21 Ogos 2017

3 Resepi Untuk Tambah Darah

3 Resepi Untuk Tambah Darah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Resepi Untuk Tambah Darah | Masalah kekurangan darah juga boleh diatasi dengan menu pemakanan.

MF memang keturunan darah kurang dan tekanan darah kurang. Memang ada wanita jenis kurang darah... lebih ketara bila datang bulan... kesian dan bahaya... Bagi mereka yang mengalami masalah ini dan ingin cuba cara mudah yang sedap, jom cuba resipi ini.


3 Resepi Untuk Tambah Darah

DELI SPINACH DIP

Bahan-bahan:
1 sudu minyak zaitun
2 ulas bawang putih cincang
1 ikat sayur bayam yang dicincang
1 cawan krim masam
1/2 cawan mayonis
Sedikit serbuk lada sulah


Cara membuat:
Tumis bawang putih.
Masukkan bayam.
Biarkan sejuk seketika sebelum boleh dimasukkan krim masam, mayonis dan lada sulah.
Gaul hingga sebati dan sejukkan sebelum di hidang.
Ia lazat dimakan bersama roti, biskut keju atau apa saja pembangkit selera.


TIP
Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Bayam merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

MF tak pernah buat resepi ni, biasa bayam hijau goreng kering je... bayam merah buat sayur air je... Bayam goreng pun sedap juga..


KERANG KUKUS TANPA AIR

Bahan-bahan:
400gm kerang
3 batang serai yang dititik
Daun bawang
3 batang cili
1 sudu minyak zaitun


Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan ke dalam satu periuk yang besar. Elak masukkan air kerana kerang akan menghasilkan air sendiri.
Masak selama 15 minit dengan api besar.
Boleh dihidang makan begitu saja sambil cicah sambal kicap.


TIP
Cara mudah membersihkan kerang yang berpasir adalah dengan memasukkan kerang ke dalam plastik. Goncang supaya kerang 'berlaga' untuk menanggalkan pasir pada cangkerang. Kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink dan Vitamin B12 yang berguna untuk mengangkut oksiegn ke seluruh tubuh. Selain itu, membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah.


HATI AYAM DAN CILI BENGGALA BAKAR

Bahan-bahan:
200gm hati ayam
2 biji cili benggala warna merah, hijau dan kuning
Halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Serbuk jintan putih
Serbuk jintan manis
Serbuk ketumbar
Serbuk kari ayam
Kicap pekat
Madu

Cara membuat:
Kisar kesemua bahan kecuali hati ayam dan cili benggala.
Bahan kisar ini dijadikan sebagai bahan perapan hati ayam dan cili benggala selama 30 minit.
Setelah sebati, cucukkan isi hati ayam dan cili benggala pada pencucuk seperti kayu lidi.
Dengan suhu 180 darjah selsius, bakar hati ayam dan cili benggala selama 15 sehingga dua puluh minit.


TIP
Ramai yang memperkatakan keburukan memakan organ dalaman seperti hati ayam. Namun, hati ayam amat sesuai di ambil oleh pesakit yang baru kehilangan darah seperti selepas pembedahan atau penghidap anemia. Hal ini kerana, hati ayam  kaya zat besi, folate dan vitamin B12. Oleh sebab itu, resipi hati ayam ini dibakar bersama cili benggala untuk lebih berkhasiat.

Sumber: Majalah Keluarga


Makanan lain yang kaya dengan zat besi untuk tambah darah dan mengatasi masalah tekanan darah rendah atau masalah HB rendah ialah:
Jambu batu
Delima'
Kurma
Pucuk paku
Jantung pisang

18 Ogos 2017

Cekodok Jagung Lembut Gebu di dalam Crispy di Luar!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cekodok Jagung Lembut Gebu di dalam Crispy di Luar! | Alhamudlillah... hari bercuti dihujung minggu sangat dinanti-nantikan... bukan apa, inilah masanya MF nak masak dari sarapan pagi hingga ke makan malam... Jika hari bekerja suami yang masak, jadi peluang cuti 2 hari dihujung minggu dimanfaatkan sebaiknya. 

Pagi ni, memang dah plan awal nak masak cekodok jagung, sebab dah beli jagung awal-awal lagi hari Rabu di pasar malam dekat rumah. 

Biasa buat cekodok jagung macam liat dan keras sikit bila sejuk... Kali ni ubah resepi sikit.. Konsep ala-ala buat donut tapi tak perlu nak uli bagai, cuma bancuhan tu lain... 

Alhamdulillah... resepi menjadi, 


Cekodok Jagung Lembut Gebu di dalam Crispy di Luar!


