Memaparkan catatan dengan label Memasak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memasak. Papar semua catatan

19 Ogos 2018

Ogos 19, 2018

Resepi Ayam Ungkep Mudah Tapi Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Ayam Ungkep Mudah Tapi Sedap | Resepi mudah tapi suami yang masak.. Resepi dari jiran sebelah rumah...

Memang sedap dia masak. . Tu yang suami minta resepi...

Resepi ni air tangan orang lelaki ye... Jadi lain sikit sedapnya tu... Hehe..

Tapi memang senang je nak masaknya.. Bahannya pun mudah....

Resepi Ayam Ungkep Mudah Tapi Sedap

Resepi Ayam Ungkep Mudah Tapi Sedap
Resepi Ayam Ungkep Mudah Tapi Sedap 

Bahan-bahannya:
Ayam - goreng separuh masak

<Bahan A ditumbuk> 
Serai
Jintan Manis
Jintan Putih

<Bahan B dikisar>
Halia
Kunyit
Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Padi Hijau

Gula
Garam
minyak masak

Cara-caranya:
Panas minyak dan tumis Bahan A. Kemudian masukan Bahan B dan tunggu sampai pecah minyak, masukkan ayam garam dan gula secukup rasa... 

Semudah A, B, C... Selamat mencuba...

Senangkan. . Memang sedap resepi jiran sebelah rumah ni... 

Selamat mencuba... 

16 Jun 2018

Jun 16, 2018

Biskut Raya 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biskut Raya 2018 | Alhamdulillah.. Berlalu sudah 1 Syawal.. Esok dah 2 Syawal, sah boleh mula puasa enam... Tapi masih ramai semangat raya kan...

Tahun ni MF sekeluarga beraya di rumah sendiri di Johor. Alhamdulillah, tahun ni cuti raya sekali dengan cuti sekolah.. Jadi, insha Allah MF akan balik ke kampung di Kedah juga.. Moga dipermudahkan.

Disebabkan rumah sendiri... Jadi segalanya kena sediakan sendiri.

Tahun ni azam MF dan suami nak sediakan juadah kuih raya dari air tangan kami sendiri...

Gagah dan gigih lah kami buat kuih raya sendiri tahun ni.

Lepas 2 minggu baru datang mood buat kuih raya.

Biskut Raya 2018
Biskut Raya 2018 

Biskut Raya 2018 

Kuih pertama kami buat Semperit Dahlia susu. Tu pun sebab tengok TV... Baru mood tu datang.

Biskut seterusnya Biskut Jagung dan Keropok Laksa Cheese..  Hasil tangan suami.

Kemudian suami buat lagi biskut ovaltine...

Cukup 3 jenis.

MF rasa macam tak cukup... MF tambah pula dengan biskut sarang semut dan kek lapis masam manis.

Kemudian  beberapa hari lagi nak raya suami pula buat pula Cornflakes Madu Kismis...

Itulah biskut raya kami untuk tahun 2018. Ada juga beli.. Iaitu Tart Nenas Gulung tapi untuk makan sendiri je.

Ingat nak buat biskut Mazola tapi tak menang tangan dah .. Tambah dengan anak demam sehari sebelum raya.

Tapi gagahkan diri masak rendang dan serunding. Dan buat ketupat palas malam raya.

Alhamdulillah.. Puas hati masak sendiri... Lagi puas orang makan dengan seleranya...

Alhamdulillah..

Itulah kisah biskut raya untuk tahun 2018. 

01 Jun 2018

Jun 01, 2018

Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri | Gaji yang lepas window shopping dengan  suami...

Seronok window shopping ni... Selain ikut list yang disenaraikan untuk beli... Pasti ada gak satu dua tercapai sebab kalau jumpa yang baru kat pasaraya tu mesti nak try.

Salah satunya, masa nak beli kicap pedas Mahsuri, ternampak sos 3 rasa... Suami kata belilah try rasa.

So, capai masuk troli la apa lagi.

Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri
Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri

Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri


Balik rumah, tak try dulu sebab takde bahan..

Semalam, menu berbuka suami sediakan.

Rupanya dia dah beli ikan siakap untuk try sos 3 rasa Mahsuri...

Wah.. Siap masak.. Bau sedap... Boleh tahan...

Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri
Mudahnya Masak Siakap 3 Rasa dengan Sos 3 Rasa Mahsuri


Terus la rasa ikan 3 rasa tu... Wah.. Serius sedap... Mudah betul..

