21 Mac 2017

DOSA MENIPU ANAK!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ADAKAH ISLAM MEMBOLEH KITA MENIPU KANAK-KANAK????

"Adik, tolong ambilkan air untuh abah..."

*Buat tak tahu sebab khusyuk tengok upin ipin..

"Kalau adik ambilkan, abah bagi adik coklat cadbury yang adik suka.." 

"Wahhh..adik dah lama tak makan coklat tu!"

Lalu anak kecil itu pergi ke dapur dan membawakan segelas air.

"Nah airnya, bak coklat adik..."

"Ahhh..lega tekak abah, coklat adik tu takde sekarang..nantilah kita beli ye."

"Alaaaa...ingatkan ada!" rungut anaknya sambil menarik muka tanda tidak puas hati. Dia kemudiannya kembali menonton televisyen. 
..........
BOLEHKAH KITA MENIPU ANAK?

Selalu situasi ini berlaku dan kita lakukan kepada anak kecil bukan? Kita menggunakan helah dan hadiah untuk menyuruh mereka melakukan sesuatu.

Perbuatan ini tiada salahnya, tapi tahukah anda jika anda tidak memberi apa yang anda katakan bermakna anda telah menipunya dan perbuatan menipu kanak-kanak termasuk salah satu dosa.

Ya, dosa yang orang ramai terlepas pandang . Yang selalu ibu bapa & orang dewasa lakukan.

Dalam hadith riwayat Abu Daud, Abdullah bin Amir pernah dipanggil oleh ibunya untuk diberikan sesuatu lalu Nabi bertanya kepada ibu Abdullah bin Amir apakah yang akan dia berikan kepada anak kecil itu..

Wanita itu menjawab kurma kemudian Baginda memberi peringatan, jika dia tidak memberikan kepada anaknya, maka dia dikira berdusta.

Dalam hadith riwayat Ahmad, baginda mengatakan:

من قال لصبي تعال هاك ثم لم يعطه فهي كذبة
"Sesiapa yang mengatakan kepada budak kecil 'Kesini, ambil ini' kemudian dia tidak memberikannya maka dia dikira berdusta.

Sebahagian orang menipu kanak-kanak kerana mereka biasanya tidak menuntut kembali janji itu sedangkan hakikatnya perbuatan ini meletakkan pelakunya dalam perbuatan menipu. [Al-Dhiya' al-Lami' min al-Khutab al-Jawami' 7/514]

Islam menyuruh agar menanam sifat jujur dan benar dalam diri kanak-kanak sehingga mereka menjadi sama seperti itu dan itu semua disampaikan melalui perbuatan dan percakapan. [Mausu'ah al-Akhlaq al-Islamiyyah 1/342]

Buat ibubapa dan sekalian orang dewasa, mari kita tanam dalam diri kita selepas ini:

• Menipu budak-budak sama seperti menipu orang dewasa.

•Janji dengan budak-budak perlu ditunaikan.

Wallahua'lam.
..........

Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir

Sumber: https://t.me/KemusykilanAgama

Jika nak berjanji dengan anak-anak wajib tepati... Tapi biasa kami suami isteri gunakan perkataan nanti... Sebab kat situ maknanya lepas sesuatu pertolongan tapi tak nyatakan bila... Biasanya tak pernah lagi tak tunaikan... Jika tak dapat tunaikan kami akan ceritakan kepada anak-anak sebab kenapa tak dapat nak tunaikan janji tersebut... Dan mungkin diganti dengan ganjaran yang lain... 

Hati-hati berjanji dengan anak-anak.. sebab otak mereka sentiasa ingat apa yang kita janjikan... Jangan sesekali mungkir walaupun mereka tak mengerti... 

5 RESEPI MUDAH UNTUK ANAK-ANAK YANG DEMAM, SELSEMA DAN BATUK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila anak demam mula hilang selera makan.. risau dengan berat yang susut... Baru-baru ni pun anak MF baru baik demam kan... susut betul badannya. 

Jadi, MF nak kongsikan 5  menu pilihan untuk anak-anak yang sedang dijangkiti penyakit demam, selesema dan sakit tekak.

1. Sup Ayam Tanpa Minyak

Bahan-bahan

500 gram tulang ayam
1 sudu besar bawang besar (dihiris)
Air secukupnya

Cara memasak

1. Rebus tulang ayam dengan air dan bawang.

2. Masak dengan api perlahan sehingga isi ayam luruh daripada tulang.

3. Sejukkan, tapis dan simpan dalam peti ais apabila sudah sejuk.

4. Anda boleh buang minyak di permukaan sup dengan mudah apabila ia telah sejuk.

5. Panaskan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Sup ini sesuai untuk anak-anak yang demam bagi membolehkan mereka terus mendapat cukup cecair dalam badan bagi mengelakkan berlaku pernyahidratan.

2. Bubur Ikan

Bahan-bahan

Secawan beras
Sekeping isi ikan
1 cm halia (dihiris nipis)

Cara memasak

1. Cuci bersih beras, kemudian masak dalam air yang secukupnya dalam api perlahan sehingga menjadi bubur.

2. Dalam kuali berasingan, tumis hirisan halia kemudian masukkan isi ikan yang sudah dipotong dadu.

3. Selepas bubur siap, masukkan tumisan ikan ke dalam bubur.

4. Siap untuk dimakan.

Bubur berkhasiat ini sesuai sekiranya anak anda mempunyai masalah sakit tekak yang menyukarkan dia mengunyah makanan keras.




3. Pisang Lenyek & Aiskrim

Bahan-bahan

Sebiji pisang masak
1 skup aiskrim vanila

Cara menyediakan

1. Lenyek pisang menggunakan garfu.

2. Letak aiskrim di atas pinggan dan susun pisang di sekelilingnya.

Anak anda tetap mendapat khasiat daripada pisang dan aiskrim vanila walaupun ketika dia sedang sakit tekak.

4. Sup Ikan & Tofu

Bahan-bahan

250 gm isi ikan (potong bentuk kiub)
2 biji telur (dipukul)
1 keping tofu lembut (potong bentuk kiub)
1 liter stok ayam
75 gm cendawan (dipotong)
2 sudu besar lobak merah (dipotong dadu)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil jus lemon
Sedikit garam, serbuk lada putih, beberapa titis minyak bijak dan kicap untuk perasa

Cara memasak

1. Perap ikan dengan sedikit garam dan jus lemon.

2. Masukkan tepung  jagung dalam beg plastik. Masukkan ikan dan goncangkan beg sehingga ikan tersalut dengan tepung jagung.

3. Panaskan stok ayam dan masukkan ikan, tofu dan sayuran. Biarkan mereneh kira-kira lima minit.

4. Tambahkan perasa dan biarkan mereneh lima minit lagi.

5. Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau dalam sup.

6. Sedap dihidangkan bersama nasi lembut yang panas.

Selera anak yang sakit mungkin boleh dibangkitkan kembali dengan hidangan menyelerakan ini.

5. Kastard Telur

Bahan-bahan

Sebiji telur
120 ml susu
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil esen vanila

Cara memasak

1. Pukul telur dengan gula.

2. Tambahkan susu dan esen vanila.

3. Masukkan adunan dalam mangkuk kecil atau acuan. Kukus kira-kira 30 minit sehingga ia masak.

Pencuci mulut ini mungkin digemari oleh anak yang enggan makan ketika tidak sihat.


Best pula tengok resepi ni.. rasa mak budak pun nak makan sekali kan.. 


Sumber rujukan: Karangkraf.com

17 Mac 2017

10 Perangai Anak-kecik Yang Buatkan Mak Bapak Geram, Tapi Bila Ingat Senyum Sendiri!

10 Perangai Anak-kecik Yang Buatkan Mak Bapak Geram, Tapi Bila Ingat Senyum Sendiri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Perjalanan membesarkan anak satu moment indah buat ibu bapa.. sebab tu mak bapak sekarang, kamera handphone tak lepas tangan bila ada anak.. sebab ada masa yang dijangka akan ada moment indah itu dicipta tanpa sengaja oleh anak-anak ini...

