Memaparkan catatan dengan label Rezeki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rezeki. Papar semua catatan

06 Januari 2019

Januari 06, 2019

SYUKUR PENAMBAH REZEKI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Salah satu tips mudah murah rezeki... 

BERSYUKUR... 

Syukurilah dengan apa yang Allah kurniakan... 
Syukur dengan perkataan ucap Alhamdulillah sentiasa... 
Syukur dengan perkataan, lakukan amal soleh.. Ikut apa Allah suruh dan jauhi apa Allah larang. 
Syukur dengan hati, yakin dengan rezeki Allah. 

Kadang rezeki yang kita minta Allah tak nak kurniakan sebab rezeki dan nikmat yang telah Allah beri kita kurang syukuri... 

Banyak syukur lebih dari kita meminta... Insha Allah.. Lagi banyak kita syukuri.. Akan bertambah nikmat kepada kita. 

23 November 2018

November 23, 2018

Hukum Kerja Kat Kedai Jual Arak

Hukum Kerja Kat Kedai Jual Arak | Pernah tertanya sendiri pasal ni....

Sebab kebanyakan kedai serbaneka atau pasaraya hatta orang Islam punya pun ada jual arak.

Apa hukum orang yang kerja kat kedai macam ni...

Sebab kita sendiri tahu... Ada 10 Golongan akan dilaknat Allah kerana Arak.



Tapi... Kalau yang kerja sebagai cashier atau pelayan Kat kedai tertentu tu camne pula hukumnya..

OK.. Ini kata mufti...
Jadi, hukumnya ada makruh dan haram... Tapi tiada harus... Maknanya kena lah elakkan kalau boleh elakkan...

Jadi, cubalah cari kerja lain yang tiada unsur syubhah...

Jika waktu terdesak sangat kerja lah kan.. Tapi dalam masa yang sama... Cuba cari kerja lain yang tiada kaitan dengan arak...

MF doakan.. Dipermudahkan bagi mereka yang berusaha mencari rezeki yang halal...

04 Mac 2018

Mac 04, 2018

Jubah Dress RM16 di Nile.com.my

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jubah Dress RM16 di Nile.com.my | Nile.com.my, mungkin tak ramai yang tahu kewujudan webshop ini...

MF sendiri tau laman web ni untuk shopping pun sebab jadi blogger... Pernah join beberapa contest dari Nile beberapa tahu yang lepas.

Nile.com.my sama seperti Lazada dan Shopee.my juga... Cuma barangan di Nile.com.my ni tak banyak seperti dua mall online yang terkenal tu dan Nile ni takde applikasi...kena buka kat browser kalau nak membeli. Tapi seronok sebenarnya beli barang nile.com.my ni...

Yang MF suka beli barang di sini ialah pakaian... Harganya murah tapi berkualiti... Lama dah rasanya tak membeli di Nile.com.my ni. Tapi baru-baru ni boleh terjebak semula sebab dok lalu lalang beberapa kali iklannya di timeline Facebook.

Baru-baru ni Nile.com.my ada buat Flash Sale sempena Payday. Flash sale ni ada hari tertentu... Selama 3 hari yang Nile buat baru ni... 26 hingga 28 February. Ada barangan dengan harga rendah ikut hari yang tertentu.

Satu je yang betul membuat MF teruja sangat nak beli... Iaitu satu jubah dress jenama Haniya... Jubah ni mahal kalau harga biasa.. harga kat tempat lain cecah seratus lebih... Kat Nile.com.my dia jual RM79.90. Tapi, masa Flash Sale 28 February yang lalu, harga Jubah Dress Tu menjunam hingga ke RM16 Je sehelai...




Memang teruja habis la Kan... Mana nak dapat. Terus la Tanya suami... Dia pun bagi green light, kita pun apa lagi kan.. laju je tekan checkout...

Ni satu lagi MF suka dengan Nile.com.my ni... Kita boleh pilih jenis penghantaran yang kita nak dengan harga yang tertera... Untuk jubah yang MF beli ni, MF pilih delivery by GDex, sebab pos laju kat tempat MF problem... Tak laju dah... Cuma mahal sikit la... Apa pun harga juga tambah dengan kos pos tak cecah RM25 pun... Murah kan..

