Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan

29 Oktober 2018

Oktober 29, 2018

10 Produk Paling Laris di Shopee

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Produk Paling Laris di Shopee | Shopee jadi satu shopping mall yang terbesar di Malaysia sekarang ni.

Sampaikan icon Shopee warna oren tu budak 2 tahun pun kenal. Siap nyanyi lagi lagu Shopee shark tu... Hehe..

Macam-macam ada jual kat Shopee.. Tapi bagi yang nak mula menjual... Apa barang yang boleh dijual di Shopee dan ramai orang cari?

Ini antaranya yang MF boleh kongsikan... Antara produk yang terlaris dan sentiasa dicari orang di Shopee.

10 Produk Paling Laris di Shopee

10 Produk Paling Laris di Shopee


1. Fesyen

Tak payah kata orang, tapi MF sendiri suka cari segala jenis pakaian kat Shopee.

Kadang tengok kat Facebook, malas nak PM2 cari aje kat Shopee... Pasti ada punya. Sebab dropship pun dah mula buka 'kedai' online kat Shopee.

Jadi, memang senang membeli pakaian, kasut, tudung, handbag serta pakaian anak-anak kat Shopee.

2. Gadget.

Gadget juga menjadi barang yang paling dicari di Shopee. Jika dulu orang takut nak beli handphone secara online.. Tapi sebab perkembangan teknologi dan juga polisi Shopee yang menjaga hak pembeli, menjadikan orang yakin nak beli online di Shopee.

3. Produk kecantikan.

Mungkin sebab kebanyakan pengguna Shopee adalah wanita, produk kecantikan menjadi salah satu barang yang paling banyak di minati dan di cari.

Produk penjagaan muka serta kedai seperti Watson dan Guardian mula buka cawangan di Shopee.. Itulah orang lagi suka membeli online tanpa penat tenaga nak pergi kedai lagi.

4. Produk rumah tangga.

Shopee juga menjadi tempat ibu-ibu rumah tangga mencari barang yang digunakan sehari-hari untuk mengurus masalah rumah dan keluarga.

Contoh barang yang banyak dicari di Shopee adalah peralatan dapur dan alat kebersihan.

MF sendiri pernah beli mop dan rak pinggan di Shopee.

5. Produk kesihatan

Walaupun di kempen oleh para doktor di Facebook. Tapi sebab dah terbiasa kan masyarakat kita dengan supplements menjadikan produk kesihatan tetap laris di Shopee.

6. Produk makanan.

Tak semua produk makanan di jual di kebanyakan pasaraya. Jadi, Shopee lah paling senang nak cari produk makanan yang kita nak.

Contoh mudah. MF sendiri cari makanan baby kat Shopee sebab kat kedai baby biasa tak de jual dan tak banyak pilihan.

7. Produk mainan anak.

Banyak pilihan dengan harga yang murah dari pasaran. Mainan Kanak-Kanak antara yang terlaris di Shopee.

Sebab kuasa membeli tu dalam kalangan Mak-mak, jadi barangan yang berkaitan dengan anak pasti laris kat Shopee.

8. Alat-alat elektronik.

Produk elektronik yang kadang susah kita nak dapatkan di kedai biasa. Jadi Shopee adalah pilihan terbaik untuk cari alatan elektrik dan elektronik.

9. Produk game dan komputer.

Jangan tak tahu, produk yang berkaitan teknologi dan komputer amat diminati dan dicari orang.

Macam baru-baru ni suami baru belikan kad game zaman dulu-dulu... Sebab minatnya nak main game Mario punya pasal. Haha...

10. Aksesori kereta

Orang lelaki pun dah pandai beli online sekarang. Suami MF antaranya.

Segala barang kereta dia beli kat Shopee je.. Dari segala barang spare part dan aksesori dia cari kat Shopee je.

Sebenarnya, banyak lagi produk lain dijual di Shopee... Tak mampu nak senaraikan.

Tapi apa sahaja yang terlintas korang rasa nak cari dan beli... Cubalah cari di Shopee. Sebab kebanyakan apa yang kita rasa nak beli. Akan ada jual.

Apa pun.. Moga entry ni beri peluang rezeki untuk yang nak mula menjual di Shopee.

Jom la support sikit kedai Shopee kami.. Follow sini:

https://shopee.com.my/abi_firdzaus

Terima kasih atas support korang.. Moga Allah memberkati.

05 September 2018

September 05, 2018

Senang Je Nak Jual Barang di Shopee

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Senang Je Nak Jual Barang di Shopee | Dulu join Shopee hanya untuk membeli.. Tapi bila tau kat Shopee boleh jual barang MF jual barang di Shopee. 


Barang pertama MF jual ialah ink printer Epson. Banyak tak guna sebab MF dan suami beli printer tapi guna ink untuk print baju... Jadi, ink yang dapat masa beli ink tu tak digunakan la..


So, dari terbiar baik jual.

Masa mula jual tu tak tau pun prosedur kat Shopee... Belasah je orang kata... 


Follow je flow yang dia bagi... 

Mudah je rupanya nak jual barang kat Shopee...

Bagi yang dah ada akaun... Ada dua side kan.. Kiri buyer, kanan seller... Klik kat bahagian seller... 


Lepas tu klik je kat Add New Product... 


Lepas tu korang pilih lah produk yang nak dijual sama ada dari camera, photo atau Instagram. 

Lepas pilih dia terus je masuk... 


Lepas tu isi pula maklumat produk sampai lah ke proses pos... 



Kalau korang nak jual barang preloved... Tukar kat condition tu.. Klik Used. 


Lepas isi semua.. Klik kat simbol right kat belah kanan atas.  

Bila klik tu terus akan keluar simbol untuk kita share terus batang kita jual tu.. 

Share lah kat mana yang kita rasa nak share... 


Pastu korang boost je post produk tu hari-hari... 


Sebab tu kat kategori kena pilih betul-betul... 


Bila orang beli, Shopee akan bagi notifications... 


Kita settle order... Masukkan no tracking... Dan duit tu kita tak dapat terus... 


Shopee akan masukkan duit kat wallet kita bila pembeli sahkan terima barang. Selagi dia tak sahkan.. Kita tak dapat la duit.. 


Alhamdulillah.. Seronok menjual kat Shopee... 


Ramai orang dah guna Shopee sekarang ni kan.. Jadi, geng jual barang mesti cuba jual kat sini... Ada yang jadi agen dropship je pun boleh dapat income mudah di Shopee.. 


Nak menjual di Shopee lebih mudah la dari di Lazada... Lazada banyak term... Kena ada nombor company bagai la juga... 


Nak senang di Shopee lah.. Dan ramai orang percaya kat Shopee kan sekarang... Sebab dia jaga dua pihak... Jadi, tu buatkan ramai pilih beli online di Shopee... 


Try lah jual produk di Shopee... Senang... Tak payah nak PM, PM lagi... Hehe.. Habis sangat chat je kat Shopee tanpa WhatsApp.. Kan senang tu... 

31 Julai 2018

Julai 31, 2018

3 Tips Mudah Beli Pakaian Secara Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Tips Mudah Beli Pakaian Secara Online | Siapa suka shopping online? Mestilah suka kan sebab senang, jimat dan mudah. MF pun suka..

Apa yang tak pernah dibeli... semua online aje... Lazada dan shopee sentiasa menemani terutama pabila gaji.

Kalau produk biasa-biasa, kita boleh beli dengan mudah... Tapi kalau bab fesyen kena cerewet sikit.

Contoh kalau nak beli baju atau pakaian tak kisahlah baju kurung ke, tshirt ke, blouse atau pun seluar.

