04 Oktober 2016

Senarai Klinik Scan 2D/3D/4D Doktor Perempuan di Johor!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengalaman mengandung anak ketiga di Johor... Tempat baru bagi MF dan suami.. Walaupun suami asal orang Johor, tapi 13 tahun dia merantau, dan Johor jadi tempat yang baru bagi kami. Masa mengandung, melilau nak cari klinik yang boleh Scan 3D/4D dengan Doktor Perempuan. Tanya juga rakan-rakan sekerja yang dah lama di Johor... 

Antara klinik yang diorang cadangkan ialah klinik di Ulu Tiram, sebab dekat dengan tempat tinggal MF.. Jadi beberapa kali juga kami scan 3D di klinik di Ulu Tiram. Tapi sepanjang mengandung kali ketiga ni... MF nak kongsikan 3 Klinik yang pernah MF pergi untuk Scan 3D. 

Klinik Swasta pertama MF pergi untuk lihat kandungan awal ialah Klinik Dr. Anis di Kempas... Kebetulan masa tu memang dah area Pasir Gudang, jadi terus je ke sana... sebab baca review menarik betul klinik tu... Kami pergi dah petang masa tu... lepas Zohor... Sampai ke klinik tu hampir kul 2.30 petang.. Lepas daftar...tunggu giliran.. masa tu tak ramai mana pun pelanggan yang menunggu.. Tapi tak seindah khabar, perkhidmatan yang sangat lama.. dah tu boleh pula, kita daftar dulu, orang lain yang dipanggil dulu... bayangkan jam 2.30 daftar, jam 5.30 petang baru panggil.. Tahulah kita nak scan je kan.. tapi sepatutnya adil la kan.. ITulah.. serik dah nak pergi ke klinik tu... 

Kemudian, bila dah kandungan 22 minggu, scan untuk lihat perkembangan baby... kali ni kami ke Poliklinik Yuslina di Ulu Tiram. Poliklinik ni banyak cawangannya.. CAwangan yang lain MF tak pasti ada scan ultrasound ke tidak... Alhamdulillah, klinik ni lebih bagus... doktornya pun peramah... sekali scan pun lama juga dia buat... dalam 30 minit... memang lihat segalanyalah.. sampai kita puas hati... Masa kandungan 33 minggu MF buat detail scan pula.. Harga untuk 3D scan RM100 sahaja... dapat CD dan beberapa keping gambar... Walaupun begitu, kalau ikutkan hanya 3 bintang mampu MF bagi untuk klinik ni, sebab kalau nak di bandingkan dengan pengalaman di KL/Selangor, kat sana lebih baik la kan... Tapi dari takde boleh la kan.. 

Klinik ketiga MF pergi ialah masa kandungan dah lebih hari... masa ni agak kritikal, sebab nak buat kepastian sama ada betul ke doktor di KK kata kandungan MF lebih air ketuban. Punca nak buat scan swasta sebab tak puas hati dengan scan kat KK yang tak berapa clear tu.. Jadi, kami cari la klinik yang boleh scan dengan doktor perempuan. Masa ni google je.. tapi susahnya nak cari.. akhirnya MF cari kat Facebook.. dari komen-komen dan perkongsian pengguna fb, dapat la satu klinik dekat dengan Kulai... sebab masa tu banyak agendanya, lepas mak mentua pergi pejabat agama Kulai, terus ke klinik yang dicari.. Mulanya nak ke Klinik Siti, tapi tutup pula... deret yang sama, masa nak balik tu, terpandang Klinik Noor Huzaimah. 

Terus la pergi klinik tu... Takde orang pun, tapi cantik klinik tu.. bersih.. dan warna pink lagi.. Sekejap je, daftar dan tak lama terus dipanggil... Jumpa doktornya.. Dr. Huzaimah... lembut doktornya... sekali bila kami ceritakan masalah, terus dia buat scan 2D je.. Sekali dia terangkan...macam mana, dan bagaimana dikatakan air ketuban banyak tu.. Puas hati dengar penerangan dia... Terus juga dia buat surat rujukan ke Hospital Kulai untuk buat CTG... dan  tak sangka juga, malam hari yang sama tu juga MF selamat bersalin... hehe.. pantas betul... macam mimpi pun hadoo.. hehe



Disebabkan pengalaman kesusahan nak cari scan dengan doktor perempuan.. di sini MF nak kongsikan beberapa klinik yang menyediakan perkhidmatan scan ultrasound sekitar Johor...

