Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan

05 Disember 2018

Disember 05, 2018

Milk Peel Cream Mask Althea - Mask Susu Yang Pelik Tapi Buatkan Kulit Korang Jadi Macam Orang Korea

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Milk Peel Cream Mask - Mask Susu Yang Pelik Tapi Buatkan Kulit Korang Jadi Macam Orang Korea | Mask, yang MF tahu, itu adalah topeng…

Tapi topeng ni MF rasa ianya pelik sebab MF tak pernah pakai mask yang macam ni…

Biasa mask yang dok pakai, tarikh buang macam “The Mask” tu… Tapi yang ni lain.

Mask ni, macam old school mask…

Itulah Milk Peel Cream Mask dari Althea Korea.

Pelik aih…

Milk Peel Cream Mask Althea

Milk Peel Cream Mask Althea - Mask Susu Yang Pelik Tapi Buatkan Kulit Korang Jadi Macam Orang Korea



Pertama kali mencuba… rasa macam lain sebab cream mask ni melekit macam tanah liat gitu…

Milk Peel Cream Mask Althea

Tapi cuba gak sapu, dan ratakan kat tangan… eh… dah lembut pula..



Milk Peel Cream Mask Althea

Bila ratakan lagi… eh… dah berbuih pula…

Pastu bila biarkan kejap… eh… bubble tu mula pecah-pecah… rasa geli…

Milk Peel Cream Mask Althea

Lepas try kat tangan… MF try la kat muka.. haha..

Rasa macam pergi spa… sebab part cream tu dah bertukar ke bubble halus… biarkan kejap… akan rasa bubble tu meletup-letup lembut… best sangat… haha… tak tau nak citer macam mana.

Lepas dah pakai tu… biarlah kejap kan… lepas tu bilas dengan air suam.

Korang akan rasa perbezaan muka korang lepas tu…

Memang rasa licin semacam je… segar dan fresh… lembut dan halus…
Best giler mask ni…

Bau pun sedap.. macam susu segar gitu…

Memang best… setakat ni MF akan pakai mask ni kalau muka rasa macam kusam… rasa berat kan… MF pakai la.. lepas tu akan rasa segar seolah kulit muka dapat bernafas kembali.

Serius best

Memang korang kena try, kalau nak pakai mask yang senang nak apply kat muka.. Ini pilihan bijak… Botol pun sangat praktikal untuk dibawa ke mana-mana… Comel je…

Cubalah dapatkan Milk Peel Cream Mask Althea kat sini:

Harga Milk Peel Cream Mask ini ialah RM36.
Untuk matlumat lanjut tentang Milk Peel Cream Mask ini boleh layari:
Laman Sesawang
https://my.althea.kr/

Harga
https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask 

Instagram:
@altheakorea

24 November 2018

November 24, 2018

Tips Blog - Saiz dan Format Gambar Yang Terbaik Untuk Blog

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Blog - Saiz dan Format Gambar Yang Terbaik Untuk Blog | Lama tak bercerita pasal blog... Kali ni saja la nak kongsikan tips pasal gambar dalam blog.

Gambar memang penting bila up entry dalam blog... sebab orang sekarang, nampak gambar menarik baru berminat nak baca.... Kalau takde gambar... kurang sikit orang nak klik baca.

MF kengkadang, suka jenjalan... dan tengok blog orang...

Kadang ada beberapa la yang buatkan MF rasa perlu perbetulkan bab gambar ni...
terutama gambar dalam entry...

Pemilihan format, saiz dan kapasiti gambar menentu loading blog kita juga.

Jadi, MF share ye, beberapa tips yang boleh kita gunakan bila nak letak gambar dalam entry blog..


sumber: google images

Tips Blog - Saiz dan Format Gambar Yang Terbaik Untuk Blog

Format imej yang ideal untuk blog


Terdapat pelbagai jenis format imej yang tersedia seperti JPEG (JPG), PNG dan GIF. Kebanyakannya, kita menggunakan format fail JPEG tetapi kadang-kadang kita menggunakan PNG dan GIF juga.

Format JPEG - Format JPEG yang terbaik digunakan untuk jenis blog fotografi digital dan format ini adalah yang paling banyak digunakan kerana imej dalam bentuk foto, tetapi tidak jarang juga digunakan untuk blog dan portal selain daripada fotografi. 

Sebagai contoh, banyak blog yang menggunakan format JPEG ialah blog perjalanan, perjalanan, blog resipi dan sebagainya.


Format PNG - Format PNG yang paling biasa digunakan pada blog secara amnya, kerana format imej PNG jenis boleh diedit dan dimampatkan kepada saiz terendah (sekitar 70%) tanpa mengurangkan kualiti imej asal. 

Format PNG biasanya digunakan untuk blog yang mengutamakan prestasi dan kelajuan pemuatan, seperti blog tutorial.


Format GIF - Format jenis ini biasanya menyokong saiz imej kecil, seperti logo dan sebagainya.

Saiz yang sesuai

Untuk saiz imej pos (dimensi) kita boleh menyesuaikannya ke setiap templat blog, sedangkan saiz yang paling ideal adalah seperti berikut.

Template 1 Lajur  Boleh menggunakan gambar atau imej dengan saiz 700 x 360 piksel atau 600 x 400 pixel

2 template kolum  
Boleh menggunakan gambar atau imej dengan saiz 600 x 400 piksel atau 600 x 320 pixel

3 ruangan template  
Boleh menggunakan imej atau gambar 300 x 250

Bagaimana jika dimensi imej tidak sepadan dengan saiz di atas? 

Boleh mengedit imej menggunakan editor imej softare seperti Photoshop atau Microsoft Office Picture Manager atau perisian editor imej lain, buat saiz yang sepadan dengan template anda. 

Nak mudah, guna saja photoscape. 
Kalau kat smartphone MF biasa guna apps Pixlr dan kalau imej tu besar compress dengan apps imej compress. 

Saiz kapasiti imej adalah baik untuk blog

Sebelum kita upload imej dalam entry blog, lebih baik untuk memampatkan imej terlebih dahulu. Tujuannya tak nak bagi Blog jadi slow loading. 

Kaedah ini boleh diatasi melalui alat mampatan imej, saiz kapasiti imej yang ideal ialah 65 - 115 kb. 

Tetapi jika mungkin untuk saiz yang lebih kecil, lebih baik, selagi imej masih jelas.


Itulah penjelasan ringkas tentang saiz imej post blog yang ideal. 

Selain mempercepatkan loading Blog kita, kita dapat mengoptimumkan imej menjadi mesra SEO dan mudah dijejaki oleh enjin carian.

Foto atau imej menghasilkan hampir 35% carian di enjin carian, dengan menggunakan dan mengoptimumkan imej, ia juga akan meningkatkan trafik / pengunjung ke blog kita. 


Jadi, gambar yang korang tangkap tu jangan lupa buat 3 langkah ni sebelum upload masuk entry... 

1. Letakkan watermark pada tempat yang sesuai dalam gambar... Jangan letak besar sangat samapi lindung gambar pula. 

2. Resize gambar guna apa sahaja software yang sesuai. Saiz yang biasa MF guna ialah dengan kelebaran (width) 640 pixel.

3. Compress kan atau kecilkan kapasiti gambar... Kalau satu gambar sampai beratus MB tau ratus KB itu yang buatkan  blog kita lambat loading... Sebaiknya... Compress je bagi jadi puluh-puluh KB je..

Ada apps kalau kat phone... Kalau kat desktop atau pc, ada boleh buat secara online. 

Ini 3 benda MF akan buat sebelum upload ke dalam entry... untuk entry peribadi atau review... atau gambar sendiri...

Kalau gambar google ... just copy aje.. dan kredit kan kepada google images.

Dan tambahan...

Tips SEO dengan Gambar

Jangan lupa juga untuk rename kan ikut tajuk entry kita...

Bila dah upload jangan lupa letakkan title dan alt image Pada property gambar... 

OK.. Itu je MF dapat kongsikan... 

Takde lah pandai mana... MF cuba kongsikan apa yang MF buat dan tahu je... 

Semoga bermanfaat.

01 November 2018

November 01, 2018

4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging | Daging, jarang orang alah tapi kadang boleh jadi alahan tertentu sebab tindak balas badan yang berlainan.

MF sendiri takde alahan apa makan daging. Tapi kadang jadi pening kepala lepas makan daging.

Sebab apa jadi macam tu?

Sebab Tyramine akibat daging beku yang lama.
Kalau daging fresh jarang nak rasa pening ni.

Tapi jangan risau... Ada cara untuk hilangkan pening kepala akibat makan daging ni.

4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging
4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

1# Minum Air Asam Gelugor

Caranya:
Rendam asam keping (asam gelugor) 2-3 keping dalam air panas dan ditutup supaya wap tak keluar.
Selepas dah suam-suam air tersebut…..kita minum air tersebut sampai habis.
Mula-mula memang masam sangat……selepas 30-40 minit …rasa pening kepala akan mula hilang.

4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging
4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

Kalau tak lalu nak telan air asam gelugor, boleh cuba cara kedua.

2# Minum Teh O Panas

Teh O panas membantu melarutkan kandungan zat besi yang terdapat di dalam daging terutama daging kambing.