Bukan apa takut tak kena dengan citarasa pula, takut terkecil, terbesar dan macam-macam rasa.

Setakat ni, MF tak pernah tersalah beli lagi pakaian ... semuanya ngam dengan saiz badan dan menepati citarasa.

Senang je nak beli pakaian online kalau korang ikut tips ni.

3 Tips Mudah Beli Pakaian Secara Online


3 Tips Mudah Beli Pakaian Secara Online

1. Pastikan Jenis Kain.

Bagi pembelian pakaian, perlu pastikan jenis kain, contohnya: lycra, cotton, crepe dll.. Tanyakan kepada penjual jenis kain atau cuba google untuk lebih mengenali jenis-jenis kain tersebut. Yang paling penting adalah ciri-ciri kain tersebut seperti sejuk, lembut, serap peluh, selesa dipakai dan sebagainya.

Kalau untuk bayi yang berkulit sensitif kena tahu jenis kain yang sesuai. Contohnya kalau cotton tshirt ada jenis tebal nipis iaitu dinilai dengan "GSM", ada 160gsm, ada 180gsm dan sebagainya. 

Bagi Muslimah sudah pasti ciri-ciri syariat diutamakan seperti labuh, longgar, tidak jarang, tidak ketat. Pakaian haruslah dipakai mengikut fungsi & tempatnya.


2. Tentukan Ukuran dan Saiz

Korang perlu pastikan saiz yang tepat. Lihat carta saiz yang disediakan sama ada dalam inci ataupun cm. Walaupun dinyatakan saiz standard XS, S, M....XXL, tapi perlu juga menyemak ukurannya kerana setiap jenama, ukurannya agak berbeza walaupun saiz yang sama. Ada juga jenama yang sama tetapi ukuran sedikit berbeza kerana design yang berbeza. Rujuk peniaga untuk membantu membuat pilihan saiz yang tepat.

Kalau MF, ambil ukuran saiz bahu je... sebab kebanyakan baju MF akan beli potongan A, lebar ke bawah, jadi, ukuran bahu dah cukup untuk tentukan saiz yang tepat bagi MF.


Boleh Tukar Saiz Jika Salah Beli

Sebagai pembeli kita berhak mendapat penukaran semula pakaian yang kita beli. Tetapi ini bergantung kepada stok dan terma & syarat dari penjual/pembekal. Jadi sebelum beli, perlu pastikan samaada ia boleh ditukar jika tersalah saiz atau tidak.


Cara mengambil ukuran badan anda :


Bahu : ukur dari bahu kanan-kiri @ sebaliknya

Dada (bust) : Ukur lilit dada  dengan meletakkan tali pengukur di tengah-tengah (fullest area of your bust) .Tarik nafas dan hembuskan, barulah ambil ukuran.

Pinggang (waist) : ukur lilit kawasan pinggang tanpa bertindih dengan kain, tali pinggang dan lain-lain.

Paha (hips) : ukur lilit paha (fullest point) secara berdiri,  anggaran 7 inci di bawah pinggang.


3. Tentukan Cutting/Design Pakaian

Tanyakan cutting baju yang hendak dibeli. Ada yang kecil, ada yang besar walaupun telah pilih saiz yang biasa kita pakai. Ia bergantung pada jenis kain dan design, straight-cut, A-cut.

Kalau tak pasti, dicadangkan ambil saiz yang besar sedikit. Masih boleh dipakai jika mengandung, bertambah berat badan atau boleh di''alter'' jika ingin kelihatan terletak pada badan.

Jadi, tak susah pun nak beli baju secara online...

Cuma kadang pembeli sendiri tak baca detail produk dengan teliti...
Dah tu bila tak mencapai kehendak, mulalah viralkan dan hentam penjual...

Bab beli online kena teliti, baru puas hati dan tak salah.
MF kadang sampai seminggu baru putuskan nak beli ke tak... sebab cari seller, banding harga dan tengok review dan testimonial.

Sebab tu kadang orang suka lagi beli offline terus dari kedai... Tapi bagi MF yang anak berderet ni, beli online lebih memudahkan. 

27 Julai 2018

Julai 27, 2018

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop | Alhamdulillah.. Rezeki lebih sikit bulan ni... Nak reward sikit untuk dapur sendiri...

Go Shop dan Wowshop ni kalau sesekali tengok pasti ada yang terbekenan punya...

Seminggu sebelum gaji, tertengok channel Go Shop... Tayangan pasal rak pinggan. Eh, rak pinggan pun masuk TV ke...

Tapi, teruskan je tengok... Adehh.. Macam terbekenan la pula... Sebab design dia besar dan cantik... Warna hijau plak tu, match betul dengan warna dapur...

Niat hati, simpan la dulu sampai ada rezeki lebih kan.. Alhamdulillah... Nak jadi rezeki kan.. Lepas je gaji, terus open Go Shop... Haha..

Terus order la tunggu lagi kan...

Order Khamis, hari Isnin depannya baru sampai... Kira 3 hari bekerja la gitu kan.. Tapi rasa lama sebab campur Sabtu Ahad tu... Sapa suruh order dekat weekend kan..

Tips Membeli di Go Shop

Pengalaman kami beli dari Go Shop, elakkan beli bayar terus, buat secara COD, insha Allah cepat dari korang terus pembayaran...

Sebab pernah beli barang dari Go Shop, bayar siap la kan ingat cepat.. Sekali lepas 2 minggu tak sampai-sampai... Geram betul... Sampai buat aduan barulah sampai.. Dekat 3 minggu juga. Sejak tu tak beli dah dengan terus pembayaran... Buat COD je.. Dia nak duit kan.. Kena la hantar cepat kan.. Haha..

OK.. Back to our topic...

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

Elok sampai je, terus la pasang... Memang syok betul...

Sebab...

Kuat dan besar

Besar... Luas...

Walaupun plastik tapi kukuh...
Dan pastinya tak berkarat  la kan...

Saluran Air Automatic 

Best juga sebab ada salur air automatic... Tak payah nak tarik dulu tadah air tuang dalam sink...
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

Rekaan memang cantik...

Memang terus kemas dapur MF tau... Tak serabut dah... Kalau tak sampai ke tepi-tepi tu bersepah dengan periuk segala bagai...

Pernah la pecah 2 3 pinggan dan mangkuk sebab tak muat, asak juga letak kan...

Alhamdulillah dengan rak pinggan Kloken ni takde dah masalah tu...

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

Memang besar dan puas hati...
Dapur pun sentiasa kemas...

Dan semangat nak basuh pinggan tu ada lepas ada rak pinggan cun macam ni...

Berbaloi

Harganya RM109, tapi lepas guna kod promo Go Shop iaitu Taxholiday, dapat diskaun 10%... Jadi harga tak sampai RM100.

Puas hati la... Dari beli yang besi kan... Yang ni confirm dah tak kan berkarat... Nak cuci dan tanggalkan pun senang... Main klip je.. Kakinya pun ada getah jadi tak kan bergerak...

Dapat Hadiah Percuma

Yang best ada free Gift lagi... 2 pan dan 1 spatula dan juga fleksibel penapis...

Biasa Wowshop banyak hadiah, tapi yang ni Go Shop pun bagi hadiah banyak.

Memang penuh dapur.. Haha..
So, ni antara produk Go Shop yang MF puas hati...

Korang yang tengah mencari rak pinggan tu, memang boleh beli sangat rak pinggan macam ni.. Berbaloi beli...

09 Jun 2018

Jun 09, 2018

Menyesal Masuk Mr. D.I.Y

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Menyesal Masuk Mr. D.I.Y | Serius... Serik.. Masuk Mr. D.I.Y... Insaf beb...

