Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

06 November 2018

November 06, 2018

[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP | Aplikasi Whatsapp adalah Aplikasi yang paling popular selain Aplikasi Facebook dan Instagram.

Rata-rata smartphone mesti ada aplikasi Whatsapp.

Kini, Whatsapp ada satu tambahan baru.

Iaitu sticker mesej.

Jika di telegram, sticker mesej dah memang tersedia.

Tapi di whatsapp kena install dan update aplikasi untuk dapatkan kelebihan ni.

Tapi tak susah mana pun...

Jom ikuti tutorial bergambar ni... sangat mudah.


[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP


1. Klik pada 3 titik sebelah kanan whatsapp. Kemudian, klik "Setting"


[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP


2. Kemudian, klik pada "Help"

[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP
 3. Klik pada "FAQ", kemudian, dia akan terus ke browser yang ada pada phone kita lah.
[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP
4. Scroll hingga ke bawah... Sampai jumpa macam gambar kat bawah ni.

Kemudian, klik lah pada jenis phone korang. Kalau pakai android klik android, kalau iPhone, klik pada iPhone.

[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

5. Kemudian, akan terbuka satu lagi Tab pada browser. Dan klik download.
[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

6. Tunggulah apps tu download hingga habis.

[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

7. Dah habis, klik install.
[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

8. Dah siap install. Buka WhatsApp semula dan test untuk hantar mesej kepada seseorang.

[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

9. Kat bawah keyboard tu akan ada 3 icon.
Ada emoji, Gif dan simbol sticker. Klik pada sticker.

Untuk sticker pengenalan, satu sticker sudah diberi. . Iaitu sticker cawan. Kalau nak download yang lain, klik pada simbol + macam yang MF tunjuk dalam gambar kat atas.


[TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

10. Bolehlah pilih dan guna sticker yang disukai.

Senang Je...

Cuma, kalau nak lebih download lah kat Playstore. Lagi banyak sticker.

Ni salah satu fungsi WhatsApp.

Sebab dia tak nak ketinggalan dengan Telegram yang lebih banyak fungsi yang canggih.

Tapi WhatsApp susah orang nak tinggalkan... Sebab bisnes banyak guna WhatsApp.

Telegram masing-masing ada kelebihan. Seronok ada keduanya.

Semoga bermanfaat . 

25 April 2018

April 25, 2018

SMART QUR'AN - Aplikasi Al-Quran Yang Diluluskan JAKIM dan KDN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

SMART QUR'AN - Aplikasi Al-Quran Yang Diluluskan JAKIM dan KDN | Seiring dengan perkembangan teknologi, JAKIM dan kerajaan menyahut seruan untuk membentuk masyarakat Islam yang cintakan al-Quran.

Sekarang ni semua orang ada smartphone.... Cuma bagaimana kita guna kan phone kita dengan smart.. Bagi orang Islam, malu lah dengan Allah, kalau kat smartphone dia takde aplikasi Al-Quran. Jika sebelum ni kita tertanya-tanya aplikasi yang sah dan takde kesalahan atau ayat tipu.. Kini tak perlu risau lagi...

SMART QUR'AN - Aplikasi Al-Quran Yang Diluluskan JAKIM dan KDN

Pihak kerajaan kita dah buat satu aplikasi al-Quran yang sah dan sahih iaitu aplikasi Smart Qur'an.

Aplikasi SMART QURAN ini adalah hasil usahasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia merupakan aplikasi mudah alih pertama bagi Al-Quran yang mendapat kelulusan pihak berkuasa di Malaysia serta diperakui dari segi kesahihan maklumatnya.



Jadi, tak perlu ragu lagi. Dan sememangnya aplikasi ni mesra pengguna. MF dah install dan memang terbaik. Siap dengan terjemahan. Boleh pilih nak bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. 


Boleh juga nak download bacaan dari Imam-imam yang masyhur. Boleh setting nak mod cerah atau mod gelap. Aplikasi ni ringan dan tak memberatkan phone...

Nak install boleh buat carian di Playstore dengan menaip Smart Quran. Boleh rujuk gambar di bawah.

Android : http://bit.ly/SmartQuranAndroid

iOS : http://bit.ly/SmartQuranAppsStoreiOS

22 April 2018

April 22, 2018

10 Sebab Laptop Jadi Slow

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Sebab Laptop Jadi Slow | Letihnya buat kerja bila laptop slow... Tadi nak print kerja, time tu la dia nak hang, jem segala benda... berapa kali asyik nak kena restart program semula.

Laptop satu keperluan MF, memang susah kerja takde laptop. Kalau setakat kerja blog banyak guna mobile je, tapi ni kerja hakiki MF, memang kena guna laptop, PC atau netbook untuk buat kerja. Laptop yang slow ni buatkan kerja kita semuanya tergendala... Letih jadinya.

Kena tahu punca kenapa laptop kita slow supaya kita boleh atasinya dan lajukan laptop kita. Dan format laptop yang slow bukan jalan penyelesaian yang terbaik sebenarnya.

sumber: google images

10 Sebab Laptop Jadi Slow

1. Processor bawah 2.0GHz

Yang ni memang favourite.
Cara nak check:

Pengguna windows.
A. Right click My Computer –> Properties
B. Tengok kat bahagian processor –> berapa GHz?

Pengguna Macbook.
A. Click logo Apple –> About this macbook
B. Tengok bahagian processor –> Berapa GHz?

Kalau atas 2.0 tapi still slow, ada masalah la tu 
Kalau bawah 2.0, disarankan upgrade ram kepada maximum. Sekarang ni smartphone pun dah 6GB RAM nya kan... tak kan komputer/laptop 2.0 je... 


2. Kipas laptop dah rosak (overheating)

Antara 1 sebab kenapa laptop overheat bila kipas dah tak function lagi.
Cara check, tak dengar bunyi kipas ATAU tak rasa angin keluar kat lubang (airflow) kat laptop. Rasanya nak kena hantar kedai la jawabnya, sebab laptop suami yang 8 tahun lebih usia dia tu, panas je... Tak pernah hantar repair pun.. rasanya ye juga kipas dia dah overheating.

3. Hard disk ada bad sector

Cara check, biasa boleh guna Hiren. Software ni ada tunjuk % health hard disk anda.

Kalau bawah 99% memang had disk ada masalah. Standard dah guna lebih 2 tahun, hard disk mula problem.

Cepat backup data kat external hard disk, takut total lost nanti (corrupt). Menangis tak berlaku kalau rosak... 

4. Virus infected dekat file

Ni memang best! Virus tak kira masa bila nak infected kat laptop. Tambah kalau selalu buat kerja cucuk pendrive atau selalu online... Virus masuk bukan perasan pun. Tahu-tahu je asyik hang je laptop tu...  Virus yang tak best bila file jadi shortcut, ada keluar shortcut (1,2,3,4) dan lain-lain lagi.

Sebelum scan laptop, tolong update dulu antivirus. Dah update, baru scan.

5. Banyak program yang di install (jadi berat / lag)

Kalau ada software-software yang tak guna atau jarang guna, uninstall je. Dulu install game, sekarang dah insaf.. hehe


6. Tak ada antivirus atau dah outdated

Bila ada masalah ni, tukar atau install antivirus baru.
Jangan sebab nak jimat duit, file-file habis tak dapat recover sebab virus. Tak berbaloi kan?

