Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan

20 Januari 2019

Januari 20, 2019

Cara Jaga Cermin Mata Supaya Tahan Lama

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Jaga Cermin Mata Supaya Tahan Lama | Tips untuk yang berkaca mata... sekarang ni mahal nak buat cermin mata kan... MF pernah buatkan untuk suami... koman-koman pun 300 gak lah.. tu kira yang biasa je tu... kalau power lebih, canggih sikit lebih lagi...

Bagi ada cermin mata, ikut tips dari pakar mata ni... cara jaga cermin mata...


Cara Jaga Cermin Mata Supaya Tahan Lama

Cara Jaga Cermin Mata Supaya Tahan Lama

Ikuti tips dari Optometris Puan Hanun Nadiah Rozi ini tentang kepentingan menjaga cermin mata.

Orang kata cermin mata ni sejenis pelaburan. Kita labur duit untuk penglihatan lebih baik.

Tapi kadangkala, pelaburan ni tak bertahan lama. Baru enam bulan pakai, dah calar sana sini.

Jadi, bagaimana nak bagi cermin mata tahan lebih lama supaya bertahun-tahun boleh pakai?

Saya kongsikan tips ya.

+ Jika mahu lap kesan cap jari atau habuk atas kanta cermin mata, pastikan bukan dalam keadaan kanta kering. Lalukan cermin pada air dulu supaya habuk berlalu pergi. Boleh kalau nak lap masa kering. Cumanya, kanta tu akan lagi cepat bercalar kalau ada habuk melekat semasa dilap.

+ Disebabkan kanta tu seeloknya basah, jangan pula sewaktu tiada sumber air, anda sedekah air liur pula pada kanta. Tahukah anda, air liur mungkin mengandungi minyak dan unsur lain yang boleh sebabkan lapisan antisilau kanta rosak.

+ Lap kanta guna kain lembut contohnya kain mikrofiber. Boleh kalau nak guna tisu atau kain biasa, cuma nanti cermin lagi senang ada kesan calar sebab material kasar. Ibarat seperti kesan parut pada kulit sebab terhiris duri pokok bunga ros. Akibatnya nanti, lagi cepat pula perlu melabur pada kanta lain.

+ Masa nak tidur, buka cermin mata, letak elok-elok di tepi bantal atau atas meja terdekat. Pastikan kantanya menghadap siling (ke atas). Supaya kanta tak bergeser dengan permukaan kasar. Tapi kalau letak dalam bekas khas bingkai tersebut, diizinkan.

+ Jaga cermin mata ni macam jaga cermin kereta. Contohnya, masa memandu, mesti nak cermin depan bersih, betul tak.. Baru rasa puas bila nak 'aim' potong kereta depan. Jadi kalau dah rasa comot tu, jemput lap ya.

Tips di atas akan jadi mudah jika benar benar sayang pada peneman setia mata anda. Sayangilah mereka.

Besar harapan saya agar jodoh anda panjang dengan cermin mata masing-masing. 😊

P/s : Perkenalkan 'nyawa kedua' saya. Faham-faham sajalah kalau power tinggi ni. Hilang arah kalau tiada cermin mata.

Hanun Nadiah Rozi
Optometris

Kredit: Sinar.my

16 Januari 2019

Januari 16, 2019

Trending : #10yearschallege

Penuh wall di Facebook dan Instagram dengan #10yearschallege.


Biasalah... Benda-benda camni memang orang suka tiru.. Cabaran yang dikatakan mencabar sangat ni kan...


10 Years Challenge ni kita cabaran untuk lihat perbezaan 10 tahun tentang diri sendiri. 


Jika nak kata cabaran untuk lihat perbezaan tu, bohong sangat kalau takde beza ye dak... 

MF juga sangatlah berbeza...

10 years challenge

#10yearschallege

Sepuluh tahun dulu... 

Tahun 2009... 

MF seorang pelajar Universiti...

Single dan hati telah dimiliki... Hujung tahun yang sama telah di risik dan diberi tanda. 

Tapi tetap berdikari sendiri...

Masa tu hanya reti bertudung bawal dah tudung labuh bulat. 

Berat masa tu kurus sangat... BMI pun underweight. 

Baju saiz XS. 

Dalam proses ambil lesen memandu. 

Menetap di Johor untuk menuntut ilmu. 

Tapi rasa seronok... Walaupun jauh dari keluarga... Masih menjaga tatasusila dan maruah keluarga.

Masa ni belum jadi blogger... 

10 years challenge

10 tahun kemudian... 

2019...

Dah jadi suri hati Mr. MAMA untuk tahun yang kesembilan. 

Dah jadi ibu kepada 4 anak... 

Dah 8 tahun jadi tenaga pendidik di sebuah sekolah menengah. 

Dah 2 buah sekolah pernah memberi khidmat. 

Berat pun dah bertambah... BMI dah normal. 

Baju dah pakai saiz M.

Dah jadi pemandu wanita solo. Teman setia Vivi. 

Yang masih sama..menetap di Johor untuk memberi ilmu... 

Sekarang dah jadi blogger separuh masa... Dah 5 Tahun jadi blogger yang lebih serius... 

Itu je kot yang boleh MF nampak perbezaan untuk #10yearschallege.


Bagus cabaran begini... Dan jangan lupa.. Cabar diri juga...


Selama 10 ni...

 Adakah iman kita makin bertambah baik?

Adakah pakaian kita bertambah elok dan mengikut syariat?

Adakah ibadah kita bertambah hebat. 

Adakah akhlak kita mengikut sunnah?

Kita seimbang... Aspek fizikal... Dan juga spiritual... Jika semakin cantik rupanya paras.. Akhlak juga biarlah seiring cantik... 

Jika kurang teruskan untuk jadi lebih baik untuk 10 tahun akan datang jika dipanjangkan umur... Insha Allah... 

Dan paling penting... Semoga sepanjang 10 tahun itu... Allah redha dengan apa yang kita buat... Insha Allah... 

13 Januari 2019

Januari 13, 2019

Kasut Bata Comfit, Kasut Kerja Pilihan 2019

Setiap kali tahun baru nak naik kerja, pasti akan beli sesuatu yang baru untuk naikkan semangat kerja.


Seperti biasa.. Suami MF akan belanja kasut kerja baru... 


Memula beli kasut biasa je. Tapi sebab suami MF tak puas hati... Dia ajak MF beli kasut baru yang lain. Biar ada jenama katanya. 


Lepas pusing 1 Mall... Akhirnya singgah kat kedai Kasut BATA.


Tak belek banyak sebab tak banyak pilihan melainkan satu.. 


Memang design baru... 

Akhirnya suami berkenan dengan BATA COMFIT. 

Terus disuruhnya MF cuba.. Memang sedap di kaji..  

Kasut Bata Comfit

Kasut Bata Comfit

Sebab design dalam lembut je... 

Alhamdulillah... Itulah rezeki kami... Terus je beli.. Harga pun tak seratus pun... 


Ni dah lebih 2 minggu guna... Alhamdulillah... Tak sakit kaki... 


Walaupun banyak jalan dan kasutnya bertumit.. Sedap jalan... 

Tapaknya lembut dan tak berbunyi... 


Memang best... Sesiapa yang nak cari kasut... Boleh beli kasut jenama BATA. Alah membeli menang memakai... 

12 Januari 2019

Januari 12, 2019

Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan Anda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan Anda! | Pernah tak kita tahu dan tanya diri kita tentang produk kesihatan atau kecantikan yang kita pakai setiap hari.

Kalau produk kesihatan, macam cendawan tumbuh... dan mudah didapati kat kiosk-kiosk kecil di pasaraya besar.

Produk kosmetik pula, kat kedai Eco RM2 pun dah ada jual.

Tapi pernah tak kita tahu, apa kandungan dalam produk-produk tu?

Mahal atau murah bukan soal barang tu selamat. Tapi andaikata ada 10 bahan ni dalam produk kesihatan dan kecantikan kita guna, baiklah buang aje... dan kalau baru nak membeli, elakkan...

sumber: google images

Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan Anda!

