06 Mac 2017

INI LUAHAN SEBENAR LELAKI TENTANG WANITA KAKI SELFIE

INI LUAHAN SEBENAR LELAKI TENTANG WANITA KAKI SELFIE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ada juga terbaca pasal Amran Fans buat kajian pasal wanita di Facebooknya.. memang beribu komen dari lelaki... memang luahan hati mereka.. Wanita patut baca dan terima... kerana inilah realitinya.. jika anda nak cari lelaki, anda patut dengar luahan lelaki..


Ini sebahagian sahaja.. ada banyak lagi komen lain.. boleh baca la kat Facebook tu.. atau baca kata Maskulin ni tapi antara intisari komen-komen lelaki mengenai wanita suka selfie ialah:

Sebab Lelaki Tak Suka Kaki Selfie
Ada beberapa sebab kenapa sesetengah lelaki tidak sukawanita yang gemar terhadap selfie. Ia bukannya kerana cemburu dengan kelebihan wanita itu ada.

Perempuan yang banyak selfie pada ketika ini digambarkan sebagai 'syok sendiri'. Ia kerana selfie yang diambil tidak kena tempat dan waktu. Ada wanita suka mengambil gambar ketika makan, perkara yang pertama yang mereka pentingkan ialah gambar!

Selagi tiada gambar diambil, selagi itu  tidak boleh makan lagi! Apabila pergi ke kedai lain pula, makanan disitu pula menjadi tumpuan untuk diambil gambar. Dan kebanyakkan gambar hanya semata-mata untuk mendapat pujian dan like di laman sosial Instagram.

Selfie juga merupakan salah satu sebab mengapa golongan wanita sering tidak berasa yakin terhadap diri mereka sendiri. Ada yang sangkakan mereka perlukan diet sedangkan mereka kelihatan sudah kurus dan terdapat juga golongan yang bertanyakan kepada pengikut (followers) mereka bagaimana untuk menjadi cantik sedangkan mereka sudah pun cantik!

Perkara boleh menjadi rumit apabila  golongan wanita ini lihat persaingan wanita yang jauh lebih baik daripada mereka. Disitu anda boleh lihat sejauh mana mereka tidak yakin terhadap diri mereka!

Kedua-dua faktor itu merupakan isu yang sering digunakan golongan wanita untuk menarik perhatian lelaki secara tidak langsung. Jika anda pergi tanya mereka sendiri sudah semestinya mereka tidak akan mengaku ia ditujukan untuk mendapat perhatian malah mereka akan memarahi anda semula kerana sibuk terhadap kehidupan mereka sedang jalani.

Tetapi jika anda lihat pada kasarnya, itulah cara untuk mendapat perhatian daripada orang yang anda minat. Jika tidak terlalu menonjol, orang tak akan perasan. Tapi bila dah ramai sangat perasan tentang apa yang anda lakukan, tidakkah itu dipanggil 'attention seeker'?

Sesetengah lelaki tidak suka perempuan jenis yang kaki selfie kerana ia terlampau menonjol diri kepada umum dan membuatkan diri mereka dikejar oleh lelaki lain. Perkara ini sering terjadi pada pasangan yang sedang menjalinkan hubungan cinta.

Selain itu, perempuan yang gemar selfie kebanyakkan ego dan keras kepala. Mereka hanya fikirkan tentang diri mereka di alam maya berbanding dengan kehidupan realiti. Bukan semua wanita tetapi segelintir wanita.

Selfie merupakan satu kaedah bagi memudahkan kita untuk mendapat tangkap momen atau gambar sebagai satu memori indah. Jangan jadikan selfie itu sebagai satu memori murahan dengan menggunakannya tidak mengira tempat dan waktu.

