Memaparkan catatan dengan label Review Produk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review Produk. Papar semua catatan

15 Januari 2019

Januari 15, 2019

Usaha Kembalikan Kulit Kusam Dengan Set Kecantikan Safi Rania Gold

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Usaha Kembalikan Kulit Kusam Dengan Set Kecantikan Safi Rania Gold | Tahun lepas, lepas bersalin... Muka teruk.. Sebab memang tak jaga sangat masa mengandung. 

Lepas bersalin bertambah teruk. Lagi teruk lepas training budak kawad kaki... Selama seminggu muka burn dan kusam teruk.. 

Fuhh.. Sedih tengok muka gini... 

Tak boleh jadi... Azam 2019 nak jadi cantik. 

Hujung tahun 2018, mula simpan azam... Nak kembali pakai Safi Rania Gold. Sebab itu je produk yang serasi dan lengkap serta mudah nak dibeli. 

Jadi, usahalah dulu kan... Mana tau.. Boleh ubati kesedihan hati ini bila lihat cermin. 

Bila timbul kesedaran tu baru mula dengan beli krim pelembap siang. 

Nak beli semua satu set, mau beratus juga. Jadi beli sikit-sikit. 

Lepas tu beli pencuci pula... 

BB Cream masih guna jenama Cosmoderm sebab nak habiskan... Tu pun lama gak pakai tu... 

Jadi, sebab pakai pelembap dan pencuci je.. Takde lah kesan sangat. 

Bulan 12 2018, suami tanya.. Tak nak masuk Guardian ke... Beli la Safi Rania katanya... Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal... Laju aje je kan masuk... 

Elok je masa tu banyak pula sale... Terus la memborong.. 

Esen Emas 24k, Serum, BB Cream, dan Scrub muka MF sambar semua... Tinggal krim malam tak beli... Tu pun dah RM100 juga.. Haha.. Tak pelah.. Demi nak cantik.. Suami relakan... Hehe... 

Safi rania gold

Usaha Kembalikan Kulit Kusam Dengan Set Kecantikan Safi Rania Gold

MF cuba pakai secara konsisten... 
Setiap hari selama seminggu... Semua tu pakai ikut turutan dan arahan... Minggu pertama pakai je siang dan malam... 

Akhirnya... Nampak la perubahan... Suami pun puji.. Nampak lain... Alhamdulillah... 

Sekarang ni memang konsisten je dengan Safi Rania Gold... Memang dah tak tukar kot produk lain... Lagipun ada Halal Jakim, senang nak dapat kat mana-mana kedai dan farmasi seluruh Malaysia.  Jadi tak payah pening fikirkan.  

Apa pun.. Produk tempatan juga setanding dengan produk luar negara juga.. 

13 Januari 2019

Januari 13, 2019

Kasut Bata Comfit, Kasut Kerja Pilihan 2019

Setiap kali tahun baru nak naik kerja, pasti akan beli sesuatu yang baru untuk naikkan semangat kerja.


Seperti biasa.. Suami MF akan belanja kasut kerja baru... 


Memula beli kasut biasa je. Tapi sebab suami MF tak puas hati... Dia ajak MF beli kasut baru yang lain. Biar ada jenama katanya. 


Lepas pusing 1 Mall... Akhirnya singgah kat kedai Kasut BATA.


Tak belek banyak sebab tak banyak pilihan melainkan satu.. 


Memang design baru... 

Akhirnya suami berkenan dengan BATA COMFIT. 

Terus disuruhnya MF cuba.. Memang sedap di kaji..  

Kasut Bata Comfit

Kasut Bata Comfit

Sebab design dalam lembut je... 

Alhamdulillah... Itulah rezeki kami... Terus je beli.. Harga pun tak seratus pun... 


Ni dah lebih 2 minggu guna... Alhamdulillah... Tak sakit kaki... 


Walaupun banyak jalan dan kasutnya bertumit.. Sedap jalan... 

Tapaknya lembut dan tak berbunyi... 


Memang best... Sesiapa yang nak cari kasut... Boleh beli kasut jenama BATA. Alah membeli menang memakai... 

22 Disember 2018

Disember 22, 2018

Sebab Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist Aku Kena Kebas…

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sebab Althea  Stay Fresh Body Sparkling Mist Aku Kena Kebas… | MF ni dah lama tau tak pakai benda yang wangi-wangi atau spray-spray kat badan ni tau.

Kalau ada pun just pakai minyak wangi jenis golek-golek kat lengan tu aje…

Sebab apa tak pakai…
Sebab dok cari yang wangi dan tahan lama tu susah.
Kalau ada pun tahan kejap, lepas tu bila badan kita mula bergerak dan berpeluh, dah hilang dah bau tu.

Tapi kan… dalam dok belek-belek apps Althea kan.. MF tertarik dengan satu pewangi badan ni… Jenis spray-spray kan… dia kata wangi bunga… MF pun try la dapatkan.. Mana tau kan wangi…
Sekali dah sampai rumah.. tak sempat nak rakam MF buka box pink  dari Althea tu… terus je zapp zapp… koyak plastic… sebab nak cuba body spray tu…

Zettt… sembur sikit kat badan… fuhhh…. Menusuk hidung hingga ke qalbu ko…
Wangi gilerr… tapi pelik.. tak bau kuat… ringan-ringan je…
Bila bau tu macam terbuai-buai je gitu…
Ahhh…. Fresh… melayang-layang je… rasa macam sedang terbaring kat lading yang penuh bunga…
Boleh bayang tak bau wangi bunga tu macam mana kan…

Sebab Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist Aku Kena Kebas… 

Althea  Stay Fresh Body Sparkling Mist
Althea  Stay Fresh Body Sparkling Mist

Pastu nak citer la ni…
Sekali letak aje atas meja…
Encik somi dating…mana barang dalam kotak pink tu katanya…
Dia pun ambil je terus belum sempat nak jawab soalan tu…

ZApp… zettt… dia spray terus kat badan dia..
Lepas je spray… tau apa kata dia..
“Bagi kat saying terus la ye… B mana boleh pakai wangi-wangi”.

Cett… haha… kan dah kena kebas…
Jadinya.. itulah kisah Body Spray Mist by Althea ni kena kebas…
Sebab apa dia kena kebas, sebab wangilah… orang lelaki pun suka..

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist 

Apa lagi yang best dengan Body Spa ni..
Meh sini MF nak kasi tau…

Body mist terbaru dari Althea colloborate dengan artis terkenal dari Indonesia iaitu Titi Kamal.
Bau dia adalah hasil gabungan fruity dan floral iaitu orange, peach dan rose memang ngam! Baunya rasa segar dan bertenaga.

Sesuai bagi orang yang aktif dan suka bersukan…  Tapi kalau orang kerja pejabat, boleh guna juga… sebab bau dia menjadikan kita segar dan bertenaga.. rasa kuyu je, ambil body mist ni dan spray sikit… Pasti segar lepas tu.

Saiz yang comel dan sesuai dibawa ke mana saja.

Berminat untuk mencuba Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist?

Boleh dapatkan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist ini di << my.althea.kr >>. Sekarang ni  ada promo iaitu BUY 1 FREE 1 sementara stok masih ada!

