04 Oktober 2016

Senarai Klinik Scan 2D/3D/4D Doktor Perempuan di Johor!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengalaman mengandung anak ketiga di Johor... Tempat baru bagi MF dan suami.. Walaupun suami asal orang Johor, tapi 13 tahun dia merantau, dan Johor jadi tempat yang baru bagi kami. Masa mengandung, melilau nak cari klinik yang boleh Scan 3D/4D dengan Doktor Perempuan. Tanya juga rakan-rakan sekerja yang dah lama di Johor... 

Antara klinik yang diorang cadangkan ialah klinik di Ulu Tiram, sebab dekat dengan tempat tinggal MF.. Jadi beberapa kali juga kami scan 3D di klinik di Ulu Tiram. Tapi sepanjang mengandung kali ketiga ni... MF nak kongsikan 3 Klinik yang pernah MF pergi untuk Scan 3D. 

Klinik Swasta pertama MF pergi untuk lihat kandungan awal ialah Klinik Dr. Anis di Kempas... Kebetulan masa tu memang dah area Pasir Gudang, jadi terus je ke sana... sebab baca review menarik betul klinik tu... Kami pergi dah petang masa tu... lepas Zohor... Sampai ke klinik tu hampir kul 2.30 petang.. Lepas daftar...tunggu giliran.. masa tu tak ramai mana pun pelanggan yang menunggu.. Tapi tak seindah khabar, perkhidmatan yang sangat lama.. dah tu boleh pula, kita daftar dulu, orang lain yang dipanggil dulu... bayangkan jam 2.30 daftar, jam 5.30 petang baru panggil.. Tahulah kita nak scan je kan.. tapi sepatutnya adil la kan.. ITulah.. serik dah nak pergi ke klinik tu... 

Kemudian, bila dah kandungan 22 minggu, scan untuk lihat perkembangan baby... kali ni kami ke Poliklinik Yuslina di Ulu Tiram. Poliklinik ni banyak cawangannya.. CAwangan yang lain MF tak pasti ada scan ultrasound ke tidak... Alhamdulillah, klinik ni lebih bagus... doktornya pun peramah... sekali scan pun lama juga dia buat... dalam 30 minit... memang lihat segalanyalah.. sampai kita puas hati... Masa kandungan 33 minggu MF buat detail scan pula.. Harga untuk 3D scan RM100 sahaja... dapat CD dan beberapa keping gambar... Walaupun begitu, kalau ikutkan hanya 3 bintang mampu MF bagi untuk klinik ni, sebab kalau nak di bandingkan dengan pengalaman di KL/Selangor, kat sana lebih baik la kan... Tapi dari takde boleh la kan.. 

Klinik ketiga MF pergi ialah masa kandungan dah lebih hari... masa ni agak kritikal, sebab nak buat kepastian sama ada betul ke doktor di KK kata kandungan MF lebih air ketuban. Punca nak buat scan swasta sebab tak puas hati dengan scan kat KK yang tak berapa clear tu.. Jadi, kami cari la klinik yang boleh scan dengan doktor perempuan. Masa ni google je.. tapi susahnya nak cari.. akhirnya MF cari kat Facebook.. dari komen-komen dan perkongsian pengguna fb, dapat la satu klinik dekat dengan Kulai... sebab masa tu banyak agendanya, lepas mak mentua pergi pejabat agama Kulai, terus ke klinik yang dicari.. Mulanya nak ke Klinik Siti, tapi tutup pula... deret yang sama, masa nak balik tu, terpandang Klinik Noor Huzaimah. 

Terus la pergi klinik tu... Takde orang pun, tapi cantik klinik tu.. bersih.. dan warna pink lagi.. Sekejap je, daftar dan tak lama terus dipanggil... Jumpa doktornya.. Dr. Huzaimah... lembut doktornya... sekali bila kami ceritakan masalah, terus dia buat scan 2D je.. Sekali dia terangkan...macam mana, dan bagaimana dikatakan air ketuban banyak tu.. Puas hati dengar penerangan dia... Terus juga dia buat surat rujukan ke Hospital Kulai untuk buat CTG... dan  tak sangka juga, malam hari yang sama tu juga MF selamat bersalin... hehe.. pantas betul... macam mimpi pun hadoo.. hehe



Disebabkan pengalaman kesusahan nak cari scan dengan doktor perempuan.. di sini MF nak kongsikan beberapa klinik yang menyediakan perkhidmatan scan ultrasound sekitar Johor...

Hong Women Specillist Clinic
Alamat: 46, Jalan Sri Putra 1, Bandar Putra, 81000, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-663 3210

Poliklinik Wong
Alamat : No35, Jalan Perdana 3/1 Taman Sri Pulai Perdana, 81110 Johor Bahru

Klinik Siti Fatimah
Alamat: 4, Jalan Kebudayaan 18, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor, Malaysia
No. Telefon:  +60 7-520 7630

Elizabeth Women's Specialist Clinic
Alamat: 33, Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-554 1922
Waktu Operasi:
Setiap hari: 9am - 6pm
Selasa: 11 noon - 6pm, Hari Minggu: 9am - 430pm, Khamis: Tutup
Rehat: 1230pm-2.00pm
Cuti Umum: Tutup

Klinik Keluarga
B-05 Blok A, Pekan Francais MARA, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-520 2360

Poliklinik Penawar  
Alamat: 51, Jalan Besi 1, Taman Sri Putri, 81300 Skudai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-557 8055

Alamat: B-05 Blok A, Pekan Francais MARA, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-520 2360

Poliklinik Yuslina Ulu Tiram
Alamat: No 98A, Lorong 3, Jalan Tembusu, Ulu Tiram 81800 Johor
No. Telefon: 07-863 4855

Klinik Maimunah dan Rakan-Rakan, TMN Sri Putri
Alamat: 2, Jalan Emas 29, Skudai, 81300, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-557 0084

Poliklinik Norbi
Alamat: 129, Jalan Senai Utama 5/17, Taman Senai Utama, 81400 Senai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-590 0270

Klinik Dr Anis
Alamat: 25G, Jln Kempas Utama 1/2, Taman Kempas Utama, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-554 5231

Poliklinik Rozikin
Alamat: 35, Jalan Nusaria 3, Taman Nusantara,, Gelang Patah,, 81550 Nusajaya, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 19-772 0353
Waktu Operasi: 
Ahad  - Jumaat: 8:30AM–10PM
Sabtu: Tutup

Poliklinik Nur Hidayah
Alamat: 35, Jalan Bakti 1, Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor, Malaysia 
No. Telefon: 07-558 2691 

Poliklinik Dahlia
Alamat: 36, Jalan Dahlia 20, Taman Dahlia, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia 
No. Telefon: 07-237 2100 

Klinik Siti
Alamat: 5253, Jalan Matahari 34/12, Kawasan Perumahan Matahari, 81000 Kulai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-660 6942
Waktu Operasi:  Setiap hari: 9AM–9:30PM

Klinik Noor Huzaimah
Alamat: 5233, Jalan Matahari 34/12, Kawasan Perumahan Matahari, 81000 Kulai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 11-1068 4605
Waktu Operasi: 
Isnin, Selasa, Khamis: 9AM–9PM
Ahad, Rabu: 9AM–6:30PM
Jumaat: 9AM–12:30PM
Sabtu: Tutup

10 Ogos 2016

11 Bahaya Durian Kepada Ibu Mengandung!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sekarang tengah musim buah durian... dan yang tengah jadi bualan hangat dalam kalangan ibu mengandung ni ialah, bahaya durian kepada ibu mengandung... Bahkan ada yang mengkaitkan durian punca kematian mengejut janin dalam kandungan. Betul ke durian berbahaya kepada wanita mengandung??? 

Jom teliti dan baca artikel ni... 

Durian merupakan makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil kerana kandungan yang ada di dalam buah durian itu sendiri. Durian tinggi glukosa, kalori, asam arachidonat, alkohol dan kolesterol yang tinggi. Segala sesuatu tidak akan dilarang jika tidak ada penyebabnya, alasan durian dilarang adalah kerana ada kandungan di dalam buah durian tersebut yang dilarang masuk ke dalam tubuh ibu hamil. Kandungan bahaya alkohol yang ada di dalam buah durian tersebutlah yang tidak boleh masuk ke dalam  tubuh ibu hamil, arachodonat juga berbahaya bagi ibu hamil. Kesan kandungan alkohol dalam buah durian sama membahayakannya dengan  minuman alkohol.



Berikut ini bahaya durian bagi ibu hamil yang harus diketahui :

1. Bayi Lahir Secara Pramatang
Semua ibu mengandung tak ingin melahirkan bayi pramatang kan? Oleh sebab itu, ada baiknya ibu menghadkan pengambilan durian. Durian yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan bayi lahir secara pramatang. Bayi pramatang tentu saja tidak boleh survive, selain peluang hidupnya sedikit, bayi pramatang akan terkena komplikasi  seperti komplikasi paru-paru, jantung dan lain-lain.

