Memaparkan catatan dengan label Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan. Papar semua catatan

23 November 2018

November 23, 2018

Peminat Makanan Pedas Korea Mesti Cuba Burger Korea Marrybrown Baru, Pasti Tak Menyesal Punya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Peminat Makanan Pedas Korea Mesti Cuba Burger Korea Marrybrown Baru, Pasti Tak Menyesal Punya! | Selain KFC, Marrybrown antara restoran makanan segera pilihan kami sekeluarga.

Kalau jenjalan dengan anak-anak memang akan pilih restoran Marrybrown ni sebab mesra Kanak-Kanak. Ada playground dan sudut mainan Kanak-Kanak. Jadi mak bapak dapat makan sambil tengok anak main dengan selamat.

Tapi, dah lama tak dapat pergi Marrybrown .. Nampak iklan pun tak dapat nak rasa promo menu baru dari Marrybrown. Mampu tengok je.

Tapi nak jadi rezeki... Hari ni suami ber'me time' kat luar.. Dia belikan menu promo baru dari Marrybrown.



Kalau makan kat restoran dia memang lagi teruja kan... Tapi takpe.. Yang penting dapat rasa..


Memula rasa kentang dulu... Fuhh.. Pedasnya... Berdesing telinga... Waarghh...


Kemudian rasa pula kepak ayam dengan Sos Bijan Korea...

Pergh... Gigit sikit dah rasa pedas sampai ke kepala... Camne nak habis kan satu kepak ayam pun bercinta beb... Pedas...

Tapi anak sulung MF relax betul.. Kuat makan pedas.. Suami MF yang makan pedas pun rasa ni memang betul pedas.

Lepas habis kan satu kepak... Makan burger merah Korea pula..


Fuhhh... Terbeliak bijik mata baq hang...

Pedas gilerr... Berdesing telinga. Macam tak cukup nafas nak habiskan sebiji burger ni... Pedas giler...

Tapi... Tapi... Kan..
Sedap dan sos Korea tu memang sedap... Memang sedap sangat walaupun pedas..

Bagi yang suka pedas dan minat makanan pedas korea boleh sangat rasa sendiri.. Pasti korang tak menyesal punya...

Cepat la dapatkan di mana-mana restoran Marrybrown di seluruh Malaysia... Sebelum promo habis...

Fuhh.. Pedas.. Tapi sedap...



20 November 2018

November 20, 2018

Ini Cara Nabi s.a.w Makan Yang Patut Kita Amalkan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Cara Nabi s.a.w Makan Yang Patut Kita Amalkan | Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja dilahirkan dan diutuskan sebagai Rasul untuk membetulkan aqidah, tapi juga memperbaiki akhlak.

Sangat detail dan complete dalam al-Quran dan hadis tentang perlaksanaan etika dan adab kita seharian, sampaikan cara makan pun diajar dalam Islam.

Kalau ikut cara ni, bukan sahaja dapat pahala... Tapi dapat keberkatan dan menjadikan badankan sihat dan tidak mudah kena penyakit.

Ini Cara Nabi s.a.w Makan Yang Patut Kita Amalkan


makan ikut sunnah

1. Cara Makan di Meja Makan

عن عمربن ابي سلمة, قال : كُنتُ غُلامًا في حَجْرِ النبي صلى الله عليه وسلم, وكانَتْ يَدِيْ تَطِيشُ في الصَّحْفَةِ, فقال : "ياَ غُلامُ , سَمِّ الله, وكُلْ بِيَمِيْنِك , وكُلْ مِمَّا َلِيْك"(رواه مسلم والطبراني والبيهقى )

Dari umar bin abi salamah ia berkata: “Sewaktu aku kecil pada masa nabi SAW. tanganku selalu bergerak kesana kemari dalam piring makan, kerana itu Nabi berkata: hai Anak sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan engkau, dan makanlah yang ada di sekitarmu”. ( HR. Muslim, thabrani dan baihaqi )


2. Perintah Makan Menggunakan Tangan Kanan

عن ابي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " اِذَا اَكَلَ اَحَدُكُمْ فَلْيَاْكُلْ بِيَمِيْنِهِ وَاِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبُ بِيَمِيْنِهِ فَاِنَّ الشَّيْطَانَ يَاْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ ( رواه مسلم والنسائ في السنان الكبرى)

Dari abi hurairah ra dari Nabi SAW bersabda: “ jika salah seorang dari kalian makan, makanlah dengan menggunakan tangan kanan dan jika minum, minumlah juga dengan tangan kanannya. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya dan juga minum dengan tangan kirinya. ( HR. Muslim dan Nasa’i di dalam sunan Kubro)


3. Perintah Makan, Minum, dan Berpakaian Tanpa Berlebihan

عن عمرو بن شعيب عن ابيه عن جده عن النبي صلى الله عليه وسلم , انه قال : كُاُوْا وَشْرَبُواْ وَ الْبَسُوْا وَتَصَدَّقُواْ فِي غَيْرِ سَرَفٍ وَلَا مَخِيْلَةٍ ( رواه البيهقى في شعب الايمان)

Dari umar bin syu’aib dari ayahnya dari kakeknya dari Nabi SAW, sesungguhnya Nabi Bersabda: makanlah, minumlah, berpakaianlah dan bersedekahlah tanpa berlebihan dan sikap sombong.( HR. Baihaqi pada bab iman)


4. Membahagikan Perut Menjadi 3 Bahagian

عن المقدام بن معدي كرب اَنَّ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم قال: مَا مَلاَءَ اَدَمِيُّ وِعَاءَ شَرًّا مِنْ بَطْنِهِ, بِحَسْبِ ابْنِ اَدَمَ لُقَيْمَةٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَاِنْ كَانَ لاَمحَاَلةَ فَاعِلًا فَثُلُثٌ لِطَعَامِه وثُلُثٌ لِشَرَا بِه وثُلُثٌ لِنَفْسِه   ( رواه الترمذى وابن حبان )

Dari miqdam bin ma’dikariba sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:“Tidaklah seorang anak Adam mengisi sesuatu yang lebih buruk dari perutnya sendiri ,  cukuplah bagi anak adam beberapa suap yang dapat  menegakkan tulang punggungnya, jikapun ingin berbuat lebih, maka sepertiga untuk makanan dan sepertiga untuk minum dan sepertiga lagi untuk nafasnya. ( HR. Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Rumusan
Secara umum tatacara makan dan minim yang baik yang harus dilakukan adalah:

Adab dan Etika ketika Makan


  • Mencuci tangan sebelum makan
  • Membaca basmallah
  • Makan di mulai dari yang berada di sebelah kanan dahulu
  • Mengecilkan suap dan menghaluskan kunyahan
  • Tidak memandang kepada wajah teman makan
  • Ambil makanan yang berhampiran dulu.
  • Tidak sambil bersandar
  • Tidak makan ketika kenyang
  • Mengambil makanan dari sisi piring/wadah
  • Menjilat anak jari ketika selesai makan
  • Membaca hamdallah


Adab dan Etika ketika Minum


  • Memandang kedalam gelas sebelum meminum airnya
  • Membaca basmallah
  • Mengesap air dan tidak menenggaknya
  • Tidak sambil berdiri
  • Membaca hamdallah

19 November 2018

November 19, 2018

10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Orang Tak Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Orang Tak Tahu | Pucuk paku, makanan hutan yang tumbuh meliar.