Suami tak tambah apa pun cuma tambah cili bagi pedas dan bahan-bahan biasa seperti nanas dan mangga sebagai pelengkap..

Memang cepat dan mudah.. Tak payah nak siapkan air asam ke... Apa ke kan.... Mudah bagi yang nak masak dengan cepat.. Kalau nak masak sahur pun sesuai sangat guna sos macam ni...

Nak resepi lengkap Ikan Siakap Masak 3 Rasa Mahsuri boleh Follow Page Dapur MF di sini >>>
https://www.facebook.com/mariafirdzkitchen/

19 April 2018

April 19, 2018

Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je | Boleh datang idea nak buat begedil ni lepas ada orang tayang kat Facebook la...

Memandangkan kentang selalu aje sampai nak jadi pokok, apa kata buat begedil.

Begedil ni makan dengan sup memang terangkat.


Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je

Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je

Resepi Begedil Kentang


  • 5 biji kentang (direbus)
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
  • Bawang goreng
  • Ayam/daging
  • Garam dan gula sebagai perasa
  • (Add On) Serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.
  • Telur (untuk salutan sebelum goreng)


Cara memasak

Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je



  1. Campur dan gaulkan semua bahan biar sebati.
  2. Kemudian, bentukkan ikut suka...
  3. Sebelum goreng, celup dalam telur dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  4. Agak kekuningan, boleh angkat  dan toskan.


Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je

Kalau nak buat frozen, boleh separuh masak... Tapi MF goreng je sampai masak. Bila nak masak yang frozen, cuma defrost dan masak guna air fryer. Kalau takde air fryer boleh guna pemanggang ajaib atau kuali yang tak melekat.

Pertama kali buat sebenarnya tapi not bad. Suami siap beli kentang suruh buat lagi. Kali pertama buat letak ayam, kali kedua buat letak daging pula. Memang sedap, lembut dan tak puas makan sebab penambah selera bila makan dengan nasi. Tambah lengkap lagi kalau ada sup dan sambal kicap... Fuhh... Pasti berselera...

Selamat mencuba. 

04 April 2018

April 04, 2018

Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy | Rendang ayam crispy satu resepi baru yang mencetuskan fenomena di media sosial... Sana sini kecoh pasal rendang ayam crispy ni...

Tadi, MF saja dok sembang isu ni dengan suami... Dia layankan aje bini dia bercerita isu tular terkini... Kat wall dia takde isu begini sebab semuanya pasal kereta je... hehe...

Lepas MF cerita pasal chef UK yang komen pasal rendang ayam yang tak crispy dalam resepi rendang ayam tu... suami senyum je...

Tapi, dalam senyum tu suami MF beri idea macam mana nak hasilkan rendang ayam crispy... Mudah je katanya...

Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy


Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy

Goreng ayam tu rangup-rangup... se"crispy" yang boleh... Kemudian, masak kuah rendang tu asing... Bila nak makan... taruk la kuah rendang atas ayam tu... jadilah rendang ayam crispy... 


Ha...a... MF pun tak terfikir idea masak macam tu... kalau macam tu memang boleh hasilkan rendang ayam crispy pun... haha... Itulah bab masak ni suami MF lebih kreatif sebenarnya.

Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy

Tapi kalau ikut resepi asal rendang ni... ianya ibarat rendam ayam dalam rempah ratus dimasak sehingga sebati semuanya... Jadi mustahil nak jadi crispy kan... Tapi kalau dah si Masterchef UK tu nak resepi Rendang Ayam Crispy... Boleh la cuba masak macam cadangan suami MF tu... Masak kuah rendang ayam... kemudian tuang kuah atas ayam goreng crispy... Jadilah rendang ayam Crispy... Mudah kan... haha...

Siapa nak cuba idea resepi ni dipersilakan... MF, next time MF cuba ya... kalau menjadi ayam rendang crispy ... boleh lah kita komersialkan sampai ke UK sana... hehe... 

05 Mac 2018

Mac 05, 2018

Resepi Ayam Golek Juicy Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Ayam Golek Juicy Mudah | Resepi tertunggak... Buat minggu lepas lagi...

Tercetus idea nak buat ayam golek sebab nak test oven baru yang terjebak di CjwowShop. Mulanya menggodek idea mencari resepi di Google dan Facebook... Tapi akhirnya, buat resepi sendiri juga.

Mudah je buat ayam golek ni.. Bagi yang takde tempat nak golek boleh panggang...