Hong Women Specillist Clinic
Alamat: 46, Jalan Sri Putra 1, Bandar Putra, 81000, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-663 3210

Poliklinik Wong
Alamat : No35, Jalan Perdana 3/1 Taman Sri Pulai Perdana, 81110 Johor Bahru

Klinik Siti Fatimah
Alamat: 4, Jalan Kebudayaan 18, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor, Malaysia
No. Telefon:  +60 7-520 7630

Elizabeth Women's Specialist Clinic
Alamat: 33, Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-554 1922
Waktu Operasi:
Setiap hari: 9am - 6pm
Selasa: 11 noon - 6pm, Hari Minggu: 9am - 430pm, Khamis: Tutup
Rehat: 1230pm-2.00pm
Cuti Umum: Tutup

Klinik Keluarga
B-05 Blok A, Pekan Francais MARA, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-520 2360

Poliklinik Penawar  
Alamat: 51, Jalan Besi 1, Taman Sri Putri, 81300 Skudai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-557 8055

Alamat: B-05 Blok A, Pekan Francais MARA, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-520 2360

Poliklinik Yuslina Ulu Tiram
Alamat: No 98A, Lorong 3, Jalan Tembusu, Ulu Tiram 81800 Johor
No. Telefon: 07-863 4855

Klinik Maimunah dan Rakan-Rakan, TMN Sri Putri
Alamat: 2, Jalan Emas 29, Skudai, 81300, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-557 0084

Poliklinik Norbi
Alamat: 129, Jalan Senai Utama 5/17, Taman Senai Utama, 81400 Senai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-590 0270

Klinik Dr Anis
Alamat: 25G, Jln Kempas Utama 1/2, Taman Kempas Utama, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-554 5231

Poliklinik Rozikin
Alamat: 35, Jalan Nusaria 3, Taman Nusantara,, Gelang Patah,, 81550 Nusajaya, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 19-772 0353
Waktu Operasi: 
Ahad  - Jumaat: 8:30AM–10PM
Sabtu: Tutup

Poliklinik Nur Hidayah
Alamat: 35, Jalan Bakti 1, Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor, Malaysia 
No. Telefon: 07-558 2691 

Poliklinik Dahlia
Alamat: 36, Jalan Dahlia 20, Taman Dahlia, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia 
No. Telefon: 07-237 2100 

Klinik Siti
Alamat: 5253, Jalan Matahari 34/12, Kawasan Perumahan Matahari, 81000 Kulai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-660 6942
Waktu Operasi:  Setiap hari: 9AM–9:30PM

Klinik Noor Huzaimah
Alamat: 5233, Jalan Matahari 34/12, Kawasan Perumahan Matahari, 81000 Kulai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 11-1068 4605
Waktu Operasi: 
Isnin, Selasa, Khamis: 9AM–9PM
Ahad, Rabu: 9AM–6:30PM
Jumaat: 9AM–12:30PM
Sabtu: Tutup

10 Ogos 2016

11 Bahaya Durian Kepada Ibu Mengandung!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sekarang tengah musim buah durian... dan yang tengah jadi bualan hangat dalam kalangan ibu mengandung ni ialah, bahaya durian kepada ibu mengandung... Bahkan ada yang mengkaitkan durian punca kematian mengejut janin dalam kandungan. Betul ke durian berbahaya kepada wanita mengandung??? 

Jom teliti dan baca artikel ni... 

Durian merupakan makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil kerana kandungan yang ada di dalam buah durian itu sendiri. Durian tinggi glukosa, kalori, asam arachidonat, alkohol dan kolesterol yang tinggi. Segala sesuatu tidak akan dilarang jika tidak ada penyebabnya, alasan durian dilarang adalah kerana ada kandungan di dalam buah durian tersebut yang dilarang masuk ke dalam tubuh ibu hamil. Kandungan bahaya alkohol yang ada di dalam buah durian tersebutlah yang tidak boleh masuk ke dalam  tubuh ibu hamil, arachodonat juga berbahaya bagi ibu hamil. Kesan kandungan alkohol dalam buah durian sama membahayakannya dengan  minuman alkohol.



