Memaparkan catatan dengan label Petua Kecantikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Kecantikan. Papar semua catatan

15 Januari 2019

Januari 15, 2019

Usaha Kembalikan Kulit Kusam Dengan Set Kecantikan Safi Rania Gold

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Usaha Kembalikan Kulit Kusam Dengan Set Kecantikan Safi Rania Gold | Tahun lepas, lepas bersalin... Muka teruk.. Sebab memang tak jaga sangat masa mengandung. 

Lepas bersalin bertambah teruk. Lagi teruk lepas training budak kawad kaki... Selama seminggu muka burn dan kusam teruk.. 

Fuhh.. Sedih tengok muka gini... 

Tak boleh jadi... Azam 2019 nak jadi cantik. 

Hujung tahun 2018, mula simpan azam... Nak kembali pakai Safi Rania Gold. Sebab itu je produk yang serasi dan lengkap serta mudah nak dibeli. 

Jadi, usahalah dulu kan... Mana tau.. Boleh ubati kesedihan hati ini bila lihat cermin. 

Bila timbul kesedaran tu baru mula dengan beli krim pelembap siang. 

Nak beli semua satu set, mau beratus juga. Jadi beli sikit-sikit. 

Lepas tu beli pencuci pula... 

BB Cream masih guna jenama Cosmoderm sebab nak habiskan... Tu pun lama gak pakai tu... 

Jadi, sebab pakai pelembap dan pencuci je.. Takde lah kesan sangat. 

Bulan 12 2018, suami tanya.. Tak nak masuk Guardian ke... Beli la Safi Rania katanya... Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal... Laju aje je kan masuk... 

Elok je masa tu banyak pula sale... Terus la memborong.. 

Esen Emas 24k, Serum, BB Cream, dan Scrub muka MF sambar semua... Tinggal krim malam tak beli... Tu pun dah RM100 juga.. Haha.. Tak pelah.. Demi nak cantik.. Suami relakan... Hehe... 

Safi rania gold

Usaha Kembalikan Kulit Kusam Dengan Set Kecantikan Safi Rania Gold

MF cuba pakai secara konsisten... 
Setiap hari selama seminggu... Semua tu pakai ikut turutan dan arahan... Minggu pertama pakai je siang dan malam... 

Akhirnya... Nampak la perubahan... Suami pun puji.. Nampak lain... Alhamdulillah... 

Sekarang ni memang konsisten je dengan Safi Rania Gold... Memang dah tak tukar kot produk lain... Lagipun ada Halal Jakim, senang nak dapat kat mana-mana kedai dan farmasi seluruh Malaysia.  Jadi tak payah pening fikirkan.  

Apa pun.. Produk tempatan juga setanding dengan produk luar negara juga.. 

12 Januari 2019

Januari 12, 2019

Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan Anda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan Anda! | Pernah tak kita tahu dan tanya diri kita tentang produk kesihatan atau kecantikan yang kita pakai setiap hari.

Kalau produk kesihatan, macam cendawan tumbuh... dan mudah didapati kat kiosk-kiosk kecil di pasaraya besar.

Produk kosmetik pula, kat kedai Eco RM2 pun dah ada jual.

Tapi pernah tak kita tahu, apa kandungan dalam produk-produk tu?

Mahal atau murah bukan soal barang tu selamat. Tapi andaikata ada 10 bahan ni dalam produk kesihatan dan kecantikan kita guna, baiklah buang aje... dan kalau baru nak membeli, elakkan...

sumber: google images

Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan Anda!

Bahan-bahan dilarang didapati dalam produkboleh menyebabkan kesan mudarat yang membahayakan kesihatan jika digunakan tanpa pemantauan dan arahan profesional kesihatan. Berikut adalah sebahagian daripada bahan-bahan dilarang yang sering dikesan di dalam produk-produk kesihatan.

💊Acetaminophen / Paracetamol

Acetaminophen adalah juga dikenali sebagai Paracetamol. Ia boleh diambil untuk rawatan-sendiri (self-medication) tetapi apabila perubatan tradisional tidak diisytiharkan mengandungi acetaminophen/paracetamol, pengambilannya yang berlebihan tanpa disedari boleh membawa kepada kerosakan hati, kegagalan buah pinggang, koma dan akhirnya kematian.

💊Bisacodyl

Bisacodyl adalah ubat yang dimakan untuk merawat sembelit.Penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan kekejangan perut, merasa mual, muntah-muntah, cirit-birit, hypokalaemia (tahap potassium yang rendah).

💊Chlorpheniramine

Chlorpheniramine adalah ubat dalam kategori anti-histamine. Penggunaanya tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan-kesan advers seperti pening, tekanan darah menurun, denyutan jantung yang tidak menentu, kekeliruan, kemurungan dan sawan adalah antara yang boleh terhasil dari penggunaan chlorpheniramine.

💊Dexamethasone & Prednisone

Dexamethasone dan Prednisone adalah kortokosteroid yang mana penggunaannya secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan paras glukosa dalam darah yang mengakibatkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk. Penggunaan kortikosteroid dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome yang mana dicirikan dengan muka bulat atau moon face, serta kegemukkan pada bahagian badan dengan anggota tangan dan kaki yang kecil. Pengambilan dos steroid yang tinggi dalam tempoh yang lama menyebabkan pengguna mengalami gejala keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah rendah, tekanan darah rendah dan dehidrasi.

💊Hydroquinone

Hydroquinone adalah bahan yang lazimnya digunakan untuk merawat penyakit kulit. Bahan ini adalah dikawal di mana Hydroquinone adalah dilarang dalam produk kosmetik yang digunakan bagi penjagaan kulit. Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan hipersensitiviti pada kulit, perubahan kepada warna kulit yang menyebabkan kulit secara beransur-ansur menjadi kehitaman, dan meningkatnya risiko kanser kulit.

💊Mercury

Tahap mercury yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem
saraf. Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan penggunaan mercury; yang boleh menggangu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

💊Phenylbutazone, Piroxicam & Diclofenac

Penggunaan Phenylbutazone, Piroxicam dan Diclofenac tanpa pengawasan boleh menyebabkan ulser peptik, pendarahan gastro-usus, loya, muntah-muntah, ruam kulit,
kabur penglihatan, edema, penyakit kuning dan kegagalan buah pinggang. Phenylbutazonejuga sering dikaitkan dengan kesan sampingan yang teruk seperti penyakit darah yang
serius.

💊Sibutramine

Sibutramine adalah agen pelangsing badan yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti kerana kesannya yang boleh memudaratkan jantung dan hati. Pengambilan sibutramine juga boleh menyebabkan kesan advers yang serius seperti tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur; dan dalam kes-kes yang paling teruk, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada buah
pinggang dan hati.

💊Sildenafil, Tadalafil & Vardanafil

Sildenafil, Tadalafil atau Vardanafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk yang mana pengambilannya memerlukan preskripsi doktor. Antara kesan-kesan sampingan apabila memakan ubat-ubat tersebut ialah merasa mual, muntah-muntah, muka kemerahan dan pening. Dalam kes-kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan peningkatan yang luar biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan sawan.

💊Tretinoin

Tretinoin adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsibagi merawat penyakit kulit dan ianya dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik). Penggunaan tretinoin yang tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit.

🏥 Masih keliru? Pastikan produk mendapat kelulusan KKM dan rujuk profesional kesihatan sebelum menggunakan apa jua produk kesihatan atau kosmetik.

Sumber: Public Health Malaysia

Meh.. kita tulis nota kecil dan boleh semak bila nak beli sesuatu produk kesihatan dan kosmetik... Ambil langkah bijak dan selamat...

Memang kesannya tak nampak sekarang, tapi mungkin jangka masa panjang. 

22 Disember 2018

Disember 22, 2018

Sebab Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist Aku Kena Kebas…

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sebab Althea  Stay Fresh Body Sparkling Mist Aku Kena Kebas… | MF ni dah lama tau tak pakai benda yang wangi-wangi atau spray-spray kat badan ni tau.

Kalau ada pun just pakai minyak wangi jenis golek-golek kat lengan tu aje…

Sebab apa tak pakai…
Sebab dok cari yang wangi dan tahan lama tu susah.
Kalau ada pun tahan kejap, lepas tu bila badan kita mula bergerak dan berpeluh, dah hilang dah bau tu.

Tapi kan… dalam dok belek-belek apps Althea kan.. MF tertarik dengan satu pewangi badan ni… Jenis spray-spray kan… dia kata wangi bunga… MF pun try la dapatkan.. Mana tau kan wangi…
Sekali dah sampai rumah.. tak sempat nak rakam MF buka box pink  dari Althea tu… terus je zapp zapp… koyak plastic… sebab nak cuba body spray tu…

Zettt… sembur sikit kat badan… fuhhh…. Menusuk hidung hingga ke qalbu ko…
Wangi gilerr… tapi pelik.. tak bau kuat… ringan-ringan je…
Bila bau tu macam terbuai-buai je gitu…
Ahhh…. Fresh… melayang-layang je… rasa macam sedang terbaring kat lading yang penuh bunga…
Boleh bayang tak bau wangi bunga tu macam mana kan…

Sebab Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist Aku Kena Kebas… 

Althea  Stay Fresh Body Sparkling Mist
Althea  Stay Fresh Body Sparkling Mist

Pastu nak citer la ni…
Sekali letak aje atas meja…
Encik somi dating…mana barang dalam kotak pink tu katanya…
Dia pun ambil je terus belum sempat nak jawab soalan tu…

ZApp… zettt… dia spray terus kat badan dia..
Lepas je spray… tau apa kata dia..
“Bagi kat saying terus la ye… B mana boleh pakai wangi-wangi”.

