Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

31 Mei 2018

Mei 31, 2018

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap | Lama tak makan keli... Bila ada member offer ikan keli terus terbayang kan ikan keli goreng berlada.. Sebab tu resepi feveret MF...

Ikan Keli ni memang MF suka... Tapi tak suka nak siang dan nak buat...

Tapi memang resepi berasaskan ikan keli memang MF suka. .

Ikan Keli Goreng Berlada senang sangat nak buat... Cuma leceh tang ikan tu je.. Nak siang semua  kan.. Tapi kalau nak makan takde masalah..

Meh kita tengok macam mana mudahnya nak masak ika  keli goreng berlada...

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap


Bahan-Bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap 


  • Ikan keli sederhana besar.
  • bawang putih-ditumbuk.
  • bawang besar-ditumbuk.
  • cili merah-ditumbuk.
  • cili padi- ditumbuk (tambah jika nak pedas)
  • Sedikit air asam jawa.
  • Gula.
  • Garam.
  • Minyak masak.
  • Serbuk Kunyit.


MF tak letak sukatan sebab sukatan tu ikut lah berapa banyak korang nak masak... Kalau ikannya sikit, bahan lain pun sikit... Kalau ikan banyak bahan pun banyak guna.. Jadi, fleksibel.

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap

Cara memasak ikan keli goreng berlada

1. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biar seketika kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing. Dah siap angkat dan toskan minyaknya.

2. Bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi ditumbuk. Jika nak kisar pun boleh. Ikut mana yang selesa.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga masak. Lada sebaiknya dimasak lama sikit nak elak daripada sakit perut.

4. Setelah itu, masukkan air asam jawa. Jangan masuk banyak, takut rasa masam lebih nanti.

5. Kemudian, masukkan garam dan gula. Bila semua bahan tadi sekata tutup api.

6. Tuangkan sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.

Boleh kalau nak tambah hiasan dengan potong bawang Holland bulat-bulat... Dan masukkan akhir sekali sebelum matikan api tu... Menambah rasa sedap manis dan deko yang cantik semasa menghias hidangan.

Tips Membersihkan Ikan Keli

Tips ni MF dapat dari kawan dan sebenarnya MF sendiri tak mampu nak buat sendiri sebab geli.. Hihi...

Apa pun.. MF kongsi kan disini untuk pengetahuan bersama... Atau mungkin satu hari MF nak belajar masak sendiri ikan keli... Boleh godek kat blog sendiri...

Biasanya kalau beli ikan keli kat pasar kita boleh minta disiang siap... Kalau tak nak kepala pun dia boleh tolong potongkan... Kita balik terus bersihkan aje...

Kalau kita perhatikan, antara leher ikan keli dan badannya setelah dipotong tu ada gumpalan darah kecil sebesar kepala mancis dibahagian kiri dan kanan antara tulang belakang ikan tersebut. Kena buang darah tu, nak elakkan rasa hanyir darah ikan semasa nak basuh ikan keli tersebut. Ni pun mak MF sendiri ajar juga...

Lepas basuh darah semua tu, lumurkan ikan keli dengan limau nipis atau asam keping untuk hilang lendir. Kalau kat kampung, mak MF guna daun jambu batu. untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan tersebut.

Perap kejap dengan bahan tu lebih kurang 15 minit camtu... Kemudian bilaslah dengan air bersih.

Tips Elak Ikan Keli Meletup Ketika Menggoreng 

Tips nak elak ikan keli meletup masa goreng adalah dengan mambuat banyak hirisan pada badan ikan atau kelar banyak kat badan ikan tu.. Sebab dengan cara tu air dari ikan tu cepat la kering... Jadi kurang lah meletup masa menggoreng... .

Mudah je nak masak... Tapi nak siang ikan keli tu yang mencabar...

MF beli ikan keli siap goreng je.. Pastu balik  buat kuah lada tu.. Hehe...

Nak masak tu takde hal.. Nak siang tu yang leceh... Hihi.. Kot nanti dah buat tak lalu nak makan pula..


Kredit gambar: Lauk berbuka hari ini... Hihi... 

30 Mei 2018

Mei 30, 2018

Resepi Ayam Buttermilk Simple

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ayam Buttermilk Simple | Dada ayam, part yang orang jarang nak makan sebab banyak isi. Kena cari resepi yang bersesuaian supaya tak muak dimakan.


Dada ayam ni, sesuai dengan resepi yang tidak berkuah... Kering, pedas sesuai lah kan...


Jadi, tercetus idea nak masak ayam buttermilk untuk juadah berbuka puasa.

MF buat kering tak berkuah...kalau nak berkuah, lebihkan bahan utama iaitu milk(susu).

Mudah sangat buat ayam buttermilk ni... Bahan pun ringkas...

Resepi Ayam Buttermilk Simple

Resepi Ayam Buttermilk Simple
Resepi Ayam Buttermilk Simple

Bahan-Bahan:

2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
3 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
3 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:

2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Tips: Nak mudah, guna je tepung serbaguna macam tepung bestari ... lagi cepat...

Cara Penyediaan:

1.Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
2.Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
3.Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air.
4.Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
5.Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Resepi Ayam Buttermilk Simple
Resepi Ayam Buttermilk Simple

Cara-cara masak ayam buttermilk:

1.Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
2.Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
3.Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Siap, angkat dan sedia dihidangkan.

Kalau nak pedas, tambahkan cili...
Mudahkan...

Selamat mencuba.

27 Mei 2018

Mei 27, 2018

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap | Semalam puas mikir menu sampingan disamping menu utama nasi.

Setakat ni tak pernah tinggal nasi...

