Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

19 Oktober 2018

Oktober 19, 2018

20 Tahun Bersabar Dengan Jiran Kristian

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


20 Tahun Bersabar Dengan Jiran Kristian
...............

Hasan al-Basri berjiran dengan orang Kristian. Dia tingkat atas rumah Hasan, orang Kristian itu memelihara haiwan ternakan. Kebetulan pada bahagian bumbung rumah Hasan al-Basri itu pula ada lubang.

Setiap kali haiwan diatas kencing, maka ia akan menitis ke dalam rumah Hasan al-Basri.

Hasan al-Basri tidak marah. Dia meletakkan bekas di bawah lubang itu untuk menadah air kencing yang mengalir dan apabila penuh, dia membuangnya di siang hari.

Tidak pernah sekali pun beliau mengadukan hal tersebut kepada jiran kristiannya. Dia bersabar dengan perkara itu selama 20 tahun!

Pada suatu hari, Hasan al-Basri jatuh sakit. Jiran Kristian itu datang ke rumah untuk melawatnya. Betapa terkejutnya mereka apabila melihat najis haiwan peliharaan mereka yang menitis keluar daripada bumbung rumah Hasan al-Basri.

“Wahai Hasan, sudah berapa lama engkau kesusahan kerana perbuatanku ini?” soal Kristian itu.

“Sejak 20 tahun yang lalu.” jawab Hasan ringkas.

Sebaik mendengar jawapan Hasan al-Basri, orang Kristian itu terus memotong tali pinggang yang menandakan agamanya lalu memeluk Islam di hadapan Hasan al-Basri. [al-Imta' wa al-Mu'anasah 1/297]

..........
Dakwah tidak mesti dengan lisan yang fasih atau ilmu yang menggunung. Adab mulia terkadang lebih meninggalkan bekas di hati.

Oleh: Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir

Jadi, sabar lah dengan jiran yang ada sekarang ni kan... 

Nak buat camne... itu juga satu ujian dari Allah... 

18 Oktober 2018

Oktober 18, 2018

Kata ALLAH, Inilah 6 Ciri Orang Yang Berjaya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kata ALLAH, Inilah 6 Ciri Orang Yang Berjaya | Setiap orang, impiannya nak berjaya... Siapa tak nak berjaya kan...

Tapi... Apa guna kita berjaya di dunia tapi tak berjaya di akhirat. Bahkan sangat malang kalau kejayaan kita di dunia takde nilai pun di sisi Allah. Sia-sia je...


Siapa Orang Yang Berjaya Tu? 

ORANG YANG BERJAYA itu kata Allah adalah seperti yang telah dinyatakan di dalam Surah Ali Imran ayat ke 185.
Firman Allah SWT :

    فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ 
Maksudnya : "..Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya."(3:185)


Kata ALLAH, Inilah 6 Ciri Orang Yang Berjaya

Tetapi, apakah ciri ciri yang perlu seseorang itu ada dan lakukan untuk menjadi orang yang berjaya disisi Allah?

Di dalam Surah Al Mukminoon telah Allah nyatakan beberapa ciri orang orang yang berjaya.

Syarat Untuk Berjaya 

Syarat untuk berjaya yang paling utama di sisi Allah ialah... BERIMAN.

Firman Allah SWT :

📌[23:1]
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.

Ayat yang pertama ini merupakan syarat utama yang wajib ada bagi mereka yang ingin berjaya disisi Allah iaitu Iman.

Sepakat ulama' mengatakan Iman itu adalah kepercayaan dan keyakinan kepada Allah dengan membenarkannya di dalam hati dengan sebenar benar keyakinan tanpa keraguan terhadap Allah dan Rasul.

Ciri ciri bagi orang yang berjaya adalah seperti berikut :

1. Khusyuk ketika solat

📌 [23:2]
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ    
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

2. Menjauhi perkara yang sia-sia

📌[23:3]
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

3. Menunaikan zakat 

📌[23:4]
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

4. Menjaga kehormatan 

📌[23:5-7]
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ. فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ.
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

5. Jaga amanah dan janji

📌[23:8]
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.

6. Jaga solat

📌[23:9]
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.


Ganjaran kepada orang yang berjaya. 

Dan apabila mereka itu telah berjaya disisi Allah SWT, maka ganjaran Allah kepada mereka adalah balasan Syurga.
Firman Allah SWT :

📌[23:10-11]

أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ. الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


Jadi, nak jadi orang yang berjaya... Syaratnya mesti beriman... Nak dapat iman... Mestilah penuhi 6 ciri di atas.

