18 Mac 2017

Projek Memikat Isteri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Entry tertangguh... Kisah projek minggu lepas... Sejak beli mesin jahit baru... Semakin bersemangat suami nak menjahit... MF tahu minat dia.. mewarisi ibunya..

Mulanya buat untuk anak je.. sekali ada kain lebih... Saja MF request juga.. hehe...



Alhamdulilah.. suami cheq buatkan 7 helai palazzo kain cotton tshirt... Untuk anak-anak dua helai seorang... MF sehelai je...



Tapi MF dapat dua juga.. sehelai lagi palazzo batik.. guna kain batik yang orang sedekahkan sejak zaman anak dara tu kain tu... Tahun ni baru jadi pakaian yang boleh dipakai..

Alhamdulilah...
Dalam masa sama MF pun belajar juga jahit, potong dan ukur dari suami... Tapi fuhh... Tak sabar punya MF ni tau.. haha.. sekali ukur salah..terus tak nak buat..haha..

Tapi suami pujuk dan buatkan sampai siapkan.. akhirnya dapat la pakai... Hehe..

Terima kasih En.somi... Berjaya pikat saya dan anak-anak dengan hasil kerja tangan dia ...

Sesungguhnya menjahit ni perlukan kreativiti, ketelitian dan juga kesabaran yang tinggi... Huhu.. kalau MF nak belajar menjahit kena up lagilah peringkat sabar dalam diri tu ... Baru boleh berjaya... 

04 Mac 2017

RESEPI DONUT GEBU DAN LEMBUT ALA BIG APPLE TANPA DIULI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

RESEPI DONUT GEBU DAN LEMBUT ALA BIG APPLE TANPA DIULI! | Serius, dah lama mencari resepi donut gebu lembut macam big apple ni... Tapi biasalah.. dalam kepala otak ni mesti fikir, ala.. malas la nak buat donut,  nak kena menguli tu... penat... 

Sekali, semalam suami la cakap, anak-anak suka makan donut.. setiap kali sarapan, mesti belikan donut... haihh... tu yang buatkan MF bertekad juga nak buat sendiri.. 

Takpe la.. uli pun uli la.. kan.. memandangkan dah lama tak men'donut', jadinya kena minta tolong "Pak Cik Google" juga la minta resepi.. haha... 

Akhirnya, jumpa la resepi donut mudah, tanpa uli.. yang lembut gebu katanya... ok.. MF try je la kan.. sebab tak payah uli kan dia kata. 



Dengan semangat tuh, jadi ikut resepi tu... Mudah sangat katanya.. bahan yang memang dah sedia ada.. 

Jadi, ikut sebijik macam resepi tu... Setelah siap je... fuhh.. meletop .. memang serius... lembut, gebu betul... memang sebijik macam donut big apple... teruja ok.. teruja nih.. 



Inilah donut paling lembut, gebu pernah dibuat... 
Serius... ini membuatkan MF nak buat donut frozen banyak-banyak... dalam hati, mula dah fikir nak buat roti pizza la, buat pau la.. sebab caranya sama je.. punya lah teruja sebab senang sangat caranya... dan memang tak penat tangan nak uli pun... lepas ni memang akan buat lagi dan lagi... 

Kalu nak mencuba, jom ikut resepi ni:

DONUT GEBU TANPA ULI

Bahan-bahan A:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam 
2 sudu gula

Campurkan bahan A ni dan biarkan kembang.

Bahan-bahan B:
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Ramaskan bahan-bahan B ni sehingga jadi macam serbuk roti.

Cara membuatnya:
  • Campurkan Bahan A (campuran yis yang telah kembang) tadi ke dalam Bahan B dan gaul rata.
  • Biarkan selama 1 jam dalam bekas yang tertutup.
  • Adunan memang agak lembik tapi jangan risau dan jangan tambah tepung.
  • Selepas satu jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. 
  • Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni boleh ambil sedikit tepung untuk terap acuan supaya tak melekat.
  • Biarkan selama 30 minit, atau nampak kembang sikit dan bolehlah digoreng.
Memang takde proses uli pun... hanya gentel penyek je sikit masa nak canaikan tu... mudah sungguh la... Cuma dia kena perap tu buatkan kena buat awal la.. Kalau nak buat untuk minum petang, dalam jam 3 petang dah kena sediakan dohnya... MF buat pagi tadi pun, sambil-sambil layan online je.. 