2. Keguguran
Ibu yang sedang hamil pada trimester pertama dan kedua dilarang keras untuk makan durian. Hal itu kerana  kandungan alkohol di dalam durian tersebut boleh mengakibatkan rasa panas di dalam perut atau rahim. Sudah dijelaskan sebelumnya jika janin yang ada di dalam kandungan tidak boleh bertahan dengan suhu tubuh yang panas. Suhu tubuh di dalam rahim yang panas akibat memakan durian tidak boleh diterima oleh janin yang ada di dalam kandungan, akibatnya adalah janin tersebut akan mudah gugur. 

3. Kontraksi
Kesan selepas memakan durian menyebabkan ibu hamil mengalami kontraksi pada perutnya. Penyebabnya adalah asam arachidonatlah yang merangsang pembentukan prostaglandin. Dimana bahan tersebut mampu mencetus kontraksi pada ibu yang sedang hamil. Kontraksi tersebut merupakan salah satu tanda akan melahirkan, jika ibu hamil belum saatnya melahirkan ada baiknya ibu segera buat pemeriksaan doctor.

4. Cacat Janin
Alkohol dalam durian jika diambil secara berlebihan boleh menjadi penyebab janin cacat dalam kandungan. Kandungan alkohol yang tinggi pada durian secara perlahan tapi pasti akan merosak organ-organ penting janin, alkohol juga akan menyekat pertumbuhan organ janin. Jika organ vital janin tersebuat pertumbuhan dan perkembangannya, janin akan memiliki organ yang tidak berfunsgi dengan maksima. Organ yang tidak maksima tersebut menyebabkan janin menjadi cacat.

5. Mengalami Diabetes
Ibu yang mengambil terlalu banyak durian boleh terkena diabetes. Alasannya sangat mudah sekali, hal ini kerana kandungan glukosa yang tinggi di dalam durian tersebut, boleh menyebabkan ibu diabetes. Diabetes adalah penyakit yang tidak boleh diabaikan sebab diabetes boleh mencetuskan komplikasi kehamilan dan komplikasi ketika proses bersalin. Jika sudah terkena diabetes, ibu yang akan kawal kehamilan disuruh untuk selalu check kadar gula darah di dalam tubuhnya.

6. Mengalami Hipertensi
Durian boleh menyebabkan hipertensi dalam kehamilan. Ini disebabkan di dalam durian mengandungi kolesterol tinggi. Kadar kolesterol yang tinggi di dalam tubuh ibu hamil boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah yang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi atau hipertensi.

7. Mengalami Kolesterol
Ibu yang sedang hamil tidak boleh mengabaikan penyakit kolesterol sebab, penyakit kolesterol boleh diturunkan ke janinnya. Orang yang terkena kolesterol boleh mengakibatkan nyeri badan sehingga tubuh ibu hamil akan terasa tidak nyaman. Kolesterol sendiri boleh mencetus penyakit komplikasi lainnya misalnya saja jantung bahkan stroke. Kolesterol boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah sehingga aliran darah menuju jantung tidak lancar, tidak hanya itu saja kolesterol boleh menyebabkan jantung harus bekerja lebih keras kerana penyempitan pembuluh darah.

8. Mengalami Preeklamsia
Ibu hamil yang selalu mengalami hipertensi akibat makan durian boleh membuat ibu hamil terkena preeklamsia. Tanda terkena preeklamsia dengan pembengkakan muka dan tangan ibu. Preeklamsia yang sudah parah boleh membuat seluruh tubuh ibu hamil mengalami penbengkakan. Pre eklamsia yang tidak diatasi dengan segera  boleh menyebabkan janin yang meninggal dalam kandungan dan kematian ibu.

9. Bayi dengan Berat Badan Besar
Kandungan kalori yang tinggi pada buah durian memungkinkan bayi akan mengalami berat badan yang besar. Kandungan glukosa yang tinggi pada durian juga boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan memiliki berat badan besar. Jika sampai itu terjadi, kemungkinan untuk melahirkan normal agak tipis. Berat badan bayi yang besar memungkinkan ibu yang sedang hamil untuk melahirkan secara pembedahan caesar.

10. Janin Kekurangan Oksigen
Penyempitan pembuluh darah membuat aliran darah serta aliran oksigen di dalam tubuh ibu hamil tidak lancar begitu pula ke tubuh bayi. Hal tersebut boleh menyebabkan janin yang ada di dalam kandungan kekurangan oksigen. Jika janin kekurangan oksigen, janin akan lemas berada di dalam rahim ibu sehingga gerakannya menjadi tidak aktif.

11. Kekurangan Darah
Aliran darah ke janin yang tidak lancar membuat janin kekurangan sel darah merah. Sel darah merah tersebut sangat diperlukan bayi. Sel darah merah yang kurang membuat bayi terkena kelainan darah seperti anemia dan lain sebagainya. Jika bayi mengalami anemia, bayi harus mengalami transfusi darah ketika dilahirkan nanti.

Tips Pengambilan Durian Ketika Hamil

Berikut ialah beberapa tips untuk ibu hamil yang mengidam nak makan durian:

Kuantiti yang Sedikit
Makanlah durian dengan porsi yang sedikit. Cubalah untuk memakan maksima 4 ulas buah durian. Jangan lebih dari itu. Jika sebelum menghabiskan 4 ulas ibu sudah merasakan mual dan juga pening jangan diteruskan. Mual dan pening merupakan reaksi penolakan tubuh terhadap buah durian tersebut.

Jangan Terlalu Kerap
Selain mengambil dalam jumlah yang sedikit, yang harus diingat adalah jangan terlalu kerap. Meskipun ibu hamil mengambil buah durian dalam jumlah yang sedikit namun setiap hari, hal tersebut akan sama saja. Sebab sedikit demi sedikit lama kelamaan akan menjadi bukit. Kawal pengambilan durian maksima sebanyak dua kali seminggu.

Banyak Minum Air Putih
Selepas makan durian, jangan meminum minuman berwarna seperti teh atau kopi. Di dalam teh atau kopi terdapat kandungan bahaya kafein bagi ibu hamil yang tinggi, merupakan penyebab hipertensi. Jika jenis makanan dan minuman penyebab hipertensi bertemu dengan kandungan dalam durian akibatnya tubuh orang tersebut yang tidak akan kuat menerimanya. Kesannya orang tersebut akan merasakan Pening yang amat hebat, pandangan berpinar bahkan boleh pengsan.

Manfaatkan Rongga Kulit Buah Durian
Bagi ibu hamil yang sehabis memakan durian dan ingin meneutralkan bau durian tersebut pada mulutnya, ibu hamil boleh letakkan air putih diantara rongga kulit buah durian kemudian meminumnya. Selain meneutralkan bau durian, hal tersebut boleh digunakan untuk menghindari rasa pening akibat memakan buah durian tersebut.

Hindari Daging Berlemak Tinggi
Kandungan lemak tinggi pada daging boleh memunculkan kolesterol pada ibu hamil. Penyakit kolesterol tersebut akan mudah didapatkan ibu hamil jika selepas makan durian, ibu hamil memakan daging yang memiliki lemak tinggi. Selepas makan durian sebaiknya ibu hamil ambil sayuran tinggi serat, untuk mencegah bahaya obesiti bagi ibu hamil.

Ambil Makanan Olahan Durian
Sebenarnya ibu hamil boleh saja makan durian asalkan dalam kuantiti yang sedikit. Kandungan alkohol yang ada di produk olahan buah durian lebih rendah jika dibandingkan dengan buah durian yang segar. Namun ibu harus memperhatikan:
  • Perhatikan kandungan glukosa di dalam produk olahan durian tersebut. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan ibu hamil mengalami diabetes dan berat badan bayi besar.
  • Perhatikan pemanis buatan di dalamnya, jika mengandung fruktosa yang tinggi sebaiknya dihindari. Boleh makan sekali-kali tapi jangan kerap.
  • Perhatikan komposisi bahannya, jika banyak pengawet, pewarna buatan dan bahan yang tidak bagus untuk ibu hamil sebaiknya dihindari.

Sumber: http://hamil.co.id/

Jadi, makan tu berpada-pada... 

05 Ogos 2016

BILA SUAMI MELAYAN KARENAH ISTERI MENGIDAM!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sebut mengidam je, sinonim dengan perempuan mengandung kan... Sebab tu sensitif buat status pasal mengidam ni.. Pasti ada yang komen tanya ada isi ke tak... hehe...

Biasa orang mengandung ni, mengidam dia lain macam... dan ada juga yang pelik-pelik.. Ternampak post ni kat Page Info Hamil... Rasa lucu tapi itulah hakikat...

Bila si suami melayan karenah isteri mengidam kan... Jangan ingat lelaki tak sembang pasal rumahtangga.. sesekali depa sembang... macam ni la.. rasa kelakar..



Apa pun, tahniah buat suami prihatin yang layan karenah isteri mengidam... Mengidam ni bukan dibuat-buat... rasa yang tak boleh nak diceritakan... Tapi doakan juga, supaya setiap kali mengandung jangan mengidam yang pelik-pelik kan... moga dipermudahkan...

Kesian dan simpati bagi yang PJJ, apa pun dugaan Allah itu tepat pada sasarannya... orang hebat memang akan alami ujian yang hebat...untuk jadikan iman dan hati kita kuat...

