih baik dari bagi ubat untuk bayi dan kanak-kanak. Lagipun aku memang tak biasakan ubat... Usaha yang natural je dulu.

Jadi semalam mula buat kan minyak bawang putih untuk si adik dan kakak.. 
Mudah aje nak buatnya..

Amik seulas bawang putih, bakar diatas api hingga agak garing dan keluar bau.
Lepas tu lenyek hingga pecah-pecah di dalam satu sudu minyak masak. Aku guna minyak masak sebab takde minyak kelapa dara dan minyak zaitun pula.. Lepas tu, sapu pada ubun-ubun, batang hidung, dada, belakang, dan urut lembut pada tapak kaki... Jangan sapu banyak, buat rasa je, sebab bawang putih ni panas takut kulit bayi yang tak tahan boleh melecur..

Alhamdulillah, semalam si kakak dan adik dapat tidur lena. Walaupun masih bersisa selesema nya tapi nampak la boleh nafas ikut hidung dah... Kalau tak nafas ikut mulut je... 
Yang ni dah dibekukan dalam peti sejuk..
Jadi Balm Minyak Bawang Putih... 
Alhamdulillah dengan izin Allah.. 
Sebelum ni, aku biasa letak minyak kelapa dara je, tapi kali ni minyak kelapa dara takde stok pula.. Jadi madu dan kismis serta kurma sebagai standby untuk natural remedy...