AFB

Memaparkan catatan dengan label Petua Dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Dapur. Papar semua catatan

17 Julai 2017

Petua Mudah Simpan Halia, Serai, Lengkuas dan Kunyit Supaya Tahan Lama

Petua Mudah Simpan Halia, Serai, Lengkuas dan Kunyit Supaya Tahan Lama

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Petua Simpan Halia, Serai, Lengkuas dan Kunyit Supaya Tahan Lama | Masa raya hari tu masih ada lagi baki halia, serai, lengkuas dan bahan-bahan lain untuk buat rendang. Bahan basah macam ni tak boleh nak beli sikit, sebab kita guna pun tak banyak kan... dalam 2 3 inci je sekali masak... dan tak semua masakan akan guna bahan ni setiap hari...

Bahan basah begini tak kan tahan lama kalau simpan secara biasa dalam peti sejuk. Tapi jangan risau, ada teknik mudah nak bagi bahan ini tahan lama .. bahkan sampai 2 3 bulan tahannya... Tanpa kecut atau busuk... Mak mentua MF la buat ni... Jadi, MF faham rupanya itulah petua nak bagi bahan basah ini tahan lama...

Petua Simpan Halia, Serai, Lengkuas dan Kunyit Supaya Tahan Lama


BAHAN-BAHAN:
Serai
Lengkuas
Kunyit
Halia
Bekas bertutup
Air bersih



CARA-CARA:
1.    Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan  ke dalam bekas.
2.    Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.
3.    Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.

Kredit: Karangkraf.com


Zaman gawat macam ni, kena jimat sehabis mungkin... 

12 Julai 2017

Petua Mudah Asah Mata Pisau Blender!

Petua Mudah Asah Mata Pisau Blender!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Petua Mudah Asah Mata Pisau Blender! | Blender, bila bertahun pakai, lama-lama kita akan perasan mata pisaunya makin tumpul... Nak kisar cili pun ambil masa yang lama... 

Tak kira jenama apa yang canggih pun, tapi kalau selalu guna, lama-lama tumpul juga... 

Jadi, MF nak kongsikan petua mudah untuk tajamkan semula mata pisau blender tanpa modal yang besar pun... 


Cara Tajamkan Semula Mata Pisau Blender

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk garam kasar

CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
2. Keluarkan garam dan bersihkan blender.

Info: Lakukan kaedah ini dua kali dalam sebulan. Hasilnya, pisau blender anda akan semakin tajam dan makanan yang dikisar akan cepat halus tidak seperti sebelumnya. Selamat mencuba!

Kredit: Karangkraf.com

Mudahkan... Jom kita blender garam selalu, jimat tak payah beli garam halus dah... hehe... 2 dalam 1

18 Mei 2017

7 Petua Mudah Untuk Lembutkan Daging Yang Liat!

7 Petua Mudah Untuk Lembutkan Daging Yang Liat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Sejak tinggal kat Johor susah nak dapat daging lembu yang segar.. kebanyakan daging lembu yang dibeku... Tak pun daging import... Nak tak nak beli juga la bila teringin nak makan daging...

Satu masalah bila daging lembu yang kurang segar ni... Dagingnya agak liat berbanding lembu yang baru disembelih... Jadi, makan masa nak rebus...



Jadi, ada beberapa petua lama untuk lembutkan daging yang liat. Antaranya:

A) Daun Nangka

DAUN BERTANGKAI NANGKA

1) Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkan terlebih dahulu.

2) Kemudian, masukkan sahaja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama daging yang hendak direbus


B) Pinang Tua

1) Ambil setengah atau sebiji pinang tua

2) Kupas dan bersihkan

3) Masukkan ke dalam periuk yang untuk dimasak sekali dengan daging


C) Daun Betik

1) Cara ini khas untuk buat sate daging

2) Memula, hiriskan terlebih dahulu daging yang hendak dimasak

3)  Kemudian, lumurkan daging tersebut dengan bahan-bahan perencahnya

4) Bungkus daging tadi dengan daun betik

5) Biarkan dalam satu jam

6) Setelah itu, barulah boleh bakar sate daging tadi dan lihatlah hasilnya nanti.


D) Tebu

mimpi-tebu

1) Sebarang jenis tebu boleh digunakan

2) Buang kulit dan bersihkan

3) Potong tebu tadi secara memanjang seruas-seruas

4) Kalau nak buat daging rendang, masukkan je isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk menyediakan rendang. Kemudian, masaklah sampai rendang daging itu empuk.

5) Kalau nak buat sup daging, rebus isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan untuk mereneh sup. Isi tebu tersebut berfungsi untuk melembutkan daging dan menambahkan lagi keenakkan.

E) Daun Pisang

1) Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu sampai bersih

2) Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi

3) Masukkan terus ke dalam kuali bersama-sama dengan daging yang nak dimasak

F) Buah Keras

isi-buah-keras

1) Tumbuk buah keras sampai lumat.

2) Masukkan ke dalam masakkan seperti gulai daging

Sumber: https://telegram.me/resepimalaysia

Boleh dikatakan semua bahan tu susah juga nak dapat kalau dok kat bandar... Kalau dok kampung ok la kan... Jadi, petua lain biasa MF buat ialah letakkan sudu besi semasa proses merebus daging..