Layan kan aje lah isteri anda mengidam tu kan... bukan lama pun...
Tapi orang kata, kalau bini mengidam tu biasa je.. tapi kalau suami mengidam tu, payah nak cerita... tapi memang ada isteri mengandung, suami yang mengidam lebih... hehe.. untung la isteri dia... Jangan dia mengidam nak tambah lagi sudaaa... hehehe... jangan buek pasal ek!

21 Julai 2016

Contoh Surat Memohon Doktor Perempuan Ketika Bersalin di Hospital Kerajaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengalaman satu pengajaran...

Isu doktor perempuan dan lelaki masih belum selesai di hospital kerajaan... Kerana puncanya kekurangan doktor perempuan di hospital kerajaan... Tapi tak bermakna, doktor lelaki berkuasa sepenuhnya di ketika di wad bersalin hospital kerajaan. 

Melalui satu ceramah di TV9 pada tahun-tahun yang lepas...sebab ada kes dan isu bab bersalin dengan doktor lelaki di hospital kerajaan... Apa yang MF dengar, sebenarnya pesakit boleh memohon atau buat permintaan nak bersalin dengan doktor perempuan... Jika ada doktor perempuan ketika itu... 

Maknanya, itu adalah polisi di hospital kerajaan... Kita kena rasa selesa dengan apa yang kita nak .. tapi jangan la demand macam hospital swasta pula kan... sebab di hospital kerajaan pesakitnya terlalu ramai... campur dengan warga asing dan penduduk tetap lagi kan... diorang ni pun banyak guna perkhidmatan hospital kerajaan... rugilah jika kita rakyat tempatan tak manfaatkan walaupun kita ada pilihan ke hospital swasta. 

Jadi, sebagai opsyennya, pada kelahiran anak kedua, suami MF buat surat memohon doktor wanita. Masa anak pertama tak terfikir bab ni... Masa anak kedua kami buat, selepas cadangan bernas ni dikongsikan oleh rakan facebook dan juga rakan ex-UTM MF dulu... Surat tu suami dia yang buat... 

Kenapa tak terfikirkan nak buat... Apa pun, Alhamdulillah, rezeki MF dapat bersalin dengan jururawat perempuan. Masa kelahiran anak pertama dengan jururawat berpangkat Sister perempuan... dan masa anak kedua, hanya jururawat Masyarakat je... Alhamdulillah... Allah permudahkan dan makbulkan doa.. 

Tapi nak ceritakan, pengalaman menarik bila kita buat surat permohonan, pihak hospital terima... Masa anak kedua suami buat surat ni, dan memang bercadang nak bersalin di Hospital Ampang. Masa tunjukkan surat tu pada doktor, seorang doktor cina lelaki... dokumen surat tu dikepilkan sekali dengan Gerenty Letter (GL), buku pink (buku masa mengandung) dan juga dokumen pendaftaran masuk wad bersalin tu... 

Bila dokumen tu ada memang kukuh betul.. Doktor cina tu jelaskan...mereka terima surat tersebut dan mereka terpaksa on call doktor lelaki jika berlaku apa-apa komplikasi... Jika takde, cukup dengan kakitangan perempuan.... JAdi, kita sedia maklum dengan hal tersebut. 

Dokumen tu penyelamat juga dari jadi mangsa eksperimen Doktor pelatih lelaki... Masa MF ditolak ke Laboor Room, dari jauh, ketua jururawat dah jerit... "Doktor lelaki dan kakitangan lelaki dilarang lihat patient ni". Dia ada surat ye... Pastu doktor lelaki yang kat wad bersalin tu jenguk dokumen MF yang ada... JAdi, diorng tak boleh buat apa... Jadi, selamat kat situ... memang tiada campur tangan dari kakitangan dan pegawai perubatan lelaki sehinggalah proses bersalin selesai. 

Jadi, pengalaman ni, buatkan MF yakin, surat permohonan ni antara usaha kita juga untuk memelihara aurat... Tak pe bagi yang ada insurans dan sebagainya nak ke hospital swasta tu kan... Tapi hospital kerajaan tak kurang hebatnya dah sekarang ni... 

Sumber: google images

Jadi, MF kongsikan contoh surat permohonan untuk mohon doktor perempuan ketika bersalin di hospital kerajaan. 





Pengarah

                 


NOTIS HALANGAN PENGLIBATAN DOKTOR LELAKI SEMASA PROSES BERSALIN

Dengan ini, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya No. Kad Pengenalan ……………………. Suami kepada No. Kad Pengenalan ……………………… dengan ini memaklumkan kepada pihak tuan bahawasanya saya tidak membenarkan sebarang penglibatan doctor lelaki atau pembantu doktor lelaki semasa proses bersalin terhadap isteri saya.
3. Sekiranya terdapat sebarang komplikasi yang memerlukan penglibatan doktor lelaki, maka ianya hendaklah melalui perbincangan dan dan keizinan saya terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, saya yakin dan percaya bahawa hospital pihak tuan memiliki kakitangan yang cukup berkelayakan dan berpengalaman dalam mengendalikan proses bersalin seumpama ini.
4. Kerjasama dari pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian,



Yang benar,


……………………………………….
( NAMA SUAMI )

Jika letak Letterhead syarikat tempat kerja suami dengan sokongan bos atau ketua jawatan itu lebih kukuh la.. lagipun ni surat rasmi dan ada hitam putih... Jadi, boleh diterima... 

Apa pun, MF yakin kebanyakan hospital kerajaan sekarang pun dah faham dan letakkan doktor yang berkelayakan di bahagian wad bersalin. 

Masalah ini melibatkan kemaslahatan umum... Maknanya jadi fardhu kifayah bagi kita untuk didik anak perempuan kita jadi doktor dan pakar sakit puan... Sebab iainya satu keperluan umum zaman sekarang. 

Moga bermanfaat... 

Bagi yang memang dah sedia duit nak bersalin di hospital swasta, abaikan surat ni... 

Selain tu, banyakkan berdoa moga kita dipermudahkan semasa urusan ketika bersalin.... Jaga juga amalan dan sikap serta perangai waktu mengandung... Jangan sakitkan hati orang..jaga lidah, jaga hati.. takut-takut masa bersalin tu Allah uji... sebab tu kadang dengar kes, dapat dokotr atau nurse mulut tak baik waktu bersalin... mungkin ada la kifarah dosa kita masa mengandung... mungkin lisan kita tak terjaga dan sakitkan hati orang masa mengandung sama ada sedar atau tak... sedangkan orang lain bersalin di hospital yang sama, dengan doktor/nurse yang sama ok je kan... 

Jadi, makin ramai kawan makin banyak kesilapan dan makin kena kerap minta maaf... 

Dan kesempatan ni, MF nak minta maaf juga jika ada yang sentap dengan ayat dalam entry-entry MF ya.. mungkin itu hanya teguran MF melalui tulisan, tapi buatkan anda tak selesa... MF minta maaf... 

Semoga entry ni bermanfaat untuk semua... 

19 Julai 2016

Kenapa Ibu Mengandung Kena Makan Vitamin?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Asal mengandung je nak kena telan pil banyak-banyak... kalau buat check up kat klinik kerajaan atau swasta pasti akan dibekalkan dengan pelbagai vitamin. kalau dulu vitamin yang dibekalkan kepada ibu mengandung ada tiga jenis yang paling utama iaitu Iron Tablet, Acid Folic dan Vitamin B Complex, dan kesemua vitamin ni memang meloyakan ... tapi ada sesetengah klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) bekalkan tablet Obimin yang memang dah lengkap dengan semua vitamin yang diperlukan oleh ibu mengandung. 

Walaupun tak suka, tetap kena telan... Apa akan jadi sekiranya ia tidak dimakan?

Sebenarnya, banyak jenis vitamin masa mengandung... kat KKIA tak berbeza.. tapi kalau buat pemeriksaan kat klinik swasta memang ada yang berbeza... ada yang bagi obimin, ada yang bagi iberet... dan pelbagai jenis dengan jenama yang berlainan... 

Sebenarnya suplemen vitamin untuk ibu hamil yang dipanggil Prenatal Vitamin dalam bahasa perubatan, berbeza dengan suplemen vitamin biasa. Ini kerana dosnya berbeza.


Ada enam sebab utama kenapa ibu mengandung kena makan vitamin.

1. Mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil.

2. Kelahiran bayi pramatang.

3. Kekurangan berat ketika bayi dilahirkan.

4. Beri kekuatan kepada ibu hamil.

5. Membantu ibu hamil mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang mengandung.

6. Mengurangkan risiko kekurangan khasiat makanan terutama bagi wanita yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.