Bahan-bahan:
1 batang jagung yang siap diparut
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu susu pekat
1/2 paket yis kering
1 cawan air suam
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya:
1. Campurkan yis, gula, susu pekat dan air suam dalam satu bekas.. gaul dan biarkan yis kembang.
2. Dalam bekas yang lain, gaulkan jagung, tepung dan garam sebati.
3. Campurkan bancuhan yis dan bancuhan tepung bersama jagung dan gaul sebati... 
4. Biarkan adunan 10 minit atau agak kembang.
5. Buatlah cekodok/jemput-jemput macam biasa.

Tips:
Pastikan goreng dalam minyak yang betul-betul panas dan banyak.
Terbalikkan dengan cepat bila cekodok timbul...nanti hangus.... 


Memang terbaiklah... lembut dan gebu... di dalam tapi crispy dan ranggup di luar... memang terangkat makan ketika masih suam-suam... Tapi kalau sejuk pun cekodoknya tak keras... 

Jika nak mencuba, dipersilakan... 

12 Ogos 2017

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur Yang Paling Mudah dan Sedap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur Yang Paling Mudah dan Sedap! | Masak kek bukan hobi, tapi memang MF dan anak-anak suka sangat makan kek...

Jenjalan di Facebook... Terjumpa satu resepi kek coklat yang super duper ringkas dan mudah nak buat...

Teruja nak buat sebab senang dan bahannya cukup mudah...

Kek Coklat Moist Tanpa Telur


Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1 cawan air panas
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder

Cara membuatnya :
1. Ayak kan tepung gandum, serbuk koko dan baking powder.
2. Campurkan semua bahan dalam mixer. Takde mixer, guna blender pun boleh...
3. Dah siap adunan, tuang dalam acuan, dan kukus selama 45 minit dengan api besar.

MF buat kat cup... Kalau guna loyang dapat loyang kecil ikut sukatan ni... Jika guna cup dapat dalam 7-8 cup..

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Tanpa Telur Yang Paling Mudah dan Sedap!


Memang sedap dan betul-betul moist coklat kek ni... Tak manis sangat dan cukup rasa... Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja sukatan tu...

MF kata senang tu sebab cara buat tu yang senang... Tak perlu pikir nak masuk apa dulu... Campur je semua.. Dan adun sebati... Itu yang senang tu...

Sesuai bagi yang malas dok lama-lama Kat dapur macam MF ni... Hehe...

Jika ada yang nak cuba, dipersilakan...


Kredit resepi: group MAHN.

20 Jun 2017

Resepi Ayam Bersos Lemon

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Ayam Bersos Lemon | Sesekali ubah selera style Cina pula.. bila masa isi ayam kena kreatif baru sedap... Kena potong dan hiris kecil-kecil baru sedap makan... 

Tercetus idea ni sebab sehari sebelum masak menu ni jiran sebelah bagi ayam masak buttermilk... Fuhh!!! Terbaik... Tu yang tercetus idea ayam masak lemon sebab lemon memang banyak dan tak terusik pun... 

Resepi asal pastinya rujuk Google juga la.. tapi seperti biasa MF akan ubah ikut citarasa dan selera sendiri... 

Resepi Ayam Masak Lemon

Bahan-bahan:

Bahan A:
Isi ayam dipotong dadu
Tepung jagung
Kicap
Lada sulah
Serbuk kari
Garam dan gula

Bahan B:
Bawang putih
Cili padi
Jus lemon
Hirisan lemon
Gula
Tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Lemon chicken


Cara-caranya:

1. Gaulkan isi ayam dengan bahan A... Perap dalam 30 minit. 
2. Goreng dan toskan.
3. Seterusnya, tumiskan bawang putih dan cili padi... 
4. Kemudian masukkan jus lemon dan kacau je... 
5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul hingga agak pekat... 
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama gula, dan hirisan lemon...dan gaul rata... 
7. Dah bergaul semua sos dan ayam, boleh angkat dan hidang. 

Mudah je... Ini resepi yang MF ubah sendiri... Ada rasa pedas, masam dan manis sedikit... 

Seperti biasa, MF masak memang tak letak sukatan, maknanya korang agak-agak je la sepadan dengan jumlah ayam yang dimasak. 

Selamat mencuba!

19 Jun 2017

5 Resepi Sambal Yang Kaki Pedas Wajib Cuba!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Resepi Sambal Yang Kaki Pedas Wajib Cuba! | Siapa kaki makan pedas?? Sila angkat kaki.. hehe... 

Sambal ni memang tak boleh lepas bagi kaki makan pedas... Orang selatan kebanyakan memang suka makan pedas.. 

