Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan

27 Julai 2015

Julai 27, 2015

Tips Keselamatan Ketika Shopping Online!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Internet banking
Sumber : Google image

Sejak kenal perbankan internet, makin seronok shopping online.. Shopping dengan perempuan tak dapat dipisahkan. Sejak orang jadikan facebook macam shopping mall,  sejak tu MF reti shopping online. Jika dulu, tak kerap sangat sebab takde perbankan online dan masih ragu-ragu dan takut... tapi belajar, dan tengok ramai yang guna..serta bank pun bagi jaminan, MF mula buat Cimbcliks masa tukar kad ATM. Dari situ la reti dan kenal shopping online, dan mula ketagih juga la.. tapi dapat control sebab bukan orang kaya kan,.. jadi dahulukan keperluan dari kehendak.  

Kini, MF guna perbankan online setiap bulan untuk bayar bil, buat transaksi dan bayar cukai serta untuk bisnes kami... mudah dan cepat... tapi, kena hati-hati...sebab ada juga pencuri dalam sistem online ni... jadi, kena utamakan keselamatan bila guna perbankan online ni. 

MF nak kongsi beberapa tips mudah bagi sesiapa yang selalu guna perbankan internet:

ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN hendaklah dirahsiakan. Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau di mana sekalipun. Selalu menukar kata laluan atau nombor PIN dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.  

Pastikan berada di laman web yang selamat dengan menyemak "Universal Resource Locators (URLs)" untuk memastikan URL bermula dengan "https" dan memastikan imej ibu kunci tertutup terdapat pada bar status pelayar web (browser). Hendaklah sentiasa memasuki URL laman web secara terus ke pelayar web. Elakkan daripada diarah masuk ke laman web tersebut atau hiperpautan ke laman web ini daripada laman web yang mungkin tidak dijamin keselamatannya. Terus je taip URL website pada browser,  elakkan guna pautan dari website tertentu.

Pasang dinding keselamatan peribadi dan program penentang virus yang bereputasi. Hendaklah sentiasa memastikan bahawa sistem kendalian dan pelayar web adalah yang terkini dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terbaru, untuk melindunginya daripada menjadi lemah dan mudah terjejas. Pasang malware protection dan pastikan anti virus juga sentiasa update.

Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang diketahui atau memasuki hiperpautan yang dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali. Pembukaan fail sedemikian boleh mendedahkan sistem anda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi, termasuk kata laluan atau nombor PIN anda. Apabila menerima sesuatu program atau lampiran, periksalah ia dengan program penentang virus yang terkini untuk memastikan bahawa ia tidak mengandungi virus yang boleh menyerang komputer peribadi anda.

Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet, pastikan log keluar. Padamkan peti ingatan dan sejarah transaksi selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun. Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Clear history dan cache pada browser.  
   
Jangan sekali-kali menghantar maklumat peribadi, terutamanya kata laluan atau nombor PIN anda melalui e-mel biasa

Jangan biarkan tetingkap pelayar yang lain dalam keadaan terbuka semasa membuat transaksi perbankan dalam talian.
 Elak menggunakan komputer yang dikongsi bersama atau milik awam untuk mengendalikan transaksi perbankan Internet. 
 Nyahaktifkan ciri-ciri perkongsian fail dan mesin pencetak dalam sistem kendalian. Seperti printer guna wifi, sharing file dan sebagainya. 

Sumber: bankinfo


Mudah shopping online ni, jimat masa jimat tenaga,  tak payah sibuk nak cari parking,  tapi tu la.. setiap yang mudah tu ada risikonya kan.. jadi, selain tips di atas, mohon juga perlindungan dari Yang Maha Esa agr dipermudahkan segala urusan kita... 

25 Mac 2015

Mac 25, 2015

Earn More with Shopback Malaysia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

There is a saying ‘City girls go for online shopping’. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa online shopping kini merupakan kaedah paling mudah untuk melakukan sebarang urusan jual beli. Malah, untuk membeli keperluan asas juga kini boleh dilakukan secara online!


