Memaparkan catatan dengan label Petua kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua kesihatan. Papar semua catatan

17 September 2018

September 17, 2018

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam | Ulam pucuk daun kari.. Pernah makan tak?

Kalau orang kampung, rasanya mungkin pernah makan... MF mula makan ulam pucuk daun kari ni sejak anak dara.. Pertama kali cuba, terus suka.. Rasa lemak dan wangi... Fuhh... Boleh bertambah nasi... Tambah sedap kalau ada sambal tumbuk kan..

Daun kari bukan sekadar perencah untuk wangi kan masakan, tapi ada khasiatnya yang tersendiri...

Banyak manfaat amalkan ulam pucuk daun kari... Sebab banyak sumber nutriti semula jadi ada dalam daun kari.

Antara khasiat pemakanan dipercayai terkandung dalam daun kari adalah karbohidrat, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E.

Dan nutrisi ni baik untuk kulit dan usus...

Apa manfaat daun kari untuk kesihatan?

Ini khasiat daun kari jika selalu amalkannya.

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam


1. Mengatasi penyakit diabetes


Khasiat daun kari yang pertama adalah mengatasi penyakit diabetes. Siapa sangka jika daun wangi yang satu ini punya manfaat penting untuk menjaga kadar gula di dalam darah untuk mencegah diabetes.

2. Mencegah anemia


Hal ini didapatkan dari kandungan zat besi yang ada di dalam daun ini sangat bagus untuk menambah produksi sel darah merah dalam tubuh dalam mencegah anemia.

3. Penghilang letih

Daun  kari juga berkesan untuk meredakan keletihan. Jika memiliki kegiatan yang cukup padat, minumlah teh dari daun kari untuk kembalikan kesegaran tubuh.

4. Bagus untuk pencernaan


Fungsi daun ini iaitu akan membantu melancarkan pencernaan dan mencegah banyaknya gangguan pencernaan seperti susah buang air besar.

5. Rawat cirit birit


Khasiat daun kari untuk sistem pencernaan iaitu mengatasi penyakit cirit birit. Daun herbal ini akan menghentikan cirit birit secara semula jadi tanpa memberikan kesan sampingan pada sistem pencernaan.

7. Menambah selera makan


Nafsu makan yang tidak tinggi merupakan gejala gangguan kesihatan yang perlu diatasi segera. Masalah ini boleh diatasi dengan daun kari sebagai daun penambah selera makan.

Patut la semalam... Buat ulam masa tengah hari... Petangnya ku bantai lagi Sepinggan besar nasi... 😅😅😅

8. Meredakan muntah


Muntah yang tidak reda disebabkan kerana rasa mual yang menyerang perut. Untuk meredakan muntah,  boleh menggunakan daun kari. Daun yang satu ini akan menormalkan rasa mual di perut agar tidak menimbulkan rasa ingin muntah.

9. Ubat sembelit


Penyakit sembelit tidak perlu ubati dengan ubatan moden yang mungkin memiliki kesan sampingan. Cukup dengan menggunakan daun kari sebagai ubat, maka sembelit akan hilang dengan izin Allah.

10. Baik untuk kesihatan perut


Jagalah kesihatan perut mulai dari sekarang dengan memanfaatkan khasiat daun kari. Daun ini tidak akan membuat asid perut naik atau pun menimbulkan sakit perut. Manfaat daun wangi ini akan membuat perut terasa lega dan tak sebu.


Selain 10 manfaat dan khasiat daun kari untuk kesihatan, ada lagi 5 manfaat lain

5 Manfaat dan Khasiat Daun Kari:


  1. Mengatasi jangkitan kulit
  2. Ubat bisul
  3. Menyembuhkan luka
  4. Mengubati gatal-gatal pada kulit
  5. Mencegah penuaan kulit


Banyak kan khasiatnya..., rasa yang lemak dan wangi tu buatkan selera membuak... Dan penambah selera memang salah satu dari khasiat daun kari.

Kalau yang tak pernah cuba, boleh cuba.. Pasti memikat..

Sumber rujukan:
www.khasiat.co.id
www.harianmetro.com.my

13 September 2018

September 13, 2018

7 Sebab Sakit Tekak, Makan Belacan Salah Satu Puncanya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Sebab Sakit Tekak, Makan Belacan Salah Satu Puncanya | Dah lama tak sakit tekak... Gatal dan sakit tekak  naik ke hidung.. Hidung mula berair dan kepala mula berdenyut.. Tonsil mula membengkak...

Itulah gatai sangat makan sambal belacan tak hingat... Haha... Mendapat la kan..

Masih bersisa perit tekak... Tapi penawar perit tekak ni, telan aiskrim vanila.. Insha Allah reda la sikit...


7 Sebab Sakit Tekak, Makan Belacan Salah Satu Puncanya
Tapi ada orang selalu sangat sakit tekak kan... Kenapa berlaku?

7 Sebab Sakit Tekak, Makan Belacan Salah Satu Puncanya

1. Masalah tonsil

Jangkitan pada tonsil atau dipanggil sebagai ‘acute tonsillitis’ akan menyebabkan pesakit mengalami masalah sakit tekak, kesukaran ketika menelan, demam dan gejala berkaitan.

2. Jangkitan pada kawasan tekak

Acute pharyngitis iaitu jangkitan pada bahagian tekak boleh berlaku dan mengakibatkan masalah sakit tekak. Berbagai-bagai puncayang menyebabkan ia boleh berlaku sama ada jangkitan virus, bakteria dan sebagainya.

3. Masalah hidung

Pernah kan kita temui pesakit sinusitis atau resdung turut mengalami masalah sakit tekak? Kerap tidak selesa pada tekak. Rasa ada sesuatu tidak seronok ketika menelan. Mukus daripada hidung akibat masalah resdung yang tidak terkawal boleh mengalir ke belakang dan menyebabkan jangkitan pada tekak juga. Kawal masalah sinus anda!

4. ‘Foreign body’

Kadang-kadang pesakit tak sedar. Selepas makan ada tertinggal tulang ikan pada tekak. Rasa tak selesa dan mencucuk-cucuk pada tekak. Bawa periksa doktor, kami akan keluarkan.

5. Quinsy atau peritonsillar abscess

Pengumpulan nanah pada sekitar kawasan tonsil atau dipanggil ‘quinsy’ boleh berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengalami sakit tekak teramat sangat, sukar menelan, sehingga sukar untuk membuka mulut. Nanah ini perlu dikeluarkan segera.

6. Tonsilolith atau tonsil stone

Anda akan perhati sesuatu keputihan atau tidak normal pada salah satu tonsil anda. Akibat daripada serpihan makanan yang tertinggal atau terlekat pada tonsil, lama-kelamaan ia akan menjadi tonsil stone. Sesetengah pesakit tidak menyedari keadaan ini, namun ada kes dimana pesakit kan mengalami kesakitan teramat sangat. Ia perlu dikeluarkan.

7. Ulser pada tekak.

Ini juga boleh ditemui di kalangan pesakit. Jangkitan kuman, traumatic cause dan sebagainya boleh menyebabkan ia berlaku. Periksa doktor jika anda alami maslah sakit tekak.

Kredit : Facebook Dr. Ezairy M.Sallih


Punca makan belacan boleh sebabkan sakit tekak bagi orang yang ada alahan je... MF ada alahan kepada makanan tertentu...


Lama tak makan sambal belacan kan... Tanggung la sendiri... Gelak kan diri sendiri la kan...

Apa pun... Redha je la.. Itu asbab dengan izin Allah.. Segalanya ketentuan Allah untuk hapuskan dosa kecil kita... #redha. 

27 Ogos 2018

Ogos 27, 2018

Owhhh... Ini Punca Lemak Berkumpul Kat Perut, Pinggang, Peha dan Pinggul

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Owhhh... Ini Punca Lemak Berkumpul Kat Perut, Pinggang, Peha dan Pinggul


Lemak anda lebih kat BAHAGIAN MANA?


1. Lemak di Perut

Jika anda jenis yang mudah stress, hormon kortisol akan banyak keluar dan lemak dalaman (visceral) senang bertambah di sekeliling organ terutamanya di perut.

Cara baik untuk mengatasinya adalah dengan meditasi atau kawal stress anda.

2. Lemak di pinggang 

Jika anda jenis yang suka makanan manis, anda mungkin jenis lebar di sisi.

Oleh itu, kawal pengambilan gula anda dan makanan tinggi karbohidrat supaya gula dalam darah terkawal & selera makan terjaga.

