Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

15 November 2018

November 15, 2018

5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan! | Dah diet macam-macam, tapi tak turun berat badan.

Orang kata, diet kena makan nasi juga... Tapi kenapa makin bertambah berat?

Ok, cuba check balik, menu yang kita makan.

Apa jenis masakan yang kita makan..

Adakah menu yang sihat?

5 Teknik Masakan yang berkesan untuk jaga kesihatan dan sekaligus membantu menurunkan berat badan.


5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan!

resepi diet
5 Teknik Masakan Sihat, Bagus Untuk Yang Nak Kuruskan Badan!

1. Celur

Biasanya, kalau celur ni ialah sayur-sayuran seperti bendi, asparagus, carrot, dan brokoli. Kacang boleh di celur dalam 30 saat hingga1 minit.

Jangan celur terlalu lama nanti khasiat sayur akan larut dalam air celur tadi.


2. Kukus

Memasak dengan teknik kukus juga sangat baik untuk kesihatan sebab kita tak guna minyak langsung Banyak resepi mudah dengan teknik kukus ni.

Contoh resepi, ikan siakap kukus halia sangat mudah dan di tambah dengan herba halia yang menyihatkan.


3. Rebus

Teknik Rebusan ini boleh kita buat masakan asam pedas ikan atau ayam, Asam pedas atau masak singgang antara resepi yang boleh kita aplikasikan.


4. Sup

Sup ini lebih kurang dengan teknik rebusan cuma sup ada herba-herba seperti kulit kayu manis , bunga cengkih dan herba lain.

Teknik sup ini juga tak memerlukan minyak dan sangat sihat. Letak pula rempah ... sedapnya hirup panas-panas di musim hujan...


5. Bakar

Teknik bakar, salah satu teknik yang sangat mudah, kalau nak pilih makanan kat luar pun boleh ambil ikan bakar atau ayam bakar.

Jadi, menu jenis grill sangat sesuai untuk orang diet.


Bagi yang nak diet, kurangkan makan makanan bergoreng dan berminyak.

Kalau nak makan daging, pilih part dada dan yang kurang lemak. 

15 Oktober 2018

Oktober 15, 2018

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Nasi Goreng Ikan Masin | Nasi sejuk yang lebih sayang nak buang. Jadi, buat masak nasi goreng antara pilihan MF.

Macam-macam boleh buat dengan nasi sejuk... Pelbagai resepi...


Selalu masak nasi goreng telur je... Tapi tengok ada kailan dan ikan masin... terus datang idea nak buat nasi goreng ikan masin. 

Simple resepi untuk sesiapa yang nak cuba. 

Nasi Goreng Ikan Masin
Nasi Goreng Ikan Masin

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan-bahan

  • Nasi sejuk
  • Ikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)
  • Bawang putih (ketuk dan cincang)
  • Cili padi (ketuk dan cincang)
  • Telur
  • Kailan
  • Serbuk lada hitam/lada sulah
  • Sos tiram
  • Gula


Cara memasak

  1. Tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan
  2. Masukkan telur dan hancurkan
  3. Masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. Kacau rata
  4. Masukkan gula dan serbuk lada hitam atau lada sulah.
  5. Masukkan nasi dan kacau rata. 
  6. Siap untuk dihidang.


Senang sangat masak nasi goreng ni... Nak bertambah wangi dan sedap boleh tambahkan ikan bilis dan juga masukkan daun bawang. Lagi sedap.

Sesuai buat sarapan atau minum pagi.

Boleh juga buat menu petang keluarga. 

14 Oktober 2018

Oktober 14, 2018

Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah | Resepi ayam banyak... tapi yang paling popular ayam masak merah.

Ayam masak merah sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi ayam, nasi beriani dan segala jenis nasi.

Resepi ni antara feveret keluarga kami juga.

Pelbagai cara orang masak ayam masak merah ni...

Tapi kami masak dengan cara yang paling mudah dan bahan yang tak banyak... tapi gerenti sedap...

Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah

Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah
Resepi Ayam Masak Merah Paling Mudah

Bahan-bahan:


  • Ayam (siap digoreng)
  • Cili kisar
  • Bawang besar (dikisar/ditumbuk)
  • Bawang putih (dikisar/ditumbuk)
  • Halia (dikisar/ditumbuk)
  • Sebatang serai (diketuk)
  • Sos cili/sos tomato (MF guna sos cili sebab dah masukkan tomato)
  • Tomato
  • Bawang besar (dihiris bulat)
  • Gula perang
  • Garam secukupnya
  • Sedikit air


Cara memasak:


  1. Tumis bahan yang dikisar bersama serai yang diketuk hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan sedikit air... masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tomato dan bawang besar yang dihiris bulat.
  4. Kemudian masukkan gula dan garam secukupnya. 
  5. Masukkan ayam yang digoreng dan gaul sehingga rata. 


Siap untuk dihidang.

Senang kan... bahan tak banyak... tapi insha Allah sedap... dan kuahnya pekat. 

22 September 2018

September 22, 2018

Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan | Kuih puteri ayu satu kuih yang memang MF suka... Zaman anak dara dulu suka beli kuih ni kat pasar malam.