Cett… haha… kan dah kena kebas…
Jadinya.. itulah kisah Body Spray Mist by Althea ni kena kebas…
Sebab apa dia kena kebas, sebab wangilah… orang lelaki pun suka..

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist 

Apa lagi yang best dengan Body Spa ni..
Meh sini MF nak kasi tau…

Body mist terbaru dari Althea colloborate dengan artis terkenal dari Indonesia iaitu Titi Kamal.
Bau dia adalah hasil gabungan fruity dan floral iaitu orange, peach dan rose memang ngam! Baunya rasa segar dan bertenaga.

Sesuai bagi orang yang aktif dan suka bersukan…  Tapi kalau orang kerja pejabat, boleh guna juga… sebab bau dia menjadikan kita segar dan bertenaga.. rasa kuyu je, ambil body mist ni dan spray sikit… Pasti segar lepas tu.

Saiz yang comel dan sesuai dibawa ke mana saja.

Berminat untuk mencuba Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist?

Boleh dapatkan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist ini di << my.althea.kr >>. Sekarang ni  ada promo iaitu BUY 1 FREE 1 sementara stok masih ada!

Untuk maklumat lanjut serta pelbagai promosi menarik, layari :
Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea

#TitixAltheaKorea #AltheaAngels #AltheaKorea

05 Disember 2018

Disember 05, 2018

Milk Peel Cream Mask Althea - Mask Susu Yang Pelik Tapi Buatkan Kulit Korang Jadi Macam Orang Korea

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Milk Peel Cream Mask - Mask Susu Yang Pelik Tapi Buatkan Kulit Korang Jadi Macam Orang Korea | Mask, yang MF tahu, itu adalah topeng…

Tapi topeng ni MF rasa ianya pelik sebab MF tak pernah pakai mask yang macam ni…

Biasa mask yang dok pakai, tarikh buang macam “The Mask” tu… Tapi yang ni lain.

Mask ni, macam old school mask…

Itulah Milk Peel Cream Mask dari Althea Korea.

Pelik aih…

Milk Peel Cream Mask Althea

Milk Peel Cream Mask Althea - Mask Susu Yang Pelik Tapi Buatkan Kulit Korang Jadi Macam Orang Korea



Pertama kali mencuba… rasa macam lain sebab cream mask ni melekit macam tanah liat gitu…

Milk Peel Cream Mask Althea

Tapi cuba gak sapu, dan ratakan kat tangan… eh… dah lembut pula..



Milk Peel Cream Mask Althea

Bila ratakan lagi… eh… dah berbuih pula…

Pastu bila biarkan kejap… eh… bubble tu mula pecah-pecah… rasa geli…

Milk Peel Cream Mask Althea

Lepas try kat tangan… MF try la kat muka.. haha..

Rasa macam pergi spa… sebab part cream tu dah bertukar ke bubble halus… biarkan kejap… akan rasa bubble tu meletup-letup lembut… best sangat… haha… tak tau nak citer macam mana.

Lepas dah pakai tu… biarlah kejap kan… lepas tu bilas dengan air suam.

Korang akan rasa perbezaan muka korang lepas tu…

Memang rasa licin semacam je… segar dan fresh… lembut dan halus…
Best giler mask ni…

Bau pun sedap.. macam susu segar gitu…

Memang best… setakat ni MF akan pakai mask ni kalau muka rasa macam kusam… rasa berat kan… MF pakai la.. lepas tu akan rasa segar seolah kulit muka dapat bernafas kembali.

Serius best

Memang korang kena try, kalau nak pakai mask yang senang nak apply kat muka.. Ini pilihan bijak… Botol pun sangat praktikal untuk dibawa ke mana-mana… Comel je…

Cubalah dapatkan Milk Peel Cream Mask Althea kat sini:

Harga Milk Peel Cream Mask ini ialah RM36.
Untuk matlumat lanjut tentang Milk Peel Cream Mask ini boleh layari:
Laman Sesawang
https://my.althea.kr/

Harga
https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask 

Instagram:
@altheakorea

30 November 2018

November 30, 2018

Ini 8 Makanan Terbaik Untuk Hilangkan Perut Buncit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





Ini 8 Makanan Terbaik Untuk Hilangkan Perut Buncit | Buncit satu igauan ngeri bagi wanita. Bagi lelaki, sesetengahnya Nampak seksi.

Tapi kalau perempuan… euwww… buruk rupa… Memang kalau boleh nak sorok sebaiknya.

Cara terbaik nak kuruskan perut adalah senaman secara berkala… Tapia da juga boleh diusaha dengan makan, makanan tertentu untuk kuruskan perut buncit.


Ini 8 Makanan Terbaik Untuk Hilangkan Perut Buncit

1. Tembikai

Tembikai terdiri daripada 91 peratus air. Ini boleh menjadi makanan pembuka selera yang baik. Makan tembikai menjadikan kita kenyang dengan cepat tanpa mengambil sejumlah besar kalori.
American Dietetic Association mendedahkan bahawa tembikai adalah makanan yang sempurna untuk mengurangkan lemak pada perut.
Selain itu, tembikai juga menjadikan kita kenyang lebih lama dan membantu mencegah dehidrasi sebab buah ni banyak air.
Tembikai mengandungi banyak vitamin B1, B6, dan C, potasium, dan magnesium. Jadi, tembikai adalah satu buah yang baik untuk diet rendah kalori dan lemak.

2. Badam

Badam atau almond mengandungi sejumlah lemak yang sihat yang boleh membantu kita makan secara sederhana dan tak makan  terlalu banyak.
Satu kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition telah membuktikan bahawa makan badam boleh menahan kelaparan.
Badam mengandungi banyak magnesium yang merupakan komponen penting untuk membina otot.
Badam juga katanya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Dan lagi, badam mempunyai kurang kalori, jadi tidak akan menambah lemak ke perut. Oleh itu, makanan ini sangat sesuai untuk dinikmati sebagai makanan ringan.

3. Daun Saderi

Sebut saderi teringat kartun Wonder Pet… hehe…
Saderi adalah salah satu sayuran yang rendah kalori.
Saderi juga mengandungi kalsium dan vitamin C yang boleh mengurangkan berat badan.
Kalau tak suka daun saderi dalam salad atau sup, boleh memprosesnya menjadi jus. Jus daun saderi sangat bagus, terutama sebelum makan tengahari atau makan malam. Tapi MF pilih makan dalam sup atau buat sayur campur… wangi dan sedap…

4. Timun

Timun adalah makanan rendah kalori yang disukai ramai orang.
Setiap 100 gram timun mengandungi kira-kira 96 peratus air dan hanya mempunyai 45 kalori.
Dikatakan makan timun setiap hari adalah satu cara yang sihat yang berkesan untuk membersihkan racun berbahaya dalam tubuh badan. Kira macam detox la kan…
Timun mengandungi banyak mineral, serat, dan vitamin yang baik untuk sistem pencernaan dan secara tidak langsung adalah baik untuk mengurangkan berat badan.

5. Tomato

Tomato yang masak dan mentah baik untuk dimakan setiap hari.
Tomato mengandungi sedikit kalori, tetapi menyimpan sebatian 9-oxo-ODA. Ini dapat membantu mengurangkan lipid dalam darah dan mengawal lemak perut.
Antioksidan kuat yang dipanggil lycopene yang dimiliki oleh tomato juga mempunyai pelbagai manfaat tambahan iaitu mengurangkan kedutan, melawan kanser, dan mengurangkan tahap kolesterol.

6. Alvakado

Alvakado kaya dengan serat yang mampu membantu kenyang lebih lama.
Buah ini merupakan sumber dari asam amino bernama lecithin yang berguna untuk mengendalikan berat badan.
Alvakado juga mengandungi lemak yang sihat, sehingga mampu meningkatkan proses pembakaran lemak perut.
Dan lagi buah ini mempunyai khasiat anti penuaan awal, anti kulat, dan anti-bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan.
Tapi buah ni boleh tahan juga mahal kalau nak amal selalu…

7. Epal

Epal mempunyai limpah serat, flavonoid, fitosterol, dan beta-Karoten, yang akan menjadikan perut terasa kenyang.
 Satu kajian di Brazil, seseorang yang makan tiga biji epal atau lebih setiap hari beratnya berkurangan berbanding yang tidak.
Serat pektin dalam epal dikenali berguna untuk menurunkan berat badan. Malah, pektin ini dapat mengurangkan risiko terkena kanser usus besar.