Resepi Ayam Golek Juicy Mudah

Resepi Ayam Golek Mudah

Bahan-bahan

1 ekor ayam, cuci bersih dan kelar dibahagian yang banyak isi untuk lebih serapan dan cepat masak bila bakar nanti.
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang serai (racik dan tumbuk)
7 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 sudu besar serbuk lada hitam (jangan guna yang jenis halus, yang jenis kasar sikit. Atau kisar je biji lada hitam)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu besar sos tiram pedas
2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu madu
1/2 kiub pati ayam
Garam dan gula sebagai perasa

Cara membuatnya:

Resepi Ayam Golek Mudah

Masukkan semua bahan dalam bekas dan gaul sebati... Kemudian lumurkan pada seluruh ayam dan perap selama sejam (tak perlu masuk dalam peti sejuk).


Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah celcius api atas bawah, selama 40 - 60 minit bergantung kepada oven masing-masing. Kalau ayam besar, tambah lagi la masanya.

Tips: 

Untuk nak hasilkan juicy tu, kat bahagian bawah oven tu, masukkan air dalam tray... jadi, masa bakar akan kekalkan kelembapan pada ayam. Jadi, walaupun bakar lama, ayam tak kan kering... tapi juicy dan lembap isinya...

Resepi Ayam Golek Mudah

MF buat rencah ni lebih sikit sebab nak perap dan frozenkan...

Bila buat macam ni ayam lebih tahan lama dan sedap, sama ada dibakar ataupun digoreng.

Resepi Ayam Golek Mudah
Ni Tak berapa garing, MF bakar semula untuk nampak lebih shining dan gelap sikit warnanya.

Resepi Ayam Golek Mudah
Isi yang siap masak... Juicy dan lembap je isinya kan... 

Sedap juga resepi buat sendiri ni... Ingat nak cari burung puyuh pula nak perap dan frozenkan... Bila nak makan chilled dan bakar je... Nak masuk dalam air fryer pun boleh... Senang dan jimat masa kan...

Selamat mencuba. 

03 Mac 2018

Mac 03, 2018

Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan | Biskut alien viral, yang memang jadi viral kat Facebook. Mulanya macam biasa je... malas nak try buat... sekali terbaca orang post, biskut viral tu namanya Biskut Susu Viral 4 bahan...

Teruja bila sebut 4 bahan je... nampaknya biskut ni senang.. Apa lagi, dengan pantas cari resepi... alahai... senang benar bahannya... memang guna 4 bahan je... Terus bagitau en.somi untuk sediakan bahan untuk buat.

Semalam suami dah beli bahan, tapi tak larat betul semalam, kelam kelibut layan anak sambil buat kerja rumah.. penat sangat rasa, jadi ditunda ke hari ini...

Disebabkan dia mudah... Jadi, pepagi lagi keluarkan bahan untuk siapkan...

Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan


Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan

Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan

Bahan-bahan untuk Biskut Alien Viral 4 Bahan:

1/2 Buttercup
1/2 tin susu pekat
400 gram tepung jagung
4 sudu besar susu tepung

Cara membuatnya:

Masukkan aje semua bahan dan gaul sebati hingga jadi doh dan tak melekat... Kalau rasa tak cukup lembut, tambahkan lagi 2 sudu besar butter.

Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan


Lepas tu, bentukkan saja biskut ikut citarasa sendiri... MF buat bentuk yang seperti diviralkan tu la... MF bentukkan anak-anak dara cheq tolong 'make-up' kan... Part ni yang leceh la sikit sebab nak kena bentukkan satu-satu... Kalau rasa tak rajin, korang canaikan aje dan terapkan ikut citarasa sendiri...

Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan
sebelum dibakar


Lemak alien dah cair bila dibakar... 😂

Dah siap bentukkan, bakar dalam oven dengan suhu 165-170 darjah celcius, selama 25-30 minit bergantung kepada suhu oven masing-masing.. guna api atas bawah la kalau ikut oven MF ni...sebab takde plak setting api bawah saja. Ikut resepi asal api bawah je... Ikut korang la, pepandai adjust tang ni ye...

Dah bunyi 'ting' oven, tanda biskut dah masak... Teruja beb nak rasa... hehe...

Kejadian Biskut Alien menjadi... cuma bila bakar dia kembang sikit, maklumlah 'lemak' alien tu cair bila kena panas... haha... Tapi still cantik kejadiannya.

Resepi Biskut Alien Viral 4 Bahan
Dah masak... Yang baris belakang tu suami request bentuk minion..hehe...