Ini, 10 perkara yang biasa anak-anak buat, yang buatkan mak bapak geram, tapi ingat-ingat balik buatkan kita senyum seorangan kan.. hehe..

1. Tiba-tiba berbogel sebab nak masuk bilik air
Mentang-mentang dia dah pandai buka baju dan seluar sendiri termasuk 'pampers', suka hati dia bogel sambil beritahu nak mandi. Alasan sebenar sebab nak main air.

2. Asyik nak tukar baju
Mama mesti nak naik 'angin' bila si kecil asyik nak tukar baju dan seluar. Baru pakaikan baju bersih, dia dah minta tukar baju lain.

3. Mengamuk dalam masa 2 saat
Tengah asyik bermain, tiba-tiba ada yang tak kena dan terus mengamuk, lepas tu tak sampai 5 saat dah 'ok' balik.

4. Melukis di mana-mana dia suka
Walaupun sudah dimarah dan dia sudah minta maaf serta berjanji tak buat lagi tapi anda masih akan terjumpa lukisan kecil di sudut-sudut rumah.

5. Tukar fikiran tentang sesuatu perkara tanpa amaran
Jangan ingat kalau hari ini si kecil gemar makanan yang anda masak, esok dia akan suka lagi. Mungkin esok hari dia mengamuk tak mahu makan.

6. Ingat semua perkara
Kalau ada sesuatu perkara yang dia sangat suka, si kecil akan ingat sampai bila-bila dan tak boleh 'move on'. Dia akan sebut perkara itu bila-bila masa sahaja.


7. Korek hidung
Sepanjang masa bila-bila masa dia suka.

8. Sangat 'drama queen'
Kadangkala mudah sangat sentap! Pantang tersilap sikit, cepat sahaja mengamuk walaupun anda cuma mematahkan sebiji pisang jadi separuh supaya dia senang makan!

9. Tertidur pada waktu yang tak kena
Bila suruh tidur, dia berkeras tak nak. Bila anda nak keluar rumah, elok masuk kereta si kecil pun terus tertidur. Sudahnya bila sampai ke destinasi, dia mengamuk sebab kena kejut.

10. Buat sepah
Ada sahaja idea dia untuk buat sepah di rumah walaupun tiada barang mainan depan mata. Memang kreatif sungguh!

Semestinya, kanak-kanak normal akan buat perkara ni kan.. memang kita geram.. tambah-tambah bab sepah dan conteng dinding... Peristiwa memalukan korek hidup depan cashier masa nak bayar barang ... huhu... malu kott... hehe... tapi itulah.. moment indah tu, akan jadi kenangan berharga bila anak-anak dah besar nanti kan..





 MF doakan mereka yang berusaha mendapatkan zuriat akan merasai moment ni satu hari nanti... Jangan putus asa okey.. Allah know the best for you...


Rujukan: karangkraf.com

14 Mac 2017

Contoh Mudah Didik Anak Cintai Ilmu Allah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Didiklah anak anak menyintai ilmu...

7 tahun pertama
didik lah anak anak mencintai ilmu dengan kita menjadi insan bersyukur

sedari lahir, sebarang perubahan perkembangan anak, syukur pada Allah
ucaplah ALHAMDULILLAH
di hadapannya supaya dia mendengar pujian nama Allah yang Maha Pemberi

pabila anak semakin besar,
tanamkan keseronokan dalam menuntut ilmu;
tika peringkat ini, anak anak hanya mahukan keseronokan dan kegembiraan

"wahhhhh, 😱😱😱
kakak dah pandai minta nasi, ALHAMDULILLAH"

"wahhh😱😱😱, abang dah tau itu bunyi azan, ALHAMDULILLAH"

"wahh😱😱😱, adik pandai la buka baju sendiri nak mandi, ALHAMDULILLAH, buka baju bila abah suruh je tau, nak g mandi, malu lah kalau buka baju depan orang.."


Sumber: google images

kemudian, anak mengorak langkah ke sekolah..

erm... ni peringkat kita perlu perbaiki dari diri kita.

ilmu dibelajar supaya memberi manfaat pada diri dan orang sekeliling, dan hanya,
hanya
kerana Allah yang Maha Mengetahui

jangan di letakkan ujian sebagai fokus utama.

pemahaman anak
perubahan pada diri anak
penambah baikan sikap
akhlak
bahasa
anak anak selepas mendapat ilmu di sekolah

"soleh, soleh belajar apa hari ni? "
"belajar, setiap amalan bermula dari niat"
"ALHAMDULILLAH, bermula hari ni, kene cantikkan niat kerana Allah tau.. sem9ga Allah redha atas diri kita dan ibu abah, dapat kita sama sama masuk syurga. abah dengan ibu nak masuk syurga, dengan semua anak anak ibu"

ok, dari situasi atas, kita
1) menggalakkan ilmu yang baik
2) membawa kembali ilmu kepada Allah
3) meletakkan target/sasaran hidup dari ilmu kerana Allah dan bermatlamatkan syurga Allah

kan indah tu
kerana Allah bermatlamatkan syurga Nya

cuba serap dan manfaat konsep yang sama pada setiap hari, setiap ilmu yang anak anak kita belajar...

yang penting, kita juga. hari aku belajar sesuatu dari alam maya,

ya Allah, semoga ilmu ini memberi manfaat kepada diri ku dan insan sekelilingku di dunia dan akhirat.

jom cinta ilmu
tuntut ilmu bermanfaat
memanfaatkan ilmu
untuk dunia dan akhirat.


Nukilan asal: Kredit: @SebutirBintangMerah
Sumber: telegram.me @pendidik4u

13 Mac 2017

Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri | Pisahkan anak tidur sendiri adalah salah satu hukum yang Islam tetapkan untuk menjaga sosialisasi dalam hubungan kekeluargaan.

Umur yang sepatutnya dipisahkan laling lewat iaitu 7 tahun... Tapi alhamdulillah... MF berjaya pisahkan anak dari tempat tidur masa umur 2 tahun... Dan umur 3 tahun sepenuhnya tidur sendiri... Alhamdulillah...

Takde rahsia menarik... Cuma MF boleh la kongsikan beberapa perkara yang kami suami isteri buat untuk pastikan anak-anak tidur di bilik sendiri...

Tahun lepas kami dah berpindah ke rumah sendiri... Jadi, antara perkara utama kami buat ialah deko bilik anak-anak. Alhamdulillah.. Hikmah Allah berikan kami anak sama jantina... Tak perlu nak sediakan banyak bilik.. Satu bilik dan dekorasi untuk dua anak.. Dan akan datang adik kecil pula jadinya... Akan dekorasi lagi untuk jadikan  satu bilik untuk tiga beradik.

Puas mencari dekorasi menarik untuk pastikan anak tidur sendiri... Akhirnya... Bulan lepas dapat susunan bilik yang menarik untuk diorang tidur sendiri... Nampak luas dan selesa...

Perkara pertama... Kami cat.. Cat ikut warna kegemaran mereka... Dan kalau boleh guna warna yang ceria dan terang... Sebab jiwa anak-anak ni mood happy je sokmo...


Lepas cat susun atur bilik... Susunlah supaya bilik tu nampak luas dan selesa walaupun hakikatnya bilik tu sempit je..

Kalau boleh bilik anak-anak ni kena minimumkan perabot... Sebab diorang kreatif dan suka bermain.

Untuk hiasan dinding.. Kami hias dengan tampalan perkataan suku kata... Dan poster pembelajaran... Inilah konsep belajar sambil bermain.

Untuk tambahkan keseronokan... Belikan cadar ikut cartoon kesukaan anak-anak... Macam anak MF suka tengok doraemon.. Jadi kami beli dua set cadar doraemon.. Ikut warna kegemaran masing-masing...

Antara kemudahan lain... Kami pasangkan siap tv di dinding dan siap dengan koleksi kartun dan movie yang telah ditapis oleh kami sebagai ibu bapa.. Jadi, diorang boleh tengok tv sambil  bermain. Selain tu... Tv tu juga kami on setiap malam untuk pasangkan zikir sepanjang malam...