Jubah Dress RM16 di Nile.com.my


Jubah Dress RM16 di Nile.com.my

Alhamdulillah, lepas 2 hari order, terus terima barangnya dengan selamat. Apa lagi, kita try lah terus... Alhamdulillah.. memang terbaiklah... Memang betul .. ngam je ukuran yang diberi. . Kainnya pun sejuk je...



Jubah Dress RM16 di Nile.com.my

Senyum sampai telinga satu hari... Haha.. biasa kan orang perempuan... Bila dapat apa yang dia nak sangat tu, memang happy lah kan.. lagi happy bila suami belanja... Biarlah tak mahal mana pun kan...

Alhamdulillah, rezeki dapat grab jubah dengan harga murah.. inilah tips jimat untuk shopping online... Lepas dapat je beli,esok tengok semula, jubah dress haniya kembali ke harga asal RM79.90 dah.  Alhamdulillah... Memang nak jadi rezeki MF juga.. sebab kalau bukan rezeki kita, usaha macam mana pun tak kan dapat punya kan... Kalau nak jadi rezeki tu, Insha Allah dipermudahkan .. yang penting berserah kepada Dia.. kerana Dia Yang Maha Pemberi Rezeki... 

27 Februari 2017

Februari 27, 2017

[KISAH TELADAN] | MINTA MAJIKAN KURANGKAN GAJI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.

Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.

Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.

Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?

Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir:
جمع الحرام على الحلال ليكثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره

Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.


_____

Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.

Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.

Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.

Kendaraan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.

Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampir. Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat. Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat !
-Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM-

REZEKI YANG SEDIKIT BERKAT LEBIH BAIK DARI REZEKI BANYAK TAPI HIDUP MELARAT... 

17 Disember 2016

Disember 17, 2016

CPUV NUFFNANG HUJUNG TAHUN 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


CPUV Nuffnang... yang sipi-sipi je ada ni... Hampir 5 bulan dah kumpul tabung ada la 200 ringgit... Tak banyak mana... target kali ni 1.5k baru nak cash out.. haha... bila tahun la capai ntah la.. 

Apa pun, masih ada walaupun tak banyak mana... 

Harap 2017 Nuffnang hulur la lebih sikit kat kami blogger yang tak glamer mana ni kan.. hari-hari update blog tau... untung nuffnang... Setakat ni.. tu lah 10 Dec CPUV yang akhir... Hari ni dah 17 Dec, takde lagi nak bertambah... Agaknya NUff pun terkesan dengan ekonomi Malaysia kan.. hmm... takpelah.. tabung Nuffnang ni bagus sebab duit takde depan mata yang boleh dicapai dengan tangan... jadi payah la nak habis... hehe... jadi, kita menabung je la.. terima kasih buat yang rajin dok tabung ke anak-anak MF ni ya... Alhamdulillah... moga lapang gak rezeki deme yang menabung tu ye... 

12 November 2016

November 12, 2016

Hanya Tinggal CPUV Bulan November

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Tinggal CPUV bulan November saja yang dok on going.. yang lain habis dah di kredit. Tak banyak mana tapi ada la dari takde.. Alhamdulillah... sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Rasa macam tak percaya dengan Nuffnang ni.. dalam sedar tak sedar, banyak juga duit tabung anak-anak hasil menabung dengan Nuffnang ni...

Alhamdulillah, dulu susah nak naik income nuffnang ni.. Tapi Alhamdulillah, sabar dan tak fikirkan sangat pasal duit, akhirnya sikit demi sedikit income tu bertambah...

Terima kasih nuffnang.. Terima kasih juga buat yang sudi menabung di sini.. moga Allah memberkati...

19 Oktober 2016

Oktober 19, 2016

Alhamdulillah... Nuffnang Masih Sudi Memberi CPUV

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... Nuffnang Masih Sudi Memberi CPUV...
Dah lama tak update pasal CPUV ni...

Rupanya masih ada... dan tabungan juga bertambah..


Moh ler.. kita menabung lagi dengan Nuffnang ni... tak tahu la berapa lama pula nak capai empat angka ni.. Apa-apa  pun.. terima kasih Nuffnang... 

Terima kasih juga kepada yang sudi menabung di sini.. moga diberkati dan murah rezeki juga..

31 Julai 2016

Julai 31, 2016

CPUV Julai 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bulan ni tak meriah tapi ada la juga CPUV bulan ni...
Alhamdulillah..