Berikut ini bahaya durian bagi ibu hamil yang harus diketahui :

1. Bayi Lahir Secara Pramatang
Semua ibu mengandung tak ingin melahirkan bayi pramatang kan? Oleh sebab itu, ada baiknya ibu menghadkan pengambilan durian. Durian yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan bayi lahir secara pramatang. Bayi pramatang tentu saja tidak boleh survive, selain peluang hidupnya sedikit, bayi pramatang akan terkena komplikasi  seperti komplikasi paru-paru, jantung dan lain-lain.

2. Keguguran
Ibu yang sedang hamil pada trimester pertama dan kedua dilarang keras untuk makan durian. Hal itu kerana  kandungan alkohol di dalam durian tersebut boleh mengakibatkan rasa panas di dalam perut atau rahim. Sudah dijelaskan sebelumnya jika janin yang ada di dalam kandungan tidak boleh bertahan dengan suhu tubuh yang panas. Suhu tubuh di dalam rahim yang panas akibat memakan durian tidak boleh diterima oleh janin yang ada di dalam kandungan, akibatnya adalah janin tersebut akan mudah gugur. 

3. Kontraksi
Kesan selepas memakan durian menyebabkan ibu hamil mengalami kontraksi pada perutnya. Penyebabnya adalah asam arachidonatlah yang merangsang pembentukan prostaglandin. Dimana bahan tersebut mampu mencetus kontraksi pada ibu yang sedang hamil. Kontraksi tersebut merupakan salah satu tanda akan melahirkan, jika ibu hamil belum saatnya melahirkan ada baiknya ibu segera buat pemeriksaan doctor.

4. Cacat Janin
Alkohol dalam durian jika diambil secara berlebihan boleh menjadi penyebab janin cacat dalam kandungan. Kandungan alkohol yang tinggi pada durian secara perlahan tapi pasti akan merosak organ-organ penting janin, alkohol juga akan menyekat pertumbuhan organ janin. Jika organ vital janin tersebuat pertumbuhan dan perkembangannya, janin akan memiliki organ yang tidak berfunsgi dengan maksima. Organ yang tidak maksima tersebut menyebabkan janin menjadi cacat.

5. Mengalami Diabetes
Ibu yang mengambil terlalu banyak durian boleh terkena diabetes. Alasannya sangat mudah sekali, hal ini kerana kandungan glukosa yang tinggi di dalam durian tersebut, boleh menyebabkan ibu diabetes. Diabetes adalah penyakit yang tidak boleh diabaikan sebab diabetes boleh mencetuskan komplikasi kehamilan dan komplikasi ketika proses bersalin. Jika sudah terkena diabetes, ibu yang akan kawal kehamilan disuruh untuk selalu check kadar gula darah di dalam tubuhnya.

6. Mengalami Hipertensi
Durian boleh menyebabkan hipertensi dalam kehamilan. Ini disebabkan di dalam durian mengandungi kolesterol tinggi. Kadar kolesterol yang tinggi di dalam tubuh ibu hamil boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah yang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi atau hipertensi.

7. Mengalami Kolesterol
Ibu yang sedang hamil tidak boleh mengabaikan penyakit kolesterol sebab, penyakit kolesterol boleh diturunkan ke janinnya. Orang yang terkena kolesterol boleh mengakibatkan nyeri badan sehingga tubuh ibu hamil akan terasa tidak nyaman. Kolesterol sendiri boleh mencetus penyakit komplikasi lainnya misalnya saja jantung bahkan stroke. Kolesterol boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah sehingga aliran darah menuju jantung tidak lancar, tidak hanya itu saja kolesterol boleh menyebabkan jantung harus bekerja lebih keras kerana penyempitan pembuluh darah.

8. Mengalami Preeklamsia
Ibu hamil yang selalu mengalami hipertensi akibat makan durian boleh membuat ibu hamil terkena preeklamsia. Tanda terkena preeklamsia dengan pembengkakan muka dan tangan ibu. Preeklamsia yang sudah parah boleh membuat seluruh tubuh ibu hamil mengalami penbengkakan. Pre eklamsia yang tidak diatasi dengan segera  boleh menyebabkan janin yang meninggal dalam kandungan dan kematian ibu.