Kami juga sediakan mainan dalam bekas khas untuk elakkan anak-anak sepahkan mainan dan selepas main terus kemas...

Alhamdulillah.. Sekarang ni selain dapat asingkan tempat tidur... Dapat juga kurangkan aktiviti sepah mainan... Tak la penat sangat mengemas... Lagipun suami MF memang tegas... Tak boleh sepahkan mainan selain dalam bilik diorang... Jadi, ringan sikit tugas disitu...

Selain tu, tips lain.. Pujuk dan slow2.. Jangan paksa anak... Memula kita teman.... Bacakan bedtime stories... Bila dah terlelap kita biarkanlah... Memula tu memang anak akan bangun tengah malam dan cari mak bapaknye... Tapi lama lama nanti... Bila biasa dah takde masalah lagi...

Itu antara cara kami suami isteri train anak-anak tidur sendiri sejak dari awal usia selepas putus susu...

Islam memang mewajibkan tidur berasingan untuk jaga batasan pergaulan dalam keluarga... Dan supaya ibu bapa ada privasi antara suami isteri.

08 Mac 2017

[RESEPI] HOMEMADE BISKUT BABY MUDAH, GUNA 2 BAHAN SAHAJA!

[RESEPI] HOMEMADE BISKUT BABY MUDAH, GUNA 2 BAHAN SAHAJA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah, anak MF dah melepasi 6 bulan iaitu fasa pertama eksklusif penyusuan susu badan. Kini diteruskan dengan fasa kedua dan ditambah dengan makanan pejal. Bila anak suka makan ni, otak memang akan memikir makanan apa untuk dia setiap hari... 

Selain bubur, mesti ada kudapan juga sebab bayi ni suka menggigit.. nanti habis kain, baju bantal digigit dan dihisapnya.. Jadi ada baiknya bagi makan biskut.  Ini kerana dalam fasa ini, bayi perlu dirangsang kemahiran gusi sebagai persediaan tumbuh gigi.

Biskut baby memang ada jual je kat luar tetapi sebenarnya biskut yang dijual secara komersial sudah tentu ada kandungan gula dan bahan pengawet tertentu untuk bagi ia tahan lama. Walaupun dikatakan selamat untuk bayi namun kita patut lebih risau tentang kesan jangka panjangnya.

Jadi, dalam nak membuat biskut baby, kalau boleh nak yang senang kan.. Jadi terjumpa resepi biskut bayi ni buatkan MF teruja nak buat dihujung minggu nanti.. 

Jom kita belajar buat biskut baby nanti..

Bahan-bahan:
1/2 cawan rolled oats organik
1/2 cawan puri labu atau
1/2 cawan pisang yang dilenyek atau
1/2 cawan puri epal

Bahan tambahan (jika suka)
segenggam kismis
segenggam kurma (dicincang)
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara membuat:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
2. Kisar rolled oats organik sehingga menjadi tepung oat.
3. Campurkan tepung oat dan puri labu. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan bahan tambahan (jika letak).
5. Buat doh menjadi bentuk bulat dan letakkan di atas dulang pembakar yang sudah dialas dengan baking sheet.
6. Bakar biskut kira-kira 12 - 18 minit, bergantung pada saiznya.
Untuk memvariasikan pilihan biskut, boleh buat beberapa jenis perisa. Hanya perlu menukar bahan puri mengikut citarasa bayi. Selain tiga bahan cadangan di atas,  boleh gunakan pir, ubi keledek, avocado dan lain-lain lagi.


Contoh rolled oat...
Sumber: google images

Selain itu penggunaan rolled oats menjadi tepung sesuai untuk bayi berusia 6 - 12 bulan. Jika anak ssudah berusia setahun ke atas, rolled oats tidak perlu dikisar halus menjadi tepung lagi.
Mudah kan? Biskut ini juga sesuai dimakan oleh ibu dan ayah kalau tengah berdiet. Bahkan kandungan oat juga membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Muhahaha... teruja ok baca resepi ni.. dah terbayang biskut tu... sabarlah... esok lusa kan ku cari bahannya... Jumaat kita membakar... wah.. teruja sungguh ni... 

Olahan sumber: Karangkraf.com

01 Mac 2017

CARA DAFTAR ANAK MASUK TAHUN 1 SECARA MANUAL DAN ONLINE!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


CARA DAFTAR ANAK MASUK TAHUN 1 | Tahun depan si kakak dah masuk darjah 1... Alhamdulillah.. selesai dah daftar dia sebenarnya tahun lepas. Jadi, nak kongsikan sikit info untuk mendaftar anak secara manual dan secara atas talian (online)

Tahun lepas MF dah mula daftar untuk si kakak.. Ya sekarang ni kena mohon daftar sekolah anak 2 tahun awal... Maknanya umur 5 tahun dah boleh daftar. 

Kalau secara manual, mudah je... Alert dengan banner atau kain rentang di sekolah yang nak didaftarkan anak sekolah... Bila dibuka pendaftaran, ambil borang di pejabat sekolah dan isi. Tapi paling penting, bawa surat beranak... Nanti pihak sekolah akan cop belakang surat beranak anak dan sahkan pendaftaran.. mudah je.. 

Kalau pihak sekolah suruh isi borang maklumat, isi je la... Tapi bila anak bersekolah... Ibu bapa sila pastikan maklumat-maklumat penting ada salinannya iaitu:
1. Salinan kad pengenalan anak, ibu dan bapa atau penjaga
2. Slip gaji ibu, bapa atau surat pengesahan pendapatan
3. Salinan surat beranak
4. Salinan bil utiliti yang bertujuan untuk pengesahan alamat (ini bergantung kepada sekolah tersebut, sebab ada sekolah tak perlu pun)

Ini dokumen penting yang perlu masa anak nak masuk Tahun 1, kalau Tingkatan 1 lain pula ya dokumennya... Jadi, sila sediakan salinan banyak-banyak dan sahkan... 

Siapa boleh sahkan???
1. Pegawai Kumpulan A seperti guru besar, pengetua, atau pegawai kerajaan Gred DG41 ke atas.
2. Ketua kampung, penghulu ataupun JKKK

Mudah je daftar anak secara manual... 

Yang terbaru, tahun ni secara online pun ada... Tapi MF rasa bagi yang dah daftar manual di sekolah tak perlu kot secara online... Dan jika online ada masalah sekurangnya dah buat manual.

Apa pun MF cuba juga Daftar Masuk untuk lihat keperluannya... 

Mudah sahaja... 
Pergi ke laman web ini : https://public.moe.gov.my/


Klik kepada "PENGGUNA BARU"


Isikan borang/maklumat yang dikehendaki... 
Bila dah berjaya, boleh terus "DAFTAR MASUK"

Cubaan MF masuk tadi tak boleh nak semak permohonan ataupun buat permohonan baru.. bila klik keluar balik ke halaman utama. 

Tapi lepas guna Mozilla Firefox baru ok... Jadi, jangan guna Google Chrome walaupun dia kata boleh guna... Guna Mozilla Firefox.. 

Lagipun website ni adalah pertama kali diperluaskan ke seluruh negeri tahun ni... sebelum hanya negeri Selangor sahaja buat permohonan online ni... Mungkin sebab tu juga ada sedikit kelemahan di situ... 

Bagi negeri Selangor sahaja.. daftar di sini: https://esppsel.moe.gov.my/



Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 akan dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia (Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui sekolah secara manual.)

Semakan keputusan permohonan ke Tahun Satu bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan 2017 akan dibuka mulai 16 Julai 2016 bagi negeri Selangor dan 15 Julai 2016 bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Itulah sedikit sebanyak info mengenai cara daftar anak tahun 1.. 

Ok, bagi tingkatan 1 next time MF akan kongsikan... 

Perkongsian dari jadi ibu dan guru... Jadi, tahu la serba sedikit keperluan apa yang diperlukan untuk anak yang bakal mulakan persekolahan. 

