Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan

08 Julai 2018

Julai 08, 2018

Haram Trade In Emas Lama Kepada Emas Baru?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Haram Trade In Emas Lama Kepada Emas Baru? | Emas lama, bila dah lama akan berubah sifat. Macam rantai tangan, bila lama nanti emas tu macam longgar kan. Sebab emas tulen, sifatnya bila kena suhu badan kita ia semakin merenggang.

Biasa orang akan trade in je dengan emas baru kan... upgrade kan... Tapi pernah tak kita terfikir hukum pasal ni.

Boleh ke trade in emas lama kepada emas baru.

Urusan jual beli melibatkan emas, perak dan mata wang kena hati-hati sebab salah cara boleh jadi riba dan haram hukumnya.

Hukum dan Dalil Riba

Riba ini diterangkan melalui hadis-hadis antaranya hadis dari Ubadah b Samit berikut:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” – (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Haram Trade In Emas Lama Kepada Emas Baru? 

Haram Trade In Emas Lama Kepada Emas Baru?

Penjelasan dari hukum Ustaz Naim:

Soalan: Mengenai hukum trade in emas lama kepada emas yang baru bagi mengelakkan riba

Jawapan:
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Menurut perbahasan hukum bahawa trade in emas lama kepada emas yang baru atau barang kemas yang lama kepada barang kemas yang baru mestilah mempunyai dua syarat:

1) Mesti sama berat timbangannya (Mutamathilan).

2) Diserahkan dan diterima dalam satu masa (Taqabud fil hal/majlis) kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang kepada matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa penyerahan.

Untuk mengelakkan riba, mestilah kita menyerahkan emas lama dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu.

Begitu juga sekiranya seseorang itu ingin melakukan trade in dengan emas baru yang lebih mahal harganya, dia harus menjual barang kemasnya dahulu, di ambil duit hasil dari jualan emas tadi dan kemudian membeli barang kemas yang baru. Transaksi sedemikian merupakan jalan yang selamat dari unsur-unsur riba.

Wallahu'alam. Semoga penjelasan ini membantu dalam menambahkan pengetahuan anda dalam hal agama.


Inilah prinsip dan hukum asal dalam urusniaga barang ribawi.

  • Barang ribawi yang berlainan jenis dan berbeza ‘illahnya maka kita bebas berurusniaga mengikut cara yang kita mahu. Berbeza nilai mahupun berjual beli secara hutang. Seperti 5g emas ditukarkan dengan 50kg gandum.
  • Barang ribawi yang berlainan jenis tetapi ‘illahnya sama maka kita perlu berurusniaga secara tunai sahaja dan perbezaan nilai adalah dibenarkan. Seperti 25g perak ditukarkan dengan 1g emas ataupun 10kg gandum ditukarkan dengan 5kg kurma.
  • Barang ribawi yang sama dan sama ‘illahnya maka kita perlu berurusniaga secara tunai dan sama nilai. 1g emas ditukarkan dengan 1g emas. 1kg kurma ditukarkan dengan 1kg kurma.

Bagaimana Boleh Jadi Riba?

Timbul persoalan kalau 1g emas 99.9 ditukarkan dengan 2g emas 91.6 atau 1kg gandum gred A ditukarkan dengan 2kg gandum gred B? Adakah dua barang yang berbeza kualiti pun mesti sama nilai pertukarannya?

Situasi ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw sebagai pedoman hukum kepada kita semua.

Dari Abu Sa’id al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi saw 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”

Lantas baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.” – (Muslim & Ahmad)

Ada satu lagi hadis lain yang direkodkan dalam Shahih Bukhari, Muslim dan Nasai’ yang membawa prinsip yang sama. Maka kita perlu faham bahawa barang ribawi yang sama jenis walaupun berbeza dari sudut kualiti maka hukumnya tetap sama jika mahu membuat pertukaran sesama jenis.

Inilah prinsip asas dan hukum asal riba jual beli yang kita mesti tahu dan amalkan. InsyaAllah kita akan bincangkan aplikasi qiyas riba jual beli ini dalam bentuk-bentuk pelaburan semasa seperti pelaburan emas, perak, matawang (forex) dan juga koleksi numismatik.


Jadi, lepas ni jual dulu emas lama... dapatkan harga jual, kemudian baru beli emas yang baru... Jangan terus trade in macam biasa kita buat kat kedai emas.

Jika dah terbuat dimaafkan atas sebab kita jahil... Tapi dah tau tak boleh, berdosa kalau buat juga. 

09 Jun 2018

Jun 09, 2018

Menyesal Masuk Mr. D.I.Y

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Menyesal Masuk Mr. D.I.Y | Serius... Serik.. Masuk Mr. D.I.Y... Insaf beb...

Menyesal Masuk Mr. D.I.Y 

Sebab bila masuk je tak ingat jalan keluar... 😂😂😂

Mr. D.I.Y ni ibarat kedai RM2 juga... Dah masuk tu payah betul nak keluar.

Macam tadi, ingat nak beli kasut raya kat anak-anak... Lalu depan Mr. D.I.Y ni... Cakap suami... Jom la singgah tengok kejap... Hehe.. Suami ikut je la kan...

Sekali dah masuk... Depan pintu tu baik punya peralatan dapur...

Mulalah rambang mata...

Lepas tu pergi bahagian buat kuih...
Hadoii... Hajat hati nak capai semua..

Tapi kawal nafsu oiii... Bajet nak raya tu.. 🤣🤣🤣

Akhirnya, ronda separuh je.. Dapat la grab banyak barang juga...

Menyesal Masuk Mr. D.I.Y 

Habis RM50 la juga...

Nasib suami kata... Cukup lah... Tak larat dah nak control bebudak ni...

Separuh je ronda.. Tak habis pun...

Bahaya betul masuk Mr. D.I.Y ni.. 😂😂😂

Menyesal betul masuk Mr D.I.Y ... Haha...

Tapi walaupun sekadar shopping di Mr. D.I.Y je.. Dah cukup menggembirakan hati para isteri kan...

Setuju tak para isteri sekalian??? 😁😁😁

08 Jun 2018

Jun 08, 2018

Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3 | Drama #Nur menjadi trending di bulan Ramadhan ni.

Sebelum ni MF tak tonton drama ni... Tapi bila tular pasal drama ni, MF mula cari info pasal drama ni.

Lepas baca sinopsis ringkas drama Nur ni, MF mula marathon tonton dari episod 1 secara online.

Lepas follow, memang drama ni banyak menyedarkan MF dalam banyak perkara.

Walaupun ada yang mencemuh drama ni kerana takut beri kesan buruk kepada penonton, tapi MF tak rasa penonton begitu b***h untuk menilai sesuatu drama.

Dan MF rasakan drama ni bukan drama biasa. Kerana pengakuan pengarah drama ni, dia dah study isu yang dibangkitkan dalam drama ni. Jadi, drama ini ada memang realiti berlaku dalam masyarakat kita sebenarnya.

MF rasakan, Drama ni memang drama wajib tonton terutama bagi golongan agamawan, yang ada ilmu agama... Sebab kesan drama ni sangat menusuk qalbu MF sebagai seorang yang ada agama.

Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3

Drama Nur TV3
Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3
sumber: kepala bergetar

1. Jangan menilai orang dari sifat luaran.

Ini points penting dalam drama ni. Nampak orang tu baik belum tentu dia baik.

Orang yang dok di lorong gelap belum tentu dia tu confirm ahli neraka.. Dan kita ahli ibadat yang memang sentiasa di masjid belum tentu masuk syurga.

2. Kenali sifat orang munafik

Watak orang munafik ni ditonjolkan oleh watak Ustaz Hamadi.