Perut Melayu katakan..

Dalam dok mikir, flashback balik menu berbuka puasa masa dok kat kampung.

MF dari utara, kalau berbuka puasa tak sah menu penuh satu meja.. Hehe.. Meriah..

Jadi, bila flashback tu teringat menu cucur Udang dengan kuah kacang. Kalau kuah kacang belah utara nun, beli kedai pastu balik bancuh dengan air suam ja..

Tapi kat Johor mana nak cari kan..

Jadi, meng'google' lah kita cari resepi... Kalau boleh yang mudah dan senang nak buat.

Banyak resepi kat Google yang kebanyakan hampir sama...

Jadi, lepas tengok resepi kita pun masuk dapur try la..

Selepas mencuba, wow! Memang ternyata menjadi rasa kuah kacang tu... Puas hati dan gumbira rasanya... Hahahaha... 😂

Mudah sangat nak buat cucur Udang dengan kuah kacang utara style ni..

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap
Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

Bahan-bahan untuk buah cucur udang


  • 3 cawan tepung gandum;
  • 1 1/2 cawan udang basah, MF guna udang besar tapi dipotong dua. Kalau udang kecil tak perlu nak potong dah.. Tapi nak buh seekor terus pun boleh. 
  • Satu sudu kecil soda bikarbonat
  • Satu sudu kecil baking powder 
  • Satu sudu kecil serbuk kunyit
  • Daun kucai (nak sedap lagi tambah tauge dan bawang... Tapi sebab anak nak makan tak tambah la bahan ni.. Kang habis dia dok asingkan je) 
  • Air suam
  • Garam
Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap
Add captionCucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah

Cara membuatnya:


  1. Masukkan je semua bahan dan gaul sebati... 
  2. Pastikan adunan tu tak cair sangat dan tak pekat sangat. 
  3. Nak goreng, ceduk guna senduk yang dalam dan tuang dalam minyak yang betul-betul panas. 
  4. Dah garing luar, angkat dan toskan minyak. 
  5. Nak makan nanti potong dan cicah dengan kuah kacang. 

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

Resepi kuah kacang cucur Udang utara style

Bahan-bahannya 


  • 2 cawan kacang tanah
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar 
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya 
Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap
Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

Cara membuatnya 


  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga garing dan kisar kasar. Jangan halus sangat. 
  2. Goreng pula cili kering dan bawang besar yang di mayang halus dengan sedikit minyak hingga garing. Kemudian kisar halus
  3. Masukkan bahan kisar, gula, air asam jawa, garam dalam periuk. Kemudian tambahkan air secukupnya dan masak hingga mendidih. 
  4. Dah dapat kepekatan yang dikehendaki tutup api. 
  5. Siap dihidangkan bersama cucur Udang. 


Memang menjadi rasanya kuah cucur Udang ni. Sama macam yang jual kat belah utara nun. Kalau tau senang nak buat kuah tu, dah lama den buat...

Lepas ni tak payah tunggu posa la... Boleh buat untuk makan dan minum petang.

Try la siapa nak try... Kot ada yang tengah fikir nak makan apa kan petang ni...

Selamat mencuba... 

23 Mei 2018

Mei 23, 2018

Ikan Kerisi Masak Kari Kering

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ikan Kerisi Masak Kari Kering | Idea dan resepi dari en.somi... Turn dia masak Ramadhan ke-5...

Giliran memasak secara giliran... kalau waktu cuti memang MF masaklah... Tapi hari kerja, kadang MF kadang suami yang masak.

Sepeti biasa, simple je menu kami...

Ramadhan ke-5 suami masak Ikan Kerisi Masak Kari Kering.

Biasa orang goreng kari... tapi yang ni lain sikit...

Rasanya memang lain, tapi sedap... Nak masak pun sekejap dan simple sangat.

Ikan Kerisi Masak Kari Kering

Ikan Kerisi Masak Kari Kering


Bahan-bahan:

Ikan kerisi
Bawang besar - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
3 biji cili padi - tumbuk
1 tangkai daun kari
Serbuk kari Baba's
1/2 cawan air
Gula dan garam sebagai perasa

Ikan Kerisi Masak Kari Kering

Cara memasak:

Goreng ikan kerisi hingga garing, ketepikan

Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
Masukkan daun kari dan serbuk kari.
Masukkan air dan kacau rata hingga masak dan pecah minyak.
Masukkan garam dan gula
Kemudian masukkan ikan kerisi tadi, dan kacau rata...
Angkat dan hidangkan...

Simple kan.. Tak perlu masa yang lama pun... 

Ikan kerisi memang sesuai masakkan kering macam ni, sebab isinya jenis lembut manis. Kalau buat kari berkuah, isinya mudah hancur. 

Sekian, selamat mencuba.

20 Mei 2018

Mei 20, 2018

Resepi Sup Sayur Cendawan Campur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Sup Sayur Cendawan Campur | Semalam menu simple je... Setiap hari mesti ada menu berkuah... Bulan puasa, memang kena makan menu berkuah untuk ganti bendalir yang hilang dalam badan ketika puasa.

Semalam, just nak masak yang simple... Ayam goreng kari dan baki ayam tu buat sup... Tapi tak best sup ayam biasa, jadi disebabkan ada cendawan dan sawi terus tercetus idea nak masak sup cendawan campur.

Resepi Sup Sayur Cendawan Campur

Bahan-bahan:

Resepi Sup Sayur Cendawan Campur


  • 1/2 bawang besar
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar sos tiram pedas
  • Sedikit isi ayam
  • Cendawan tiram - dicarik-carik
  • Sawi bak coi
  • Carrot
  • 1 sudu serbuk sup
  • Gula dan garam sebagai perasa
  • sedikit minyak untuk menumis.