Untuk maklumat lanjut serta pelbagai promosi menarik, layari :
Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea

#TitixAltheaKorea #AltheaAngels #AltheaKorea

Disember 22, 2018

Huggies Dry Pants Diaper Seluar Cepat Serap dan Selesa Untuk Anak Kami

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Huggies Dry Pants Diaper Seluar  Cepat Serap dan Selesa Untuk Anak Kami | Bila ada anak, sememangnya segala pasal barang baby dan anak kita akan survey di pasaraya sama ada online atau offline.

Salah satunya lampin pakai buang... Orang kita biasa panggil pampers... Sedangkan pampers ni juga merupakan salah satu jenama Diapers yang pernah popular satu ketika dulu.. Sebab tu semua jenis lampin pakai buang orang kita panggil pampers.

Diaper sekarang ni dah macam-macam jenis dah…

Ada jenis tebal, nipis, mahal, murah dan paling penting ada dua kategori… Jenis tape atau pelekat dan satu lagi jenis seluar… Terus sarung je.

Diapers jenis sarung ni, sebelum ni pernah pakai pelbagai jenama untuk anak. Tapi disebabkan anak bongsu MF ni lelaki, jadi MF kena cari Diapers yang cawat labuh sikit. Pepaham la kan sebab apa… hehe

Masa anak belum boleh merangkak dan bergerak sana sini senang pakai yang tape aje…

Tapi sekarang ni, MF kena cari jenis seluar… sebab… lepas mandi atau salin diapers, nak pakaikan diapers semula, macam nak berperang gayanya…

Susah yang amat… dia punya meronta… aduii… macam kena dera… adehh…
Tu, MF cari juga lah diapers yang cawatnya labuh dan potongnya bagus serta mampu milik..

Belek pun belek… tilik punya tilik akhirnya MF cuba Huggies Dry Pants.

Pilihan MF tepat.



Diapers seluar jenama Huggies ni kena dengan citarasa MF… sebab… ada 3 sebab utama..

Huggies Dry Pants Diaper Seluar  Cepat Serap dan Selesa Untuk Anak Kami

1. Cepat serap


Huggies Dry Pants ni cepat serap betul berbanding diapers biasa lain… Dan ini ada orang buat demo kat pasaraya. Korang boleh tengok video kat bawah ni.




Padanlah dia pakai hashtag #HuggiesMyFastest sebab memang pantas menyerap pun…

2. Ada 1000 Lubang Mikro Pantas Serap

Inilah sebab kenapa Huggies Dry Pants ni cepat serap.


Sebab ada micro halus yang berfungsi menyerap cecair dengan cepat. Bila anak kencing, diapernya terus serap, dah serap terus lubang mikro tu akan lock cecair tu tadi…

Jadi takdelah cecair tu naik ke permukaan diapes tu tadi.  jadinya diapers sentiasa kering dan anak pun tak mudah meragam.

3. 5 Langkah Untuk Keselesaan Anak

Apa ke benda pula la 5 langkah tu?
Senang kata, 5 langkah tu adalah rekaan atau design Huggies Dry Pants ni memang sesuai untuk keselesaan anak kita. Terutama yang tengah melasak bagai nak rak tu…


Rekaan pada pinggang yang grip tapi elastik… memeri dengan elok je pada pinggang tak melorot bila diapers penuh. 

Lepas tu, rekaan getah lembut pada celah kelangkang, jadi tak mudah nak bocor walaupun anak kerap berjalan dan berlari.

Boleh kata, memang bestlah diapes ni… dan sesuai dengan anak.
Sebab dia cepat serap dan kering, anak MF tak mudah nak alah atau naik ruam.

Memang Huggies Dry Pants ni pilihan terbaik untuk anak yang tengah melasak kan… Tapi kalau tak lasak pun boleh pakai juga terutama bila kita travel.. senang nak pakaikan diapers anak dalam toilet, kat RnR dan sebagainya.

Bagi mak-mak yang dok pening nak cuba Diaper apa untuk anak yang tak reti diam ketika nak salin diapers… MF suggest Huggies Dry Pants ni… Harga pun mampu milik… kakak MF pun guna jenama ni untuk anak-anak dia…

Kalau nak harga lebih murah… Boleh je klik kat link ni  http://bit.ly/2LgcBwt … jimat dan berbaloi…

05 Disember 2018

Disember 05, 2018

Milk Peel Cream Mask Althea - Mask Susu Yang Pelik Tapi Buatkan Kulit Korang Jadi Macam Orang Korea

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Milk Peel Cream Mask - Mask Susu Yang Pelik Tapi Buatkan Kulit Korang Jadi Macam Orang Korea | Mask, yang MF tahu, itu adalah topeng…

Tapi topeng ni MF rasa ianya pelik sebab MF tak pernah pakai mask yang macam ni…

Biasa mask yang dok pakai, tarikh buang macam “The Mask” tu… Tapi yang ni lain.

Mask ni, macam old school mask…

Itulah Milk Peel Cream Mask dari Althea Korea.

Pelik aih…

Milk Peel Cream Mask Althea

Milk Peel Cream Mask Althea - Mask Susu Yang Pelik Tapi Buatkan Kulit Korang Jadi Macam Orang Korea



Pertama kali mencuba… rasa macam lain sebab cream mask ni melekit macam tanah liat gitu…

Milk Peel Cream Mask Althea

Tapi cuba gak sapu, dan ratakan kat tangan… eh… dah lembut pula..



Milk Peel Cream Mask Althea

Bila ratakan lagi… eh… dah berbuih pula…

Pastu bila biarkan kejap… eh… bubble tu mula pecah-pecah… rasa geli…

Milk Peel Cream Mask Althea

Lepas try kat tangan… MF try la kat muka.. haha..

Rasa macam pergi spa… sebab part cream tu dah bertukar ke bubble halus… biarkan kejap… akan rasa bubble tu meletup-letup lembut… best sangat… haha… tak tau nak citer macam mana.

Lepas dah pakai tu… biarlah kejap kan… lepas tu bilas dengan air suam.

Korang akan rasa perbezaan muka korang lepas tu…

Memang rasa licin semacam je… segar dan fresh… lembut dan halus…
Best giler mask ni…

Bau pun sedap.. macam susu segar gitu…

Memang best… setakat ni MF akan pakai mask ni kalau muka rasa macam kusam… rasa berat kan… MF pakai la.. lepas tu akan rasa segar seolah kulit muka dapat bernafas kembali.

Serius best

Memang korang kena try, kalau nak pakai mask yang senang nak apply kat muka.. Ini pilihan bijak… Botol pun sangat praktikal untuk dibawa ke mana-mana… Comel je…

Cubalah dapatkan Milk Peel Cream Mask Althea kat sini:

Harga Milk Peel Cream Mask ini ialah RM36.
Untuk matlumat lanjut tentang Milk Peel Cream Mask ini boleh layari:
Laman Sesawang
https://my.althea.kr/

Harga
https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask 

Instagram:
@altheakorea

09 Oktober 2018

Oktober 09, 2018

Bertukar Ke Pencuci Pinggan Sunlight Nature

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bertukar Ke Pencuci Pinggan Sunlight Nature | Benda penting setiap bulan kena beli... Iaitu pencuci pinggan... Setiap hari tak tau la berapa kali cuci pinggan... 

Kalau MF memang stok sebulan 2 botol pencuci pinggan... 

Tapi kan.. 

Sejak sebulan dia ni... Macam guna banyak sangat pencuci pinggan ni... 

Tak cukup dua botol... 

Mungkin kualiti pencuci pinggan dah tak macam dulu kot. 