7. File TEMP yang terlalu besar (junk files)

A. Tekan Start –> Taip Run
B. Taip %TEMP% –> Enter
C. Select all semua file, kemudian delete.

Semua file dalam folder temp kebanyakkan sampah,boleh free space size HDD.

Delete semua tau. Sebab buat semak je space hard disk laptop je.

8. Spec laptop terlalu lama (dah lebih 5 tahun)

Memang lama pun, dah masuk 10 tahun dah...  Sebab confirm processor pun yang lama punya.
Tapi selagi tak rosak, jangan tukar laptop lagi. Pakai selagi boleh pakai. Alhamdulillah, masih elok. Jadi, lembab pun masih boleh guna.

9. Banyak start up program running

Download CCleaner, software ni boleh disable atau delete terus startup program yang tak penting.
Bila banyak startup running, masa nak on laptop jadi SLOW. MF memang guna software ni dan memang banyak membantu.
 

10. RAM bawah 2GB

Cara check :
Pengguna Windows.
A. Right Click My Computer –> Properties
B. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB?

Pengguna Macbook.
A. Click logo Apple –> About this macbook
B. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB

Kalau bawah 2GB, tambah RAM untuk lajukan laptop anda. 
Memang kena standby duit la nampaknya untuk tambah RAM ni... 

Itulah 10 sebab yang dikenal pasti punca laptop jadi slow. Dan solusinya MF rasa, laptop MF ni adalah RAM dan kipas. Insha Allah, nak try la upgrade RAM yang besar sikit ..supaya senang nak buat kerja... 

sekian, semoga bermanfaat. 


Rujukan: frlaptopservice.com

25 Februari 2018

Februari 25, 2018

Jom Guna Aplikasi 'NAKHTIM' Untuk Kutip Pahala Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jom Guna Aplikasi 'NAKHTIM' Untuk Kutip Pahala Mudah | Pahala, ada tak yang tak nak pahala? Mustahil la kan... Orang Islam yang normal mesti nak masuk syurga. Nak pergi syurga kena kumpul pahala banyak-banyak.

Dalam hidup kita seharian, pahala dan dosa tak tau yang mana banyak. Tapi pahala yang mudah nak kutip ialah zikir dan baca al-Quran. Namun, dalam menjalani kehidupan dunia, kita sibuk dengan pekerjaan kita seharian. Bahkan kadang payah nya nak buka al-Quran. Apatah lagi nak baca kan.

Seiring perkembangan teknologi dan kemudahan gajet seperti smartphone sekarang, kita install la aplikasi al-Quran untuk mudahkan baca al-Quran. Tapi tu pun kadang payah nya nak buka baca juga kan.

Tapi sekarang ni, korang tak payah risau dah kalau tak sempat sangat nak baca al-Quran. MF nak kongsikan satu aplikasi Best.. Sesuai sangat dengan kita yang sibuk dan 'berat' jari nak tekan aplikasi al-Quran tu. Sebab notifikasi Facebook, WhatsApp dan apps lain lebih menarik. Iaitu Apps Nakhtim (نختم) yang bermaksud kita khatamkan.

Jom Guna Aplikasi 'NAKHTIM' Untuk Kutip Pahala Mudah




Info Aplikasi

Nama apps : Nakhtim (kita khatamkan)
Size : 3.58 MB, Sangat ringan.

Apa Fungsinya?

Apps ni akan paparkan satu ayat Al-quran setiap kali buka lock smartphone kita.

Jadi setiap kali buka lock phone, nak buka FB, IG, atau apa-apa aplikasi, Apps ni akan paparkan satu ayat.

Satu ayat saja,
Jadi berapa kali pun kita buka lock phone kita, satu ayat al-Quran akan timbul..

Popup naik selepas click notifikasi facebook. Akan naik ayat Quran dulu... 


CONTOH: SATU HARI KITA BUKA LOCK PHONE KITA 20 KALI, JADI KITA DAH BACA 20 AYAT AL-QURAN

SO, KALAU SEBULAN BERAPA AYAT? ALHAMDULILLAH SEMPAT JUGA KITA BACA AL-QURAN.

rekod bacaan

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)


TAHUKAH ANDA!!!

- Dalam satu muka surat mushaf al-Quran ada 15 baris ayat.
- Dalam satu baris ada lebih kurang 25 ke 30 huruf.
- Bermakna dalam satu muka surat ada lebih kurang 450 huruf.
- Satu huruf bersamaan dengan 10 ganjaran pahala.


Ganjaran Membaca al-Quran

Dari Ibnu Mas`ud r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.” (HR Imam at-Tirmidzi, katanya hadith ini hasan sahih)

- Bermakna satu muka surat kita boleh mendapat lebih kurang 4,500 ganjaran pahala.
- Satu muka surat boleh dibaca lebih kurang 3 ke 5 minit.

Cuba bayangkan apabila kita mendapat gaji sebanyak RM4,500 untuk kerja yang dilakukan selama 3 ke 5 minit sahaja.

Ironinya, ramai yang mengabaikan ganjaran pahala 4,500 dalam masa 3 ke 5 minit yang Allah hadiahkan kepada hamba-Nya.

اللهم مصرف القلوب صرف قلوبنا على طاعتك
يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك

"Wahai Allah yang mengarahkan hati! Arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-Mu, Wahai Zat yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hati-hati kami ke atas agama-Mu."

Download disini 👇

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.karim.khatma


Cara Setting

Lepas dah install, ada sesetengah smartphone tak menjadi kan.. Ada settingnya..

Huawei:

Setting > Battery manager > Protect Apps > Enable نختم

Oppo

Phone manager > privacy permission > start up manager > enable نختم
Phone manager > privacy permission > Floating windows > enable نختم

Xiomi/Redmi

Setting > Battery and performance > manage apps > battery usage > choose apps > select نختم
No restiraction - allow
Kemudian, ikut step ni:
Setting > installed apps > select نختم
Permission manager > display popup > Allow > Accept

Kalau tak faham juga, korang open je apps ni, Klik Setting...tekan Help.. ada caranya. Kat setting tu juga boleh set nak bacaan dari Imam mana yang korang suka.


Bila buka lock telefon je, akan naik bacaan ni ikut bacaan imam yang kita pilih. Tapi kena ada sambungan internet baru bacaan tu berbunyi... Kalau tak kita baca je la sendiri.

Best dan tak rugi rasanya.... Bagus untuk orang yang busy dan tak sempat baca al-Quran. Tapi baca Facebook, Instagram sempat pula... (erkkk... kena kat batang hidung sendiri)...

Semoga orang yang cipta app ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

Memang best aplikasi ni... Setiap kali buka lock, akan ada popup satu ayat... Jadi, kat situ akan uji iman kita sendiri.. sama ada kita baca dulu ayat tu atau tekan pangkah je... Kalau tekan pangkah juga walaupun dah install dan guna apps sebegini, maka kena perbanyakkan taubat dan istighfar. sebab dah banyak kemudahan untuk mudahkan kita buat dan kutip pahala tapi kita menidakkan. 

