20 April 2017

Lelaki Ini Bakar Jari Sendiri Sebab Diajak Zina!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

KISAH PEMUDA SOLEH YANG MEMBAKAR JARINYA | Cabaran hidup bagi anak-anak muda adalah amat getir kerana nafsu sentiasa bergejolak. Ini adalah sebuah kisah mengenai bagaimana seorang pemuda menundukkan nafsu syahwatnya yang sedang membara dan caranya adalah begitu unik. Kisahnya adalah seperti berikut. 


Dahulu ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan, sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya. Syaitan pun menggoda pemuda tersebut agar mengambil kesempatan tersebut. 

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri : 

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya engkau wahai diriku mampu menahan panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.'' 

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga rasanya hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Jarinya hampir melecur, lalu dia berteriak : 

''Wahai diriku, tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan, padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan, apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini." 

Lalu pemuda soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.

Pengajaran ; Manusia ialah makhluk yang sangat lalai. Mereka sering kali melupakan azab Neraka yang sedang menunggu mereka. Justeru, Allah S.W.T. telah mengingatkan manusia kepada api Neraka dengan menjadikan hidup mereka bergantung dengan api. Mereka tidak dapat hidup tanpa api. Mereka melihat api setiap hari. Api dunia itu adalah peringatan untuk api Akhirat yang lebih panas.

Allah SWT berfirman, : سُوۡرَةُ الواقِعَة

71 - أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ
72 - ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَہَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ
73 - نَحۡنُ جَعَلۡنَـٰهَا تَذۡكِرَةً۬ وَمَتَـٰعً۬ا لِّلۡمُقۡوِينَ
Tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? (71)
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya? (72)
Kami jadikan api itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir. (73)

Qatadah dan Mujahid mentafsirkan kalimah "peringatan" ini dengan berkata, "Maknanya, api dunia ini sebagai peringatan bagi api Akhirat yang paling besar."

Imam al-Zamakhsyari, dalam Tafsir al-Kasysyaf, mengungkapkan kata-kata yang sangat indah. Beliau menulis, "Allah menggantungkan sebab-sebab kehidupan dengan api, dan membuat seluruh manusia memerlukannya, agar mereka selalu melihat api ini lalu mengingati ancaman Allah SWT."

Oleh sebab itu, mari kita bayangkan suhu panas api Neraka dengan membandingkannya dengan api yang paling panas di dunia ini. Permukaan matahari misalnya, memiliki kepanasanan yang kira-kira 6000 darjah celcius, sementara suhu di pusatnya lebih kurang 15,000,000 darjah celcius. Setiap batuan atau logam apa pun yang ditempatkan di sini akan lebur.

Namun api Neraka panasnya 70 kali ganda daripada ini. Bayangkan kesakitan yang tidak terkira yang akan dirasakan oleh orang yang berada di dalamnya. Setiap kali hangus dan melecur kulit mereka, Allah SWT gantikan dengan kulit yang baru agar mereka terus merasai azab selama-lamanya.

Bersama-sama kita sebagai hamba pendosa agar memperbanyakkan TAUBAT.

Sumber: Facebook Ustaz Iqbal Zain 


MF suka kisah sebegini sebagai tazkirah hati dan kepada anak-anak didik MF yang meningkat remaja... Remaja ini akalnya pendek... Jadi, perkongsian sebegini untuk timbulkan rasa gerun mereka untuk berbuat dosa yang lebih besar... Dan peringatan sebegini juga tazkirah hati kepada orang yang menyampaikan supaya tidak munafik dalam menyampaikan kebaikan.

17 April 2017

Kisah Benar | Hanya Kerana Nak Isi Air di Termos Mak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

UTAMAKAN IBU.
"Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!" jawabnya dengan gelisah..
.
.
Dalam dunia ini, bila anak-anak berebut hendak membela ibu memang ramai, apatah lagi kalau ibu itu seorang yang amat disayangi oleh anak-anak dan cucu-cucunya.

Tetapi berebut hendak membela ayah yang telah tua dan uzur agak kurang.

Kali ini saya hendak paparkan satu kisah yang sungguh indah.

Setelah hampir 20 tahun berpisah. Akhirnya saya bertemu semula dengan seorang sahabat.

Kami dulu satu pejabat, dan hubungan kami memang rapat. Waktu itu kehidupannya agak susah.
Dan sahabat saya itu kerap meminjam dari saya.

Tidak banyak. Ada ketikanya RM5. RM10. Bukan untuk dirinya, tetapi keperluan untuk keluarganya.

Tiap kali dapat gaji. Bila dia hendak membayar semula hutangnya, saya akan menolaknya.

"Dah, dah, aku halalkan, cuma tolong doakan supaya aku masuk syurga." itu sahaja permintaan saya kepadanya.

Memang dia serba salah dengan penolakan saya, tetapi saya buat selamba.

Satu hari, kami sama-sama diarahkan ke Kuala Lumpur. Kebetulan pula motor saya rosak waktu itu. Jadi, saya tiada pilihan, saya menumpang motornya.

Dipertengahan jalan. Sebaik tiba di Tol Batu Tiga. Tiba-tiba sahaja dia beristighfar agak kuat.
Motor diberhentikan di tepi jalan.

"Feroz, aku nak patah balik!" katanya dengan wajah cemas.