So, are you a Shopaholic? Berapa kerapkah anda berbelanja dalam sebulan? Atau seminggu? Jika anda kerap berbelanja secara online dan memang gila online shopping, Shopback Malaysia (https://www.shopback.my/) is definitely your best online shopping platform! Berbeza dengan online stores yang lain, syarikat yang berasal dari Amerika ini merupakan sebuah affiliated platform yang membawakan anda puluhan online stores yang cukup terkenal di rantau Asia seperti ZALORA, ZALORA, BOOKING.COM dan banyak lagi.


So kenapa anda harus membuat pembelian online di Shopback? Ini kerana, Shopback Malaysia merupakan online portal yang memberikan anda cashback ke atas setiap pembelian. Dengan hanya mendaftar bersama Shopback, terima cashback pertama anda yang bernila $5 dan teruskan pembelian anda.

Hanya klik pada mana-mana online stores kegemaran anda dan buat pembelian seperti biasa. Selepas anda selesai membuat pembayaran, cashback akan dikreditkan ke dalam akaun Shopback anda! Menarik bukan? Anda bukan hanya boleh memiliki barangan yang anda ingini dengan mudah, malah mendapat pulangan semula wang anda!


But how? Well, Shopback menerima komisyen pada setiap pembelian anda di affiliated partner dan komisyen tersebut kemudian diagihkan untuk pihak Shopback serta sebahagian lagi dikongsikan untuk anda. Jadi, tunggu apa lagi? Let’s earn more with Shopback Malaysia today and find all promotions here!

17 Februari 2015

Februari 17, 2015

Kecewa Juga Selepas 3 Bulan Menanti!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Selepas tiga bulan menunggu, akhirnya MF terima barang yang MF order... Sebelum tu MF pernah melepaskan geram di ENTRY NI...

Berikutan entry tu juga, suami MF juga bertindak.. suami mana tak marah, bila ada yang permainkan isteri dia kan... Suami MF ambil tindakan dengan call, SMS dan whatsapp penjual a.k.a owner EEDAZCollection...

Memang dia tak berani nak angkat call dan balas SMS serta whatsapp tu... tak lama lepas tu... malam la juga, baru dia balas... janjinya akan cuba siapkan dan pos hari Isnin.. kalau tak berjaya siapkan dia refund balik duit. MF tunggu je dengan sabar... biasa pos laju satu atau dua hari baru sampai... Isnin pos, Selasa atau Rabu akan sampai... MF berkira-kira sendiri...



MF tengok hari Rabu takde lagi barang diterima, jadi petang Rabu MF whatsapp tanya... rupanya elok MF whatsapp tu, waktu tu dia baru lepas pos... haiihhh.. geram juga dihati... janji hari Isnin, petang Rabu baru pos... hmm... tapi pujuk hati.. takpe lah.. janji dia pos.



Hari khamis MF terima barangnya... balik rumah, hari Jumaat pagi baru MF buka tengok.. sekali buka tengok, kecewa lagi MF ni... lain diorder, lain pula yang dia buat... Saiz L hard awning MF tempah, diberinya saiz XL... nak buat inner camne kalau dah labuh segitu???

Fuhh... patah hati MF tau... dah lama menunggu, sekali dapat tak seperti yang ditunggu pun... Memang inilah pengalaman terburuk MF sepanjang MF beli online... Memang MF patah hati... Inner tu MF sangkut je.. patah hati nak pakai... memang kecewa sangat... tengok lah.. mungkin MF bagi je kat sapa-sapa... lagi tengok, lagi sakit hati...