9. Bayi dengan Berat Badan Besar
Kandungan kalori yang tinggi pada buah durian memungkinkan bayi akan mengalami berat badan yang besar. Kandungan glukosa yang tinggi pada durian juga boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan memiliki berat badan besar. Jika sampai itu terjadi, kemungkinan untuk melahirkan normal agak tipis. Berat badan bayi yang besar memungkinkan ibu yang sedang hamil untuk melahirkan secara pembedahan caesar.

10. Janin Kekurangan Oksigen
Penyempitan pembuluh darah membuat aliran darah serta aliran oksigen di dalam tubuh ibu hamil tidak lancar begitu pula ke tubuh bayi. Hal tersebut boleh menyebabkan janin yang ada di dalam kandungan kekurangan oksigen. Jika janin kekurangan oksigen, janin akan lemas berada di dalam rahim ibu sehingga gerakannya menjadi tidak aktif.

11. Kekurangan Darah
Aliran darah ke janin yang tidak lancar membuat janin kekurangan sel darah merah. Sel darah merah tersebut sangat diperlukan bayi. Sel darah merah yang kurang membuat bayi terkena kelainan darah seperti anemia dan lain sebagainya. Jika bayi mengalami anemia, bayi harus mengalami transfusi darah ketika dilahirkan nanti.

Tips Pengambilan Durian Ketika Hamil

Berikut ialah beberapa tips untuk ibu hamil yang mengidam nak makan durian:

Kuantiti yang Sedikit
Makanlah durian dengan porsi yang sedikit. Cubalah untuk memakan maksima 4 ulas buah durian. Jangan lebih dari itu. Jika sebelum menghabiskan 4 ulas ibu sudah merasakan mual dan juga pening jangan diteruskan. Mual dan pening merupakan reaksi penolakan tubuh terhadap buah durian tersebut.

Jangan Terlalu Kerap
Selain mengambil dalam jumlah yang sedikit, yang harus diingat adalah jangan terlalu kerap. Meskipun ibu hamil mengambil buah durian dalam jumlah yang sedikit namun setiap hari, hal tersebut akan sama saja. Sebab sedikit demi sedikit lama kelamaan akan menjadi bukit. Kawal pengambilan durian maksima sebanyak dua kali seminggu.

Banyak Minum Air Putih
Selepas makan durian, jangan meminum minuman berwarna seperti teh atau kopi. Di dalam teh atau kopi terdapat kandungan bahaya kafein bagi ibu hamil yang tinggi, merupakan penyebab hipertensi. Jika jenis makanan dan minuman penyebab hipertensi bertemu dengan kandungan dalam durian akibatnya tubuh orang tersebut yang tidak akan kuat menerimanya. Kesannya orang tersebut akan merasakan Pening yang amat hebat, pandangan berpinar bahkan boleh pengsan.

Manfaatkan Rongga Kulit Buah Durian
Bagi ibu hamil yang sehabis memakan durian dan ingin meneutralkan bau durian tersebut pada mulutnya, ibu hamil boleh letakkan air putih diantara rongga kulit buah durian kemudian meminumnya. Selain meneutralkan bau durian, hal tersebut boleh digunakan untuk menghindari rasa pening akibat memakan buah durian tersebut.

Hindari Daging Berlemak Tinggi
Kandungan lemak tinggi pada daging boleh memunculkan kolesterol pada ibu hamil. Penyakit kolesterol tersebut akan mudah didapatkan ibu hamil jika selepas makan durian, ibu hamil memakan daging yang memiliki lemak tinggi. Selepas makan durian sebaiknya ibu hamil ambil sayuran tinggi serat, untuk mencegah bahaya obesiti bagi ibu hamil.

