Memaparkan catatan dengan label Peringatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peringatan. Papar semua catatan

01 Disember 2018

Disember 01, 2018

27 TANDA KITA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

27 TANDA KITA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA | Koreksi diri... adakah kita ada diantara tanda ini?

Jika ada, sudah tiba masa untuk taubat segera...

kerana ... menjadi hamba dunia... buruk padahnya di akhirat sana,


tanda jadi hamba dunia

Antara tanda kita telah jadi hamba dunia.


1. Anda tidak bersiap-siap ketika waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an kerana Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

maksud istidraj
sumber: google images


12. Anda merancangkan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk bekerjaya.

14. Anda memiliki rakan-rakan yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat pentingkan dengan penampilan luaran Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera menyambung buat kerja.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

16 November 2018

November 16, 2018

Kenapa dalam neraka ramai wanita?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kenapa dalam neraka ramai wanita? | Ini bukan tuduhan tapi fakta berdasarkan Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w:

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim)


Bukan takde kaum lelaki masuk neraka, tapi masalahnya lagi ramai wanita dari lelaki di neraka.

Ustaz kata, orang perempuan ni, nak masuk syurga pun senang, tapi nak masuk neraka pun senang juga.

Kenapa dalam neraka ramai wanita? 

Kenapa dalam neraka ramai wanita?
Kenapa dalam neraka ramai wanita? 


Kenapakah Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa ramai ahli neraka adalah terdiri daripada golongan wanita?


Apakah kesalahan golongan ini yang menjadikan penghuni Neraka majoritinya adalah wanita? Berikut merupakan beberapa sebab kesalahan wanita tersebut;


#1 – Tidak Mentaati Suami

Seorang isteri yang mengingkari segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya.

Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri adalah bersyukur dengan nikmat setiap rezeki yang dibawa balik oleh suaminya.

Allah s.w.t juga tidak akan memandang golongan isteri seumpama ini, seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w;

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (Hadis Riwayat Nasaie)

Bahkan golongan wanita seperti ni adalah mereka yang sangat gemarkan kemewahan dan perhiasan yang yang berharga, berjenama dan cantik-cantik.

#2 – Derhaka Kepada Suami

Derhaka yang dimaksudkan terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu;

#1- Derhaka dengan ucapan.


  • Derhaka dalam bentuk ucapan adalah dengan berkata-kata yang menyakitkan dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya.

#2- Derhaka dengan perbuatan.


  • Memenuhi permintaan suami tapi dengan wajah yang tidak senang atau lambat mendatangi suaminya.


  • Isteri tidak mahu melayani keperluan batin suaminya, bermasam muka ketika melayani suami, menghindari suami ketika hendak disentuh, mengalang suami daripada mendatanginya dan perkara-perkara lain seumpamanya.


  • Isteri keluar rumah tanpa izin suaminya walaupun mengunjungi orang tuanya.
  • Isteri enggan untuk bersafar (melakukan perjalanan) bersama suaminya, mengkhianati suami dan hartanya, menerima tetamu tanpa izin suaminya menunjukkan aurat selain daripada suaminya.


  • Isteri enggan mencantikkan diri untuk suaminya sedangkan suaminya menginginkan hal itu.


  • Berjalan di tempat umum tanpa mahram, berbicara dengan lemah lembut dengan lelaki yang bukan mahramnya, puasa sunat tanpa kebenaran suaminya dan lain-lain lagi.


#3- Derhaka dengan ucapan dan perbuatan.


  • Seorang isteri juga menceritakan perihal suami yang tidak disukai oleh suami kepada rakan atau keluarganya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak, sehingga menjatuhkan pandangan buruk terhadap suaminya itu.


  • Meminta cerai tanpa sebab syarie atau mendakwa dirinya telah dianiaya atau dizalimi suaminya.




#3 – Mengingkari Suami

Daripada Abdullah bin Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakanlah istighfar iaitu memohon ampun kepada Allah s.w.t. Ini kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menghuni neraka.”


Lalu seorang wanita di antara mereka bangkit bertanya kepada Nabi;
“Wahai Rasulullah s.a.w, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”


Baginda s.a.w bersabda;
“Ini kerana kamu banyak mengingkari perintah suami. Maka aku tidak pernah melihat mereka yang kekurangan akal dan agama melainkan daripada golongan kamu.”

Wanita itu bertanya lagi;
“Wahai Rasulullah s.a.w, Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita adalah sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Adapun yang dimaksudkan dengan kekurangan agama adalah wanita yang tidak mendirikan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan disebabkan kedatangan haid.”


Selain itu, wanita sering derhaka pada suaminya juga suka membantah dan hanya mahu menegakkan pendapatnya tanpa memikirkan perasaan suaminya.


#4 – Bertabarruj


Tabarruj ialah seorang wanita yang  suka menampakkan keindahan perhiasannya serta batasan yang wajib ditutupnya dari pandangan lelaki bukan mahramnya.

Allah s.w.t telah melarang hal ini dalam firman-Nya yang bermaksud;

“Dan tinggallah kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu bertabarruj dengan tabarrujnya orang-orang jahiliyyah pertama dahulu.” (Surah al-Ahzab:33)


Terdapat sabda Rasulullah s.a.w tentang golongan wanita yang berpakaian tapi hakikatnya bertelanjang dengan pakaian mereka yang nipis, ketat dan tidak menutup aurat.

Mereka adalah golongan wanita yang suka dan gembira dengan menampakkan perhiasan mereka itu.

Padahal perbuatan seperti ini secara tidak langsung turut menyeret kaum lelaki ke dalam Neraka. Rasulullah sendiri menyatakan di dalam hadis yang sahih bahawa;

“Fitnah yang paling besar yang paling ditakutkan atas kaum lelaki adalah fitnahnya wanita.”

Oleh itu, hanya wanita yang bijaksana yang sentiasa mahu bertaubat kepada Allah s.w.t akan sentiasa memohon maaf dan keredaan daripada suaminya atas segala kesalahan yang dilakukannya.

Bahkan, akan sentiasa berusaha dan berazam untuk mencintai dan mentaati suaminya itu. Rasulullah s.a.w pernah menerangkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka.


Cara Untuk Menyelamatkan Dari Azab Neraka buat Kaum Wanita

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya, Baginda pun bangkit dan mendatangi kaum wanita lalu mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda;

“Bersedekahlah kamu semua, kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Jahanam!”

Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya dan dia pun bertanya;

“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab;
“Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu kufur terhadap suami!” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, bersedekahlah sebagai salah satu jalan untuk menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka.