Senaman interval juga bagus untuk bakar kalori lebihan dalam badan.

3. Lemak di pinggul

Jika anda jenis besar di bahagian pinggul, ini biasa terjadi kepada ibu2 yang dulunya menyusu.

Anda perlu lebihkan makan sayur seperti brokoli dan boleh buat senaman squat ikut kemampuan anda langkah demi langkah.


4. Lemak di bawah lengan

Jika anda jenis menggelebeh di lengan, mungkin tona otot lengan anda tak cukup serta badan tak keluarkan hormon testosterone dengan baik. Biasanya perempuan lebih mudah menggelebeh di lengan kerana hormon testosterone yang dikeluarkan adalah lebih sedikit berbanding lelaki.

 Anda perlukan lebih banyak protein, calcium serta vitamin D. Anda juga boleh buat senaman untuk kuatkan otot seperti angkat dumbell atau barbell ikut kemampuan anda.

Sumber: Doctor Oz via Instagram

Baru tau... Bila tau punca baru kita tahu cara nak atasi kan..

Ok.. Lepas ni jangan stress ok... Haha.. Boleh ke.. Dengan hujung tahun segala macam due date ada nih... Haha.. Tapi kita cuba la kan...

Korang jenis yang mana... Moh lerr.. Kita senam dan atasi selepas ketahui puncanya... 

05 Julai 2018

Julai 05, 2018

5 Sebab Berat Badan Mudah Naik Lepas Raya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Sebab Berat Badan Mudah Naik Lepas Raya | Raya seronok ke main kan... lepas raya menangis... itulah yang terjadi bagi yang mudah sangat naik berat badan.

Tapi biasalah, alasan setahun sekali raya kan...

Sementara nak habis Syawal tu, dengan pasrahnya biarlah kan naik, nanti kita diet lah kan...

Kalau MF, berat badan naik takpe lagi, jangan ada part tertentu yang naik... Itu yang tak best...

Sebenarnya, kalau kita tahun punca berat badan naik, senang kita kawal supaya dia tak naik mendadak... Setakat sekilo dua tu ok lah kan... Tak kan terusan menurun je kan...

Tahu tak apa punca berat badan mudah naik?

Ada 5 Sebab Kenapa Berat Badan Kita Mudah Sangat Naik... Terutama lepas raya ni...

5 Sebab Berat Badan Mudah Naik Lepas Raya

Berat badan naik
5 Sebab Berat Badan Mudah Naik Lepas Raya

-Sumber: Google images-

1. Overeating

Terlebih makan... Itu biasa, sebab dah raya kan... makan dan mengunyah tak kira masa. Macam balas dendam sebab puasa, siang tak boleh makan. Bila raya, dari Subuh sampai Isyak makan je... hehe... jadinya overeating... 

Jadi, kawal makan... dan makan ikut masa... Pagi, tengahari, petang dan malam. Jangan lebih makan dari pukul 10 malam.

Ambil kuantiti yang sedikit....

Tu belum kira open house sana sini kan... Sampai ke malam kengkadang kan... Makan tak hingat.. semua menu makan...

Kita boleh kawal makan kita, insha Allah takdelah mendadak naik berat lepas raya.

2. Terlebih Gula, Kalori dan Lemak

Menu raya memang tinggi kalori, lemak dan gula...
Kuih raya semua manis, mana ada yang masam pahit

Lemang tu dah tentu tinggi kalori dan lemak... Setakat sepotong tak sedap kan... Mestilah lebih tambah pula rendang dia sedap... hehe... sebatang boleh habis...

Ketupat memang ketupat nasi, tapi kuah lemak lontong dan kacang tu pun tinggi kalori... Kalau boleh makan ketupat nasi dengan sup baru sihat... hehe...

Jangan salahkan makan, tapi salahkan diri tak dapat kontrol nafsu.

5 Sebab Berat Badan Mudah Naik Lepas Raya

3. Minuman Bergula

Ini pasti sangat, mana ada lagi rumah hidang air kosong waktu raya... Kalau ada pun, kita pilih manis berais juga kan...

Gula putih ni membuatkan berat kita susah nak turun tapi senang nak naik...

Jadi, kita kawal dengan bawa bekal air kosong bila pergi beraya...

4. Stress dan Tidur Tak Cukup

Stress buatkan tidur tak cukup... Kadang tak stress tapi tidur tak cukup sebab bebanan kerja, layan movie dan sebagainya.

Kalau raya ni, maklumlah cerita raya sampai pagi...
Kalau kaum Adam, World Cup pula kan... tu yang tidur tak cukup.
Bila berjaga malam, kita berpotensi lapar... dan lapar kita makan malam... itu yang mempercepatkan proses lemak dalam badan...

5. Malas Bersenam

Bersenam bukan lama.. Tapi kadang takde masa...
Kalau kerja pejabat, lagilah... Jam 8 pagi masuk kerja, 5 petang baru bangun dari kerusi... Makan bawa bekal atau orang bekalkan , lagilah menyebabkan badan kita tak bergerak dan kurang gerak melainkan jari dan mulut je... Jadi, jangan tanya kenapa berat badan naik.

Dah tau kan punca kenapa berat naik lepas raya... nak turun balik ada gayanya...
Jangan risau, tapi cuba elakkan 5 punca ini... Jangan bagi berat naik lagi... walaupun rasa masih berbaki seminggu lagi...

Kena kawal berat badan...badan yang berat menyukarkan pergerakan, susah nak beribadah dan ziarah... dan menyebabkan pelbagai sakit dalaman dan sakit fizikal.. sebab itu kenapa kita kena dapatkan berat badan ideal bukannya kurus kering....

Sekian... 

14 Mac 2018

Mac 14, 2018

Macam Ni Rupanya Orang Rabun Nampak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Macam Ni Rupanya Orang Rabun Nampak! | Penglihatan satu anugerah Allah... Alhamdulillah dan syukur jika kita dikurniakan penglihatan yang sempurna. Tapi ada juga Allah uji sesetengah orang yang terpilih dengan sedikit kekurangan penglihatan iaitu Rabun.

Rabun ni bukan sampai tahap buta... Tapi ianya menyebabkan penglihatan seseorang tu terhad. Kena guna bantuan kaca mata untuk melihat.

Punca Rabun

Ada banyak punca rabun. Antaranya:

  • Terlalu banyak melihat komputer atau gadjet.
  • Mata selalu terdedah dengan kemasukan cahaya yang tinggi terus ke dalam mata. Contohnya, orang yang welding tanpa pakai penghadang cahaya.
  • Faktor pemakanan dan gaya hidup juga menyebabkan seseorang itu mengalami rabun.


Suami MF pernah alami rabun teruk sebab welding besi tak guna penghadang cahaya tu. Memula pedih merah matanya. Dia ingat pedih biasa.  Dia beli ubat titik mata. Tapi makin teruk pula...

Dia kata rabun dan tak nampak... Tapi MF tak tahu nak faham macam mana tahap tak nampak dia tu... Tapi gambar-gambar ini menyebabkan MF mula faham maksud rabun dia tu..

Tips atasi rabun

Macam Ni Rupanya Orang Rabun Nampak!

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Jadi, faham dah la... Macam ni rupanya orang rabun nampak... Dia nampak tapi samar-samar... Berbintik dan berbelang gitu... Jadi jangan marah kat orang rabun. Sebab itu juga rezeki dia... ada kelebihan dia... Dia kurang nampak bab-bab maksiat  dan aurat orang  kalau dia tak ambil spek pakai...

Bagi yang dikurniakan penglihatan yang baik, jagalah anugerah itu sebaiknya... Caranya dengan tidak melihat perkara yang Allah larang dan makan makanan yang sihat untuk mata seperti lobak merah dan makanan yang kaya vitamin A.

Boleh juga amalkan doa ini:

Doa Sembuhkan Rabun Mata:

Tips rabun

Boleh juga amalkan petua mudah dengan membasuh muka dalam mata sedikit terbuka dengan air ramasan daun sirih... Ini petua mak MF ni... Alhamdulillah... umur dia 65 tahun lebih pun mampu lagi masukkan benang dalam jarum tanpa bantuan kaca mata.

Sekian, semoga bermanfaat.


Sumber gambar: Facebook

26 Februari 2018

Februari 26, 2018

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


9 Tips Mudah Kurangkan Resdung | Resdung memang merimaskan. Orang yang ada resdung kena banyak pantang kalau tak nak resdung. MF sendiri pantang makan untuk elak resdung. Pantang lah sebab kalau sekali kena resdung sekali dengan asma kena.

