Memaparkan catatan dengan label Memasak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memasak. Papar semua catatan

30 Julai 2016

Julai 30, 2016

Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hujung minggu... bila masuk ke dapur.. meriah dapur... tambah kalau laki bini pula yang sama-sama kaki masak kan...

Ini projek laki bini, semalam...
Belek-belek dalam almari dapur, ada pula agar-agar... sekali suami suruh masak buat agar-agar...
Dah rebus agar-agar, teringat pula si dia, rancangan Chef Ramadhan dia selalu tonton setiap pagi kat rumah... biasalah.. Mr. Mama kan... sambil bekerja, jaga anak dan tengok tv.... macam suri rumah juga la gayanya... cuma ni suri rumah lelaki... hehe...

Dah teringat resepi puding lapis-lapis tu... MF tahu la itu trifle orang moden panggil... Memang dah lama nak buat.. siap simpan resepi.. tapi tak menjadi lagi... Tapi bila suami isteri bekerjasama.. segalanya jadi mudah...

Dengan semangat membara, dia pergi kedai, belikan bahan yang tak cukup...
Sementara, MF buat kat rumah dengan bahan-bahan sedia ada.



Mudah je nak buat triffle ni sebenarnya... 

Bahan-bahannya ialah:

Bahan A:
1 kek span gulung (MF guna perisa pandan)
1 tin coktail buah (asingkan airnya dan buahnya)

Bahan B:
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
air (sukat guna tin susu cair)

Bahan C:
Agar-agar atau serbuk jeli
Air
Gula
Sirap

Cara-caranya:
  1. Potong kek span gulung setebal 1cm atau lebih...terpulang nak lapisan bawah tu tebal atau nipis kan... Kemudian, susun di dalam bekas rata dan tutup semua lapisan bawah...
  2. Renjis air sirap dari coktail buah atas kek span tadi... tujuannya untuk jadikan lebih lembap (moist)
  3. Satukan bahan B dan masak di atas api sambil kacau takut hangus. Masak hingga pekat dan mendidih... atau dah nampak meletup-letup gitu.
  4. Kemudian tuangkan bahan B yang dah masak di atas lapisan kek span tadi. 
  5. Tabur buah coktail rata... dan biarkan sejuk...
  6. Masak Bahan C, sehingga mendidih. Jika guna serbuk jeli, ikut sahaja arahan pada kotak/label. 
  7. Tuangkan bahan C yang masak tadi di atas lapisan yang telah sejuk tadi... 
  8. Sejukkan dulu, kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap... 
Nampak macam susah, tapi senang sangat nak buatnya. Trifle ni banyak versi juga... Kalau guna buah segar mungkin lagi sedap... Cara nak susun lapisan tu pun bergantung kepada kreativiti masing-masing... Tapi trifle ni antara desert atau pencuci mulut yang sedap dinikmati waktu petang... Triffle yang kami buat ni menarik dari warnanya.... gabungan tiga warna, hijau, kuning dan merah... 




p/s: Bila perancangan dapat sokongan suami/isteri, itu akan menjadi... kalau sorang-sorang je dok plan memang tak jalan lah jawabnya. 

14 Februari 2016

Februari 14, 2016

Sukatan Gram kepada Sukatan Cawan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kadang bermasalah kan... Bila ikut resepi buku, kebanyakan guna ukuran gram. Bagi yang takde penimbang masalah juga nak ikut. Tapi bagi yang biasa masa agak je..

Tapi bab nak masak kuih, kek dan resepi biskut kena ikut sukatan yang betul... Kalau tak menjadi...

Jadi, MF nak kongsikan info yang MF dapat dari Facebook ni...


Sukatan gram di convert kepada sukatan cawan. Mudah la lepas ni... Boleh print tampal kat peti sejuk nanti ni... 

Jadi rujukan dan panduan nak masak kek, kuih atau biskut... Tak payah nak usung penimbang lagi... Kadang penimbang pun tak betul... Buatkan resepi tak menjadi seperti yang kita ikut kan... 

16 Januari 2016

Januari 16, 2016

Sup Kaki Ayam dan Sambal Kicap Johor!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hampir seminggu MF tak memasak... nak buat macam mana badan yang betul-betul tak daya untuk masak... Kadang jeles tengok orang dapat masak, buatkan bekal dan sarapan untuk suami dan anak-anak.. Tak dapat nak tipu hati, MF manusia biasa juga kan... Apa-apa pun redha dan terima kasih buat suami yang memahami...

Semalam, MF dah mula sihat sikit... mungkin berkat doa suami dan sahabat maya MF ni kan... Alhamdulillah MF nak memasak. jemu makan masakan luar... MF rasa dan teringin nak makan sup kaki ayam.. Jadi, pepagi lagi minta suami belikan kaki ayam di pasar. Alhamdulillah dapat la satu kilo kaki ayam yang baik dan segar untuk buat sup. Mulanya nak campur batang saderi, tapi takde pula kat kedai walaupun puas mencari. Akhirnya, campur kentang je la... boleh juga anak-anak makan.