Dulu kat kampung, selalu kutip aje kat tepi jalan.

Sekarang ni, nak makan kena beli la kat pasar.

Pucuk paku nampak biasa tapi khasiatnya luar biasa.

Jangan pandang lekeh dengan tumbuhan hutan ni.. Sebab ada khasiat yang tersendiri.

10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Orang Tak Tahu

10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Orang Tak Tahu

1. Menjaga daya tahan tubuh

Pucuk paku ialah sayur sihat yang dapat menjaga daya tahan tubuh.

Daya tahan tubuh yang baik akan membuat anda memiliki perlindungan yang kuat terhadap serangan penyakit, sehingga tubuh tidak mudah terjangkit penyakit yang mudah merebak.

2. Baik untuk metabolisme tubuh

Membantu metabolisme menjadi normal. Metabolisme yang tak normal menyebabkan penyakit senang datang...

3. Ubat Gout

Khasiat pucuk paku dapat menjadi sumber makanan untuk mengatasi Gout.
Kandungan dalam pucuk paku untuk meredakan gejala gout yang sering menyerang sendi dan juga tulang dengan rasa ngilu yang boleh mengganggu aktiviti seharian.

4. Baik untuk kesihatan tulang

Khasiat pucuk paku baik untuk membuat tulang menjadi lebih sihat.

Apa kriteria penting yang membantu tulang yang sihat itu?
Tidak mudah patah dan tidak mudah terjangkit penyakit, terutama penyakit kemerosotan tulang yang terjadi pada orang yang mengalami osteoporosis. Tulang akan semakin sihat dan juga terjaga.

Bagi yang tidak suka susu... Boleh amal makan pucuk paku.

5. Menyembuhkan luka

Khasiat pucuk paku dapat jadikan bahan sayuran yang mampu menyembuhkan luka.

Sayuran unik yang satu ini akan membantu mempercepat proses penyembuhan luka, terutama dalam membentuk jaringan sel kulit baru untuk menutupi luka.

Kandungan semulajadi dalam sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit.

6. Mencegah penuaan secara semulajadi

Penuaan yang terlalu cepat di usia ketika masih muda akan membuatkan kita hilang kepercayaan pada diri sendiri.

Ni pun akan menyebabkan beberapa jenis penyakit. Cegahlah penuaan ini dengan banyak mengambil sayuran, salah satunya pucuk paku. Sayur ini akan membuat kita nampak awet muda.

7. Menyihatkan mata

Kandungan semulajdi yang ada dalam pucuk paku salah satunya adalah vitamin A. Sayuran unik dan hijau ini mengandungi cukup banyak vitamin A yang baik untuk kesihatan mata.

Selain mencegah iritasi dan kemungkinan penyakit mata lainnya, sayuran ini akan membantu mata dari penyakit rabun.

8. Menurunkan berat badan

Berat badan berlebihan tidak hanya akan membuat badan terlihat gemuk namun juga menyebabkan banyak penyakit kerana kegemukan.

Dengan rajin berolahraga dan mengambil sayur pucuk paku, Insha Allah akan mendapat berat badan yang ideal. Tapi kena konsisten lah baru berjaya.

9. Mencegah hipertensi

Penyakit hipertensi dapat anda cegah sejak awal dengan menggunakan pucuk paku.

Sayuran ini sebaiknya makan setiap hari jika ada mengalami gejala hipertensi.
Khasiatnya yang semulajadi dalam mengawal tekanan darah sehingga tidak akan terjadi kenaikan.

10. Mencegah kenaikan kolesterol

Kolesterol yang berlebih di dalam tubuh menambah banyak risiko gangguan kesihatan, terutama risiko timbulnya banyak penyakit.

Cara yang paling mudah untuk menurunkan kadar kolesterol iaitu dengan mengamalkan sayuran seperti pucuk paku. Mengapa? Kerana sayur ini bersifat anti kolesterol yang tinggi.

Sumber

Jom makan pucuk hutan untuk sihat...

Sedapnya pucuk paku masak lemak kan.. Nyum..... 

10 November 2018

November 10, 2018

Sedap Juga Makan Nasi Dengan Sambal Garing Che' Nor

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sedap Juga Makan Nasi Dengan Sambal Garing Che' Nor | Bagi yang suka makan pedas... Tak selera makan nasi tak de pedas-pedas.

Paling tidak, sedikit cili pun jadilah... Buat tambah rasa.

Sambal kering satu penambah rasa dan selera tika malas masak.

Dulu pernah buat...

Sambal ikan bilis kering campur kacang dan tempe... Sedap makan dengan nasi panas-panas.

Tapi dah lama tak buat sebab tak beli ikan bilis. Maklumlah... Ikan bilis bukan harga bilis lagi sekarang.. Harga bapak jerung... 😁😁😁


Ada sekali tu, encik suami ke kedai runcit dan nampak ada jual sambal garing Che' nor.

Sambal ni lama dah keluar kat pasaran. Tapi kami tak pernah try pun.

Jadi, sebab masa tu kami dalam travel... Bawa bekal nasi goreng... Jadi beli lah sambal ni buat penambah rasa.

Sambal Garing Che Nor

Mmmmm...
Pertama kali rasa.. Memang pedas giler... Haha..

Sambal Garing Che Nor

Sebab dia guna cili kering kot..
Tapi Sedap sebab ikan bilisnya memang garing dan rangup.

Sambal Garing Che Nor

Sedap makan dengan nasi...
Fuhh.. Berselera...

Tapi itulah..
Kaki makan pedas..

Sebekas gini.   Tahan sehari je la. 
Nampaknya kena belajar buat la sambal garing kering macam ni untuk stok travel.

Memang jadi penambah selera.

Siapa tak cuba lagi.. Boleh cuba..
Tapi.  Pastikan korang memang kaki makan pedas .. Sebab memang pedas. .

27 Oktober 2018

Oktober 27, 2018

KFC Zinger Waffle Burger

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

KFC Zinger Waffle Burger | Setelah beberapa kali lalu iklan di TV, akhirnya dapat juga merasa KFC Zinger Waffle Burger.

Resepi baru dari KFC. Itulah resam kami... Pantang ada menu baru di KFC, Marrybrown atau Pizza Hut, pasti tak kan lepas peluang untuk cuba...

Laki bini kaki makanlah katakan...

KFC Zinger Waffle Burger

Seram tengok kotak bungkusan dia ni... Macam berapi je kan.. boleh tahan besar juga... 

KFC Zinger Waffle Burger
KFC Zinger Waffle Burger

KFC Zinger Waffle Burger


Buka untuk lihatr isi dalam... 

Waffle di atas... kepingan isi ayam yang rangup serta sos dan mayonis di tengah.. 

KFC Zinger Waffle Burger
KFC Zinger Waffle Burger

Review KFC Zinger Waffle Burger

Pertama kali nak makan, kena buka mulut seluasnya... Tapi tak mampu den hah... haha... 

serius besar dan tebal... 

Boleh tahan sedap kepingan isi ayam tu... Rangup dan pedas di luar... 

Waffle yang lembut... cuma... kalau digigit, tengok bahagian waffle tu bukanlah macam waffle kek... Tapi macam roti... 