Menyesal Masuk Mr. D.I.Y 

Sebab bila masuk je tak ingat jalan keluar... 😂😂😂

Mr. D.I.Y ni ibarat kedai RM2 juga... Dah masuk tu payah betul nak keluar.

Macam tadi, ingat nak beli kasut raya kat anak-anak... Lalu depan Mr. D.I.Y ni... Cakap suami... Jom la singgah tengok kejap... Hehe.. Suami ikut je la kan...

Sekali dah masuk... Depan pintu tu baik punya peralatan dapur...

Mulalah rambang mata...

Lepas tu pergi bahagian buat kuih...
Hadoii... Hajat hati nak capai semua..

Tapi kawal nafsu oiii... Bajet nak raya tu.. 🤣🤣🤣

Akhirnya, ronda separuh je.. Dapat la grab banyak barang juga...

Menyesal Masuk Mr. D.I.Y 

Habis RM50 la juga...

Nasib suami kata... Cukup lah... Tak larat dah nak control bebudak ni...

Separuh je ronda.. Tak habis pun...

Bahaya betul masuk Mr. D.I.Y ni.. 😂😂😂

Menyesal betul masuk Mr D.I.Y ... Haha...

Tapi walaupun sekadar shopping di Mr. D.I.Y je.. Dah cukup menggembirakan hati para isteri kan...

Setuju tak para isteri sekalian??? 😁😁😁

05 April 2018

April 05, 2018

Jimat Banyak Beli Barang Anak Secara Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jimat Banyak Beli Barang Anak Secara Online | Beli online dah sebati dengan diri ini... Jadi, bila ada sale memang tak kan lepaskan peluang.

Baru-baru ni Lazada buat sale sempena Baby Fair... Kebetulan pula masa tu Diapers anak hampir habis dan kat kedai yang selalu dok beli tu pun kehabisan stok. Ntah bila dia nak restock pun tak tau. Jadi, suami kata beli online la.. Laju je buka Lazada sebab tau ada Sale barangan baby..

Mencari lah Diapers jenama Genki..  Sebab Diapers tu hampir setanding dengan diapers jenama Mamypoko...

Shopping barang baby online


Alhamdulillah... Saiz yang dikehendaki ada sale... 3 bungkus pek besar saiz L50 baru RM89.90. Harga biasa dok beli kat kedai pun RM30.90.. Kalau darab 3 dah RM90 lebih dah. Jadi, harga tu murah sangat dah.

Nak lebih murah MF cari lagi kod diskaun di Google untuk dapatkan lebih penjimatan. Cari-cari, dapat satu kod diskaun RM10. Dapat lagi potongan harga RM10. Jumlah bayar hanya RM79.90. Murah sangat dah tu dari harga biasa.

Memang jimat banyak beli online bila ada sale begini... Cari yang free postage lagi jimat. Kalau Lazada memang biasa MF akan cari kod diskaun. Cuba satu persatu sampai dapat...

Susu anak pun MF beli kat Lazada juga. Yang ni beli sebab dapat kod diskaun dari Anmun Club. Rugi kalau tak guna... Sebab dapat jimat banyak juga. Biasa harga susu Anmum 1 tin besar 1.6kg harganya dalam lingkungan harga RM86 hingga RM90. dapat kod diskaun tu dapat la harga bawah RM80.

Cuma kecewa sikit bila tin tu kemek teruk bila sampai... Ni semua angkara pos laju Johor atau Kulai la punya kerja.  Ntah dia pijak ke apa barang tu... Sebab seller siap wrap tin susu tu dan buh plastik angin lagi dalam kotak... Nasib tak pecah je tin tu.

Beli online


Apa pun, isu ni akan dipanjangkan kat Lazada nanti... MF nak cadangkan kepada online seller ni... Buat macam nile.com. Pembeli boleh pilih jenis courier yang di orang nak guna... Asalkan courier tu dekat dengan pembeli dan pengguna... Kiranya dua-dua pihak senang nak pos dan nak terima barang. Jadi mudah.. Tak kan berlaku isu macam ni lagi kan.

Apa pun, MF memang suka beli online... Perkara macam tu tak menjadikan MF serik nak beli online pun... Sebab lebih jimat dan tak perlu nak penat buang tenaga cari barang. Tapi kalau barang tu ada je kat tempat tinggal MF ni, beli je la terus.. MF beli barang yang susah nak dapat dan harganya mahal dari biasa...

Kalau nak beli barang baby murah, boleh terjah Lazada dan Shopee yang memang tengah sale sekarang ni...

Sekian, 

04 Mac 2018

Mac 04, 2018

Jubah Dress RM16 di Nile.com.my

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jubah Dress RM16 di Nile.com.my | Nile.com.my, mungkin tak ramai yang tahu kewujudan webshop ini...

MF sendiri tau laman web ni untuk shopping pun sebab jadi blogger... Pernah join beberapa contest dari Nile beberapa tahu yang lepas.

Nile.com.my sama seperti Lazada dan Shopee.my juga... Cuma barangan di Nile.com.my ni tak banyak seperti dua mall online yang terkenal tu dan Nile ni takde applikasi...kena buka kat browser kalau nak membeli. Tapi seronok sebenarnya beli barang nile.com.my ni...

Yang MF suka beli barang di sini ialah pakaian... Harganya murah tapi berkualiti... Lama dah rasanya tak membeli di Nile.com.my ni. Tapi baru-baru ni boleh terjebak semula sebab dok lalu lalang beberapa kali iklannya di timeline Facebook.

Baru-baru ni Nile.com.my ada buat Flash Sale sempena Payday. Flash sale ni ada hari tertentu... Selama 3 hari yang Nile buat baru ni... 26 hingga 28 February. Ada barangan dengan harga rendah ikut hari yang tertentu.

Satu je yang betul membuat MF teruja sangat nak beli... Iaitu satu jubah dress jenama Haniya... Jubah ni mahal kalau harga biasa.. harga kat tempat lain cecah seratus lebih... Kat Nile.com.my dia jual RM79.90. Tapi, masa Flash Sale 28 February yang lalu, harga Jubah Dress Tu menjunam hingga ke RM16 Je sehelai...




Memang teruja habis la Kan... Mana nak dapat. Terus la Tanya suami... Dia pun bagi green light, kita pun apa lagi kan.. laju je tekan checkout...

Ni satu lagi MF suka dengan Nile.com.my ni... Kita boleh pilih jenis penghantaran yang kita nak dengan harga yang tertera... Untuk jubah yang MF beli ni, MF pilih delivery by GDex, sebab pos laju kat tempat MF problem... Tak laju dah... Cuma mahal sikit la... Apa pun harga juga tambah dengan kos pos tak cecah RM25 pun... Murah kan..

Jubah Dress RM16 di Nile.com.my


Jubah Dress RM16 di Nile.com.my

Alhamdulillah, lepas 2 hari order, terus terima barangnya dengan selamat. Apa lagi, kita try lah terus... Alhamdulillah.. memang terbaiklah... Memang betul .. ngam je ukuran yang diberi. . Kainnya pun sejuk je...



Jubah Dress RM16 di Nile.com.my

Senyum sampai telinga satu hari... Haha.. biasa kan orang perempuan... Bila dapat apa yang dia nak sangat tu, memang happy lah kan.. lagi happy bila suami belanja... Biarlah tak mahal mana pun kan...