Terima kasih nuffnang...
Terimakasih blogger... 

Dan Setelah mencapai target, akhirnya 27 Julai 2016, selamat dah tekan butang "cash out"...
Tunggu cek sampai depan rumah la ye... harap selamat sampai...

Duit terkumpul tu, semestinya untuk tabungan anak-anak... dan bajet lebih pun akan diberikan kepada anak dan suami... insha Allah...

Rezeki mereka kan... 
Sebab apa MF buat begitu... sebab sebagai tebus dan ganjaran atas pengorbanan mereka mengizinkan masa mereka digunakan (kadang-kadang la), jadi rezeki dari berblog sepenuhnya untuk insan-insan yang sentiasa menyokong MF berblog. MF tak pernah guna lagi duit nuff ni untuk diri sendiri.. Tapi rezeki yang lain memang guna la untuk diri sendiri.. 

24 Julai 2016

Julai 24, 2016

Rezeki vs Nafsu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rezeki itu kurniaan Allah...
Nafsu juga ciptaan Allah...

Nafsu tak kan pernah puas dengan rezeki yang ada jika tak dibatasi dengan iman, ilmu dan amal...


REZEKI ITU BUKAN HANYA PADA DUIT, GAJI ATAU HARTA SAHAJA!

BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA...
JANGAN MEMBANDINGKAN DENGAN MEREKA YANG ADA...
TAPI SELALULAH MELIHAT MEREKA YANG TIADA..

DIDIKLAH NAFSU DENGAN SYUKUR SEADANYA...

02 Julai 2016

Julai 02, 2016

CPUV NUFFNANG SEPANJANG BULAN JUN 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bulan lepas tak update pasal nuffnang nih... ntah kenapa... mungkin juga tak sempat kot...
Jadi, MF update untuk bulan Julai...

CPUV bulan Julai belum menjengah...

Tapi berderet CPUV bulan Jun masih berstatus "On Going"


Ada juga yang telah dikreditkan... Alhamdulillah... 

CPUV bulan Jun datangnya dari Ribena, Klenex, Shell, Dentsu, Zurich Life, SME Microsoft dan beberapa pengiklan lain... Terima kasih kerana memilih blog ini untuk meletakkan iklan... 

Terima kasih Nuffnang.. 
Terima kasih para pengiklan...
Terima kasih juga blogger dan pengunjung yang datang dan klik iklan nuffnang di sini... 

Alhamdulillah... 

29 Mei 2016

Mei 29, 2016

Rezeki Nuffnang di Bulan Mei

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah...masih ada rezeki dengan nuffnang walaupun tak banyak mana..
Earning pun lambat naik... 

Apapun syukur dengan rezeki ni.. 
rezeki anak-anak sampingan ummi dia berblog...

Takde apa-apa rahsia pun untuk kekalkan earning ni..
cuma rajinkan diri update blog sekurang-kurang satu entry setiap hari... 

Walaupun orang tak baca hari ni..
akan datang, orang akan baca.. tambahan bila lama entry tu dalam blog, pasti akan masuk dalam google search... jadi, takde yang sia-sia dengan entry yang kita buat. sebab tu kena tulis yang baik-baik..supaya kebaikan tu berkekalan dengan pahala... 

terima kasih nuffnang..
terima kasih juga para pengiklan...
terima kasih blogger...
atas doa dan sokongan.. 

terima kasih semua..

15 Mei 2016

Mei 15, 2016

CPUV Nuffnang Bulan Mei Yang Sederhana

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lama tak tengok nuffnang, ALhamdulillah,masih ada CPUV bulan ni walaupun dua minggu agaknya tak bercerita pasal nuffnang ni..


Tak banyak, tapi ada la...
Syukur walaupun sikit je..

Tapi nak ucapkan terima kasih gak kat UMobile, sebab iklannya tak pernah putus di blog ni.. 
Alhamdulillah.. dan memang ternyata UMObile memang terbaik setakat MF guna ni.. 

Banyak jimat dan murah.. 
Line pun ok, cuma perlu diperluaskan ke kawasan ceruk dan pedalaman... 

Terimakasih nuffnang..
terima kasih blogger
Terima kasih para pengiklan...

