Memaparkan catatan dengan label Kisah Teladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Teladan. Papar semua catatan

11 Disember 2018

Disember 11, 2018

Kisah Teladan - Ini Akibat Jika Terlalu Jaga Bab Halal Haram

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jaga yang haram dan syubhah, Allah gantikan yang terlebih baik.

Di kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah.

Kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi.

Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat fakir. Dia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam masjid Al-Taubah.

Suatu hari, Sulaim merasa sangat lapar.

Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati.

Otaknya berfikir; apa yang harus dilakukan?

Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuai keperluan.

Dia memilih untuk mencuri.

Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada saat itu saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran.

Jika seseorang mahu, dia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah.

Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid.

Dia terus melangkah ke atap rumah penduduk. Dia melihat seorang wanita dari atap tersebut, dia segera menutup matanya dan menjauh.

Kemudian dia tiba ke sebuah rumah kosong, dia mencium dari dalamnya bau sebuah masakan. Bau itu macam magnet yang menarik dirinya untuk turun.

Dia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Dia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi) yang sedang dimasak.

Tangannya mengambil salah satu dari terung tersebut dan segera menggigitnya.

Namun sebelum ia berhasil menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali.

Hatinya segera berkata, “Auzu billah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya.”

Dia menjadi sangat menyesal.

Dia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.

Dia  kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun kerana sangat lapar, dia hampir tidak mengerti apa yang didengar.

Setelah majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing, tidak ada yang masih berada di dalam masjid kecuali Syeikh Sulaim dengan gurunya.

Dalam keadaan itu seorang wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus.

Kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya, “Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Dan ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pak ciknya yang sudah sangat tua.

Dia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang-orang jahat. Mahukah engkau menikahinya?”

Syeikh Sulaim berkata, “Ya.”

Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu, “Mahukah engkau menerimanya sebagai suami?”

Ia menjawab, “Ya.”

Pakcik perempuan itu  hadir bersama dua orang saksi. Akad nikah pun dilaksanakan segera.

Syeikh itu lalu berkata, “Bawalah suamimu ini.”

 Perempuan itu lalu memimpinnya ke rumah tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata dia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik.

Juga ternyata, rumah kediamannya adalah rumah yang tadi dicerobohinya.

Isterinya  bertanya, “Mahukah engkau makan?”

 Dia menjawab, “Ya.”

Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. Dia segera berkata, “Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku?”

Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya.

Isterinya itu segera berkata, “Inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh seisinya melalui cara yang halal.”


Kisah Teladan - Ini Akibat Jika Terlalu Jaga Bab Halal Haram

Kisah ini diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali Al-Thantawi, seorang ulama besar di Syria yang wafat beberapa tahun lalu, di dalam muzakarahnya.

Beliau berkata, “Cerita ini kisah nyata. Saya sendiri mengenali tokoh-tokohnya dan saya masih ingat perincian ceritanya.”

Masya-Allah, ketika membaca kisah ini saya kembali teringat kota Damsyiq yang penuh dengan ilmu dan keberkatan. Kejadian luar biasa sering terjadi di kota ini bagi orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.

Pengajaran yang terkandung di dalam kisah ini sangat jelas.

Satu biji terung haram yang di tinggalkan kerana Allah akan dibalas dengan rumah besar berserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini.


Kredit:
Jafri Mahmoodi
Dar AlFaizin



Moga kita ambil pengajaran... Berhati-hati bab halal haram sesuatu perkara.

Bukan dalam bab makan sahaja... Tapi juga sumber rezeki kita. 

06 Oktober 2018

Oktober 06, 2018

Kisah Teladan - Belajar Untuk Ikhlas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



🌾IKHLAS🌾

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,"
kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar,
melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi
batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak
ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.


sumber: google images

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa
hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat

Jika anda IKHLAS membaca kisah ini , share lah kpd sahabat2 dgn IKHLAS . In shaa Allah dapat pahala dari ALLAH SWT ...

WALLAHU A'LAM...

23 Julai 2018

Julai 23, 2018

ADAB TEGUR MENEGUR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ADAB TEGUR MENEGUR


Teringat saya pada satu kisah.

Pada suatu malam, rumah seorang lelaki kaya dimasuki perompak. Banyak hartanya yang hilang dan ahli keluarganya dicederakan, namun masih selamat.

Keesokan hari, seorang 'ustaz' datang menziarahinya. "Mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa kamu. Orang berharta sering lalai dengan hartanya, tidak membayar zakat, tidak mahu bersedekah, tidak memandang mereka yang fakir, kedekut dan asyik mengejar kekayaan. Tuhan mahu membersihkan harta-harta kamu. Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."

Orang kaya yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak henti beristghfar sesungguh hati.

Apa yang si 'ustaz' tidak tahu ialah si kaya itu seorang yang dermawan, cuma dia tidak menghebahkannya. Dia membantu dan membangunkan sebuah perkampungan yang para penduduknya lebih dhaif dan susah. Dia juga membinakan masjid untuk mereka. Banyak lagi kebaikan dan ibadah lain yang dilakukan oleh si kaya tanpa memberitahu sesiapa mengenai aktivitinya itu termasuk kepada pembantu dan rakan-rakannya.

Si kaya hanya memberitahu beberapa aktiviti kebajikan dan sedekah yang dilakukannya kepada penduduk kampungnya sendiri. Penduduk kampungnya pula tidak sedhaif penduduk kampung yang dibantunya. Masjid di kampungnya besar dan dibangunkan atas derma ramai orang kaya di kampungnya juga. Ya, dia menderma sedikit sahaja. Itu pun kerana mahu menjaga hubungan baik dengan penduduk kampungnya.

Selesai men-tazkirah-kan si kaya, si 'ustaz' pulang ke rumah dengan perasaan 'tenang' kerana sudah menjalankan 'tanggungjawabnya untuk berdakwah' dan 'menyampaikan'.

Beberapa hari selepas itu, perompak yang merompak rumah si kaya berjaya ditangkap. Semua harta yang dirompak berjaya ditemui semula dan dikembalikan kepada si kaya. Ahli keluarganya juga sudah semakin sihat.

Si kaya meraikan kesyukurannya dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan menjemput semua penduduk kampung. Dia juga mengadakan jamuan di perkampungan yang dibantunya.

"Syukurlah kamu sudah insaf," kata si 'ustaz' kepada si kaya.

"Terima kasih, ustaz, kerana mengingatkan aku," kata si kaya sambil tersenyum.

"Tak apa. Sudah menjadi tugas aku untuk 'berdakwah'," jawab si 'ustaz'.

Malam itu, rumah si 'ustaz' terbakar ketika mereka sekeluarga sedang tidur. Rumahnya habis hangus menjadi abu. Dia tinggal sehelai sepinggang dan seorang diri. Semua ahli keluarganya meninggal dunia.

Si 'ustaz' merintih. "Ya Tuhan, aku tahu ini ujian-Mu terhadap aku. Aku mahu redha, namun ujian ini terlalu berat untukku. Mengapa aku yang Kau pilih untuk menerima ujian ini?"

Tidak lama kemudian, si kaya menziarahi si alim.

"Aku tahu kau sedang bersedih dan aku tidak akan menambahkan kesedihanmu," kata si kaya. "Aku hanya mahu menyampaikan berita gembira kepadamu."

"Bagaimana pula kau boleh menyampaikan berita gembira ketika aku sedang bersedih?" kata si 'ustaz', jengkel.

"Aku akan membinakan rumah baru untukmu. Buat sementara waktu ini, kau tinggal sahaja di salah satu rumah sewa aku secara percuma sehingga rumah barumu siap. Aku juga sudah mengarahkan pembantuku untuk membawamu menyelesaikan banyak urusan terutama berkaitan dokumen yang sudah hangus. Dia juga akan membawamu membeli semua barang keperluanmu termasuk pakaianmu. Semua belanja itu dan perbelanjaanmu yang lain, akan aku tanggung," kata si kaya.