Ingat waffle tu manis, rupanya dok sosnya yang manis... waffle tu macam masin-masin sikit... 

Tapi isi ayam sedap dan tebal... pedas dan rangup... 

Makan separuh... dah kenyang... serius kenyang... kena makan dua kali la baru habis... 

Bagi MF, kalau guna sos cili biasa, dan ditambah dengan timun, keju atau salad pun sedap dah...

Apa pun, menu kali ni, lebih baik dari yang sebelum ni... 


Next... nak rasa Pizza Hut dan juga Marrybrown pula... insha Allah... moga ada rezeki.. 

17 September 2018

September 17, 2018

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam | Ulam pucuk daun kari.. Pernah makan tak?

Kalau orang kampung, rasanya mungkin pernah makan... MF mula makan ulam pucuk daun kari ni sejak anak dara.. Pertama kali cuba, terus suka.. Rasa lemak dan wangi... Fuhh... Boleh bertambah nasi... Tambah sedap kalau ada sambal tumbuk kan..

Daun kari bukan sekadar perencah untuk wangi kan masakan, tapi ada khasiatnya yang tersendiri...

Banyak manfaat amalkan ulam pucuk daun kari... Sebab banyak sumber nutriti semula jadi ada dalam daun kari.

Antara khasiat pemakanan dipercayai terkandung dalam daun kari adalah karbohidrat, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E.

Dan nutrisi ni baik untuk kulit dan usus...

Apa manfaat daun kari untuk kesihatan?

Ini khasiat daun kari jika selalu amalkannya.

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam


1. Mengatasi penyakit diabetes


Khasiat daun kari yang pertama adalah mengatasi penyakit diabetes. Siapa sangka jika daun wangi yang satu ini punya manfaat penting untuk menjaga kadar gula di dalam darah untuk mencegah diabetes.

2. Mencegah anemia


Hal ini didapatkan dari kandungan zat besi yang ada di dalam daun ini sangat bagus untuk menambah produksi sel darah merah dalam tubuh dalam mencegah anemia.

3. Penghilang letih

Daun  kari juga berkesan untuk meredakan keletihan. Jika memiliki kegiatan yang cukup padat, minumlah teh dari daun kari untuk kembalikan kesegaran tubuh.

4. Bagus untuk pencernaan


Fungsi daun ini iaitu akan membantu melancarkan pencernaan dan mencegah banyaknya gangguan pencernaan seperti susah buang air besar.

5. Rawat cirit birit


Khasiat daun kari untuk sistem pencernaan iaitu mengatasi penyakit cirit birit. Daun herbal ini akan menghentikan cirit birit secara semula jadi tanpa memberikan kesan sampingan pada sistem pencernaan.

7. Menambah selera makan


Nafsu makan yang tidak tinggi merupakan gejala gangguan kesihatan yang perlu diatasi segera. Masalah ini boleh diatasi dengan daun kari sebagai daun penambah selera makan.

Patut la semalam... Buat ulam masa tengah hari... Petangnya ku bantai lagi Sepinggan besar nasi... 😅😅😅

8. Meredakan muntah


Muntah yang tidak reda disebabkan kerana rasa mual yang menyerang perut. Untuk meredakan muntah,  boleh menggunakan daun kari. Daun yang satu ini akan menormalkan rasa mual di perut agar tidak menimbulkan rasa ingin muntah.

9. Ubat sembelit


Penyakit sembelit tidak perlu ubati dengan ubatan moden yang mungkin memiliki kesan sampingan. Cukup dengan menggunakan daun kari sebagai ubat, maka sembelit akan hilang dengan izin Allah.

10. Baik untuk kesihatan perut


Jagalah kesihatan perut mulai dari sekarang dengan memanfaatkan khasiat daun kari. Daun ini tidak akan membuat asid perut naik atau pun menimbulkan sakit perut. Manfaat daun wangi ini akan membuat perut terasa lega dan tak sebu.


Selain 10 manfaat dan khasiat daun kari untuk kesihatan, ada lagi 5 manfaat lain

5 Manfaat dan Khasiat Daun Kari:


  1. Mengatasi jangkitan kulit
  2. Ubat bisul
  3. Menyembuhkan luka
  4. Mengubati gatal-gatal pada kulit
  5. Mencegah penuaan kulit


Banyak kan khasiatnya..., rasa yang lemak dan wangi tu buatkan selera membuak... Dan penambah selera memang salah satu dari khasiat daun kari.

Kalau yang tak pernah cuba, boleh cuba.. Pasti memikat..

Sumber rujukan:
www.khasiat.co.id
www.harianmetro.com.my

17 Februari 2018

Februari 17, 2018

[Review] Pak Li Kopitiam Seksyen 6, Shah Alam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


[Review] Pak Li Kopitiam Seksyen 6, Shah Alam | Misi JJCM kali ni tak de dalam plan pun untuk cuti kali ni... Tujuan asal nak ke lain, tapi kelain pula jadinya... Itulah kita hanya merancang tapi Allah lebih bijak merancang dari kita.

Bila masuk kawasan Shah Alam, memang banyak tempat makan yang Best. Tapi waktu MF pergi ni kami dari Seksyen 8, kemudian berhenti solat di Petronas Seksyen 7, jadi Seksyen 6 tu memang dekat sangat. Selepas Google tempat makan Best di Shah Alam.. Apa lagi.. Terus kami ke sana.

Sampai sana hampir jam 4 petang dah.. Baru nak makan tengah hari tau... Biasalah berjalan dulu kan.. Dah lapar baru cari makan..

Tak ramai orang waktu tu.. Lepas set up anak duduk baru ambil order.

[Review] Pak Li Kopitiam Seksyen 6, Shah Alam


[Review] Pak Li Kopitiam Seksyen 6, Shah Alam

Cara Order Menu

Senang kat Pak Li Kopitiam ni, Buku Menu dan borang pesanan siap dengan pencil disediakan di atas meja. Cuma pilih menu yang kita makan dengan menulis kod yang ada...

makan sedap di shah alam
Banyak menunya kan

makan sedap di shah alam
Borang order makanan

Siap dah tulis, tekan aje button yang disediakan untuk panggil pelayan ambil pesanan yang ditulis. Tak sampai 5 minit.. Kejap je dah sampai..

Pesanan Yang Pantas

Sambil menunggu pesanan berbual dengan suami.. Tak habis berbual sampai, makanan dah sampai... Very excellent service.. Pantas! 5 minit je dah sampai...

