Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

07 Januari 2019

Januari 07, 2019

Sup Ayam Resepi Ibu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sup Ayam Resepi Ibu | Salah satu nikmat terindah balik kampung ialah dapat menikmati air tangan ibu. Memang sejak kahwin ni sentiasa rindukan masakan mak.

Masakan mak adalah yang tersedap kan sepanjang kita hidup. Walaupun masakan tu cuma tak seberapa pun.

Ada beberapa resepi yang MF akan buat sendiri bila teringatkan mak..

Rasanya memang tak kan sama walaupun resepinya sama.

Antara yang mak banyak masakkan bila kami balik kampung ialah sup ayam.

Sup Ayam je pun... Tapi yang mak masak memang sedap. Boleh habis nasi sepinggan.

Ni resepi sup ayam mak kami...

Sup Ayam Resepi Ibu

Bahan-bahannya 

Ayam
Bawang merah 
Bawang Putih 
Halia
Sup bunjut
Serai
Cili besar
Saderi
Kentang
Asam keping
Air
Gula dan garam sebagai perasa

Resepi sup ayam simple
Sup Ayam Resepi Ibu


Cara membuat 

  1. Didihkan air dalam periuk. 
  2. Masukkan ayam dan semua bahan kecuali kentang, saderi dan cili hingga mendidih... 
  3. Kemudian, dah mendidih barulah masukkan kentang dan saderi.
  4. Dah agak nak empuk, masukkan cili, asam keping, gula dan garam. 
  5. Kacau dan biarkan mendidih hingga semuanya masak. 

Siap untuk dihidang... 

Senang je... Istimewa sebab takde guna minyak tumis... 

30 Disember 2018

Disember 30, 2018

Cara Mudah Buat Steamboat Sendiri Kat Rumah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Mudah Buat Steamboat Sendiri Kat Rumah | Gara-gara bosan makan nasi... Semalam tekad nak makan selain nasi...

Alhamdulillah... Bertahan tak makan nasi... Haha...

Rasa nak terkeluar balik kalau makan nasi... Ntah kenapa kan... Opss.. Tapi bukan sebab mengandung ye.. Jangan nak fikir lain... Haha...

Mungkin niat nak amalkan diet sihat dan kurangkan makan nasi tu.. Menjadikan otak set macam tu...

Sekarang ni, makan nasi sikit je... Sesenduk je.. Lauk banyak.. Sayur banyak... Nak amalkan #sukusukuseparuh katanya..

Jadi, cakap dengan suami.. Apa kata kita buat Steamboat.

Suami pun ikut je.. Dan terus belikan bahan.

MF pula ready bahan untuk buat sos steamboat...

MF buat Steamboat yang paling mudah dan ringkas.

Nak makan Steamboat tak susah... Cuma kena buat sos dia tu aje...

Cara buat Steamboat mudah
Sumber : Google images 

Cara Mudah Buat Steamboat Sendiri Kat Rumah

Cara buat sos steamboat

Bahan-bahannya :

  • 10 biji cili besar merah (buang biji) 
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar cuka epal (guna cuka biasa pun boleh tapi kurangkan sukatannya sebab nanti terlebih masam)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sunquick oren
  • 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air untuk elakkan berketul)
  • 1 Cawan air
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Bijan yang disangai (goreng tanpa minyak)
  • Daun ketumbar (optional - MF tak letak pun sebab terlupa nak beli)

Resepi sos steamboat

Cara membuatnya

  1. Kisar cili besar dan bawang putih hingga halus.
  2. Kemudian, masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga semua bahan-bahan yang lain kecuali bijan. 
  3. Masak atas api, hingga kuah jadi pekat.
  4. Dah pekat, boleh lah masukkan bijan dan daun ketumbar. 
  5. Siap untuk dimakan bersama sup... 


Untuk sup MF buat perisa Tom yam..

Caranya pun mudah sangat...

  • Didihkan air... 
  • Kemudian masukkan pes tom yam dan sedikit garam. 
  • Kemudian masukkan aje bahan-bahan seafood macam bebola ikan, fishcakes, koktail ayam, bebola daging, isi ketam, sayur kangkung atau apa sahaja je bahan-bahan yang kita rasa nak makan kan.. 