Saling bermaafanlah antara suami isteri dan tutuplah aurat dengan sempurna. Semoga Allah s.w.t menyelamatkan kita semua dari azab api neraka, Amin.

Wahai kaum lelaki, sayangi dan selamatkanlah wanita-wanita kita dari api neraka Allah swt yang ramai penghuninya adalah wanita.

Semoga bermanfaat.

09 November 2018

November 09, 2018

CARA MUDAH NAK TAUBAT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


CARA MUDAH NAK TAUBAT! | Taubat, maknanya minta ampun dengan Allah. Menyesal sebab buat dosa.

Tak payah nak tunggu buat dosa besar baru nak taubat. Dosa kecil pun kalau dibiarkan lama, nanti boleh jadi bertambah dan besar.

Jadi, kalau kita sentap, terasa dan rasa nak berubah dan bertaubat.. segerakan... jangan tangguh sebab mati pun takde tangguh-tangguh...

Ada orang tanya, macam mana nak taubat...

Taubat ni mudah... dosa kita direct dengan Allah, jadi secara direct tanpa wayar juga kita mohon Allah ampunkan dosa kita.

Cara nak taubat mudah sahaja... Yang penting, ianya betul datang dari lubuk hati kita... tanda penyesalan kita dengan dosa kita.


CARA MUDAH NAK TAUBAT!

Beristighfarlah...

Istighfar kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita

Istighfar memiliki dua makna.

Pertama, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal’adzim,
bererti kita minta ampun kepada Allah,
minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi segala aib kita.

Semakin kerap kita beristighfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa.
Allah sangat menyukai hambanya yang suka beristighfar.

Kerana tidak ada satu pun antara kita yang terlepas dari melakukan dosa,
maka istighfar adalah kewajipan dan keperluan bagi kita agar Allah mengampuni dosa kita,
memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.



Kedua setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal’adzim,
bererti kita minta kepada Allah, mohon agar Allah memperbaiki hidup kita dengan menguatkan akidah kita,
memberi kita nikmat dalam ibadah yang khusyuk dan menjadikan akhlak yang mulia.

Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristighfar kepada Allah,
maka Allah memudahkan saat ia sulit,
Allah gembirakan saat ia sedih dan
Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga.”

Kemudian, di dalam al-Quran surah Nuh ayat 10, 11,dan 12, Allah s.w.t berfirman, maksudnya

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu,
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.
Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,
dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”.

Jadi, adalah kewajipan bagi kita sebagai hambaNya, perlu sentiasa beristighfar.

Rasulullah s.a.w tidak akan bangun dari tempat tidur baginda kecuali setelah beristighfar sebanyak 70 kali, dalam hadis lain menyebut sebanyak 100 kali.

Walaupun Rasulullah maksum,
bebas daripada dosa,
dijamin masuk syurga tapi begitu hebat istighfarnya kepada Allah..
apatah lagi kita yang banyak dosa.

Beristighfarlah kepada Allah,
nescaya Allah akan permudahkan urusan kita,
mengurniakan generasi yang soleh dan memberikan kehidupan yang sejahtera kepada kita. InsyaAllah

Kredit: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI

Jadi, mudahnya nak taubat... mulakan dengan istighfar... 
lazimi dengan lidah kita... 
bila nampak maksiat, nampak dosa atau kita sendiri buat dosa, segeralah beristighfar. 

Ibarat kata.. baju kena kuah kari, cepat-cepat kita basuh, 
supaya kuah tu tak melekat terus kat baju kita yang menyebabkan baju kita susah nak disental. 

Kalau kita biarkan baju dengan kuah kari tu kering melekat kat baju, 
kena guna sabun yang power untuk sental kan. 

Macam tu lah dosa kita ni.. 
Bila kita biarkan dosa kita yang kecil, 
lama-lama hati kita susah dah nak disental... 

Jadi, istighfarlah sentiasa.. kerana kita kadang tak sedar buat dosa.

Peringatan buat diri sendiri dan semua... 

Semoga kita sentiasa mendapat keampunan Allah.

22 Oktober 2018

Oktober 22, 2018

Sebab Parking Je Pun

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sebab Parking Je Pun | Parking kereta pun jadi masalah di Malaysia.


Isu parking kenderaan terutama kereta sering menimbulkan pergaduhan.

Ada kereta suka parking di belakang kereta orang sehingga orang yang hendak keluar terpaksa menunggu lama di dalam kereta.

Ada kereta yang suka ambil parking terlebih sehinggakan kereta lain tidak boleh parking.

Ada kereta yang menunggu lama untuk parking tup-tup ada kereta lain tiba-tiba menjelma entah dari mana ambil parking.

Ada kereta yang dah tau orang menunggu lama untuk parking, dia buat lambat-lambat masukkan barang dan berjalan hantar troli pun relax-relax aje seolah-olah kereta yang menunggu itu tidak wujud.

Begitu juga dengan motorsikal, boleh menyelit-yelit parking di antara kereta. Dan yang paling "kesian" apabila motorsikal parking di kawasan parking kereta sedangkan parking motorsikal sudah tersedia.

Namun ada juga insan-insan yang baik.

Apabila dia hendak keluar dari parking, dia bagi insyarat kepada pemandu yang lain menandakan itu kereta dia dan jika mahu silakan.

Ada juga yang yang memberi isyarat dia tak nak keluar lagi apabila dia tengok pemandu lain sedang "aim" parking dia.

Ada juga yang sengaja membukakan "lock" kereta memberi isyarat bahawa dia nak keluar apabila dia tertengok pemandu-pemandu lain berpusu-pusu mencari tempat parking.

Inilah isu parking yang boleh mengundang amarah jika di salah lakukan. Sebagai seorang yang di beri oleh tuhan akal fikiran yang waras, kita perlu menggambil cakna isu hati orang lain.

Jangan pandang remeh isu yang kecil kerana isu yang kecil ini boleh membawa kepada pergaduhan.

Parkinglah dengan berhemah.

Parking di kawasan yang di sediakan. Letakkan kenderaan kita di kawasan yang sepatutnya.

Jangan kita parking di tempat OKU jika kita bukan OKU.

Jangan kita parking di tempat keluarga jika kita hanya datang berdua dan semua yang ada di dalam kenderaan kita itu dewasa.

Jangan parking di kawasan ruang perempuan jika anda lelaki.

Jangan parking di belakang kereta orang sehingga orang sukar untuk keluar.

Jika hendak keluar parking, andai ketika itu kita lihat ada pemandu yang sedang mencari tempat parking, bagilah mereka isyarat menandakan kita hendak keluar.