Minumlah teh O panas selepas makan daging.

Lagipun, teh ni berfungsi sejukkan badan... Bagus lah kalau minum teh lepas makan daging.

Tapi, ada orang jadi berangin badan pula bila minum teh.

4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging
4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

Jadi, boleh cuba cara ketiga.


3# Minum Air Limau Kasturi

Perah limau kasturi di dalam air suam dan minum. atau;
Makan sebiji limau kasturi sekali dengan kulitnya.
4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging
4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

4# Minum Air Halia Bakar

4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging
4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

  • Ambil halia segar dan bersihkan.
  • Bakar menggunakan arang/dapur sekali dengan kulit-kulit tu, tapi jangan sampai rentung.
  • Kemudian, kupas kulit halia yang dibakar tadi.
  • Bersihkan dan masukkan di dalam gelas.
  • Tuang air panas. Tunggu lebih kurang 5 minit supaya pati halia larut.
  • Selepas satu jam, insyaallah pening kepala akan hilang, dengan izinNya.


4 petua semulajadi ini bolehlah diamalkan sekiranya pening atau sakit kepala akibat makan daging. Bahan-bahan pun mudah  je. sebab guna bahan yang ada kat dapur.

MF pun tadi, kena kat sekolah.... rasa lain macam peningnya.. mana nak cari limau dan segala benda tu kan... terus la minum je air banyak-banyak... Alhamdulillah..

Agaknya tindak balas daging dengan badan, menjadikan badan panas dan kepala pusing.

Nasib makan tak banyak mana pun tadi... kalau tak pengsan... 

27 Oktober 2018

Oktober 27, 2018

KFC Zinger Waffle Burger

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

KFC Zinger Waffle Burger | Setelah beberapa kali lalu iklan di TV, akhirnya dapat juga merasa KFC Zinger Waffle Burger.

Resepi baru dari KFC. Itulah resam kami... Pantang ada menu baru di KFC, Marrybrown atau Pizza Hut, pasti tak kan lepas peluang untuk cuba...

Laki bini kaki makanlah katakan...

KFC Zinger Waffle Burger

Seram tengok kotak bungkusan dia ni... Macam berapi je kan.. boleh tahan besar juga... 

KFC Zinger Waffle Burger
KFC Zinger Waffle Burger

KFC Zinger Waffle Burger


Buka untuk lihatr isi dalam... 

Waffle di atas... kepingan isi ayam yang rangup serta sos dan mayonis di tengah.. 

KFC Zinger Waffle Burger
KFC Zinger Waffle Burger

Review KFC Zinger Waffle Burger

Pertama kali nak makan, kena buka mulut seluasnya... Tapi tak mampu den hah... haha... 

serius besar dan tebal... 

Boleh tahan sedap kepingan isi ayam tu... Rangup dan pedas di luar... 

Waffle yang lembut... cuma... kalau digigit, tengok bahagian waffle tu bukanlah macam waffle kek... Tapi macam roti... 

Ingat waffle tu manis, rupanya dok sosnya yang manis... waffle tu macam masin-masin sikit... 

Tapi isi ayam sedap dan tebal... pedas dan rangup... 

Makan separuh... dah kenyang... serius kenyang... kena makan dua kali la baru habis... 

Bagi MF, kalau guna sos cili biasa, dan ditambah dengan timun, keju atau salad pun sedap dah...

Apa pun, menu kali ni, lebih baik dari yang sebelum ni... 


Next... nak rasa Pizza Hut dan juga Marrybrown pula... insha Allah... moga ada rezeki.. 

23 Oktober 2018

Oktober 23, 2018

Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol | Anak-anak yang melasak, memang tak kan terlepas dari alami benjolan akibat jatuh..

Anak MF, yang perempuan semuanya lasak-lasak... Jatuh itu satu kebiasaan dah...

Bila jatuh, jangan cepat panik... Tengok tempat jatuh tu... Ada bengkak atau benjol tak...

Kalau ada benjolan, atau bengkak serta lebam, buat rawatan tuam.

Tapi kena juga tau cara nak tuam barulah boleh merawat... kalau salah cara nanti melarat aje...

Ini, MF kongsikan perkongsian dari Doktor dari Rehabilitasi #MedTweetMY cara melakukan tuam yang betul.

Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol
sumber: google images

Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol


“Tuam ais ke tuam haba lebih baik untuk surutkan bengkak selepas kecederaan sukan?”

Kedua-dua tuam ais dan haba memberi kesan yang baik kepada pemulihan kecederaan sukan. Namun perlu tahu bila tuam ais atau haba lebih sesuai digunakan.

Tuam ais, atau cryotherapy sesuai untuk kecederaan akut seperti terseliuh, terkehel, otot atau tendon terlebih regang, trauma tumpul pada otot dan sebagainya.

Rawatan ini memanfaatkan reaksi pembuluh darah yang akan mengecut jika didedahkan kepada kesejukan. Reaksi ini akan menyebabkan penurunan bekalan darah dan secara tidak langsung mengurangkan reaksi keradangan. Hal ini mengekang pembentukan bengkak yang teruk.

Selain itu, tuam ais dapat menurunkan aktiviti saraf. Ini boleh memberi kesan kebas lantas mengurangkan kesakitan kepada kawasan kecederaan.

Oleh yang demikian, tempoh yang sesuai untuaman ais adalah pada awal tempoh kecederaan, iaitu sebaik sahaja kecederaan berlaku dan 3 hari berikutnya.

Cara-cara melakukan tuaman ais:

1. Letakkan ais atau pek ais ke dalam balutan tuala kecil.

2. Tuam ais pada bahagian yang tercedera selama 10 minit dan angkat tuaman 5 minit.

3. Ulang langkah 2 selama 4 kitaran.
Boleh ulang set ini 2-3 kali sehari

[ ! ] Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit, tisu dan saraf.

Tuam haba, atau thermotherapy pula sesuai kecederaan kronik atau kecederaan yang melibatkan kekejangan dam sengal otot. Contoh: silap bantal dan simpul biawak.

Haba memperbaiki aliran darah ke kawasan yang di tuam dan merelakskan otot dan melegakan kesakitan kekejangan otot. Selain itu haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi efek yang selesa selain mempercepat proses pemulihan.

Tuam haba sesuatu dibuat pada hari ke-4 dan seterusnya selepas kecederaan.

Cara-cara lakukan tuaman haba:


1. Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala.

2. Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika.

3. Ulang langkah beberapa kali sehingga kesakitan lega.

[ ! ] Elak daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit. Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.

Jika ada luka, elakkan lakukan mana-mana tuaman. Berjumpalah dengan doktor jika ada kesangsian berkenaan pilihan tuaman.


Jadi, dah tau cara, jangan salah lagi... paling penting kalau anak jatuh... jangan cepat panik... Dakap dan peluk anak... usap kawasan yang tercedera atau lebam atau bengkak tu sambil selawat banyak-banyak... Kemudian buatlah tuam ni sebagai rawatan awal. Lepas tu dalam masa 24 jam pantau... kalau ada muntah, demam atau sawan dalam masa 24 jam lepas jatuh, terus ke hospital... Tak payah tulis kat FB lagi ye... sebab dah bagitau ni...

Semoga bermanfaat...

Moga Allah lindungi anak-anak kita semua.. insha Allah. 

06 Oktober 2018

Oktober 06, 2018

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel | Bila travel dengan anak kecil banyak benda nak kena fikir dan bawa. Salah satu keperluannya adalah makanan.

Kalau anak dah besar, dah lepas setahun senang sikit nak sedia makanan, sebab dia boleh makan nasi biasa atau sup... Dah boleh campur la kuah biasa, ada garam sikit dan perasa... (sekali sekala bila travel kan).

Tapi kalau anak bawah setahun, dan lebih 6 bulan.. kena la sediakan makanan dia...

Kat rumah kita boleh masak bubur... Tapi kalau time travel... kena la ada bubur kering kan...

Sebab tu MF beli bubur instant bayi untuk memudahkan ketika travel.

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel 

Jika tengok kat Shopee atau Lazada banyak je bubur instant ni dijual. Pelbagai perisa.

Tapi MF berkenan dengan satu jenama ni... jenama Mamies.

Bubur ni ada 2 perisa... satu beras perang sahaja dan satu lagi beras perang dengan perasa ikan bilis.

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel
Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel 

Apa kelebihan Bubur Instant ni?

Kelebihannya ialah... bubur instant ni dibuat dalam sachet kecil-kecil untuk sekali bancuh... Senang kan...

Tak perlu nak cedok-cedok...

Jadi lebih terjamin kebersihannya.

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel
Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel 


Cara Penyediaan:

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel
Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel 

Kalau MF biasa campurkan dengan serbuk ayam yang MF buat sendiri... 

Kadang kat rumah pun MF guna bubur instant ni kalau tak sempat nak masak bubur untuk baby.. 

Jadi, boleh campur sayur yang difrozenkan dengan serbuk ikan atau ayam. 

Masukkan air suam, dan kacau je sebati... 

Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel
Bubur Instant Untuk Bayi Mudah Untuk Travel 


Nak pekat ke cair itu bergantung kepada baby korang la...

Anak MF dah 10 bulan... jadi dia dah ada deria mengunyah dah... cuma takde gigi... jadi, MF bagi bubur yang memang pekat...