MF kuarkan entry ni bukan untuk aibkan pihak EEDAZ tapi pengajaran... kira untuk MF tak buat laporan kepada hak pengguna.. kalau tak memang kena la kan... sebab tiga bulan satu tempoh yang lama untuk sebarang tempahn.. Orang tempah barang luar negara pun tak menunggu sampai macam tu... Hmm... Memang dah rezeki MF macam ni... MF redha tapi, itulah tujuannya biar semua orang belajar... buat penjual, jangan buat perkara sebegini jika nak jualan tu berkat dan tahan lama... Jaga kualiti, lebih baik dari kuantiti like di page facebook... Jaga kualiti walaupun dah terkenal satu dunia... 

16 Februari 2015

Februari 16, 2015

Beli Mesin Jahit di LAZADA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mesin jahit ni dah berusia dua minggu... tapi takde mood betul nak update entry pasal ni... HMm... terkubur je dalam draft...

Ni baru rasa nak update dan mencoret pasal pengalaman MF membeli di LAZADA...


Dah lama dok belek-belek barangan kat LAZADA ni.. tapi tak jadi-jadi nak beli.. akhirnya lepas bincang dengan suami, grab la juga mesin jahit jenama Global ni.. harga promosi... harga asal RM532, tapi lepas diskaun RM364. 

MF pilih beli secara COD, maknanya Cash On Delivery... tak perlu keluarkan duit dulu... bayar masa dapat barang je nanti... Memang mudah beli dengan LAZADA, dah tu selalu offer pula tu.. tak payah susah-susah nak survey kat kedai barangan elektrik... 


Lepas dua hari dapat barangnya... kira pantas la juga kan... COD kat Petronas Jalan Jelatek, on the way MF nak pergi tempat kerja. Lama juga penghantar tu tunggu MF, sebabnya dia call jam 9.00 pagi lagi... tapi MF kerja petang, pergi tengah hari, jadi dia pusing-pusing dulu area Setiawangsa sementara tunggu MF... Tapi dah kerjaya dia kan.. memang dia tunggu la... hehe... kesian juga dia tunggu lama... tapi takde cas penghantaran dan tunggu .. bayar harga yang tertera sahaja. 


Lepas dapat barang,  suami la tak sabar-sabar nak jahit... dia yang pasang semua komponen mesin ni.. MF tak pandai dan zero bab jahit guna mesin ni... tak pernah pegang mesin... takut pun ada sebenarnya... 

Tapi semangat nak belajr tu ada... suami memang nak ajarkan tapi takde masa je... Tapi sekali hari tu, suami dapat juga curi-curi masa, buatkan baju 'puteri' kat kakak Faiqah... Guna kain MF yang tak boleh pakai lagi... kira guna semula la kain tu.. 


Jadikan bajunya... suka betul kakak dapat pakai baju hasil tangan Abi dia... Makin teruja MF nak belajar jahit... tapi tak sempat lagi... huhu...

Tapi rasa juga nak alter baju-baju lama tu... tapi entah bila nak studynya... huhu... impian moga dapat juga buat baju sendiri dalam tahun ni...



Nota: entry tertunggak, sebab takde mood nak update entry ni.. hehe... mesin tu dah berusia sebulan dah pun ... 

05 Februari 2015

Februari 05, 2015

Kecewa Dengan EEDAZcollection: Tiga Bulan Ditempah, Belum Terima Barang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Semalam pasti ramai yang baca status MF kat facebook tentang rungutan kemarahan MF dengan satu perniagaan butik online... Hari ni, MF nak luahkan segalanya lepas tiga bulan MF berkira-kira untuk dedahkan... dan status ni pun MF ada tanya pendapat blogger lain.. patut atau tak MF dedahkan...

Akhirnya MF akan dedahkan pengalaman MF berkaitan order MF yang tiga bulan lepas, tapi sampai ke saar ini belum diterima, bahkan dalam whatsapps semalam... belum dijahit...

Apa perasaan anda sebagai pelanggan???