Bila dah beranak pinak ni, masih lagi suka. Dan tak sangka anak MF pun suka kuih ni juga.

Setiap pagi, suami beli sarapan mesti beli kuih ni...



Asyik beli je... MF bertekad nak buat sendiri...

Gigih cari acuan kat kedai lepas balik kerja...

Hari cuti semalam, terus buat kuih ni...

Bahan tak susah... semua ada cuma minta suami  belikan kelapa parut je...

Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan


Bahan-Bahan :

3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecik ovelate
2 cawan tepung gqndum
1 sudu kecik baking powder
1 cawan santan kotak
1 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau
kelapa parut + sedikit garam + sedikit tepung gandum (Gaul rata dan kukus sekejap)


Cara-Cara Membuat Kuih Puteri Ayu 


  1. Ayakkan tepung bersama baking powder
  2. Mixer telur, gula, ovalate hingga kembang putih. 
  3. Masukkan tepung dan kacau rata.
  4. Masukkan santan dan kacau lagi.
  5. Mix sebati baru tuang pewarna hijau dan emelco pandan. Mix sebati lagi sekali. tapi jangan lama sangat.
  6. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan. 
  7. Tuang adunan tepung paras acuan dan kukus 10-15 minit guna api besar (biasa).
Mudah je nak buat...cuma kena rajin... 

Untuk bancuhan sukatan ni dapat dalam 21 biji acuan besar... kalau acuan kecil lebih la...

selamat mencuba...

21 September 2018

September 21, 2018

Bubur Asyura Johor Style Simple dan Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bubur Asyura Johor Style Simple dan Sedap | Resepi ni dari en.somi... MF balik kerja tengok dia dah siap buat... MF tukang rasa je...

Habuan buat buka puasa Asyura semalam...

MF ni tekak utara, memang biasa makan utara style.. tapi dia buat semalam Johor Style serius sedap... Boleh plak telan licin ...

Biasa memang MF tak makan... sebab MF kata sama je dengan bubur lambuk... Tapi dia buat semalam lain.. memang sedap.. cukup rasa dan rempah dia...

Nak tahu resepinya?

Mudah sangat nak buat rupanya...

Campak-campak aje dah siap... tak susah mana...

Kalau korang ada smart cooker atau pressure cooker, lagi cepat ...

Tapi guna periuk biasa pun takde masalah...


Meh MF kongsikan resepinya...

Bubur Asyura Johor Style Simple dan Sedap
Bubur Asyura Johor Style Simple dan Sedap


Bubur Asyura Johor Style Simple dan Sedap.


Bahan-bahan A
1 1/2 Cawan beras
1 1/2 Cawan santan segar
1/2 kg daging (potong dadu dan rebus hingga empuk)
1/2 cawan kacang dhal (10 minit)
1/2 cawan kacang kuda (rebus hingga empuk)
12 cawan air

Bahan tumis
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
1 sudu lada hitam (ditumbuk)
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
5 bunga cengkih
2 buah pelaga
Sup bunjut (bebas sihir 😂)
3 Sudu minyak
Garam secukup rasa

* dihiris

Cara memasak
1. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau.

2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam periuk.. Kami guna smart cooker... Macam periuk nasi tu... Tapi lebih sikit function dia dari periuk nasi...

3. Kacau hingga sebati dan biar je hingga masak. Kalau guna periuk biasa.. Masak dengan api perlahan, dan selalu kena kacau...

4. Kalau guna pressure cooker lagi cepat lah masaknya..

20 September 2018

September 20, 2018

Resepi Sotong Buttermilk Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Sotong Buttermilk Mudah | Biasa dengar dan biasa orang buat ayam buttermilk je kan..

Tapi saja ubah selera kali ni...

Buat sotong pula...

Resepinya sama je.. Cuma kita ubah kepada sotong.

Resepi Sotong Buttermilk Mudah

Resepi Sotong Buttermilk Mudah
Resepi Sotong Buttermilk Mudah

Bahan-bahan
Sotong
Bawang putih
Daun kari
Tepung jagung
Serbuk kari
Lada sulah
Garam
Gula
Butter
Susu segar atau susu cair


Cara-caranya
Perap sotong dengan tepung jagung, serbuk kari, lada sulah dan sedikit garam.

Kemudian goreng sotong hingga masak, angkat dan toskan minyak.


  • Cairkan butter.. 
  • Tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari dan kacau rata.
  • Masukkan susu, gula dan garam secukupnya.
  • Kemudian masukkan sotong yang telah digoreng tadi.
  • Kacau rata dan siap untuk di hidang.


Simple kan.. Tapi rasa dia... Nyummmyyy...

Sedap juga buat Buttermilk kat makanan laut.

Selamat mencuba. 

11 September 2018

September 11, 2018

Bihun Bodo

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tahu apa itu bihun bodo?

Bihun bodo tu, bihun goreng kosong... Takde campuran bahan lain...

Takde sayur, takde udang ke, ayam ke..  Takde... Yang ada hanya bahan asas dan guna bahan ringkas.