Si 'ustaz' terkejut dan terus memeluk si kaya. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih dan terharu.

Pada masa yang sama, seorang 'alim' yang lain datang menziarahinya. Si kaya pun meminta diri dan meninggalkan mereka berdua.

Selepas bersalaman dan menyampaikan takziah, si 'alim' berkata, "Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."

Si 'ustaz' yang sedang kesedihan tersentak dan tersentap. Serta merta dia menoleh ke arah si kaya yang sedang berjalan pulang ke rumahnya. Dia teringat semula soalan yang ditanyanya kepada si kaya itu tempoh hari.

Si 'ustaz'

menangis keinsafan apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya kepada si kaya. Dalam keterlanjuran itu pun, Allah masih memelihara aibnya dengan mengilhamkan si kaya membantunya, tanpa si 'ustaz' perlu meminta-minta.

"Ya Allah, aku mohon ampun... Ketika aku sangka yang aku sedang berdakwah, rupa-rupanya aku sedang mengadili dan 'menghukum'nya. Ketika dakwahku seharusnya membawa berita gembira kepadanya yang sedang bersedih, ternyata aku hanya menambahkan kesedihannya. Aku sudah faham sekarang. Ampunkanlah aku. Jika ini adalah balasan-Mu terhadap keterlanjuranku, aku redha. Semoga Engkau mengizinkan aku kembali bertemu keluargaku di syurga."

Sumber : Google image 

ADAB TEGUR MENEGUR

Kawan-kawan.

Kesempitan, kesulitan, musibah, ujian atau apa sahaja kesusahan yang kita lihat sedang dilalui oleh seseorang itu, boleh jadi ujian ataupun balasan Tuhan kepadanya.

Boleh jadi itu ujian yang Allah beri kepadanya bagi menguatkan lagi iman dan pergantungannya kepada Allah.

Boleh jadi juga itu balasan yang Allah berikan kepadanya atas banyak kelalaian dan kesilapan dia kepada Allah.

Tidak perlu kita mengingatkannya yang itu adalah balasan Tuhan atas dosa-dosanya. Tidak perlu juga kita mengingatkannya tentang dosa-dosanya. Tuhan sendiri yang akan 'memberikan' ingatan itu kepadanya. Setiap hati manusia yang beriman pasti akan terdetik sendiri, selagi hatinya masih bersyahadah walaupun secebis.

Sebaliknya, kita pujuk dan senangkan hati mereka dengan mengingatkan mereka tentang kasih sayang Tuhan, yang Tuhan itu Maha Pengampun dan sentiasa akan 'mengejutkan' hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya melalui apa juga cara.

Ingatkan dia yang Tuhan sentiasa akan melepaskan hamba-hamba-Nya daripada apa saja kesulitan selagi kita kembali bergantung kepada-Nya, malah dikeluarkan kita daripada kesusahan melalui jalan yang tidak kita sangka, jika kita bertakwa.

Kita ini sama sahaja dengan mereka. Tidak ada beza langsung.

Lalu, siapa kita mahu menjatuhkan hukum dengan mengatakan 'itu balasan untuk kamu', sedangkan kita sendiri pun punya ujian sendiri yang kita juga tidak tahu apakah itu benar-benar ujian atau balasan Tuhan atas dosa-dosa kita?

Sama ada ujian ataupun balasan, semua itu adalah tanda kasih Allah kepada kita kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Menyintai.

Allah Maha Belas terhadap setiap makhluk-Nya walaupun dalam keadaan si makhluk yang kerap melupakan-Nya. Allah juga Maha Menghukum jika hamba-hamba-Nya masih berdegil dan tetap lalai serta berterusan melanggar setiap larangan-Nya supaya kita kembali mengingatinya.

Jika mahu mengingatkan juga, kita usaha pilih dan guna perkataan dan ayat-ayat yang lebih lembut dan tidak menghukum-hukum. Kita sendiri tidak suka diadili dan dihukum-hukum hanya berdasarkan apa yang orang nampak sedangkan banyak yang mereka tidak tahu tentang kita.

Tegur menegur. Ingat mengingati. Bukan mengadili dan bukan menghukum.

Hanya Allah yang memberi hidayah. Kita menyampaikan sahaja.

'Dakwah' itu ada pada akhlak dan kata-kata kita. Bukan pada hukuman dan amaran yang kita berikan kepada mereka.

Oleh :Hamba Allah

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kredit : Facebook Ustaz Iqbal Zain via Telegram Channel 

26 Mei 2018

Mei 26, 2018

Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban... | Dalam kita buat amal kebaikan, ada kalanya itulah yang terbaik...

Tapi sebenarnya, bila kita tahu ganjarannya kita pasti akan menyesal. Seperti yang berlaku pada Sya'ban.
Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban...
Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban...

Buatlah Amal... Jangan Sampai Menyesal Macam Kisah Sya'ban...

"Kenapa tidak jauh lagi?.. Kenapa tidak yang baru?.. Kenapa tidak semua?" tanya Sya'ban seorang sahabat Nabi sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Isteri Sya'ban yang kehairanan dengan reaksi suaminya, menanyakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW yang  datang berziarah ke rumahnya pagi itu.

Lalu Rasulullah SAW menjawab ;

"Sya'ban mengatakan 'kenapa tidak jauh lagi?' adalah kerana dia telah melihat ganjaran nikmat yang Allah telah sediakan untuknya kerana perjalanan kira kira 3 jam ulang alik setiap hari dari rumah beliau ke masjid untuk solat berjemaah. Sya'ban menyesal kerana sekiranya jarak rumah beliau ke masjid lebih jauh, maka sudah pastilah ganjaran daripada Allah lebih besar lagi."

"Sya'ban mengatakan 'kenapa tidak yang baru?' adalah kerana dia telah diperlihatkan oleh Allah akan ganjaran nikmat yang akan diperolehinya hasil daripada dia menyedekahkan baju kepada seorang fakir. Pada ketika itu bersamanya ada sehelai baju baru dan baju lama tetapi dia menyedekahkan bajunya yang lama. Sya'ban menyesal kerana sekiranya beliau menyedekahkan bajunya yang baru sudah pastilah ganjaran daripada Allah adalah lebih besar lagi".

"Adapun Sya'ban mengatakan 'kenapa tidak semua?' adalah kerana Allah telah memperlihatkan ganjaran nikmat yang bakal diperolehinya hasil daripada dia memberi separuh roti kepunyaannya kepada seorang fakir miskin. Sya'ban menyesal kerana jika dia memberi ke semua roti yang ada ditangannya pada masa itu, sudah pasti dia akan mendapat ganjaran yang lebih besar lagi daripada Allah".

Ya, begitulah kisah seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Sya'ban. Walaupun mungkin versi penyampaian kisah ini sedikit berbeza dari kisah yang pernah kalian baca atau dengar, tetapi mesej yang hendak disampaikan amat jelas sekali.

Kita tidak mengatakan Sya'ban gagal dalam pengabdian dirinya kepada Allah, tetapi apa yang perlu kita fahami adalah orang sehebat Sya'ban dalam melakukan ibadah pun masih lagi merasa menyesal, bagaimana pula kita yang masih jauh terkebelakang ini ya? Apakah kita telah merasa cukup dengan amal ibadah yang kita lakukan selama ini? Ini yang perlu kita muhasabah bersama sama.

Sebenarnya kisah Sya'ban ini mengajar kita untuk melakukan ibadah kepada Allah dengan bersungguh sungguh dan sentiasalah mencari cari peluang untuk melakukan ibadah sebanyak dan sebaik mungkin kepada Allah.

Kita ambil contoh yang mudah untuk kita fahami. Secara optimumnya bagi seorang "kaki masjid", dia hendaklah berusaha sebaik mungkin untuk mengikuti sepenuhnya program yang dianjurkan oleh pihak masjid atau surau yang selalu didatanginya. Jika ada kuliah yang dijalankan, jangan dilepaskan peluang untuk menghadirinya. Ada segelintir "kaki masjid" lebih memilih duduk bersembang diluar masjid bersama jemaah yang lain sambil menunggu solat isyak berbanding duduk didalam majlis ilmu. Alangkah ruginya!