Syarikat tu terkenal juga ya... butik ni ada terletak di Perak kalau MF tak silap lah... dapat lebih 100 ribu like di page facebook dan pernah taja, orang-orang popular dan selebriti tv... huhu.. hebatkan.. tapi tak segah itu sebenarnya bagi MF.

Tempahan kali ini adalah kali kedua... MF pernah order inner neck berdagu saiz M dan L tapi soft awning... kali pertama order, siap dan diterima dalam masa dua minggu... MF faham sebab benda kena tempahan atau pre-order, memang makan masa kan... jadi, ok la dua minggu tu kan.. tapi tetap MF follow up la... baru diorang siap dan pos... MF puji, design diorang cantik dan sedap pakai, kainnya tak panas dan tahan lasak... best... tapi perkhidmatan memang mengecewakan kali ni...


Korang boleh baca printscreen rentetan tempahan ni.. Sebelum bulan Oktober 2014 MF dah tanya, tanya untuk order kali kedua ni.. iaitu MF order Inner Neck Berdagu Saiz M dan L tapi hard awning pula kali ni... warna hitam... lepas bincang-bincang, pada 1 Oktober 2014 MF buat pembayaran online..melalui CIMBClicks... Total jumlah pmebayaran RM50 sahaja...

Lepas dua minggu, MF PM kat page diorang tanya, iaitu pada 16 Oktober 2014, MF tanyakan status order.. rupanya diorang ada masalah... tu pun esoknya baru dibalas PM MF... MF dah rasa nak marah tapi sabarkan hati... MF tanya, kenapa tak inform awal-awal..nak kena tunggu customer tanya baru nak bagitau... huhu...

Lepas tu baru diorang inform diorang pindah kilang.. jadi, semua order tertangguh.. dan baru nak mula balik... lepas 20 Oktober baru dia PM lagi bagitau masalah diorang tu.. tapi MF balas, MF tunggu je, tapi kalau de masalah bagitau la...

28 Oktober 2014 MF PM lagi nak minta duit, sebab lama sangat kan.. dah sebulan dah.. tapi tak berbalas langsung... hinggalah 12 Disember 2014 baru dia balas, katanya ada 30 order masih sangkut... rasanya termasuk order MF la tu agaknya.. Lepas tu 19 Disember 2014, dia PM bagitau dah settlekan beberapa design yang sangkut dan baru nak mula buat inner neck pula... Jadi, MF tunggu je la...

Hinggalah sampai bulan Januari... tahun baru MF PM lagi tanya.. tiada jawapan... sehinggalah dah masuk bulan Februari ni.. PM juga tiada jawapan... dan MF cari semula no telefon kalau ada.. dan whatsapps pula...


Baru dia reply kat whatsapps... mujur dia ingat lagi order MF ni... Dia kata, tempahan MF baru dipotong tapi tak dapat jahit lagi.. pastu minta MF gantikan order MF dengan yang ready stock... inner neck soft awning...saiz M dan S... kalau yang tu baik tak payah order.. kat kedai bersepah jenis tu... tak berbaloi dengan harga kalau nak tempah sebab kat kedai dan butik lain pun ada.. tapi saiz yang MF tempah tu takde kat kedai dan susah nak dapatkan... MF survey harga kat web lain mahal... tapi bila dah murah, kain berkualiti, perkhidmatan lah pula teruk..

MF memang kecewa... sebab diorang tak jaga customer... bukan kali pertama MF order, tapi kali kedua... ooo... mungkin sebab belian MF tu tak sampai ribu riban kan.. MF tak popular kan.. jadi, layan tak layan je order tu kan... MF kira sabar kot.. Kalau kena kat customer lain, memang dah lama diprintscreen dan diviralkan... tapi MF sabar dan cuba faham situasi diorang sebab MF anggap, MF juga buat bisnes jenis tempahan... tapi bila kena gini.. rasa serik nak order kat page yang popular... Baik MF beli kat page facebook yang like ratus-ratus tapi perkhidmatan mantap kan...