Sambal Kicap Johor

Resepi sup kaki ayam ni, MF tak ciplak mana-mana resepi, ini resepi dan idea kreativiti sendiri.

Bahan-bahan untuk sup kaki ayam:
  • 1 kilo kaki ayam - basuh dan perapkan dengan garam dan serbuk sup
  • 7 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 ulas bawang besar (tapi yang sederhana besar) - ditumbuk
  • 2 biji cili padi hijau - ditumbuk
  • Sos tiram
  • Serbuk sup
  • Sup bunjut
  • Air
  • Minyak untuk menumis
  • Kentang
  • Daun bawang dan daun sup
  • Garam dan gula


Cara memasak:
  • Tumiskan bawang yang ditumbuk dalam minyak panas
  • Dah naik bau dan agak garing bawang tu, masukkan sos tiram.
  • Kemudian, masukkan kaki ayam yang dah diperap.
  • Gaul sebati, kemudian baru masukkan air untuk dijadikan kuah.
  • Bila mendidih masukkan 1 sudu serbuk sup dan sup bunjut.
  • Biarkan mendidih dan kaki ayam tadi masak.
  • Kemudian masukkan kentang
  • Dah agak empuk kentang, masukkan garam dan sedikit gula.  (tapi MF tak guna gula dah sebab rasa manis dari bawang besar dan kentang dah cukup untuk rasa semulajadi tu.)
  • Dah empuk betul kentang tu, tutup api... kemudian taburkan daun sup dan daun bawang yang telah dipotong halus.


Cara buat Sambal Kicap Johor
  • 11 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap
  • Garam dan gula

  1. Tumbuk cili padi hingga hancur,
  2. kemudian masukkan bawang dan tumbuk lagi sampai lumat.
  3. Masukkan kicap dan gaul sebati...
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula...dan kacau rata..
  5. Siap!!! dan boleh dimakan bersama sup kaki ayam.


Alhamdulillah... memang puas hati dapat memasak. Suami tersenyum lebar... Berkali dia puji... Tapi tu la.. bila kita sakit ni kan... terhad kadang nak selalu masak sedap kat suami... Moga terus diberi kesihatan untuk terus berbakti... Apa pun syukur seadanya... kerana MF yakin, kalau kita rasa kita susah, ramai lagi yang lebih susah dari kita kan...

28 November 2015

November 28, 2015

Resepi Kek Coklat Moist Versi Cupcake!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Seminggu adik dok umah,apa lagi minta la dia buatkan kek... Bab masak memasak dia lagi terer dari kakak dia nih... Untung kalau dah kahwin nanti...  Hehe...

Kek feveret suami dan anak-anak kek coklat moist... Kami beli bahan...  Dia yang buat semua... Tengok je dia buat... Sekali dah siap... Fuhh.. Sedap.  Boleh jual nih..

Nak resepi kek coklat moist versi cupcake.. Meh sini nak habaq mai...


RESIPI KEK COKLAT MOIST VERSI CUPCAKE

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula PASIR
1 cawan susu cair
1 cawan minyak sayur
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
4 biji telur
1sudu teh seen vanilla

Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara Masak:
1. Masuk Bahan A atas api yg sederhana. Kacau hingga mendidih. Tutup api Dan biarkan sejuk.
2. Pukul Bahan B hingga kembang.
3. setelah itu, masukkan Bahan A Dan Bahan C berselang seli Dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan Ke dalam acuan cupcake. Masukkan Ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170°C. Bakar pada suhu tersebut selama 10 minit atau sehingga masak.

TOPPING
1 Cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
3 sudu susu cair

*campurkan semua sehingga sebati dan sapukan atas cupcake setelah cupcake masak. Tabur dgn coklat rice.

Mudah resepi nih sebab guna sukatan cawan... Tak payah pikiaq nak angkut penimbang... Boleh kalau nak buh dalam loyang besar... Tapi MF suka versi cupcake sebab senang nak makan dan rasanya lain... Sila lah cuba buat kalau nak rasa...

22 Oktober 2015

Oktober 22, 2015

Resepi: Ayam Goreng Pandan!

Resepi mudah yang MF buat sama cuti jerebu...  Musim jerebu berkurung je... Pastu asyik laporr dan nak makan...

Terfikir resepi apa yang best untuk dibuat dengan isi ayam nih...

Teringat ayam Goreng Pandan yang pernah MF lihat di kantin sekolah tahun lepas..

Gayanya macam di atas.. Tapi rencahnya MF reka sendiri...

Bahannya tak susah... 
Isi ayam
Bawang putih dan bawang besar yang ditumbuk
Serbuk lada hitam
Garam
Kunyit

Gaul je semua bahan tu dengan isi ayam dan perap dalam 20-30 minit.
Lepas tu bungkus dalam daun pandan...
Dah siap bungkus.. 
Goreng dalam minyak hingga masak...