Jika kita kaitkan keadaan mereka dengan kisah Sya'ban, apakah mereka tidak akan menyesal sekiranya Allah memperlihatkan akan nikmat nikmatNya kepada mereka lalu ditunjukkan pula nikmat yang lebih besar sekiranya mereka mendatangi majlis majlis ilmu? Mungkin akan terkeluar dari mulut mereka "kenapa aku tidak menghadiri majlis ilmu?".

Bagi orang orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan menyesal di akhirat sana kerana peluang hidup di dunia tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk ibadah. Mereka menyesal kerana adanya nikmat syurga yang lebih hebat lagi sedangkan amalan yang diusahakan oleh mereka tidak cukup bagi melayakkan diri mereka untuk memperolehinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud ;
"Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)". [50:22] Wallahu'alam.

Kredit: #AkhiAdifGorment via telegram channel

24 Mei 2018

Mei 24, 2018

Puasa Seperti Ulat vs Puasa Seperti Ular

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Puasa Seperti Ulat vs Puasa Seperti Ular | Kewajiban puasa sesungguhnya tidak hanya diwajibkan kepada manusia saja. Beberapa jenis makhluk hidup melakukan puasa sebelum mendapatkan kualiti dan biologi hidupnya. Contohnya puasa induk ayam yang mengeram sehingga berubah telur menjadi makhluk baru yang berbeza bentuk yang disebut anak ayam.

Di antara puasa haiwan yang dapat kita ambil pelajaran agar puasa kita mencapai darjat taqwa, ialah puasa ULAR dan puasa ULAT.

Puasa Seperti Ulat vs Puasa Seperti Ular
Puasa Seperti Ulat vs Puasa Seperti Ular

Puasa Seperti Ulat vs Puasa Seperti Ular

A. PUASA ULAR 🐍

Agar ular mampu menjaga kelangsungan hidup, salah satu yang mesti dilakukan adalah menggantikan kulitnya secara berkala.

Ular tidak dapat menanggalkan kulit lama serta merta. Ia mesti BERPUASA tanpa makan dalam tempoh waktu tertentu. Setelah PUASANYA TUNAI, kulit luar terlepas dan muncullah kulit baru.

Hikmahnya:
1. WAJAH ular sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
2. NAMA ular sebelum dan sesudah puasa tetap sama yakni ULAR.
3. MAKANAN ular sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
4. CARA BERGERAK sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
5. TABIAT dan SIFAT sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.

B. PUASA ULAT 🐛

Ulat atau lebih tepat "ulat bulu" adalah termasuk serangga paling rakus kerana hampir sepanjang waktu hidupnya dihabiskan untuk makan. Tapi bila sudah bosan makan, ia lakukan perubahan dengan cara berpuasa. Puasa yang benar-benar dipersiapkan untuk mengubah kehidupannya. Untuk itu ia mengasingkan diri, badannya dibungkus rapat dan tertutup dalam kepompong sehingga tak dapat lagi melampiaskan hawa nafsu makannya.

Setelah berminggu-minggu puasa, maka keluarlah dari kepompong seekor makhluk baru yang sangat indah bernama RAMA-RAMA.

Hikmahnya:
1. WAJAH ulat sesudah puasa berubah INDAH MEMPESONA
2. NAMA ulat sesudah puasa berubah menjadi RAMA-RAMA.
3. MAKANAN ulat sesudah puasa berubah MENGHISAP MADU
4. CARA BERGERAK ketika masih jadi ulat menjalar, setelah puasa berubah TERBANG di udara.
5. TABIAT dan SIFAT berubah secara total. Ketika masih jadi ulat menjadi perosak alam pemakan daun. Selepas menjadi kupu-kupu menghidupkan dan membantu kelangsungan kehidupan tumbuhan dengan cara membantu PENDEBUNGAAN.
__________________

Beza dari susut Kiasan makna

'ULAR' - Orang yang Sebelum, Semasa, Selepas puasa di bulan Ramadhan, sikap dan amalannya SAMA sahaja buat keburukan dan kekejian dan tiada perubahan ke arah kebaikan maka tiada beza ia dengan sifat seperti Ular semua keadaan sama sahaja seperti seolah-olah tiada apa manfaat melainkan penat menahan lapar dan dahaga sahaja.

ULAT - Orang yang Sebelum, Semasa, Selepas puasa Ramadhan ia menjurus ke arah semakin baik dan cantik amalannya maka ia seperti Ulat yang Sebelum dan Selepasnya berubah ke arah yang lebih baik dan semakin cantik keadaannya.
_______________

Ibrah pengajarannya

Semoga ibadah puasa kita mampu menghijrahkan diri kita agar semakin taqwa dan mampu "khairunnas anfa'uhum linnas" (sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberikan manfaat bagi manusia lainnya). Puasa kita tidak mengubah fizikal secara ketara seperti ulat, tetapi mampu mengubah secara ketara pada Rohani kita. Semoga puasa kita diterima Allah SWT... Aamiin Allahumma Aamiinnn

Sumber: Facebook Ustaz Iqbal Zain

13 Mei 2018

Mei 13, 2018

Ini Kisah di sebalik Lagu Zinnirah - UNIC

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Kisah di sebalik Lagu Zinnirah - UNIC | Semalam masa layan Gema Gegar Vaganza Akhir, salah satu lagu yang menggamit memori ialah Zinnirah.

Dulu masa belajar suka dengar lagu-lagu dari kumpulan UNIC... Jadi, lagu Zinnirah ni memang feveret juga... Sedih bila dengar lagu ni.

Ini Kisah di sebalik Lagu Zinnirah - UNIC

Kisah Zinnirah


Siapa Zinnirah? 

Lagu ni kisah tokoh wanita Islam yang teguh aqidahnya.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya.

Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom.

Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba.

Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin.

Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.

Zinnirah Diseksa 

Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu.

Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin.

Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam.

Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah.

Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan.

Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.

“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.

Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar.

Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza.

Namun begitu, Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.

Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.


Hebatkan... Itulah. . Teguhnya aqidah wanita dulu... Tapi sedih mengenangkan wanita zaman sekarang.... Lemah dan lelah dengan secebis ujian.

Moga kisah dari Zinnirah ini sebagai motivasi dan penyuntik semangat untuk menjadi wanita solehah akhir zaman. 

29 April 2018

April 29, 2018

"Rezekiku Sebuku Roti Setiap Hari"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

"Rezekiku Sebuku Roti Setiap Hari"

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja

Rezeki yang barakah

Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi ..

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.

Moral dari kisah ini

  1. Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang.
  2. Bersyukur walaupun sedikit.
  3. Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan.
  4. Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
  5. Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang.
  6. Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum.
  7. Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.


Wallahualam

Sumber: Facebook 

06 April 2018

April 06, 2018

Semua Orang Boleh Dapat Istana Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semua orang mengimpikan rumah yang indah dan besar... Tahu tak.. Kita boleh dapat rumah yang lebih besar iaitu sebuah istana... Mudah sangat nak dapatkannya.. Semua orang boleh dapat dengan mudah...

Caranya... Jom, ikuti kisah ini...

Semua Orang Boleh Dapat Istana Ini! 


Istana untuk si pemaaf
Sumber: Google images 

Pada suatu hari, Rasulullah SAW sedang berkumpul dengan para sahabatnya...
Di tengah perbincangan dengan para sahabatnya, tiba-tiba Rasulullah saw. tertawa ringan sampai-sampai terlihat gigi depannya.

Umar r.a. yang berada di di situ, bertanya, :
"Demi engkau, ayah dan ibuku sebagai tebusannya, apa yang membuatmu tertawa, wahai Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab,:
" Aku di beritahu Malaikat, bahwa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala mereka di hadapan Allah."

" Salah satunya mengadu kepada Allah sambil berkata,:

‘Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku kerana dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku’".