Kalau masa dia 7 8 bulan dulu MF bancuh cair sikit...

Alhamdulillah, anak suka.. sebab wangi je...

Bubur ni memang takde perisa... original serbuk beras perang. tawar je...

Sebenarnya nak buat sendiri pun boleh kan... Tapi haha... 'terlebih rajin' ni, beli aje lah .. sebab dah siap pek macam ni..

Alhamdulillah... mudah kerja kalau nak travel dan jenjalan... Takde lah anak lapar kan... tak kan nak sumbat susu dan biskut je... bubur gini memang sangat perlu dan memudahkan...

Sekian... 

02 Oktober 2018

Oktober 02, 2018

Seksanya Penyakit Angin Dalam Badan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seksanya Penyakit Angin Dalam Badan | Tengah dok jenjalan dalam dewan sekali pening menonong.. Lepas tu mula sakit belakang terus ke kaki...

Picit sendiri... Terus sendawa...

Fuhh.. Angin menyerang dalam badan...

Siapa pernah kena tau la kan penyakit angin ni kan..

Penyakit ni kadang datang tanpa sebab... Tak makan makanan yang menyebabkan angin pun tetiba kena angin juga...


Kadang kena juga kembung perut dan sebu akibat angin... Tapi paling seksa angin ni serang urat saraf.


Seksanya Penyakit Angin Dalam Badan

Macam Dr. Hafiz Sulaiman kata.. Penyakit angin ni memang takde dalam kajian saintifik tapi ada kebenarannya. Siapa yang alami je tau.

Angin ni sinonim dengan kembung perut la... Sebab tu tanda paling senang nak tau kita kena penyakit angin dalam badan.

Kembung ini biasa datang dengan masalah sistem pencernaan lain seperti gastritis, refluks dan juga perut sensitif.

Bagaimana kembung perut berlaku?


Bakteria "baik" ada di sepanjang saluran sistem pencernaan kita terutamanya banyak di usus besar. Apabila kuman baik mencukupi, gas dihasilkan untuk menolak najis keluar. Namun begitu, berlebihan kuman di usus kecil pula menyebabkan simtom kembung.

Kerosakan salur pencernaan juga menyebabkan kuman membiak di tempat tidak sepatutnya. Contohnya pengambilan makanan dan bahan kimia perosak perut, alkohol, rokok, antibiotik berlebihan mengurangkan asid perut yang sepatutnya membunuh kuman berlebihan ini.

Gangguan sistem pencernaan juga menyebabkan kulat bermaharajalela. Kulat usus berlebihan juga menyebabkan kembung.

Apabila sistem pencernaan menjadi lemah, penyerapan makanan di usus kecil menjadi terganggu. Maka makanan yang susah diserap akan menjadi santapan kuman usus kecil. Kuman usus kecil membiak dan menghasilkan gas menyebabkan kembung!

Penyakit dikaitkan kembung perut:

1) GERD.
2) Penyakit pankreas.
3) Penyakit kencing manis.
4) Penyakit keradangan usus
(IBD seperti Crohn's, UC, diverticulitis)
5) Celiac dan alahan gluten.
6) Liver cirrhosis
7) Hypotiroid.

Antara simtom lain berkait perut kembung :


- Loya dan muntah.
- Gas ( perut berbunyi, kentut, sendawa)
- Cirit.
- Malnutrisi.
- Lemah lesu.
- Berat badan turun mendadak.
- Sakit sendi. Sakit-sakit badan.
- Alahan.
- Sakit kepala.
- Kemurungan (depresi)
serta masalah kesihatan mental lain.


PENYAKIT "ANGIN"


Angin dihasilkan oleh pergerakan salur pencernaan, esofagus, perut, usus kecil dan besar..pergerakan salur ini dinamakan PERISTALSIS.

Pergerakan ni ibarat mengurut-urut jari yang dicucuk untuk cek gula darah..nak bagi keluar darah 😂😂 gitu lah usus kita ni automatik mengurut sendiri untuk keluarkan najis. Makanan pun turun salur pencernaan.

Kalau takde makanan/najis..angin lah yang diurutnya..keluar ikut punggung, jadilah kentut.. keluar ikut mulut, jadi lah sendawa..

Kerap sendawa, kentut, perut berbunyi ialah kerana peningkatan ransangan perut/usus.

Kerana sensitif..

Ransangan kerana peningkatan histamin pada reseptor H1 yang mengawal pergerakan otot usus/perut/esofagus/rahim..


SIMPTOM-SIMPTOM ANGIN BANYAK DALAM BADAN


✔ Rasa lesu , letih, tidak bertenaga
✔ Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal
✔ Tapak tangan dan kaki sering berasa sejuk
✔ Mudah dan selalu menguap
✔ Mudah mengantuk walaupun di awal pagi
✔ Sukar bernafas atau nafas pendek
✔ Rasa tegang di bahagian tengkuk dan pinggang
✔ Kulit kering
✔ Muscle spasms ketika jaga atau tidur
✔ Perut berangin atau kembung.
✔ Bila di tepuk terasa seperti gendang.
✔ Perut yang keras dan padat
✔ Sakit kepala dan migrain
✔ Perasaan mudah marah
✔ Hilang selera makan kerana ketidakselesaan perut
✔ Ketidakselesaan badan
✔ Rasa nak muntah dan mual angin
✔ Pedih ulu hati
✔ Gastrik
✔ Ketengangan otot/cramp


JENIS MAKANAN YANG HARUS DI ELAKKAN


Makanan ni bergantung juga kepada tindak balas badan seseorang.

✖Kekacang
✖Sayuran - brokoli, kobis, taugeh, bawang, asparagus, bendi & terung
✖Buah-buahan - Pear, apple, peach
✖Bijirin - Cereal & roti gandum
✖Susu dan produk daripada susu dan keju
✖ Nangka, labu, mee kuning, daging beku, air berkafein & bersoda


Macam mana nak atasi masalah angin ni...


Jangan skip waktu makan... Tapi kalau puasa ada barakah... Tak kan terjadi penyakit angin sebab ada hikmah atau the power of Puasa tu sendiri..

Makan ikut waktu... Pantang makanan yang kita alah dan menyebabkan angin. Kurangkan bercakap... Sebab kita banyak cakap, banyak angin masuk dalam badan.

Berurut dan mandi air hangat boleh tingkatkan kesegaran tubuh dan buang angin dalam badan. Insha Allah dengan izin Allah.

Rujukan : Facebook Dr. Hafiz Sulaiman 

27 September 2018

September 27, 2018

Penjelasan Saintifik Tentang Pantang Makan Laksa Bagi Wanita Lepas Bersalin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Penjelasan Saintifik Tentang Pantang Makan Laksa Bagi Wanita Lepas Bersalin | Laksa popular sejak dua menjak ni...

Sejak isu pertikaman keyboard antara doktor dan netizen, hingga ke hari ni... belum ada bukti saintifik tentang kesan dan pantang larang laksa kepada wanita lepas bersalin.

Betul ke laksa perlu pantang bagi semua wanita lepas bersalin?

Betul ke laksa ni menyebabkan angin dan bisa badan?

MF memang menunggu jawapan ni dari segi saintifik...

Sebab kesan bisa dan angin tu MF rasa selepas makan laksa, tapi nak berikan penjelasan dari segi bukti sains dan kaitan dengan kesihatan takde pula bukti nak cerita.

Tapi akhirnya, MF jumpa juga penjelasannya dalam satu artikel yang menarik...

Penjelasan tentang kesan laksa terhadap badan sesetengah orang.

Ada yang kata laksa ni bisa sebab kuah dia, ada juga sebab laksa tu sendiri...

Kalau MF, MF akan buat kuah yang simple... cuma rebus ikan dan letakkan cili serta asam garam... makan dengan bihun goreng... Camni MF boleh makan.. Badan MF boleh terima bihun, tapi mee kuning ada juga kesan, cuma tak seteruk kesan laksa... sakit satu badan.

Penjelasan Saintifik Tentang Pantang Makan Laksa Bagi Wanita Lepas Bersalin

Pantang Makan Laksa Bagi Wanita Lepas Bersalin
sumber: google images

Apa sebab kesan yang berbeza-beza ni?

Ini penjelasannya.


KUAH LAKSA

  • Kuah laksa ni diperbuat daripada ikan-ikan yang selalu dikaitkan alahan seperti ikan kembung  dan ikan selayang. Ikan ni ada histamin iaitu bahan penyebab badan jadi sensitif mudah loya, muntah dan simtom “angin” seperti sendawa, kentut, perut berbunyi dan cirit-birit.
  • Lebih lama kuah laksa ini, lebih tinggi kandungan bahan penyebab sensitif.
  • Bagi orang yang takde masalah pencernaan, bahan makanan tinggi histamin ini tiada masalah dimakan malah bermanfaat. Tapi orang yang ada masalah sistem pencernaan yang ada alahan, wanita awal mengandung dan selepas bersalin, sebaiknya elakkan makanan tinggi sensitif ini.