Jika fikirkan balik, kenapa terdapat kes kematian melibatkan selfie? Ia kerana anda sendiri tidak memikirkan adakah ia penting untuk anda mengambil selfie di tempat dan waktu pada ketika itu. Fikirkan.
Sumber Rujukan: Maskulin@ Karangkraf

Itulah luahan dari hati lelaki-lelaki sekarang.. MF sendiri bila sentuh bab aurat dan berpakaian, MF tanya sendiri pelajar lelaki wanita macam mana nak dibuat pasangan. Ternyata mereka suka perempuan yang biasa dan tak over menonjol... yang sederhana sahaja.. wanita yang cantik, make up dan berfesyen, memang meanrik.. tapi sekadar menarik untuk ditengok tapi bukan untuk buat pasangan. 

Jadi, nak selfie, berpadalah.. jangan setiap masa selfie aje.. hmmm.. tu lah hairan juga MF, ada sesetengah orang setiap masa dia pergi berjalan mana-mana boleh update status kan.. MF ni kalau dah dengan anak-anak takde 'tangan' dah nak capai handphone.. Kalau seharian keluar, seharian juga tak tengok handphone tu kengkadang... Jadi, celah mana nak selfie... 

Apa MF hormat orang yang suka selfie ni.. tapi jangan over menayang kat laman sosial.. sesekali it's ok kan... sederhana sahaja... sebab WANITA ITU AURAT!

19 Disember 2016

5 SMARTPHONE YANG BAKAL DILANCARKAN TAHUN 2017-2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jom sembang pasal gadjet pula.. 

Gadjet ni satu keperluan masa kini dah sekarang ni... jika baru ni masing-masing bercerita pasal iPhone 7, jom kita tengok smartphone yang bakal dilancarkan tahun 2017 hingga 2019... 

Semestinya mesti lebih canggih dan lebih maju dari yang sedia ada... 

5. iPhone 8
Belum pun panas guna iPhone 7, Apple sekali lagi upgrade gadjet depa... tahun 2017 bakal dilancarkan iPhone 8. cuma tarikh yang spesifik tu takde lagi... yang pasti ianya pasti buatkan penggemar Apple teruja nak memilikinya..


  • Specifications & Features: Apple iPhone 8 Specs
  • Battery Power: Non-removable Li-Ion 3000 mAh battery
  • Camera Features: Auto focus, Optical image stabilization, 3D-4K Resolution, Live Photo, Touch Focus, Face/Smile Detection, HDR (Photo/Panorama)
  • Camera – Primary: 14 MP Primary Camera
  • Camera – Front Facing: 4 MP Front-Facing Camera
  • Colors: Silver/Space Grey/Gold/Rose Gold/Jet Black
  • Features: OLED, Eye+Fingerprint Scanner, Retina Display
  • Memory: (32/64/128/256) GB
  • Operating System: iOS 11, upgradable to iOS 11.3.2
  • Price: $1200 USD, 1069.38 Euro, 827.07 GBP
  • Processor: A-11
  • Release Date: Q-4, 2017
  • Screen Display: 5” – 5.5” 4K screen corning, retina display
  • Sensors: Barometer, compass, dust-proof, heart rate, shockproof, SPO2, thermometer
  • Video Recording: 2160p @ 30 fps, 1080p @ 60 fps, 720p @ 90 fps
  • Glass Body with a little Metal Frame: It is to be considered that Apple is appealingly  trying to make a whole glass frame for iPhone which is unbreakable and is more powerful that Android’s Gorilla Glass.
  • Touch ID is to change the frame to eliminate the Home Button and make it full of screen complete display.
4. Symetium Smartphone
Serius.. MF tak pernah dengar jenama ni... tapi kalau tengok spec smartphone bikin menggoda juga... dengan RAM yang besar... memang buatkan rasa berbaloi guna terutama bagi blogger yang selalu update blog, godek insta dan ambil photo...selain bateri yang tahan lama... 
Jom tengok spec Symetium Smartphone:



Model: Symetium
Operating System: Android Marshmallow
Processor: Qualcomm Snapdragon 820
RAM: 6 GB
Internal Memory: 64/ 128 / 256 GB internal memory
Display: 5.0 OLED 1080p gorilla Glass 4
Screen Resolution: 1920 x 1080 pixels
4G bands : YES
Camera : 24-mega pixel rear camera 5-mega pixel front facing camera
Connectivity : Bluetooth 4.0, Wi-Fi A/B/G/N/AC, GPS 850/900/1800/1900, WCDMA and Micro-USB connectivity
Battery: 4,000mAh
Colors: Black, Blue, Red, White
Expected Price: $499, $699, $ 799 and $999