Bihun bodo ni senang, tapi kena juga tau teknik asas memasak untuk rasa yang ummmppp...

Bihun bodo ni paling sedap buat sarapan..  Minum petang pun ok...

Bihun bodo

Bihun bodo
Bihun bodo 

Bahan asas buat bihun bodo...

Bihun, cili kisar, sos cili, kicap, bawang merah dan bawang putih, gula dan garam sebagai perasa.. Optional kalau nak tambah telur atau tauge.

Cara memasak:

Tumis bawang hingga naik bau, lepas tu masukkan cili kisar, sos, kicap dan sedikit air untuk masak cili tu hingga betul masak.

Lepas masukkan telur dan kacau hingga telur hancur.. Masukkan gula dan garam. Akhir sekali masukkan bihun dan kacau rata. Siap dan hidangkan.

Memang kosong je bihun ni... Tapi Sedap sebenarnya...

Sekarang ni menu bodo-bodo macam ni yang sedap... Tak perlukan bahan yang banyak...

Yang penting...

Masak dari hati, masak with iman... Insha Allah .. Sedap... 

09 September 2018

September 09, 2018

Kek Span Pandan Moist Cream Cheese Sukatan Cawan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kek Span Pandan Moist Cream Cheese Sukatan Cawan | Seminggu sekali buat kek, maklumlah hari lahir anak dekat-dekat... jadi, gigih buat kek lagi... Tapi tak buat kek yang sama.

Minggu lepas buat kek red velvet untuk hari lahir kakak... Kali ni si adik, buat kek pandan pula. Ingat nak buat kek pandan gula melaka, tapi tak berapa rajin.. haha... Jadi, akhirnya jadilah kek span moist aje...
Kek Span Pandan Moist Cream Cheese Sukatan Cawan




Kek Span Pandan Moist Cream Cheese Sukatan Cawan

Bahan-bahan:


  • 5 biji Telur gred A
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 cawan tepung superfine/ tepung gandum *
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat *
  • 1 sudu kecil baking powder *
  • 1 sudu kecil emulco pandan
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/2 cawan minyak jagung/minyak masak

Topping cream cheese:


  • 250gram cream cheese
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila / jus lemon


Kek Span Pandan Moist Cream Cheese Sukatan Cawan

Cara-caranya:


  1. Panaskan oven 170 darjah celcius dalam masa 10-15 minit.
  2. Ayak bahan yang bertanda (*) dan ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula kastor hingga kembang
  4. Masukkan emulco pandan dan pukul lagi hingga rata.
  5. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan pukul rata. Jangan pukul terlalu lama cukup sekata dan teruskan matikan mixer. 
  6. Masukkan air suam dan kacau lagi.
  7. Akhir sekali masukkan minyak dan gaul rata. Kaup balik guna senduk kayu je.
  8. Kemudian masukkan dalam acuan yang dah disapu minyak/marjerin.
  9. Bakar dalam oven 170 darjah celcius selama 45 minit.

Kek Span Pandan Moist Cream Cheese Sukatan Cawan

Cara buat topping cream cheese:


  1. Pukul cream cheese hingga hilang ketul-ketul kecil.
  2. Kemudian masukkan mentega, gula aising dan esen vanilla dan pukul semuanya hingga sekata.
  3. Sapu pada kek yang telah disejukkan. 

Nak cantik boleh guna piping bag...Kalau nak letak warna pun boleh... yang penting topping ni tak pahit dan rasa lemak, manis masim gitu... 

04 September 2018

September 04, 2018

Resepi Kek Red Velvet Paling Mudah dan Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Kek Red Velvet Paling Mudah dan Sedap | Tarikh 31 Ogos mesti disambut setiap tahun... Lahirnya anak sulung pertama pada tarikh itu...

Memulanya nak beli kek cheese pada dia,,, Tapi disebabkan anak kedua dulu MF buatkan kek, jadi anak yang ni pun kena la buat juga... 

Malam merdeka... Orang tunggu bunga api, daku berperang seorangan di dapur.. 

Memang kena senyap dan tenang buat kek ni.. Tak boleh ganggu.. Kalau tak ada je tak kena.. 

Dulu ingat red velvet ni susah.. Tapi lepas Google resepi.. Takde lah susah mana bahan dan cara buatnya... 

Resepi ni MF olah dari banyak sumber di Google... Untuk rasa sedap gebu dan sedikit moist... 

Jom.. Tengok... Apa resepinya...

Resepi Kek Red Velvet Paling Mudah dan Sedap

Resepi Kek Red Velvet Paling Mudah dan Sedap

resepi olahan oleh : www.mariafirdz.com

Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan air panas
2 biji telur A
esen vanila

Topping
250g tatura cream cheese
1/2 cawan whipping cream atau susu sejat
1/2 cawan gula atau 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil jus perahan lemon

Cara-cara
Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.

  1. Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk, ayak dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang.
  3. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati.
  5. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati. (guna senduk je tanpa guna mixer)
  6. Lengserkan loyang dengan butter atau minyak jagung, tuang adunan dan bakar 160 darjah celcius selama 45minit. 

Cara buat topping
Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Caranya:

Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek.