Bahan-bahan dilarang didapati dalam produkboleh menyebabkan kesan mudarat yang membahayakan kesihatan jika digunakan tanpa pemantauan dan arahan profesional kesihatan. Berikut adalah sebahagian daripada bahan-bahan dilarang yang sering dikesan di dalam produk-produk kesihatan.

💊Acetaminophen / Paracetamol

Acetaminophen adalah juga dikenali sebagai Paracetamol. Ia boleh diambil untuk rawatan-sendiri (self-medication) tetapi apabila perubatan tradisional tidak diisytiharkan mengandungi acetaminophen/paracetamol, pengambilannya yang berlebihan tanpa disedari boleh membawa kepada kerosakan hati, kegagalan buah pinggang, koma dan akhirnya kematian.

💊Bisacodyl

Bisacodyl adalah ubat yang dimakan untuk merawat sembelit.Penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan kekejangan perut, merasa mual, muntah-muntah, cirit-birit, hypokalaemia (tahap potassium yang rendah).

💊Chlorpheniramine

Chlorpheniramine adalah ubat dalam kategori anti-histamine. Penggunaanya tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan-kesan advers seperti pening, tekanan darah menurun, denyutan jantung yang tidak menentu, kekeliruan, kemurungan dan sawan adalah antara yang boleh terhasil dari penggunaan chlorpheniramine.

💊Dexamethasone & Prednisone

Dexamethasone dan Prednisone adalah kortokosteroid yang mana penggunaannya secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan paras glukosa dalam darah yang mengakibatkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk. Penggunaan kortikosteroid dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome yang mana dicirikan dengan muka bulat atau moon face, serta kegemukkan pada bahagian badan dengan anggota tangan dan kaki yang kecil. Pengambilan dos steroid yang tinggi dalam tempoh yang lama menyebabkan pengguna mengalami gejala keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah rendah, tekanan darah rendah dan dehidrasi.

💊Hydroquinone

Hydroquinone adalah bahan yang lazimnya digunakan untuk merawat penyakit kulit. Bahan ini adalah dikawal di mana Hydroquinone adalah dilarang dalam produk kosmetik yang digunakan bagi penjagaan kulit. Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan hipersensitiviti pada kulit, perubahan kepada warna kulit yang menyebabkan kulit secara beransur-ansur menjadi kehitaman, dan meningkatnya risiko kanser kulit.

💊Mercury

Tahap mercury yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem
saraf. Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan penggunaan mercury; yang boleh menggangu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

💊Phenylbutazone, Piroxicam & Diclofenac

Penggunaan Phenylbutazone, Piroxicam dan Diclofenac tanpa pengawasan boleh menyebabkan ulser peptik, pendarahan gastro-usus, loya, muntah-muntah, ruam kulit,
kabur penglihatan, edema, penyakit kuning dan kegagalan buah pinggang. Phenylbutazonejuga sering dikaitkan dengan kesan sampingan yang teruk seperti penyakit darah yang
serius.

💊Sibutramine

Sibutramine adalah agen pelangsing badan yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti kerana kesannya yang boleh memudaratkan jantung dan hati. Pengambilan sibutramine juga boleh menyebabkan kesan advers yang serius seperti tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur; dan dalam kes-kes yang paling teruk, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada buah
pinggang dan hati.

💊Sildenafil, Tadalafil & Vardanafil

Sildenafil, Tadalafil atau Vardanafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk yang mana pengambilannya memerlukan preskripsi doktor. Antara kesan-kesan sampingan apabila memakan ubat-ubat tersebut ialah merasa mual, muntah-muntah, muka kemerahan dan pening. Dalam kes-kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan peningkatan yang luar biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan sawan.

💊Tretinoin

Tretinoin adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsibagi merawat penyakit kulit dan ianya dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik). Penggunaan tretinoin yang tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit.

🏥 Masih keliru? Pastikan produk mendapat kelulusan KKM dan rujuk profesional kesihatan sebelum menggunakan apa jua produk kesihatan atau kosmetik.

Sumber: Public Health Malaysia

Meh.. kita tulis nota kecil dan boleh semak bila nak beli sesuatu produk kesihatan dan kosmetik... Ambil langkah bijak dan selamat...

Memang kesannya tak nampak sekarang, tapi mungkin jangka masa panjang. 

07 Januari 2019

Januari 07, 2019

5 Cara Elak Tabiat 'Membawang' - #azam2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Cara Elak Tabiat 'Membawang' - #azam2019 | Membawang sinonim dengan mengumpat. Kira istilah baru bagi kegiatan yang tak berfaedah lagi berdosa ini.

Membawang ni seronok tambah kalau dok sembang ramai-ramai... Tapi sebenarnya, itulah yang berdosa.

Buat dosa memang sedap kan.. Tapi azabnya tak nampak lagi kan.

Mengumpat ni tak kira lelaki ke perempuan... Sama je... Bila dah dok ramai-ramai.. Mulalah nak bercerita pasal orang.

Kalau dulu kena cari kawan atau geng kat rumah jiran.. Sekarang kat WhatsApp, telegram dan Facebook lagi senang nak mengumpat.

Kita bukan tak tau dosa mengumpat... Bahkan banyak ancaman Allah kepada dosa orang mengumpat... Tapi... Kadangkala... Perkara tu bila dah jadi tabiat susah nak buang kan.

Apa pun, jika kita berusaha nak berubah.. Kena kuatkan semangat.

Boleh cuba beberapa usaha ni.. Untuk elak membawang perkara yang tidak elok.

Membawang


5 Cara Elak Tabiat 'Membawang' - #azam2019

1. Banyak kan zikir...

Bila kita banyak kan zikir... Insha Allah.. Takde masa kita nak kata kat orang sebab lidah kita sibuk dengan zikir.

Amalkan je apa sahaja zikir yang simple dan senang.. Nak mudah dan nak mulakan.. Pasang je zikir ni kat smartphone kita.. Insha Allah.. Automatik, lidah akan mengikut.

2. Banyak doa

Doa... Doakan senjata mukmin..
Doakan untuk diri sendiri dan doakan untuk orang lain. Bila kita biasakan doa.. Insha Allah... Kurang aktiviti nak kata kat orang.

3. Banyak kan diam

Cuba elakkan diri dari bercakap.. Insha Allah... Bila kita cuba buat perkara di atas.. Kita akan jadi lebih pendiam. Cakap perkara yang perlu sahaja. Insha Allah...

4. Jauhi kumpulan membawang

Bergaul dan berkomunikasi bagus.. Tapi bila orang mula nak membawang... Kita buat-buatlah ada kerja dan buat kerja sendiri...

Kalau dalam WhatsApp group tu... Just silent atau... Clear chat bagi yang suka membawang. Nak left group nanti nampak sangat pula kan..

Jadi, diam itu lebih baik.

5. Banyak kan muhasabah diri

Cuba letakkan diri kita dalam keadaan orang yang kita umpat.

Cuba bayangkan kita sedang makan daging saudara kita sendiri. Sebab orang yang mengumpat ni ibarat makan daging saudara sendiri.

Mesti kita tak sanggup nak makan kan..

Banyak kan muhasabah diri dan tengok diri sendiri.. Kita sendiri pun banyak dosanya...

Itulah sedikit sebanyak usaha kita untuk elak mengumpat orang lain.

Kita kadangkala bukan nak umpat orang.. Tapi situasi dan kadangkala sikap orang tu buatkan kita geram dan nak kata kat dia kan..

Cuba tarik nafas dan bertenang... Sesuatu sikap yang tak menyenangkan kita... Anggap itu ujian buat kita.

Jom... #azam2019... Jauhi membawang dan mengumpat... Moga kita dapatkan kurang kan dosa dan gandakan pahala di tahun baru ini... Insha Allah...

Sebab...

Usia kita semakin bertambah dan semakin dekat dengan kubur... Jadi.. Bila lagi kan nak berubah kan.. Kalau bukan sekarang...