08 Februari 2018

Februari 08, 2018

Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online | Sebelum ni asyik tengok je orang update pasal Unifi dan webe...  Pernah juga tertarik dengan tawaran dari Webe, sekali semak coverage takde pula kat kawasan rumah MF ni... Terus tak jadi lah nak cuba.

Tak lama lepas tu, dah ramai orang guna, webe pula problem... Line slow sangat dan kadangkala terputus... Biasa lah kan.. Line baru...

Ramai yang komplen ... Dan dari semasa ke semasa TM cuba upgrade untuk memuaskan pelanggan nya... Dan akhirnya, demi nak kembalikan kepercayaan pelanggannya, TM kembali dengan memperkenalkan produk baru iaitu Unifi Mobile.

Tawaran menarik TM bagi untuk Unifi Mobile ni... 1 juta sim kad percuma untuk pelanggan yang bertuah. Setiap sim diberi 20GB internet 4G LTE percuma.

Memang menarik... MF teruja juga nak cuba, tapi memandangkan macam susah nak jumpa TM Center kan... Jauh plak tu dari rumah... Lupakan Aje lah...

Sekali Abang MF la, dia promo kat group adik beradik kami... Dia la ajar Cara nak dapatkan sim kad Unifi Mobile secara percuma ni.

Rupanya, mudah je nak dapat ... Online sahaja...

Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online

Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online


1. Download aplikasi Unifi Mobile di Play Store atau Apps Store. Percuma je.

Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online

2. Buka apps tu dan interface depan tu ada dua pilihan... Tekan aje "I Want To Get A Sim". 

3. Kemudian, tick  Lepas tu kena lah isi Nama, dan No Kad Pengenalan.
Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online


4. Nanti korang kena isi lagi segala data dan maklumat seperti alamat dan nombor telefon dalam tu.

5. Lepas dah isi, nanti dia akan hantar kod pengesahan melalui SMS kat nombor phone yang korang isi dalam borang tu.
Cara Daftar dan Dapatkan Sim Kad Unifi Mobile Secara Online

6. Lepas tu, akan ada satu pilihan korang nak berapa sim kad. Seorang user maksimum 5 sim kad. Kemudian pilih lah nombor yang korang berkenan untuk sim yang korang pilih tu.

7. Lepas tu, next lagi hingga akan diberi pilihan sama ada nak ambil sendiri di TM Centre atau korang nak TM pos.

8. Kalau rasa tak sempat nak pergi ambil kat TM centre, guna pos Aje senang, tunggu je sim kad tu sampai depan rumah, macam MF 😁

9. Jika pilih pos, kena lah bayar kos shipping... Iaitu RM10.60. Jadi rugi kalau ambil 1 sim je untuk pos kan.. grab la 5 terus..

10. Kos shipping boleh dibayar dengan 2 cara iaitu sama ada dengan kad kredit atau online banking.

11. Selesai bayar, korang tunggu je nanti dia akan hantar SMS, bila dia hantar nanti.

MF order hari Isnin, hari Rabu sampai. Diorang pos guna CityLink. Dijamin sampai.

Lepas dah dapat sim.. terus je masukkan dalam phone.

Cara nak setting diberitahu dalam tu... Bahkan dia siap SMS lagi untuk setting.

Cara Aktifkan Simkad Unifi Mobile.

1: Go to Settings
2: Choose "Mobile Network"
3: Choose "Access Point Name"
4: Type "unifi" at Name & APN field
5: Save the setting

Settle dan boleh guna.

Pengalaman MF... Rupanya ada coverage Webe area rumah MF... sebab dia guna Line yang sama je... Memang ternyata laju... Suami layan movie online dah takde sangkut dah... Padan lah 4G LTE. Hah! Sebelum korang dapatkan sim kad ni, pastikan phone korang memang support SIM Kad 4G , kalau tak slow juga la ye.

Puas hati juga la... Memang seronok lah layan internet buat masa ni.. laju je..

Internet free ni selama 3 bulan... Lepas 3 bulan ikut korang la nak guna lagi ke tak... Tak pun simpan je lah ... Boleh juga guna bila terdesak... Hehe...

Siapa yang belum dapatkan, try lah... Percuma untuk dicuba.. tak rugi mencuba... Kalau ok, boleh teruskan... Jika tak fikir-fikir kan... 😊

14 Disember 2017

Disember 14, 2017

Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Mengikut Umur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Mengikut Umur | TV, Gadjet dan seumpamanya adalah 'pengasuh' sementara anak-anak zaman sekarang ni...
MF sendiri pun bagi anak tengok video, YouTube gadjet dan seumpamanya dengan kawalan masa dan jenis video yang ditonton.

Tapi sebenarnya, ada masa yang perlu ibu bapa hadkan kepada anak-anak untuk menonton video atau gadjet mengikut umur mereka.

Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Mengikut Umur

Had Screen-Time Untuk Anak-Anak  Mengikut Umur


1. < 18 bulan

Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali sekala video-chatting dengan keluarga

2. 18-24 bulan

30minit/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh daripada mak ayah

3. 2-5 tahun

1jam/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh mak ayah

4. Kanak-kanak di atas usia 6 tahun

Kita kena tegas bab media. Pilih channel dan rancangan yang terbaik kerana apa yang dilihat dan didengar oleh anak-anak kita tu akan mempengaruhi subconscious mind mereka

tips : Saya sarankan tonton kartun Umar dan Hana di Youtube. Mesej dalam nyanyian kartun Umar dan Hana tu sangat positif untuk anak-anak kita

Sumber: telegram channel @notaTaufiqRazif

MF memang tetapkan video yang sesuai sahaja anak boleh tonton. Jika kartun di TV atau Astro, MF akan tengok dan pastikan takde unsur ganas, seksi dan memang sesuai untuk anak-anak.

Jika YouTube pula, MF download YouTube Kids untuk anak-anak. YouTube kids ni dah ditapis kandungan videonya. Takde iklan yang lucah dan mengarut tak seperti YouTube biasa. Tapi seperti biasa.. Memang ada had masa untuk tengok YouTube sebab  anak-anak ni akan leka jika terlalu asyik melayan video tu.

Selebihnya, MF akan download, masukkan dalam external hard drive Dan pendrive pasang pada TV. Tapi sebelum tu MF atau suami akan pastikan video tu memang bersesuaian untuk anak-anak. Biasanya kartun binatang sesuai untuk anak-anak kerana banyak nilai murni... Macam movie Ice Age, Madagascar dan Rio.


Apa pun, bagi MF tak salah nak kasi anak tengok TV, gadjet dan teknologi.. Asalkan kita sebagai ibu bapa kena kawal dengan tegas penggunaannya... 

21 Oktober 2017

Oktober 21, 2017

Transfer Gambar Guna Telegram

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Transfer Gambar Guna Telegram | Bila blogger bercuti dan keluar berjalan-jalan pasti banyak gambar dalam phone... Kalau tak keluar berjalan pun dah memang banyak gambar yang dirakam setiap hari, apatah lagi bila berjalan-jalan kan... Lagi sesak la phone penuh dengan gambar.