SUSU KAMBING UNTUK BAYI 6 BULAN, ADA KE?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ramai tengok orang berlumba-lumba jual susu kambing... dan yang terbaru, katanya susu kambing sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas... betul ke sesuai???

Menurut Persatuan Doktor Pakar Kanak-kanak Amerika Syarikat (AAP), susu kambing tidak disyorkan untuk bayi lingkungan umur satu tahun. Ini kerana unsur nutrisi dalam susu kambing tidak menepati keperluan bayi. Susu kambing mempunyai kurang zat besi, folate, vitamin C,D,B, thiamin, niacin dan pelbagai zat nutrisi lain berbanding dengan susu ibu.
 
Susu kambing mengandungi sodium yang tinggi (seperti susu lembu) dan sangat tinggi dalam klorida dan kalium, yang membuatkan buah pinggang bayi bekerja dengan lebih kuat.
 
Ia juga boleh menyebabkan pendarahan usus dan boleh menyebabkan anemia. Kekurangan asid folik dalam susu kambing boleh membawa kepada masalah anemia megaloblastic. Juga, bayi yang alah kepada protein susu lembu juga sering alah kepada susu kambing juga.
 
Tidak dinafikan susu kambing mempunyai beberapa kelebihan untuk orang dewasa, tetapi kajian terkini menunjukkan ianya tidak sesuai untuk bayi hingga umur lingkungan setahun(mungkin lebih sesuai untuk orang dewasa berbanding kanak-kanak).
 
Jika kita memperhalusi sirah sejarah baginda Rasulullah SAW,baginda turut disusu ibu oleh ibu susuan sehingga berusia 2 tahun, lantas menunjukkan kepentingan penyusuan ibu dan segala kebaikan dari penyusuan ibu (mengatasi segala jenis susu dan formula di dunia).
 
Berdasarkan ini, saya berpendapat memberi susu kambing pada bayi bukanlah sunnah. Belum ada bukti yang sahih yang mengatakan memberikan susu kambing pada bayi bawah 2 tahun adalah satu sunnah, sama ada berdasarkan hadis atau riwayat ulamak muktabar.
 
Kalau diberikan pada orang dewasa, mungkin memberikan kebaikan.  Jadi jika mahu berikan susu kambing mungkin sesuai selepas berusia dua tahun. Bayi berumur dua tahun ke bawah, berikan susu ibu sepenuhnya, jika mampu.
Sumber: Dr. Zubaidi Ahmad


Jadi, pilihan yang ada jika kekurangan susu badan, ialah usaha + doa + tawakal yang berterusan... Pilihan kedua, berusaha mencari ibu susuan... dan memberikan susu lembu atau susu kambing adalah pilihan terakhir jika kekurangan susu ibu... 


Nampaknya, MF masih ada lagi peluang... Cabaran menyusu anak ketiga... Fuhh.. moga Allah beri kekuatan... "Lapangkanlah rezeki susu Fariqa Ya Allah... hingga usianya 2 tahun..."

Apa pun buat penjual susu kambing, jangan memandai nak kata sesuatu tu sunnah Nabi s.a.w kalau tiada dalil yang sahih... semata-mata nak lakukan produk anda!

Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya melakukan pendustaan terhadap aku tidak sama seperti melakukan pendustaan ke atas orang lain. Maka sesiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja maka bersedialah tempat tinggalnya di dalam api neraka.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim].

22 Februari 2017

7 TANDA RAMAI IBU BAPA DERA ANAK SENDIRI TANPA SEDAR! NO.5 RAMAI YANG BUAT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 TANDA RAMAI IBU BAPA DERA ANAK SENDIRI TANPA SEDAR! NO.5 RAMAI YANG BUAT!


Satu perkongsian hebat tentang ilmu keibubapaan yang lalu kat wall facebook MF, dan MF rasa satu keperluan untuk MF kongsikan dengan semua orang terutama yang bergelar ibu bapa ataupun bakal jadi ibu bapa. 

Kesilapan ni sering kita buat... dan tak sengaja pun... tapi kesannya sangat tragis jika selalu kita buat... dan kita akan 'bunuh' masa depan anak-anak kita sendiri... 



Sumber: google images

Jom kita sama-sama baca nukilan Adlil Rajiah tentang ilmu keibubapaan ini...