Tak susah pun sebenarnya. Ikut je apa Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Insha Allah... Mudah... Mudah sangat. Kita dapat ikut apa Allah kata dan suruh.. Kiranya kita orang yang berjaya dah sebab mampu dan berjaya lawan hawa nafsu kerana Allah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Dan penulis doakan semua pembaca Blog ini dan entry ini... Menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Olah sumber: Telegram channel

16 Oktober 2018

Oktober 16, 2018

Masa Ada Tak Dihargai, Bila Hilang Baru Terasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber : Google images

Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya.

 "Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya.

 “Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.”

Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan air itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati.

 Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hei, tahukah kamu di manakah air ? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.”

Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air itu, si ikan semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air dan bertemu dengan temannya Si Katak.

Si Ikan bertanyakan hal yg sama kepada Si Katak, “Katak, tahukah kamu di manakah air ?”

Katak pun tertawa dan menjawab , “Tak usah gelisah temanku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, air itu luar biasa, sumber kehidupan dan tanpa air kita akan mati. Tetapi untuk mengetahuinya mari ikut aku..", Si katak melompat ke atas daun teratai diikuti oleh ikan.

"Hap...hap...hap aku disini tidak boleh bernafas..", kata ikan, dan ikan pun melompat kembali ke dalam air sungai. Akhirnya ikan tersebut memahami apa itu air, dan air itu memang luar biasa dan sumber kpd kehidupannya.
________________

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, walhal dia sedang menjalaninya dan menyelaminya, bahkan kebahagiaan sedang mengelilinginya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.

Nikmat Allah itu seperti air di sekeliling ikan, sangat banyak meliputi kehidupan kita, sehingga kita terkadang tak sedar bahawa semuanya adalah nikmatNya. Kita mengeluh mendapat musibah, padahal kita tidak pernah bersyukur atas nikmat yang tak terhingga.

Kita merasakan nikmat sihat bila kita sakit,

Kita merasakan nikmat kaya, setelah kita jatuh miskin,

Kita merasakan nikmat kasih sayang setelah orang yg dekat dgn kita tiada,

Seperti ikan merasakan nikmat air ketika dia di daratan.

Firman Allah : “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nkmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”

( Ibrahim, ayat 34)

Sumber : Facebook 

11 Oktober 2018

Oktober 11, 2018

Ada Apa Dengan Sepasang Kasut?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada Apa Dengan Sepasang Kasut? | Kasut satu keperluan bagi kita manusia sempurna yang dikurniakan kaki oleh Allah.

Bila kita boleh berjalan, ibu bapa kita akan teruja nak belikan kasut kat kita..

Bila kita dewasa.. Kita dah pandai pilih kasut yang selesa dan cantik serta berjenama... Tujuannya.. Untuk keselesaan dan keyakinan diri kita..

Tapi dari kasut ini... Kita boleh belajar sesuatu dalam kehidupan kita sebagai seorang insan.

Nilai dari sepasang kasut..

sumber : google images

Ada Apa Dengan Sepasang Kasut?

Merendah Hati

Kasut.. Letaknya di kaki... Tak pernah nampak orang pakai kasut di kepala...

Hatta kasut berjenama kulit paling mahal pun.. Sama je.. Orang letak kat kaki juga. Sebab tu.. Mak MF dulu marah beli kasut mahal.. Sebab letaknya di kaki je..

Ataupun di buat perhiasan di bahu?

'pelik' sungguh kelakuan sebegini.
.
Pasti kena kecam la kalau buat aksi pelik ni ka..
.
Kalau pernah melihat sekalipun,pasti aksi ni dibuat oleh mereka yang kurang sempurna akalnya.

Itulah nilai kasut... kasut tidak berlagak dan mahu berada di tempat yang paling atas.

Walaupun kasut sudah dihias, warnanya memikat dan ketahanannya tidak boleh disangkal lagi,
tetapi kasut masih berada di kaki.

Jadi...

Perlukah kita bersedih kerana kedudukanku dipandang rendah?

Tidak! mengapa perlu kita rasa rendah diri walaupun orang lain memandang kita rendah?

Seperti kasut... Dia berkemampuan untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Aku bangga dengan kualiti bahan pembuatanku.Tapakku juga lembut memberi keselesaan dan keselamatan pada si pemakai.

Darjat bukan di ukur berdasarkan pangkat dan pingat. Aku tidak perlu berasa merendah diri

sehingga menyebabkan aku tidak yakin diri untuk berbakti. Seharusnya aku memilih untuk jadi makhluk yang rendah hati.