Rasanya... of course... sedap beb... cair dalam mulut baq hang... memang anak-anak suka la... kudapan depa kan.. Yang si Muasyira pula.. tak nak makan biskut tu... marah kalau orang makan, sebab dia nampak biskut tu comel... haha... anak oh anak...


Misi siapkan resepi viral di Facebook berjaya... 

07 Februari 2018

Februari 07, 2018

Daging Masak Hitam Berempah Utara Style

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Daging Masak Hitam Berempah Utara Style | Menu daging sebenarnya banyak, tapi antara rajin dengan tak je nak buat.

Semalam menu daging saja buat yang sedap sikit.. biasa masak sambal atau sup je... Semalam teringat menu daging masak hitam macam makan kat kenduri kahwin...

Apa lagi kita Google lagi resepi... Jumpa resepi mudah kat blog Kak Eny Abdullah.

Semak bahan tengok ada ,terus la masuk dapur siapkan bahan dan terus buat. Kalau cakap je tak jadi kan... Hehe...

Daging Masak Hitam Berempah Utara Style

Daging Masak Hitam Berempah Utara Style

Bahan-bahan 

500 gram daging - MF potong besar tapi nipis
1/4 cawan kicap manis
1 sudu serbuk lada hitam

Bahan rempah

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga - MF tak letak pun sebab takde stok pula kat dapur
3 biji cengkih
1 biji bunga lawang

Bahan kuah

1 1/2 sudu besar cili kering - dikisar - MF guna sikit je sebab cili kisar MF jenis pedas punya..
1 ulas bawang besar - dikisar
1/4 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah
7-8 helai daun kari - MF ganti dengan 1 sudu serbuk kari
1 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar minyak masak

Bahan kisar untuk tumis

3-4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak


  1. Daging diperap seketika bersama kicap dan serbuk lada hitam.
  2. Masukkan daging dalam periuk, masukkan bahan rempah dan tuang sedikit air agak mentupi paras daging. Rebus sehingga daging betul-betul lembut dan empuk. Tekstur daging mestilah empuk dan mudah lerai.
  3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan cili kisar dan bawang besar kisar bersama daun kari serbuk kari dan serai dan masak sehingga wangi. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak.
  4. Masukkan daging yang direbus bersama rempah-rempah tadi juga bersama air rebusan (kalau air banyak jangan masuk semua). Masukkan kicap dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Perasakan dengan garam dan gula. 
  5. Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.

Kredit Resepi: Eny Abdullah

Tengok bahan dan cara masak tu macam susah ... Tapi bila dah masak tu senang je step dia... Bahan nampak macam leceh tapi senang je nak dapatkan... Hanya guna rempah yang biasa kita dok guna tu Aje...

Tak menyesal cuba resepi dari Kak Eny ni tau.. jadi, korang patut juga cuba resepi dari blog kak Eny Abdullah... Memang simple tapi dijamin sedap.. 

29 Januari 2018

Januari 29, 2018

Rendang Daging Baba's Berkuah Pressure Cooker

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rendang Daging Baba's Berkuah Pressure Cooker | Tajuk gempak habis... Ini percubaan pertama masak guna pressure cooker.

Semalam suami beli daging... Asyik buat sup je bosan juga... Tengok serbuk rendang ada stok.. Terus cakap suami ada serbuk rendang, try masak rendang dalam pressure cooker plak...

Jadi, try la masak kan.. Sebab nak tengok menjadi ke tak kan...

Senang je guna masak guna pressure cooker sebab campak-campak semua bahan, lepas tu tutup dan tunggu je 25 minit siap. Kalau masak cara biasa lebih kurang 45 minit juga sebab nak rebus daging kan.. Tapi yang ni tak payah.

Biasa tak guna serbuk atau rempah rendang tapi yang ni nak cepat jadi MF guna serbuk rendang daging Baba's.

Simple sangat resepi ni.. MF kongsikan di sini... Mungkin ada yang nak cuba masak rendang guna pressure cooker kan..oops sebelum tu, MF guna pressure cooker jenis manual masak atas dapur gas je bukan pressure cooker elektrik... Tapi caranya sama je. Cuma yang elektrik tekan je... Tapi yang cuma letak atas dapur dengan api yang slow.