8. Nenas

Nanas mengandungi enzim bromelain yang mempunyai keupayaan anti-radang. Enzim yang memetabolisma protein berkaitan secara langsung dengan saiz ukuran perut.
Penyelidikan di University of Maryland mendedahkan keupayaan anti-bakteria pada bromelain membantu melawan bakteria yang menyebabkan cirit-birit.
Dan, ia sangat berkesan untuk menyembuhkan gangguan usus. Oleh itu, saiz perut boleh menjadi lebih kecil kerana perut kita bebas dari aduan perut kembung.

8 jenis makanan ni biasa-biasa je… tapi khasiatnya luar biasa..

Lepas ni boleh la penuhkan peti sejuk dengan makanan ini selalu…
Tapi ingat, makan makan juga, tapi senaman tetap kena buat… baru lah dapat kesan yang lebih maksima…

Semoga bermanfaat…


08 November 2018

November 08, 2018

7 Cara Lebatkan Rambut Nipis Atau Gugur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 Cara Lebatkan Rambut Nipis Atau Gugur | Bagi wanita yang pernah bersalin, bab rambut gugur ni macam satu kelaziman.

Tapi tak boleh nak pandang ringan.. Silap hari bulan.. Botak kepala.

Kalau kat kampung, MF tau nak buat camne.. Tapi kat bandar ni macam buntu plak nak buat apa kan.

Apa pun kita usaha juga la nak lebat kan balik rambut. Tapi jangan lebih penting kurangkan gugur rambut.

Apa pun boleh cuba beberapa petua untuk lebat kan semula rambut yang gugur.

Cara Lebatkan Rambut Nipis Atau Gugur
Sumber : Google image 

7 Cara Lebatkan Rambut Nipis Atau Gugur


1. KACANG HIJAU

Ambil kacang hijau dan rendam sepanjang malam.

Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air dari kacang hijau tersebut.

Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala anda dan sila sapu dan picit kulit kepala anda pelahan-lahan.

Cara ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.


2. DAUN PANDAN

Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah.

Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata.

Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda.

Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum bilas dengan air.

Lakukan seberpa kerap yang boleh bagi mendapatkan hasilnya.


3. MINYAK KELAPA HIJAU

Lebatkan rambut anda dengan gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut dan biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih.

Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.


4. DAUN LIDAH BUAYA

Gunakan lidah buaya dan daun bunya raya yang telah ditumbuk sehingga hancur.

Kemudian sapukan dan perap bahan-bahan tadi pada rambut anda dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum bilas dengan air.

Lakukan 3 atau 4 kali seminggu.


5. BUAH NANAS

Ambil buah nanas dan kisarkan sehinggan menjadi seperti jus dan biarkan selama sehari.

Selepas itu, anda boleh sapukan jus nanas tadi ke kepala anda dan biarkan selama lebih kurang setengah jam.

Sila lakukan 3,4 kali seminggu dan tengok ada perubahan atau tidak.


6. VITAMIN NATURAL

Benda yang anda makan juga memainkan peranan dalam cara lebatkan rambut anda dengan berkesan.

Ambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin seperti Vitamin A, vitamin B atau vitamin D.Banyakan makan sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang menguatkan akar rambut anda.


7. SYAMPU RAMBUT HERBA

Sila gunakan syampu rambut yang terdiri daripada herba-herba dan bahan-bahan neutral asli.

Gunakan dengan kerap dan secara berkala dan tengok hasilnyan selepas 2,3 bulan.

Elakan menggunakan syampu rambut yang mengandungi banyak bahan kimia.

Sumber: Telegram channel

Ini adalah petua tradisional dan moden untuk jaga rambut.

Pokoknya kena rajin...

05 November 2018

November 05, 2018

20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung | Ada orang kata. . Susah la jaga rambut kalau bertudung. MF pernah statement macam ni orang seorang yang bertudung kemudian dah tak bertudung.. Moga dia kembali bertudung.

Sebenarnya, bertudung lagi senang nak jaga rambut daripada rosak akibat terkena cahaya matahari atau pencemaran.

Melakukan 20 rutin ni lagi lah memudahkan kita jaga rambut kita daripada rosak dan rapuh serta gugur.


20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

1. Cuci rambut secara berkala. 

Disarankan selang sehari untuk cuci rambut. Tapi kalau rasa kulit kepala berminyak atau tak selesa... Boleh saja cuci setiap hari. Sambil cuci tu urut kulit kepala. Pasti rasa fuhh..  Me Time dalam bilik mandi gitu..


2. Pilihlah syampu dan perapi yang betul

Pilih syampu dan perapi yang betul dan tepat ikut jenis rambut. Nak bagus pergi salon rambut.. Nanti dia akan cadangkan syampu dan perapi jenis apa yang sesuai dengan rambut kita.


3. Elakkan cuci rambut dengan air hangat/suam

kerana ia menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Bilas dengan air sejuk untuk melembutkan kutikel rambut.


4. Jangan pakai tudung ketika rambut masih basah. 

Pastikan rambut betul-betulkering sebelum pakai tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelemumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering menyebabkannya berminyak.

MF tak kan basahkan rambut kalau nak pergi kerja. Balik kerja baru basahkan rambut.


5. Sikat rambut sebelum cuci rambut.

Lepas buka tudung dan nak cuci rambut tu, sikat dahulu rambut dengan sikat bergigi lebar. Teknik ni bagus untuk elak rambut gugur begitu banyak ketika mandi.



6. Jangan terus cuci rambut lepas buka tudung.

Lepas balik rumah... Penat-penat tu.. jangan terus cuci rambut. Buka tudung dan lepaskan rambut. Biarkan dahulu peluh pada liang kulit kepala kering sebelum dicuci.



7. Pilih anak tudung yang betul

Sebaiknya anak tudung yang diperbuat daripada kapas. Dan elakkan anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala.


8. Jangan pakai anak tudung yang sama sebelum dicuci. 

Ye lah.. Kuman ke bakteria ke yang terperangkap pada rambut dan anak tudung tu... Tu yang buatkan rambut kita pun tak sihat.


9. Pilih gaya tudung yang tak terlalu tebal.

Sekarang ni banyak fesyen tudung berlapis-lapis, tapi kalau nak jaga rambut, sebaiknya pilihlah gaya tudung yang tak tebal sangat lapisannya. Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang bernafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak.



10. Ambil supplemen.

Untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat, diet yang baik juga sangat penting. Penjagaan dalaman! Ambillah makanan tambahan seperti biotin, silica, Vitamin B, C dan E, besi dan Omega-3.

20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung
20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung


11. Lepaskan rambut bila tidak bertudung.

Sepanjang memakai tudung, biasanya rambut diikat ketat. Justeru, apabila berada di rumah, lepaskannya selama yang boleh. Rambut yang kerap diikat menjadikannya mudah gugur dan mengubah tekstur halusnya.



12. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat. 

Longgarkan ikatan getah rambut agar rambut mampu ‘bernafas’.


13. Trim hujung rambut sebulan sekali.

Sebulan sekali, lakukan trim di hujung rambut untuk membuang bahagian yang bercabang atau merekah.


14. Gunakan pewangi rambut.

Gunakan pewangi rambut untuk disembur ke serata rambut sebelum dan selepas memakai tudung sekirangnya ada bau yang kurang enak.


15. Serum rambut.

Guna lah serum rambut, sebaiknya oleskan beberapa jam sebelum memakai tudung atau pakai sahaja pada waktu malam sebelum tidur.


16. Beri ruang dan peluang untuk rambut bernafas.

Dalam masa bertudung itu, kalau ada peluang tanggalkan tudung (macam kat surau atau ketika ke tandas), bolehlah dilakukan urut ringan ke kepala untuk memberi kelegaan dan rasa relaks.


17. Rawatan di salon rambut.

Sebulan sekali kunjungi salun rambut untuk mendapatkan rawatan rambut dan kulit kepala. Mengurut kulit kepala membantu melancarkan aliran darah agar rambut dapat tumbuh dengan sihat dan mengurangkan stres setelah seharian dipekup.


18. Pilih tudung yang berwarna cerah.

Tahu tak, memilih tudung yang berwarna lembut mampu memberikan kesan sejuk kepada kulit kepala, seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut? Jadi, elakkanlah memakai tudung berwarna gelap.

20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

19. Buat scrub rambut.

Seperti juga kulit wajah, kulit kepala pun perlu sentalan atau eksfoliasi untuk singkirkan sel kulit mati.

Cara mudah, campurkan beberapa camca gula bersama syampu dan gosokkan ke kulit kepala. Gosok dengan hujung jari dengan lembut. Lakukannya seminggu sekali.


20. Pakai perapi selepas syampu.

Selepas bersyampu, jangan culas memakai perapi rambut. Sapukan perapi hanya pada bahagian helaian rambut. Jangan terkena pada kulit kepala untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.


Nak cantik kena lah usaha ye dak... Harap anak kecik dah lepas setahun dapatlah manjakan diri pula lepas ni...

DAh berusia kena bertambah cantik... bukan untuk siapa.. untuk diri sendiri dan untuk suami juga kan.. 

24 Oktober 2018

Oktober 24, 2018

D.I.Y MASK MUKA DARIPADA MADU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


D.I.Y MASK MUKA DARIPADA MADU | Buat mask muka sendiri dengan hanya guna madu lebah... 