Ni untuk di'frozen'kan... tapi rasa macam tak sempat nak kena 'frozen' je... 😊

Tapi memang senang betul lah.. lepas ni memang boleh buat lagi.. Ni, en.somi beli coklat untuk sapu kat atas.. mesti betul-betul-betul macam big apple lepas ni.. hehe.. 

Rujukan Resepi: Blog Che Eda

30 Julai 2016

Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hujung minggu... bila masuk ke dapur.. meriah dapur... tambah kalau laki bini pula yang sama-sama kaki masak kan...

Ini projek laki bini, semalam...
Belek-belek dalam almari dapur, ada pula agar-agar... sekali suami suruh masak buat agar-agar...
Dah rebus agar-agar, teringat pula si dia, rancangan Chef Ramadhan dia selalu tonton setiap pagi kat rumah... biasalah.. Mr. Mama kan... sambil bekerja, jaga anak dan tengok tv.... macam suri rumah juga la gayanya... cuma ni suri rumah lelaki... hehe...

Dah teringat resepi puding lapis-lapis tu... MF tahu la itu trifle orang moden panggil... Memang dah lama nak buat.. siap simpan resepi.. tapi tak menjadi lagi... Tapi bila suami isteri bekerjasama.. segalanya jadi mudah...

Dengan semangat membara, dia pergi kedai, belikan bahan yang tak cukup...
Sementara, MF buat kat rumah dengan bahan-bahan sedia ada.



Mudah je nak buat triffle ni sebenarnya... 

Bahan-bahannya ialah:

Bahan A:
1 kek span gulung (MF guna perisa pandan)
1 tin coktail buah (asingkan airnya dan buahnya)

Bahan B:
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
air (sukat guna tin susu cair)

Bahan C:
Agar-agar atau serbuk jeli
Air
Gula
Sirap

Cara-caranya:
  1. Potong kek span gulung setebal 1cm atau lebih...terpulang nak lapisan bawah tu tebal atau nipis kan... Kemudian, susun di dalam bekas rata dan tutup semua lapisan bawah...
  2. Renjis air sirap dari coktail buah atas kek span tadi... tujuannya untuk jadikan lebih lembap (moist)
  3. Satukan bahan B dan masak di atas api sambil kacau takut hangus. Masak hingga pekat dan mendidih... atau dah nampak meletup-letup gitu.
  4. Kemudian tuangkan bahan B yang dah masak di atas lapisan kek span tadi. 
  5. Tabur buah coktail rata... dan biarkan sejuk...
  6. Masak Bahan C, sehingga mendidih. Jika guna serbuk jeli, ikut sahaja arahan pada kotak/label. 
  7. Tuangkan bahan C yang masak tadi di atas lapisan yang telah sejuk tadi... 
  8. Sejukkan dulu, kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap... 
Nampak macam susah, tapi senang sangat nak buatnya. Trifle ni banyak versi juga... Kalau guna buah segar mungkin lagi sedap... Cara nak susun lapisan tu pun bergantung kepada kreativiti masing-masing... Tapi trifle ni antara desert atau pencuci mulut yang sedap dinikmati waktu petang... Triffle yang kami buat ni menarik dari warnanya.... gabungan tiga warna, hijau, kuning dan merah... 




p/s: Bila perancangan dapat sokongan suami/isteri, itu akan menjadi... kalau sorang-sorang je dok plan memang tak jalan lah jawabnya. 

21 Februari 2016

Resepi: Rendang Kerang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Akibat belek buku resepi Chef Wan, dah terliur sendiri... Mengidam betul semalam nak masak dan makan rendang kerang... Memandangkan bahan pun senang... cuma nak dapatkan kerang tu takde jaminan.

Tapi suami ai, cuba dapatkan juga... Nak dijadikan rezeki, ada pula jual kat pasar... Alhamdulillah, dibelinya kerang sekilo... Kerang sekilo, berat kulit je la lebih kan...

Gagah la membuat rendang kerang semalam... Ikut resepi Chef Wan walaupun tak 100% cukup bahan.