"Apa hal?" 

"Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!" jawabnya dengan gelisah..

Tidak sempat saya hendak berfikir, tidak sempat hendak memberikan jawapan, terus saja dia memecut dan berpatah balik.

Pelbagai persoalan bermain di minda saya.

'Gila ke hapa dia ni! takkan tak ada orang nak isi air dalam termos mak dia?' sejujurnya hati saya agak panas dengan tindakan sahabat saya itu.

Bayangkan waktu itu sudah pukul 10 pagi. Mesyuarat di KL pukul 11 pagi.

Waktu itu, langit menghala ke KL telah mendung.

Sah, memang tak sempat !

Sebaik tiba di rumahnya. Dia terus menerjah masuk ke dalam. Seketika dia keluar. "Feroz, tungggu sekejap ya, aku tunggu air masak, sekejap je lagi."

Dengan hati yang panas, saya mengangguk.

Tidak lama, urusannya selesai dan kami bertolak semula ke KL.

Kali ini baru saya dapat merasakan satu keanehan. Ya, satu keanehan. 

Sepanjang perjalanan, hujan langsung tidak turun, walaupun langit KL waktu itu telah gelap dan angin bertiup agak kencang.

Sebaik masuk ke dalam bangunan. Barulah hujan turun selebat-lebatnya dan menggila !

Dan bila saya pandang jam tangan - 10.50 pagi !

Sedangkan sahabat saya langsung tidak memecut.

Saya mendiamkan diri. Pelbagai persoalan mengasak minda saya.

Usai mesyuarat dan selesai segala urusan. Petang itu kami balik bersama.

Dipertengahan jalan, kami singgah di sebuah restoran mamak.

Sedang enak menjamu selera, barulah saya tanya dengan cermat dan bersopan.

"Kat rumah engkau tak ada orangkah selain mak engkau?"

"Tak." jawabnya sepatah.

"Sebenarnya, abang aku tinggal di rumah sendiri, tak jauh dari rumah aku. Isteri aku awal pagi dah naik bas kilang, anak-anak aku semua dah pergi sekolah." dedah sahabat saya sambil menyuap makanan dengan begitu berselera.

"Mak aku tu, dia tak larat buat kerja rumah, jadi sebelum pergi kerja, aku akan siapkan air panas dan sedikit makanan di sebelah katil, so dia mudah capai dan alas perut sementara aku balik kerja."

"Pagi tadi aku terlupa siapkan air panas ..." sahabat saya merenung jauh sambil mengunyah makanan.
YA ALLAH. YA RABBI. SubhanaAllah.

Sanggup patah balik ke rumah, semata-mata untuk memenuhi keperluan seorang ibu ?

Saya. Ya saya sendiri. Kalau terlupa bawa dompet, saya teruskan sahaja perjalanan. Tapi kalau terlupa bawa telefon bimbit, besar kemungkinan saya akan berpatah balik.

Tapi sahabat saya. Kerana terlupa siapkan air panas untuk ibunya. Dia BERPATAH BALIK !

Kini, ibunya telah tiada. Isterinya juga telah meninggal dunia kerana kanser.

Sahabat saya menjadi rebutan anak-anak dan cucu-cucunya untuk tinggal bersama mereka.
Kami bertemu semula di suatu majlis baru-baru ini.

Usai makan, kami bersembang bertanya khabar. Tiba-tiba berlaku pertengkaran diantara anak-anaknya.

"Eh, engkau dah ambil Baba 2 hari, engkau pulak hari tu dah bawa Baba pergi round Singapura, kali ni sorry, turn aku pulak nak suruh Baba tinggal rumah aku!"

Sahabat saya tertawa berdekah-dekah sambil menggaru kepalanya.

"Ok, ok, ok macam ni ... biar Baba tinggal dengan Usu pulak." sahabat saya memberikan solusi dan kata putus.

Melihat saya yang berdiam diri. Sahabat saya akhirnya meluahkan rasa.

"Feroz, anak-anak akulah harta yang paling membahagiakan aku sekarang. Dulu, aku selalu berhutang dengan engkau, hari ini, orang lain pula berhutang dengan aku."

'Sahabat, engkau bahagia hari ini kerana engkau telah MEMBAHAGIAKAN IBU MU!' namun kata-kata itu tidak terluah dari kerongkong saya.
.
.
Abang Long.
Anak yang selalu menyakat emak.
Catatan saudara Mohd Feroz Zaini.
Sumber: #bahagiandakwah

Sumber: google images

Sunggu berinspirasi kisah benar ini... memang terharu dan menangis hati ni... sekarang ni suami MF jaga mak dia yang sudah uzur, moga Allah berikan kekuatan kat suami MF jaga mak dia hingga akhir hayatnya selagi ada... moga MF sebagai menantu pun diberikan kesabaran atas itu... walaupun tak dapat jaga mak sendiri, sekurang-kurang dapat jaga mak mentua kan... mak kepada suami kita... 

Betullah ada kata pepatah, 
Sayangi Anak Kecil kerana Itu Masa Silam Mu,  
Hormati Orang Tua kerana Itu Masa Depan Mu. 

