02 April 2017

Pertama Kali Makan Ramen Samyang Pedas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pertama Kali Makan Ramen Samyang Pedas | Orang dah banyak kali makan, kami baru nak mencuba... Bukan ketinggalan zaman tapi tak terasa... Tapi lepas tengok rancangan My Halal kat TV1 iaitu pasal Ramen Halal... Teruja nak cuba... Apa lagi En.somi la.. Tambah pula dia nampak pedas kan.. bukan boleh nampak sesuatu yang pedas.. mesti terliur dia dibuatnya. 

Satu hari dia ke kedai runcit terjumpa la Ramen Samyang ini dijual... Harga satu pek besar ada 5 bungkus kecil di dalamnya RM23... Tapi disebabkan nak juga mencuba kan.. beli lah... Walaupun rasa mahal la juga kan... Tapi nak rasa punya pasal beli aje la.. 

Malamnya, lepas anak-anak tidur barulah boleh masak.. kalau tak anak-anak sibuk nak juga... 

Nampak macam banyak sebungkus tu tapi rupanya biasa je la.. Cuma mee nya tu besar-besar... Tak macam mee kering kat Malaysia ni.. 



Perisa yang suami beli Hot Chicken Ramen... Dah itu je perisa yang ada kan... 

Tak pernah masak, jadi ikut sahaja arahan pada bungkusan... Selesai masak... Tak sabar nak rasa... Sekali rasa dihujung sudu... Melenting dan mencicit cari air... Hahaha.. pedas oittt... Berapi betul... Hahaha... 


Jadi next time tahu lah kalau nak masak cukuplah separuh je perencahnya... Memang berasap telinga... Kembung perut minum air sebab nak hilangkan pedas... Haha... 

Tapi rupanya rasa Ramen ni lebih sedap dari mee biasa... Rasa kenyal mee tu lain... Lagi satu, perencahnya original Dan tak rasa bahan perisa dan bahan pengawet walaupun kalau tengok ingredient nya memang ada... 

Tapi bila baca nutrien fact kat plastik tu memang tak bagus juga amal selalu sebab kandungan sodium yang tinggi... Jadi sesekali nak merasa ok la kan... 

Alhamdulillah dah rasa satu makanan Korea.. lepas ni nak cuba Kimchi la Pula... Hehe... 

Kami ni orang kampung piorrr... Jadi makanan pelik ni lambat sikit nak mencuba... Orang dah puas makan kami baru nak merasa... Nak buat camno kan... Kami tekak kampung... Cari nasi je la tahu... Hehe... 

23 Disember 2016

15 PENGAJARAN PENTING DARI DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam berakhir sudah drama yang menjadi trending hebat tahun 2016. MF rasa, drama ini lah satu-satunya drama yang memang hangat diperkatakan orang pada tahun ni... Yang bestnya drama ni juga menjadi perbualan hangat kaum Adam. Orang lelaki ni payah nak layan drama adaptasi novel ni.. Tapi MF tengok ramai lelaki join tengok drama ni... 

Suami MF pun layan drama ni.. memula MF tengok gitu-gitu je... tengok online.. tapi lama-lama seronok dan suami pun terjebak sekali.. jadi setiap hari kami tengok bersama la... 

Drama ni bukan drama cinta biasa, sebab tu kaum Adam ni boleh layan drama ni.. plot ceritanya menarik, lakonan yang mantap dan pembawakan watak tu menjadi... 

Dalam drama ni sangat banyak pengajaran sebab ianya berkisar tentang kisah kekeluargaan. 


Antara pengajaran yang boleh diambil dari drama ni:

#1. Jangan sombong
Itu point utama drama ni... hidup kita jangan sombong... ke mana pun kita pergi, sekaya mana pun kita jangan rasa bangga dan sombong sebab akhir sombong kita tu makan diri sendiri.. Tengoklah Mia Adriana yang sombong sebab dia orang bandar dan kaya... pandang lekeh kepada Khuzairi orang kampung yang nampak selekeh dan miskin.