Cara Memasak:


  1. Tumbuk bawang besar dan bawang putih.
  2. Tumis bawang dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan isi ayam
  4. Kemudian, masukkan sos tiram.
  5. Masukkan sedikit air
  6. Masukkan serbuk sup
  7. Masukkan carrot dan masak hingga empuk.
  8. Masukkan cendawan dan kacau seketika.
  9. Masukkan sawi, dan perasakan dengan gula dan garam.
  10. Biarkan hingga nampak sawi layu dan tutup api.
  11. Siap dan hidangkan.
Resepi Sup Sayur Cendawan Campur

Simple je menu ni, tapi berkhasiat.. anak pun suka... Alhamdulillah...

19 Mei 2018

Mei 19, 2018

Bayam Goreng Tepung Bestari Bersama Cornflakes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bayam Goreng Tepung Bestari Bersama Cornflakes  | Ni menu berbuka puasa untuk hari kedua.

Bila puasa ni, idea memasak mencurah-curah walaupun bahan memasak terhad. Itulah rezeki.

Lagipun bila puasa kita tak beriya nak makan.. Cukup yang simple dan mudah nak masak je...

Semalam simple menu... Ikan dan sayur bayam. Tengok daun bayam hijau yang kembang cantik je.. Terus datang idea nak buat bayam goreng tepung.

Mudah je nak buat bayam goreng tepung ni... Sebab MF guna tepung serbaguna cap Bestari atau Tepung Bestari.
Bayam Goreng Bestari Bersama Cornflakes


Bayam Goreng Bestari Bersama Cornflakes

Bahan-bahan


  • Daun bayam - cuci bersih-bersih
  • Tepung goreng bestari - ikut citarasa nak guna perisa apa... MF guna perisa Hot and spicy
  • Tepung gandum - untuk dicampur dengan tepung bestari sebab pedas sangat anak tak boleh makan nanti... Kalau guna perisa lain tak perlu tepung gandum ni.
  • 1/2 cawan air masak
  • Cornflakes - ramas tapi tak perlu sampai hancur


Cara membuatnya :


  1. Bancuh tepung bestari dengan air. Agak-agak la.. Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat.
  2. Masukkan daun bayam dan gaul rata hingga kena kat semua daun bayam.
  3. Biarkan seketika.
  4. Sementara tu, campurkan tepung bestari, tepung gandum, dan cornflakes. Gaul rata.
  5. Untuk menggoreng, ambil daun bayam yang dah direndam tepung tadi, gaul dalam campuran tepung dan cornflakes dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  6. Bila dah kekuningan boleh angkat dan toskan.


Bayam Goreng Bestari Bersama Cornflakes


Nak cepat dan elakkan hangit semasa menggoreng...gaulkan semua daun bayam dalam campuran tepung dan cornflakes lepas tu baru goreng.

Ada orang goreng terus lepas rendam dalam bancuhan tepung. Boleh juga... Tapi cara tu mudah serap minyak. Jadi, MF guna teknik celup tepung dua kali untuk elak serap minyak yang banyak. Satu rendam tepung yang dibancuh.. Satu tepung serbuk.

Bila campur dengan cornflakes rasa lemak, manis pedas dan masin sebati... Campur dengan rangup tu... Aduiii... Sedap betul buat kerepek nak raya nanti... Tapi jenuh juga nak mencelup tu.. Hehe...

Dengan bahan yang simple... Dapat hasilkan menu ringkas semalam... Tapi buat sikit je... Kalau buat banyak boleh jadi kerepek untuk raya... Hehe

Selamat mencuba.. 

12 Mei 2018

Mei 12, 2018

Resepi Jus Sedap Lazat Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa Bagi Ibu Menyusu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Jus Sedap Lazat Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa Bagi Ibu Menyusu | Minggu depan dah nak puasa.

Insha Allah, ikutkan kali ni, kali keempat lah MF berpuasa sebagai status ibu menyusu. Ibu menyusu yang berpuasa ni termasuk dalam golongan yang harus berbuka puasa. Tapi ada syaratnya, wajib puasa ya.. cuma jika tak larat, harus berbuka.

Sebagai ibu menyusu, memang kerap lapar. Bila bulan puasa memang risau kan.. larat ke tak nak menyusu anak nanti.. cukup ke susu untuk anak... Ini sentiasa jadi kerisauan mak yang menyusukan anak.

Tapi, ikut pengalaman MF, bulan Ramadhan bulan rahmat. Makan sikit tapi boleh kenyang... minum tak banyak, tapi insha Allah susu tak kering selagi kita berfikiran positif dan asalkan amalkan pemakanan yang betul dan seimbang. Paling penting jangan skip sahur.


Tapi ada satu resepi mudah untuk beri tenaga khususnya kepada ibu menyusu dan ibu mengandung ketika berpuasa.

Resepi Jus Sedap Lazat Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa Bagi Ibu Menyusu
sumber: google images

Resepi Jus Sedap Lazat Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa Bagi Ibu Menyusu

Antara bahan-bahannya ialah kurma dan susu. Seperti yang semua tahu kurma mengandungi banyak khasiat. Susu pula mengandungi kalsium untuk menguatkan badan. Bila bergabung bertambah la tenaga.

Bahan² jus kurma susu :
- kurma
- air kosong
- susu kambing / susu segar / susu UHT (elakkan susu tepung atau susu pekat)

Cara² buat jus kurma susu
1. Buang biji kurma
2. Rendam kurma dengan air kosong sehingga menutupi bahagian paling atas kurma (rendam selepas berbuka hingga ke sahur)
3. Ketika sahur, campurkan kurma dan air tadi bersama susu.
4. Blend ke semua bahan sehingga halus
5. Siap! Sedia untuk diminum.