Dengan rendah hati itulah menyebabkan tinggi harga diri. Semakin banyak ilmu dan nikmat yang di beri

semakin tawaduk dan semakin jauh daripada besikap sombong dengan orang lain.

Aku melengkapkan sesuatu dengan berada di tempat paling bawah. Sekiranya ingin berasa cantik dan mahu berada di atas , maka bagaimana baju dan seluar boleh berperanan?

Tentu mencacatkan peranan manusia juga.Yang pasti apabila aku sentiasa mahu berada di atas ,

itu bermakna hatiku sakit. Aku hanya mahu dihormati dan disanjung tinggi oleh orang lain.

Sedangkan berada di atas bukanlah tempat yang terbaik untukku. Cukuplah berada di bawah tetapi
aku dapat digunakan oleh manusia.


Bersabar dan Bersyukur

Apabila berada di bawah, kita harus melihat orang lain yang lebih susah berbanding kita.

Ya, aku sedar aku bukan yang paling bawah. Aku melihat pada si rumput,

kedudukannya lebih bawah berbanding kasut. Aku melihat pula pada mereka yang tidak mempunyai kasut kerana tidak mampu membeli, ataupun tidak boleh memakai kasut kerana tidak bekaki.

Maka,aku sudah pasti mengucap syukur yang panjang.

Bersyukur kerana aku makhluk bertuan. Alhamdulilah

Aku tidak boleh mengatakan berada dibawah menunjukkan kesusahan padaku.

Berada di bawah boleh sahaja bermakna Allah sedang mengajar erti sabar dan syukur.

Bersyukur masih ada tempat di dunia. Hal ini kerana ada sahaja yang tidak mampu melihat dan memijak dunia berbanding aku.

Bersabar perlu dengan usaha. Bukan berserah diri kepada takdir semata-mata.

Dalam bersabar,tingkatkan kebolehan diri. Aku mahu menjadi kasut yang tahan lasak,
sesuai dengan kualiti dan kegunaanku untuk bersukan.

Itulah azamku. Hanya dengan azam dan keyakinan diri ini, orang lain akan memandang tinggi dan menghormati.

Setia kawan

Aku juga sepasang kasut yang hidup berdua bersama. Tanpa kehadiran salah satu daripada kasut, kasut yang sebelah tidak dapat diguna pakai. Ganjil jika ada manusia yang memakai kasut yang berlainan di kaki kanan dan kirinya.

Semangat setia kawan ini juga faktor yang menyatukan antara agama dan bangsa dalam sesebuah organisasi kecil, mahupun yang besar.

Aku perlu bertolak ansur apabila ingin hidup bersama. Jika kasut sebelah diambil dahulu untuk di pakai, maka yang sebelah lagi tidak boleh bergaduh tentananya. Saling memahami diperlukan bagi menjalinkan sikap setia kawan ini. Semangat setia kawan ini juga membawa manusia kembali kepada ajaran yang satu.

Islam membawa manusia kepada perdamaian tanpa mengetepikan hak. Benar sekali apabila Allah mengingatkan tentang tidak sempurna iman seseorang jika dia belum mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri. Atas dasar itu, barulah kebaikan yang berterusan boleh dibina.

Walaupun hanya sepasang kasut… tapi ada falsafah yang tersirat kita boleh pelajari dalam kehidupan. Itulah hebatnya ilmu ini… dari setiap inci kejadian, ada hikmah dan pengajaran bagi orang-orang yang berfikir…

10 Oktober 2018

Oktober 10, 2018

Wahai Wanita, Sayangilah Dirimu...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


SAYANGILAH WANITA

Jika kita sayangkan wanita-wanita beriman dari ibu, isteri kita dari kemurkaan neraka Allah swt, ayuh kita belajar bab aurat dan sebarkan pada semua yang tersayang:-


Aurat wanita 

Wanita Selalu Lupa Tiga Perkara:-

1. Lengan adalah aurat.
2. kaki juga adalah aurat.
3. dada adalah aurat, jadi wajib melabuhkan tudung mereka menutup dada.

Wanita selalu alpa dua perkara:-

1. pandang remeh dgn aurat di pergelangan tangan.
2. tidak memakai stokin.

Dan wanita leka tentang dua perkara:-

1. aurat mereka adalah maruah mereka.
2. kecantikan bukan pada muka semata, tapi pada hati.

Dan Wanita seringkali lupa bahawa menutup aurat adalah UNDANG-UNDANG ALLAH, bukan manusia.