Rendang Daging Baba's Berkuah Pressure Cooker

Rendang Daging Baba's Berkuah Pressure Cooker


Bahan-bahan untuk dikisar :

7 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halia

Bahan lain:


  • Daging yang siap dibasuh dan ditos.
  • 1 bungkus serbuk rendang Baba's
  • Serai, diketuk
  • 1 sudu kerisik
  • Santan, MF guna santan M&S 1 kotak kecil.
  • Daun kunyit
  • Gula dan garam


Cara memasak :


  1. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak.
  2. Kemudian masukkan serai, kacau bagi naik bau.
  3. Kemudian, masukkan semua bahan dan gaul rata.
  4. Masukkan sedikit air dan tutup periuk, buka kecilkan api dan tunggu dalam 25 minit.
  5. Siap untuk dihidang.

Rendang Daging Baba's Berkuah Pressure Cooker

Memang senang betul. Rasanya tak berubah pun... Memang menjadi rendang. Walaupun pressure cooker biasa tapi tetap tak hangus pun.. Sebab tu guna api perlahan.

Ini memang MF buat berkuah sebab boleh cicah kaki ayam. Hehe...

Memang sedap dan menjadi.. Senang pun senang... Alhamdulillah.

Sekian,

11 Januari 2018

Januari 11, 2018

Cara Mudah Masak Bubur dan Nasi Serentak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Mudah Masak Bubur dan Nasi Serentak  |  Facebook satu medan perkongsian ilmu dan pengalaman yang berguna..... Bila dah dapat ilmu rugi tak praktikkan.

Kali ni dapat ilmu masak memasak lagi.... Iaitu cara masak nasi dengan bubur serentak... Tanpa bazir kan masa dok dapur lama-lama.

Memang teruja nak cuba cara ni... MF ni failed kalau bab masak bubur ni... Rasa malas ya amat. Tapi sebab tips ni senang teruja nak buat.

Kebetulan anak MF yang sulung demam baru-baru ni. Dia request nak makan bubur. Apa lagi.. Terus cuba buat....

Cara Mudah Masak Bubur dan Nasi Serentak 


Simple je caranya.... Sediakan bekas stainless steel.... MF guna kole air biasa tu aje...

Dalam bekas tu sediakan bahan untuk buat bubur nasi... MF masukkan 2 genggam beras yang dah dibasuh... Masukkan bahan buat bubur yang lain seperti carrot, fish ball, serbuk sup dan sedikit garam.... Kalau buat bubur baby tak perlu garam la ye.. Ni untuk  anak yang dah besar dah ni.. Jadi MF letak garam sikit...

Lepas tu letakkan air lebih untuk jadikan bubur.. Dan letak  bekas tu di tengah-tengah periuk nasi.

Dalam periuk nasi tu pula.. Letakkan beras dan  sukatan air untuk masak nasi cara biasa.

Kemudian masak je nasi dalam periuk elektrik macam biasa.

Cara Mudah Masak Bubur dan Nasi Serentak

Bila dah masak.. Ting!! Ya.. Menjadi.... Bubur dan Nasi masak serentak...

Happy nya.... Lepas ni tak malas lagi nak masak bubur. Dan boleh sediakan bubur untuk baby dengan mudahnya...

Memang jimat masa dan tenaga sungguh... Terima kasih buat yang kongsi idea ni di Facebook. MF pun tak ingat dah siapa... Tapi idea ni memang dari fb la...

Korang pun boleh cuba.. Kot la dalam rumah tu, ada yang nak makan nasi ada yang nak makan bubur..  Jadi, masak je gini.  Tak perlu buang masa lagi...

Semoga bermanfaat... 

10 November 2017

November 10, 2017

Resepi Char Kuey Teow Daging

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Char Kuey Teow Daging | Dah lama teringin nak masam kuey teow goreng sendiri... Sebab pernah beli tapi tak menepati selera bahkan udang yang ada tu tak masak... Akhirnya kami sekeluarga kena resdung teruk... Dan ke tong sampah lah kueh teow tu...

Pagi ni, en.suami belikan bahan nak buat kueh teow goreng... Dan dia beli daging.. Sebab takut pula nak makan udang sebab resdung belum baik lagi..

Jadi, MF sediakan bahan dan suami masak.

Resepi ni memang 100% ciptaan suami MF sendiri... Tak cedok dari mana-mana resepi... Apatah lagi takde Google pun camne nak masak... Cuma sediakan bahan asas...dari pengalaman tengok orang masak kat TV..

