18 Ogos 2017

Hati-hati, Semuanya Akan Terbongkar Jua!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hati-hati, Semuanya Akan Terbongkar Jua! | Sebelum ini dalam Surah Zalzalah, kita telah ketahui bahawa amalan / perbuatan manusia walau sebesar “zarah” akan diperlihatkan. Maka dalam ayat ke-10 ini pula Allah menambah lagi peringatan, “hatta dalam hati pun boleh diperlihatkan”.

Ia satu amaran kepada kita agar berwaspada dan berusaha menjaga diri kita sebaik mungkin. Bukan sekadar syariat, amalan luaran atau perwatakan luar. Bahkan hati juga mestilah tunduk dan utamakan cinta kepada Allah.

Contoh penjagaan hati ialah seperti niat, atau sebarang sifat dari dalam diri manusia. 

Contohnya :

- Jangan miliki hati yang sombong. Meskipun mulut kita tidak sebut, namun apa yang ada dalam hati juga akan diperlihatkan.

- Kena buang juga sifat malas untuk membuat kebaikan, apatah lagi perkara yang wajib. Sebab meskipun kita tidak berkata malas di mulut, namun apa yang ada dalam hati juga akan diperlihatkan.

Apa sahaja perkara "mazmumah" yang ada dalam hati, kena usaha singkirkan.

Kita akan menjadi saksi setiap perbuatan atau kekufuran yang kita lakukan sebagaimana dalam Surah Yasin, Allah ada jelaskan ( alyauma nahktimu ala..)

Apa sahaja yang ada dalam dada ( Sudur ) (apa sahaja perihal dalaman ) - sangkaan, niat, fikiran dan yang sewaktu dengannya. Baik seketul daging (hati) maka baiklah jasad (mafhum hadis). 

Allah benar-benar memberikan peringatan kepada kita berkaitan perkara ini, maka ayat terakhir sekali lagi Allah menyatakan sifat Maha Mengetahui terhadap apa yang manusia lakukan.

Tafsir Ayat Ke-11:
إِنَّ رَبَّهُم بِهِم يَومَئِذٍ لَخَبيرٌ
“Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka”.

Orang-orang yang ingkar mungkin tetap akan mempersoalkan kebenaran "peristiwa bahawa hati juga akan dibongkarkan". 

Oleh itu, Allah SWT memberitahu lagi dalam ayat ini,” Allah Maha Tahu apa yang mereka telah lakukan”.
خَبيرٌ
Allah Maha Mengetahui : Luar dan dalam perbuatan manusia. Allah bukan hanya tahu amalan fizikal sahaja tetapi turut tahu apa yang ada dalam hati.

Ini satu pengukuhan Allah SWT, bahawa benar-benar segala perihal manusia tidak dapat disembunyikan di sisi Allah SWT. 

Mungkin semasa atas dunia, kita terselamat kerana tiada siapa yang mengetahui perbuatan ingkar kita. 

Atau mungkin semasa atas dunia, kita dipandang mulia kerana tiada siapa yang mengetahui isi hati kita.

Namun berwaspadalah, kerana suatu masa nanti segala perihal diri kita akan dibongkarkan. Bahkan perihal hati kita juga akan dikupas kepada umum satu persatu.

رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! [Ibrahim: 38]


الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan”. [ Ya Sin: 65 ].



Ibrah dan kesimpulan :

Pertama :

Semua nikmat atas dunia ini, sama sekali tidak akan bersama dengan kita untuk masuk ke dalam kubur. Oleh itu, hendaklah kita berusaha agar menjadikan ia sebagai alat untuk ditukar sebagai ganjaran amalan. Dengan melakukan amal soleh yg Allah beritahu dalam Al-Quran dan Sunnah.

Kedua :

Usaha kita di atas dunia ini bukan sahaja untuk menjauhi perbuatan mungkar, bahkan termasuk sifat-sifat hati yang mazmumah kerana kelak, hati juga tidak terlepas diperlihatkan isinya oleh Allah SWT.