Memang teruk juga... Resdung dalam istilah perubatan disebut sinus. Ubat resdung takde tapi boleh kurangkan dan redakan resdung dengan ubatan moden.

Kalau pergi klinik doktor akan bagi ubat selesema warna kuning. Lepas makan confirm mengantuk. Kuat betul ubat tu. Tapi sejak lepas kahwin, jarang kena resdung sebab kawal punca resdung.

Mencegah lebih baik dari mengubati kan. Ada 9 tips untuk elak penyakit resdung di rumah. Ikuti perkongsian dari Dr Ezairy yang merupakan doktor hidung, tekak dan telinga.

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung


Nak tahu macam mana untuk kurangkan masalah resdung di rumah?

'Do and don't' untuk anda yang mengalami resdung.

1.Persekitaran baik

Create suasana nyaman dan kondusif di dalam rumah. Jika cuaca tidak elok di luar rumah, berdebu contohnya, berada di dalam rumah adalah langkah paling baik. Merokok tak boleh!

2.'Warm compression'

Anda boleh buat sendiri di rumah. Basahkan kain bersih, perah dan letak di dahi dan kawasan muka anda. Ia akan mengurangkan kesakitan pada muka dan membuka rongga-rongga bukaan sinus ke hidung.


3.Cuci hidung 'nasal douching'

Teknik ni biasanya akan diajar oleh doktor ENT apabila anda mendapat follow up bersama kami. Pastikan anda menggunakan air yang bersih atau air yang telah dimasak. Masukkan air ke hidung, biar ia keluar melalui mulut.

4.Air yang cukup

'Stay hydrated'. Air yang cukup di dalam tubuh penting untuk sistem tubuh kita. Minum air panas dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan pada hidung. Boleh cuba di rumah!

5.Don't fly!

Sekiranya anda sedang mengalami jangkitan sinusitis, seeloknya cuba elakkan penerbangan. Kalau boleh. Kalau memang tugas tak mengapa. Kenapa? Jangkitan sinusitis akan menyebabkan anda mengalami sakit telinga ketika kapal terbang sedang berlepas. Jika terpaksa apa perlu buat? Sediakan apa-apa makanan untuk dikunyah atau dimakan, minuman pun boleh. Ini akan membantu anda di dalam kapal terbang.

6.Ubat semestinya

Apabila anda jumpa doktor, setelah menerima nasihat daripada doktor, anda akan diberi ubat. Ini sudah semestinya akan membantu anda mengurangkan simptom yang dialami seperti sakit pada muka, dan juga masalah lain pada hidung.

7.Jangan tergesa-gesa ke kolam

Bagi anda yang gemar aktiviti air. Berenang dan berkelah contohnya. Cuba seboleh-bolehnya pastikan jangkitan sinusitis anda benar-benar sembuh baru lakukan aktiviti tersebut. Ini bagi mengelakkan jangkitan sinus lewat sembuh, bahkan menjadi bertambah teruk.

8.Senaman riadah dan aktiviti luar

Perkara terakhir ini khusus untuk anda yang kerap melakukan aktiviti luar. Anda perlu berhati-hati juga kerana serangan sinusitis selalunya akan menyebabkan gejala sakit muka dan kepala. Elakkan aktiviti yang berat. Cukuplah sekadar berjalan, bersiar-siar dan aktiviti ringan.

9. Kurangkan debu dalam rumah

Dalam rumah sendiri, kalau boleh elakkan penggunaan karpet yang berbulu. Haiwan peliharaan seperti kucing juga menyebabkan alahan hidung bertambah teruk.

Nak tip lagi? Jumpa doktor ya, lakukan pemeriksaan. Kami akan cerita satu persatu lebih detail setelah pemeriksaan dilakukan.

Siapa ada pengalaman alami resdung atau sinusitis kat sini?

Dr. Ezairy M.Sallih
#doktorhidungtelingatekak
Sila #SHARE artikel ini kepada semua yang anda sayang. Moga kesihatan sentiasa bersama kita semua.

Sumber: Facebook Dr. Ezairy M.Sallih

Memang MF amalkan 9 tips ni di rumah. Selain pantang makan makanan tertentu yang boleh mencetuskan sakit resdung dari berulang. Selain tu, MF ada juga amalkan VCO bila kena resdung... Dapat la kurangkan dari jadi lebih teruk. 

11 Disember 2017

Disember 11, 2017

7 Kelebihan Jintan Manis Yang Ramai Orang Tak Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 Kelebihan Jintan Manis Yang Ramai Orang Tak Tahu | Jintan manis satu jenis rempah masakan yang biasa digunakan untuk masak sup, kari, rendang dan masakan berempah.

Jintan manis baunya sedikit manis berbanding jintan putih yang baunya sedikit kuat.

Jintan manis biasa orang buh dalam masakan je... Tapi sebenarnya, jintan manis boleh dijadikan sebagai minuman untuk kesihatan dan perubatan tradisional Merawat beberapa masalah tubuh badan.


7 Kelebihan Jintan Manis Yang Ramai Orang Tak Tahu

7 Kelebihan Jintan Manis Yang Ramai Orang Tak Tahu


1. Cuci usus

Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan dan mencuci dinding usus dari toksin, kotoran dan mendapan degil. Yang bagusnya, ia tidak mengakibatkan cirit-birit.. proses pembuangan lebih bersahaja dan tidak terasa senak perut! Sistem metabolisma menjadi lebih teratur dan semestinya ia membantu melangsingkan badan!

2. Mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid

Jintan manis dapat merawat masalah ketidakhadaman, radang perut dan usus dengan cara mengeluarkan gas, angin dan asid yang berlebihan dalam perut. Secara tak langsung ia membuatkan perut menjadi leper dan kemas! Sesuai sangat bagi sesiapa ada masalah perut buncit.

3. Mengawal tahap kolesterol

Jintan manis kaya dgn vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.

4. Merawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh-lenguh otot

Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! ‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser. Kajian menunjukkan penggunaan ‘anethole’ dapat menyekat kemaraan ‘tumor necrosis factor’ dalam tubuh manusia.

5. Diuretik

Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut!

6. Meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu

Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. Ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid & menopos, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf. Dengan meminum secawan teh jintan manis waktu malam, ia dapat menenangkan saraf dan membuatkan lebih mudah tidur malam.

7. Merawat gejala pra-haid, pra-menopos dan rendah libido

Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid (senggugut) , mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semula jadi.


Selain itu, Jintan manis dapat mengekang selera makan, menyegarkan nafas, menurunkan panas badan, merawat jangkitan mata, meredakan sakit tekak, memulih batuk dan membuang kahak.

Resepi Air Jintan Manis

1 sudu makn jintan manis
1 cawan air panas mendidih
Rendam 30 minit bertutup...minum suam sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.
Sumber: Facebook 

Sebenarnya, banyak bahan kat dapur tu boleh jadi ubat dan penawar... Tapi kita ni nak cepat, cari ubat la senang kan.. Lagipun nak telan penawar traditional ni tak tau lagi kesan pada tubuh... Sesuai ke tidak.. Tu yang tak cuba kan.. Tapi yang ni simple je.. Cuma air jintan manis... Takde kesan sampingan yang memudharatkan asalkan untuk permulaan cuba la sikit dulu dan jangan kerap... Niat untuk buat penawar diri... Insha Allah.. Ciptaan Allah ada manfaatnya...

Semoga bermanfaat... 

07 Disember 2017

Disember 07, 2017

Kelebihan dan Khasiat Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kelebihan dan Khasiat Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera) | Aloe Vera atau lidah buaya adalah sejenis pokok berdaun runcing yang penuh duri kecil di hujung daunnya.

Hampir 100 peratus pokok Aloe Vera mengandungi air. Bahagian dalam pelepahnya dipenuhi isi berbentuk gel yang mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Aloe Vera mengandungi lebih 200 komponen aktif antaranya vitamin, mineral, asid amino, enzim serta lemak asid malah sudah digunakan masyarakat dunia sebagai terapi untuk kesihatan sejak lebih 5,000 tahun lalu.

Aloe Vera kaya dengan vitamin A, C dan E serta asid folik, choline, B1, B2, B3, B6 dan B12 di samping mineral seperti kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi.


Kelebihan dan Khasiat Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)

Tumbuhan yang dikenali sebagai sabir dalam Bahasa Arab juga dipenuhi khasiat asid amino dan asid lemak yang penting untuk pertumbuhan tubuh yang sihat di samping mempunyai kemampuan mengurangkan jumlah lemak dalam darah.

