Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan

02 Julai 2018

Julai 02, 2018

Alamak! Ulat Dalam Beras Pulak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alamak! Ulat Dalam Beras Pulak! | Belum reda pasal sardin ada cacing... MF jumpa pula ulat dalam beras.

Rasa macam pelik pula ads ulat sebab sebelum ni dok makan beras tu takde pula ulat.

Dari mana datang nya ulat dalam beras.

Kutu beras
Alamak! Ulat Dalam Beras Pulak!

Alamak! Ulat Dalam Beras Pulak!

MF pun post la gambar dan video kat group AFB sebab kebetulan dok bincang pasal sardin dalam tin ada cacing tu.

Sekali Kak Eny bagi tau tu ulat datangnya dari bubuk beras.

Bubuk tu ada orang panggil kutu beras pun ye juga.

Bila dia banyak-banyak mula lah dia mengawan dan bertelur... Telur yang menetas jadilah ulat.


Ulat tu kalau termakan tak apa-apa pun... Tak haram pun...

Kutu beras atau bubuk ni biasa lah ada kat mana-mana jenis beras biasa. Kecuali beras Basmathi MF pernah beli.. Takde kutu beras walaupun disimpan lama.

Orang tua-tua kata, beras yang mudah ada kutu ni beras bagus... Maknanya organik dan takde bahan kimia atau racun kimia.

Petua Elakkan Kutu/Bubuk Beras

Letakkan cili kering atau bunga cengkih dalam beras. Insha Allah... Beras bebas dari kutu atau bubuk beras... Jadi takde lah masalah ulat beras.

Moral,
Jangan panik bila ada ulat beras... Kutip je buang... Dan tanya orang yang lebih tau... Jangan tau nak Viral kan aje.. Nanti malu je dapat.. Hehe... 

29 Jun 2018

Jun 29, 2018

Tak kan Sebab Makan 3 Biji Karipap Sardin?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tak kan Sebab Makan 3 Biji Karipap Sardin? | Sardin, menu paling last MF akan masak jikalau takde lauk dah nak makan.

Dah kurang makan sardin dah sekarang ni...

Tapi sekarang ni kecoh pula bab cacing  dalam sardin tin. Sebelum ni pernah kecoh tapi rupanya palsu...

Kali ni betul punya bukan cobaan.

Lepas tengok berita semalam... Teringat pula yang MF ada makan karipap sardin semalam. Dan lepas makan karipap tu MF demam kuat hingga cecah 40.5 darjah celcius suhu panasnya.

Sakit satu badan.

Tak kan sebab makan karipap sardin semalam?

Tak kan terus begitu kesannya?

Betul ke sardin tu yang ada cacing?

Tapi mungkin juga sebab ada 8 jenis sardin dalam tin yang disahkan ada cacing. Dan jenama ni popular di pasaran sebab harganya yang murah.

8 Jenama Sardin Dalam Tin Disahkan Mengandungi Cacing
Tak kan Sebab Makan 3 Biji Karipap Sardin?

8 Jenama Sardin Dalam Tin Disahkan Mengandungi Cacing


KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan pemantauan ke atas produk ikan dalam tin (sardin dan mackerel) yang diimport serta di pasaran tempatan.

Selain daripada 2 jenama produk ikan sardin yang telah dikesan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp. sebelum ini iaitu TL Tan Lung dan TLC, hasil pemantauan terkini mendapati produk ikan sardin jenama Cinta, Sea Fresh dan HS Brandjuga mengandungi cacing FilumNematoda daripada genus Anisakis spp..

8 Jenama Sardin Dalam Tin Disahkan Mengandungi Cacing
8 Jenama Sardin Dalam Tin Disahkan Mengandungi Cacing

Di samping itu, produk ikan mackerel dalam sos tomato jenama King Cup, Bintang dan TC Boy didapati mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

KKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan di mana syarikat terlibat telah diarah menarik balik produk tersebut dari pasaran.

KKM juga telah mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

Tahan, Uji dan Lepas  merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.. Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM.

Bagi produk ikan dalam tin, risiko kepada kesihatan adalah amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.


Walaupun begitu, bila timbul berita macam ni orang mesti dah risau nak makan sardin dalam tin kan...

KKM kata cacing tu mati lepas dimasak dan semasa proses mengetin... Jadi, bukan sebab karipap la kot kan MF demam kuat semalam.

Sampai ke hari ni masih tak reda sakit badan dan pening kepala...

Mujur dah lama tak beli jenama King Cup, jenama Botan dan Ayam Brand je kalau beli sardin sekarang.

P/s : sebut cacing teringat satu movie Korea pasal bahayanya penyakit cacing. Tapi ingat plak tajuk nya... Pandai lah korang cari kalau nak tengok ye.. 
Jun 29, 2018

Demam Sebab Bengkak Tonsil

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Demam Sebab Bengkak Tonsil | Sejak jadi mak-mak nih, jarang sangat nak demam. Tapi sekali demam memang menghadap la juga.

Biasa demam lepas sekali telan panadol dah reda... Kali ni berlarutan plak.

Rupanya demam sebab bengkak tonsil.

Demam Sebab Bengkak Tonsil

Apa itu Tonsil? 

Tonsil adalah salah satu tisu yang berfungsi untuk melawan kuman yang masuk melalui sama ada saluran pemakanan ataupun saluran hidung.

Bila makanan yang mempunyai kuman itu masuk, ia akan melekat pada tonsil dan disitulah sel imun akan memakan bakteria jahat ini dan menghasilkan antibodi untuk melawan atau menghapus kuman tersebut.

Bahasa mudahnya TONSIL ini ibarat ANTI VIRUS dalam Komputer anda bila anda cucuk pendrive yang ada virus maka anti virus yang anda install dalam computer akan bertindak menghapus virus tersebut, macam tu jugalah dengan TONSIL yang ada pada tubuh kita.

Di mana tonsil kita? 


Ianya berada ditekak anda bahagian kiri dan kanan.

Simptom Bengkak Tonsil

Bila tonsil bengkak akan menyebabkan badan kita sakit. Antaranya simptom tonsil bengkak.


1. Demam yang teruk

2. Sakit tekak hingga pesakit sangat kurang makan dan minum

3. Pesakit nampak terlalu letih

4. Susah bernafas

5. Sakit kepala berdenyut-denyut

6. Sakit pada tulang tertentu dan juga saraf

PUNCA dia adalah disebabkan jangkitan bakteria yang kuat hingga tonsil tak mampu nak lawan bakteria tersebut yang mana kebanyakannya daripada makan makanan yang kotor dan sifatnya panas atau berpunca daripada berlebihan makan makanan LAUT.

Ni yang orang kampung kata makan udang jadi resdung ni. Sebab makanan laut ada merkuri dan juga bakteria dari laut. Kalau tak dicuci bersih itu jadi puncanya juga.