Ingatlah Allah sentiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)

Kepada pemandu yang melihat kebaikan kawan kita memberi kita ruang untuk parking jangan lupa ucapkan terima kasih atau bagi isyarat hon sebagai ucapan terima kasih.

Senangkan? Untuk menjadikan negara kita negara yang maju selari dengan negara-negara maju yang lain, kita perlu "majukan" akhlak kita dahulu.

Kemajuan negara selari dengan budi pekerti yang baik, itulah yang TERBAIK.

Peringatan mesra ini adalah dari Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

Jangan sebab Parking Je kita bergaduh dan bermasam muka...

Jaga akhlak dan jangan pentingkan diri sendiri...

Parking biar masuk petak parking... Parking di tempat disediakan.

Kalau pergi masjid... Jangan menyusahkan orang lain sebab Parking di tempat tak sepatutnya. Elok nak dapat pahala... Nanti jadi dosa...

Sama-sama kita beringat...

Bagi isteri... Ingatkan suami yang memandu... Didik diri...

Ingat... Perkara yang baik satu sedekah.. Mungkin kita nampak remeh... Tapi pahalanya mungkin membantu memasukkan kita ke syurga Allah... 😊

Ok.. Happy working semua... 😊

23 Mei 2018

Mei 23, 2018

8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan! | Isu aurat, ramai lagi yang buat remeh temeh...

Ada juga yang kaitkan dengan orang lain...

"Alah.. tu isteri dia tu tak pakai pun."

"Ala.. aku tak pakai tudung pun, bukannya aku orang jahat."

"Aku tak tutup aurat je, tapi solat puasa semua aku buat."

Ini sebahagian jawapan yang kita terima bila disuruh tutup aurat.

Paling dahsyat, orang yang tak tutup aurat bila disuruh tutup aurat dia akan kata:
"kubur asing-asing kot."

Huh!... Susah juga nak sekolahlah orang pasal aurat ni... tambah-tambah kalau dah jadi isteri orang, mak orang, bapak orang kan...

Tapi, jangan jemu seru, dakwah... supaya menutup aurat...

Seruan menutup aurat ni bukan kita yang suruh, tapi Allah... Rasul yang suruh... dan ulamak yang menjelaskan.

Buktinya??? Ada tercatat dalam al-Quran dan hadis...

Ini 8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!

8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!
8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!

8 Dalil Kukuh Tentang Aurat Yang Tak Boleh Dipertikaikan!

#1. Surah al-Ahzab : Ayat 59

“Wahai Muhammad! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [Surah Al-Ahzab (33):59].

#2. Sabda Rasulullah, Hadis Riwayat Abu Dawud

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

#3. Surah an-Nur : ayat 31

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
[Surah an-Nur, ayat 31]

#4. Sabda Rasulullah s.a.w , Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

#5. Sabda Rasulullah s.a.w , Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” [Hadis riwayat Muslim dan Bukhari]

#6 Perintah memakai seluar di bahagian dalam kain ketika menaiki kenderaan.

“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya).” [Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245]

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

#7 Surah al-A'raf : ayat 26

 “Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” (Al-A’raf : 26)

#8 Surah an-Nur : ayat 31

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (An-Nur; 31).

jadi, atas alasan apa lagi tak nak pakai pakaian yang menutup aurat tu?

Nak tarik perhatian lelaki untuk apa?

Lelaki yang mudah tergoda dan tertarik dengan rupa paras wanita yang tidak menutup aurat itu bukanlah lelaki yang baik. Lelaki yang baik dia akan pelihara pandangannya dari melihat yang haram baginya.

Allah Ta’ala berfirman,

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

”Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’” (QS. An-Nur [24] : 30).

Jadikan bulan ramadhan ini, bulan untuk berubah kepada yang lebih baik.

Kalau bukan ramadhan kali ni, bila lagi?

16 Mei 2018

Mei 16, 2018

15 Panduan Untuk Persiapan Puasa Esok

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


15 Panduan Untuk Persiapan Puasa Esok | Insha Allah... Esok, jika dipanjangkan umur, kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan.

Bulan Ramadhan ni semua orang dok tunggu...

Ada yang suka Ramadhan sebab ada tarawih, ada juga sebab banyak juadah.. Yang pasti anak-anak suka ramadhan sebab nak raya... Hehe..

Bila nak puasa, apa persiapan kita?

Kalau suri rumah biasanya akan fikir juadah lah... Tapi kalau kaum Adam pula, apa persiapan depa?

Dalam buat persiapan nak puasa kena ada panduan... Silap persiapan boleh datangkan sia-sia...

Jom ikuti beberapa panduan ini dalam membuat persiapan nak puasa...

15 Panduan Untuk Persiapan Puasa Esok

15 Panduan Untuk Persiapan Puasa Esok

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium seperti makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypothalamus (otak dalam otak).

Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. hypothalamus yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypothalamus. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar......

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru-laru berair. DONGENG.

Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tak basah.

5. Selepas mandi, sebelum pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yang diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lepas tu sembahyang terawih solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yang gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Makan selepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yang kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk  kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Selepas itu bangun pukul 3 untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dengan renjis air sejuk dengan hujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik-baik sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak untuk elak cepat basi. Lebihkan masak masa masak malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam.

13. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

14. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypothalamus. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

15. Tidur qailullah ( 1 jam sebelum zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jangan kupas kulitnya (alamak, pernah buat ni). Kurma terbaik ada 4 jenis ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari 8 jam

Sebelum sampai Ramadhan, berazam untuk berlatih untuk tingkatkan ibadah dengan latihan pra Ramadhan.

Kredit: Bahagian Dakwah JAKIM

Menarik sangat fakta ni... Siap ada bukti saintifik...

Bagus info ni kalau kita kongsi kan dengan anak-anak murid atau anak kita sendiri... Sebagai galakkan dan semangat supaya mereka tahu banyak manfaat puasa yang Allah perintahkan..

Semoga bermanfaat...

Selamat berpuasa semua... 

11 Mei 2018

Mei 11, 2018

Jangan Lepaskan 3 Perkara Ini Dalam Hidup!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Jangan Lepaskan 3 Perkara Ini Dalam Hidup!