#2. Jangan benci sangat, sebab lama-lama nanti sayang
Hati kita ni Allah pegang... dalam hati jangan nak benci orang tu sangat-sangat, sebab lama-lama nanti kita akan sayang... sama lah jangan sayang sangat dengan seseorang tu, takut lama-lama jadi benci.. 
Bagaimana dari bencinya Mia Adriana kepada Khuzairi, akhirnya dia betul-betul sayang. Sedangkan hati dia sayang sangat dengan Khalil akhirnya orang tu dia benci. 

#3. Jadilah orang yang amanah
Menunaikan wasiat dan amanah, itu yang utama. Bagaimana kita lihat Khuzairi dan Pak Samad memegang amanah ayah Mia. dan juga lihat bagaimana Pak Cik Rahim pegang amanah ayah Mia untuk bantu keluarga Mia. 

#4. Jadilah ketua keluarga yang tegas
Watak Pak Samad yang menyerlah sebagai ketua keluarga yang tegas. Walaupun Mak Leha begitu lantang berkata-kata, tapi ketegasan Pak Samad sebagai ketua keluarga buatkan Mak Leha tunduk. Sebab itu Mia mampu tinggal di rumah kampung tu 7 hari kerana Pak Samad tegas dengan keputusannya.

#5. Jangan ukur kebaikan seseorang dari pakaiannya
Ini watak Syakila... Walaupun nampak macam perlekehkan orang bertudung. Tapi realitinya ada... sebab tudung tak mencerminkan akhlak yang baik... tapi tudung tu wajib pakai sebagai cara menutup aurat. Tapi itulah nak kata.. dan sebenarnya orang bertudung tapi perangai buruk ni sebenarnya dia mempermainkan agama serta menjatuhkan maruah agama Islam tanpa dia sedar. Jadi, ingat! Tudung di kepala bukan sekadar buat tutup kepala, tapi membawa imej agama. 

#6. Sabar melayan karenah isteri
Bagaimana watak Pak Samad dan Khuzairi yang sabar melayan karenah isteri. Pak Samad memang lelaki penyabar... dia tak pernah naik tangan ke Mak Leha walaupun Mak Leha tu lantang suaranya. Khuzairi pun begitu juga bila dia sabar sungguh bila mana waktu Mia masih tak dapat terima Khuzairi. 

#7. Kasih ibu kepada anak
Naluri ibu kepada anak sampai ke mati... itulah babak yang banyak dimainkan.. iaitu watak Mia dan Alisa... Mak Leha kepada Helmi dan Khuzairi dan juga akhir sekali babak Hayati dan Mia... Kasih ibu dan anak jangan sesekali pisahkan. Anak ni penguat kepada seorang ibu... walau badai melanda, ibu jadi kuat kerana anaknya. 

#8. Berhak dapat peluang kedua
Sedangkan setinggi gunung dan sebanyak buih di lautan dosa kita Allah akan ampunkan... begitulah kita... kenapa perlu nak berdendam kan.. kemaafan itu indah sebenarnya... lihat sahaja ending drama ni... akhirnya semua insaf dan bertaubat...serta mohon maaf. Itulah sebaiknya... bila kita berdosa dengan Allah, bertaubatlah.. tetapi bila berdosa dengan manusia, mohon maaf dan tebus kesilapan yang kita buat. Macam Mia kan.. dia pernah hina orang kampung, pernah bencikan mak tiri dia., pernah benci Buntat tapi akhirnya dia insaf dan tebus silap dia dengan jaga kebajikan mak bapak buntat, tubuh Yayasan Roziah dan ambil mak cik yang pernah dihina kerja dengan dia. 

#9. Berpantang
Ini mesej penting juga.. berpantang itu penting bagi wanita lepas bersalin. Semoden mana pun zaman, berpantang secara betul dan lama itu penting untuk kesihatan diri jangka panjang.. Macam Mak Leha kata... Moden moden juga, tapi pantang tetap kena pantang sebab badan kita nak pakai lama. 