Boleh juga campurkan buah-buahan lain yang berkhasiat. Boleh juga campurkan halia atau halba. Halba salah 1 milkbooster terbaik. Nak campur badam pun boleh.. menjadikan jus susu kurma lebih rasa lemak dan manis.



Walaupun ada jual susu kurma ni kat pasaraya, tapi MF tak lalu nak telan.. Lebih baik buat sendiri... Lagipun tak susah mana.. semudah ABC...

Jus ni bukan untuk kaum ibu je.. untuk semua golongan dan peringkat usia...

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

19 April 2018

April 19, 2018

Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je | Boleh datang idea nak buat begedil ni lepas ada orang tayang kat Facebook la...

Memandangkan kentang selalu aje sampai nak jadi pokok, apa kata buat begedil.

Begedil ni makan dengan sup memang terangkat.


Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je

Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je

Resepi Begedil Kentang


  • 5 biji kentang (direbus)
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
  • Bawang goreng
  • Ayam/daging
  • Garam dan gula sebagai perasa
  • (Add On) Serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.
  • Telur (untuk salutan sebelum goreng)


Cara memasak

Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je



  1. Campur dan gaulkan semua bahan biar sebati.
  2. Kemudian, bentukkan ikut suka...
  3. Sebelum goreng, celup dalam telur dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  4. Agak kekuningan, boleh angkat  dan toskan.


Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je

Kalau nak buat frozen, boleh separuh masak... Tapi MF goreng je sampai masak. Bila nak masak yang frozen, cuma defrost dan masak guna air fryer. Kalau takde air fryer boleh guna pemanggang ajaib atau kuali yang tak melekat.

Pertama kali buat sebenarnya tapi not bad. Suami siap beli kentang suruh buat lagi. Kali pertama buat letak ayam, kali kedua buat letak daging pula. Memang sedap, lembut dan tak puas makan sebab penambah selera bila makan dengan nasi. Tambah lengkap lagi kalau ada sup dan sambal kicap... Fuhh... Pasti berselera...

Selamat mencuba. 

09 April 2018

April 09, 2018

Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan | Bila bosan, rasa nak makan kudapan... Nak membeli jajan bukan kegemaran... Lagipun tak baik untuk kesihatan.

Kena masuk dapur buat kudapan mudah untuk keluarga. Projek dapur laki bini bermula...

Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan.

Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
250 gram butter

Untuk hiasan
Coklat cip atau coklat urai

Cara membuatnya :


  1. Ayak tepung jagung, tepung gandum, dan serbuk koko.
Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan.

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit hingga sebati semua.
  3. Gaulkan/pukul hingga agak-agak boleh dikepal.
  4. Bentukkan ikut suka.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 175 darjah Celsius api atas bawah selama 25-30 minit bergantung kepada oven masing-masing. 

Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan.

MF bentukkan bulat dan tekan guna garpu je... Lepas tu hias dengan coklat rice. Buat dengan anak-anak suka aje depa ni...

Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan




Mudah kan... Memang sedap kudapan ni... Biskut ni dah masuk list untuk menu kuih raya tahun ni... Hehe...

Selamat mencuba... 

04 April 2018

April 04, 2018

Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy | Rendang ayam crispy satu resepi baru yang mencetuskan fenomena di media sosial... Sana sini kecoh pasal rendang ayam crispy ni...

Tadi, MF saja dok sembang isu ni dengan suami... Dia layankan aje bini dia bercerita isu tular terkini... Kat wall dia takde isu begini sebab semuanya pasal kereta je... hehe...

Lepas MF cerita pasal chef UK yang komen pasal rendang ayam yang tak crispy dalam resepi rendang ayam tu... suami senyum je...

Tapi, dalam senyum tu suami MF beri idea macam mana nak hasilkan rendang ayam crispy... Mudah je katanya...

Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy


Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy

Goreng ayam tu rangup-rangup... se"crispy" yang boleh... Kemudian, masak kuah rendang tu asing... Bila nak makan... taruk la kuah rendang atas ayam tu... jadilah rendang ayam crispy... 


Ha...a... MF pun tak terfikir idea masak macam tu... kalau macam tu memang boleh hasilkan rendang ayam crispy pun... haha... Itulah bab masak ni suami MF lebih kreatif sebenarnya.

Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy

Tapi kalau ikut resepi asal rendang ni... ianya ibarat rendam ayam dalam rempah ratus dimasak sehingga sebati semuanya... Jadi mustahil nak jadi crispy kan... Tapi kalau dah si Masterchef UK tu nak resepi Rendang Ayam Crispy... Boleh la cuba masak macam cadangan suami MF tu... Masak kuah rendang ayam... kemudian tuang kuah atas ayam goreng crispy... Jadilah rendang ayam Crispy... Mudah kan... haha...

Siapa nak cuba idea resepi ni dipersilakan... MF, next time MF cuba ya... kalau menjadi ayam rendang crispy ... boleh lah kita komersialkan sampai ke UK sana... hehe... 

10 Mac 2018

Mac 10, 2018

Menu Sarapan di Hujung Minggu: Lempeng Gula Melaka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Menu Sarapan di Hujung Minggu: Lempeng Gula Melaka | Sarapan hujung minggu lama tak masak... Kali ni ada sarapan disediakan Mr. Mama...

Pepagi lagi sesudah subuh, en.somi buat sarapan... Kena mood rajin dia kan... Alhamdulillah...