Allah SWT berkata,:
"Bagaimana mungkin Aku mengambil kebaikan saudaramu ini, kerana tidak ada kebaikan di dalam dirinya sedikitpun?"

Orang itu berkata,:
" Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku dipikul olehnya".

Sampai di sini, mata Rasulullah SAW berkaca-kaca.
Rasulullah SAW tidak mampu menahan titisan airmatanya.

Beliau menangis...

Lalu, beliau Rasulullah berkata,:
"Hari itu adalah hari yang begitu mencekam, di mana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosa nya."

Ganjaran kepada orang yang memaafkan orang lain... 


Rasulullah SAW  melanjutkan kisahnya.

Lalu Allah berkata kepada orang yang mengadu tadi,:

" Sekarang angkat kepalamu.."

Orang itu mengangkat kepalanya, lalu ia berkata,:

" Ya Rabb, aku melihat di depan ku ada istana-istana yang terbuat dari emas, dengan puri dan singgasananya yang terbuat dari emas & perak bertatahkan intan berlian..! "

" Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, ya Rabb?"

" Untuk orang shiddiq yang mana, ya Rabb?

"Untuk Syuhada yang mana, ya Rabb?"

Allah berkata,:
" Istana itu diberikan kepada orang yang mampu membayar harganya."

Orang itu berkata,:

"Siapakah yang bakal mampu membayar harganya, ya Rabb?"

Allah berkata,:

" Engkau mampu membayar harganya."

Orang itu terheran-heran, sambil berkata,:

" Dengan cara apa aku membayarnya, ya Rabb?"

Allah berkata,:

‘CARAnya engkau MAAFkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku’.

Orang itu berkata,:

"Ya Rabb, kini aku memaafkannya."

Allah berkata,:

'Kalau begitu, gandeng tangan saudaramu itu, dan ajak ia masuk surga bersamamu..."

Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah saw. berkata,:

"Bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian SALING BERDAMAI dan MEMAAFkan, sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi di antara kaum muslimin."

( Kisah di atas terdapat dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang shahih.)

*******
Ganjaran kepada orang yang memaafkan
Sumber:Google images 


Amalan hati yang nilainya tinggi di hadapan Allah adalah meminta maaf, memberi maaf, dan saling memaafkan...

Semoga hati kita semua menjadi manfaat dihari perhitungan nanti...

Aamiin Yaa Allah..

Maafkan diriku ini duhai sahabat2ku sekiranya pernah menyakitimu..& semoga kita sama" masuk syurga ...آمين

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kredit : Ustaz Iqbal Zain

24 Oktober 2017

Oktober 24, 2017

Kisah Teladan | Kisah Tikus dan Sahabat-sahabatnya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Kisah Teladan | Kisah Tikus dan Sahabat-sahabatnya



Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...

Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…

“Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan.

Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!

Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”

Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.”

Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.

“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.

Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.”

Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.

Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak.”

Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.

Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.

Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.

Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yang mengarang terus menyengat isteri Pak Ali.

Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.

Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.

Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.

Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.


Pengajaran daripada kisah tikus ini:

Wahai sahabatku,
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kita… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kita bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.

Wahai sahabatku,
Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat. Buatlah demi Allah.

Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.

Senyum.

Sumber: Telegram.me/mumtaz4ummah

07 Oktober 2017

Oktober 07, 2017

Kisah Kucing Makan Ikan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hawa : Assalamualaikum..mak.
Ni ikan yang emak pesan, nak letak kat mana.?

Ibu : Seekor letak bawah tudung saji, seekor lagi letak je dalam pinggan atas meja.

Hawa : Baik mak.

Tak lama selepas tu datang seekor kucing makan ikan di atas meja. Si ibu hanya melihat sambil tersenyum.
Datang si Hawa lalu terkejut..😳

Hawa : Ibu.!! Kucing makan ikan atas meja, kenapa ibu tak halau.

Ibu : (sambil tersenyum) Kenapa nk halau..??

Hawa : Ye..lah, kucing makan ikan yang Hawa beli tu.

Ibu : Biarkan lah, Hawa yg tak tutup ikan tu, bukan salah kucing.
Dia nampak *"rezeki",* jadi dia makan lah.

Hawa : Ibu yang suruh letak mcm tu atas meja, Hawa ikut je..hhmmmmmmm.

Ibu : Hawa, ibu saja je nk suruh Hawa letak ikan mcm tu, kucing tu pun ibu yg bagi masuk.

Hawa : Tapi kenapa..??

Sumber: Google images


Ibu : Dalam hidup ni kita dibagi pilihan. Tapi apa pilihan yang kita ambil, itu kita yg tentukan.

Hawa : Hawa tak paham lah ibu.

Ibu : Kucing itu seperti lelaki (sambil melihat kucing yg tgh sibuk mkn..nyum nyum) dan ikan itu pula ibarat Hawa.

Hawa : Hahahaha..tapi apa maksud ibu..??

Ibu : Hawa beli 2 ekor Ikan, seekor ada bawah tudung saji, elok tak terusik pun oleh kucing, nampak pun tak.

Seekor lagi yg tengah sedap di ratah kucing. Nak marah kucing tu pun tak boleh jugak sebab Hawa yg letak terdedah macam tu. Hawa, Hawa anak ibu selama ini ibu lihat Hawa berpakaian ketat, tudung jarang² pakai.

Hawa sedar tak yg banyak mata lelaki memerhati yang cuba ambil peluang untuk *"meratah"* Hawa. Andai takdir Hawa seperti ikan yg diratah kucing itu, ibu marah *"kucing"* yg dah meratah pun tak guna sebab Hawa sendiri tak jaga apa yang sepatutnya Hawa jaga. Masa tu Hawa sesal pun dah tak guna.

Hawa: Ibuuu 😔..
Ibu : Ibu tak nak marah anak ibu sebab anak ibu syurga ibu, jadi ibu tunjuk dengan cara ni, ibu harap Hawa paham apa yg ibu nk tunjukkan.

Kita kaum wanita, kalau tak jaga diri dan kehormatan diri, jangan marah kalau ada yang ambil kesempatan sebab kita yg bagi peluang.

Hawa : Ibu..maaf kan Hawa sebab buat ibu sedih, mulai hari ini, Hawa akan berubah.
Sebab Hawa nak ke syurga Allah dengan ibu..

Sayang ibu..

SHARE JIKA ANDA RASA POSTING NI BERMANFAAT

Kredit: Bahagian Dakwah JAKIM

Kisah teladan dengan analogi yang hebat... Tak guna nak marah lelaki yang ambil kesempatan Kat kita kalau kita sendiri membuka ruang untuk lelaki tersebut ambil kesempatan sebagaimana analogi kisah Kucing Makan ikan tersebut.. 

Renung-renungkanlah... Dan selamat bermuhasabah diri... 

04 Oktober 2017

Oktober 04, 2017

Hati-hati Dengan Kufur Kecil Ini, Baca Kisah Ini Untuk Ketahui Selanjutnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kisah Musyrik yang Kaya & Fakir yang Mukmin


Al-Baghawi  rahimahullah dalam tafsirnya menukil dari ‘Abdullah bin al-Mubarak, dari Ma’mar, dari ‘Atha’ al-Khurasani yang menceritakan bahawa dahulu ada dua lelaki yang melakukan kerja sama. 

Keduanya memperoleh keuntungan sebanyak 8 ribu dinar. Ada juga pendapat yang mengatakan, keduanya adalah dua bersaudara yang mendapat warisan sebanyak itu juga. Kemudian, keduanya membahagikan sama rata harta tersebut. 

Salah seorang dari mereka membeli tanah dengan harga seribu dinar. Yang lain, demi melihat temannya membeli tanah dengan harga seribu dinar, berkata, “Ya Allah, Si Fulan telah membeli tanah seribu dinar, maka Aku membeli tanah di syurga dari-Mu dengan harga seribu dinar.” Dia pun bersedekah dengan seribu dinar itu. 