Tapi kaedah sekarang ni lagi mudah iaitu guna pressure cooker... Periuk idaman juga tu... Tapi tunggu la Ada rezeki... Buat masa ni guna la dulu petua lama ni kan...

Tapi kawan MF pernah guna pressure cooker... Katanya memang tak sama dengan cara tradisi... Walaupun cara lama tu ambil masa lama... Tapi keenakkannya lagi terasa berbanding cara moden... Itu kata dia la... Tak Tau la rasa orang lain kan..

Tak dinafikan..cara lama lain rasanya kan... Sambal giling dengan sambal kisar ye lain rasanya kan... Nasi masak dapur kayu tak sama rasa dengan nasi dapur elektrik...

Walaupun ada cara moden jangan tinggalkan terus cara yang lama.. kadangkala ianya berguna... 

10 Mei 2017

Cara Mudah Kupas Bawang Putih!

Cara Mudah Kupas Bawang Putih!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Antara bawang merah dan bawang putih, paling leceh nak bawang putih... Sebab kecil dan satu-satu kan... Tambah lagi leceh tu bila lapisan kulit yang dalam dan nipis tu agak melekat... 

Jadi, inisiatif nya.. kena ada cara mudah untuk kupas bawang putih ni dengan mudah untuk cepatkan proses nak memasak. 

Antara petua mudah... 



Rendam bawang putih dalam air biasa... Air paip... 
Rendam dalam 10-15 minit... 
Lepas tu kupas macam biasa... 
Guna tangan je... Boleh kupas dengan mudah tanpa pisau... 

Ada juga ahli group MAHN, kongsikan.... Cara ni boleh diguna-pakai juga untuk kupas kulit bawang merah... Mengurangkan pedih mata ketika kupas bawang merah... 

Cara lain yang pernah MF Cuba... Masukkan dalam bekas bertutup kemudian goncang hingga kulitnya terlerai Sendiri... 
Cara ni berkesan cuma, bawang putih akan jadi lebam... Jadi kalau nak kisar sesuai guna cara goncang ni.. kalau nak simpan .. cara rendaman tu lebih sesuai.. 

Jadi, kedua petua ni berkesan cuma ikut kesesuaian... 
Semoga dengan petua mudah ni akan memudahkan lagi kerja-kerja di dapur... 

Semoga bermanfaat... 

09 Mac 2017

2 CARA SIMPAN BAWANG MERAH SUPAYA TAK BUSUK

2 CARA SIMPAN BAWANG MERAH SUPAYA TAK BUSUK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



1.    SIMPAN BAWANG DALAM BEKAS TERTUTUP

CARA-CARANYA:
Masukkan bawang yang telah dikupas ke dalam bekas berpenutup. Kemudian simpan di dalam peti sejuk.

Penyimpanan bawang menggunakan cara ini dapat mengekalkan kesegaran bawang. Malah ia juga tidak akan menjadi lembik. Penyimpanan dengan cara seperti ini membuat bawang dapat bertahan selama 1-2 minggu.

2.    SIMPAN BAWANG DALAM BEKAS TERBUKA

CARA-CARANYA:
Isi bawang yang telah dikupas ke dalam bekas yang bersesuaian seperti bakul tapis atau mangkuk plastik. Letakkan di bahagian rak atas peti sejuk.

Cara penyimpanan ini dapat membuat bawang bertahan lebih lama anggaran 2-3 minggu. Namun, kualitinya akan menjadin sedikit berbeza dari cara penyimpanan di dalam bekas tertutup. Bawang akan menjadi agak lembik, sedikit kecut dan tidak rangup namun masih boleh digunakan untuk memasak.

MF MEMANG GUNA 2 CARA DI ATAS UNTUK SIMPAN BAWANG MERAH. BAWANG MERAH TAK SESUAI NAK KISAR SIAP UNTUK MASAK SEBAB NANTI AKAN KELUARKAN AIR DAN BUSUK.. TAK BEST MASAK. JADI KUPAS KULIT DAN SIMPAN JE DALAM BEKAS TERTUTUP.. 

08 Mac 2017

INFO YANG ANDA PATUT TAHU JIKA ANDA SUKA MAKAN IKAN!

INFO YANG ANDA PATUT TAHU JIKA ANDA SUKA MAKAN IKAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ikan adalah feveret anak-anak MF, diorang kurang suka makan ayam. Tapi kalau ikan goreng bertambah-tambah nasi diorang.. Memang suka sangat.. Tak payah susah-susah masak.. goreng garing je dah cukup dah.. 

Memang lain lah.. biasa budak sebaya mereka suka ayam.. tapi mereka lain.. suka makan ikan.. tak kisah ikan apa.. 

Dan sebenarnya ada kelebihan dan khasiat ikan sangat banyak untuk kesihatan kita.. antaranya:


Sumber: google images

Tenggiri (Mackerel)
Kaya dengan omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 - 3 % asid lemak omega 3. Bagaimanapun, kandungan lemak omega-3 berbeza mengikut musim. Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser.