#10. Menantu vs Mentua
Bab ini penting juga ni.. sebab realitinya ada... Khuzairi yang tersepit antara mak dan isteri... memang hebat... dan konflik berlaku bila Khuzairi terlalu dengar cakap mak dia.. sedangkan dia tak melindungi isteri dia. Memang babak tu rasa geram.. memang emosi betul masa babak tu... hehe.. dan sebaiknya sebagai suami... sepatutnya sediakan rumah lain untuk isteri... biarlah dekat pun asalkan tinggal asing... bab menantu dan mentua ni.. bukan mudah menantu dan mentua nak serasi tau.. 

#11. Dendam
Dendam memusnahkan. Dendam juga boleh makan diri sendiri... Begitulah yang terjadi... kerana dendamkan Hayati, rumahtangga anaknya sendiri musnah... dan mujur juga semuanya berakhir dan mak leha insaf dengan perbuatannya. 

#12. Siapa kita nak menidakkan jodoh?
Jodoh itu indah... Kadang dengan orang kita tak suka boleh jadi suka... itulah jodoh.. sejauh mana pun kita lari... tapi jika itu jodoh kita.. akhirnya akan bersama juga... selain itu... sebagai suami jangan mudah lafazkan talak.. kerana takut makan diri... Khuzairi tak pernah ceraikan Mia.. tapi biarkan Mia buat keputusan dan tenangkan diri dia... 

#13. Berdoalah
Doa itu senjata mukmin.. banyak dalam babak ini, sebut pasal doa.. walaupun doa tu macam dimohon waktu diuji je... tapi tak kisahlah.. berdoalah... kerana doa itu senjata paling tajam untuk merubah segala keadaan dengan izin dan kehendak Allah. insha Allah. 

#14. Setiakawan
Bagaimana watak Zaidi dan Sophie adalah dua watak sahabat yang boleh dijadikan contoh... Susah senang bersama... sentiasa tegur jika kawan dia salah dan beri semangat waktu kawan dia jatuh.. Inilah sahabat sejati namanya. 

#15. Duit bukanlah segala-galanya
Kekayaan tak membawa kebahagiaan. Lihat sahaja kerana duit bapa Sophie jadi gila... Khalil mati bunuh diri dan mak Mia di simbah asid... Terlalu kejar kekayaan akan membawa kepada kemusnahan. 

Itulah antara pengajaran penting dalam drama ni... Sebab tu MF kata, drama ni bukan drama cinta biasa... garapan dan plot dari drama ni sangat cantik dan ada terjadi dalam masyarakat kita hari ni... drama ni lebih kepada kisah kekeluargaan...kasih ibu kepada anak, kasih suami kepada isteri dan kisah sahabat sejati... 

Tahniah kepada Penerbit, Pengarah, Pelakon dan yang utama sekali penulis novel 7 Hari Mencintaiku... Satu drama lain dari yang lain dan menjadi bualan dan trending hangat hujung tahun 2016. 

Ada yang tak layan drama begini... mungkin sebab pelakonnya tak best... tapi MF layan drama bukan atas faktor pelakon... tapi pengajaran dan penceritaannya... pelakon tu memainkan watak dan peranan untuk menjayakan jalan cerita tu... Kalau pelakon hensem dan cantik je.. drama kisah cinta manusia semata-mata...memang tak layan... 

19 September 2016

[REVIEW FILEM] - Train to Busan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tengah hot filem ni...Hot sangat sebab filem korea... remaja-remaja memang suka la kan... MF pun pernah juga minat filem korea, tapi zaman belajar.. sekarang anak dah dua tak dan nak tengok dah... Tapi dah ramai update kata best.. rasa nak tengok gak... Jadi, semalam berkesempatan layan filem Train To Busan dengan en.somi... dalam pantang tu sempat lagi layan filem zombie... haha...

Memula MF tengok sikit sendiri... tapi rasa sesak nafas terus.. terus ambil kerusi layan dengan suami... tengok je, dan baca subtitle ... kurang sikit sesak nafasnya.. kalau tak macam kena asma gayanya.. haha... semput aihh... tengok filem nih.. macam filem Maze Runner gayanya... 