Review Menu

Menu pertama yang diterima menu MF pilih, Golden Fried Rice... Hmm... Nampak sedapkan. Memang sedap pun.. Nasi goreng yang tak berminyak tapi nampak berkilat keemasan.. Patutlah nama Golden Fried Rice. Sama betul pesanan kita dengan yang kita lihat dalam gambar.

makan sedap di shah alam
Golden Fried Rice : RM8.50

Nasi ni, tak pedas.. Kalau nak pedas boleh  tambah kicap yang dipotong cili padi... Rasanya memang cukup rasa, nice-nice kata orang... Ada sayur carrot dan kacang panjang penyeri hidangan... Tambah dengan isi udang yang banyak... memang sedap.

makan sedap di shah alam
Lobak Susu Suam : RM 6.20
Lemon Tea Ais : RM 4.30
Sirap laici Ais : RM 4.20

Kemudian, barulah sampai air yang kami order... MF order air Lobak susu, suami air Teh O Lemon Ais, dan si kakak pula Sirap Laici Ais... Hmm.. memang sedap airnya pun.. lobak susu tu memang betul rasa lobak merah pekat... sampai melekat kat tekak pekatnya... Sirap laici kakak, besar-besar buah laici... air sirapnya menarik dan just nice, tak manis sangat... Anak MF yang kedua tak minum manis, tapi dia suka minum air sirap tu.. Tak pernah-pernah minum, tetiba minum pula.. maknanya tak manis sangat la tu air sirap tu..

makan sedap di shah alam
Mee udang : RM7.90

Menu ketiga yang sampai, mee udang... ini order kakak... satu mangkuk besar, dua orang la ni makan... kakak dan Ara, kongsi berdua... Udangnya banyak.. siap dengan telur rebus sebiji.. kuah dia pun sedap... ada udang biasa siap dikopek kulit... senang nak makan..

makan sedapdi shah alam
Hokkien Kueh Teow Goreng : RM 7.90

Menu keempat, menu suami order, Kueh Teow Goreng... Kosong je, sebab dia tulis tak nak sayur... jadinya, kueh teow tu tanpa sayur, hanya ada telur, ayam dan isi udang... Memang sedap kata suami. Suami MF ni cerewet tau, tapi kalau sedap memang bersungguh dia puji...

Kelebihan Restoran Pak Li Kopitiam 

ALhamdulillah.. semuanya licin kami makan... Tapi yang bestnya, harganya Allahu... murah ok... dengan menu sebegitu, tak sampai RM50 pun... dah la sedap, murah pula... servis pun cepat... memang terbaik Pak Li Kopitiam ni.. patut lah highly recommended oleh trip advisor... 

Sesiapa yang ke Shah Alam, tetiba lapar dan tak tau nak makan kat mana, memang syorkan sangat ke Kopitiam ni... Banyak menunya, western dan side order seperti roti bakar dan menu yang ringan-ringan juga ada... Berkenan juga dengan Nasi Lemak dia, tapi dah kekenyangan .. Insha Allah, jika JJCM lagi, boleh try menu lain pula...

Tempat dia pun bersih, luas... selesa untuk family yang ramai anak macam MF ni... Kerusi baby disediakan... senang nak makan... Alhamdulillah... 

05 Februari 2018

Februari 05, 2018

Menyesal Beli Ayam Epik Marrybrown

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Menyesal Beli Ayam Epik Marrybrown | Sabtu lepas, buat pertama kalinya keluar berenam ... Baby masih kecil tapi dah lepas 2 bulan. Mula macam berat hati juga nak jenjalan sebab kecik lagi, tapi si kakak-kakaknya dan suami dah bosan juga sebab asyik terperuk dalam rumah sejak MF bersalin... Mau tak bosan kan...  2 bulan tu... Jadinya, dah lepas 2 bulan dah... Keluarlah dari kepompong... Haha...


Tekak pakat teringin nak makan Big Apple 🍩 sebab lama tak makan... Mencarilah cawangan Big Apple di Johor ni... Mulanya ingatkan masih ada cawangan di Taman Universiti Skudai... Sekali dah takde rupanya. Cawangan yang kira dekat jugalah, iaitu di Giant Plentong.

Dari Skudai, terus ke Giant Plentong menerusi Highway Pasir Gudang. Sekejap je dah sampai. Sebab jalan tak banyak sangat kereta.

Elok sampai... Jam dah 12 tengah hari 🕛  periuk dah berbunyi minta diisi. Tempat lain takde dah kalau nak makan kat Giant ni.. melainkan di Marrybrown je. Ntah kenapa, selesa makan di situ.

Jadi, seperti biasa menu kami anak beranak... Suami semestinya Mee Kari Marrybrown 🍜, dan MF pula mestilah menu terhangat yang hanya ada di Marrybrown iaitu Tower Burger🍔.... Dan untuk anak-anak Nasi Lemak Marrybrown🍛...

Tower burger Marrybrown

Mee kari Marrybrown

Masa datang menu tu kat meja... Ternampak kelainan pada ayamnya. Eh.. lupa ni resepi ayam yang tengok dok promo kat tv tu kan.. Ayam Epik Marrybrown 🍗... Nampak menarik.

Nasi lemak Marrybrown

Menyesal Beli Ayam Epik Marrybrown

Terus lah mencuba ayam dulu... Perghhh... Menyesal beli... Menyesal beli satu je..  sedap weyhhh... Lain sungguh rasanya berbanding ayam goreng lain.

Memang lain benar rasa rempah ayam ni... Pedas tak pedas sangat, yang penting rempah tu sampai ke isi-isi dan ke tulang-tulang tu hah!

Memang sedap baq hang... Rugi betul beli satu je..  jadinya sebelum balik, suami order lagi 2 ketul bungkus bawa balik... Anak-anak pun bukan main suka makan ayam epik Marrybrown 🍗 ni.. sebab memang sedap... Pedas, masin dan semua cukup rasalah... Yang penting memang tak berminyak ayam goreng epik ni... Memang terbaik!

Lepas dah kenyang perut makan Marrybrown barulah singgah kat Big Apple beli donut pula.. 

Haish.. dok cerita pasal ayam epik ni rasa nak pergi lagi Marrybrown beli ayam epik. Nasib baik rumah jauh je .  Kalau dekat memang tak jemu ku membeli jawabnya..

Tak pasti ayam ni sampai bila ada kat Marrybrown tu, tapi harapnya masih ada sebab tak puas pula makan yang hari tu berebut dengan anak-anak je lebih... 😁

07 Januari 2018

Januari 07, 2018

Kek Jelly 3D

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kek Jelly 3D | Benda makan kalau dihias cantik nak makan pun terasa sayang. Zaman sekarang, orang sangat kreatif termasuk kat benda makan. Makanan pun ikut trend. Termasuklah kek..

Jika dulu kek spesen je kan... Sekarang ni dah Macam2 rupa bentuk, rasa dan ikut perkembangan zaman dah..

Yang terbaru, MF tengok kat Facebook Kek Jelly 3D.

Sebut kek jelly, ishhh ada ke yang nak makan... Sebab jelly... Rupanya topping je jelly, bawahnya kek span biasa...

Tapi yang menariknya, jelly itu dihias dengan lukisan 3D iaitu corak bunga yang sangat menarik.. Nak Makan pun terasa sayang...

Ini ada beberapa gambar MF screen shot dari Facebook... Nak tempah tu ada nombor dan nama page Facebook kat situ... Boleh direct contact kat situ... Jangan pm pula.. MF tak buat ye..

Kek Jelly 3D






Ada baca juga beberapa komen, nampak senang tapi ada tekniknya... Ada la tengok video dia.. Dia suntik warna pakai penyuntik khas ke dalam jelly tu.. Tapi MF rasa memang payah gak nak buat.. Kena berguru kalau nak buat kek nih..

Apa pun, bila tengok memang rasa sayang nak makan kan.. Cantik sangat... Tak jemu pandang kek Jelly 3D ini...