Masa goreng tu memang menggugat selera... Hahaha... Kalau bulan puasa buat ayam goreng pandan ni.  Mesti tergoda...


18 Oktober 2015

Oktober 18, 2015

Ajaib Air Tangan Lelaki!

Hari ni kena sindrom penyakit 'M'...
Siap cakap kat en.somi... Malas nak masak... Haha... Kejam kan... Sesekali jerkk...

Sekali dia masakkan...
Ikutkan dia malas juga... Tapi perut berkeroncong...  Tak sanggup nak tahan telinga dengar dia merayu minta diisi...

Jadi, suami masak yang simple je...
Memula nak buat ikan bilis goreng sos...
Last minit dia ubah resepi...  Buat ikan bilis buh toyu... Toyu tu slang Baling... Maksudnya... Kicap... Hehe...

Aihh... Dia goreng...  Buh bawang besar pastu buh toyu cap lembu berlaga... Aih... Sedap pula.. Terus jadi rajin nak makan.

Ajaib betul tangan lelaki nih... Campak-campak pun jadi sedap.. Hehe...

Tapi memang kan... Kadang kita bosan makan makanan yang kita sendiri masak... Bila sesekali makan masakan dan air tangan orang lain... Jadi sedap dan berselera kan...

Jadi, suami-suami sekalian... Sesekali ambil tugas memasak dari isteri... Pasti, berselera sekeluarga makan... Kasih sayang pun bertambah erat... Insha Allah....


14 Oktober 2015

Oktober 14, 2015

Resepi: Potato Cheese Meleleh!

Sumber :Facebook

Resepi ringkas untuk orang Yang Giler Kentang...

1. Rebus kentang tanpa buang kulit.. cuma cuci bersih kulitnya dan rebus agak-agak empuk..

2. Hiris jangan putus macam dalam gambar tu.. tapi pastikan kentang tu dah sejuk sikit sebelum dipotong...

3. Selitkan hirisan keju cheddar.. tabur sedikit garam + oregano + chili flakes (jika nak lebih pedas) .. boleh juga tabur perencah ayam (stok ayam atau perisa jika suka)

4. Jika nak lebih meriah dan menarik lagi,... selit sekali hirisan sosej..

5. Lapiskan dengan sos putih.. atau nak mudah.. mayonis pun sedap.. Akhir sekali letak parutan cheddar atau mozarella.. 

6. Bakar dalam oven 10-15 minit suhu 150-160.. agak-agak garing keemasan gitu..

7... and tadaaaaa.. perghh cheese meleleh panas-panas memang awesome..

Diolah dari: Yang Yummylicious

Terima kasih buat Yang Yummylicious kongsi resepi potato cheese meleleh yang awesome... 

Cuba jangan tak cuba,.. Pasti meleleh...


08 September 2015

September 08, 2015

Cekodok Masin Cicah Kuah Gulai!

Semalam buat gulai ikan... Permintaan encik somi...

Bila ada kuah gulai ni teringatkan resepi mak... Kalau mak masak gulai, esoknya mesti mak buat cekodok masin...

Disebabkan teringat tu, terus pagi ni buat cekodok masin... Resepi mudah yang amat... Tepung, garam dan air suam... Bancuh dan buatlah cekodok macam biasa...

Cekodok ni, makan panas, cicah dengan kuah gulai...makan pula dikala hujan sejuk-sejuk pagi tuh... Fuhh.. Layan sungguh...

Mula buat sikit je... Takut tak habis, sekali pakat suka plak... Buat lagi kali kedua... Hmm... Memang layan habis la cekodok masin... Menggamit nostalgia betui masa Kecik-kecik dulu... Cuma MF buat tak jadi macam mak buat...  Mak buat kembung elok je... Siap meletop lagi... MF buat jadi penyek... Tak kisah la janji cekodok masin...

Itulah dulu kan.. Makan simple je mak buat tapi nikmatnya terasa sepanjang hayat... Berkat air tangan ibu... 


03 September 2015

September 03, 2015

8 Cara Untuk Kekalkan Khasiat Sayur!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Google images

Sayur kaya nutrisi dan mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C yang berfungsi menguatkan sistem imunisasi badan, awet muda dan melawan kanser. Sayangnya, vitamin B dan C mudah rosak apabila terdedah kepada oksigen, air, haba dan cahaya matahari. Jadi, cara penyimpanan dan pengendalian ketika memasak sayur yang betul mampu mengekalkan nutrisi dan khasiat sayur.

1. Makan sayur segar

Kandungan nutrisi pada sayur akan mula berkurang apabila dipetik. Jangan simpan sayur terlalu lama dalam peti sejuk. Jika boleh, masak terus selepas dibeli. Jika ingin menyimpan sayur dalam peti sejuk jangan dibasuh atau dipotong. Jika sudah dipotong, simpan dalam bekas yang tertutup rapat dalam peti sejuk. Jika zaman dulu takde peti sejuk, sayur dibalut dengan kertas surat khabar untuk tahan lama...lama pun dalam dua atau tiga hari... Jika sekarang, boleh guna plastik wraping tu untuk simpan sayur dalam peti sejuk.