Lelaki pertama mulai membina rumah dengan harga seribu dinar, maka lelaki kedua pun berkata pula, “Ya Allah, si Fulan telah membina rumah dengan harga seribu dinar, maka Aku membeli rumah di syurga dari Engkau dengan harga seribu dinar.” Lalu dia pun menyedekahkan seribu dinar yang kedua.

Lelaki pertama kemudian menikahi seorang wanita dengan mahar seribu dinar, maka yang kedua berkata pula, “Ya Allah, si Fulan telah menikahi seorang wanita dengan seribu dinar, maka Aku melamar dari-Mu seorang wanita syurga dengan seribu dinar,” dan dia pun menyedekahkan seribu dinar berikutnya. 

Lelaki pertama membeli pelayan dan perabot dengan seribu dinar. Lelaki kedua mengetahuinya dan berkata, “Ya Allah, si Fulan membeli pelayan dengan seribu dinar, maka Aku membeli dari-Mu pelayan dan perabot dengan seribu dinar,” lalu dia pun menyedekahkan seribu dinar terakhir. 

Akhirnya, 4.000 dinar di tangan lelaki kedua itu habis. Dia tidak mempunyai duit sesen pun untuk memenuhi keperluan hidupnya.Rumah pun dia tiada, apalagi perabotnya, atau isteri dan pelayan yang membantunya mengurusi rumah itu. Usaha atau ma’isyah, dia juga tiada. Muflis, itulah istilah yang sepatutnya diberikan kepadanya. 

Suatu ketika dia berniat menemui temannya, mudah-mudahan dia boleh dapat kebaikan dari temannya itu.

Dia pun duduk di jalan yang biasa dilalui oleh temannya. Apabila tiba di hadapannya, lelaki yang kehabisan wang itu berdiri. Lelaki pertama, yang telah menghabiskan hartanya untuk membeli tanah, rumah dan seterusnya, berhenti dan menatap orang yang di hadapannya. Dalam keadaan terkejut dia berkata, “Fulan? Kenapa denganmu?” “Betul,” kata lelaki kedua, “Saya ada keperluan mendesak.” “Mana hartamu, bukankah kamu sudah membawa separuhnya?” 

Lelaki kedua itu menceritakan apa yang dilakukannya selama ini. Lelaki pertama berkata dengan sinis, “Pergilah, aku tidak akan memberimu sesen pun.” Dalam riwayat lain, disebutkan, bahawa lelaki kedua dibawa oleh yang pertama berkeliling melihat-lihat harta kekayaannya. Allah Subhanahu wata’ala berfirman,

وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلًا رَّجُلَيْنِ جَعَلْنَا لِأَحَدِهِمَا جَنَّتَيْنِ مِنْ أَعْنَابٍ وَحَفَفْنَاهُمَا بِنَخْلٍ وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمَا زَرْعًا () كِلْتَا الْجَنَّتَيْنِ آتَتْ أُكُلَهَا وَلَمْ تَظْلِم مِّنْهُ شَيْئًا ۚ وَفَجَّرْنَا خِلَالَهُمَا نَهَرًا () وَكَانَ لَهُ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَاحِبِهِ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَنَا أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا () وَدَخَلَ جَنَّتَهُ وَهُوَ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ قَالَ مَا أَظُنُّ أَن تَبِيدَ هَٰذِهِ أَبَدًا () وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً وَلَئِن رُّدِدتُّ إِلَىٰ رَبِّي لَأَجِدَنَّ خَيْرًا مِّنْهَا مُنقَلَبًا () قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ مِن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلًا  () لَّٰكِنَّا هُوَ اللَّهُ رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِرَبِّي أَحَدًا () وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالًا وَوَلَدًا () فَعَسَىٰ رَبِّي أَن يُؤْتِيَنِ خَيْرًا مِّن جَنَّتِكَ وَيُرْسِلَ عَلَيْهَا حُسْبَانًا مِّنَ السَّمَاءِ فَتُصْبِحَ صَعِيدًا زَلَقًا () أَوْ يُصْبِحَ مَاؤُهَا غَوْرًا فَلَن تَسْتَطِيعَ لَهُ طَلَبًا () وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِ فَأَصْبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيْهِ عَلَىٰ مَا أَنفَقَ فِيهَا وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا وَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُشْرِكْ بِرَبِّي أَحَدًا () وَلَمْ تَكُن لَّهُ فِئَةٌ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مُنتَصِرًا () هُنَالِكَ الْوَلَايَةُ لِلَّهِ الْحَقِّ ۚ هُوَ خَيْرٌ ثَوَابًا وَخَيْرٌ عُقْبًا
Dan berikanlah kepada mereka perumpamaan dua orang laki-laki yang Kami jadikan bagi seorang di antara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma. Di antara kedua kebun itu Kami buatkan ladang. Kedua buah kebun itu menghasilkan buahnya, dan kebun itu tiada kurang buahnya sedikit pun, dan Kami alirkan sungai di celah-celah kedua kebun itu, Dia mempunyai kekayaan besar, maka dia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika bercakap-cakap dengan dia, “Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat.” Dia memasuki kebunnya dalam keadaan zalim terhadap dirinya sendiri; dia berkata, “Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya. Aku tidak mengira hari kiamat itu akan datang. Jika sekiranya aku dikembalikan kepada Rabbku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada kebunkebun itu.” Kawannya (yang mukmin) berkata kepadanya—ketika dia bercakap-cakap dengannya, “Apakah kamu kafir kepada (Allah) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setetes air mani, lalu Dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurna? Tetapi, aku (percaya bahwa) Dialah Allah, Rabbku, dan aku tidak mempersekutukan seorang pun dengan Rabbku.

Dan mengapa kamu tidak mengatakan ketika kamu memasuki kebunmu, ‘Masya Allah, la quwwata illa billah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).’ Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan, maka mudah-mudahan Rabbku akan memberi kepadaku (kebun) yang lebih baik daripada kebunmu (ini); dan mudah-mudahan dia mengirimkan ketentuan (petir) dari langit kepada kebunmu; hingga (kebun itu) menjadi tanah yang licin; atau airnya menjadi surut ke dalam tanah, maka sekali-kali kamu tidak dapat menemukannya lagi.” Dan harta kekayaannya dibinasakan; lalu ia membolak-balikkan kedua tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang ia telah belanjakan untuk itu, sedangkan pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata, “Aduhai kiranya dahulu aku tidak mempersekutukan seorang pun dengan Rabbku.” Dan tidak ada bagi dia segolongan pun yang akan menolongnya selain Allah; dan sekali-kali ia tidak dapat membela dirinya. Di sana, pertolongan itu hanya dari Allah yang haq. Dia adalah sebaikbaik pemberi pahala dan sebaik-baik pemberi balasan. (al-Kahfi: 32—44)

Allah Subhanahu wata’ala memerintah Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wasallam membuat tamsil untuk orang-orang kafir Quraisy dan selain mereka. Tamsil itu menerangkan tentang dua orang yang bersahabat. Salah satu dari mereka adalah petani yang kaya raya dengan sawah ladang yang subur dan hasil yang berlimpah serta pengikut yang banyak. Yang satu lagi adalah lelaki miskin, serba kekurangan. Suatu ketika, petani kaya itu memasuki kebunnya bersama temannya yang miskin. Kebun itu dipenuhi anggur dan kurma yang lebat buahnya. Di tengah kebun itu, mengalir sebuah anak sungai yang jernih. Petani kaya itu dengan bangga memerhatikan anggur – anggur bergantungan dan buah kurma yang berjuntai di tangkainya. Dia pun berkata kepada temannya, “Hartaku lebih banyak darimu, demikian pula pengikutku.” Si Kaya sengaja menyebut-nyebut kekayaan dan kedudukannya untuk membanggakan dirinya, bukan sebagai tanda syukur kepada Allah Subhanahu wata’ala yang telah memberinya kenikmatan tersebut.

