26 Mac 2017

Today is Purple Day | Pakai Baju Ungu Hari Ini Tanda Sokongan Kepada Pesakit Sawan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Today is Purple Day | Pakai Baju Ungu Hari Ini Tanda Sokongan Kepada Pesakit Sawan! | Hari ni adalah hari purple rupanya... Terbaca kat Google Plus la tadi, rupanya hari ni adalah hari purple sedunia... 


Kenapa purple???

Hari Ungu atau Purple Day adalah hari bersejarah yang dicipta oleh Cassidy Megan pada tahun 2008. Purple Day dicipta untuk memberi motivasi kepada dirinya supaya kuat melawan penyakit Epilepsy. Matlamat Cassidy adalah untuk mendapatkan orang bercakap mengenai epilepsi dalam usaha untuk menghapuskan mitos dan memaklumkan mereka yang mempunyai sawan bahawa mereka tidak keseorangan.

Pada tahun 2009, Anita Kaufmann Foundation and Epilepsy Association of Nova Scotia  berpangkalan di New York bergabung untuk melancarkan Hari Ungu di peringkat antarabangsa. Sebagai penaja global Hari Ungu, kedua-dua organisasi komited untuk bekerjasama dengan individu dan organisasi di seluruh dunia untuk menggalakkan kesedaran epilepsi.

Usaha-usaha gabungan AKF dan EANS telah membawa kepada penglibatan pelbagai organisasi, sekolah, perniagaan, ahli politik dan selebriti seluruh perkataan. Pada 26 Mac, 2009, lebih 100,000 pelajar, 95 tempat kerja dan 116 ahli-ahli politik mengambil bahagian dalam Hari Ungu. Penaja utama juga membangunkan bahan pemasaran dan media disediakan untuk muat turun percuma.