4 Tahap Jangkitan Tonsil 

Ada 4 tahap.
Tahap terakhir adalah berbahaya kerana tonsils telah bercantum ( kissing tonsils) yang boleh menyebabkan sesak nafas yang teruk.

Jika tidak dirawat dengan betul, kuman boleh menyerang organ badan lain seperti buah pinggang, paru paru dan darah. Jadi, jangan ambil mudah.

Bagaimana boleh terjadi tonsilitis?

Kebanyakkan adalah disebabkan oleh virus.

Ada juga disebabkan oleh bakteria.

Bila ada orang lain yang ada jangkitan virus atau bakteria yang bersin atau batuk dan melepaskan berjuta juta kuman ke udara, individu yang bernasib malang akan terkena samada secara terus atau tidak terus.

Terus adalah apabila kuman tu terus masuk ke mulut atau hidung.

Tidak terus adalah seperti apabila kuman tu jatuh di sofa atau permukaan lain dan kita secara tak sengaja tersentuh dengan permukaan tu.

Yang paling senang kena adalah kanak kanak kerana immune mereka masih lemah.

Sebab tu kalau boleh tak payah bawa sangatlah anak anak kecil ke tempat tempat berisiko macam pasar malam, kedai mamak, tempat shopping yang crowded kerana kita taktau orang lain ada sakit apa. Atau pun pergi rumah terbuka. Elakkan kalau boleh tempat yang ramai orang.

Sebab bengkak tonsil adalah satu penyakit berjangkit. Dan masih ramai yang tak pakai tutup mulut bila demam atau batuk.

Demam Sebab Bengkak Tonsil
Demam Sebab Bengkak Tonsil

Demam Sebab Bengkak Tonsil

Rawatan Bengkak Tonsil


Apakah rawatan yang akan diberikan?

Paracetamol atau ibuprofen
 ⁃ Untuk melegakan sakit tekak dan mengurangkan demam.
 ⁃ Panadol tu bukan untuk demam sahaja ok. Ianya juga adalah analgesic iaitu ubat tahan sakit.

Lozenges
 ⁃ Untuk melegakan sakit tekak

Antibiotik
 ⁃ Hanya jika keputusan darah atau tonsils ada tanda tanda jangkitan bakteria
 ⁃ Bukan semua tonsilitis perlukan antibiotik,jadi jangan minta minta antibiotik sangat

Petua merawat bengkak tonsil

  • Rawatan sendiri yang boleh dilakukan adalah:
  • Berkumur dengan air garam 
  • Minum air suam atau ais dengan banyaknya
  • Makan aiskrim untuk memberikan rasa kebas 
  • Makan makanan yang lembut lembut
  • Berhenti merokok 
  • Berehatlah di rumah
  • Jangan bercium cium sangat
  • Untuk bayi yang menyusu badan, teruskan susu badan
  • Untuk bayi yang minum susu formula,jika bayi tak mahu menyusu,jangan paksa. Banyakkan air masak ( untuk bayi lebih 6 bulan). Bayi bawah 6 bulan, sila bawa ke hospital kalau kurang minum. 
  • Jangan lupa periksa pampers bayi setiap 4-6 jam. Kalau kurang air kencing atau tak ada air kencing,tolonglah bawa ke klinik atau hospital segera. Tidak ada air kencing bermaksud bayi dalam keadaan dehidrasi.
  • Kalau di Russia, mereka suka minum madu campur lemon sikit. Minum suam suam. Besttt 
  • Ada yang nak minum air asam jawa, pun tak ada masalah cuma elok banyakkan air masak.

Biasanya, tonsilitis akan sembuh dalam masa 7-10 hari.

Jika masih tidak sembuh dalam seminggu, akan ada rawatan lain seperti tukar antibiotik yang kuat atau mungkin buang sahaja tonsils tersebut.

Jika tonsilitis terlalu kerap terjadi ( sebulan atau dua bulan sekali) atau Ianya mengganggu rutin harian, mungkin doktor akan sarankan untuk buang terus tonsils.

Jadi, jangan buat main kalau sakit tekak dan rasa bengkak pada tekak... Kalau dibiarkan melarat. Dan memang ada yang sampai kena buat pembedahan.

Ikutkan semalam doktor nak bagi antibiotics tapi sebab MF menyusu dia tak bagi la.

Jadi kena la amalkan makanan yang ada fungsi antibiotik semula jadi dan juga probiotic semula jadi.

Lepas ni dah tau punca, tau dah la nak Ken buat apa... Dah masuk hari kedua... Kepala pun masih pening sebab tonsil masih membengkak... Dok telan panadol dan makan aiskrim je la setakat ni... Moga cepat reda... Huhu..

Sesekali Allah bagi sakit tanda Allah sayang... Terima dengan  redha dan tenang. Insha Allah.. Ada hikmahnya.

Sakit ni tanda dosa kita banyak... Allah nak kurangkan dosa kita jadi dia bagi ujian buat kita. Sakit demam adalah salah satunya.

Jadi, jangan sedih kalau demam... Tanda Allah sayang. 

26 Jun 2018

Jun 26, 2018

Hati-hati Buat Review Kot Jatuh Hukum Haram dan Berdosa Tanpa Sedar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hati-hati Buat Review Kot Jatuh Hukum Haram dan Berdosa Tanpa Sedar | Artikel ni ditulis bukan untuk kecam sesiapa. Sekadar sebagai peringatan untuk diri sendiri dan pembaca dan sesiapa yang biasa buat Review.

Review adalah pandangan peribadi tentang sesuatu isu semasa, barangan, perkhidmatan ataupun produk.

Review ni jadi satu punca pendapatan bagi Blogger instagrammer, vlog dan seumpamanya.

Dalam mencari rezeki dari Review ni tetap tak terlepas dari hukum halal dan haramnya.

Kalau sebut Haram, orang tau yang Haram Review ialah seperti iklan arak, judi yang popular seperti casino atau iklan tempat pelacuran.

Tapi tahu tak sebenarnya ada beberapa Review yang sebenarnya Haram dan Berdosa juga tanpa kita sedari.

Walaupun dosa tu dosa kecil tapi tetap dosa.

Hati-hati Buat Review Kot Jatuh Hukum Haram dan Berdosa Tanpa Sedar 

Review Yang Membawa Kepada Haram dan Berdosa

Review Yang Membawa Kepada Haram dan Berdosa


1. Menampakkan aurat

Review yang secara terangan menampakkan aurat kita. Sama ada lelaki atau wanita ada auratnya. Semua orang sedia maklum dah batasan aurat ni... Cuma tak praktik ja.

Contoh review produk untuk rambut... Atau losen badan yang nakkan kita tonjolkan anggota badan yang sememangnya aurat bagi kita.