Sama-sama muhasabah diri..
#peringatanbersama 

23 Disember 2018

Disember 23, 2018

Berapa Banyak Masa Kita On Facebook? Ini Caranya Kalau Nak Tau!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berapa Banyak Masa Kita On Facebook? Ini Caranya Kalau Nak Tau! | Setiap hari mesti tak lepas dari kita on Facebook kan... Kecuali lah Facebook kita ditutup kan...

Tapi kalau blogger, media sosial influencer atau online seller, pasti akan bukan Facebook setiap hari.

Hari-hari buka Facebook, tau tak berapa banyak masa kita boleh habis kat Facebook aje..

Sekarang ni boleh tengok dah.. Berapa banyak masa kita habis kat Facebook.

Caranya mudah je...

Kat sebelah kanan tu... Ada 3 garis tu.. Klik situ..

Lepas tu klik kat Setting & Privacy

Kemudian klik kat Your Time On Facebook.

Lepas klik situ, dapatlah tengok masa purata yang kita on Facebook.



Moga setiap masa yang terdetik di Facebook.  Beri manfaat untuk kita dan orang lain.

Gunakan Facebook dengan bijak dan berpahala.

Semoga bermanfaat. 

01 Disember 2018

Disember 01, 2018

Boleh Ke Pakai Maskara, Eyeliner dan Bulu Mata Palsu?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Boleh Ke Pakai Maskara, Eyeliner dan Bulu Mata Palsu? | Wanita, suka dengan kecantikan. Disebabkan nak kelihatan mukanya cantik, sanggup buat apa sahaja.

Ramai dalam kalangan wanita Islam sudah tahu tentang hukum berkaitan kening.

Haram cukur dan lukis kening.

Tapi dalam trend merias mata, masih ramai wanita pakai maskara, eyeliner dan bulu mata palsu.

Boleh ke pakai semua tu?

Kita tak buang dan ubah pun kan tapi cuma tambah dan cantikkan... Boleh ke?

hukum pakai Maskara, Eyeliner dan Bulu Mata Palsu

Persoalan ini dijawab oleh beberapa orang ahli yang pakar dalam agama berdasarkan dalil serta perbahasan ulama terdahulu.

Jawapanya:

Pemakaian bulu mata palsu adalah HARAM selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu:
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934) 
Apa-apa perbuatan berhias diri dengan melampau maka ia DIHARAMKAN dalam Islam. 
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk. 
Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan ZAMAN KAFIR JAHILIYYAH.

Jelas kan... Pakai bulu mata palsu haram... sebab kita tambah... macam kita pakai rambut palsu juga. Kalau dah pakai yang add on pun haram, apatah lagi trend zaman sekarang iaitu sambung dan tanam bulu mata palsu... lagilah haram kan... 

Apa pun dalam solekan kita kalau berlebihan, haram hukumnya... Apatah lagi solekan yang sampai merubah wajah asal seseorang.

Kenapa haram? sebab ada unsur penipuan...

Rupa sebenar lain... tapi ditutup dengan solekan jadi lain.

Muka asal berkerepot atau tak licin pun, tapi sebab solekan... nampak licin, muda je...

Kalau lelaki yang tengok.. nak kahwin.. lain jadinya.. dan memang pernah terjadi perkara ni,.. sampai bercerai akhirnya, sebab si lelaki rasa tertipu... 

Jadi, nak solek boleh... cukuplah bersederhana... jangan lebih-lebih sangat...
Natural tu lebih baik...

sebab ...

Allah jadikan kita cukup cantik...
Tambahkan akhlak yang cantik... akan bertambah cantik... insha Allah...
Disember 01, 2018

27 TANDA KITA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

27 TANDA KITA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA | Koreksi diri... adakah kita ada diantara tanda ini?

Jika ada, sudah tiba masa untuk taubat segera...

kerana ... menjadi hamba dunia... buruk padahnya di akhirat sana,


tanda jadi hamba dunia

Antara tanda kita telah jadi hamba dunia.


1. Anda tidak bersiap-siap ketika waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an kerana Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

maksud istidraj
sumber: google images


12. Anda merancangkan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk bekerjaya.

14. Anda memiliki rakan-rakan yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat pentingkan dengan penampilan luaran Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera menyambung buat kerja.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

30 November 2018

November 30, 2018

Boleh Jadi Kaya, Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Boleh Jadi Kaya, Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan | Seram tengok zaman sekarang, orang berlumba nak jadi kaya raya.

Masa belum kaya... niat semua suci murni... Tapi bila dah kaya... orang miskin dipandang sipi...

Itulah realiti...

Islam tidak melarang kita jadi kaya... Tapi andai kekayaan kita tu menjadikan kita jadi hamba kepada kekayaan kita, lebih baik hidup sederhana.





عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ وَالْخَمِيصَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya; “Binasalah hamba wang: dinar dan dirham, hamba pakaian, dan dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira.” (HR Bukhari No: 5955) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang Islam dilarang menghambakan diri kepada harta benda dunia kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada seseorang di akhirat kelak.

2.  Harta benda dunia yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang berbentuk wang ringgit dan sebagainya adalah cubaan untuk mengukur imannya terhadap Allah SWT. Oleh itu, hendaklah menggunakannya kepada perkara-perkara yang diperintah oleh Allah SWT dan RasulNya.

3.  Orang Islam dilarang terlalu gembira apabila menerima sesuatu nikmat dan jangan berdukacita apabila ditimpa musibah.

4.  Harta yang tercela ialah harta yang lebih daripada keperluan dan mengganggu daripada mengingati Allah SWT serta tidak digunakan untuk taat kepada Allah SWT.

Jika kita menjadi hamba kepada harta dan wang ringgit, ia akan membinasakan masa depan kita di sisi Allah. Jadikan harta didunia sebagai jambatan untuk ke akhirat.


Boleh jadi kaya, tapi jangan terlalu mengejar kekayaan hingga lupa Allah...

Tanda kita ni dah jadi hamba duit:
1. Siang malam kejar duit, cari rezeki katanya hingga lupa anak bini.
2. Tidak bersosial dengan orang sebab kerja
3. Tak cukup gaji yang ada buat parttime pula.
4. Hati jadi keras bila bab duit.
5. Tak kisah halal haram asalkan duit.
6. Habiskan duit untuk dunia bukan untuk akhirat.
7. Bermegah dengan duit dan kekayaan untuk dapat nama dan pujian.

Check lah diri sendiri kot kita dah jadi hamba duit...

Tak salah kaya dan berduit, asalkan fikirkan sumber dan ke mana nak salurkan duit bila kita ada duit.

Nak sedekah tak perlu tunggu kaya...
sebab kalau nak kaya, bersedekahlah...

Dah kaya jangan lupa zakat;
kerana itulah punca rezeki kita jadi berkat.

16 November 2018

November 16, 2018

Kenapa dalam neraka ramai wanita?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kenapa dalam neraka ramai wanita? | Ini bukan tuduhan tapi fakta berdasarkan Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w:

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim)


Bukan takde kaum lelaki masuk neraka, tapi masalahnya lagi ramai wanita dari lelaki di neraka.

Ustaz kata, orang perempuan ni, nak masuk syurga pun senang, tapi nak masuk neraka pun senang juga.

Kenapa dalam neraka ramai wanita? 

Kenapa dalam neraka ramai wanita?
Kenapa dalam neraka ramai wanita? 


Kenapakah Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa ramai ahli neraka adalah terdiri daripada golongan wanita?


Apakah kesalahan golongan ini yang menjadikan penghuni Neraka majoritinya adalah wanita? Berikut merupakan beberapa sebab kesalahan wanita tersebut;


#1 – Tidak Mentaati Suami

Seorang isteri yang mengingkari segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya.

Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri adalah bersyukur dengan nikmat setiap rezeki yang dibawa balik oleh suaminya.

Allah s.w.t juga tidak akan memandang golongan isteri seumpama ini, seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w;

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (Hadis Riwayat Nasaie)

Bahkan golongan wanita seperti ni adalah mereka yang sangat gemarkan kemewahan dan perhiasan yang yang berharga, berjenama dan cantik-cantik.