Si Kaya seterusnya berkata, “Aku tidak yakin anggur dan kurma yang ada di kebun ini akan berhenti berbuah….” Rasa bangga dengan anggur yang berbuah lebat, daun-daunan yang hijau, air jernih yang mengalir di antara tanamannya, serta kurma yang berjuntai di tangkainya , membuatnya lupa bahawa dunia tidak diciptakan untuk kekal bagi siapa pun, bahkan dia pun tidak pula akan selamanya dapat merasakan lazatnya dunia. Dengan pandangannya yang sempit tentang dunia ini, dia pun berani mengingkari adanya kehidupan di seberang kematian.

Dia berkata dengan sombongnya, “Aku pun tidak percaya kiamat akan terjadi. Kalaupun aku mati, pasti aku akan menerima kebaikan….” Menurut dia, andaikata kiamat itu terjadi juga, maka sebagaimana Allah Subhanahu wata’ala telah memberinya kesenangan hidup selama di dunia, di akhirat pun Allah Subhanahu wata’ala pasti memberinya kesenangan.

Anggapan seperti ini hampir merata ada di dalam hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari kemudian. Mereka mengira, kalau di dunia sudah merasakan kesenangan, di akhirat juga pasti merasakannya. Atau sebaliknya, di dunia mereka dalam keadaan sengsara, di akhirat juga pasti sengsara. Temannya yang miskin kembali mengingatkan (sebagaimana firman Allah Subhanahu wata’ala),
أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ مِن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلًا
“Apakah kamu kafir kepada (Allah) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setetes air mani, lalu Dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurna?”

Bagaimana boleh kamu tidak beriman kepada Allah Subhanahu wata’ala dan hari kebangkitan, padahal Dia telah menciptakanmu dari setitis air yang hina lalu menjadikanmu manusia yang utuh dan sempurna? Dia melanjutkan (sebagaimana firman Allah Subhanahu wata’ala),
لَّٰكِنَّا هُوَ اللَّهُ رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِرَبِّي أَحَدًا
“Tetapi, aku (percaya bahwa), Dialah Allah, Rabbku, dan aku tidak mempersekutukan seorang pun dengan Rabbku.”

Meskipun aku miskin dan sangat memerlukan bantuan, aku tidak akan menyekutukan Allah Subhanahu wata’ala dengan sesuatu pun. Aku tidak akan menukar agamaku. Aku memang miskin, harta dan anak-anakku lebih sedikit daripada milikmu, tetapi aku yakin Rabbku (Allah) akan memberi aku lebih baik dari yang diberikan-Nya kepadamu dan menimpakan bencana kepada kebunmu, lalu kamu akan melihatnya berubah, hilang warna hijau dan keindahannya. Atau, airnya menyusut ke dalam tanah, hingga kamu tidak boleh mencarinya. Mengapa kamu tidak mengucapkan, ‘Masya Allah, la quwwata illa billah,’ setiap memasuki kebunmu? Bukankah tidak ada satu pun yang dapat memeliharanya selain Allah Subhanahu wata’alal?” Akan tetapi, si Kaya tidak mahu memerhatikan nasihat tersebut. Suatu hari, si Kaya itu memasuki kebunnya untuk menikmati pemandangan indah yang ada di sawah ladangnya.

Begitu kakinya memasuki pintu kebun itu, matanya terbeliak dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kebunnya hancur. Tidak ada lagi anggur ranum yang bergantungan ataupun tandan-tandan kurma yang bernas menjuntai. Bahkan, daun-daun hijau yang menghiasi tanamannya berserakan di atas tanah. Dia pun memukulkan tapak tangannya satu sama lain kerana ngeri melihat kehancuran di depan matanya. Ketika itu juga dia teringat ucapan temannya, maka dia pun menyesal, “Duhai kiranya aku tidak menyekutukan Rabbku dengan sesuatu apa pun.” Tetapi, penyesalannya terlambat kerana kebun itu tidak lagi bermanfaat baginya. Itulah akibat kekafirannya dan tidak bersyukur atas kesenangan yang diperolehnya. Dia menyebut-nyebut kesenangan itu hanya untuk membanggakan diri terhadap orang lain, bukan untuk mengingat Allah Subhanahu wata’ala yang telah memberinya kesenangan tersebut.




Kerana kesombongannya itu, Allah Subhanahu wata’ala melenyapkan keindahan kebun-kebunnya dan menggantikannya dengan tumpukan daun, pokok kurma, dan anggur yang tidak ada gunanya. Semua kering, hancur luluh. Itulah perumpamaan yang Allah Subhanahu wata’ala buat untuk umat manusia, baik orang-orang Quraisy yang dihadapi oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika itu mahupun yang datang setelah mereka dan bangsa lainnya. Sebuah tamsil yang menerangkan keadaan orang-orang Quraisy yang menentang nikmat paling mulia yang dilimpahkan oleh Allah Subhanahu wata’ala kepada mereka, yaitu diutusnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke tengah-tengah mereka dari kalangan mereka sendiri. Mereka diingatkan akan akibat buruk yang akan mereka rasakan jika kekafiran itu terus melekat pada diri mereka. Kemudian, Allah Subhanahu wata’ala berfirman,

هُنَالِكَ الْوَلَايَةُ لِلَّهِ الْحَقِّ ۚ هُوَ خَيْرٌ ثَوَابًا وَخَيْرٌ عُقْبًا
“Di sana pertolongan itu hanya dari Allah yang haq, Dia adalah sebaik-baik pemberi pahala dan sebaik-baik pemberi balasan.”

Pada hari kiamat nanti, Allah Subhanahu wata’ala hanya akan membela orang-orang yang beriman.



Pengajaran:

Kisah ini mengingatkan kita tentang beberapa pelajaran hidup sebagai berikut.

  1. Di dalam hidup ini selalu ada ujian yang silih berganti. Ujian itu tidak hanya berupa kesulitan, tetapi juga kesenangan dan kemudahan. Kisah-kisah orangorang yang terdahulu adalah pelajaran dan peringatan bagi orang-orang yang datang belakangan.
  2. Dunia ini manis dan menipu, terkhusus terhadap orang-orang yang lemah iman.
  3. Rezeki itu di tangan Allah Subhanahu wata’ala. Dia-lah yang telah menciptakan manusia, sehingga tentu tidak akan membiarkan mereka sia-sia begitu saja.
  4. Kewajiban untuk beriman kepada hari kebangkitan/pembalasan, bahawa setiap orang pasti akan datang menemui Allah Subhanahu wata’ala untuk dihisab dan diberi balasan sesuai dengan amalannya.
  5. Kekafiran dan kemaksiatan adalah perbuatan zalim terhadap diri sendiri. Keduanya tidak akan menimbulkan mudarat kecuali terhadap diri sendiri.
  6. Proses penciptaan manusia mulai dari setitis mani hingga menjadi manusia yang sempurna menunjukkan kekuasaan Allah Subhanahu wata’ala sekaligus menegaskan keberhakan-Nya untuk menerima peribadatan dari seluruh makhluk-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya.
  7. Disyariatkan untuk berzikir menyebut nama Allah Subhanahu wata’ala ketika melihat kebaikan dan merasakan nikmat.
  8. Kesyirikan dan kemaksiatan adalah sebab rosaknya harta dan hilangnya rezeki.
  9. Bersyukur kepada Allah Subhanahu wata’ala akan mengundang nikmat yang berikutnya, sekaligus memelihara nikmat yang sudah ada. Wallahu a’lam.

Ditulis oleh Al-Ustadz Abu Muhammad Harits

Sumber: Artikel di internet, diolah ke Bahasa Melayu untuk memudahkan kefahaman pembaca.
Sumber Gambar: Google images

14 September 2017

September 14, 2017

Kisah Tomato dan Kebencian

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Seorang guru meminta pelajar-pelajarnya untuk membawa beberapa tomato dalam beg plastik ke sekolah.

Tiap tomato ini diberi nama orang yang dibenci oleh pelajar-pelajar tersebut.

Jadi, bilangan tomato akan sama dengan bilangan orang yang mereka benci.

Pada hari yang ditetapkan, Semua kanak-kanak membawa tomato mereka. 