Sumber gambar:Facebook 

18 November 2017

November 18, 2017

Kek Coklat Viral 2 Bahan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kek Coklat Viral 2 Bahan | Alahai... Terjebak juga akhirnya... Sebab utama, bila kek coklat ni tunjuk aje resepi kat suami, confirm la menjadi sebab suami den peminat setia coklat dari dulu.

Memang senang sungguh la resepi kek ni.. Guna biskut Oreo dan susu kotak Dutch Lady saiz kecil tu je...

Jadi, bila en.somi belikan bahan terus lah buat sebab tak sampai setengah jam pun nak siapkan. MF gunakan biskut Cream-O sebab tak gemar biskut Oreo.


Sebelum diletakkan topping

Resepi Kek Coklat 2 Bahan

Kek Coklat Viral 2 Bahan
Beli susu kotak besar, dan sukat bagi cukup 200ml untuk 2 bungkus biskut

Bahan-bahan :


  • 2 bungkus Cream-O  (beli kat kedai RM2.12 je)
  • Susu kotak Dutch Lady perisa coklat.

Cara membuatnya :


  • Blender biskut dan 200ml susu coklat Dutch Lady iaitu sama dengan 1 kotak kecil susu coklat Dutch Lady. Blend je sampai halus dan sebati.
  • Tuang adunan dalam bekas dan kukus dalam periuk pengukus selama 20-25 minit. MF kukus guna periuk nasi Tefal je.. Sebab  takde periuk pengukus pun...
  • Lepas 20 ke 25 minit, cuba cucuk dengan garpu.. Kalau tak melekat tu maknanya dah masak la tu...
  • Lepas dah masak terpulang nak letak topping apa...
MF letak topping keju Cheddar sebab memang ada stok tu aje kat rumah.. Coklat masakan takde pula nak buat topping coklat.



Dah siap Topping, makan aje la... Hehe... Memang sedap... Moist dan cukup rasa.

Kek Coklat Viral 2 Bahan

Tambah sedap dengan topping cheese tu... Kalau coklat mungkin muak la pula.. Tapi ikut citarasa masing-masing.

Untuk dua bungkus biskut tu boleh dapat satu bekas kecil... Jadi, kalau nak buat banyak gandakan sahaja bahan asas tu.

Modal untuk sebekas kecil tu.. MF kira-kira...
Biskut Cream-O x 2 = RM4.40
Susu Dutch Lady 200ml = RM1.80
TOTAL MODAL = RM5.20

Kira ok lah tu sebab boleh buat desert dan minum petang yang ringkas tanpa modal yang besar dan tenaga yang banyak.

Anak-anak yang muda remaja.. Baru nak belajar masuk dapur pun  boleh buat kek ni.. Mudah dan ringkas... Cubalah! 

05 November 2017

November 05, 2017

Akhirnya Dapat Juga Merasa Chicken Cheesy Bite by Pizza Hut

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Akhirnya Dapat Juga Merasa Chicken Cheesy Bite by Pizza Hut | Jika masa dok di KL dulu, MF dan suami sememangnya penggemar keju.. Tak melepaskan peluang menikmati Pizza Hut yang baru... Pantang ada promosi pizza baru.. Mulalah kami ke Mana-mana cawangan pizza hut terdekat. Tak pun.. Order online.. Tunggu aje depan rumah sambil sediakan duit untuk bayar... Senang.

Tapi sekarang, jauh dari bandar... Memang berkira-kira nak pergi makan pizza... Jarak ke bandar lebuh dari 30km.. Ambil masa 20 ke 25 minit.. Dengan minyak semakin mahal harganya ni memang berkira jugalah...

Tapi, alhamdulillah.. Hari ni dapat juga merasa pizza yang baru... Tengok gambar dan iklan memang tergoda habis... Rezeki dari Allah.. Rezeki untuk anak-anak juga... Walaupun gaji awal bulan 10 ni kan.. Alhamdulillah... Rezeki suami MF ikut hari... Bukan sebulan sekali.. Jadi, rezeki anak-anak tu ada aje...

Bila suami ajak makan luar... Mahunya tak happy kan... Menghargai hari cuti kemenangan JDT dalam Piala Malaysia semalam juga kan.. Hehe... Jadi, kami ke Pizza Hut Kulai untuk menikmati Pizza Hut baru.

Chicken Cheesy Bite baru memang tergoda... Tanpa fikir panjang memang terus order set untuk 2 orang makan... Suami, pastinya tak lepas peluang makan Prawn Olio Spegati yang sememangnya menu wajib dia bila ke Pizza Hut.



Set 2 orang makan pilihan B, memang cukup lengkap untuk anak-anak juga. Pizza, menu sampingan untuk anak-anak, aiskrim, air dan sup cukup lengkap untuk kami 5 beranak.

Chicken Cheesy Bite by Pizza Hut


Setelah habis makan menu sampingan barulah sampai menu utama... Chicken Cheesy Bite Pizza... Sedap juga sebab kami memang suka cheese kan.. Cuma MF rasa menu yang ni tak dapat tandingi satu menu pizza hut perkenalkan satu masa dulu... Iaitu Crab Cheesy Bite...

Pizza yang kali ni nipis je... Topping pun ringkas... Cuma ada bebola ayam, isi ayam dan sos nipis... Serta dihiasi tomato ceri dan hirisan daun pudina. Cuma setiap jejari pizza ada keju cheedar dan mozzarella di dalamnya... Tapi bagusnya, sebab pizza ni crunchy... Jadi, tak muak makan... Boleh je habiskan dua orang makan walaupun kami ambil regular size... Kalau pizza biasa, memang  bungkus la.. Sebab tepung yang tebal.. Cepat kenyang... Tapi pizza kali ni tak tebal.. Nipis je... Topping je tebal..

Apa pun.. Alhamdulillah.. Dapat dah merasa.. Tak rasa kempunan dah.. Hehe.. Kalah orang mengidam kan...

MF dan suami ni bab makan tak berkira duit sangat.. Rasa Nak makan, memang layan aje... Pantang ada duit lebih.. Hehe.. Apa pun syukur dengan rezeki yang ada... Alhamdulillah... 

31 Oktober 2017

Oktober 31, 2017

Rojak Mee Kuah Kacang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Rojak Mee Kuah Kacang | Macam resepi baru je sejak dok Johor ni...Tapi rupanya sama macam pasembor yang popular kat belah Penang nun...

Sebenanrnya betullah, kat Johor depa panggil rojak mee, kita panggil pasemboq la kat belah utara... sebab bahan dan rasa lebih kurang sama je..

Rojak ni asalnya makanan luar dari Malaysia... Katanya asal dari Mamak... Bila sebut rojak maknanya makanan campur-campur... Kalau rojak buah, campuran buah... Kalau rojak mee, mee yang dicampur dengan bahan lain dan dimakan dengan kuah. Biasanya kuah kacang la.. Tapi ada juga buat kuah sambal pekat...

Asal Usul Pasembur
Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang, di mana pasembur terbaik boleh didapati di sepanjang Jalan Gurney. Di bahagian lain Malaysia, istilah "Rojak Mamak" lebih biasa digunakan.


MF tak pernah buat la rojak mee ni, reti makan aje.. Tapi kalau ada yang nak mencuba buat...Boleh ikut resepi ni...