#2 – Derhaka Kepada Suami

Derhaka yang dimaksudkan terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu;

#1- Derhaka dengan ucapan.


  • Derhaka dalam bentuk ucapan adalah dengan berkata-kata yang menyakitkan dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya.

#2- Derhaka dengan perbuatan.


  • Memenuhi permintaan suami tapi dengan wajah yang tidak senang atau lambat mendatangi suaminya.


  • Isteri tidak mahu melayani keperluan batin suaminya, bermasam muka ketika melayani suami, menghindari suami ketika hendak disentuh, mengalang suami daripada mendatanginya dan perkara-perkara lain seumpamanya.


  • Isteri keluar rumah tanpa izin suaminya walaupun mengunjungi orang tuanya.
  • Isteri enggan untuk bersafar (melakukan perjalanan) bersama suaminya, mengkhianati suami dan hartanya, menerima tetamu tanpa izin suaminya menunjukkan aurat selain daripada suaminya.


  • Isteri enggan mencantikkan diri untuk suaminya sedangkan suaminya menginginkan hal itu.


  • Berjalan di tempat umum tanpa mahram, berbicara dengan lemah lembut dengan lelaki yang bukan mahramnya, puasa sunat tanpa kebenaran suaminya dan lain-lain lagi.


#3- Derhaka dengan ucapan dan perbuatan.


  • Seorang isteri juga menceritakan perihal suami yang tidak disukai oleh suami kepada rakan atau keluarganya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak, sehingga menjatuhkan pandangan buruk terhadap suaminya itu.


  • Meminta cerai tanpa sebab syarie atau mendakwa dirinya telah dianiaya atau dizalimi suaminya.




#3 – Mengingkari Suami

Daripada Abdullah bin Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakanlah istighfar iaitu memohon ampun kepada Allah s.w.t. Ini kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menghuni neraka.”


Lalu seorang wanita di antara mereka bangkit bertanya kepada Nabi;
“Wahai Rasulullah s.a.w, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”


Baginda s.a.w bersabda;
“Ini kerana kamu banyak mengingkari perintah suami. Maka aku tidak pernah melihat mereka yang kekurangan akal dan agama melainkan daripada golongan kamu.”

Wanita itu bertanya lagi;
“Wahai Rasulullah s.a.w, Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita adalah sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Adapun yang dimaksudkan dengan kekurangan agama adalah wanita yang tidak mendirikan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan disebabkan kedatangan haid.”


Selain itu, wanita sering derhaka pada suaminya juga suka membantah dan hanya mahu menegakkan pendapatnya tanpa memikirkan perasaan suaminya.


#4 – Bertabarruj


Tabarruj ialah seorang wanita yang  suka menampakkan keindahan perhiasannya serta batasan yang wajib ditutupnya dari pandangan lelaki bukan mahramnya.

Allah s.w.t telah melarang hal ini dalam firman-Nya yang bermaksud;

“Dan tinggallah kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu bertabarruj dengan tabarrujnya orang-orang jahiliyyah pertama dahulu.” (Surah al-Ahzab:33)


Terdapat sabda Rasulullah s.a.w tentang golongan wanita yang berpakaian tapi hakikatnya bertelanjang dengan pakaian mereka yang nipis, ketat dan tidak menutup aurat.

Mereka adalah golongan wanita yang suka dan gembira dengan menampakkan perhiasan mereka itu.

Padahal perbuatan seperti ini secara tidak langsung turut menyeret kaum lelaki ke dalam Neraka. Rasulullah sendiri menyatakan di dalam hadis yang sahih bahawa;

“Fitnah yang paling besar yang paling ditakutkan atas kaum lelaki adalah fitnahnya wanita.”

Oleh itu, hanya wanita yang bijaksana yang sentiasa mahu bertaubat kepada Allah s.w.t akan sentiasa memohon maaf dan keredaan daripada suaminya atas segala kesalahan yang dilakukannya.

Bahkan, akan sentiasa berusaha dan berazam untuk mencintai dan mentaati suaminya itu. Rasulullah s.a.w pernah menerangkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka.


Cara Untuk Menyelamatkan Dari Azab Neraka buat Kaum Wanita

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya, Baginda pun bangkit dan mendatangi kaum wanita lalu mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda;

“Bersedekahlah kamu semua, kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Jahanam!”

Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya dan dia pun bertanya;

“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab;
“Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu kufur terhadap suami!” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, bersedekahlah sebagai salah satu jalan untuk menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka.

Saling bermaafanlah antara suami isteri dan tutuplah aurat dengan sempurna. Semoga Allah s.w.t menyelamatkan kita semua dari azab api neraka, Amin.

Wahai kaum lelaki, sayangi dan selamatkanlah wanita-wanita kita dari api neraka Allah swt yang ramai penghuninya adalah wanita.

Semoga bermanfaat.

08 November 2018

November 08, 2018

3 Perkara Ni Patut Kita Rahsiakan Dari Orang Lain

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Perkara Ni Patut Kita Rahsiakan Dari Orang Lain | Ada beberapa perkara yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.

Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al-A'dzom Muhammad bin Idris al-Syafie rahimahullah kepada al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas rahimahullah.

3 Perkara Ni Patut Kita Rahsiakan Dari Orang Lain

3 rahsia
Sumber: Google images

Pertama : Rahsiakan Umurmu. 

Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita.

Kedua: Rahsiakan tentang hal ehwal keluarga kita. 

Ini kerana jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya.

Ketiga : Rahsiakan tentang HARTA kita. 

Ini akan mengundang hasad dan iri daripada orang yang mengetahui kedudukan harta kita.

Ini kerana setiap nikmat itu sudah pasti ada yang akan hasad.

‎لكل نعمة حسود

Tetapi umat mutaakhir ini sudah jauh daripada mengikuti akhlaknya Solihin terdahulu. Kesemua perkara nak diceritakan kepada orang ramai.

Pendapatan kita nak dikhabarkan kepada orang ramai atas nama strategi pemasaran. Maka kita lebih mengikuti hak pemasaran daripada mengikuti akhlak kekasih Allah taala.

Dibimbangi, jika kita menyalahi akhlaknya para solihin terdahulu. Maka akan hilang berkat dan kebaikannya.

Semoga kita semua diberikan kebaikan dan keberkatan di dalam hidup kita.

Syeikh Nazrul Nasir Al Azhari

(Dipetik daripada facebook Mohammad Yaakub Yusra)

Itulah bencana media sosial zaman sekarang.

Bila orang tegur macam ni, dikatakan kita ni dengki dengan dia.

Sebenarnya sikap suka menunjuk dengan riak tu nipis sangat border nya.

Asalnya kita publish bukan niat menunjuk tapi bila ada yang komen, like, puji, share... Niat asal tu dah boleh tergelincir sebab syaitan ni akan sentiasa usaha untuk gelincir kan hati kita.

Bagi blogger... Boleh nak kongsi dengan niat itu memang kerja kita... Tapi jika bukan berkaitan hal review lebih baik tak usah berlebihan dalam berkongsi.

Peringatan untuk diri sendiri.

Masing-masing jaga hati... Insha Allah akan beroleh keberkatan dan ketenangan serta kebahagiaan. 

05 November 2018

November 05, 2018

20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung | Ada orang kata. . Susah la jaga rambut kalau bertudung. MF pernah statement macam ni orang seorang yang bertudung kemudian dah tak bertudung.. Moga dia kembali bertudung.

Sebenarnya, bertudung lagi senang nak jaga rambut daripada rosak akibat terkena cahaya matahari atau pencemaran.

Melakukan 20 rutin ni lagi lah memudahkan kita jaga rambut kita daripada rosak dan rapuh serta gugur.


20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

1. Cuci rambut secara berkala. 

Disarankan selang sehari untuk cuci rambut. Tapi kalau rasa kulit kepala berminyak atau tak selesa... Boleh saja cuci setiap hari. Sambil cuci tu urut kulit kepala. Pasti rasa fuhh..  Me Time dalam bilik mandi gitu..