Nampak iklan pencuci pinggan Sunlight tapi yang baru... 

Sunlight Nature... 

Wah nampak menarik... 

Tapi malangnya nak mencuba tapi takde dijual pun dekat kedai area rumah kami... 

Pernah nak beli online... Sekali habis stok... 

Tup-tup.... Baru ni suami nak mencari pencuci pinggan untuk restock baru. 

Terjumpa pencuci pinggan Sunlight Nature ni... 
Bertukar Ke Pencuci Pinggan Sunlight Nature

Bertukar Ke Pencuci Pinggan Sunlight Nature


Teruslah encik suami beli satu botol...

Dapat jugalah mencuba akhirnya...

Yang best tu sebab dia kata boleh guna untuk cuci barangan anak dan baby kan... Maknanya selamat lah...

Tak risau dah nak cuci pinggan mangkuk anak kecik...

Harga pun murah berbanding pencuci botol biasa.. Tapi MF guna pencuci botol yang khas la untuk cuci botol baby.

Cuma yang ni best dan memang dah bertukar kepada pencuci botol Sunlight Nature ni...

Sebabnya, bau nya wangi tapi tak kuat... 

Bau lemon dan sabunnya lembut untuk kulit. Selamat untuk pinggan mangkuk baby.

Yang penting, minyak kat barangan plastik hilang. 

Dulu MF tak guna Sunlight sebab kalau yang biasa tu bau dia kuat sangat... Tapi yang Sunlight Nature ni tak kuat bau dia... Best la... Suka sangat. Buih dia tak banyak mana... Tapi minyak boleh hilang.

Ingat lepas ni borong terus kat Lazada... Tapi biasanya habis stok aje.. Haha..

Sesiapa belum cuba boleh cuba.. Berbaloi beli...

Tapi yang pasti dah beralih ke pencuci Sunlight... Alhamdulillah lebih jimat. Sebab pekat dan hilangkan minyak.
sumber: google images

Untuk cuci botol masih guna pencuci khas untuk cuci botol susu... sebab dah selesa guna yang tu kan... 

06 Oktober 2018

Oktober 06, 2018

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel | Bila travel dengan anak kecil banyak benda nak kena fikir dan bawa. Salah satu keperluannya adalah makanan.

Kalau anak dah besar, dah lepas setahun senang sikit nak sedia makanan, sebab dia boleh makan nasi biasa atau sup... Dah boleh campur la kuah biasa, ada garam sikit dan perasa... (sekali sekala bila travel kan).

Tapi kalau anak bawah setahun, dan lebih 6 bulan.. kena la sediakan makanan dia...

Kat rumah kita boleh masak bubur... Tapi kalau time travel... kena la ada bubur kering kan...

Sebab tu MF beli bubur instant bayi untuk memudahkan ketika travel.

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel 

Jika tengok kat Shopee atau Lazada banyak je bubur instant ni dijual. Pelbagai perisa.

Tapi MF berkenan dengan satu jenama ni... jenama Mamies.

Bubur ni ada 2 perisa... satu beras perang sahaja dan satu lagi beras perang dengan perasa ikan bilis.

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel
Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel 

Apa kelebihan Bubur Instant ni?

Kelebihannya ialah... bubur instant ni dibuat dalam sachet kecil-kecil untuk sekali bancuh... Senang kan...

Tak perlu nak cedok-cedok...

Jadi lebih terjamin kebersihannya.

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel
Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel 


Cara Penyediaan:

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel
Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel 

Kalau MF biasa campurkan dengan serbuk ayam yang MF buat sendiri... 

Kadang kat rumah pun MF guna bubur instant ni kalau tak sempat nak masak bubur untuk baby.. 

Jadi, boleh campur sayur yang difrozenkan dengan serbuk ikan atau ayam. 

Masukkan air suam, dan kacau je sebati... 

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel
Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel 


Nak pekat ke cair itu bergantung kepada baby korang la...

Anak MF dah 10 bulan... jadi dia dah ada deria mengunyah dah... cuma takde gigi... jadi, MF bagi bubur yang memang pekat...

Kalau masa dia 7 8 bulan dulu MF bancuh cair sikit...

Alhamdulillah, anak suka.. sebab wangi je...

Bubur ni memang takde perisa... original serbuk beras perang. tawar je...

Sebenarnya nak buat sendiri pun boleh kan... Tapi haha... 'terlebih rajin' ni, beli aje lah .. sebab dah siap pek macam ni..

Alhamdulillah... mudah kerja kalau nak travel dan jenjalan... Takde lah anak lapar kan... tak kan nak sumbat susu dan biskut je... bubur gini memang sangat perlu dan memudahkan...

Sekian... 

27 Julai 2018

Julai 27, 2018

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop | Alhamdulillah.. Rezeki lebih sikit bulan ni... Nak reward sikit untuk dapur sendiri...

Go Shop dan Wowshop ni kalau sesekali tengok pasti ada yang terbekenan punya...

Seminggu sebelum gaji, tertengok channel Go Shop... Tayangan pasal rak pinggan. Eh, rak pinggan pun masuk TV ke...

Tapi, teruskan je tengok... Adehh.. Macam terbekenan la pula... Sebab design dia besar dan cantik... Warna hijau plak tu, match betul dengan warna dapur...

Niat hati, simpan la dulu sampai ada rezeki lebih kan.. Alhamdulillah... Nak jadi rezeki kan.. Lepas je gaji, terus open Go Shop... Haha..

Terus order la tunggu lagi kan...

Order Khamis, hari Isnin depannya baru sampai... Kira 3 hari bekerja la gitu kan.. Tapi rasa lama sebab campur Sabtu Ahad tu... Sapa suruh order dekat weekend kan..

Tips Membeli di Go Shop

Pengalaman kami beli dari Go Shop, elakkan beli bayar terus, buat secara COD, insha Allah cepat dari korang terus pembayaran...

Sebab pernah beli barang dari Go Shop, bayar siap la kan ingat cepat.. Sekali lepas 2 minggu tak sampai-sampai... Geram betul... Sampai buat aduan barulah sampai.. Dekat 3 minggu juga. Sejak tu tak beli dah dengan terus pembayaran... Buat COD je.. Dia nak duit kan.. Kena la hantar cepat kan.. Haha..

OK.. Back to our topic...

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

Elok sampai je, terus la pasang... Memang syok betul...

Sebab...

Kuat dan besar

Besar... Luas...

Walaupun plastik tapi kukuh...
Dan pastinya tak berkarat  la kan...

Saluran Air Automatic 

Best juga sebab ada salur air automatic... Tak payah nak tarik dulu tadah air tuang dalam sink...
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

Rekaan memang cantik...

Memang terus kemas dapur MF tau... Tak serabut dah... Kalau tak sampai ke tepi-tepi tu bersepah dengan periuk segala bagai...

Pernah la pecah 2 3 pinggan dan mangkuk sebab tak muat, asak juga letak kan...

Alhamdulillah dengan rak pinggan Kloken ni takde dah masalah tu...

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

Memang besar dan puas hati...
Dapur pun sentiasa kemas...

Dan semangat nak basuh pinggan tu ada lepas ada rak pinggan cun macam ni...

Berbaloi

Harganya RM109, tapi lepas guna kod promo Go Shop iaitu Taxholiday, dapat diskaun 10%... Jadi harga tak sampai RM100.