MF rasa bengang betul, lepas tengok status update page pasal kepuasan pelanggan dia la.. dia tak tahu, ada je yang teruk dan tak puas hati.. bukan niat MF nak lingkupkan bisnes orang, tapi moga peniaga lain pun ambil pengajaran... kalau ada masalah cepat-cepat PM customer... maklumkan kelewatan dan sebagainya... MF pun ada syarikat.. jenis tempahan juga... dari sekecil-kecil tempahan hingga yang besar, kami cuba buat yang terbaik... walaupun pelanggan tu tempahannya nilai RM5...tapi dia tetap pelanggan kita... kena jaga... jangan ingat kita dah popular... orang yang tempah sikit-sikit ni takde duit... (memang kecewa habis la ni sampai terluah camni... rasa nak menitik air mata pun ya juga)

Kes MF ni masih tertangguh.. MF tak tahu bila MF boleh dapat tempahan MF, sebab duit dia tak nak pulangkan pula... maklumlah busy bebenor la katakan.. Syarikat ni tak menipu, sebab masih reply mesej customer, cuma perkhidmatannya tak layak dinilaikan bagi MF.

Buat EEDAZCollection, maaf sebab saya terpaksa dedahkan perkhidmatan anda kat blog ni.. tiga bulan saya tunggu dan sabar.. tapi kesabaran manusia ada hadnya kan... Harap pihak EEDAZCollection dapat selesaikan masalah tu dengan segera... 

30 Disember 2014

Disember 30, 2014

Membeli-belah di Pearl Harbour

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Membeli belah satu terapi stress dalam kalangan wanita.. itu fakta ya para suami dan lelaki sekalian.. tolong faham.. hehe.. aceh..aceh.. mukaddimah dah buh pasal fakta... itu saja je.. ilmu bela diri namanya... 

ok..dah jangan nak melalut.. 
MF pun wanita jadi, tak terkecuali terlibat dalam terapi stress ni.. dan terapi selalu MF buat ialah shopping online... shopping online ketagih tau... sekali dah buat.. nak je beli lagi...hanya iman dan poket je boleh kawal nafsu shopping ni... di samping...memikirkan keperluan melebihi kehendak... kalau tak memang kerringgg.. hehe...MF mula shopping online tu lepas tukar kad ATM MF, renew kad je.. yang lama BCB kepada CIMB... jadi daftar la buat CIMBCLICKS sekali... mula situ lah MF mula reti shopping online dan segala pembayaran bil pun online je.. 

Tu dia.. panjang intoduction... 
Jadi, baru-baru ni.. kat facebook tu memang sentiasa la berlegar-legar iklan.. baju bayan yang penuh sale.. dan akhirnya MF tertarik dengan sale yang dibuat oleh Pearl Harbour
Sekali tengok.. memang sale... harga baju bajan beratus ringgit jadi puluhan rnggit je.. Yang puluhan ringgit jadi belasan ringgit... Apa lagi.. MF grab tiga helai baju sahang (loghat ganu) buat pakai kat rumah je... 

pearlharbour

Blouse bunga pink tu RM9.00
Cinderella Lycra Skirt warna hitam: RM16.00
Dress hitam: RM10

Total sekali shipping pos laju.. (boleh pilih kalau nak suruh GDex hantar) RM44... 

Sale kan... jimat minyak kereta sungguh shopping camni.. tak sampai RM50.. kat kedai belum tentu ada.. kalau baju blouse tu longgar boleh la pakai jenjalan... tapi sebab free saiz, melekat sikit kat badan, jadi kita bergaya je kat rumah.. dok rumah wajib cecantik untuk suami kan... 

Tapi berbaloi la.. shopping kat situ pun murah-murah... dress lawa-lawa... memang cuci mata je.. ikut nafsu habis digrabnya... hehe...