23 April 2016

April 23, 2016

CPUV Nuffnang: EH! Banyak Juga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Minggu lepas semak akaun nuffnang, sedih.. tak banyak CPUV... kredit pun tak bergerak... hari ni tergerak hati nak semak... sebab kebetulan ada rezeki yang lagi satu tu bakal juga dikreditkan dalam bank... Alhamdulillah.. rezeki berblog... ada la juga sikit-sikit...

Terkejut pula tengok CPUV bulan April.. boleh tahan banyak juga.. berderet nih... Ada yang berulang, tapi ada 5 yang mandul... yang mandul tu maknanya earning kosong % . Tak mendatangkan apa-apa hasil lagi setakat ni...


Apa pun syukur dengan rezeki yang ada...
Kumpul earning tu dari tahun lepas, harap tercapai target sebelum raya tahun ni untuk di cash out dan masukkan dalam tabungan anak-anak. 

Hasil nuffnang 100% MF akan bahagikan kepada anak-anak sahaja. Rezeki berblog dari sumber yang lain, baru MF akan gunakan untuk reward diri MF dan juga suami. 

Jadi, yang menabung Nuffnang ni, anggaplah setiap klik korang tu sedekah untuk anak-anak solehah MF ye... Moga korang beroleh manfaat dan keberkatan. 


Terima kasih Nuffnang
Terima kasih para pengiklan kerana memilih blog ini untuk paparkan iklan...
Terima kasih juga pembaca, pengunjung, blogger yang sudi klik menabung di sini... 

23 Mac 2016

Mac 23, 2016

WW | CPUV NUFFNANG MAC 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah dengan rezeki yang ada melekat...


Syukur seadanya...
Ada yang tengah on going dan ada yang dah kredit untuk bulan Mac sahaja. Bulan lain dah habis dikreditkan. 

Terima kasih blogger dan terima kasih nuffnang.

09 Februari 2016

Februari 09, 2016

Tebus Voucher dari Zalora!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Entry Tertangguh


Dah sebulan lebih, baru nak up entry... Mencari mood berblog yang hilang ditelan cuti...

Awal tahun lalu, kecoh di Facebook pasal Zalora... Ramai blogger dapat offer review produk di Zalora. MF juga tak terkecuali... Alhamdulillah... Sekian lama tak dapat, tahun ni tak sangka dapat pula reviewnya... Jadi, kali ni dah masuk kali ketiga MF bekerjasama dengan Zalora. Pengalaman lalu, buatkan MF tak susah nak bekerjasama...

Dalam kesibukan kerjaya utama, MF dapat juga siapkan entry tu dalam masa yang diberikan.. dan alhamdulillah, selesai publish dapatlah voucher code dari Zalora RM100. Rata-rata blogger yang buat kerja-kerja review iklan memang dapat job ni...

Ramai dah tebus lepas dapat tu, MF tertangguh seminggu lebih juga... Puas fikir, nak beli apa... Akhirnya MF berkenan kasut untuk suami... Memang dah niat nak beli... sebab dia antara penyokong dan penasihat utama MF berblog. Jadi, mestilah dia kena merasai rezeki berblog ni bersama. MF pula berkenan dengan baju yang pernah MF review dalam entry yang MF publish tu.. Jadi, belilah juga dua barang tersebut. Voucher tu memang tak cukup... Jadi, MF tambah sikit dengan duit sendiri.




Barang baik biasanya lambat kan... Memang lambat.. Kasut tu dari Zalora, jadi kasut tu sampai dulu... selepas sehari order, terus diterima. Tapi, baju MF tu lambat sikit sebab dari butik lain.. Dia tumpang iklan di Zalora... Jadi, jurujual butik tu whatsapp MF katanya baju MF order tu patern dalam gambar tu dah takde, ada patern baru... Lepas berbincang, MF proceed je yang mana ada... Malas dah nak buat order lain.

Tunggu sehari selepas tu, ingat dapat la... sekali GDEX hantar notis je... kami takde kat rumah masa diorang hantar. Hmm... nampaknya lambat la nak pergi ambil. Jauh pula tu nak kena tuntut... Dah plan hari Khamis nanti lepas sekolah nak pergi ambil... Sekali tengah hari Khamis tu, pihak GDEX hantar semula lagi sekali... Alhamdulillah... tak payah nak tuntut dah... terima kasih GDEX. Sebab hantar lagi sekali. Good service.