2. Potong dan basuh sayur dengan betul

Vitamin B dan C mudah larut dalam air. Jadi, jangan merendam atau membasuh sayur terlalu lama, sebab nanti lagi banyak vitamin akan hilang. Sayur yang ada kulit seperti timun, petola dan peria tidak akan hilang vitaminnya apabila dibasuh sebelum dipotong kerana kulit melindungi bahagian dalam sayur yang kaya dengan khasiatnya.

Jadi, digalakkan membasuh sayur sebelum memotong kecil. Sayur yang dipotong kecil akan menyebabkan bahagian dalamnya terdedah. Apabila dibasuh dalam keadaan sudah dipotong kecil, vitamin pada bahagian dalam sayur akan terkena air dan larut serta hilang.

3. Jangan merebus sayur terlalu lama

Merebus sayur terlalu lama akan menyebabkan vitamin di dalam sayur hilang. Cara paling sesuai adalah dengan mencelur sayur dalam air mendidih selama beberapa saat dan angkat secepat mungkin. Tapi tak semua sayur sesuai untuk dicelur. Sawi batang hijau tu pahit kalau celur je kan... Kena masak betul juga, baru rasa. 

4. Kukus sayur

Cara terbaik masak sayur adalah dengan mengukus, tetapi jangan terlalu lama. Dengan mengukus, vitamin yang ada dalam sayuran tidak larut dalam air. Selain itu, ia juga tidak merosakkan rasa asli dan nutrisi sayuran itu. Untuk menumis, masukkan sayur apabila minyak sudah panas dan angkat sebaik sayur nampak layu. Jangan tunggu hingga sayur terlebih masak (lembik).

5. Kenali cara memasak sayuran dengan baik

Kena tahu cara memasak setiap sayur dengan baik sebab setiap jenis sayur memiliki cara memasak tersendiri untuk mengaktifkan nutrisinya. Contohnya tomato apabila dipanaskan atau direbus akan mengaktifkan aktioksidan. Tapi, brokoli dan bunga kobis akan hilang antioksidan jika direbus. Sedangkan apabila tomato dijadikan jus, akan dapat merosakkan nutrisinya.

6. Jangan panaskan sayur yang sudah dimasak

Jangan panaskan sayur yang sudah masak. Apabila terpaksa, panaskan sekali saja. Ini dilakukan untuk mencegah kandungan nutrisinya supaya tidak hilang. Tapi, sayur memang tak sedap kalau dipanaskan semula. Masak makan habis, tak habis ratah je la sampai habis. Memang tak sedap kalau simpan pastu nak panaskan semula kan.

7. Makan salad

Sayuran mentah yang sesuai juga boleh dijadikan salad dan dimakan bersama buah-buahan segar. Khasiatnya terutama vitamin akan terus diserap tubuh tanpa kehilangan seperti mana proses memasak. Salad antara ulaman moden... Sedap dimakan mentah kan... Tapi, biasa salad dibuat lapik ketika menghidang lauk sebagai hiasan hidangan, tu pun boleh mengurangkan nutrisinya.

8. Sayur yang kaya vitamin A perlu dimasak

Menurut kajian, karotenoid (vitamin A) lebih mudah diserap dalam badan apabila dimakan bersama sedikit lemak seperti minyak serta dimasak berbanding makan segar. Sayur seperti lobak, labu, ubi kayu, tomato atau apa saja sayur yang berwarna terang (oren, kuning, merah) lebih sesuai dimasak tumis bersama sedikit minyak jika ingin mendapatkan serapan karotenoid (Vitamin A) yang lebih berkesan.

Sebagai fakta tambahan, kandungan serat pada sayur tidak akan terjejas walaupun kita masak sayur hingga lembik. Kementerian Kesihatan menyarankan kita mengambil empat hingga lima hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari. Bukan saja untuk kekal sihat dengan sistem imun yang lebih kuat, memakan lebih banyak sayur juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Diolah dari: Artikel Harian Metro

Sayur banyak khasiatnya, tapi kalau pergi ke kedai makan, menu sayur sangat kurang kan... Anak-anak MF memang dididik makan sayur dari kecil... Alhamdulillah si kakak penggemar sayur terutama brokoli dan carrot... Sayur memang kena pandai dan tahu cara masaknya baru sedap dan berkhasiat. Jika kita amalkan pemakanan seimbang setiap hari, sebaiknya vitamin tambahan tak perlu lagi sebagai tambahan.... Tapi masyarakat Malaysia kebanyakannya tidak amalkan pemakanan seimbang sebab tu mereka bergantung kepada pengambilan vitamin tambahan. Apa-apa pun setiap yang Allah ciptakan baik untuk kita, cuma kita la kena bijak hargai apa yang ada... 