Ok.. sedikit perkongsian, sinopsis dan pengajaran dari filem ini:


SINOPSIS Filem Train To Busan :


Filem "Train To Busan" bermula dari bencana sebuah virus yang menyerang Korea Selatan, Penumpang pada kereta KTX dari kota Seoul yang menuju ke Busan melakukan perjuangan untuk bertahan hidup dari serangan zombie (akibat virus tersebut).


Dalam berjuang untuk hidup semua penumpang ketakukan dan beberapa penumpang berani melawan serangan tersebut demi menyelamatkan keluarganya yang terjebak di beberapa gerabak kereta api.

Di akhir kisah mengisahkan sad ending kerana hanya dua orang yang selamat, seorang wanita bernama Sung-Gyeong dan kedua anak kecil yang merupakan anak dari Seok-Woo yang di perankan oleh Gong Yoo. Mereka berdua berhasil sampai ke Busan dan akhirnya para tentara yang bersiap sedia bermula ingin menembak kedua orang tersebut setelah mendengar nyanyian anak kecil akhirnya menyedari bahawa mereka adalah manusia dan masih hidup.

Pengajaran dari filem ini:

Sikap pentingkan diri sendiri oleh Seok woo... Pentingkan kerjaya hingga abaikan anak... dan dia juga pentingkan diri.. jual ikan yang tercemar walaupun tahu ianya berisiko, Jadi, janganlah jadi bapa/ibu yang terlebih pentingkan kerjaya... boleh cari kekayaan, tapi jangan korbankan apa yang dikurniakan di depan mata. 

Watak lelaki yang berpengaruh dan pentingkan diri sendiri... Fikirkan diri sendiri je selamat... Sanggup pengaruhkan orang lain agar mempercayai kata-katanya.. Memang geram betul part lelaki ni.. watak yang dimainkan memang berkesan, rasa geram sangat... emo betul berhadapan dengan watak lelaki ni... 

Tapi watak ini, sebenarnya adalah realiti kehidupan masa kini... memang sesiapa yang ada pengaruh akan pengaruhi orang lain dengan kata-katanya... orang yang ada kuasa, akan pengaruhkan orang biasa.. 


Sang-hwa hanya salah satu watak-watak yang best walaupun pada awalnya macam dia kurang hormatkan budak kecil..tetapi jiwa dia besar sebenarnya. Terdapat begitu banyak perkara yang kita, orang-orang muda perlu belajar dari Sang-hwa --Di ayah besar dengan hati yang lebih besar daripada dia.

Pertama,CINTA. buktinya ungkapan terbesar cinta di matanya apabila dia cuba untuk mengusir menceraikan isterinya ketika cuba masih menutup pintu untuk menghalang zombi. sehingganya tangannya sendiri digigit zombie.

Kedua, bahawa semua kemenangan, besar atau kecil, bermula dengan satu keputusan yang berani. Ingat apabila dia membuat keputusan untuk perjalanan dari gerabak 9 untuk bertemu dengan isteri beliau di gerabak 13? Dia tidak pasti sama ada mereka benar-benar boleh membuat ia. Dia juga ragu. Tetapi dia membuat keputusan untuk melakukannya. Keputusan besar yang mendorong beliau untuk melihat isterinya (sekurang-kurangnya) untuk kali terakhir. Sedih, tetapi inspirasi.

Dan ketiga, bahawa hati yang menewaskan lebih penting daripada otot besar. Bahawa tidak kira bagaimana sukar kita berada, di sana sentiasa harus menjadi sesuatu yang baik. Yang mungkin tidak membuat anda kelihatan berani, tetapi ia pasti akan membuat anda kelihatan baik. 

Usaha anak menyatukan kembali kedua ibu bapanya... Walaupun dia marah dan kecewa dengan bapa dia yang selalu abaikan dia.. tapi dia tak sanggup nak berpisah dengan bapa dia masa bapa dia buat keputusan untuk tinggalkan gerabak selepas digigit zombie.