Ambil Makanan Olahan Durian
Sebenarnya ibu hamil boleh saja makan durian asalkan dalam kuantiti yang sedikit. Kandungan alkohol yang ada di produk olahan buah durian lebih rendah jika dibandingkan dengan buah durian yang segar. Namun ibu harus memperhatikan:
  • Perhatikan kandungan glukosa di dalam produk olahan durian tersebut. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan ibu hamil mengalami diabetes dan berat badan bayi besar.
  • Perhatikan pemanis buatan di dalamnya, jika mengandung fruktosa yang tinggi sebaiknya dihindari. Boleh makan sekali-kali tapi jangan kerap.
  • Perhatikan komposisi bahannya, jika banyak pengawet, pewarna buatan dan bahan yang tidak bagus untuk ibu hamil sebaiknya dihindari.

Sumber: http://hamil.co.id/

Jadi, makan tu berpada-pada... 

05 Ogos 2016

BILA SUAMI MELAYAN KARENAH ISTERI MENGIDAM!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sebut mengidam je, sinonim dengan perempuan mengandung kan... Sebab tu sensitif buat status pasal mengidam ni.. Pasti ada yang komen tanya ada isi ke tak... hehe...

Biasa orang mengandung ni, mengidam dia lain macam... dan ada juga yang pelik-pelik.. Ternampak post ni kat Page Info Hamil... Rasa lucu tapi itulah hakikat...

Bila si suami melayan karenah isteri mengidam kan... Jangan ingat lelaki tak sembang pasal rumahtangga.. sesekali depa sembang... macam ni la.. rasa kelakar..



Apa pun, tahniah buat suami prihatin yang layan karenah isteri mengidam... Mengidam ni bukan dibuat-buat... rasa yang tak boleh nak diceritakan... Tapi doakan juga, supaya setiap kali mengandung jangan mengidam yang pelik-pelik kan... moga dipermudahkan...

Kesian dan simpati bagi yang PJJ, apa pun dugaan Allah itu tepat pada sasarannya... orang hebat memang akan alami ujian yang hebat...untuk jadikan iman dan hati kita kuat...

Layan kan aje lah isteri anda mengidam tu kan... bukan lama pun...
Tapi orang kata, kalau bini mengidam tu biasa je.. tapi kalau suami mengidam tu, payah nak cerita... tapi memang ada isteri mengandung, suami yang mengidam lebih... hehe.. untung la isteri dia... Jangan dia mengidam nak tambah lagi sudaaa... hehehe... jangan buek pasal ek!

21 Julai 2016

Contoh Surat Memohon Doktor Perempuan Ketika Bersalin di Hospital Kerajaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengalaman satu pengajaran...

Isu doktor perempuan dan lelaki masih belum selesai di hospital kerajaan... Kerana puncanya kekurangan doktor perempuan di hospital kerajaan... Tapi tak bermakna, doktor lelaki berkuasa sepenuhnya di ketika di wad bersalin hospital kerajaan. 

Melalui satu ceramah di TV9 pada tahun-tahun yang lepas...sebab ada kes dan isu bab bersalin dengan doktor lelaki di hospital kerajaan... Apa yang MF dengar, sebenarnya pesakit boleh memohon atau buat permintaan nak bersalin dengan doktor perempuan... Jika ada doktor perempuan ketika itu... 

Maknanya, itu adalah polisi di hospital kerajaan... Kita kena rasa selesa dengan apa yang kita nak .. tapi jangan la demand macam hospital swasta pula kan... sebab di hospital kerajaan pesakitnya terlalu ramai... campur dengan warga asing dan penduduk tetap lagi kan... diorang ni pun banyak guna perkhidmatan hospital kerajaan... rugilah jika kita rakyat tempatan tak manfaatkan walaupun kita ada pilihan ke hospital swasta. 

Jadi, sebagai opsyennya, pada kelahiran anak kedua, suami MF buat surat memohon doktor wanita. Masa anak pertama tak terfikir bab ni... Masa anak kedua kami buat, selepas cadangan bernas ni dikongsikan oleh rakan facebook dan juga rakan ex-UTM MF dulu... Surat tu suami dia yang buat... 

Kenapa tak terfikirkan nak buat... Apa pun, Alhamdulillah, rezeki MF dapat bersalin dengan jururawat perempuan. Masa kelahiran anak pertama dengan jururawat berpangkat Sister perempuan... dan masa anak kedua, hanya jururawat Masyarakat je... Alhamdulillah... Allah permudahkan dan makbulkan doa.. 