Bahan-bahannya:

1 kilo kerang, direbus dan diambil isinya.

Bahan untuk dikisar:
1 biji bawang sederhana besar
5 ulas bawang putih
3 biji cili padi
2 batang serai (serai MF kecil sebab tu guna 2 batang, kalau serai yang besar, cukup sebatang je)

2 sudu cili giling
100ml santan
1/2 sudu kerisik
1 1/2 sudu air asam jawa (boleh guna asam keping atau asam gelugur)
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cili giling dan kacau rata
Masukkan santan, air asam jawa dan gaul sehingga pekat.
Masukkan kerang, garam dan gula. Kacau lagi sehingga rata.
Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata sehingga sebati semua rempah dan bahan.
Biarkan dalam 2 minit dan angkat serta hidangkan panas bersama nasi. 

Memang sedap walaupun resepi ni tak cukup bahan. Bahan asal ada daun kunyit dan daun limau purut. Tapi dah takde... MF buat aje guna bahan sedia ada. Tetap sedap. Tergoda juga en.somi... haha.. dia tak boleh makan sebab resdung... Jadi, tengok dan ambil bau je la.. hehehe..

Sesiapa nak mencuba resepi-resepi ni... dipersilakan... 

16 Januari 2016

Sup Kaki Ayam dan Sambal Kicap Johor!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hampir seminggu MF tak memasak... nak buat macam mana badan yang betul-betul tak daya untuk masak... Kadang jeles tengok orang dapat masak, buatkan bekal dan sarapan untuk suami dan anak-anak.. Tak dapat nak tipu hati, MF manusia biasa juga kan... Apa-apa pun redha dan terima kasih buat suami yang memahami...

Semalam, MF dah mula sihat sikit... mungkin berkat doa suami dan sahabat maya MF ni kan... Alhamdulillah MF nak memasak. jemu makan masakan luar... MF rasa dan teringin nak makan sup kaki ayam.. Jadi, pepagi lagi minta suami belikan kaki ayam di pasar. Alhamdulillah dapat la satu kilo kaki ayam yang baik dan segar untuk buat sup. Mulanya nak campur batang saderi, tapi takde pula kat kedai walaupun puas mencari. Akhirnya, campur kentang je la... boleh juga anak-anak makan.

Sambal Kicap Johor

Resepi sup kaki ayam ni, MF tak ciplak mana-mana resepi, ini resepi dan idea kreativiti sendiri.

Bahan-bahan untuk sup kaki ayam:
  • 1 kilo kaki ayam - basuh dan perapkan dengan garam dan serbuk sup
  • 7 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 ulas bawang besar (tapi yang sederhana besar) - ditumbuk
  • 2 biji cili padi hijau - ditumbuk
  • Sos tiram
  • Serbuk sup
  • Sup bunjut
  • Air
  • Minyak untuk menumis
  • Kentang
  • Daun bawang dan daun sup
  • Garam dan gula


Cara memasak:
  • Tumiskan bawang yang ditumbuk dalam minyak panas
  • Dah naik bau dan agak garing bawang tu, masukkan sos tiram.
  • Kemudian, masukkan kaki ayam yang dah diperap.
  • Gaul sebati, kemudian baru masukkan air untuk dijadikan kuah.
  • Bila mendidih masukkan 1 sudu serbuk sup dan sup bunjut.
  • Biarkan mendidih dan kaki ayam tadi masak.
  • Kemudian masukkan kentang
  • Dah agak empuk kentang, masukkan garam dan sedikit gula.  (tapi MF tak guna gula dah sebab rasa manis dari bawang besar dan kentang dah cukup untuk rasa semulajadi tu.)
  • Dah empuk betul kentang tu, tutup api... kemudian taburkan daun sup dan daun bawang yang telah dipotong halus.


Cara buat Sambal Kicap Johor
  • 11 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap
  • Garam dan gula

  1. Tumbuk cili padi hingga hancur,
  2. kemudian masukkan bawang dan tumbuk lagi sampai lumat.
  3. Masukkan kicap dan gaul sebati...
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula...dan kacau rata..
  5. Siap!!! dan boleh dimakan bersama sup kaki ayam.