Alhamdulillah, rezeki dapat grab jubah dengan harga murah.. inilah tips jimat untuk shopping online... Lepas dapat je beli,esok tengok semula, jubah dress haniya kembali ke harga asal RM79.90 dah.  Alhamdulillah... Memang nak jadi rezeki MF juga.. sebab kalau bukan rezeki kita, usaha macam mana pun tak kan dapat punya kan... Kalau nak jadi rezeki tu, Insha Allah dipermudahkan .. yang penting berserah kepada Dia.. kerana Dia Yang Maha Pemberi Rezeki... 

17 Januari 2018

Januari 17, 2018

5 Tips Jimat Bila Beli Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Tips Jimat Bila Beli Online | MF memang kaki shopping online... Setiap bulan ada aje la barang yang dibeli.

Sebab utama beli online sebab kawasan MF ni kira kawasan jauh dari bandar... Jarak lebih kurang 30km atau 45 minit kalau nak ke bandar... Dengan kos minyak mahal, MF lebih memilih untuk shopping online.

Apa yang MF beli setiap bulan? Apa sahaja yang rasa berkeperluan untuk dibeli. Bahkan jika ada barang anak-anak tengah sale MF akan beli. Sebab nak pergi mall cari, dengan anak kecil berderet confirm penat... Jadi, kenapa buang masa dan tenaga jika ada pilihan yang lebih baik.

Memandangkan MF ni memang pembeli online tegar la kata orang... MF nak kongsikan tips jimat bila beli online.

5 Tips Jimat Bila Beli Online

5 Tips Jimat Bila Beli Online

1. Beli waktu sale

Sekarang ni lazada, 11street, dan Shopee ada buat jualan mengejut.. Atau shocking sale. Kalau lazada dia guna istilah Flash sale.. Sama la tu konsepnya... Iaitu jualan barangan tertentu dengan tawaran harga yang paling murah. Biasanya barangan yang ditawarkan ada masa tertentu... Jadi rugi sangat kalau tak beli waktu tu.. Sebab harga memang jatuh menjunam.

2. Pilih yang ada free shipping

Ini selalu MF akan buat.. Cari barang dan filter untuk free shipping... Kalau boleh COD tanpa cas pun sangat baik. Kenapa free shipping? Sebab kos pos sekarang mahal... Mana-mana courier pun sama je kos dia.. Jadi, kalau dapat harga murah dengan free shipping jangan tak beli... Memang murah la tu.

3. Buat perbandingan harga

Beli online ni kena rajin jari sikit la... Rajin survey harga barang di beberapa laman web online.

Biasa sebelum membeli, MF akan survey di Lazada dan Shopee dulu... MF dah tak membeli di 11street selepas beberapa peristiwa yang mengecewakan.. Jadi, memang lupakan dan rasa serik pun ye juga.

Jadi lazada dan shopee je MF bandingkan. Mana yang lebih murah dan berbaloi beli.

4. Baca review

Ini sangat penting bila beli online.. Murah walaupun murah tetap kena cari review yang lebih baik. Pastikan dapatkan review lebih dari 3 bintang ke atas.

MF suka cari review pasal produk bukan pasal masalah penghantaran... Bab hantar lambat tu biasa sebab courier sekarang memang banyak je yang lambat. Tapi baca review pasal barang... Ok ke tidak... Tambahan kalau beli produk elektrik.. Wajib baca review... Sama juga dengan produk kosmetik... Review itu membantu untuk kita beli barang yang berkualiti dan harga lebih murah.

5. Cari kod voucher di website tertentu

Ini penting ni.. Cuba cari aje kod voucher diskaun untuk lebih jimat. Atau, boleh juga subscribe/langgan berita terkini dari website shopping ni melalui email. Diorang ni selalu hantar kod voucher diskaun dan kod promo melalui email bagi pelanggan yang langgan info dari diorang. Jadi, rugi kalau tak guna.

Itu antara tips yang boleh MF kongsikan. MF suka beli online.. Cuma sekarang ni rasa malas pula sebab syarikat penghantaran area rumah MF buat perangai.. Pos laju dah jadi pos lembab dah.. Kebanyakan dah makin slow dah hantar barang. Mungkin masalah kekurangan pekerja tu sebab jadi slow ni.. Kadang seminggu baru sampai... Tapi sebab jimat beli online.. Sabar aje menunggu barang. Asalkan jangan beli kalau urgent nak guna..

Semoga bermanfaat... 

05 November 2017

November 05, 2017

LANAFIRA : Butik Online Baju Muslimah Trendy dan Terkini

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


LANAFIRA : Butik Online Baju Muslimah Trendy dan Terkini | Wanita dan shopping baju tak dapat dipisahkan. Semua wanita memang suka shopping baju. Boleh dikatakan paling kurang dua atau tiga bulan sekali mesti shopping baju bajan kan.

Jika dulu, nak shopping mesti kena pergi Parkson, atau butik-butik di pasaraya yang besar, baru dapat beli baju muslimah terkini… Tapi zaman dah berubah.. Online sahaja.. tak perlu keluar peluh pun nak membeli belah baju muslimah terkini.

MF ni boleh dikatakan pembeli online tegar. Setiap bulan, bahkan setiap minggu ada sahaja barangan MF akan beli secara online. Bahkan kalau baju, tudung, jubah juga MF akan usha melalui website sahaja.

Tapi jangan tak tahu, ada satu website butik online ni, cukup lengkap… Semua baju, jubah, baju kurung moden, peplum, skaff ada disediakan dalam satu website. Butik online tersebut ialah butik LANAFIRA.


LANAFIRA : Butik Online Baju Muslimah Trendy dan Terkini

Lanafira ni satu butik pakaian muslimah secara online.. Pakaian yang dipaparkan dalam butik online tu, ada banyak pilihan. Boleh pilih aje yang mana berkenan. Ada jubah, ada baju kurung moden dan ada juga skirt dan tudung. Senang kata, tak perlu ke website lain dah.. satu butik online aje, dah lengkap semua dari kepala hingga ke kaki… Kan senang begitu.. Jimat masa, dan jimat juga kos pos.
Semua harga yang dipaparkan dalam butik online Lanafira juga berpatutan sesuatu dengan kualiti yang ada…

7 Sebab Kenapa Lanafira Menjadi Butik Online Pilihan

1. Design di Lanafira adalah EKSKLUSIF. 

Tiada restock ye, kalau habis tu habis lah… yang akan datang design terbaru la pula. Jadi kalau berkenan tu, cepat-cepatlah beli.


2. Material yang digunakan untuk baju-baju di Lanafira amat berkualiti dan sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Antaranya jubah dengan jenis kain  moss crepe yang sememangnya jenis kain yang sesuai dengan cuaca di Malaysia, tak panas, tak mudah kedut dan tidak jarang.

3. Tukang jahit baju-baju Lanafira adalah orang tempatan (Malaysia) yang berpengalaman. 

Jadi, sememangnya baju dan pakaian muslimah di butik online Lanafira adalah berkualiti jahitannya.


4. Baju-baju di Lanafira bukan di borong dari Vietnam, China mahupun India.

Ia rekaan eksklusif.  Jika kita lihat design dah tahu, baju di butik online Lanafira ni, takde dijual di pasaran luar. Designnya khas untuk butik Lanafira sahaja.

5. Harga baju di Lanafira amat berpatutan setanding kualiti kain dan designnya. 

Tak patut kalau ada yang bandingkan harga sebab harga yang ditawarkan memang standing dengan kualiti dan designnya yang ekslusif. Jadi, sepadan dengan harganya… Jika korang beli baju di Lanafira tak sama dengan butik lain.