Semua bahan yang terkandung di dalam Aloe Vera bertindak membantu mengurangkan simptom alahan dan masalah penghadaman tidak lancar. Malah pokok Aloe Vera dikatakan mempunyai khasiat yang mampu meningkatkan ketahanan badan bagi melawan penyakit.

Aloe Vera mampu menyegar dan membersihkan saluran penghadaman seterusnya memperbaiki masalah penyingkiran toksin dari badan, yang sememangnya boleh menyebabkan seseorang tertekan atau stress.

Aloe Vera juga membantu masalah cirit birit dan merawat masalah pencernaan serta pedih ulu hati, selain mengurangkan bakteria dan menyeimbangkan flora dalam perut. Malah ia juga membantu menurunkan berat badan secara tidak langsung apabila sistem penghadaman menjadi lebih sihat.

Aloe Vera Gel juga mampu mencantikkan dan menyihatkan kulit serta merawat masalah seperti jerawat, luka kecil, psoriasis, gigitan serangga, melecur dan memudarkan parut yang masih baru. Ini kerana ia bertindak seperti penawar yang bukan saja dapat melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, malah mempercepatkan proses penyembuhan.

Sifat Aloe Vera yang kaya dengan air bertindak sebagai pelembap untuk menyegarkan kulit dan membantu memulihkan keadaan kulit yang kering dan rosak. Mereka yang kerap terdedah pada sinaran matahari boleh menggunakan Aloe Vera untuk melegakan keadaan kulit yang terbakar akibat panahan matahari. Sebab itu, banyak produk kosmetik menjadikan aloe vera antara ramuan utama untuk kecantikan wajah dan kulit.

Amalan menyapu Aloe Vera Gel pada kulit muka sebelum mengenakan mekap menjadikan kulit lebih lembut, lembab dan segar.

Khasiat Aloe Vera juga mampu melembutkan, melebatkan dan mencantikkan rambut.

Kelebihan dan Khasiat Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)

Selain untuk kecantikan Aloe Vera juga mempunyai banyak kelebihan dan khasiat untuk kesihatan tubuh badan.
  1. Membantu mengawal kolestrol dalam darah. Ambil bersama Artic-Sea.
  2. Membantu mengurangkan masalah akibat gout.
  3. Memperbaiki sel darah.
  4. Membantu menghalang penyakit batu karang.
  5. Melancarkan sistem penghadaman dan penyakit ulser
  6. Menyingkirkan toksin dalam usus dan melindungi usus.
  7. Membantu memberi KESEIMBANGAN asid/alkali dalam badan
  8. Membantu menyingkirkan kafein yang terhasil dari kopi atau teh
  9. Mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.
  10. Membekalkan mineral, vitamin dan enzim yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
  11. Melegakan sakit buasir
  12. Melegakan sembelit kerana bertindak sebagai pelincir untuk sistem perkumuhan.
  13. Membantu mengawal kadar gula dalam darah
  14. Menguatkan daya ketahanan atau sistem imunisasi badan.
  15. Memelihara kesihatan buah pinggang.
  16. Mengawal dan memulihkan gastrik
  17. Mencantikkan kulit.
  18. Membekalkan tenaga
  19. Mengawal berat badan.
  20. Mengawal kolestrol dalam badan.

Petua Kesihatan dan Kecantikan Dengan Lidah Buaya

1. Mengubati luka terbakar,

caranya adalah: daun lidah buaya dicuci bersih, lalu dibelah menjadi dua, di dalamnya akan terdapat lendir seperti gel disapu pada luka bakar maka dalam masa 2-3 hari akan sembuh. Jika luka juga boleh buat perkara yang sama... Cepat berhenti darah dan luka lebih cepat sembuh.

2. Mengeluarkan racun tubuh,

Iaitu adanya kandungan gelatin yang boleh berkhasiat menyerap racun dalam usus dan mengeluarkannya bersama feses, caranya sangat mudah iaitu dengan membuat jus lidah buaya.

3. Menurunkan diabetes,

iaitu dengan cara mengambil jus lidah buaya setengah sudu diminum rutin selama 14 hari dipercayai dapat menurunkan kadar gula 45%.

4.Menghilangkan jerawat merah yang besar atau jerawat batu,

caranya: ambil saja lidah buaya, kemudian belah, lalu ambil getahnya atau lendir yang terdapat didalamnya. Sapukan pada bahagian wajah yang terkena jerawat sekali dalam sehari kurang lebih selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam.

5. Menghilangkan bintik hitam pada wajah,

caranya: wajah dibersihkan terlebih dahulu menggunakan facial foam, ambil jelly lidah buayanya, lalu bersihkan dari lendir–lendirnya dan usapkan ke wajah setiap pagi juga malam hari. Biarkan selama 30 minit. Selepas itu bersihkan dengan air bersih lalu keringkan. Lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari berturut–turut. Cara ini memakan masa lama, namun bila dilakukan secara rutin, hasilnya pun akan maksimum.

Kalau MF, lepas sapu aloe vera tu, ambil tisu muka dan tekap pada wajah... Biar sampai kering,kemudian dah kering tarik tisu tadi dan akan nampak bintik hitam dan putih pada muka tertanggal. Cubalah!

6. Menguatkan akar bulu mata,

caranya: sebelum tidur, cuci bulu mata agar terbebas dari bahan kimia seperti maskara, lalu ambil lendir lidah buaya, oleskan pelan- pelan pada bulu mata, biarkan selama 30 minit, lalu cuci dengan air biasa hingga bersih. Bila teratur menggunakannya, dijamin bulu mata tidak mudah gugur dan tebal.

7. Merawat rambut agar tidak mudah gugur, mengurangkan kelemumur, dan mempercepatkan pertumbuhan rambut,

caranya adalah ambil dua pelepah lidah buaya yang sudah dicuci, kemudian gosokkan isinya pada kulit kepala yang telah dicuci. Kemudian balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya, usahakan melakukan rawatan ini setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimum.

8. Digunakan sebagai gel cukur,

caranya sangat mudah, oleskan lendir lidah buaya sebelum mencukur janggut atau misai, cara ini sangat berkesan untuk mencegah iritasi kulit, kulit akan terasa sejuk dan tidak pedih.

9. Merawat buasir,

caranya adalah parut lidah buaya, tambahkn madu dan setengah cawan air masak pada parut tersebut, kacau hingga rata, tapis, lalu diminum 3 kali sehari.

10. Diproses menjadi minuman bernilai ekonomi tinggi,

NATA DE ALOE, bentuknya seperti nata de coco atau sari kelapa, bila dimakan dapat berkhasiat untuk mencegah bengkak sendi, mencegah sel kanser, serta membantu penyembuhan luka selepas pembedahan.

11. Mengatasi Batuk

– 20 g daun lidah buaya
– Cuci kupas kulit dan durinya lalu potong-potong
– campurkan 2 sudu makan madu lebah asli.
– Minum 2 kali sehari
– Ulangi selama 10 hari

12. Mengatasi Sakit Tekak

– 1 daun lidah buaya
– Cuci lalu kupas kulit dan durinya
– Isinya dipotong-potong atau diblender
– Tambahkan 1 sudu makan madu asli
– Minum 3 kali sehari

13. Mengatasi Sembelit

– Setengah (1/2) batang daun lidah buaya
– Cuci lalu kupas kulit dan durinya
– Potong kecil-kecil isinya
– Tambahkan dengan setengah (1/2) gelas air
– Campurkan 1 sudu makan madu
– Makan 2 kali sehari

14. Ubat Diabetes Diabetes

– 2 batang daun lidah buaya
– Cuci dan buang durinya lalu potong-potong.
– Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih
– Tapis air rebusan tersebut
– Minum 1/2 gelas – 3 kali sehari sesudah makan

15. Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

– 1 pelepah lidah buaya ukuran besar (kira-kira seukuran telapak tangan)
– Bersihkan dengan mengupas kulit dan durinya
– Rendam sekitar 30 minit dalam air garam
– Ramas sebentar lalu bilas di bawah air yang mengalir
– Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih
– Sejukkan dan tapis
– Minum 1/2 gelas – 2 sampai 3 kali sehari.


Cara Membuat Minuman Lidah Buaya

  1. Ambillah daun lidah buaya yang segar dan berukuran besar agar memiliki banyak gel yang dapat dijadikan campuran minuman.
  2. Kupas kulit daun lidah buaya hingga tinggal gel lidah buaya yang jernih.
  3. Potong-potong gel lidah buaya tersebut dalam bentuk dadu.
  4. Rebus pandan dengan air hingga mendidih sehingga naik aroma pandan dari air tersebut.
  5. Rendam potongan gel lidah buaya dengan air pandan kurang lebih selama 2 jam.
  6. Setelah 2 jam tapiskan gel lidah buaya dan simpan dalam peti sejuk.
  7. Gel lidah buaya tersebut sudah dapat dijadikan campuran minuman yang lazat dan sihat lagi menyihatkan.