"PENDERAAN SENYAP" YANG TAK DISENGAJAKAN
I just read about Children Emotional Development dan saya mula perasan yang ramai ibu bapa (termasuk saya) sebenarnya selalu "dera" anak secara senyap dan tanpa sedar. 
Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf, 
kita tak rotan anak dengan paip getah, 
kita tak sebat anak dengan tali pinggang, 
kita tak ikat anak kat pokok rambutan, 
kita tak tampar anak sampai berbekas, 
kita tak maki anak depan orang, 
kita tak cekik anak bila mereka nakal, 
sebab kita tahu--
itu adalah penderaan. 
Itu kejam. 
Itu dosa. 
Dan itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak.  
Tapi yang kita tak tahu adalah--
banyakkk penderaan yang kita sebenarnya lakukan terhadap anak-anak tanpa disedari. 
Kita ingat kita tak dera, 
kita ingat apa yang kita buat selama ni "takpe", 
tapi rupanya--
KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM. 
Kenapa saya kata dalam-dalam? 
Sebab "penderaan senyap" ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak. 
Emosi & self-esteem--
adalah dua elemen yang sangat penting, 
dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk, 
tapi sangat mudah dibunuh. 
Ada beberapa "sikap" ibu bapa, 
yang sebenarnya berbentuk penderaan, 
walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan. 
This is what we call--
penderaan senyap. 
Dan penderaan senyap ni dikatakan memberi kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak, 
sama seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata. 
So today, let me share 7 jenis penderaan senyap  yang dilakukan oleh ramaiiiiii ibu bapa, tanpa disedari. 
1) Ignorance & expressionless reaction 
Atau dalam Bahasa Malaysia, 
mengabaikan dan tidak memberi ekspresi atau reaksi. 
Contohnya, 
bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu, 
kita buat tak tahuuuuu je. 
Langsung tak beri sebarang reaksi. 
Ni banyak berlaku bila kita layan anak "sambil-sambil" buat benda lain. 
Nak main dengan anak, 
tapi tangan tengah layan Facebook. 
Nak buat homework dengan anak, 
tapi mata tengok fattah amin kat TV. 
Maka jadi lah anak tu seperti bercakap dengan dinding. 
Sebab "expressionless" kita sama macam dinding. 😒
Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan, 
kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut. 
Contoh, "Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni." 
Tapi kita jawab, "Tak payah la." 
Dan terus bagi baju warna lain. 
Kalau kita di tempat anak tu, apa kita rasa? 
Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan macam ni, 
takde keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya. 
Sebab? 
Keputusan mereka tak pernah didengari dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain. 
2) Stonewalling
Ni lebih kurang macam yang saya explain kat atas tadi--
anak bercakap dengan dinding. 
Especially bila parents sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak, 
atau malas nak layan soalan anak. 
Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi. 
Contoh bila anak tanya, 
"Mama suka warna apa?"
Kita jawab, "Entah. Pape je laaa." 
Kalau jumpa mak bapak cemni, 
bancuh simen dan tuang kat muka diorang. 
Biar jadi dinding betul. 😑
Please parents. 
When you say, quality time with children, 
that means 101% of your attention goes to them. 
Bukan sambil-sambil. 
Kerana "sambil" itu sebenarnya mendera anak-anak. 
3) Mengejek atau merendah-rendahkan anak depan orang lain
Contoh bila ada orang puji anak kita, 
"Ya Allah baiknya Haikal ni. Suka betul tengok dia."
Tapi kita jawab, 
"Baik?? Puihhh! Makan bersepah, suka kencing malam, main tak reti kemas, kuat nangis, malas mandi, bla bla."
Konon-konon kita taknak riak dengan orang yang memuji tadi. 
Tapi tanpa sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain. 
Anak pun terluka bila dengar. 
Terus anak tu berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti. 😂
So never make fun of your child in front of other people. 
Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah. 
Pandang muka anak dan cakap, "Thank you for being a good son. I'm proud of you." 
Lantak la orang nak cakap riak ke apa. 
We are showing a good example to our children. 
A good sense of appreciation and being thankful to have them. 
4) Gaslighting. 
Gaslighting means--
meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak. 
Contoh kalau anak cerita, kat sekolah tadi ada orang baling pemadam sampai kena mata dia.
Tapi kita jawab, "Ala takpe. Biasa la tu. Abaikan je." 
Atau bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan. 
Kita cuma cakap, 
"Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun je tu." 
Sikap ibu bapa yang suka gaslighting macam ni akan buat anak-anak keliru dengan diri, 
dan hilang kepercayaan pada diri. 
Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tak penting. 
Nasihat saya untuk parents macam ni, 
stop tengok drama pukul 7. 
Dan fokus kepada anak.
Sebab yang banyak mengelamun tu sebenarnya bukan anak, tapi--
YOU. 😒
Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu, 
mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka. 
And never deny what they feel. 
Peluk and tell them, 
"Don't worry. I am here with you. Everything will be fine." 
5) Hypercritical
Ibu bapa yang cerewet, 
terlalu banyak complaint, 
terlalu banyak yang tak kena di matanya. 
Anak comot sikit, marah. 
Anak terlanggar sikit, marah. 
Anak buat lawak sikit, marah. 
Anak nak rehat kejap, marah. 
Anak pakai baju lain seluar lain, marah. 
Anak silap baca sikit, marah. 
Anak pelat cakap sikit, marah. 
Anak dapat no.2 dalam kelas, marah. 
Semuaaaaaaaa benda, 
kalau tak perfect--
marah. 
Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint macam ni, 
sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat, 
tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terrrrlalu banyak. 
So cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak. 
Happy life is not about perfection. 
It's about embracing the imperfections, 
and cherish the small good things. 
6) Kurang memuji, tak ucap sayang, dan tak menzahirkan sokongan. 
Ada kan parents macam ni? 
Jarangggggg sangat cakap i love you kat anak-anak. 
Sebab ego. 
Dan bila anak capai sesuatu, 
jarangggggg ucap tahniah. 
Lagi teruk bila just respond, "Alaa biasa je tu. Abah dulu lagi hebat." 
Huk aloh 😑
Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa, 
kita tak menzahirkan sokongan kepada anak,
tak datang masa competition berlangsung, 
dan tak bagi kata-kata semangat kat anak.
Sebab kita rasa tak penting. 
If you are this kind of parent, 
jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti, 
mereka tak ucap terima kasih pun kat ibu bapa mereka. 
Sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai. 
.
7) Mendiamkan sesuatu kesilapan dan menjadikan ia kebiasaan. 
Contoh, 
bila kita dapat aduan dari pihak sekolah, 
yang anak kita ponteng sekolah, 
atauanak kita buli rakan lain, 
kita buat tak tahuuuu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri. 
Kita lepas tangan. 
Kita tak berdepan dengan anak, 
tak heart-to-heart talk dengan anak, 
tak bantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik. 
Perangai parents yang macam ni, 
kalau dibiarkan berlarutan, 
akan menyebabkan anak semakin "menjadi-jadi" kerana bagi anak, 
semua kesalahan yang dilakukan itu "takpe"  dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka. 
Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan camni, 
better hantar anak-anak ni kat rumah anak yatim je.
Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan? 😒
Baik jadi anak yatim. 
Entah-entah perhatian yang mereka dapat dekat sana lebih bagus. 
Haa sekarang nak mengaku pulak itu anak-anak kau. 😂
So itu lah antara penderaan-penderaan senyap yang tak disengajakan, 
tapi banyakkkkk berlaku. 
Tak payah tengok rumah orang lain, 
kat rumah sendiri pun ada berlaku. 
Kan? 
Jangan pandang remeh tentang isu ni sebab effect dia terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal. 
Cuma penderaan senyap ni berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruk dia datang. 
Dan yang paling menyedihkan, 
it's considered NORMAL in our culture. 
Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak macam ni. 
So how to fix this?
By changing ourselves. 
By fixing our relationship with our own children. 
By having more interaction and communication with them. 
Dan berdoa lah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka. 
Let's stop this "quiet" abuse. 
And may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully. 
Ameen. 
Salam penghujung monday blues dari saya, 
Adlil Rajiah
.
Sumber: facebook

Ini original ya... MF kongsikan untuk bacaan semua.. dan MF kreditkan nama dan link asal sebagai menghormati penulis asal artikel yang bermanfaat ini... 

Penulisan beliau membuka mata dan menyedarkan diri sendiri dan kita semua tentang pentingnya jaga emosi dan batin anak... Astaghfirullah... sama-sama kita istighfar jika pernah buat 7 perkara di atas. Moga, kita diberikan kesabaran dan ketabahan untuk menjaga amanah Allah ini sebaiknya. 

06 Februari 2017

AWAS! BAGI IBU BAPA YANG ADA DAN  BAKAL ADA ANAK PEREMPUAN!

AWAS! BAGI IBU BAPA YANG ADA DAN BAKAL ADA ANAK PEREMPUAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

ALERT buat Ibu ayah yang ada & mengandungkan anak perempuan.

Ambil tahu... ia penting untuk masa depannya.

Sihat atau tidak rahim seseorang wanita banyak bergantung seawal kelahirannya lagi.

Anak anak perempuan mudah dijangkiti kuman di faraj apabila meletakkan bedak direct ke bahagian sulitnya.

Bahan utama nak buat bedak talkum ni ada magnesium silicate hydroxide yang kita kenal sebagai talc, mengandungi bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru paru. - (Pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang - 2009).

Walaupun benda ni dah didedah lama, but still ada parents yang masih gunakan talkum dengan niat 'mewangikan' anak, finally anak disahkan kanser sebab kita =(

Banyak kajian menemui zarah zarah talc dalam tumor ovari wanita disebabkan mereka kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit. Zarah talc ini boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Walaupun pemakaian talkum seminggu sekali di bahagian sulit, tapi ia sudah cukup menambah risiko kanser 36% dan 41% bagi mereka yang memakainya setiap hari. Nauzubillah....

Bukan tu saja, debu putih halus daripada talc yang berterbangan ni boleh disedut bayi dan terdedah kepada masalah laluan pernafasan membengkak dan boleh menyebabkan pneumonia.

Sumber: google images


Tips MENYAYANGI RAHIM bagi setiap wanita seawal bayi lagi : 
  • Jika ada lelehan atau discharge basuh faraj/wap dengan air garam.
  • Makan banyak sayur dan buah seawal usia 6 bulan lagi hingga dewasa.
  • Minyak ikan dan vitamin C baik utk melawan penyakit rahim. 
  • Check jika ada history penyakit rahim dalam family. Setiap penyakit ada kaitan dengan pengaruh baka dan 10% boleh menyumbang kepada puncanya. 
  • Kahwin dan hamil ketika usia 20an mencegah ketumbuhan fibroids & adenomyosis. 
  • Tangani stress pada diri. 
  • Elakkan makan junk food dan fast food - ia bukan saja boleh menyebabkan kegemukkan malah haid yang tidak teratur disebabkan pemakanan dan hormon tidak seimbang ini menyebabkan gangguan pada rahim dan merosakkannya. 
  • Masa period elakkan keluar rumah pada waktu maghrib dan malam.
  • Nenas baik bagi wanita yang tidak merancang hamil. Nenas berfungsi untuk bersihkan darah kotor di belakang rahim. Sebab tu masa pregnant orang orang tua tak bagi makan nenas. Dia bersifat mencuci.