Memang menjadi watak ni. Nampak luaran baik, warak berserban... Mampu berhujah dengan hujah agama tapi sebaliknya dialah kaki perempuan, berzina, perasuah dan pelbagai maksiat yang ada. Nauzubillah.

3. Setiap orang ada peluang nak jadi baik.

Seperti watak Nur, dia berusaha nak jadi baik. Walaupun dia sentiasa dikelilingi dosa dan maksiat tapi dia teguh pendirian untuk jadi baik. Dan tak berhenti berharap supaya dia dapat berubah hidupnya.

4. Hormat dan buat baik kepada ibu bapa

Walaupun ibunya pelacur, Nur tak pernah membantah atau tinggikan suara dengan ibunya.

Sama juga dengan Adam... Berusaha untuk hormat ibunya walaupun dia dah melukakan hati ibunya.

Dan sebagai ibu jangan buka peluang atau pintu untuk anak menjadi anak derhaka.

5. Cabaran dakwah

Dakwah memang mencabar. Ingat senang nak ajak orang buat baik. Tambah kita pun tak baik mana kan...

Tapi cabaran paling hebat nak betulkan persepsi masyarakat yang nampak kotor dan hina pada orang lorong dan maksiat.

6. Redha dengan ketentuan Allah

Belajar redha untuk lebih bahagia. Itulah yang ibu Adam belajar. Akhirnya dia redha bila tau kisah hidup Nur.

7. Ujian untuk uji keimanan

Ujian untuk menguji keimanan bukan tanda Allah tak sayang... Kerana sayang Allah akan uji...

Ujian juga untuk bukti keimanan kita kepada Allah seperti yang Tercatat Dalam Al-Quran surah al-Mursalat ayat 2.

8. Iman tak dapat diwarisi

Itulah yang berlaku pada Nur. Dia memang dari keturunan pelacur dan keluarga lorong tapi iman dia lebih dari itu. Dia tak pernah melacur pun... Dia mencari rezeki yang halal untuk sara diri dan keluarganya.

9. Kemiskinan membawa kekufuran

Ini yang terjadi kepada ibu Nur yang menjurus kepada kekufuran. Ini juga bukti Sabda Rasulullah s.a.w.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Abu Na’im:

كَادَ اْلفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا

Ertinya: “Kemiskinan itu dekat kepada kekufuran.”


10. Ketaatan dan kepatuhan isteri kepada suami

Walau marah macam mana kita pada suami tetap kena patuh dan hormat kepadanya.

Ibu Nur tengah marah tapi tetap taat, masih buat sarapan... Aishah marah kepada suaminya tapi tetap cuba hormat.

11. Solat mencegah kemungkaran

Nur tetap mendirikan solat walaupun diuji sedemikian rupa.

Dan dengan solat itu, dia terhindar dari maksiat walaupun hidup dalam dunia maksiat sekeliling dia.

Dia jaga hak Allah, Allah pelihara dia dari noda.

12. Berusaha mencari rezeki yang halal.

Rezeki Allah luas... Sama ada nak ikut iman atau nafsu.

Nur tetap kerja cuci pinggan walaupun disuruh melacur ibunya.

13. Iman bukan pada pakaian.

Ini points yang agak penting. Orang yang bertudung labuh, berserban, berjubah belum tentu orang beriman.

Dan jangan hina orang yang tak melaksanakan perintah Allah dengan sempurna itu ahli neraka... Kerana kita yang patuh dan taat kepada perintah Allah ni pun belum tentu ke syurga.

14. Penyakit hati

Dalam drama Nur banyak menunjukkan kesan penyakit hati. Jika hati tu selalu syak wasangka dengan orang, memang segala kebaikannya kita tak nampak.

15. Rajinlah ke dapur

Ini memang pengajaran buat anak muda zaman sekarang. Rajin-rajin ke dapur walaupun tak pandai masak. Supaya kenal apa barang-barang dapur.

Tak sangka ada part kelakar dalam drama Nur ni.. Hehe.. Habis trending isu sup bunjut dan sihir..


16. Membaca Jambatan Ilmu

Ini salah satu pengajaran buat anak muda sekarang. Jangan mudah percaya orang, sebaliknya banyakkan membaca supaya ilmu yang kita dapat tu sahih.

Ini merupakan pesanan Adam kepada adiknya Amirul, supaya banyakkan membaca tentang penyakit AIDS... jangan hanya ikut cakap-cakap kawannya yang belum tentu betul.

Jadi, memang realiti zaman sekarang, anak-anak muda kurang membaca tapi lebih bersosial.
Diorang mudah percaya cakap kawan dari dapat ilmu dari sumber yang benar.
So, banyakkan membaca kalau tak tahu sesuatu isu tu... Jangan malas ok!

Setakat ni drama ni dah sampai episod 16. Akan bersambung lagi... Dan insha Allah.. Akan MF update lagi pengajaran demi pengajaran yang akan dibongkar dalam episod akan datang.

Memang tak rugi layan drama Nur ni... Memula MF tak suka... Akhirnya dah terjebak dengan setiap episod.

Memang sentap dan terbaik drama ni.. Dan menjadikan drama paling trending di laman sosial... Dan mencapai 9 juta penonton setiap episod.

Banyak pengajarannya.. Jadi, tontonlah dan hayati pengajaran dan mesej yang ingin disampaikan dalam drama ni.. Supaya ianya dapat jadi renungan kita bersama.

Nak tonton online dari episod 1-16, boleh klik link di bawah:




UPDATE!

17. Kesempatan Atas Ketaatan Isteri

Pengajaran penting yang MF nampak pada watak Aishah isteri kepada Ustaz Hamadi iaitu lakonan Norkhairiah dan Azhan Rani...

Mentang-mentang isteri tahu tentang hukum hakam rumah tangga dan bab ketaatan isteri kepada suami, suaminya ambil kesempatan itu untuk ugut suami.

Tapi episod 17 menunjukkan kesabaran Aishah melebihi had.

Tertarik dengan ayat Aishah "Kalau suami macam ni, semua perempuan pun akan jadi isteri derhakalah".

Jadi, suami tak payah nak gila kuasa sangat... Ada benda isteri memang patut taat, tapi kalau dah perangai tu teruk... jangan nak ugut jadi isteri derhaka... jadi, isteri pun kena ilmu juga... ada sesetengah perkara kita tak perlu taat pun terutama perkara yang jelas melanggar perintah Allah dan Rasul.



18 Mei 2018

Mei 18, 2018

Kasut Jenama BATA Bakal Laku Keras Kerana Tun M

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kasut Jenama BATA Bakal Laku Keras Kerana Tun M | Sejak dua menjak ni. . Tun Dr. Mahathir kembali menjadi tumpuan dunia dan netizen.

Selepas menang PRU14 yang lepas dan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 Malaysia... Tun M semakin menjadi tumpuan semua.

Apa sahaja yang dibuat, dipakai dan apa sahaja pasal Tun M pasti akan menjadi tumpuan ramai mata... Hinggakan baru-baru ni kasut Tun M pun jadi tumpuan hingga jadi tular di media sosial.

Tujuannya cuma buat perbandingan dengan PM yang lepas... Gaya hidup Tun M kini jadi tumpuan ramai. Barulah orang nampak Tun M seorang pemimpin yang tidak mementingkan kebendaan sebenarnya.

Kasut Tun M pakai kini jadi tumpuan semua. Bahkan dulu, kasut atau selipar tu takde harga... Bahkan takde orang nak pandang. Tu selipar orang tua yang tinggal di ceruk kampung saja. Tapi kini, selipar itu kembali popular kerana Tun M.