3. Nokia C1
Nokia, satu jenama yang memang lama bertapak di dunia... dulu nokia terkenal dengan jenama telefon yang tahan lasak dan kecil ringan dan memang majoriti guna nokia... Tapi akibat perkembangan teknologi, Nokia ketinggalan sikit... sebab memula nokia buat smartphone guna Operating System Window bukan Android... jadi, banyak kekurangan Windows ni.. MF sendiri pernah guna.. 1 minggu je guna, terus trade in ambil samsung Note 1.

Tapi kali ni, nampaknya Nokia C1 tak mengecewakan penggemar dan peminat setia Nokia... 



NETWORK
Technology
  • GSM / HSPA
  • 2G bands GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
  • 3G bands HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
  • Speed HSPA
  • GPRS Yes
  • EDGE Yes
LAUNCH 
  • Announced: Not announced yet
  • Status: Rumored
BODY
  • Dimensions -
  • Weight -
  • SIM Micro-SIM
DISPLAY
  • Type: IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
  • Size: 5.5 inches (~79.9% screen-to-body ratio)
  • Resolution : 1080 x 1920 pixels (~401 ppi pixel density)
  • Multitouch: Yes
PLATFORM
  • OS: Android OS, v6.0 (Marshmallow)
  • Chipset: Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652
  • CPU: Octa-core (4x1.8 GHz Cortex-A72 & 4x1.4 GHz Cortex-A53)
  • GPU: Adreno 510
MEMORY
  • Card slot: To be confirmed
  • Internal: 32 GB, 2 GB RAM
CAMERA
  • Primary: 13 MP, autofocus, LED flash
  • Features: Geo-tagging, touch focus, face detection, HDR, panorama
  • Video: 1080p@30fps
  • Secondary: 5 MP
SOUND
  • Alert types: Vibration; MP3, WAV ringtones
  • Loudspeaker: Yes
  • 3.5mm jack: Yes
COMMS WLAN
  • Wi-Fi: 802.11 a/b/g/n, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot
  • Bluetooth: v4.2, A2DP
  • GPS: Yes, with A-GPS, GLONASS
  • Radio: FM radio
  • USB: microUSB v2.0
FEATURES
  • Sensors Accelerometer, proximity, compass
  • Messaging SMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM
  • Browser HTML5
  • Java No
    • MP4/H.264 player
    • MP3/WAV/eAAC+/FLAC player
    • Photo/video editor
    • Document viewer
BATTERY: Non-removable Li-Ion battery
MISC: Colors-Black

Apapun, masih belum disahkan telefon nokia ni nak keluar bila... tapi nampak menarik juga nokia kali ni.. dah ikut perkembangan zaman dah..

2. Samsung Galaxy S8
Samsung memang cepat perkembangan teknologi gadjet nya.. Yang paling terkenal ialah Galaxy la kan.. Apa pun, MF dah tak minat Samsung... Tapi Galaxy S8 ni memang buatkan orang terpikat...



  • Specifications: Galaxy S8 Specs
  • Battery: 4200 mAh
  • Camera Features: Optical image stabilization, geo tagging, facial recognition, HDR, auto laser focus
  • Camera – Front: 9.0 Megapixels
  • Camera – Rear: 30 Megapixels
  • Colors: Black, blue, gold, and white
  • Features: Corning Gorilla Glass 5, 4G LTE, Bluetooth 5.0, fingerprint scanner, retina eye scanner, wireless charging, rapid charging, mini projector
  • Memory: 64 and 128 GB internal memory and expandable with dual micro SD cards
  • Operating System: Current Android operating system 2017
  • Price: $850 USD, 775 Euro – see below
  • Processor: Snapdragon Qualcomm octa-core 3.2 GHz processor
  • RAM: 6 GB RAM
  • Release Date: April 2017 – See Below
  • Screen Display: 5.2” 4K display with a 4096 x 2160 screen resolution

1. Project ARA
Smartphone ini adalah dibawah projek Google yang berganding dengan Motorola.. .smartphone ni memang WOW memang sangat canggih.. terbeliak biji mata MF tengok... 