Kenang Sebelum Marah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ada seorang gadis yang buta akibat kemalangan jalanraya. Dia sangat membenci dirinya kerana tidak dapat melihat seperti dulu. Dia hanya menyayangi teman lelakinya yang mencintainya tanpa syarat. Selalu berada di sisinya di saat susah dan senangnya.

Dia memberitahu teman lelakinya bahawa dia akan sedia berkahwin dgn teman lelakinya jika dia dpt melihat semula.

Suatu hari ada orang yang sanggup menderma anak matanya untuk gadis ini.

Selepas pembedahan dan balutan dibuka, dia gembira kerana dapat melihat semula, termasuk teman lelakinya.

Dia sangat terperanjat melihat keadaan diri teman lelakinya yg juga buta.

Teman lelakinya berkata "Sekarang awak sudah dapat melihat. Sudikah awak berkahwin dengan saya?"

Sekarang hatinya berubah kerana memikirkan masa hadapannya bila berkahwin dengan si buta.

Akhirnya dia menolak lamaran teman lelakinya yang menagih janji gadis ini.

Akhirnya teman lelakinya berkata "Baiklah. Saya akan pergi meninggalkan awak selama-lamanya"

Tetapi dia berkata lagi "Cuma tolong jagakan penglihatan yg awak miliki sekarang sebab pada suatu masa dulu penglihatan mata itu kepunyaan saya".

sumber: google images

Begitulah kehidupan.

Hari ini sebelum kita marah makanan yang tidak sedap dimasak oleh isteri atau ibu kita, fikir dulu, kenangkan ada yang kelaparan tidak ada makanan untuk dimakan.

Sebelum kita memarahi isteri kita, kenangi orang yang terpaksa hidup sendirian.

Sebelum kita mengeluh dengan kerenah anak kita, kenangi orang yang tiada mempunyai zuriat langsung.

Sebelum kita mengeluh berjalan jauh, kenangilah ada orang yang tak mampu berjalan.

Semoga kita mendapat iktibar.

Sumber: #inspirasidrzubaidi

15 April 2017

Sakit Untuk Naik Pangkat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Penyakit Mengangkat Darjat dan Menghapus Dosa

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

Dari 'Aisyah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada satupun musibah (cobaan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya." (HR Muslim No: 4665) Status: Hadis Sahih




Pengajaran:

1.  Islam mengajar umatnya bersabar diatas setiap ujian yang dilaluinya.

2. Allah mendatangkan ujian kepada seseorang dalam pelbagai bentuk antaranya kesakitan, untuk mengangkat darjat atau kedudukan seseorang di sisi Allah

3.  Allah mendatangkan musibah atau ujian dalam bentuk kesakitan juga bertujuan untuk menghapuskan dosa seseorang.

4.  Orang yang ditimpa musibah seperti penyakit, akan digugurkan segala dosa seperti dedaun berguguran kecuali dosa besar seperti dosa syirik

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى شَوْكَةٌ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا

Tidaklah seorang muslim yang tertimpa suatu musibah (penyakit) atau yang lain, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya." (HR Bukhari No: 5216) Status Hadis Sahih

Moga kita bersabar dengan setiap ujian musibah mahupun penyakit.

SAkit penghapus dosa dan tanda Allah sayang... 

14 April 2017

Blogger, Jangan Jeles!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
JANGAN KITA IRI HATI KEPADA KURNIAAN ALLAH KEPADA ORANG LAIN YANG LEBIH DARI KITA.

Firman Allah SWT :

وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ

[Surat An-Nisa' 32]
‎Terjemahan :
"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran)."


Allah itu adil... Bagi apa yang kita perlu tepat pada waktunya dan cukup kadar ikut kemampuan kita...

Jangan melihat lebihnya orang tapi lihatlah apa yang telah kita perolehi...

Syukur dan berterima kasih dengan Allah, insha Allah tak kan ada masalah jeles dengan kelebihan orang ni...

Kadang dalam berblog pun ada juga masalah ni..

Tengok orang banyak dapat job review, jeles...

Tengok blogger tu pageview tinggi pun jeles...

Tengok blogger tu dapat komen banyak pun jeles...


Cuba belajar bagaimana nak sampai ke tahap itu bukan layan perasaan jeles yang ada...

Job review
Mungkin kau tak dapat job sebab kau memang dah ada kerjaya tetap tak pun suami kau memang dah cukup bagi nafkah!

Pageview
Pageview dia tinggi sebab dia rajin update blog, guna teknik SEO dan ping entry setiap hari.

Komen banyak
Dia banyak dapat komen sebab dia memang rajin blogwalking dan balas komen pengunjung kat blog dia...


Jadikan rasa cemburu dan iri hati itu kepada sesuatu yang positif... Barulah kita boleh maju... Jika tidak kita tetap akan dok di belakang....

Jadi, ubah minda jangan jeles.... Tukarkan mood jeles dari negatif kepada positif... Insha Allah... Ada manfaatnya... 

12 April 2017

2 Beradik Bergaduh di Mahkamah Kerana Berebut Mak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ANAK OH ANAK.

Tempat kita (Malaysia)
- anak kandung menuntut ibunya atau ayahnya di mahkamah hanya kerana wang/geran tanah, rumah dan harta yang lainnya... 