Selepas dipakai, alhamdulillah kedua-duanya selesa dipakai... dan kualiti sepadan harga.

Terima kasih Zalora Malaysia atas peluang kerjasama ini... Moga dapat bekerjasama lagi dilain kali. 

05 Februari 2016

Februari 05, 2016

Rezeki CPUV Nuffnang Akhir Januari dan Awal Februari

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Rezeki dari Nuffnang tak mengecewakan.. masih ada walaupun tak banyak mana... 
Nuffnang memang begitu, kalau banyak, banyak betul.. kalau tak de,.. memang mampu tengok je la.. 

Tapi ni masih ada juga la... walaupun semeriah mana kan..

Alhamdulillah... rezeki anak-anak... 
Terima kasih yang sudi klik iklan dan tabungan anak-anak kami... 

16 Januari 2016

Januari 16, 2016

Sup Kaki Ayam dan Sambal Kicap Johor!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hampir seminggu MF tak memasak... nak buat macam mana badan yang betul-betul tak daya untuk masak... Kadang jeles tengok orang dapat masak, buatkan bekal dan sarapan untuk suami dan anak-anak.. Tak dapat nak tipu hati, MF manusia biasa juga kan... Apa-apa pun redha dan terima kasih buat suami yang memahami...

Semalam, MF dah mula sihat sikit... mungkin berkat doa suami dan sahabat maya MF ni kan... Alhamdulillah MF nak memasak. jemu makan masakan luar... MF rasa dan teringin nak makan sup kaki ayam.. Jadi, pepagi lagi minta suami belikan kaki ayam di pasar. Alhamdulillah dapat la satu kilo kaki ayam yang baik dan segar untuk buat sup. Mulanya nak campur batang saderi, tapi takde pula kat kedai walaupun puas mencari. Akhirnya, campur kentang je la... boleh juga anak-anak makan.

Sambal Kicap Johor

Resepi sup kaki ayam ni, MF tak ciplak mana-mana resepi, ini resepi dan idea kreativiti sendiri.

Bahan-bahan untuk sup kaki ayam:
  • 1 kilo kaki ayam - basuh dan perapkan dengan garam dan serbuk sup
  • 7 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 ulas bawang besar (tapi yang sederhana besar) - ditumbuk
  • 2 biji cili padi hijau - ditumbuk
  • Sos tiram
  • Serbuk sup
  • Sup bunjut
  • Air
  • Minyak untuk menumis
  • Kentang
  • Daun bawang dan daun sup
  • Garam dan gula


Cara memasak:
  • Tumiskan bawang yang ditumbuk dalam minyak panas
  • Dah naik bau dan agak garing bawang tu, masukkan sos tiram.
  • Kemudian, masukkan kaki ayam yang dah diperap.
  • Gaul sebati, kemudian baru masukkan air untuk dijadikan kuah.
  • Bila mendidih masukkan 1 sudu serbuk sup dan sup bunjut.
  • Biarkan mendidih dan kaki ayam tadi masak.
  • Kemudian masukkan kentang
  • Dah agak empuk kentang, masukkan garam dan sedikit gula.  (tapi MF tak guna gula dah sebab rasa manis dari bawang besar dan kentang dah cukup untuk rasa semulajadi tu.)
  • Dah empuk betul kentang tu, tutup api... kemudian taburkan daun sup dan daun bawang yang telah dipotong halus.


Cara buat Sambal Kicap Johor
  • 11 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap
  • Garam dan gula

  1. Tumbuk cili padi hingga hancur,
  2. kemudian masukkan bawang dan tumbuk lagi sampai lumat.
  3. Masukkan kicap dan gaul sebati...
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula...dan kacau rata..
  5. Siap!!! dan boleh dimakan bersama sup kaki ayam.


Alhamdulillah... memang puas hati dapat memasak. Suami tersenyum lebar... Berkali dia puji... Tapi tu la.. bila kita sakit ni kan... terhad kadang nak selalu masak sedap kat suami... Moga terus diberi kesihatan untuk terus berbakti... Apa pun syukur seadanya... kerana MF yakin, kalau kita rasa kita susah, ramai lagi yang lebih susah dari kita kan...