Kasut yang Tun M pakai tu jenama Bata. Jenama yang biasa di Malaysia... Tiada gah mana.. Tapi dah lama bertapak di Malaysia.

Kasut Jenama BATA Bakal Laku Keras Kerana Tun M

Kasut Jenama BATA Bakal Laku Keras Kerana Tun M

Ikuti tulisan ini jika nak tau pasal Syarikat kasut BATA.. 

Tahu tak Bata ni berasal dari mana?

Oleh kerana harganya murah, ramai ingat ia syarikat tempatan. Hakikatnya Bata ni berasal dari Republik Czech. Saya baru tahu tentang hal itu semasa melawat negara itu pada tahun 2009. Itu pun sebab terbaca sebuah majalah di dalam keretapi dalam perjalanan menuju bandar Prague.

Syarikat Bata diasaskan pada tahun 1894 oleh keluarga Bata. Pada mulanya Bata hanya hasilkan kasut kulit, namun setelah masalah kewangan mereka terpaksa hasilkan kasut kanvas untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.

Kasut kanvas itu jadi sangat popular di kalangan masyarakat marhaen kerana harganya berpatutan. Mulai itu, Bata mula sinonim dengan kasut ekonomi. Ia juga mula dieksport ke luar negara. Perniagaan Bata melonjak naik lagi apabila Perang Dunia Pertama bermula. Mereka terima banyak tempahan kasut kulit daripada pihak tentera. Susulan itu, Bata jadi semakin gah.

Malangnya selepas Perang Dunia Pertama tamat, Eropah dilanda kegawatan ekonomi yang teruk. Tak ramai orang nak beli kasut. Orang semua nak beli makanan dan pakaian. Jadi, jualan kasut merundum.

Bagi menangani krisis itu, Tomas Bata, pemilik Bata telah lakukan sesuatu yang drastik tetapi berjaya memenangi hati rakyat dan pekerjanya. Harga kasut Bata diturunkan sebanyak 50% setelah para pekerja setuju gaji mereka dipotong sebanyak 40% dan memperkenalkan perkongsian untung dengan pekerja.

Bermakna, pekerja-pekerjanya jadi pemegang saham syarikat. Jika syarikat ada untung lebih, maka gaji akan meningkat setara dengan keuntungan syarikat. Selain itu, Bata juga membekalkan barang keperluan harian seperti makanan dan pakaian kepada pekerjanya pada separuh harga.

Berikutan langkah itu, produktiviti pekerja meningkat, dan Bata kembali membuang keuntungan. Melihat kesan positif daripada langkah itu, model perniagaan ini telah dibawa ke India. Kilang di India ada kantin vegetarian. Masyarakat di sana menyambut baik model ini, dan berebut-rebut orang nak bekerja di kilang Bata di sana.

Selain di Indian Bata mula juga mula bertapak ke seluruh pelusuk dunia. Seperti di India, kilang Bata di setiap negara yang ia bertapak, akan disesuaikan dengan masyarakat setempat. Ini termasuk aspek kemahuan pekerja dan pembeli.

Semasa Perang Dunia Kedua, pelbagai masalah dihadapi Bata. Ada asetnya di rampas oleh pihak tentera, di tuduh pengkhianat negara, dan ada usahawan mereka di penjarakan. Namun Bata berjaya harungi semua masalah ini kerana memiliki model perniagaan yang mengutamakan pekerja dan rakyat (baca: pembeli)

Hari ini, kasut dan selipar Bata ni, dipakai oleh berbillion-billion manusia seluruh dunia. Ini jenama-jenama di bawah naung Bata: North Star, Weinbrenner, Bubblegummers, Power, Bata Industrials (but keselamatan).

Siapa tak pernah pakai Bata? Atuk kita pakai, Ayah kita pakai, kita pakai, anak kita pakai, malah Perdana Menteri kita pun pakai Bata.

Kenapa dapat teruskan mandiri, dan menjadi pilihan?

Kerana Bata mengamalkan model perniagaan yang menurut citarasa dan kemampuan orang ramai, tanpa ketepikan kebajikan pekerja. Harapnya, kerajaan kita pun macam Bata jugalah. Hehe.

Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Selipar Tun M pakai ni pak MF pun pakai. Murah je harganya... Tak sampai RM15.



MF pernah sarung kat kaki... Berat kot... Tapi orang tua-tua majoriti suka selipar ni. Kalau MF pakai selalu terkeluar jari kot tepi... Hehe...

Disebabkan itu, Tun M menunjukkan beliau tak kisah pakai pakaian yang biasa-biasa... Insha Allah..  Moga ini juga jadi model dan teladan buat rakyat jelata agar bersederhana dalam kehidupan sebagai hamba biasa.

P/S: Sebelum ni tular juga cara Makan Tun M kan... Rahsia beliau kekal cergas walaupun berusia. 

17 Mei 2018

Mei 17, 2018

Tema Baju Raya 2018 - Kurung Moden Lace

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tema Baju Raya 2018 - Kurung Moden Lace | First day Puasa dah cerita pasal baju raya.. Hehe.. Biasalah .  Awal puasa la orang nak cari baju raya... Akhir puasa dah tak sempat dah nak cari..  Terutama cari online ni kan..

MF sendiri pun tak beli lagi sebenarnya. . Ingat nak cari online juga la ni... Sebab dah start puasa ni macam berat nak keluar mencari... Mana nak usung 4 orang anak kecil waktu puasa ni.. Memang tak lah... Jadi beli online solusi yang paling tepat.. Tapi kena beli awal lah...

Dalam dok usha sambil sembang dengan kengkawan sekerja pasal baju raya ni... Rupanya tahun ni ada kelainan tema raya yang bakal jadi trending.

Baju kurung lace menjadi pilihan ramai untuk dijadikan tema Baju Raya 2018.

Kawan MF berhabis hampir RM500 untuk buat baju raya dengan tema Baju Kurung Lace ni..  Fuhh... Tapi dia jahit sendiri.. Ok lah kan... Sebab tak kena bayar upah jahit dah... Tapi bagi yang tak reti jahit baik beli online.

Kat mana beli?
MF belek punya belek online.. Rupanya kat Butik SweetMuslimah Online ada jual la... Tak sampai 3 4 ratus pun...

Designnya memang cantik dan menyerlah gitu. Baju kurung moden tapi tak ketat sangat dan tak singkat sangat... Sedang elok la kata orang... Padan dengan la kepada korang yang tengah cari baju kurung moden lace tapi nak yang menepati syariat kan.

Meh sini tengok design bajunya...

Tema Baju Raya 2018 - Kurung Moden Lace

Ada 7 warna pilihan yang memang cantik menarik tertarik lah...

Tema Baju Raya 2018 - Kurung Moden Lace

Tema Baju Raya 2018 - Kurung Moden Lace

Tema Baju Raya 2018 - Kurung Moden Lace

Tema Baju Raya 2018 - Kurung Moden Lace

Tema Baju Raya 2018 - Kurung Moden Lace

Tema Baju Raya 2018 - Kurung Moden Lace

Tema Baju Raya 2018 - Kurung Moden Lace

Tema Baju Raya 2018 - Kurung Moden Lace


9 sebab Kenapa Wanita Wajib Miliki Baju Kurung Moden Lace (Kurung Elvira dari SweetMuslimah):


  1. NAMPAK XCLUSIVE bila pakai sebab material LACE & MOSS CREPE
  2. EASY IRON, jimatkan masa bersiap (Suggest pakai steam iron)
  3. WARNA SOFT, tenang je mata memandang
  4. MESRA WUDHU, hujung lengan tak ketat
  5. ROUND NECK, Zip Panjang di belakang. Mudah untuk pakai atau buka baju
  6. SIDE POCKET di tepi baju, senang nak simpan handphone
  7. LABUH & LOOSE, so Bentuk Pungung terlindung dengan selamatnya. Itu yang MF kata patuh syariah tu...
  8. SKIRT A CUT yang simple dan mudah untuk berjalan. Senang kata tak ketat kat peha.
  9. PINGGANG Skirt sangat selesa sebab GETAH yang digunakan di pinggang adalah getah yang mantap dan kemas



Korang dah berkenan? Dan nak beli?