Juga review pakaian yang menampak susuk tubuh badan kita..  Biasanya wanita atau fashion blogger kena fikirkan bab ni juga.


  1. Mungkin juga penyebaran gambar aurat orang lain juga diambil kira. Jadi, kalau dapat job review pakaian, pastikan pakaian yang menutup aurat. . Jika tidak menutup aurat cukup sekadar pakaian bukannya model yang memperagakan. 


Atau juga review produk yang membolehkan orang yang membaca membayangkan aurat kita.

Contohnya, review produk untuk banyak kan susu... Produk untuk jaga bahagian intim wanita. Hati-hati Buat Review bila produk sebegini... Jangan sampai orang baca, boleh bayangkan aurat wanita atau lelaki.

2. Review Mengajak Ke Arah Maksiat 

Maksiat ni bukan maksud couple love-love tu je. Maksiat ni ialah semua perkara yang Allah tak suka.

Contohnya maksiat mata... Contoh ajak orang tengok movie yang memaparkan aksi yang berlebihan.

Kalau ikut Dr. Zaharuddin dalam artikel yang MF baca, review filem atau drama atau rancangan TV yang secara terangan memaparkan aurat dan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram adalah Haram.

Walaupun kita nak sampaikan info dan pengajaran dari movie atau drama tu tapi jangan sampai merelakan perbuatan maksiat pelakon yang lakonan watak itu.

Contoh, drama yang ada aksi atas katil, movie yang ada pegang-pegang atau peluk cium bagai...

Huhu... Tersentak MF bila baca artikel tulisan Dr. Zaharuddin ni.. Terasa betul... Nampaknya kita dah buat dosa kecil.

Nak penjelasan lanjut kenapa Review filem dan drama tu Haram korang boleh baca di Artikel Ini.


Review Yang Membawa Kepada Haram dan Berdosa
screenshot dari artikel dari www.zaharuddin.net 

3. Review Yang Menipu 

Review menipu ni contohnya kita guna produk tu tak berkesan mana pun, tapi sebab dibayar kita pun kata ianya berkesan...

Sama juga dengan Review makanan kat restoran... Harga mahal dan tak sedap, kita kata sedap dan murah..

Itulah secara ringkas bab Review yang Haram dan Berdosa Tanpa kita sedar.

Kalau bab pasang iklan atau banner pun sama juga... Kena tapis habis iklan yang Haram... Sama lah dengan 3 ciri di atas.

Mf sendiri pun masih dalam proses tapis lagi iklan yang ada.

Entry review movie, drama nak kena selak dan tengok balik.. Edit mana yang patut.

Lepas ni dah tak nak buat pasal movie filem lagi walaupun ianya memang menjadikan iklan dapat sambutan dan income yang kencang...

Hukum tetap hukum kan... Biar miskin kat dunia asalkan tak miskin di akhirat.

Sama-sama kita muhasabah diri dan sentiasa berubah ke arah menjadi Muslim dan hamba Allah yang baik. ☺️

24 Jun 2018

Jun 24, 2018

Betul-betul Rasa Nikmat Hari Raya Tahun Ni

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Betul-betul Rasa Nikmat Hari Raya Tahun Ni | Alhamdulillah... tamat sudah cuti sekolah merangkap cuti raya tahun ni...

Mula kembali ke rutin biasa hari ini. Yang bekerja esok, dah mula pulang dari kampung.

Ramai dah up cerita raya tahun ni... MF baru nak ada mood nak cerita pasal raya ni...

MF rasa, tahun ni betul-betul raya dan merasai nikmat raya yang sebenar tahun ni...

Betul-betul Rasa Nikmat Hari Raya Tahun Ni

Kisah Raya 2018
Betul-betul Rasa Nikmat Hari Raya Tahun Ni

Hikmah disebalik dugaan ketika hampir raya dan dugaan raya pada tahun sebelumnya, menjadikan raya tahun ni begitu bermakna. Alhamdulillah.

Giliran Raya di Johor

Tahun ni giliran raya di Johor. Setakat kahwin ni, tak pernah miss pasal giliran ni... Memang ikut flow... adil... itu rahsia bagi yang kahwin jauh terutama Utara-Selatan macam kami.

Tapi disebabkan raya tahun ni termasuk dalam cuti persekolahan, jadi ada masa untuk balik kampung di Kedah juga.

Lepas bincang suami isteri, akhirnya sepakat balik Kedah raya kedua.

Anak-anak Demam Sebelum Raya 

Sehari sebelum raya, anak-anak diuji dengan demam dan anak ketiga kena asma pula...

Alhamdulillah... Masuk raya kedua demam dah reda... Tapi pasrah anak ketiga kena juga ambil nebuliser di klinik... Dan teruskan makan ubat walaupun nak kena paksa.


Balik Kedah Raya Kedua

Raya pertama kami tak ke mana... Anak masih tak sihat sepenuhnya. Lagipun di Johor kan... Lepas bercuti di Kedah pun sempat lagi ziarah saudara di Johor. 

Malam raya kedua kami gerak ke Kedah. Alhamdulillah.. Selamat sampai di kampung pagi raya ketiga selepas menempuh perjalanan selama 12 jam. 

Berkumpul 7 Beradik

Alhamdulillah... Sempat jumpa dan kumpul 7 beradik. Bukan mudah nak jumpa sebab masing-masing ada komitmen kan...

MF yang paling jauh. . Adik beradik yang lain ada di Kedah dan Pulau Pinang je... Jadi, peluang macam ni digunakan sebaiknya untuk berkumpul adik beradik. 

Jambu bola..  Dah lama tak makan... Rezeki balik kampung kali ini... 

Beraya Di Rumah Saudara

Alhamdulillah... Lepas seharian melepaskan lelah jauhnya perjalanan.. Kami mula ziarah mak-mak saudara yang ada..

Tak semua pergi sebab maklumlah anak-anak kan.. Pergi yang paling rapat dengan keluarga kami dulu...

Jumpa Rakan Blogger

Alhamdulillah. . Nikmat Syawal kali ni... Dipermudahkan Allah untuk jumpa rakan blogger yang selama ni tak tau pun rupanya kami sekampung. 

Sebelum tu, jumpa sahabat lama.. Mereka datang berkunjung ke rumah MF di kampung. 

Lepas tu blogger Irra Rayyan sekeluarga pula datang. Pertama kali jumpa.. Memang sembang panjang... Dekat 2 jam... Alhamdulillah... Nikmat Allah mendekatkan dan merapatkan silaturahim di Syawal kali ini. 

Singgah Beraya di Selangor dan KL

Lepas 3 hari di kampung . Kami gerak balik beraya di rumah kakak di Banting, Selangor. 