Alhamdulillah... memang puas hati dapat memasak. Suami tersenyum lebar... Berkali dia puji... Tapi tu la.. bila kita sakit ni kan... terhad kadang nak selalu masak sedap kat suami... Moga terus diberi kesihatan untuk terus berbakti... Apa pun syukur seadanya... kerana MF yakin, kalau kita rasa kita susah, ramai lagi yang lebih susah dari kita kan...

02 November 2015

Review: Puas Nikmati Ayam Golek di Restoran Ayam Golek Ameen Shah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sabtu lepas, ada masa terluang.. Jadi, gunakan masa yang ada untuk jenjalan la apa lagi.. Bukan senang nak dapat cuti hari sabtu..

Kami ke Banting melawat mak di sana... Kemudian petang balik semula ke KL.. Dalam perjalanan singgah di Giant Taman Medan Petaling Jaya, ingat nak cari telefon mainan... Si kakak sibuk sangat nak telefon mainan... Tapi takde..

Hari dah masuk maghrib... Lepas solat maghrib suami ajak makan.. Perut dah berkeroncong katanya...  Ok la juga makan, sebab penat dah nak masak memalam kan..

Pusing-pusing, sekali terjumpa kedai makan.. Dalam hujan lebat tu singgah juga sebab lapar kan... Hehe.. Terpandang Restoran Ayam Golek Ameen Shah!

Singgah la... Orang tak ramai... Cepat la dapat menu nya..

Menunya ada yang Ala Carte dan ada yang siap Set.

Suami pilih yang Set untuk 2 orang makan...




Dalam Set tu ada:
  • 1 ekor ayam golek
  • 1 pinggan kangkong goreng belacan,  tapi kami tukar sebab tak makan kangkong... Kami ambil kailan goreng ikan masin.
  • Telur dadar
  • 1 mangkuk tom yam
  • Dan dua pinggan nasi putih.


Total harga untuk set dua orang makan RM38.90

Air harga asing... Kami ambil sirap suam dan air suam saja... Air feveret kami ni bila makan kat kedai.... Murah tapi air sirap la menyelerakan...

Sekali rasa... Hmm... Boleh tahan sedap ayam goleknya...

Harga pun murah.. Berbaloi makan...
Jadi, tak risau dah nak makan ayam golek. Boleh makan kat sini lagi nanti...

Restoran ni terletak di:
Taman Medan Perjasa,
PJs 1, Petaling Jaya, Selangor.

Kalau buka Google Maps memang akan terus sampai kat restoran ni... Ada direction ke sana..

Bagi yang tak pernah merasa, boleh cuba.. Bagi yang dah pernah boleh makan lagi...

Keseluruhannya bintang MF boleh bagi:
Menu: 4.5/5
Layanan: 4.5/5
Lokasi: 4.5/5
Suasana: 4.5/5

Keseluruhan boleh bagi 4.5 bintang untuk restoran ayam golek nih... Memang puas makan...

31 Oktober 2015

25 Oktober 2015

Review: Heaven's Park Fried Chicken Gombak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hari minggu ni memang tak best kalau berkurung je dalam rumah. Jerebu dah reda... Badan rasa malas nak keluar... Sebab malas nak bersiap... Tu yang suara kan kat en.somi... Nak beli instant shawl la... Pakai waktu malas je... Waktu rajin memang akan guna shawl biasa.. I'm shawl lover... Hehe... Ok.. Lupakan... 

Back to our topic... Lepas siap.. Terus ke kedai yang nak ditujui... Pergi jenjalan dekat je... Area Ong Tai Kim Jalan Gombak... Cari baju gaun kakak adik... Kesian tengok pakai baju lama kan... Lepas beli belah dengan jayanya..  Akhir sekali jalan kaki nak ke kedai plastik... Suami nak cari gunting kat kedai serbaneka tu... Masa lalu tu, jalan depan restoran yang dah lama buka tapi tak tergerak hati nak cuba.. Sekali tengok takde orang, kami rasa nak mencuba la hari ni... Iaitu Restoran Heaven's Park Fried Chicken. Mula ingatkan kedai nasi ayam... Rupanya restoran makanan segera. 