Luqman Al hakim memesan kepada anaknya wahai anakku jangan sesekali melepaskan tiga perkara ini:

1- makan makanan yang paling sedap
2- tidur di tempat yang paling selesa
3- dan tinggal di tempat yang paling baik 

Anaknya pun menjawab: " kita kan orang fakir, bagaimana dapat aku lakukan semua ini?  "



Lukman pun menjawab:

1. Apabila engkau makan hanya bila engkau lapar, maka makanan itu akan menjadi makanan yang paling sedap,

2. Jika engkau kerja keras tanpa mengharap belas kasihan orang lain dan tidak berdendam dengan sesiapa, maka engkau akan merasa tidur di tempat yang paling selesa,

3. Jika engkau telah tunaikan hak tuhanmu dan hak manusia, dan melayan manusia dengan baik, engkau akan diingati dalam hati mereka, maka dengan ini engkau telah tinggal di tempat yang paling baik.

Subhanallah..

Patut dinamakan Luqman Al-hakim
Sangat hikmah beliau berpesan kepada anaknya..

Kredit: Telegram Channel

08 Mei 2018

Mei 08, 2018

TAZKIRAH: LA TAHZAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

TAZKIRAH:  LA TAHZAN


LA TAHZAN

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf a.s, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim a.s, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus a.s, yang terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub a.s, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah r.a, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

LA TAHZAN



7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam a.s, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yang perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yang hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bilamana brrhadapan dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UNTUK SEGALA-GALANYA YA RAHMAN..

Kredit: Telegram Channel


Bukan mudah nak sampai teguran dan dakwah terutama di akhir zaman ni... Bahkan lebih mencabar di media sosial seperti blog dan facebook... kerana orang yang membaca tulisan kita boleh tafsirkan dengan pelbagai makna. 

Bertabahlah wahai hati... 
kali ini engkau difitnah lagi... 
moga ada hikmah yang tersembunyi...
untuk menguatkan hati sanubari... 
yang penting hati kau sentiasa meyakini, 
bahawa Allah sentiasa di sisi....

La Tahzan... Innallahama'na

21 April 2018

April 21, 2018

Hati-hati Ada CCTV! 😎

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Betapa takutnya manusia dengan CCTV... Tak percaya cuba tengok kat jalan yang ada AES. Dari jauh dah brek dan perlahankan kenderaan. lepas je AES terus tekan minyak macam pelesit.

Tapi dalam tak sedar, ada CCTV yang lebih besar dan hebat dari AES.. Bahkan tak kan "rosak" atau "lost memory". Itulah CCTV Allah yang Maha Melihat.


*Tuhan Yang Maha Melihat*


إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58(
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Melihat. [an-Nisa’ : 58]


وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (265(
Allah melihat apa yang kalian lakukan. [Al-Baqarah : 265]


إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ (19(
Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. [Al-Mulk : 19]


Shaikh Abdul Razzak al-‘Abbad menyatakan di dalam Fiqh al-Asma’ al-Husna bahawa nama Allah al-Basir disebutkan dalam al-Quran lebih daripada 40 kali.

Imam Ibn al-Qayyim menyebutkan dalam Thariq al-Hijratain:

البصير الذي لكمال بصره يرى تفاصيل خلق الذرة الصغيرة وأعضائها ولحمها ودمها ومخها وعروقها ويرى دبيبها على الصخرة الصماء في الليلة الظلماء ويرى ما تحت الأرضين السبع كما يرى ما فوق السموات السبع
Al-Bashir: Iaitu yang sempurna penglihatanNya. Dia melihat perincian makhluk kecil sebesar zarah daripada anggota tubuh badannya, dagingnya, darahnya, otaknya,uratnya. Dia juga Melihat haiwan yang merangkak di padang pasir pada waktu malam yang gelap. Dia Melihat apa yang ada di bawah tujuh lapisan bumi dan Dia Melihat apa yang ada di atas tujuh lapisan langit.

Dengan keimanan yang kukuh berkaitan sifat Allah yang Maha Melihat, manusia akan terhindar atau dapat meminimumkan daripada melakukan maksiat di khalayak ramai atau ketika bersendirian.

Apabila keimanan bahawa Allah Maha Melihat itu *tidak kukuh*, maka kita akan jadi seperti dalam hadis di bawah:

عَنْ ثَوْبَانَ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , أَنَّهُ قَالَ ” لَأَعْلَمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِي يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ , بِيضًا , فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَبَاءً مَنْثُورًا ” , قَالَ ثَوْبَانُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , صِفْهُمْ لَنَا , جَلِّهِمْ لَنَا أَنْ لَا نَكُونَ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَا نَعْلَمُ , قَالَ : ” أَمَا إِنَّهُمْ إِخْوَانُكُمْ وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ وَيَأْخُذُونَ مِنَ اللَّيْلِ كَمَا تَأْخُذُونَ , وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ انْتَهَكُوهَا
Tsauban radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Sekelompok manusia daripada umatku akan dikenali kerana mereka datang pada hari Kiamat dengan kebaikan yang umpama gunung Tihamah. Lalu Allah menjadikan (kebaikan mereka itu) debu-debu yang berterbangan. Tsauban berkata: Wahai Rasulullah, ceritakan ciri-ciri mereka kepada kami agar kami tidak termasuk dalam kalangan mereka tanpa kami sedari.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: Mereka itu adalah saudara kamu, daripada jenis kamu. Mereka mengambil mengambil waktu malam (sebagai waktu beribadah) sebagaimana kamu mengambil waktu malam (untuk beribadah padanya). Tetapi, mereka adalah kelompok manusia yang bersunyi-sunyi dengan perkara yang Allah haramkan lalu mereka pun melakukan perkara yang haram itu. [Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhud, hadis no: 4245, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

Keyakinan yang teguh ini akan membawa kepada tahap keimanan yang tinggi iaitu Ehsan. Apakah itu ehsan?

Malaikat Jibril ‘alaihissalam pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

قَالَ : مَا الْإِحْسَانُ ؟ قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
Apakah itu Ehsan? Baginda menjawab: Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Jika tidak dapat melihatNya, sesungguhnya Dia Melihat Engkau. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 50]

Kredit : #alkahficenter via Telegram Channel 

26 Disember 2017

Disember 26, 2017

10 TIPS ELAK MENJADI MANGSA SCAMMER

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 TIPS ELAK MENJADI MANGSA SCAMMER | Zaman makin canggih, makin canggih juga orang nak menipu. Jika zaman dulu, pukau adalah jenis penipuan yang dikira paling canggih dah zaman P.Ramlee ... Tapi zaman sekarang dengan kecanggihan teknologi internet makin banyak orang menipu.

Penipu paling canggih zaman sekarang dinamakan Scammer... Apa pun, dari mengelak dari jadi mangsa penipuan scammer yang cerdik, kita kena cerdik juga untuk kenali scammer dan cara mengelak dari kena tipu.