Resepi Kek Red Velvet Paling Mudah dan Sedap

Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Resepi Kek Red Velvet Paling Mudah dan Sedap

Senang je kan.. Bahan pun mudah.. Dulu tak tau Buttermilk tu.. Tapi rupanya boleh buat sendiri Buttermilk tu kalau tak jumpa yang dijual siap di kedai.. 

Insha Allah... Minggu ni bakal buat lagi kek ni untuk anak ketiga pula...

29 Ogos 2018

Ogos 29, 2018

Cara Masak Bone Broth Sup Untuk Bayi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Masak Bone Broth Sup Untuk Bayi |Bone broth atau bahasa mudahnya sup dari tulang, tak kiralah tulang ayam, lembu, kambing, ikan, bilis.

Tapi nak senang... Guna kaki ayam... Sebab memang confirm tulang aje...

Cara Masak Bone Broth Sup Untuk Bayi

Cara Masak Bone Broth Sup Untuk Bayi

Manfaat Bone Broth Soup


  • Banyak manfaat bone broth ni antaranya:
  • boleh tingkatkan imuniti badan anak-anak.
  • bagus untuk sistem pencernaan
  • melawan jangkitan penyakit, virus dan sebagainya
  • mengurangkan sakit sakit sendi dan keradangan
  • bantu rambut dan kuku yang cantik
  • menguatkan tulang dan sendi


MF gigih juga buat sebagai perasa dalam masakan bayi sebab bayi kan tak boleh makan gula dan garam.

Jadi perasa semula jadi macam ni bagus dan berkhasiat untuk bayi.

Elok gunakan bone broth ni untuk masak masakan bayi terutama buat bubur untuk dia. Atau dalam masakan harian pun kita boleh guna juga, masuk dalam sup ke, dalca, kuah apa sahaja yang sesuai sebagai penambah perisa dan nutrien.

Bahan Untuk Penyediaan Bone Broth


  • Kaki ayam atau rangka ayam (lebih elok beli yang ayam organik) 
  • carrot
  • halia
  • bawang besar
  • bawang putih
  • seleri
  • lemon atau tomato atau sumber masam yang lain
  • bunga lawang 3 sekawan (rempah tumis) 


Cara Membuatnya

Masukkan kaki ayam bersama semua bahan tadi. Dan masak guna pressure cooker. Tapi MF guna periuk biasa.. Reneh je guna stainless Steel... Selama 3 jam ke atas.. Lagi lama lagi bagus.

Nak tau cukup masak, nampak tulang tu dah hampir hancur terlerai dah... Bahan lain dah sebati... Kira elok dah la tu.

Kalau korang guna lemon, perah bila dah masak semua.. Tapi kalau guna tomato rebus je sekali semua... Guna salah satu je.. Lemon atau tomato untuk beri rasa masam...

Tips 

Seeloknya gunakan periuk selain dari aluminium. Periuk nasi tidak sesuai sebab biasanya diperbuat dari aluminium.

Lemon pula diguna untuk bantu melarutkan zat galian dalam tulang. Kalau tak nak lemon boleh ganti dengan tomato atau cuka.

Cara Masak Bone Broth Sup Untuk Bayi

Dah siap masak, tunggu sejuk dan bolehlah isikan dalam bekas kiub ais dan masukkan dalam peti sejuk beku.

Jika nak masak hanya tambahkan je kiub yang telah beku tadi ke dalam masakan. Mudah sangat kan?

Cubalah... Bubur nasi jadi lebih sedap dan wangi... Insha Allah.. Berselera anak makan... 

19 Ogos 2018

Ogos 19, 2018

Resepi Ayam Ungkep Mudah Tapi Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Ayam Ungkep Mudah Tapi Sedap | Resepi mudah tapi suami yang masak.. Resepi dari jiran sebelah rumah...

Memang sedap dia masak. . Tu yang suami minta resepi...

Resepi ni air tangan orang lelaki ye... Jadi lain sikit sedapnya tu... Hehe..

Tapi memang senang je nak masaknya.. Bahannya pun mudah....

Resepi Ayam Ungkep Mudah Tapi Sedap

Resepi Ayam Ungkep Mudah Tapi Sedap
Resepi Ayam Ungkep Mudah Tapi Sedap 

Bahan-bahannya:
Ayam - goreng separuh masak

<Bahan A ditumbuk> 
Serai
Jintan Manis
Jintan Putih

<Bahan B dikisar>
Halia
Kunyit
Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Padi Hijau

Gula
Garam
minyak masak

Cara-caranya:
Panas minyak dan tumis Bahan A. Kemudian masukan Bahan B dan tunggu sampai pecah minyak, masukkan ayam garam dan gula secukup rasa... 

Semudah A, B, C... Selamat mencuba...

Senangkan. . Memang sedap resepi jiran sebelah rumah ni... 

Selamat mencuba... 

14 Julai 2018

Julai 14, 2018

Resepi Muffin Coklat Mudah Tapi Sedap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Muffin Coklat Mudah Tapi Sedap! | Muffin satu kudapan dan minum petang yang simple dan amat disukai oleh anak-anak.