D.I.Y MASK MUKA DARIPADA MADU

Caranya, campurkan madu dengan bahan semulajadi tertentu untuk dapatkan kesan cantik yang berbeza.

Mudah bukan... 

Ini cara membuatnya:

D.I.Y MASK MUKA DARIPADA MADU
Sumber: FB
Semuanya bahan yang senang dan ada kat rumah... Tapi nak hasil terbaik guna madu asli... Madu asli plak mahal... eh.. tapi nak cantik mestilah kena melabur sikit kan...

Cara ni lebih baik dari kita tempek produk kimia kat muka kita kan... memang kesannya cepat tapi, jangka masa panjang... hmm... seriau nak bayangkan...

Jom kita try buat jom.... hmm.. kena survey madu la lepas ni...

Hmm... madu stick tu madu asli tak???

Nak tau madu asli ke tak... boleh baca kat entry ini:-

Cara Mudah Mengenal Madu Asli!

22 Oktober 2018

Oktober 22, 2018

Amalkan Tips Ini Kalau Nak Dapatkan Kulit Cantik Macam Saidatina Aisyah r.a

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Amalkan Tips Ini Kalau Nak Dapatkan Kulit Cantik Macam Saidatina Aisyah r.a | Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.


Amalkan Tips Ini Kalau Nak Dapatkan Kulit Cantik Macam Saidatina Aisyah r.a

Cara 1:

Dilakukan selepas solat Isyak

  • ambil air segelas
  • baca al-Fatihah sekali
  • Ayatul Qursi sekali
  • Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
  • Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Cara 2:

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:


  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
  • Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.


Cara 3:


  • Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut ;
  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
  • Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.


Selamat Mencuba…

2 Bahan Natural Yang Para Isteri Nabi Guna Untuk Menjaga Kecantikan Mereka

Ada di antara kita mungkin pernah tertanya-tanya macam mana para isteri Nabi Muhammad SAW menjaga kecantikan mereka sesuai dengan tuntutan Islam dan apakah bahan-bahan kosmetik yang digunakan pada zaman itu?

Maka, artikel kali ini menampilkan rahsia kecantikan para isteri Rasulullah SAW yang kita kenali seperti Saidatina Aisyah R.A.

Tiada Rahsia – Guna Timun & Kurma Basah

Percaya atau pun tidak, rahsia Siti Aiyah R.A kekal cantik dan bagaimana beliau menjaga penampilannya adalah hanya menggunakan timun dan kurma basah saja. Lebih-lebih dalam mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal seperti tubuh kurus cengking menjadi lebih berisi. Malah Rasulullah SAW sendiri pun menggunakan cara ini dalam menjaga kesihatannya.

Kurma nabi

Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, Aisyah RA berkata “ibuku mengubatiku agar aku kelihatan gemuk, saat dia hendak mempertemukan aku dengan Rasulullah SAW dan usaha itu tidak membuahkan hasil sehingga aku makan timun dengan kurma basah. Kemudian aku menjadi gemuk dengan bentuk yang ideal”- HR Ibnu Majah

Tips kreatif untuk amalkan supaya meraih kecantikan dalaman adalah makan timun Jepun segar dan minum air atau jus kurma yang dikisar setiap pagi atau sebelum tidur.


Untuk kecantikan luaran pula, kita juga boleh letakkan hirisan timun yang pada kelopak mata saat terpejam bagi menghilangkan noda hitam pada kantung mata akibat kurang tidur.

Selain itu, timun dan kurma yang dikisar bersama dapat dijadikan sebagai masker wajah. Ia merupakan ramuan alami untuk meremajakan sel-sel kulit wajah agar tetap awet muda. Bagi mereka yang mahu langsingkan tubuh, hanya amalkan minum jus timun 1 gelas setiap hari kerana timun sangat rendah kalori dan kaya serat.

Dengan mineral air, silica dan vitamin yang terkandung dalam timun, kuku boleh dirawat dan terjaga keindahannya. Caranya dengan mengosok kuku dengan hirisan timun sebanyak 2 kali dalam seminggu. Begitu juga dengan menjaga kesuburan dan menguatkan rambut.

Hilangkan Jerawat Dengan Oleskan Minyak Wangi Dzarirah

Hal ini pernah disebutkan dalam sebuah riwayat.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, jerawat atau batsrah (Bahasa Arab) adalah sejenis benjolan kecil yang terdiri dari zat panas yang tumbuh secara alami. Jerawat perlu ditunggu agak matang, kemudian baru dipecahkan dan dikeluarkan isi kotornya.

Minyak

Minyak wangi dzarirah mengandungi khasiat untuk melakukan proses itu. Ia mematangkan dan mengeluarkan isi jerawat, mendinginkan panas jerawat di samping memberikan bau yang wangi.

Apa itu dzarirah sebenarnya? Ia merupakan tumbuhan herba yang dibentuk dari sari batang pohon dzarirah. Sifatnya yang panas dan kering berguna untuk mengatasi jerawat, radang dan menguatkan jantung.


Ibnu As-Sunni peroleh maklumat ini daripada beberapa isteri Nabi Muhammad SAW. Mereka bercerita, suatu hari Rasulullah SAW menemui mereka dan melihat di antara jari mereka tumbuh semacam jerawat. Rasulullah SAW lantas bertanya, “Engkau punya minyak wangi dzarirah?” Mereka menjawab, “Ada”.

Rasulullah SAW berkata, “letakkan di jerawatmu itu seraya membaca doa, ‘Ya Allah yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawatku ini.” Hadis yang diakui oleh Adz-Dzahabi di atas dikeluarkan oleh Al-Hakim (sanadnya sahih).

Dalam kitab Sahih Bukhari dan Shahih Muslim diriwayatkan, Siti Aisyah R.A menceritakan bahwa dirinya yang memegang minyak wangi dzarirah, meletakkan minyak itu kepada Rasulullah SAW. Peristiwa itu terjadi pada hajjatul wada’ (haji perpisahan) untuk melakukan tahallul (mencukur rambut) dan ihram.

Kat Malaysia, susah nak mendapatkan minyak wangi dzarirah ini. Kebanyakannya boleh diperoleh daripada luar Negara dalam pelbagai bentuk. MF sendiri tak pernah bau macam mana.


Jadi, boleh saja amalkan cara semulajadi macam ni kalau nak cantik... Ye lah... orang Arab memang cantik kan... Kurma tu amalan mereka... Tak salah kalau kita ikut. Zaman dulu mana ada kosmetik macam kita... Jadi, cara semulajadi macam ni je untuk kekal cantik... 

Sebab tu, Nabi s.a.w walaupun berkahwin dengan Saidatina Khadijah r.a yang berusia 40 tahun, tapi jangan bayangkan 40 tahun usia wanita Malaysia... 40 tahun wanita Arab, macam anak dara sunti 18 tahun ... 

17 Oktober 2018

Oktober 17, 2018

WW | Senaman Untuk Perut Buncit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Senaman Untuk Perut Buncit



Sila rajin ye ... 

Sapu la mustajab tapi kalau tak senaman sama je... 

Konsisten... 10 minit sehari... 

Ok.. jom semangat demi kembali longgarkan kain dan seluar.. Jomm.. 

12 Oktober 2018

Oktober 12, 2018

5 Panduan Beli dan Guna Produk Kecantikan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Panduan Beli dan Guna Produk Kecantikan | Beberapa hari lepas, MF ke kedai serbaneka... macam kedai DIY, macam-macam ada... Masa nak bayar, tertarik tengok rak produk kosmetik... Pelbagai warna... menarik...

Terus MF tengok ... macam menarik.. tengok lipstik pelbagai warna.. tapi... eh... jenama ni... halal ke... selamat ke... tak jadilah nak beli...

Balik rumah, cari maklumat dulu dengan produk tu... Hmm... rupanya ada yang tiruan...

Nasib tak beli... harga memang murah dan sebijik macam ori.. jenama pun tak ubah... tapi ianya tiruan... sebab apa.. harganya murah... kalau original.. beratus harganya...

Kalau pakaian atau produk lain... boleh lagi... tapi kalau barang make up ni janganlah beli yang tiruan... kot kang, elok putih mulus cantik... terus berkarat... jenuh nak sental dik...

Di sini MF nak kongsikan panduan untuk beli dan guna produk kecantikan dan kosmetik...

5 Panduan Beli dan Guna Produk Kecantikan

Daripada segi keperluan regulatori, setiap produk kosmetik yang berada di pasaran perlu mempunyai notifikasi dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk kosmetik bernotifikasi adalah tertakluk kepada pematuhan berterusan terhadap keperluan undang-undang yang ditetapkan ke atas pihak syarikat yang bertanggungjawab khususnya dalam aspek kualiti, keselamatan serta kesahihan tuntutan yang dibuat pada label atau iklan produk kosmetik.