Antara suplemen atau vitamin penting yang mesti dimakan oleh ibu mengandung ialah

a. Zat besi (iron)

Penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Dos yang dicadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg. Tapi biasanya dos ni akan ditambah bila Hb dan tekanan darah tak cantik kan.

b. Kalsium

Kalsium penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa. Dos yang diperlukan ialah 1,000 miligrams (mg) setiap hari. Biasanya pil ni tak dibekalkan oleh KKIA... jadi kena cari pil kalsium tambahan sendiri... kadang minum susu saja tak memadai bila kandungan dah besar kan... kesan kurang kalsium ni memang parah bagi ibu mengandung... sakit badan dan mudah kekejangan... 

c. Asid folik

Asid folik penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia mesti diambil sebaik persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma untuk menghalang kecacatan neural tube dan membantu pembentukan saraf dan sel-sel lain. Dos yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah 1000 micrograms (mcg) sehari. 

d. Omega-3

Diperlukan untuk perkembangan otak, membantuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Dos yang dicadangkan ialah 200 - 300 mg sehari. Omega ni banyak dalam ikan...

Bagaimanapun pengambilan Prenatal Vitamin bukan bermakna bayi dalam kandungan langsung tidak boleh mengalami sebarang masalah kesihatan atau kecacatan.

Selain daripada itu, ibu hamil juga mesti makan suplemen multivitamin dalam dos yang disarankan sahaja. Jangan memandai-mandai mengambil dos yang berlebihan kerana bimbang ada kesan lain pula.

Semalam terbaca kat rencana berita harian... ibu mengandung tak disarankan ambil supplemen tambahan.. cukup Vitamin yang diperlukan sahaja. Selebihnya amalkan pemakanan sihat dan seimbang... 

MF pun sepanjang pengalaman mengandung memang tak amalkan supplement...cukup je makan vitamin yang dibekalkan klinik dan amalkan pemakanan seimbang dan sihat... 

Sumber rujukan: drzubaidi.com

19 Mei 2016

9 Jenis Alahan Ibu Mengandung Yang WAJIB Suami Tahu!

9 Jenis Alahan Ibu Mengandung Yang WAJIB Suami Tahu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Artikel ni ditulis oleh Dr Abdul Rahim. MF Edit untuk mudahkan kefahaman dan perkongsian ilmu dengan semua. Bila isteri mengandung, mulalah kehidupan berubah 360 darjah dan ada yang berubah 180 darjah. Perubahan ini ada yang tak disenangi oleh suami akibat kurang ilmu. Bahkan kengkadang mentua, ipar duai pun tak faham padahal mereka juga perempuan. Jadi, Dr Abdul Rahim menjelaskan tidak semua ibu mengandung dalam trimester pertama (0 -3 bln) ada alahan. Ada yang relaks sihat walafiat...tapi suaminya yang alah. Untuk anak pertama dan kedua, memang ni yang suami MF alami... suami yang alah... MF relaks je... Jadi suami atau yang bakal digelar BAPA MESTI memahami si isteri ketika ini . ..banyak le sabar...takut-takut isteri atau suami yang MELETUP!!!

Alahan masa mengandung ni kerana PERUBAHAN dan PENINGKATAN HORMON dalam badan si ibu sejak berlaku persenyawaan telur dan sperma serta pembentukan dan penumbuhan janin semasa peringkat awal mengandung.

Alahan berlaku hingga ke-16 minggu....ada sampai hingga hari bersalin...Sesetengah relaks je.

Menurut Dr Abdul Rahim, terdapat pelbagai jenis alahan yang dialami oleh kebanyakan ibu mengandung... Bergantung kepada hormon dan perubahan diri seseorang.

Sumber: google images


A. Morning Sickness / Mabuk Pagi:..Pening dan muntah yang teruk waktu pagi.

B.Keletihan, malas, NO power dan pedih di ulu hati...Ramai bakal ibu berasa malu dipejabat klu kwn lihat mereka jadi MALAS!!

C. Kalau alahan teruk akibat loya muntah yang TERUK dan TIDAK lalu makan dan minum, akan akibatkan DEHIDRASI dan GANGGUAN ELEKTROLYTE dalam badan. Maka badan terpaksa gunakan sumber makan store/simpanan dalam badan seperti glikogen dalam hati, protin dari otot-otot dan lemak dari bawah kulit dan usus sebagai alternatif sumber tenaga. Ini boleh akibat keracunan dalam badan menjadi ASID KETOSIS dan PENURUNAN BERAT BADAN. Ada yang kena masuk ward masuk Intrvenous Drip. Macam ni si ibu di nasihat JANGAN PUASA jika kesihatan mengganggu.

D. Alahan pada Makanan. Alahan TIDAK boleh makanan nasi, susu, makan bergoreng dan lain-lain..disebabkan perubahan hormon.

E. Alahan pada Masakan. TIDAK boleh bau masakan....rasa pening dan rasa nak terkeluarkan semua dalam isi perut. Makan le makanan seimbang. Ibu ok...baby dalam perut pun ok. Insha Allah.

F. Alahan Pada bau yang menusuk hidung dan rasa pening serta muak. Habis le tak romentik dah le kalau alah pada minyak wangi.....hihihi bau le hapak peluh si abang tu.

G. Doc nak habaq ada Kes BERAT ni...aduuuh!! ada yang Alahan Pada suami:
TIDAK leh tengok muka suami... dah jadi pening. TIDAK leh bau suami..dah nak muntah. Kesian suami-suami KEBENGONGAN keseorangan... TERPAKSA le peluk BANTAL DAKAP je......hihihi ..ni doc nak tergelak ni tpi kesian nu!!

H. Alahan pada Emosi yang berubah-ubah. Kadang-kadang ibu tu rasa nak marah je tak tentu pasal, kejap rasa sedih, kejap rasa runsing. Hai suami-suami kena le faham ni tau, bukan depa kena RASUK HANTU tau.....sbb tukaran hormon dalam badan org nengandung je tu...rela tidak je dan sabar je le ......kan dia bini kita...Cobaan Allah, nak TEST kesabaran si Abang tu.

I. Alahan pening kepala yang teramat sangat. Mcm nak pecah kepala...nak hantuk kepala ke dinding je.....tapi JANGAN BUAT GITU ye....pecah kepala atau bincut ...sapa susah!!

J.Alahan Muntah bila makan atau minum. Rela tidak je...biasa paling teruk sampai kandungan 4 bulan.

Yang doc rasa BEST...ada ALAHAN di atas dialami si SUAMI, walhal isteri sihat je bawa perut ....heheh baru balance dan adil bukan??

Daripada Dr Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181

Banyak jenis alahan kan... dan setiap alahan tu berbeza pula bagi setiap anak.. tak sama.. sebab tu lain anak, lain pengalamannya. Jadi, suami kena faham la kan... Awak juga yang buat isteri awak begitu kan.. hehe... Jadi, kena la tanggung sama-sama... Jangan merungut pula... kesian isteri kalau nak kena tanggung sorang... sekurang-kurang bagilah moral support kan... Masa mengandung, perlu beri lebih perhatian kepada isteri... kalau anak sorang mungkin takde masalah, tapi bila anak kedua, ketiga, keempat bertabahlah ye... dugaan Allah yang pasti banyak hikmah dan pahalanya.

11 April 2016

10 Soalan Ini Untuk Menentukan Jantina Bayi Semasa Hamil!

10 Soalan Ini Untuk Menentukan Jantina Bayi Semasa Hamil!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kuiz yang dibina ni berdasarkan kajian dan fakta oleh beberapa pakar perbidanan luar negara... 
Setiap soalan kuiz, perlu dijawab secara spontan oleh si ibu... 

Jom lihat, apa soalannya... (jawapannya, hanya YA atau TIDAK)

1. Adakah anda berusia lebih daripada 35 tahun?
JAWAPAN: (YA / TIDAK)

2. Adakah anda tinggal serumah dengan ayah bayi anda ketika anda jatuh hamil?
JAWAPAN: (YA / TIDAK)

3. Adakah ayah bayi anda berusia lebih daripada 40 tahun?
JAWAPAN: (YA / TIDAK)

4. Berapakah anak-anak yang sudah ada?
(a) Tiada
(b) Satu
(c) Dua atau lebih

5. Adakah diet anda tinggi- atau rendah-kalori ketika anda jatuh hamil? (Contoh macam setiap hari makan nasi lemak, yang berkuah lemak tu kira tinggi kalori la tu)
(a) Tinggi
(b) Sederhana
(c) Rendah

6. Adakah ayah bayi anda bekerja sebagai: juruterbang, penyelam laut dalam, anak kapal selam, pekerja kilang papan, pekerja kilang tepung?
JAWAPAN: (YA / TIDAK)

7. Adakah anda mengalami stres sebelum anda hamil?
JAWAPAN: (YA / TIDAK)

8. Adakah anda hamil selepas ovulasi anda dicetuskan dengan rawatan hormon? (Contoh rawatan kesuburan)
JAWAPAN: (YA / TIDAK)

9. Dalam kehamilan anda, pernahkan anda mengalami mabuk kehamilan yang teruk (hiperemesis gravidarum)?
(a) Tidak
(b) Ya, tetapi tidak perlu rawatan atau dirawat di rumah
(c) Ya, saya masuk hospital untuk rawatan

10. Adakah anda dilahirkan di iklim tropika dan hidup dalam iklim tropika apabila anda jatuh hamil? (Hanya jawab ya jika jawapannya ya untuk kedua-dua bahagian.) Jika di Malaysia ni semestinya iklim tropika kan. Tapi jika waktu hamil tu selain di Malaysia maknnya bukan YA la jawapannya.
JAWAPAN: (YA / TIDAK)


Ok, dah jawab 10 soalan ni.. Jom lihat perincian keputusannnya, sama ada bakal dapat anak lelaki atau perempuan. 