Habis bercuti, mula lah sibuk nak transfer gambar kenangan ke PC, Laptop untuk disimpan dalam Hard disk supaya tak hilang.

Jika dulu, MF guna USB Cable untuk transfer gambar... Kemudian, malas nak guna Cable guna pula aplikasi ShareIT. Tapi leceh pula rasa guna aplikasi sebab kena tarikan internet yang kuat. Kemudian, guna pula aplikasi WiFi File Transfer... Agak leceh juga sebab kena install kan... Tapi kini tak lagi lepas reti, tahu dan guna Telegram.




Telegram aplikasi yang sama dengan whatsapp, tapi banyak kelebihan telegram yang takde pada whatsapp... cuma penggunaannya tak meluas sangat macam whatsapp.


MF banyak guna telegram sejak tahun lepas... Bila mana, kebanyakan guru menggunakan telegram untuk hantar dokumen, soalan dan perkongsian file yang besar-besar dari telegram. Di Whatsapp boleh juga tapi agak terhad. Tapi telegram tak macam tu. Bahkan kelebihannya, kalau kita terdelete gambar atau file yang telah kita download tu di dalam phone kita, kita boleh download lagi selagi kita tak clean history chat.

Telegram juga mudah, boleh buka kat PC atau laptop dan dalam masa yang sama boleh on juga kat phone... Jadi mudah... Sebab tulah sekarang ni, MF guna Telegram aje kalau nak transfer gambar, file atau dokumen kat PC. Bahkan nak simpan dokumen sementara pun kat Telegram. Kita boleh send kat Akaun atau nombor kita sendiri... Jadi, takde masalah nak transfer gambar atau file dari laptop sendiri.

[BACA] Kelebihan Telegram Berbanding Whatsapp!


Kalau cikgu, memang pasti ada aplikasi Telegram ni... sebab banyak group cikgu-cikgu guna telegram untuk kongsi file, info dan maklumat untuk kegunaan pelajar dan sekolah. Lagipun Telegram ni tak pernah lagi hang kan telefon ... kalau whatsapp kena rajin clear chat kat group kalau tak, mau kejang telefon kita..


Jadi, bagi yang nak transfer gambar tu, guna aje telegram, install kat telefon dan pc, dan transfer dengan mudah... Kalau terdelete, download lagi sekali asalkan jangan delete chat atau conversation. Kan mudah tu.. internet slow pun masih boleh send... Tak perlu risau... 

26 September 2017

September 26, 2017

Pelancaran Smartphone Vivo V7 di Senheng/senQ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pelancaran Smartphone Vivo V7 di Senheng/senQ | Berita baik bagi penggemar smartphone... Senheng bakal melancarkan satu smartphone baru pada
26 September 2017 hingga 15 Oktober 2017.

Smartphone yang dimaksudkan ialah Vivo V7. Yang sememangnya terkenal dengan camera selfie yang mengagumkan.

Kali ini Vivo V7 didatangkan dengan dua warna iaitu Black dan Gold... Memang dua warna ni melambangkan kemewahan kepada sesiapa yang menggunakannya.




MF ceritakan sedikit secara ringkas, spekfikasi smartphone Vivo V7 ini:
Vivo V7 Plus ” dengan tagline Clearer Selfie, Clear Shot, dan Clear Moment yang bertujuan agar dapat memberikan pengalaman selfie lebih sempurna.

Spekfikasi Vivo V7

General
Available Status: Available. Released 2017, September
Network Bands: 2G & 3G & 4G
SIM: Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Dimension: 155.9  x  75.8  x  7.7 mm
Weight: 160 g (5.64 oz)
OS: Android 7.1 (Nougat)
CPU: Octa-core 1.8 GHz Cortex-A53
Chipset: Qualcomm Snapdragon 450
GPU: Adreno 506
Internal: 64 GB, 4 GB RAM
External Memory: microSD, up to 256 GB (dedicated slot)
Battery: Non-removable Li-Ion 3225 mAh battery
Colors: Champagne Gold, Matte Black

 Connectivity
GPRS: Yes
EDGE: Yes
3G/4G Speed: HSPA, LTE
Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac, hotspot
Bluetooth: 4.2, A2DP, LE
USB: microUSB 2.0, USB On-The-Go

Entertainment & Features
Sensor: Fingerprint (rear-mounted), accelerometer, gyro, proximity, compass
GPS: Yes, with A-GPS, GLONASS
Messaging: SMS (threaded view), MMS, Email, Push Email
Radio: FM radio
Browser: HTML5
Java: No
MP4/H.264 player
- MP3/WAV/eAAC+/FLAC player
- Document viewer
- Photo/video editor

Camera & Video
Primary: 16 MP, f/2.0, phase detection autofocus, LED flash
Secondary: 24 MP, f/2.0
Video: 1080p@30fps
Feature: 1/3" sensor size, 1.0 µm pixel size, geo-tagging, touch focus, face detection, HDR


Screen
IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
5.99 inches (~78.4% screen-to-body ratio)  720 x 1440 pixels (~269 ppi pixel density)
Multi Touch: Yes
Corning Gorilla Glass 4 - Funtouch OS 3.2

 Sound & Music
Alert Types: Vibration; MP3, WAV ringtones
Loud Speaker: Yes
3.5mm jack: Yes - 32-bit/192kHz audio - Active noise cancellation with dedicated mic
Radio: FM radio

Menarikkan kalau tengok Speksifikasi smartphone ni… dan lebih  menarik lagi kalau beli di Senheng/senQ.

Harga pelancaran bermula dari RM1, 499 dan pelanggan yang bertuah pada hari pelancaran tersebut akan dapat Percuma Backpack dan juga Voucher Watson bernilai RM10.


Kenapa Kena Beli di Senheng/senQ? 

Ini sebab kenapa anda perlu beli smartphone Vivo V7 ini di Senheng/senQ:

o Secara Ringkasnya (Sila baca di bawah untuk maklumat lanjut):
▪ Pilihan pembelian untuk vivo V7 + = Pembayaran Penuh / Sehingga 24 bulan Ansuran
▪ Pilihan penghantaran untuk vivo V7 + = Penghantaran seluruh negara
▪ Waranti Tambahan 1 Tahun dengan Keahlian PlusOne

o Sehingga 24 bulan pilihan pembelian ansuran = Pelanggan boleh memilih untuk membeli sepenuhnya
harga dengan dan tanpa ansuran
▪ Opsyen Ansuran yang Terluar (Berkenaan apabila pelanggan memilih penuh pilihan pembayaran) = Sehingga 24 bulan di seluruh Maybank, Maybank AMEX, Public Bank, dan HSBC (Citibank Akan Datang)


o Tambahan Waranti 1 Tahun = Manfaat khas di bawah Skim Keahlian PlusOne:
▪ Melalui menyertai keahlian PlusOne pada RM12, anda boleh menikmati tambahan 1 tahun
waranti di atas jaminan vivo apabila anda pra-memerintahkan vivo V7 +.
▪ Ahli Sedia Ada = Anda perlu log masuk kelayakan anda di senheng.com.my dan senq.com.my. Buat pesanan pra-pesan dengan teratur berhak untuk jaminan tambahan 1 tahun ke atas pembelian anda.

o Pilihan Penghantaran:
▪ Penghantaran rumah = Untuk vivo V7 + - penghantaran terbuka ke seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak (Penghantaran Percuma).

o Pilihan Program Trade In
▪ Hanya terpakai bagi pelanggan yang membuat pembelian di kedai-kedai Senheng.
Pelanggan boleh Trade in telefon lama mereka dan mendapatkan rebat untuk menebus hargatelefon baru.
▪Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai program trade ini ini, sila hubungi http://www.senheng.com.my/trade-in-rebate.