Banyak betul petua dan khasiat dari lidah buaya ni... Patut la banyak produk gel lidah buaya dijual dipasaran sekarang ni...

Antara pengalaman sendiri dengan pokok ni.. MF pernah guna untuk berhentikan darah luka. Kalau luka, terbelah kulit ambil aje aloe vera dan sapu pada luka.. Sekejap je luka akan bercantum dan darah berhenti.

Selain tu, MF sendiri pernah jadikan aloe vera ni untuk rawat demam. Ambil aloe vera, buang kulit dan tekapkan gel alo vera pada kepala...  Sekejap je akan reda panas badan diserap oleh aloe vera gel ni...

Jadi, aloe vera ni boleh di jadi kan salah satu tanaman yang patut ada di setiap rumah untuk saat-saat kecemasan. Sebab sangat banyak manfaat nya... Walaupun sekarang ada yang siap di proses jadi gel... Tapi tetap tak sama dengan yang original...


Sekian, semoga bermanfaat..

Sumber rujukan : internet

06 Disember 2017

Disember 06, 2017

Petua Mudah Cairkan Kahak Dengan Buah Oren Sunkist

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Petua Mudah Cairkan Kahak Dengan Buah Oren Sunkist | Batuk satu penyakit kalau dah hinggap kat kita payah nak lega.. Paling cepat seminggu, paling lama berbulan lamanya.

Lebih parah dan payah nak lega bila batuk berkahak tapi kahaknya degil tak nak keluar. Makan ubat pun tak jalan juga... Telan madu, lemon pun tak menjadi... Madu dan lemon sesuai untuk batuk kering dan perit tekak, tapi bagi batuk berkahak kena cari alternati dgn lain.

MF terjump petua lain dari yang lain tapi mudah nak buat, iaitu petua pecahkan kahak guna buah oren sunkist je...

Oren sunkist ni sedap...Tapi agak mahal... Tapi takpe, demi kesihatan,wang bukan yang utama..Ye dak...

Petua Mudah Cairkan Kahak Dengan Buah Oren Sunkist

Petua Mudah Cairkan Kahak Dengan Buah Oren Sunkist

Caranya:

1. Ambil sebiji limau sunkist.

2. Potong bahagian atas dan bawah buah limau.

3. Buat lubang di tengah-tengah buah oren sunkist.

4. Letak garam kasar di dalam lubang buah tersebut.

5. Kukus dalam masa 2 jam.

6. Lepas dua jam. Keluarkan buah. Ambik air buah tersebut dan perah. Akan rasa masin sedikit masam.

7. Dan boleh diminum. Untuk anak usia 1 tahun boleh bagi satu sudu kecil.

Mudah kan... Boleh dicuba untuk anak berusia satu tahun ke atas dan juga orang dewasa.

Sumber: Facebook Nurul Fatimah Arshad #TukangUrutOldSkool 

Selamat Mencuba...

Semoga Bermanfaat!

23 November 2017

November 23, 2017

10 Khasiat Halia Yang Mungkin Kita Tak Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Khasiat Halia Yang Mungkin Kita Tak Tahu | Halia satu jenis tumbuhan herba yang mungkin kita rasa hanya digunakan untuk masakan.

Bila sebut halia, orang akan tahu itu halia fungsinya untuk buang angin dalam badan.. Tapi sebenarnya, fungsi halia lebih daripada itu.

Sumber :Google image 

10 Khasiat Halia

1. 'Painkiller semulajadi.'

Jika kita sakit gigi atau sakit kepala, gunakan halia sebagai ubat alternatif... Caranya, Hiris 3-4 inci halia, rendam dalam 500ml air panas, biar setengah jam. Campurkan lagi 500ml air masak, ambil segelas. Minum 3x sehari. Insha Allah dengan izin Allah boleh sembuhkan sakit gigi atau sakit kepala.

2. Membuang haba dalam badan.

Jika demam dan panas badan, buat sup tulang ayam atau sup ayam dan letak hirisan halia. Hirup 3x sehari.

3. Membunuh virus dan bakteria.

Jika selesema atau batuk. Masakan sup tulang ayam atau sup ayam macam kita demam tu juga. Hirup sup 3x sehari.

4. Anti septik 

Untuk sembuhkan luka pembedahan atau luka bernanah. Apa saja jangkitan luka. Amalkan Minum air halia atau sup halia.

5. Anti radang.

Bila demam, selesema, batuk, sakit teruk, gatal kulit, sistem badan sedang dalam keradangan. Amalkan mengambil halia dalam bentuk air atau sup 3x sehari.

6. Immune booster.

Khasiat dan nutrisi di dalamnya banyak, jadi bila diambil selalu, sama seperti supplement semula jadi. Sistem imun badan meningkat.

Jika sakit pun..insyaAllah mudah sembuh. Ada bakteria sana sini..insyaAllah susah untuk hinggap dan berjangkit, sebab sistem pertahanan badan yang kuat.

7. Minuman harian.

Jadikan infused water halia. Hiris 2-3 inci halia, campur ke dalam 1.5 liter air. Simpan semalaman di peti sejuk.

Esoknya, campurkan 2 sudu besar madu.
Jadikan pengganti air kosong. Habiskan sebotol 1.5 liter setiap atau selang 2 hari. 

8. Untuk sakit gigi.

Hiris 2 inci halia, rendam dalam 1 gelas air panas. Biar setengah jam. Campurkan sedikit garam dan kumur. Kebam lama dalam mulut dan kena pada bahagian sakit. Amalkan sekerap mungkin.

9. Menghangatkan badan.

Air halia dan sup halia sangat baik untuk Ibu dalam pantang. Dan ibu dalam pantang memang digalakkan makan menu masakan berasaskan halia. Tapi sebaiknya selepas anak bebas dari penyakit demam kuning.

10. Buang Angin Dalam Badan melalui masakan.

Ayam Masak Lemak - lebihkan halia, sedap.
4 inci halia - kisar.
4 inci kunyit - kisar.
1 asam keping.
1 helai daun kunyit.
Cili secukupnya - kisar.
Masak ½ ekor ayam bersama sedikit air dan bahan di atas.
Setelah ayam masak, masukkan santan dan daun limau purut jika suka.

Ada juga masakan seperti ayam masak halia, ayam goreng halia... Jika tak mampu nak menelan halia, perbanyakkan halia dalam masakan... Insha Allah... Dapat Juga sedikit sebanyak khasiat kepada badan.

Jangan sia-siakan halia... Insha Allah... Banyak manfaatnya.


Cara Simpan Halia Untuk Tahan Lama

Potong halia, letakkan dalam balang yang kedap udara, masukkan air bersih... Dan simpan dalam peti sejuk... Tukarkan air seminggu sekali... Insha Allah... Berbulan boleh tahan... Tak perlu la beli halia selalu...


Semoga bermanfaat... 

22 November 2017

November 22, 2017

8 Kebaikan Pakai Stokin Ketika Tidur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Kebaikan Pakai Stokin Ketika Tidur | Pakai stokin siang malam hanya diamalkan lepas bersalin dalam pantang. Paling lama pun 60 hari.. Lepas tu confirm dah tak pakai stokin dah...

Tapi sebenarnya banyak kebaikan pakai stokin ketika tidur yang kita sendiri tak tau...

Jom baca fakta ini...

8 Kebaikan Pakai Stokin Ketika Tidur

8 KEBAIKAN PAKAI STOKING KETIKA TIDUR


Jom amalkan. Tidur pakai stokin.
Mungkin tidak ramai dari kita yang menyedari akan kebaikan amalan memakai sarung kaki (stoking) ketika tidur.

Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa memakai stoking ketika tidur sangat digalakkan untuk membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, selain dari itu ianya mempunyai beberapa kebaikan yang lain dari segi kesihatan.

Jika kita hanya menggunakan selimut sebagai menutup kaki, terdapat kebarangkalian yang besar yang selimut itu akan terselak ketika kita sedang tidur, tetapi dengan memakai stoking, kaki kita akan tetap tertutup rapi hingga ke pagi.