====================================================
Sumber Asal: Copyright@Nazira Nazir buku 9bulan10hari


Bab letakkan bedak pada anak tu, masa anak sulung MF buat... tapi atas kesedaran dan pembacaan, mengenai kesan bedak talkum pada bayi, MF tak letak lagi... anak kedua dan ketiga memang tak guna bedak langsung... bahkan memang tak suka guna bedak talkum... tapi kadang orang tua, suka sangat siapkan anak kita dengan bedakkan... tapi asalkan tak letak di alat sulit anak-anak ok lagi  la kan... 

Untuk anak ketiga ni, alami ruam panas dan ruam kulit... jadi, solusi nya Mf gunakan krim talkum tea tree jenama Cosmoderm... memang berkesan dan selamat pada kulit bayi... Alhamdulillah dengan izin Allah. 
8 TANDA ANAK STRESS YANG WAJIB IBU BAPA TAHU!

8 TANDA ANAK STRESS YANG WAJIB IBU BAPA TAHU!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Sebagai ibu bapa kita kena faham bahasa badan atau 'body language' yang anak anak tunjukkan sebab kadang kadang anak ni tak tau nak cakap yang dia SEDANG STRESS.

Bila anak menangis terus cakap anak ni lapar susu ni. Tak cukup makan ni. Sedangkan kemungkinan besar anak kita sedang mengalami tekanan yang kita tak faham.


Sumber: google images

Jom kita cuba fahami signal anak kita.

1) Susah tidur
Masa tidur tak menentu dan sering tidur lewat malam kadang hingga menjengah ke waktu dinihari.

2) Terlalu aktif
Terlampau aktif sehingga hilang kawalan.

3) Pemalu
Sangat pemalu seolah olah hilang keyakinan diri.

4) Suka mengamuk
Marah apabila kemahuannya tak dituruti. Boleh mengakibatkan kerosakan barang dan kecederaan fizikal.

5) Cerewet makan
Memilih makanan dan hanya mahu makanan kesukaannya sahaja.

6) Kencing malam
Terlampau tertekan sehingga boleh kencing malam. Khusus untuk anak anak yang dah besar.

7) Mudah menangis
Terlalu sensitif dan amat mudah mengalirkan air mata.

8) Ketakutan
Ketakutan melampau sehingga hilang rasa ketenangan dan memerlukan perhatian yang lebih dari ibu ayah.

Kalau anak anak ada salah satu tanda tanda atas, cepat cepat bertindak untuk bantu anak rasa selesa dan tenang. Bawak anak keluar ambil angin sambil bacakan surah surah pendek pun inshaAllah anak akan lebih tenang. Peluk dan berikan perhatian dan layanlah anak-anak sebentar dan tinggalkan dunia kerjaya kita dan dunia sosial kita.. 

Walaupun begitu, tak semua tanda ni menunjukkan anak stress sebenarnya... tapi mungkin juga atas faktor-faktor lain juga...seperti memang sikap, atau ada sesetengah anak-anak mengalami gangguan emosi dan sebagainya..  Apa pun, jangan mudah melenting andai anak-anak ada 8 tanda ini. 

29 Januari 2017

7 Tips Elak Anak Maut Ketika Tidur

7 Tips Elak Anak Maut Ketika Tidur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bayi mati ketika tidur, ada kes tapi peratusannya kecil... ada yang anggap tak penting tapi sebenarnya sangat penting. Pengalaman MF ada juga, tapi Allah penyelamat dan sebaik-baik pelindung. Masa anak sulung MF masih kecil, kami letakkan kain kecil atas ubun-ubun untuk elak masuk angin kata orang tua, kaki tangan dibedung kuat. Tapi disebabkan kepala dia selalu digerakkan, kain tu menurun dan menutupi hidungnya... Naazbillah.. mujur suami tersedar... 

Perkara begitu buatkan kami serik juga nak letak kain lain... malam sapu minyak je... takut kejadian macam tu berulang lagi. 

Jadi, MF nak kongsikan sedikit info, keselamatan bayi ketika tidur.... 

Rutin tidur menjadi sebahagian daripada tugas seorang bayi. Tidur berkualiti merangsang perkembangan positif tumbesaran bayi.  Bayi pada usia bawah tiga bulan lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur.

Posisi tidur seorang bayi memainkan peranan penting dalam tumbesaran mereka. Jangan bersikap sambil lewa berkenaan hal tidur si bayi kerana jika tersilap ia boleh menyebabkan kecederaan dan kematian bayi.

sumber: google images

1. Risiko kematian bayi secara mengejut atau dikenali sebagai Sindrom Bayi Secara Mengejut (SIDS) boleh berlaku kepada mana-mana bayi. Bayi normal memang boleh tidur dalam apa jua posisi tetapi posisi tidur terlentang dan meniarap lebih digalakkan.

2. Tidur menelentang memudahkan ibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang sama mengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkan sesak nafas. Bahkan posisi ini juga tidak mendatangkan sebarang simptom atau penyakit terutama SIDS.

3. Dalam kedudukan ini, disarankan meletakkan bantal di kepala bayi supaya kedudukan kepala tinggi sedikit daripada perut. Ia bertujuan mengelakkan bayi daripada termuntah.

4. Bayi juga boleh ditidurkan dalam keadaan meniarap. Pastkan tilam yang digunakan tidak lembut. Letakkan bantal nipis di bawah perut bayi supaya mereka berasa lebih selesa. Sekiranya dalam kedudukan ini , bayi boleh mengalihkan muka sendiri ke sisi sewaktu tidur, maka mereka bebas tidur dalam keadaan begitu.

5. Anda juga boleh menidurkan bayi secara mengiring tetapi penting untuk meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang supaya  bayi tidak terlentang secara mengejut.

6. Bagaimanapun bagi ibu bapa yang memiliki anak tidak normal seperti pramatang atau sindrom down, posisi tidur menelentang tidak digalakkan. Ini kerana ketika dilahirkan otot-otot mereka lemah dan lembik. Tidur menelentang akan membuatkan mereka sesak nafas dan lidah serta rahang akan terjatuh ke belakang.

7. Oleh kerana bayi baru lahir tidur antara 16 hingga 18 jam sehari, mereka kerap terjaga apabila hendak menyusu atau menukar lampin. Ibu bapa atau penjaga digalakkan menukar posisi tidur anak setiap dua jam sekali kerana bayi baru lahir sukar bergerak sendiri.

Sebaiknya tidurkan bayi di dalam katil yang berasingan untuk mengelakkan daripada risiko lemas kerana terhempap kaki atau tangan ibu ayah, bantal dan selimut yang banyak yang boleh menyebabkan mereka lemas dan sesak nafas.

Moga dengan tips ini kita boleh mengelak kejadian yang tidak diingini... Jika dah lakukan yang sepatutnya, selebihnya berdoa dan tawakallah kepada Allah... 

04 Januari 2017

Tips Komunikasi Berkesan Bila Cakap/Nasihat Anak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images
Tips untuk ibu bapa dan warga pendidik:


Salah satu tip komunikasi yang berkesan dengan anak-anak dan juga anak murid  ialah pastikan apabila bercakap dengan mereka maka kedudukan aras mata kita sama dengan aras mata mereka. 

Sebab itulah ibu bapa atau guru penat bercakap, sebab kita menegur dan menasihati dari jauh atau dalam keadaan berdiri. 

Cuba dekatkan diri dengan mereka, melutut agar aras mata kita sama dengannya, pegang bahunya dan nasihatilah. Ia lebih berkesan...tips dari power parenting online

Sumber : telegram.me 

03 Januari 2017

RESIPI MILKBOOSTER SUPER SEDAP!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Salah satu masalah yang sering dialami oleh ibu yang menyusukan bayi adalah 'bengkak susu'. Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya jika terjadi 'bengkak susu' ni. 'Bengkak susu' akan berlaku jika susu tidak 'dikeluarkan' dari payudara.

Jadi, resepi ni bantu atasi bengkak susu dan dalam masa yang sama jadi milkbooster yang sedap... 