Rancang nak jumpa Blogger Cekgu Norazimah tapi tak kesampaian sebab dia beraya di kampung ibu dia. Insha Allah lain kali... Bukan rezeki kali ni. 

Pertemuan Keluarga Susuan

Hari masih awal. Tanya suami nak tak singgah rumah ibu susuan Muasyira iaitu anak ketiga kami. 

Memulanya macam tak jadi sebab ibu susuan Muasyira dah kerja... Tapi lepas fikirkan semula... Inilah peluang nak jumpa sebab tak pernah jumpa lagi... Anak-anak pun dah besar ni... Jadi, perancangan diatur. . Kami tunggu hingga ibu susuan Muasyira balik kerja.

Owh..  Ibu susuan Muasyira juga seorang Blogger... Blogger Safurara .. Itulah keluarga susuan kami. 

Tak sangka pun kami bakal jadi keluarga besar. . Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya. Lain Entry la MF kisahkan pasal ni. 

Lepas deal dengan Rara, kami pun gerak dari Banting ke Cheras... 

Alhamdulillah... Sampai dulu di rumah dia.. Tunggu dia balik kerja... Dekat maghrib juga la.. Tapi tak kisah janji dapat jumpa. 

Alhamdulillah... Indahnya pertemuan kerana Allah... Pertama kali jumpa, tak macam pertama kali. . Nampak ada keserasian antara keluarga kami... 

Terima kasih Rara, susah masakkan untuk kami..  Alhamdulillah... Lepas borak-borak sampai jam 9 malam, kami pun gerak balik ke Johor.

Kira tamat sudah la perjalanan percutian raya untuk fasa pertama. Fasa kedua raya diteruskan di Johor pula. 

Betul-betul Rasa Nikmat Hari Raya Tahun Ni

Alhamdulillah... Terasa nikmat raya... Dapat eratkan silaturahim kali ini... Indahnya pertemuan kerana Allah...

Moga Allah terus kukuhkan ikatan persaudaraan dan kekeluargaan ini hingga akhir hayat... 

Sekian, Kisah Syawal 2018 yang penuh bermakna. . Alhamdulillah... 😊

10 Jun 2018

Jun 10, 2018

Persediaan Balik Kampung - Apa Yang Perlu Ada Dalam First Aid Kit?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Persediaan Balik Kampung - Apa Yang Perlu Ada Dalam First Aid? | Sekolah dah mula bercuti bermula semalam... Hari ni ramai juga dah balik kampung.

Bagi yang kerja cikgu memang awal lagi dah balik... Tapi pekerja swasta ikut kelulusan cuti dari bos... Tapi yang pasti ramai dah balik kampung.

Nak balik kampung best, tapi tak berapa best nak packing barang...

MF 6 beranak, mak aihh... rasa nak bawa balik almari baju je... Tapi tu part baju... ok la kan..

Tapi satu beg tak boleh tinggal... hatta bercuti pun pasti dibawa, iaitu beg kecemasan.

Beg kecemasan ni macam beg doktor gayanya semua hal ubat-ubat ada...

Tambah pula ada anak kecil kan... memang sarat la beg ni...

Memang banyak ubat MF akan bawa sebab kena fikir pasal anak, suami dan dah tu kena fikir pasal sakit kepala, sakit perut dan segala kemungkinan sakit yang ada. Sebagai persediaan awal... bukan minta sakit. Lagipun time raya lagilah... klinik kebanyakkannya tutup... kalau ada pun pasti ramai orang. Jadi, standby dengan beg kecemasan untuk beri rawatan awal kalau sakit.

Apa yang ada dalam beg kecemasan ni?

Ok, kalau MF ni yang ada dalam beg kecemasan MF atau beg first aid MF ni.

Persediaan Balik Kampung - Apa Yang Perlu Ada Dalam First Aid?

1. Gel Aloe Vera

1. Gel Aloe Vera
Gel ni banyak kegunaan, MF guna sebagai pelembap kulit, terkena air panas ke, luka ke melecur ke semua boleh guna. Biasa MF guna gel ni sebagai penyejuk badan anak kalau diorang mula nak demam. Cepat redakan demam diorang ni. 



2. Termometer

 Apa Yang Perlu Ada Dalam First Aid Kit?
2. Termometer
Satu benda yang paling penting termometer ni. Kalau anak demam, ini yang dicari dulu... Kalau tinggi baru bagi ubat.

3. Minyak Herba Asmak


 Apa Yang Perlu Ada Dalam First Aid Kit?
3. Minyak Herba Asmak

Minyak herba asmak... berkesan untuk redakan batuk dan selesema anak MF... Anak MF yang no.3 tu ada asma... bila dia batuk dan mula bersin-bersin, minyak ni dulu MF akan sapu kat dada dan kaki dia..


4. Minyak Herbanika


4. Minyak Herbanika

Minyak ni untuk MF sendiri.. kalau rasa lenguh dan sakit badan, inilah minyak yang MF akan sapu.. Kalau sejuk dalam kereta pun, inilah pemanas badan dan kaki... 


5. Cosmoderm Tea Tree Oil Lotion Talc

 Apa Yang Perlu Ada Dalam First Aid Kit?
5. Cosmoderm Tea Tree Oil Lotion Talc
Yang ni fungsinya, sebagai pereda ruam panas dan gatal anak-anak... cepat redakan gatal dan ketidakselesaan anak-anak.


6. Salbutamol


6. Salbutamol

Ini ubat batuk kerana asma untuk anak MF yang no.3... Kalau anak korang ada asma, dapatkan ubat ni dari doktor. Bawa je sebagai persediaan.

7. Paracetamol Syrup


7. Paracetamol Syrup
Ni ubat demam untuk anak-anak.. memang kena bawa sebagai standby awal.

8. Ubat air untuk sembelit


8. Ubat air untuk sembelit
MF standby juga ubat ni... tapi guna bila terdesak sahaja... Kadang anak sembelit tak dijangka tambah raya kan... macam-macam dia makan nanti... 

9. Syrigne


9. Syrigne
Nak makan ubat kena ada ni... Tambah anak MF jenis payah makan ubat kecuali anak sulung. 

10. Tisu basah


10. Tisu basah
Tisu basah ni banyak kegunaan, bukan untuk istinjak baby je... tapi nak lap macam-macam yang boleh. Sejak ada anak, memang ini satu keperluan yang mesti ada dalam kereta.


11. Paracetamol (Ubat punggung)


 Apa Yang Perlu Ada Dalam First Aid Kit?
11. Paracetamol (Ubat punggung)
Kena standby juga ubat ni. Waktu yang tak diduga... 

12. Salonpas


 Apa Yang Perlu Ada Dalam First Aid Kit?
12. Salonpas
Salonpas ni untuk suami MF. Dia memang selalu sakit belakang, jadi ni la pereda sakit dia bila dia sakit bahu ke, belakang ke... Maklumlah dari Selatan ke Utara memandu dalam masa yang lama... sakit satu badan kot... Jadi, mesti ada ni.