10 TIPS ELAK MENJADI MANGSA SCAMMER

10 TIPS ELAK MENJADI MANGSA SCAMMER

1. Jangan jawab panggilan daripada nombor telefon dari luar negara yang tidak dikenali, melainkan nombor tersebut adalah senarai kenalan anda.

2. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau pun nombor TAC anda kepada pihak yang tidak dikenali. Jika pihak tersebut meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan online anda, lebih baik anda tamatkan sahaja panggilan tersebut.

3. Jika anda menerima panggilan daripada bank atau pihak penguatkuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang melibatkan anda, catat butiran daripada pihak yang menghubungi anda dan maklumkan kepada mereka yang anda tidak dapat bercakap pada waktu tersebut dan akan menghubungi mereka semula. Bertenang dan jangan panik. Semak nombor telefon bank anda atau pihak penguatkuasa undang-undang di laman web rasmi mereka seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Alternatif lain, anda boleh ke pejabat mereka untuk menyelesaikan urusan berkenaan.

4. Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda.

5. Hubungi Penyedia Perkhidmatan anda jika anda menerima panggilan yang tidak dikenali berulang kali.

6. Gunakan aplikasi seperti "Truecaller" bagi mengenal pasti panggilan dan menyekat panggilan spam.

Selain itu, pengguna juga perlu mengambil beberapa langkah proaktif bagi melindungi data peribadi agar tidak terdedah dan menjadi sasaran sindiket penipuan, tanpa perlu menghentikan semua aktiviti dalam talian. Berikut merupakan beberapa tips daripada CFM:

1. Jangan beri nombor telefon peribadi anda untuk mendapatkan hadiah percuma atau baucar promosi. CFM menasihati pengguna agar membuat emel alternatif jika terdapat keperluan untuk mendaftar menggunakan alamat emel yang hanya mempunyai maklumat peribadi minimum untuk boleh dikenal pasti bagi mendapatkan hadiah percuma dan baucar promosi.

2. Berhati-hati apabila mendaftar untuk sebarang pertandingan dan cabutan bertuah. Baca terma pertandingan dengan teliti sama ada penganjur pertandingan akan berkongsi data anda kepada pihak lain.

3. Sentiasa waspada apabila mendaftar maklumat peribadi anda di mana-mana laman web. Beri nombor telefon anda jika ia benar-benar diperlukan.

4. Sebelum memuat turun sebarang aplikasi pada telefon pintar anda, baca polisi privasi dan dapatkan maklumat yang tepat. Buat semakan di Google bagi mendapatkan ulasan tentang aplikasi tersebut yang akan membantu anda untuk mengenal pasti sebarang aplikasi yang mencurigakan.

Kredit: Bernama

Zaman sekarang, kena berhati-hati. Facebook, telefon kita bukan selamat 100%.. Jangan terlalu mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah dan tarikh lahir di laman sosial. Bahkan dari email kita pun scammer ni boleh dapat kan segala data termasuk gambar kita... sebab bagi pengguna android kan guna akaun google... Jadi, jangan terlalu terbuka mendedahkan segala maklumat kepada umum di media sosial. 

Semoga bermafaat.


p/s: Aplikasi tilik nasib kat Facebook tu tak selamat untuk guna dan main.. Jangan cuba-cuba untuk seronok sebab ada bahayanya.

18 Januari 2017

Januari 18, 2017

JAGA AIB RUMAHTANGGA YA KAWAN-KAWAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ISTERI DERHAKA DI FACEBOOK BANYAK...
SELAIN YANG JENIS SUKA TAYANG AURAT...
YANG JENIS POST PASAL SUAMI PUN BANYAK...


Semak balik apa yang kita post...

Hal suami isteri memang kena hati-hati post kat facebook..

Antara ciri-ciri mengaibkan suami:

Suami tak pandai masak
Suami tak romantik
Suami salah beli barang dapur
Suami salah beli ubat


Dan pelbagai lagi kesalahan yang lain...

Nauzubillah...
Jom kita sama-sama semak post kita...

Suami juga wajib semak post-post isteri ya... 
Ambil tahu apa yang isteri buat di laman sosial... 
Sebab dosa isteri, suami pun terpalit sama,,, nak kena jawab semua tu kat akhirat nanti... 



SEKADAR PERINGATAN DAN RENUNGAN BERSAMA
BUAT

PARA ISTERI AKHIR ZAMAN YANG IMPIANNYA INGIN MENJADI ISTERI SOLEHAH

16 Disember 2016

Disember 16, 2016

WANITA TAK PERASAN 15 DOSA NI ADA KAT KEPALA DIA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ada hadis Nabi s.a.w tentang penghuni neraka… Antara yang banyak menghuni neraka adalah wanita… 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Wanita ni mudah masuk syurga, tapi senang juga nak masuk neraka… Dosa paling banyak wanita dok buat kat kepala je… Kat kepala wanita ada 15 dosa dah… belum lagi anggota badan yang lain… 


Sumber: google images

Jom..kita koreksi apa dia dosa-dosa yang ada di kepala
Beberapa dosa yang dilakukan manusia terhadap kepalanya, antara lain:

#1. Tidak bertudung/berhijab (menutup aurat)
Allah Swt berfirman, yang ertinya: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:" Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang. "(QS. Al-Ahzab: 59).

Allah Ta'ala juga berfirman, yang ertinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. "(QS. An Nuur: 24) .

#2. Menyambung rambut / memakai sanggul.
Dari Asma 'binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam lalu berkata, "Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya gugur dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya . Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung "(HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).

#3. Mewarna / menggilap rambut dengan warna hitam.
Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang menggilap dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau syurga. "(HR. Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Hibban dalam shahihnya, dan Al Hakim. Al Hakim mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan janggutnya telah memutih (seperti kapas, ertinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam." (HR. Muslim).

#4. Mencabut uban.
Dari 'Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti. "(HR. Abu Daud dan An Nasa'i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami 'Ash Shagir mengatakan bahawa hadis ini sahih).
      
#5. Memakai bulu mata palsu.
    
#6. Bersolek/berhias berlebih-lebihan bukan untuk suaminya
    
#7. Merenggangkan / mengikir gigi.
      
#8. Membuat tato
     
#9. Memakai kerudung yang tidak memenuhi syarat hijab.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahkan telah memperingatkan kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
"Ada dua golongan penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor-ekor lembu betina yang mereka pakai untuk mencambuk manusia; wanita-wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, yang kalau berjalan berlenggak-lenggok menggoyang- goyangkan kepalanya lagi durhaka (tidak ta'at), kepalanya seperti punuk-punuk unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, padahal bau wanginya itu sudah tercium dari jarak sekian dan sekian. "(Hadits shahih. Riwayat Muslim (no. 2128) dan Ahmad (no. 8673).
    