Puas hati la... Dari beli yang besi kan... Yang ni confirm dah tak kan berkarat... Nak cuci dan tanggalkan pun senang... Main klip je.. Kakinya pun ada getah jadi tak kan bergerak...

Dapat Hadiah Percuma

Yang best ada free Gift lagi... 2 pan dan 1 spatula dan juga fleksibel penapis...

Biasa Wowshop banyak hadiah, tapi yang ni Go Shop pun bagi hadiah banyak.

Memang penuh dapur.. Haha..
So, ni antara produk Go Shop yang MF puas hati...

Korang yang tengah mencari rak pinggan tu, memang boleh beli sangat rak pinggan macam ni.. Berbaloi beli...

01 Jun 2018

Jun 01, 2018

Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri | Gaji yang lepas window shopping dengan  suami...

Seronok window shopping ni... Selain ikut list yang disenaraikan untuk beli... Pasti ada gak satu dua tercapai sebab kalau jumpa yang baru kat pasaraya tu mesti nak try.

Salah satunya, masa nak beli kicap pedas Mahsuri, ternampak sos 3 rasa... Suami kata belilah try rasa.

So, capai masuk troli la apa lagi.

Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri
Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri

Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri


Balik rumah, tak try dulu sebab takde bahan..

Semalam, menu berbuka suami sediakan.

Rupanya dia dah beli ikan siakap untuk try sos 3 rasa Mahsuri...

Wah.. Siap masak.. Bau sedap... Boleh tahan...

Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri
Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri


Terus la rasa ikan 3 rasa tu... Wah.. Serius sedap... Mudah betul..

Suami tak tambah apa pun cuma tambah cili bagi pedas dan bahan-bahan biasa seperti nanas dan mangga sebagai pelengkap..

Memang cepat dan mudah.. Tak payah nak siapkan air asam ke... Apa ke kan.... Mudah bagi yang nak masak dengan cepat.. Kalau nak masak sahur pun sesuai sangat guna sos macam ni...

Nak resepi lengkap Ikan Siakap Masak 3 Rasa Mahsuri boleh Follow Page Dapur MF di sini >>>
https://www.facebook.com/mariafirdzkitchen/

15 April 2018

April 15, 2018

[REVIEW] ZAWARA GLAM COMPACT POWDER

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


[REVIEW] ZAWARA GLAM COMPACT POWDER | Wanita dan cantik tak dapat dipisahkan. MF kira obses nak nampak cantik bila masuk 30 an... Sebelum tu tak sangat.. Tapi masih tak ketara la.. Sekadar sedap mata memandang dan naikkan Seri wajah. Cikgu kan.. Tak kan nak nampak selekeh je kan.. Kena la Seri sikit.

Waktu pagi sebelum pergi kerja pakai BB CREAM Cosmoderm je.. Senang, calit-calit je... Tak sampai 5 minit dah siap bab seri muka.

Tapi bila kat sekolah, dah cuci muka malas dah nak calit-calit.... Nak bawa berus make up bagai.. Cukup simple dengan oles kan bedak kompak je...

Dah lama tak beli bedak kompak sebenarnya lepas guna BB CREAM tu... Tapi sebab nak kena pakai juga... Akhirnya survey la bedak kompak yang best.

Survey punya survey kat Lazada dan Shopee... Akhirnya tertarik dengan bedak kompak ZAWARA GLAM... Terus je beli... Tanpa fikir panjang.

[REVIEW] ZAWARA GLAM COMPACT POWDER

[REVIEW] ZAWARA GLAM COMPACT POWDER 

Dapat je terus excited mencuba.. Benar seperti yang di review di Lazada. Memang best.

Bedaknya halus je texture dia... Senang nak apply kat kulit... Tak payah calit.. Dap dap dap je dengan span, terus nampak seri kat muka tu...

[REVIEW] ZAWARA GLAM COMPACT POWDER

Paling best texture dia ringan... Jadi tak terasa pun pakai bedak kat muka. Tu yang best tu...
[REVIEW] ZAWARA GLAM COMPACT POWDER

 Cover dan design dia pun nampak glamer dan elegan... Nipis dan senang nak selit dalam handbag.

Jadi  lengkap sudah handbag dengan bedak dan magic lipstick untuk seri kan muka dengan ringkas.

Bagi yang mencari nak cuba bedak kompak... Boleh cuba ZAWARA compact powder ni...

13 April 2018

April 13, 2018

Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi dengan Narinar Flutherapy

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi dengan Narinar Flutherapy | Sekarang ni tengah musim panas dan musim buah juga. Musim panas macam ni pun mudah dapat penyakit juga. Anak-anak MF setiap hari kena dok dalam bilik ber”air-cond”, kalau tak ruam satu badan terutama si baby Mu’allim tu. Tapi masalahnya bila dah dok dalam bilik ber’air-cond’ mudah pula kena selesema. Memang akan selesema la… serba salah jadinya…

Bila anak selesema, memang tak senang duduk. Tambah baby pula kan… kalau selesema bukan ada ubat yang boleh melegakan… kena la sapu produk dari bahan organik dan selamat untuk bayi. Habis sangat kalau pergi klinik dia akan bagi ubat pelega hidung tu je… Tapi tu pun kejap je lega. Lepas tu akan jadi balik.

Baby kalau selesema memang tak kan selesa…tak kan dapat tidur lena dan mudah meragam… dia tak tidur, kita sebagai mak bapak pun confirm la tak dapat nak rehat… kesannya, jadilah eyebag sebakul… haha… Jadi, sebagai mak, mesti akan cari rawatan alternative untuk redakan selesema bayi dengan cepat dan berkesan. Kalau tak memang jangan mimpi nak tidur lena.

Dalam dok mencari, ternampak satu iklan pasal Narinar Flutheraphy kat Harian Metro… Bila tengok review tu macam best je sebab katanya Narinar ni minyak terapi pertama di Malaysia untuk legakan selesema dan batuk bayi. Jadi, dengan pantas MF dapatkannya untuk mencuba.

Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi


Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi dengan Narinar Flutherapy


Alhamdulillah, bila dapat je, tak sabar nak calit-calit kat baby ni… Rupanya Narinar Flutheraphy ni ada 1 set, ada 3 botol comel dengan warna label yang berbeza. Bau dan fungsi yang berbeza… Botolnya kecil comel je.. mudah sangat nak bawa ke mana-mana…


Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi


NARINAR FT (FLUtheraphy) – label warna biru
NARINAR TT (Tummy Therapy) – label warna hijau
NARINAR ST (Sleep Therapy) – label warna purple.

Ketiga-tiga minyak Narinar Flutherapy memang minyak original dan 100% organik diperbuat dari bahan semula jadi. Antara bahan yang digunakan dalam minyak ni, seperti minyak pati asli seperti lavender, lemon dan pudina yang memang bagus untuk bantu legakan pernafasan kita. Sebab MF kalau selesema suka diffuse EO Lemon. Dan pastinya baunya sangat wangi dan memang wangi pun, boleh ganti minyak wangi. Anak MF si Muasyira tu, memang tak boleh bagi Nampak botol ni, memang sebotol dia nak pakai… suka dia kalau orang calit kat hidung dan pergelangan tangan dia.. Narinar Flutherapy juga ada pati gam Arab (Boswellia Carteri) yang eksotik. Jangan risau, Narinar ada kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Jadi, semestinya selamat untuk bayi dan kegunaan satu keluarga.