Dalam filem menunjukkan bahawa banyak kuasa besar menindas orang yang kecil.. dan menunjukkan realiti manusia akhir zaman yang lebih pentingkan diri sendiri tanpa hiraukan orang lain dan keadaan sekeliling. 

Komen dan Review MF:
Keseluruhannya boleh beri 4.8/5 bintang... filem ni, tak bosan, bahkan mendebarkan...bagi yang ada semput atau lemah jantung jangan la tengok sorang-sorang. Filem ni bukan filem seram.. tapi filem aksi.. macam Maze Runner... sebab usaha menyelamatkan diri dari bencana yang tak terduga. 

Bila lihat filem ni.. teringat gambaran kiamat... manusia lari menyelamatkan diri tanpa hiraukan yang lain.. anak yang dikandung berguguran... semua fikir diri sendiri je... itu gambaran kiamat... 

Apa pun, tak rugi tonton filem ni... Berjaya juga racun suami layan filem korea nih... hehe... 


Sumber gambar: Google images dan LionhearTV

14 Ogos 2016

Review Cerekarama TV3: Gerimis Hati Asyikin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Semalam, dapat juga layan drama kat tv... Sambil layan anak-anak main... Sambil teman suami layan customer dan cetak baju... Memang tertunggu-tunggu sebabnya tengok iklan banyak kali. Macam best je... Tu yang teruja nak tengok tuh..

Gerimis Hati Asyikin, drama yang hebat dan mengekalkan konsep islamik. ..sebab tiada langsung aksi berpegang dan bersentuhan antara pelakon lelaki dan pelakon wanita yang memegang watak utama... Alhamdulillah...

Telemovie slot Cerekarama TV3 ini dilakonkan oleh Ashraf Muslim sebagai Zamri dan watak utama Asyikin yang dilakonkan oleh Wawa Zainal...

Sumber: Google Images

Drama ini mengisahkan perjalanan hidup sepasang suami isteri, Zamri (Ashraf Muslim) dan Asyikin (Wawa Zainal) serta dua anak mereka yang masih kecil. Hidup mereka secara sederhana, Asyikin bekerja sebagai pembantu farmasi berdekatan dengan kawasan perumahan mereka dan Zamri pula bekerja sebagai kerani biasa. Keadaan berubah apabila Asyikin hamil buat kali ketiga yang mana benar-benar mengganggu emosi dan mentalnya. Dia bimbang kedudukan mereka kala kegawatan ekonomi yang semakin hari tidak ubah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 
Asyikin tertekan dengan perjalanan hidupnya. Semasa kandungan Asyikin berusia lapan bulan, Zamri ditimpa musibah ketika bekerja, menyebabkannya mengalami patah kaki yang memerlukan masa untuk sembuh. Situasi bertambah sulit apabila Zamri terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sehinggalah sembuh sepenuhnya. Keadaan di rumah pula menjadi tidak terurus. Asyikin yang sarat mengandung terpaksa menguruskan kedua-dua anak mereka dan berkerja keras untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga. Akhirnya, Asyikin membuat keputusan bersalin di kampung halamannya memandangkan ibunya mampu membantu menguruskan anak-anaknya pada kala Asyikin boleh menumpukan kepada kelahiran bayinya. 
Pulang saja ke kampung, Asyikin bertemu dengan kawan sekolah lamanya, Manja (Zarina Zainoordin). Alangkah gembiranya Asyikin kerana beban di bahunya semakin berkurangan. Bersama Manja, Asyikin dapat kongsikan kepayahan yang sedang dialaminya. Manja pula bijak menambat hati Asyikin sehingga mereka kini kembali rapat. Kerana kekusutan dalam pengurusan rumah tangga, Asyikin menawarkan kepada Manja agar bayinya dijaga Manja sementara Asyikin mendapatkan penjaga bayinya serta menguruskan segala kesulitannya sebaik saja dia pulang ke Kuala Lumpur. Segala keputusan dibuat Asyikin tidak dikongsikan dengan Zamri menyebabkan Zamri kecewa dan hubungan mereka semakin renggang. 
Sayang sekali, apa yang dijanjikan Manja adalah dusta belaka apabila Manja dan bayi Asyikin hilang tidak dapat dikesan. Rupa-rupanya Manja terbabit dengan sindiket jual bayi dan menipu Asyikin. 
Kebenaran ini diketahui Asyikin apabila dia gagal menghubungi Manja. Malah, pihak berkuasa turut berusaha mengesan Manja serta mengawasi aktiviti haram berkenaan. Sehinggalah pada satu hari, tanpa diduga Manja dapat dikesan dan pihak berkuasa berjaya menumpaskan Manja. Bayi Asyikin dan Zamri ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.
Asyikin amat kesal dengan sikapnya yang tidak bersyukur dengan rezeki pemberian Tuhan. Kesungguhan Asyikin yang mahu mencari keredaan Allah membuatkan Asyikin leka mengikut matlamat sebenar. Bagaimana pun, musibah yang melanda Zamri sekeluarga tidak sedikit pun menjauhkan Zamri daripada Asyikin, sebaliknya Zamri sebagai ketua keluarga menerima ujian itu dengan penuh tanggungajwab. 
Setelah Zamri sihat sepenuhnya, dia akhirnya menerima pampasan yang banyak dan itulah hikmah di sebalik kesulitan yang mereka alami.