15 Januari 2016

Januari 15, 2016

Nak CPUV Nuffnang Meriah Tahun 2016? | Ikut Tips Ni...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... rezeki bersama Nuffnang masih ada, masih banyak lagi... Sebab tu masih kekal dengan iklan Nuffnang, walaupun pernah satu ketika dulu, Nuffnang pernah hampa kan ramai blogger, tapi MF tetap je biar iklan Nuffnang di blog. Takde CPUV pun masa tu, tapi masih kekal lagi. Walaupun ada letakkan iklan lain juga, Nuffnang tetap MF letak bersama. Cabangkan punca rezeki kan.. asalkan halal... 



Alhamdulillah, di tahun 2016, Iklan Nuffnang tak mengecewakan... Masih meriah dengan CPUV baru dan siap dapat gandaan tiga dan lima... Alhamdulillah rezeki anak-anak kami mungkin... 

Duit terkumpul, MF tak Cash Out untuk tahun 2015... sebab belum sampai target MF nak cash out... Insha Allah, cukup masa dan amount, MF akan keluarkan nanti... Seronok tengok orang lain dok cash out tu kan.. Tapi MF tak cash out sebab nak tengok angka bertambah dan bertambah... Pencetus motivasi juga tuh.. 

Macam mana nak dapatkan CPUV Nuffnang ni?
MF bukan pakar Nuffnang apatah lagi orang yang layak nak bercakap pasal cara nak dapatkan duit dari Nuffnang. Tapi apa yang MF baca dan cari gali ilmu, MF kongsikan sikit tips nak dapatkan CPUV Nuffnang ni... 
  1. Rajin hantar tiket kepada pihak Nuffnang, MF buat 2 atau 3 bulan sekali.
  2. Selalu update survey. Ini pun dalam 1 atau 2 bulan sekali MF akan buat.
  3. Up kan entry jika dapat income atau iklan dari pihak Nuffnang, macam entry promosi dan pujian la ni... 
  4. Lebihkan memberi, maknanya kalau pergi blog orang, rajinkan diri klik iklan kat blog orang, insha Allah tanpa diminta orang akan klik iklan diblog kita... Apa yang kita beri, insha Allah kita akan dapat balik... Gitulah konsepnya... 

Ini antara tips mudah MF buat untuk dapatkan CPUV Nuffnang. Tapi jangan risau, rezeki setiap orang tak sama... ada orang, Nuffnang tak meriah mana, tapi rezeki dari pengiklan lain, meriah kan... Yang penting cabangkan rezeki asalkan halal... lagipun niatkan juga kita berblog bukan semata-mata duit, tapi lebih kepada perkongsian ilmu... Rezeki tu akan datang secara sampingan kita berblog. 

27 Disember 2015

Disember 27, 2015

Rezeki Hujung Tahun Bersama Nuffnang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Beberapa hari lagi tahun 2015 akan berlabuh tirai... 
Alhamdulillah, rezeki dengan nuffnang tak berlabuh... 
Masih panjang, masih ada walaupun tak banyak mana... 

Tapi target dengan Nuffnang ni macam tak tercapai je.. 
Targetnya nak empat angka baru nak cashout.. tapi tak tercapai lagi empat angka.. simpan lagi..
Mungkin tahun depan la tu baru dapat empat angka.. insha Allah.. 

Moga tahun depan lebih lapang rezeki dengan Nuffnang ni.. 
Terima kasih Nuffnang..
Terima kasih juga kepada blogger yang ada menabung di sini untuk anak-anak kami...

29 November 2015

November 29, 2015

Masih Ada Rezeki Bersama Nuffnang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nuffnang ni, kalau pemurah, pemurah betul kan... Meriah CPUV tuh.. Tapi kalau masa takde, takde langsung plak...

Alhamdulillah... Lama dah pasang nuffnang kat blog. Bahkan inilah income pertama hasil berblog.


Alhamdulillah.. Rezeki dengan nuffnang ni tak pernah putus lagi.. Impian nak capai empat angka tahun ni.. Tapi tak dapat.. Tapi dapat setengah ribu tu dah ada la.. Tambah lagi duit tabung anak-anak... Alhamdulillah... 

Terima kasih nuffnang..
Terima kasih juga blohger atau pengunjung yang datang menabung di sini ... Alhamdulillah...
Rezeki Allah.. Syukur seadanya...