Semakan bagi status notifikasi sesuatu produk kosmetik boleh dilakukan pada bila-bila masa menerusi laman sesawang rasmi BPFK iaitu di www.bpfk.gov.my.

sumber: google images

Sebagai salah satu usaha untuk melahirkan pengguna bijak dan lebih berinformasi, berikut adalah panduan-panduan yang boleh diikuti sebelum membeli atau semasa menggunakan produk kosmetik:

1. Membaca maklumat pada label dan sisip bungkusan (jika ada) produk kosmetik

Setiap pengguna hendaklah membaca maklumat yang tertera pada label produk kosmetik termasuk pada sisip bungkusan, jika ada sebelum membeli atau menggunakan sesuatu produk kosmetik. Label yang lengkap perlu mempunyai maklumat seperti gambar rajah di bawah:



Lazimnya, kesemua maklumat tersebut dinyatakan pada label terdekat atau pada bekas produk. Namun, terdapat juga produk yang dikepilkan bersama sisip bungkusan yang mengandungi maklumat yang diperlukan untuk rujukan pengguna.

Pengguna hendaklah menggunakan produk mengikut saranan, syarat atau cara-cara penggunaan yang telah dikhususkan seperti yang tertera pada label/sisip bungkusan produk tersebut.

Antara contoh yang perlu diambil perhatian adalah ‘Sunburn Alert’ susulan daripada penggunaan produk yang mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHA) dalam kepekatan tertentu.

Glycolic acid dan lactic acid adalah merupakan jenis AHA yang paling kerap digunakan dalam sediaan kosmetik dan pengguna produk sedemikian perlu mematuhi arahan agar tidak mendedahkan diri kepada sinaran matahari secara langsung serta sentiasa memakai pakaian perlindungan seperti cermin mata hitam, topi serta memakai produk penabir suria (sunscreen) semasa dan seminggu selepas menggunakan produk tersebut.

2. Sentiasa menyimpan produk kosmetik di tempat yang sesuai

Penyimpanan produk kosmetik dengan cara dan di tempat yang sesuai boleh memelihara kualiti produk kosmetik. Sebagai contoh, suhu persekitaran yang sangat panas boleh menyebabkan tekstur dan aroma sesetengah produk kosmetik seperti gincu bibir, krim pelembap dan pewangi (perfume) berubah dan boleh menyebabkan produk tersebut tidak sesuai untuk digunakan lagi.

Selain itu, pengguna tidak digalakkan untuk memindahkan produk kosmetik daripada bekas yang asal kepada bekas yang lain kerana kestabilan produk kosmetik dikhuatiri akan terjejas sekiranya ia disimpan dalam bekas selain daripada yang telah dikhaskan untuk produk tersebut.

Sekiranya terdapat perubahan fizikal yang tidak diingini terhadap produk yang sedang digunakan walaupun telah disimpan dan digunakan mengikut arahan yang dinyatakan pada label, pengguna dinasihatkan untuk menghentikan penggunaan produk tersebut dan melaporkan kepada BPFK agar siasatan lanjut dapat dibuat ke atas produk yang terlibat.

3. Membeli produk kosmetik daripada sumber yang boleh dipercayai

Kebanyakan produk kosmetik dapat diperoleh dan dibeli dengan mudah termasuklah dengan hanya membeli melalui kaedah pesanan atas talian. Produk kosmetik turut dijual di pasar malam dan kaki lima bangunan atau kedai yang mana sumber, kualiti serta tahap kestabilan produk tersebut diragui.

Oleh itu, pengguna perlulah lebih berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya membeli produk kosmetik daripada sumber yang meragukan walaupun produk-produk tersebut dijual dengan harga yang murah atau dijanjikan kesan yang kononnya sangat mujarab dalam tempoh yang singkat.

4. Merujuk kepada yang profesional kesihatan yang sesuai dan diiktiraf, jika perlu

Perbezaan antara individu menyebabkan keputusan yang berbeza terhadap produk kosmetik yang pelbagai di pasaran. Sekiranya menghadapi masalah kulit yang serius, pengguna sepatutnya merujuk kepada profesional kesihatan yang bertauliah atau pakar kulit.

Menurut Naib Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia, Dr. Mardziah Alias dalam artikel terbitan Utusan Malaysia pada 8 April 2008 berkata, pengetahuan yang kurang dan salah tanggapan bahawa masalah jerawat di muka boleh diatasi dengan hanya merujuk kepada pakar kecantikan telah menjerumuskan mereka kepada masalah kulit yang lebih serius.

Katanya lagi, jerawat merupakan sejenis penyakit kulit yang perlu dirawat oleh profesional kesihatan dan bukannya oleh pakar kecantikan yang tidak bertauliah menerusi penggunaan produk kosmetik yang mungkin ada kesan sampingan terhadap kulit manusia.

Justeru itu, orang ramai disarankan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai rawatan kulit dan produk-produk kecantikan menerusi pembacaan daripada sumber bacaan yang sahih atau pun merujuk terus kepada pakar kulit bagi mendapatkan nasihat serta kaedah penyelesaian yang lebih tepat dengan permasalahan yang dihadapi.

5. Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk kosmetik yang tidak beretika

Dengan peningkatan teknologi maklumat yang pesat, orang ramai lebih mudah terdedah dengan pelbagai maklumat yang sering kali didapati sukar untuk memastikan tahap kesahihannya. Iklan-iklan produk kosmetik tidak terkecuali daripada menjadi bahan yang disampaikan secara berantai di laman sosial atau pun diiklankan dengan meluas melalui laman blog tertentu.

Selain itu, media bercetak seperti majalah dan akhbar juga didapati turut disisipkan dengan iklan produk kosmetik.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih realistik terhadap kesan yang diingini hasil daripada penggunaan produk kosmetik dan tidak mudah terpedaya dengan sesetengah iklan produk kosmetik yang mengelirukan dan tidak munasabah.

Perlu diingatkan bahawa produk kosmetik tidak boleh diiklankan dengan tuntutan perubatan seperti untuk masalah ekzema, psoriasis, luka, menguruskan badan, mengurangkan kesakitan, mencegah jangkitan dan sebagainya.

Di samping itu juga, pengguna dikehendaki untuk berwaspada terhadap iklan yang menjanjikan kesan yang drastik seperti contoh kulit menjadi putih gebu dalam tempoh yang singkat kerana dikhuatiri produk sedemikian dicemari dengan bahan terlarang yang berbahaya dan boleh menyebabkan kesan buruk kepada pengguna.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my



Jadi, belilah produk kosmetik dari sumber yang sahih... Watson dan guardian adalah gedung yang dipercayai tempat jual kosmetik yang bermutu dan berkualiti... Jangan beli kat pasar malam ok... pesan kat anak perempuan yang sedang meningkat remaja untuk kelihatan cantik tu ok...

03 Oktober 2018

Oktober 03, 2018

Betul Ke Mak Anak Ramai Selekeh Di Rumah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Betul Ke Mak Anak Ramai Selekeh Di Rumah? | Sejak dua menjak ni dok dengar kes rumahtangga bergoyang sebab suami nampak bini selekeh di rumah.

Lepas ada juga yang kongsikan kisah artis cantik walaupun anak ramai.

Ramai lah mak bawang kata.. Alah.. Dia ada orang gaji... Duit dia banyak... Boleh la pakai cantik..

Pastu ada juga bagi alasan...

Ala.. Anak ramai.. Mana sempat nak siap lawa...

Anak Ramai .. Mana sempat nak make up.

Ada je alasan..

Tapi...

Sebenarnya, bukan alasan untuk comot di rumah walaupun anak ramai...

Tak kan lah anak kita tu tak reti penat kan...

Walaupun mandi kerbau tapi masih sempat berwangi tanpa alasan.

Bila suami semakin berusia.. Isteri wajib melawa kalau tak nak dia pandang lawa di luar. Sebab itu memang lelaki...

Nak jaga hati, kena jaga mata dia juga...


OK.. Ini tips mudah untuk bini cantik di rumah walaupun anak ramai..

7 Tips Cantik Mak Anak Ramai

1. Mandi awal pagi

Sebaiknya mandi sebelum subuh... Biasanya anak tak bangun lagi kan waktu tu... Kalau dah bangun pun.. Insha Allah sempat lagi mandi..

Tak perlu berlama di bilik mandi... Mandi, gosok gigi dan syampu rambut itu paling utama setiap hari.

2. Pakai baju paling cantik dan seksi

Tak kisah suami ada atau tak.. Pakailah yang paling cantik.

Lupakan kain batik dan T-shirt .. Kecuali jika pakaian tu yang suami suka.

Pakailah peplum ke... Kebaya ke... Bila dirumah... Dress tanpa lengan pun cantik.

Sekarang ni kat online banyak jual yang murah..

3. Tukar baju selepas buat kerja rumah

Jangan pakai baju dari awal pagi sampai maghrib...

Sebab baju tu dah berbau peluh dah..

Wajib tukar baju kalau baru lepas masak dan siang ikan...

4. Pastikan badan sentiasa wangi

Deodorant dan minyak wangi spray wajib ada kat rumah. Bukan ada je.. Tapi wajib pakai.. Berwangilah untuk suami.. Dapat pahala. Nak pula bila hampir dia nak balik kerja.. Cuba buat..