13. Panadol


 Apa Yang Perlu Ada Dalam First Aid Kit?
13. Panadol
Mesti ada panadol ni... Standby sentiasa dalam beg kecemasan.

14. Prospan

 Apa Yang Perlu Ada Dalam First Aid Kit?

Ubat batuk yang patut ada... Ubat ni sedap dan rasa teh dan sesuai untuk seisi keluarga.

15. Aura Collagen

Sumber: google images

Ini ubat sapu kalau sakit otot... fungsi dia macam Yokoyoko tapi ni buatan Malaysia... memang rasa lega...

16. Minyak Untuk Anak

 Apa Yang Perlu Ada Dalam First Aid Kit?

Minyak untuk anak-anak iaitu Minyak Yuyi Cap Limau, set balm dari tasneem Naturel dan juga Narinar Flu Theraphy... Kena ada semua ni... nak pastikan anak dok diam dan selesa sentiasa.


Itu antara yang ada dalam beg kecemasan MF. Tapi ada lagi tu sebenarnya... macam gunting kecil, kain kasa untuk  luka dan juga plaster... 

Beg kecemasan ni macam first aid la,,, tapi barangnya lebih dari tu...

Ada beberapa lagi ubatan yang dicadangkan untuk bawa juga, boleh beli kat farmasi ubat ni.. iaitu:

Ubat untuk cirit birit (smecta) dan ubat air garam (UphaLyte) kalau dyhidrate.
 Apa Yang Perlu Ada Dalam First Aid Kit?

Ok, ini senarai yang ada dalam beg kecemasan MF... Banyak kan... macam beg doktor...tak pun farmasi bergerak dah...

Memang khas satu beg angkut semua ni... pening juga kalau takde... sebab hal kecemasan yang tak diduga... jadi, ini satu persediaan awal bila balik kampung atau travel jauh. 

09 Jun 2018

Jun 09, 2018

Menyesal Masuk Mr. D.I.Y

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Menyesal Masuk Mr. D.I.Y | Serius... Serik.. Masuk Mr. D.I.Y... Insaf beb...

Menyesal Masuk Mr. D.I.Y 

Sebab bila masuk je tak ingat jalan keluar... 😂😂😂

Mr. D.I.Y ni ibarat kedai RM2 juga... Dah masuk tu payah betul nak keluar.

Macam tadi, ingat nak beli kasut raya kat anak-anak... Lalu depan Mr. D.I.Y ni... Cakap suami... Jom la singgah tengok kejap... Hehe.. Suami ikut je la kan...

Sekali dah masuk... Depan pintu tu baik punya peralatan dapur...

Mulalah rambang mata...

Lepas tu pergi bahagian buat kuih...
Hadoii... Hajat hati nak capai semua..

Tapi kawal nafsu oiii... Bajet nak raya tu.. 🤣🤣🤣

Akhirnya, ronda separuh je.. Dapat la grab banyak barang juga...

Menyesal Masuk Mr. D.I.Y 

Habis RM50 la juga...

Nasib suami kata... Cukup lah... Tak larat dah nak control bebudak ni...

Separuh je ronda.. Tak habis pun...

Bahaya betul masuk Mr. D.I.Y ni.. 😂😂😂

Menyesal betul masuk Mr D.I.Y ... Haha...

Tapi walaupun sekadar shopping di Mr. D.I.Y je.. Dah cukup menggembirakan hati para isteri kan...

Setuju tak para isteri sekalian??? 😁😁😁

12 Mei 2018

Mei 12, 2018

Resepi Jus Sedap Lazat Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa Bagi Ibu Menyusu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Jus Sedap Lazat Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa Bagi Ibu Menyusu | Minggu depan dah nak puasa.

Insha Allah, ikutkan kali ni, kali keempat lah MF berpuasa sebagai status ibu menyusu. Ibu menyusu yang berpuasa ni termasuk dalam golongan yang harus berbuka puasa. Tapi ada syaratnya, wajib puasa ya.. cuma jika tak larat, harus berbuka.

Sebagai ibu menyusu, memang kerap lapar. Bila bulan puasa memang risau kan.. larat ke tak nak menyusu anak nanti.. cukup ke susu untuk anak... Ini sentiasa jadi kerisauan mak yang menyusukan anak.

Tapi, ikut pengalaman MF, bulan Ramadhan bulan rahmat. Makan sikit tapi boleh kenyang... minum tak banyak, tapi insha Allah susu tak kering selagi kita berfikiran positif dan asalkan amalkan pemakanan yang betul dan seimbang. Paling penting jangan skip sahur.


Tapi ada satu resepi mudah untuk beri tenaga khususnya kepada ibu menyusu dan ibu mengandung ketika berpuasa.

Resepi Jus Sedap Lazat Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa Bagi Ibu Menyusu
sumber: google images

Resepi Jus Sedap Lazat Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa Bagi Ibu Menyusu

Antara bahan-bahannya ialah kurma dan susu. Seperti yang semua tahu kurma mengandungi banyak khasiat. Susu pula mengandungi kalsium untuk menguatkan badan. Bila bergabung bertambah la tenaga.

Bahan² jus kurma susu :
- kurma
- air kosong
- susu kambing / susu segar / susu UHT (elakkan susu tepung atau susu pekat)

Cara² buat jus kurma susu
1. Buang biji kurma
2. Rendam kurma dengan air kosong sehingga menutupi bahagian paling atas kurma (rendam selepas berbuka hingga ke sahur)
3. Ketika sahur, campurkan kurma dan air tadi bersama susu.
4. Blend ke semua bahan sehingga halus
5. Siap! Sedia untuk diminum.

Boleh juga campurkan buah-buahan lain yang berkhasiat. Boleh juga campurkan halia atau halba. Halba salah 1 milkbooster terbaik. Nak campur badam pun boleh.. menjadikan jus susu kurma lebih rasa lemak dan manis.



Walaupun ada jual susu kurma ni kat pasaraya, tapi MF tak lalu nak telan.. Lebih baik buat sendiri... Lagipun tak susah mana.. semudah ABC...

Jus ni bukan untuk kaum ibu je.. untuk semua golongan dan peringkat usia...

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

02 Mei 2018

Mei 02, 2018

8 Cara Mudah Hilangkan Sunburn

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Cara Mudah Hilangkan Sunburn | Minggu lepas, sekolah MF ada pertandingan kawad kaki peringkat sekolah... tiga hari berturut-turut latih pelajar kawad kaki.

Bermula jam 7.30 sampai jam 10 pagi... di tengah padang... fuhh... berpeluh-peluh....