Pengalaman MF guna ketiga-tiga jenis Narinar Flutheraphy

Ikuti 3 kisah benar ini…

Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi dengan Narinar Flutherapy

NARINAR FT (FLUtheraphy)

Hari Ahad lepas... MF balik rumah agak lewat... Malamnya penat sangat.. Tertidur awal... Tapi jam 2 pagi terjaga sebab Mu'allim terjaga sebab selesema akibat sejuk kena air conditioning. Lupa nak slow kan sikit suhu dia waktu sebelum tidur tu... Kan dah merasa... Kesian tengok Mu'allim tak selesa bernafas... Berbunyi kat batang hidung tu... Macam ada tersekat sesuatu... Memang merengek la dia...

Petua nak redakan selesema bayi biasa MF buat minyak bawang putih... Kalau teruk baru buat teknik wap guna bawang putih... Tapi tengah malam... Awal pagi macam tu... Mana larat nak bangun buat.. Masa tu fikirkan rawatan yang paling cepat je untuk redakan selesema dia dengan cepat  dan berkesan...

Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi

Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi


Terus teringatkan Narinar Flutherphy yang baru MF terima siang tadi... Terus MF ambil sapu je kat T-Zone dan tapak kaki dia... Urut kat tapak kaki dengan teknik Vitaflex dengan menyentuh point-point tertentu pada telapak kaki... MF sapu dan urut juga dengan 2 3 titis Narinar Flutherphy kat batang hidung dan t-zone dia... Tak sampai 1 minit, Mu'allim bersin tersembul keluar segala sisa yang menyekat dalam hidung dia tu.. Terus hilang bunyi yang mengganggu pernafasan dia... Tak lama lepas tu terus tidur... Alhamdulillah... Syukur sangat... Dengan izin Allah... Flutherphy bantu mudahkan kerja MF.. Dapat tidur sampai ke pagi... Bayangkan kalau anak selesema dan tak tidur sampai pagi.. Camne situasi kat tempat kerja Esoknya tu kan..

NARINAR ST (Sleep Therapy)

Kisah Benar 2
Hari Selesa balik lambat... Sampai rumah jam 6 petang... Kelam kabut dengan nak solat dan makan lagi... Maklumlah bila sesekali outstation...

Dah siap segala... Lepas maghrib tu ingat nak rehat sekejap.. Tapi si baby pula meragam... Muasyira pun sama... Ada saja yang tak kena.. Nak tantrum aje... Penat memang penat, tapi tetap kena layan...

Stress rasa... Rasa pening betul dengan kerenah anak-anak hari tu... Ternampak minyak terapi dari Narinar Flutherphy atas meja.. Terus ambil minyak tu sapu kat belakang telinga, urut tapak kaki dan sapu kat pergelangan tangan... Dan MF sapu juga kat hidung... MF suka sapu kat hidung... Walaupun ada minyak tapi minyak kelapa, dia tak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit. Jadi, sangat selesa.

Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi

Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi

Semua MF sapu... Anak-anak dan MF sendiri pun pakai... Sapu kat hidung... Segarnya bau lavender... Untuk release stress ni MF guna Narinar Flutherphy botol purple... Memang kuat bau dia... Boleh ganti minyak wangi... Bau lavender terasa macam dok kat ladang lavender... Tenang je rasa...

Lepas sapu... Nampak anak-anak dah boleh dikawal... Takde nak lompat, lari, loncat macam tadi... Mu'allim pun dah tenang sikit.. Dah boleh senyum dan gelak bila diagah... Dan mudah dah nak tidurkan... Alhamdulillah... Dengan izin Allah... Khasiat dari tumbuhan ciptaan Dia yang banyak khasiatnya untuk kegunaan manusia... Kalau sapu kat anak, sekali dengan mak-mak tidur lena.. sebab bau dia, sedap sangat... relax dan tenang... MF suka sangat guna lepas balik kerja... hilang stress... 

NARINAR TT (Tummy Therapy)

Kisah benar 3
Ni kisah semalam... Balik kerja, suami tunggu depan pagar rumah sambil dukung Mu'allim... Katanya Mu'allim meragam tak nak diletak. Letak je, menangis...

MF pun, masuk je rumah... Tengok apa yang tak kena.. Hmm... Rupanya kembung perut... Patut la meragam... Dah ada Narinar series, memang tak ingat minyak lain... Terus ambil Narinar Flutherphy botol hijau untuk lega kan ketidakselesaan bayi...

Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi

Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi


Cara nak redakan kembung perut bayi dengan Narinar ST mudah je… Titik dua tiga titis dan sapu dan urut perlahan kat tapak kaki dengan menyentuh point pada tengah tapak kaki… Kemudian, dua titis lagi sapu sikit pada perut membulat pada sekeliling pusat arah lawan jam .. Lepas tu susukan  dan sendawa kan... Tak sampai 15 minit lebih kurang... Dah lena Mu'allim... Dapatlah rehat  dan layan anak yang lain lepas tu.. Alhamdulillah.. Memang Terbaik Narinar Flutherphy... Minyak terapi yang berkesan dan sangat membantu bagi MF yang ada anak kecil ni... Alhamdulillah dengan izin Allah...


Nak tahu teknik terapi uratan ni, boleh tonton video Sentuhan Ibu kat Link: https://sentuhanibu.com/video-tutorial-terapi/, sebab MF nak cerita lebih pun tak reti, baik korang tonton sendiri kan... pasti lebih mudah nak ikut.

Memang MF suka dengan  ketiga-tiga Narinar Flutheraphy ni.. Sangat-sangat membantu mak ramai anak macam MF ni...

Anak kecil ni mudah sakit kalau persekitaran dan cuaca berubah... Ubat moden tak sesuai untuk depa... Jadi, rawatan macam ni memang rawatan terbaik untuk merawat selesema, kembung perut dan tantrum. Walaupun produk ni tak menjanjikan akan sembuh sepenuhnya tapi bagi MF yang dah guna produk ni memang ternyata berkesan... Tak rugi cuba... Pelaburan yang sangat berbaloi....

Harga untuk minyak Narinar Flutheraphy ni korang boleh rujukan website Narinar Flutheraphy. Sebab kat situ ada senarai stokis dan pengedar sah disetiap negeri. Tak pun, korang boleh tengok kat Instagram Narinar Malaysia, sebab tengah promo kalau beli 1 set ni.. siap ada free gift lagi...

Cara Mudah dan Berkesan Redakan Selesema Bayi


Memang MF highly recommended buat ibu moden yang ada anak kecil ramai ni... Sangat membantu ok... Korang boleh dapatkan Narinar ni kat Facebook atau Instagram Narinar Therapy..atau call/whatsapp je nombor ni: 017-7171848.

Nak dapatkan produk Narinar Flutheraphy dengan harga diskaun... Jangan lupa guna kod ni masa korang beri dari Narinar Flutheraphy ye... Kodnya ialah : mariafirdz10

25 Mac 2018

Mac 25, 2018

[REVIEW] Syampu Sunsilk Hijab Refresh dan Minyak Wangi Sunsilk Hijab Limited Edition

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[REVIEW] Syampu Sunsilk Hijab Refresh dan Minyak Wangi Sunsilk Hijab Limited Edition | Orang perempuan kan... pantang ada promosi best layoq depan dia, mulalah menggugat iman.