2. Pilihlah syampu dan perapi yang betul

Pilih syampu dan perapi yang betul dan tepat ikut jenis rambut. Nak bagus pergi salon rambut.. Nanti dia akan cadangkan syampu dan perapi jenis apa yang sesuai dengan rambut kita.


3. Elakkan cuci rambut dengan air hangat/suam

kerana ia menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Bilas dengan air sejuk untuk melembutkan kutikel rambut.


4. Jangan pakai tudung ketika rambut masih basah. 

Pastikan rambut betul-betulkering sebelum pakai tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelemumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering menyebabkannya berminyak.

MF tak kan basahkan rambut kalau nak pergi kerja. Balik kerja baru basahkan rambut.


5. Sikat rambut sebelum cuci rambut.

Lepas buka tudung dan nak cuci rambut tu, sikat dahulu rambut dengan sikat bergigi lebar. Teknik ni bagus untuk elak rambut gugur begitu banyak ketika mandi.



6. Jangan terus cuci rambut lepas buka tudung.

Lepas balik rumah... Penat-penat tu.. jangan terus cuci rambut. Buka tudung dan lepaskan rambut. Biarkan dahulu peluh pada liang kulit kepala kering sebelum dicuci.



7. Pilih anak tudung yang betul

Sebaiknya anak tudung yang diperbuat daripada kapas. Dan elakkan anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala.


8. Jangan pakai anak tudung yang sama sebelum dicuci. 

Ye lah.. Kuman ke bakteria ke yang terperangkap pada rambut dan anak tudung tu... Tu yang buatkan rambut kita pun tak sihat.


9. Pilih gaya tudung yang tak terlalu tebal.

Sekarang ni banyak fesyen tudung berlapis-lapis, tapi kalau nak jaga rambut, sebaiknya pilihlah gaya tudung yang tak tebal sangat lapisannya. Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang bernafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak.



10. Ambil supplemen.

Untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat, diet yang baik juga sangat penting. Penjagaan dalaman! Ambillah makanan tambahan seperti biotin, silica, Vitamin B, C dan E, besi dan Omega-3.

20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung
20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung


11. Lepaskan rambut bila tidak bertudung.

Sepanjang memakai tudung, biasanya rambut diikat ketat. Justeru, apabila berada di rumah, lepaskannya selama yang boleh. Rambut yang kerap diikat menjadikannya mudah gugur dan mengubah tekstur halusnya.



12. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat. 

Longgarkan ikatan getah rambut agar rambut mampu ‘bernafas’.


13. Trim hujung rambut sebulan sekali.

Sebulan sekali, lakukan trim di hujung rambut untuk membuang bahagian yang bercabang atau merekah.


14. Gunakan pewangi rambut.

Gunakan pewangi rambut untuk disembur ke serata rambut sebelum dan selepas memakai tudung sekirangnya ada bau yang kurang enak.


15. Serum rambut.

Guna lah serum rambut, sebaiknya oleskan beberapa jam sebelum memakai tudung atau pakai sahaja pada waktu malam sebelum tidur.


16. Beri ruang dan peluang untuk rambut bernafas.

Dalam masa bertudung itu, kalau ada peluang tanggalkan tudung (macam kat surau atau ketika ke tandas), bolehlah dilakukan urut ringan ke kepala untuk memberi kelegaan dan rasa relaks.


17. Rawatan di salon rambut.

Sebulan sekali kunjungi salun rambut untuk mendapatkan rawatan rambut dan kulit kepala. Mengurut kulit kepala membantu melancarkan aliran darah agar rambut dapat tumbuh dengan sihat dan mengurangkan stres setelah seharian dipekup.


18. Pilih tudung yang berwarna cerah.

Tahu tak, memilih tudung yang berwarna lembut mampu memberikan kesan sejuk kepada kulit kepala, seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut? Jadi, elakkanlah memakai tudung berwarna gelap.

20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

19. Buat scrub rambut.

Seperti juga kulit wajah, kulit kepala pun perlu sentalan atau eksfoliasi untuk singkirkan sel kulit mati.

Cara mudah, campurkan beberapa camca gula bersama syampu dan gosokkan ke kulit kepala. Gosok dengan hujung jari dengan lembut. Lakukannya seminggu sekali.


20. Pakai perapi selepas syampu.

Selepas bersyampu, jangan culas memakai perapi rambut. Sapukan perapi hanya pada bahagian helaian rambut. Jangan terkena pada kulit kepala untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.


Nak cantik kena lah usaha ye dak... Harap anak kecik dah lepas setahun dapatlah manjakan diri pula lepas ni...

DAh berusia kena bertambah cantik... bukan untuk siapa.. untuk diri sendiri dan untuk suami juga kan.. 

01 November 2018

November 01, 2018

10 Cara Menghapuskan Habuk di dalam Rumah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Cara Menghapuskan Habuk di dalam Rumah | Dulu masa dok kat KL, dok kat pinggir bandar... Rumah masih ada pokok.. Suasana kampung.. Jadi kurang habuk dalam rumah.

Tapi sekarang, dok rumah taman... Hampir dengan jalan besar. Banyak lori lalu lalang... Memang tak dapat elak dari habuk.

Setiap hari kena sapu rumah.. Dan kena mop juga...

Walaupun camtu, tetap usaha untuk kurangkan habuk dan tambah habuk lagi dalam rumah.

10 Cara Menghapuskan Habuk di dalam Rumah
10 Cara Menghapuskan Habuk di dalam Rumah

10 Cara Menghapuskan Habuk di dalam Rumah


1. Elakkan menggunakan tilam dan bantal dari kapas. 

Tilam memang tak lah.. Tapi bantal jenis kekabu.. Memang agak berhabuk la..

Tapi itulah bantal yang selesa.. Nampaknya kena beli bantal hotel la lepas ni.


2 Gunakan perabot yang diperbuat daripada kayu atau plastik. 

Selain pembersihan mudah, bahan kayu dan plastik juga tidak membuat habuk terperangkap.

3. Lap habuk dengan kain lembap. 

Keluarkan habuk dengan kain lembap, supaya tidak terbang dan cepat bersih.
Elak menggunakan penyapu.

4. Vakum permaidani. 

Bersihkan permaidani sekali seminggu dengan pembersih vakum dan basuh di dobi.
Jika ia bersih dan tidak digunakan, sebaiknya menggulung permaidani dan bungkusnya dengan plastik supaya habuk tidak melekat.

5. Kurangkan hiasan gambar di dinding. 

Kurangkan pemasangan lukisan, gambar dan gambar yang dibingkai di dinding.
Debu akan dilekatkan di tempat-tempat kecil macam ni. Kita pun kadang lupa nak bersihkan.

6. Sebelum bilik dibersihkan, jangan menghidupkan kipas. 

Kerana habuk akan terbang ke tempat lain.

7. Letakkan buku dalam almari bertutup

Jangan memaparkan buku di luar.
Letakkannya di dalam almari bercermin.


8. Tanam pokok di luar rumah. 

Rumput tumbuhan dan tumbuh-tumbuhan kecil yang lain di halaman rumah.
Dengan cara itu, habuk jalan boleh dihalang dan tidak memasuki rumah.

9. Tutup pintu pada siang hari. 

Tanpa sedar, itulah debu yang sering masuk, terutama ketika matahari sangat panas.

10. Jangan letak barang atas almari. 

Tempat ini sering dimanfaatkan untuk menyimpan benda-benda yang jarang terpakai. Sebab jarang guna itulah, barang jadi dihinggapi debu.

Itu yang mengakibatkan atas lemari sering menjadi sarang debu.

Habuk boleh cetuskan penyakit. Antaranya asma.

Jadi, pastikan habuk dapat diminimumkan sehabis mungkin.

29 Oktober 2018

Oktober 29, 2018

10 Produk Paling Laris di Shopee

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Produk Paling Laris di Shopee | Shopee jadi satu shopping mall yang terbesar di Malaysia sekarang ni.