Apa yang berlaku bila memakai stoking ketika tidur, antaranya ialah, stoking akan membuatkan suhu tapak kaki kita menjadi hangat dan secara langsung akan memberi isyarat ke minda separasedar bahawa cuaca sedang panas. Hasilnya, otak akan memberi arahan pada tubuh badan supaya merendahkan suhu badan. hal ini akan membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.

Selain dari itu, pemakaian stokin ketika tidur juga didapati dapat mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah, dan jika diamalkan, InsyaAllah anda akan mendapati rekahan-rekahan tapak kaki anda akan mula pulih sedikit demi sedikit.

Pemakaian stoking ketika tidur juga dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki. Dimana, segala peluh tapak kaki akan diserap oleh stoking anda, dan ini dapat megelakkan tilam dan cadar anda dari berbau.

Selain itu, tapak kaki anda terpelihara dari gigitan nyamuk dan anda dapat merasakan keselesaan dan rasa selamat ketika tidur. Kerana itulah, umpama kemestian, bayi yang baru lahir akan dibekalkan stokin dan kita dapat melihat penggunaan stoking oleh bayi.

Dari segi yang lain pula, pengamal perubatan alternatif mengatakan bahawa orang lelaki yang mengamalkan pemakaian stoking ketika tidur, akan dapat menjaga suhu tapak kaki daripada kedinginan dan menghalang bisa dingin tapak kaki dari menjalar kebahagian urat saraf vital (anggota sulit) lelaki, yang mana ini akan dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki itu dalam konteks perhubungan badan antara suami isteri.

Bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan yang mana dingin tapak kaki yang berlebihan akan membawa kepada perkara-perkara seperti lenguh-lenguh, bisa-bisa dibetis dan lain-lain. Maka dengan memakai stoking ketika tidur, dapat dijadikan ikhtiar bagi mengelakkan perkara ini berlaku.


CARA PEMAKAIAN

  1. Stoking yang digunakan ketika tidur janganlah jenis yang terlalu tebal atau terlalu nipis. 
  2. Jangan gunakan stoking yang sama setiap malam tanpa dicuci, gunakan hanya sekali semalam, dan basuh keesokkan harinya. Jika tidak, ini akan membuatkan bakteria dan kuman dari perpeluhan terkumpul, maka gangguan kulit seperti fungus dll pula akan muncul. 
  3. Jika mampu, dapatkan beberapa pasang stoking khas sebagai koleksi stoking tidur anda. Jangan gunakan stoking untuk tidur untuk kegunaan lain seperti kepejabat atau bersukan. 
  4. Sebaiknya, sebelum menyarungkan stoking, sapukan sedikit losyen kulit pada kaki anda dengan rata hingga kering sebelum menyarungkan sarung kaki anda. Jadikan ia sebagai last thing on bed bagi mengelakkan anda berjalan kesana kemari didalam rumah setelah memakai stoking, agar kotoran dan lain-lain yang berada dilantai rumah kita tidak melekat pada stoking anda.



Kredit : Facebook Fedtri yahya

Ringkasan:

Kebaikan Memakai Stokin Ketika Tidur:

1. Membantu mendapatkan tidur yang berkualiti.
2. Menghangat suhu badan
3. Mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah.
4. Dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki.
5. Terpelihara dari gigitan nyamuk dan  dapat merasakan keselesaan ketika tidur.
6. Menghalang bisa dingin tapak kaki.
7. Dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki.
8. Menghindari masalah lenguh-lenguh, bisa-bisa dibetis dan lain-lain. 

07 Ogos 2017

Ogos 07, 2017

Petua Mudah Untuk Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Petua Mudah Untuk Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat | Orang perempuan paling mudah nak sakit lutut... Sebab mengandung melahirkan menyebabkan tulang reput bila dah berusia... 

Bila sakit lutut je mesti susah nak aktif macam biasa. Nak bersolat rasa sakit setiap kali nak bangun dan rukuk. Sakit lutut ini disebabkan sendi yang lusuh dan haus. Jom cuba petua semulajadi untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia.

Halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat anti-radang di dalamnya.


Petua Mudah Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat :

Bahan - bahan :
1 ketul halia
1 cawan air
Sedikit perahan jus lemon
Sedikit madu

Cara-cara:
1. Hancurkan 1 ketul halia dan masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air.
2. Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk. Didihkan selama 10 minit.
3. Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi. Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
4. Kemudian masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon. Kacau hingga sebati.
5. Sedia untuk dinikmati. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.

Selamat mencuba. Klik share jika bermanfaat.

Sumber: FB Azliza Talib via Karangkraf.com

20 April 2017

April 20, 2017

Makan Banyak Tapi Kurus, Ini Rahsianya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biasakan kita dengar kan.. kalau diet jangan makan nasi.. gantikan nasi dengan sumber karbohidrat yang lain seperti mee, roti ataupun pasta... Tapi sebenarnya nasi bukan musuh pun bagi orang berdiet... Cuma cara kita yang salah dalam ambil pemakanan dan cara kita makan nasi tu yang salah... Jadi, MF petik perkongsian dari saudara Khairul Hafidz ni tentang diet cara yang betul... Makan banyak tapi tetap kurus dan badan tak naik tanpa perlu berlapar ekstrem... 

[Kenyang Tapi Tetap Turun Berat]
Sebenarnya ada cara mudah untuk rasa kenyang tetapi tidak menambah kalori per hari. Jawapannya ada pada pinggan saya. 
Ini adalah pinggan makanan tengah hari setiap hari saya. Nasi saya cuma satu setengah senduk sahaja setiap hari, tapi kenapa saya boleh rasa sangat kenyang setiap kali makan? Jawapannya adalah pada sayur dalam pinggan saya. 
Setiap kali saya makan tengah hari, saya akan mengambil banyak sayur, melebihi nasi yang saya ambil. 
Pengambilan sayuran sangat baik kerana tinggi serat, dan serat boleh memenuhkan ruang perut dan ia akan mempercepatkan rasa kenyang. 
Jadi, lepas ni buat yang nak turunkan berat badan, bukannya tak boleh makan nasi, nak makan nasi tu makan lah, NASI BUKAN PENYEBAB GEMUK. 
Ikuti petua pinggan suku-suku-separuh, kurangkan nasi (jangan pula tinggal terus) dan banyakkan sayuran dan buahan. 
Cubalah, pasti akan rasa kelainannya selepas ini.
Anda kenyang, tapi tetap turun berat badan.

Jadi, yang dok diet tu jangan tak makan nasi tau ambil karbo... Kena ambil... Tapi tukarkan kuantiti dan kualiti menu lauknya... InshaAllah tak kan menggemukkan... 

Memang betul pun petua ni... MF ni sekarang ni kena sindrom lapar ekstrem.. biasalah ibu menyusu kan... MF ingat memang nak kena sediakan stok buah banyak-banyak dalam peti sejuk... MF nak awetkan bagi tahan dua minggu... Sebab kat tempat MF Ni susah nak dapat buah yang segar dan murah... 

Itulah... Nanti nak borong buah dan sayur la banyak-banyak... Biar rasa kenyang tapi sihat... Dan paling penting sihat dan kurus... 

06 April 2017

April 06, 2017

3 Petua Kesihatan dan Kecantikan Wanita Dengan Daun Pegaga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Petua Kesihatan dan Kecantikan Wanita Dengan Daun Pegaga! | Daun pegaga, daun herba yang banyak khasiatnya... MF masih mencari benih pokok pegaga nak tanam, sebab susahnya nak cari benih pokok ni.. Kalau dah tumbuh senang membiak pokok ni... 

Pegaga ni banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan wanita... Dulu MF tak makan pegaga, tapi sekali mak suruh cuba, sedap pula.. Jadi, hingga ke sekarang MF makan pegaga cuma susah nak jumpa.. 

MF nak kongsi beberapa petua lama untuk kecantikan dan kesihatan wanita... dengan menggunakan daun pegaga.


1.Hilangkan bintik hitam
Ambil dalam 10 helai daun pegaga dan cuci dengan sesudu air garam. Selepas itu tumbuk hingga halus lalu dicampurkan dengan air garam dan bedak sejuk. Kemudian tambahkan sedikit air suam. Dah siap! Tempekkan campuran tersebut d sekitar muka pada waktu malam dan bersihkan muka pada esok paginya. Amalkan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka hilang. Amalkan secara konsisten la ye.. sebab petua lama ni kesannya lambat tapi selamat.

2.Serikan wajah
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan 2 gelas air sehingga menjadi segelas. Kemudian tapis air rebusan tersebut dan biarkan ia sejuk. Air rebusan ini boleh diminum sekali sehari selepas makan malam. Amalkan 3 kali dalam seminggu. Amalkan selalu... dapat makan ulam selalu pun bagus dah pegaga ni kan.