Resepi Char Kuey Teow Daging

Resepi Char Kuey Teow Daging

Bahan-bahan :


  • Kueh teow
  • Daging yang siap direbus
  • Air rebusan daging
  • Kicap pekat
  • Kicap manis pedas (kami guna kicap Mahsuri) 
  • Cili padi yang ditumbuk
  • Air sprite
  • Cili giling
  • Kucai
  • Tauge
  • Telur
  • Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara memasak:


  • Campurkan kicap pekat, kicap manis pedas, setengah cawan air sprite, dan cili padi yang ditumbuk. Ini resepi untuk kicap char kueh teow.

  1. Masukkan 1 sudu minyak masak.
  2. Kemudian, masukkan 2 sudu besar cili giling, 2 sudu besar campuran kicap. Gaul rata, dan biarkan masak seketika.
  3. Masukkan tauge, daging dan air rebusan daging. Gaul rata.
  4. Masukkan secekak kueh teow dan kucai. Kemudian gaul bagi serata.
  5. Lepas tu baru masukkan telur dan kacau lagi sampai serata semua bahan. Jika kering, nak berkuah tambahkan air rebusan daging. Gaul rata dan boleh dihidangkan.


Char kueh teow ni, kalau nak sedap kena masak sepinggan makan... Tak boleh masak sekali banyak terus... Kurang 'kick'...

Resepi Char Kuey Teow Daging

Memang terbaik resepi ciptaan en.suami ni... Memang hot and Spicy... Bagi yang tak makan pedas sangat, boleh kurangkan sukatan kicap...

Puas hati betul dapat makan char kueh teow resepi sendiri... Lagi puas dari makan kat kedai..

Jika ada yang nak mencuba, dipersilakan... Boleh tonton video kat bawah ni... Cara masak Char Kuey Teow Daging...



Selamat mencuba! 

26 Ogos 2017

Ogos 26, 2017

8 Resepi Daripada Nasi Sejuk!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

8 Resepi Daripada Nasi Sejuk! | Nasi sejuk, sayangnya nak buang kan... Nasi ni walaupun kita masak dengan sukatan yang sama, tapi kuantiti makan tu tak sama... Setiap hari selera ahli dalam rumah kita tak sama... Jadi, ada kalanya memang akan terlebih nasi sejukk.... Sayang nak buang. Kalau dulu masa dok kat kampung, nasi sejuk jadi rezeki ayam dan lembu... Tapi di bandar nih, mana nak ada ayam... bahkan kucing pun tak dibela... JIka tidak memang tak kan membazir.

Tapi jangan risau... Nasi sejuk boleh diguna semula... Tapi jadi suatu makanan lain yang lebih menaikkan selera... Jom cuba 8 Resepi Daripada Nasi Sejuk ini... 

8 Resepi Daripada Nasi Sejuk!

1. Nasi Goreng

Hidangan biasa yang kita akan buat jika ada lebihan nasi sejuk di rumah. Terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh anda cuba asalkan mengikut citarasa anda.

Sumber: google images

NASI GORENG SARDIN

BAHAN-BAHAN:
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak masak
30gm daun bawang
30gm daun sup
1 sudu makan kicap pekat
1 biji cili merah
10 biji cili padi
3 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 ekor ikan sardin dalam tin
500gm nasi putih sejuk


CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik baunya.
2. Kemudian masukkan ikan sardin bersama cili padi dan juga cili kisar. Kacau rata dan perasakan secukupnya.
3. Masukkan nasi putih dan gaulkan hingga sebati.
4. Tambahkan kicap dan kacau lagi hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan cili merah, daun sup, daun bawang dan juga hirisan bawang besar.
6. Kacau rata dan angkat.



2. Roti

Bagi yang suka membuat roti, mungkin boleh cuba roti nasi. Bahan-bahannya lebih kurang seperti seperti roti biasa namun ditambah sedikit kisaran nasi di dalamnya. Roti ini sangat gebu dan enak dan sesuai dinikmati bersama jem dan kaya atau diciah air kopi.


3. Apam

Ha…Ini satu lagi hidangan yang boleh dicuba menggunakan nasi sejuk. Ada yang panggil sebagai apam beras. Ada juga yang memanggilnya apam nasi. Kedua-duanya merujuk kepada hidangan yang sama.