5. Solekan nipis

Tak perlu blusher dan maskara... Cukup oles bedak tipis dengan lipstick yang menyerlah. Kat rumah takpe nak pakai merah ang pun... Sebab yang digoda suami sendiri..

6. Rapikan anak

Jangan biarkan anak-anak nampak selekeh... Pakaikan baju yang kemas... Jika comot tukar. rambut bersikat.

7. Rumah kemas

Anak memang suka sepahkan rumah. Bukan rumah ada anak la kalau berkemas sentiasa je kan. Tapi, kalau dekat suami nak balik rumah.. Pastikan rumah kemas... Wangi... Sebaiknya... Latih anak sepahkan mainan satu tempat. Sediakan bilik atau ruang khas untuk dia sepahkan barang. Rumah nampak kemas dan kita pun tak penat nak kemas rumah banyak kali.

Orang lelaki ni dia bukan nak sangat solekan tu yang penting kemas, bersih dan bonusnya adalah seksi.

Kalau biasakan dari sebelum ada anak.. Insya Allah. . Lepas ada anak pun akan terbiasa dengan rutin macam ni.

Dan sememangnya, semua perkara tu kena ada sokongan suami.. Terutama buat suri rumah tak bekerja... Tapi sekarang ni kebanyakan suri rumah dah ada pendapatan sampingan sendiri...

Boleh aje beli keperluan tu sikit-sikit...

Tapi sebenarnya, suami lah yang kena laburkan sikit duit untuk rapi kan isteri... Jangan kedekut ya bang...

Dan selebihnya doa dan doa serta teruskan bercinta dan pupuk cinta hingga akhir hayat... 

01 Oktober 2018

Oktober 01, 2018

13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi | Selulit walaupun sulit tapi boleh menyebabkan kita rasa tak yakin diri.. Orang tak nampak tapi rasa tak selesa.. Tambah pula kalau kat kawasan paha dan lutut.

Macam mana cara nak hilangkan selulit ni?”

Jangan anggap tubuh langsing kita tidak terkena selulit. Menurut pakar kajian selulit, wanita bertubuh ramping juga berisiko mengalami selulit.

Punca Selulit 

13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi
13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi

Selulit bukan terjadi kerana berat badan, tetapi kandungan lemak di bawah kulit yang terkumpul sehingga memberi tekanan pada tisu-tisu penghubung yang ada permukaan kulit. Hasilnya, garisan-garisan selulit terjadi.

Selulit bukanlah penyakit. Ia cuma lapisan lemak terkumpul di bawah kulit.

Selain guna produk moden hilangkan selulit, ada je cara mudah dan jimat untuk hilangkan selulit.

13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi


Berikut adalah cara menghilangkan selulit dengan mudah. Murah, dan hanya perlu buat di rumah!

1. Berus Kulit

Gunakan berus badan yang tidak terlalu kasar. Dalam keadaan kulit tidak terkena air, beruskan badan pada bahagian bermasalah. Buat pergerakan memanjang pada satu arah dan elakkan gerakan berulang-alik. Boleh juga beruskan dengan pergerakan bulatan.

Untuk selulit di kulit, buat gerakan bulat mengikut lawan arah jam. Kaedah memberus kulit ini dapat menangani selulit dengan cara melancarkan peredaran darah dan menegangkan kulit. Selain itu, masalah kulit kering dan gelap terutamanya di bahagian lutut dan siku juga dapat diatasi. Lakukan sekali sehari sebelum mandi pada bahagian tersebut. Cari berus yang sesuai, kot tak terkopek kulit...


2. Skrub Kopi

Rawat selulit sendiri di rumah dengan membuat sendiri skrub serbuk kopi. Campurkan ¼ cawan serbuk kopi, 3 sudu gula, dan 3 sudu minyak kelapa/zaitun sehingga menjadi pes. Lumurkan dan urut pada tempat bermasalah kemudian balut dengan plastik jernih.

Bestnya bau kopi... Kopi juga dapat membantu menegangkan kulit. Di samping itu kulit juga akan merasa lebih segar. Kaedah mengurut juga dapat melancarkan peredaran darah pada kulit.

3. Minyak Zaitun

Minyak yang didapati daripada hasil pemprosesan buah zaitun ini memang terkenal mempunyai pelbagai khasiat. Selain kaya vitamin E dan C, minyak zaitun juga tinggi omega 3 dan omega 6.

Hanya perlu sapukan minyak zaitun ke bahagian selulit lalu urutkan sebentar dan biarkan selama beberapa minit. Gunakan secara teratur untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Tidak hanya sekadar menghilangkan selulit, kulit anda juga akan terasa lebih lembap setelah menggunakan minyak zaitun.

4. Lemon

Salah satu buah dengan kandungan vitamin C yang cukup tinggi ini ternyata boleh menjadi salah satu alternatif untuk menghilangkan selulit. Selain itu, kandungan abrasif yang terdapat dalam lemon dipercayai mampu meresap dan membakar lemak secara berlebihan. Ambil lemon yang berwarna hijau dan belah menjadi dua bahagian. Gosokkan kedua-dua bahagian lemon tersebut secara rata di bahagian selulit hingga kering. Jangan lupa untuk membilasnya menggunakan air panas.

5. Lidah Buaya

Tanaman yang juga dikenal dengan nama Aloe Vera ini terkenal untuk menghitamkan rambut di kalangan wanita. Selain itu, ia memiliki kandungan vitamin A, E dan C yang sangat tinggi sehingga baik untuk meremajakan kulit dan wajah.

Cara menggunakannya juga mudah. Kupas bahagian luar lidah buaya lalu sapukan getahnya ke bahagian selulit secara rata. Jangan lupa untuk melakukan terapi ini setiap hari agar anda boleh mendapatkan hasil yang maksimum.

6. Lobak Merah

Kaya dengan vitamin A, lobak merah juga boleh digunakan untuk menghilangkan selulit secara semula jadi. Kupas lobak merah, potong-potong hingga halus. Campurkan sesendok madu ke dalam adunan lobak merah dan sapu pada bahagian selulit. Biarkan selama dua jam hingga kering lalu bilas dengan air.

7. Tomato

Mudah dan murah, tomato menjadi alternatif untuk menghilangkan selulit pada paha, betis dan punggung. Pelbagai kandungan vitamin yang tinggi pada tomato ini terbukti boleh memperbaiki jaringan kulit yang rosak.


Potong tomato menjadi dua bahagian lalu sapukan secara merata pada bahagian selulit dan urut dengan lembut. Urutan ini berfungsi untuk membantu menangggalkan sel kulit mati dan melancarkan sistem peredaran darah. Lakukan urutan ini beberapa saat sebelum mandi secara rutin.

8. Banyakkan Ambil Makanan Sumber Omega-3

Selulit juga terjadi sebab hormon badan  yang tidak seimbang. Hormon yang seimbang dapat dicapai dengan pengambilan minyak sihat. Minyak semulajadi omega-3 yang membantu mengimbangi hormon dan seterusnya mengurangkan selulit pada badan.

Kacang walnut, kacang pecan, chia seed, tuna dan ikan salmon adalah antara sumber semulajadi yang kaya dengan minyak omega-3. Hah, ikan kembung pun kaya omega-3.


9. Essential Oil

Boleh juga menyapukan minyak kelapa dara, minyak zaitun, atau krim pelembap organik yang boleh dibeli di pasaran.

Jika yang suka minyak aromaterapi atau essential oil, Boleh guna grapefruit, juniper, dan daun rosemary.


10. Cuka Epal

Cuka epal atau apple cider vinegar adalah salah satu cara menghilangkan selulit dengan cepat kerana ia mengandungi mineral, potassium, magnesium, dan kalsium. Elemen-elemen ini adalah penting untuk membuang toksin dan air yang ‘bertakung’ pada bahagian berlemak seperti paha dan perut.

Caranya, sampurkan cuka epal dengan air dengan nisbah 1:2 atau 1:1 (bergantung kepada kulit masing-masing) dan sapukan campuran ini pada bahagian berselulit. Kemudian, balutkan dengan plastic wrap dan letakkan tuala suam di atasnya selama 1 jam. Selepas itu, buka balutan dan bilas dengan air bersih. Lakukan sebanyak sekali sehari sehingga selulit benar-benar hilang., macam kat spa dah kalau buat nih...

11. Banyakkan Minum Air

Amalkan pengambilan air kosong 8 gelas sehari dan pilih sayur dan buah yang mengandungi kandungan air yang banyak seperti tembikai, lobak putih, timun dan tomato.

Sekarang ni memang tengah amalkan buah yang kaya dengan air ni...

Dengan harapan, kandungan air yang banyak dapat menguatkan tisu-tisu penghubung pada kulit di samping dapat mengawal berat badan.


12. Bergerak Aktif dan Bersenam

Aktiviti senaman bukan sahaja meyihatkan badan dan meningkatkan metabolisme, malah ia mengurangkan tekanan pada kulit untuk menghasilkan selulit.

Setakat ni, memang kerap bergerak... sampai lenguh kaki... Tapi selulit tak hilang lagi.. haha


13. Elak Stress dan Pemakanan Seimbang

Tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari dapat memulihkan segala kelesuan pada badan dan menstabilkan hormon. Selain menghalang pembentukan selulit, tidur yang cukup juga dapat mengawal berat badan, mengurangkan stres dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan masalah selulit.