Lempeng gula Melaka

Kali ni dia buat lempeng gula melaka. Katanya menu zaman dia kecik-kecik dulu. Jadi, mestilah dia yang lebih tau resepinya.

Katanya tak susah pun nak buat. Hanya guna 4 bahan je... Iaitu tepung gandum, gula melaka, air sejuk (air peti sejuk) dan sedikit garam.

Lempeng gula Melaka

Cara membuatnya, gaulkan semua bahan sebati.. kemudian, tuangkan adunan di atas pan atau kuali anti lekat. Biarkan seketika hingga masak..dan angkat. Mudah je nak buatnya. Nak bagi lebih rasa, boleh taburkan gula melaka atas adunan yang belum masak tadi...

Menu sarapan

Hmm.. kenyang 2 keping selamat ditelan.. simple sarapan dihujung minggu kali ni... Alhamdulillah..

Apa menu sarapan feveret korang di hujung minggu?😉

05 Mac 2018

Mac 05, 2018

Resepi Ayam Golek Juicy Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Ayam Golek Juicy Mudah | Resepi tertunggak... Buat minggu lepas lagi...

Tercetus idea nak buat ayam golek sebab nak test oven baru yang terjebak di CjwowShop. Mulanya menggodek idea mencari resepi di Google dan Facebook... Tapi akhirnya, buat resepi sendiri juga.

Mudah je buat ayam golek ni.. Bagi yang takde tempat nak golek boleh panggang...

Resepi Ayam Golek Juicy Mudah

Resepi Ayam Golek Mudah

Bahan-bahan

1 ekor ayam, cuci bersih dan kelar dibahagian yang banyak isi untuk lebih serapan dan cepat masak bila bakar nanti.
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang serai (racik dan tumbuk)
7 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 sudu besar serbuk lada hitam (jangan guna yang jenis halus, yang jenis kasar sikit. Atau kisar je biji lada hitam)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu besar sos tiram pedas
2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu madu
1/2 kiub pati ayam
Garam dan gula sebagai perasa

Cara membuatnya:

Resepi Ayam Golek Mudah

Masukkan semua bahan dalam bekas dan gaul sebati... Kemudian lumurkan pada seluruh ayam dan perap selama sejam (tak perlu masuk dalam peti sejuk).


Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah celcius api atas bawah, selama 40 - 60 minit bergantung kepada oven masing-masing. Kalau ayam besar, tambah lagi la masanya.

Tips: 

Untuk nak hasilkan juicy tu, kat bahagian bawah oven tu, masukkan air dalam tray... jadi, masa bakar akan kekalkan kelembapan pada ayam. Jadi, walaupun bakar lama, ayam tak kan kering... tapi juicy dan lembap isinya...

Resepi Ayam Golek Mudah

MF buat rencah ni lebih sikit sebab nak perap dan frozenkan...

Bila buat macam ni ayam lebih tahan lama dan sedap, sama ada dibakar ataupun digoreng.

Resepi Ayam Golek Mudah
Ni Tak berapa garing, MF bakar semula untuk nampak lebih shining dan gelap sikit warnanya.

Resepi Ayam Golek Mudah
Isi yang siap masak... Juicy dan lembap je isinya kan... 

Sedap juga resepi buat sendiri ni... Ingat nak cari burung puyuh pula nak perap dan frozenkan... Bila nak makan chilled dan bakar je... Nak masuk dalam air fryer pun boleh... Senang dan jimat masa kan...

Selamat mencuba. 

04 Mac 2018

Mac 04, 2018

Homemade Serbuk Ikan Bilis

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Homemade Serbuk Ikan Bilis | Rencah yang biasa digunakan untuk sedapkan masakan ialah gula dan garam. Tapi ada juga yang suka guna perisa tertentu seperti serbuk perasa dan perencah ikan bilis.

Bagi MF, MF tak suka guna serbuk perasa dalam masakan... Sangat jarang guna... MF hanya guna gula dan garam sebagai penambah rasa. Tapi kalau dalam nasi goreng, atau sayur goreng MF biasa letak ikan bilis.

Ikan bilis kalau nak bagi rasa betul rencahnya dalam masakan kena tumbuk... Semalam ni, tercetus idea nak buat Serbuk ikan bilis sebab rasa leceh nak tumbuk ikan bilis setiap kali memasak.

Tak susah mana buat serbuk ikan bilis ni.. Asalkan rajin je.

Homemade Serbuk Ikan Bilis

Homemade Serbuk Ikan Bilis


Cara Membuat Serbuk Ikan Bilis

1. Basuh dan bilas ikan bilis hingga bersih... Jika nak buat untuk makanan bayi, sebaiknya rendam sekejap hingga agak hilang rasa masin ikan bilis tu.


Homemade Serbuk Ikan Bilis

2. Goreng dalam kuali tanpa minyak... Tapi MF nak bagi rasa lemak, MF masukkan 1 sudu butter atau marjerin.

3. Goreng hingga kering dan garing. Dah garing, angkat dan sejukkan.

Homemade Serbuk Ikan Bilis

4. Kisarkan dalam pengisar kering hingga halus.

5. Simpan dalam bekas kedap udara. Nak tahan lebih lama, masukkan dalam peti sejuk.

Homemade Serbuk Ikan Bilis


Senang dah ada serbuk ni... Nak buat cekodok ikan bilis pun senang... Buat bubur bayi atau sebagai perasa dalam sayuran hijau.

Kalau beli kat kedai ada perasa dan MSG yang tak baik untuk kesihatan jika diamalkan selalu kan... Jadi, buat sendiri... lebih sihat dan selamat.. Insha Allah. 