Lepas beli belah kat kedai plastik.. Terus singgah... Masuk je dalam restoran tu, baru tahu restoran tu macam McD dan KFC. Jual ayam, burger dan fries serta air bergas... Memang restoran makanan segera. Interior dalamannya warna merah putih... Sama juga konsep restoran makanan segera popular seperti KFC dan Mc Donald. 
Interior Design Restoran Heaven's Park

Kami terus ke kaunter untuk buat pesanan. Layanan mesra diberikan oleh pekerja disitu... MF pesan menu promosi mereka yang terbaru iaitu nasi ayam dan suami pula tertarik dengan ayam panggang grill... 


Ordernya tak lama... Sekejap je...terus duduk dan makan.  Teruja punya pasal. Dah rasa... Baru suami tanya tak nak buat review kat blog. Sedap sangat nih... 

Alhamdulillah...
Memang sedap... Nasi ayam dia sedap... Terutama sambal tuh... Rasa macam sambal kampung... Sambal yang dimasak... Bukan sambal letak sos cili je. Ayam spicy dia memang terbaik... Rasa rempah dan pedasnya... Paling suka. Restoran ni mengekalkan kualiti ayamnya. Mereka guna ayam fresh.... Sebab kita makan kan... Tahu la isi ayam tu fresh atau ayam lama atau ayam beku. 
Nasi ayam Spicy : RM6.90

Ayam panggang grill dengan sos lada hitam + kentang putar + air ais lemon tea = RM13.90 + RM1

Suami pula makan ayam panggang grill dengan sos black pepper... Hmmm.... Memang sedap... Berkali dia puji... Rasa rempahnya sampai ke tulang... 

Itulah.. Dah salah sangka..  MF ingat restoran ni tak ramai orang sebab mahal atau tak sedap... Tapi rupanya sebab ramai tak tahu kot... Yang ini restoran makanan segera. 

Harganya berpatutan... 
Makanan yang MF order tu, tak sampai RM25 pun lagi... 

Memang berbaloi makan kat sini... MF syor sangat makan di sini jika sesekali tekak merasa nak makan Mc Donald atau KFC boleh beralih ke restoran ni... Sebab restoran ni merupakan 100% kepunyaan orang Islam. 

Info Restoran Heaven's Park:

  • Cawangan pertama di Malaysia. 
  • Restoran pertama dan keduanya adalah di India dan Riyadh.
  • Pengasasnya adalah orang Islam
  • Ada panel halal dan mendapat kelulusan halal dari JAKIM
  • Diluar restoran tertulis perkataan Bismillah... Ini membuktikan bahawa restoran makanan segera ini milik orang Islam dan 100% halal. 


Restoran ini terletak di belakang pasaraya Ong Tai Kim, bertentangan dengan Kedai Bayi Manjaku...bersebelahan dengan kedai mamak. Beralamat:

No.60-62, Jalan Jernai 2, Medan Idaman, Setapak 53100, Behind Ong Tai Kim Supermarket, Kuala Lumpur. 

Restoran Heaven's Park juga menyediakan perkhidmatan delivery ke rumah.... Boleh hubungi nombor ini untuk servis penghantaran: +603 40310725

Email: customercare@heavenspark.co.in

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba ye... Rugi tak cuba... Masa nilah kita nak boikot Mc Donald sepenuhnya... Tak perlu beralasan lagi untuk tak boikot kerana dah ada pilihan lain yang lebih baik. Baik kita sokong bisnes orang Islam ye tak.. Cuba ye . jangan tak cuba. 


Tak cukup dengan makan kat sana... Kami tapau bawa balik fries dan burger pula... Suami pula tambah lagi ayam panggang tuh lagi satu... Memang puas hati... 

Keseluruhan restoran ni MF bagi 9.9/10 bintang.... Kalau boleh nak bagi 10 bintanh tapi nanti over plak kata orang kan... Hehe... 

18 Oktober 2015

Ajaib Air Tangan Lelaki!

Hari ni kena sindrom penyakit 'M'...
Siap cakap kat en.somi... Malas nak masak... Haha... Kejam kan... Sesekali jerkk...

Sekali dia masakkan...
Ikutkan dia malas juga... Tapi perut berkeroncong...  Tak sanggup nak tahan telinga dengar dia merayu minta diisi...