Pengenalan Kepada Penyakit Epilepsi

Epilepsi (epilepsy) adalah satu daripada gangguan otak pertama yang dapat dijelaskan dan dinyatakan sejak zaman Babylon purba lebih daripada 3000 tahun yang lampau. Perkataan epilepsi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud serangan. Epilepsi merupakan masalah gangguan fungsi otak pada sel saraf ataupun sel neuron tertentu yang menyebabkan otak tidak berfungsi dengan baik. Bagi pesakit epilepsi, aktiviti sel-sel neuron terganggu dan ini menyebabkan gangguan pada deria rasa, emosi dan kelakuan ataupun kadang kala sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri. Semasa berlakunya sawan, impuls daripada neuron dapat meningkat sehingga 500 kali dalam satu saat lebih laju daripada biasa di mana kadar normal 80 kali sesaat. 
Pada sesetengah penghidap penyakit ini, ia hanya berlaku sekali sekala dan pada sebahagian yang lain ia dapat meningkat sehingga ratusan kali sehari. Lebih kurang 2 juta rakyat Amerika Syarikat, 1 nisbah 100 mengalami sawan tanpa sebab ataupun didiagnosis sebagai epilepsi. Lebih kurang 8 peratus daripadanya yang didiagnos dengan epilepsi. Ianya dapat diawasi dengan perubatan moden dan pembedahan. Walau bagaimanapun 20 peratus daripada pesakit epilepsi mengalami sawan berulang walaupun menerima rawatan terbaik. Doktor memanggil keadaan ini sebagai keadaan sawan yang tidak dapat dikesan. Tidak semua yang mengalami sawan didiagnos sebagai pesakit epilepsi tetapi hanya apabila individu itu mengalami sawan dua kali ataupun lebih, ianya dianggap epilepsi. 
Epilepsi bukan sejenis penyakit berjangkit dan tidak disebabkan oleh penyakit mental ataupun terencat akal. Sesetengah pesakit yang mengalami terencat akal mungkin ada pengalaman sawan. Ramai orang yang mengalami epilepsi mempunyai kecerdasan normal ataupun lebih tinggi. Kadangkala sawan menyebabkan kerosakan otak apabila berkeadaan teruk. Namun tidak banyak sawan yang memberi kesan merbahaya kepada otak. Sebarang perubahan yang berlaku biasanya sukar difahami dan ianya tidak jelas walaupun perubahan-perubahan ini disebabkan oleh sawan itu sendiri ataupun disebabkan oleh perkara lain. 
Walaupun epilepsi sukar diubati, bagi sesetengah individu ia hilang begitu saja. Ada kajian mendapati kanak-kanak yang mengalami epilepsi yang tidak diketahui puncanya mempunyai 68 hingga 92 peratus untuk sembuh sepenuhnya selepas 20 tahun didiagnos. Kemungkinan sihat sepenuhnya adalah agak sukar bagi orang dewasa ataupun kanak-kanak yang mengalami sindrom epilepsi yang teruk. Namun ia dapat diubati dengan menggunakan teknik perubatan yang moden ataupun pembedahan epilepsi. 
Epilepsi adalah satu gangguan yang berpunca daripada banyak sebab. Apa sahaja yang menganggu aktiviti normal neuron sama ada berpunca daripada penyakit, kerosakan pada otak, perkembangan otak yang tidak normal dapat menyebabkan berlakunya sawan. Epilepsi berlaku berpunca daripada impuls otak yang tidak normal, iaitu ketidakseimbangan dalam penghantaran isyarat pada sel saraf yang dikenali sebagai penghantar impuls saraf ataupun gabungan daripada faktor-faktor yang lain. 
Para pengkaji berpendapat pesakit epilepsi pada tahap serius mengalami pencetusan penghantaran impuls saraf yang meningkatkan aktiviti neuron. Manakala pesakit epilepsi pada tahap rendah mengalami penghalang penghantar impuls saraf yang mengurangkan aktiviti neuron pada otak. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan epilepsi. 
Kajian paling popular yang dilakukan bagi penyakit epilepsi adalah gama-aminobutyric acid (GABA) yang menjadi penghalang penghantaran impuls saraf. Kajian ini mengkaji cara sejenis ubat dapat memberi tindak balas pada penghantaran impuls saraf otak dan cara otak bertindak balas . Selain daripada itu mereka juga mengkaji pencetusan penghantaran impuls saraf seperti glutamate. 
Kajian pada haiwan menunjukkan otak berterusan menyesuaikan diri dengan perubahan pada rangsangan dan perubahan kecil pada aktiviti neuron. Apabila ianya berulang berkemungkinan membawa kepada epilepsi mendadak. Para penyelidik membuat penyelidikan sama ada fenomena yang dipanggil penularan ini juga berlaku kepada manusia. 
Dalam kebanyakan kes, epilepsi juga mungkin terjadi daripada perubahan yang bukan daripada sel neuron otak yang dinamakan glia. Sel ini menyelaras kandungan bahan kimia dalam otak yang dapat memberi kesan kepada isyarat neuron. 
Lebih kurang separuh daripada semua kes sawan tidak diketahui sebabnya. Walau bagaimanapun dalam kes-kes lain, sawan secara jelasnya berkaitan dengan jangkitan, kecederaan ataupun lain-lain masalah yang dapat dikenal pasti. 
Kajian menunjukkan faktor genetik adalah faktor yang paling penting berlakunya epilepsi. Beberapa jenis epilepsi dikesan di mana terdapat keabnormalan dalam jenis gen tertentu. Kebanyakan jenis epilepsi cenderung terjadi kepada ahli keluarga, di mana gen mempengaruhi epilepsi. Lebih 500 jenis genetik yang diketahui membawa kepada epilepsi. 
Gen juga mungkin dikawal oleh aspek-aspek lain dalam badan yang bertindak balas pada ubat-ubatan dan setiap orang mudah terkena sawan. Keabnormalan pada gen yang mengawal pemindahan neuron pada peringkat kritikal dalam perkembangan otak dapat membentuk neuron-neuron yang abnormal ataupun dplasiais di dalam otak yang menyebabkan epilepsi. 
Bagi sesetengah kes, gen menyebabkan berlakunya sawan, walaupun bagi mereka yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengalami gangguan sawan. Individu ini mungkin mempunyai satu keabnormalan yang baru ataupun mutasi di dalam epilepsi yang berkaitan dengan gen.
-Sumber: Majalah Sains-

Jadi sebagai tanda sokongan dan memberi semangat kepada pesakit sawan, salah satunya kita sebarkan kempen kesedaran dan sokongan penyakit epilepsi dan juga menyokong kempen ini dengan memakai baju ungu hari ini... MF baru teringat pasal ni... Balik ni nak pakai baju ungu la... sebagai tanda sokongan... Moga pesakit sawan ni cepat sembuh dan kuat menghadapi dugaan hidup... Penyakit sawan ni bukan penyakit biasa, ada yang boleh disembuhkan ada yang berlarutan hingga dewasa... Jadi sesiapa yang pernah berhadapan dengan pesakit ini tahu lah kan... kesan penyakit ni.. sangat berbahaya, bahkan boleh sebabkan kematian dan kecacatan kekal. 