BAHAN-BAHAN DALAM LAKSA

  • Cili: Digolongkan dalam kategori keluarga nightshades. Bagi sesetengah orang yang mempunyai dinding lapisan usus yang lemah, cili mungkin menyebabkan risiko keradangan gastrik dan simtom refluks (angin). Ia juga mungkin menyebabkan keradangan sendi dan saraf bagi sesetengah orang.
  • Asam keping: Kesan berlebihan asam ialah loya, muntah, sakit perut dan sakit kepala. Ia dikatakan mungkin kerana kandungan asid hydrocitric (HCA).
  • Timun: Timun mengandungi kandungan salicylate yang tinggi dan mungkin menimbulkan reaksi bagi mereka yang alah.
  • Daun Kesom: Daun ini mempunyai rekod kes alergi dan tidak mustahil sekiranya reaksi muncul terutamanya ketika badan sangat sensitif selepas bersalin.

LAKSA

  • Laksa jadi "kanji degil" susah diserap jika dicampur lemak daripada santan.
  • Sesetengah penggunaan beras untuk hasilkan laksa kebiasaannya menggunakan beras panjang yang mempunyai kandungan tinggi kanji susah serap (amylose). Adapun terdapat juga kaedah lain hasilkan mee laksa iaitu campur dengan tepung gandum.
  • Panaskan...sejukkan..dan panaskan balik bukanlah memerangkap "angin"...tetapi ia meningkatkan kandungan kanji degil di dalam laksa itu.
  • Apa pun bukan lah bahaya kanji degil ni..sebenarnya ia sangat berkhasiat kerana ia menghasilkan butyrate yang bagus untuk kesihatan usus. Malah kanji degil bagus untuk orang ada kencing manis dan nak kurus kerana kanji ini susah serap jadi tak naikkan gula darah cepat sangat. Cuma kalau sensitif dan ada alahan tu..Mungkin perlu pantang.
Olahan dari sumber: Facebook dan Blog Hafiz Sulaiman

Alhamdulillah, sekarang ni jelas lah, sesetengah bahan makanan ni beri kesan kepada orang tertentu sebab penerimaan dan tindak balas badan kita tak sama. 

Lepas setahun, MF akan cuba makan juga laksa... sama ada dah sampai tempoh yang sesuai atau hormon badan MF dah berubah untuk terima laksa ni... Kalau makan ok, MF akan terus makanlah.. Kalau makan rasa tak ok juga... sambunglah berpantang lagi... 

Itulah kaedah pantang sebenarnya... Pantang sepanjang hayat.. Makan makanan yang sihat untuk badan kita... Bukan pantang macam orang dulu lagi dah... 

Kalau makanan tu bawa mudharat, bukan waktu lepas bersalin je kena pantang, sampai bila-bilalah kena pantang.. maknanya Allah dah tarik nikmat kita.. 

Jadi, jangan nak membawang kalau tengok orang makan makanan tu, tapi kita tak boleh makan, sebab badan dia boleh terima, badan kita tak... begitulah sebaliknya... badan lain-lain ya... 

17 September 2018

September 17, 2018

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam | Ulam pucuk daun kari.. Pernah makan tak?

Kalau orang kampung, rasanya mungkin pernah makan... MF mula makan ulam pucuk daun kari ni sejak anak dara.. Pertama kali cuba, terus suka.. Rasa lemak dan wangi... Fuhh... Boleh bertambah nasi... Tambah sedap kalau ada sambal tumbuk kan..

Daun kari bukan sekadar perencah untuk wangi kan masakan, tapi ada khasiatnya yang tersendiri...

Banyak manfaat amalkan ulam pucuk daun kari... Sebab banyak sumber nutriti semula jadi ada dalam daun kari.

Antara khasiat pemakanan dipercayai terkandung dalam daun kari adalah karbohidrat, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E.

Dan nutrisi ni baik untuk kulit dan usus...

Apa manfaat daun kari untuk kesihatan?

Ini khasiat daun kari jika selalu amalkannya.

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam


1. Mengatasi penyakit diabetes


Khasiat daun kari yang pertama adalah mengatasi penyakit diabetes. Siapa sangka jika daun wangi yang satu ini punya manfaat penting untuk menjaga kadar gula di dalam darah untuk mencegah diabetes.

2. Mencegah anemia


Hal ini didapatkan dari kandungan zat besi yang ada di dalam daun ini sangat bagus untuk menambah produksi sel darah merah dalam tubuh dalam mencegah anemia.

3. Penghilang letih

Daun  kari juga berkesan untuk meredakan keletihan. Jika memiliki kegiatan yang cukup padat, minumlah teh dari daun kari untuk kembalikan kesegaran tubuh.

4. Bagus untuk pencernaan


Fungsi daun ini iaitu akan membantu melancarkan pencernaan dan mencegah banyaknya gangguan pencernaan seperti susah buang air besar.

5. Rawat cirit birit


Khasiat daun kari untuk sistem pencernaan iaitu mengatasi penyakit cirit birit. Daun herbal ini akan menghentikan cirit birit secara semula jadi tanpa memberikan kesan sampingan pada sistem pencernaan.

7. Menambah selera makan


Nafsu makan yang tidak tinggi merupakan gejala gangguan kesihatan yang perlu diatasi segera. Masalah ini boleh diatasi dengan daun kari sebagai daun penambah selera makan.

Patut la semalam... Buat ulam masa tengah hari... Petangnya ku bantai lagi Sepinggan besar nasi... 😅😅😅

8. Meredakan muntah


Muntah yang tidak reda disebabkan kerana rasa mual yang menyerang perut. Untuk meredakan muntah,  boleh menggunakan daun kari. Daun yang satu ini akan menormalkan rasa mual di perut agar tidak menimbulkan rasa ingin muntah.

9. Ubat sembelit


Penyakit sembelit tidak perlu ubati dengan ubatan moden yang mungkin memiliki kesan sampingan. Cukup dengan menggunakan daun kari sebagai ubat, maka sembelit akan hilang dengan izin Allah.

10. Baik untuk kesihatan perut


Jagalah kesihatan perut mulai dari sekarang dengan memanfaatkan khasiat daun kari. Daun ini tidak akan membuat asid perut naik atau pun menimbulkan sakit perut. Manfaat daun wangi ini akan membuat perut terasa lega dan tak sebu.


Selain 10 manfaat dan khasiat daun kari untuk kesihatan, ada lagi 5 manfaat lain

5 Manfaat dan Khasiat Daun Kari:


  1. Mengatasi jangkitan kulit
  2. Ubat bisul
  3. Menyembuhkan luka
  4. Mengubati gatal-gatal pada kulit
  5. Mencegah penuaan kulit


Banyak kan khasiatnya..., rasa yang lemak dan wangi tu buatkan selera membuak... Dan penambah selera memang salah satu dari khasiat daun kari.

Kalau yang tak pernah cuba, boleh cuba.. Pasti memikat..

Sumber rujukan:
www.khasiat.co.id
www.harianmetro.com.my

16 September 2018

September 16, 2018

Steam Iron Manual Pun Cepatkan Kerja Gosok Baju Juga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tengah trending pasal iron sekarang ni. Ikut trend... Iron steam menjadi pilihan ramai suri rumah dan wanita bekerjaya.

Bila MF kaji dan belek... Apa yang menjadikan iron steam ni mudahkan kerja menggosok baju...

Owh... Sistem steam dan pemanasan air.. Tu kan... Lepas tu semburan air tu buatkan kita tak perlu nak gosok 2 belah pakaian. . Gosok sebelah je.. Sebelah lagi akan licin juga macam siap digosok...

Jadi, MF ni takde iron steam yang mahal. . Huhu.. Tak mampu lagi nak beli..

Jadi, redha dan syukur aje dengan iron yang sedia ada.. Iron Lagend yang suami MF beli masa dia mula-mula masuk tentera dulu...

Seterika jenama National yang memang Lagend kan... Berat memang berat... Tapi mudah nak gosok.. Tak penat nak tekan.

Jadi, MF cuba cari solusi nak aplikasi kan iron steam menggunakan dry iron...



Caranya, MF cuba semburkan air hingga agak lembap... Lepas tu baru gosok...


Waa... Menakjubkan... Gosok sebelah je.. Sebelah lagi pun licin.. Haha.. Senang kerja.. 
Walaupun guna dry iron... Tapi aplikasikan teknik steam Iron dengan spray air sebelum gosok memang menjadi...

Cuma kekurangannya kena laras suhu la.. Padan la kan.. Sebab ni iron biasa je... Tapi sekurang-kurangnya tak perlu dah nak iron 2 belah...

Walaupun manual kena spray tu... Tapi memudahkan dari yang biasa... Tak pelah takde yang mahal pun... Ada iron ni pun dah syukur..

Dulu lagi teruk... Takde letrik... Menggagau cari iron arang bawah katil... Kira, ada iron ni pun ok kan...

Syukuri apa yang ada... Hidup kalau nak ikut trend jenuh juga... 

13 September 2018

September 13, 2018

7 Sebab Sakit Tekak, Makan Belacan Salah Satu Puncanya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Sebab Sakit Tekak, Makan Belacan Salah Satu Puncanya | Dah lama tak sakit tekak... Gatal dan sakit tekak  naik ke hidung.. Hidung mula berair dan kepala mula berdenyut.. Tonsil mula membengkak...