Adakah anda berusia lebih daripada 35 tahun?
Ya: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin perempuan
Tidak: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki atau perempuan
Ada kajian menunjukkan bahawa lebih tua usia anda ketika jatuh hamil, lebih besar kemungkinan anda untuk mendapat anak perempuan. Jantina bayi sebahagiannya dikawal oleh tahap hormon gonadotropin, dan ini menurun apabila umur meningkat. 

Adakah anda tinggal serumah dengan ayah bayi anda ketika anda jatuh hamil?
Ya: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki 
Tidak: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki atau perempuan
Satu kajian besar yang meneliti 86,000 orang menunjukkan 51.5 peratus kelahiran anak lelaki bagi mereka yang hidup dengan pasangan atau rakan kongsi sebelum konsepsi atau kelahiran bayi, dan 49.9 peratus kelahiran anak lelaki bagi mereka yang tidak.

Adakah ayah bayi anda berusia lebih daripada 40 tahun?
Ya: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin perempuan
Tidak: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki atau perempuan
Nampaknya lebih tua usia ayah, lebih kurang kemungkinan sperma lelaki akan menyuburkan telur dan sperma perempuan memenangi perlumbaan itu. Bukti terbaru menunjukkan kualiti sperma merosot dengan umur dan lelaki yang lebih tua menghasilkan lebih sedikit sperma.

Berapakah anak-anak yang sudah ada?
Tiada: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki atau perempuan
Satu: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin perempuan
Dua atau lebih: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin perempuan
Kajian menunjukkan bahawa lebih ramai anak-anak anda, lebih besar kemungkinan anda akan mendapat anak perempuan. Ini boleh dikaitkan dengan fakta bahawa lebih banyak kali anda hamil, lebih tinggi tahap hormon gonadotropin anda. Ini nampaknya berkait dengan peluang yang lebih tinggi mendapat anak perempuan.

Adakah diet anda tinggi- atau rendah-kalori ketika anda jatuh hamil?
Tinggi: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki
Sederhana: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki atau perempuan
Rendah: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin perempuan
Satu kajian membahagikan 740 wanita British ke dalam kumpulan-kumpulan mengikut pengambilan kalori mereka. 56 peratus yang mempunyai pengambilan tenaga yang paling tinggi melahirkan bayi lelaki. 45 peratus dengan pengambilan tenaga yang paling rendah melahirkan bayi lelaki. Pengambilan kalori purata bagi wanita-wanita yang melahirkan bayi lelaki adalah 2,413. Pengambilan kalori purata bagi wanita-wanita yang melahirkan bayi perempuan adalah 2,283. Ia telah dicadangkan bahawa badan kita hanya melaburkan tenaga untuk anak lelaki (yang lebih lemah dan mengikut statistik kurang cenderung untuk terus hidup) apabila terdapat banyak makanan. Pada masa kebuluran atau pengeluaran makanan rendah kita lebih cenderung mendapat bayi perempuan, yang lebih kuat. Ingat, sama ada anda mengandung bayi lelaki atau perempuan, diet yang sihat adalah sangat penting sebelum dan semasa anda hamil.

Adakah ayah bayi anda bekerja sebagai: juruterbang, penyelam laut dalam, anak kapal selam, pekerja kilang papan, pekerja kilang tepung?
Ya: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin perempuan
Tidak: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki atau perempuan
Beberapa kajian telah meneliti pekerjaan bapa dan kaitannya dengan nisbah lelaki dan perempuan. Pekerjaan yang melibatkan stres atau bahan pencemar nampaknya menghasilkan lebih ramai anak perempuan. Tetapi ini adalah kajian-kajian berskala kecil yang hanya meneliti pekerjaan tertentu.

Adakah anda mengalami stres sebelum anda hamil?
Ya: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki
Tidak: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki atau perempuan
Kita tahu lebih banyak kanak-kanak lelaki dilahirkan pada masa penuh stres seperti selepas perang, dan penyelidikan setakat ini nampaknya mengesahkannya. Satu teori adalah bahawa tahap tekanan tinggi ibu menyebabkan peningkatan tahap testosteron dan kortisol. Ini boleh membawa kepada perubahan dalam telur yang memudahkan penembusan oleh sperma lelaki. Bagaimana ini berlaku, tiada siapa yang pasti, tetapi memang masih terdapat banyak misteri mengenai saat persenyawaan.

Adakah anda hamil selepas ovulasi anda dicetuskan dengan rawatan hormon?
Ya: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin perempuan
Tidak: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki atau perempuan
Kajian yang dijalankan di kalangan wanita yang menggunakan rawatan hormon, seperti Clomid, untuk mendorong ovulasi menunjukkan bahawa anda adalah sedikit lebih cenderung untuk mendapat anak perempuan jika hormon buatan digunakan.

Dalam kehamilan anda, pernahkan anda mengalami mabuk kehamilan yang teruk (hiperemesis gravidarum)?
Tidak: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki atau perempuan
Ya, tetapi tidak perlu rawatan atau dirawat di rumah: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki atau perempuan
Ya, saya masuk hospital untuk rawatan: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin perempuan

Adakah anda dilahirkan di iklim tropika dan hidup dalam iklim tropika apabila anda jatuh hamil? (Hanya jawab ya jika jawapannya ya untuk kedua-dua bahagian.)
Ya: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin perempuan
Tidak: Jawapan ini menunjukkan ia mungkin lelaki atau perempuan
Tinjauan global data kelahiran menunjukkan lebih kanak-kanak perempuan yang dilahirkan di kawasan tropika daripada tempat lain di dunia. Ahli-ahli sains tidak pasti mengapa. Satu teori yang mungkin adalah bahawa ia adalah kesan hormon melatonin, yang telah terbukti menyebabkan perubahan dalam sistem pembiakan haiwan sebagai tindak balas kepada kepanjangan hari. Lebih ramai perempuan dilahirkan apabila siang hari lebih panjang. Mungkin juga yang suhu tinggi mengubah bilangan sperma lelaki atau perempuan dalam air mani.
Sumber: Baby Center Dot Com

Ha... dah jawab kan.. dah tahu ke jawapannya.. tapi ni hanya kajian ye.. tak la 100% betul.. nak sahih kena tunggu lahir la juga kan.. sebab scan pun kadang nampak tak nampak walapun 3D atau 4D ataupun 5D... hehe.. Apap pun, lelaki atau perempuan asalkan bayi yang kita kandung sempurna dan sihat serta selamat dilahirkan. 

15 Mac 2016

Breastmilk Jaundice: Bayi Demam Kuning Sebab Susu Ibu?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengalaman orang lain, jadi ilmu berguna pada kita juga.. Pengalaman dari kak Fiza buatkan MF mencari gali pasal bayi kuning sebab susu ibu... Pernah dengar, dan ada saudara pernah kena prologed jaundice ni, tapi tak berapa nak mengkaji masa tu.. Jadi, kali ni MF cari gali baca untuk panduan MF akan datang dan juga ibu-ibu lain juga. 

Demam kuning disebabkan susu ibu? ada ke?? Setahu kita, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi baru lahir. Tapi bila ada doktor sendiri kata susu ibu tu yang buatkan demam kuning bayi meningkat, terasa sedih kan.. Lebih sedih bila tekad kita nak susu penuh dengan susu badan, tercabar dengan ujian dan dugaan macam ni. 
Menurut Dr. Zubaidi Ahmad: 
Fenomena breastmilk jaundice berlaku pada bayi sihat yang menyusu susu ibu. Kekuningan ini berlaku selepas bayi berumur seminggu dan menyusu ibu sepenuhnya. Ia berlaku hanya untuk sementara berlangsung antara 3-12 minggu. Selepas itu tahap kekuningan dan bilirubin akan perlahan-lahan berkurangan. 
Ia juga adalah fenomena normal yang sangat jarang berlaku (0.5 hingga 4 peratus kelahiran). Diagnosa selalu dilakukan oleh doktor setelah memastikan tiada kecacatan dalaman pada bayi. 
Selagi kepekatan bilirubin dalam darah masih rendah, bayi mampu menyusu dengan baik, mampu membuang air besar dengan normal dan mempunyai warna air kencing yang jernih dan tahap kandungan bilirubin dipantau, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan dan penyusan ibu harus diteruskan. Penyusuan ibu hanya harus dihentikan jika kepekatan bilirubin didapati melebihi 16mg/dl melebihi 24 jam.


sumber: google images

Bagaimana boleh terjadi Breastmilk Jaundice?

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Dr. Zubaidi, terdapat beberapa teori untuk mengenal pasti punca berlakunya Breastmilk Jaundice:

Antaranya:
Teori pertama, susu ibu mengandungi epidermal growth factor (EGF) yang menghalang penghuraian bilirubin kepada bahan yang lebih mudah dikeluarkan dari tubuh. Dengan itu, bilirubin tidak dapat dibuang dari tubuh  dan menyebabkan kepekatan bilirubin tinggi dalam darah.