Klik je sini:
>> "Order Disini!" untuk buat pesanan.

Selain tu, SweetMuslimah ada membuat Clearance Sales.
Rugi sangat jika tidak mendapatkannya.
Klik jer link ni dan buat pesanan >>>DI SINI<<<

03 Mei 2018

Mei 03, 2018

Kalau Korang Lelaki Baik, Tolong Jangan Lepas Gadis Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kalau Korang Lelaki Baik, Tolong Jangan Lepas Gadis Ini! | Mencari calon isteri zaman ni, bukan mudah dah... Mencabar betul... Sebab ibarat kata P.Ramlee dalam cerita "Musang Berjanggut". Susahnya nak cari perempuan berbanding betina.

Tapi tak mustahil... Masih ada lagi perempuan dan wanita yang baik walaupun susah nak jumpa.

Tapi kalau korang lelaki yang baik, jumpa 13 ciri yang ada kat seorang perempuan ni... atau pun majoriti 13 ciri ni ada kat gadis ni, tolong jangan lepaskan... Cepat-cepatlah buat bini ya...

Kalau Korang Lelaki Baik, Tolong Jangan Lepas Gadis Ini!

13 Ciri Gadis Idaman Lelaki Sejati

Jangan lepaskan gadis yang gayanya sederhana menawan jiwa ini.

13 Ciri Gadis Idaman Lelaki Sejati

1. Tak kisah kita naik moto atau ada kereta tempatan saja. Dia tak malu dengan apa yang kita ada.

2. Minat menyimpan dan faham apa itu pembaziran. "Ish bukan mahal ker minum kat stakbak tu?" soal dia bila kita cakap nak belanja disitu.

Jika dia nak mengelak cara halus, dia akan tanya "Dah ada sijil halal ker sini"?

3. Impian kawinnya sederhana, kenduri kawin bukan macam dalam rancangan Nona atau Mahligai Impian. "Malulah bang, saya tak pandai bergaya macam Fazura"

4. Lebih suka cerita nak beli rumah dari beg tangan LV dan gucci yang kawan pejabatnya beli. Baginya, beg tak penting, isi dalam beg lagi penting!

5. Kadang kala belanja kita sebab dia tahu kita tengah perit himpun belanja hantarannya.

6. Makanan yang dia minta semua yang sederhana, bukan yang mahal hipster tetapi cuma rasa macam tayar kereta. Jika makan, pilihan lauknya sederhana bukan tenggiri 16 rasa.

7. Tiap kali hari jadi tak pernah mintak hadiah mahal, "u wish pun i dah bahagia rasanya". Sambil dia lari sembungi bawah meja, malu katanya

8. Bila tahu gaji kita kecil dia beri sokongan, sambung belajar, berniaga online dan doa agar kita berjaya.

9. Impian cutinya dalam negeri sahaja, paling jauh nak buat umrah dulu baru nak jalan kemana mana.

10. Mereka tak kisah kita ada rumah kos rendah dulu, baru ada rumah mewah. Dia tahu rumah itu keperluan.

11. Masuk waktu solat dia ingatkan kita, dah sembahyang atau nak masuk neraka cepat! .

12. Dia tak kisah nak lahirkan anak di hospital kerajaan, janji anak kita bersama!

13. Bila tanya nak hadiah apa? dia jawab "Nak u jer dalam hidup i". Cair beb... 😜

Tolong bawak mak abah jumpa mak dia cepat cepat. Gadis begini laris dipasaran sekarang. Lelaki setan jer yang tinggalkan gadis sehebat ini.

Kredit: Azizul Azli Ahmad 

25 April 2018

April 25, 2018

9 Kesalahan Mencuci Muka Yang Selalu Kita Buat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


9 Kesalahan Mencuci Muka Yang Selalu Kita Buat | Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Salah satu rutin nak jaga kecantikan wajah ialah mencuci muka. Tapi sebenarnya, dalam nak kekal cantik dengan mencuci muka, banyak kesalahan yang kita buat. Dan kesalahan ini menyebabkan muka bukan bertambah berseri tapi sebaliknya.

9 Kesalahan Mencuci Muka Yang Selalu Kita Buat


9 Kesalahan Mencuci Muka Yang Selalu Kita Buat
Edited from Google images

1. Tidak bersihkan betul-betul

Cara pembersihan yang tidak betul adalah punca pori tersumbat. Kawasan bawah leher, garis rambut dan hidung juga perlu dibersihkan dengan betul.

2. Suhu air yang salah

Suhu air suam amat sesuai untuk mencuci muka. Kata orang, air suam akan membuka liang dan air sejuk akan menutupnya semula. Faktanya adalah liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Ini boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering.

3. Skrub wajah

Jangan gunakan scrub muka terlalu kerap. Dua atau 3 minggu sekali sudah memadai.

4. Salah pilih produk

Ada produk muka yang boleh mengurangkan kelembapan muka. Pembersih muka yang sesuai harus mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap. Produk yang tidak sesuai juga mampu menyebabkan iritasi pada kulit.

5. Guna produk dengan bahan kimia

Elakkan penggunaan produk yang mempunyai bau, pewarna atau bahan kimia. Baca label kandungan bahan dalam produk sebelum membelinya.

6. Beli produk ‘itu-ini’

Elakkan membeli produk yang tidak dikenali. Belilah produk yang mempunyai kandungan bahan natural dan memberi kebaikan kepada kulit anda dalam jangka masa panjang seperti serum.

7. Jangan ‘terlebih’

Mencuci muka 2 kali sehari sudah mencukupi. Dan jangan gunakan terlalu berlebihan.

8. Gosok dengan tuala

Menggosok muka terlalu kuat mengganggu fungsi kulit. Lakukannya secara perlahan-lahan.

9. Tangguh guna pelembap

Selepas cuci muka, sapu serum, secepatnya letakkan pelembap pada muka. Jangan tangguhkan penggunaan kerana melambatkan proses penyerapan pelembap.

Kesalahan yang biasa MF buat ialah yang No.7, rupanya tak boleh lebih cuci muka guna pencuci... Sehari cukup dua kali... selebihnya basuh gitu je... Dan bagi orang Islam... memang selalulah kita cuci muka sebab kita berwuduk... Jadi, insha Allah jika kita jaga kesempurnaan wuduk, pasti berseri wajah kita... insha Allah...

Rujukan: Telegram Channel

23 April 2018

April 23, 2018

Cara Melakukan Diet Atkins

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Melakukan Diet Atkins | Diet Atkins antara diet yang popular juga zaman sekarang ni untuk usaha nak kurus dan maintain kan berat badan.

Ramai dah berjaya buat diet ni untuk kurus kan badan.. Ada yang pergi kelas. Ada juga yang belajar kat media sosial. Tapi pergi kelas lagi bagus sebab ada guru kan..

MF tak pernah buat pun... Tapi dari info yang MF dapat ni, ada kalanya MF buat diet Atkins tanpa sedar.

Senang kata, diet ni lebih kepada pemakanan dan gaya hidup sihat.