#10. Memakai rambut palsu.
    
#11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir.

Potongan yang menyerupai potongan lelaki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas radliallahu 'anhuma, bahwa beliau berkata: "Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki." (Hr Bukhari)
    
#12. Mencukur / mencabut bulu kening.
     
#13. Memakai contact lens berwarna untuk berhias.
Syaikh Muhammad shalih Al-Munajjid hafidzahullah berkata: "... memakai lensa kontak berwana untuk perhiasan (untuk bergaya). Maka hukumnya sama dengan perhiasan, jika digunakan untuk berhias bagi suaminya maka tidak mengapa. Jika digunakan untuk yang lain maka hendaknya tidak menimbulkan fitnah. Dikehendaki juga tidak menimbulkan bahaya (misalnya iritasi dan alergi pada mata, pent) atau menimbulkan unsur penipuan dan kebohongan misalnya menampakkan pada laki-laki yang akan melamar. Dan juga tidak ada unsur mensia-siakan harta (israaf) kerana Allah melarangnya. "[Sumber: http://islamqa.info/ar/ref/926]

    
#14. Pembedahan plastik untuk kecantikan.
Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya, "Bagaimana hukum melaksanakan pembedahan kecantikan dan hukum mempelajari ilmu kecantikan?" Jawapan beliau, "pembedahan kecantikan (plastik) ini ada dua jenis. Pertama, Pembedahan kecantikan untuk menghilangkan cacat akibat kemalangan atau yang lainnya. Pembedahan seperti ini boleh dilakukan, kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memberikan keizinan kepada seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam peperangan untuk membuat hidung palsu dari emas. Kedua, pembedahan yang dilakukan bukan untuk menghilangkan cacat, namun hanya untuk menambah kecantikan (supaya bertambah cantik). Pembedahan ini hukumnya haram, tidak boleh dilakukan, kerana dalam sebuah hadis (disebutkan), 'Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambut, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang membuat tatu, dan orang yang minta dibuatkan tatu.' (HR Bukhari). (Fatawa Al-Mar'ah Al-Muslimah, hlm. 478-479). Sumber: Majalah As-Sunnah, edisi 5, tahun IX, 1426 H/2005 M.

   
#15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan / tabarruj.
Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya, "Apa hukumnya memperbaiki gigi?" Syaikh menjawab, "Memperbaiki gigi ini dibahagikan kepada dua kategori:
Pertama, jika tujuannya supaya bertambah cantik atau indah, maka ini hukumnya haram. Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita yang menata giginya agar kelihatan lebih indah yang merubah ciptaan Allah. Padahal seorang wanita memerlukan hal yang demikian untuk estetika (keindahan), dengan demikian seorang lelaki lebih layak dilarang daripada wanita.

Kedua, jika seseorang memperbaikinya kerana ada kecacatan, tidak mengapa ia melakukannya. Setengah orang ada suatu kecacatan pada giginya, mungkin pada gigi serinya atau gigi yang lain. Cacat tersebut membuat orang merasa jijik untuk melihatnya. Keadaan yang demikian ini dibenarkan. Hal ini dikategorikan sebagai menghilangkan aib atau cacat bukan termasuk menambah kecantikan. Dalilnya, Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan seorang lelaki yang hidungnya terpotong agar menggantikannya dengan hidung palsu dari emas, yang demikian ini termasuk menghilangkan cacat bukan bertujuan untuk mempercantik diri.

Sumber: http://mayapas.blogspot.my

Sumber: Google images

Wahai wanita sekalian, jom muhasabah diri… dalam 15 senarai di atas, mungkin ada yang kita buat… Jadi, tinggalkanlah dan bertaubatlah sebelum terlambat. Dan dalam 15 senarai di atas, lelaki pun ada buat juga… jadi lelaki pun tak terlepas buat 15 dosa di atas. Jadi, sama-sama kita muhasabah diri tak kira lelaki atau perempuan jangan kita jadikan diri kita sebagai bahan bakar api neraka.

Allah s.w.t. berfirmanyang bermaksud :
“Peliharalah dirimu dari Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (Surah Al Baqarah ayat 24)


Dalam amalkan trend dan berfesyen gaya ikut zaman, jangan ketepikan hukum hakam agama... 

06 Disember 2015

Disember 06, 2015

Siapa Suruh Cari Pasal Dengan Blogger!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam terkejut dapat Mesej dari satu company yang pernah MF review dalam blog sebab lambat siapkan order... Malas nak citer panjang atau throwback... Baca aje kat sini...


Dia mengadu la pasal review MF.. Rupanya ada yang share dengan dia pasal review MF tuh... Hmm... 

Boleh baca kan apa komen MF tu kan.. Bukan niat nak tutup periuk nasi orang... Tapi tu lah.. Siapa suruh cari pasal dengan blogger... MF review pengalaman sebagai peringatan dan pengajaran... 

MF juga peniaga online.. Tapi sebolehnya kami jaga pelanggan tak kisah la walau RM5 pun.. 

Kami berpindah ni pun.. Bagitau pelanggan awal-awal... Sebulan dah tutup... Tu pun masih ada yang tanya nak order...tapi kami bagitau awal, kami tak ambil order sebab dalam proses pindah... Kita tak nak pelanggan tunggu order... 

Maaf la... Saya tak kan delete entry tu... Jadikannya pengajaran la ye... Itulah akibat kalau pelanggan dah hilang kepercayaan... 

Pengajaran dan peringatan buat MF juga yang buat bisnes ni... Jaga pelanggan sebaiknya... Tirulah cara orang cina berniaga... Ambillah tokoh Islam Jutawan zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat sebagai model... Insha Allah... Akan berjaya dunia akhirat dalam berniaga... 

26 Oktober 2015

Oktober 26, 2015

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk? | Alhamdulillah.. Hari ni hujan turun membasahi bumi KL dan kebanyakan negeri di Malaysia... Alhamdulillah... Rasa sejuk sikit walaupun jerebu tak nampak reda sangat. 

Bila hujan, mata mula layu kuyu... Minda mula fikir tilam bantal dan conforter yang lembut.. Adeehhh... Mengantuknya... 