Salmon
Dikatakan spesis kedua kaya dengan omega 3 selepas Tenggiri. Tak pernah rasa lagi ikan ni sebab harganya yang mahal.

Todak (Swordfish)
Meskipun mengandungi omega 3, ia tidak dapat menandingi kandungan omega 3 seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon. 

Ikan Sebelah (Halibut)
Ikan jenis ini juga mengandungi omega 3 yang tinggi, kurang sedikit dari ikan kod. Ada yang memanggil ikan ini ikan sisa nabi di mana ada kisah yang menceritakan bagaimana kedua-dua belah matanya hanya terletak di sebelah kiri, dan warna yang berlainan di antara sisinya, iaitu seorang Nabi pernah memakan ikan ini di sebelah sisinya kemudian mencampakkan ke laut, kemudian ikan ini hidup semula dan jadilah ia ikan separuh badan.

Ikan Kayu/Tongkol (Tuna)
Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.

Ikan Kod (Cod)
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.

Ikan Parang (Wolf-Herring)
Mengandungi omega 3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.

Sardin (Sardine/Pilchard)
Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protin, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.

Layaran (Sailfish)
Ikan Layaran juga antara sumber terbaik omega3.

Siakap (Barramundi)
Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protin dan omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.

Kerapu (Grouper)
Juga kaya dengan omega-3 dan protin.

Ikan Bilis (Anchovies)
Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.

Ikan Mentah
Memakan ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk memelihara kesihatan.

Kesemua jenis ikan di atas adalah ikan yang mahal. Bahkan zaman sekarang ikan kembung pun mendadak naik harga... Banyak faktor harga  ikan naik.. Bagi yang tinggal jauh dari laut lagilah susah nak dapat bekalan ikan segar.. tu sebab banyak makan ayam. Apa pun, makan ikan tak muak.. tapi makan ayam cepat muak kan... Dan susah nak jumpa orang keracunan makan ikan berbanding makan ayam atau daging... itu kelebihan ikan... 

07 Mac 2017

8 Cara Nak Bagi Nasi Jadi Peroi!

8 Cara Nak Bagi Nasi Jadi Peroi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masak nasi nampak senang tapi tak senangjuga sebenarnya...  Nak bagi nasi jadi peroi atau sebijik-sebiji tu... Payah juga la.. Walaupun teknik biasa iaitu sukat guna jari... Tapi kadang tak menjadi...

Kadang kualiti beras juga menjadikan nasi kita jadi lain juga...

Tapi ada 8 Cara untuk jadikan nasi kita jadi peroi dan masak dengan cantik je...


1. SUKAT GUNA CAWAN

Sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan orang menggunakan cawan untuk menyukat beras. Pastikan menggunakan cawan yang sama bagi menyukat jumlah beras dan air. Formula terbaik untuk memasak nasi adalah 2:3 iaitu, 1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air.


2. GEMBUR NASI

Untuk menjadikan nasi yang dimasak jadi lebih elok dan berbutir, digalakkan untuk menggembur nasi sebaik sahaja airnya sudah kering. gemburkan dengan lembut supaya nasi tidak hancur dan tutup semula periuk sehingga nasi benar-benar masak. Teknik ni memang selalu MF buat walaupun masak guna periuk elektrik.


3. 3 KALI BASUH

Untuk menggelakkan nasi menjadi lekas basi adalah dengan membasuh dan bilas beras sebanyak 3 kali. Kurang daripada itu akan menyebabkan kanjinya terlalu banyak dan nasi mudah basi kerana teksturnya cenderung untuk menjadi lembik. Ni petua mak-mak dulu juga... Basuh sampai airnya hampir jernih lagi elok...Dan basuh ikut bilangan ganjil.


4. GUNA JARI HANTU

Untuk menyukat jumlah air yang cukup untuk beras yang dimasak adalah dengan menggunakan ruas jari hantu. selepas beras dibilas, ratakan permukaan beras dan celupkan jari hantu ke dalam air.

Pastikan jari berada di atas permukaan beras dan sukatan air haruslah berada pada satu ruas jari.


5. MASAK ATAS DAPUR

Jika memasak nasi atas dapur, jangan mudah alpa. Menggunakan periuk elektrik sangat mudah kerana suhunya akan berubah sendiri mengikut tetapan yang telah dipilih. Memasak nasi di atas dapur kena lebih peka supaya nasi tidak hangit.

Ketika air mulai kering,  perlahankan sedikit api supaya nasi masak perlahan-lahan tanpa menghangitkannya. Kemudian, gembur nasi dan dibiarkan selama lebih kurang 7-10 minit lagi supaya ia benar-benar kering dan masak dengan sekata.


6. LEBIHAN NASI

Untuk membuat nasi goreng, gunakan nasi yang dimasak dengan tepat. Jika nasi yang digunakan lembik, nasi goreng akan hancur dan tidak sedap.

Jika ada lebihan nasi dan merancang untuk masak pada hari esoknya, simpanlah di dalam peti ais supaya teksturnya menjadi lebih cantik dan sesuai digoreng.