Ada yang memiliki dua, sesetengahnya memiliki tiga dan sesetengahnya memiliki lima, beberapa bahkan mempunyai 20 tomato mengikut bilangan orang yang dibenci mereka.

Guru tersebut kemudian memberitahu, mereka terpaksa membawa tomato dengan mereka kemana-mana mereka pergi selama dua minggu.

Hari-hari berlalu, pelajar-pelajar mula mengadu tentang bau reput dan busuk tomato tersebut.

Pelajar2 yang banyak tomato mengadu ia adalah sangat berat untuk dipikul dan bau terlalu busuk.

Lepas seminggu, guru bertanya para pelajar

"Bagaimana anda rasa minggu ini?"

Pelajar-pelajar mengadu bau busuk dan seksa yang amat sangat sebab berat daripada tomato, terutama orang-orang yang membawa banyak tomato.

Guru berkata, "ini adalah amat serupa dengan apa yang anda bawa dalam hati anda apabila anda tidak suka kepada sesetengah orang.


Sumber : Google images

Kebencian membuat hati tidak tenang dan tidak sihat, dan anda membawa kebencian itu di mana-mana.

Jika anda tidak boleh tahan bau tomato rosak selama seminggu, bayangkan kesan kepahitan hati anda kerana anda membawa ia setiap hari."

  Hati ialah sebuah taman indah yang memerlukan pembersihan drpd rumpai yang tidak diingini.

Maafkan orang-orang yang telah menimbulkan kemarahan dan kebencian anda.

Ini akan membuat Ruang untuk menyimpan perkara yang baik.


Ianya lebih baik, tidak pahit

Sumber: whatsapp group 

06 September 2017

September 06, 2017

Angin Kencang VS Angin Lembut

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ANGIN KENCANG VS ANGIN LEMBUT


Angin Kencang bertemu dengan Angin Sepoi-Sepoi dan bercakap-cakap… Angin Kencang berkata bahwa dialah yang paling hebat dan kuat. Angin sepoi-sepoi menasihatinya agar jangan berlaku sombong. Namun Angin Kencang tidak mau menerima nasihat Angin Sepoi-Sepoi bahkan menentangnyasaling mempertunjukkan kebolehannya masing-masing.

Akhirnya angin kencang mencabar Angin Sepoi-Sepoi untuk membuktikan kehebatannya dengan cara menjatuhkan seekor kera yang sedang bergayutan di dahan sebuah pohon.



Ketika Angin Kencang beraksi meniupkan anginnya yang kencang, seketika itu juga si Kera memeluk dahan pohon dengan sangat kuat dan erat. Semakin Angin Kencang menerpa dirinya, pegangan si kera pada pohon semakin kuat. Demikian seterusnya sampai akhirnya si Angin Kencang menyerah, ia tak mampu menjatuhkan si kera dari atas pohon.

Kini giliran Angin Sepoi-Sepoi berhembus lembut menerpa Si kera, mula-mula si kera berpegang pada pohon itu, tetapi kerana hembusan Angin Sepoi-Sepoi dirasakannya menyegarkan dan lembut. Akhirnya membuat si kera menjadi mengantuk. Maka lama-kelamaan seiring dengan hembusan Angin Sepoi-Sepoi yang semakin lembut dengan tanpa kekerasan sama sekali, si kera terjatuh ke tanah kerana ia terlena yang menyebabkan pegangannya terlepas dari dahan pohon itu.

Akhirnya dengan kelembutan si kera terjatuh tapi dengan kekerasan si kera dapat bertahan -

Pengajaran dari kisah tamsilan ini ialah perkataan yang lembut kepada manusia akan dapat menundukkan hati dan akal mereka, akan tetapi perkataan yang kasar atau dakwah yang keras akan menyebabkan manusia semakin degil berpaling dari kebenaran.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kredit : Facebook Ustaz Iqbal Zain

Betapa banyak kisah dakwah Rasulullah s.a.w yang berjaya kerana "angin lembut"... Lembut tapi hikmah... Akhlak yang baik... Mampu menyentap hati... Walaupun hati itu sekeras batu... 

31 Julai 2017

Julai 31, 2017

Kisah Teladan : Sanggup Makan Dengan Anjing?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Seorang Sultan mengambil seorang Ustaz menjadi menterinya. Maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan..!

Satu hari Sultan telah memanggil Menteri Agamanya dan bertanya TIGA soalan. PERTAMA! Apa itu Dunia..? KEDUA! Apa itu Akhirat..? dan KETIGA! Apa itu Iman..?

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu saja. Tak mahu syarahan yang panjang-panjang. Menteri Agama terpinga-terpinga mencari jawapan yang memuaskan hati Sultannya.

Sultan jadi murka dan memberi tempoh seminggu untuk mencari jawapannya.

Kemudian Sultan menghantar wakilnya kepada Menteri itu dan bagi titah bahawa segala kemewahan yang diberi akan dirampas jika gagal memberi jawapan yang dikehendaki.

Menteri jadi runsing yang amat sangat memikirkan akan kehilangan segala-galanya jika gagal memberi jawapan.

Menteri dah tak dapat tidur, makan pun tak lagi berselera, cakap pun dah lain macam. Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan tetapi gagal.

Akhirnya Menteri telah keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang dimilikinya.

Masa hampir tiba. Menteri makin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum sampai tempoh masa tersebut, dia duduk termenung di bawah sepohon pokok besar mengenangkan nasibnya.

Sedang dia termenung, si Menteri tadi terpandang seorang tua yang sedang berkebun.

Bila matahari terik di kepala, orang tua itu berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Maka diajaknya si Menteri makan bersama. Menteri yang kerunsingan memikirkan jawatan, istana dan kemewahan yang akan lesap tak langsung berselera nak makan lagi.

Orang tua itu bertanya, "Tuan, nampak macam ada masalah..? Boleh hamba tolong..?"

Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan-soalan Sultan beserta syarat-syaratnya kepada orang tua yang baik hati tadi.

Soalan pertama, apakah itu dunia? 

Maka dijawab orang tua tadi..! "Dunia ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk ditinggalkan. Hal ini diketahui oleh hati masing-masinglah..!"

Soalan kedua, apakah itu akhirat? 

Maka dijawab orang tua tadi..! "Akhirat ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk dibawa ke sana tanpa ada apa-apa maksud dunia di dalamnya. Ini pun diketahui oleh hati masing-masinglah..!"

Dan soalan ketiga, apakah itu iman? 

Maka orang tua itu pun bagi tahu, "Akan aku bagitahu petang nanti selepas solat Asar!

Bila waktu Asar, mereka solat Asar bersama berjemaah dan selepas solat, si Menteri terus bertanya, "Apa itu iman..?"

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa-sisa makanan tengahari.

Orang tua itu memberi syarat untuk memberi jawapan yang ketiga, dia mesti makan bersama anjing-anjing itu.

Si Menteri berfikir berkali-kali. Makan dengan anjing ni najis berat. Tak makan kang jawatan lesap, harta melayang, hidup susah dan melarat..!

Nak dapat kerja lain bukan senang sekarang ni. Fikir punya fikir akhirnya si Menteri pun buat keputusan untuk makan bersama anjing-anjing itu..!


Apabila saja si Menteri duduk untuk makan bersama anjing-anjing itu, orang tua tadi pun pegang kolar bajunya dan berkata,

"Wahai Tuan..! Inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, mereka sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan sanggup melanggar perintah Allah..!

Akan tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup melanggar perintah Allah untuk selamatkan dunianya..!"

Sumber: Telegram group

08 Mei 2017

Mei 08, 2017

KISAH CINTA INI LEBIH HEBAT DARI DRAMA TV DAN NOVEL CINTA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


BETAPA HEBATNYA CINTA RASULULLAH ﷺ TERHADAP UMATNYA

*Rasulullah menangis hingga pengsan ketika Jibril menyebutkan penghuni neraka yang ke-7. Siapakah mereka? Ikuti pembacaan hadis dibawah. 