Itulah gatai sangat makan sambal belacan tak hingat... Haha... Mendapat la kan..

Masih bersisa perit tekak... Tapi penawar perit tekak ni, telan aiskrim vanila.. Insha Allah reda la sikit...


7 Sebab Sakit Tekak, Makan Belacan Salah Satu Puncanya
Tapi ada orang selalu sangat sakit tekak kan... Kenapa berlaku?

7 Sebab Sakit Tekak, Makan Belacan Salah Satu Puncanya

1. Masalah tonsil

Jangkitan pada tonsil atau dipanggil sebagai ‘acute tonsillitis’ akan menyebabkan pesakit mengalami masalah sakit tekak, kesukaran ketika menelan, demam dan gejala berkaitan.

2. Jangkitan pada kawasan tekak

Acute pharyngitis iaitu jangkitan pada bahagian tekak boleh berlaku dan mengakibatkan masalah sakit tekak. Berbagai-bagai puncayang menyebabkan ia boleh berlaku sama ada jangkitan virus, bakteria dan sebagainya.

3. Masalah hidung

Pernah kan kita temui pesakit sinusitis atau resdung turut mengalami masalah sakit tekak? Kerap tidak selesa pada tekak. Rasa ada sesuatu tidak seronok ketika menelan. Mukus daripada hidung akibat masalah resdung yang tidak terkawal boleh mengalir ke belakang dan menyebabkan jangkitan pada tekak juga. Kawal masalah sinus anda!

4. ‘Foreign body’

Kadang-kadang pesakit tak sedar. Selepas makan ada tertinggal tulang ikan pada tekak. Rasa tak selesa dan mencucuk-cucuk pada tekak. Bawa periksa doktor, kami akan keluarkan.

5. Quinsy atau peritonsillar abscess

Pengumpulan nanah pada sekitar kawasan tonsil atau dipanggil ‘quinsy’ boleh berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengalami sakit tekak teramat sangat, sukar menelan, sehingga sukar untuk membuka mulut. Nanah ini perlu dikeluarkan segera.

6. Tonsilolith atau tonsil stone

Anda akan perhati sesuatu keputihan atau tidak normal pada salah satu tonsil anda. Akibat daripada serpihan makanan yang tertinggal atau terlekat pada tonsil, lama-kelamaan ia akan menjadi tonsil stone. Sesetengah pesakit tidak menyedari keadaan ini, namun ada kes dimana pesakit kan mengalami kesakitan teramat sangat. Ia perlu dikeluarkan.

7. Ulser pada tekak.

Ini juga boleh ditemui di kalangan pesakit. Jangkitan kuman, traumatic cause dan sebagainya boleh menyebabkan ia berlaku. Periksa doktor jika anda alami maslah sakit tekak.

Kredit : Facebook Dr. Ezairy M.Sallih


Punca makan belacan boleh sebabkan sakit tekak bagi orang yang ada alahan je... MF ada alahan kepada makanan tertentu...


Lama tak makan sambal belacan kan... Tanggung la sendiri... Gelak kan diri sendiri la kan...

Apa pun... Redha je la.. Itu asbab dengan izin Allah.. Segalanya ketentuan Allah untuk hapuskan dosa kecil kita... #redha. 

28 Ogos 2018

Ogos 28, 2018

Tips Pilih Susu Segar (Fresh Milk) Terbaik

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Pilih Susu Segar (Fresh Milk) Terbaik | Susu yang TERBAIK untuk bayi sudah tentunya susu ibu. Itu tak boleh disangkal lagi oleh mana-mana kajian di dunia. Tapi kita tak tau bila kita diuji dengan kurang susu... Macam MF diuji masa anak ketiga... Kurang susu sebab masa tu tak tau mengandung lagi...

Pernah try bagi susu segar kat anak sebelum berikan susu formula... sebab kita nak yang terbaik kan.. lagi pula masa tu anak kurang 1 tahun...

Tapi dangkal betul ilmu masa tu... main bagi je susu fresh milk kat anak... terus lah alergik... badan dia refused...
Tapi sebenarnya salah... dan kurang ilmu...

Jadi, MF nak kongsikan ilmu buat ibu bapa yang pilih nak bagi susu segar atau freshmilk kat anak... supaya tak jadi macam MF yang kurang ilmu ni.

Tips Pilih Susu Segar (Fresh Milk) Terbaik

Kalau ibu memilih nak bagi bayi susu fresh milk, mana satu nak pilih?

Pertama sekali, susu freshmilk hanya untuk bayi umur 1 TAHUN ke atas sahaja.

Sebab apa?

Sebab, antara susu ibu, susu lembu formula dan susu lembu fresh milk, susu fresh milk lah mempunyai kandungan zat besi yang paling rendah.

Bayi bawah 1 tahun memerlukan zat besi yang tinggi untuk perkembangan otak dan pembesaran. Pengambilan harian susu fresh milk sebelum umur 1 tahun akan menyebabkan 'iron deficiency anemia' (anemia disebabkan kurang zat besi).

Ok, so rule no 1, bayi mestilah berumur 1 TAHUN KE ATAS SAHAJA.
.
.
Setiap susu yang dikotakkan basically telah melalui 3 proses : pasteurisation, homogenization, dan fortification.

Pasteurisation bermaksud susu dipanaskan dengan suhu yang tinggi untuk membunuh bakteria dan memanjangkan jangka hayat simpanan susu. Susu UHT pula adalah susu yang dipanaskan dengan suhu yang lebih tinggi, 'ultra high temperature'. Biasa perasan kan ade tulisan UHT tu?

Selepas tu proses 'homogenization' adalah untuk membentuk tekstur susu yang smooth dan sekata.

Akhir sekali susu di'fortified' untuk meninggikan nutrisi dalam susu dan mengganti nutrisi yang hilang semasa melalui proses pemanasan tadi.

Di kotak biasa akan ada tulis pasteurised ke, homogenised ke. Boleh biasakan baca kotak susu

Jadi, nak pilih FULLCREAM ke FRESH MILK?

Perasan tak susu dutch lady contohnya, ade 2 jenis iaitu 'full cream' dan 'fresh milk'. Boleh rujuk gambar.

 Tips Pilih Susu Segar (Fresh Milk) Terbaik
sumber: google images

Susu full cream ni whole milk. Susu lembu yang telah diproses dan dicukupkan nutrisi. Tinggi lemak, tinggi protein, tinggi karbohidrat, lengkap semua vitamin yang diperlukan. Susu ni sesuai untuk bayi.

Susu fresh milk pula adalah susu segar yang disterilkan sahaja dan tak melalui proses-proses lain. Kandungan lemak, protein, karbohidrat sama seperti fullcream. Cuma, cuma, kurang atau tiada vitamin A dan D3. Jadi, tidak sesuai untuk bayi untuk jangka masa yang lama.

So, rule no 2, pilihlah susu WHOLE MILK/FULLCREAM untuk bayi. 😊

Ada banyak lagi jenis susu sebenarnya.

Perbezaan antara jenis susu lembu ini mainly dari kandungan lemak dan kandungan vitamin sahaja. Kandungan protein, karbohidrat dan zat besi semua sama.

1. Whole cream/pure milk
- ini susu lembu yang diproses dan ditambah nutrisi. Seperti fullcream tadi lah 
- kandungan lemak 3.4%
- mengandungi vitamin A, D3, B2, dan B12 yang mencukupi

2. Skimmed milk
- susu lembu yang telah dikeluarkan 'cream' ataupun 'milkfat' supaya buang lemak dan rendah kalori.
- kandungan lemak susu ini sangat rendah hanya 0.1-0.2%.
- sumber vitamin A juga rendah
- sesuai untuk orang yang jaga berat badan dan taknak tinggi kalori
- TAK SESUAI untuk bayi

3. Low fat
- susu ini hanya sebahagian 'milkfat' di keluarkan 
- kandungan lemak 1-2%, lebih rendah dari whole milk
- juga TAK SESUAI untuk bayi

5. Unpasteurised milk/raw milk
- susu lembu asli yang tidak melalui proses pensterilan. Terus dari perahan.
- biasa jumpa di ladang
- TAK BOLEH untuk bayi kerana risiko jangkitan kuman

Oklah, harap bermanfaat!

Sumber: Page Dr Aishah Alsagoff

Semoga bermanfaat...
sekarang ni kami pilih susu segar full cream untuk bagi pada anak dan untuk diminum sekeluarga... 

25 Ogos 2018

Ogos 25, 2018

Wet Tissue Satu Keperluan Wajib Bagi Mak-mak Zaman Sekarang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Wet Tissue Satu Keperluan Wajib Bagi Mak-mak Zaman Sekarang | Sejak jadi mak baru MF perasan... Satu benda ni mesti MF bawa je dalam handbag.

Dulu zaman anak dara tak peduli sangat dengan benda alah ni... Tapi lepas jadi mak... Haishh.. Mesti ada dalam beg, dalam kereta bahkan dalam rumah mesti ada...

Apa benda tu?

Itulah wet tissue atau tisu basah.

Tisu basah ni bukan buat lap poo poo baby je... Tapi banyak sangat keperluan dia.

Sejak anak 3 MF dah tak guna tisu basah untuk istinjakkan bayi..

