Memaparkan catatan dengan label Sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sahabat. Papar semua catatan

08 Disember 2018

Disember 08, 2018

Siapa Best Friend Yang Terbaik?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Siapa Best Friend Yang Terbaik? 

Kawan yang baik umpama:⤵️
Siapa kawan terbaik kita?

MF sendiri takde kawan baik.... Sebab MF jenis kawan dengan semua orang... Takde puak-puak atau kroni punya... Dari zaman sekolah macam tu...

MF rasa kawan terbaik MF sebelum kahwin, mak MF la... Sebab semua kisah MF akan cerita kat mak...

Dah kahwin, kawan terbaik MF ialah suami MF sendiri...

Kalau orang yang tiada hubungan kerabat ni.. Takde kot kawan baik... Sekadar kawan tu adalah....

Kawan terbaik ni yang susah senang bersama kita....

Mampu bimbing kita jadi baik dan berkawan kerana Allah... Insha Allah... Jika ada kawan kita macam tu..  Pegang erat tangannya... Dan sama seiring untuk menggapai redha Allah.. Insha Allah... Untung ada kawan baik...

Rasulullah SAW pun ada kawan baik yang rapat dengan Baginda.... Khulafa ar-Rasyidin itulah kawan dan sahabat baik baginda... Kerana itulah mereka juga dijamin syurga...

Moga sahabat baik kita ni mampu bimbing kita ke arah kebaikan. Jika sebaliknya... Itu bukanlah kawan baik.... Dan Hati-hati berkawan dengannya... 

15 Julai 2018

Julai 15, 2018

9 Ciri Sahabat Yang Baik

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


9 Ciri Sahabat Yang Baik

Imam al-Ghazali dalam kitabnya berjudul Al-Adab fid Din dalam Majmu'ah Rasail al-Imam al-Ghazali (Kairo, Al-Maktabah At-Taufiqiyyah, halaman 444):

آداب الإخوان: الاستبشار بهم عند اللقاء، والابتداء بالسلام، والمؤانسة والتوسعة عند الجلوس، والتشييع عند القيام، والإنصات عند الكلام، وتكره المجادلة في المقال، وحسن القول للحكايات، وترك الجواب عند انقضاء الخطاب، والنداء بأحب الأسماء   

Adab bersahabat , iaitu: Menunjukkan rasa gembira ketika bertemu, mendahului memberi salam, bersikap ramah dan lapang dada ketika duduk bersama, turut berdiri di saat teman berdiri, memberi perhatian ketika teman berbicara dan tidak mendebat ketika sedang berbicara, menceritakan hal-hal yang baik, tidak memotong pembicaraan dan memanggil dengan nama yang disenangi.”

Adakah kita seperti sahabat yang Imam al-Ghazali sebutkan? Wallahualam.

Kredit : Page Jalan-jalan Cari Ilmu

9 Ciri Sahabat Yang Baik
9 Ciri Sahabat Yang Baik

9 Ciri Sahabat Yang Baik:


  1. Menunjukkan rasa gembira ketika bertemu
  2. Mendahului memberi salam
  3. Bersikap ramah dan lapang dada ketika duduk bersama
  4. Turut berdiri di saat teman berdiri, (eye-contact dan tanda hormat kita bercakap sama paras dengan orang lain).
  5. Memberi perhatian ketika sahabat kita bercakap, bukan tengok smartphone.
  6. Tidak mendebat ketika sedang bercakap.
  7. Menceritakan hal-hal yang baik, bukan membawang pasal orang lain.
  8. Tidak memotong cakap sahabat yang sedang bercakap.
  9. Memanggil dengan nama yang disenangi oleh rakan kita.

24 Jun 2018

Jun 24, 2018

Betul-betul Rasa Nikmat Hari Raya Tahun Ni

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Betul-betul Rasa Nikmat Hari Raya Tahun Ni | Alhamdulillah... tamat sudah cuti sekolah merangkap cuti raya tahun ni...