7. MASAK BERAS BASMATHI

Untuk memasak beras basmathi, caranya tidak sama seperti memasak nasi biasa. Gunakan sukatan air dan beras yang sama. Jika guna 3 cawan beras, maka airnya juga 3 cawan.

8. MASAK BERAS PERANG

Teknik memasak beras perang, caranya lain sedikit. Seeloknya beras ini direndam dua jam sebelum dimasak untuk memudahkannya menjadi lembut. Sama seperti beras basmathi, sukatan air juga harus dikurangkan dari kuantiti beras yang digunakan.

Sumber rujukan: Karangkraf.com

Moga teknik ni berguna untuk mereka yang baru nak belajar masak nasi atau nak Upgrade cara memasak nasi supaya nasi masak dengan elok dan cantik... Tak lembik dan tak keras.

Tapi sejak MF guna periuk nasi Tefal ni senang... Kalau terlebih air pun tak lembik... Cuma kena tanak nasi tu lama sikit baru boleh tutup suiz.

Alhamdulillah.. MF anak kampung... Cara tradisional pun MF boleh masak juga iaitu guna dapur kayu, dapur gas ataupun guna cara moden guna periuk elektrik. Cuma pressure cooker je takde... Kalau ada boleh juga cuba masa nasi guna pressure cooker.. 

06 Mac 2017

JANGAN CUCI 3 BAHAN MENTAH INI JIKA NAK SIMPAN DALAM PETI SEJUK!

JANGAN CUCI 3 BAHAN MENTAH INI JIKA NAK SIMPAN DALAM PETI SEJUK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kebanyakan dari kita memang suka beli bahan mentah sebagai stok makanan mingguan. Nak masak senang, tak payah nak ke pasar setiap hari kan.. 


Tapi, kebiasaannya bahannya balik saja dari pasar bahan mentah yang dibeli ini akan segera kita basuh atau disiang sebelum disimpan dalam peti sejuk sebab rasa kotor dan mengotorkan peti sejuk.

Tapi bukan semua elok dicuci, tiga bahan mentah yang selalu kita beli ini sesebenarnya dibersihkan kerana ia hanya akan menyebabkan kuman atau bakteria merebak.

Ayam
Sumber: Google images
Ramai yang difikir bahan ini harus segera dibersihkan selepas dibeli tapi sila jangan lakukan. Apabila kita meletakkan ayam di bawah aliran air ia mencemarkannya dengan bakteria yang ada dalam ayam mentah.

Bakteria yang tidak nampak pada mata kasar kita ini kemudiannya akan merebak pula ke meja, sinki pinggan dan tempat air itu terpercik.

Antara bakteria biasa terdapat pada ayam adalah salmonella yang selalu menjadi punca cirit birit,demam dan sakit perut terutama pada kanak-kanak.

Bakteria yang ada pada ayam ini akan mati apabila dimasak atau dipanaskan pada suhu lepas 165 darjah Celsius.

Cara disarankan, selepas ayam dipotong, letak dalam bekas dan terus simpan dalam tempat sejuk beku.

Telur
Apabila telur dihasilkan oleh ayam ia diselaputi oleh satu lapisan yang akan menghalang bakteria dari mencemari makanan lain. Oleh itu selepas membeli telur atau sebelum dimasak ia tak perlu dibasuh kerana tindakan ini akan membuang lapisan perlindungan semula jadi itu.

Ikan
Seperti ayam, membasuh ikan tidak akan menghapuskan bakteria sebaliknya ia hanya memudahkan lagi bakteria itu mencemari permukaan lain.

WAJIB BASUH

Makanan dalam tin
Sebelum dibuka tin ini yang wajib anda basuh kerana luarannya sudah tercemar dengan bakteria dan kotoran. Jika tidak dibasuh sebaik dibuka, bakteria atau kuman akan memasuki makanan di dalamnya.

Sayur dan buah
Ini wajib dibasuh walaupun ia punya label buah atau sayur organik. Basuh  dengan air paip tapi bukan dengan sabun. Kemudian biarkan kering.
Sumber: Karangkraf.com


Serius MF pun baru tahu.. terutama ikan tu la.. memang siang sebelum bekukan.. tapi rupanya tak bagus ek.. hadoii.. lepas ni kena ubah la cara ni.. tapi kesian pula kat suami... nak kena siang ikan nanti..sebelum memasak..  hmm... 

03 Februari 2017

8 PETUA MUDAH BERSIHKAN PERIUK HANGIT DAN MELEKAT!

8 PETUA MUDAH BERSIHKAN PERIUK HANGIT DAN MELEKAT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Periuk terhangit.. itu biasa... bila mula multitasking kat dapur... takpun.. sambil masak layan Facebook... haha... tapi tak susah mana nak bersihkannya... yang pasti rendamkan dengan air... dan untuk bersihkannya boleh guna 8 petua ini:


Sumber: google images

Baking Soda/Serbuk Penaik
Ambil 1 sudu baking soda, masukkan dalam periuk dan rendam beberapa jam Kesan hangus akan menjadi lembut dan bolehlah dicuci seperti biasa..