Wahai Wanita, Sayangilah Dirimu

"WANITA"

Dia tengah tidur, tapi malaikat tulis dosa dia.

Dia tengah solat, tapi malaikat tulis juga dosa dia.

Dia makan, belajar, mandi, tapi malaikat tetap juga catat dosa dia.

Dia tak buat apa-apa pun malaikat tetap catit dosa dia.

Ehh.... apa salah dia?

Ohh, rupanya banyak mata sedang melihat gambarnya yang tidak menutup aurat di media sosial.

Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya. Setiap kali ada lelaki yang melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.

Kredit: Bahagian Dakwah, JAKIM

06 Oktober 2018

Oktober 06, 2018

Kisah Teladan - Belajar Untuk Ikhlas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



🌾IKHLAS🌾

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,"
kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar,
melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi
batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak
ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.


sumber: google images

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa
hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat

Jika anda IKHLAS membaca kisah ini , share lah kpd sahabat2 dgn IKHLAS . In shaa Allah dapat pahala dari ALLAH SWT ...

WALLAHU A'LAM...

04 Oktober 2018

Oktober 04, 2018

Lembutnya Nasihat Ini, Baca Perlahan Hingga Ke Akhirnya.... 😊

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lembutnya nasihat ini...

Bacalah perlahan-lahan hingga akhir...


▁▂▃▄▅🌹   

Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada di hati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia di dalam hatimu.                             

▁▂▃▄▅🌹

Jika suatu hari kau pernah merasa rugi akan sesuatu yang tidak pernah kau sangka, maka sesungguhnya Allah suatu hari akan memberimu rezeki yang tidak pernah kau kira akan memilikinya.

▁▂▃▄▅🌹

Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, kerana Allah telah bersumpah dua kali "Sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan".

▁▂▃▄▅🌹

Kehidupan bertanya kepada kematian (maut):
mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
maka maut menjawab: "Kerana kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan".

▁▂▃▄▅🌹

Kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh membuat kita masuk syurga?
Apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah dzikir kita?
maka beramal lah dan jangan mempertikaikan!

🌹💔

Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut
dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus.

🌹💔

Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengan diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik.

🌹💔

Ketika kau meyakini bahwa setelah kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesungguhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung yaitu berprasangka baik kepada Allah.

🌹💔

Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih......... barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu... dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum... namun tersenyumlah sehingga kau bahagia... mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang Maha Mengatur... mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu... oleh kerana itu tenanglah sebab engkau selalu berada dlm pengawasan Allah yang Maha Menjaga... dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu... aku serahkan segala urusanku kepada Allah.

🌹💔

Jika kau tidak tahu alamat rezekimu...... janganlah takut......kerana rezeki Allah tahu dimana alamatmu...jika kau tidak boleh sampai kepadanya......niscaya dia akan sampai kepadamu..



Sebagai penutup..
Jika engkau berniat berkongsi tulisan ini..
Jangan lah lupa untuk disertakan dengan yang niat baik...
Semoga dengan niat baik itu Allah SWT memberikan kelancaran dalam segala urusan kita...
Keberkahan dalam rezeki kita...
Dijaga dari segala mara bahaya...
Diluaskan rezeki kita...
Dijaga aqidah kita beserta keluarga dan anak cucu dari segala aliran dan ajaran yang menyimpang...
Dan ditutup umur kita semua dlm keadaan husnul khotimah

Semoga emoga hari ini membawa berkah bagi kita semua Aamiin..... 

28 September 2018

September 28, 2018

3 Tanda Manusia Yang Tak Bersyukur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


“Dia telah memberikanmu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan, jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya, manusia itu sangat zhalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (QS. Ibrahim: 34)


3 Tanda Manusia Kurang Bersyukur !!

sumber: google images

1. Susah untuk berterima kasih pada sesama manusia.

Ketika kita kesulitan mengucap terimakasih atas bantuan atau pemberian dari sesama manusia, sekalipun dari seorang yang statusnya lebih rendah dari kita, hal tersebut merupakan pertanda diri kita belum menjadi seseorang yang pandai bersyukur. Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wassalam bersabda :

”Siapa yang tidak pandai bersyukur (berterima kasih) kepada manusia, bererti ia belum bersyukur kepada Allah.” (HR Tirmidzi No. 1877)

Oleh sebab itu, biasakanlah mengucap terima kasih atas bantuan sekecil apapun, misal ketika kita mendapat bantuan dari pembantu di rumah, walau hanya sekadar bantuan mengambil segelas air, tetaplah hargai dengan mengucap terima kasih.