Teori kedua, susu ibu yang mengandungi saki-baki pencernaan hormon progestrone yang dinamakan 3-alpha-20-beta pregnanediol yang menghalang tindakbalas enzim uridine diphosphoglucuronide (UDPGA) glucuronyl transferase  yang berfungsi dalam pencernaan bilirubin dan membuang bilirubin. Sekali lagi bilirubin tidak dapat dikeluarkan dari badan.

Teori ketiga, terdapat enzim dalam susu ibu lipoprotein lipase yang menyebabkan kurang tindakbalas glucuronyl transferaseyang akhirnya mengganggu pencernaan dan pembuangan bilirubin.

Namun, teori barat ini adalah untuk menolak penerimaan susu badan dan menggalakkan susu formula. Menurut Dr. Zubaidi, fenomena ini biasa dalam kalangan bayi. Insha Allah, Breastmilk Jaundice akan berakhir bila penyusuan bayi sempurna dan lebih kerap.

Jika tahap kepekatan bilirubin kurang dari 20 miligram, beberapa langkah yang boleh dilakukan, antaranya:
  • Menambahkan kekerapan menyusukan bayi sehingga 8-12 kali sehari. Apabila penyusuan kerap dilakukan, ini akan menggalakan pergerakan usus dan secara tidak langsung akan pengeluaran bilirubin melalui najis.
  • Belajar dari jururawat yang mahir tentang penyusuan efektif kerana apabila bayi tidak menghisap puting dengan cara yang betul, ini akan menyebabkan jumlah susu yang diterima akan berkurangan.
  • Rawatan fototerapi boleh diberikan. Jika doktor mencadangkan agar penyusuan ibu dihentikan buat sementara (24-48 jam) bagi mengurangkan kepekatan bilirubin, para ibu boleh memerah payudara dengan menggunakan bagi menyimpan susu dan boleh diberikan pada bayi kemudian.
  • Ramai yang memberikan air glucose kepada bayi (petua orang kampung) bagi mengurangkan kekuningan. Sebenarnya petua ini amat berbahaya kerana apabila memberikan air glucose boleh menyebabkan kembung perut dan menyebabkan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.

Menurut Dr. Hana pula, Breastmilk Jaundice perkara biasa.

Kenapa boleh terjadi breastmilk jaundice?
Salah satu faktor yang biasa disebutkan adalah kerana kehadiran beta-glucuronidase di dalam susu ibu yang menghalang pemecahan dan seterusnya penyingkiran bilirubin dari badan bayi. Breastmilk jaundice boleh berlarutan sehingga 3-12 minggu selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna harus berhenti menyusukan bayi, kerana susu ibu tetap yang terbaik dan tiada tandingannya. Jangan risau, breastmilk jaundice biasanya tidak merbahaya dan akan perlahan-lahan berkurangan; adalah selamat untuk anda teruskan breastfeeding seperti biasa.

Kebiasaannya bagi kes bayi jaundice yang berpanjangan melebihi 14-21 hari, doktor akan membuat beberapa pemeriksaan darah dan air kencing untuk memastikan ianya bukan disebabkan penyakit atau pathological jaundice. Jika doktor suspect bayi anda kuning disebabkan breastmilk jaundice, (dan bayi lahir cukup bulan serta sihat & aktif), apa yang perlu dilakukan
  1. Teruskan breastfeed bayi anda sekerap mungkin seperti biasa setiap 2-3jam (8-12kali sehari).
  2. Paras bilirubin bayi anda akan dimonitor secara berkala, kekerapannya bergantung kepada paras bilirubin. Jika kuningnya melebihi 15mg/dL, kemungkinan paras bilirubin akan dimonitor dengan lebih kerap. Teruskan breastfeeding.
  3. Jika paras bilirubin melebihi 20mg/dL, barulah guideline mengesyorkan supaya kurangkan/withhold breastfeeding untuk tempoh masa 24jam dan supplement dengan susu formula. Kemungkinan rawatan phototherapy juga akan diberikan. Sepanjang tempoh 24 jam ini ibu perlu pamkan susu supaya milk production tidak terjejas. Selepas 24jam segera teruskan penyusuan ibu seperti biasa.
  4. Doktor mungkin akan mempertimbangkan keperluan supplementation dengan rawatan phototherapy untuk membantu mengurangkan kuning bayi jika paras bilirubinnya melebihi 15-20mg/dL
JANGAN:
  1. JANGAN berhenti menyusukan bayi sama sekali kerana ini akan men‘sabotaj’ usaha anda memberikan susu yang terbaik untuk bayi.
  2. JANGAN campurkan susu formula melainkan bilirubin melebihi paras yang disebutkan ATAU anak anda kuning terlalu tinggi dan susu badan anda tidak mencukupi (sila dapatkan khidmat misi/pakar laktasi kerana sepatutnya dengan pengambilan air yg mencukupi, makanan yang seimbang serta teknik penyusuan yang betul, susu badan akan mencukupi untuk bayi anda hatta anak kembar sekalipun)
  3. JANGAN berikan air atau air gula – ini boleh menyebabkan kuning bertambah teruk dengan mengganggu penyusuan ibu dan ia juga boleh melambatkan penurunan paras bilirubin
“Penyusuan ibu yang kerap dan efisyen adalah cara terbaik untuk mengurangkan kuning bayi”

Itu antara info berkaitan breastmilk jaundice, ada juga istilah breasfeeding jaundice. Bezanya ialah breastmilk jaundice adalah disebabkan demam kuning meningkat disebabkan susu badan. Tapi breastfeeding jaundice disebabkan bayi tak cukup susu badan. Apapun, kedua-dua jenis ni tak merbahaya. Cuma ibu kena berpantang betul-betul bila anak demam kuning. Kena teruskan susu ibu dengan kerap dan aktifkan bayi... Menurut Dr. ZUbaidi, jika anak menyusu dengan baik, kerap membuang air kecil dan air besar, takde masalah... Cuma kena teruskan penyusuan dengan kerap dan laktasi dengan betul. Jika nak campur dengan susu formula dengan panduan doktor pakar tapi jangan stop susu badan. 

Moga anak-anak kita dilindungi dari penyakit sebegini. Sebab tu, masa mengandung orang tua suruh pantang juga. Elakkan jeruk, makan maknan ringan dan bahan pengawet. Banyakkan minum susu, makan buah dan sayur untuk elakkan kuning. Tapi kalau dah ikhtiar nak kena juga, itulah dugaan dari Allah sebagai penghapus dosa ibu bapanya. 

Sumber rujukan: Blog Dr. Zubaidi dan Facebook Dr Hana. 

09 Mac 2016

Doa Membalikkan Bayi Songsang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Amalan Tambahan:
Lebihkan dan banyakkan sujud
Baca surah al-Insyirah, niat dalam hati sambil gosok lembut pada perut... 
Amalkan selalu...

01 Februari 2016

7 Amalan Ketika Mengandung Untuk Elakkan Demam Kuning!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biasa dan normal zaman sekarang, jika anak diserang demam kuning lepas lahir.. Tapi pada zaman dahulu sangat jarang bayi kena demam kuning. Macam yang Mak MF pernah kongsikan... Lapan beradik kami, hanya adik bongsu MF je kena demam kuning... Yang lain, Alhamdulillah... tiada demam kuning. 

Ada orang kaitkan demam kuning dengan jenis darah ibu, tapi sejauhmana kebenaran tak pasti pula. Apa pun, pesan Mak MF, untuk elakkan demam kuning, jaga dan amalkan pantang larang semasa mengandung. Insha Allah anak tak kena demam kuning. 

Antara amalan yang boleh diamalkan untuk elak demam kuning semasa mengandung:


  1. Makan madu tanpa air tiga sudu atau air + madu sebanyak 5 sudu.
  2. Amalkan susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan dan malam sebelum tidur
  3. Amalkan pati delima paling kurang 500ML setiap hari. Yang ni MF amalkan pati delima gulsan je, setiap hari satu atau dua sudu. 
  4. Makan kurma ketika sarapan.
  5. Amalkan makan buah tin setiap tiga hari
  6. Makan minyak zaitun apabila bayi berusia 5 bulan ke atas.
  7. Amalan untuk semua, iaitu suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang hamil sambil berselawat banyak-banyak. 

Antara petua lama yang pernah MF amal masa mengandung anak pertam dan kedua.
  • Elakkan makan kunyit
  • Elakkan makan makanan dan minuman ringan
  • Banyakkan makan buah dan sayur segar. 
  • Banyakkan baca surah al-Insyirah sepanjang kehamilan, moga anak dilindungi sehingga melahirkan.


Tapi kalau sesekali mengidam takpe la nak makan tapi jangan amal makan jajan dan minuman ringan. 

17 Januari 2016

Buah Untuk Ibu Mengandung!

Buah untuk ibu mengandung:

Avacado
MF tak pernah makan tak tahu nak makan macam mana... Hehe

Mangga
Sedap buah ni kalau buat jus... Nyum-nyum

Anggur
Anggur hitam tanpa biji... Fuhhh... Memang sedap... Satu tangkai tu sekali hadap je... Tapi sebulan sekali je la.. Mahai kot buah anggur nih...