Ingat nak shopping lagi.. hehe.. tunggu je la.. tapi susah nak cari baju lelaki jual online..kecuali kat Zalora. Tapi Zalora macm dah mahal je sekarang.....tu la kot ada web yang boleh shopping online baju lelaki ok gak kan... nak cari untuk suami juga... tapi baju anak-anak MF suka beli direct je kat kedai.. online macam mahal je.. lagipun takut salah saiz je.. 

Jika berminat nak cuci mata.. boleh la tengok-tengok kat sini:
http://www.pearlharbour.com.my/

Servisnya pun cepat...memang puas hati...

23 Disember 2014

Disember 23, 2014

Homemade Shawl Butterfly

Alhamdulilllah... tercapai juga salah satu misi projek cuti sekolah yang memang MF dah lama nak buat... Dari mula-mula cuti MF dah teringin nak buat... Akhirnya dengan bantuan dan sokongan suami MF berjaya juga realisasikannya semalam dengan jayanya.. 

Projek MF cuti sekolah kali ni ialah nak buat shawl sendiri... Shawl yang MF paling suka ialah Butterfly Shawl... sebab sekali pusing je dah menjadi... tanpa cermin dan banyak pin, shawl butterfly memang mudah dibentuk... 

Projek tertangguh masa MF balik kampung di Kedah... hajat nak mencari kain di sana... tapi tak menjadi... sebab berjalan sana-sini... plus dengan budjet kurang... Jadi, tertangguh lagi... hinggalah kami balik pula ke Johor... 

Di Johor banyak masa sikit... Jenjalan ke Plaza Angsana dan singgah ke Kamdar ... Misi diteruskan... mencari kain yang sesuai nak buat shawl... MF pilih dua jenis kain... Warna purple kain jenis Koshibo bidang 45, agak tebal dan tak perlu pakai inner... dan warna biru pula kain jenis chiffon bidang 60...

Ukuran nak buat shawl yang labuh... kalau bidang 45 MF ambil dalam 2 meter... masa tu tengah offer kat Kamdar.. semeter hanya RM6.80 je... untuk kain chiffon tu mahal sikit... RM10.90... tapi sebab bidang 60, MF beli satu meter setengah je untuk hasilkan shawl yang labuh... 

Lega lepas dah beli... Misi nak memotong tu pula yang bertangguh... ealah... nak kena anak-anak lena tidur baru boleh pegang gunting... Lepas balik KL baru MF mulakan misi.. Memula sediakan tapak atau contoh dulu.. Takde kertas yang besar, jadi MF ambil je surat khabar lama dan cantum-cantum bagi besar... alahh... nak buat contoh tapak je kan.. Lepas dah buat tu... bertangguh lagi beberapa hari... 


Nampak line clear, ahad lepas baru MF pegang gunting dan buatkan bentuk ikut contoh shawl butterfly yang memang MF dah pernah beli... Shawl butterfly yang ada tu kakak ipar MF belikan di Jalan TAR...murah je RM6.80 sehelai...tapi takde la labuh mana kan... Jadi, MF buatkan itu sebagai contoh... 

Lepas dah potong pada kertas tu... baru MF tekap dan buat pula pada kain... MF lebihkan sikit dari contoh sebab nak bagi labuh... Alhamdulillah.. menjadi... Lepas tu, MF mula mencari tailor yang boleh jahit tepi tudung... Tanya-tanya di FB, blogger Akma Omar bagitau ada kedai di area JPN Sri Rampai... jadinya, semalam suami MF semangat ajak pergi jahit... Cari-cari kat dalam bangunan JPN tu, ada la satu tailor Melayu... Rosniza Tailor, yang memang tukang jahit pun akak tu... Hantar dan tunggu la dalam setengah jam untuk dia siap jahit... 


Alhamdulillah... dah siap jahit, terus balik cuba... Alhamdulillah... Misi berjaya.. puas hati dapat buat shawl sendiri... suami MF pula bagi nama... "haa...lepas ni boleh la buat Maria Firdz Collection pula"... adehh... saja je tu... dia jeles... haha... Alhamdulillah... 