Kemudian didihkan dalam 3 minit hingga masak.

Cara Mudah Buat Steamboat Sendiri Kat Rumah

Dah siap boleh dimakan.

Celur mee atau bihun dan hidangkan bersama sup dan sos steamboat...

Siap...

Memang simple je...
Tapi... Alhamdulillah.. Kenyang...
Berkali mengulang makan hingga ke malam... Puas rasa buat sendiri..

Nak pergi makan kat restoran... Al maklumlah... #makanak4 ni... Ada yang terjun dalam sup nanti... 😂😂😂

Jadi buat sendiri puas hati dan dapat makan berulang kali...

Bahan pun banyak lebih lagi... Insha Allah... Buat lagi lain kali....

Kot ada yang nak cuba.. Boleh lah mencuba ya.. Simple saja kali..

Homemade steamboat dengan Sos steamboat yang mudah...

23 Disember 2018

Disember 23, 2018

Gulai Asam Kepala Ikan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Gulai Asam Kepala Ikan | Lama betul tak share resepi kat blog ni.

Memang mood memasak ke laut sejak mula cuti hari tu... Ni dah lepas cuti dah.. Jadi kenalah memasak semula.

Lama tak memasak, boleh hilang skill... Jadi, kena rajin balik memasak... Kalau tak jenuh la kan nak asah semula.

Hari minggu, tiada apa yang istimewa... Bila suami bawak balik kepala ikan dari pasar.. Takde menu lain yang terlintas melainkan kari.

Tapi rasa bosan makan kari... Dan nak kurangkan menu yang berlemak kan.. Jadi, MF tukar kepada menu Gulai Asam.

Tak susah menu ni... Sama macam kari cuma takde guna santan.

Jom tengok bahan dan cara nak masak menu ni.

Gulai Asam Kepala Ikan

Gulai Asam Kepala Ikan
Gulai Asam Kepala Ikan

Bahan-bahannya:


  • Kepala ikan (cuci bersih, guna asam jawa atau limau untuk hilangkan bau hanyir kepala ikan)


  • Bawang merah (ditumbuk) 
  • Bawang putih (ditumbuk) 
  • Rempah ratus (kulit kayu manis, jintan, buah pelaga, bunga cengkih, lada hitam, bunga lawang dan ketumbar)
  • Daun kari
  • Serbuk kari ikan + 2 sudu besar serbuk kari daging (bancuh dengan air suam hingga jadi pes kari) 
  • Air asam jawa
  • Tomato (dibelah 4)
  • Air 
  • Gula dan garam sebagai perasa.


Cara memasak :


  1. Tumiskan rempah ratus dan daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang yang ditumbuk dan tumis lagi hingga agak garing.
  3. Kemudian, masukkan pes kari, dan tumis hingga agak garing.
  4. Kemudian masukkan kepala ikan dan kacau rata. Lepas tu baru masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih. 
  5. Kemudian, masukkan air asam jawa. 
  6. Masukkan tomato, gula dan garam sebagai perasa.
  7. Renehkan hingga tomato agak layu. 
  8. Sedia untuk dihidangkan. 


Senang kan... Tak renyah mana pun..
Rasanya macam gulai... Tapi lain sikit... Rasa masam-masam pedas gitu...

Gulai asam ni kalau makin dipanaskan, makin sedap.

Cubalah... 😊

15 November 2018

November 15, 2018

5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan! | Dah diet macam-macam, tapi tak turun berat badan.

Orang kata, diet kena makan nasi juga... Tapi kenapa makin bertambah berat?

Ok, cuba check balik, menu yang kita makan.

Apa jenis masakan yang kita makan..

Adakah menu yang sihat?

5 Teknik Masakan yang berkesan untuk jaga kesihatan dan sekaligus membantu menurunkan berat badan.


5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan!

resepi diet
5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan!

1. Celur

Biasanya, kalau celur ni ialah sayur-sayuran seperti bendi, asparagus, carrot, dan brokoli. Kacang boleh di celur dalam 30 saat hingga1 minit.