Sumber: Google images 

Cara Melakukan Diet Atkins

Diet atkin ni ada 4 peringkat which is :

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

3. Pre-maintenance

4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction :

1. Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2. Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3. Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4. Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas dan kurangkan pengambilan kopi.

6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7. Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan :

1.  Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8. Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9. Pizza? Makan topping sahaja.

10. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Sumber: Telegram

Kalau tengok macam diet untuk kawal makan... Jadi, boleh saja kurus tanpa ubat sebenarnya ..

Moga yang nak kurus tu jadikan puasa ni salah satu cara untuk dapatkan berat badan ideal. Yang penting, betulkan niat.. Insha Allah dipermudahkan..  

20 Mac 2018

Mac 20, 2018

Betul Ke Vitamin C Boleh Cerahkan Kulit?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Betul Ke Vitamin C Boleh Cerahkan Kulit? | Trend zaman sekarang, orang sibuk nak kulit cerah. Yang dah cerah pun nak cerahkan lagi. Lagi ekstrem sampai ibu mengandung pun makan supplemen masa mengandung sebab nak anak kulit putih melepak.

Yang menjadi lebih kecoh, bila ada yang kata makan vitamin C mampu mencerahkan kulit. Betul ke vitamin C mampu mencerahkan kulit?

Betul Ke Vitamin C Boleh Cerahkan Kulit?

Ini jawapannya dari pakar perubatan.

Kajian yang menunjukkan Vitamin C mampu memutihkan kulit masih lagi berada pada peringkat makmal sahaja. Ia belum lagi dapat dibuktikan secara klinikal. Maksudnya belum ada kajian yang menunjukkan Vitamin C boleh memutihkan kulit apabila digunakan pada manusia 
Berkenaan kajian dalam makmal, mereka telah menemui bahawa Vitamin C ini mampu mengurangkan penghasilan pigment yang dipanggil sebagai Melanin. Proses penghasilan melanin ini dipanggil sebagai melanogenesis. Pigment Melanin inilah yang menyebabkan kulit kita berwarna gelap. Vitamin C mengurangkan pigmentasi dengan cara merencatkan fungsi enzim tyrosinase di dalam sel melanocytes. Ini menyebabkan penghasilan Melanin berkurangan dan secara teorinya menyebabkan kulit bertambah cerah.
Sumber: Root of Science

Betul Ke Vitamin C Boleh Cerahkan Kulit?

Jadi, takde kajian makmal yang membuktikan Vitamin C boleh cerahkan kulit. Cuma boleh kurangkan pigmentasi. jadi, tak perlu bazirkan duit ambil vitamin C berlebihan. Bahkan tak perlu nak cerah cepat dengan ambil suntikan vitamin C. Sebab suntik vitamin C terus masuk ke salur darah... Tapi kalau nak rawat kulit, baik tempek je vitamin C kat kulit tu.. Lagi cepat...

Betul Ke Vitamin C Boleh Cerahkan Kulit?

Suntikan Vitamin C Tidak Diluluskan Oleh KKM

Ini pula sedikit fakta tentang vitamin C menurut Dr. Zubaidi Ahmad.

1.Vitamin C adalah selamat. Ia tidak memudaratkan kerana jika berlebihan ia akan keluar melalui air kencing.

2.Ada risiko pengambilan vitamin C secara berlebihan. Dos maksima yang dicadangkan adalah 2g sehari. Dibimbang pengambilan vitamiin secara berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu karang di ginjal.

3.Keperluan vitamin C antara 100-200mg dalam sehari dan boleh didapati dari makanan (buah-buahan dan syur-sayuran).

4.Pengambilan vitamin C melebihi dos yang diperlukan mungkin sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan (termasuk masalah kulit) setelah dinilai melalui pemeriksaan oleh doktor.

5.Pengambilan vitamin C dalam bentuk pil yang kebanyakannya dijual di farmasi adalah selamat kerana telah mendapat kelulusan KKM. Sementara vitamin c dalam bentuk suntikan belum lagi didaftarkan dan tidak disahkan selamat oleh KKM. 
Oleh itu KKM melarang penjualan. penyimpanan dan penggunaannnya.

6. Doktor yang berdaftar dengn Majlis Perubatan Malaysia (MMC) boleh digantung atau dibatalkan pendaftaran mereka jika terlibat penyuntikan bahan yang tidak mendapat kelulusan KKM termasuk suntikan vitamin C.

7. Saya mencadangkan agar larangan ini meliputi seluruh doktor (termasuk doktor pakar aesthetic) dan pengusaha salon. Ini memastikan penguatkuasaan larangan ini berkesan.

8. Saya mencadangkan agar pengusaha, pembekal dan pengimport suntikan vitamin C ini dapat mendaftarkan produk mereka agar dapat dipastikan ia benar-benar selamat digunakan.

9. Di masa akan datang setelah ia mendapat kelulusan KKM, saya mencadangkan agar pemberikan suntikan vitamin C dibenarkan kepada doktor am dan doktor aesthetic kerana mereka mempunyai kefahaman yang lebih mendalam tentang pemilihan pesakit yang sesuai.

10. Pemberian viatamin C secara megados (dos yang besar melebihi 2g) harus dielakkan kepada individu yang sihat. Ia boleh diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah kesihatan setelah mendapat pemeriksaan doktor yang diiktiraf dan pemberiannya harus dipantau oleh doktor secara berterusan..

Sumber: Facebook Dr. Zubaidi Ahmad

Nak cantik, manusia sanggup buat apa sahaja termasuk menyakitkan diri sendiri. Tak perlu sibuk nak putihkan kulit, tapi sibukkan diri untuk putihkan hati... Tak guna kulit putih tapi hati hitam berkarat. ye dak... Renungkan...
Mac 20, 2018

Cara Basuh Berus dan Span Make Up

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Basuh Berus dan Span Make Up | Sejak guna BB Cream jenis liquid, baru reti nak guna berus bagai ni. Sebelum ni, guna bedak kompak je.

Jatuh cinta dengan BB cream sebab senang dan mudah nak apply dan tak perlu nak calit banyak kat muka... Tak sampai 3 minit dah siap touch up muka.

Bila pakai berus untuk liquid foundation ni, kena basuh paling kurang sebulan sekali. Perlu basuh sebab berus yang kotor akan beri kesan pada muka kita. Mestilah ada kuman kan. Jadi kena hygiene berus dan span solekan supaya sentiasa bersih.

Jadi, mula cuti sekolah terus buat la.. sebab tak guna berus ni. Dok rumah mana make up sebab suami MF tak bagi MF make up. Dia nak natural beauty je.

Cara Basuh Berus dan Span Make Up

Cara Basuh Berus dan Span Make Up

Mudah sangat nak cuci berus make up ni. Hanya perlukan air suam dan sabun baby. Tapi MF guna pencuci organik untuk cuci botol dan buah-buahan tu.

Cara Basuh Berus dan Span Make Up

Caranya, letak sabun kat tapak tangan sikit dan oleskan berus kat tapak tangan. Tapi sebelum tu cuci tapak tangan bersih-bersih ya.

Oles hingga keluar sisa-sisa bedak tu semua. Kemudian alirkan air paip dengan kedudukan berus ke bawah.

Untuk basuh span... Masukkan sabun dalam air suam dan rendam sekejap span dalam air sabun. Gosok dan picit span perlahan-lahan hingga keluar kotoran tu.

Dah siap basuh, keringkan. Simpan ditempat yang tertutup dan bebas habuk.


Senang je nak basuh... Jangan tak basuh berus span... Nanti muka tu bermasalah sebab banyak kuman bawah lapisan kulit.