Tapi,
Di Arab Saudi, dua adik beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya...masya Allah

-------------



SENGKETA DUA BERADIK HINGGA KE MAHKAMAH

👥 Dua Orang Adik Beradik (Di Saudi Arabia) Bergaduh dan Merebut Hak penjagaan ibu  Hingga ke Mahkamah.

⚖Di salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia, Hizan al Fuhaidi dengan air mata yang bercucuran air mata hingga membasahi janggutnya...

🔨 Kenapa? 

Kerana ia kalah terhadap kepada saudara kandungnya di mahkamah!!!  

Tentang apakah kekalahan dengan saudaranya?? 

Tentang tanah ?? 

atau harta??? 

👋 Bukan kerana itu semua!! 

💝Ia kalah terhadap saudaranya berkenaan hak penjagaan ibunya yang sudah tua dan bahkan hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yang telah kusam,,  

Seumur hidupnya, beliau tinggal bersama Hizan yang selama ini menjaganya,,

Tatkala beliau telah semakin tua, datanglah adiknya yang tinggal di kota lain, 

Untuk mengambil ibunya agar tinggal bersamanya, dengan alasan, kemudahan kesihatan dan lain-lain di kota jauh lebih baik daripada di desa,,  

Namun Hizan menolak dengan alasan, selama ini ia mampu untuk menjaga ibunya. 

Perbalahan ini tidak berhenti sampai di situ, hingga berlarutan ke mahkamah!!  

Sidangpun bermula,, hingga sang hakim pun meminta agar sang ibu hadirkan di mahkamah..  

👥Kedua bersaudara ini mendukung ibunya yang sudah tua yang beratnya sudah tidak sampai 40 Kg!! 

Hakim bertanya kepadanya, siapa yang lebih berhak tinggal bersamanya. 

Ibu itu memahami pertanyaan hakim, ia pun menjawab, sambil menunjuk ke Hizan,
“Ini mata kananku!”

Kemudian menunjuk ke adiknya sambil berkata, 
“Ini mata kiriku!! 

🔎Hakim berpikir sejenak kemudian memutuskan hak penjagaan kepada adik Hizan, berdasar pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu!!  

Betapa mulia air mata yang dikeluarkan oleh Hizan!!

Air mata penyesalan kerana tidak dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut!! 

Dan, betapa bangga dan agungnya seorang ibu!! direbut oleh anak-anaknya hingga seperti ini,,!!  

💎Andaikata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik kedua anak lelakinya hingga ia menjadi ratu dan mutiara termahal bagi anak-anaknya!!  

🏆 Ini adalah pelajaran dan pengajaran yang sangat mahal tentang berbakti kepada orang tua,, di zaman yang sudah hampir kiamat ini betapa banyak anak yang derhaka,,  

 "Ya ALLAH, Roob kami!! Anugerahkan kepada kami keredhoan ibu kami dan berilah kami kekuatan agar selalu dapat berbakti kepadanya!!”

Aamiiin!!! 

*Aamiin ya Rabbal'alamiin*

Nasihat. Muhasabah Diri. 

Hormatilah Ibu Bapa Untuk Kita Dihormati dan Diberkati Hidup.

Sumber: telegram @pendidik4u

10 April 2017

Mudahkan Jangan Susahkan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mudahkan Jangan Menyukarkan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا

Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: "permudahkanlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari." (HR Bukhari : No 67)  
Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Islam adalah agama yang mudah contohnya dalam bab solat, ada kemudahan untuk solat Jamak dan Qasar jika sedang bermusafir.

2.  Permudahkan segala urusan selagi ia berdasarkan syarak. Jangan menyukarkan sehingga menyebabkan orang lari dari kebenaran.

3.  Islam itu indah. Ceritakan yang indah, baik dan mengembirakan orang lain, bukan sesuatu yang menakutkan sehingga orang menjauhi Islam.



Sama juga dalam kehidupan kita... Jika kita sebagai ketua atau pemimpin dalam satu organisasi mudahkan kerja orang yang dibawah kita... 

Alasan atas sebab protokol boleh diubah kerana kita yang cipta protokol tu... Ubahsuai lah ikut kesesuaian, kemampuan orang melaksanakannya. 

Hidup ini mudah... Bahkan Islam sendiri banyak memudahkan umatnya.... Walaupun peraturan itu melibatkan hal yang wajib dan fardhu tapi boleh diringankan ikut kemampuan kita... Rukhsah solat, rukhsah solat, tak boleh wuduk guna tayamum...Dan sebagainya... 

Jadi, bagi peraturan yang dicipta oleh manusia, kenapa kita tak boleh nak ubah ikut kemampuan, ikut masa yang sepadan dengan sesuatu situasi... 

Tapi kadang bos!!! Kuasa ditangannya menggunakan kuasa ditektor sepenuhnya sehingga kan orang rasa nak lari dari dia... Kesannya orang tak suka dengan bos, stress dan menyebabkan pelbagai masalah sesuatu organisasi... 

Jadi, mudahkan jangan susahkan... Permudahkan yang boleh dimudahkan... InshaAllah segala urusan kita juga akan Allah permudahkan... 

08 April 2017

Yang Tersirat Disebalik Trend Edit Gambar Masuk Ke Aplikasi Focus n Filter

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Yang Tersirat Disebalik Trend Edit Gambar Masuk Ke Aplikasi Focus n Filter | Tengah trending hangat sekarang ni... Dan ramai juga yang dah ubah gambar profile guna gambar yang telah diedit guna aplikasi Focus n Filter. 