Terima kasih buat suami MF juga, sebab tolong realisasikan misi MF kali ni... Kalau nak harap MF pergi sendiri memang tak lah... Modal untuk buat dua helai shawl butterfly yang labuh ni... Modal kain : RM26.95 + Modal Jahit Tepi Halus : RM14... Total Modal untuk siapkan : RM40.95 untuk dua helai shawl yang labuh dan menepati syariat... Walaupun modal masa tak dikira, tapi rasa berpuas hati dapat buat sendiri.. Lepas ni nak buat lagi... warna dan corak lain pula... Dan MF memang suka shawl butterfly...sebab mudah dan cepat nak bentukkannya... 

Alhamdulillah... selesai projek cuti sekolah 2014

27 November 2014

November 27, 2014

Aplikasi Shopping Baju Muslimah Murah!

Aplikasi shopping dihujung jari... Mampu keringkan poket yang ada... 

Kini, dengan teknologi terkini... Dan kerjasama yang bagus... Blogger Terkenal Abang Ben Ashaari dah buka butik online... Jual baju muslimah... 


Jubah ada, dresa, skirt, cardigan... Memang murah... Bawah RM100... Lawa-lawa ..

Bagi yang guna smartphone android search kat google play "Ben Ashaari"... Nanti ada la... Download dan tengok la sendiri..

Memang mampu menggugat iman juga.. Tapi tahan nafsu... Jangan nak shopping sebarang time cuti-cuti nih... Mau gigit jari nak tunggu gaji... Haha... 

Ok... Bagi yang cuci-cuci mata boleh download di Google Play atau Play Store smartphone anda ya... 

19 Disember 2012

Disember 19, 2012

Year End Sale: Shopping Online Lagi

Salam dan selamat pagi.. 

Semalam, hari menggembirakan bagi semua penjawat awam kan.. apa taknya, setelah mengikat perut sebab jarak masa menunggu gaji yang lama, akhirnya berakhirkan.. begitu gak aku kan... hehe.. 

Setelah, buat segala budjet, sedikit gaji aku, aku peruntukan diri sendiri... sebagai meraikan peniaga yang mengadakan tawaran Year End Sale (YES), aku pun lagi membelek2 Facebook untuk bershopping online.. Kesuntukan masa nak berjalan-jalan dan sudah pasti terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai, lebih baik shopping online kan.. hehe.. mudah dan cepat... 

Kali ni, aku shopping lagi dua helai baju t-shirt muslimah, sebagai tambahan koleksi yang ada, grab lagi dua helai, tu pun aku beli yg tengah promosi, iaitu beli satu percuma satu... 

Malam tadi, aku shopping tudung pula, mencari tudung yang labuh di pasaran agak susah, tapi kat internet banyak, pilih je.. setelah belek2 banyak page, mencari warna yang ku cari tak jumpe2, last2 jmpe satu page yg jual warna yg aku nak dengan harga yg berpatutan dan siap ada diskaun lagi.. hehe.. 

Hari ni, in shaa Allah peniaga2 tu akan pos barang2 aku, in shaa ALlah esok atau lusa sampai la kat sekolah semua yg di tempah tu.. tunggu dengan sabar ok.. hehe.. tu lah perasaan yg ada bila shopping online, teruja menunggu barang yg dihantar.. 


Ingat nk order barangan bioasli, minyak kelapa.. tapi tergendala, sebab brang yang order tu out of stock la pula.. terpaksa la hubungi pihak syarikat, nak tnya bila barang tu akan ada balik.. tapi xpe, sebab yg mudah dan cepat je service dia.. sgt puas hati dengan perkhidmatan online bioasli.. 