RESIPI MILKBOOSTER SUPER SEDAP!
BAHAN-BAHAN:
50gm longan kering
50gm kurma merah
2 sudu besar halba
3 sudu besar madu asli atau gula batu
4-5 cawan air

CARA MEMBUAT:
Bersihkan longan kering dan buah kurma merah.
Kemudian rebuskan semua bahan bersama.
Biarkan sehingga air rebusan bertukar warna sedikit kekuningan. Matikan api dan bolehlah disejukkan.

*Sebaiknya minum ketika masih suam. Lebihan air boleh disimpan dalam peti ais tetapi tidak elok diminum ketika terlalu sejuk.
*Jangan simpan minuman ini melebihi 3 hari kerana ia akan menjadi masam.
*Amalkan 2 kali sehari (pada waktu pagi dan sebelum tidur malam) untuk kesan lebih efektif.

KEBAIKAN:
1. Merangsang dan menstabilkan hormon.
2. Melancarkan haid.
3. Antara sumber makanan semula jadi terbaik untuk menambah susu badan.
4. Mengatasi masalah over weight selepas bersalin.
4. Longan kering dapat mengelakkan masalah emosi tidak stabil ketika dalam pantang.
5. Kurma merah elok untuk memekatkan susu ibu serta membuatkan bayi cepat kenyang.

Sumber rujukan: Karangkraf.com

Memang nak kena buat ni sebab kali ni memang diuji dengan susu yang kurang meriah tapi anak minum meriah sangat... Kadang hampir stress, tapi cuba kawal sebab stress buatkan susu lagi segan nak meriah... 

Dah order longan kering... lepas ni kita buat... Moga jadilah milkbooster yang hebat... insha Allah kan... Usaha hingga ke titisan terakhir.. 

19 Disember 2016

Mitos dan Fakta Pantang Larang Bayi Yang Oleh Orang Tua Dulu-dulu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Anak dah 3, makin banyak pengalaman berharga MF kutip... Setiap anak lain ragamnya... Ragam mengandung pun dah lain… apatah lagi bila dah lahir… 

Masa anak sulung… mudah sangat tidur...tak banyak ragam tapi agak kuat menyusu… Anak kedua, kuat menangis.. sampai sekarang nak masuk 3 tahun dah pun masih tak hilang ragam tangis dia tu… Anak ketiga ni masa mengandung banyak sungguh dugaan sampai rasa serik nak mengandung… tapi Alhamdulillah anak ketiga ni mudah sungguh nak jaga… tak banyak ragam… dan sekarang dah 3 bulan setengah kuat senyum dan kuat isap jari… Alhamdulillah… 

Bila sebut bayi baru lahir ni, macam-macam pesan orang tua kan.. masa anak pertama ikutkan aje.. anak kedua ketiga pantang sendiri jadi pandai-pandai sendiri la ye… 



Banyak pantang larang orang tua dulu tentang bayi ni… ada yang boleh kita ikut jika ada relevennya, tapi ada juga yang tak..

1. Bayi baru lahir perlu dipakaikan barut agar tidak kembung atau rangka dada tidak terlalu menonjol khususnya bayi perempuan.

Penjelasan: Dinding perut bayi masih lagi lemah ketika usia ini. Oleh yang demikian, pastikan barut dipakai pada bahagian perut sahaja dan bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak sukar untuk berkembang dengan cepat.

Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka akibat geseran. Selain itu barut dapat membantu memanaskan badan bayi baharu lahir yang mudah sejuk.

Jadi, ada kelebihan pakai barut.. jadi tak perlu lama pakaikan barut… kalau baby kita jenis mudah kena kembung perut, elok pakaikan selalu terutama lepas mandi dan waktu sejuk… tapi kalau dia ok je, waktu panas buka je… dia pun tak selesa… bila dia dah meniarap atau merangkak, tak perlu pakaikan sebab nanti dia sendiri tak selesa… 

2. Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar.

Penjelasan: Sebenarnya, kaedah ini tidak perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Boleh mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan disteril.

MF tak ikut petua ni… Cuma lepas dah tanggal pusat bersihkan macam biasa. Pengalaman anak ketiga lepas tanggal pusat lebih kurang 2 minggu masih berdarah… tapi nurse kata itu biasa… bersihkan macam biasa je guna spirit yang diberikan tu… Alhamdulillah, lepas 2 minggu takde darahnya… cuak juga la…sebab kedua-dua anak tak de camtu pun.. itulah pembelajaran melalui pengalaman. 

3. Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang.

Penjelasan: Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan keselesaan kepada bayi ketika tidur. Sehingga mencecah usia enam bulan, bayi sering mengalami kejutan refleks.

Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut. Namun perlu diingat, bedung biasanya membuat peredaran darah anak terganggu.

Ini membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru-paru atau rongga pernafasan.

Anak pertama je sampai 6 bulan bedung… tapi anak kedua ketiga dalam sebulan je bedung… lepas tu memang bebas je… masa anak kedua ritu, tak bedung risau gak kot jalan kengkang ke kan… Alhamdulillah.. elok je jalannya. Jadi, takdelah kena mengena pun kes jalan dengan bedung ni.. tapi mak kata ada juga kesan kalau terlebih bedung… besar nanti akan jadi berjalan lambat… hehe.. bukan mitos tapi bedasarkan pengalaman ni.. 


4. Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang.

Penjelasan: Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk memandikan bayi. Biasanya, pada bulan-bulan pertama, anak boleh dimandikan antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi.

Bila usia bayi meningkat, anda boleh memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu. Paling penting jangan mandikan anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan mahu tidur.

Bab mandi pagi, memang tak mandi pagi sangat la… tapi mandi petang lepas dua bulan baru mula mandi petang tu pun tengok cuaca… kalau hujan memang tak mandikan Cuma lap je dengan kain lembap.

5. Tangan dan kaki bayi tidak perlu selalu ditutup dengan sarung kaki dan tangan.

Penjelasan: Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku bayi sendiri.

Jika di luar rumah, sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung tangan akan membataskan perkembangan deria rasanya.

Bila anak dah mula masukkan tangan ke mulut elok dah buka mitten tu… untuk bagi dia explored anggota badan dia… tapi kena rajin potong kuku la kan… Sarung kaki masih pakaikan hingga dia mula merangkak… tapi kalau keluar rumah wajib pakaikan takut masuk angin… dan ini menyebabkan mudah kembung.. 

6.  Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari.

Penjelasan: Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukakan kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan anda memotong kuku si kecil.

Namun, jika dilakukan secara berhati-hati dan menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi, sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari asalkan berhati-hati.

Pantang larang ni tak pernah ikut… 3 hari lepas lahir dah potong dah… dan MF la potong sendiri… suami ngeri nak potong katanya… hehe.. 

7.  Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang.

Penjelasan: Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang diterima daripada ibu atau ayah. 

Dukung selit kat pinggang cara dukung yang mudah… itulah gunanya pinggang kan.. kalau suami boleh sangkut kat perut.. hehe…

8. Mandikan Bayi dengan Air Sejuk Untuk Bagi Tulang Mudah Keras
Tak pasti ini petua lama ke baru sebab mak MF selalu suruh mandikan air suam hingga paling kurang 6 bulan.. MF mandikan ikut cuaca, kalau waktu musim sejuk mandikan air suam.. kalau musim panas.. mandikan air paip biasa.. tapi tak mandi lama.. jirus-jirus je..

9. Bayi dibawah usia Sebulan Boleh Diberi Makan agar tidak Lapar
Yang ni biasa la dok dengar kan… Bagi pisang lenyek la… tapi itu dulu kan.. tak sama dengan sekarang… dulu kurang ilmu bab ni..jadi Allah pelihara anak-anak ni… tapi zaman sekarang ilmu dah berkembang jadi kalau dah tahu tapi dok buat juga, anak la jadi mangsa… Perut bayi kecil sangat.. minum susu ibu cukup dah buatkan dia kenyang sebenarnya… tu pun kalau minum lama sikit dah dimuntahkan balik.. 