6. Kebanyakkan design baju di Lanafira mesra wuduk dan nursing friendly.

Baju di butik online Lanafira ni memang memahami dan menyokong ibu yang menyusu… dan dah namanya pun baju muslimah, sebab itu, rekaan bajunya mesra wuduk dan memudahkan kita menunaikan ibadah wajib.

7. 100% bumiputera. 

Butik Muslimah Lanafira adalah milik bumiputera… dan sememangnya memahami kehendak wanita tempatan dalam berfesyen mengikut trend terkini untuk kelihatan cantik, anggun dan sopan.

Jadi tunggu apa lagi… Jom jamu mata di butik online Lanafira .. Korang boleh lihat pelbagai koleksi  baju muslimah terkini dan trendy.

Amacam? Jadi korang perlu pilih Lanafira sebagai salah satu tempat shopping pakaian Muslimah sekarang ni.

Maklumat lanjut:
Website :- www.lanafira.com
Instagram :- @lanafiraofficial
FB page :- www.facebook.com/lanafiraofficial
Tel :- 019-5231203

Boleh dapatkan tips fesyen terkini di :- https://www.lanafira.com/tips-yang-wajib-diketahui-sebelum-membeli-belah-melalui-butik-online/

21 Oktober 2017

Oktober 21, 2017

Memang Berhantu Aplikasi Shopee

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Memang Berhantu Aplikasi Shopee | Aplikasi paling berhantu dalam smartphone... Setiap hari, kalau boring, kat situlah tempat cuci mata, rehatkan minda... Aplikasi Shopee MY...

Jika dulu Lazada, tapi sejak kenal Shopee ni, jarang buka Lazada... sebab utama Shopee lagi murah dan mudah urusan shopping online.

Apa sahaja benda MF terpandang orang jual kat Facebook, MF segera buka Aplikasi Shopee untuk cari.. Biasanya memang harga lebih murah dari orang jual kat Facebook tau...

Bahkan lebih seronok, belian RM30 ke atas selalu aje dapat free pos... Di samping beli dapat kumpul point dan point tu boleh tebus untuk pembelian seterusnya.

MF memang selalu aje 'cuci mata' kat aplikasi Shopee MY ni setiap hari... ada sahaja yang berkenan terus aje masuk troli... Bila ada duit atau ada keperluan baru check out...  Setakat ni saja lebih 100 barang dok dalam troli... haha... Nak bayar, ntah ke bila.. Nak check out semua mau makan ribu ringgit juga tu...

Shopee Malaysia


Macam-macam dah shopping kat Shopee ni... Suami MF pun dah terjebak... Dia beli barang kereta pun kat Shopee MY ni haa... sebab harga yang murah.


Lagi best kat Shopee ni, bila jual Shocking Sale, memang harga runtuh betul lah... Pernah MF tengok beg tangan berjenama, dijual dengan harga RM9.50 sahaja.. Tak sempat nak beli dah habis jual dah... hehe...


Itulah MF kata, Aplikasi Shopee ni memang berhantu, kalau tak tahan nafsu, memang habis duit... Tapi MF masih boleh dikawal lagi.. Beli mana yang perlu aje... Kalau tidak memang habis lahh...


MF sendiri ada juga jual beberapa barangan di Shopee MY ni tau... Boleh lah ke kedai kami di link ini: shopee.com.my/mariafirdz


Kelebihan Shopee MY ni, mudah untuk tanya barang kita nak terus kepada Seller.. Bahkan mudah nak tuntut bayaran balik jika barang tak sampai pada masa yang diberikan... Setakat ni takde masalah nak dapatkan wang semula, kalau barang tak sampai... Bahkan kes barang MF sampai kat orang lain tu pun, seller tu bayar balik duit... Kalau kat website lain, memang terbang gitu aje la duit kan.. Tapi kat shopee dapat balik duit... Alhamdulillah...


Shopee ni lebih seronok guna aplikasi sebab lebih mudah nak bayar, nak chat dan sebagainya ... Jadi, tak rugi download, asalkan pandai kawal nafsu... hehe... 

03 Oktober 2017

Oktober 03, 2017

Baju Kurung Melissa dari SweetMuslimah Bakal Dilancarkan Esok!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Baju Kurung Melissa dari SweetMuslimah Bakal Dilancarkan Esok! | Belum reda baju kurung terbaru yang pernah MF ceritakan di >>>Entry INI<<<, SweetMuslimah tampil lagi dengan koleksi baju kurung trendy dan terbaru yang semestinya sweet bila dipakai.

Baju kurung ini bakal dilancarkan pada hari Rabu 4 OKTOBER 2017...

Jom, cuci mata tengok apa yang best dengan baju kurung terkini yang digelar #MELLISA ini...








Ni sebahagian sahaja MF paparkan... Nak tengok koleksi warna dan size yang ada, klik https://goo.gl/Sccq2M

Ini sebab Kenapa Wanita Wajib Miliki Kurung #MELISSA dari SweetMuslimah

(+) KOREAN LYCRA. Quality very high recommended untuk wanita yang sukakan kain exklusif. Mellisa ini confirm membuatkan rakan-rakan korang pandang berkali-kali! En Suami? Pasti pandang tak berkelip mata.
.
(+) THE SLIMMY CUT. Effect “SLIMMY” cut di hadapan baju dan corak menarik di side baju korang.  Confirm En Suamy teringat korang setiap masa!
.
(+) THE TENTOPS. 10 pilihan warna segar yang paling meletops! Warna-warna ini bakal 'meltingkan' hati En Suami. Nak Mahogany? Fuschia? Zaffre? Semua top colour ada! Pilih aje nk tackle hati En Suami dengan warna apa..
.
(+) INSTANT KURONG. Menariknya! Mesti korang tercari-cari konsep baju kurung paling laju nak siap tapi yang simple but look EXCLUSIVE! Iye, tipulah kalau korg tak tergoda lepas ni. Sarung jer, tarraa..dah siap
.
(+) IRONLESS. Don't worry sis! Kurung MELLISA ni IRONLESS, maksudnya tak perlu iron. Dalam masa beberapa saat je sis dah kelihatan SUPER ANGGUN. Of course, En Suami sure suka sebab jimat masa nak bersiap!
.
SWEET MUSLIMAH nak bagi MELLISA OFFER ni.. Sangat LIMITED, hanya untuk yang betul-betul PANTAS & AWAL je... Maknanya, keluaran untuk baju kurung ni terhad ... Tak banyak stok... Jadi, yang terawal je dapat baju kurung ni...
.
#MELLISA akan officially launch pada:

Hari: RABU 4 OCTOBER 2017
Waktu: 10 pagi
Tempat: Website Sweet Muslimah

Sila buat tempahan segera di link ini:

https://goo.gl/Sccq2M
https://goo.gl/Sccq2M
https://goo.gl/Sccq2M

Offer harga termasuk kos pos laju...

+ Kelebihan lain baju kurung #MELLISA:

✔ Lembut & Sejuk di badan, material yg digunakan adalah Premium Grade Korean Lycra
✔ Wudhu Friendly, ada 1 butang kat hujung lengan
✔ Nursing Friendly, ada 3 butang di dada
✔ Bentuk Pungung terlindung sebab baju cutting kembang
✔ Jalan dan Duduk nampak gorjes jer dgn Skirt A Cut
✔ Skirt sangat selesa sebab getah sepenuhnya di pinggang, getah dijahit mantap dan kemas
✔ 7 hari Tempoh untuk penukaran Saiz (Jika tidak sepadan)
✔ Sangat-sangat selesa dan sedap dipakai, sesuai untuk ke office, wedding & event
✔ 100% Jaminan kepuasan

>> "Order Disini!" untuk buat pesanan.