Sedikit wang diperuntukan untuk itu, tak smpai 10% dari gaji pun sbnrnya... sikit sangat.. sebab masih mencari yang murah dan berpatutan..dan aku jenis tak pentingkan yg jenama, janji murah dan cantik serta tepati syarak.. kira ok lah tu kan.. 

ok dah.. stop membebel.. nak buat kerja lain plak.. pen off... wassalam..

p/s: dah ada online banking lagi mudah la aku beli belah.. hehe... 



11 November 2012

November 11, 2012

Release Tension dengan Shopping... ;p

Semalam.. pepagi lagi dah buat muka sayu kat husband.. mau tak nye.. pepagi lagi org lain dah start cuti, tapi cikgu masih buat kerja lagi.. Kerja apa lagi kalau PBS (Perlu Banyak Sabar)... heee~..


Pastu dengan kes order aku yg problem tak sesampai.. kena g amik kat Pejabat Pos Taman Melawati... So, pujuk la hubby g amik brg tu.. hajatnye lepas amik nak balik je.. tapi hubbyku mcam memahami je.. dia ajak ku jenjalan cuci mata kat Plaza Idaman je.. dekat je dgn umah.. lepas je ronda2.. jenjalan... waktu masih awl.. baru kul 12 lebih.. so, planning la nak g jenjalan mana lagi.. otak ku ligat berpusing... haa.. teringin nak g Mydin Selayang... HUbbyku kata OK.. hehehe..senyum smpai ke tilnga ok!!

Jam 2 ptg, gerak la ke sana, hajatnya nak solat Zuhur di Mydin la.. rupanya dah sesampai, Mydin tu kecik je.. bukan macam Mydin kat USJ.. So, xde surau.. Lepas berpusing2, mana nak solat ni ek.. dah kul 3.. Cari dulu dalam Maps... belakang bangunan Mydin, de Selayang Mall.. haa.. mesti de surau.. dan tepat sekali.. ada surau... So, g la solat kat sana... 

Lepas, solat merelease tensionkan otak... shopping dan jenjalan cuci mata... apa lagi, borong la.. macam2 beli... aku, smbar tudung sehelai.. Faiqah beli topi dan baju, hubby cari seluar sbb semua seluar dah ketat.. Pastu, last sekali aku smbar suar jeans sehelai.. dulu hubby tak bg pakai skrg dh bagi.. sebab de anak.. senang nak bergerak kan.. 

Memang release tension.. langsung tak ingat pasal kerja yang ada... lepas shopping2.. turun g tingkat dua terjumpe termos elektrik la... hrga murah dari biasa... second round la masuk situ sebab duit kuarkan cukup2 je.. Pastu masa nak bayar teringat lak, pasal Privellage Card, Kad 1Malaysia untuk tentera dan polis.. haa.. guna apa lagi... huuu.. asalnya tgk bil mmg tak cukup, lepas guna card tu, dapat diskaun.. hahaha.. berbaloi2 engkau... untung de privallge kad... hihi.. bulan depan leh shopping lagi...kihkihkih.. 

Lepas shopping, makan kat Nyonya Valley belakang bangunan Mydin... hmmm... sedap juga.. harga standard la. tapi mmg kenyang... kami makan Nasi Goreng Nyonya Special harga RM13.90... hmmm.. mmg sedap... smpai kenyang tak hingat... hihi... 

Lepas makan... dah kul 6, balik la.. cukup lah seharian shopping je.. Alhamdulillah... mendapat suami yg memahami kehendak isteri satu rezeki dan anugerah Ilahi kan... hmmm.. so, hari ni, seharian lah aku akan siapkan PBS dengan jayanya.. insya-Allah akan ku cuba langsaikan hari ni juga... Moga Allah permudhkan, Faiqah dan PBS kena la bekerjasama...supaya siap cpat kerja ni.. 

Oklah.. aku nak smbung kerja rumah plak... sat g smbung online lagi... 


Pen off here~..wassalam...