Sampaikan icon Shopee warna oren tu budak 2 tahun pun kenal. Siap nyanyi lagi lagu Shopee shark tu... Hehe..

Macam-macam ada jual kat Shopee.. Tapi bagi yang nak mula menjual... Apa barang yang boleh dijual di Shopee dan ramai orang cari?

Ini antaranya yang MF boleh kongsikan... Antara produk yang terlaris dan sentiasa dicari orang di Shopee.

10 Produk Paling Laris di Shopee

10 Produk Paling Laris di Shopee


1. Fesyen

Tak payah kata orang, tapi MF sendiri suka cari segala jenis pakaian kat Shopee.

Kadang tengok kat Facebook, malas nak PM2 cari aje kat Shopee... Pasti ada punya. Sebab dropship pun dah mula buka 'kedai' online kat Shopee.

Jadi, memang senang membeli pakaian, kasut, tudung, handbag serta pakaian anak-anak kat Shopee.

2. Gadget.

Gadget juga menjadi barang yang paling dicari di Shopee. Jika dulu orang takut nak beli handphone secara online.. Tapi sebab perkembangan teknologi dan juga polisi Shopee yang menjaga hak pembeli, menjadikan orang yakin nak beli online di Shopee.

3. Produk kecantikan.

Mungkin sebab kebanyakan pengguna Shopee adalah wanita, produk kecantikan menjadi salah satu barang yang paling banyak di minati dan di cari.

Produk penjagaan muka serta kedai seperti Watson dan Guardian mula buka cawangan di Shopee.. Itulah orang lagi suka membeli online tanpa penat tenaga nak pergi kedai lagi.

4. Produk rumah tangga.

Shopee juga menjadi tempat ibu-ibu rumah tangga mencari barang yang digunakan sehari-hari untuk mengurus masalah rumah dan keluarga.

Contoh barang yang banyak dicari di Shopee adalah peralatan dapur dan alat kebersihan.

MF sendiri pernah beli mop dan rak pinggan di Shopee.

5. Produk kesihatan

Walaupun di kempen oleh para doktor di Facebook. Tapi sebab dah terbiasa kan masyarakat kita dengan supplements menjadikan produk kesihatan tetap laris di Shopee.

6. Produk makanan.

Tak semua produk makanan di jual di kebanyakan pasaraya. Jadi, Shopee lah paling senang nak cari produk makanan yang kita nak.

Contoh mudah. MF sendiri cari makanan baby kat Shopee sebab kat kedai baby biasa tak de jual dan tak banyak pilihan.

7. Produk mainan anak.

Banyak pilihan dengan harga yang murah dari pasaran. Mainan Kanak-Kanak antara yang terlaris di Shopee.

Sebab kuasa membeli tu dalam kalangan Mak-mak, jadi barangan yang berkaitan dengan anak pasti laris kat Shopee.

8. Alat-alat elektronik.

Produk elektronik yang kadang susah kita nak dapatkan di kedai biasa. Jadi Shopee adalah pilihan terbaik untuk cari alatan elektrik dan elektronik.

9. Produk game dan komputer.

Jangan tak tahu, produk yang berkaitan teknologi dan komputer amat diminati dan dicari orang.

Macam baru-baru ni suami baru belikan kad game zaman dulu-dulu... Sebab minatnya nak main game Mario punya pasal. Haha...

10. Aksesori kereta

Orang lelaki pun dah pandai beli online sekarang. Suami MF antaranya.

Segala barang kereta dia beli kat Shopee je.. Dari segala barang spare part dan aksesori dia cari kat Shopee je.

Sebenarnya, banyak lagi produk lain dijual di Shopee... Tak mampu nak senaraikan.

Tapi apa sahaja yang terlintas korang rasa nak cari dan beli... Cubalah cari di Shopee. Sebab kebanyakan apa yang kita rasa nak beli. Akan ada jual.

Apa pun.. Moga entry ni beri peluang rezeki untuk yang nak mula menjual di Shopee.

Jom la support sikit kedai Shopee kami.. Follow sini:

https://shopee.com.my/abi_firdzaus

Terima kasih atas support korang.. Moga Allah memberkati.

Oktober 29, 2018

Larangan Membujang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Larangan Membujang | Zaman sekarang, nak kahwin fikir 100 kali. Kos segala kos tinggi... Tambah pula dengan gembar gembur hal rumahtangga kat Facebook dan Kisah Rumah Tangga, buatkan yang bujang jadi takut nak kahwin.

Tapi,

Jika ada niat nak membujang sebab takut nak kahwin, duit tak cukup... susah nak cari jodoh... baik hentikanlah niat tu... sebab Nabi s.a.w melarang perbuatan dan keinginan untuk membujang....


Larangan Membujang


Sa'ad bin Abu Waqqas berkata;

'Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang Utsman bin Mazh'un untuk membujang. Jika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengizinkan (membujang) baginya, maka kami akan mengebiri (kasi) diri kami sendiri'." - Sahih: Muttafaq 'alaih

Abu Isa berkata, "Hadith ini hasan sahih."

(Sahih Sunan at-Tirmidzi)

Matan Arab;

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلَّالُ وَغَيْرُ وَاحِدٍ قَالُوا أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ رَدَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عُثْمَانَ بْنِ مَظْعُونٍ التَّبَتُّلَ وَلَوْ أَذِنَ لَهُ لَاخْتَصَيْنَا

Kredit : Page Jalan-Jalan Cari Ilmu


Maksud kasi ialah memandulkan ... 

Maksud Kasi menurut Kamus Dewan 
sudah dihilangkan alat jantannya; tidak ada sifat jantannya lagi; kembiri: Tuan laksana lembu ~, galak saja melawan tidak. mengasi menghilangkan alat jantannya; mengembiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
sumber: google images

Jadi, yang lelaki ke, perempuan ke jangan ada niat nak membujang.

Teruskan usaha mencari Jodoh,... Jangan percaya sangat dengan kisah rumah tangga.

Banyak aje kisah manis dan indah rumah tangga yang tak digembar gemburkan...

Nak cari Jodoh, kena usaha.... Jangan terlalu memilih nak cari mr. atau mrs. perfect...

Baikkan diri kita sendiri, insha Allah yang dapat juga akan baik-baik...

Niatkan nak kahwin itu, kerana Allah... Nak dapat pahala lebih... Nak ikut sunnah Rasulullah s.a.w dan meramaikan umat Islam untuk kemaslahatan umat... Insha ALlah, Allah akan permudahakn. 

12 Oktober 2018

Oktober 12, 2018

5 Panduan Beli dan Guna Produk Kecantikan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Panduan Beli dan Guna Produk Kecantikan | Beberapa hari lepas, MF ke kedai serbaneka... macam kedai DIY, macam-macam ada... Masa nak bayar, tertarik tengok rak produk kosmetik... Pelbagai warna... menarik...

Terus MF tengok ... macam menarik.. tengok lipstik pelbagai warna.. tapi... eh... jenama ni... halal ke... selamat ke... tak jadilah nak beli...

Balik rumah, cari maklumat dulu dengan produk tu... Hmm... rupanya ada yang tiruan...

Nasib tak beli... harga memang murah dan sebijik macam ori.. jenama pun tak ubah... tapi ianya tiruan... sebab apa.. harganya murah... kalau original.. beratus harganya...

Kalau pakaian atau produk lain... boleh lagi... tapi kalau barang make up ni janganlah beli yang tiruan... kot kang, elok putih mulus cantik... terus berkarat... jenuh nak sental dik...

Di sini MF nak kongsikan panduan untuk beli dan guna produk kecantikan dan kosmetik...

5 Panduan Beli dan Guna Produk Kecantikan

Daripada segi keperluan regulatori, setiap produk kosmetik yang berada di pasaran perlu mempunyai notifikasi dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk kosmetik bernotifikasi adalah tertakluk kepada pematuhan berterusan terhadap keperluan undang-undang yang ditetapkan ke atas pihak syarikat yang bertanggungjawab khususnya dalam aspek kualiti, keselamatan serta kesahihan tuntutan yang dibuat pada label atau iklan produk kosmetik.