2. Sedikit Beribadah
Orang yang bersyukur, ibadahnya lebih... bukan yang wajib tapi ditambah juga yang sunat ikhlas kerana Allah bukan untuk menunjuk... Tetapi orang tak bersyukur nak buat yang wajib pun sering beralasan.

3. Iri hati dan dengki
Berhati-hati dengan cemburu dan iri hati! Sekiranya kita mengekalkan perasaan ini kita mungkin tidak menjadi orang yang bersyukur kepada Tuhan, kerana ia masih membandingkan manfaat yang diperoleh oleh orang lain dengan apa yang kita dapatkan.

Rasa cemburu terhadap orang lain adalah baik dengan syarat-syarat berikut:
1) Kerana orang mengkaji al-Quran dan mengajarkannya, atau
2) kerana orang itu memiliki banyak kekayaan dan menggunakan hartanya untuk amal.

Semoga Allah membantu kita memperbaiki diri menjadi pribadi yang pandai bersyukur dengan lisan, hati, dan juga pembuktian melalui amalan. Aamiin. 😇

#Syukurselalu


USAHAMU HANYA SIA SIA SEKIRANYA MEMBANTAH DAN MENYANGKAL KEBENARAN AGAMA ALLAH

Firman Allah SWT :

وَالَّذِينَ يُحَاجُّونَ فِي اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مَا اسْتُجِيبَ لَهُ حُجَّتُهُمْ دَاحِضَةٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ
[Surat Ash-Shura 16]
‎Terjemahan :
"Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah sesudah disambut dan diterima ugamaNya itu - bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya."

27 September 2018

September 27, 2018

MENYESAL

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jarang orang menyesal kerana bersikap tenang, tapi ramai orang menyesal kerana bersikap tergesa-gesa.

Jarang orang menyesal kerana diam, tapi ramai orang menyesal kerana banyak bercakap.

Jarang orang menyesal kerana berbaik sangka, tapi ramai orang menyesal kerana berburuk sangka.

Jarang orang menyesal kerana jujur, tapi ramai orang yang menyesal kerana tidak jujur dan khianat.

Jarang orang menyesal kerana jujur mengatakan tidak tahu, tapi ramai orang yang menyesal kerana merasa serba tahu padahal tidak tahu.

Jarang orang menyesal kerana sabar, tapi ramai orang menyesal kerana marah dan cepat emosi.

Jarang orang menyesal kerana memaafkan, tapi ramai orang yang menyesal kerana menaruh dendam.

Jarang orang menyesal kerana bersikap rendah hati, tapi ramai orang menyesal kerana sombong.

Jarang orang menyesal kerana bersikap lemah lembut, tapi ramai orang menyesal kerana bersikap keras dan kasar.

Jarang orang menyesal kerana bersedekah, tapi ramai orang menyesal kerana hartanya hilang, kena tipu, dan sebagainya.

(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)

25 September 2018

September 25, 2018

Jangan Rasa Diri Kau Tu Bagus Sangat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jangan Rasa Diri Kau Tu Bagus Sangat! 



Rasa diri tu bagus... Itulah UJUB...

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.


Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.

Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.

Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.

Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.

Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.

Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,

Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Orang yang pandai masak, kagum dengan masakannya.

Orang yang pandai menjahit, kagum dengan jahitannya.

Orang yang pandai menghias, kagum dengan hiasannya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.


Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan r ambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

Nukilan Ust Kay
Hj Jafri Abu Bakar Mahmoodi
via Telegram Channel 

12 September 2018

September 12, 2018

WW | 18 cara merawat hati

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hati yang sakit... Kadang tak perasan... Tapi kalau kita mudah rasa cemburu lihat orang lain senang, lihat orang lain lebih.. Itu juga tanda hati kita sakit .

Ada caranya merawat hati..


Moga hijrah ini kita juga dapatkan hijrah hati..

Jom rawat hati... 

05 September 2018

September 05, 2018

WW ~ JANGAN RASA DIRI KITA BAIK~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pesanan Dari Ulama silam untuk kita...

Bersihkan hati dan sentiasa bersangka baik.

Jangan pernah rasakan diri kita baik dari orang lain...

Muhasabah diri dan renungan kita bersama... 

28 Ogos 2018

Ogos 28, 2018

Awas! Dalam Tandas Pun Ada CCTV

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Awas! Dalam Tandas Pun Ada CCTV

MENJAGA TANDAS AWAM.