Resepi Kuah Rojak Mee


Bahannya:

1/2 kilo keledek ( seeloknya keledek kuning)*
125 gram udang ( lagi sedap udang geragau)*
125 gram kacang tanah digoreng tanpa minyak*
10 ~ 15 tangkai cili kering ( ikut tahap kepedasan )*
3 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar( jika guna bawang merah kecil dalam 15~20 biji)*
2 sudu besar asam jawa yang telah diperah dengan 1/2 air tapis
1/2 cawan gula ( jika tak suka manis boleh kurangkan)
sedikit garam
5~ 8 keping biskur marie direndam dengan sedikit air kosong.


Cara memasaknya:

  1. Goreng cili kering, bawang besar dan bawang putih sehingga layu sahaja dengan sedikit minyak . Bila dah layu, angkat dan ketepikan.  
  2. Rebus keledek sehingga empuk. Dan kisar bahan bertanda (*) keledek, udang, bawang putih, bawang besar, cili kering  dan kacang tanah sehingga hancur dan lumat.
  3. Masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air dan masak sehingga mendidih.( boleh tambah mengiku tahap kecairan yang dikehendaki )
  4. Bila dah mendidih masukkan air asam jawa tadi. Masukkan juga gula dan garam. Kacau rata sehingga ke dasar periuk.  
  5. Bila dah seimbang kesemua rasanya tambahkan biskut marie yang telah direndam tadi. Masak lagi sehingga 35~45 minit. Sentiasa kacau kuahnya ke dasar periuk. Jika menggunakan keledek yang berwarna putih dan kuahnya agak pucat boleh tambahkan sedikit pewarna oren kedalam kuah dan kacau rata.( macam kuah mamak tu ade kaler oren)
  6. Bila semua rasa dah seimbang bolelah diangkat.


Bahan sampingan:
Mee kuning dicelur sedikit
Tauhu digoreng
taugeh dicelur sedikit
timun dihiris
sengkuang dihiris
sedikit cucur udang

Sumber: Google

pasembor



Tapi yang MF makan ni, takde letak tauge dan sengkuang pun... Ada mee, cucur, timun dan telur rebus... Kemudian mee dan diletak kuah kacang... 

Memang mengenyangkan sebab semua bahan tu kaya karbohidrat dan protein dari telur...

Sejak dua tahun jadi warga negeri Johor ni, masih belajar nak adaptasi dan terima menu sarapannya. Menu sarapan kat Johor ni kebanyakannya berat-berat... Bubur nasi, Soto, Lontong, ... Aduhai.. tekak belum boleh terima menu begini.. Kalau mee goreng, bihun goreng, nasi lemak, roti canai tu ok la kan... ITulah, lain tempat lain budayanya... Kena belajar untuk terima yang diluar budaya kita... Pandai-pandai bawa diri kata orang kan...Barulah hidup aman sejahtera. 

30 Oktober 2017

Oktober 30, 2017

Homemade Pizza

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Homemade Pizza | Bila mood nak makan nasi hilang... mencari satu menu yang mengenyangkan... Ternaik kat wall gambar pizza.. Aduhai.. nak pergi pizza hut jauh pula... Tercetus idea nak buat sendiri.

Suami menyokong idea si isteri.. Terus dibeli bahan untuk dibuat pizza esok hari. Malangnya, esok hari isteri pula kurang energy... Tidur ajelah untuk cas energy... Bangun tidur, tengok si suami dah siap menguli doh pizza.

Mana dia dapat resepi kalau bukan dari Pak Cik Google la... Bukan susah nak masak sekarang ni kan..

Jadi, MF tunggu nak maka aje... sebab dia yang buat semuanya...

Akhirnya, setelah beberapa ketika siaplah pizza yang ditunggu-tunggu... Dua biji pizza dengan penuh cheese... satu ada sos prego... satu lagi 100% mozarella cheese sahaja...

Homemade Pizza

Homemade Pizza Cheese


Nak buat tak susah mana pun.. adunan tu lebih kurang macam nak buat donut aje... Lepas tu toping tu, letak aje apa yang disukai...


Nak lagi mudah, buat pizza mini macam ni...


Ni guna roti gardenia aje... letak toping aje.. terus bakar dalam oven dalam 5 minit je... terus siap dan boleh makan...

Memang senang ... buat sarapan gini pun dah mengenyangkan dan memuaskan... Tak perlu nak pergi pizza... Tapi kalau pizza hut dekat memang nak juga la singgah sebab dapat beli Pizza RM5 tu... puas juga makan... cuma bezanya yang ni kita buat sendiri... Yang tu kita beli siap dah...

Sesekali tukar kepada menu mat salleh kan... Apa pun tetap kena makan nasi sebab dah perut melayu kan.. hehe... 

22 Oktober 2017

Oktober 22, 2017

[REVIEW] Kari Kambing 40 Hari di Restoran Kari Kambing 40 Hari

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


[REVIEW] Kari Kambing 40 Hari di Restoran Kari Kambing 40 Hari | Bagi yang biasa lalu Lebuhraya Utara Selatan, pasti akan ternampak satu restoran gah di sudut tepi highway ... Restoran Kari Kambing 40 Hari. MF pun begitu, dok lalu lalang banyak kali dah, tapi singgahnya tidak... Setiap kali lalu mesti nampak penuh aje restoran tu...

Berkali plan dengan suami nak pergi, tapi tak kesampaian... Akhirnya, cuti baru ni bertekad pergi juga... Dah alang-alang ada rezeki dan kesempatan masa kan... Mencari info tentang restoran ni di Google... Dengan bantuan Google Maps, kami bergerak ke sana...

Sumber: Page Kari Kambing 40 Hari

Lebih kurang jam 11 pagi dari rumah, sampai di Restoran tersebut jam 12.30 tengah hari... Waktu makan, pastinya penuh restoran tu... Memang padat... Jauh parking... Tengok keadaan tu, kami tak keluar kereta, suami aje keluar pergi beli bungkus...



Lebih kurang 20 minit camtu, 2 bungkus nasi sampai... Suami beli Nasi Beriani Kari Kambing 2 bungkus dengan harga RM11 setiap satu dan satu lagi Nasi Beriani Kari Ayam untuk anak-anak.

Dengan perut yang lapar dan rasa teruja nak merasa bercampur baur... Buka aje bekas makanan, tercium aroma kari kambing menusuk hidung, bau aroma nasi buatkan perut meronta-ronta minta segera diisi.

Kari Kambing 40 Hari di Restoran Kari Kambing 40 Hari

Suapan pertama, buatkan selera membuak-buak... Serius... memang sedap... Tak mampu nak ungkap kesedapan tu dengan kata-kata... Rata-rata MF pernah merasa Nasi Beriani Kari Kambing, tak pernah lagi rasa sesedap ini... Memang sedap... Anak-anak pun bukan main berselera makan... Tak pernah tengok anak-anak berselera makan macam ni... Lain macam sedapnya...

Dengan rasa sesedap ni, rasa harga RM11 itu terlalu murah... Patutlah restoran ni sentiasa dipenuhi orang ramai... Sebab memang ternyata sedap sangat...