MF guna spray air dan tisu kering. Tapi tisu basah tetap MF beli untuk standby dalam kereta dan saat-saat kecemasan.

Dulu MF pakai krim dan pakai bedak biasa je.. Jadi, kalau nak cuci muka sebelum berwuduk senang je...

Tapi sejak pakai BB Cream, kena la tenyeh sikit sebab kot kat celah hidung ke, celah mata masih ada sisanya walaupun BB CREAM ni meresap dalam kulit.

Jadi, cara mudah tanpa perlu tenyeh MF guna tisu basah.

Tapi tisu basah untuk muka bukan boleh guna yang sebarangan... Nanti teruk kulit muka nanti...

Jadi, saja la cari dan usyar di Internet tisu basah untuk muka... Sekali tertarik dengan tisu basah jenama Imaan.

Mungkin ada yang tak tau kot kan...

MF pun cuba dapatkan tisu basah ni... Ada agen yang sah jual tisu ni...


Memang Terbaik tisu ni... Lengkap terus handbag rasanya... Sebab ada 4 jenis dan 4 fungsi berbeza...


  • Tisu Pembersih Wajah (Biru)
  • Tisu Pembersih Wajah + Argan (Pink)
  • Tisu Pembersih Seisi Keluarga (Kuning)
  • Tisu Pembersih Zon Intim Wanita (Purple)



Ia berfungsi untuk membersihkan wajah. Tidak kira samada bermakeup atau tidak. Kadang-kadang kulit kita rasa berminyak ke apa, just apply je tisu ni kat muka untuk buang sisa kotoran kat muka. Kelebihan yang ada di dalam tisu lembap (biru) adalah :

  • Mempunyai formula Aloe Vera & Vitamin E
  • Membersih dan menyegarkan wajah
  • Sesuai untuk yang kulit berminyak dan berjerawat



Manakala, untuk tisu lembap (pink) ini, ia mempunyai fungsi yang sama seperti (biru) untuk membersihkan wajah dan menanggalkan makeup iaitu sebagai pembersih solekan (deep cleansing). Kelebihan yang ada ialah :

  • Menggunakan bahan Aloe Vera dan Vitamin E
  • Tambahan formula Minyak Argan
  • Membantu membersih dan melembapkan
  • Sesuai untuk kulit kering dan sensitif


Yang ni tisu lembap yang paling MF suka... Sebab boleh guna seisi keluarga... Wajib ada dalam handbag maklumlah mak anak ramai katakan...

Imaan Family Wipes adalah tisu lembap yang dihasilkan dengan gabungan antara formulasi Madu, Aloe Vera dan Vitamin E untuk memberi perlindungan seisi keluarga.

Fungsi Imaan Family Wipes adalah :

  • Menjaga kebersihan seisi keluarga
  • Kegunaan semasa anak-anak makan, menyusu, tukar lampin, muntah, bermain dan lain-lain
  • Kegunaan aktiviti keluarga di luar rumah (travel)
  • Membersihkan peluh dan daki dan menyegarkan
  • Menghilangkan bau badan
  • Membersihkan peralatan mainan kanak-kanak, perabot dan lain-lain
  • Kegunaan untuk orang sakit atau orang kurang upaya
  • Menjaga kebersihan ibu yang menyusu badan

Nampak tak fungsi untuk seisi keluarga ni? Banyak manfaatnya tau. Kadang-kadang kita rasa tak sedap nak pegang anak dalam berpeluh, boleh lap dengan tisu ini. Macam anak MF suka makan dalam kereta, jadi tisu ni lah penyelamatnya.


Imaan Feminine Wipes berfungsi untuk membersih, menyegar dan melindungi kawasan intim wanita. Dan ia mempunyai 2 bahan penting di dalamnya iaitu Daun Sireh dan Mawar. Daun sireh merupakan sumber asli yang mengandungi anti septik mematikan kuman dan antioksidan yang boleh berpunca dari bakteria dan kulat. Pati mawar bertindak untuk mengimbang kadar PH dan membuat rasa nyaman dan sejuk pada kulit.

Kelebihan-kelebihan Imaan Feminine Wipes :

  • Solat tanpa was-was
  • Tiada bau keputihan
  • Aman ketika haid
  • Segar dan yakin
  • PH seimbang
  • Tiada masalah gatal
  • Memudahkan pergi travel


Nampak tak... Semua tisu ni di pack dalam pek yang senang dibawa dalam kocek atau beg tangan. Kan mudah tu kan...


Memang best sangat... Lepas ni senang dah nak uruskan anak dan uruskan diri sendiri dengan adanya tisu lembap ini.

Hah... MF nak bagi tau juga.. Sekarang ni tengah ada promo untuk tisu ni...





Selain tisu ni...

Imaan juga ada produk penjagaan badan iaitu teh detox... Bagus untuk mereka yang tengah usaha nak kuruskan badan.

Tapi detox bukan untuk orang gemuk je.. Orang kurus pun kena detox sebab kita ni makan macam-macam kan....


Teh ni didatangkan dalam sachet yang mudah di bawa ke mana-mana dengan tumbler yang sangat cantik dan ergonomik dan senang dibawa.

Rendam je dalam bekas dan boleh je bawa ke tempat kerja sebagai bekal.

Menarik kan... Macam-macam ada...

Kalau nak dapatkan produk Imaan Suci World ni... Boleh content stokis yang sah...

Cik Hazirah di :

Facebook : www.facebook.com/ms.hazirah

Instagram : www.instagram.com/iuzira/ 

No Telefon : www.wasap.my/60198723577

Daftar jadi agen RM10 (sampai Jun 2018) Harga asal RM30 - angel.imaanworld.com/daftar/000048

31 Julai 2018

Julai 31, 2018

3 Tips Mudah Beli Pakaian Secara Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Tips Mudah Beli Pakaian Secara Online | Siapa suka shopping online? Mestilah suka kan sebab senang, jimat dan mudah. MF pun suka..

Apa yang tak pernah dibeli... semua online aje... Lazada dan shopee sentiasa menemani terutama pabila gaji.

Kalau produk biasa-biasa, kita boleh beli dengan mudah... Tapi kalau bab fesyen kena cerewet sikit.

Contoh kalau nak beli baju atau pakaian tak kisahlah baju kurung ke, tshirt ke, blouse atau pun seluar.

Bukan apa takut tak kena dengan citarasa pula, takut terkecil, terbesar dan macam-macam rasa.

Setakat ni, MF tak pernah tersalah beli lagi pakaian ... semuanya ngam dengan saiz badan dan menepati citarasa.

Senang je nak beli pakaian online kalau korang ikut tips ni.

3 Tips Mudah Beli Pakaian Secara Online


3 Tips Mudah Beli Pakaian Secara Online

1. Pastikan Jenis Kain.

Bagi pembelian pakaian, perlu pastikan jenis kain, contohnya: lycra, cotton, crepe dll.. Tanyakan kepada penjual jenis kain atau cuba google untuk lebih mengenali jenis-jenis kain tersebut. Yang paling penting adalah ciri-ciri kain tersebut seperti sejuk, lembut, serap peluh, selesa dipakai dan sebagainya.

Kalau untuk bayi yang berkulit sensitif kena tahu jenis kain yang sesuai. Contohnya kalau cotton tshirt ada jenis tebal nipis iaitu dinilai dengan "GSM", ada 160gsm, ada 180gsm dan sebagainya. 

Bagi Muslimah sudah pasti ciri-ciri syariat diutamakan seperti labuh, longgar, tidak jarang, tidak ketat. Pakaian haruslah dipakai mengikut fungsi & tempatnya.


2. Tentukan Ukuran dan Saiz

Korang perlu pastikan saiz yang tepat. Lihat carta saiz yang disediakan sama ada dalam inci ataupun cm. Walaupun dinyatakan saiz standard XS, S, M....XXL, tapi perlu juga menyemak ukurannya kerana setiap jenama, ukurannya agak berbeza walaupun saiz yang sama. Ada juga jenama yang sama tetapi ukuran sedikit berbeza kerana design yang berbeza. Rujuk peniaga untuk membantu membuat pilihan saiz yang tepat.

Kalau MF, ambil ukuran saiz bahu je... sebab kebanyakan baju MF akan beli potongan A, lebar ke bawah, jadi, ukuran bahu dah cukup untuk tentukan saiz yang tepat bagi MF.


Boleh Tukar Saiz Jika Salah Beli

Sebagai pembeli kita berhak mendapat penukaran semula pakaian yang kita beli. Tetapi ini bergantung kepada stok dan terma & syarat dari penjual/pembekal. Jadi sebelum beli, perlu pastikan samaada ia boleh ditukar jika tersalah saiz atau tidak.


Cara mengambil ukuran badan anda :


Bahu : ukur dari bahu kanan-kiri @ sebaliknya

Dada (bust) : Ukur lilit dada  dengan meletakkan tali pengukur di tengah-tengah (fullest area of your bust) .Tarik nafas dan hembuskan, barulah ambil ukuran.

Pinggang (waist) : ukur lilit kawasan pinggang tanpa bertindih dengan kain, tali pinggang dan lain-lain.

Paha (hips) : ukur lilit paha (fullest point) secara berdiri,  anggaran 7 inci di bawah pinggang.