Jadi, suami masak yang simple je...
Memula nak buat ikan bilis goreng sos...
Last minit dia ubah resepi...  Buat ikan bilis buh toyu... Toyu tu slang Baling... Maksudnya... Kicap... Hehe...

Aihh... Dia goreng...  Buh bawang besar pastu buh toyu cap lembu berlaga... Aih... Sedap pula.. Terus jadi rajin nak makan.

Ajaib betul tangan lelaki nih... Campak-campak pun jadi sedap.. Hehe...

Tapi memang kan... Kadang kita bosan makan makanan yang kita sendiri masak... Bila sesekali makan masakan dan air tangan orang lain... Jadi sedap dan berselera kan...

Jadi, suami-suami sekalian... Sesekali ambil tugas memasak dari isteri... Pasti, berselera sekeluarga makan... Kasih sayang pun bertambah erat... Insha Allah....


12 September 2015

Puas Hati Makan di Orchid Bistro Aeon Big Wangsa Maju!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Siang tadi, balik dari kursus terus ke AEON Big Wangsa Maju. Cari barang keperluan harian yang mula menyusut.

Lepas penat membeli belah, masa untuk mengisi perut sebelum balik... Penat dah aih..kalau nak memasak... Jadi, suami pilih restoran yang biasa kami makan iaitu di Orchid Bistro.

Sebelum ni pernah makan di Jombali, tapi kurang bagus servisnya... Jadi, kami sekeluarga lebih selesa di Orchid Bistro.

Memang puas hati makan kat sini... Servis pantas... Tak perlu nak menunggu makanan lama-lama. Makanan pun boleh tahan sedapnya... Orang tak berapa ramai menyebabkan selesa kalau bawa anak-anak.

Antara menu yang pernah kami makan, mee kari, Nasi K
Goreng, mee goreng mamak. Mee goreng mamak memang sedap... Kalah mamak buat... Harga standart je... Tak mahal, tak terlalu murah... Dan dikira murah sebab susah servisnya mantap... Harap Orchid Bistro dapat kekalkan mutu perkhidmatan dan kualiti makanannya.

Orchid Bistro antara restoran pilihan kami sekeluarga untuk menjamu selesa ketika membeli belah di AEON Big Wangsa Maju.

MF boleh bagi ranking 4.8/5.0 bintang untuk Orchid Bistro.

Biskut Poket!

Pagi hujung minggu kena pergi kursus pendek... Pepagi lagi dah kena ke sana... Tak jauh tapi takut tersangkut dalam jem.. Kena gerak awal... Jadi, bekalan sarapan hanyalah biskut poket.

Biskut Poket sentiasa ada kat rumah... Bila waktu terdesak... Nak cepat,memang sambar je biskut ni masuk handbag.

Biskut dan air antara bekalan yang tak dilupa untuk bawa... Time terdesak..  Takdelah kelam kabut nak kalut cari kedai makan... Sekurang-kurangnya buat alas perut.

Penting biskut poket ni... Biskut Poket jenama Munchy's dan Julies antara biskut pilihan kami sekeluarga...  Senang dan mudah dibawa kemana-mana dan sedap di makan... 😊


30 Ogos 2015

Resepi: Nasi Goreng Ikan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lama tak up resepi kat sini kan... 
Hujung minggu, resepi ringkas je ni... Kalau boleh nak gantung kuali, tapi tekak takde selera nak makan kat luar dah... Best lagi memasak walaupun ringkas kan... 

Jadi, terhasillah resepi Nasi Goreng Ikan untuk makan tengah hari merangkap makan malam sekali... Sekali memasak je sehari. 

Resepi ni, idea mak MF... MF suka masak nasi goreng ni buat sarapan pagi... Lebihan nasi dan ikan goreng, mak buat la nasi goreng ikan ni... Suami pertama kali makan, rasa sedap dan suka... Jadi, MF apa sahaja yang suami suka kena la masak kann... 

Resepi nasi goreng ni tak susah... 
Nasi, ikan goreng yang diracik isinya, bawang putih dan bawahg merah yang dikisar atau ditumbuk, cili padi, sos tiram, carrot, kailan, garam dan minyak.