Tapi nak ceritakan, pengalaman menarik bila kita buat surat permohonan, pihak hospital terima... Masa anak kedua suami buat surat ni, dan memang bercadang nak bersalin di Hospital Ampang. Masa tunjukkan surat tu pada doktor, seorang doktor cina lelaki... dokumen surat tu dikepilkan sekali dengan Gerenty Letter (GL), buku pink (buku masa mengandung) dan juga dokumen pendaftaran masuk wad bersalin tu... 

Bila dokumen tu ada memang kukuh betul.. Doktor cina tu jelaskan...mereka terima surat tersebut dan mereka terpaksa on call doktor lelaki jika berlaku apa-apa komplikasi... Jika takde, cukup dengan kakitangan perempuan.... JAdi, kita sedia maklum dengan hal tersebut. 

Dokumen tu penyelamat juga dari jadi mangsa eksperimen Doktor pelatih lelaki... Masa MF ditolak ke Laboor Room, dari jauh, ketua jururawat dah jerit... "Doktor lelaki dan kakitangan lelaki dilarang lihat patient ni". Dia ada surat ye... Pastu doktor lelaki yang kat wad bersalin tu jenguk dokumen MF yang ada... JAdi, diorng tak boleh buat apa... Jadi, selamat kat situ... memang tiada campur tangan dari kakitangan dan pegawai perubatan lelaki sehinggalah proses bersalin selesai. 

Jadi, pengalaman ni, buatkan MF yakin, surat permohonan ni antara usaha kita juga untuk memelihara aurat... Tak pe bagi yang ada insurans dan sebagainya nak ke hospital swasta tu kan... Tapi hospital kerajaan tak kurang hebatnya dah sekarang ni... 

Sumber: google images

Jadi, MF kongsikan contoh surat permohonan untuk mohon doktor perempuan ketika bersalin di hospital kerajaan. 





Pengarah

                 


NOTIS HALANGAN PENGLIBATAN DOKTOR LELAKI SEMASA PROSES BERSALIN

Dengan ini, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya No. Kad Pengenalan ……………………. Suami kepada No. Kad Pengenalan ……………………… dengan ini memaklumkan kepada pihak tuan bahawasanya saya tidak membenarkan sebarang penglibatan doctor lelaki atau pembantu doktor lelaki semasa proses bersalin terhadap isteri saya.
3. Sekiranya terdapat sebarang komplikasi yang memerlukan penglibatan doktor lelaki, maka ianya hendaklah melalui perbincangan dan dan keizinan saya terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, saya yakin dan percaya bahawa hospital pihak tuan memiliki kakitangan yang cukup berkelayakan dan berpengalaman dalam mengendalikan proses bersalin seumpama ini.
4. Kerjasama dari pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian,



Yang benar,


……………………………………….
( NAMA SUAMI )

Jika letak Letterhead syarikat tempat kerja suami dengan sokongan bos atau ketua jawatan itu lebih kukuh la.. lagipun ni surat rasmi dan ada hitam putih... Jadi, boleh diterima... 

Apa pun, MF yakin kebanyakan hospital kerajaan sekarang pun dah faham dan letakkan doktor yang berkelayakan di bahagian wad bersalin. 

Masalah ini melibatkan kemaslahatan umum... Maknanya jadi fardhu kifayah bagi kita untuk didik anak perempuan kita jadi doktor dan pakar sakit puan... Sebab iainya satu keperluan umum zaman sekarang. 

Moga bermanfaat... 

Bagi yang memang dah sedia duit nak bersalin di hospital swasta, abaikan surat ni... 

Selain tu, banyakkan berdoa moga kita dipermudahkan semasa urusan ketika bersalin.... Jaga juga amalan dan sikap serta perangai waktu mengandung... Jangan sakitkan hati orang..jaga lidah, jaga hati.. takut-takut masa bersalin tu Allah uji... sebab tu kadang dengar kes, dapat dokotr atau nurse mulut tak baik waktu bersalin... mungkin ada la kifarah dosa kita masa mengandung... mungkin lisan kita tak terjaga dan sakitkan hati orang masa mengandung sama ada sedar atau tak... sedangkan orang lain bersalin di hospital yang sama, dengan doktor/nurse yang sama ok je kan... 