Mula kembali ke rutin biasa hari ini. Yang bekerja esok, dah mula pulang dari kampung.

Ramai dah up cerita raya tahun ni... MF baru nak ada mood nak cerita pasal raya ni...

MF rasa, tahun ni betul-betul raya dan merasai nikmat raya yang sebenar tahun ni...

Betul-betul Rasa Nikmat Hari Raya Tahun Ni

Kisah Raya 2018
Betul-betul Rasa Nikmat Hari Raya Tahun Ni

Hikmah disebalik dugaan ketika hampir raya dan dugaan raya pada tahun sebelumnya, menjadikan raya tahun ni begitu bermakna. Alhamdulillah.

Giliran Raya di Johor

Tahun ni giliran raya di Johor. Setakat kahwin ni, tak pernah miss pasal giliran ni... Memang ikut flow... adil... itu rahsia bagi yang kahwin jauh terutama Utara-Selatan macam kami.

Tapi disebabkan raya tahun ni termasuk dalam cuti persekolahan, jadi ada masa untuk balik kampung di Kedah juga.

Lepas bincang suami isteri, akhirnya sepakat balik Kedah raya kedua.

Anak-anak Demam Sebelum Raya 

Sehari sebelum raya, anak-anak diuji dengan demam dan anak ketiga kena asma pula...

Alhamdulillah... Masuk raya kedua demam dah reda... Tapi pasrah anak ketiga kena juga ambil nebuliser di klinik... Dan teruskan makan ubat walaupun nak kena paksa.


Balik Kedah Raya Kedua

Raya pertama kami tak ke mana... Anak masih tak sihat sepenuhnya. Lagipun di Johor kan... Lepas bercuti di Kedah pun sempat lagi ziarah saudara di Johor. 

Malam raya kedua kami gerak ke Kedah. Alhamdulillah.. Selamat sampai di kampung pagi raya ketiga selepas menempuh perjalanan selama 12 jam. 

Berkumpul 7 Beradik

Alhamdulillah... Sempat jumpa dan kumpul 7 beradik. Bukan mudah nak jumpa sebab masing-masing ada komitmen kan...

MF yang paling jauh. . Adik beradik yang lain ada di Kedah dan Pulau Pinang je... Jadi, peluang macam ni digunakan sebaiknya untuk berkumpul adik beradik. 

Jambu bola..  Dah lama tak makan... Rezeki balik kampung kali ini... 

Beraya Di Rumah Saudara

Alhamdulillah... Lepas seharian melepaskan lelah jauhnya perjalanan.. Kami mula ziarah mak-mak saudara yang ada..

Tak semua pergi sebab maklumlah anak-anak kan.. Pergi yang paling rapat dengan keluarga kami dulu...

Jumpa Rakan Blogger

Alhamdulillah. . Nikmat Syawal kali ni... Dipermudahkan Allah untuk jumpa rakan blogger yang selama ni tak tau pun rupanya kami sekampung. 

Sebelum tu, jumpa sahabat lama.. Mereka datang berkunjung ke rumah MF di kampung. 

Lepas tu blogger Irra Rayyan sekeluarga pula datang. Pertama kali jumpa.. Memang sembang panjang... Dekat 2 jam... Alhamdulillah... Nikmat Allah mendekatkan dan merapatkan silaturahim di Syawal kali ini. 

Singgah Beraya di Selangor dan KL

Lepas 3 hari di kampung . Kami gerak balik beraya di rumah kakak di Banting, Selangor. 

Rancang nak jumpa Blogger Cekgu Norazimah tapi tak kesampaian sebab dia beraya di kampung ibu dia. Insha Allah lain kali... Bukan rezeki kali ni. 

Pertemuan Keluarga Susuan

Hari masih awal. Tanya suami nak tak singgah rumah ibu susuan Muasyira iaitu anak ketiga kami. 