Selain tu, SweetMuslimah ada membuat Clearance Sales.
Rugi sangat jika tidak mendapatkannya.
Klik jer link ni dan buat pesanan >>>DI SINI<<<

01 Oktober 2017

Oktober 01, 2017

Pos Laju Hantar Kepada Orang Yang Salah, Tapi Orang Tu Pula Terima Bukan Barang Dia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pos Laju Hantar Kepada Orang Yang Salah, Tapi Orang Tu Pula Terima Bukan Barang Dia | Pertama kali terjadi kat diri sendiri.. Sebelum ni terjadi kat orang je... Pernah terbaca pasal kisah Blogger Mamajue yang kena kes sebegini...

Kes, pos laju salah hantar ke alamat yang salah... Sudahnya orang tu pun terima dan tak pulangkan barang yang diterima.

Akhirnya terjadi kat MF pula kali ni... Pertama kali terjadi...

MF beli barang kat Shoppe... Tak mahal mana, tapi tetap duit kan...

Hari Jumaat lepas dapat notification dari Shoppe... Adakah pesanan diterima... Untuk sahkan pesanan diterima..

Bila lihat history penghantaran pos laju... Barang MF dah diterima.. Tapi nama penerima Fazilah...




Ah... Sudah.. Fazilah mana pula... Dah-sah alamat rumah MF ni takde orang nama tu... Rasa geram menyelubungi..

Geram dengan pos laju pun ye... Tapi bertambah geram dengan penerima barang tu...

Dah tentu bukan atas nama dan alamat ko, kenapa terima...

Pengalaman MF selama dok beli barang online ni, Posmen atau pos laju akan tanya dulu nama... Kita sendiri pun akan semak nama dan alamat sebelum sign barang yang diterima kan... Dan pengalaman sendiri memang pernah pos laju hantar ke alamat yang salah.. Tapi kami beritahu dan tak terima barang tu.

Penerima pun, kalau dah sah tu bukan barang ko kan... Kenapa terima kan... Sanggup pula terima barang yang bukan barang ko kan... Guna lah barang haram tu... Memang tak ku halalkan... Maaf cakap...

Lepas tahu tu, terus report kat shoppe untuk minta pulangkan semula bayaran... Sebab nak contect pos laju bukan main susah lagi...

Tak tahu la sekarang... Sama ada penjual terima atau tidak permohonan tu, tapi setakat ni masih krik krik lagi...

Tapi, andai MF jadi penjual tu MF refund je balik ikut permintaan pelanggan... Biar rugi sedikit asalkan tak rugi berpanjangan...


Inilah risiko beli dan jual online... Nak kata camne kan... Harap dapat la refund tu semula...

Apa pun ini tak kan serik kan MF untuk terus beli online... Tambah pula kat shoppe... Sebab harga murah dan selama ni pun memang servis terbaik.. Cuma yang ni je kesalahan pos laju... Jadi macam ni...

Siapa pernah alami macam ni? Apa tindakan korang ye... Tuntut ganti rugi Kat pos laju atau bagaimana...

Redha dan anggap itu bukan rezeki tapi dalam masa yang sama harapkan tindakan selanjutnya dari pihak penjual juga... Nak tuntut Kat pos laju pun ye juga..  Moga dipermudahkan segalanya.... 

12 Februari 2017

Februari 12, 2017

Bila Suami Pandai Shopping Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bila Suami Pandai Shopping Online | Satu kisah di mana si suami yang dari tak pernah kenal dunia Online... Akhirnya terjebak dengan shopping online....

Kisah bermula apabila si isteri yang mula Shopping Online sejak aktifkan perbankan Internet... Kemudian Si suami mula mengikuti jejak langkah isteri apabila melihat isterinya mudah uruskan kewangan dan pembayaran bil bulanan.

Minat Shopping online si suami ini semakin bertambah bila dia juga buat perniagaan sampingan secara Online...

Bila semakin bertambah ahli keluarga membuatkan si suami ni lagi asyik Shopping Online.. Hinggakan setiap minggu ada sahaja barang Online yang dibelinya...

Tapi minat itu masih dalam kawalan... Si isterinya tidak pula menghalang minat kerana ada sahaja barang kejutan yang si suami belikan kepada si isteri...


Terbaru.... Si isteri menerima set beg galas 3 in 1 dari Lazada.... Ini sebab si isteri pernah merungut penat galas beg tangan kerana Macam-macam barang dibawa selepas beranak 3...

Begitulah kisah hidup suami isteri dan keluarga yang suka Shopping Online ini..

Moralnya... Shopping online itu tak salah.  Malah memudahkan... Asalkan tahu batas dan kemampuan yang ada... Beli ikut keperluan bukan kehendak...


P/s: Kisah dan watak dalam cerita ini terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu...  Hehe...  Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati...

14 Januari 2017

Januari 14, 2017

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Salah satu laman web shopping baju bajan yang MF suka ialah nile.com.my... pernah beli dari situ dan memang ternyata berpuas hati... Dan bila tahun ada Giveaway dari nile.com.my sempena Tahun Baru Cina, memang tak lepaskan peluang untuk join bila ada masa yang lapang. Menang kalah lain kira... yang penting join...

Jadi, moh la kita join...

Syaratnya pun mudah je...

1. Buat entry tajuk
2. Link kan banner di bawah dengan link ini: http://www.nile.com.my/page.php?cd=120


3. Lepas tu pilih 5 barang yang berkenan di hati sempena promosi Tahun Baru Cina.. Ini 5 barang yang MF berkenan di nile.com.my sempena Chinese New Year Megasales.

1. Sandal... Lama tak pakai sandal macam ni... zaman anak dara suka sandal macam ni... Ni jumpa patern yang memang cantik dengan harga super duper murah... memang berkenan sangat la ni... 

Product: High-Heel Sandal
CNY2017 Sales price: RM17.90
Date: 13/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only

2. Seluar Jeans untuk en.somi... dah lama dia tak pakai seluar jeans baru.. bila terpandang sales ni... terus teruja kot... design yang straight cut dengan harga yang memang murah giler ni.. memang terus pilih ini salah satu barang yang MF nak beli sempena Chinese New Year Megasales.

Product: Men Jeans
CNY2017 Sales price: RM16.90
Date: 16/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 240 units only

3. Storage box. Nile ni memang macam tahu-tahu MF tengah mencari storage box macam ni sebab nak kemas stok dan baju-baju lama... Bila ada offer macam ni... siapa nak lepas peluang ye tak... 

Product: Storage Box
CNY2017 Sales price: RM19.90
Date: 19/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only

4. Cardigan.. Ini pun barang yang memang dalam list item MF memang nak beli sebenarnya... bila tengok harga cardigan ni.. terus la teruja nak beli... cantik menarik sangat harga dan design tu..

Product: Cardigan
CNY2017 Sales price: RM24.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 96 units only


5. Handbag. Macam tahu-tahu handbag MF dah putus tali... tengok warna dan design handbag ni... rasa macam nak beli sekarang je... Harga pun memang murah sangat... kalau kedai offline tak dapat harga ni kot... 
Product: Woman bag
CNY2017 Sales price: RM29.90
Date: 23/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 450 units only

Itulah 5 barangan yang telah MF pilih dan berkenan di hati untuk dimiliki sempena Chinese New Year Megasales ini...


Langkah seterusnya... lepas pilih 5 item... email kan terus kepada give_away@nile.com.my beserta dengan detail dan tajuk :

Chinese New Year Megasales Giveaway

Link blog :
Nama Penuh :
No. Telefon :

Tarikh tutup untuk giveaway ni adalah pada :  26/01/2017 , 11.59 pm


Cepat JOIN jangan tangguh lagi... 