Bab berpeluh takpe lagi...
Tapi...
Lepas hari ketiga, mula nampak dah... waaaa... rasa nak nangis... muka dah burn...

Tak bestnya... sebab tau .. susah nak hilang ni...

Dah la, lama tau jaga muka nak bagi elok ni...

Nak kata muka licin putih takdelah, tapi elok la... Tapi bila dah burn macam ni... huhu.. kusam dan takde seri...

Jadi, kena juga cari petua supaya boleh rawat wajah yang burn ini...

Ada 8 cara mudah untuk rawat muka yang sunburn.

8 Cara Mudah Hilangkan Sunburn


8 Cara Mudah Hilangkan Sunburn 

#1. Losyen/Krim berasaskan Aloe Vera

Gunakan losyen yang mengandung lidah buaya (aloe vera).
Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit dan membantu tubuh menghasilkan sel kulit yang baru.

#2.  Krim hydrocortisone

Gunakan krim hydrocortisone.

Ini dapat mengurangkan radang kulit dan rasa gatal-gatal.

#3. Yogurt

Gunakan yogurt.
Yogurt yang tidak bercampur apa-apa perisa (Plain Yoghurt) membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.

#4. Cuka

Gunakan cuka.
Tuangkan cuka putih atau cuka epal ke atas kertas tisu dan lekatkan pada bahagian kulit yang terkena sunburn.
Ianya menghilangkan rasa perit.

#5. Teh

Gunakan teh hitam atau teh hijau.
Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannins dan komponen lainnya yang yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.

#6. Timun dan Kentang

Gunakan timun dan kentang.
Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.

#7. Baking soda

Gunakan serbuk penaik (baking soda).
Campurkan baking soda dengan cuka, lalu sapukan pada kulit yang terkena sunburn sebelum tidur dan biarkan semalaman.

#8. Oatmeal

Gunakan oatmeal.
Jika bahagian kulit yang terkena sunburn luas, kisar satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan gunakannya untuk mandi.

Rujukan: Siraplimau

Menarik juga petua ni.. semua guna barang semulajadi je... tapi yang MF buat sekarang petua no.1 tu... makan masa la sikit nak pulih... jadi bertabahlah kalau muka sunburn.

24 April 2018

April 24, 2018

Seronoknya Bereksperimen Dengan Tepung Jagung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seronoknya Bereksperimen Dengan Tepung Jagung | Hari minggu hari spend time dengan keluarga. Sabtu lepas, kesian anak bosan kat rumah, MF langgan Njoi lagi untuk seminggu. Apa lagi, TViQ. Itulah satu-satunya Channel yang boleh dikatakan murah dan bermanfaat untuk anak-anak. MF dan suami pun kadang layan sekali.

Seronok tengok Channel tu sebab menjana otak kreatif dan inovatif dengan pelbagai eksperimen dan kreativiti.

Seronoknya Bereksperimen Dengan Tepung Jagung

Salah satu segmen feveret ialah Sains Comot.

Tertengok satu eksperimen ringkas tapi menarik untuk dicuba di rumah iaitu Eksperimen dengan menggunakan tepung jagung.

Sebenarnya eksperimen ni untuk memperkenalkan konsep tanah jerlus. Bagaimana terjadinya tanah jerlus. Jadi, dengan tepung jagung boleh jelaskan konsep ini.

Lepas buat kuih, ada sedikit lebihan tepung jagung. MF terus ambil dan letak dalam bekas dan letak air...


Seronoknya Bereksperimen Dengan Tepung Jagung

Then, terus bereksperimen... Memang best...

Ini antara video yang MF ambil..


Seronok main tepung jagung ni... Haha.. Semalam main lagi... Boleh release tension juga rupanya... Haha...

Kenapa jadi macam tu? Itu kena tanya cikgu sains dan fizik la... Kenapa tepung jagung jadi macam tu...

Aktiviti ni boleh juga dibuat aktiviti homeschooling... Dan aktiviti ketika bonding Time dengan anak-anak. Simple tapi menyeronokkan. Cubalah! 

22 April 2018

April 22, 2018

10 Sebab Laptop Jadi Slow

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Sebab Laptop Jadi Slow | Letihnya buat kerja bila laptop slow... Tadi nak print kerja, time tu la dia nak hang, jem segala benda... berapa kali asyik nak kena restart program semula.

Laptop satu keperluan MF, memang susah kerja takde laptop. Kalau setakat kerja blog banyak guna mobile je, tapi ni kerja hakiki MF, memang kena guna laptop, PC atau netbook untuk buat kerja. Laptop yang slow ni buatkan kerja kita semuanya tergendala... Letih jadinya.

Kena tahu punca kenapa laptop kita slow supaya kita boleh atasinya dan lajukan laptop kita. Dan format laptop yang slow bukan jalan penyelesaian yang terbaik sebenarnya.

sumber: google images

10 Sebab Laptop Jadi Slow

1. Processor bawah 2.0GHz

Yang ni memang favourite.
Cara nak check:

Pengguna windows.
A. Right click My Computer –> Properties
B. Tengok kat bahagian processor –> berapa GHz?

Pengguna Macbook.
A. Click logo Apple –> About this macbook
B. Tengok bahagian processor –> Berapa GHz?

Kalau atas 2.0 tapi still slow, ada masalah la tu 
Kalau bawah 2.0, disarankan upgrade ram kepada maximum. Sekarang ni smartphone pun dah 6GB RAM nya kan... tak kan komputer/laptop 2.0 je... 


2. Kipas laptop dah rosak (overheating)

Antara 1 sebab kenapa laptop overheat bila kipas dah tak function lagi.
Cara check, tak dengar bunyi kipas ATAU tak rasa angin keluar kat lubang (airflow) kat laptop. Rasanya nak kena hantar kedai la jawabnya, sebab laptop suami yang 8 tahun lebih usia dia tu, panas je... Tak pernah hantar repair pun.. rasanya ye juga kipas dia dah overheating.

3. Hard disk ada bad sector

Cara check, biasa boleh guna Hiren. Software ni ada tunjuk % health hard disk anda.

Kalau bawah 99% memang had disk ada masalah. Standard dah guna lebih 2 tahun, hard disk mula problem.

Cepat backup data kat external hard disk, takut total lost nanti (corrupt). Menangis tak berlaku kalau rosak... 

4. Virus infected dekat file

Ni memang best! Virus tak kira masa bila nak infected kat laptop. Tambah kalau selalu buat kerja cucuk pendrive atau selalu online... Virus masuk bukan perasan pun. Tahu-tahu je asyik hang je laptop tu...  Virus yang tak best bila file jadi shortcut, ada keluar shortcut (1,2,3,4) dan lain-lain lagi.

Sebelum scan laptop, tolong update dulu antivirus. Dah update, baru scan.