Semoga bermanfaat. 

14 Mac 2018

Mac 14, 2018

Macam Ni Rupanya Orang Rabun Nampak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Macam Ni Rupanya Orang Rabun Nampak! | Penglihatan satu anugerah Allah... Alhamdulillah dan syukur jika kita dikurniakan penglihatan yang sempurna. Tapi ada juga Allah uji sesetengah orang yang terpilih dengan sedikit kekurangan penglihatan iaitu Rabun.

Rabun ni bukan sampai tahap buta... Tapi ianya menyebabkan penglihatan seseorang tu terhad. Kena guna bantuan kaca mata untuk melihat.

Punca Rabun

Ada banyak punca rabun. Antaranya:

  • Terlalu banyak melihat komputer atau gadjet.
  • Mata selalu terdedah dengan kemasukan cahaya yang tinggi terus ke dalam mata. Contohnya, orang yang welding tanpa pakai penghadang cahaya.
  • Faktor pemakanan dan gaya hidup juga menyebabkan seseorang itu mengalami rabun.


Suami MF pernah alami rabun teruk sebab welding besi tak guna penghadang cahaya tu. Memula pedih merah matanya. Dia ingat pedih biasa.  Dia beli ubat titik mata. Tapi makin teruk pula...

Dia kata rabun dan tak nampak... Tapi MF tak tahu nak faham macam mana tahap tak nampak dia tu... Tapi gambar-gambar ini menyebabkan MF mula faham maksud rabun dia tu..

Tips atasi rabun

Macam Ni Rupanya Orang Rabun Nampak!

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Rabun

Jadi, faham dah la... Macam ni rupanya orang rabun nampak... Dia nampak tapi samar-samar... Berbintik dan berbelang gitu... Jadi jangan marah kat orang rabun. Sebab itu juga rezeki dia... ada kelebihan dia... Dia kurang nampak bab-bab maksiat  dan aurat orang  kalau dia tak ambil spek pakai...

Bagi yang dikurniakan penglihatan yang baik, jagalah anugerah itu sebaiknya... Caranya dengan tidak melihat perkara yang Allah larang dan makan makanan yang sihat untuk mata seperti lobak merah dan makanan yang kaya vitamin A.

Boleh juga amalkan doa ini:

Doa Sembuhkan Rabun Mata:

Tips rabun

Boleh juga amalkan petua mudah dengan membasuh muka dalam mata sedikit terbuka dengan air ramasan daun sirih... Ini petua mak MF ni... Alhamdulillah... umur dia 65 tahun lebih pun mampu lagi masukkan benang dalam jarum tanpa bantuan kaca mata.

Sekian, semoga bermanfaat.


Sumber gambar: Facebook

12 Mac 2018

Mac 12, 2018

Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung | Matching atau padankan tudung dan baju ni similar dengan orang perempuan. Lelaki jarang la matching-matching ni.. yang biasa perempuan.

Orang perempuan, kalau tudung banyak satu almari tapi takde yang matching dengan baju memang dia akan kata takde tudung nak pakai.

Jadi, MF nak kongsi kombinasi warna yang sepadan dalam pakaian khususnya..

Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung


Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung

Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung

Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung

Panduan "Matching" Warna Baju dan Tudung

Moga lepas ni tau dah nak matching warna... terutama trend sekarang, fesyen baju plain satu warna.. jadi perlu tudung yang sesuai Supaya tak nampak pelik... Tapi orang suka memang pakai warna pelik... Hehe...

Sumber pic: Facebook

10 Mac 2018

Mac 10, 2018

5 Tempat Menyimpan Wang Yang Terbaik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Tempat Menyimpan Wang Yang Paling Terbaik.  | Kajian mengatakan 3 daripada 4 rakyat Malaysia sukar nak menyimpan walaupun RM1000 bagi kecemasan!

Berapa % duit kita perlu asing untuk menyimpan setiap bulan?

1) Ada yang sarankan simpan 20% daripada jumlah pendapatan.
2) Ada yang kata kita perlu simpan 30%
3) Ada juga yang bagi cadangan simpan 60%!

Tak kisah 20%, 30% atau 60% sekali pun, janji anda ada disiplin untuk menyimpan dan TAHU tempat yang terbaik untuk menyimpan duit ni.

Setiap orang mempunyai jumlah simpanan yang berbeza-beza bergantung kepada jumlah pendapatan dan komitmen tersendiri.

Apa-apa pon, mulakan je dari sekarang untuk mendapatkan jumlah simpanan yang tinggi. Menyimpan ni memang aktiviti yang ‘membosankan’. Kalau tak mampu untuk menyimpan, tambahkanlah pendapatan!

5 Tempat Menyimpan Wang Yang Paling Terbaik.

5 Tempat Menyimpan Wang Yang Paling Terbaik

1. ASB 

ASB

1) Tetapkan matlamat pelaburan ASB.
Contoh matlamat pelaburan ASB:
- untuk membeli rumah
- untuk perbelanjaan perkahwinan
- untuk melancong ke luar negara

2) Bezakan antara pelaburan ASB dan pinjaman ASB.

  • - Bezakan antara “force saving” dan simpanan ASB.
  • Pinjaman ASB akan menjurus kepada force saving, manakala pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB.


3) Pelaburan ikut kemampuan

Kita boleh menentukan komitmen bulanan kita sendiri, sebab hanya kita je tahu berapa pendapatan kita sebulan, dan hanya kita lebih tahu kemampuan bulanan kita.

Contoh :
Kita mampu membuat simpanan ASB sebanyak RM1000 sebulan.

Pecahkan je kepada dua:
- Force Saving (RM700)
- Simpanan ASB (RM300)

Ingat! Simpanan ASB biasa pon penting juga tau, incase kalau ada emergency kan. Boleh guna dulu duit dalam simpanan ASB tu.

Dan jangan sesekali tamatkan pinjaman ASB anda tanpa alasan yang munasabah.

2. Tabung Haji.


1) Modal awal yang rendah

2) Modal simpanan dijamin

3) Kos yang rendah

4) Pemberian dividen dan bonus kompetitif

5) Dividen dan bonus dikecualikan cukai

6) Zakat dibayar pihak Tabung Haji

7) Simpanan dan pengeluaran tanpa had

8) Patuh syariah

9) Simpanan untuk menunaikan Haji



3. Private Retirement Scheme (PRS) / Skim Persaraan Swasta

Simpanan PRS

1) PRS ini melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP. 

2) KWSP + PRS = Pelan Persaraan Mantap!

3) Sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik.

4) Tambahan kepada Simpanan Persaraan. Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan persaraan KWSP seseorang.

5) Pelepasan Cukai Individu. Pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian (tambahan kepada Potongan Sumbanagn KWSP) bagi 10 tahun pertama.

6) Tak ramai yang tahu ada peruntukan bajet 2017 untuk anak muda linkungan umur 20-30 an. Kerajaan mengumumkan pemberian sumbangan RM1,000 one-off di bawah Private Retirement Scheme (PRS) Youth Incentive. 

7) Paling penting sekali, untuk pastikan Kualiti Hidup yang lebih terjamin ketika bersara!


3. EMAS

Simpan Emas

Simpan Emas Untuk Dana Pendidikan

Cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini. Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6500 setahun, 

6500 × 5 tahun = Rm32500

Maka jumlah pinjaman sekitar RM32,500. Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM35,000 hingga RM40,000 pada hari ini. Ia bersamaan nilai dalam lingkungan 210 hingga 240 gram emas.

Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 hingga 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. 20 × 12 = 240 gram

Dan simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 240gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Dan anak itu tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita. ☺

Tak perlu ajar anak -anak kita berhutang seusia muda lagi sebab tabiat berhutang adalah tabiat yang kurang baik.