Itulah yang terjadi kali ni... bila iklan syampu Sunsilk ni dok lalu kat wall Facebook. Kebetulan pula memang nak cari syampu rambut yang best. Sebelum ni guna Head and Shoulder, best juga syampu tu, tapi nak ubah selera plak rasanya.

Bila iklan syampu Sunsilk dok lalu depan Facebook, apa lagi.. terus la klik masuk cart... haha... Masuk je duit dalam akaun, dengan pantas terus klik payment... haha... taksub dan tak sabar di situ...

Tunggu 2 hari, dengan pantas seller hantar,,, Mujur dia guna Skynet... memang cepat la.. Kalau pos laju, tak dapat lagi nak review lagi ni.

[REVIEW] Syampu Sunsilk Hijab Refresh dan Minyak Wangi Sunsilk Hijab Limited Edition

[REVIEW] Syampu Sunsilk Hijab Refresh dan Minyak Wangi Sunsilk Hijab Limited Edition


[REVIEW] Syampu Sunsilk Hijab Refresh dan Minyak Wangi Sunsilk Hijab Limited Edition
Rezeki en.somi dapat teh free

Dapat je parcel, dengan laju buka kotak... Eksited ok... Buka je, terus nampak teh lipton... eh, bila masa beli teh lipton pula.. dalam hati je la kata ni... Sekali, selak kat bawah, ada barang yang dipesan... Teh tu free gift rupanya... lagi over eksited ok... macam dapat hadiah padahal beli guna duit sendiri tu... hehe...

Minyak Wangi Sunsilk Hijab Limited Edition


[REVIEW] Syampu Sunsilk Hijab Refresh dan Minyak Wangi Sunsilk Hijab Limited Edition

Yang terlebih eksited nak cuba ialah minyak wangi Sunsilk Limited Edition tu... Terus buka kotak... Sembur kat suami... Fuhh.. terus jatuh cinta, wangi dan segar seperti tenaga dicas semula... Memang bau kuat tapi sedap... suami pun suka... memang wangi betul... dah tu tahan lama pula tu. Semalam selepas maghrib suami pakai... dia balik rumah jam 11 malam pun masih bau lagi... Best bau minyak wangi ni...

Pagi tadi cuba syampu pula... Best giler bau dia... memang segar kepala otak... kalau stress-stress balik kerja, mandi dan syampu rambut gula Sunsilk Hijab Refresh ni, memang best lah... segar kepala... Bau pun wangi.

[REVIEW] Syampu Sunsilk Hijab Refresh dan Minyak Wangi Sunsilk Hijab Limited Edition

Memang puas hati beli, siap dapat free gift lagi... kalau ada yang nak beli boleh usha Lazada... tak mahal mana harganya... sebab 2 botol syampu 320ml tu berbulan tahan tu... minyak wangi tu sedap baunya, rasa sayang nak pakai selalu... MF pakai kat rumah je... sebab bau dia wangi dan kuat.. haram pakai kat luar rumah... just untuk suami... hehe...

Sekian, review ringkas MF, hasil shopping online bulan ini... 😊

04 Mac 2018

Mac 04, 2018

Jubah Dress RM16 di Nile.com.my

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jubah Dress RM16 di Nile.com.my | Nile.com.my, mungkin tak ramai yang tahu kewujudan webshop ini...

MF sendiri tau laman web ni untuk shopping pun sebab jadi blogger... Pernah join beberapa contest dari Nile beberapa tahu yang lepas.

Nile.com.my sama seperti Lazada dan Shopee.my juga... Cuma barangan di Nile.com.my ni tak banyak seperti dua mall online yang terkenal tu dan Nile ni takde applikasi...kena buka kat browser kalau nak membeli. Tapi seronok sebenarnya beli barang nile.com.my ni...

Yang MF suka beli barang di sini ialah pakaian... Harganya murah tapi berkualiti... Lama dah rasanya tak membeli di Nile.com.my ni. Tapi baru-baru ni boleh terjebak semula sebab dok lalu lalang beberapa kali iklannya di timeline Facebook.

Baru-baru ni Nile.com.my ada buat Flash Sale sempena Payday. Flash sale ni ada hari tertentu... Selama 3 hari yang Nile buat baru ni... 26 hingga 28 February. Ada barangan dengan harga rendah ikut hari yang tertentu.

Satu je yang betul membuat MF teruja sangat nak beli... Iaitu satu jubah dress jenama Haniya... Jubah ni mahal kalau harga biasa.. harga kat tempat lain cecah seratus lebih... Kat Nile.com.my dia jual RM79.90. Tapi, masa Flash Sale 28 February yang lalu, harga Jubah Dress Tu menjunam hingga ke RM16 Je sehelai...




Memang teruja habis la Kan... Mana nak dapat. Terus la Tanya suami... Dia pun bagi green light, kita pun apa lagi kan.. laju je tekan checkout...

Ni satu lagi MF suka dengan Nile.com.my ni... Kita boleh pilih jenis penghantaran yang kita nak dengan harga yang tertera... Untuk jubah yang MF beli ni, MF pilih delivery by GDex, sebab pos laju kat tempat MF problem... Tak laju dah... Cuma mahal sikit la... Apa pun harga juga tambah dengan kos pos tak cecah RM25 pun... Murah kan..

Jubah Dress RM16 di Nile.com.my


Jubah Dress RM16 di Nile.com.my

Alhamdulillah, lepas 2 hari order, terus terima barangnya dengan selamat. Apa lagi, kita try lah terus... Alhamdulillah.. memang terbaiklah... Memang betul .. ngam je ukuran yang diberi. . Kainnya pun sejuk je...



Jubah Dress RM16 di Nile.com.my

Senyum sampai telinga satu hari... Haha.. biasa kan orang perempuan... Bila dapat apa yang dia nak sangat tu, memang happy lah kan.. lagi happy bila suami belanja... Biarlah tak mahal mana pun kan...

Alhamdulillah, rezeki dapat grab jubah dengan harga murah.. inilah tips jimat untuk shopping online... Lepas dapat je beli,esok tengok semula, jubah dress haniya kembali ke harga asal RM79.90 dah.  Alhamdulillah... Memang nak jadi rezeki MF juga.. sebab kalau bukan rezeki kita, usaha macam mana pun tak kan dapat punya kan... Kalau nak jadi rezeki tu, Insha Allah dipermudahkan .. yang penting berserah kepada Dia.. kerana Dia Yang Maha Pemberi Rezeki... 

24 Februari 2018

Februari 24, 2018

Rasa Wonda Kopi Susu dan Wonda Mochaccino Memang Terbaik

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rasa Wonda Kopi Susu dan Wonda Mochaccino Memang Terbaik | Sebagai penggemar kopi, apa sahaja yang berasaskan kopi pasti akan menarik perhatian MF. Tak boleh nak buang tahap suka kat minuman kopi, cuma boleh kurangkan.

Jika dulu lepas fasa tak menyusu lagi, boleh kata setiap hari nak je minum kopi... Macam ketagih plak... Tapi MF tak minum kopi 3 in 1.

Antara minuman kopi yang menjadi kegemaran MF ialah jenama Wonda. Biasanya Wonda hanya ada dijual dalam bentuk tin minuman. Tapi masa cuti CNY yang lepas ternampak kat shell Wonda Kopi Susu. Ingat nak minta suami belikan tapi tak keluar plak hasrat tu. Jadi biarkan je rasa teringin tu berlalu..