Cara memasaknya:
Tumis bawang kisar dan cili padi... 
Dah garing, masukkan sos tiram satu sudu... 
Lepas tu masukkan carrot dan sedikit air untuk lembutkan carrot tu... 
Bila hampir lembut carrot tu masukkan pula kailan... 
Dah gaul sebati, masukkan nasi sekali dengan isi ikan goreng yang diracik... Tabur garam... Dan gaul bagi rata... 
Lepas tu.... SIAP! Bolehlah dihidang. 

Memang rasa lain berbanding kita letak daging atau ayam... Memang MF tak campur ayam atau daging sebab makanan laut kan ... Tak bagus dicampur dengan haiwan darat. 

Sedap...dan cepat... Cubalah jika sesekali nak tukar selera kan. 

17 Mei 2015

Main Coding Blog!

Minat buatkan kita akan buat walau apa pun rintangannya kan.. Hehe..

Gitulah.. Seronok edit blog walaupun pening kepala gak kengkadang...

Kali ni edit blog en.Firdz... Iaitu blog  HMS DESIGN dia nak blog yang sama macam blog peribadi kami.. Jadi tak susah mana nak edit... Cuma tukar warna je...

Seronok main coding kalau tahu... Silap hari bulan boleh gian dan ketagih ooo... Hehe..


16 Mei 2015

Hadiah Hari Guru!

Alhamdulillah... Hari ni banyak pula notification dari facebook dan whatsapp... Hari indah buat insan bergelar guru...

Tak sangka dapat hadiah hari guru hari ni... Hehe... Takde yang istimewa pun la... Tapi sangat istimewa dan mahal tak ternilai harganya bagiku...

Nasi ayam resepi en. Firdz... Dia sudi memasak hari ni... Hadiah hari guru katanya... Hehe... Alhamdulillah... Terima kasih en. Firdz... Sudi beri air tangan mu hari ni...


Selamat hari guru buat semua guru... Terima kasih buat ibu bapaku... Kerana merekalah GURU PERTAMA KU dari kecil hingga ku dewasa dan bergelar guru kini...

Buat suamiku... Selamat Hari Guru.. Kerana..  Kaulah Guru ku dan guru kepada anak-anak kita... Terima kasih mendidik ku dan anak-anak tanpa jemu...

Selamat hari guru semua yang bergelar guru... Kita semua adalah guru.. iaitu guru kepada diri sendiri, mendidik diri sendiri agar menjadi insan yang lebih baik...


09 Mei 2015

Harum Masam!

Sekarang tengah kecoh dan popular betul dengan buah pelam harum manis... Buah pelam harum manis ni senang dapat kat area Utara... Terutama Perlis dan sekitarnya. 

Kalau kat KL ni tak de nampak lagi jual.... Popular juga buah harum manis ni hinggakan ada yang buat bisnes jual nelalui facebook... MF pernah juga tanyakan harga... 3kg RM90 Termasuk kos pos... Hmmm... Tangguh dulu la... Sebab ongkos nak beli sampai tiga kilo tu tak berapa nak ada ..lagipun banyak sangat sampai 3kg tu kan..

Memang musim buah pelam juga sekarang ni... Kat area kampung tempat rumah sewa MF ni pun banyak buah pelam...termasuk pokok tuan rumah sewa kami... Hari-hari tengok buah pelam yang comei-comei je dok bergayut... Teringin juga nak makan... Tapi tak sempat nak jumpa tuan rumah.. 

Tapi, tadi kebetulan balik dari pasar...terserempak dengan anak tuan rumah terus la minta izin kan... Memang bagi aje...sebab takde sapa nak makan pun... Lebat buahnya...

Terus la kami sekeluarga g jolok... Alhamdulillah... Rezeki... Dapat la merasa walaupun pelam harum masam kan...

Buat kerabu, jeruk dan mencolek  sedap juga ni kan... Tak dapat harum manis... Harum masam pun boleh la... Janji buah pelam... Hehe...

Moga lapang rezeki tuan rumah kami... Ameen...


P/s: Seronok menyewa di sini... Tuan rumah macam keluarga sendiri... Seronok dok di kampung dalam bandar yang sedang membangun ni... Kurang-kurang masih dengar ayam berkokok setiap pagi...