Kalau simpan 1 gram sebulan sejak hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 240 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM43,200 (RM180 x 240 gram). Ia cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu pinjaman PTPTN!

Cara Terbaik Simpan 1 Gram

Persoalan seterusnya, di mana nak beli emas 1 gram ini?

Untuk makluman anda semua, gold bar 1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal. 

Kosnya dalam linkungan rm210 - rm250 mengikut syarikat-syarikat yang berlainan.

ALTERNATIF:

Cara terbaik utk simpan emas 1 gram sebulan, dah siap disediakan oleh PUBLIC GOLD utk orang-orang yang berpendapatan sederhana melalui akaun GAP.

Walaupun ia akaun emas, tetapi ianya boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalau mahu). Dan yang pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh buka satu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama).

Info lanjut boleh join channel emas ini :


Atau boleh je nak whatsapp http://www.wasap.my/60162394310


5. Tabung Warna.

Tabung Warna

1) Cara yang paling menarik, mudah dan untung

2) Cara ini adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap. 

3) Tetapkan dahulu warna tabung yang anda inginkan. Contohnya, jika pilih warna hijau dan oren (RM5 dan RM20), jadi anda perlu menyimpan duit kertas RM5 dan RM20 setiap kali anda terima duit tersebut.

4) Anda tak boleh belanjakan dengan menggunakan duit RM5 dan RM20 tersebut untuk perbelanjaan harian anda.

5) Menyimpan duit mengikut warna bukan sahaja kelihatan menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima. 

6) Apabila hujung tahun, anda boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.


Bonus: Tempat Menyimpan Wang Yang Terbaik:

6. Unit Trust


Unit trust pun great medium untuk menyimpan.

Unit trust ialah simpanan jangka sederhana ke panjang. Biasanya matlamat yang ditetapkan bagi simpanan jenis ni ialah persaraan, pendidikan anak, haji/ umrah, beli rumah atau kawen.

Ramai familiar dengan ASB. ASB juga unit trust tetapi untuk jangka pendek. 

Tempoh: 3 tahun - 5 tahun atau lebih. Pengalaman cik lily pernah tengok ledger klien pernah sampai 20% - 23% keuntungan. 

Dari segi keuntungan pula boleh bagi 10%-15% purata pulangan kalau simpan 3 tahun - 5 tahun atau lebih daripada itu.

Keuntungan ada 3 jenis.
1. Capital gain : harga naik turun. Kedua dua keadaan ni sebenarnya bagi kelebihan kepada klien. Yang terbaik beli masa murah, jual masa mahal. Mesti huntungkan? Hehe.

2. Dividen - fund yang lebih 2 tahun mesti ada dividen. Ada konsultan yang boleh maklumkan lagi baik. Dapat dividen, dapat unit PERCUMA.

3. Bonus - dapat bila company declaire je. Nama pun dividenkan? Hehe.

Unit trust sebaiknya ada konsultan yang pantau akaun. Konsultan yang akan pening kepala untuk bila masa sesuai tambah simpanan, bila dapat dividen, bila switching fund. 

Fund terbaik ialah moderate fund. Volatility sederhana yang memudahkan klien untung juga mudahkan konsultan.

Sekian sedikit ilmu unit trust. 
Happy saving everyone! 😊

Dikongsikan dengan kebenaran: Nur Aliah Mohd Nor 


Ini untuk anak muda yang susah nak simpan duit... Tapi bagi yang bekeluarga wajib juga menyimpan. MF setakat ni simpanan tabung haji untuk anak-anak tu ada... Tabung harian untuk anak dan juga tabung warna. Target tahun ni, nak laburkan duit hasil berblog dengan simpanan emas pula... Moga berhasil... Insha Allah... mula memikirkan masa depan anak-anak... Memang rasa susah sikit sekarang asalkan tak susah masa depan. Orang kata, bersusah-susah dulu pendapatan... Insha Allah... Apa pun duit yang sedikit asalkan berkat itu lebih baik dari duit yang banyak tapi ntah ke mana perginya... 

Semoga bermanfaat.

25 Februari 2018

Februari 25, 2018

Jom Guna Aplikasi 'NAKHTIM' Untuk Kutip Pahala Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jom Guna Aplikasi 'NAKHTIM' Untuk Kutip Pahala Mudah | Pahala, ada tak yang tak nak pahala? Mustahil la kan... Orang Islam yang normal mesti nak masuk syurga. Nak pergi syurga kena kumpul pahala banyak-banyak.

Dalam hidup kita seharian, pahala dan dosa tak tau yang mana banyak. Tapi pahala yang mudah nak kutip ialah zikir dan baca al-Quran. Namun, dalam menjalani kehidupan dunia, kita sibuk dengan pekerjaan kita seharian. Bahkan kadang payah nya nak buka al-Quran. Apatah lagi nak baca kan.

Seiring perkembangan teknologi dan kemudahan gajet seperti smartphone sekarang, kita install la aplikasi al-Quran untuk mudahkan baca al-Quran. Tapi tu pun kadang payah nya nak buka baca juga kan.

Tapi sekarang ni, korang tak payah risau dah kalau tak sempat sangat nak baca al-Quran. MF nak kongsikan satu aplikasi Best.. Sesuai sangat dengan kita yang sibuk dan 'berat' jari nak tekan aplikasi al-Quran tu. Sebab notifikasi Facebook, WhatsApp dan apps lain lebih menarik. Iaitu Apps Nakhtim (نختم) yang bermaksud kita khatamkan.

Jom Guna Aplikasi 'NAKHTIM' Untuk Kutip Pahala Mudah




Info Aplikasi

Nama apps : Nakhtim (kita khatamkan)
Size : 3.58 MB, Sangat ringan.

Apa Fungsinya?

Apps ni akan paparkan satu ayat Al-quran setiap kali buka lock smartphone kita.

Jadi setiap kali buka lock phone, nak buka FB, IG, atau apa-apa aplikasi, Apps ni akan paparkan satu ayat.

Satu ayat saja,
Jadi berapa kali pun kita buka lock phone kita, satu ayat al-Quran akan timbul..

Popup naik selepas click notifikasi facebook. Akan naik ayat Quran dulu... 


CONTOH: SATU HARI KITA BUKA LOCK PHONE KITA 20 KALI, JADI KITA DAH BACA 20 AYAT AL-QURAN

SO, KALAU SEBULAN BERAPA AYAT? ALHAMDULILLAH SEMPAT JUGA KITA BACA AL-QURAN.

rekod bacaan

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)


TAHUKAH ANDA!!!

- Dalam satu muka surat mushaf al-Quran ada 15 baris ayat.
- Dalam satu baris ada lebih kurang 25 ke 30 huruf.
- Bermakna dalam satu muka surat ada lebih kurang 450 huruf.
- Satu huruf bersamaan dengan 10 ganjaran pahala.


Ganjaran Membaca al-Quran

Dari Ibnu Mas`ud r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.” (HR Imam at-Tirmidzi, katanya hadith ini hasan sahih)

- Bermakna satu muka surat kita boleh mendapat lebih kurang 4,500 ganjaran pahala.
- Satu muka surat boleh dibaca lebih kurang 3 ke 5 minit.

Cuba bayangkan apabila kita mendapat gaji sebanyak RM4,500 untuk kerja yang dilakukan selama 3 ke 5 minit sahaja.

Ironinya, ramai yang mengabaikan ganjaran pahala 4,500 dalam masa 3 ke 5 minit yang Allah hadiahkan kepada hamba-Nya.