24 Julai 2016

Julai 24, 2016

Mudahnya Ada Farmasi Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mudahnya bila ada farmasi online | Selama ni tak tahu ada farmasi online... mencari juga... tapi setakat yang tahu kat Lazada tu ada lah jual beberapa jenis ubat atau supplement yang popular... Tapi supplement yang MF cari takde pula... 

Dah lama mencari Pil Kalsium jenama Appeton ni... Pil Kalsium ni yang serasi dengan badan. Kalau kat KL dulu, memang beli terus sahaja kat Farmasi Kesuma, di Gombak. Satu-satunya Farmasi yang jual pil kalsium ni area gombak... sebab dok cari tak jumpa pula. Bila berpindah ke Johor, alahai... takde pula jenama ni... Puas juga mencari... 

Salah satu sebab kekal dengan pil kalsium ni, sebab lebih yakin kerana adanya sah halal dari JAKIM... memang MF semak sendiri di laman web JAKIM... Ada beberapa jenama je yang halal... yang lain takde pula halal JAKIM.. daripada was-was, baik tak payah kan... 

Sebabkan perlu juga dengan pil kalsium ni... sebab suami MF selalu gak sakit belakang, punca dia pernah jatuh dan tulang retak... dan MF pula kalsium tak mencukupi walaupun minum susu, jadi, cari juga online... MF semak dulu pil kalsium yang ada halal JAKIM... Hanya jenama Appeton dan jenama Flavettes je yang halal.. Jenama lain tak pernah mencuba, cuma dua jenama tu yang agak pernah dilihat kan...   Jadinya, carilah kat LAZADA dengan harapan ada jual kat LAZADA... 


Dalam dok belek-belek, ada pula jenama Appeton... Tengah diskaun pula tuh... Alhamdulillah.. nak jadi rezeki kan... terus order dua botol... Selepas buat pembayaran, rupanya dijual oleh Farmasi Caring... Tak pernah tahu pula farmasi Caring ada buat jualan online...atau e-shop.. Tapi dah beli melalui Lazada la kali pertama ni... Ok je.. 2 hari sampai ke rumah barangnya... Lazada pun ok je... takde masalah setakat ni... Alhamdulillah.. 

Sekali tengok terus website dan e-shop Farmasi Caring... Tengok cawangan area Johor, jauh pula dengan kawasan rumah kami... Jadi baik beli online je... Insha Allah lepas ni dah tahu la mana boleh dapatkan ubatan dan supplement di Farmasi... Online sahaja terus dari Farmasi Caring. 

Sejak dok Johor ni, kawasan perumahan kami agak jauh dari Bandar walaupun nama bandar... Tapi agak ulu dan jauh di tengah hutan kelapa sawit... Kawasan felda kan... Bila camtu, pilihan yang ada ialah beli online... sebab rasa tak berbaloi nak ke pekan atau bandar semata-mata nak cari satu barang je kan...lainlah waktu jenjalan tu singgah kan...

Syukur juga, khidmat Pos Laju, Gdex, Skynet dan juga City Link di kawasan perumahan kami ni mudah dan cepat... Alhamdulillah... takde masalah bab penghantaran... cepat dan mudah... Jadi, memang syok shopping online... sampai en.somi pun terjebak sekali... hehe... 

Lepas ni, kalau sesiapa yang jauh dari farmasi, boleh guna Farmasi Caring Online di laman web ini... 
http://estore.caring2u.com untuk buat beli ubat atau supplement secara online sahaja.

06 Januari 2016

Januari 06, 2016

Membeli Belah di Butik Muslimah Online!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Penggunaan teknologi moden kini semakin meluas dan ianya dapat dilihat sedang berlaku dan akan terus berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Kalau dahulu jika hendak beli sesuatu kita perlu keluar, walaupun kadang-kala terpaksa, untuk dapatkan apa yang dimahukan. Namun kini keadaan sudah berubah sama sekali. Kita boleh beli hanya dari rumah sahaja dengan cukup selesa tanpa perlu keluar pun. Hebat bukan?
Industri fesyen tempatan berjaya menggunakan kelebihan ini dengan mewujudkan peluang untuk shopping fashion item secara online melalui butik fesyen online Malaysia. Peluang ini terus digunakan pula oleh para pencinta fesyen dengan mendapatkan produk fesyen kegemaran mereka secara atas talian.



Perkembangan trend fesyen terkini Muslimah telah memperlihatkan kemunculan lebih banyak koleksi pakaian Muslimah dalam pasaran. Ini adalah satu perubahan yang cukup positif selepas dunia fesyen tempatan dimonopoli oleh koleksi pakaian wanita terkini yang lebih moden.


Kepelbagaian budaya memperlihatkan banyak cabang gaya hidup wujud seperti daripada segi makanan, pakaian tradisional dan adab. Inilah yang membuatkan Malaysia cukup dikenali di seluruh dunia. Dengan hanya melawat Malaysia mereka dapat menikmati pelbagai perkara menarik yang setiap satunya membezakan satu kaum daripada kaum yang lain.

Pakaian tradisional sebagai contoh adalah antara perkara yang paling jelas sekali membezakan kita semua. Setiap satu  jenis traditional wear ini memerlihatkan ciri-ciri budaya masing-masing. Namun dalam banyak-banyak daripadanya yang paling popular sekali ialah pakaian tradisional Melayu. Wanita seperti biasa mempunyai lebih banyak pilihan seperti baju kurung, baju kebaya, jubah dan baju kurung peplum.

Baju kurung boleh dikatakan sebagai pakaian Muslimah yang paling popular kerana menjadi pilihan dalam kalangan wanita di Malaysia. Ianya amat cantik untuk digayakan ke mana-mana sahaja. Malah sifatnya yang versatile memberikan anda ruang untuk memakainya pada bila-bila masa yang anda mahu. Ianya adalah antara produk wajib yang harus ada dalam sesebuah butik fesyen Muslimah. Layari butik Muslimah online untuk dapatkan lebih banyak info tentang koleksi pakaian Muslimah terkini!

Rambang mata dibuatnya bila lihat butik Muslimah online, takde hal lagi zaman moden ni nak berfesyen, geng suri rumah pun tak terkecuali nak  cantik bergaya lagi di rumah... Klik-klik, hujung jari, baju dah sampai depan pintu kan...

10 November 2015

November 10, 2015

Pengalaman Beli Set Komputer Dell di www.11street.my

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... Rezeki bisnes cetak baju kami mendapat sambutan... Sambutan menggalakkan dari saudara terdekat dan rakan-rakan... Jadi, lepas tiga bulan ada sedikit keuntungan kami plan nak beli sesuatu untuk nampakkan hasilnya tuh kan..

Jadi, lepas berbincang suami isteri, kami putuskan nak beli komputer desktop untuk mudahkan lagi kerja-kerja design dan mencetak untuk buat baju dan design cutting sticker.

Memula survey juga kat kedai komputer, tapi agak mahal... Satu hari, MF belek la komputer kat webshop baru yang lebih kurang macam Lazada tu... Namanya 11street.my.


Lepas belek-belek... Ada jenama yang kami minat nak beli yang sesuai untuk kerja design ni... Iaitu jenama Dell.

Harga asalnya RM15++.++ tapi lepas diskaun tinggal RM7++ je... Bila tengok detailnya... Dikira murah la... Desktop ni kira yang recond...bukan baru.... Tapi diperbaharui semula... Diinstall semula window, processor dan RAM nya...