3.Kecutkan peranakan
Bagi wanita yang alami masalah peranakan kembang atau selepas kedatangan haid boleh la mencuba petua ini. Amalkan beberapa helai pucuk pegaga dan boleh la dimakan buat ulam atau dijadikan ramuan dalam masakan. Contohnya boleh dibuat kerabu, masak lemak, dan pelbagai lagi. Sebab itu daun pegaga sangat bagus dimakan buat ulam bagi wanita yang baru lepas melahirkan. Nyum...nyum... sedapnya kerabu pegaga kan...

24 Mac 2017

Mac 24, 2017

Cara Baca Tekanan Darah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Setiap orang pasti pernah kena periksa tekanan darah. Hatta kita demam, pergi klinik atau hospital, mesti akan diperiksa tekanan darah kita.. Setiap kali bacaan darah diambil, mesti doktor akan tulis dua nombor, atas dan bawah... owh.. kadang doktor tulis, yang atas tinggi, bawah macam ok sikit tapi paras jaga-jaga... ada kan macam tu...

Jadi, macam mana nak baca tekanan darah tu??? Apa maksud nombor atas bawah tu???

Jom faham, cara tekanan darah kita dibaca...

 

Jadi, faham dah kan.. MF pun dah faham, cara darah kita dibaca oleh doktor.. takde la terpinga-pinga lagi.. 


Info Grafik ini dibawakan oleh: MedikTV

Mac 24, 2017

Cara Mudah Tukarkan Lemak Kepada Duit!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Ada yang nak?

.......... kalau betul lah kan, anda sanggup tak bersenam setiap hari demi menghilangkan lebihan lemak pada badan anda demi wang tunai?


Itulah cara paling mudah dan jimat nak kurus atau bakar lemak, bersenam setiap hari... 20 minit setiap sesi 3 kali seminggu... 

dan selain tu amalkan:



Cara paling mudah ialah minum banyak air masak, ambil makanan karbohidrat dan sertakan lima sayuran seperti dalam gambar untuk menyingkirkan lemak perut. 

Sumber: MedikTV 


Jadi, sebenarnya, untuk berjaya nak kurus kena disiplin amalkan gaya pemakanan dan gaya hidup sihat setiap hari... 

Kalau dah pagi telan nasi lemak dengan teh tarik kaw selepas bersenam, jangan mimpi nak kurus ya! Belilah produk ribuan ringgit sekali pun, kalau takde disiplin, tidak ke mana kurus tu... 

20 Mac 2017

Mac 20, 2017

7 AIR AJAIB UNTUK BUANG TOKSIN DALAM BADAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Badan penuh toksin... Apa itu toksin.. toksin ni macam racun la dalam badan... Ada tanda-tanda tertentu yang boleh kita kenal pasti yang badan kita penuh toksin.. antaranya:


1. Sering rasa letih
Walau pun cukup tidur tapi anda tetap rasa mengantuk dan kurang bertenaga.

2. Berat badan sukar turun
Sudah bersenam sudah, makan pun dikawal tapi berat badan tak juga kurang.

3. Mulut berbau
Walau pun sudah memberus gigi, berkumur dan makan gula-gula getah tapi mulut masih berbau. Bau mulut memang ada kaitan dengan masalah pencernaan yang mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh.

4. Sembelit
Usus menyingkirkan banyak racun setiap hari dari tubuh kita. Tapi ketika sembelit, tubuh menyimpan semua racun tersebut, yang akan memberi kesan negatif pada kesihatan. Sembelit ini akan menyebabkan sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.

5. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah
Selain itu anda juga kerap rasa cemas.

6. Alahan dan masalah sinus
Ini kerana sistem imun yang lemah. Boleh jadi juga anda jadi sensitif kepada bau terutama wangian.

7. Masalah kulit
Jerawat, ruam, dan masalah kulit lainnya mungkin menandakan tubuh anda banyak toksin. Awas juga jika mata bengkak atau mengalami psoriasis. Ia boleh jadi tanda bahawa kandungan racun dalam tubuh sudah terlalu banyak.



Toksin ni boleh disingkirkan dengan detox air semulajadi... Tak susah pun.. di sini MF nak kongsikan ada 7 jenis air ajaib untuk detox, buang toksin dalam badan dan sekaligus dapat turunkan berat badan juga. 

Cara paling mudah adalah dengan meminum air. Minimum 6 hingga 8 gelas air sehari mampu memberikan hidrasi yang cukup untuk badan dan juga menjadikan organ dalaman anda lebih sihat. Tetapi kadang-kadang air kosong semata-mata tidak mencukupi.

Jadi kita tambah sedikit nutrien ekstra pada air minuman biasa tu dan tingkatkan kebaikannya! 

1. Air halia

Cara membuat: Satukan air dan halia dalam periuk saiz sederhana di atas api tinggi, biarkan sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api dan biar ia mereneh selama 15 minit dan tapiskan setelah selesai.

Kebaikan: Air halia memang tidak boleh disangkal kebaikannya. Ia boleh digunakan sebagai air rawatan untuk senggugut, kembung perut, angin, mual-mual dan muntah-muntah yang selalunya dikaitkan dengan sakit lain. Minum air halia dapat membantu mengurangkan keradangan, bengkak sendi dan juga kesakitan yang dikaitkan dengan penyakit osteoarthritis dan rheumatism.

2. Air timun

Cara membuat: Buang kulit timun tetapi jangan buangkan semua. Tinggalkan sedikit. Buang kedua-dua hujung kemudian potong setengah mengikut panjangnya. Potong kecil (1/2 inci). Campurkan air dan timun tersebut dalam jug besar dan biarkan selama 1 jam. Lebih sedap jika dihidangkan bersama ais.

Kebaikan: Air ini bagus untuk otot; timun mengandungi silica yang mana ia merupakan mineral yang diperlukan untuk menjamin kesihatan tisu penghubung ini. Ia juga boleh memastikan kulit anda bersih dan gebu.

3. Air ros (untuk kegunaan luaran sahaja)

Cara membuat: Pilih ris yang segar dan wangi. Mula dengan mencuci mereka dan cabut kesemua kelopak. Masukkan kelopak ros ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya. Tutup periuk dan hangatkan (jangan samapi mendidih!). Tapis dan simpan air dalam balang kaca.

Kebaikan: Air ros membantu maintain keseimbangan pH kulit dan juga mengawal minyak berlebihan. Ia juga memiliki properti anti-radang yang membantu mengurangkan kemerahan kulit, menghilangkan jerawat, dermatitis dan juga eczema. Boleh juga digunakan pada rambut untuk rambut lebih lembut dan bersinar.

4. Air beras

Cara membuat: Rendam beras dalam air selama tiga jam. Selepas tiga jam, didihkan campuran ini kemudian perlahankan api dan biarkan ia selama 30 minit sebelum tutup api. Pastikan ia sejuk dahulu sebelum anda pureekan campuran ini. Tapis menggunakan kain atau penapis halus.

Kebaikan: Air beras boleh menjadi pembilas rambut yang baik. Apabila ia dicampur dengan sabun castile, ia boleh menjadi syampu yang natural. Ia juga sesuai digunakan sebagai toner. Air beras boleh menjadikan rambut lebih bersinar, kulit halus dan bebas-cela dan juga baik untuk kesihatan apabila diminum.

5. Air pudina

Cara membuat: Isi air ke dalam jug. Campurkan hirisan lemon dan daun pudina bersama dalam satu mangkuk, isi air dan kacau. Masukkan campuran ini ke dalam jag air dan sejukkan dalam peti sejuk. Kacau sekali sehari selama 2 - 3 hari sehingga air itu sebati dan bergabung dengan baik.

Kebaikan: Daun pudina adalah appetizer yang baik atau pembersih palate dan juga membaiki sistem penghadaman. Ia juga mempu mengurangkan sakit perut yang berpunca dari ketidakhadaman atau radang perut. Jika perut anda sakit, minum air pudina boleh memberikan kelegaan.

6. Air lemon

Cara membuat: 1/2 cawan jus lemon + 2 sudu besar air panas + air sejuk (secukupnya).

Kebaikan: Lemon mengandungi vitamin C, walaupun tidak tinggi tetapi cukup untuk badan. Ia juga mengandungi potassium. Meminum air lemon setiap pagi sebelum sarapan mampu memberikan tubuh badan anda peluang untuk menyerap vitamin dengan lebih mudah. Lemon juga mampu meningkatkan sistem imunisasi anda.