03 Mei 2015

MPV Perodua Viva!

MPV Perodua Viva! | Perodua viva bertukar jadi MPV... Ginilah kereta kecik bila nak dibesarkan... Lipat seat belakang dan hampar toto... Sendal bantal keliling... Maka, jadilah MPV yang luas... Hehe...

Anak dah dua, MPV tu satu keperluan bila nak travel jauh... Tapi tak mampu nak beli lagi... De Perdana tapi bawa juga Viva... Nak jimat punya pasal kan... Hehe...

Tapi syukur dah yang ni pun... Selesa anak-anak tido... Hehe... Siap main lagi... Lena tido... Hehe... Rasa mak bapak pun nak join sekali.. Tapi sapa pula nak memandunya...

Perodua Viva ni memang serba guna macam MPV... Sebab dengan kereta nilah angkut Peti sejuk dan perabot masa pindah dari kuarters di Kem Bentong Pahang ke KL masa memula nak mulakan kehidupan di KL dulu... Banyak jasa viva ni... Walaupun kereta kecil tapi besar jasa dan manfaatnya pada kami sekeluarga...


13 April 2015

Hasil Tuaian Dari Kampung!

Balik kampung pasti tak kan balik dengan tangan kosong...

Pasti ada je buah tangan dari kampung akan dibawa balik...

Ni hasil tuaian dari kampung hujung minggu baru-baru ni...

Ulam-ulaman dan buah-buahan kampung mesti ada... Balik kali ni... Petik buah pelam yang masih muda dan nanas muda sebagai bekalan...

Ulam raja, buah belimbing buluh dan bayam hijau sebagai buah tangan untuk dikongsi bersama rakan taulan...

Tak lupa cili burung yang pedas menyengat... Itulah bekalan dari ayahanda dan bonda buat anak di perantauan...


11 April 2015

Aiskrim Bunga!

Sedapnya dapat makan aiskrim ni...
Tapi rasa sayang nak makan pun ada...

Dah la tengah panas membahang ni ..
Memang terliur tengok aiskrim bunga ni...
Nyum...nyumm... Slruupppp...


05 April 2015

Edit Video Untuk Anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Edit Video Untuk Anak! | Lama tak edit video... Skill pun dah hilang... Software pun kena download semula... 

Ni gara-gara episod baru untuk musim ke-9 Upin dan Ipin... Dah tayang kat TV pada 20, 21 dan 22 Mac yang lalu... Jadi, cari kat youtube la apalagi untuk tatapan anak-anak... 

Seronok juga Episod terbaru yang bertajuk Cip Cip Cip... Kisah pasal anak ayam... Siap ada lagu lagi... 

Lagu tu la yang MF edit... Kali ni edit guna software NCH Video Editor... Free Software je ni... Nak guna movie maker, tapi tak diinstall pula masa upgrade... Jadi...lambat nak install yang tu... Guna je NCH dulu... 

Godek-godek je sendiri... Sebab tak pernah dan serius dah tak ingat camne nak edit video ni... Alhamdulillah... Lepas godek..try and error.. Menjadi juga video yang MF edit... 

Jadi... Dapat la video lagu sahaja untuk episod Cip Cip Cip Upin Ipin kali ni... 
Boleh tengok kat SINI

Nak bagi anak diam... Tak kacau time buat kerja rumah.. Inilah upahnya... Memang tak kan bagi anak tengok kat tablet atau smartphone... No Gadjet For Our Children!! Haha... Bunyi tegas disitu kan.. Tapi itu lah.. Belum masa diorang nak kenal dengan teknologi ni... Suatu masa diorang akan kenal sendiri... Insha Allah... 

15 Februari 2015

Lelaki Pun Boleh Lakukannya!

Roti John Mini... Menu makan malam
Kek Batik
Butter Cookies Coklat
Dress untuk Kakak
Semuanya hasil tangan lelaki...
Siapa kata lelaki hanya tahu cari duit je...

Lelaki serba boleh... cuma kena rajin dan usaha je...





Psst: Lelaki tu ialah encik Firdz... Maria tolong sikit-sikit je...