Semakan bagi status notifikasi sesuatu produk kosmetik boleh dilakukan pada bila-bila masa menerusi laman sesawang rasmi BPFK iaitu di www.bpfk.gov.my.

sumber: google images

Sebagai salah satu usaha untuk melahirkan pengguna bijak dan lebih berinformasi, berikut adalah panduan-panduan yang boleh diikuti sebelum membeli atau semasa menggunakan produk kosmetik:

1. Membaca maklumat pada label dan sisip bungkusan (jika ada) produk kosmetik

Setiap pengguna hendaklah membaca maklumat yang tertera pada label produk kosmetik termasuk pada sisip bungkusan, jika ada sebelum membeli atau menggunakan sesuatu produk kosmetik. Label yang lengkap perlu mempunyai maklumat seperti gambar rajah di bawah:



Lazimnya, kesemua maklumat tersebut dinyatakan pada label terdekat atau pada bekas produk. Namun, terdapat juga produk yang dikepilkan bersama sisip bungkusan yang mengandungi maklumat yang diperlukan untuk rujukan pengguna.

Pengguna hendaklah menggunakan produk mengikut saranan, syarat atau cara-cara penggunaan yang telah dikhususkan seperti yang tertera pada label/sisip bungkusan produk tersebut.

Antara contoh yang perlu diambil perhatian adalah ‘Sunburn Alert’ susulan daripada penggunaan produk yang mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHA) dalam kepekatan tertentu.

Glycolic acid dan lactic acid adalah merupakan jenis AHA yang paling kerap digunakan dalam sediaan kosmetik dan pengguna produk sedemikian perlu mematuhi arahan agar tidak mendedahkan diri kepada sinaran matahari secara langsung serta sentiasa memakai pakaian perlindungan seperti cermin mata hitam, topi serta memakai produk penabir suria (sunscreen) semasa dan seminggu selepas menggunakan produk tersebut.

2. Sentiasa menyimpan produk kosmetik di tempat yang sesuai

Penyimpanan produk kosmetik dengan cara dan di tempat yang sesuai boleh memelihara kualiti produk kosmetik. Sebagai contoh, suhu persekitaran yang sangat panas boleh menyebabkan tekstur dan aroma sesetengah produk kosmetik seperti gincu bibir, krim pelembap dan pewangi (perfume) berubah dan boleh menyebabkan produk tersebut tidak sesuai untuk digunakan lagi.

Selain itu, pengguna tidak digalakkan untuk memindahkan produk kosmetik daripada bekas yang asal kepada bekas yang lain kerana kestabilan produk kosmetik dikhuatiri akan terjejas sekiranya ia disimpan dalam bekas selain daripada yang telah dikhaskan untuk produk tersebut.

Sekiranya terdapat perubahan fizikal yang tidak diingini terhadap produk yang sedang digunakan walaupun telah disimpan dan digunakan mengikut arahan yang dinyatakan pada label, pengguna dinasihatkan untuk menghentikan penggunaan produk tersebut dan melaporkan kepada BPFK agar siasatan lanjut dapat dibuat ke atas produk yang terlibat.

3. Membeli produk kosmetik daripada sumber yang boleh dipercayai

Kebanyakan produk kosmetik dapat diperoleh dan dibeli dengan mudah termasuklah dengan hanya membeli melalui kaedah pesanan atas talian. Produk kosmetik turut dijual di pasar malam dan kaki lima bangunan atau kedai yang mana sumber, kualiti serta tahap kestabilan produk tersebut diragui.

Oleh itu, pengguna perlulah lebih berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya membeli produk kosmetik daripada sumber yang meragukan walaupun produk-produk tersebut dijual dengan harga yang murah atau dijanjikan kesan yang kononnya sangat mujarab dalam tempoh yang singkat.

4. Merujuk kepada yang profesional kesihatan yang sesuai dan diiktiraf, jika perlu

Perbezaan antara individu menyebabkan keputusan yang berbeza terhadap produk kosmetik yang pelbagai di pasaran. Sekiranya menghadapi masalah kulit yang serius, pengguna sepatutnya merujuk kepada profesional kesihatan yang bertauliah atau pakar kulit.

Menurut Naib Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia, Dr. Mardziah Alias dalam artikel terbitan Utusan Malaysia pada 8 April 2008 berkata, pengetahuan yang kurang dan salah tanggapan bahawa masalah jerawat di muka boleh diatasi dengan hanya merujuk kepada pakar kecantikan telah menjerumuskan mereka kepada masalah kulit yang lebih serius.

Katanya lagi, jerawat merupakan sejenis penyakit kulit yang perlu dirawat oleh profesional kesihatan dan bukannya oleh pakar kecantikan yang tidak bertauliah menerusi penggunaan produk kosmetik yang mungkin ada kesan sampingan terhadap kulit manusia.

Justeru itu, orang ramai disarankan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai rawatan kulit dan produk-produk kecantikan menerusi pembacaan daripada sumber bacaan yang sahih atau pun merujuk terus kepada pakar kulit bagi mendapatkan nasihat serta kaedah penyelesaian yang lebih tepat dengan permasalahan yang dihadapi.

5. Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk kosmetik yang tidak beretika

Dengan peningkatan teknologi maklumat yang pesat, orang ramai lebih mudah terdedah dengan pelbagai maklumat yang sering kali didapati sukar untuk memastikan tahap kesahihannya. Iklan-iklan produk kosmetik tidak terkecuali daripada menjadi bahan yang disampaikan secara berantai di laman sosial atau pun diiklankan dengan meluas melalui laman blog tertentu.

Selain itu, media bercetak seperti majalah dan akhbar juga didapati turut disisipkan dengan iklan produk kosmetik.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih realistik terhadap kesan yang diingini hasil daripada penggunaan produk kosmetik dan tidak mudah terpedaya dengan sesetengah iklan produk kosmetik yang mengelirukan dan tidak munasabah.

Perlu diingatkan bahawa produk kosmetik tidak boleh diiklankan dengan tuntutan perubatan seperti untuk masalah ekzema, psoriasis, luka, menguruskan badan, mengurangkan kesakitan, mencegah jangkitan dan sebagainya.

Di samping itu juga, pengguna dikehendaki untuk berwaspada terhadap iklan yang menjanjikan kesan yang drastik seperti contoh kulit menjadi putih gebu dalam tempoh yang singkat kerana dikhuatiri produk sedemikian dicemari dengan bahan terlarang yang berbahaya dan boleh menyebabkan kesan buruk kepada pengguna.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my



Jadi, belilah produk kosmetik dari sumber yang sahih... Watson dan guardian adalah gedung yang dipercayai tempat jual kosmetik yang bermutu dan berkualiti... Jangan beli kat pasar malam ok... pesan kat anak perempuan yang sedang meningkat remaja untuk kelihatan cantik tu ok...

23 September 2018

September 23, 2018

5 Syarat Make Up Yang Wajib Wanita Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Syarat Make Up Yang Wajib Wanita Tahu | Make up, sinonim dengan kaum hawa. Adalah satu yang pelik dan dikatakan langgar fitrah bila lelaki yang bermake-up.

Make up, satu perkara yang harus dalam Islam... sebab Islam tu pentingkan kebersihan dan kecantikan. Tapi ada syaratnya semua wanita Islam wajib tahu dan wajib patuhi.

Jika langgar syarat ni, hukumnya haram dan berdosa.

5 Syarat Make Up Yang Wajib Wanita Tahu

5 Syarat Make Up Yang Wajib Wanita Tahu
sumber: google images

1. Bahan Make-up Mesra Wuduk

Bahan make up mestilah bahan yang mesra wuduk. Maknanya tidak kalis air dan mudah dicuci. Andai kata jika sukar dicuci, wajib gunakan bahan lain untuk cuci make up sebelum wuduk. Tak sah wuduk jika make up masih ada diwajah ketika wuduk..