Nasi tu memang cukup rasa, makan banyak tak terasa muak... bahkan tak berminyak seperti nasi beriani yang biasa kita makan di kedai mamak.... Kari Kambing, memang sedap... cukup rempah dan rasa... rempah yang lain dari yang lain, ditambah dengan kelembutan daging serta takde bau hamis kambing, memang buatkan selera membuak-buak... Rasa tak puas makan...

Kalau makan kat sana, dihidangkan dalam dulang. Satu dulang untuk empat orang makan biasanya... Boleh pilih nak lauk apa sebab di restoran tu guna konsep Layan Diri... Satu dulang dengan siap air sirap 1 jug. Harga RM48... Tapi MF rasa berbaloi dengan harga tu sebab rasa yang takde kat tempat lain. Kena sangat dengan selera kami...

Tak sia-sia pergi... Alhamdulillah... dapat juga merasa... Jadi, yang lalu kat Lebuhraya Plus tu, jangan lupa singgah dan tak rugi singgah tau...

Tak susah jalannya, jika dari Highway PLUS:

Lokasi : 215 Kg Hj Ghafar , Bt 5 1/2, Jln Yong Peng, Batu Pahat, Johor
Dari Selatan ➡️ keluar tol Ayer Hitam➡️ kiri ke pekan Ayer hitam ➡ ️ kanan ke Jalan Yong Peng
Dari Utara ➡️ keluar tol Yong Peng utara ➡️pekan Yong Peng➡️ kanan ke Jalan Ayer Hitam Johor

Nak mudah, taip aje Kari Kambing 40 Hari di Google Maps... Keluar lah directionnya... Ok, MF kongsikan terus mapsnya ya... korang klik aje...


Restoran Kari Kambing 40 hari beroperasi setiap hari ..
Masa : 7.30 pagi - 3.30 petang
Facebook: Restoran Kari Kambing 40 Hari

Jadi, jangan lambat... Kalau lambat melepas nak merasa.

28 September 2017

September 28, 2017

3 Kesan Bahaya Jika Anda Selalu Skip Waktu Makan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Kesan Bahaya Jika Anda Selalu Skip Waktu Makan | Dalam 24 jam kehidupan kita sehari, telah ditetapkan waktu-waktu yang sesuai dengan kehendak tubuh kita. Antaranya waktu makan... Perut kita sudah disetting, mengikut masanya yang tersendiri... Secara umumnya, terdapat 5 waktu makan yang telah disetkan oleh otak dan perut kita, iaitu sarapan, makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Setiap waktu ini, jika tidak dijaga dengan betul akan menyebabkan kesan buruk kepada tubuh badan kita. Seperti menggabungkan sarapan, makan pagi dalam makan tengahari, ataupun makan tengahari dibawa ke petang atau malam... Ada kesan buruk kepada tubuh badan kita jika selalu mengamalkan skip waktu makan ni...


Kesan buruk melangkau waktu makan


1. Menyebabkan penurunan kadar gula darah dalam badan.
2. Badan berasa letih dan lesu jika melangkau satu waktu makan.
3. Berat badan yang berlebihan berbanding dengan orang yang makan mengikut waktu. Contohnya,  orang yang tidak bersarapan pada waktu pagi lebih berpotensi untuk makan secara berlebihan pada waktu makan tengah hari berbanding orang yang bersarapan.


3 Tips penting elakkan melangkau waktu makan


1) Biasakan dengan jadual waktu makan yang betul dan tetap.

Menetapkan waktu makan utama supaya terbiasa dengan waktu makan tersebut. Lebih elok jika sediakan makanan pada waktu makan utama supaya tidak melangkau waktu makan utama. Contoh jadual
pemakanan yang baik ialah:
 Sarapan: 6.30 – 8.30 pagi
 Makan tengah hari: 12.00 tengah hari – 2.00 petang
 Makan malam: 6.00 petang – 8.00 malam

2) Elakkan pengambilan snek semasa waktu makan utama

Terdapat satu kajian yang menyatakan orang yang kerap mengambil snek lebih berpotensi untuk melangkau waktu makan utama berbanding yang kurang mengambil snek. Snek bermaksud makanan dan minuman yang diambil di antara waktu makan seperti minuman susu atau yogurt, minuman berkarbonat dan makanan ringan. Kesan bagi kanak-kanak yang mengambil snek semasa waktu makan utama pula akan
kekurangan nutrien utama seperti karbohidrat dan protein. Corak pemakanan yang tidak
konsisten juga memberi kesan buruk kepada tumbesaran anak-anak.

3) Bawa Bekal Ke Tempat Kerja

Biasakan bawa bekal ke tempat kerja. Jika tak sempat masak di waktu pagi, beli sahaja sarapan atau makanan ke pejabat. Ambillah masa untuk makan dalam 10 ke 15 minit jika terlalu sibuk bekerja di pejabat.


Semoga dengan tips dan info ini bermanfaat untuk semua. Ye, kadang kita takde selera dan sibuk bekerja buatkan kita tak memikir waktu makan. Dan ini menyebabkan badan kita cepat letih dan lesu serta menyebabkan usaha untuk kurus bagaikan angan-angan.

Rujukan: Bahagian Pemakanan KKM

04 Ogos 2017

Ogos 04, 2017

DOWNLOAD DAN PRINT KUPON MARRYBROWN SECARA PERCUMA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


DOWNLOAD DAN PRINT KUPON MARRYBROWN SECARA PERCUMA! | Satu lagi berita best untuk kaki makan... Marrybrown tengah buat promosi Bajet jimat... 

Yang bestnya, promosi ni, Marrybrown beri kupon percuma untuk kita nikmati beberapa hidangan terpilih... dan kupon tu korang boleh download dan print sendiri di laman web Marrybrown... Tapi download  ikut lokasi korang tinggal la.. promosinya tak sama...

MF dah download, tinggal nak print aje... 

DOWNLOAD DAN PRINT KUPON MARRYBROWN SECARA PERCUMA!


Terma & Syarat :
  • Promosi Sah sehingga : 24 September 2017
  • Sila serahkan kupon sebelum membuat pesanan.
  • Tidak sah dengan diskaun, tawaran atau promosi yang lain.
  • Cetakan digital dan salinan fotokopi dibenarkan.
  • Satu tawaran setiap kupon.
  • Makan di restoran sahaja.
  • Termasuk 6% GST.


Download Kupon Online Ikut Lokasi Anda:

Bestkan...moh kita serbu Marrybrown pula... 

Nak nikmati promosi merdeka Big Apple, KLIK SINI


Sumber: marrybrown

22 April 2017

April 22, 2017

Mee Tarik Warisan Asli Dah Ada Di Johor!!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masa dok di KL dulu, salah satu restoran feveret kami suami isteri ialah Mee Tarik Warisan Asli.. iaitu salah satu restoran makanan Cina Muslim yang selalu kami pergi...

Restoran ni mula berniaga di Medan Bandar Baru Sungai Besi, kemudian mula buka beberapa cawangan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Lepas pindah ke Johor sedih la juga dah jarang dapat nak nikmati keenakan mee tarik warisan ni...

Tapi sangka semalam memang betul nak jadi rezeki kami... Memula nak ke BSN kulai sebab nak ambil BRIM mak mentua, tapi tak buka... Memandangkan dah tengahari.. terus kami ke AEON MALL KULAIJAYA Untuk makan tengahari..

