18 Julai 2017

Pertama Kali Sediakan Bahan Buat Kuah Kacang Untuk Jamuan Raya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pertama Kali Sediakan Bahan Buat Kuah Kacang Untuk Jamuan Raya! | Insha Allah esok seperti yang dirancang... Akan diadakan jamuan hari raya peringkat sekolah di sekolah MF mengajar... Banyak sekolah dah buat... Tapi sekolah kami baru nak buat.. acara setiap tahun... 

Seperti biasa... Cikgu-cikgu akan dibahagikan menu untuk dimasak sebagai side menu selain menu utama yang telah dipersetujui semua... 

Tahun lepas MF tak ingat pula kena masak apa... Tapi tahun ni ditugaskan oleh untuk masak kuah kacang dan nasi himpit... 

Cabaran tu.. sebab sepanjang hidup MF tak pernah masak kuah kacang... Tau makan aje... Haha... minta sediakan bahan je pun dah panik sebab tak pernah buatkan... 

Tapi kerana tugasan ini berdua... Jadi, MF ditugaskan untuk sediakan bahan asas kuah kacang, manakala partner MF tukang masaknya... 

Gigih lah minta tolong suami ke kedai cari bahan asas iaitu kacang tanah dan cili... 

Semalam gigih lah mencari resepi selain tanya suami... Mujur suami cheq orang Johor... Jadi, dia tau la dari cheq ni yang tau makan sahaja... 

Bahan buat kuah kacang

Bukan tanya apa pun.. just tanya macam mana nak sangai kacang tu... Sampai tahap mana nak digorengnya... Mujur suami ada sebagai tukang rujuk... Hehe... 

Apa pun, disebabkan cabaran itu macam nak kena juga cuba memasak kuah kacang sekali sekala kan... Sekurang-kurangnya ada pengalaman... 

Ada banyak cara masak kuah kacang ni... Ada yang tumis semua bahan mentah baru campurkan sekali... Ada yang sebaliknya... Ikut cara masing-masing... Itu antara tips memasak kuah kacang dari mak cik-mak cik di sekolah MF ... 

Malam ni nak merebus nasi himpit pula untuk esok... Moga majlis jamuan esok berjalan lancar dan meriahlah hendaknya... Paling suka murid lah.. dapat dressing' habis dengan baju raya terutama budak perempuan... 


P/s: Budak sekarang pandai bergaya ikut trend.walaupun budak kampung aje.. Kita dulu... Baju kurung tudung bawal kira canggih dah la tu bajunya... Hehe.. Zaman yang kian berubah... Tapi budak remaja nak sweet, cukup berbaju kurung dan bertudung sederhana sahaja... Sudah jelas keayuannya... Terlalu mengikut fesyen pun kadang tak sesuai pula dengan usia jadinya... 

11 Julai 2017

Berbento Cara Berjimat Lepas Raya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... Rezeki Allah tu sentiasa ada.. asalkan kita bersyukur...

Lepas raya... Bajet memang banyak... Maklumlah perjalanan Utara Selatan... Apa pun dengan niat baik... Alhamdulillah sentiasa ada rezeki walaupun ada yang dok up status pasal bajet raya..

Selain tu... Inisiatif kami berjimat lepas raya... Berbento pergi kerja...

Alhamdulillah.. en.suami tak jemu sediakan bento untuk bini dia... (Mohon jangan kecam... Hehe)




MF pepagi agak kelam kabut.. sebab kadang anak kecil tu bangun.. jadi, suami bangun awal.. dia masakkan masakan yang ringkas dan sediakan bekal...

Alhamdulillah... Seminggu ni masih istiqamah berbekal... Moga diberi kekuatan buat suami cheq untuk sediakan bekalan setiap hari... Alhamdulillah...

Opss... Mungkin ada yg tertanya.. suami cheq Mr.Mama bekerja dari rumah... Jadi, takde masalah dia nak siapkan kerja rumah.. MF sahaja yang kerja di luar... Jadi, kehidupan kami tak macam orang lain la senang kata... Jadi, jangan kecam dan jeles pula ek.. kehidupan kita lain-lain...


05 Jun 2017

Minuman Yeo's Pilihan Utama Untuk Berbuka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Minuman Yeo's Pilihan Utama Untuk Berbuka | Dalam banyak-banyak menu, air adalah pilihan utama ketika berbuka... Lepas minum air, baru rasa lega... Kemudian barulah ambil kurma dan kuih sebagai pelengkap ketika berbuka. Tapi yang paling penting air dulu. 

Dalam banyak-banyak air, kami sekeluarga suka air Yeo's... Sebabnya rasa air tu original... Bukan perisa dan perasa. 


Minuman untuk berbuka puasa

Macam Teh bunga Yeo's ni, rasanya memang menyegarkan tekak... Kurang manis dan memang sedap tambah-tambah kalau minum sejuk. 

Minuman soya juga salah satu minuman feveret kami sekeluarga... Kalau tahun-tahun dulu Yeo's akan keluarkan minuman khas iaitu Soya Cincau Yeo's tapi dua tahun ni macam takde dah... Kalau nak kena beli asing-asing lah... 

Antara susu soya biasa dan susu soya hitam, MF lebih suka susu soya hitam sebab lebih pekat dan rasa soya sejati... Kadang sampai tambah air sejuk sikit sebab pekat sangat. 