3. Tentukan Cutting/Design Pakaian

Tanyakan cutting baju yang hendak dibeli. Ada yang kecil, ada yang besar walaupun telah pilih saiz yang biasa kita pakai. Ia bergantung pada jenis kain dan design, straight-cut, A-cut.

Kalau tak pasti, dicadangkan ambil saiz yang besar sedikit. Masih boleh dipakai jika mengandung, bertambah berat badan atau boleh di''alter'' jika ingin kelihatan terletak pada badan.

Jadi, tak susah pun nak beli baju secara online...

Cuma kadang pembeli sendiri tak baca detail produk dengan teliti...
Dah tu bila tak mencapai kehendak, mulalah viralkan dan hentam penjual...

Bab beli online kena teliti, baru puas hati dan tak salah.
MF kadang sampai seminggu baru putuskan nak beli ke tak... sebab cari seller, banding harga dan tengok review dan testimonial.

Sebab tu kadang orang suka lagi beli offline terus dari kedai... Tapi bagi MF yang anak berderet ni, beli online lebih memudahkan. 

30 Julai 2018

Julai 30, 2018

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan | Pernah tak masak sambal atau nasi goreng ke, bihun goreng ke tapi terlajak pedas pula.

Memang payah kalau dalam keluarga tak sama selera kan. Suami makan pedas, isteri tak pedas sangat. jadi, kena balance kan rasa pedas tu.

Sebenarnya ada cara nak kurangkan rasa pedas dalam masakan.

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan
Sumber: google images

9 Cara Kurangkan Rasa Pedas Dalam Sambal dan Masakan

1. Gula atau Madu

Rasa pedas dapat dikurangkan dengan seimbangkan semula rasa masakan. Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan.


2. Lemon, Cuka, Asam Jawa, Air Limau Nipis

Perasa lain juga boleh digunakan untuk membetulkan rasa seperti perasa masam dari cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon. Hati-hati dan masukkan sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih sehingga merosakkan rasa lauk. Bahan berasid ni juga boleh mengelakkan masakkan kita cepat basi.


3. Kentang

Masukkan sebiji dua kentang dalam masakan dan masak bersama sehingga kentang empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa pada makanan yang disediakan. Kalau masakan terlebih masin pun boleh buat cara ni juga.

4. Santan atau Susu

Boleh juga gunakan santan atau bahan tenusu seperti susu sejat, susu pekat atau susu krim. Selain mengurangkan rasa pedas, santan juga boleh membuatkan lauk terasa lebih lemak dan pekat.

5. Bawang Besar

Hiris bawang besar dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih pedas. Agak-agak jumlah bawang yang sesuai bergantung kepada masakan anda.

Bawang besar mampu kurangkan rasa pedas dalam sambal.Rasa sambal jadi manis dan wangi. MF selalu buat camni kalau masak sambal.

6. Tomato

Pengunaan tomato sangat berguna untuk mengurangkan rasa pedas pada masakan yang menggunakan banyak cili padi seperti sambal belacan dan sambal goreng berlada. Boleh ganti beberapa batang cili pada kepada 2 ke 3 biji tomato untuk mengekalkan rasa pedas yang terkawal.

Kalau masak sambal, blend kan tomato dengan cili dan tumis macam biasa. Kalau masak lauk-pauk, belahkan kepada 4-6 bahagian. Kalau dah tak ada sangat, boleh juga gunakan sos tomato atau tomato puree. Rasa tomato yang masam-masam akan seimbangkan rasa pedas yang terlalu pedas.

7. Mentega Kacang atau Kacang Tanah

Cara nak gunakan mentega kacang, panaskan dahulu atau campur sikit dengan air panas, kacau hingga cair dan lembut supaya mudah sebati dalam masakan.  Kalau tak ada mentega kacang, boleh tukarkan dengan kacang tanah yang digoreng atau dibakar sebagai alternatif.

8. Lebihkan Sayur

Jika masakan yang terlebih pedas mengandungi sayuran seperti tomyam, lebihkan lagi sedikit sayuran di dalamnya seperti lobak merah, brokoli, atau kobis. Ni, untuk masakan seperti tom yam ok la kan.

Boleh juga letakkan buah-buahan segar seperti nanas sebagai pengimbang rasa. Kalau asam pedas, boleh juga tambah nenas. Sedap!

9. Pilih Cili Yang Tidak Pedas

Kalau tak tahan pedas, jangan pilih cili kering yang berbentuk lurus dan berkilat. Jenis ini biasanya banyak biji dan memang pedas. Cili kering mungkin nampak saja sama, tetapi ada rasa berbeza.


Jadi, jangan risau kalau terlebih pedas, ada caranya... paling mudah, letak air dan tambah gula... 

Semoga bermanfaat.

27 Julai 2018

Julai 27, 2018

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop | Alhamdulillah.. Rezeki lebih sikit bulan ni... Nak reward sikit untuk dapur sendiri...

Go Shop dan Wowshop ni kalau sesekali tengok pasti ada yang terbekenan punya...

Seminggu sebelum gaji, tertengok channel Go Shop... Tayangan pasal rak pinggan. Eh, rak pinggan pun masuk TV ke...

Tapi, teruskan je tengok... Adehh.. Macam terbekenan la pula... Sebab design dia besar dan cantik... Warna hijau plak tu, match betul dengan warna dapur...

Niat hati, simpan la dulu sampai ada rezeki lebih kan.. Alhamdulillah... Nak jadi rezeki kan.. Lepas je gaji, terus open Go Shop... Haha..

Terus order la tunggu lagi kan...

Order Khamis, hari Isnin depannya baru sampai... Kira 3 hari bekerja la gitu kan.. Tapi rasa lama sebab campur Sabtu Ahad tu... Sapa suruh order dekat weekend kan..

Tips Membeli di Go Shop

Pengalaman kami beli dari Go Shop, elakkan beli bayar terus, buat secara COD, insha Allah cepat dari korang terus pembayaran...

Sebab pernah beli barang dari Go Shop, bayar siap la kan ingat cepat.. Sekali lepas 2 minggu tak sampai-sampai... Geram betul... Sampai buat aduan barulah sampai.. Dekat 3 minggu juga. Sejak tu tak beli dah dengan terus pembayaran... Buat COD je.. Dia nak duit kan.. Kena la hantar cepat kan.. Haha..

OK.. Back to our topic...

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

Elok sampai je, terus la pasang... Memang syok betul...

Sebab...

Kuat dan besar

Besar... Luas...

Walaupun plastik tapi kukuh...
Dan pastinya tak berkarat  la kan...

Saluran Air Automatic 

Best juga sebab ada salur air automatic... Tak payah nak tarik dulu tadah air tuang dalam sink...
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

Rekaan memang cantik...

Memang terus kemas dapur MF tau... Tak serabut dah... Kalau tak sampai ke tepi-tepi tu bersepah dengan periuk segala bagai...

Pernah la pecah 2 3 pinggan dan mangkuk sebab tak muat, asak juga letak kan...

Alhamdulillah dengan rak pinggan Kloken ni takde dah masalah tu...

[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop
[REVIEW] Rak Pinggan Kloken dari Go Shop

Memang besar dan puas hati...
Dapur pun sentiasa kemas...

Dan semangat nak basuh pinggan tu ada lepas ada rak pinggan cun macam ni...

Berbaloi

Harganya RM109, tapi lepas guna kod promo Go Shop iaitu Taxholiday, dapat diskaun 10%... Jadi harga tak sampai RM100.

Puas hati la... Dari beli yang besi kan... Yang ni confirm dah tak kan berkarat... Nak cuci dan tanggalkan pun senang... Main klip je.. Kakinya pun ada getah jadi tak kan bergerak...

Dapat Hadiah Percuma

Yang best ada free Gift lagi... 2 pan dan 1 spatula dan juga fleksibel penapis...

Biasa Wowshop banyak hadiah, tapi yang ni Go Shop pun bagi hadiah banyak.

Memang penuh dapur.. Haha..
So, ni antara produk Go Shop yang MF puas hati...

Korang yang tengah mencari rak pinggan tu, memang boleh beli sangat rak pinggan macam ni.. Berbaloi beli...

04 Julai 2018

Julai 04, 2018

Tiba-tiba Anak Muntah-muntah, Apa Nak Buat Ni?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tiba-tiba Anak Muntah-muntah, Apa Nak Buat Ni? | Ada anak ramai, ilmu kita pun makin banyak... Begitulah kehidupan.

MF ni, nak kata pandai bab jaga anak tak tau la... Tapi dengan ujian MF yang pernah sakit, pengalaman macam mana mak ubatkan MF dulu, macam tulah MF praktikkan sekarang kat anak.

Walaupun macam tu, langkah keselamatan yang terbaik dengan mendapatkan rawatan dan nasihat doktor MF tak abaikan.

Semalam, elok di anak ceria.. berjoget menyanyi siap rakam suara comel dia mengalunkan zikir yang biasa dia dengar ketika nak tidur. Tup-tup jam 11 malam... Tiudr MF terganggu dengan batuk dia...

Dia merengek minta susu... selepas 15 minit menyusu... dia tak tentu arah... Tiba-tiba... prufffff... bersembur muntah keluar dari hidung dan mulut... Habis basah tilam, selimut dan bantal yang ada...