Baru-baru ni suami isi minyak kat Shell, dia belikan bawa balik kopi Wonda yang MF nampak iklannya hari tu... Apa lagi, teruja habis la kan..

Rasa Wonda Kopi Susu dan Wonda Mochaccino Memang Terbaik 

Rasa Wonda Kopi Susu dan Wonda Mochaccino Memang Terbaik

Rasanya Yang Kurang Manis

Sekali rasa... Mmmm... Memang Terbaik... Memang rasa kopi pekat dan paling best tak manis. Rasa kopi lebih dari rasa susu tu... Memang terbaik lah... Produk dari Wonda ni memang menepati citarasa MF dan suami.

Gabungan Mocha dan Cappuccino Yang Lazat

Satu lagi perisa Mochaccino, gabungan rasa Mocha dan Cappuccino... Pun memang sedap dan lazat... Rasanya memang sedaplah... Nak tau korang kena rasa sendiri... Baru puas hati...

Biasanya MF beli kopi Wonda ni bila travel balik kampung atau bercuti... Rasa fresh dan membantu beri tenaga dalam perjalanan.

Tips Selepas Minum Kopi

Sekarang ni masih menyusukan anak jadi, minum kopi tapi terkawal dan dalam kuantiti yang disyorkan. Tak minum selalu.. Bahkan kopi juga adalah milk booster bagi MF... Cuma satu je... Bila minum kopi pastikan minum air kosong lebih barulah tak rasa perit tekak atau kering je...

Sekian, 

26 Januari 2018

Januari 26, 2018

Berpantang Dengan Set Bersalin Nona Roguy

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berpantang Dengan Set Bersalin Nona Roguy | Alhamdulillah, dah tamat dah sesi berpantang 44 hari dan 60 hari... Meneruskan pantang 100hari  dan 6 bulan pula.

Walaupun dah anak empat, tetap meneruskan pantang macam biasa. Badan nak kena tahan lasak jadi kena jaga pantang betul-betul.

Seperti biasa bila bab pantang ni, salah satu yang jadi kewajipan ibu bersalin ialah set berpantang. Masa belum bersalin pasti dah fikir dan berkira-kira nak makan set Bersalin apa kan.. MF pun macam tu juga.

Masa bersalin kan anak pertama MF tak ambil apa-apa set bersalin. Anak kedua pun sama... Cuma bertungku dan mandi herba pokok kayu yang mak pos kan dari kampung. Di samping, MF cuba set Bersalin D'herbs. Lepas habis pantang anak kedua MF amalkan jamu ratu dara. Alhamdulillah serasi dengan jamu tu.

Lepas bersalin anak ketiga pun sama juga... Masih berpantang dengan bertungku dan mandi herba akar kayu dari kampung. Dan teruskan amalkan jamu ratu dara. Kemudian MF stop dan ambil minuman botani Ephyra iaitu Inteemor. Dan tak teruskan selepas 2 botol sebab pregnant pula anak keempat.

Anak keempat ni rasa nak cuba pula set Bersalin. Sebabnya kali ni bersalin setahun seorang kan... Rasa Nak la rawat rahim betul-betul kan. Selepas lihat review dan cadangan kawan-kawan MF berminat nak cuba set Bersalin Nona Roguy.

Selepas tengok pakej dia, banyak juga rasanya tak terhabis ni.. Jadi MF ambil yang basic je.. Iaitu Phytonatal, Akar Herbanika, dan Minyak Herbanika. MF beli pakej ni dari pengedar NR di shopee... Hehe...

Berpantang Dengan Set Bersalin Nona Roguy


Review set Bersalin Nona Roguy

Minyak Herbanika Nona Roguy 

Lepas bersalin, yang MF cuba dulu ialah minyak herbanika. Sebab memang MF bawa ke hospital minyak ni...

Lepas bersalin, masuk wad tu MF dah terus sapu kat area kaki sebelum pakai stokin dan sapu juga kat area perut. Best sangat rupanya minyak ni... Ia beri rasa hangat je... Memang bagus sangat minyak ni. Waktu hujan sementara nak panaskan tungku tu, sapu dulu minyak ni.. Jadi, takde lah nak rasa gigil bentan ke.. Sebab hangat dan wangi bau herba tu menenangkan dan Elak rasa pening. Highly recommended.

Phytonatal Nona Roguy 

Yang kedua MF cuba ialah Phytonatal.

Review set Bersalin Nona Roguy

Yang ni MF ambil lepas anak dah habis demam kuning. Kira dalam 2 minggu lebih juga baru makan yang ni. Permulaan ambil sebiji sebab nak tengok kesan dia... Tengok baby takde kesan apa-apa, MF cuba ambil 2 biji pula.

Rupanya phytonatal ni fungsi dia menguruskan badan dan mengempiskan perut. Memang pelawas yang berkesan.

Lepas makan 2 biji waktu pagi, dalam waktu tengah hari tu membuang dengan jayanya. Lepas tu confirm akan rasa kempis dan ramping je.. 😁

MF ambil sebiji setiap pagi... Jika rasa sebu, dan susah membuang baru ambil 2 biji. Memang bagus sangat untuk ibu lepas bersalin yang ada masalah sembelit. Cuma ini ramuan herba wajib minum air banyak-banyak.

Phytonatal ni tak mengganggu susu ibu bahkan membantu membanyakkan susu ibu lagi. Jadi, jangan risau. Baby pun takde meragam atau panas ke apa walaupun ambil phytonatal ni.

Alhamdulillah, serasi dengan MF. Berbaloi beli.

Review set Bersalin Nona Roguy

Akar Herbanika Nona Roguy

Akar herbanika ni rupanya minuman herba ye. Tengok uncang macam uncang mandian herba D'herbs. Sekali minuman rupanya.

Jadi, agak ambil masa MF nak cuba minum yang ni. Sekali bertekad cuba minum.

Mudah je, rendam satu uncang dalam 1 mug air panas. Biarkan hingga macam kekuningan air teh hijau tu ataupun hingga air sedikit suam. Pastu minum je.

Akar herbanika ni takde lah berbau herba sangat... Masih boleh ditelan. MF tambahkan 1 sudu madu jadi, sedap sikit rasanya.

Tapi, akar herbanika ni tak serasi dengan  badan MF nampaknya, sebab panas. Lepas minum badan MF jadi panas. Malamnya terus demam panas. Haha... Jadi, MF tak minum dah. Ingat nak bagi je la kat sesiapa yang nak minum akar herbanika tu. Apa pun rasanya not bad. Macam minum teh hijau je... Cuma kesannya badan MF yang tak tahan.

OK, itu je lah antara review dan pengalaman MF cuba set Bersalin Nona Roguy. Tiga produk tu je la  yang MF  review sebab 3 tu je MF beli. Yang lain MF tak cuba sebab MF rasa MF tak guna nanti. Untuk krim barut MF guna Pati Halia je... Lepas tu baru pakai bengkung. MF tak beli sebab dah beli pati halia tu... Insha Allah, ingat nak cuba juga nanti walaupun dah lama bersalin.

Tips:

Nak pilih set bersalin, tengok bajet dan baca setiap produk serta kegunaan produk tu sendiri. Jika produk makan ni tak boleh sangat nak ikut orang sebab penerimaan badan setiap orang tak sama... Jadi, produk luaran juga tengok pada penggunaan. Macam MF tak beli sangat sebab banyak ambil dari kampung je. Macam tungku semua tu tak beli dah sebab guna yang turun temurun dari mak MF je.. Bagi yang takde lagi bagus beli satu set.