03 Mac 2018

Mac 03, 2018

Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan | Biskut alien viral, yang memang jadi viral kat Facebook. Mulanya macam biasa je... malas nak try buat... sekali terbaca orang post, biskut viral tu namanya Biskut Susu Viral 4 bahan...

Teruja bila sebut 4 bahan je... nampaknya biskut ni senang.. Apa lagi, dengan pantas cari resepi... alahai... senang benar bahannya... memang guna 4 bahan je... Terus bagitau en.somi untuk sediakan bahan untuk buat.

Semalam suami dah beli bahan, tapi tak larat betul semalam, kelam kelibut layan anak sambil buat kerja rumah.. penat sangat rasa, jadi ditunda ke hari ini...

Disebabkan dia mudah... Jadi, pepagi lagi keluarkan bahan untuk siapkan...

Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan


Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan

Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan

Bahan-bahan untuk Biskut Alien Viral 4 Bahan:

1/2 Buttercup
1/2 tin susu pekat
400 gram tepung jagung
4 sudu besar susu tepung

Cara membuatnya:

Masukkan aje semua bahan dan gaul sebati hingga jadi doh dan tak melekat... Kalau rasa tak cukup lembut, tambahkan lagi 2 sudu besar butter.

Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan


Lepas tu, bentukkan saja biskut ikut citarasa sendiri... MF buat bentuk yang seperti diviralkan tu la... MF bentukkan anak-anak dara cheq tolong 'make-up' kan... Part ni yang leceh la sikit sebab nak kena bentukkan satu-satu... Kalau rasa tak rajin, korang canaikan aje dan terapkan ikut citarasa sendiri...

Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan
sebelum dibakar


Lemak alien dah cair bila dibakar... 😂

Dah siap bentukkan, bakar dalam oven dengan suhu 165-170 darjah celcius, selama 25-30 minit bergantung kepada suhu oven masing-masing.. guna api atas bawah la kalau ikut oven MF ni...sebab takde plak setting api bawah saja. Ikut resepi asal api bawah je... Ikut korang la, pepandai adjust tang ni ye...

Dah bunyi 'ting' oven, tanda biskut dah masak... Teruja beb nak rasa... hehe...

Kejadian Biskut Alien menjadi... cuma bila bakar dia kembang sikit, maklumlah 'lemak' alien tu cair bila kena panas... haha... Tapi still cantik kejadiannya.

Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan
Dah masak... Yang baris belakang tu suami request bentuk minion..hehe...

Rasanya... of course... sedap beb... cair dalam mulut baq hang... memang anak-anak suka la... kudapan depa kan.. Yang si Muasyira pula.. tak nak makan biskut tu... marah kalau orang makan, sebab dia nampak biskut tu comel... haha... anak oh anak...


Misi siapkan resepi viral di Facebook berjaya... 

13 Februari 2018

Februari 13, 2018

Ikan Kerisi Masak Lemak Cili Api Mudah tapi Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ikan Kerisi Masak Lemak Cili Api Mudah tapi Sedap | Ikan kerisi, sebelum ni jarang beli ikan ni.. suami kata susahkan bini dia nak siang sebab ada sisik... Tapi bagi MF yang sememangnya dididik menyiang ikan bersisik, itu perkara biasa saja..  MF kata belilah kalau nak makan...

Pertama dia beli dulu, anak-anak suka makan. . selera betul. Mak bapak ni bila tengok anak selera makan mesti beli lagi kan... So, hari ni suami ke pasar pagi untuk dapatkan ikan kerisi fresh... Ikan ni cepat betul busuk dan pecah perut... Jadi, kena cari yang fresh.

Ikan kerisi, sedap kalau digoreng garing.. tapi teringat resepi mak pernah masak lemak dulu-dulu sebelum kahwin, terus nak try masak... Bahan pun ada...

Masak lemak ni MF buat versi tumis... Kalau nak buat style orang Negeri Sembilan tak tumis pun boleh... simple je resepi ni.. campak-campak je..

Ikan Kerisi Masak Lemak Cili Api Mudah tapi Sedap

Ikan Kerisi Masak Lemak Cili Api Mudah tapi Sedap

Bahan-bahan

Ikan kerisi
5 ulas Bawang putih
3 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 sudu cili kisar
1 cawan santan pekat (MF guna santan kotak M&S je)
Gula dan garam secukup rasa
Daun kunyit

Cara memasak


Goreng ikan kerisi separuh masak. Tujuannya supaya ikan tu tak hancur bila kita masak dalam menu yang jenis berkuah macam ni.

Tumbuk bawang putih, kunyit hidup, dan cili padi hingga halus.

Tumiskan bahan yang ditumbuk dalam sedikit minyak.

Masukkan santan dan air...

Masukkan cili kisar dan biarkan hingga mendidih.

Lepas dah mendidih, masukkan ikan, daun kunyit serta garam dan gula...

Biarkan seketika hingga nampak santan masak dan sedikit pekat.

Angkat dan hidangkan.

Simple kan... Senang je nak masak Masak lemak cili padi ni... Asalkan ada santan dan cili padi... Mesti jadi punya.

Selamat mencuba bagi siapa yang nak cuba. 

07 Februari 2018

Februari 07, 2018

Daging Masak Hitam Berempah Utara Style

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Daging Masak Hitam Berempah Utara Style | Menu daging sebenarnya banyak, tapi antara rajin dengan tak je nak buat.

Semalam menu daging saja buat yang sedap sikit.. biasa masak sambal atau sup je... Semalam teringat menu daging masak hitam macam makan kat kenduri kahwin...