Memulanya macam tak jadi sebab ibu susuan Muasyira dah kerja... Tapi lepas fikirkan semula... Inilah peluang nak jumpa sebab tak pernah jumpa lagi... Anak-anak pun dah besar ni... Jadi, perancangan diatur. . Kami tunggu hingga ibu susuan Muasyira balik kerja.

Owh..  Ibu susuan Muasyira juga seorang Blogger... Blogger Safurara .. Itulah keluarga susuan kami. 

Tak sangka pun kami bakal jadi keluarga besar. . Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya. Lain Entry la MF kisahkan pasal ni. 

Lepas deal dengan Rara, kami pun gerak dari Banting ke Cheras... 

Alhamdulillah... Sampai dulu di rumah dia.. Tunggu dia balik kerja... Dekat maghrib juga la.. Tapi tak kisah janji dapat jumpa. 

Alhamdulillah... Indahnya pertemuan kerana Allah... Pertama kali jumpa, tak macam pertama kali. . Nampak ada keserasian antara keluarga kami... 

Terima kasih Rara, susah masakkan untuk kami..  Alhamdulillah... Lepas borak-borak sampai jam 9 malam, kami pun gerak balik ke Johor.

Kira tamat sudah la perjalanan percutian raya untuk fasa pertama. Fasa kedua raya diteruskan di Johor pula. 

Betul-betul Rasa Nikmat Hari Raya Tahun Ni

Alhamdulillah... Terasa nikmat raya... Dapat eratkan silaturahim kali ini... Indahnya pertemuan kerana Allah...

Moga Allah terus kukuhkan ikatan persaudaraan dan kekeluargaan ini hingga akhir hayat... 

Sekian, Kisah Syawal 2018 yang penuh bermakna. . Alhamdulillah... 😊

28 Mac 2018

Mac 28, 2018

YANG MANA MUDAH DIDAPATI?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


YANG MANA MUDAH DIDAPATI?


1. Kawan menangis bersama atau yang gembira bersama.
2. Kawan yang susah bersama atau yang senang bersama.
3. Kawan yang setia atau yang mengkhianati.
4. Kawan yang memandang harta atau nilai persahabatan.
5. Kawan yang suka berdakwah atau yang suka berhibur tanpa batasan.
6. Kawan yang membawa berita fitnah atau yang membawa ilmu.
7. Kawan yang membentuk peribadi mulia atau kawan yang mengajak ke arah sesat.
8. Kawan yang lebih memberi nasihat atau yang lebih memberi kutukan dan hinaan.

"Semakin kita mencari penghargaan ..semakin kita tidak akan dapat penghargaan. Menghargailah bukan ingin dihargai"

Kredit: Bahagian Dakwah, JAKIM

17 Februari 2018

Februari 17, 2018

Untung Kawan Dengan Orang Jual Perfume

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bersahabat Dengan Penjual Minyak Wangi Bukan Pembakar Besi


حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin 'Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa dari bapaknya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap". (HR Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih


Untung Kawan Dengan Orang Jual Perfume


Pengajaran:

1.  Hidup bermasayarakat memerlukan sahabat serta orang lain yang akan saling bertolong bantu bagi menyempurnakan kehidupan.

2.  Pelbagai jenis manusia yang berada di sekeliling kita, ada yang baik ada juga yang jahat dan buruk akhlak.

3.  Bergaul serta bersama dengan orang  yang baik dan soleh umpama berada bersama penjual minyak wangi, jika kita tidak membelinya, bau wangi tetap melekat pada tubuh kita.


4.  Bergaul serta bersama dengan orang yang buruk akhlak umpama berada bersama pembakar besi, walaupun kita tidak membakarnya, bahang panasnya tetap kita rasai.

Carilah orang yang soleh dan berakhlak mulia sebagai teman dan sahabat untuk kita bersama mereka. Moga tempias kebaikannya mempengaruhi kita.


Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram


Penting cari sahabat yang baik dan Soleh... Ini antara hadis dalam panduan mencari Sahabat. Sama ada sahabat alam maya atau realitinya, tetap kena pilih sahabat.