اللهم مصرف القلوب صرف قلوبنا على طاعتك
يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك

"Wahai Allah yang mengarahkan hati! Arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-Mu, Wahai Zat yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hati-hati kami ke atas agama-Mu."

Download disini 👇

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.karim.khatma


Cara Setting

Lepas dah install, ada sesetengah smartphone tak menjadi kan.. Ada settingnya..

Huawei:

Setting > Battery manager > Protect Apps > Enable نختم

Oppo

Phone manager > privacy permission > start up manager > enable نختم
Phone manager > privacy permission > Floating windows > enable نختم

Xiomi/Redmi

Setting > Battery and performance > manage apps > battery usage > choose apps > select نختم
No restiraction - allow
Kemudian, ikut step ni:
Setting > installed apps > select نختم
Permission manager > display popup > Allow > Accept

Kalau tak faham juga, korang open je apps ni, Klik Setting...tekan Help.. ada caranya. Kat setting tu juga boleh set nak bacaan dari Imam mana yang korang suka.


Bila buka lock telefon je, akan naik bacaan ni ikut bacaan imam yang kita pilih. Tapi kena ada sambungan internet baru bacaan tu berbunyi... Kalau tak kita baca je la sendiri.

Best dan tak rugi rasanya.... Bagus untuk orang yang busy dan tak sempat baca al-Quran. Tapi baca Facebook, Instagram sempat pula... (erkkk... kena kat batang hidung sendiri)...

Semoga orang yang cipta app ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

Memang best aplikasi ni... Setiap kali buka lock, akan ada popup satu ayat... Jadi, kat situ akan uji iman kita sendiri.. sama ada kita baca dulu ayat tu atau tekan pangkah je... Kalau tekan pangkah juga walaupun dah install dan guna apps sebegini, maka kena perbanyakkan taubat dan istighfar. sebab dah banyak kemudahan untuk mudahkan kita buat dan kutip pahala tapi kita menidakkan. 

23 Februari 2018

Februari 23, 2018

11 Cara Jimat Nak Beli Kereta

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


11 Cara Jimat Nak Beli Kereta | Kereta satu keperluan dah sekarang. Bukan lagi kehendak. Nak ke mana-mana lebih cepat naik kenderaan sendiri. Tambah bagi yang dah bekerja dan berkeluarga. Agak mencabar nak bawa anak berderet naik kenderaan awam waktu balik kampung kan. Jadi, kereta ini satu keperluan yang patut ada. Biar pun bukan kereta yang mewah, tapi ada.

Bagi yang baru nak beli kereta atau tengah survey nak beli kereta, MF nak kongsi kan sedikit ilmu dan pengalaman untuk lebih jimat membeli kereta.

11 Cara Jimat Beli Kereta

11 Cara Jimat Nak Beli Kereta

1. Menabung dan Beli Cash

Nak jimat, beli kereta secara cash. Tambah kalau kereta second hand lagi digalakkan beli cash daripada beli hutang atau sambung bayar sebab bila kereta second ni, banyak kerenah dia berbanding kereta baru.

2. Beli ikut keperluan

Ni point paling penting... Kenapa nak beli kereta... Kalau dah ada kereta kenapa nak beli lagi satu kereta... Kehendak atau keperluan? Fikirkan sendiri...

3. Kira gaji

Kira gaji dan beli ikut keperluan dan kemampuan.


4. Kira Interest Rate Pinjaman Bank

Kira dan bandingkan kadar interest yang rendah. Dan bandingkan juga kadar interest pinjaman kenderaan dan pinjaman peribadi sesuatu bank. Jika kadar interest pinjaman peribadi lebih rendah, ada baik ambil pinjaman peribadi dan beli kereta secara cash. Ini MF pernah buat masa beli Kereta Perdana dulu.

5. Pasti tiada komitmen hutang kereta lain

Jangan tambah bebanan hutang. Pastikan hutang satu kereta dah selesai atau hampir selesai baru fikir untuk ambil kereta baru. Kalau satu belum habis, jangan ditambah yang lain... Nanti terbeban jadinya, terpaksa pula buat dua tiga kerja.

6. Bayar deposit besar.

Bayar deposit besar untuk dapatkan kadar bayar bulanan yang lebih rendah. Tapi betul- betul besar la... Setakat dua tiga ribu tak memadai sangat. Kalau boleh trend in dengan harga yang sepadan pun bagus juga... Lebih jimat.

7. Beli waktu promosi

Biasanya ada syarikat jual kereta akan buat promosi beli kereta dengan bayaran rebat tinggi. Contoh promosi hujung tahun atau musim perayaan.

Sumber : google


8. Beli Kereta yang jimat minyak.

Kereta guna minyak bukan air. Minyak pula makin naik harga, jadi penting untuk beli kereta yang lebih jimat minyak.

Kereta dengan teknologi Hybrid dikatakan lebih jimat  dari kereta biasa.



9. Pasti beli kereta yang murah dan mudah dapat spare part.

Ini pun penting. Kalau beli kereta yang jarang orang beli biasanya susah nak dapat spare part ataupun spare parts mahal dari biasa. Harga kereta mungkin murah, tapi tak jimat jika spare parts mahal.

Sumber :, google

Pernah dulu nak beli satu MPV tu, memang cantik, spec pun  bagus dan harga murah. Tapi bila tanya pengalaman orang spart part mahal pula.

10. Insurans dan road tax murah.

Insurans murah bergantung kepada syarikat insurans dan berapa boleh cover. Tapi road tax murah ikut power enjin kereta tu sendiri... Makin besar CC sesebuah kereta makin besar juga cukai jalannya.

11. Survey dan tanya pengalaman orang lain.

Tak salah juga berjimat dengan dapatkan pengalaman orang lain. Setiap orang ada caranya tersendiri untuk lebih jimat masa membeli kereta. Yang suami MF buat masa nak beli kereta dulu... Dia masuk group-group kereta kat Facebook dan dapatkan pengalaman dari mereka yang dah pakai kereta nak beli tu.

Itu je kot perkongsian MF mengenai 11 Cara Jimat Beli Kereta. Ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan MF yang pernah beli kereta serta perkongsian dari suami MF sendiri yang agak tahu bab-bab automotif ni.

Pengalaman MF sendiri beli kereta, pernah beli kereta seconds hand. Kami cari kereta yang layak dan mampu untuk dibeli. Mulanya nak beli MPV, tapi waktu tu MPV pun masih mahal dan MF nak beli cash, hasil lebih duit pinjaman peribadi selepas settel kan hutang lain. Tujuan nak beli tu sebab nak lebih selesa sebab anak dah dua waktu tu. Akhirnya kami ambil Proton Perdana V6. Dan masa ambil kereta second cash tu, hutang kereta suami iaitu Viva660 juga dah habis bayar. Jadi, memang ringan beban waktu tu... Segala hutang selesai... Hutang motor, kereta selesai... Bulanan cuma bayar hutang rumah dan sewa rumah.

Bila dah nak pindah ke Johor.. Mula fikir nak beli Kereta lain yang lebih besar sebab  rancang nak tambah anak juga waktu tu.. Jadi, nak ambil MPV sebab nak lebih selesa memandangkan perjalanan lebih jauh. Jadi, kami jual kereta Perdana dan ambil MPV... Jadi, komitmen bulanan sama saja seperti di KL dulu... Rumah sewa tak payah dah bayar, bayar rumah sendiri  dan kereta sahaja.

Itulah pengalaman MF bab beli kereta. Kami beli pun kereta tempatan sahaja sebab bukan untuk bergaya nampak kaya, tapi untuk lebih selesa dan keperluan keluarga.