Dah lama buat resepi ni tapi biasalah takde masa dan mood nak up entry.. hehe...

Buat muffin ni sebenarnya sangat mudah... Lebih mudah dari buat kek sebenarnya...

Rahsia resepi muffin ialah, pisahkan bahan basah dan bahan kering... Satukan keduanya dan gaul sebati tanpa guna mixer.

Ok, MF kongsikan resepi muffin coklat yang sangat mudah tapi dijamin sedap... Tak manis sangat dan sesuai untuk anak-anak.

Resepi Muffin Coklat Mudah Tapi Sedap!
Resepi Muffin Coklat Mudah Tapi Sedap!

Resepi Muffin Coklat Mudah Tapi Sedap!

Bahan-bahan:

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara:

Resepi Muffin Coklat Mudah Tapi Sedap!
Resepi Muffin Coklat Mudah Tapi Sedap!

  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Guna tangan je, tak perlu guna mixer. Sebab kalau terlebih pukul takut tak menjadi nanti.
  3. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  4. Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.


Nak sedap, muffin ni simpan semalaman pada suhu biasa. Tapi mana sempat nak simpan, habis kena ngap dengan anak-anak.

26 Jun 2018

Jun 26, 2018

Biskut Sarang Semut Gebu Guna Sukatan Cawan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biskut Sarang Semut Gebu Guna Sukatan Cawan | Dah habis raya baru up resepi biskut raya. Hehe...

Biskut ni biskut last MF buat sebelum raya... Akhirnya tercapai juga hajat nak buat sendiri...

Pertama kali buat... Guna resepi di Google tapi seperti biasa sukatan tu MF olah-olah la sendiri... Ikut rasa sedap sendiri...

Alhamdulillah, pertama kali buat, tak mengecewakan bahkan lebih baik dari yang disangka...

Memang gebu dan cair dalam mulut... Rasa pun tak manis sangat dan orang takde gigi pun boleh makan...

Ini resepinya MF Kongsikan.

Biskut Sarang Semut Gebu Guna Sukatan Cawan
Biskut Sarang Semut Gebu Guna Sukatan Cawan

Biskut Sarang Semut Gebu Guna Sukatan Cawan

Bahan-bahan


  • 250 gram butter
  • 1/2 cawan gula halus / gula kastor
  • 1 3/4 cawan tepung jagung *
  • 2 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu baking powder *
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil pewarna kuning (optional)


Ayak bahan bertanda *

Cara membuatnya :


  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila dan kuning telur satu persatu. Pukul lagi sebati guna mixer.
  3. Kemudian, masukkan tepung kastard dan kacau rata.
  4. Masukkan tepung yang diayak ke dalam adunan hingga menjadi doh.
  5. Kalau adunan lembik, boleh tambahkan tepung gandum atau tepung jagung semasa menguli menjadi doh.
  6. Kalau dah tak melekat tapi masih lembut tak boleh nak sagat. Jadi, sejukkan dalam peti sejuk.
  7. Dah keras boleh sagat sikit-sikit.
  8. Adunan yang di sagat masukkan dalam paper cup.
  9. Taburkan coklat urai atau manik ikut citarasa.
  10. Bakar dalam oven dengan suhu 165 darjah celcius selama 20 minit.


Senang je kan... Tapi bahan ni buatkan biskut tu sedap rasa.

Memang tak sempat hidang kat tetamu... Dua balang MF buat... Semua dah habis licin dimakan oleh kami sekeluarga... Haha...

Tapi, insha Allah... Nak buat lain minggu depan ni... Boleh la hidangkan kat tetamu.. Insha Allah... Hehe..

12 Jun 2018

Jun 12, 2018

Agar-agar Tembikai, Sejuk Menyegarkan Ketika Berbuka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Agar-agar Tembikai, Sejuk Menyegarkan Ketika Berbuka | Pernah tengok orang viral kan Agar-agar tembikai...

Best juga kalau buat sebagai juadah berbuka ni...

Jadi, minggu lepas suami beli Tembikai dan kami buat la Agar-agar Tembikai.

Agar-agar Tembikai, Sejuk Menyegarkan Ketika Berbuka

Resepi Agar-agar Tembikai
Agar-agar Tembikai, Sejuk Menyegarkan Ketika Berbuka

Bahan-bahan

1 biji tembikai dibelah 2
1 peket agar-agar
Pewarna sirap
1 cawan gula (kalau yang suka manis, lebihkan gula)
Air

Tambahan:
Nata de coco
Selasi
Cincau

Cara membuatnya

Buah tembikai belah dua dan keluarkan isinya. Sikit dari isi tembikai tu potong dadu untuk dimasukkan dalam agar-agar tu nanti.


  1. Masukkan agar-agar, gula dan pewarna ke dalam air.
  2. Masak hingga semua agar-agar larut.
  3. Tuang agar-agar ke dalam buah tembikai yang dah dikeluarkan isinya tadi. 
  4. Letakkan Nata de coco, Cincau dan selasih dan kacau rata. 
  5. Sejukkan hingga hilang panas sebelum di masukkan  ke dalam peti sejuk. 
  6. Dah sejuk, potong dengan pisau yang tajam. 