Pagi tadi pun mengantuk sangat... Tak pernah rasa mengantuk macam tu... Tapi yang jadi punca mengantuk ialah makan... Sarapan tadi, suami sediakan nasi lemak dan air coklat panas.. Berselera makan... Tapi, lepas je sampai ke perut... Mata dah kuyu.. Tak boleh nak buka dah... Memang gaya macam ular sawa baru lepas menelan mangsa... Tapi, tak leh nak tido sebab anak-anak dah bangun dah kan... 

Kenapa mengantuk sangat lepas makan... Asal kenyang perut je mata mula kuyu.... 

Ok... Meh kita baca fakta sains... Kenapa asal perut kenyang mata pun mula kuyu... 
Sumber: Google images

Biasanya rasa mengantuk ini muncul setelah kita makan makanan yang banyak mengandungi karbohidrat. Karbohidrat kemudian diubah menjadi glukosa di dalam badan sebagai sumber tenaga.

Glukosa boleh digunakan badan jika telah masuk ke dalam sel-sel tubuh yang memerlukannya. Untuk masuk ke dalam sel, glukosa memerlukan suatu hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas bernama insulin.

Hormon insulin ini merangsang pembentukan suatu asid amino (komponen penyusun protein) yang bernama tryptophan. Selanjutnya triptofan boleh diubah menjadi senyawa melatonin danserotonin. Kedua bahan neurotransmitter (kompaun yang mempengaruhi kerja otak) ini akan membuat kita merasa mengantuk.

Selain karbohidrat, lemak juga merupakan sumber glukosa sehingga penggunaan banyak lemak juga boleh menyebabkan mengantuk.

Pendapat yang lain mengatakan kita menjadi mengantuk selepas makan banyak kerana aliran darah akan lebih banyak ke saluran pencernaan kita. Semakin banyak makanan yang kita makan, maka semakin banyak darah yang mengalir ke saluran pencernaan kita.

Akibatnya, aliran darah ke otak dan organ-organ lain menjadi berkurang. Hal ini juga menyebabkan bekalan oksigen untuk otak dan organ-organ lain berkurang sehingga kita menjadi lemas dan mengantuk.

Berdasarkan kajian, ada suatu sel khusus di otak bernama orexinyang bertanggungjawab pada pembakaran kalori dan keadaan terjaga. Sel ini dihambat oleh glukosa dan distimulasi oleh protein.

Maka, setelah kita mengambil makanan yang banyak mengandung karbohidrat kita jadi mengantuk kerana sel ini tidak aktif. Begitu juga sebaliknya, setelah kita mengambil makanan yang banyak mengandung protein, kita justru akan terjaga.

Tips Elak Rasa Mengantuk

Untuk mengelakkan rasa mengantuk selepas makan, maka sebaiknya jangan makan sehingga terlalu kenyang. Perbanyak jumlah pengambilan protein dan kurangkan jumlah pengambilan karbohidrat. Kurangkan makanan berkanji dan yang mengandungi gula seperti roti, muffin, pasta, cake.

Pilihlah sumber protein dengan lemak rendah seperti tahu, tempe, kacang-kacangan, ikan, dan daging ayam tanpa kulit, dan lain-lain.
Sumber: sainsme
Sumber: Google Images

Jadi, dah tahu la sebab kenapa mengantuk sangat pagi tadi... Lepas ni insaf dah nak makan nasi lemak dengan air coklat... Huhu... Tak larat nak lawan mengantuk dah... Hehe... Gaya macam kena suntik ubat tidur gitu... adehhh... 

08 September 2015

September 08, 2015

TIPS:Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


🌱 Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu (kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kebiasaannya di pintu2.

🌱Lazimi membaca dan memasang ayat suci al-Quran di rumah. 

🌱Gunakan semua bilik yang ada dlm rumah.

🌱Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti tulang dan sebagainya sebab tu semua makanan jin.

🌱Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.

🌱Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pada waktu mghrib dan ke atas.

🌱Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia. 

🌱Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal.)

🌱Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dgn pintu-pintu lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus. 

🌱Kalau terlupa bagi salam masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam. 

🌱 Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.

🌱 Elakkan duduk di pintu. 

🌱 Selalu baca surah Al~Baqarah. 

🌱Selalu alih-alihkan barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ni yang tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.

Perkongsian dari rakan group Whatsapp...  Dah lama simpan... Katanya perkongsian ini adalah dari Ustaz Shahidan KUIS. Moga bermanfaat untuk kita amalkan. 

Bab ni memang selalu kena beringat juga sebab kita berkongsi alam. Kat rumah MF pun kengkadang tu berbunyi juga tapi sebab dah biasa... Buat tak tahu je la... Seram tapi malas nak layan seram tuh... Tapi part anak nampak tuh buatkan kita rasa seram semacam... Cepat-cepat baca ayat kursi dan sapu muka anak moga matanya dihijabkan dari perkara alam ghaib. 

19 Ogos 2015

Ogos 19, 2015

Susah Sangat Ke Nak Angkat Tangan, Wahai Perempuan????

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Menyirap darah dan terkejut .. Sama-sama terkejut kami suami isteri...

Tengah sedap dok bersembang, sampai kat susur keluar ke Setiawangsa di Highway DUKE.. Tertiba satu kereta SUV Honda CRV berwarna gold menghimpit... Terkejut... Suami tekan hon bertalu... Dia terus himpit. .. Suami tekan hon lagi... Kali ni panjang dan berkali-kali... Mungkin dia perasan, dia perlahankan keretanya... Suami terus memotong untuk tengok pemandunya... Sekali tengok, perempuan bertudung... Memang nampak jelas... Pemandunya, perempuan bertudung hijau umur lingkungan 30-an...

Suami geram, terus dia potong kereta tu... Hon dan jeling ke tepi... Nampak perempuan tu takut... Terus dia perlahankan kereta dia... Suami pun perlahankan juga... Dia follow je... Lepas dia potong kanan, suami tengok dan hon lagi... Dia terus tak pandang kiri kanan.. Laju memecut... Suami follow laju ke belakang... Dia makin laju.  .. Tahu dia takut...

Sebenarnya, suami bukan nak menakutkan dia... Apatah lagi nak tunjuk samseng, tapi dok tunggu dia angkat tangan mengaku salah dan minta maaf... Tapi tak juga minta maaf atau angkat tangan...

Memang masalah betul pemandu perempuan ni... Walaupun MF perempuan, tapi MF akui pemandu perempuan banyak buat salah ketika memandu....sama naik je dengan pemandu lelaki...

Nak bagitau juga la ni... Buat pemandu perempuan di luar sana... Kalau korang buat salah di jalan raya, orang hon angkat je tangan tanda minta maaf... Senang je. ..kita akui salah kita. Mustahillah kita tak pernah buat salah kan sepanjang memandu tu kan...