31 Julai 2015

Julai 31, 2015

Resepi: Ikan Bakar Sambal Pemanggang Ajaib!

Hari Jumaat...  Banyak masa untuk memasak sebab masuk kerja selepas Zohor...

Dari semalam dah plan nak masak ikan... Sebab dah agak lama tersimpan dalam peti sejuk beku tu...

Memandangkan ikan kembung yang kami beli banyak isi... Sedap kalau dibakar... Cicah air asam pun sedap.. Tapi tak cukup bahan nak buat air asam... Tukar menu, buat ikan bakar sambal... Lagipun lama tak masak guna Pemanggang Ajaib (PA).

Tak susah nak masak sebab bahan tumisan dah tersedia...

Bahan-bahan untuk sambal:
Bawang merah atau bawang besar... (MF suka guna bawang besar sebab baunya lebih wangi dan rasa masakan lebih manis)
Bawang putih
1 batang serai
Cili giling
Sos cili
Sos tiram
Minyak untuk menumis
Air
Gula dan garam

Cara memasak:
Bakar ikan yang telah dibubuh garam dan kunyit di dalam Pemanggang Ajaib atau Non Stik Pan.

Sementara ikan tu tengah bakar, kita buat sambalnya...

Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk atau dikisar. Tumiskan sekali dengan serai...

Bila dah naik bau, masukkan cili giling dan sedikit air... Kacau rata dalam 2 minit.

Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, gula dan garam.

Kacau hingga serata dan pekat serta keluar minyak. Dah masak, tutup api...dan ketepikan.

Bakar ikan separuh masak..  kemudian sapukan sambal tadi atas dan bawah ikan... Jangan guna semua sambal tu... Sebab baki sambal tu nanti, nak buat kuah untuk ikan tu... Dah letak sambal, bakar ikan tu sampai masak...

Dah masak, hidangkan dan curahkan lebihan sambal tu pada ikan... Perah air limau kasturi untuk lebih rasa...

Sedia untuk dimakan... 


Taip entry bukan main panjang tapi nak masak tu kejap je sebenarnya...

Resepi biasa-biasa je ni. Takde yang istimewa pun... Alhamdulillah.. Syukur rezeki hari ini...


25 Jun 2015

Jun 25, 2015

Resepi Ramadhan | Homemade Tauhu Telur Perisa Ayam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tauhu Telur


Resepi Ramadhan | Homemade tauhu telur perisa ayam. Resepi ni MF dapat idea dari facebook dan diolah ikut resepi dan kreativiti MF sendiri. 

Penerangan gambar: Dua gambar di bawah tu, tauhu yang disiap direbus dan yang atas tu dah siap goreng.

Bahan-bahan untuk buat homemade tauhu telur perisa ayam ni tak susah. Bahan-bahannya:
  • Fillet ayam (isi ayam)
  • Telur
  • Mayonis
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk perasa (optional)
  • Daun sup
  • Plastik aiskrim


Caranya:
  1. Masukkan isi ayam, telur, mayonis, serbuk lada hitam,  serbuk perasa ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati kesemuanya. 
  2. Jika terlalu pekat, masukkan air suam... gaul sebat...
  3. Kemudian masukkan daun sup dan gaul lagi... 
  4. Dah sebati, masukkan ke dalam plastik aiskrim. 
  5. Dah siap isi, rebus di dalam air yang mendidih dalam 5-10 minit. 
  6. Angkat dan toskan biar sejuk.
  7. Bila sejuk bolehlah dipelbagaikan jenis masakan guna tauhu ni. 


Kena tunggu sejuk baru boleh potong. Kalau tak melekat dekat pisau. 

Tapi sedap juga.. puas hati dapat buat sendiri... buat sambal atau sup pun sedap.

Bolehlah mencuba ya. 

02 Jun 2015

Jun 02, 2015

30 Resepi Untuk Sebulan Sepanjang Ramadhan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


30 Resepi Untuk Sebulan Sepanjang Ramadhan! | Ramadhan hampir tiba... Bagi ibu-ibu dan isteri-isteri, mula memikirkan resepi juadah sepanjang Ramadhan kan... Zaman GST, tak boleh lagi nak harapkan bazar sepanjang sebulan... Perlu turun ke dapur.. Sehari satu juadah pun dah cukup.. Kerana Ramadhan, mengajar kita tak membazir dan besederhana dalam menikmati makanan dan rezeki Allah... Di sini, MF nak kongsikan 30 resepi sepanjang bulan Ramadhan... Setiap hari, boleh cuba satu resepi... 


Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1kg kepak ayam 
1 senduk besar minyak bijan 
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) 
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) 
sedikit garam secukup rasa
1.  Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu..... 