Bagi bayi dan kanak-kanak yang demam mudah kena sawan... Sebab tu bila demam pastikan demam dikawal dan paling utama basahkan kepala anak sentiasa... supaya suhu tinggi tak sampai ke saraf kepala. 

Sumber rujukan: purpleday.com
Sumber gambar: google images

24 Mac 2017

Cara Baca Tekanan Darah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Setiap orang pasti pernah kena periksa tekanan darah. Hatta kita demam, pergi klinik atau hospital, mesti akan diperiksa tekanan darah kita.. Setiap kali bacaan darah diambil, mesti doktor akan tulis dua nombor, atas dan bawah... owh.. kadang doktor tulis, yang atas tinggi, bawah macam ok sikit tapi paras jaga-jaga... ada kan macam tu...

Jadi, macam mana nak baca tekanan darah tu??? Apa maksud nombor atas bawah tu???

Jom faham, cara tekanan darah kita dibaca...

 

Jadi, faham dah kan.. MF pun dah faham, cara darah kita dibaca oleh doktor.. takde la terpinga-pinga lagi.. 


Info Grafik ini dibawakan oleh: MedikTV

23 Mac 2017

30 Cara mudah Jimatkan Air!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak pindah ke Johor bajet untuk bil air dan elektrik berubah... Berubah banyak... Kalau bil api masih boleh bajet lagi... Tapi bila air tak dapat nak bajet sangat.. sebab katanya tarif bil air meningkat di Johor.. tak tau la kan.. tapi sekarang ni.. kami bayar bil air setiap bulan mesti lebih RM50... Kalau dulu, RM50 tu adalah bajet bil air dan api masa kami dok di KL. jauh beza kan...

Tapi tetap usaha untuk jimatkan air supaya tak dikira membazir dan melambung bil air...



Jadi, ada beberapa tips mudah untuk kita amalkan bagi menjimatkan air..

Tandas

  • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memlih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
  • Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
  • Sentiasa  melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
  • Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air bewarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.


Bilik Mandi

  • Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
  • Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
  • Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
Sinki

  • Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
  • Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.


Taman

  • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
  • Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
  • Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
  • Sentiasa memeriksa dan meugubah suai pemercik mengikut cuaca.
  • Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
  • Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
  • Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
  • Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
  • Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.


Dapur

  • Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
  • Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
  • Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
  • Cuci sayur- sayuran, buah- buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
  • Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.


Garaj

  • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan pengunaan salur getah.
  • Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.


Cara-Cara Menjimatkan Air

  • Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
  • Sentisa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
  • Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
  • Galakkan aktiviti- aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
  • Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
  • Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, ditaman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.
Sumber: FOMCA

Itu antara langkah mudah nak jimatkan air... Kadang orang tak faham cara menjimatkan air ni... Tu yang dikatakan pengotor dan sebagainya. Selagi boleh jimat kita jimatkanlah kan... Sebab membazir itu amalan syaitan...

22 Mac 2017

Betul Ke Ada Istilah Bercinta #TillJannah???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bercinta hingga ke syurga... Betulkah istilah ini... Betulkah kita akan jumpa suami kita semula di syurga nanti??? Dan kalau lelaki atau perempuan yang belum kahwin akan berkahwin di syurga... Betul ke???

Pertanyaan ini sebenarnya mewakili setiap pasangan yang memang cinta #tilljannah. Menjadi kemusykilan sama ada mereka akan berjumpa dengan pasangannya atau sebaliknya.


sumber: google image

Ini jawapan daripada Imam Muawwidz Al-Ansori Dzulkefly. Ikuti perkongsiannya.