Apa yang MF lihat dalam telemovie ni ... Banyak sangat pengajaran dan input serta ilmu yang hendak disampaikan... Antaranya ialah:

Isteri wajib taat kepada suami... Walaupun rendah macam mana pun taraf pekerjaan suami... Isteri wajib taat. Sebagaimana lihat dalam drama ni.. Asyikin mula lupa untuk taat kepada suaminya sewaktu suaminya tidak bekerja. Dia rasa dia yang tanggung keluarga hingga lupa nak taat kepada suaminya. Hal ini, buatkan suaminya tersinggung dengan perbuatan isterinya sendiri.

Musyawarah dalam rumahtangga satu keperluan untuk kekalkan kerukunan rumahtangga. Jika ada masalah apa sekali pun berbincang dan cari jalan penyelesaian bersama. Jangan buat keputusan sendiri.

3. Jangan belakangkan suami dan jangan ketepikan hak suami
Seperti Asyikin yang buat keputusan sendiri dan ketepikan hak suami... Dia serahkan anak kepada orang lain.. tanpa berbincang dengan suami dan emaknya sendiri. Bahkan semasa dia ambil keputusan untuk bersalin di kampung pun atas keputusannya sendiri bukan perbincangan dengan emak dan suaminya.

Isteri jangan ketepikan hak suami.. dan kenapa isteri kena berbincang dalam buat keputusan...sebab kebanyakan isteri buat keputusan mengikut emosi...bukan rasional. Sebab tu kena ada perbincangan bersama dalam buat keputusan.

4. Jangan mudah percaya kepada orang
Manja ambil kesempatan atas masalah asyikin... Asyikin pula sebab banyak berfikir sendiri... Kerana tu dia sanggup korbankan anak dia sendiri... Manja pancing dia dengan duit.. dan mereka cerita kononnya dia tak dapat anak selepas berkahwin... Tanpa usul periksa mudahnya Asyikin percaya.

5. Rendahkan suara ketika berbual
Ini pengajaran juga.. manja sendiri sebut, "lain kali bila bercakap tu pandang-pandang" maknanya... Kawal suara ketika berbual sama ada ketika bercakap di telefon ataupun secara terbuka... Kisah hidup kita, kadangkala jadi kesempatan pada orang untuk buat aniaya.

Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” [Luqman: 19]

Di atas ujian dan dugaan itu, buatkan hubungan suami isteri ini yang mula renggang kembali kuat... Semuanya atas hikmah sabar dan redha..terutama suami sebagai nakhoda rumahtangga.

Memang Zamri kecewa dengan Asyikin... Tapi akhirnya dia redha dengan dugaan Allah... Dan hikmahnya dapat dilihat diakhir kisah ini.. apabila suaminya dapat pampasan dan anaknya di temui dengan selamat.