Laici
Buah laici segar susah nak dapat kat pasaran... Jarang sangat ada... Kalau ada memang tak lepas membeli...

Limau manis
Limau manis yang jenis kulit hijau nipis diluar, tapi buahnya manis di dalam... Bukan limau mandarin ya... Tapi musim tahun baru cina memang pesta limau sana sini kan...

Epal
Epal hijau dan merah memang feveret juga... Tapi nak sedap cicah serbuk asam... Memang menyengat rasanya.

Oren
Buah oren memang sedap... Kena pula oren sunquick... Sedap perah buat jus...

Buah beri
Semua jenis buah beri MF suka.... Cuma strawberi je kurang sikit... Tapi beri jenis kecil tu memang sedap.

Pisang
Buah feveret MF... Kalau lapar, buah ni MF cari... Mengenyangkan perut betul makan buah pisang nih...

Semua buah sedap di makan... Nak pula buah yang segar... Banyak makan buah takpe tak menggemukkan tapi menyihatkan... Cuma buah pisang tak sesuai untuk orang diabetes... Sebab gula tinggi... Tapi yang lain tu bagus diamal...


15 Januari 2016

10 Fakta Mengandung Itu Menyeronokkan!

10 Fakta Mengandung Itu Menyeronokkan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mengandung, siapa yang tak nak.. wanita yang berkahwin pasti nak rasainya... Namun, ada wanita yang mengalami alahan teruk rasa serik nak mengandung... Tapi sebenarnya, mengandung tu fitrah wanita, rasa serik tu biasa, tambah fobia bila berlaku komplikasi semasa melahirkan...

10 Fakta ini, pasti buatkan ibu mengandung tersenyum dan bagi yang dah lepas bersalin, rasa nak mengandung lagi...


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan. Anak sulung MF lahir 2 minggu awal, anak kedua pula lahir satu hari awal dari EDD.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya. Seram je kan... tapi itulah hakikat... perut kita boleh menegang dengan dasyatnya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml. Inilah pengorbanan ibu... Darah banyak hilang...

4. Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa dua minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan. Kalau anak sulung tu memang terasa la... sebab pengalaman pertama... Macam pening lalat dan blurr pun ada... macam tak sangka dan tak tahu nak buat apa... Sebab tu, biasa kalau bersalin sulung, majoriti pilih berpantang rumah mak sendiri kan...

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi. Hanya anak sulung, anak kedua kelahiran yang sangat natural... hehe...

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. errkkk... Seram betul baca nih.. siapa pernah patah tulang??? macam mana kalau 1 je tulang yang patah??? Tapi wanita bersalin 20 tulang patah serentak... Jangan bayangkan...

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya. Insha Allah, kerana itulah syurga dibawah telapak kaki ibu.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa kecil bagi wanita itu. Sebab tu masa sebelum melahirkan, mohon ampun dan jangan lupa buat solat taubat juga.

9. Wanita lepas bersalin sama seperti bayi baru lahir yang bersih dan suci daripada dosa-dosa lalu. Insha Allah, indahkan ...

10. Tetap cantik biarpun perut semakin membesar. Jangan risau tentang penampilan yang semakin berubah kerana ada suami yang suka bentuk badan isteri yang dianggap lebih seksi ketika mengandung. Yang betul... ustaz MF kata kalau nak isteri nak cantik, mengandung-mengandung lah selalu, sebab wanita nampak cantik ketika mengandung... hehe
Sumber: Karangkraf


Mengandung tu best, sekalipun alahan tapi hilang bila menatap wajah si kecil dan comel.. Malah mula rindu moment indah bila telatah si kecil semakin hari semakin mencuit hati... 

MF doakan semua wanita yang berkahwin tapi belum pernah merasainya, akan merasainya suatu hari nanti.. insha Allah, janji Allah itu pasti.

20 November 2015

Dilema Ibu Yang Sedang Sarat!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Realiti memang begitu...  Tambah yang memang mengandung dan perutnya membesar dengan jayanya... Dilema sungguh... MF???  Tak semua la di alami... Sebab MF kiut miut je masa pregnant... Sampaikan nak cuti bersalin pun orang masih tak percaya MF dah hampir duedate... Hehe...




Touching sungguh kalau mengidam sesuatu tu tak dapat... Masa ni, para suami lah akan cuba sehabis mungkin nak tunaikan permintaan mak buyung... 

Moment indah... 

Perut besar orang ingat mengandung kembar la pula..

Tak selesa nak tidur... Sedangkan orang sebelah tu dah berdengkur...

Bila perut mengeras...rasa macam bom jangka je... Huhu... 
Moment indah ni adalah rezeki dan anugerah Allah beri... MF doakan bagi sesiapa yang tak pernah rasa lagi... Akan merasainya satu hari nanti... Insha Allah...


Sumber gambar: Facebook 

01 Oktober 2015

Sayuran Untuk Tambah Darah dan Hb!

Antara sayuran untuk tambah Hb atau tambah darah bagi yang kurang darah atau tekanan darah rendah.

Hb ketika mengandung sering dititikberatkan oleh doktor... Bising nurse kalau Hb rendah... Hb yang rendah menunjukkan darah cair dan ini meningkatkan risiko tumpah darah. Tapi ada orang memang jenis darah cair... Makanlah apa pun tak naik Hb nya...

Biasa kita akan dibekalkan tablet Iron untuk tambah darah dan Hb... Tapi, sebenarnya banyak sayuran semulajadi yang boleh membantu untuk tambah darah dan tambah Hb...

Pengalaman MF...  Sayuran yang jadi pilihan ialah bayam hijau dan buah yang kaya iron ialah jambu batu.. Amalkan dan tawakallah... Insha Allah... 

Setiap yang Allah cipta ada kebaikan untuk kita kan... Jadi, amalkan secara semulajadi untuk lebih sihat...


21 September 2015

Nutrisi Semulajadi Ketika Mengandung!

Amalan pemakanan ketika mengandung... Pengalaman MF sendiri... Tak ambil Supplement tambahan melainkan vitamin yang dibekalkan doktor dan juga mengamalkan pemakanan seimbang...

Kerana nutrisi semulajadi itu lebih baik diserap oleh badan dari vitamin yang telah diproses... Opss.. Ini pendapat peribadi MF ya... Terpulang kepada individu jika nak amalkan Supplement lain ketika mengandung...  Tapi bagi MF... Jenis tak ajar badan dengan Supplement...  Makan makanan semulajadi je...


25 Ogos 2015

Ini Sebab Kenapa Ibu Hamil Perlu Elak Minum Kopi!!!

Ini Sebab Kenapa Ibu Hamil Perlu Elak Minum Kopi!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kopi, walaupun tahu ianya tak bagus untuk badan jika diambil selalu, tetap juga nak minum... Cuma kuatiti terkawal. Masa mengandung, memang betul-betul kawal pengambilan kopi. Masa lepas bersalin pun kawal.. Tapi paling dasyat ialah masa bulan puasa.. Suami MF tak bagi minum kopi,sebab takut berat MF makin turun lagi nanti... Jadi, sebulan tak minum kopi... Haha... Terseksa gak la bagi penggemar kopi macam MF ni. 

Masa mengandung kawal sebab takut Hb turun. Jadi, tak minum sangat kecuali time mengidam teringin betul je... 

Kenapa tak boleh minum kopi semasa hamil???

Merujuk penelitian yang dilakukan di Sahlgarenska University Hospital, Swedia dan Norwegian Institute of Public Health mengatakan jika ibu yang sering minum kopi ketila hamil boleh membuatkan janinnya tidak boleh berkembang dengan baik. Kandungan kafein dalam kopi akan membuat janin lahir dalam keadaan berat badan rendah.

Selain itu, eksperimen yang dilakukan kepada 60.000 ibu hamil di Norwegia, mereka yang minum kopi lebih dari 200-300 mg kopi setiap hari akan meningkatkan risiko janin berukuran kecil hingga 62%. Sumber lain dailymail.co.uk, dalam jurnal BMC Medicine, Dr Verena Sengpiel mengatakan:

"Kemungkinan besar kafein boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan janin. Kafein juga akan menghalang protein yang ada di tubuh ibu untuk bayi dan membuat janin tidak sihat."

Bahaya kafein pada kopi bukan hanya sampai di situ saja. Jika ambil kafein berlebih setiap hari saat hamil, ini akan meningkatkan risiko bayi terlambat lahir selama 8 jam. 

Dalam kenyataan American Journal of Obstetrics and Gynaecology, jika bahan kafein yang diambil ibu saat hamil tinggi, ini boleh mengubah DNA dalam sel-sel janin sehingga membuat janin kemungkinan terkena tumor ataupun kanser.

Para peneliti menemukan jika bayi yang lahir dari wanita yang suka minum kopi saat hamil akan berisiko 20% lebih tinggi terjangkit kanker. Anda yang dah biasa minum kopi 2 sampai 3 gelas setiap hari, kena pastikan untuk mengurangkan ambil kopi.