Cuka makanan campur Soda Bikarbonat
Rendamkan air secukupnya ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi. Kemudian masukkan secawan cuka. Didihkan Perhatikan kesan hangus akan mula tertanggal. Padamkan api dan campurkan dengan soda bikarbonat. Sental sehingga kerak hangus tertanggal. Tambahkan lagi soda bikarbonat jika perlu. Cara ini sesuai untuk kesan hangus yang nipis seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.

Garam dan Limau
Perahkan beberapa biji limau (ikut besar periuk dan kuali) kemudian campurkan sesudu garam. Biarkan lebih kurang satu jam. Sental dan cuci seperti biasa.

Garam
Didihkan garam bersama dengan bekas yang hangus tadi. Bila mendidih perlahan-lahan kacaukan menggunakan senduk. Perhatikan jika kesan kerak tertanggal teruskan kacau. Jika tidak, biarkan beberapa jam sehingga kesan hangus tertanggal sendiri.

Tomato
Gunakan tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan beberapa biji buah tomato didalam bekas yang hangus tadi. Biarkan semalaman sebelum teruskan kerja menyental dan mencuci.

Minuman berkarbonat
Sesuai untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Rendamkan bekas yang hangus dengan minuman berkarbonat.Biarkan dalam beberapa jam atau semalam untuk kesan yang cepan. Nampak kan... minuman berkarbonat boleh cuci karat, camne lah orang boleh telan minuman ni... nak sental usus agaknya kan... huhu

Cuka
Caranya masukkan air secukupnya kedalam bekas yang hangus. Masukkan secawan cuka dan cuba didihkan dahulu dengan cara mengacau sehingga kerak tertanggal. Jika kesan kerak tidak terlalu serius, selalunya cara ini amat berkesan

Garam Kasar dan Minyak
Selepas memasak, dan ketika periuk masih  panas rendamkan terus ke dalam air. Cuba basuh dan bilas dan cuba tanggalkan kerak hangus seboleh mungkin. Ambil segenggam garam kasar  dan ratakan keseluruhan permukaan dalam kuali dan periuk sambil menyental lagi sehingga kerak hangus tertanggal. Bilas dan lap sehingga kering. Panaskan semula kuali dan periuk tersebut seketika. Kemudian sapukan minyak ke bahagian dalam kuali dan periuk menggunakan berus.

Kredit: Karangkraf.com

23 Disember 2016

CARA POTONG BAWANG MEMPENGARUHI KEENAKAN MASAKAN

CARA POTONG BAWANG MEMPENGARUHI KEENAKAN MASAKAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF suka layan program masakan... antara yang suka sangat layan , kalau dulu Chef Wan... kalau buat kek dan kuih Chef Ismail... tapi sekarang ni suka tengok cara Chef Ammar... 

Sebenarnya, bukan belajar resepi je... tapi teknik memasak tu yang penting.. sebab kesedapan makanan tu bergantung kepada teknik memasak... Resepi yang sama tapi rasa yang berlainan kerana masing-masing ada teknik memasak yang lain. 

Salah satu yang MF perhatikan... bila memasak.. kebanyakan chef suka potong bawang cara potong dadu... MF tak tahu kenapa... pada awalnya hanya sekadar tengok.. kemudian MF cuba praktikkan potong bawang bentuk dadu.. terutama bawang merah atau bawang besar untuk menumis. 



Ini kaedah ni, kalau waktu MF malas nak menumbuk la ni.. Bawang besar atau bawang merah potong dadu dan bawang putih pula MF ketuk dulu kemudian baru racikkan halus-halus.. 

Rupanya, memang mempengaruhi walaupun sekadar cara potong bawang dalam masakan kita... memang rasa lain.. masak tumis sayur air pun boleh rasa lain sedap dia tu... 

Baru MF tahu kenapa chef suka guna teknik potong dadu tu kalau nak tumis bawang... dan satu lagi teknik... panaskan minyak menumis, jangan terlalu panas.. dan tumis hingga naik bau sahaja bukan sehingga garing.. ini teknik dan petua MF banyak belajar dari rancangan masakan. 

Selain tu, kalau Chef Ammar dia selalu pesan apa... amalkan zikir dan selawat ketika memasak... ikhlas memasak dari hati dan dari iman.. insha Allah masakan kita jadi sedap.. walaupun sekadar telur dadar je.. 

Kalau nak rasa kelainan boleh la mencuba.. 

19 September 2016

11 Zikir Amalan Ketika Memasak Untuk Bentuk Keluarga Bahagia!

11 Zikir Amalan Ketika Memasak Untuk Bentuk Keluarga Bahagia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Masakan sedap bukan sahaja terletak kepada teknik dan bahan serta cara memasak. Tetapi unsur kerohaniaan yang diterapkan ketika memasak boleh menjadikan satu-satu masakan itu sedap. Ini sekaligus dapat membentuk peribadi ahli keluarga, 


Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu atau bapa yang suka memasak untuk keluarganya. Jangan tak tahu, ada lelaki/suami yang hobinya memasak. memang untuk isterinya... 