Tambahan di zaman ini, pengaruh kawan tu sangat kuat. Carilah kawan yang positif untuk hidup yang positif... Belajarlah halal haram dalam bersahabat agar sahabat kita tak membawa kepada dekatnya neraka.


Sumber gambar: Google images

07 Februari 2018

Februari 07, 2018

Pentingnya Bersahabat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pentingnya Bersahabat


Gambar hiasan, sumber: google images

Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.


Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."


Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").


Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabat nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"


SAHABAT Ku..
Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
‎آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Ya Allah ...
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu...
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke Syurga & jalan-jalan kebaikan.

WAHAI SAHABATKU
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI

Kredit : Hj Jafri Abu Bakar Mahmood via Telegram Channel

01 November 2016

November 01, 2016

MUHASABAH DIRI JIKA KITA DI 'UNFRIEND'

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sekiranya ramai yang tak suka kawan dengan kita (banyak musuh), maknanya memang kita yang bermasalah..

Tapi sekiranya hanya beberapa orang yang tak suka kawan dengan kita dan masih ramai lagi yang suka berkawan dengan kita, mungkin beberapa orang itu yang bermasalah...

Kita tak dapat nak ubah sikap seseorang, tapi kita mampu ubah sikap kita sendiri.


So jadilah orang positif untuk menarik perkara-perkara dan orang-orang positif sentiasa mendekati kita.

Jangan sedih jika kita diunfriend... sebaliknya, kita muhasabah diri...

Dulu MF pernah berkira-kira nak unfriend orang... rasa kesian dan sayang... tapi MF unfriend sebab tak nampak apa istimewa disebaliknya..

Hikmahnya.. selepas MF unfriend rakan-rakan yang negatif ni... lebih ramai rakan positif lain add MF jadi friend mereka...

Apa pun.. kita muhasabah diri dan berubah... kita tak boleh ubah orang suka kat kita... tapi kita boleh ubah diri kita sendiri untuk jadi lebih baik... 

16 September 2016

September 16, 2016

CARILAH AKU DI NERAKA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


🌹Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

🌹Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, bertanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."

🌹Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

🌹Kami menangis bersama, entah berapa lama...

💐Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...


🌹Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kepada sahabatnya sambil menangis :

🌹" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

🌹Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

🌹"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

🌹Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

🌹Maka wahai sahabat-sahabatku,

🌹Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

🌹Carilah sahabat-sahabat yang senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama.

🌹Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dengan kebenaran.

🌹Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb untuk bercerita hal politik, teman whatsapp untuk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing-masing hanya akan membawa diri sendiri.

🌹Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

🌹Semaklah diri, apakah ada teman yang se begini dalam kehidupan kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita...

🌹Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dengan teman yang hanya condong pada garis dunia, carilah teman yang boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk menjengah syurga Allah..

🌹Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

🌹Al-Hasan Al-Bashri berkata :

🌹" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

🌹Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat-sahabat kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama-sama ke syurga..

🌹Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

🌹Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

🌹Rakan semua...
Jangan lupa kepada ku

Wallahu a'lam

Sumber: whatsapp group

Moga kita dapat jadi sahabat yang terbaik...
Kerana itu...aku sentiasa berpesan kerana aku mahu kita ke syurga bersama... jika aku ke neraka, carilah aku, dan bawa aku bersama kamu ke syurga...

11 Ogos 2015

Ogos 11, 2015

Hati-hati Dengan Orang Yang Terlalu Baik!



Memang perlu hati-hati...
Kadangkala yang baik dengan kita tu lah tikam kita dari belakang...

Perlu waspada...dan letak sikit ketidakpercayaan...
Jangan percaya 100%!

Zaman ini, zaman fitnah...
Perlu hati-hati dengan orang sekeliling walaupun orang yang rapat dengan kita.


31 Julai 2015

Julai 31, 2015

Kawan Yang Tidak Boleh Dibuat Kawan!