Berkenan tu sebab dia guna Processor Intel iCore3 3.3GHz, memang laju dan bagus untuk kerja design nih... RAM tak besar mana la... 2GB sahaja... Tapi ok la kan.. Lepas bincang-bincang terus la order online...

Kami order hari Sabtu... Kiranya kedai tutup la kan waktu tu... So, hari Isnin tunggu... Dah petang baru pihak 11street email dan SMS tracking nombor iaitu mereka guna perkhidmatan GDEX.

Ok la... MF tak semak pun.. Tunggu je sampai hari Selasa... Sampai ke hari Selasa... Tak juga terima barang... Malamnya MF semak tracking, tapi tiada dalam sistem... Hati mula risau... Maunya tak kan... Tak pernah pun beli barang kat 11street ni... Tapi yakin beli tu sebab syarikat ni kira anak syarikat Celcom ... Tu beli je tuh...


Disebabkan risau tuh, MF terus emailkan kat pihak GDEX, pihak 11street dan pihak penjual tentang status tracking nih la.. Dah email malam, mana la nak disemakkan ...

Esoknya, hari Rabu baru pihak GDEX balas email yang barang tu memang takde dalam sistem dan mereka tak terima... Memandangkan MF sibuk dan suami sibuk masa tu kami ignore je dulu walaupun risau... Tak call pun...

Malam Rabu tu pasrah je... Kalau ada rezeki ada la kan... Lagi pun tempoh penghantaran dia maklumkan dalam masa 3-7 hari bekerja.. Jadi, relax la dulu kan... Kalau lepas 7 hari tak sampai baru kita buat kecoh kan..

Tu pun kira kecoh gak... Sebab MF bagitau je MF ni blogger... Ada unsur macam ugutan la juga... Haha... Saja je gempak kan... Nak bagi diorang buat kerja cepat kan.. Bisnes online kena cepat baru orang percaya tau..

Sekali pagi hari Khamis tu, suami nak call pihak 11street... Dah call dah ni.. Sekali dalam masa yang sama MF pun dapat call dari pihak 11street... Dia bagitau barang tu dia akan hantar hari ni...oleh pihak GDEX... Tapi tak tahu jam berapa kan.. Ok la ... Lega dia bagitau tuh...

Lepas dia call tu, semak pula tracking tu sekali lagi dalam sistem GDEX... Alhamdulillah... Ada... Jadi, confirm la ada barang nya..

Jadi, kebetulan suami ada kat rumah... Petang Khamis baru sampai barang... Dan dia terus pasang.. Alhamdulillah... Selamat juga... Maknanya memang rezeki kami la kan....


Alhamdulillah... Terima kasih la pihak 11street atas komitmen je... Layan pelanggan yang cerewet nih... Siapa tak cerewet sebab beli mahal kan..

Alhamdulillah... Betullah seperti yang tertera pada websitenya... Alhamdulillah... Seronok je.. Laju... Tapi kami pergi upgrade lagi RAM ... Tambah lagi 4GB, jadi 6GB ... Puas hati la.. Laju je nak buat kerja... Tak de la sangkut dan loading lama lagi... Suka je en.somi buat kerja... Alhamdulillah...

Insha Allah, boleh beli lagi barang kat 11street lepas ni... Bagus juga perkhidmatan nya...  Selalu diskaun juga... Yang paling best selalu MF dapat voucher dan coupon dari 11street... Jadi, tak rugi daftar percuma... Ada duit boleh cuci mata... Haii.. Ikut duit dalam bank.. Tak lekat la.. Sebab banyak barang kat 11street ni... Rambang mata ... 

26 Oktober 2015

Oktober 26, 2015

Review: Beli Dress Menyusu Murah di Color Blast Closet!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sebelum ini MF pernah keluarkan satu status... Susahnya nak cari dress menyusu yang cantik tapi murah. Yang ada kebanyakannya RM80 hingga ratusan ringgit... 

Tapi baru-baru ni... MF terjumpa satu page yang jual dress dengan harga RM60 hingga RM80 je sehelai... Harga yang murah bagi MF... Cantik warna dan designnya... 

Iaitu di page Color Blast Closet. Page ni terlintas kat wall MF... Tengok harga murah terus la klik... Ada beberapa warna dan design yang MF berkenan... Terus Private Message di Facebook... 

Alhamdulillah... Cepat pemiliknya respond... MF PM tu masa belum gaji... Tanya stok dress yang MF berkenan tu masih ada la.. Sekali waktu dah gaji... Dah dibeli.. Takde rezeki... MF pilih yang lain...  Alhamdulillah... Lepas berbalas-balas mesej... Terus jadi beli... Beli sehelai je dulu... MF beli hari Khamis... Petang Khamis MF bank in... Terus dia bagi tracking no. 

Alhamdulillah... Dipermudahkan rezeki... Dress tempahan MF tu sampai petang Jumaat... Cepat betul servisnya... Puas hati kata orang... 

Insha Allah... Ada rezeki, bulan depan boleh beli lagi.. Hehe... 

Dressnya kain biasa... Tapi jahitannya kemas dan kainnya sejuk... 

Nak cuci mata... Meh tengok koleksi dress menyusu murah ... Tengok bawah... Antara beberapa jenis dress yang menarik... Kena PM cepat sebab kebanyakan stok cepat habis... Maklumlah murah kan... 






Jadi, buat ibu menyusu yang nak bergaya cantik dengan bajet yang terhad... Boleh shopping sini... Tahniah buat pemiliknya... Teruskan kekalkan prestasi perkhidmatan dan layanan mesra untuk masa akan datang. 

30 Julai 2015

Julai 30, 2015

Pengalaman Shopping di Nile.com.my

Pengalaman Shopping di Nile.com.my... Sebenarnya dah lama dah dok usha web Nile.com.my ni.. Dan dua kali la juga pernah join contest dari Nile.com.my, cuma tak de rezeki nak menang...

Memang teruja tengok barang di Nile.com.my sebab harga yang memang murah berbanding webshop lain... Rambang mata.. Tapi cuma tak berkesempatan nak membeli dan membelek lelama barang di situ...

Lepas raya, bajet shopping bulan Julai masih ada... Jadi, suami izinkan dan guna la kemudahan yang diberikan sebaiknya... 

Sebelum membeli terbaca satu review tak best pasal Nile.com.my...  Barang lambat dan tak update...  Tapi MF tak serik pun... Itu memang risiko beli online... 

Minggu lepas mula membeli... MF cuma beli pakaian... Dress untuk pakai di rumah, seluar dan skirt chiffon... Jadinya tiga helai je barang...  Harga ketiga barang tu dalam RM50 je... Campur kos pos dari Gdex dalam 60 lebih...  MF pilih Gdex sebab murah sikit dari kos pos Pos Laju...

MF beli hari Isnin pagi... Lepas membayar online terus dapat email... Dalam proses... Dalam jam 6 petang, dapat email barang dah diposkan... Anggaran.. Esok sampai la tu... Tekaan MF tepat... Esok pagi barang siap sampai di pejabat tempat kerja MF... 

Alhamdulillah...  Semuanya dipermudahkan...  Cepat servis Nile.com.my...

Barang yang MF dapat pun berkualiti dan sejuk je kainnya... Best sangat...

Rasa nak shopping barang lain pula nanti... Insha Allah...  Rasa yakin la juga nak shopping dengan Nile.com ni bila servisnya bagus kan..

Harap, mereka dapat kekalkan perkhidmatan yang baik macam ni... Barulah orang suka kan...



P/s: Cari masa dan ketika nak membeli belah di Zalora pula untuk kali ketiga... Hehe...