  1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak. Solat sunat apa pun tak kisah, asalkan yang bersesuaian la... seperti solat sunat hajat, solat sunat Dhuha, atau paling kurang solat sunat wuduk.

  2. Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

  3. Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl  ayat 96  yang bermaksud “Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

  4. Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya."

  5. Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya". Mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

  6. Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3  yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus."

  7. Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah  137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

  8. Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

  9. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

  10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

  11. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Sumber rujukan: Karangkraf.com


Memasak dengan keikhlasan insha Allah pasti sedap... Nak mudah amalkan zikir ni.. print dan tampal di dapur. Ataupun masa memasak, pasanglah zikir-zikir lazim atau zikir munajat.. insha Allah, jika telinga sentiasa mendengar zikir, lama-kelamaan lidah akan terbiasa mengikut.. Jom... kita amalkan bersama dalam usaha membentuk keluarga bahagia. 

18 Ogos 2016

17 Ogos 2016

02 Ogos 2016

Petua Hilangkan Kesan Teh dan Kopi Pada Bekas Minuman!

Petua Hilangkan Kesan Teh dan Kopi Pada Bekas Minuman!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Petua menarik nak dikongsikan... 

Bagi penggemar minum kopi dan teh, pasti pernah alami perkara ni. Kesan karat pada bekas minuman plastik atau seramik yang susah nak dihilangkan. Tapi dengan petua ni, Insha Allah... kesan tu dapat dihilangkan dengan mudah dan bekas minuman kita seperti baharu. 


Bahan-bahannya:
1. Baking soda
2. Pencuci pinggan mangkuk
3. Cuka

Cara-caranya:
1. Ambil mug atau cawan yang terpalit kotoran degil itu ke dalam sinki.
2. Masukkan 1 sudu baking soda ke dalam bekas berkenaan.
3. Tambahkan satu hingga dua titik pencuci pinggan ke dalam bekas yang sama.
4. Isikan sedikit cuka
5. Tambahkan dengan air panas/air panas
6. Skrub atau sental cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan.
Sumber: Karangkraf.com

Mudah bukan... MF pun baru tahu petua ni... Nak cuba juga nanti... Tapi MF ni biasa guna mug kaca kalau bancuh air panas..terutama teh atau kopi.. Jarang guna bekas plastik... Bukan apa, untuk keselamatan dan kesihatan. Cawan plastik yang selamat ialah yang bebas BPA... Tapi kalau yang biasa beli dan jual kat kedai plastik biasa tu, kebanyakannya bukan bebas BPA... biasa kita cari yang BPA untuk botol susu anak je kan.. Tapi kita pun kena biasakan dengan bahan bebas BPA.

Kenapa pentingnya menggunakan bahan bebas BPA??? Baca >>>SINI<<< untuk maklumat lanjut.

03 Julai 2016

5 Cara Mudah Elakkan Ketupat Palas Cepat Basi!

5 Cara Mudah Elakkan Ketupat Palas Cepat Basi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ketupat palas, mesti orang fikir ketupat yang tak tahan lama kan... sebab utama diperbuat daripada pulut dan campuran santan, keduanya proses memasaknya ialah dengan merebus... Jadi, orang fikir ketupat ni tak tahan lama... 

Tapi, jangan tak tahu, ketupat palas resepi Mak MF boleh tahan 5-7 hari... Haaa.. apa rahsianya??? 

Ini lah yang MF nak kongsikan... 

Sumber: google images

Cara untuk elakkan ketupat palas cepat basi:

1. Basuh beras pulut bersih sebersihnya... Basuh dengan air paip yang mengalir hingga air beras tu warna jernih... Tiada lagi warna keladak atau warna putih.

2. Perah santan kepala dengan air suam... lepas perah, terus guna dan jangan simpan... Guna santan segar lebih baik dari santan segera. Tapi MF pernah buat guna santan kotak jenama M&S, alhamdulillah, tahan juga ketupatnya dalam 2 hari gitu. 

3. Ikat atau simpulkan kepala ketupat palas sekuat yang mungkin untuk elakkan air masuk semasa merebus. 

4. Rebus hingga air betul-betul kering... sebab tu masa merebus dalam periuk, lapik periuk dengan daun-daun palas yang tak digunakan, untuk elakkan ketupat hangus...

5. Selepas rebus, terus angkat dan toskan hingga kering... Biarkan terdedah dengan udara dan kering sendiri... Tak perlu nak masukkan dalam microvawe pula. 

Inilah 5 petua/cara mudah untuk elakkan ketupat palas cepat basi... MF boleh kongsikan bab ketupat palas je la.. ketupat nasi MF tak expert sangat... tapi rasanya, sama je caranya, rebus lama dan toskan selepas direbus.

Ketupat palas boleh dipanaskan jika nak makan panas, iaitu panaskan dengan cara mengukus dalam periuk pengukus... Insha Allah, boleh tahan lama juga. 

23 April 2016

Kenali 4 Jenis Cili Kering!

Kenali 4 Jenis Cili Kering!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jom... kenali jenis cili kering. Mudah untuk kenal pasti cili kering mana yang pedas dan kurang pedas.