7. Air madu

Cara membuat: Isi air panas dalam mug + 1 - 2 sudu besar madu. Kacau sehingga sebati.

Kebaikan: Air madu yang diambil setiap pagi boleh membantu anda menurunkan berat badan. Ia juga boleh meningkatkan sistem imunisasi anda, mencegah alergi, melegakan sakit tekak, membuang angin dan detoks badan anda.

Memang mudah sangat nak buat.. bahan pun mudah nak dapat.. cuma jadikan air itu berperisa je... sekurang-kurangnya bila berperisa tu kita minum lebih sikit kan... resepi ni sesuai untuk mereka yang tak suka air kosong... Selamat mencuba!

Sumber rujukan: Hijabista

01 November 2016

November 01, 2016

4 PETUA MUDAH JAGA KULIT WAKTU MALAM UNTUK WANITA 30-AN KE ATAS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dah masuk 30 series memang waktu yang buatkan wanita lebih banyak berfikir cara untuk kelihatan dan kekal cantik... 

Mau tak nya... sememangnya kena jaga tambah kalau bergelar isteri. Yang dah beranak pinak lagilah kan sebab waktu ni si suami juga mula dah nak tegur atau komplen pasal diri kita... 

Jadi, ada cara untuk jaga kulit untuk kekal remaja pada waktu malam. 

Kenapa malam?? Habis dah siang sibuk siapkan  segala kerja yang ada kan... jadi la kita dapat layan kulit kita... lagi pun waktu malamlah waktu yang cukup sesuai untuk kulit bekerja. Ikuti panduan bersihkan kulit sebelum tidur...



1. Mandi dengan air suam
Sekiranya menggunakan tab mandi, penuhkan tab dengan air suam terlebih dahulu dan campurkan buih mandian aroma terapi. Apabila tubuh berada dalam keadaan selesa, secara tidak langsung ia akan membuatkan minda dan badan jadi lebih relaks. Fuhh.. rasa macam spa dah ni kan... 

2. Sapu losen, minyak
Selesai mandi, lumurkan losen badan atau minyak bayi agar kulit badan atau minyak bayi agar kulit badan dapat mengekalkan kelembapan semalaman. Tidak lupa juga pada tangan dan kaki, sapu krim khas untuk tangan dan kaki, ia amat penting bagi menyediakan tangan yang lembut dan lembap keesokan hari. MF guna minyak zaitun je sekarang ni... Lepas sapu baby..sapu pula tangan dan kaki sendiri.

3. Guna krim pelembap
Jika mengalami masalah kulit kaki yang kering dan mengelupas atau cekam bulu, oleskan krim yang mengandungi bahan seperti glycolic dan asid sali silik. Ia mampu menyingkirkan bakteria, selain melembapkan kulit. Jadikan ia satu rutin setiap kali sebelum tidur. Nak kena cari krim pelembap untuk kulit lepas ni sebab kulit kering sikit terutama tang kaki.

4. Pengudaraan
Pastikan udara dalam bilik sentiasa lembap kerana udara yang lembap dapat memastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan lembap serta bersinar keesokan harinya. Yang ni bermasalah..  bilik tertutup terus..  nak kena beli aromaterapi la ingat.. untuk kekalkan kesegaran bilik... 

Tak susah nak buat tapi yang penting istiqamah...  

Diolah dari: karangkraf.com

29 September 2016

September 29, 2016

Cara Buat Jamu Untuk Kesihatan Dalaman Wanita dan Awet Muda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masuk 3 series, mula fikir sesuatu untuk kekal awet muda dan kekal bertenaga luaran dan dalaman... Tambahan lepas bersalin anak ketiga memang fikirkan sesuatu... Maklumlah.. aset wanita kena jaga bebetul... WAJIB ok... supaya suami sentiasa sayang... bukan untuk orang lain, untuk suami dan untuk kesihatan diri sendiri juga... Tambahan pula MF ni cikgu kan... banyak bergerak sana sini... nak kerja, nak urus rumahtangga, nak jaga suami... jadi, memang fikirkan sesuatu untuk kesihatan dalaman dan luaran... Itulah perempuan kan... memang kena fikir... 

Jika dulu fikir nak makan supplement, tapi sekarang ni, MF fikir nak amalkan yang tradisional pula... seperti jamu...selain dari amalkan makanan sunnah dan pemakanan sihat seimbang... Tapi semua tu tak cukup juga untuk kesihatan dalaman wanita terutama bab penjagaan rahim. Bila terbaca satu perkongsian di Facebook resepi buat jamu sendiri.. teruja ok..

Jadi, atas keizinan tuan post untuk share atas kebaikan bersama .. MF nak coretkan di blog ni untuk rujukan MF dan sesiapa yang mencari resepi ni... sebab bagi MF ni resepi jamu yang paling mudah nak buat..serta bahan-bahannya mudah nak dapat.

Antara khasiat air jamu ini adalah untuk:
  • Kesihatan Dalaman wanita
  • Mengurangkan keputihan
  • Seri wanita
  • Awet muda
  • Mengeluarkan aura positif
  • Memberi tenaga dan mencantikkan luaran kita



Bahan-bahan yang diperlukan: 
  • 4 ulas kunyit saiz 2 inci (merawat luka dalaman)
  • Seulas halia saiz 2 inci (membuang angin)
  • Sebiji buah manjakani (mengetatkan bahagian dalaman wanita)
  • Sesudu asam jawa (mengempiskan perut)
  • Sedikit gula merah (saja letak gambar besar)

Semua bahan-bahan tak kisah sangat nak guna banyak mana pun sebenarnya. Cuma berhati-hati dengan manjakani sebab pahit. 



Cara membuatnya:
  1. Tumbuk kunyit dan biji manjakani serta hiris halia. Nak tumbuk halia pun boleh tetapi akan rasa tajam halia kalau tumbuk sekali. 
  2. Rebus halia, kunyit dan biji manjakani dengan dua cawan air. Tunggu sehingga mendidih. 
  3. Setelah mendidih, tambah dengan air asam jawa. Campurkan asam jawa tadi dengan dua cawan air juga. Biar sampai mendidih lagi. 
  4. Selepas mendidih sekali lagi, letak gula merah. Gula merah ini bertujuan mengurangkan rasa pahit manjakani itu. Kalau korang jenis yang suka pahit-pahit ini, tak perlu letak pun tak apa. Ini pun dibiarkan sehingga mendidih dan air kering sedikit dalam suku dari jumlah air asal. Boleh tutup api dan tunggu sehingga sejuk. 
  5. Bila sudah sejuk, dah boleh tapis dan simpan dalam bekas bertutup.


Cara Minum:
Ambil dua atau tiga sudu pati jamu ini dan dicampurkan dengan setengah cawan air suam. Minum tiga kali seminggu.

Cara Penyimpanan:
Boleh diletakkan dalam peti sejuk... Tapi kalau boleh jangan simpan sampai berbulan-bulan... Buatlah agak-agak untuk 3 kali minum dalam seminggu... supaya khasiatnya tak hilang... Sebab bahan semulajadikan...tiada bahan pengawet ni kan... kalau simpan lama-lama dalam peti pun tak bagus juga jadinya. Sukatan di atas ni, ikut tuan post akan tahan selama 1 bulan.

Amaran:
Bagi anak dara yang nak cuba ramuan jamu ni, jangan letak kunyit dan manjakani... sebab nanti mengganggu peranakan...maklumlah..rahim tak kembang lagi...ramuan ni sangat digalakkan bagi wanita yang pernah mengandung... Tapi bagi anak dara, jangan letak kunyit dan manjakani je ok.

Ramuan ni sesuai untuk ibu menyusu, dan digalakkan untuk wanita lepas bersalin.. tapi kalau nak amal selepas anak bebas jaundice la...  
Sumber: Sahira Lim

Memang menarik dan nampak sedap jamu ni berbanding yang pernah MF jumpa.. TU yang teruja gak nak mencuba... Jadi, takut hilang.. MF kongsikan kat blog ni... Terima kasih buat pemilik resepi asal iaitu Sahira Lim... Tuan post ni pun muda lagi.. dan memang nampak awet muda pun.. Jadi, itu buatkan orang teruja nak cuba juga kan.. sebab amalan dia sendirikan,,,


P/S: info ni original dari tuan post ye.. siap dari komen-komen pun MF baca satu persatu... sebab tahu dah, tak ramai yang nak baca info dari komen post asal... Jadi, entry ni MF lengkapkan cuma olah untuk lebih kefahaman bersama.