Daripada​ beli minuman di bazar... MF suka beli minuman kotak dari Yeo's... Memang ada pengawet tapi sama aje di bazar kan.. diorang mungkin guna air paip air buat air... Lagipun lebih rasa gula je kan... Susah nak jumpa peniaga air yang betul-betul berniaga ni... Kalau ada .. moga lapang rezeki dia.

Lagipun Yeo's dijamin halal dan sedap... Mungkin orang kata tak bagus... Tapi bukan minum selalu sesekali sahaja di bulan puasa... Minum dan makan apa sahaja asalkan tak berlebih... InshaAllah ianya berkhasiat dan bermanfaat... 

Isomil Plus Susu Alternatif Untuk Bayi Alah Susu Lembu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Isomil Plus Susu Alternatif Untuk Bayi Alah Susu Lembu | Lain anak lain ragam, lain cabaran dan lain juga rezekinya.... Begitulah cabaran anak ketiga yang kami suami isteri hadapi dengan anak ketiga ni... Boleh dikatakan dugaannya agak hebat berbanding anak pertama dan kedua hingga pernah rasa serik juga nak tambah anak dalam masa terdekat... Tapi itu hanya kata dan perancangan kita.. tapi Allah yang Maha Kuasa. 

Anak ketiga ni cabarannya hebat sejak mengandung lagi... Awal kehamilan hingga usia kandungan lebih empat bulan melepek je sebab evening sickness. Bila dihujung kehamilan diuji pula dengan air ketuban lebih... Ini lain kalilah MF kongsikan ilmu dan pengalaman ya... 

Bila melahirkan.. alhamdulillah dipermudahkan... Sejak dari dalam kandungan lagi memang niat menyusu badan hingga dua tahun... Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya... Susu badan hanya cukup untuk usianya enam bulan... 

Masuk tujuh bulan susu badan makin berkurangan.. pelbagai usaha dan petua MF buat, bahkan macam-macam produk untuk tambah susu MF usahakan tapi itu hanya ikhtiar kita.. yang mengizinkannya Allah... jadi dengan redha dan pasrah cari susu formula dulu dan dalam masa yang sama cari juga ibu susuan... Susu pertama dicuba ialah susu Dutch Baby... Alhamdulillah baby minum... Tapi rupanya tak serasi... Dia alah.. tak sampai 15 minit selepas minum terus muntah semula... Tiga kali cuba, tiga kali macam tu... Maknanya memang tak sesuai susu lembu dengan badan dia... 

Alhamdulillah.. dalam masa yang sama dapat ibu susuan ... Rakan Facebook merangkap rakan blogger juga sudi bagi susu... Selepas beberapa halangan dan cabaran... Dapatlah susu dari ibu susuan dari Kuala Lumpur... Pos guna bas... Alhamdulillah... 

Namun, susu tu hanya bertahan dua minggu... Selepas dua minggu.. nampak kena juga cari alternatif lain selain susu lembu... Lepas tanya rakan-rakan Facebook.. ramai juga cadangkan susu Isomil Plus... 

Hari tu juga suami carikan susu Isomil Plus.. alhamdulillah ada jual di farmasi dekat dengan rumah kami ni... Alhamdulillah juga, baby terima susu ni dengan baik.. tiada alahan dan dia suka... 

Alergik susu lembu

Alhamdulillah... Kini dah habis pun setin kecil... Susu ni memang mahal .. setin kecil 400gram pun dah harga RM36.90, tapi demi anak, insha Allah.. yakin aje dengan rezeki Allah tu... Dan alhamdulillah juga berat badan dia nak nampak naik semula... Sebelum ni beratnya tak naik banyak... Bahkan boleh dikatakan agak perlahan la sebab tak cukup susu... 

Alhamdulillah... Itulah... Redha je la tak dapat nak susu penuh dengan susu badan hingga dua tahun... Perancangan Allah itu lebih baik... Walaupun dah campur susu Alhamdulillah dia tetap manja... Yang penting sihat dan aktif. 

Alhamdulillah... Susu Isomil Plus berasaskan soya yang juga kaya dengan vitamin yang diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak... Sesuai untuk bayi yang alah susu lembu... Memang kuat bau soya susu ni... Apa pun ... Sedap je tengok dia minum habis dan habis... Alhamdulillah... 

Moga Allah pelihara anak-anak amanah Allah ini sebaiknya... InshaAllah... 

26 Mei 2017

Cara Solat Tarawih di Rumah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH.

Sejak jadi mak, memang dah tak jejak masjid atau surau semata-mata nak solat sunat tarawih.... solat aje di rumah... tak susah solat tarawih ni... cuma yang  jadi susah sebab kita yang susahkan.

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Jadi, solat Isya' panjang waktunya.. tak semestinya lepas solat Isyak terus kena solat terawih... Tak... Fleksibel masanya sebab panjang... Contohnya terjaga tengah malam... Lepas tidokan anak ke kan... Solatlah... Asalkan solat isya' dulu lah... Dan sebelum sahur lah sebaiknya... 

Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid. 

Siapa yang digalakkan buat solat terawih di rumah ni??? Solat terawih ni dibolehkan bagi mereka yang:

● wanita yang ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● mereka yang uzur atau sakit tak dapat ke masjid atau surau untuk berjemaah.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.


cara solat tarawih di rumah

Bagi yang baru nak belajar solat tarawih dirumah, boleh ikut cara mudah ini... 

CARA SOLAT SUNAT TARAWIH DI RUMAH


● Niatnya  :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ  [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.

Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah ke arah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat. Tak dapat banyak sikit pun jadilah... 

SEMOGA BERMANFAAT.