10. Hidung ditarik agar mancung
Ini petua mana tak tau la… tapi bab bentuk fizikal ni berkaitan dengan genetic… tapi kalau nak tarik tak salah… tarik-tarik manja kata orang kan… jangan la kuat-kuat. ..tapi memang betul pun.. lama-lama akan mancung… sebab hidung MF sendiri pun boleh mancung selepas ditarik suami hari-hari.. memang beza sungguh tengok hidung sendiri sebelum dan selepas beranak 3. Hehe… 

Rujukan: Majalah PaMa

12 Disember 2016

7 TIPS DAPATKAN 'GENTLE BIRTH' TANPA INDUCE!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pengalaman bersalin tu indah sebenarnya... bukan sesuatu yang menggerunkan kalau tahu bahawa bersalin tu fitrah... Ya...bersalin tu fitrah... MF berani katakan ini fitrah sebab pengalaman MF sendiri masa mengandungkan anak ketiga... di akhir kehamilan doktor scan, air ketuban banyak... Bila tarikh due semakin hampir doktor semakin risau... dan kerisauan doktor akan dizahirkan kepada kita juga kan... dia ceritalah risiko-risiko yang bakal dihadapi jika air ketuban banyak ni.. antaranya baby lemas dan baby boleh terpusing walaupun berada pada laluannya dah... 

Memang risau betul bila dikhabarkan begitu... tambah risau bila... tarikh due tu dah cukup masanya.. terus diberi surat untuk di induce... fuhh,,, kena paksa... rasa macam-macam masa tu... pergi juga hospital... tapi selepas di scan, MF ok walaupun ketuban memang lebih sikit dari biasa... nak ditahan wad juga tapi inducenya pagi esok... Tapi suami MF tak nak MF ditahan wad.. jadi kami minta balik dan sign surat tanggung risiko dari pihak hospital... fuhh.. tak pernah terfikir nak sign surat tu tau... 

Apa pun, yakin dengan Allah... kelahiran itu satu rahsia dari DIa... jadi, MF banyak buat latihan, senaman, doa dan solat hajat je sementara nak tunggu bila nak datang tanda bersalin tu... 3 hari hari berlalu... hari keempat MF ke klinik untuk ambil MC sebab MF tak ambil cuti awal tu... maknanya lepas bersalin baru kira cuti bersalin... jadi nak pergi ambil MC di klinik swasta... klinik biasa tu minta kami ke klinik yang ada scan sebab dia pun risau bila tengok buku pink tu... 

Lagi bertambah risau... dipendekkan cerita.. MF terus ke klinik yang ada scan dan selepas scan memang betul ketuban banyak dan terus refer hospital.. Bila sampai dihospital discan dan di cek bukaan servik juga... Tak sangka dan terkejut bila doktor kata MF dah nak bersalin ni... tapi sebab takde rasa sakit langsung... MF sendiri tak sangka.. terus dihantar ke hospital besar dan malam tu juga selamat MF bersalinkan anak ketiga tanpa induce dan sakit yang lama.. alhamdulillah.. 



Panjang mukhaddimah ni.. hehe.. cerita pengalaman kan... alhamdulillah rezeki MF bersalin ketiga-tiga anak tanpa paksaan..dan sakit yang tak lama... Alhamdulillah... 

Jadi, MF nak kongsikan sikit teknik untuk bersalin secara natural dan fitrah tanpa induce...

1. TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Contraction adalah saat yang sakit buat ibu-ibu yang hampir melahirkan. Ada yang cakap sakit nak patah pinggang, sakit berkali ganda dari senggugut, sakit mcm nak putus urat. Semua tu hanya gambaran & istilah sahaja. Percaya tak, sakit yang digambarkan tu sebenarnya boleh hilang/kurang dengan teknik pernafasan yang betul. 

Caranya:

Ketika contraction datang, siap sedia tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan perlahan melalui mulut tanpa mengeluarkan suara. Ulang 3-5 kali, insyaAllah sakit tadi akan berkurang. Teknik pernafasan ni bukan je buat sakit tersebut berkurang tapi ia juga buat kita lebih tenang. Tak perlu ambil gas pun sebenarnya kalau guna teknik ni... 

2. AKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR
Minda separa sedar tidak berfungsi secara logik tapi ia lebih kepada imaginasi, rasa hati dan emosi. 

Contoh: 
Minda sedar: aku nak bersalin normal
Minda separa sedar: boleh ke normal? Anak 1st nie, macam susah je...(ini yg perlu kita tukar)

Minda separa sedar nie 90% dalam diri. Dengan menguasainya, kita mampu mencapai apa saja yang dihajati. Inilah kekuatan luar biasa yang tak terjangkau oleh akal fikiran manusia.

Macam mana nak aktifkan minda separa sedar? 

Kita boleh aktifkan saat dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang adalah saat kita nak tidur. Bercakap dengan diri sendiri apa yang kita nak esok & berdoa minta pada Allah. Ulang & terus ulang.

Masa preggy anak ke 2 dan 3, setiap masa dan setiap hari sentiasa cakap dalam hati:

-baby bersalin 38 minggu tapi tak dapat 38 minggu untuk anak kedua dan ketiga... tapi takpe sebab tu rahsia Allah kan... 
-mudah bersalin 
-bersalin normal 
-lepas bersalin tak sakit
-dalam labour room setengah jam je
-kembali berat asal

Alhamdulillah berhasil!

3. POSITIF
Amalan positif nie memang sentiasa perlu dipraktikkan. Sebab bila kita positif, kita akan tarik benda-benda positif di sekeliling kita. Sebab tu pantang buat ibu-ibu hamil bersedih! 

Saat nak bersalin, penting untuk kita set dalam minda KATA-KATA POSITIF seperti:
-ummi kuat! 
-baby mesti keluar dengan selamat! 
-ummi boleh! 
-Allah bantu! 
Bagi semangat pada diri sendiri! InsyaAllah ia sangat membantu memudahkan proses kelahiran!

4. LAMA DALAM SUJUD
Ini adalah salah satu teknik mempercepatkan bukaan rahim & sujud juga mampu menghilangkan rasa sakit contraction. Untuk ibu-ibu yang tahu kandungan songsang, cara ini mampu betulkan kedudukan baby. 

5. TUKAR SAKIT KEPADA NIKMAT
Saat contraction datang, cuba imagine perkara-perkara yang indah. Masa dalam labour room, saat contraction makin tinggi, terus convert sakit tadi dengan bayangkan baby dah selamat, baby sihat, comel, suami azankan baby. Alhamdulillah...Sakit tu hilang! 

6. ZIKIR dan DOA YUNUS
1 perkara dapat buat kita lebih tenang iaitu berzikir. Saat sakit datang, berzikir. Ingat akan kebesaran Allah. Semua tu dapat kurangkan rasa sakit. 

Lepas tu baca doa yunus:


InsyaAllah sakit tadi akan hilang.. Alhamdulillah, masa bersalinkan anak kedua di Hospital Ampang, kat Laboor Room sentiasa dipasangkan zikir dan bacaan al-Quran... manakala di Hospital Sultanah Aminah masa bersalinkan anak ketiga ada zikir Nabi Yunus ditampalkan pada dinding ... 

7. MAKAN KURMA dan AIR ZAM ZAM
Kurma dan air zamzam sangat berkhasiat dan mampu memberi tenaga segera pada badan. Lagi-lagi masa masuk labour room, kalau sempat jangan tinggalkan 2 benda nie. InsyaAllah ia juga dapat membantu memudahkan proses kelahiran serta memberi tenaga yang luar biasa! MF tak makan tau, tapi bawa bekal 3 biji kurma je dalam poket baju... makan masa dihantar ke Hospital Besar...

Semoga perkongsian yang kecil nie memberi manfaat pada ibu-ibu di luar sana. InsyaAllah. Akhir sekali, buat ibu-ibu yang bakal melahirkan anak pertama, jangan takut. Melahirkan baby adalah perjalanan yang sangat menakjubkan! Rasai kehebatan dan kekuasaan yang Allah beri buat anda insan-insan terpilih!  😊

P/s: Entry ini adalah olahan perkongsian pengalaman penulis (MF) dan Siti Aai Shah