Tips:

  • Jangan terlebih air ketika masak agar-agar, nanti jadi lembik dan susah nak potong. 
  • Kalau boleh tak perlu letak Nata de Coco sebab nanti dia mendap ke bawah dan payah nak potong. 


MF buat ni agak lembik sebab agar-agar tu lembut sangat. Dan Nata de coco ke bawah, jadi mencabar nak potong.

Apa pun memang sedap, sejuk dan segar sesuai sangat jadi pencuci mulut ketika berbuka puasa. 

05 Jun 2018

Jun 05, 2018

Agar-agar Bandung Cincau Saji

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Agar-agar Bandung Cincau Saji | Menu pencuci mulut yang paling Simple.

Sejak kenal dengan  susu pekat Saji yang ada pelbagai perisa ni.. Memang rasa macam dah jatuh cinta je.. Sebab senang betul nak buat air ke, nak buat puding ke.. Memang senang.

Sebelum ni biasa bancuh air je... Kali ni MF guna susu pekat saji perisa bandung. Memang senang giler...

Senang tak senang korang follow je bahan dan step bawah ni..

Agar-agar Bandung Cincau Saji

Agar-agar Bandung Cincau Saji
Agar-agar Bandung Cincau Saji

Bahan-bahan


  • 1.5 liter air
  • 1 peket agar-agar
  • 1 tin susu pekat saji perisa bandung
  • 1 tiub cincau (terpulang nak guna banyak mana) - dicincang


Cara membuatnya


  1. Didihkan air, kemudian masukkan agar-agar.
  2. Biarkan mendidih hingga semua agar-agar larut.
  3. Kemudian masukkan 1 tin susu dan kacau hingga rata.
  4. Tuang dan tapis ke dalam loyang yang ditaburkan dengan cincau yang dicincang.
  5. Sejukkan sebelum masukkan dalam peti sejuk.
  6. Dah beku, potong dan hidangkan.


Agar-agar Bandung Cincau Saji
Add captionAgar-agar Bandung 

Senang betul nak buat... Tak payah nak sukat gula, susu dan pewarna dah...

Best kan..

Pi cari lekaih susu saji ni.. Macam-macam perisa ada.. Hehe...

Selamat mencuba. 

04 Jun 2018

Jun 04, 2018

Resepi Semperit Dahlia Susu Simple

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Semperit Dahlia Susu Simple | Semalam hari minggu. MF kalau cuti waktu bulan puasa ni tak boleh dok saja... Mesti kena buat kerja juga.. Kalau tak rasa letih puasa.

Semalam tengok rancangan masak-masak kuih kat TV... Terus ajak suami buat... Hehe.. Bahan pun memang sedia ada kat rumah... Terus masuk dapur...

Biskut Semperit Dahlia Susu antara biskut pertama untuk raya kali ni.

Bahannya pun senang je... Sebab resepi ni dari Chef Anis Nabila.

Meh sini MF kongsikan resepinya.

Resepi Semperit Dahlia Susu Simple
Resepi Semperit Dahlia Susu Simple

Resepi Semperit Dahlia Susu Simple

Bahan-bahannya


  • 250gram butter atau mentega 
  • 100 gram tepung ubi *
  • 400 gram tepung jagung *
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder *
  • Pewarna - ikut citarasa sendiri
  • Manik atau ceri untuk hiasan.


Ayak bahan yang bertanda *

Cara membuatnya


  1. Pukul butter dengan susu pekat hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila dan pewarna. 
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh. Kalau dah jadi dog, stop jangan tambah tepung lagi.. Takut nanti keras.
  4. Lepas tu, terus la tekan guna acuan yang dikehendaki.
  5. Hias dengan manik atau ceri.
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.

Resepi Semperit Dahlia Susu Simple
Resepi Semperit Dahlia Susu Simple

Buat semalam dengan sukatan ni dapat la dua bekas kecil tu dalam 100 biji lebih.. Tu pun dah masuk perut anak-anak sikit dah..

Biskut senang gini suka la MF buat.. Lagipun sekarang dah tau dah nak buat biskut... Sebab selalu buat. Jadi nak sukat, nak letak apa atau senang kata asasnya dah ada.. Cuma nak cantikkan lagi rasa dan bentuk dia tu yang masih try and error.

Next biskut raya mungkin biskut ulat bulu plak kot... Hehe... Tak pun kuih sarang semut... Hehe..

Nanti MF share resepi lagi ya...

03 Jun 2018

Jun 03, 2018

Sagu Gula Melaka Mudah dan Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sagu Gula Melaka Mudah dan Sedap | Minggu lepas, ada kawan sekerja offer nak buat sagu gula melaka. Kami kengkawan pakat beli la ramai-ramai.

MF pun teringin, beli la 2 bekas... Untuk bawa balik sebagai desert berbuka puasa.

Sekali waktu berbuka suami cakap sedap pula.. Adehh.. Sebelum ni teringin nak buat tapi takut suami tak makan... Tu tak terbuat. Tapi sebab dia dah suka.. Maka kena la buat kan.