Semoga bermanfaat. 

19 Januari 2018

Januari 19, 2018

Tasneem Naturel Balm Meredakan Ketidakselesaan Anak Kecil

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tasneem Naturel Balm Meredakan Ketidakselesaan Anak Kecil | Hai, baru sempat nak story pasal balm kesayangan MF yang pernah MF share kat FB. Seminggu yang lepas, negara kita dilanda musim sejuk yang luar biasa. Bila berlaku perubahan suhu yang luar biasa, semestinya badan anak-anak kecil dan orang yang berusia akan mengalami kejutan dan ini akan menyebabkan berlakunya gangguan kesihatan.

Keluarga MF sendiri tak terkecuali terkena tempias akibat perubahan suhu ni. Bermula dengan si kakak yang sulung.. dengan demam dan batuk serta sakit kepala. Alhamdulillah, reda demamnya selepas diberikan ubat. Ingatkan berakhir di situ, tapi tidak. Virus yang dibawa kakak dari sekolah tu rupanya berlegar dalam rumah, tambah dengan suhu lembab pula.. Akhirnya berjangkit ke adik-adik dia. Cuma, syukur Alhamdulillah tak terkena kat si baby yang baru 2 bulan tu.

Tempias tu masih terasa sampai ke MF pula... Alhamdulillah rasa reda sikit hari ni... berbanding semalam yang agak kritikal.. menggigil kot... bertungku dan berselimut... akhirnya mengalah dengan telan panadol juga.

Bila anak sakit dan tak selesa, memang diorang akan merengek... Penat juga melayan kerenah mereka. Cuaca sejuk menyebabkan anak-anak kembung dan selesema, lepas tu mula la tambah dengan batuk. Anak ketiga MF bertambah dengan asma lagi... Allahu.. dugaan sungguh..

Bila keadaan macam ni, mula la cari minyak macam-macam untuk redakan ketidakselesaan anak-anak tu. Dalam dok mencari tu, ternampak la kengkawan dok share pasal satu set balm Tasneem Naturel. Memang terpikat sebab banyak review positif pasal balm ni. Tambah dengan packaging yang sangat comel. Selain tu, Balm ni ada kelulusan KKM, takde bahan kimia dan 100% organik yang memang dijamin selamat untuk kegunaan semua lapisan umur dari bayi hingga orang dewasa.

Alhamdulillah, bila dapat je set balm ni, terus MF tunjukkan kat suami. Balm pertama MF buka ialah yang warna kegemaran MF la warna hijau iaitu Calm Time, fuhh.. wanginya bau dia.. bau EO lemon... terus suami minta sapu kat dia yang kebetulan dia tengah migrain tu.. Mmmm... Rasa fresh dan tenang katanya lepas sapu balm.

Terus MF cuba pula balm yang lain. Owhh.. ok, untuk pengetahuan korang semua, satu set balm ni ada 4 botol yang sangat comel. Dengan packaging dan warna yang super sweet, tambah dengan bau yang rasa nak makan, memang rasa sangat berbaloi dengan balm ni.

Anak-anak MF pun suka balm ni. Anak MF yang ketiga tu, cukup suka balm ni. Lepas mandi wajib sapu dia dengan balm sebab dia ada asma dan mudah batuk.. Kalau tunjuk balm lain, dia lari tak nak disapu. Tapi dengan Tasneem Naturel Balm-Cough and Flu Time, tunjuk aje botol balm, mencicit dia lari datang minta disapu... suka betul tengok dia.. Bau balm-balm ni semua memang menenangkan sebab kandungannya yang semulajadi dan menggunakan essential oil sebagai salah satu bahan utama dalam balm ini.

Ok, ini antara pengalaman MF sendiri gunaTasneem Naturel Balm ni.


Tasneem Naturel Balm

Tasneem Naturel Balm Meredakan Ketidakselesaan Anak Kecil

4 Jenis Tasneem Naturel Balm:

Sleep Time

Anak Susah Tidur

Sleep Time Balm ini tujuannya untuk membantu memudahkan anak tidur dengan lena, membaiki kualiti tidur serta membantu anak bangun dalam mood yang ceria.

Sejak ada balm ni, rutin malam MF untuk tidurkan anak-anak, sapu balm ni di tengah belakang, pergelangan tangan, belakang telinga dan tapak kaki untuk pastikan anak-anak tidur lena dan memang lepas sapu balm ni, anak MF mudah tidur terutama anak MF yang kedua tu... Biasa dia kalau dah tidur siang payah nak tidur malam... sampai 1 pagi dia boleh berjaga lagi, tapi dengan balm ni, dia boleh tidur malam walaupun dah tidur waktu siang. Alhammdulillah.


CoughFlu Time

Anak Batuk dan Selesema

CoughFlu Time Balm ini boleh digunakan untuk membantu mengurangkan selsema dan mencairkan kahak, melegakan asma serta mengurangkan suhu ketika anak-anak demam.

Inilah balm pembantu MF masa anak-anak demam. Sapu setiap pagi, tengah hari dan malam ... Tambah dengan suhu sejuk baru-baru ni, MF sapu je setiap masa. Sapu kat dada, belakang, tapak kaki... kurang sikit batuk bila sapu balm ni. Alhamdulillah...dengan izin Allah.


Calm Time

Atasi Anak Tantrum

Calm Time Balm digunakan untuk memberikan keselesaan kepada bayi, mengurangkan keletihan dan tekanan serta membantu anak-anak supaya diaorang rasa lebih tenang.

Balm ni bukan anak-anak MF je guna, MF dan suami pun guna juga. Bila rasa sakit kepala, penat buat kerja rumah, Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan...rasa lebih relax, tenang dan fresh...


Tummy Time

Atasi Anak Kembung Perut

Tummy Time Balm ini sesuai digunakan untuk membuang angin dalam perut dan membantu melegakan perut sebu dan kembung. Kalau ada masalah cirit birit pun boleh juga kalau nak cuba sapukan balm ini.

Bila musim sejuk, anak-anak mudah alami kembung perut kan... Inilah balm yang Mf guna untuk redakan ketidakselesaan perut anak-anak. Sapu pada perut dan tapak kaki untuk buang angin. Takdelah asyik nak merengek je.

Boleh dikatakan Tasneem Naturel Balm Set ni pembantu yang berkesan untuk mak-mak yang ada anak kecil. Memang berbaloi ada pembantu ni..

Harga Dan Packaging Tasneem Naturel Balm

Setiap jenis Tasneem Naturel Balm dijual dengan harga RM49 sekotak untuk Semenanjung Malaysia dan RM52.00 sekotak untuk Sabah dan Sarawak. Packaging balm ni memang comel, serta mudah dibawa ke mana-mana.  Balm ini diletak dalam bekas botol kaca yang tebal bersaiz 18 gram berwarna lutsinar serta dilabel dengan jenis dan warna yang sangat menarik. Comel kan..

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan serta pembelian, bolehlah hubungi:-
Tasneem Naturel Network
15-1, Jalan Putra Kajang,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor.

Hotline : 011-20964665 (Order)
010-8453469 (Daftar Agen & Stokis)
Instagram : Tasneem Naturel (Offical HQ)
Facebook : Tasneem Naturel HQ
www.tasneemnaturel.com