Jangan celur terlalu lama nanti khasiat sayur akan larut dalam air celur tadi.


2. Kukus

Memasak dengan teknik kukus juga sangat baik untuk kesihatan sebab kita tak guna minyak langsung Banyak resepi mudah dengan teknik kukus ni.

Contoh resepi, ikan siakap kukus halia sangat mudah dan di tambah dengan herba halia yang menyihatkan.


3. Rebus

Teknik Rebusan ini boleh kita buat masakan asam pedas ikan atau ayam, Asam pedas atau masak singgang antara resepi yang boleh kita aplikasikan.


4. Sup

Sup ini lebih kurang dengan teknik rebusan cuma sup ada herba-herba seperti kulit kayu manis , bunga cengkih dan herba lain.

Teknik sup ini juga tak memerlukan minyak dan sangat sihat. Letak pula rempah ... sedapnya hirup panas-panas di musim hujan...


5. Bakar

Teknik bakar, salah satu teknik yang sangat mudah, kalau nak pilih makanan kat luar pun boleh ambil ikan bakar atau ayam bakar.

Jadi, menu jenis grill sangat sesuai untuk orang diet.


Bagi yang nak diet, kurangkan makan makanan bergoreng dan berminyak.

Kalau nak makan daging, pilih part dada dan yang kurang lemak. 

15 Oktober 2018

Oktober 15, 2018

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Nasi Goreng Ikan Masin | Nasi sejuk yang lebih sayang nak buang. Jadi, buat masak nasi goreng antara pilihan MF.

Macam-macam boleh buat dengan nasi sejuk... Pelbagai resepi...


Selalu masak nasi goreng telur je... Tapi tengok ada kailan dan ikan masin... terus datang idea nak buat nasi goreng ikan masin. 

Simple resepi untuk sesiapa yang nak cuba. 

Nasi Goreng Ikan Masin
Nasi Goreng Ikan Masin

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan-bahan

  • Nasi sejuk
  • Ikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)
  • Bawang putih (ketuk dan cincang)
  • Cili padi (ketuk dan cincang)
  • Telur
  • Kailan
  • Serbuk lada hitam/lada sulah
  • Sos tiram
  • Gula


Cara memasak

  1. Tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan
  2. Masukkan telur dan hancurkan
  3. Masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. Kacau rata
  4. Masukkan gula dan serbuk lada hitam atau lada sulah.
  5. Masukkan nasi dan kacau rata. 
  6. Siap untuk dihidang.


Senang sangat masak nasi goreng ni... Nak bertambah wangi dan sedap boleh tambahkan ikan bilis dan juga masukkan daun bawang. Lagi sedap.

Sesuai buat sarapan atau minum pagi.

Boleh juga buat menu petang keluarga. 

14 Oktober 2018

Oktober 14, 2018

Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah | Resepi ayam banyak... tapi yang paling popular ayam masak merah.

Ayam masak merah sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi ayam, nasi beriani dan segala jenis nasi.

Resepi ni antara feveret keluarga kami juga.

Pelbagai cara orang masak ayam masak merah ni...

Tapi kami masak dengan cara yang paling mudah dan bahan yang tak banyak... tapi gerenti sedap...

Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah

Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah
Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah

Bahan-bahan:


  • Ayam (siap digoreng)
  • Cili kisar
  • Bawang besar (dikisar/ditumbuk)
  • Bawang putih (dikisar/ditumbuk)
  • Halia (dikisar/ditumbuk)
  • Sebatang serai (diketuk)
  • Sos cili/sos tomato (MF guna sos cili sebab dah masukkan tomato)
  • Tomato
  • Bawang besar (dihiris bulat)
  • Gula perang
  • Garam secukupnya
  • Sedikit air


Cara memasak:


  1. Tumis bahan yang dikisar bersama serai yang diketuk hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan sedikit air... masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tomato dan bawang besar yang dihiris bulat.
  4. Kemudian masukkan gula dan garam secukupnya. 
  5. Masukkan ayam yang digoreng dan gaul sehingga rata. 


Siap untuk dihidang.

Senang kan... bahan tak banyak... tapi insha Allah sedap... dan kuahnya pekat.