Udang Masak Serai Wangi 
Bahan-bahan: 
Cara memasak: 
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai 
100 gm cili kering 
100 gm bawang merah 
100 gm cili merah 
70 gm bawang putih 
70 gm halia muda 
3 sudu besar pati asam jawa 
30 gm belacan bakar 
100 gm pati santan 
Garam dan gula secukup rasa 
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 
3.   Masak atas api sederhana hingga kuah pekat 
4.   Masukkan pati santan dan udang. 
5.   Masak hingga naik bau. 


Ikan Siakap Kukus 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 ekor ikan siakap sederhana besar 
3 sudu besar sos tiram 
2 susu besar sos cili 
2 susu besar sos tomato 
1 sudu gula 
4cm halia - dimayang 
3 ulas bawang putih - dimayang 
3 ulas bawang besar - dimayang 
3 tangkai daun sup(saderi) 
1/2 biji limau nipis 
garam secukup rasa 
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). 
2.  Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. 
3.   Tuang ketiga-tiga sos tadi. 
4.   Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. 


Ikan Masak Berlada 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang 
10 biji cili merah - dikisar 
2 batang serai - dititik 
1 ulas bawang besar - dimayang kasar 
2 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 inci halia - ditumbuk 
air limau kasturi 
sedikit garam dan gula secukup rasa 
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. 
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu. 
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan. 

Ikan Kerapu Masak Asam Manis 
Bahan-bahan A: 
Bahan-bahan B: 
Cara memasak:
1 ekor ikan kerapu 
120gram tepung jagung 
1 biji telur ayam 
Sedikit minyak 
(untuk goreng) 
Garam secukup rasa 

5 ulas bawang merah - dikisar 
5 ulas bawang putih - dikisar 
3cm halia 
1 batang serai - dititik 
1 helai daun pandan 
3 sudu cili sos 
1 sudu cili giling 
Sedikit kunyit hidup 
3 sudu tomato sos 
3 cawan air 
Sedikit cuka masak 
Garam secukup rasa 

1.     Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup. 
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. 
3.  Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. 
4.  Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan: 
1.       Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.


Ayam Masak Cendawan Ala Cina 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1/2 ekor ayam 
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 
1 inci halia - dihiris 
1 biji bawang besar - dihiris 
6 ulas bawang putih - dicincang 
4 ~ 5 tangkai cili padi 
Sedikit kicap lemak manis 
Sedikit sos tiram 
1.      Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang). 
2.      Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa. 
3.      Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap. 
4.      Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau. 
5.      Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa). 
6.      Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

Pajeri Nenas 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga) 
Sedikit serbuk kunyit 
4 biji bawang merah ] 
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang 
Biji sawi 
gula sikit 
garam secukup rasa 
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus) 
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air 
1.      Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit. 
2.      Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa. 
3.      lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).


Mee Hailam 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang) 
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan) 
rencah ayam/udang/sotong 
sos tiram 
garam secukup rasa 
6 biji cili api 
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk) 
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn) 
1.   Tumiskan bawang putih dan cili api. 
2.   Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya. 
3.   Masukkan sos tiram setengah botol kecil. 
4.   Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah. 
5.   Masukkan sayur2 an dan mee. 


Ketam Bertelur 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua. 
3 sudu sos tiram 
3 sudu sos cili 
3 sudu cili yang dah diblend 
7 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih yang agak besar 
sepotong halia 
sebiji telur 
garam 
sedikit gula 
sedikit minyak untuk menumis 
bawang besar 
1.    Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya 
2.    Masukkan secawan air 
3.    MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit 
4.    Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa 
5.    Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul, 
6.    Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul. 


Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 
Bahan -bahan: 
Cara memasak:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah 
Sesame oil/Minyak bijan 
Serbuk lada hitam 
Fish sauce/Sos ikan 
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2) 
Sos tiram 

1.    Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam. 
2.    Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan). 
3.    Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi. 

Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 camca besar garam masala 
4 ulas bawang putih dicincang halus 
2 cm halia dicincang halus sedikit garam 
2 camca kecil serbuk cili 
1 camca besar serbuk ketumbar 
1/2 camca kecil serbuk buah pala 
1 camca besar serbuk jintan kasar 
1 camca besar paparika 
4 labu bawang besar dihiris nipis 
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki ) 
150ml Tairu 
2 camca besar tomato puri 
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin 
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus 
2 biji cili hijau dihiris 
Minyak Vesawit untuk menggoreng 
Air secukupnya 
Garam secukup rasa 
1.    Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi. 
2.    Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit. 
3.    Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau. 