1. CILI KERING BERKILAT

Sifatnya:
-Lurus
-Berkilat
-Banyak biji
-Tidak bertangkai
-Warna merah menyala

> Tahap kepedasan: Sangat pedas!
> Mudah di dapati di mana-mana kerana murah
> Tidak sesuai untuk menu "Masakan Panas"





2. CILI KERING GEMUK

Sifatnya:
-Gemuk
-Berkilat
-Kurang biji
-Pendek
-Warna merah hitam sedikit

> Tahap kepedasan: Tidak pedas!
> Susah didapati kerana mahal
> Paling sesuai untuk semua jenis masakan terutama masakan berkonsepkan SAMBAL seperti NASI LEMAK
> Banyak di jual di Pantai Timur




3. CILI KERING KERITING

Sifatnya:
-Berkedut dan kecut
-Bertangkai
-Banyak biji
-Warna merah gelap

> Tahap kepedasan: Kurang pedas!
> Mudah di dapati di mana-mana kerana murah
> Sangat sesuai untuk semua jenis masakan




4. CILI KERING PAPRIKA

Sifatnya:
-Lurus
-Berkilat
-Banyak biji
-bertangkai
-Warna merah menyala
-Sangat kecil 
-Dari cili api

> Tahap kepedasan: Pedas jika tidak di beli dalam keadaan serbuk seperti jenama alagapas dan adabi. Kalau serbuk dah campur dengan gula dan ia menjadi manis.
> Sukar di dapati kecuali dalam bentuk serbuk
> Sesuai untuk masakan kari atau berkuah seperti tomyam
sumber: Facebook


MF suka yang jenis pertama... berkilat dan pedas. Cara nak kurangkan kepedasan dan lebih sedap cili kering ialah dengan menambahkan gula melaka, ataupun air asam jawa. 

04 Mac 2016

9 Petua Tercekik Tulang Ikan!

9 Petua Tercekik Tulang Ikan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bila makan ikan, risiko nak tercekik tulang tinggi kecuali makan isi ikan... Masa kecil dulu, MF pernah tercekik tulang ikan bilis je.. fobia betul rasa... Tapi di kampung tak susah bila tercekik tulang ikan... Banyak petua tradisional digunakan untuk melegakan kesakitan akibat tercekik tulang ikan. 

Antara petua mudah yang MF pernah buat dan lalui apabila tercekik tulang ikan. 

1. Telan Nasi Kepal
Ini petua popular dan mudah nak buat... Kepal nasi dan telan terus tanpa kunyah.. Insha Allah, kalau tulang tu tak tersangkut kuat pada tekak, mudah je lepas dengan nasi tu.

2. Minum Air Tudung Periuk Yang Dijampi
Petua ni pelik, tapi memang MF pernah buat. Arwah tok MF bagi minum air tudung periuk yang dijampi.. Tak tahu la dia baca apa.. Yang MF tahu dia baca Bismillah je... 

3. Minum Air Rendaman Mata Kail
Ni pun petua keluarga MF, mata kail gergasi yang pusaka arwah tok wan MF... Memang kalau tercekik tulang, ambil mata kail tu rendam dalam air dalam 5 minit, dan minum. Insha Allah dengan izin Allah, lega la sakit akibat tercekik tulang ikan tu. 

4. Minum Air Banyak-banyak
Petua selalu buat, minum air banyak-banyak.. Tapi petua ni tak mujarab mana la sebab air kan bersifat cecair. Jadi, hanya berkesan bagi tulang ikan yang tak tersangkit kuat pada tekak. 

Antara petua lain yang MF dapat dari internet:

5. Makan pisang tanpa kunyah... Kupas dan terus telan.

6. Ambil air, masuk dalam senduk, selawat 3 kali dan minum dalam 1 nafas. 

7. Celup jari dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari yang ada madu tu.. Insha Allah, tulang akan keluar katanya. 

8. Ambil 1 sudu cuka dan terus minum... Kalau terasa lagi kat tekak, minum lagi satu sudu dan jika masih rasa kepal nasi dan telan. 

9. Doa
Amalan dan petua lain... iaitu kembali kepada Allah dengan amalkan doa ini:


Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku” (Surah Isra’ : Ayat 80)

Bacakan al-Fatihah dan doa ini sambil mengurut bahagian halkum atau bahagian yang tertusuk duri/tulang. Ulang sebanyak 3 kali sehingga 7 kali bacaan. Boleh juga dibacakan pada air dan minum... Lakukan secara istiqomah. Usahalah...nak sembuh ke tidak atas izin Allah jua.... InsyaAllah.


Itulah petua-petua melayu lama dan moden untuk legakan kesakitan akibat tercekik tulang ikan... Memang fobia bila tercekik tulang ni kan... Jadi, jika berlaku lagi, boleh gunakan petua ini... MOga bermanfaat...

05 Februari 2016

6 Makanan Ini Berbahaya Jika Dipanaskan Semula!

6 Makanan Ini Berbahaya Jika Dipanaskan Semula!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lebihan masakan, sayang kalau nak dibuang... Jadi simpan dalam peti sejuk untuk dipanaskan semula... Tapi, awas, 6 makanan ni agak berbahaya jika selalu amalkan untuk dipanaskan semula... 