Apa lagi kita Google lagi resepi... Jumpa resepi mudah kat blog Kak Eny Abdullah.

Semak bahan tengok ada ,terus la masuk dapur siapkan bahan dan terus buat. Kalau cakap je tak jadi kan... Hehe...

Daging Masak Hitam Berempah Utara Style

Daging Masak Hitam Berempah Utara Style

Bahan-bahan 

500 gram daging - MF potong besar tapi nipis
1/4 cawan kicap manis
1 sudu serbuk lada hitam

Bahan rempah

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga - MF tak letak pun sebab takde stok pula kat dapur
3 biji cengkih
1 biji bunga lawang

Bahan kuah

1 1/2 sudu besar cili kering - dikisar - MF guna sikit je sebab cili kisar MF jenis pedas punya..
1 ulas bawang besar - dikisar
1/4 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah
7-8 helai daun kari - MF ganti dengan 1 sudu serbuk kari
1 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar minyak masak

Bahan kisar untuk tumis

3-4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak


  1. Daging diperap seketika bersama kicap dan serbuk lada hitam.
  2. Masukkan daging dalam periuk, masukkan bahan rempah dan tuang sedikit air agak mentupi paras daging. Rebus sehingga daging betul-betul lembut dan empuk. Tekstur daging mestilah empuk dan mudah lerai.
  3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan cili kisar dan bawang besar kisar bersama daun kari serbuk kari dan serai dan masak sehingga wangi. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak.
  4. Masukkan daging yang direbus bersama rempah-rempah tadi juga bersama air rebusan (kalau air banyak jangan masuk semua). Masukkan kicap dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Perasakan dengan garam dan gula. 
  5. Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.

Kredit Resepi: Eny Abdullah

Tengok bahan dan cara masak tu macam susah ... Tapi bila dah masak tu senang je step dia... Bahan nampak macam leceh tapi senang je nak dapatkan... Hanya guna rempah yang biasa kita dok guna tu Aje...

Tak menyesal cuba resepi dari Kak Eny ni tau.. jadi, korang patut juga cuba resepi dari blog kak Eny Abdullah... Memang simple tapi dijamin sedap.. 

29 Januari 2018

Januari 29, 2018

Rendang Daging Baba's Berkuah Pressure Cooker

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rendang Daging Baba's Berkuah Pressure Cooker | Tajuk gempak habis... Ini percubaan pertama masak guna pressure cooker.

Semalam suami beli daging... Asyik buat sup je bosan juga... Tengok serbuk rendang ada stok.. Terus cakap suami ada serbuk rendang, try masak rendang dalam pressure cooker plak...

Jadi, try la masak kan.. Sebab nak tengok menjadi ke tak kan...

Senang je guna masak guna pressure cooker sebab campak-campak semua bahan, lepas tu tutup dan tunggu je 25 minit siap. Kalau masak cara biasa lebih kurang 45 minit juga sebab nak rebus daging kan.. Tapi yang ni tak payah.

Biasa tak guna serbuk atau rempah rendang tapi yang ni nak cepat jadi MF guna serbuk rendang daging Baba's.

Simple sangat resepi ni.. MF kongsikan di sini... Mungkin ada yang nak cuba masak rendang guna pressure cooker kan..oops sebelum tu, MF guna pressure cooker jenis manual masak atas dapur gas je bukan pressure cooker elektrik... Tapi caranya sama je. Cuma yang elektrik tekan je... Tapi yang cuma letak atas dapur dengan api yang slow.

Rendang Daging Baba's Berkuah Pressure Cooker

Rendang Daging Baba's Berkuah Pressure Cooker


Bahan-bahan untuk dikisar :

7 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halia

Bahan lain:


  • Daging yang siap dibasuh dan ditos.
  • 1 bungkus serbuk rendang Baba's
  • Serai, diketuk
  • 1 sudu kerisik
  • Santan, MF guna santan M&S 1 kotak kecil.
  • Daun kunyit
  • Gula dan garam


Cara memasak :


  1. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak.
  2. Kemudian masukkan serai, kacau bagi naik bau.
  3. Kemudian, masukkan semua bahan dan gaul rata.
  4. Masukkan sedikit air dan tutup periuk, buka kecilkan api dan tunggu dalam 25 minit.
  5. Siap untuk dihidang.

Rendang Daging Baba's Berkuah Pressure Cooker

Memang senang betul. Rasanya tak berubah pun... Memang menjadi rendang. Walaupun pressure cooker biasa tapi tetap tak hangus pun.. Sebab tu guna api perlahan.

Ini memang MF buat berkuah sebab boleh cicah kaki ayam. Hehe...

Memang sedap dan menjadi.. Senang pun senang... Alhamdulillah.

Sekian,

22 Januari 2018

Januari 22, 2018

Kueh Teow Homemade, Menu Selamat Ketika Dalam Pantang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kueh Teow Homemade, Menu Selamat Ketika Dalam Pantang | Teringin nak makan mee atau kueh teow, tapi rasa kurang yakin nak makan yang kat kedai.. Sebab bahan perisa dalam tu, buatkan badan ni berangin semacam bila makan. Jadi, solusinya buat sendiri.

Sebenarnya, MF belajar buat pasta, mee, kueh teow sendiri ni lepas tengok Chef Shers dalam rancangan 5 Rencah 5 Rasa yang merupakan salah satu rancangan masak memasak kegemaran MF dan suami. Tengok dia buat pasta yang simple dan senang guna 3 bahan je.. Terus sejak tu MF cuba buat sendiri... Alhamdulillah menjadi.

Sebelum ni MF pernah buat mee homemade goreng. Kali ni MF buat kueh teow pula.