Ketiga :

Jangan lah kita menjadi golongan yang sombong dan lalai terhadap kekuasaan Allah SWT. Orang yang sentiasa ingat akan kebesaran Allah SWT, pasti akan menjaga dirinya agar tidak menjadi hamba yang rugi.

Allahu a’lam.
Kredit: Kempen Semak Hadis @telegramchannel

Kita mungkin boleh sorok kejahatan kita di dunia, tapi di akhirat segalanya akan terbongkar tanpa terlepas satu pun termasuklah yang tersembunyi di dalam hati....

17 Ogos 2017

4 Jenis Hati | Kita Yang Mana?

4 Jenis Hati | Kita Yang Mana?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

EMPAT JENIS HATI

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُلُوبُ أَرْبَعَةٌ قَلْبٌ أَجْرَدُ فِيهِ مِثْلُ السِّرَاجِ يُزْهِرُ وَقَلْبٌ أَغْلَفُ مَرْبُوطٌ عَلَى غِلَافِهِ وَقَلْبٌ مَنْكُوسٌ وَقَلْبٌ مُصْفَحٌ فَأَمَّا الْقَلْبُ الْأَجْرَدُ فَقَلْبُ الْمُؤْمِنِ سِرَاجُهُ فِيهِ نُورُهُ وَأَمَّا الْقَلْبُ الْأَغْلَفُ فَقَلْبُ الْكَافِرِ وَأَمَّا الْقَلْبُ الْمَنْكُوسُ فَقَلْبُ الْمُنَافِقِ عَرَفَ ثُمَّ أَنْكَرَ وَأَمَّا الْقَلْبُ الْمُصْفَحُ فَقَلْبٌ فِيهِ إِيمَانٌ وَنِفَاقٌ فَمَثَلُ الْإِيمَانِ فِيهِ كَمَثَلِ الْبَقْلَةِ يَمُدُّهَا الْمَاءُ الطَّيِّبُ وَمَثَلُ النِّفَاقِ فِيهِ كَمَثَلِ الْقُرْحَةِ يَمُدُّهَا الْقَيْحُ وَالدَّمُ فَأَيُّ الْمَدَّتَيْنِ غَلَبَتْ عَلَى الْأُخْرَى غَلَبَتْ عَلَيْهِ 

Maksud hadith :-
Daripada Abu Sa'id beliau berkata; Rasulullah S.A.W. bersabda: "Hati itu ada empat macam; hati yang bersih ia seperti pelita yang bercahaya, hati yang tertutup ia terikat dengan penutupnya, iaitu hati yang sakit dan hati yang terbalik. Adapun hati yang bersih adalah hatinya orang beriman, ia seperti pelita yang bercahaya, sedangkan hati yang tertutup adalah hatinya orang kafir, hati yang sakit adalah hati orang munafik, ia mengetahui yang baik namun ia mengingkari, dan hati yang terbalik adalah hati yang di dalamnya ada iman dan nifaq, maka perumpamaan keimanan di situ adalah seperti tanah yang dapat memberikan air yang bersih, sedangkan nifaq adalah seperti bisul, di dalamnya hanya nanah dan darah, maka di antara keduanya yang paling kuat ia akan mengalahkan lainnya." (Hadith riwayat Ahmad: 10705)



Pengajaran:

Manusia ada 4 jenis hati:

1. Hati yang bersih, 
iaitu hati orang beriman seperti pelita yang bercahaya

2. Hati yang tertutup, 
iaitu hati orang kafir

3. Hati yang sakit, 
iaitu hati orang munafik: ia mengetahui yang baik namun ia mengingkari

4. Hati yang terbalik, 
hati yang di dalamnya ada iman dan nifaq. Dalam baik ada buruk dalam hatinya, begitu juga sebaliknya. Jika waktu itu iman kuat, maka baiklah dia, jika waktu tu nifaq yang kuat, maka dia akan mengingkarinya walaupun itu perbuatan baik. 