Project ARA (A8A01) Specifications
Processor: Qualcomm Snapdragon 810 (MSM8994)
RAM: 3GB
Storage: 32GB internal
Display: 5.46-inch,  1080 x 1920 (403 dpi), TFT-LCD OTM1906C
Camera: Rear camera: 2.1 MP (16:9 aspect ratio), fixed-focus lens, 1080p video capture
Front camera: 5.0 MP (4:3 aspect ratio), fixed focus lens, 1080p video capture
Battery: 3,450 mAh
Dimensions: 152 x 74 x 12.5 mm (without camera module)
Weight: 190 grams (approximate)
Connectivity: WiFi, Bluetooth 4.0 (LE), NFC
Sensors: GPS, barrometer, light, gyroscope, proximity, accelerometer, magnometer, pressure, gravity,
Ports: 3.5mm headphone jack, USB Type-C
Audio : Front-facing mono speaker, 3.5mm headphone jack, dual microphone
Buttons : Power, volume rocker, module release
Android: 7.0 (NMR1), API Level 24, Security Patch 2016-08-05

Tengok spec biasa je.. tapi kena tengok video ni baru nampak kelebihannya:


Antara kelima-lima ni yang mana menarik bagi anda??? Bagi MF, semua tak minat... MF kongsikan aje... MF dan suami setia pada Sony... sememangnya kami serasi dengan SOny sejak dulu lagi.. dan Sony pun tak banyak turun harga lagi... ALhamdulillah... 3 tahun dah guna... memang puas hati sangat... cuma bateri je dah kong .. ingat nak beli batery baru je... Insha Allah, ganti bateri boleh guna lama lagi... Kalau nak beli smartphone pun, pastinya MF akan beli sony kot... tapi tidak lagi kepada Samsung... 

Tapi tu la.. tiada siapa boleh tanding kemewahan yang ada pada iPhone... walaupun ada smartphone yang lebih mahal dari iPhone, orang nampak iPhone juga yang mewah kan... sebab tu macam-macam orang sanggup buat sebab nak dapatkan iPhone.. bebudak U dan Kolej bahkan sekolah menengah pun tergilakan iPhone...kalau dalam drama Malaysia takyah cakap la kan.. tak main lah samsung.. semestinya iPhone.. 

Apapun.. tak perlu nak kejar sangat harta dunia ni..sebab semuanya bersifat baharu dan takkan kekal lama.. Kalau nak milikinya pun ikut kemampuan... tak perlu nak kejar sangat teknologi sebab kita memang tak kan dapat kejar... tapi kejar lah akhirat...kerana itulah yang akan kekal abadi... :)

Sumber rujukan: Wikipedia, Google, YouTube

05 Oktober 2016

Nak Bergaya, Biarlah Kena Dengan Usia Kita!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

BEZA BUDAK DARJAH 6 DULU DAN SEKARANG!!!

MF dulu dok berlomoi kata orang utagha... darjah 6 MF gaya macam tomboi ok.. haha... tu yang tak sangka boleh jadi ustazah plak sekarang ni... adehhh...

Tapi tu kisah darjah 6.. matang??? entah la bila matangnya MF ni.. rasanya dah kahwin la kot baru matang.. kalau tak perangai bebudak lagi..

Nak cerita bab gaya.. haishhh.. jauh beza kot dulu dan sekarang... dulu pun ada tv, surat khabar, tengok artis gak.. tapi bebudak dulu sekadar tengok je dah.. bukan jenis nak mengikut.. tapi bebudak zaman sekarang memang kuat terpengaruh...