Untuk keesokannya tu, MF pula buat sendiri... Sebab bukan susah pun nak buat sagu gula melaka ni..

Bahan yang mudah dan cara buat pun sat aje..


Sagu Gula Melaka Mudah dan Sedap


Bahan-bahan

1 cawan sagu
1 cawan air
Daun pandan
Pewarna
Susu sejat
Gula Melaka

Cara membuatnya


  1. Basuh biji sagu hingga bersih dan hingga agak kurang warna putih airnya... Untuk buang kanji dia.
  2. Masak dengan 1 cawan air, masukkan daun pandan untuk wangi kan sagu tu.
  3. Masak hingga sagu jadi warna jernih...
  4. Dah masak letakkan sedikit pewarna. Macam MF buat dua warna, hijau dan merah.
  5. Dah siap warnakan letakkan dalam bekas dan sejukkan.


Untuk gula melaka, masak gula melaka atau gula perang hingga cair. Tapis dan sejukkan.

Untuk hidangkan atau kalau nak simpan.
Tuangkan susu sejat dan 1 sudu besar air gula melaka tadi. Sejukkan dalam peti sejuk.

Memang sedap dimakan sejuk tambah-tambah bulan puasa ni... Sejuk je tekak.

Mudah kan.. Takde susah mana pun... Nak buat kejap aje... Yang penting sedap...

Selamat mencuba... 

31 Mei 2018

Mei 31, 2018

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap | Lama tak makan keli... Bila ada member offer ikan keli terus terbayang kan ikan keli goreng berlada.. Sebab tu resepi feveret MF...

Ikan Keli ni memang MF suka... Tapi tak suka nak siang dan nak buat...

Tapi memang resepi berasaskan ikan keli memang MF suka. .

Ikan Keli Goreng Berlada senang sangat nak buat... Cuma leceh tang ikan tu je.. Nak siang semua  kan.. Tapi kalau nak makan takde masalah..

Meh kita tengok macam mana mudahnya nak masak ika  keli goreng berlada...

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap


Bahan-Bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap 


  • Ikan keli sederhana besar.
  • bawang putih-ditumbuk.
  • bawang besar-ditumbuk.
  • cili merah-ditumbuk.
  • cili padi- ditumbuk (tambah jika nak pedas)
  • Sedikit air asam jawa.
  • Gula.
  • Garam.
  • Minyak masak.
  • Serbuk Kunyit.


MF tak letak sukatan sebab sukatan tu ikut lah berapa banyak korang nak masak... Kalau ikannya sikit, bahan lain pun sikit... Kalau ikan banyak bahan pun banyak guna.. Jadi, fleksibel.

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Simple Tapi Sedap

Cara memasak ikan keli goreng berlada

1. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biar seketika kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing. Dah siap angkat dan toskan minyaknya.

2. Bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi ditumbuk. Jika nak kisar pun boleh. Ikut mana yang selesa.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga masak. Lada sebaiknya dimasak lama sikit nak elak daripada sakit perut.

4. Setelah itu, masukkan air asam jawa. Jangan masuk banyak, takut rasa masam lebih nanti.

5. Kemudian, masukkan garam dan gula. Bila semua bahan tadi sekata tutup api.

6. Tuangkan sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.

Boleh kalau nak tambah hiasan dengan potong bawang Holland bulat-bulat... Dan masukkan akhir sekali sebelum matikan api tu... Menambah rasa sedap manis dan deko yang cantik semasa menghias hidangan.

Tips Membersihkan Ikan Keli

Tips ni MF dapat dari kawan dan sebenarnya MF sendiri tak mampu nak buat sendiri sebab geli.. Hihi...

Apa pun.. MF kongsi kan disini untuk pengetahuan bersama... Atau mungkin satu hari MF nak belajar masak sendiri ikan keli... Boleh godek kat blog sendiri...

Biasanya kalau beli ikan keli kat pasar kita boleh minta disiang siap... Kalau tak nak kepala pun dia boleh tolong potongkan... Kita balik terus bersihkan aje...

Kalau kita perhatikan, antara leher ikan keli dan badannya setelah dipotong tu ada gumpalan darah kecil sebesar kepala mancis dibahagian kiri dan kanan antara tulang belakang ikan tersebut. Kena buang darah tu, nak elakkan rasa hanyir darah ikan semasa nak basuh ikan keli tersebut. Ni pun mak MF sendiri ajar juga...

Lepas basuh darah semua tu, lumurkan ikan keli dengan limau nipis atau asam keping untuk hilang lendir. Kalau kat kampung, mak MF guna daun jambu batu. untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan tersebut.

Perap kejap dengan bahan tu lebih kurang 15 minit camtu... Kemudian bilaslah dengan air bersih.

Tips Elak Ikan Keli Meletup Ketika Menggoreng 

Tips nak elak ikan keli meletup masa goreng adalah dengan mambuat banyak hirisan pada badan ikan atau kelar banyak kat badan ikan tu.. Sebab dengan cara tu air dari ikan tu cepat la kering... Jadi kurang lah meletup masa menggoreng... .