Maklumat lanjut boleh rujuk : http://www.senheng.com.my/v7plus

15 September 2017

September 15, 2017

Cara Hentikan Video Autoplay di Facebook

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Hentikan Video Autoplay di Facebook | Rimas pula bila buka Facebook tapi video di Facebook terus play sendiri... Tanpa kita tekan button play...

Sekarang banyak iklan secara video, video tutorial, video viral semua play sendiri..

Mengganggu satu sebab ada suara... Yang kedua... Data cepat habis la... Video yang dimainkan banyak makan data... Jadi kena setting supaya video tu tak Autoplay.... Kalau kita nak tengok baru kita tekan button play.

Tak susah pun caranya.. Di mobile apps aje...

Lihat aje gambar yang MF lampirkan ni...


1. Klik pada garis dihujung apps tu.. Seperti yang MF bulatkan dengan bulat merah tu.. 



2. Scroll ke bawah hingga jumpa Apps Setting, klik Apps Settings



3. Klik atau off kan videos in News Feed start with sound. 
4. Kemudian, klik pula pada Auto-play



5. Klik pada Never Auto-play Videos


SIAP! 

Mudah je kan.. Kalau kat desktop, sama juga... Klik aje pada setting dan cari video setting.. 

Selamat dah data kita dari terbuang dek video yang play sendiri tanpa kita nak tengok pun...

Kadang video ntah pape kan lalu kat wall facebook kita... Video baik Takpe... Kalau video mengerikan dah trauma pula jadinya... Jadi, penting juga setting hentikan video Autoplay ni... Selain untuk selamatkan data, selamat juga emosi kita... 

18 Julai 2017

Julai 18, 2017

Download Aplikasi "Check Your Label" Sebelum Beli Handphone Baru!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Download Aplikasi "Check Your Label" Sebelum Beli Handphone Baru! | Zaman semakin canggih, teknologi pun canggih, manusia pun makin canggih untuk cipta dan ciplak. Sekarang ni bersepah dah teknologi yang diklon...terutama smartphone...

Jadi, atas menjaga kemaslahatan semua, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membina satu aplikasi mudah untuk semak peranti teknologi sama ada  ada kelulusan MCMC atau tidak... 

Aplikasi "Check Your Label" boleh didownload percuma di Play Store Dan Apps Store.. 

Ini antara interface Aplikasi Check Your Label... Kat sini mudah untuk semak code Imei... 





Untuk lebih jelas boleh rujuk video ini... 
Aplikasi bukan khusus untuk smartphone sahaja tapi apa sahaja peranti teknologi untuk memastikan ianya Selamat digunakan... 


Kadang kita main beli je kan.. tapi tak titik beratkan tentang keselamatan.. tu yang ada kes handphone Meletop secara tiba-tiba tu... 

Bila ada kelulusan sekurang-kurangnya ianya lebih terjamin selamat... InshaAllah... 

Jangan lupa download aplikasi "Check Your Label" sebelum beli telefon atau peranti teknologi yang baru. 


Semoga bermanfaat.. 

03 Julai 2017

Julai 03, 2017

Jom Kitar Semula Handphone Lama

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jom Kitar Semula Handphone Lama | Setiap orang mesti ada lebih dari satu handphone... sejak zaman kewujudan handphone di Malaysia ni, mesti ada handphone lama yang dah rosak... Sebab perkembangan teknologi sekarang ni, telefon rosak tak berbaloi kalau nak repair kan sebab kos repair tu lebih mahal dari kos beli baru... Jadi, lebih baik beli baru... 

Bila beli baru, handphone lama mesti tersimpan aje... Jadi, apa kata kita kitar semula handphone lama... Jangan dibuang dalam tong sampah... apatah lagi dibakar... 

Mungkin ada yang tak tahu, sebenarnya kerajaan ada melancarkan kempen kitar semula handphone lama...

Handphone yang lama jangan dibuang sesuka hati...sebab ada kesan yang berbahaya kepada alam dan manusia... Kesannya boleh menyebabkan sakit buah pinggang, kerosakan hati dan pelbagai masalah dalaman pada organ dalam jangka masa panjang...


Jadi, handphone lama perlu dilupuskan pada tempat yang betul... Jadi, pihak MCMC sediakan tong khas untuk proses perlupusan ni..

Bagaimana sistem ini berfungsi??? 


Gadjet yang dibuang, dikumpulkan dan dicerai ikut komponen... Kemudian akan dikitar semula...


Kat mana nak cari tong pelupusan handphone lama ni? 




Boleh rujuk laman web ni.. 


Kalau kat Johor ni ada dua tempat aje di Taman Molek, Johor Bahru dan juga di Danga Bay... 

Kat negeri lain boleh rujuk website tu ye... 

Jadi, jom kita kitar semula handphone lama... Kalau simpan pun nak buat apa..kecuali yang ada sentimental value memang sayang la kan nak buang walaupun rosak.. tapi bagi yang memang rosak, lebih baik buang pada tempat yang betul... 

Ohh.. Sebelum terlupa... Bukan handphone je.. komponen ini pun boleh dikitar semula seperti:
  • Peranti telefon mudah alih yang tidak digunakan - Sama ada telefon bimbit, telefon pintar, pemain muzik atau tablet lama.
  • Bateri yang tidak digunakan - Bawa bateri lama atau tambahan yang sudah tidak digunakan lagi. Bateri biasa seperti saiz AA dan AAA tidak diterima.
  • Aksesori yang tidak digunakan - Kami juga menerima pengecas bateri, earbuds, kad memori serta kabel.


Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman web:

08 April 2017

April 08, 2017

Yang Tersirat Disebalik Trend Edit Gambar Masuk Ke Aplikasi Focus n Filter

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Yang Tersirat Disebalik Trend Edit Gambar Masuk Ke Aplikasi Focus n Filter | Tengah trending hangat sekarang ni... Dan ramai juga yang dah ubah gambar profile guna gambar yang telah diedit guna aplikasi Focus n Filter. 

MF ikut perkembangan semasa... Dan cuba buat atas dasar minat seni bukan kerana nak ikut trend... Sebab lepas berhijrah ke arah sembunyi kan gambar peribadi... Tak lagi teruja nak edit gambar sendiri... Cubaan nak edit gambar kereta kesayangan la... Nak Masuk Aplikasi tu... 

Sebenarnya nak buat sangat tu sebab ada yang kata sampai semalaman buat baru dapat edit... 

Jadi, MF cuba buat semalam... Betullah rupanya memang mencabar nak edit sebab aplikasi agak besar kapasiti data yang digunakan... Jadi, kalau phone yang kecil Processor nya memang jenuh juga nak menunggu... 