Angkat tangan, tanda minta maaf... Dan ada kalanya angkat tangan juga sebagai tanda terima kasih ketika memandu... Itu adab kat jalan raya... Pemandu lelaki memang ada angkat tangan, tapi pemandu perempuan ni...jarang nak jumpa... Orang bagi jalan ke, dia salah ke memang buat dono je.  Mau nya tak sakit hati kan... Mungkin ada yang tak tahu, jadi sesiapa yang terbaca entry ni... Harap tau dan boleh praktikkan dan bagitau orang lain terutama pemandu perempuan untuk amalkan angkat tangan... Jangan nak berat tangan  sangat deh...

Itulah pemandu perempuan sekarang... Tunjuk berani kat jalan raya... Himpit kenderaan lain, masuk tak bagi signal, pandu laju... Potong barisan... Sama naik je dengan pemandu lelaki... Haishh... Jangan nak tunjuk samseng sangat pompuan... Sebab orang laki lagi samseng... Kalau tertiba dok buat perangai camtu, jumpa dengan kereta samseng, memang nahas la... Haishh .. Nauzubillah... 

07 Ogos 2015

Ogos 07, 2015

Pasang Lampu Kecemasan Ketika Hujan Lebat Membahayakan???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Semalam ternampak orang share post ni kat Facebook...
MF pun share juga la kat wall... Sebab ianya bertentangan dengan pendapat MF yang pernah buat..iaitu buka lampu kecemasan ketika hujan lebat. 

Caption kat atas tu dah diubah.. 
Yang asalnya MF tulis "Budak baru dapat lesen ni... Orang buka lampu kecemasan sebab tak nampak jalan... Kira kes kecemasan la kan... " kesilapan caption tu buatkan ada yang tak puas hati dengan status tu dan menyokong status asal yang di printscreen tu.. 

Tengok je la komen kengkawan MF kat facebook ni...



MF sedar kat situ... Caption tu buatkan a da yang tak setuju dengan pendapat MF tu.. Tu yang kena hentam balik... Apa pun MF terima dengan hati terbuka... Tak kisahlah yang hengam tu kan... Biorlah...nak kutuk pun.. MF suka je... Sebab banyak sikit pahala... Nak pula hari Jumaat ni kan... 

Tapi... Ada juga yang buat macam MF...  Kenapa orang buka lampu kecemasan ketika hujan betul lebat... Boleh baca komen kat bawah ni... Antara komen asal pada printscreen yang asal... 



Itu antara hujahnya... Jadi, bukan satu kesalahan juga buka lampu kecemasan jika ketika hujan lebat... Sebab itu sebagai isyarat kecemasan kepada orang lain... Bahawa kereta tu kecemasan... Mungkin pemandunya betul tak nampak jalan... Jadi orang belakang boleh ambil langkah perlahankan dan jaga jarak... Ianya tak silau...sebab lampu kecemasan tu berkelip berwarna kuning...lainlah kalau ada yang tukar lampu jadi warna merah atau putih... 

Lepas MF sedar pasal salah buat caption.. MF edit caption tu... Jadilah seperti gambar printscreen di atas tu... Tapi.. MF repost semula gambar tu dengan caption seperti di bawah... 


Bab signal... Hahahah... Dah agak.. Takde orang nak like dan komen..  Maklumlah semua orang pernah buat... MF berani buat caption.. Sebab alhamdulillah... MF dan suami sangat pentingkan bab penggunaan signal nih... Signal ni isyarat kita di jalan raya.. Kalau kereta kita boleh cakap... Tak perlu nak guna signal derr... 

Lepas je isu ni... Petang tadi..masa nak ke tempat kerja.. Hujan lebat... Teringat isu signal dan lampu kecemasan ni... Terus cakap suami... 

Orang bagi signal kecemasan ketika hujan yang terlampau lebat hingga jarak penglihatan kita kurang dari 5 meter.. Kenderaan kita sangat perlahan... Guna gear satu je masa tu... Dan juga wiper pada cermin kereta pun dah tak boleh nak halang air... Masa tu la pasang lampu kecemasan...  Setakat lebat tapi wiper kat cermin boleh lawan air lagi... Tak payah la pasang... Maknanya memang betul lebat... MF pernah hadapi hujan lebat camni... Sampai tercabut nombor plat dan bumper depan sebab redah air hujan... 

Jadi... Kena faham bila nak guna lampu kecemasan ketika hujan lebat... 
Cuma yang MF tak faham... Situasi tadi masa hujan... Ramai yang tak nyalakan lampu... Dah tu masih pandu laju ketika hujan dan potong dan masuk line lain tanpa signal... Bukankah itu lagi bahaya??? 

Fikirkanlah sendiri.. Yang mana lebih bahaya... 
Jika time hujan ni... Jangan follow dekat, sebab tu orang depan slow..  Dah tak payah nak bawa lelaju lah... Nak potong bagi signal... Kadangkala kita nampak salah orang yang sikit tu... Tapi salah kita yang biasa dok buat tu tak nampak... 

Fikirkanlah... 
Migrain time memandu sebab hadap perangai manusia yang tak dak adab nih!!! 

Apa pun... Perbezaan pendapat ini satu rahmat...  Setiap orang ada hujah tersendiri...  ada pendapat tersendiri...  Jadi, jangan bergaduh... Sebab kita ambil positif...  Isu ni ada pro dan kontranya... Dari perbezaan pendapat ni... MF dapat ilmu... Kenapa orang pasang dan ada yang tak pasang... Jangan gaduh kerana ianya satu ilmu... 

31 Julai 2015

Julai 31, 2015

Kurang Vitamin C!

Sok sek sok sek...
Hidung berair...
Katanya tanda kurang Vitamin C la ni...
Jadi, bekal hari ni... Sebotol air oren sunquick...

Nanti nak cari buah kiwi pula...
Tambah imun badan...
Empat-empat beranak berair hidung...

Penangan bulu kucing la ni..
Geram betul si kucing jalanan yang tak tahu adab ni... Dah banyak kali warning... Jangan tido atas motor... Tido juga... Dah la daku alah benoorr dengan bulu kucing ni...

Saborr je la dengan ragam binatang...  Nak marah pun takdak akai..

Ni dah reda sikit la ni.. Alhamdulillah... Lepas telan minyak kelapa dara...redaa sakit tekak.. Tinggal selesema yang bersisa...

Sesekali Allah bagi sakit ye dak.. Terima la dengan redha... Sakit sikit je ni.. Tanda Allah Sayangggg...  Terima kasih Allah... (^___^)