Sumber: google images

CENDAWAN
Makanan ini sebaiknya dimakan sejurus selepas dimasak. Jika ada baki hidangan cendawan adalah lebih dimakan sejuk tanpa perlu dipanaskan semula. Ini termasuk untuk cendawan yang dijadikan sup. Memanaskan kembali hidangan cendawan boleh menyebabkan perubahan komposisi atau kandungan protein dan rasanya. Ini boleh menyumbang pada masalah pencernaan dan kehilangan khasiat.

AYAM
Sama seperti cendawan, memanaskannya semula boleh menyebabkan perubahan komposisi atau kandungan protein. Tidak digalakkan memanaskan daging pada suhu tinggi terutama sekali ayam yang mengandungi lebih banyak protein dari daging merah. Jika mahu memanaskannya gunakan suhu rendah dan masa lebih lama. Macam panaskan rendang atau serunding. Itulah seni memasak orang tua kita dulu!

KENTANG
Kentang adalah sumber makanan penuh nutrisi dan sebaiknya tidak dipanaskan semula kerana akan menyebabkan kehilangan khasiatnya. Jadi makan hidangan berasas kentang selepas dimasak.

BAYAM, SELERI & UBI BIT
Tiga makanan ini adalah sayur yang penuh dengan unsue nitrat. Tapi bila dipanaskan semula ia berpotensi menjadi unsur karsinogenik yang tidak baik untuk tubuh. Makan hidangan ini selepas dimasak, habiskan atau jika ada lebih tak perlu panaskan, makan dalam keadaan sejuk. Tak sedap dah kalau panaskan semula pun kan...

TELUR
Ia lebih kepada hidangan telur rebus dan goreng. Tapi memang jarang orang nak panaskan balik dua hidangan ini kan. Pemanasan hidangan telur pada suhu tinggi untuk kali kedua akan menyebabkan telur kehilangan khasiat.

NASI
Sehingga kini ia dipertikaikan kerana jadi kebiasaan kita memanaskan semula nasi atau menggoreng kembali lebihan nasi, dan tindakan ini tidak pula menjejaskan kesihatan. Tapi perlu diingat memanaskan nasi yang telah terdedah lama boleh mendedahkan ia pada bakteria. Inilah yang menyebabkan punca sakit perut. Boleh saja menggunakan kembali lebihan nasi asalkan kita menyimpannya dengan baik.
Sumber: Karangkraf

Biasanya, MF masak ngam bagi habis... Kalau masak pagi, bajet untuk habis sampai malam... Malam terus cuci kuali periuk semua... Esok masak lain... Biasa kalau tak habis, ialah bila tak terancang... contoh masak pagi, tengah hari petang keluar rumah jenjalan... malam tak makan... Tapi kalau tak habis pun tak simpan dalam peti... Biar aje dalam periuk atau kuali tertutup... Pagi-pagi terus panaskan... Makanan dipanaskan semula memang kurang sedap sebab khasiatnya pun dah kurang. 

16 September 2015

15 September 2015

10 Gadjet Di Dapur Yang Patut Dimiliki Oleh Suri Rumah!

10 Gadjet Di Dapur Yang Patut Dimiliki Oleh Suri Rumah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Zaman teknologi canggih, segalanya diciptakan untuk mudahkan kerja manusia. Ini termaasuklah gadjet untuk suri rumah. Memudahkan kerja-kerja di dapur. Memang teruja kalau anda tengok... Rasa macam nak beli je semua... Memang menarik.. Tapi jangan tanya kat mana nak beli.. Namun, anda boleh tengok kat web Lazada atau Rakuten atau mana-mana web shop yang jual barangan dapur.

Jom lihat 10 Gadjet Di Dapur Yang Patut Dimiliki Oleh Suri Rumah!

Cover pemotong bawang. Tak perlu risau takut kuku calar lagi



Pemegang bawang. Dapat potong bawang dengan mudah, dan dapat potong bawang sama lebar.



Pemotong kek. Pasti kes sama saiz je... Adil dan saksama... Sesuai guna masa sambut birthday party.



Teruja lihat.. mudah sangat nih... memang seronok la buat kentang goreng hari-hari..



Mudah potong pisang ni.. sama ada nak buat pengat atau penghias kek pisang... sama saiz je lebarnya.

Ni pun best... mudahnya kerja.. kalau nak buat bubur jagung tu tak perlu nak masam muka lagi.

Yang ni best... kalau tak silap kat lazada ada jual ni.


Yang ni memang buat MF teruja. Senang betul.. tak payah nak angkat-angkat.

Penutup jajan ni pun bagus. Senang nak Simpan dan tak masuk angin. Tapi pernah orang guna semula botol plastik. Konsepnya sama macam ni juga.



Ini memang best kan.. Spray je.

Sumber: Karangkraf


Teruja tengok kan... Paling menarik spray lemon dan penutup jajan tuh... Seronoknya kalau dapat beli semua gadjet nih kan...