Jadi, makin ramai kawan makin banyak kesilapan dan makin kena kerap minta maaf... 

Dan kesempatan ni, MF nak minta maaf juga jika ada yang sentap dengan ayat dalam entry-entry MF ya.. mungkin itu hanya teguran MF melalui tulisan, tapi buatkan anda tak selesa... MF minta maaf... 

Semoga entry ni bermanfaat untuk semua... 

19 Julai 2016

Kenapa Ibu Mengandung Kena Makan Vitamin?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Asal mengandung je nak kena telan pil banyak-banyak... kalau buat check up kat klinik kerajaan atau swasta pasti akan dibekalkan dengan pelbagai vitamin. kalau dulu vitamin yang dibekalkan kepada ibu mengandung ada tiga jenis yang paling utama iaitu Iron Tablet, Acid Folic dan Vitamin B Complex, dan kesemua vitamin ni memang meloyakan ... tapi ada sesetengah klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) bekalkan tablet Obimin yang memang dah lengkap dengan semua vitamin yang diperlukan oleh ibu mengandung. 

Walaupun tak suka, tetap kena telan... Apa akan jadi sekiranya ia tidak dimakan?

Sebenarnya, banyak jenis vitamin masa mengandung... kat KKIA tak berbeza.. tapi kalau buat pemeriksaan kat klinik swasta memang ada yang berbeza... ada yang bagi obimin, ada yang bagi iberet... dan pelbagai jenis dengan jenama yang berlainan... 

Sebenarnya suplemen vitamin untuk ibu hamil yang dipanggil Prenatal Vitamin dalam bahasa perubatan, berbeza dengan suplemen vitamin biasa. Ini kerana dosnya berbeza.


Ada enam sebab utama kenapa ibu mengandung kena makan vitamin.

1. Mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil.

2. Kelahiran bayi pramatang.

3. Kekurangan berat ketika bayi dilahirkan.

4. Beri kekuatan kepada ibu hamil.

5. Membantu ibu hamil mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang mengandung.

6. Mengurangkan risiko kekurangan khasiat makanan terutama bagi wanita yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.

Antara suplemen atau vitamin penting yang mesti dimakan oleh ibu mengandung ialah

a. Zat besi (iron)

Penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Dos yang dicadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg. Tapi biasanya dos ni akan ditambah bila Hb dan tekanan darah tak cantik kan.

b. Kalsium

Kalsium penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa. Dos yang diperlukan ialah 1,000 miligrams (mg) setiap hari. Biasanya pil ni tak dibekalkan oleh KKIA... jadi kena cari pil kalsium tambahan sendiri... kadang minum susu saja tak memadai bila kandungan dah besar kan... kesan kurang kalsium ni memang parah bagi ibu mengandung... sakit badan dan mudah kekejangan... 

c. Asid folik

Asid folik penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia mesti diambil sebaik persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma untuk menghalang kecacatan neural tube dan membantu pembentukan saraf dan sel-sel lain. Dos yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah 1000 micrograms (mcg) sehari. 

d. Omega-3

Diperlukan untuk perkembangan otak, membantuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Dos yang dicadangkan ialah 200 - 300 mg sehari. Omega ni banyak dalam ikan...

Bagaimanapun pengambilan Prenatal Vitamin bukan bermakna bayi dalam kandungan langsung tidak boleh mengalami sebarang masalah kesihatan atau kecacatan.

Selain daripada itu, ibu hamil juga mesti makan suplemen multivitamin dalam dos yang disarankan sahaja. Jangan memandai-mandai mengambil dos yang berlebihan kerana bimbang ada kesan lain pula.

Semalam terbaca kat rencana berita harian... ibu mengandung tak disarankan ambil supplemen tambahan.. cukup Vitamin yang diperlukan sahaja. Selebihnya amalkan pemakanan sihat dan seimbang... 

MF pun sepanjang pengalaman mengandung memang tak amalkan supplement...cukup je makan vitamin yang dibekalkan klinik dan amalkan pemakanan seimbang dan sihat... 

Sumber rujukan: drzubaidi.com