Mudah je nak masak... Tapi nak siang ikan keli tu yang mencabar...

MF beli ikan keli siap goreng je.. Pastu balik  buat kuah lada tu.. Hehe...

Nak masak tu takde hal.. Nak siang tu yang leceh... Hihi.. Kot nanti dah buat tak lalu nak makan pula..


Kredit gambar: Lauk berbuka hari ini... Hihi... 

30 Mei 2018

Mei 30, 2018

Resepi Ayam Buttermilk Simple

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ayam Buttermilk Simple | Dada ayam, part yang orang jarang nak makan sebab banyak isi. Kena cari resepi yang bersesuaian supaya tak muak dimakan.


Dada ayam ni, sesuai dengan resepi yang tidak berkuah... Kering, pedas sesuai lah kan...


Jadi, tercetus idea nak masak ayam buttermilk untuk juadah berbuka puasa.

MF buat kering tak berkuah...kalau nak berkuah, lebihkan bahan utama iaitu milk(susu).

Mudah sangat buat ayam buttermilk ni... Bahan pun ringkas...

Resepi Ayam Buttermilk Simple

Resepi Ayam Buttermilk Simple
Resepi Ayam Buttermilk Simple

Bahan-Bahan:

2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
3 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
3 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:

2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Tips: Nak mudah, guna je tepung serbaguna macam tepung bestari ... lagi cepat...

Cara Penyediaan:

1.Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
2.Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
3.Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air.
4.Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
5.Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Resepi Ayam Buttermilk Simple
Resepi Ayam Buttermilk Simple

Cara-cara masak ayam buttermilk:

1.Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
2.Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
3.Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Siap, angkat dan sedia dihidangkan.

Kalau nak pedas, tambahkan cili...
Mudahkan...

Selamat mencuba.

27 Mei 2018

Mei 27, 2018

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap | Semalam puas mikir menu sampingan disamping menu utama nasi.

Setakat ni tak pernah tinggal nasi...

Perut Melayu katakan..

Dalam dok mikir, flashback balik menu berbuka puasa masa dok kat kampung.

MF dari utara, kalau berbuka puasa tak sah menu penuh satu meja.. Hehe.. Meriah..

Jadi, bila flashback tu teringat menu cucur Udang dengan kuah kacang. Kalau kuah kacang belah utara nun, beli kedai pastu balik bancuh dengan air suam ja..

Tapi kat Johor mana nak cari kan..

Jadi, meng'google' lah kita cari resepi... Kalau boleh yang mudah dan senang nak buat.

Banyak resepi kat Google yang kebanyakan hampir sama...

Jadi, lepas tengok resepi kita pun masuk dapur try la..

Selepas mencuba, wow! Memang ternyata menjadi rasa kuah kacang tu... Puas hati dan gumbira rasanya... Hahahaha... 😂

Mudah sangat nak buat cucur Udang dengan kuah kacang utara style ni..

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap
Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

Bahan-bahan untuk buah cucur udang


  • 3 cawan tepung gandum;
  • 1 1/2 cawan udang basah, MF guna udang besar tapi dipotong dua. Kalau udang kecil tak perlu nak potong dah.. Tapi nak buh seekor terus pun boleh. 
  • Satu sudu kecil soda bikarbonat
  • Satu sudu kecil baking powder 
  • Satu sudu kecil serbuk kunyit
  • Daun kucai (nak sedap lagi tambah tauge dan bawang... Tapi sebab anak nak makan tak tambah la bahan ni.. Kang habis dia dok asingkan je) 
  • Air suam
  • Garam
Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap
Add captionCucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah

Cara membuatnya:


  1. Masukkan je semua bahan dan gaul sebati... 
  2. Pastikan adunan tu tak cair sangat dan tak pekat sangat. 
  3. Nak goreng, ceduk guna senduk yang dalam dan tuang dalam minyak yang betul-betul panas. 
  4. Dah garing luar, angkat dan toskan minyak. 
  5. Nak makan nanti potong dan cicah dengan kuah kacang. 

Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

Resepi kuah kacang cucur Udang utara style

Bahan-bahannya 


  • 2 cawan kacang tanah
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar 
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya 
Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap
Cucur Udang dan Kuah Kacang Utara Style Mudah Tapi Sedap

Cara membuatnya 


  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga garing dan kisar kasar. Jangan halus sangat. 
  2. Goreng pula cili kering dan bawang besar yang di mayang halus dengan sedikit minyak hingga garing. Kemudian kisar halus
  3. Masukkan bahan kisar, gula, air asam jawa, garam dalam periuk. Kemudian tambahkan air secukupnya dan masak hingga mendidih. 
  4. Dah dapat kepekatan yang dikehendaki tutup api. 
  5. Siap dihidangkan bersama cucur Udang. 


Memang menjadi rasanya kuah cucur Udang ni. Sama macam yang jual kat belah utara nun. Kalau tau senang nak buat kuah tu, dah lama den buat...

Lepas ni tak payah tunggu posa la... Boleh buat untuk makan dan minum petang.

Try la siapa nak try... Kot ada yang tengah fikir nak makan apa kan petang ni...

Selamat mencuba...