Memang betul... Penat nak tunggu... Kena sabar nak buat benda alah ni... 

Step nak masukkan Gambar dalam aplikasi Focus n Filter..
1. Edit gambar guna Aplikasi PicsArt
Caranya, open gambar yang nak diedit... Kemudian > Magic > Rainbow > Save > Back > Discard

2. Open Aplikasi Focus n Filter
Open background > Add Photo > Erase ( buang tepi-tepi gambar biar nampak macam bergabung dengan background yang dipilih)



Nampak macam senang... Sikit je stepnya... Tapi sebenarnya menguji kesabaran... Tapi MF tengok ramai dapat melepasi step ini dengan jayanya.. sanggup sabar, tunggu apps tu loading... 

Itu lah MF nak katakan jika bab dunia kita sanggup sabar tapi kenapa kita tidak sanggup nak bersabar dalam hijrah untuk buat baik... 

Nak edit gambar kita sanggup hadapi cabaran loading aplikasi yang lama... Tapi kenapa kita tak sanggup nak hadapi cabaran dalam hijrah ke arah lebih baik... Tak sanggup nak hadap kata mulut orang lain... 

Itulah... Lemahnya iman kita... Utamakan dunia dari akhirat.. itulah tanda akhir zaman... Jika hal dunia sanggup redah apa sahaja... Tapi bila hal kerohanian dan untuk akhirat... Seribu satu alasan kita ciptakan.... 

Tepuk dada tanya iman wahai kawan... Kita muhasabah diri bersama... Moga trending Aplikasi Focus n Filter ni dapat mendidik kita jadi orang yang kental jiwa zahir dan batinnya... Moga dapat didik kita jadi sabar sebagaimana kita sabar hadap loading nya aplikasi tu... 

Itulah yang tersirat disebalik trend yang melanda sekarang ni... Sama-sama kita renungkan... Semoga bermanfaat... 

06 April 2017

April 06, 2017

5 Fakta Penting Anda Patut Tahu Bila Cas Telefon Bimbit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Fakta Penting Anda Patut Tahu Bila Cas Telefon Bimbit | Bila berlaku kes kemalangan atau kecelakaan melibatkan telefon bimbit...Mula la masing-masing buat "fatwa" masing-masing... Jangan itulah, jangan inilah... Kadang rasa.. alahai.. susahnya nak cas telefon pun kan... 

Tapi sebenarnya segala petua, pantang larang dan mitos tentang cas telefon bimbit tak lah 100% betul pun sebenarnya... Kalau kita tau fakta sebenar... Mudah aje nak cas dan jaga bateri telefon... 



Jadi, MF nak kongsikan 5 Fakta penting tentang cas telefon bimbit.

1.    Mitos: Menggunakan alat pengecas daripada jenama lain akan merosakkan bateri.

Fakta: Pengecas telefon bimbit daripada jenama lain adalah baik selagi ia bukanlah produk tiruan.

Ramai yang kata , jangan campur-campur wayar cas telefon bimbit apatah lagi kongsi-kongsi... Nanti mudah rosak baterinya.... Sebenarnya itu hanya mitos sebab alat pengecas daripada jenama lain juga sama mempunyai fungsi yang sama.

Prestasi yang ditunjukkan mungkin tidak optimum sebab bergantung kepada wayar cas ada yang cepat dan ada yang lambat... macam MF pernah beli wayar cas mudah gulung warna warni yang murah ... Boleh cas tapi lambat nak penuh... tetapi tidak sampai mengakibatkan bateri telefon rosak.


2.    Mitos: Cas telefon sewaktu tidur malam sehingga pagi akan memberi kesan pada bateri.


 Fakta: Bateri telefon bimbit akan berhenti mengecas setelah penuh.

Mesti korang selalu dengar cakap-cakap orang tentang tidak bagus untuk mengecas telefon bimbit sewaktu nak masuk tidur.

Yang jelas, apabila ia sudah mencapai caj maksimum, ia akan berhenti dengan sendirinya. Ini bermakna, telefon bimbit tidak akan dicas sepanjang waktu malam tersebut. Kita pun percaya dengan mitos ni...Termasuk MF sendiri... Haha... Tapi sebenarnya telefon canggih kan tak kan lah bab cas tak dicanggihkan juga kan.. jadi semestinya lah dia akan stop cas bila penuh... Sebab tu kat phone dan sesetengah wayar cas ada lampu... Bila penuh bertukar warna.. maknanya dah penuh dan dia stop mengecas.



3.    Mitos: Dilarang menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas.

Fakta: Guna telefon bimbit sewaktu dicas adalah tidak mengapa selagi alat pengecas yang diguna itu adalah original.

Terdapat kebimbangan oleh pengguna telefon bimbang tentang situasi ini. Ada yang mengatakan nanti terkena kejutan elektrik jika menggunakannya semasa di caj. Terdapat insiden yang benar-benar berlaku di mana telefon tersebut meletup.

Walau bagaimanapun, dalam semua kes yang dilaporkan, pengguna telah mengecas telefon bimbit mereka dengan pengecas tiruan. Jika kita cas menggunakan telefon bimbit daripada pengilang yang diluluskan, maka tiada risiko telefon akan meletup. Jadi, gunalah wayar cas yang original...


4.    Mitos: Jangan pernah matikan telefon bimbit.

 Fakta: Mematikan telefon bimbit dapat membantu bateri tahan lebih lama.


Menurut seorang pakar jenama Apple, mematikan telefon bimbit dari semasa ke semasa dapat memaksimumkan jangka hayat bateri.

 Jika kamu pengguna tegar telefon bimbit, dinasihatkan agar mematikan telefon pada waktu malam untuk memastikan bateri telefon bimbit sentiasa dalam keadaan yang baik. Tapi malam guna juga phone sebab set buat alarm... Bila Masa nak matikannya ya... Hehe...


5.    Mitos: Cas telefon bimbit pada waktu ia benar-benar ‘low’.

Fakta: Cas berkala adalah lebih baik

Kenyataan mengecas telefon bimbit  pada masa benar-benar kritikal adalah tidak benar sama sekali kerana pada waktu itu, bateri menjadi agak tidak stabil. Lebih baik cas telefon dalam kadar berkala.

Berkala ni maknanya... Bila level bateri 30% baru cas... Dan konsisten dengan tahap itu... 

FAKTA TAMBAHAN– Keadaan panas dapat merosakkan bateri telefon bimbit.
Tidak dapat dinafikan bahawa pemanasan mampu untuk merosakkan bateri telefon bimbit. Jadi, jika meletakkannya di tempat yang panas, kemungkinan bateri tersebut akan rosak.

Begitu juga jika suhu terlalu sejuk turut memberi kesan kepada bateri. Bateri akan lebih cepat mati dalam keadaan suhu yang rendah. Owh... Patut la... Bila malam yang sejuk bateri lagi cepat habis... Sama juga smartphone yang masuk air... Jangan terus cas, sebab phone yang masuk air automatik phone akan off sendiri... Jadi, buka dan keringkan dulu.. dah betul kering baru cas dan on semula... 