5. Banyak program yang di install (jadi berat / lag)

Kalau ada software-software yang tak guna atau jarang guna, uninstall je. Dulu install game, sekarang dah insaf.. hehe


6. Tak ada antivirus atau dah outdated

Bila ada masalah ni, tukar atau install antivirus baru.
Jangan sebab nak jimat duit, file-file habis tak dapat recover sebab virus. Tak berbaloi kan?

7. File TEMP yang terlalu besar (junk files)

A. Tekan Start –> Taip Run
B. Taip %TEMP% –> Enter
C. Select all semua file, kemudian delete.

Semua file dalam folder temp kebanyakkan sampah,boleh free space size HDD.

Delete semua tau. Sebab buat semak je space hard disk laptop je.

8. Spec laptop terlalu lama (dah lebih 5 tahun)

Memang lama pun, dah masuk 10 tahun dah...  Sebab confirm processor pun yang lama punya.
Tapi selagi tak rosak, jangan tukar laptop lagi. Pakai selagi boleh pakai. Alhamdulillah, masih elok. Jadi, lembab pun masih boleh guna.

9. Banyak start up program running

Download CCleaner, software ni boleh disable atau delete terus startup program yang tak penting.
Bila banyak startup running, masa nak on laptop jadi SLOW. MF memang guna software ni dan memang banyak membantu.
 

10. RAM bawah 2GB

Cara check :
Pengguna Windows.
A. Right Click My Computer –> Properties
B. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB?

Pengguna Macbook.
A. Click logo Apple –> About this macbook
B. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB

Kalau bawah 2GB, tambah RAM untuk lajukan laptop anda. 
Memang kena standby duit la nampaknya untuk tambah RAM ni... 

Itulah 10 sebab yang dikenal pasti punca laptop jadi slow. Dan solusinya MF rasa, laptop MF ni adalah RAM dan kipas. Insha Allah, nak try la upgrade RAM yang besar sikit ..supaya senang nak buat kerja... 

sekian, semoga bermanfaat. 


Rujukan: frlaptopservice.com

07 April 2018

April 07, 2018

Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi | Pernah jadi pelanggan Astro untuk dua tahun. Tu pun rasa tak sabar nak terminate... seksa tunggu dua tahun... bukan apa... sebab semakin hari semakin naik bayaran bilnya. Dari mula melanggan hanya bayar RM40 sebulan untuk basic package. Naik hingga ke RM60 sebulan. Dah la siaran ulangan je banyak. Rasa macam membazir je melanggan. Jadi cukup dua tahun terus terminate.



Bila pindah Johor, mulanya nak pakai arial tv je.. selepas puas mencari siaran tak juga dapat. Akhirnya pasrah beli dekoder Njoi. Nak melanggan Astro memang tak lah..

Ok la beli Njoi, sekali pasang je.. tiada yuran bulanan.. cuma siarannya agak terhad... Bila anak dah besar, kadang depa boring sebab takde siaran menarik... Jadi, masa cuti sekolah baru ni, ternampak iklan kat siaran 100 Njoi.. dan terus ke Channel 200 untuk lihat cara melanggan dan topup Njoi. Mudah je..


Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi

Minta suami belikan kad topup Njoi di 7E...  beli RM10 je.. untuk percubaan kan... Nak buat online pun boleh tapi MF tak try lagi.. guna manual je... beli kat kedai.


Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi


Cara Topup Njoi


Pergi ke Siaran 200 nanti akan terpapar seperti bawah ni.. kena tunggu kejap sebab dia loading lama sikit kengkadang.

Guna remote, pergi ke My Account.

Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi



Pilih Top Up via Prepaid Voucher, kemudian ikut je arahan dia iaitu:

Taip: 111 <jarak> No IC <jarak> Nombor PIN 16 Digit dan SMS ke 33310.

Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi


Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi

Bila dah berjaya topup akan dapat SMS baki terkini.. Dah ada kredit baru boleh langgan Njoi... 

Cara Langgan Siaran Njoi


Pergi ke Channel 200, Pilih Puechase

Kemudian, pilih la menu yang nak, sama ada nak tengok by Channels atau Package.

Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi


Boleh tengok senarai Harga dan Package ikut Genre di

Lepas dah pilih jenis nak langgan yang mana, teruskan untuk membeli... 

Ikut je step yang terpapar kat tv tu... ada kod yang perlu di SMS untuk membeli... Biasanya lepas beli terus dapat tengok... 


Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi

Channel yang biasa MF beli untuk anak-anak je la.. TViQ selama seminggu... tu pun bosan sebab berulang je.. nasib seminggu je langgan.

Lepas tu beli Channel Package Kartun... ada banyak la Channel... RM15 untuk 30 hari... boleh la.. anak suka layan channel Disney tu... ok la..walaupun berulang, tapi banyak pilihan...

Ok juga la pakai Njoi ni... kita langgan yang mana kita nak je.. takdelah membazir bayar bulanan tapi tak tengok kan... Ada pun dah tak tertengok juga.. layan online movie atau download movie je... sekarang ni dah naik kerja, nak tengok TV pun tak sempat... apatah nak layan drama... sadis kot... orang tengok drama best-best malam, MF dah masuk tidur...sebab tidur tu lagi nikmat sekarang ni... hehe... 

05 April 2018

April 05, 2018

Jimat Banyak Beli Barang Anak Secara Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jimat Banyak Beli Barang Anak Secara Online | Beli online dah sebati dengan diri ini... Jadi, bila ada sale memang tak kan lepaskan peluang.

Baru-baru ni Lazada buat sale sempena Baby Fair... Kebetulan pula masa tu Diapers anak hampir habis dan kat kedai yang selalu dok beli tu pun kehabisan stok. Ntah bila dia nak restock pun tak tau. Jadi, suami kata beli online la.. Laju je buka Lazada sebab tau ada Sale barangan baby..

Mencari lah Diapers jenama Genki..  Sebab Diapers tu hampir setanding dengan diapers jenama Mamypoko...

Shopping barang baby online


Alhamdulillah... Saiz yang dikehendaki ada sale... 3 bungkus pek besar saiz L50 baru RM89.90. Harga biasa dok beli kat kedai pun RM30.90.. Kalau darab 3 dah RM90 lebih dah. Jadi, harga tu murah sangat dah.

Nak lebih murah MF cari lagi kod diskaun di Google untuk dapatkan lebih penjimatan. Cari-cari, dapat satu kod diskaun RM10. Dapat lagi potongan harga RM10. Jumlah bayar hanya RM79.90. Murah sangat dah tu dari harga biasa.

Memang jimat banyak beli online bila ada sale begini... Cari yang free postage lagi jimat. Kalau Lazada memang biasa MF akan cari kod diskaun. Cuba satu persatu sampai dapat...