Cepat-cepat bersihkan dia... tukarkan baju seluar semua..

Sapu minyak dan cuba tidurkan dia... Tapi dia masih gelisah... Tak sampai 10 minit, lagi sekali... muntah menyembur keluar dari mulut dia...

Fuhh... basah lagi baju dan seluar... tukar lagi...

Cuba sabar... dan pujuk lagi... supaya dia tak nangis... kalau tak habis dengan adik sekali bangun dan meragam... lagi bertambah pening jawabnya....

Tak lama lepas dia di tidur... Alhamdulillah... lega...

MF, bangun solat dan makan... lapar betul...

jam menunjukkan 1 pagi... adegan muntah-muntah ingatkan dah berakhir.. sekali nak tidur ... fuhh... sekali lagi dia muntah... Allahu... dah kali keempat... setiap detik MF ingat waktu dia... standby bila nak klinik, semuanya akan ditanya doktor.

Selesai bersihkan dia... bancuhkan air oren, campur garam... kemudian ingat pesan mak, kalau anak muntah buatkan rantai bawang putih dan gantung kat leher... petua orang tua... Tapi nak gagau tali rafia pepagi tuh... dengan mata menahan mengantuk... Tak dapat nak fikir dengan baik...

MF, cuma buat minyak bawang putih... dengan harapan berkesanlah...

Alhamdulillah... jam 2 pagi dapat lelapkan mata...

Tetiba, sekali lagi... dengar dia merengek, teruk tersembur lagi sekali muntah... keluar habis air oren dan air yang dia minum tadi... waktu tu menunjukkan jam 4.30 pagi... lepas bersihkan, dia lemah.. terus tidur... muka dia kepenatan kerana muntah 5 kali dalam jangka masa 5 jam malam tadi...

Pagi tadi terus ke klinik dapatkan rawatan... Habis ke klinik terus masuk kerja.

itulah kisah muntah-muntah pagi semalam.. MF tak de panik ke hapa, cuma kesiankan dia sebab dia muntah henti... ikutkan tak ke klinik pun ok sebab dia masih nak minum dan ada tenaga, belum dehidrate.. Tapi pergi juga ke klinik untuk dapatkan nasihat doktor.

Anak Muntah. apa nak buat? 

MF kongsikan sikit info tentang muntah

Tiba-tiba Anak Muntah-muntah, Apa Nak Buat Ni?

Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:

  • Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau ‘stomach flu’.
  • Keracunan makanan.
  • Mabuk perjalanan.
  • Terlebih makan.

Sebab-sebab yang jarang berlaku tetapi serius:

  • Jangkitan selaput otak atau otak / ensefalitis (meningitis or encephalitis).
  • Kecederaan / hantukan pada kepala / otak.
  • Ketumbuhan dalam otak.
  • Usus tersumbat / tersekat.
  • Jangkitan saluran kencing.
  • Ketoacidosis diabetik.
  • Kegagalan hati.
  • Kegagalan buah pinggang.
  • Penyakit metabolik.
  • Radang appendiks.
  • Radang pankreas.


Apakah tanda dan gejala penting yang lain?

Di samping mengalami muntah yang ketara, kanak-kanak mungkin menunjukkan tanda-tanda lain sekiranya muntah menjadi teruk. Kehilangan banyak air dalam badan menyebabkan dehidrasi (penyahairan) berlaku.

Keadaan ini terjadi apabila kanak-kanak muntah terlalu banyak dan tidak mendapat air yang mencukupi. Dehidrasi dikategorikan seperti berikut:

Dehidrasi ringan ke sederhana

Mulut / lidah kering.
Bibir merekah.
Tiada / kurang air mata semasa menangis.
Tidak membuang air kencing selama tempoh 4 – 6 jam (lampin tidak basah dalam tempoh tersebut).
Ubun-ubun di kepala bayi menjadi cengkung.
Gelisah.

Dehidrasi yang teruk

Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda-tanda berikut:

  • Kulit kering, berkedut.
  • Tidak bermaya, letih dan tidak aktif.
  • Mata cengkung.
  • Susah bernafas.
  • Denyutan nadi lemah dan sangat cepat.
  • Kaki dan tangan kanak-kanak terasa amat sejuk.
  • Enggan makan .
  • Tanda-tanda bahaya


Apabila tanda-tanda ini terjadi, kanak-kanak mungkin akan mengalami keadaan/penyakit yang lebih bahaya:

  • Muntah yang memancut terutama pada kanak-kanak berumur kurang daripada 1 bulan.
  • Demam, suhu badan > 38oC.
  • Muntah berdarah.
  • Muntah cecair berwarna hijau.
  • Muntah selepas berlaku kecederaan di kepala.
  • Kekeliruan, dalam keadaan mengantuk atau lali.
  • Pucat.
  • Mata jadi kuning.
  • Susah bernafas.
  • Sakit perut.
  • Perut mengembung.
  • Muntah yang berterusan dan sukar untuk maka.

Apakah komplikasi akibat muntah?

Komplikasi yang terjadi disebabkan oleh dihidrasi di samping keadaan-keadaan lain yang serius seperti dinyatakan di atas.

Komplikasi lain termasuk:

  • Organ tidak berfungsi seperti kegagalan buah pinggang.
  • Kecederaan pada saluran esofagus disebabkan oleh muntah yang berulangan.
  • Komplikasi yang berkaitan dengan penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak

Bagaimana muntah boleh dirawat?

Kehilangan jumlah cairan badan disebabkan muntah yang berterusan perlu diganti supaya dehidrasi tidak berlaku. Bagi bayi berumur kurang daripada 6 bulan:

  • Berikan bayi anda air garam rehidrasi (oral rehydration salt – ORS) dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Berikan 2 – 3 sudu teh setiap 15 – 20 minit.
  • Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima air garam rehidrasi tersebut, tambahkan jumlah ORS beransur-ansur (tidak melebihi jumlah pengambilan yang sebenar berlaku dengan setiap penyusuan).
  • Jangan beri air kosong atau ORS berperisa.
  • Jika bayi menyusu susu formula, anda boleh mulakan menyusu bayi anda selepas bayi anda tidak lagi muntah dalam masa 6 – 8 jam.
  • Jika bayi diberi susu ibu sepenuhnya, anda boleh menyusu bayi anda selama 5 – 10 minit untuk setiap payudara setiap 2 jam. Selepas 6 – 8 jam bayi anda tidak lagi muntah, anda boleh menambahkan masa penyusuan.

Bagi bayi diperingkat umur 6 bulan hingga 1 tahun:

  • Berikan bayi anda air garam rehidrasi (ORS) dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap – berikan 3 sudu teh air garam rehidrasi (ORS) setiap 15 – 20 minit.
  • Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima air garam rehidrasi, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS yang diberi (tidak melebihi jumlah pengambilan yang sebenar setiap kali anak anda makan/menyusu).
  • Jangan berikan air kosong.
  • Air garam rehidrasi (ORS) berperisa mungkin boleh diberikan.
  • Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa.
  • Mulakan penyusuan dalam jumlah yang sedikit dan beransur-ansur tambahkan jumlah susu sekiranya anak anda dapat menerimanya.

Bagi kanak-kanak lebih daripada 1 tahun:

  • Berikan bayi anda air garam rehidrasi (ORS) atau air kosong dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap – berikan 3 sudu teh setiap 15 – 20 minit.
  • Air garam rehidrasi (ORS) berperisa boleh diberikan.
  • Sekiranya anak anda boleh menerima air garam rehidrasi, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa (tidak melebihi jumlah pengambilan yang sebenar setiap kali anak anda makan/menyusu).
  • Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur cuba berikan anak anda sup kosong dan makanan lembut (roti, bubur/nasi yang tidak pedas dan mee).
  • Jangan memaksa anak anda makan.
  • Selepas 24 jam tidak muntah, beransur-beransur mulakan makanan seperti biasa.

Perhatian

Dapatkan bantuan perubatan sekiranya:

  • Anak anda muntah secara berterusan dan enggan makan.
  • Anak anda mempunyai mana-mana tanda bahaya yang tersebut di atas.

Sumber: Portal MyHealth

Setakat ni , Alhamdulillah makin pulih... cuma suhu badan dedar sikit... tapi dah diberikan ubat demam.

Anak muntah kita memang risau, risau nak bagi makan. tapi bagi je.. jangan risaukan muntah dia... MF tawakal je bagi makan... jika ada rezeki badan dia, apa yang dimakan tu tak keluar balik... Alhamdulillah lah kan..

Jangan takut muntah banyak-banyak... tapi kalau sampai lembik... wajib segera ke hospital ye... Jangan update tanya kat whatsapps atau facebook pula... takde yang boleh membantu pun buat camtu.

Tapi betul... tips diatas, jangan bagi air kosong atau air masak.. Nanti lagi banyak muntah.. berikan air berperisa seperti jus buah atau air rebina yang tak manis sangat. Jangan beri air coklat kecuali susu yang dia minum...

Itu sedikit info dari pengalaman dan pembacaan dalam handle anak muntah.

Sekarang ni masih peringkat pemulihan.. Muntah sekali untuk hari kedua.. Alhamdulillah... harap esok reda demam dia... doa kan ya.