7. Jadilah majikan yang prihatin
Boss bukan sekadar Boss... Tapi juga jadilah bos merangkap kawan kepada pekerja... Majikan Asyikin yang begitu perihatin dengannya... Sentiasa ambil tahu dan bertindak cepat dengan masalah yang menimpa pekerja bawahannya.

8. Carilah kawan dikala susah dan senang
Seperti Khairul yang sentiasa menemani Zamri waktu susah dan senang. Walaupun dia belum berkahwin tapi mampu memberi nasihat yang baik kepada Zamri supaya memaafkan kesalahan isterinya dan berbaik dengan isterinya serta redha dengan ujian yang melanda keluarganya.

9. Ibu yang memahami
Ibu Asyikin seorang ibu yang prihatin dan faham tentang kehidupan rumahtangga. Dia marah betul bila Asyikin balik ke kampung dan tinggalkan suami ketika suaminya sakit. Bahkan Asyikin dimarahinya kerana buat keputusan tanpa berbincang dengan suami. Inilah contoh ibu yang patut kita contohi. Faham dengan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai isteri.

10. Ilmu yang berguna - cara berwuduk ketika sakit
Dalam telemovie ni, ditunjukkan cara mengambil wuduk bagi Orang yang patah kaki dan kakinya berbalut. Iaitu dengan cara menyapu air di atas balutan.

11. Solat tonggak utama kerukunan rumah tangga.
Jika dilihat dalam drama ini.. disampaikan juga.. walaupun mereka diuji..solat mereka tak tinggal.. bahkan di ajar anak-anak supaya solat terutamanya solat Subuh. Mereka juga amalkan solat berjemaah.. kerana itu, walau besar ujian melanda... Keluarga masih kuat... Sebab tonggak utama rumahtangga iaitu suami seorang yang jaga solat.

12. Jangan tanya soalan sensitif
Jika dilihat.. mesej yang nak disampaikan juga... Jaga lidah dan jangan tanya soalan sensitif pada seseorang terutama orang yang dah berkahwin... Iaitu anak... Jangan bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain...

Sebagaimana Manja yang menceritakan dia yang kononnya sering ditinggalkan suami...banyak duit tapi tiada anak buatkan kehidupan dia kosong... Tak rapat dengan kawan sebab sering di tanya dengan soalan yang sama.

Manakala di Asyikin pula hidup sederhana dan adakala susah...tapi punyai suami yang penyayang sentiasa di sisi dan dikurniakan cahayamata.

13. Setiap Anak Ada Rezekinya
Yakinlah setiap Anak Ada Rezekinya yang telah tertulis untuknya. Jangan fikirkan bagaimana rezeki itu akan datang... Tapi yakinlah Allah akan beri rezeki itu tanpa kita sangka pun. Jangan takut miskin kerana anak yang ramai. Asyikin tidak yakin dengan rezeki Allah ini..kerana itulah dia ambil tindakan dan keputusan drastik begitu..dan akhirnya menyesal sendiri dengan perbuatan dia.

Itulah antara pengajaran dan moral yang boleh dipetik daripada telemovie ini... Rasanya, yang semalam tu ulangan sebab pernah ditayangkan dah sebelum ni. Apa pun.. tahniah kepada krew penerbitan telemovie ini... Kerana jalan cerita yang menarik serta up To date... Dan juga kekalkan konsep Islam tu... Takde aksi pegang-pegang walaupun berlakon sebagai suami isteri...

Kisah dan telemovie mengenai isu kemasyarakatan ini patut diperbanyakkan di kaca tv kita..bukannya kisah cinta manusia yang tak berkesudahan...

11 Mei 2016

WW | SUAMI BUTAKAN MATA KERANA SAYANGKAN ISTERINYA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kisah yang penuh pengajaran...

Sentap betul.cerita ni..
Tulusnya cinta suami ini kepada isterinya... 
Cintanya ikhlas bukan kerana rupa...
Pedoman buat semua..
Suami isteri di luar sana...