Tak kata kat anak orang.. anak sendiri pun gitu lah juga.. cuma bab pakaian MF kawal lagi... tapi kalau bab tengok kartun, tv dan gadjet kena kawal.. kalau tak mengikut.. sebab tak semua kartun dibiarkan anak-anak tengok... tapis dan kawal sebelum bagi anak-anak tengok.. bahkan drama dan iklan pun boleh mengikut... tu memang gaya budak sekarang... jadi tak hairan/. fesyen pun nak ikut juga.. 


memang beza sangat...

Tapi MF rasa, biarlah nampak serabai pun, asalkan kita tak nampak tua sebelum usia..
Terlalu terpengaruh dengan drama, artis dan fesyen trend sekarang tapi tak sesuai dengan usia mereka menjadikan kita nampak tua..

Samalh juga gayanya mak cik-makcik yang dah veteran, kalau pakai ikut model sangat, ye tak sesuai kan..

Bergaya biarlah ikut usia...
Sebenarnya, peranan ibu bapa juga.. kalau dah dari kecil dah ajar bergaya sangat.. sampai ke besar la macam tu.. MF jenis simple.. dulu pernah belikan instant shawl kat si kakak, tapi bila fikir balik tak sesuai gaya tu dengan usia si kakak.. akhirnya simpan je, sampai la usia yang sesuai, mujur juga instant shawl tu besar dan labuh kan.. takde lah membazir, ingat sekolah menengah nanti pun kakak boleh pakai.. 

10 Ogos 2016

WW | Fenomena Pokemon GO - Nilai Sendiri Buruk Baiknya!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Fenomena Pokemon GO seluruh dunia...
Nilailah sendiri kesan serta buruk baik game yang sedang melanda dunia kini...









Sumber: Printscreen dari HM Online dan BH Online

07 Ogos 2016

5 SYARAT UTAMA WAJIB DIPATUHI SEBELUM UPLOAD GAMBAR SELFIE KE FACEBOOK/INSTAGRAM/BLOG!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Syarat Upload Gambar Selfie di Facebook/Instagram/Blog!

1. Tutup aurat dengan sempurna!

2. Tidak membuat gambar menggoda! Seperti mata, atau mulut yang menggoda!

3. Tidak tabarruj!

Baca >>>MENUTUP AURAT TETAPI TABARRUJ!<<<

4. Bagi isteri, wajib mendapat keizinan suami!

5. Bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan untuk mendapat pujian(like/komen)

Jika tidak dapat penuhi 5 syarat utama ini!
JANGAN UPLOAD GAMBAR KE MANA-MANA LAMAN SOSIAL! KERANA BUKAN ANDA SAHAJA YANG BERDOSA! TETAPI ORANG LIKE, TONTON BAHKAN KOMEN TURUT BERDOSA!

Jadi semak dulu gambar selfie anda sebelum upload ke mana-mana laman sosial!!!

BAIK BUANG JE TUDUNG KAT KEPALA TU KALAU NAK TAYANG NASI LEMAK 50 SEN!!!!

Ada orang marah, MF buat ayat di atas ni!!! Buat pe nak sentap kalau korang rasa tak buat salah...

Status tu pernah MF post  kat Facebook dua tiga hari lepas...

Nak tahu penjelasannya... Klik je pada ayat tu... Ada jawapannya kenapa MF suruh je orang yang pakai tudung tu cabut tudung dia kalau selimpang tudung ke atas, tayang nasi lemak dia dan upload gambar dengan bangganya...

Entry ni bukan nak kata MF hebat bab tutup aurat... Tapi MF NAK orang faham... Apa tujuan tutup aurat.... Adakah sekadar fesyen, ikut-ikutan, atau betul-betul patuh syariat! Sama-sama kita perbaiki diri...dan istiqamah dalam kebaikan!!!

Nak korang fikir sedalam-dalamnya...
Sebelum matahari terbit dari barat... Masa tu korang nak taubat pun takde gunanya...

Jangan ingat masa hidup kita panjang... Kerana ajal mendatang tanpa diundang!!!

#muhasabahdiri
#mogaAllahtetapkanimandihati