Jika sesekali je ambil kopi, kesannya tidak begitu bahaya untuk kesihatan janin. Tambah pula jika usia kandungan sudah masuk ke trimester kedua dan seterusnya.  Tetapi kafein bukan ada dalam kopi saja, minuman lain yang mengandungi kafein adalah teh, soda dan coklat.
Sumber rujukan: Karangkraf

Ini hanya kajian kepada penggemar kopi tegar... MF biasa minum seminggu atau dua minggu sekali... Memang kesannya, berat badan susah la nak naik... Dalam banyak-banyak kopi, kopi susu kambing bioasli yang MF paling suka... Sebab sedap dan berkhasiat. Apa pun besederhana itu penting dalam setiap hidangan... Apa-apa makanan pun kalau terlebih pengambilanya boleh memudharatkan...

26 Mei 2015

5 Jenis Makanan Yang Boleh Kurangkan Loya Ketika Hamil!!!

5 Jenis Makanan Yang Boleh Kurangkan Loya Ketika Hamil!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Mual, loya, rasa nak muntah antara tanda awal untuk seseorang tahu dia hamil.. Ada juga wanita yang tak alami siptom ni... Tapi, bagi yang loya, mual dan muntah memang boleh rasa mencabar.. Di sini MF kongsi lima makanan yang boleh kurangkan rasa mual dan loya ketika awal kehamilan.

Brokoli
Ibu hamil terutama pada trimester pertama sangat digalakkan mengambil banyak sayuran hijau seperti brokoli yang kaya dengan kandungan folat, kalsium, karotenoid dan serat yang membantu perkembangan mata bayi dalam kandungan. Kalium yang terdapat dalam brokoli juga membantu menormalkan tekanan darah.

Yogurt
Ibu hamil sering ditekankan agar minum susu yang banyak membekalkan kalsium. Tetapi ada kalangan ibu hamil langsung tidak boleh menghidu bau susu apatah lagi meminumnya. Jadi, gantilah ia dengan mengambil yogurt kerana ia mengandungi protein, kalsium, vitamin B dan zink. Kandungan kalsium dalam yogurt juga dikatakan lebih tinggi berbanding susu.

Buah Beri
Kumpulan buah-buahan beri sememangnya sedap walaupun rasanya masam manis. Ia membantu ibu menghilangkan rasa mual. Buah beri seperti strawberi, blueberi, rasberi yang kaya dengan vitamn C, potassium, folat, serat dan antioksidan yang tinggi memang digalakkan kepada ibu hamil.

Daging
Daging yang kaya dengan protein, vitamin B12, B6 dan niacin sememangnnya bagus untuk mengelakkan masalah anemia sepanjang mengandung. Daging juga mengandungi kolin yang membantu perkembangan bayi. Pengambilan daging di awal kehamilan sangat penting untuk janin dan ibu sendiri.

Kekacang
Kekacang merupakan sumber protein, zat besi, protein, folat, kalsium dan zink. Mineral ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin pada tiga bulan pertama. Kekacang boleh dijadikan snek kudapan bagi menghilangkan rasa loya dan mual yang muncul pada bila-bila masa. Selain mengenyangkan ia berkhasiat. 
Sumber: Karangkraf

Loya, penat semput dan tak larat satu cabaran ibu mengandung...tapi semua tu buatkan wanita kuat dan tak pernah rasa serik nak mengandung lagi.. 

16 April 2015

11 Tips Tingkatkan Kesuburan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Buku "Allah Doktorku"
1. Fahami proses kehamilan
2. Jumpa doktor
3. Berat badan yang ideal
4. Ketahui waktu subur.
5. "Bersama" secara kerap
6. Tngkatkan kesuburan suami
7. Multivitamin
8. Bersenam
9. Makan seimbang
10. Kurangkan stress
11. Jauhi dadah dan minuman keras

Banyakkan doa dan usaha ketika TTC, Jangan putus asa dan paling utama jangan stress... terlalu tertekan dengan memikirkan nak anak...kadang-kadang buatkan hormon bdan terganggu...

yakin dengan kuasa Allah... banyakkan sedekah dan amalan sunat secara istiqamah... insha Allah... Allah permudahkan dalam TTC..,

Bagi yang subur pula... jaga tips diatas supaya kualiti kesuburan terjamin,..badan sihat dan cergas sepanjang masa...

Usaha,.. doa,,.. tawakal... insha Allah...

15 April 2015

WW ~6 Khasiat Kurma Kepada Wanita Hamil & Ibu Menyusu!~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Buku "Allah Doktorku"

1. Mencegah berlaku pendarahan ketika melahirkan anak
2. Nutrisi lengkap untuk ibu.
3. Diet seimbang.
4. Mengurangkan pendarahan dalaman dan memperbanyakan air susu ibu berkhasiat
5. Tiada kolestrol
6. Meningkatkan kesihatan janin di dalam perut ibu.

Makanan sunnah yang mudah dimakan dan paling banyak khasiatnya... 

04 Mac 2015

Amalan Mengambil Supplement Ketika Hamil Boleh Mencacatkan Bayi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semalam ada terbaca pasal berita dan artikel ni kat facebook... Isu pengambilan pil dan supplement tertentu ketika hamil... 

Pengambilan pil makanan tambahan, jamu dan pil perancang secara berlebihan boleh membawa maut kepada ibu dan anak, selain mengakibatkan kecelaruan jantina bayi. 
Lambakan pil dan jamu di pasaran, khususnya dari seperti Thailand, China dan Indonesia, yang tidak melalui saringan Kementerian Kesihatan dibimbangi mengandungi kandungan hormon secara berlebihan. 
Ketua Seksyen Pencegahan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Mohd Shahid Yahaya mengesahkan pengambilan pil dan jamu yang mengandungi hormon berlebihan boleh menyebabkan kecacatan pada genetik dan menjejaskan deria, pertumbuhan tulang serta pembentukan bayi yang dikandung dan disusukan. 
Lebih membimbangkan, katanya, produk seperti jamu pantang bersalin, jamu mencantikkan tubuh badan yang dijual secara dalam talian tidak diketahui kesahihan kandungan, dos hormon atau bahan yang mungkin beracun kepada pengguna. "Sebahagian pengguna mengamalkan pil perancang ini untuk mencantikkan kulit seperti selebriti mereka tanpa memikirkan kesannya.
"Hakikatnya, taktik pengeluar produk menggunakan selebriti sebagai duta mereka untuk menarik perhatian pelanggan juga tidak boleh mengesahkan sama ada ubat berkenaan sudah diuji selamat digunakan," katanya kepada BH. Beliau mengulas laporan eksklusif BH mengenai pengambilan pil makanan tambahan, pil perancang dan jamu oleh ibu mengandung atau menyusu boleh mengakibatkan kecelaruan jantina bayi dalam kandungan atau selepas dilahirkan. 
Pil dan jamu yang mengandungi hormon estrogen dan testosteron berlebihan mengganggu pembentukan organ seksual bayi. Akibatnya, bayi perempuan yang lahir atau membesar akan memiliki ciri kelelakian, manakala bayi lelaki akan memiliki ciri perempuan. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima aduan sekurang-kurangnya ada tiga jenis pil perancang didapati memiliki kandungan hormon secara berlebihan yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan pengguna serta bayinya. 
"Pil berkenaan dan jamu yang tidak mempunyai kelulusan KKM banyak terdapat di pasaran dan kawalan sukar dibuat berikutan permintaan yang tinggi oleh pengguna. "Sesiapa sahaja boleh membeli pil ini dan jamu tanpa sekatan.
"Sehubungan itu, saya cadang program pendidikan dan kesedaran kepada pengguna diperluas kerana isu ini amat serius untuk generasi akan datang," katanya.

Memang tak nafikan, masyarakat malaysia memang suka bergantung kepada supplement... dari pengamalkan pemakanan yang sihat. Sampaikan waktu mengandung pun tak terima vitamin yang klinik kerajaan bagi... rela habiskan ratusan ringgit untuk beli supplement... 

Tak salah nak ambil apa pun supplement... tapi jangan terlalu over... berpadananlah dengan badan... Nak anak bijak, telan pil itu, nak anak cantik, kulit gebu, telan pula pil ini... dah itu kan menggangu proses pembesarannya... Kita nampak normal... tapi penerimaan badan dan janin tu sendiri kita tak tahu.. Seeloknya amalkan pemakanan sihat... Klinik pun tak bagi pil, hanya bagi vitamin je... Tu pun Asid Folik dan Vitamin C je... selebihnya ibu mengandung dinasihatkan amalkan pemakanan sihat dan seimbang. 

MF sendiri pun tak amalkan apa-apa supplement khusus... amalkan yang mana patut je...dan ambil pemakanan seimbang... makan vitamin yang klinik bagi je... tak boleh telan, minta pula vitamin lain... banyak pilihan ada... yang pastinya, pastikan dapatkan nasihat doktor... jangan terlalu terpengaruh dengan iklan dan testimonial yang tiada kesahihannya. 



Nota: Sebelum beli sesuatu produk kesihatan rujuk KKM dan JAKIM dahulu...