Kueh Teow Homemade, Menu Selamat Ketika Dalam Pantang


Kueh Teow Homemade, Menu Selamat Ketika Dalam Pantang

Kueh Teow Homemade Goreng Bijan


Bahan-bahan untuk buat kueh teow

3 cawan tepung gandum
Air suam
1 sudu kecil garam


Cara membuat kueh teow


  1. Campurkan semua bahan dan uli hingga sebati dan lembut sedikit kenyal.
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian dan canai kan hingga nipis.
  3. Kemudian potong panjang-panjang.
  4. Didihkan air dalam periuk.
  5. Masukkan adunan tepung yang dipotong panjang tadi.
  6. Rebus hingga masak. Angkat dan toskan.


Bahan-bahan untuk goreng bijan

6 ulas bawang putih (ketuk dan racik halus)
1/2 bawang Holland dipotong dadu
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu minyak jagung
1 sudu besar sos tiram pedas.
Lobak merah
Lada benggala
Sosej
Serbuk lada hitam
Ikan bilis goreng
Gula dan garam sebagai perasa.

Cara memasak


  1. Masukkan minyak bijan dan minyak jagung dalam kuali.
  2. Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga naik bau.
  3. Masukkan sosej yang dipotong serong hingga agak kekuningan.
  4. Masukkan sos tiram pedas. 
  5. Kemudian masukkan lobak merah. Jika agak Kering, masukkan sedikit air. Kacau rata.
  6. Masukkan lada benggala. Kemudian masukkan  kueh teow yang siap direbus dan ditoskan tadi.
  7. Masukkan  serbuk lada hitam, gula, dan garam gaul hingga sekata semua.
  8. Sedia untuk dihidangkan. Taburkan ikan bilis goreng rangup sebelum dimakan untuk menambah lagi rasa yang lebih kick. 😉


Mudah kan.. Resepi memang selamat untuk Mak-mak dalam pantang. Kalau teringin nak makan mee atau kueh teow goreng ketika dalam pantang, boleh la buat resepi begini... Simple dan selamat tanpa bahan pengawet.

Sekian, selamat mencuba. 

12 Januari 2018

Januari 12, 2018

Cucur Roti Ikan Bilis Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cucur Roti Ikan Bilis Sedap | Sudah 4 hari hujan tanpa henti di tempat MF tinggal ni.. Suasana memang suram dan sejuk.... Buatkan perut asyik terasa lapar. Anak-anak pun asyik minta  makan...

Memang mood  ke dapur agak rajin  bila musim hujan ni... Sebab perut lapar...

Semalam suami sediakan dorayaki cheese.. Petang Jumaat ni pula MF menghabiskan sisa roti semalam dengan membuat cucur Roti...

Resepi yang mudah tapi pasti menyelerakan cuma kurang sesuai bagi mereka yang sedang diet.

Resepi Cucur Roti Ikan Bilis Sedap

Cucur Roti Ikan Bilis Sedap

Bahan-bahan

  • Roti gardenia
  • Ikan bilis
  • 1biji telur
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air suam
  • Sedikit garam
  • Secubit serbuk lada hitam dan lada sulah (optional)

Caranya

  1. Cubitkan roti jadi kepingan yang halus.
  2. Masukkan ke semua bahan ke dalam roti yang telah di cubit tadi dan gaul rata...
  3. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.
  4. Goreng hingga warna perang, angkat dan toskan..
  5. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.


Memang terangkat la makan waktu petang di kala hujan hari ni.

Selamat mencuba... 

06 Disember 2017

Disember 06, 2017

Keropok Laksa Cheese Rasa Ala Twisties

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Keropok Laksa Cheese Rasa Ala Twisties | Dalam pantang sempat lagi memasak eh... Opss... Bukan den memasak yooo... Suami den masak, den cumo bagi ideo yo...

Bahana mengadap Facebook kan... Bila nampak resepi lain dari yang lain mula lah nak try...

Mulanya kawan sekolah la yang tayang kat Facebook... Sekali tanyakan kat adik dia pernah buat... Apa lagi... Terus ku pesan belikan serbuk cheese masa dia ke pekan...

Keropok Laksa Cheese, dengar macam pelik tapi rasanya ala twisties... Itulah kata en.Somi selaku pecinta keropok, jajan dan seumpama dengannya.

Dia yang terlebih excited nak buat ni... Dibelinya laksa kering sebungkus sebagai percubaan pertama.

 Keropok Laksa Cheese Rasa Ala Twisties

Keropok Laksa Cheese Rasa Ala Twisties 

Bahan-bahan

1 bungkus laksa beras
180 gram serbuk cheese
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.

Caranya:


  1. Goreng laksa kering terus ke dalam minyak yang betul-betul panas... Jangan basuh laksanya tau... Terus je goreng kering gitu... 
  2. Lepas goreng, toskan dan biarkan sejuk sikit sebelum digaul dengan serbuk cheese.
  3. Gaul dengan serbuk cheese hingga sekata... 
  4. Sedia untuk dimakan.
 Keropok Laksa Cheese Rasa Ala Twisties




Kalau nak pedas boleh campurkan serbuk cheese dengan sedikit serbuk cili... Tapi MF tak campur sebab nak bagi anak-anak makan.

Memang semudah ABC, anak-anak pun suka. Kudapan yang lebih sihat daripada beli keropok di kedai tu...

Semua orang boleh buat. Sebungkus laksa boleh dapat dua balang sederhana tinggi... Memang dibuat kudapan waktu layan movie atau tv... Sedar tak sedar habis sebalang.

Selamat mencuba! 😉