Sumber: google images

RESIPI APAM NASI

BAHAN-BAHAN A (TAPAI NASI):
1 cawan nasi sejuk
400ml air
200gm gula pasir
11gm yis


BAHAN B:
200gm tepung beras
200gm tepung gandum


(Kelapa Parut):
Kelapa parut secukupnya
Garam secukupnya


BAHAN LAIN:
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya


CARA MEMASAK:
1. Kisar halus kesemua bahan A. Ketepikan.
2. Kelapa parut dan garam digaul sebati. Ketepikan.
3. Kemudian masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B (tepung). Gaul sekata dan perap selama 3 jam. Ketepikan.
4. Didihkan air di dalam kukusan. Sediakan acuan apam dan oleskan sedikit minyak masak di permukaan dalamnya. Tuang adunan yang telah diperap tadi dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah masak, keluarkan apam dan masukkan ke dalam pinggan. Tabur kelapa parut di atasnya.



4. Lempeng

Siapa tidak kenal lempeng? Ia makanan yang mudah dan biasa kita buat. Selalunya lempeng ditambah dengan pisang atau kelapa. Anda juga boleh memasukkan lebihan nasi yang telah dikisar dan adun seperti biasa. Anda hanya perlukan nasi sejuk, tepung gandum, air, garam dan minyak untuk menggoreng. Adun dan masak seperti biasa. Enak dinikmati bersama sambal tumis atau kari.

5. Bubur

Lebihan nasi juga boleh dijadikan bubur untuk sarapan. Hanya perlu masukkan nasi dan air  ke dalam periuk dan masak seperti biasa sehingga nasi menjadi hancur. Nikmatinya bersama hidangan sampingan lain. Memang sedap! Waktu memasak pun menjadi singkat.

Sumber: google images

BUBUR NASI POWER

BAHAN-BAHAN:
500gm nasi putih semalam
3 ulas bawang putih | dikisar
1 cm halia | dikisar
10 gm daun sup | dihiris nipis
10 gm daun bawang | dihiris nipis
10 gm ikan bilis goreng
10 gm kacang tanah goreng
1 biji telur masin | dibelah dua
5 gm cili merah | dihiris
5 gm bawang goreng
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sedikit air suam
Minyak untuk menumis


CARA MEMASAK:

1. Nasi putih semalam dikisar dengan air suam.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Campurkan nasi putih yang telah dikisar tadi dan gaul rata. Biar sehingga mendidih.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Taburkan dengan daun bawang, daun sup, kacang tanah, cili merah, bawang goreng dan telur masin.


6. Bahan Salutan

Siapa sangkat nasi sejuk boleh diubah menjadi serbuk salutan ala-ala serbuk roti. Cara yang perlu anda lakukan ialah keringkan nasi di bawah sinaran matahari sehingga betul-betul kering dan keras. Setelah itu, pecahkan kepingan nasi kering tadi dan masukkan ke dalam mesin pengisar rempah. Kisar hingga halus dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai digunakan untuk menyalut ayam goreng, makanan laut dan sebagainya.


7. Keropok

Cara penghasilannya adalah sama seperti bahan salutan tadi. Anda perlu meletakkan lebihan nasi di dalam dulang, lerai dan mampatkan menajdi seperti kepingan nipis. Jemur di bawah sinaran matahari terik sehingga kering. Untuk menikmatinya, goreng didalam minyak yang panas sehingga kembang. Sedap! Tapi jika nasi anda tidak benar-benar kering, keropok ini tidak akan mendapat hasil seperti diingini.

8. Cucur Nasi

Langkah yang sama seperti menghasilkan cucur yang biasa Cuma perlu menambahkan kisaran nasi ke dalam bancuhan tepung. Olah dengan menambah bahan-bahan lain seperti hirisan bawang, udang, cili dan serbuk perasa. Goreng dan nikmati segera.

CUCUR NASI

BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi
Air secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan tepung gandum
½ cawan ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji cili besar} dihiris

CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
2. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
3. Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
4. Panaskan minyak, goreng cucur.


NOTA:

Kalau nak tambah udang, pun boleh. Ikut suka, asal sedap! Hidangkan bersama sos.

Selamat mencuba!

Sumber: Majalah Rasa


Banyak makanan lain hasil recycle dari nasi sejuk... Tapi jangan makan nasi sejuk bagi orang dalam pantang... nanti bentan pula jadinya... 

25 Ogos 2017

Ogos 25, 2017

Masak Jagung | Rebus atau Kukus Yang Lebih Sedap?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Masak Jagung : Rebus atau Kukus Yang Lebih Sedap? | Sekarang ni tengah musim buah... Tapi sesetengah tempat aje ada buah.. Macam kat tempat MF ni rambutan dan durian tak berapa nak menjadi... 