Bismillahir rahmannir rahim,
Terima kasih kerana bertanya, saya menjawab dengan membawakan ayat Al-Quran, hadis dan juga pandangan ulama'
1. “Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan.” (QS. Az Zuhruf: 70) 
Jika seorang wanita meninggal sebelum dia sempat menikah dengan seorang lelaki maka Allah lah yang menikahkannya kelak di surga dengan seorang lelaki dunia, sebagaimana sabda Rasulullah SAW 
2. ”Tidaklah ada di syurga seorang bujang.” (HR. Muslim). 
3. Al-Syeikh Ibnu Utsaimin mengatakan bahawa jika seorang wanita belum menikah di dunia maka Allah SWT yang menikahkannya dengan seseorang yang menyedapkan pandangan matanya di syurga. Kenikmatan di syurga tidaklah terbatas untuk kaum lelaki akan tetapi untuk kaum lelaki dan wanita dan diantara kenikmatan itu adalah pernikahan. Demikian halnya dengan seorang wanita yang meninggal dalam keadaan sudah dicerai.

Demikian pula terhadap seorang wanita yang suaminya tidak masuk syurga. Syeikh Ibnu Utsaimin mengatakan bahawa seorang wanita yang masuk syurga dan belum menikah atau suaminya tidak termasuk ke dalam ahli syurga maka jika wanita itu masuk syurga dan di syurga terdapat lelaki dunia yang belum menikah maka seorang dari merekalah yang menikahinya.

Adapun seorang wanita yang meninggal setelah menikah dan dia termasuk ahli syurga maka di syurga dia akan bersama suaminya yang menikahinya saat meninggalnya.

Adapun seorang wanita yang ditinggal suaminya terlebih dahulu kemudian ia tidak menikah lagi setelahnya hingga dia meninggal dunia maka wanita itu akan menjadi isterinya di syurga.

Adapun seorang wanita yang ditinggal suaminya terlebih dahulu kemudian ia menikah lagi setelah itu maka wanita itu menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir walaupun wanita itu pernah menikah dengan beberapa lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah saw, ”Seorang isteri untuk suaminya yang terakhir.” (Silsilatu al Ahadits ash Shahihah Lil Albani)
Semoga ia menjawab..
Wallahualam.. 

Jadi faham lah sekarang... Nak bercinta till jannah kan... Kena la usaha sama-sama ke Jannah... Jangan sebut je bercinta hingga ke syurga.. rumahku syurgaku tapi amalan dan perangai macam nak ke neraka je... Sama-sama beringat!!! 

21 Februari 2017

13 KISAH BURUNG MENURUT AL-QURAN

13 KISAH BURUNG MENURUT AL-QURAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Baru-baru ni berlaku fenomena burung purple menyerang Facebook... dah reda sikit dah sekarang... MF takde lah terjebak dengan burung tu... Takde faedah rasanya... Dan sekarang ni lagilah tak layan icon pelik-pelik sebab dah uninstall facebook dan guna Facebook Lite yang lebih ringan.. maklumlah handphone tua dah kan.. Smartphone ni kalau lebih 3 tahun kira tua dah tu... Tak kan tukar atau beli smartphone lain selagi boleh guna yang tu.. walaupun dah retak seribu dah screen belakang tu.. 


Sumber: Google images

Ok.. Back to our topic... Disebabkan burung tu jadi viral.. MF nak kongsikan artikel menarik iaitu kisah burung yang terdapat dalam al-Quran... 

Jom baca..


# KISAH 1
Burung adalah makhluk ciptaan Allah. 

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. tiadalah kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan." [Surah 6 Al-An’am: 38] 

Sebahagian Mufassirin menafsirkan Al-Kitab itu dengan Luh Mahfudz dengan erti bahawa nasib semua makhluk itu sudah dituliskan (ditetapkan) dalam Luh Mahfudz. Dan ada pula yang menafsirkannya dengan Al-Quran dengan erti: dalam Al-Quran itu telah ada pokok-pokok agama, norma-norma, hukum-hukum, hikmah-hikmah dan pimpinan untuk kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat, dan kebahagiaan makhluk pada umumnya.