Tandas awam di anggap sesuatu yang remeh sebab itu ramai orang tidak begitu cuba menjaga kebersihan. Kebersihan tandas samada tandas itu di rumah kita atau awam, kita patut sama-sama menjaga kebersihan agar orang lain tidak geli untuk menggunakan.

Adakah kita suka sisa-sisa najis kita dilihat orang? Jika tidak, jagalah kebersihan. Prinsip asal kebersihan ialah pakaian. Dari pakaian seterusnya sekeliling kita. Firman Allah taala:-

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

“Dan pakaianmu, bersihkanlah."
(Al-Muddatstsir : 4)

Sesungguhnya jika ada perasaan malu kita tidak akan membuat sesuatu dengan sesuka hati kita. Perasaan malu membuat kita akan berhati-hati untuk melakukan sesuatu yang melawan arus.

عَنْ أَبِيْ مَسْعُوْدٍٍ اْلأَنْصَاريِ الْبَدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ((إِنَّ مِـمَّـا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِِ النُّبُوَّةِ اْلأُوْلَى : إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ ؛ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ)). رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Dari Abu Mas’ûd ‘Uqbah bin ‘Amr al-Anshârî al-Badri radhiyallâhu ‘anhu ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, "Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu." (HR Sahih Bukhari, no. 3483, 3484, 6120)


Jangan kita lupa "cctv" Allah sentiasa merakam apa yang kita lakukan. Mungkin sekarang orang tidak tahu apa yang kita lakukan namun di akhirat nanti, apa yang kita buat akan dipertontonkan di khalayak ramai. Adakah masa itu kita perlu rasa menyesal?????

Jagalah kebersihan itu yang di ajar oleh agama kita. Jangan jadikan kebersihan itu sebagai sesuatu yang remeh dan hanya untuk setengah-setengah keadaan tetapi biarlah kebersihan itu menjadi tabiat kita semua. Wallahualam.

Kredit: Page Kempen Semak Hadith Sebelum Sebar

Lebih malang, tandas masjid pun kotor... Kadang rasa tandas dan surau kat shopping mall yang tauke nya dah tentu bukan Islam, lagi bersih dari tempat orang Islam. Bukan nak back up kan.. Tapi realiti nya begitu kan....

Sikap ambil berat bab kebersihan kat Malaysia ni masih rendah... Sebab tu kita susah nak maju.. Bab sampah dan jaga kebersihan tandas pun tak settle kan.... Macam mana nak settle hal yang lebih besar...

Memalukan Islam itu sendiri... Sedangkan Islam ni agama yang suci dan sangat pentingkan kebersihan.

Kebersihan itu sebahagian daripada iman...



Jika tak bersih tak sah ibadah... Jadi, kenapa tidak kita didik didik diri, anak kita keturunan kita supaya jaga kebersihan...


Bukankah itu yang dituntut agama...


Jika kita sedar CCTV ALLAH itu ada di mana-mana, pasti kita malu dan takut nak buat dosa... Hatta nak tinggalkan najis Kat tandas awam kan...


Sumber gambar : Google images 

18 Ogos 2018

Ogos 18, 2018

Punca Anak Degil

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Punca Anak Degil | Anak degil atau tak mudah ikut perintah ibu bapa....

Pening kan... Buatkan ibu bapa selalu berang dan marah... Apa masalahnya.

Nak cari jalan penyelesaian kena cari puncanya...

Tulisan ini mampu membuka mata ibu bapa bagi mengenal pasti punca dan jalan penyelesaian terbaik untuk atasi anak degil.

Doa anak degil
Sumber : Google images 

Punca Anak Degil


"Kami datang ni bukan nak mengadu masalah kami suami isteri, tapi tentang ANAK-ANAK"

"Kami ada 3 orang anak, yang pertama tingkatan 4, yang bongsu darjah 3. Tak tahu mana silap kami, tapi boleh dikatakan semuanya DEGIL (tak elok guna perkataan ni), contohnya kalau kami panggil 2,3 kali pun belum tentu menyahut, kadang menyahut tapi tak datang-datang, sibuk dan leka dengan gajet, dan macam-macam lagi la perangainya, apa nak buat tu ustazah ?
........

"Maaf tanya, boleh saya tahu SOLAT puan dan suami bagaimana? maksud saya penuh ke tidak, dan jika penuh, awal waktu atau selalu lambat?"

Si isteri menyiku suami, "awaklah jawab, awakkan bapak budak-budak tu"

"Hmm, kadang-kadang adalah tinggal jugak ustazah, lambat tu biasalah, tapi tetap solat.. kami dua-dua agak sibuk, penat, kelam kabut, berkejar-kejar kami ni"
.......