MF ikut perkembangan semasa... Dan cuba buat atas dasar minat seni bukan kerana nak ikut trend... Sebab lepas berhijrah ke arah sembunyi kan gambar peribadi... Tak lagi teruja nak edit gambar sendiri... Cubaan nak edit gambar kereta kesayangan la... Nak Masuk Aplikasi tu... 

Sebenarnya nak buat sangat tu sebab ada yang kata sampai semalaman buat baru dapat edit... 

Jadi, MF cuba buat semalam... Betullah rupanya memang mencabar nak edit sebab aplikasi agak besar kapasiti data yang digunakan... Jadi, kalau phone yang kecil Processor nya memang jenuh juga nak menunggu... 

Memang betul... Penat nak tunggu... Kena sabar nak buat benda alah ni... 

Step nak masukkan Gambar dalam aplikasi Focus n Filter..
1. Edit gambar guna Aplikasi PicsArt
Caranya, open gambar yang nak diedit... Kemudian > Magic > Rainbow > Save > Back > Discard

2. Open Aplikasi Focus n Filter
Open background > Add Photo > Erase ( buang tepi-tepi gambar biar nampak macam bergabung dengan background yang dipilih)



Nampak macam senang... Sikit je stepnya... Tapi sebenarnya menguji kesabaran... Tapi MF tengok ramai dapat melepasi step ini dengan jayanya.. sanggup sabar, tunggu apps tu loading... 

Itu lah MF nak katakan jika bab dunia kita sanggup sabar tapi kenapa kita tidak sanggup nak bersabar dalam hijrah untuk buat baik... 

Nak edit gambar kita sanggup hadapi cabaran loading aplikasi yang lama... Tapi kenapa kita tak sanggup nak hadapi cabaran dalam hijrah ke arah lebih baik... Tak sanggup nak hadap kata mulut orang lain... 

Itulah... Lemahnya iman kita... Utamakan dunia dari akhirat.. itulah tanda akhir zaman... Jika hal dunia sanggup redah apa sahaja... Tapi bila hal kerohanian dan untuk akhirat... Seribu satu alasan kita ciptakan.... 

Tepuk dada tanya iman wahai kawan... Kita muhasabah diri bersama... Moga trending Aplikasi Focus n Filter ni dapat mendidik kita jadi orang yang kental jiwa zahir dan batinnya... Moga dapat didik kita jadi sabar sebagaimana kita sabar hadap loading nya aplikasi tu... 

Itulah yang tersirat disebalik trend yang melanda sekarang ni... Sama-sama kita renungkan... Semoga bermanfaat... 

06 April 2017

7 Keajaiban Dunia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 Keajaiban Dunia | Seorang guru memberikan tugasan kepada pelajarnya untuk menuliskan 7 Keajaiban Dunia. 

Sebelum kelas bersurai, semua pelajar diminta untuk mengumpulkan tugasan mereka.

Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu…

Selepas itu, guru memeriksa semua tugasan itu.

Sebahagian besar pelajar menulis demikian...

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon


 


Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru terdiam...tugasan terakhir itu adalah milik si gadis kecil pendiam tadi…isi jawapannya adalah :

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh DiSayangi
5. Boleh Merasai
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya.

Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa...

Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, yaitu:
'Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri...'
Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM 

Kita tak pernah renung di cermin lihat banyak keajaiban yang ada pada diri kita. Tanda kekuasaan Allah, banyak pada diri kita sendiri... 

Pada wajah sendiri kita boleh fikir dah kenapa kedudukan mata, telinga, hidung, mulut kita sebegini rupa... Tidakkah itu dikira sebagai keajaiban???? Renungkan dan fikirkan bersama...  

Kadangkala...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadanya.

Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.



Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas.

Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.

Kadangkala,
Kita suka membandingkan nikmat yang orang lain peroleh,
Sedangkan kita tak menoleh melihat nikmat yang lebih banyak kita telah peroleh dari dia...

Lupanya kita syukuri...
Kerana sibuk membandingkan diri dengan orang lain...

04 April 2017

Moga Dialog Ini Terkesan Pada Hati Kita!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bacalah dialog ini dari hati ke hati... Jauh dari sudut hati korang akan rasa sesuatu... Jika tak rasa, cepatlah istighfar...Moga hati korang sempat diselamatkan agar dari terus mati dan jauh dari Illahi... 



LINTASAN HATI DARI ALLAH DAN MALAIKAT 

Pada malam hari Allah menghantar lintasan dalam hati hamba-hambaNya, menyeru mereka untuk bangun malam, bermunajat dan meminta kepadaNya.

Allah : "hamba Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!"

Hamba: "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya."

Allah : "hamba Ku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!"

Hamba: "Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam."

Allah : "hambaKu solat witir saja.."

Hamba: "Ilahi, aku letih sekali, apa tidak ada cara lain?"

Allah : "hamba Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..."

Hamba: "Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang."

Allah : "hamba Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH.."

Hamba: "Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut."

Allah : "hamba Ku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu."

Sampai disini si hamba sudah tidak peduli kerana tertidur lena.

Allah : "lihatlah wahai malaikat Ku, bagaimana telah Aku mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku dan tidur tanpa meninggalkan apapun..
Bila datang waktu subuh bangunkan dia agar dia bermunajat pada Ku, Kerana Aku merindukan suaranya."

Malaikat: "Ya Ilahi, telah kami bangunkan dia tapi dia kembali tidur."

Allah : "bisikkan di telinganya bahawa Aku menantinya."

Malaikat: "Ilahi, dia tetap tidur."

Allah : "katakan, sudah azan...sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin memberkati sepanjang harinya."

Malaikat: "Ilahi, apa Engkau tidak ingin marah padanya?"

Allah: "Hamba ku tidak memiliki siapapun selain Aku, Aku menangguh marah Ku menunggu dia bertaubat. Hamba Ku, ketika engkau solat Aku memandangmu, seakan Aku tidak memiliki hamba selainmu... Namun engkau lalai seakan kau memiliki ratusan Tuhan....??!.

Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI..
Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI..
Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI... Ampuni kami hambaMu yang lemah ini"

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Apa perasaan korang lepas baca dialog ni????

Jika hati korang tak tersentap... Banyakkan lah beristighfar...Dan mohon taubat... Astaghfirullah.... 

03 April 2017

3 Perkara Yang Manusia Tak Boleh Nak Lari Di Atas Muka Bumi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 perkara yang manusia tak boleh lari di atas muka bumi ini.



MATI: 
Dah tahu tak boleh lari dari kematian. Maka, solusinya buatlah persiapan sebelum mati.


UMPATAN ORANG:
Buat baik pun, orang umpat.
Buat jahat pun, orang umpat.
Maka, solusinya abaikan apa orang nak kata. Orang kata apa pun, buat tak tahu sudah. Orang kata apa pun, buat tak ambil peduli. Orang kata apa pun, butakan mata pekakkan telinga.


SUSAH WAKTU HIDUP:
Manusia, nak lepas dari semua masalah. Manusia, nak lepas dari rasa serabut. Susah hati. Itu mustahil untuk dapat. Bila kita hidup di atas muka bumi pasti akan sentiasa dilanda masalah.
.
Maka, bersabarlah dan jangan asyik merungut.

02 April 2017

11 Akibat Maksiat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11 AKIBAT MAKSIAT | Maksiat? Apa itu maksiat? Biasanya yang orang faham maksiat tu couple... Minum arak,buka aurat atau perkara yang memang terangan nampak jahat tapi jahat yang kecik pun dikatakan, tapi senang kata semua perkara yang mengundang kemurkaan Allah, sama ada kecil atau besar itulah maksiat... Habuan kepada maksiat ialah dosa... dan dosa tempatnya di neraka.. Tapi kesan maksiat dan dosa ni kat dunia dah boleh dapat... cuma kadang kita tak perasan. 

Jadi, jom semak diri, adalah kesan ini adalah sebab maksiat yang kita buat... 

1) Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

2) Maksiat mengahalangi Rezeki
Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)

3) Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah
Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".

4) Maksiat Menjauhkan Pelakunya Dari Orang Lain
Terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".



5) Maksiat Menyulitkan Urusan
Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.

6) Maksiat menggelapkan hati
Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan bada n, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".

7) Maksiat Melemahkan Hati dan Badan
Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.

8) Maksiat Menghalangi Ketaatan
Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit yg berpanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.

9) Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan
Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.

10) Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain
Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

11) Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani
Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat juga dapat memutuskan keinginan seseorang untuk bertaubat.

" Wahai hamba-hambakKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Mahamengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pemgampun, Maha Penyayang." [39 : 53]

Wallahu a'lam

Kredit:Ustaz JafriMahmoodi



30 Mac 2017

Sini Bukan Rumah Kita!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


S I N I  B U K A N   R U M A H    K I T A

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal
untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggal

Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan
kembali ke rumah kita.

Tak Rindu ka pada kampung anda ?

Bukankah mereka
yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya
dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya
yang menunggu di rumah..

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?


Rabb yang mulia
Dia hanya meminta
amal sholeh dan keimanan, taat pada Nya
serta rasa rindu padaNya
Yang menanti di rumah.

Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita
 adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan
dihuni oleh
orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri sholehah
Ada suami Sholeh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap
menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.

Bila Keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

INGAT INI BUKAN RUMAH KITA

27 Mac 2017

Bohong Sunat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Berbohong Yang Dibolehkan

أُمَّ كُلْثُومٍ بِنْتَ عُقْبَةَ بْنِ أَبِي مُعَيْطٍ وَكَانَتْ مِنْ الْمُهَاجِرَاتِ الْأُوَلِ اللَّاتِي بَايَعْنَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ وَيَقُولُ خَيْرًا وَيَنْمِي خَيْرًا
قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ الْحَرْبُ وَالْإِصْلَاحُ بَيْنَ النَّاسِ وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا 

Ummu Kultsum bin 'Uqbah bin Abu Mu'aith -dan ia termasuk perempuan yang turut hijrah dalam kelompok pertama yang berbaiah kepada Rasulullah SAW bahwasanya ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, orang yang berkata demi kebaikan, dan orang yang membangkitkan (mengingatkan) kebaikan bukanlah termasuk pendusta." lbnu Syihab berkata; 'Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal, yaitu; dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami (untuk meraih kebahagiaan atau menghindari keburukan).  (HR Muslim No: 4717) Status: Hadis Sahih




Pengajaran Hadis:

1.  Berbohong dan berdusta adalah perbuatan yang dilarang.

2.  Islam mengharuskan berbohong demi memelihara jiwa, harta dan harga diri dalam tiga hal:

a.  Dalam strategi peperangan (perang itu adalah tipu daya. Strategi peperangan tidak boleh diketahui oleh musuh)

b.  Dalam usaha mendamaikan antara pihak yang sedang bergaduh (elakkan daripada sesuatu yang boleh memarakkan api permusuhan dua pihak yang sedang berselisih melalui sesuatu perkhabaran yang mendamaikan contohnya kita belikan buah-buahan untuknya  dengan memberitahu sipolan (musuhnya) seorang yang baik hati yang mengirimkan untuk diberi padanya)

c.  Dalam usaha mewujudkan kebahagiaan dan keharmonian pasangan suamu isteri (contohnya suami menyatakan masakan isterinya teramatlah sedap sedangkan hakikatnya memang tak sedap).

Jauhkan perbuatan berdusta dan berbohong tanpa sesuatu alasan yang dibenarkan.

22 Mac 2017

Dahsyatnya Sifat EGO!!!

Dahsyatnya Sifat EGO!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dahsyatnya Sifat EGO!!!

Ianya boleh memusnahkan diri sendiri, orang yang bersifat ego begitu berbangga dengan dirinya, seakan-akan dirinya lebih hebat dari Tuhan. Hinggakan kebenaran dan teguran tidak dipersoalkan. Renungankanlah wahai teman betapa dahsyatnya sifat EGO!

Orang yang ada ego tidak sedar dia ada ego. Ego diketahui melalui ilmunya, Kalau tahu pun ada ego, belum tentu lagi dapat membuangnya.

Ego adalah sifat batin. Tapi dapat dikesan tanda lahir dan sikapnya. Bila bercakap di kalangan kawan-kawannya selalu sahaja cakap besar, Bila berdiri selalu sahaja cekak pinggang. Apabila berbincang selalu tinggi suaranya

Apabila kebenaran itu keluar dari mulut orang payah menerimanya, kalau bercakap mahu menang sahaja. Bila bertemu orang payah bertegur sapa kecuali orang yang mendahuluinya.

Jika orang tersilap terhadapnya mudah sahaja marah dan berang, Selalunya serius sahja kurang mesra. Kalau hendak berkawan pilih-pilih orang. Biasanya orang yang setaraf dengannya. Hendak bermesra dengan orang-orang yang setarafnya sahaja.

Bila dicabar mudah sahaja mencabar, Kalau bersalah susah hendak meminta maaf. Adakalanya orang meminta maaf enggan menerimanya. Mudah marah bahkan marahnya sangat ketara.

Kalau ada kuasa, suka menzalimi dan menindas, Jika tiada kuasa selalu sahaja keras kepala untuk tunduk kepada ketua.

Bertekak dan berbahas menjadi budaya. pantang ditegur oleh sesiapa sahaja masam mukanya. Apabila ego sudah tebal sebarang kebenaran payah diterima. Bila ditegur sakit hatinya, dendam pula membara. Jangan disebut dosa pahala tersinggung perasaannya.

Kalau dipuji orang lain di hadapannya, sakit hatinya. Bahkan sebut nama Allah pun tersinggung jiwanya. Jangan cuba bala bencana datang kita kaitkan dengan kemurkaan Tuhan. Sakit hatinya, payah mahu menerima.

Jangan cuba hubungkaitkan dengan dosa. Dia akan melenting menunjuk sikap tidak menerima. Aduh, dahsyatnya ego itu amat merbahaya. Bukan sahaja dengan manusia bahkan kepada Tuhannya, kebenaran payah menerima.

Selalu sahaja menolak kebenaran bahkan dijadikan bahan perli sahaja kerana ego orang sanggup derhaka kepada Tuhan. Bahkan orang sanggup jadi kafir, lihat sahaja Namrud, Haman dan Firaun sungguh merugikan sanggup jadi kafir kerana egonya.

Sebelum matinya berbagai-bagai bala dan tanda-tanda amaran Tuhan. Namun tidak boleh jadi pengajaran. Akhirnya sanggup mati kafir kerana egonya...

Aduh, dahsyatnya sifat EGO!!!....

Sumber: JAWI

Buat apa nak bersifat ego kerana hidup kita tak boleh bertongkatkan langit... KIta tak boleh hidup sendiri di dunia ini.... Kerana itu memang fitrah kita.... kembali kepada sejarah Iblis dan Nabi Adam a.s. betapa hinanya kesan kepada sifat ego... 

JANGAN KITA MENYOMBONGKAN DIRI

Firman Allah SWT :
لَا جَرَمَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ
[Surat An-Nahl 23]
Terjemahan :
"Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur."

20 Mac 2017

Blogger Paling Senang Nak Dapat Pahala Sedekah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Setiap Kebaikan Adalah Sedekah

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَإِنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَاءِ أَخِيكَ

Dari Jabir bin Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari baldimu ke dalam bejana milik saudaramu." (HR Tirmizi No: 1893) Status: Hadis Hasan Sahih 

Pengajaran:

1.  Setiap kebaikan yang dilakukan walau sekecil mana ia adalah sedekah dan mendatangkan pahala
2.  Sedekah mencakupi aspek harta,  tenaga, usaha dan, tindakan yang telus dan ikhlas dalam usaha melebarkan manfaat buat diri, masyarakat dan makhluk alam yang lain. 

3.  Antara bentuk kebaikan apabila seseorang berwajah ceria dan memberikan senyuman kepada sahabat yang ditemui. 

4.  Menolong orang lain dengan menuangkan air dari bekas miliknya ke dalam bekas milik saudaranya,  itu juga sedekah

Lakukanlah kebaikan semampu kita. Moga ia menjadi pahala diakhirat.



Bukan susah nak bersedekah... Bagi blogger... Tulis yang baik-baik..bukan viral gossip ya... Sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain... Kira sedekah dah tu. Jika orang amalkan apa yang kita buat... InshaAllah kita pun dapt saham pahala sama macam orang yang melakukannya. 

Bukan susah nak buat pahala... Tapi kita banyak nak pilih dosa juga... Sebab takut orang kata kita ni buat baik menunjuk... Pedulikan kata orang... Dengar saja apa yang Allah dan rasul kata...

19 Mac 2017

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA!

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

IMAN SEMUT
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padangpasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

sumber: google images


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah
dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.
Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

p/s: Ilmu itu lebih baik daripada harta, ilmu menjaga engkau, engkau menjaga harta, ilmu menjadi hakim, harta dihakimi. Harta berkurangan apabila dibelanjakan, ilmu akan bertambah apabila di belanjakan..

14 Mac 2017

Ya Allah... Jangan Matikan Aku Begini...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ya Allah,
AKu berlindung dengan Mu daripada MATI TERTIMBUS,
Aku berlindung dengan Mu daripada JATUH TEMPAT TINGGI,
Aku berlindung dengan Mu daripada MATI LEMAS,TERBAKAR, TERLALU TUA (Nyanyuk),
AKu berlindung dengan Mu daripada DIGELINCIRKAN OLEH SYAITAN DISAAT KEMATIAN KU,
AKu berlindung dengan Mu daripada MATI KETIKA LARI DARI MEDAN PEPERANGAN,
AKu berlindung dengan Mu daripada MATI DISENGAT (binatang berbisa)

Ya Allah matikan aku dengan keadaan yang baik..

13 Mac 2017

BAHAYANYA PUJIAN

BAHAYANYA PUJIAN



Bahaya Memuji Orang Berlebihan

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا ذُكِرَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَثْنَى عَلَيْهِ رَجُلٌ خَيْرًا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيْحَكَ قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ يَقُولُهُ مِرَارًا إِنْ كَانَ أَحَدُكُمْ مَادِحًا لَا مَحَالَةَ فَلْيَقُلْ أَحْسِبُ كَذَا وَكَذَا إِنْ كَانَ يُرَى أَنَّهُ كَذَلِكَ وَحَسِيبُهُ اللَّهُ وَلَا يُزَكِّي عَلَى اللَّهِ أَحَدًا


Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya bahwa seorang laki-laki disebut-sebut disamping Nabi SAW, lalu laki-laki lain memuji kebaikan laki-laki tersebut, lalu Nabi SAW bersabda: "Celaka kamu, kamu telah memenggal leher saudaramu." Baginda  mengatakannya berulang-ulang. Baginda berkata, Jika salah seorang dari kalian ingin memuji temannya, hendaklah ia mengucapkan: 'Aku kira fulan seperti ini dan itu, walaupun jika diperhatikan ia memang seperti itu.  Cukuplah Allah  yang menentukan kebaikannya dan janganlah mendahului Allah dalam memuji orang." (HR Bukhari No: 5601) Status: Hadis Sahih



Pengajaran

1.  Memuji kebaikan yang ada pada seseorang tidaklah dilarang secara mutlak. Namun Rasulullah menegur dengan keras orang yang memuji orang lain dengan:

a.  Pujian yang berlebihan

b.  Pujian yang mengandung sifat yang tidak ada pada diri orang yang dipuji.

c.  Pujian yang menimbulkan fitnah (timbul ujub,  menyombongkan diri) pada orang yang dipuji terutama apabila dipuji dihadapannya.

2.  Rasulullah memberi teguran keras kepada orang yang memuji orang lain yang disetarakan dengan memenggal leher kawan tersebut kerana bimbang terjerumus seperti  ummat terdahulu, khususnya kaum Yahudi dan Nasrani yang memuji sehingga menyamakan dengan sifat Allah (syirik yang merupakan dosa besar).

3.  Amal yang kita lakukan adalah ikhlas untuk mencari redha Allah bukan pujian manusia. Dzun Nuun menyebutkan tiga tanda ikhlas:

a.  Tetap merasa sama antara pujian dan celaan orang lain.

b.  Melupakan amalan kebajikan yang dulu pernah diperbuat.

c.  Mengharap balasan dari amalan di akhirat (dan bukan di dunia).

(At Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur’an, An Nawawi 1426 H)

4.  Jika kita dipuji orang, berdoalah seperti doa Abu Bakar RA apabila menerima pujian:

اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ
Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka.

( Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4/228, no.4876)


Hati-hati dengan orang yang memuji kita...