Ikan Tiga Rasa 
Bahan-bahan 
Cara memasak:
1 ekor ikan siakap / kerapu 
sedikit bawang putih (ditumbuk) 
1 inci halia 
2 biji tomato (agak masak) 
6 biji cili merah 
10 biji cili padi 
2 sudu sos tiram 
2 sudu sos cili 
1 sudu sos tomato 
sedikit gula, garam 
bhn utk dikisar 
1.       Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan. 
2.       Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar 
3.       Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air 
4.       Tuang atas ikan 


Ikan Pari Lemas!!!!
Bahan A: 
Bahan B: 
Bahan C: 
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar) 
- di basuh bersih 
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu. 
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks) 

5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis) 
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus 
2 batang serai di mayang halus 
1 helai daun limau purut di koyak empat 
25 biji cili padi di mayang halus 
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang 
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus 
3 sudu besar minyak masak 
2 sudu besar sos minyak ikan 
sedikit ajinamoto 
1/2 sudu kecil garam 
1/4 sudu kecil gula 
10 biji limau kasturi 

Cara memasak: 
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit 


Tandoori Kurau 
Bahan-bahan: 
Cara:
3 keping ikan kurau 
1 biji liamu purut 
1 sudu besar halia (dicincang halus) 
2 biji bawang putih (dicincang halus) 
5 sudu besar yoghurt 
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar 
10 gm jintan halus 
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus) 
Garam dan lada hitam secukup rasa 
2 sudu besar minyak sapi 
1.    Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk. 
2.    Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam. 
3.    Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit. 
4.    Hidangkan bersama roti atau nasi. 


Tom Yam 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil) 
Daging - 250 gm (dipotong kecil) 
Udang - terpulang pada tukang masak 
Bahan A – 
Blenderkan Halia 
3 inci Bawang merah 
6 ulas Cili api 
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah) 
Bahan-bahan lain 
Minyak masak - 1/5 cawan 
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh 
Lobak merah - 2 btg (dipotong) 
Bunga kubis - 150 gram 
Putik jagung - 2 bungkus 
Tomato - 3 biji (potong 4) 
Bawang besar - 3 biji (potong 4) 
Daun limau purut - 3 atau 4 helai 
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan 
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan) 
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu 
Air 
Garam 
Bahan perasa - jika berminat 
1.    Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A). 
2.    Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3.    Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu ! 
4.    ditambah, hanya utk menyempokkan daging. 
5.    Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu. 
6.    Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak. 
7.    Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati). 
8.    Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api. 
9.    Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam..... 

Nasi Ayam Hakka 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 ekor ayam segar 
Kicap cair (Cap Camel) 
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji 
Bawang putih 3 biji 
1 ketul kecil halia 
Beras 2 tin susu 
1 sudu besar garam 
1 sudu kecil Ajinamoto 
Sedikit lada putih 

1.       Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi. 
2.       Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas. 
3.       Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas. 
4.       Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras) 
5.       Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing). 
6.       Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih. 
7.       Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.

Mee Rebus 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 paket mee kuning - celur 
Bahan sayuran: 
50 sen Taugeh - celur 
Sedikit daun sup - hiris nipis 
Sedikit daun bawang - hiris nipis 
Bawang goreng 
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis. 
5 biji Cili hijau - dihiris nipis 
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua 
Telur rebus - belah dua 
Bahan-bahan kuah: 
Sedikit minyak untuk menumis 
4 sudu cili kering yang di kisar 
3 biji bawang merah - kisar 
3 sudu lengkuas yang di kisar 
4 batang serai dikisar halus 
2 biji bawang putih - kisar 
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap. 
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus 
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus 
3 sudu gula atau secukup rasa 
garam secukup rasa 
Sedikit ajinomoto 
4 sudu sos tomato 
Air - agak-agaklah 
1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 
2.    Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali. 
3.    Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato. 
4.    Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....


Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 10 biji cili padi 
Serbuk kunyit 
Garam 
1.   Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2.   Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 
3.   Masukkan serbuk kunyit dan garam 
4.   Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.

Ayam Golek Seri Pahang 
Bahan-Bahan: 
Cara memasak:
1 ekor ayam (dibersihkan) 
300 gm bawng merah (dikisar halus) 
5 cm halia (dititik) 
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur 
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan) 
Garam dan gula secukup rasa 

1.    Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit. 
2.    Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3.    Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya. 
4.    Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman, 

Kari Kepala Ikan 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 kg kepala ikan 
50 gm bawang merah 
30 gm halia (dikisar) 
30 gm bawang putih (dikisar) 
50 gm cili kering (dikisar) 
50 gm ketumbar 
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas 
10 gm serbuk lada putih 
40 gm serbuk kunyit 
1 liter santan kelapa 
20 gm garam 
10 biji kacang bendi 
6 biji terung 
1.       Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 
2.       Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. 
3.       Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. 
4.       Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.


Black Pepper Steak 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang) 
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!) 
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci) 
1/2 cawan kicap manis 
1 cawan air 
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci) 
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6) 
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah) 
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa 
2 sudu besar minyak masak 
1.       Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan. 
2.       Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. 
3.       Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam. 
4.       Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu). 
5.       Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato. 
6.       Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa. 
7.       Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi. 
8.       Siap untuk dihidang.
Tips: 
1.       Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries. 

Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 10 biji cili padi 
Serbuk kunyit 
Garam 

1.    Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2.    Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 
3.    Masukkan serbuk kunyit dan garam 
4.    Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang. 