"Maaf ya tuan puan, kita harus sedar satu perkara, masalah sebenar bukan ANAK yang DEGIL, tapi KITA yang DEGIL ! Sebelum anak degil kita degil dulu, malah kita lagi degil daripada anak-anak"

"Apa maksud ustazah ?"

"Allah panggil, حي علي الصلاة, datanglah solat, datang menuju kejayaan, diulang dan didengar dari kecil sampai kita dah tua, namun kita masih dan sentiasa menangguhkan panggilan itu, kadang sejam, kadang 2 jam baru menyahut, lebih sedih jika tak menyahut langsung"

"Jangan mengharap anak isteri atau suami segera menyahut panggilan kita, jika panggilan Allah kita selalu tangguh-tangguhkan"

"Jangan mengharap ketaatan atau kehormatan daripada manusia jika kita sendiri tidak benar-benar taat dan hormat pada Allah"

"Jangan mengharap untuk tundukkan hati manusia jika diri sendiri tidak tunduk sujud dengan sebenar pada Allah"
.......

"kita selalu sebut selesai semua urusan baru lah boleh fokus pada SOLAT, hakikatnya itulah sebenarnya permulaan tidak khusyuk, bila meletakkan Allah dihujung pekerjaan, seolah urusan kita jauh lebih penting"

Namun.... SubhanAllah, maha baik Allah... 😢

Walau bagaimana pun perangai kita dengan Allah, sentiasa meremehkan panggilannya dll, Allah tetap melimpahkan kasih sayang dan rezekinya untuk kita tanpa syarat"
........

Tanpa sedar dalam kita mengadu dan mengeluhkan hal anak, kita sebenarnya sedang mengadukan tentang diri kita. Anak adalah acuan Ibu Bapa.

Pengalaman daripada isu di atas, insyaAllah selepas ibu bapa mula menjaga solat di awal waktu, SubhanAllah.. Perubahan demi perubahan yang baik berlaku pada anak.

HATI anak bukan ibu bapa yang pegang, iya milik Allah, hatta hati sendiri kita tidak memilikinya. Nak ubah manusia usaha dengan penciptaNya.
.......

Siapa yang sedang membetulkan SOLAT,
ALLAH akan membetulkan hidupnya.

Siapa yang sedang menyempurnakan SOLAT,
ALLAH akan menyempurnakan hidupnya.

SOLAT adalah simpulan KASIH antara manusia dengan ALLAH.

Silakan share.
Kredit: Asma' binti Harun
Via Telegram Group
Ogos 18, 2018

Seperti Anak Kucing Yang Menyorok

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada seekor anak kucing yang menyorok di bawah kabinet dapur rumah saya. Ia akan mengiau saja namun bila saya cuba membantu anak kucing itu untuk keluar dari bawah kabinet, anak kucing itu semakin menyorok ke dalam.

Bila saya membiarkan, anak kucing itu akan kembali mengiau. Dan bila saya cuba lagi untuk keluarkan anak kucing itu dari bawah kabinet semakin dia cuba menyorok jauh ke bawah kabinet lagi.

Cute kitten
Sumber : Google images 

Seperti Anak Kucing Yang Menyorok

Perkara ini, sama seperti kehidupan manusia. Kita ada guru/mentor yang membantu kita untuk berjaya dan cemerlang. Namun jika diri kita sendiri yang tidak mahu untuk mengeluarkan daripada lubang kegagalan, maka kita tetap tak akan berjaya.

Kita sendiri kena keluar dari zon yang membuatkan kita rasa selesa, takut, rendah diri dan sebagainya yang impaknya adalah negatif. Tugas guru/mentor itu hanya menyuluh jalan untuk kita mampu menelurusi jalanan tersebut.

Jadi, bersediakah anda untuk dibantu? Bersediakah anda untuk 'keluar' dari kepompong?
#InspirasiSiPemikir

Kredit : telegram @pendidik4u

16 Ogos 2018

Ogos 16, 2018

REZEKIMU TAHU DI MANA DIRIMU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


REZEKIMU TAHU DI MANA DIRIMU


Mungkin kau tak tahu dimana rezekimu..
Tapi rezekimu tahu dimana dirimu..
Dari lautan biru, bumi dan gunung..
Allah memerintahkannya menujumu..
Allah menjamin rezekimu, sejak 4 bulan 10 hari kau dalam kandungan ibumu..