Banyak rupanya kita tak tau pasal smartphone.... Tau guna je kan... Tapi bila tau fakta macam ni lebih senang nak jaga gadjet yang ada supaya tahan lama... 


Olahan dari sumber rujukan: Majalah REMAJA

05 April 2017

April 05, 2017

Seronok Pula Design Nama Dengan Aplikasi Focus n Filter!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





Seronok Pula Design Nama Dengan Aplikasi Focus n Filter! | Semalam dah nampak kat Instagram... Apa benda la diorang dok tulis nama dan belakangnya ada corak abstrak...

Tengok kat Facebook baru tahu.. rupanya diorang guna aplikasi Focus n Filter...





Tak sure ni aplikasi baru atau lama... Tapi rasa masih baru sebab rata-rata aplikasi ni baru ribuan orang download...

Jiwa orang seni, MF pun saja la cari kat Play Store Dan buat tadi...


Haiii.. seronok juga... Dapat create macam-macam nama, tulisan dan nama... Dan tetiba dapat idea baru.. tapi tak boleh nak kongsikan dulu la idea tu.. haha...

Kat Play Store banyak aplikasi tapi MF cuba dua je dulu.. tengok yang banyak review la kan...

Dan antara keduanya... Aplikasi Focus n Filter lebih best la... Sebab pilihan font dan background yang menarik... Icon Dan sticker pun cantik... Dan last sekali boleh laraskan focus yang kita nak...

Jadi, ini hasil dua aplikasi yang berbeza...
Guna aplikasi Focus n Filter

Guna aplikasi Name Art

Nampakkan...

Lepas ni boleh lah edit qoute best-best guna aplikasi ni pula... Tapi qoute yang pendek je la....

Bagi yang minat seni dan ada jiwa seni memang best layan aplikasi ni... Best juga kalau buat gambar profile ni kan... Tak pun timeline ataupun header blog... Nampak lebih elegan dan matang...

19 Disember 2016

Disember 19, 2016

5 SMARTPHONE YANG BAKAL DILANCARKAN TAHUN 2017-2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jom sembang pasal gadjet pula.. 

Gadjet ni satu keperluan masa kini dah sekarang ni... jika baru ni masing-masing bercerita pasal iPhone 7, jom kita tengok smartphone yang bakal dilancarkan tahun 2017 hingga 2019... 

Semestinya mesti lebih canggih dan lebih maju dari yang sedia ada... 

5. iPhone 8
Belum pun panas guna iPhone 7, Apple sekali lagi upgrade gadjet depa... tahun 2017 bakal dilancarkan iPhone 8. cuma tarikh yang spesifik tu takde lagi... yang pasti ianya pasti buatkan penggemar Apple teruja nak memilikinya..


  • Specifications & Features: Apple iPhone 8 Specs
  • Battery Power: Non-removable Li-Ion 3000 mAh battery
  • Camera Features: Auto focus, Optical image stabilization, 3D-4K Resolution, Live Photo, Touch Focus, Face/Smile Detection, HDR (Photo/Panorama)
  • Camera – Primary: 14 MP Primary Camera
  • Camera – Front Facing: 4 MP Front-Facing Camera
  • Colors: Silver/Space Grey/Gold/Rose Gold/Jet Black
  • Features: OLED, Eye+Fingerprint Scanner, Retina Display
  • Memory: (32/64/128/256) GB
  • Operating System: iOS 11, upgradable to iOS 11.3.2
  • Price: $1200 USD, 1069.38 Euro, 827.07 GBP
  • Processor: A-11
  • Release Date: Q-4, 2017
  • Screen Display: 5” – 5.5” 4K screen corning, retina display
  • Sensors: Barometer, compass, dust-proof, heart rate, shockproof, SPO2, thermometer
  • Video Recording: 2160p @ 30 fps, 1080p @ 60 fps, 720p @ 90 fps
  • Glass Body with a little Metal Frame: It is to be considered that Apple is appealingly  trying to make a whole glass frame for iPhone which is unbreakable and is more powerful that Android’s Gorilla Glass.
  • Touch ID is to change the frame to eliminate the Home Button and make it full of screen complete display.
4. Symetium Smartphone
Serius.. MF tak pernah dengar jenama ni... tapi kalau tengok spec smartphone bikin menggoda juga... dengan RAM yang besar... memang buatkan rasa berbaloi guna terutama bagi blogger yang selalu update blog, godek insta dan ambil photo...selain bateri yang tahan lama... 
Jom tengok spec Symetium Smartphone:



Model: Symetium
Operating System: Android Marshmallow
Processor: Qualcomm Snapdragon 820
RAM: 6 GB
Internal Memory: 64/ 128 / 256 GB internal memory
Display: 5.0 OLED 1080p gorilla Glass 4
Screen Resolution: 1920 x 1080 pixels
4G bands : YES
Camera : 24-mega pixel rear camera 5-mega pixel front facing camera
Connectivity : Bluetooth 4.0, Wi-Fi A/B/G/N/AC, GPS 850/900/1800/1900, WCDMA and Micro-USB connectivity
Battery: 4,000mAh
Colors: Black, Blue, Red, White
Expected Price: $499, $699, $ 799 and $999

3. Nokia C1
Nokia, satu jenama yang memang lama bertapak di dunia... dulu nokia terkenal dengan jenama telefon yang tahan lasak dan kecil ringan dan memang majoriti guna nokia... Tapi akibat perkembangan teknologi, Nokia ketinggalan sikit... sebab memula nokia buat smartphone guna Operating System Window bukan Android... jadi, banyak kekurangan Windows ni.. MF sendiri pernah guna.. 1 minggu je guna, terus trade in ambil samsung Note 1.

Tapi kali ni, nampaknya Nokia C1 tak mengecewakan penggemar dan peminat setia Nokia... 



NETWORK
Technology
  • GSM / HSPA
  • 2G bands GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
  • 3G bands HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
  • Speed HSPA
  • GPRS Yes
  • EDGE Yes
LAUNCH 
  • Announced: Not announced yet
  • Status: Rumored
BODY
  • Dimensions -
  • Weight -
  • SIM Micro-SIM
DISPLAY
  • Type: IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
  • Size: 5.5 inches (~79.9% screen-to-body ratio)
  • Resolution : 1080 x 1920 pixels (~401 ppi pixel density)
  • Multitouch: Yes
PLATFORM
  • OS: Android OS, v6.0 (Marshmallow)
  • Chipset: Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652
  • CPU: Octa-core (4x1.8 GHz Cortex-A72 & 4x1.4 GHz Cortex-A53)
  • GPU: Adreno 510
MEMORY
  • Card slot: To be confirmed
  • Internal: 32 GB, 2 GB RAM
CAMERA
  • Primary: 13 MP, autofocus, LED flash
  • Features: Geo-tagging, touch focus, face detection, HDR, panorama
  • Video: 1080p@30fps
  • Secondary: 5 MP
SOUND
  • Alert types: Vibration; MP3, WAV ringtones
  • Loudspeaker: Yes
  • 3.5mm jack: Yes
COMMS WLAN
  • Wi-Fi: 802.11 a/b/g/n, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot
  • Bluetooth: v4.2, A2DP
  • GPS: Yes, with A-GPS, GLONASS
  • Radio: FM radio
  • USB: microUSB v2.0
FEATURES
  • Sensors Accelerometer, proximity, compass
  • Messaging SMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM
  • Browser HTML5
  • Java No
    • MP4/H.264 player
    • MP3/WAV/eAAC+/FLAC player
    • Photo/video editor
    • Document viewer
BATTERY: Non-removable Li-Ion battery
MISC: Colors-Black

Apapun, masih belum disahkan telefon nokia ni nak keluar bila... tapi nampak menarik juga nokia kali ni.. dah ikut perkembangan zaman dah..

2. Samsung Galaxy S8
Samsung memang cepat perkembangan teknologi gadjet nya.. Yang paling terkenal ialah Galaxy la kan.. Apa pun, MF dah tak minat Samsung... Tapi Galaxy S8 ni memang buatkan orang terpikat...



  • Specifications: Galaxy S8 Specs
  • Battery: 4200 mAh
  • Camera Features: Optical image stabilization, geo tagging, facial recognition, HDR, auto laser focus
  • Camera – Front: 9.0 Megapixels
  • Camera – Rear: 30 Megapixels
  • Colors: Black, blue, gold, and white
  • Features: Corning Gorilla Glass 5, 4G LTE, Bluetooth 5.0, fingerprint scanner, retina eye scanner, wireless charging, rapid charging, mini projector
  • Memory: 64 and 128 GB internal memory and expandable with dual micro SD cards
  • Operating System: Current Android operating system 2017
  • Price: $850 USD, 775 Euro – see below
  • Processor: Snapdragon Qualcomm octa-core 3.2 GHz processor
  • RAM: 6 GB RAM
  • Release Date: April 2017 – See Below
  • Screen Display: 5.2” 4K display with a 4096 x 2160 screen resolution

1. Project ARA
Smartphone ini adalah dibawah projek Google yang berganding dengan Motorola.. .smartphone ni memang WOW memang sangat canggih.. terbeliak biji mata MF tengok... 

Project ARA (A8A01) Specifications
Processor: Qualcomm Snapdragon 810 (MSM8994)
RAM: 3GB
Storage: 32GB internal
Display: 5.46-inch,  1080 x 1920 (403 dpi), TFT-LCD OTM1906C
Camera: Rear camera: 2.1 MP (16:9 aspect ratio), fixed-focus lens, 1080p video capture
Front camera: 5.0 MP (4:3 aspect ratio), fixed focus lens, 1080p video capture
Battery: 3,450 mAh
Dimensions: 152 x 74 x 12.5 mm (without camera module)
Weight: 190 grams (approximate)
Connectivity: WiFi, Bluetooth 4.0 (LE), NFC
Sensors: GPS, barrometer, light, gyroscope, proximity, accelerometer, magnometer, pressure, gravity,
Ports: 3.5mm headphone jack, USB Type-C
Audio : Front-facing mono speaker, 3.5mm headphone jack, dual microphone
Buttons : Power, volume rocker, module release
Android: 7.0 (NMR1), API Level 24, Security Patch 2016-08-05

Tengok spec biasa je.. tapi kena tengok video ni baru nampak kelebihannya:


Antara kelima-lima ni yang mana menarik bagi anda??? Bagi MF, semua tak minat... MF kongsikan aje... MF dan suami setia pada Sony... sememangnya kami serasi dengan SOny sejak dulu lagi.. dan Sony pun tak banyak turun harga lagi... ALhamdulillah... 3 tahun dah guna... memang puas hati sangat... cuma bateri je dah kong .. ingat nak beli batery baru je... Insha Allah, ganti bateri boleh guna lama lagi... Kalau nak beli smartphone pun, pastinya MF akan beli sony kot... tapi tidak lagi kepada Samsung... 

Tapi tu la.. tiada siapa boleh tanding kemewahan yang ada pada iPhone... walaupun ada smartphone yang lebih mahal dari iPhone, orang nampak iPhone juga yang mewah kan... sebab tu macam-macam orang sanggup buat sebab nak dapatkan iPhone.. bebudak U dan Kolej bahkan sekolah menengah pun tergilakan iPhone...kalau dalam drama Malaysia takyah cakap la kan.. tak main lah samsung.. semestinya iPhone.. 

Apapun.. tak perlu nak kejar sangat harta dunia ni..sebab semuanya bersifat baharu dan takkan kekal lama.. Kalau nak milikinya pun ikut kemampuan... tak perlu nak kejar sangat teknologi sebab kita memang tak kan dapat kejar... tapi kejar lah akhirat...kerana itulah yang akan kekal abadi... :)

Sumber rujukan: Wikipedia, Google, YouTube

19 Oktober 2016

Oktober 19, 2016

Kelebihan Telegram Berbanding Whatsapp!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Walaupun whatsapp ni satu aplikasi popular, tapi telegram tidak kurangnya.. Dah ramai dah guna telegram selepas telegram diupgrade.

Penggunaan telegram jadi popular dalam kalangan guru sebab boleh share dokumen dan download dokumen melalui pc... lebih cepat dari guna email. Tu yang membuatkan group telegram lebih meriah. Dan MF pun transfer gambar dari smartphone ke pc guna telegram je..sebab lebih cepat... Sebab telegram ni, kita boleh on pada handphone dan pc dalam masa yang sama..

Tengok saja info grafik di bawah perbandingan antara telegram dan whatsapp...


Yang terbaru, telegram pun dah ada double tick sebagai tanda status messages. cuma takde blue tick je... 

Lagi satu, kelebihan telegram berbanding whatsapp.. tiada had share gambar dalam satu-satu masa... dan lebih cepat masuk... 


Lagi satu, MF suka telegram ada channel tertentu yang kita boleh join.. contoh channel untu tazkirah, dakwah dan tak terkecuali channel untuk cuci mata iaitu shopping.


Nampak.. meriah group.. tapi tak berat pun phone... bahkan kalau kita dah delete gambar kat galery atau folder telegram pun, masih dapat download semula di aplikasi telegram...Tapi tu la.. whatsapp tetap juga popular... mungkin penggunaan telegram masih orang belum tahu kelebihannya kan..

17 September 2016

September 17, 2016

Ketahui Penggunaan Data Internet dengan Aplikasi Internet High Speed!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Aplikasi yang baru beberapa hari diinstall tu pun terikut dari en.somi, tengok phone dia install.. daku pun install juga...

Mudah guna aplikasi ni.. dapat tahu berapa banyak penggunaan data internet kita.. sama ada kita guna wiFi atau pun Mobile Data..




ni yang MF printscreen dua hari lepas.. hari ni baru ada mood dan idea nak mencoret pasal ni.. Setakat hari ni, penggunaan data internet MF keseluruhannya ialah 1.5GB sahaja... 

Sikit je kalau setakat buka Facebook, sesekali update blog, buka video kat facebook.. dan sebenarnya jimat tenet guna phone, berbanding kita guna PC atau buat phone kita sebagai modem (hotspot)..

Ringan je aplikasi ni.. percuma sahaja di Play Store bagi pengguna Android..
Boleh KLIK SINI untuk download.

Bagi pengguna Apple dan Iphone, boleh la cari kat market hangpa.. hehe