Selain tu sekarang ni juga musim buah jagung, petai dan buah mata kucing banyak dijual Kat gerai buah... Buah cempedak pun banyak... 

Dalam banyak-banyak buah, dan yang MF boleh makan ialah buah jagung aje la... Yang lain tu alah sikit... 

Banyak kali juga beli jagung.. Beli pun tak banyak sebab MF seorang je yang suka.. Anak-anak kurang suka.. Sama juga kalau buat cekodok jagung... MF seorang je la mengadap... 

Selain buat cekodok.. Jagung sedap direbus... Tapi ada tengok orang masak cara kukus... Sedap ke? 

Jadi, nak tahu sedap ke tidak kita buat sendiri... 

Jagung Kukus Lagi Sedap

Biasa MF rebus.. Tapi kali kedua beli jagung MF kukus guna periuk Tefal aje... 

Senang guna periuk Tefal tu... Letak air, tekan "Steam" tunggu aje la siap... 

Tapi sebelum masak tu dah lumur garam halus siap-siap sebagai perasa... 

Jagung kukus sedap

Dah siap masak, sekali rasa... Memang sedap dari rebus rupanya... Patutlah jagung yang dijual Kat kiosk seperti Daily Fresh tu Kukus.. Tak rebus.. 

Kelebihan bila kukus ni.. Rasa manis jagung tak hilang.. Dan Air dalam jagung tu mengekalkan rasa lemak-lemak manis dan tak kering bola kita makan... 

Dah tau tu, lepas ni memang kukus aje la masak Jagung... Tak rebus dah... Sebab rasanya lagi sedap... 

23 Disember 2016

Disember 23, 2016

CARA POTONG BAWANG MEMPENGARUHI KEENAKAN MASAKAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF suka layan program masakan... antara yang suka sangat layan , kalau dulu Chef Wan... kalau buat kek dan kuih Chef Ismail... tapi sekarang ni suka tengok cara Chef Ammar... 

Sebenarnya, bukan belajar resepi je... tapi teknik memasak tu yang penting.. sebab kesedapan makanan tu bergantung kepada teknik memasak... Resepi yang sama tapi rasa yang berlainan kerana masing-masing ada teknik memasak yang lain. 

Salah satu yang MF perhatikan... bila memasak.. kebanyakan chef suka potong bawang cara potong dadu... MF tak tahu kenapa... pada awalnya hanya sekadar tengok.. kemudian MF cuba praktikkan potong bawang bentuk dadu.. terutama bawang merah atau bawang besar untuk menumis. 



Ini kaedah ni, kalau waktu MF malas nak menumbuk la ni.. Bawang besar atau bawang merah potong dadu dan bawang putih pula MF ketuk dulu kemudian baru racikkan halus-halus.. 

Rupanya, memang mempengaruhi walaupun sekadar cara potong bawang dalam masakan kita... memang rasa lain.. masak tumis sayur air pun boleh rasa lain sedap dia tu... 

Baru MF tahu kenapa chef suka guna teknik potong dadu tu kalau nak tumis bawang... dan satu lagi teknik... panaskan minyak menumis, jangan terlalu panas.. dan tumis hingga naik bau sahaja bukan sehingga garing.. ini teknik dan petua MF banyak belajar dari rancangan masakan. 

Selain tu, kalau Chef Ammar dia selalu pesan apa... amalkan zikir dan selawat ketika memasak... ikhlas memasak dari hati dan dari iman.. insha Allah masakan kita jadi sedap.. walaupun sekadar telur dadar je.. 

Kalau nak rasa kelainan boleh la mencuba.. 

02 Ogos 2016

Ogos 02, 2016

20 Koleksi Menu Berpantang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jumpa koleksi resepi dan menu untuk wanita dalam pantang...
dari page Info Hamil...

MF abadikan di blog ini sebagai rujukan akan datang.





















Resepi ni, menarik tapi tak tau la sesuai dengan badan ke tak... sebab tak semua bahan dan badan tahan dengan menu yang ada...

Tapi menu yang paling sedap ketika berpantang ialah:

Sup ikan haruan resepi Mak MF dan juga Sup Ikan Merah resepi dari air tangan suami MF... tak bersalin pun boleh termimpi nak makan... tapi suami kata, tu menu special dalam pantang, dalam pantang je la dia akan masakan... huhuhuhu...


Sumber info grafik: Page Info Hamil