# KISAH 2
Burung terbang dengan izin Allah.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman." [Surah 16 An-Nahl:79] 

Maksudnya: "Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha melihat segala sesuatu." [Surah 67 Al-Mulk: 19] 


# KISAH 3
Bilakah Burung Bertasbih Memuji Allah?


Burung bertasbih dengan mengembangkan sayapnya. Subhanallah ! Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan." [Surah 24 An-Nuur: 41] 

# KISAH 4
Burung bertasbih bersama Nabi Daud.

Maksudnya: "Dan telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. dan Kamilah yang melakukannya." [Surah 21 Al-Anbiyaa’: 79]

Maksudnya: (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", [Surah 34 Saba’: 10]

# KISAH 5
Belajar dari burung gagak.

Maksudnya: "Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil: "Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?" Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal." [Surah 5 Al-Maidah : 31] 

Dipahami dari ayat Ini bahawa manusia banyak pula mengambil pelajaran dari alam dan jangan segan-segan mengambil pelajaran dari yang lebih rendah tingkatan pengetahuannya.

# KISAH 6
Hidup setelah mati.

Maksudnya: "Dan (Ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera." dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." [Surah 2 Al-Baqarah: 260] 

# KISAH 7
Nabi Isa menciptakan burung dari tanah.

Maksudnya: "Dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israil (yang Berkata kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; Kemudian aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah;" [Surah 3 Ali Imran: 49] 

Maksudnya:  "Dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan izin-Ku." [Surah 5 Al-Maidah:110] 

# KISAH 8
Burung dalam mimpi.

Maksudnya: "Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda. berkatalah salah seorang diantara keduanya: "Sesungguhnya aku bermimpi, bahwa aku memeras anggur." dan yang lainnya berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi, bahwa aku membawa roti di atas kepalaku, sebahagiannya dimakan burung." berikanlah kepada kami ta'birnya; Sesungguhnya kami memandang kamu termasuk orang-orang yang pandai (mena'birkan mimpi)." [Surah 12 Yusuf:36] 

Menurut riwayat dua orang pemuda itu adalah pelayan-pelayan raja; seorang pelayan yang menguruskan minuman raja dan yang seorang lagi tukang buat roti.

Maksudnya: "Hai kedua penghuni penjara: "Adapun salah seorang diantara kamu berdua, akan memberi minuman tuannya dengan khamar; adapun yang seorang lagi maka ia akan disalib, lalu burung memakan sebahagian dari kepalanya. Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya (kepadaku)." [Surah Yusuf: 41] 

# KISAH 9
Burung; Nabi Daud dan Sulaiman.

Maksudnya: "Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: "Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata". Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan)."  [Surah An-Naml: 16-17] 

Nabi Sulaiman menggantikan kenabian dan kerajaan nabi Daud 'alaihissalam serta mewarisi ilmu pengetahuannya dan Kitab Zabur yang diturunkan kepadanya.

Maksudnya: "Dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. masing-masingnya amat taat kepada Allah." [Surah 38 Shaad: 19] 

# KISAH 10
Hud-hud burung yang beriman.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan dia (Nabi Sulaiman) memeriksa burung-burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat hud-hud (sejenis burung pelatuk), apakah dia termasuk yang tidak hadir. Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang". Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: "Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita (ratu Balqis) yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, Agar mereka tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Allah, tiada Tuhan yang disembah kecuali Dia, Tuhan yang mempunyai 'Arsy yang besar". Berkata Sulaiman: "Akan kami lihat, apa kamu benar, ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta. Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu jatuhkan kepada mereka, Kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan" [Surah 27 An-Naml: 20-28] 

# KISAH 11
Jatuh disambar burung.

Maksudnya: "Dan barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh." [Surah 22 Al-Hajj: 31]

# KISAH 12
Burung pelempar batu.

Maksudnya: "Dan dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar," [Surah 105 Al-Fiil: 3-4]

# KISAH 13
Daging burung makanan penghuni Surga.

Maksudnya: "Dan daging burung dari apa yang mereka (penghuni surga) inginkan." [Surah 56 Al-Waqi’ah: 21] 

Semoga Allah memberi kita nikmat makan daging burung di dunia dan di akhirat. Amiiin! Susah nak dapat makan daging burung ni... Pernah MF mengidam nak makan burung puyuh... punyalah susah nak dapat... ALhamdulillah.. rezeki juga.. dapat makan masa bulan Ramadhan.