Maskara, bulu kening dan lipstik antara make up yang sukar dicuci melainkan guna tisu basah atau memang bahan tu jenis yang mudah dicuci.

2. Tidak berlebihan/tabbaruj

Dalam bermake-up jangan berlebihan sehingga mencapai tabarruj. Sehingga menarik perhatian orang lain. Berpadalah dalam bersolek.

3. Tidak ubah rupa asal

Ada solekan yang boleh merubah bentuk asal. Sehingga tak kenal wajah sebenar. Contoh, pakai conceler untuk tutup kening asal dan lukis kening baru... pakai bulu mata palsu dan lebih parah lagi cukur kening dan cukur bulu mata.

Haram hukumnya, bersolek hingga merubah wajah asal dan apa yang ada pada wajah kita.

4. Bahan Make-up Wajib daripada Bahan dan sumber yang halal

Dalam Islam, sangat dititik beratkan bab halal. Dalam make up pun wajib cari bahan make up yang halal. Sebelum mencuba sesuatu produk pastikan halal. terutama produk dari luar negara.

Selain bahan make up halal, wajib juga dari sumber yang halal. Bukan hasil curi atau rampas barang make up orang lain...


5. Niat yang betul

Betulkan niat ketika bermake up... Kenapa kita bersolek...

Jika hanya sebagai motivasi dan menaikkan keyakinan diri. untuk keselesaan diri... harus hukumnya..

Tapi jika bersolek sebab nak pikat lelaki, mohon hentikan dan elakkan... berdosa hukumnya.

Sunat bermake up untuk suami dan berpahala berhias cantik dihadapan suami.


Itu serba sedikit MF kongsikan info tentang syarat Make up yang digariskan dalam Islam.

Tak salah nak bermake up.. asalkan patuh syariat dan hukum yang ditetapkan.

Niat yang betul akan beroleh pahala... dan jika niat tak betul .. fikirkanlah akibatnya.

Semoga bermanfaat...

16 September 2018

September 16, 2018

Steam Iron Manual Pun Cepatkan Kerja Gosok Baju Juga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tengah trending pasal iron sekarang ni. Ikut trend... Iron steam menjadi pilihan ramai suri rumah dan wanita bekerjaya.

Bila MF kaji dan belek... Apa yang menjadikan iron steam ni mudahkan kerja menggosok baju...

Owh... Sistem steam dan pemanasan air.. Tu kan... Lepas tu semburan air tu buatkan kita tak perlu nak gosok 2 belah pakaian. . Gosok sebelah je.. Sebelah lagi akan licin juga macam siap digosok...

Jadi, MF ni takde iron steam yang mahal. . Huhu.. Tak mampu lagi nak beli..

Jadi, redha dan syukur aje dengan iron yang sedia ada.. Iron Lagend yang suami MF beli masa dia mula-mula masuk tentera dulu...

Seterika jenama National yang memang Lagend kan... Berat memang berat... Tapi mudah nak gosok.. Tak penat nak tekan.

Jadi, MF cuba cari solusi nak aplikasi kan iron steam menggunakan dry iron...



Caranya, MF cuba semburkan air hingga agak lembap... Lepas tu baru gosok...


Waa... Menakjubkan... Gosok sebelah je.. Sebelah lagi pun licin.. Haha.. Senang kerja.. 
Walaupun guna dry iron... Tapi aplikasikan teknik steam Iron dengan spray air sebelum gosok memang menjadi...

Cuma kekurangannya kena laras suhu la.. Padan la kan.. Sebab ni iron biasa je... Tapi sekurang-kurangnya tak perlu dah nak iron 2 belah...

Walaupun manual kena spray tu... Tapi memudahkan dari yang biasa... Tak pelah takde yang mahal pun... Ada iron ni pun dah syukur..

Dulu lagi teruk... Takde letrik... Menggagau cari iron arang bawah katil... Kira, ada iron ni pun ok kan...

Syukuri apa yang ada... Hidup kalau nak ikut trend jenuh juga... 

05 September 2018

September 05, 2018

Senang Je Nak Jual Barang di Shopee

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Senang Je Nak Jual Barang di Shopee | Dulu join Shopee hanya untuk membeli.. Tapi bila tau kat Shopee boleh jual barang MF jual barang di Shopee. 


Barang pertama MF jual ialah ink printer Epson. Banyak tak guna sebab MF dan suami beli printer tapi guna ink untuk print baju... Jadi, ink yang dapat masa beli ink tu tak digunakan la..


So, dari terbiar baik jual.

Masa mula jual tu tak tau pun prosedur kat Shopee... Belasah je orang kata... 


Follow je flow yang dia bagi... 

Mudah je rupanya nak jual barang kat Shopee...

Bagi yang dah ada akaun... Ada dua side kan.. Kiri buyer, kanan seller... Klik kat bahagian seller... 


Lepas tu klik je kat Add New Product... 


Lepas tu korang pilih lah produk yang nak dijual sama ada dari camera, photo atau Instagram. 

Lepas pilih dia terus je masuk... 


Lepas tu isi pula maklumat produk sampai lah ke proses pos... 



Kalau korang nak jual barang preloved... Tukar kat condition tu.. Klik Used. 


Lepas isi semua.. Klik kat simbol right kat belah kanan atas.  

Bila klik tu terus akan keluar simbol untuk kita share terus batang kita jual tu.. 

Share lah kat mana yang kita rasa nak share... 


Pastu korang boost je post produk tu hari-hari... 


Sebab tu kat kategori kena pilih betul-betul... 


Bila orang beli, Shopee akan bagi notifications... 


Kita settle order... Masukkan no tracking... Dan duit tu kita tak dapat terus... 


Shopee akan masukkan duit kat wallet kita bila pembeli sahkan terima barang. Selagi dia tak sahkan.. Kita tak dapat la duit.. 


Alhamdulillah.. Seronok menjual kat Shopee... 


Ramai orang dah guna Shopee sekarang ni kan.. Jadi, geng jual barang mesti cuba jual kat sini... Ada yang jadi agen dropship je pun boleh dapat income mudah di Shopee.. 


Nak menjual di Shopee lebih mudah la dari di Lazada... Lazada banyak term... Kena ada nombor company bagai la juga... 


Nak senang di Shopee lah.. Dan ramai orang percaya kat Shopee kan sekarang... Sebab dia jaga dua pihak... Jadi, tu buatkan ramai pilih beli online di Shopee... 


Try lah jual produk di Shopee... Senang... Tak payah nak PM, PM lagi... Hehe.. Habis sangat chat je kat Shopee tanpa WhatsApp.. Kan senang tu... 

03 September 2018

September 03, 2018

Masih Ramai Yang Minum Minuman Potong Kaki Ketika Sarapan Pagi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jemput Minum “Minuman Potong Kaki”


☑️ Kajian menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia mengambil gula tambahan dalam kuantiti yang BANYAK dan berlebihan menerusi minuman

☑️ Pengambilan gula yang tinggi, obesiti dan tidak aktif dalam aktiviti fizikal merupakan FAKTOR RISIKO untuk penyakit kencing manis

☑️ Setakat ini 20.3% atau hampir 2.8 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis 😱😱

☑️ Penyakit ini akan menyebabkan saraf di kaki kurang sensitif, kulit mudah di jangkiti kulat dan luka sukar sembuh.

☑️ Hal ini menjadi punca kepada komplikasi ULSER DI KAKI

☑️ Menyedihkan, 7% pesakit diabetes terpaksa di potong kaki (amputasi) akibat komplikasi ulser di kaki.

Sumber : Facebook Public Health Malaysia 


Budaya sarapan pagi yang tidak sihat di Malaysia.

Makan nasi lemak, roti canai takde masalah... Tapi pastikan minuman bukan minuman manis.. Ambil air asam, limau atau jus buah itu yang terbaik...

Gaya hidup yang dah sebati dengan masyarakat kita... Payah nak ubah kan kengkadang..

Kalau kita amalkan pemakanan sihat.. Tak perlu lagi suplemen tambahan.