Suatu hari Jibril datang kepada Rasulullah pada waktu yang tidak seperti biasa. Raut wajah tidak seperti biasa. Nampak berbeza.

Rasulullah SAW  bertanya:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka (wajah)?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar,  untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman drpdnya".

Lalu Rasullulah saw bersabda:
"Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam".

Jawab Jibril: "Ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun lagi sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah, seandainya  terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar semua penduduk dunia kerana panasnya. Demi Allah, andainya satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.

Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke-7.

Demi Allah, andainya  seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah dan pakaiannya adalah potongan api.

Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antara pintu sejauh 70 tahun dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yang lain".
Dinyatakan dalam 1 Hadis Qudsi: "Bagaimana kamu masih bisa melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-KU. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKU itu  mempunyai 7 tingkat.

Setiap tingkat mempunyai 70000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70000 batang pokok zaqqum.

Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandung lautan racun yg hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70000 malaikat".

 "Api yg ada sekarang ini, yg digunakan bani Adam untuk membakar, hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam" 
-HR. Bukhari-Muslim.

ALLAH berfirman dalam beberapa ayat berikut.

"Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yg jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya".- QS. Al-Furqan: 11.

"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yg mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah". -QS. Al-Mulk: 7.

Air di jahannam adalah Hamim (air panas yg menggelegak), anginnya adalah Samum (angin yg amat panas), sedang naungannya adalah Yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yg sangat panas). - QS. Al-Waqi'ah: 41-44.

Nabi Muhammad SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut.

"Pintu pertama dinamakan Hawiyah (jurang), yg diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir. 

Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yg diperuntukkan bagi kaum musyrikin.

Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yg diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api.

Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya.

Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi.

Pintu ke 6 dinamakan Sa'ir (api yg menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir.

Rasulullah bertanya: "Bagaimana dgn pintu ke 7 ?"

Sejenak malaikat Jibril seperti ragu ragu untuk menyampaikan siapa yg akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah SAW mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan ...

"Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yanag berdosa besar dan meninggal sebelum bertaubat."

Mendengar penjelasan itu,  Rasulullah terkejut lalu  pengsan. Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan rasa sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu."

Nabi Muhammad SAW lalu menangis. Jibril pun ikut menangis. Kemudian Nabi langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat.

Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari dan ketika solat beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan.

Jom kita taubat sebelum terlewat dengan taubatan nasuha. Ya Allah, mohon ampun atas segala dosa. Janganlah sampai kita meninggal sebelum bertaubat.

Banyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW agar kita mendapatkan syafa'at beliau di akhirat nanti.

Wahai sahabat & saudara-saudaraku, jika selama ini saya salah dan khilaf.

Ana uhibbukum fillah... Semoga kita saling memanggil untuk masuk ke syurga nanti. Jangan sampai ada yg tertinggal di neraka.

Jika engkau tidak menemuiku di Jannah, maka tolong cari dan keluarkan daku dari neraka. ..Naudzubillahi min dzalik...

Wallahu'alam

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

=============================================

sumber: google images


Tahniah sebab baca sampai habis kisah ni... Sayangnya Nabi SAW Kat Kita lebih dari segalanya... Dia sayang umatnya... Bergetar hati dan tubuhnya bila dikhabarkan tentang neraka jahanam yang dahsyat... 

Kisah cinta ini yang sepatutnya kita baca selalu..untuk suburkan cinta kepada Allah dan Rasul... Cintakan Allah dan Rasul bermakna ibarat kita dapat kuasai cinta makhluk di dunia... Hebatkan!!!

Apa pula perasaan kita lepas baca kisah ini???? 
Apa tindakan kita??? 
Apa balasan kita terhadap kasih sayang nabi kepada kita?

Sama-sama renungkan dan muhasabah diri... 

01 Mei 2017

Mei 01, 2017

Kisah Teladan Hari Pekerja | 40 Tahun Di Mahkamah Tak Selesai Kerana Pencungkil Gigi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


[Kerana Pencungkil Gigi, Perbicaraan Di Mahkamah Allah Selama 40 Tahun]

Kisah ini diceritakan oleh guru tafsir Al Quran kami iaitu Ust Dr Azhar Yaakob pada sesi kuliah zohor beberapa tahun lalu.

Cerita dia begini, ada 2 orang sahabat iaitu Pemuda A dan Pemuda B. Mereka berdua menuju ke puncak bukit untuk mengambil kayu balak milik Pemuda A.

Setelah sampai dipuncak dan mengikat kemas kayu balak milik Pemuda A tadi, mereka pun pulang menuruni bukit.

Ketika sedang dalam perjalanan pulang, Pemuda B telah merasakan ada sisa makanan yang terselit pada giginya.

Lalu dia pun mengumpil kecil sahaja kayu balak milik Pemuda A tadi untuk digunakan mencungkil sisa makanan yang terselit pada giginya "tanpa keizinan Pemuda A tuan punya kayu balak".

Pemuda B merasakan tidak menjadi masalah pada tindakan dia mengumpil kecil kayu balak tanpa izin Pemuda A tadi.

Akhirnya, pada perbicaraan di mahkamah Allah, Pemuda B mengalami kesukaran dan diazab oleh Allah selama 40 tahun hanya kerana umpilan kayu balak kecil yang digunakan sebagai pencungkil gigi yang diambilnya tanpa izin.

Sumber: google images

Jika umpilan sekecil pencungkil gigi itu pun Allah azab dengan sedemikian rupa, bagaimana pula jika:

1) Seseorang yang kerja disebuah syarikat yang dibayar gajinya oleh syarikat tersebut tetapi menggunakan waktu kerjanya untuk "business sendiri"? Ini mencuri masa syarikat.

2) Seseorang yang kerja disebuah syarikat yang dibayar gajinya oleh syarikat tersebut tetapi menggunakan harta benda syarikat untuk kegunaan sendiri? Ini mencuri harta syarikat.

3) Seseorang yang "claim" kepada syarikat dengan menipu resit resit atau perbelanjaan perjalanan yang tidak wujud? Ini menipu harta syarikat.

4) Seseorang yang kerja disebuah syarikat yang dibayar gajinya oleh syarikat tersebut tetapi menggunakan masa kerja hanya habis untuk berbual kosong dengan rakan sekerja dipejabat atau kedai kopi? Ini juga mencuri masa syarikat.

5) Seseorang yang tidak amanah dengan mengambil rasuah? Ini jelas kemungkaran yang dilakukan.

6) Seseorang yang berniaga dan menipu timbangan atau juga menipu ukuran ketika berjual beli? Ini juga jelas perkara mungkar sehinggakan Rasulullah SAW pernah bersabda "sesiapa yang menipu (dalam perniagaan) bukan dari umatku"

7) Seseorang menipu majikan dengan memberi "MC" palsu. Ini menipu syarikat kita bekerja.

8) Seseorang yang "claim overtime" yang mana waktu overtime yg diambilnya hanya untuk tidur sahaja. Ini "mencuri tulang".

9) Mencuri wang syarikat sedikit demi sedikit setiap hari. Ini juga jelas perkara mungkar yang ditegah didalam islam.

10) Seseorang yang melakukan perniagaan online dengan menjanjikan barangan original, tetapi apa yang di post kepada pelanggan adalah barang tiruan. Ini jelas menipu dan sangat mungkar.

Dan banyak lagi contoh contoh yang kadang kala kita terlepas pandang atau sememangnya sengaja untuk melakukan kederhakaan tersebut.

Kesemuannya ini pasti akan menerima balasan azab yang setimpal daripada Allah kelak.

Maka ambillah pengajaran daripada cerita diatas untuk kita sama sama memperbaiki diri dan beramal soleh.

Allah SWT Maha Adil terhadap sekalian hamba hambaNya. Maka kerana itu daripada sekecil kecil perkara sehinggalah sebesar besar perkara tidak akan ada satu pun yang akan terlepas daripada neraca timbangan Allah. Wallahu 'alam.

-Muhasabah Diri-

Sumber: Tazkirah Ringkas @telegram.channel