Dalam perjalanan nak makan kat Marrybrown.. sekali sampai nak ternampak restoran Orkid Bistro... Yang juga merupakan Restoran yang rajin juga kami makan masa kat KL dulu...



Elok duduk nak order, ternampak Restoran Mee Tarik Warisan Asli... Apalagi.. suka la my en.somi.. sebab sejak dua menjak memang dia teringat betul Daging Kambing Goreng Bijan kat mee tarik tu...

Memula dia ajak tukar restoran.. tapi MF nak makan nasi, jadi order bungkus je...



Biasalah, kami order menu yang memang feveret kami la... Mee Soup Daging, Daging Lembu dengan Lada Benggala dan Daging Kambing Goreng Bijan...

Ni antara menu feveret kami

Lagi pilihan menu menarik boleh rujuk SINI

Puas dapat makan.. lepas ni tak payah lagi singgah KL semata-mata nak makan mee tarik warisan ni..

Sesiapa orang Johor nak menikmati keenakan mee tarik warisan asli ni... Ada dua cawangan di Johor... Di AEON MALL KULAIJAYA Dan satu lagi di Mydin Taman Pelangi Indah

Maklumat lanjut boleh dapati di 

Telefon: 03-9055 4557

02 April 2017

April 02, 2017

Pertama Kali Makan Ramen Samyang Pedas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pertama Kali Makan Ramen Samyang Pedas | Orang dah banyak kali makan, kami baru nak mencuba... Bukan ketinggalan zaman tapi tak terasa... Tapi lepas tengok rancangan My Halal kat TV1 iaitu pasal Ramen Halal... Teruja nak cuba... Apa lagi En.somi la.. Tambah pula dia nampak pedas kan.. bukan boleh nampak sesuatu yang pedas.. mesti terliur dia dibuatnya. 

Satu hari dia ke kedai runcit terjumpa la Ramen Samyang ini dijual... Harga satu pek besar ada 5 bungkus kecil di dalamnya RM23... Tapi disebabkan nak juga mencuba kan.. beli lah... Walaupun rasa mahal la juga kan... Tapi nak rasa punya pasal beli aje la.. 

Malamnya, lepas anak-anak tidur barulah boleh masak.. kalau tak anak-anak sibuk nak juga... 

Nampak macam banyak sebungkus tu tapi rupanya biasa je la.. Cuma mee nya tu besar-besar... Tak macam mee kering kat Malaysia ni.. 



Perisa yang suami beli Hot Chicken Ramen... Dah itu je perisa yang ada kan... 

Tak pernah masak, jadi ikut sahaja arahan pada bungkusan... Selesai masak... Tak sabar nak rasa... Sekali rasa dihujung sudu... Melenting dan mencicit cari air... Hahaha.. pedas oittt... Berapi betul... Hahaha... 


Jadi next time tahu lah kalau nak masak cukuplah separuh je perencahnya... Memang berasap telinga... Kembung perut minum air sebab nak hilangkan pedas... Haha... 

Tapi rupanya rasa Ramen ni lebih sedap dari mee biasa... Rasa kenyal mee tu lain... Lagi satu, perencahnya original Dan tak rasa bahan perisa dan bahan pengawet walaupun kalau tengok ingredient nya memang ada... 

Tapi bila baca nutrien fact kat plastik tu memang tak bagus juga amal selalu sebab kandungan sodium yang tinggi... Jadi sesekali nak merasa ok la kan... 

Alhamdulillah dah rasa satu makanan Korea.. lepas ni nak cuba Kimchi la Pula... Hehe... 

Kami ni orang kampung piorrr... Jadi makanan pelik ni lambat sikit nak mencuba... Orang dah puas makan kami baru nak merasa... Nak buat camno kan... Kami tekak kampung... Cari nasi je la tahu... Hehe... 

05 Ogos 2016

Ogos 05, 2016

[JJCM] BIHUN SUP PUAKA DI MERBOK KEDAH!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Review tertangguh... JJCM ni waktu balik kampung masa cuti sekolah sebelum puasa hari tu... Nak review sebelum puasa tak sempat... Dok belek gambar-gambar yang dah transfer ke netbook, terjumpa gambar ni... Alang-alang ada idea, meh la MF nak review sikit pasal JJCM kali ni..

Masa cuti hari tu, selepas balik dari membeli ikan bilis di Tanjung Dawai, lepas solat Jumaat, melilau cari tempat makan... Ntah macam mana boleh ternampak banner di tepi jalan, Bihun Sup Puaka. MF pernah ternampak ada orang share pasal Bihun Sup ni kat Facebook.. Apa lagi.. terus sahaja buka Google cari tempatnya... Rupanya tak jauh pun... jalan yang kami lalu tu juga.. cuma kena belok sikit je... Alhamdulillah.. berpandukan Google Maps, akhirnya sampai ke gerai Bihun Sup Puaka.

Sampai sahaja, kami ambil tempat duduk. rupanya hanya gerai biasa di tepi jalan... bukanlah restoran hebat pun.. Tapi kelainan nama tu buatkan nama bihun sup ni naik.

Orang tak ramai, ada la tiga orang semeja dok makan masa tu. Terus kami order... MF dan suami mestilah order Bihun Sup Puaka, manakala adik MF tak makan daging dan gerai ni takde jual sup ayam, hanya sup daging, jadi dia order Air Jagung Puaka. Kakak MF pula order Set Nasi bersama Sup Puaka... MF, suami dan kakak order Laici Kang Puaka. Semua Puaka cakap ko... hehe...


Bihun Sup Puaka - RM6.00




Tak lama ordernya, dalam 5 minit sampai la..
Fuhhh... baunya menyengat.. memang bau sup yang pekat dan likat melekat...

Terus dihirup la kan... Fuhhh.. memang puaka pun... supnya pekat, likat dan terlebih puaka tu sebab pedaaaassssss.... perghhh... berasap telinga... Dah sup pedas, diletak sos cili lagi... memang bertambah la puaka sup ni... Isi bihun ni banyak, siap ada tulang, isi, limpa, paru yang dipotong halus sebagai rencah tambahan dalam sup ini... Tak larat nak habiskan beraayaq mata makan... Tapi memang sedap la.. piooor punya kata orang utara...

Air Jagung Puaka - RM4.00

Pakat rasa la kan... Air Jagung Puaka memang berpuaka sebab gelas besar pastu pekat dan memang rasa jagungnya.. Laici Kang Puaka pun sedap dan banyak isinya... puaas makan..

Disebabkan kami ni jenis tak makan banyak, yang lebih tu kami bungkus bawa balik... Sampai rumah, baki kami makan tu boleh satu periuk lagi... Bayangkan lah banyak ke sikit dua mangkuk sup tu boleh sama dengan satu periuk... Mau pecah perut nak habiskan... dah la puaka betul...

Memang terasalah puaka tu. Patutlah dinamakan puaka sebab pedas, pekat dan likat.. cukup rempah ratusnya... Memang tak rugi mencuba... dan paling penting berpatut harganya.... Puas hati lah kata orang...

Bagi yang nak mencuba... kalau jenjalan area Sungai Petani, Merbok atau dari Tanjung Dawai, boleh singgah...



Facebook: Bihun Sup Puaka