Susu anak pun MF beli kat Lazada juga. Yang ni beli sebab dapat kod diskaun dari Anmun Club. Rugi kalau tak guna... Sebab dapat jimat banyak juga. Biasa harga susu Anmum 1 tin besar 1.6kg harganya dalam lingkungan harga RM86 hingga RM90. dapat kod diskaun tu dapat la harga bawah RM80.

Cuma kecewa sikit bila tin tu kemek teruk bila sampai... Ni semua angkara pos laju Johor atau Kulai la punya kerja.  Ntah dia pijak ke apa barang tu... Sebab seller siap wrap tin susu tu dan buh plastik angin lagi dalam kotak... Nasib tak pecah je tin tu.

Beli online


Apa pun, isu ni akan dipanjangkan kat Lazada nanti... MF nak cadangkan kepada online seller ni... Buat macam nile.com. Pembeli boleh pilih jenis courier yang di orang nak guna... Asalkan courier tu dekat dengan pembeli dan pengguna... Kiranya dua-dua pihak senang nak pos dan nak terima barang. Jadi mudah.. Tak kan berlaku isu macam ni lagi kan.

Apa pun, MF memang suka beli online... Perkara macam tu tak menjadikan MF serik nak beli online pun... Sebab lebih jimat dan tak perlu nak penat buang tenaga cari barang. Tapi kalau barang tu ada je kat tempat tinggal MF ni, beli je la terus.. MF beli barang yang susah nak dapat dan harganya mahal dari biasa...

Kalau nak beli barang baby murah, boleh terjah Lazada dan Shopee yang memang tengah sale sekarang ni...

Sekian, 

02 April 2018

April 02, 2018

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia | 2 April setiap tahun merupakan hari ulang tahun sambutan Kesedaran kepada penyakit Autisme seluruh dunia. Dengan adanya sambutan di sekolah pada tahun ni, baru MF tahu pasal ni...

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia

Pelancaran Sambutan Autisme Awareness Peringkat Sekolah

Alhamdulillah, di sekolah MF mengajar dah buat sambutan ini satu hari awal. Kempen gelombang biru di sambut sederhana di sekolah... Guru-guru memakai pakaian berwarna biru sebagai tanda menyambut dan menyokong kempen kesedaran ini.

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia


Di sekolah MF mengajar memang ada Unit Pendidikan Khas dan terdapat seorang pelajar Autisme yang kami gelarkan dia "Adan". Adan ni ceria orangnya... katanya dia jadi begitu kerana berpunca kekurangan oksigen semasa lahir akibat terbelit tali pusat. Dunia dia ceria sahaja... sekali pandang kesian kat dia... tapi seronok tengok dia... Kes terbesar dia pernah buat tahun lepas, tak pasti punca bagaimana, tapi kerana dia, rumah dia hangus terbakar... mujur ahli keluarganya selamat. Kuat dan kental jiwa mak dia...

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia

Apa itu Autisme?

Autisma merupakan satu bentuk kecacatan atau masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak dan minda yang boleh berlaku sejak di usia seawal enam bulan lagi dan merupakan satu sindrom ketidakupayaan yang boleh kekal sepanjang hayat jika tidak mendapat sebarang rawatan.

Autisma mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang itu terjejas dan menyebabkan pengidap autisma menunjukkan tiga jenis ketidakupayaan umum, iaitu masalah tidak mampu bersosial, kesukaran untuk berkomunikasi dan masalah dalam tingkah laku dan pemikiran.


Sekarang ni, semua anak-anak akan menjalani ujian awal untuk mengesan penyakit Autisme ini. Anak MF dah lepas fasa pertama ujian pada usia 1 tahun 6 bulan. Nanti fasa kedua pada usia 3 tahun.

Autisme ini, bukan penyakit yang mudharat tapi boleh parah jika tak dirawat. kesian kat anak la... Jadi, kerana itu adanya kempen kesedaran ni, supaya ibu bapa yang ada anak Autisme tidak malu dan berani untuk hadapi masyarakat luar jika ada anak Autisme seperti yang dilakukan oleh Selebriti Zarina Zainuddin yang mempunyai dua anak kembar mengidap Autisme.


Jadi, jom pakai biru sebagai tanda sokongan, tapi MF dah pakai baju hijau la pula... hehe... Jadi, hijau pun boleh la.. Lagipun dah sambut hari Ahad kira ok la kan... 

28 Mac 2018

Mac 28, 2018

Sedap Sangat Ke Burger KFC CHEEZILLA Tu?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sedap Sangat Ke Burger KFC CHEEZILLA Tu? | KFC datang lagi dengan menu baru... belum habis promo pizza ayam tu, kali ni KFC upgrade burger dia pula...

Sedap Sangat Ke Burger KFC CHEEZILLA Tu?

Dah lama juga MF tak makan burger KFC ni sejak jatuh cinta dengan burger kat Marrybrown. Kali ni bila KFC keluarkan produk baru, teruja juga nak cuba. Maklumlah KFC belakang rumah je.. Naik motor 5 minit pun tak sampai... Jadi, anytime je boleh try.

Lepas terbaca status pasal burger ni, plan balik kerja semalamnya nak membeli... Tapi sebab ramai orang tak jadi nak singgah... Balik bagitau suami, laju aje dia start motor pergi belikan...

Sedap Sangat Ke Burger KFC CHEEZILLA Tu?

Sedap Sangat Ke Burger KFC CHEEZILLA Tu?

Bau burgernya sedap... terus buka.. wow... boleh tahan tebal dan besar... belek punya belek... buka setiap lapisan... mencari salad... rupanya takde salad... budak KFC kat sini lupa letak salad gamaknya... DAh takde salad, kurang sedap la kan... sos cheeze pun kurang juga. Ni KFC kat tempat MF la ni.. kat tempat lain, ramai kata puas hati dan sedap.

Sedap Sangat Ke Burger KFC CHEEZILLA Tu?

Rasa memang sedap, cuma bagi MF yang suka pedas, akan tambah sos dan mayonis untuk lebih kick... itu bahan penyedap bagi burger tu... takde tu rasa macam kurang sikit...

Bagi MF, boleh la... kalau nak rasa.. nak repeat beli mungkin tidak... Kalau Pizza ayam yang KFC keluarkan sebelum ni, boleh tahan sedap... tapi kali tak menepati selera MF... Kalau orang lain, pasti dah pergi KFC tu balik sebab takde salad dan tak sama macam iklan... Tapi MF, dah beli... biarlah... tapi sekali tu je la kita beli kan... Harga RM13.90 untuk Ala Carte...

Bagi yang nak rasa, boleh mencuba... rasanya memang lain dari yang lain... lebih tebal dan rotinya lebih lembut... cuma rasa cheese dan pedas tu kurang sikit la..

Apa pun bab makan ni atas orang.. lain orang lain selera dan citarasa...