Asam Pedas Tumis (Melaka) 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang 
7/8 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
sebesar ibu jari kaki belacan 
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk) 
air asam jawa 
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap) 
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng) 
sedikit halba 
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana. 
garam secukup rasa 
perasa ajinomoto jika suka. 

1.       Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. 
2.       kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga. 
3.       Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. 
4.       Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya. 
5.       Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau. 
6.       Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik. 
7.       Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam. 
8.       Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan. 
9.       Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah. 
10.   Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus. 
11.   Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips : 
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap... 

Soto Ayam 

Bahan A 
Bahan B 
Bahan c 
1 ekor ayam di potong ikut suka 
3 biji bawang besar (potong 4) 
5 ulas bawang putih (di ketuk je) 
2 inci halia (di mayang) 
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah) 
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis) 

10 bijik bawang merah 

Daun sup dan daun Bawang 
Di potong dan masukkan dalam sup tu. 
Sambal kicap 
Bahan-bahan: 
20 bijik cili api 
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah) 
2 ulas bawang putih 
kicap 
sikit gula 
Cara memasak:
Cara memasak:
Cara memasak:
1.    Semua bahan A nie hendaklah direbus 
2.    Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.

1.       Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat 
2.       Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu. 
3.       Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
1.    Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat 
2.    Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau. 
3.    Sedia untuk dimakan .


NASI PAPRIK 
Bahan-bahan:
Cara memasak:
5 pinggan nasi putih panas 
1/2 kilo isi ayam/daging 
6 biji cili api, dihiris 
3 ulas bawang merah, dimayang halus 
2 ulas bawang putih, dimayang 
1/2 btg serai dihiris 
5 sudu sos cili 
2 sudu sos tomato 
1 sudu sos tiram 
3 btg kacang panjang dipotong 
2 sudu bawang goreng 
Garam secukup rasa 
sedikit minyak masak 
1.       Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging. 
2.       Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.


Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 
2 cawan santan pekat 
4 cawan santan cair 
2 sudu besar halba 
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 
6 ulas bawang putih, mayang halus 
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) 
Garam dan gula secukup rasa. 

1.    Didihkan air didalam periuk kukusan 
2.    Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 
3.    Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus 
4.    Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak 
5.    Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 
6.    Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 
7.    Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 
Bahan A
Bahan B
Cara memasak:
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 
5 keping asam gelugor 
2 inci halia, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar 
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula 
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci) 

Santan pekat dari satu biji kelapa 
3 keping asam gelugor 
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 
4 ulas bawang putih, ditumbuk 
1 inci halia, ditumbuk 
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes 
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 

Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. 
Pijarkan minyak di dalam periuk 
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau 
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak 
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih 
Masukkan santan pekat dan asam gelugor 
Bila mendidih masukkan gula merah 
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) 
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
Cara memasak: 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 
4 sudu makan gula kabung (manisan) 
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja 

Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun. 

Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1 kg mee kuning 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk) 
5 biji bawang merah 
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) 
½ cawan udang hidup 
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) 
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) 
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) 
¾ - 1 cawan gula pasir 
3 - 4 cawan air rebusan daging 
1 sudu makan sos tiram 
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. 
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris) 


1.   Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
2.   Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
3.   Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
4.   Masukkan sos tiram 
5.   Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada). 
6.   Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat.

Tips
1.   Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1.   Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
2.   Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
3.   Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
4.   Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
5.   Hidangkan.

Gulai nenas ikan kering orang utara 
Bahan-bahan:
Cara memasak :
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering 
1 biji nenas 
Isi / tulang ikan talang kering 
Santan 
garam 
bawang merah 
daun kari 
minyak untuk menumis 

1.    Ikan talang direndam. 
2.    Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih. 
3.    Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu) 
4.    Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari. 
5.    Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi. 
6.    Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi. 
7.    Siap dan boleh dimakan. 

Ayam Bercili masak ketumbar 
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1/2 kg ayam 
Serbuk kunyit gaulkan 
Sedikit garam 
6 biji bawang kecil 
3 ulas bawang putihditumbuk lumat 
sedikit halia 
4 sudu besar biji ketumbar 
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus 
4 sudu besar cili mesin/cili boh 
2 asam keping 

1.   Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan. 
2.   Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya). 
3.   Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak. 
4.   Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana). 
5.   Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan 

Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style 
Bahan-bahan: 
Cara memasak:
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar)) 
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit) 
1 inci kunyit hidup 
2-3 batang serai (dititik) 
santan (dr sebiji kelapa) 
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)

1.   Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya.. 
2.   Bahan g tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik 
3.   Kecutkan ayam vdengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4.   Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak 
5.   Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure) 
6.   Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehlah ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia
cepat empuk.

Boleh la cuba satu persatu kan... Setiap hari satu, mesti menarik Ramadhan kali ni... Cukuplah sehari satu, banyak-banyak takut tak termakan dan membazir kan... Selamat mencuba...


Diedit dari Whatsapp Group