Amatlah keliru bila rezeki dimaknai dari hasil bekerja..
Kerana bekerja adalah ibadah..
Sedang rezeki itu urusanNya.

Melalaikan kebenaran demi menghawatirkan apa yang dijamin-Nya adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji..
Yang mungkin esok akan ditinggal mati..

Mereka lupa bahwa hakekat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka..
Tapi apa yang telah dinikmatinya..

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita..
Allah menaruh sekehendak-Nya..

Diulang bolak balik 7x Shafa dan Marwa,
Tapi zamzam justru muncul dari kaki bayinya..
Ikhtiar itu perbuatan..
Rezeki itu kejutan..

Dan jangan lupa..
Tiap hakikat rezeki akan ditanya..
"Darimana dan untuk apa?"

Kerana rezeki adalah "hak pakai"
Halalnya di hisab..
Haramnya di azab..

Maka, jangan kau iri pada rezeki orang lain...
Bila kau iri pada rezekinya,
KAU JUGA HARUS IRI PADA TAKDIR KEMATIANNYA...

Kerana Allah memberi rezeki, jodoh dan usia ummat-Nya..
Tanpa boleh tertukar satu dan lainnya..

Jadi bertawakkal lah, redha dengan ketentuan Allah, sehingga apapun itu, engkau akan merasa cukup dan penuh kenikmatan...

MARI KITA BERSYUKUR.  .  .
MESKIPUN  ITU BERAT TERKADANG.

Tidak percaya rezeki bererti tidak percaya dengan si Pemberi rezeki

Kredit : Facebook Ustaz Iqbal Zain 

15 Ogos 2018

Ogos 15, 2018

WW ~ APA ERTI AKU HIDUP TANPA DIA? ~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hidup kita berjaya bahagia macam mana pun kalau kita tinggalkan Allah... Lupakan Allah tiada makna apa... 

Nak bahagia... 
Ikut apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang... Insha Allah... Kaya dan bahagia tanpa had... Insha Allah... 

13 Ogos 2018

Ogos 13, 2018

Jangan Diungkit Kisah Silam Ku...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dalam Islam, kisah lama atau kisah lampau tidak di ambil kira tetapi yang di ambil kira ialah amalan saat-saat akhirnya.

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.” (HR. Bukhari, no. 6607)

Sebab itu, kita di galakkan sentiasa berkelakuan baik dan sentiasa bertaubat kerana kita tidak tahu bila dan masa ajal kita.


Mengapa perlu di ungkit kisah lama seseorang jika seseorang itu telah berubah, mungkin dia berubah menjadi lebih baik dari kita. Maka janganlah kita memandai-mandai menjadi "pandai" membaca hati orang. Cukuplah mencari aib orang kerana jika Allah buka aib kita, sudah pasti kita tidak berupaya keluar rumah kerana malu.

Allah Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Al-Hujurat : 12)

Jangan kerana kita, orang yang telah berubah kembali menjadi dia sebelum ini malah lebih teruk kerana kita, mereka terus memusuhi Islam. Sedangkan Islam begitu menjaga hak seseorang dalam persaudaraan maka jagalah persaudaraan itu dengan sebaik-baiknya. Wallahualam.

Kredit : Page Jalan-jalan Cari Ilmu

08 Ogos 2018

Ogos 08, 2018

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT.

Allah berfirman :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًايُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا


“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu semua kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar” [Al-Ahzab : 70-71]


Berkata benar kadangkala membuatkan kita di dalam keadaan yang serba salah kerana takut kata-kata kita tidak diterima orang. Perasaan kita mula bercampur-campur dalam hendak berkata benar atau menipu. Akibatnya kita lebih suka menipu untuk menjaga hati orang. 


Berkata benar juga membuatkan orang menjauhi kita. Kita pula dituduh kita tidak pandai menjaga hati dan perasaan orang dan suka membuatkan orang marah. Akibatnya, orang mula menjauhi diri dari kita dan akhirnya kita lebih suka berpura-pura dan membawang bersama-sama kawan di belakang kawan kita yang satu lagi. 


Perjuangan kita ialah berkata benar walaupun ia pahit kerana Islam tidak mengajar kita untuk menipu. Dan jika kita dipulau dan disisihkan kerana berkata benar maka terima lah dengan hati yang tenang kerana Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


مَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا


“Sesiapa yang menipu kami, maka dia tidak termasuk golongan kami.” (HR. Muslim no. 101)


Berbahagialah orang berkata benar. Wallahualam. 


Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu