Memaparkan catatan dengan label Ramadhan 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan 2016. Papar semua catatan

13 Jun 2016

Jun 13, 2016

Solat Terawih Bagi Wanita | Di Masjid Atau Di Rumah???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Persoalan:
Sebahagian wanita sering mendirikan solat tarawih di masjid. Ada di antara mereka yang keluar tanpa mendapat keizinan si suami sehingga ketika di masjid kamu dapat mendengar suara mereka sedang bercakap-cakap. Apakah hukum solat mereka? Adakah solat tarawih wajib bagi mereka?

Sumber: google images

Jawapan Sheikh Yusof Abdullah al Qaradawi.

Solat seorang wanita di rumah lebih baik daripada ia solat di masjid selagimana tidak ada tujuan di sebalik perjalanan ia ke masjid semata-mata untuk menunaikan solat. Contohnya seperti mendengar ceramah agama, pengajian ilmu atau mendengar bacaan al-quran daripada qari yang baik. Bagi tujuan-tujuan ini adalah lebih afdhol untuk mereka ke masjid.

Solat tarawih tidak diwajibkan ke atas kaum wanita dan tidak juga bagi lelaki. Bahkan hukumnya sunat dan mempunyai kelebihan yang amat besar di sisi Allah ta’ala. Diriwayatkan oleh Bukhari Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan bulan ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosanya yang lalu.”

Barangsiapa yang solat tarawih dengan kekhusyukan, ketenangan, keimanan dan penuh pengharapan, solat subuh tepat pada waktunya maka dia telah mendirikan ramadhan serta berhak mendapat ganjarannya.

Ini merangkumi lelaki dan wanita seluruhnya. Kecuali solat wanita di rumah adalah lebih baik daripada solat di masjid selagimana tidak ada tujuan lain selain solat seperti yang telah disebutkan tadi. Terutamanya pada zaman sekarang apabila si suami tidak dapat memberi kefahaman ilmu kepada si isteri. Apatah lagi apabila kaum lelaki tidak dapat memberi peringatan dan pengetahuan kepada isteri mereka. Maka tidak ada cara lain kecuali masjid yang perlu dijadikan sandaran. Bagi keadaan ini mereka perlu merebut peluang ke masjid dan tidak ada masalah di antara mereka dan masjid.

Lebih-lebih lagi bagi wanita yang tidak mempunyai minat dan kesungguhan untuk solat tarawih berseorangan apabila berada di rumah, berbeza jika ia berada di masjid dan beribadat secara berjamaah.

Bagi wanita yang keluar dari rumahnya walaupun ke masjid, mereka perlu mendapat keizinan daripada suami. Suami ialah ketua rumah dan keluarga. Memberi ketaatan kepadanya adalah wajib selagi mana suami tidak mengarahkan supaya meninggalkan perkara wajib atau tidak menyuruh melakukan maksiat. Dalam perkara ini isteri tidak perlu mendengar atau mentaati suami.

Suami tidak mempunyai hak melarang isteri mereka ke masjid selagi tidak ada sebab halangan yang kukuh. Dinyatakan di dalam hadis muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu menghalang hamba(perempuan) Allah SWT dari masjid Allah SWT.”

Perkara yang menghalang mestilah muktabar dari segi syarak. Contohnya ketika suami sakit dan berhajat kepada isteri di sisi untuk menjaga dan memenuhi hajatnya. Atau pun mempunyai anak kecil yang mungkin merbahaya jika ditinggalkan keseorangan di rumah tanpa ada orang memerhatinya. Itu adalah beberapa contoh perkara yang menghalang atau kesempatan yang diterima akal.

Jika anak-anak yang dibawa bercakap-cakap dan mengganggu para jemaah yang sedang menunaikan solat dengan tangisan dan teriakan, maka tidak perlu membawa mereka bersama. Begitulah walaupun dibenarkan membawa anak-anak ketika menunaikan solat lima waktu kerana solatnya tidak lama, perlu dicegah lebih-lebih lagi pada solat tarawih dengan tempoh solatnya yang lama lebih kurang satu jam sehingga anak-anak tidak sabar dengan ibu-ibu mereka.

Adapun perbualan wanita di dalam masjid, perkara ini sama sahaja bagi lelaki. Tidak dibenarkan mengangkat suara tanpa sebab. Apatah lagi bercakap-cakap tentang dunia. Masjid tidak dijadikan untuk ini, tetapi untuk beribadah dan mendapatkan ilmu.

Bagi muslimah yang menjaga agamanya perlu mendiamkan diri ketika berada di dalam masjid sehingga tidak mengganggu orang yang sedang solat atau orang yang sedang berada dalam majlis ilmu. Jika berhajat untuk bercakap, mestilah dengan suara yang rendah setakat yang didengari, tidak terkeluar dari kehormatan dan kesopanan dalam percakapan, pakaian dan cara berjalan.

Kesimpulan:
Wanita lebih afdhal solat terawih di rumah. Namun tiada halangan jika nak solat dimasjid asalkan tiada sesuatu yang menghalangnya untuk berbuat demikian. Jadi, kalau anak-anak dara atau wanita yang takde komitmen seperti anak kecil dan sebagainya, elok solat di masjid... sebab pahala berganda solat berjemaah. Asalkan jaga batasan dan pergaulan serta adab-adab di masjid. Betulkan niat ke masjid semata-mata untuk solat terawih. Bukan untuk bergosip dan sebagainya.

Rasulullah SAW menekankan kaum wanita digalakkan dan diutamakan berada di rumah dan sebaik-baik masjid bagi kaum wanita ialah rumah mereka sendiri, kecuali bersolat di Masjid al-Haram seperti yang diriwayatkan Abu Amru asy-Syaibani yang bermaksud: "Daripada Abi Amru asy-Syaibani, Abdullah bin Mas'ud berkata; Tidak ada bagi seseorang wanita lebih baik (afdal) daripada solatnya di rumah melainkan di al-Masjid al-Haram"

Bagi wanita atau lelaki (para ibu bapa) yang nak bawa anak kecil ke masjid, wajib ajar anak jaga batasan di masjid. Jangan biarkan mereka lepas begitu sahaja, hingga mengganggu jemaah yang lain. ataupun biarkan anak-anak main mercun. Silap-silap nak kejar pahala berganda, hilang begitu sahaja je kan. Jadi, kalau rasa anak kita tu sukar di kawal... elok lah solat kat rumah aje ye... sama juga dengan bapa-bapa yang bawa anak lelaki... niat mungkin dah baik... nak dekatkan anak dengan rumah Allah, tapi sebaik sampai kat masjid lepaskan anak tanpa pengawasan. Biasa perkara ni berlaku... 

Bagi lelaki afdhalnya solat di masjid... Sebagaimana yang tercatat dalam Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah dan Musnad Ahmad, Rasulullah pernah bersabda; "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isya' dan Solat Fajar (Subuh). Andai kata mereka tahu apa yang terkandung dalam kedua-dua solat itu nescaya mereka akan mendatanginya walaupun terpaksa merangkak. Sesungguhnya aku telah berhasrat untuk memerintahkan solat agar didirikan. Kemudian aku memerintahkan seorang lelaki untuk (mengimamkan) solat bersama-sama orang ramai. Kemudian aku akan keluar bersama beberapa orang yang membawa bersama mereka berkas-berkas kayu api menuju kepada kaum yang tidak datang solat bersama-sama. Lalu aku akan bakar rumah-rumah mereka".

Jadi, jelas kan... Kadang tengok bulan Ramadhan bukan eksited lagi kaum hawa ni nak solat di masjid... tapi jangan pandang lekeh wanita yang tak pergi solat di masjid ni... 
Jun 13, 2016

5 Tip Elak Makan Berlebihan Semasa Berbuka Puasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bulan Puasa ni bulan kurangkan makan, tapi nak buat camne kan kat Malaysia ni, bulan puasa bulan terlebih makan... Tengok saja kat bazar Ramadhan... makanan yang tak pernah ada pada bulan-bulan biasa ada pula bila bulan Ramadhan kan... Jadi, kena kawal makan bila bulan puasa sebab antara hikmah Allah fardhukan puasa ialah nak suruh usus dan perut kita rehat daripada terlebih kerja macam biasa... Jadi, tips yang dikongsikan oleh Kevin Zahri berguna untuk kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Dan tips ni juga boleh kita amalkan walaupun bulan tak puasa. 

Sumber: google images

1. Berbuka dengan kurma …
Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) untuk bolehkan anda solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan betul2. Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus yang mana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.
Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. 
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. 
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma memberi tenaga serta-merta kepada si pemakannya dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan solat Maghrib atau tarawih. 
Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. -Dr Norzaidi Zakaria, PERDIM-

Ingat: Kurma tetap berkalori. Jangan 10 biji :D … 1-3 kurma saiz sederhana sudah cukup untuk bekalan tenaga dan alas perut bagi mereka yang ingin tunaikan solat maghrib terlebih dahulu.


2. The 20 minit Rule!
Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20minit. Kalau anda belasah makanan sepanjang 20minit, barangkali besar anda akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dan faham bahawa rasa kenyang datang selepas lebih-kurang 20minit)

Sunnah Nabi S.A.W pun menyatakan “berhenti lah makan sebelum kenyang”

3. Target Kalori: dalam 700kcal
Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal. Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermula lah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan, pilih:
  • Segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun, kentang, mee, roti dll.
  • Sumber protein yang berkualiti: seperti ayam, ikan, tofu, daging dll.
  • Sumber serat: seperti sayur, kekacang, buah-buahan dll
  • Last sekali baru makan sikit kuih & manis-manisan.


4. Tiga Jenis Air
Semasa berbuka, saya selalu ada tiga jenis air.
  • Air panas: Ini biasa untuk berbuka. Ini untuk bantu “panaskan” sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12jam.Tapi tak lah panas mendidih.
  • Air kosong: Ya untuk dahaga lah kan dan ia tidak berkalori.Apa-apa pun tak perlu terus belasah 3-4 gelas air - nanti buncit perut dan tak selesa. Take it slow and easy. 
  • Air manis: Untuk air manis, nasihat saya, minum last sekali. Ini untuk nafsu tapi kalau berlebihan, kalori pun berlebihan,


5. Buffet Tip: 
Sebelum berbuka, recce hidangan buffet terlebih dahulu dan cuba rancang nak makan apa. Bajet sikit ruang untuk manis-manisan dan ingat tip “20 minit". 

Buffet tips ni untuk blogger yang selalu dapat offer buffet review ketika bulan Ramadhan. Tapi bagi MF yang takde offer ni kan... memang elakkan makan buffet.. Pernah merasai dah... dah MF rasa sangat, buffet Ramadhan tak sesuai dengan kami suami isteri.. sebab kami jenis makan sikit... membazir je kan... lain lah kalau boleh bungkus... hehe... tapi tak banyak restoran ada perkhidmatan bungkus ni... hehe... 

Jom amalkan tips ni... moga puasa kita lebih berkualiti dan lebih diberkati serta lebih berpahala. Sebenarnya, kalau orang yang benar-benar puasa kerana mencapai redha Allah, memang tak rasa nak makan banyak... makan sikit pun dah kenyang... insha Allah... 

20 Mei 2016

Mei 20, 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H/2016M di Malaysia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ramadhan bakal menjengah dalam kurang lebih dua minggu sahaja lagi...
Pasti yang lebih seronok tahun ni sebab Ramadhan dalam musim cuti sekolah yang panjang.
Pasti ramai yang ambil peluang ni pulang ke kampung halaman untuk meraikan kedatangan Ramadhan bersama keluarga tersayang. Insha Allah, indah dan pasti ibu bapa kita gembira kan..


Dalam persediaan menyambut Ramadhan ni, pasti ramai juga yang mencari-cari jadual berbuka puasa kan..

Alhamdulillah, pihak JAKIM dah pun keluarkan jadual berbuka puasa dan imsak bagi seluruh Malaysia.

Semua orang boleh download percuma dalam bentuk PDF. Boleh download dan print serta tampal di rumah atau pejabat ye...

Untuk download Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H/2016M boleh klik:


Semua negeri seluruh Malaysia ada ye... Jangan risau... Sah dari JAKIM ni... 

Moga sempat kita sampai kepada Ramadhan... Insha Allah...