Jom kita buat, supaya selulit tak menghantui...


Sumber: google

18 September 2018

September 18, 2018

6 Jenis Makanan dan Minuman Yang Menyebabkan Tua Sebelum Usia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sumber: Instagram

Tua.. Tak sesiapa ingin kelihatan tua... Kalau boleh nak sentiasa cantik dan kelihatan muda kan... 

Kalau boleh nak sorok umur sebenar di sebalik rias wajah. 

Tapi pernah tak orang teka umur kita.. Dan umur tekaan tu lagi tua dari usia sebenar... 

Terasa kan...

Tapi sebenarnya... Kulit kita akan kelihatan tua sebab dari cara hidup dan pemakanan kita sendiri.. 

Ada 6 Jenis Makanan dan minuman yang boleh mempercepatkan proses penuaan kulit kita... Terutamanya di wajah kita... 

Jika kita ambil secara berlebihan. 

6 Jenis Makanan dan Minuman Yang Menyebabkan Tua Sebelum Usia


1. Minuman bergula

Mempercepatkan kulit berkedut terutama di bahagian dahi. 

2. Makanan berprotein tinggi

Makanan berprotein tinggi seperti telur, daging... Jika diambil berlebihan boleh menyebabkan rambut kita beruban dengan cepat. 

3. Makanan berminyak

Makanan berminyak yang berlebihan akan menyebabkan kedutan di sekitar mata.

4. Minuman bertenaga / isotonik

Jika diambil berlebihan boleh menyebabkan kerapuhan gigi. 

5. Makanan tinggi garam

Seperti jajan, keropok lekor, jika berlebihan menyebabkan kulit kusam. 

6. Minuman beralkohol. 

Yang ni memang haram bagi umat Islam... Tapi kesannya bagi meminum akan menyebabkan kulit kering. 

Jadi, jauhi minuman yang haram bagi umat Islam ya.. 

Dan untuk jenis yang lain kena kawal supaya tak berlebihan. 

Makan ikut piramid makanan lebih baik... 

Amalkan minum air kosong dan kurangkan makanan berminyak, bergaram dan minuman bergula bukan untuk kurus sihat tapi untuk kulit sihat dan awet muda... 

25 Julai 2018

Julai 25, 2018

15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi |Parut satu igauan ngeri terutama bagi wanita.

Rasa macam satu kecacatan bila ada parut.

Parut di muka membuatkan seseorang rasa rendah diri

Tapi jangan risau... Ada petua dan cara untuk hilangkan parut tu...

Tak susah... Guna bahan alami je... Mudah dapat kat sekitar rumah kita je..  Bahkan kat dapur pun ada...

15 Cara Hilangkan Parut Secara Semulajadi
15 Cara Hilangkan Parut Secara Semulajadi

15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi

#1. Lemon

Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit hingga keluar jusnya.
Boleh juga amalkan minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari. Untuk detox dan rawat parut dari dalam.

#2. Kiub Ais

Ambil kiub ais dan oleskan pada parut.
Buat selalu untuk kesan yang lebih cepat.


#3. Madu

Letak sedikit madu pada parut dan urut perlahan-lahan.
Biarkan kering baru dibilas.


#4. Kentang

Hiris kentang mentah dan sapukan pada parut.

#5. Minyak Kelapa

Sebaik sahaja luka kecil terus sembuh, cepat-cepat sapu minyak kelapa. Parut akan mudah hilang.


#6. Minyak Zaitun

Titis sedikit minyak zaitun pada jari dan sapu di parut. Lakukan setiap hari untuk kesan yang segera.


#7. Timun

Seperti kentang, hiris timun dan sapukan jusnya pada parut.


#8. Tomato

Hiris tomato dan tekap pada parut.


#9. Soda Bikarbonat

Ambil lima sudu soda bikarbonat dan campur sedikit air untuk jadikan pes. Sapu pada parut dan lakukan tiga kali seminggu.

#10 Pisang 

Gosok kulit pisang lemak  manis atau kulit pisang kapas setiap hari.

#11 Ubat Gigi

Sapu ubat gigi pada parut setiap hari.

#12 Beras

Ambil sedikit beras, kunyit dan bawang putih, kemudian kisar sehingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Biarkan hingga kering dan gosok di kawasan parut seperti menggunakan skrub.

#13 Bedak Sejuk

Sapu bedak sejuk yang dicampurkan dengan cekur. Amalkan setiap hari sebelum masuk tidur.


#14 Asam Jawa

Ambil biji asam jawa dan goreng tanpa minyak selama 5 minit. Kemudian goreskan di permukaan kasar atau batu. Sapukan serbuknya yang dicampur dengan air dan gosok pada parut.

#15 Kunyit hidup

Sagat kunyit pada lesung batu, dan ambil kunyit yang disagat tadi, sapu pada parut. Amalkan selalu...

Antara semua petua diatas, sapu aleo vera dan kulit pisang tu MF pernah buat.

Nak kata berkesan tu, kena rajin la.. Tapi ini lebih bagus dari guna bahan kimia kan...

Selamat mencuba... dan semoga bermanfaat. 

02 Mei 2018

Mei 02, 2018

8 Cara Mudah Hilangkan Sunburn

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Cara Mudah Hilangkan Sunburn | Minggu lepas, sekolah MF ada pertandingan kawad kaki peringkat sekolah... tiga hari berturut-turut latih pelajar kawad kaki.

Bermula jam 7.30 sampai jam 10 pagi... di tengah padang... fuhh... berpeluh-peluh....

Bab berpeluh takpe lagi...
Tapi...
Lepas hari ketiga, mula nampak dah... waaaa... rasa nak nangis... muka dah burn...

Tak bestnya... sebab tau .. susah nak hilang ni...

Dah la, lama tau jaga muka nak bagi elok ni...

Nak kata muka licin putih takdelah, tapi elok la... Tapi bila dah burn macam ni... huhu.. kusam dan takde seri...

Jadi, kena juga cari petua supaya boleh rawat wajah yang burn ini...

Ada 8 cara mudah untuk rawat muka yang sunburn.

8 Cara Mudah Hilangkan Sunburn


8 Cara Mudah Hilangkan Sunburn 

#1. Losyen/Krim berasaskan Aloe Vera

Gunakan losyen yang mengandung lidah buaya (aloe vera).
Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit dan membantu tubuh menghasilkan sel kulit yang baru.

#2.  Krim hydrocortisone

Gunakan krim hydrocortisone.

Ini dapat mengurangkan radang kulit dan rasa gatal-gatal.

#3. Yogurt

Gunakan yogurt.
Yogurt yang tidak bercampur apa-apa perisa (Plain Yoghurt) membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.

#4. Cuka

Gunakan cuka.
Tuangkan cuka putih atau cuka epal ke atas kertas tisu dan lekatkan pada bahagian kulit yang terkena sunburn.
Ianya menghilangkan rasa perit.

#5. Teh

Gunakan teh hitam atau teh hijau.
Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannins dan komponen lainnya yang yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.

#6. Timun dan Kentang

Gunakan timun dan kentang.
Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.

#7. Baking soda

Gunakan serbuk penaik (baking soda).
Campurkan baking soda dengan cuka, lalu sapukan pada kulit yang terkena sunburn sebelum tidur dan biarkan semalaman.

#8. Oatmeal

Gunakan oatmeal.
Jika bahagian kulit yang terkena sunburn luas, kisar satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan gunakannya untuk mandi.

Rujukan: Siraplimau

Menarik juga petua ni.. semua guna barang semulajadi je... tapi yang MF buat sekarang petua no.1 tu... makan masa la sikit nak pulih... jadi bertabahlah kalau muka sunburn.

25 April 2018

April 25, 2018

9 Kesalahan Mencuci Muka Yang Selalu Kita Buat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


9 Kesalahan Mencuci Muka Yang Selalu Kita Buat | Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Salah satu rutin nak jaga kecantikan wajah ialah mencuci muka. Tapi sebenarnya, dalam nak kekal cantik dengan mencuci muka, banyak kesalahan yang kita buat. Dan kesalahan ini menyebabkan muka bukan bertambah berseri tapi sebaliknya.

9 Kesalahan Mencuci Muka Yang Selalu Kita Buat


9 Kesalahan Mencuci Muka Yang Selalu Kita Buat
Edited from Google images

1. Tidak bersihkan betul-betul

Cara pembersihan yang tidak betul adalah punca pori tersumbat. Kawasan bawah leher, garis rambut dan hidung juga perlu dibersihkan dengan betul.

2. Suhu air yang salah

Suhu air suam amat sesuai untuk mencuci muka. Kata orang, air suam akan membuka liang dan air sejuk akan menutupnya semula. Faktanya adalah liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Ini boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering.

3. Skrub wajah

Jangan gunakan scrub muka terlalu kerap. Dua atau 3 minggu sekali sudah memadai.

4. Salah pilih produk

Ada produk muka yang boleh mengurangkan kelembapan muka. Pembersih muka yang sesuai harus mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap. Produk yang tidak sesuai juga mampu menyebabkan iritasi pada kulit.