Agak-agak hati kita jenis yang mana? 
Sama-sama berfikir dan renungkan...
#muhasabahdiri

16 Ogos 2017

APA YANG DIFIKIRKAN ITULAH YANG AKAN TERJADI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

APA YANG DIFIKIRKAN ITULAH YANG AKAN TERJADI

"Suatu hari, Rasulullah saw menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut. 

Beliau bersabda, 
"Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu".

Orang itu menjawab, 
"Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orangtua yang sudah uzur, boleh menyeretnya ke lubang kubur".

Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah saw bersabda, 
'Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya’.
(HR. Ibnu Majah)

Sungguh indah apa yang disabdakan Rasulullah saw. 
Perhatikan pesan-pesan Rasulullah berikut ini :

"Barangsiapa yang redha, maka keredhaan itu untuknya. Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya"_ (HR. at-Tirmidzi)

"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keredhaannya menerima keputusan ALLAH." (HR. Ahmad)

Sumber: google images

Jika kita Memikirkan Bahagia, maka kita akan Bahagia.

Jika kita Berfikiran Sedih, maka kita Menjadi Sedih.

Jika kita Berfikiran Gagal, kita Menjadi Gagal

Jika kita Berfikiran Sukses, maka kita Nescaya Sukses. 

Jika kita Berfikiran Sakit, kita juga Menjadi Sakit.

Jika kita Berfikiran Sihat, Maka kita pun akan Sihat. 

Inilah The Law of Attraction, Hukum Tarik Menarik,  merupakan Sunnatullah yang telah Allah Susun berlaku di Alam Semesta. 

You are what you think
Anda adalah apa yang Anda Fikirkan dan Lebih Mantap jika diiringi Zikir 99 Energi NamaNya Asma'ul Husna yg Lengkap dan Sempurna 💖

Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.

Tugas kita hanya 2, yaitu : Berusaha Optimal dan Berdoa. 
Sedangkan selanjutnya itu kuasa ALLAH SWT.

Nabi SAW bersabda :
"Ketika seorang hamba berkata Laa Haula Wa Laa Quwwata Illa Billah, maka ALLAH berfirman, "Lihatlah (hai para malaikat), Orang ini telah Menyerahkan Urusannya kepadaKu".
(HR. Ahmad).

Allah suka HambaNya Bertawakal padaNya dgn Haqqul Yaqin yg Tinggi. Moga kita Termasuk di Kalangan Hamba² yang DicintaiNya.. Aminn ya Rabbal'alamin. 

Sumber: WhatsApp group 

15 Ogos 2017

ZAMAN KECAM-MENGECAM!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ZAMAN KECAM-MENGECAM! | Zaman sekarang, salah sikit kena kecam, salah tanya kena kecam...cara didik anak lain dari orang kena kecam... Bahkan kecaman itu hingga sanggup berikan gelaran buruk kepada orang lain.


BERHATI-HATI DALAM MEMBERI GELARAN BURUK KEPADA ORANG.

Perbuatan-perbuatan yang menghina dan mengaibkan ialah perbuatan memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk yang tidak disukai oleh seseorang, iaitu gelaran-gelaran yang dirasakan menghina dan mengaibkan. 

Rasulullah shallallahu alaihi wassalam telah mengubahkan berbagai-bagai nama dan gelaran-gelaran orang Islam yang dipakai dizaman jahiliah kerana nama-nama dan gelaran-gelaran itu menurut perasaan baginda yang halus dan hati baginda yang luhur adalah menghinakan tuan-tuan tubuh yang memakainya atau kerana nama-nama dan gelaran itu memberi sifat-sifat yang buruk kepada mereka.

Allah melarang kita menghina orang yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihinakan itu lebih baik dari mereka mengikut pertimbangan neraca Allah Ta’ala. 

Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda :

إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم

Maksudnya: ”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupamu dan harta kekayaanmu, akan tetapi Ia memandang kepada hatimu dan perbuatanmu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Ingatlah boleh jadi kita melihat orang pada zahirnya baik contohnya suka membantu orang namun Allah melihat di dalam hatinya ada sifat suka membanggakan diri dan dia lakukan kebaikan itu hanya apabila ada orang sahaja. Begitu juga dengan orang yang melakukan perkara yang buruk namun Allah melihat di dalam hatinya dia betul-betul menyesal dan bertaubat di atas perbuatannya. 

Sesungguhnya apa yang ada di dalam hati tidak boleh sesekali kita zahirkan untuk orang nampak dan lihat namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui. 

Ingatlah teman, kita membuat kejahatan ini kadangkala kita lupa yang kejahatan ini sebenarnya telah "dirakam" oleh Allah dan jika kita tidak bertaubat, maka kita akan melihat "video" rakaman kita di akhirat kelak satu persatu dari sekecil-kecil zarah akan dipertontonkan. Masa itu, kemana kita nak sorok dan sembunyikan diri dan untuk memberi alasan kerana "rakaman" itu adalah benar. Hanya Allah Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya, DIA tidak membuka aib hamba-Nya didunia. Jika Allah membuka aib kita, maka kita tidak berani untuk keluar dari rumah sekalipun.

Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Jangan kita menyibukkan diri mencari salah orang dan menyukat pahala dan dosa orang seolah-olah kita mendapat mandat dari Allah untuk menjadi pengadil sukat menyukat pahala dan dosa orang.

Allah Ta'ala berfirman:

فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى

“Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. DIAlah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa” (QS. An Najm:32)

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.  Wallahua'lam.

Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

11 Ogos 2017

Puji-pujian Akan Menyebabkan 6 Penyakit Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Puji-pujian Akan Menyebabkan 6 Penyakit Ini! | Puji, siapa tak suka dipuji... Tambahan zaman exposed segala yang kita ada ni kan... Walaupun bukan tujuan untuk dipuji.. tapi bila ada yang memuji...kita seronok juga kan... 

Namun, fikirkan semula... 

Imam Ghazali ada menyebut , pujian yang tidak elok boleh menimbulkan 6 penyakit, 4 daripadanya pada si pemuji dan 2 pula pada orang yang dipuji.

📌Bagi orang yang memuji, penyakit tersebut adalah:

1- Berlebih-lebihan dalam memuji hingga melampaui batas dan memuji sesuatu yang tidak ada, maka ia menjadi pendusta.

2- Menzahirkan kecintaan sedangkan dalam hatinya tidak sedemikian, maka ia menjadi munafik.

3- Memuji sesuatu yang dia sendiri tidak pasti benar atau tidak hakikatnya, maka ia berlebih-lebihan dalam memuji.

4- Boleh jadi orang yang dipuji itu adalah orang yang zalim, lalu menyebabkanya dia memuji orang yang zalim.

📌Penyakit pada orang yang dipuji:

1- Menimbulkan rasa ego, ujub, riak, perasan dan lain-lain sifat yang tidak baik.

2-  Boleh merosakkan amalannya.



❗️Maka berdoalah ketika dipuji sebagaimana  doa yang diucap oleh Abu Bakar ketika dipuji.

Abu Bakr berdo’a,

اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ

Allahumma anta a’lamu minni bi nafsiy, wa anaa a’lamu bi nafsii minhum. Allahummaj ‘alniy khoirom mimmaa yazhunnuun, wagh-firliy maa laa ya’lamuun, wa laa tu-akhidzniy bimaa yaquuluun.

Bermaksud: 

Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. 

Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka.

📕 Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4: 228, no.4876. Lihat Jaami’ul Ahadits, Jalaluddin As Suyuthi, 25: 145, Asy Syamilah.

Sumber: Telegram Channel