Ciri Kawan yang tak boleh dibuat kawan...

Moga kita tak jadi kawan macam ni...  Dan kawan kita pun bukan kawan yang ada ciri-ciri ni... Nauzubillah... 

Tapi kalau ada... Hmmm... Nak tegur pun payah orang spesis ni tau...

Jadi, doakan je la agar kawan berubah...

Muhasabah diri juga...
Takut juga ciri-ciri ni ada kat diri sendiri... Sebab kadang kita tak sedar kita macam tu kan...

Mohon maaf, jika MF ada sakiti hati kawan-kawan ya...


13 Jun 2015

Jun 13, 2015

Harum Manis | Rezeki Dikongsi Bersama

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... Rezeki Allah dikongsi bersama... 

Kisah semalam... Rezeki kami... MF ada juga teringin nak makan mangga harum manis yang pernah popular bulan lalu... Sana sini orang update pasal harum manis... Pernah juga hampir nak order... Tapi tak jadi... Sebab suami suka mangga masam kan... 

Jadi.. Keinginan tu berlalu begitu sahaja... Anggap je bukan rezeki nak merasa... Tapi rupanya doa tu mungkin Allah simpan kan.. Allah tunaikan juga... Semalam dapat rasa mangga harum manis ni secara percuma..

Kawan suami yang juga merupakan salah seorang pelanggan tetap Homemadestickers... Yang beberapa kali tempah baju heat press dari kami... Alhamdulillah... Dia tolong kami... Kami tolong dia... Allah permudahkan urusan kami... Dan Allah berikan rezeki untuk dia dan dia kongsikan dengan kami... 

Alhamdulillah.. Moga lapang rezeki sahabat... Kawan suami juga kami pernah pergi kenduri kahwinnya beberapa bulan lalu... Isterinya tengah hamil anak sulung lagi... Alhamdulillah... Dari kawan alam maya... Jadi kawan realiti... Dan insha Allah jadi kawan sejati buat suami... 

Diorang ni jadi kawan pun sebab berkongsi minat yang sama itu, Rim BBS... Alhamdulillah... Group yang suami tubuhkan atas minat dia... Dia dapat ramai kawan dari seluruh Malaysia... Senang nak jenjalan... Jika ada masalah terutama bab kereta... Setiap negeri ada kawan... Insha Allah.... Itulah pentingnya kawan... 

Alhamdulillah... Moga Allah berkati dia... Rezeki Allah kan.. Wajib dikongsi bersama.. Moga Allah lapangkan lagi rezeki kita... Alhamdulillah... Lepas lah keinginan nak merasa harum manis... Alhamdulillah... 

21 Mei 2015

Mei 21, 2015

10 Fakta Persahabatan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dalam hidup kita... Tak dapat lari dari berkawan... Orang yang takde kawan..digelar kera sumbang... Setiap orang perlukan kawan. Sunyi hidup tanpa kawan kan.. kata pujangga.. Berkawan biar beribu...berkasih biar satu... 

Kawan yang rapat digelar sahabat... Sahabat sangat tinggi darjat dari kawan.. Kerana mereka istimewa lebih dari kawan.. Ada beberapa fakta persahabatan yang patut kita tahu.. Antaranya: 

1. Dalam kehidupan, secara purata seseorang itu akan memiliki 396 individu yang boleh digelar rakan. Namun dikatakan hanya 1 dalam 12 atau 33 persahabatan akan kekal lama. Rakan merujuk kepada kenalan yang kita selalu berinteraksi manakala sahabat atau kawan baik pula adalah kawan yang kita sering berkongsi cerita, suka dan duka bersama tanpa mengira jarak.

2. Satu hasil kajian oleh Flinders University Australia mengatakan mereka yang berusia 70 tahun ke atas mempunyai rangkaian persahabatan yang luas akan hidup 22 peratus lebih lama berbanding mereka yang tidak mempunyai ramai kawan.

3. Kaum lelaki berjumpa rakan mereka setiap lima hari manakala wanita bertemu rakan mereka mereka setiap 3.5 hari. Kedua-dua jantina bagaimanapun berjumpa sahabat baik mereka hanya sekali dalam lapan minggu.

4. Ada yang mengatakan jika kita sudah berkawan dan sering berhubung dengan seseorang itu selama tujuh tahun, persahabatan itu akan berkekalan untuk seumur hidup.

5. Tidak mempunyai rakan rapat atau seseorang yang digelar sahabat boleh menjadi punca kepada masalah ketagihan rokok atau makan berlebihan yang menyebabkan obesiti.

6. Persahabatan me­ngurangkan masalah tekanan dan membantu tubuh pulih lebih cepat daripada penyakit atau kesakitan seperti masalah atritis, kanser dan penyakit jantung.

7. Mengetahui apa yang tidak disukai rakan kita boleh menjadikan per­sahabatan lebih bertahan lama. Pendapat ini hasil kajian pakar psikologi Dr Charity Friesen selepas menjalankan kajian terhadap ribuan pelajar universiti dan anak muda.

8. Kajian mendapati kaum perempuan yang mempunyai rakan baik pada usia kecil lebih gembira apabila menjadi wanita dewasa.

9. Ada yang berpendapat lelaki dan perempuan tidak mungkin berkawan baik kerana akan jatuh cinta. Satu kajian daripada University of Wisconsin mengatakan kaum adam lebih cenderung jatuh cinta terhadap kawan baik perempuan mereka dan selalu berpendapat kawan perempuan itu juga sukakannya lebih daripada seorang kawan.

10. Saintis mendapati aktiviti otak antara dua sahabat baik adalah sama. Jika melihat rakan dalam kecemasan atau kesusahan otak sahabat yang satu lagi akan bertindak dalam aktiviti sama dan ia menunjukkan satu hubungan persahabatan yang dalam.

Sumber: Harian Metro


Berkawanlah... Kerana apa yang kita ada sekarang mungkin atas doa kawan.. Jangan sombong dengan kawan... Kerana suatu hari kita mungkin perlukan dia... MF sedih ada kawan boleh jadi putus kawan sebab beza pendapat... Aduhai kawan.. Sayang sekali...kerana kamu ikut emosi.. beza pendapat itu lumrah dalam berkawan kan...

MF sukakan persahabatan... Sahabat yang setia sekarang ialah suami MF sendiri... Jika sebelum kahwin ialah ibu dan bapa MF sendiri... Tapi kini.. MF punyai ribuan kawan di alam maya... Yang MF pasti sentiasa support MF kan.. Terima kasih banyak kawan... Terima kasih atas doa kalian... Moga persahabatan kita dirahmati dan berkekalan hingga ke syurga.. Ameen.. 

05 Mei 2015

Mei 05, 2015

Pengomen Setia April!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pengomen Setia April! | Lambat betul keluarkan list pengomen setia bulan ni... mood bercuti dan family time buatkan masa-masa berblog begitu terhad...

Berikut ialah senarai 15 pengomen setia bulan April:


  1. mama 3farhanah (24)
  2. Yana Yani (22)
  3. hidayu ayumie (20)
  4. Siti Yang Menaip (20)
  5. Athirah Diyana (19)
  6. Muhammad Khairuddin Lim (18)
  7. suhailah hamid (17)
  8. Mar Mansor (17)
  9. Azhafizah Md Nor (17)
  10. Siti Rohaida Yusof (17)
  11. Dunia Zumal (15)
  12. Diana Rashid (14)
  13. Farah Waheda Wahid (13)
  14. Afidah Azmi (12)
  15. norhidana miswan (12)
Inilah blogger yang sporting yang mengomen di blog ni sepanjang april... 

Terima kasih juga buatsemua yang berkunjung, singgah, baca dan komen... tak terkecuali  cik anonymous yang tinggalkan komen... terima kasih atas sokongan semua...