5. Guna produk dengan bahan kimia

Elakkan penggunaan produk yang mempunyai bau, pewarna atau bahan kimia. Baca label kandungan bahan dalam produk sebelum membelinya.

6. Beli produk ‘itu-ini’

Elakkan membeli produk yang tidak dikenali. Belilah produk yang mempunyai kandungan bahan natural dan memberi kebaikan kepada kulit anda dalam jangka masa panjang seperti serum.

7. Jangan ‘terlebih’

Mencuci muka 2 kali sehari sudah mencukupi. Dan jangan gunakan terlalu berlebihan.

8. Gosok dengan tuala

Menggosok muka terlalu kuat mengganggu fungsi kulit. Lakukannya secara perlahan-lahan.

9. Tangguh guna pelembap

Selepas cuci muka, sapu serum, secepatnya letakkan pelembap pada muka. Jangan tangguhkan penggunaan kerana melambatkan proses penyerapan pelembap.

Kesalahan yang biasa MF buat ialah yang No.7, rupanya tak boleh lebih cuci muka guna pencuci... Sehari cukup dua kali... selebihnya basuh gitu je... Dan bagi orang Islam... memang selalulah kita cuci muka sebab kita berwuduk... Jadi, insha Allah jika kita jaga kesempurnaan wuduk, pasti berseri wajah kita... insha Allah...

Rujukan: Telegram Channel

29 Mac 2018

Mac 29, 2018

4 Tips Pilih Serum Wajah Supaya Tak Buang Duit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


4 Tips Pilih Serum Wajah Supaya Tak Buang Duit | Bagi yang suka kecantikan macam MF, memang suka dan akan mudah tergoda dengan  iklan nak jadi cantik.

Sejak masuk usia 30 an ni je tahu bab nak cantik... bukan untuk siapa kalau bukan untuk suami dan keyakinan diri sendiri. Tambah MF  sebagai cikgu, tak kan nak selekeh dan kusam je kan... nanti anak murid pun bosan. Tambah lagi, kerja cikgu menyebabkan muka cepat berkedut kalau tak jaga... hehe... 😁

Salah satu cara nak rawat dan jaga kulit ni ialah serum... Apa itu serum... Pernah MF tulis bab serum ni... Tapi dalam dilema pula nak pilih serum yang sesuai dengan kulit. Kalau salah pilih nanti membazir dan buang duit pula.


Jadi, kena tau cara pilih serum yang betul sebelum nak beli... Supaya ianya bermanfaat dan tak buang duit.

4 Tips Pilih Serum Wajah Supaya Tak Buang Duit

4 Tips Pilih Serum Wajah Supaya Tak Buang Duit


1.    Kenali Kulit Wajah

Sebelum membeli serum wajah, kenali terlebih dahulu jenis kulit wajah kita. Apakah kulit wajah kita normal? Berminyak? Kering? Berkerut? Berpotensi untuk timbul bintik hitam? Warna kulit tidak sekata? Kita boleh kenal kulit wajah dengan bercermin secara serata (gunakan kaca yang boleh memperbesar tampilan kulit), atau dengan mengunjungi ahli kecantikan/ menggunakan alat pengesan masalah kulit. Sering kali kulit yang nampak normal tapi berpotensi mengalami bintik/ kerutan di beberapa tahun ke depan.


2. Kenali Keperluan Kulit

Setelah mengetahui keadaan kulit, kita harus mampu memfokuskan manfaat serum yang paling kita perlukan kerana banyaknya jenis serum wajah yang ditawarkan di pasaran. Intensive Radiance Serum dan Intensive Resurfacing Serum diformulasikan untuk mengatasi masalah kulit secara umum dan memelihara kesihatan dan kecantikan kulit wajah.


3. Sesuaikan Budget

Harga serum pada umumnya berkisar dari RM30 hingga capai ratusan ringgit . Masing-masing akan menawarkan manfaat yang positif. Namun demikian, penting bagi kita untuk menyesuaikan dengan kemampuan poket kita. Serum murah belum tentu tak berkualiti. Dan yang mahal pun belum tentu sesuai untuk kulit. Namun demikian, dalam perancangan budget ini, penting untuk kita tau bahawa serum biasanya boleh digunakan untuk jangka waktu 2-3 bulan. Jadi, untuk perawatan wajah dengan harga yang sebegitu kadang berbaloi untuk 3 bulan.

4.    Lakukan Research

Kita boleh mencari info produk serum wajah dan membandingkannya untuk memilih yang paling sesuai dengan keperluan kulit wajah kita. Jangan ragu untuk bertanya pada ahli kecantikan yang mewakili produk serum di pasaran. Boleh juga tanya rakan yang biasa guna serum wajah... Tapi jangan melihat kepada testimonial semata-mata. Dapatkan pengalaman yang betul-betul original dari pengalaman serum bukan penjual yang semata-mata jual.

Jadi, itu kot tips untuk pilih serum... Mudah je... Kena tau la kulit jenis apa... Paling mudah nak kenal kalau kulit berminyak... Sebab nampak shining je... Jadi pilih serun yang sesuai untuk kulit supaya tak membazir...

Semoga bermanfaat...

27 Mac 2018

Mac 27, 2018

5 Kebaikan Pakai Masker Muka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Kebaikan Pakai Masker Muka | Masker muka satu tips kecantikan yang tak boleh ditinggalkan bagi wanita yang berusia... Banyak kebaikan amalkan pakai masker muka ni... Cuma sempat dengan tak je nak pakai masker muka ni.

5 Kebaikan Pakai Masker Muka

5 Kebaikan Pakai Masker Muka

Kebaikan masker muka, mestilah untuk kecantikan. Antara kebaikan yang akan kita dapat bila amalkan pakai masker muka ni, antaranya:

1. Menegangkan kulit wajah

Bagus bagi wanita berusia... Menegangkan kulit wajah dan menjadikan wajah awet muda selalu. 

2. Mengurangkan kedutan

Amalan memakai masker muka akan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada muka. Jadi, bagus amalkan selalu. Jika kita selalu stress memang akan menambahkan kedutan, jadi amalkan pakai masker sebelum tidur untuk mengurangkan kedutan halus ini.

3. Membuang sel kulit mati

Bila kita cuci muka, pencuci muka hanya membersihkan lapisan atas kulit tapi tidak sampai ke dalam. Tapi dengan masker, fungsinya ia akan meresap ke dalam kulit dan membantu membuang sel-sel kulit mati menjadikan kulit wajah kita lebih sihat dan natural.

4. Merawat kulit kusam
Bagi wanita yang tak cukup tidur, sibuk pasti akan menjadikan kulit wajah kusam kan... Jadi, amalkan pakai masker selalu untuk ceriakan wajah dari kulit kusam. 

5. Menanggalkan Bintik hitam dan bintik putih
Ini salah satu kelebihan yang MF suka bila pakai masker, iaitu bintik hitam dan bintik putih akan tertanggal dengan mudah. Kulit jadi bersih dan segar. 

Jenis-jenis Masker

Masker ada banyak jenis... Ada masker buatan sendiri ada yang siap dijual dikedai. Dua-dua ada kelebihan tersendiri. 

5 Kebaikan Pakai Masker Muka
Masker telur putih

Masker buatan sendiri seperti masker yogurt, masker telur putih, masker susu, masker tomato atau masker timun.

5 Kebaikan Pakai Masker Muka

Masker ready made banyak dijual dipasaran dengan fungsi yang tersendiri. 

Berapa kerap nak pakai Masker?

Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke. Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu
Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu
Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu

Tips untuk guna sheet mask

Berhati-hati dengan sheet mask ‘anti-aging’ atau kesan anti-penenuaan sebab ia mengandungi glycolic-acid yang terlalu kuat dan boleh menyebabkan iritasi kulit.

Bagi yang ada masalah jerawat juga tidak boleh memakai sheet mask pada setiap hari. Cukup hanya seminggu sekali bagi mengelakkan masalah jerawat semakin parah, kerana bakteria mudah membiak didalam kulit.

Bagi yang bebas dari masalah jerawat, kegunaan sheet mask setiap hari amat bagus untuk meningkatkan tahap kelembapan kulit dan mempercepatkan daya serapan produk dalam kulit. Pilih mask yang dari sumber seperti ceramides, squalene, asid hyaluronik, minyak dari ekstrak beras (rice bran oil) dan minyak kacang macadamia untuk kesan lembab berpanjangan. Mask yang kaya dengan Vitamin C, niacinamide dan ekstra akar pokok manis (licorice root extract).

Jadi tidak menjadi masalah pun kalau anda hendak memakai sheet mask setiap cuma perhatikan kesesuaian kulit dan produk.

MF sendiri suka masker buatan sendiri terutama masker telur. Sapu telur, kemudian letak tisu muka.. biar sampai kering, lepas tu tarik. Sedap betul masa kena tarik tapi puas sebab nampak bintik-bintik hitam dan putih tertanggal dari kulit kita... lepas bilas, kulit rasa segar aje...

Itu tips kecantikan dari MF untuk semua... semoga bermanfaat.