MF nak kongsikan 5 resepi sambal yang popular di Malaysia dan tahan lama yang wajib kaki makan pedas cuba buat.... 

1. Sambal Belacan...

Sambal belacan
Sumber: Google Images

Resepi Sambal Belacan


Bahan-bahan:
- 6 biji cili merah 
- 8 biji cili padi 
- Jus dari 2 buah limau 
- 1 kiub belacan bakar 
- Garam 
- 1 biji limau, dipotong dua 

Cara-cara: 
1. Blend cili merah dan cili padi. 
2. Tambah jus limau, belacan, dan garam. 
3. Blend sehingga sebati. 
4. Hidang sambal dengan sehiris limau.

MF buat sambal belacan tak letak belacan sebab resdung... Jadi, cabai tumbuk aje... Sedap juga la Jika cukup garam asalnya...

2. Sambal Hijau

Resepi sambal hijau padang
Sumber: Google images

Resepi Sambal Hijau 

Resepi ini pula khas untuk penggemar masakan Padang:

Bahan-bahan: 
- 1 biji tomato 
- 8 biji cili hijau 
- 1 sudu besar bawang putih (dicincang) 
- 1 biji bawang merah (dicincang) 
- Garam 
- Minyak masak 

Cara-cara:
1. Rebus tomato dan cili hijau. 
2. Blend kasar tomato dan cili hijau. 
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. 
4. Masukkan cili hijau dan tomato. 
5. Masukkan garam dan gaul sehingga sebati.

3. Sambal Taun atau Sambal Lanun Johor

Resepi sambal lanun Johor

Resepi Sambal Lanun Johor

Bahan-bahan: 

Cili padi hijau (ada yang guna cili kering)
Ikan bilis
Bawang putih
Minyak
Cukup rasa (jika perlu)


Ada 2 cara nak masak sambal taun ni..

Cara yang pertama:


  1. Goreng ikan bilis smpai garing
  2. Tumbuk cili padi hijau hingga lumat
  3. Dah lumat, masukkan bawang putih dan tumbuk sekali, dan masukkan sekali dengan cukup rasa, kalau rasa nak tmbah la..
  4. Pastu tumbuk pula ikan bilis hingga agak lumat, jangan lumat sangat, nanti tak sedap sebab halus sangat tak sedap..
  5. Lepas dah tumbuk-tumbuk semua, goreng dalam minyak yang sedikit hingga naik bau dan sedikit kering…

Cara kedua:


  1. Goreng cili, ikan bilis dan bawang putih
  2. Lepas goreng, tumbuk semua hingga lumat..

Antara cara pertama dan kedua, MF suka lagi cara pertama, sebab lebih sedap dan smbal tu betul-betul masak dan kurangkan risiko nak sakit perut dan memang pedas sambal ni.. Makan dengan nasi panas memang menyelerakan.

4. Sambal Kicap

Cara buat sambal kicap sedap
Ini sambal kicap MF buat makan dengan sup kaki ayam

Cara buat Sambal Kicap Johor

Bahan-bahan:

11 biji cili padi
2 ulas bawang putih
Kicap
Garam dan gula

Cara membuatnya:
  1. Tumbuk cili padi hingga hancur,kemudian masukkan bawang dan tumbuk lagi sampai lumat.
  2. Masukkan kicap dan gaul sebati...
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan gula...dan kacau rata..
  4. Siap!!! dan boleh dimakan bersama sup kaki ayam.


5. Sambal Hitam

Resepi sambal hitam
Sumber: Google images

Resepi Sambal Hitam Pahang


Bahan-bahan

10 biji belimbing buloh.
1/2 cawan cili padi
2 cawan ikan bilis yang siap dibersihkan serta dibelah.
6 biji bawang merah ditumbuk
5 sudu besar kicap
1 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa


Cara buat sambal hitam Pahang
  1. Belimbing buluh, cuci belimbing hingga bersih, masukan kedalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yang kecil. 
  2. Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri, kacau selalu supaya tidak hangit, rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi coklat.
  3. Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat. 
  4. Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.
  5. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukan bahan-bahan tumbuk sekaligus  dan tumis lah sehingga bahan tersebut menjadi kering dan garing.
  6. Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa. 
  7. Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan angkat toskan minyak. 
  8. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.


Itulah 5 Resepi Sambal yang patut dicuba bagi yang suka makan pedas... MF suka pedas... Tapi takdelah pedas sangat.. masa berpantang, seminggu je bertahan lepas tu cuba makan yang pedas juga.. jika tak de selera makan.. 

Sumber: internet dan pengalaman penulis sendiri... 
Sumber gambar: Google images